Wednesday, 12 September 2012

SEBELAH JIWAKU PERGI


          
             Pandangan mata mula terasa berbalam-balam apabila matanya mula menangkap sinaran cahaya yang menyilaukan anak matanya. Cepat-cepat ditutup kelopak matanya. Bagaikan sudah lama mata itu menghadap kegelapan. Namun tetap digagahkan juga anak mata untuk menyambut kelibat cahaya terang itu. 
Tangannya mula dibawa ke kepala yang terasa berdenyut. Erna sudah terlupa apa yang sebenarnya terjadi kepadanya. Fikirannya masih kosong. Namun yang pasti, kepalanya terasa sungguh berat.
            Dengan perlahan-lahan, Erna mula menggagahkan diri untuk bangun. Tidak betah rasanya jika terus terbaring kelesuan sebegini rupa lantaran dia memang jarang  memanjakan dirinya dengan melepak di atas katil sehingga waktu tengah hari. Biasanya sebelum matahari memunculkan diri, dia sudah siap sedia bangun untuk mandi.
            Kepala yang berdenyut, mula dipicit berulang kali. Kakinya mula dijatuhkan ke bawah. Erna benar-benar ingin mandi untuk menghilangkan kelesuannya. Matanya mula melebar ke kawasan biliknya. Tapi dia mula tersedar akan sesuatu. Dia tidak berada di biliknya. Dia berada di satu persekitaran yang tidak pernah dilihat dek mata kasar.
            Nafasnya mula turun naik melihat persekitaran yang pelik ini.
‘Ya Allah.. aku ada dekat mana nih?’ Erna mula rasa cuak!
Cepat sahaja Erna turun dari katil. Tangannya mula menggagau tombol pintu. Berharap sangat yang pintu itu tidak berkunc. Dan usai pintu mula terkuak, matanya mula menangkap kelibat seorang lelaki yang teramat dia cintai. Fareeq!
Bibir pucatnya mula menguntumkan senyum. Gembira melihat kelibat Fareeq! Terasa jiwanya mula selamat. Terus hilang segala gundah gulana. Kalau ada Fareeq, Erna tahu yang dia akan selamat!
Baru sahaja Erna ingin menghampiri Fareeq, tiba-tiba langkah kakinya mati apabila melihat seorang perempuan yang tinggi lampai, memakai blaus berwarna kuning dan bertudung rona sama, menghampiri dan menyentuh  tangan Fareeq. Tanpa segan silu, dia mengengam erat jari jemari Fareeq!
Apa yang membuatkan Erna lagi terkejut ialah Fareeq hanya membiarkan setiap usapan dan usikan dari perempuan tersebut. Muka Fareeq sedikit masam. Namun kehadiran perempuan itu telah menyimpulkan sebuah senyuman di wajah Fareeq. Walaupun senyuman itu tidak bersungguh, namun Fareeq tetap tersenyum mesra.
‘Siapa perempuan ni? Kenapa dia sesuka hati pegang-pegang Fareeq? Aku pun tak pernah sekalipun sentuh Fareeq sedangkan aku ni tunang dia!’
Tidak pernah Erna menyangka yang Fareeq akan berlaku curang dengannya sedangkan selama ini Erna telah menyerahkan rasa hatinya hanya untuk Fareeq seorang sahaja.
“Abang... Apa yang berlaku, bukan salah abang...” Pujuk wanita yang memakai tudung kuning itu.
“Tapi abang tetap rasa bersalah Sury..” Keluh Fareeq perlahan. Berulang kali dia meraup wajahnya.
“Jangan salahkan diri abang.. Abang cuma tersepit dengan keadaan.. Apa pun yang berlaku, Sury ada disamping abang... Abang tak boleh lemah macam nih...”
“Terima kasih Sury. Sebab faham keadaan abang. Kalau Sury tak ada, tak tahulah macam mana abang nak hadap benda ni sorang-sorang.”
Bait-bait kata yang singgah di telinga Erna mula membuatkan air matanya mengalir di birai pipi. Abang? Siapa Fareeq pada seorang wanita bernama Sury ini? Setahunya, Fareeq tak punya adik perempuan. Jadi siapa pula Sury pada Fareeq? Mereka berdua nampak mesra walaupun suasana agak muram dan suram.
Nafas Erna sudah mula turun naik. Sesiapa pun yang berada ditempatnya, pasti akan berasa marah! Matanya tidak betah lagi sekadar bertindak untuk memerhati. Perempuan tak malu itu memang nak kena ajar! Tanpa menunggu lama, kakinya mula melangkah laju. Berjalan sambil ditemani dengan rasa amarah yang menggunung!
“Hei, kenapa kau sentuh tunang aku?” Pekik Erna lantang. Apa nak jadi, jadilah!
Namun pelik kerana tidak mendapat sebarang respon daripada Fareeq ataupun perempuan bertudung kuning itu. Untuk memuaskan rasa hati sendiri, sekali lagi Erna menjerit lantang. Malah telah menggunakan seluruh kudratnya. Namun yang pelik, kedua-duanya masih tidak menyedari kehadirannya.
Tangan Erna mula menggigil. ‘Ya Allah... adakah aku sudah bisu?’ Rasa takut mula menjalar di lorong hati.
Apa yang lebih membingungkan ialah, kenapa Fareeq dan Sury seolah-olah tidak dapat mengesan kehadirannya walaupun dia berdiri tidak sampai satu meter pun dari tempat duduk mereka.
Seluruh tubuh Erna sudah mula menggigil hebat! Bibirnya diketap kuat. Perlahan-lahan Erna memberanikan tangannya untuk menyentuh tubuh Fareeq. Baru sahaja dia ingin menyentuh Fareeq, terdengar satu suara dari arah belakangnya. Serentak mereka bertiga berpaling.
“Tak perlulah awak ada dekat sini Fareeq...” Kata-kata yang keluar dari mulut Dato Emran itu membuatkan Erna tercengang!
‘Apa maksud papa?’ Matanya bersilih ganti melihat wajah kelat Fareeq dan wajah muram papanya.
“Tapi....”
“Sudahlah Fareeq... Awak dah tak payah susah-susah fikirkan anak saya. Awak pergilah teruskan hidup awak dengan Sury...” Ujar Dato Emran lemah.
“Abang... Jom balik..” Ajak Sury sambil menarik tangan Fareeq. Dengan teragak-agak, Fareeq mula meninggalkan tempat ini.
Erna menggelengkan kepalanya berulang kali. Tidak faham dengan sketsa yang berlangsung di hadapannya ini. Kenapa papa mengarahkan Fareeq pergi?
“Papa...” Seru Erna sekali.
“Papa... pandanglah Erna papa...” Rayu Erna dengan linangan air mata.
“Erna....” Panggilan Dato Emran mendatangkan senyuman di wajah Erna. Akhirnya papa dapat melihat dirinya.
“Maafkan papa nak...” Ujar Dato Emran dengan linangan air mata. Lama dia memandang ke arah pintu bilik di sebelah kanannya sehingga dia kembali terduduk di atas kerusi yang sudah tersedia.
Erna mula menangkap rasa pelik ini. Papa tidak memandang ke arah dirinya. Tapi papa melihat pintu yang berada di belakang badannya ini. Erna memberanikan tangannya memegang tangan papa tapi apa yang membuatkan dia terlopong ialah, dia dapat menembusi tangan papanya.
Tangan kanan sudah mula dibawa ke mulut. Menutup rahangnya yang sudah terjatuh. ‘Ya Allah... apa sebenarnya yang berlaku?’ Erna mula menoleh ke arah belakang, kakinya mula dibawa ke muka pintu yang sedikit terbuka. Perlahan-lahan dia menjenggukkan kepalanya ke arah katil yang tersedia.
Bibirnya berketar hebat saat melihat sekujur tubuh yang terlantar di atas katil itu. ‘Ya Allah... itu kan aku?’ Bandannya terasa menggigil.
Erna Farzana sudah mula terjelupuk di atas lantai. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Kenapa dia boleh terlantar di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat di seluruh tubuh itu? Otaknya langsung tak boleh mencerna apa-apa tika ini. Kusut dan serabai!
“Erna.....” Panggilan sayup itu membuatkan Erna berpaling. Perlahan-lahan dia berpaling.
Rifqi!
“Jangan menangis Erna...” Pujuk Rifqi perlahan.
“Aku tak faham... Apa sebenarnya yang terjadi?”
“Kau tak ingat... Dah enam bulan kau terlantar sakit setelah terlibat dengan kemalangan...” Terang Rifqi lembut.
“Jadi aku ni halimunan ke?” Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri. Erna menggelengkan kepalanya berulang kali. Tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang! Tapi, tiba-tiba dia musykil satu perkara.
“Kalau aku ni halimunan... macam mana pulak kau boleh nampak aku?”
Rifqi sedikit tersentak mendengar soalan Erna. Lalu lambat-lambat Rifqi tersenyum. “Aku kan kawan baik kau... Of courselah aku boleh nampak kau menggunakan mata hati aku....” Jawapan Rifqi itu membuatkan Erna terdiam.
‘Kenapa Rifqi yang nampak? Kenapa bukan Fareeq?’ Persoalan ini mula berlegar di benaknya. Namun matanya mula dihala ke arah jasad yang terkujur di atas katil hospital itu.
‘Apa yang aku berlaku selepas ini? Adakah aku akan mati?’
***
            “Weyhh perempuan! Kau kalau bawak kereta, tak boleh lagi slow ke? Ni bawak kereta, melayang-layang nyawa aku!” Marah Rifqi geram. Kalau ikutkan hatinya, ada jugak diketuk kepala Erna yang biul itu. Ikut sedap rasa hati je nak buat jalan macam jalan raya sendiri. Memandu macam orang mabuk!
            “Relekslah weyh... Kau ni bising macam tok neneklah... Kadang-kadang aku ni confuse, kau ni lelaki ke perempuan.” Bertekak sebegini sudah menjadi amalan mereka berdua.
            “Tak sayang mulut betullah perempuan nih... Kau nak aku tunjuk ke? Aku boleh bukak zip sekarang!” Rifqi sudah mula berura-ura untuk menyentuh zip seluarnya. Sengaja nak menguji ketahanan mental Erna.
            “Wohoho... agak-agaklah bro!” Erna sudah mula buat muka cuak. Bukan boleh kira sangat biul kepala otak Rifqi nih. Makin dicabar, makin giat dia nak buat. Muka tak tahu malu langsung!
            “Dah tu... Kau cabar aku sangat!” Bebel Rifqi lagi. Rasa menyesal pula kerana membenarkan Erna memandu keretanya sedangkan Dato Emran dah sound siang-siang lagi, jangan bagi Erna bawak kereta! Nanti kereta tu akan bertukar jadi rooler coster! Dan sekarang, memang kata-kata Dato Emran dah jadi kenyataan!
            “Erna... Slow sikitlah... Selekoh tu kat depan!” Tegur Rifqi lagi. Tak boleh nak agak macam mana otak si Erna ni berfungsi. Ikut dan dia jeh...
            “Aku tahulah selekoh...” Erna mendengus. Tak puas hati ditegur itu ini dari Rifqi.
            “Aku tegur sebab aku tak nak mati lagi... Kalau aku nak mati pun, aku nak pastikan aku kahwin dulu...” Kata-kata dari Rifqi itu membuatkan Erna tergelak besar.
            “Perempuan bangang manalah yang nak kahwin dengan lelaki mulut celupar macam kau nih!!” Kutuk Erna. Tak dapat menahan rasa geli hati.
            Adam Rifqi! Lelaki ini sejenis lelaki yang terlalu berterus terang. Komennya akan sentiasa jujur dan luhur tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Mulutnya pula berapi macam naga! Umur sahaja tua, tapi fikiran banyak ke laut! Tapi lelaki inilah yang membuatkan kehidupan Erna lebih meriah dan riuh. Mereka sudah kenal sejak kecil lagi. Sejak keluarga Erna berpindah bersebelahan dengan rumah keluarga Rifqi dua puluh tahun yang lalu.
            Mula-mula kenal dengan Rifqi, memang rasa nak bunuh je mamat nih! Mulut sudahlah puaka, malah suka membuli pulak tuh. Tapi siapa sangka, dalam mereka bercakaran, disitulah mereka saling mengenal dan saling berkongsi bermacam juadah cerita. Sekolah sama, kampus sama dan sekarang, kerja pun di tempat yang sama! Macam tak boleh berenggang langsung!
            “Kau jangan nak kutuk sangatlah... Entah-entah kaulah perempuan bangang yang bakal bergolek di singgahsana hati aku nih..” Ucap Rifqi sambil menepuk dada bidangnya.
            “Eleh...” Erna mencebik.
            “Eleh apa?”
            “Eleh ke eleh eleh...” Ajuk Erna sambil ketawa. Susah dan payah kalau nak marahkan Rifqi. Makin kita rasa nak marah, makin dia pujuk dengan ayat cair tak ingat tuh. Ambil masa bertahun kalau nak bekukan balik perasaan yang cair itu. Tapi itu tidak bermakna Erna jatuh hati pada Rifqi.
Bagi dia, seorang kawan baik belum tentu dapat menjadi kekasih yang baik. Yang tu memang prinsip hidup Erna Farzana!
            Tak sampai sepuluh minit, pemanduan Erna sudah sampai ke destinasi yang dituju. Cepat sahaja Rifqi keluar dari kereta. Bimbang jika Dato Emran melihat kelibat Erna yang keluar dari bahagian pemandu. Boleh tersumbat telinga bila dengan Dato Emran membebel!
            “Aku sound kau awal-awal ya... Jangan kau berani bawak kereta selaju ni kalau tak ada aku kat sebelah!” Jari terlunjuk Rifqi terhala ke hidung Erna. Tanda dia serius memberikan arahan.
            “Jadi kiranya setiap waktu balik, aku boleh drive kereta kaulah!” Erna sudah menjerit kesukaan.
            Rifqi mengeluh sedikit. Tak bagi kang kesian. Bagi karang naya diri sendiri. Apatah lagi Erna pandai buat muka kesian dan sadis.. Lagilah dia cepat terpedaya! “Mana boleh woo... Aku sayang si kamelia aku nih...” Tangan Rifqi sudah mula mengusap Toyota Caldina miliknya.
            ‘Huh, kereta pun nak bagi nama...’
            “Tapi kau sayang aku lagi kan....” Erna mengerdipkan matanya berulang kali. Kepalanya ditelengkan ke arah kanan. Konon-konon buat aksi menggoda versi halal. Erkk, ada ke menggoda versi halal? Taram jelah labu...
            Rifqi mula menyandarkan badan ke keretanya. Laju sahaja tangannya menanggalkan tali leher yang menjerut di leher. Dihulurkan sedikit senyuman sinis buat Erna yang berada di sebelahnya tika ini.
            “Aku boleh je bagi kau drive kereta ni setiap petang...”
            Erna sudah mula buat muka teruja riang ria ribena.
“Bukan setakat petang.. Pagi pun boleh. Hujung minggu atau bila-bila masa kau nak guna pun aku akan bagi. Silap hari bulan, aku terus bagi dekat kau!” Sambung Rifqi lagi.
            Senyuman sudah mula pudar di wajah Erna. Macam ada yang tak kena je dengan ayat Rifqi tuh! Erna membatu. Malas nak tanya apa-apa. Dia pasti sangat yang Rifqi akan mengenakan syarat-syarat tambahan.
            “Tapi dengan syarat... Kau kena jadi bini akulah.. Hah, nanti boleh buat macam kereta sendiri! Masa tu, kalau bapak kau membebel dekat kau pun, aku sanggup back up!” Berubah air muka Erna setelah mendengar bait kata dari Rifqi.
            “Buat lawak.. buat lawak!” Erna mendengus. Geram!
            “Kau ingat aku biawak ke nak buat lawak! Ini serius... Apa, ada berani jadi isteri aku?” Rifqi angkat kening. Mukanya sengaja diseriuskan. Rasa nak ketawa berguling-guling apabila melihat wajah Erna yang kemerahan tika ini.
            “Kau tengah propose aku ke nih?” Muka Erna cuak. ‘Tak kanlah Rifqi betul-betul double serius kot?’
            “Kau pandang muka aku betul-betul Erna...”
            Erna mula kecut perut. Sumpah! Rifqi tak pernah menakutkan seperti ini. Mereka saling perbandangan sesama sendiri.
            “Pandang aku Erna....” Arah Rifqi sekali lagi. Kali ini dengan penuh ketegasan.
            Dengan muka cuak, Erna mula memberanikan diri untuk memandang Rifqi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyangka yang Rifqi mempunyai perasaan cinta terhadap dirinya. Setahunya, Rifqi hanya menganggap dirinya sebagai teman pendamping. Tapi hari ni, Rifqi ternyata memang aneh!
            “Kau tengok muka aku nih...” Mula-mula wajah itu serius. Tapi kemudia Rifqi ketawa besar. Membuatkan Erna tercengan sendiri.
“Apalah kau ni Erna... Aku belum cukup bangang lagi nak jadikan kau isteri aku. Mata aku ni belum cukup buta lagi weh... dan kau bukanlah perempuan yang berjaya memenuhi piawaian sebagai gadis idaman aku..”
            Rahang Erna terjatuh!
            “Kurang ajar! Kau kutuk aku kaw-kaw ya? Dasar mulut puaka! Kau memang mintak kena bunuh kan...” Cepat sahaja tangan kanan Erna menumbuk kasar tubuh Rifqi. Bengang kerana dipermainkan oleh Rifqi dan mamat tu boleh gelak selamba.
            “Amacam? Ada berdegup kencang tak dada kau?”
            “Mahu tak kencang! Taufan katrina pun kalah nih...” Erna mengurut sedikit dadanya yang baru terlepas dari mengalami kejutan.
            “Hah.. macam tulah yang aku rasa masa kau bawa laju-laju tadi. Sama tapi tak serupa!”
            “Weh, kalau nak bagi perumpamaan sekali pun.. Tak payahlah masuk bab hati dan perasaan. Itu isu sensitif tahu!” Keras amaran yang dikeluarkan oleh Erna.
            “Asal? Kau memang ada perasaan pada aku ke?”
            “Kalau aku ada perasaan pada kau, tak kan lah aku terima lamaran Encik sayang aku... Si Fareeq tuh!” Erna mula membulatkan matanya. Tak pernah-pernah cakap soal hati dan perasaan, tiba-tiba petang ini mereka boleh terjebak dalam topik cintan cintun ini.
            “Oh.. lupa pulak pada si Fareeq dungu tuh.” Rifqi mula menepuk dahi. Berpura-pura lupa yang Erna sememangnya sudah bertunang.
            “Weh... memang kurang ajar sangatlah panggil tunang aku dungu...” Muncung tirus mula dikeluarkan. Tak puas hati dengan mamat mulut puaka ini.
            “Ialah.. hanya mamat dungu je yang boleh hidup dengan orang macam kau nih. Hidup pakat main redah, tak ada peraturan, cengeng, mengada dan banyak lagilah yang seangkatan dengannya!” Kutuk Rifqi lagi.
            “Setiap kata-kata kau, kalau tak memetir... memang tak sah kan? Kalau tak puaka, bukan kau kan? Lantaklah kalau dungu pun... Asalkan kami saling menyintai antara satu sama lain.”
            “Jiwang!”
            “Of courselah kena jiwang. Tak kan nak hidup macam orang tak ada perasaan macam kau tuh!” Balas Erna sambil mula mengeluarkan briefcasenya dari kereta Rifqi. Memang lambat sikitlah kalau nak terasa dengan kata-kata Rifqi. Sedari kecil dia memang hidup dan dibiasakan dengan kata-kata puaka Rifqi itu. Jadi, perasaan sensitif dan rasa marah, kena tolak ke tepi!
            “Eh eh eh... mana kau tahu aku tak ada perasaan hah?”
            “Ialah... sampai sekarang kau sibuk bercinta dengan kamelia a.k.a kereta Toyota Caldina kau nih.. Kau tak reti nak cari calon isteri? Yang ada nyawa? Yang boleh lengkapkan hidup kau yang tunggang langgang nih?” Mulut Erna pun boleh tahan juga berapinya. Nak-nak kalau bab mengutuk Rifqi.
            Telefon Erna yang berdering mematahkan suara Rifqi untuk membalas kata. Tersenyum panjang Erna dibuatnya apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon Samsung S III miliknya. Fareeq!
            “Helo abang...” Sapa Erna ramah.
            “Helo sayang... Dah sampai rumah?”
            “Baru je sampai....” Kaki Erna sudah mula melangkah keluar. Menuju ke rumahnya yang terletak di sebelah kanan rumah Rifqi. Berpamit keluar dari kawasan rumah Rifqi tanpa meninggalkan sebarang pesanan pada Rifqi.
            Rifqi hanya menghantar pemergian Erna dengan muka yang tidak beriak. Seketika, dia terlupa yang Erna sememangnya sudah bertunang. Malas untuk berfikir panjang, dia terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.
***
            Erna menyudahkan cheesecake yang berada di pingganya. Langsung tak pandang kiri kanan. Fareeq yang berada di sebelah pun terasa hilang saat lidahnya merasai hidangan dari Secret Recipe ini.
            “Sedapnya dia makan... Tak pandang sebelah langsung!” Perli Fareeq tersenyum-senyum. Fareeq hanya selesa memilih Shepher’s pie. Itu sahaja menu kegemaraanya bila menemani Erna yang gemar menghabiskan waktu lapang di restoren Secret Recipe ini. Namun tekaknya memang tak berapa nak terima segala macam jenis cheese yang menjadi kegilaan Erna. Sekadar tolong teman makan bolehlah.
            “Oh.. sorry bang.. Terlalu sedap!” Pinggan yang sudah kosong itu mula ditolak tepi. Dia mula meneguk secawan kopi yang merupakan kegilaannya.
            “Nak tambah lagi ke?” Duga Fareeq. Dah faham sangat dengan karenah Erna itu.
            “Nak... Kali ni nak Oreo Cheesecake pulak!” Tangan Erna laju sahaja melambai pada pelayan yang kebetulan melalui meja mereka.
            “Tak muak ke? Tak takut gemuk?”
            “Kenapa perlu takut gemuk? Gemuk bukannya bermaksud orang tu dah tak cantik kan...” Fareeq tersenyum. Ada satu kelebihan Erna ialah, dia tak peduli pandangan orang sekelilingnya. Dia buat sesuatu berdasarkan apa yang dia suka dan apa yang dia rasa boleh. Asalkan tak bertentangan dengan syariat sudah.
            Biasanya perempuan lain, dia takut nak makan sesuatu yang boleh mengemukkan mereka. Tapi Erna mana peduli semua itu.
            “Yalah... kut nanti Erna dah gemuk, tak takut abang lari cari yang lain?” Giat Fareeq ingin mengusik.
            “Kalau abang cari lain... Erna pun pandailah cari calon lain jugak. Buat apa nak menempel pada yang tak sudi.” Jawapan memang menyengat habis. Tapi kalau Fareeq betul-betul tinggalkan dirinya, mahu menangsi sebulan tanpa henti. Bukan senang nak jumpa seorang lelaki yang mampu memahami kehendak dan kegilaannya!
            “Jawapan yang menarik. We wait and see...” Fareeq angkat bahu. Malas nak panjangkan cerita tapi teringin juga hendak menduga.
            “Tapi abang tak kan buat macam tu kan....” Tanya Erna. Entah kenapa hatinya mula rasa cuak. Manalah tahu kalau-kalau Fareeq memang akan meninggalkan dirinya jika dia sudah gemuk nanti. Memanglah dia tidak kisah pandangan orang tentang dirinya, tapi apa yang menyenangkan hati Fareeq pun perlu diambil kira juga.
Bercinta ni mana boleh ikut sedap kepala sendiri jeh! Perihal pasangan tidak boleh dipandang enteng. Belum sempat Fareeq menjawab, pelayan sudah menghantar pesanan darinya tadi. Lama Erna memandang Oreo Cheesecake yang terhidang di depan mata. Tiba-tiba seleranya mati!
“Tak akan kenyang kalau tenung je kek tuh. Kenapa tak makan? Takut gemuk?” Tegur Fareeq dengan senyuman. Alahai Erna, ada sahaja perlakuannya yang mencuit hati.
Erna senyap! Mood terus hilang.
“Cantik itu relative dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder kan? Cinta rasa manusia tentang kecantikan tu tak sama. Malah ia jugak berubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya. Abang sayang Erna sebab diri Erna. Bukan pada apa yang Erna pakai… atau pada rupa paras apatah lagi pada bentuk badan. Bukan macam tu untuk mengukur cinta abang pada Erna.”
Erna menunduk. Serius cair habis! Rasa nak meloncat-loncat sekarang jugak!
“Terima kasih abang…..” Ucap Erna ikhlas. Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.
“Aik.. terima kasih je? Kiss-kiss tak ada ke?” Usik Fareeq sengaja.
“Penampar adalah.. Nak ke?” Marah Erna garang. Tidak langsung membiarkan maruahnya dipegang-pegang oleh lelaki yang belum tentu akan menjadi suaminya. Jangan membuatkan cinta itu menjadi tiket utama untuk melakukan maksiat kerana sesungguhnya cinta itu adalah rasa yang suci lagi murni. Anugerah Ilahi!
“Alahai... makin garang makin cantiklah sayang abang nih!”
Terus Erna melarikan wajah tatkala mendengar pujian dari Fareeq. Haih... lemah semangat! Boleh pitam jadinya.
***
Fareeq merenung sekujur tubuh Erna yang terbaring kelesuan itu. Sayu hatinya melihat tubuh badan Erna yang berselirat dengan wayar. Wajah yang selama ini tersenyum manis, mula kelihatan pucat lesi. Hilang terus serinya.
Matanya dipejam rapat. Mula mengimbau kembali kenangan mereka yang pernah bersulam indah.
“Bila ayang tersenyum... senyum itu dah membuatkan abang gembira. Bila ayang sedih, percayalah abang terlebih dahulu akan menangis.” Tutur Fareeq lembut.
“Eeee.. jiwang enam belas karat!” Erna ketawa besar. Sebenarnya tawa itu adalah untuk menyembunyikan gundah gulana yang bersarang di lubuk hati. Mahu tak berdebar bila dengar ayat bunga-bunga yang mengembangkan seladang taman di hatinya.
“Kalau tak jiwang, nanti perasaan tu bersarang! So, kena jiwang-jiwang selalu.”
“Erna nak kita ketawa bersama... Erna nak kita menangis bersama. Dan Erna harap, kita pun akan mati bersama... Walaupun Erna tahu semua ni tak mudah, tapi Erna harap sangat yang jika Erna mati, biarlah ketika itu Erna mencintai abang...”
Masih terngiang kata-kata itu di peluput telingannya. ‘Erna... Jangan pergi... Maafkan abang...’ Air mata mula bergenang di kelopak mata. Rasa sedih mula mengalir di penjuru hati. Sungguh, dia sayangkan Erna. Tapi dia tak punya kudrat untuk mengubah apa yang sememangnya telah berlaku. Dia sudah terjebak dalam menyayangi Sury. Tapi percayalah, rasa kasih ini tidak berhenti untuk Erna. Kejamkah dirinya kerana menyintai dua orang gadis dalam waktu yang sama?
“Abang....” Sedari tadi Sury hanya bertindak menjadi pemerhati. Bimbang jika terlebih menganggu Fareeq.
“Maafkan abang Sury...” Fareeq sedar yang dia tidak patut berada di sini. Menemani diri Erna yang jasadnya seperti sudah tidak bernyawa lagi. Sudah enam bulan berlalu namun Erna masih belum menampakkan tanda untuk sembuh.
“Segenap hati abang seakan-akan mendoakan pemergian Erna.. Abang harap dia tak akan hidup supaya dia tak akan tahu apa yang abang dah lakukan pada cinta dia. Tapi segenap hati abang keras melarang... rasa kasih itu masih belum surut. Abang memang kejam kan? Kejam pada Erna.. Pada Sury...” Akhirnya, air mata sudah mula menjamah raut wajah Fareeq. Tidak betah lagi dtahan gelodak perasaannya dikala ini.
“Abang... tak baik cakap macam tuh. Abang tak kejam... Takdir dah tersurat sebegini bang... Sury terima semuanya. Dan Sury pun nak abang terima. Doakanlah agar Erna cepat sembuh. Bila Erna sedar nanti... Sury sedia untuk memulangkan dia pada abang. Sury sedia bang....” Penuh sebak ayat itu keluar dari mulut Sury. Kalau dahulu dia boleh mengalah, apatah lagi saat melihat Erna terlantar sebegini. Kerana dia tahu, apabila Erna membuka matanya nanti, pastilah Fareeq orang pertama yang dia ingin temui.
“Sury....” Sungguh, Fareeq langsung tidak berdaya untuk melukakan hati Sury. Lantas dia bangun dari duduknya. Dia menarik Sury ke tubuhnya.
“Abang sayang Sury... Abang sayang isteri abang... Abang pasti ada cara untuk selesaikan masalah ini. Tapi percayalah, abang tak rela kehilangan Sury...” Diusap berulang kali belakang badan isterinya. Cuba menghalau segala kegelisahan yang bergelimpangan di ruang hati.
Tanpa mereka sedari... ada mata yang memandang perlakuan mereka. Ada telinga yang mendengar pengakuan mereka. Dan ada air mata yang mengalir di wajah Erna. Menangisi nasib milik sendiri apabila mengetahui yang tunangannya sudah mula menjadi suami orang.
***
            Erna memegang kepalanya yang terasa kusut. Dia sudah nampak segala-galanya. Disaat wanita itu membelai dan memujuk Fareeq, lelaki itu langsung mengiakan. Rupa-rupanya perempuan itu adalah isteri Fareeq! Jadi kalau perempuan itu isteri Fareeq, siapa pula dia di dalam hati Fareeq?
            Beberapa purnama dahulu, cinta mereka mekar bertahta. Kenangan dibina dengan penuh keindahan. Tapi siapa menyangka, siapa boleh menduga. Takdir membawa dirinya ke lembah ini. Takdir membuatkan dia terperuk dan dikurung di sangkar yang tidak bernama ini.
            Semudah itu hati Fareeq beralih arah? Sesenang itu Fareeq meninggalkan dirinya? Mana janji-janji lelaki itu untuk terus setia bersama walau dugaan dan cabaran datang menerpa. Mana??? Hati Erna menangis hiba. Menangisi sesuatu yang sudah terlepas dari gengamannya…
            “Jangan menangis Erna....” Teguran itu membuatkan Erna berpaling.
            “Kenapa? Kenapa hanya kau yang boleh tengok aku? Kenapa bukan Fareeq?” Tanya Erna penuh tangis. Kalau Fareeq boleh melihat kondisinya sekarang, pasti lelaki itu akan terus setia menyintainya. Bukan menyintai Sury!
            Rifqi merenung lembut wajah Erna.
            “Sebab dari dulu aku pandang kau dengan mata hati... Bukan dengan mata kasar... Dari kecik kita berkawan... Mana kau pergi, aku pasti dapat cari kau kan..? Macam tu jugaklah sekarang... Aku tetap dapat jumpa kau Erna..”
            Ya... Erna masih ingat lagi, dahulu jika dia merajuk dengan papa, dia akan mencari tempat persembunyian untuk merajuk. Berharap agar rajuknya akan dipujuk oleh papa. Tapi setiap kali dia merajuk, hanya Rifqi yang datang mencari. Hanya Rifqi yang pandai memujuk rajuknya. Bukan papa... Bukan juga Fareeq!
            Rifqi seorang sahabat yang setia mendengar… Rifqi sentiasa hadir di saat waktu senang atau susah. Dia sentiasa ingat setiap hari lahir, setiap tarikh istimewa.. Erna sedar yang Rifqi terlalu istimewa tapi ternyata, Fareeq lebih sempurna di matanya.
            Fareeq lagi?
            “Kenapa Allah tak tarik je nyawa aku? Kenapa Allah simpulkan satu perasaan yang tak mampu aku nak leraikan? Kenapa?” Erna sudah terjelepuk dengan tangisan. Langsung dia tidak menyangka ataupun menjangka yang semua ini akan terjadi dalam hidupnya. Meraung melepaskan kesedihan yang membelit.
            “Jangan suka pertikaikan takdir Erna...”
            “Kau cakap senanglah... Semua ni tak terjadi pada kau!” Tengking Erna marah.
            “Sebelum kau terluka dengan seseorang yang kau sayang, aku dulu yang rasa perasaan sakit tu Erna. Jadi jangan pertikaikan yang aku tak tahu atau tak faham dengan apa yang kau rasa!” Marah Rifqi dengan suara yang sedikti meninggi.
            Muka Erna jelas tercengang. Tidak dapat mengutip bait-bait kata milik Rifqi.
            “Maksud kau?”
            “Aku sayangkan kau Erna... Aku dahulu yang sayangkan kau sebelum Fareeq sayangkan kau. Aku dahulu yang sakit bila kau pergi pada dia sebelum Fareeq pergi pada Sury.”
            Erna tercengang dan tergamam.
            “Kau.... sa..yang...kan...a...ku...?” Tanya Erna terketar-ketar.
            Perlahan-lahan Rifqi mula merapat. Lututnya direbahkan ke lantai. Berhadapan dengan tubuh genit milik Erna. Ya... hakikatnya, dia terlalu menyintai Erna. Sedari dahulu lagi.. Sedari kecik lagi... Sejak pertama mereka bertemu lagi. Jadi, bayangkan betapa lamanya dia memendam perasaannya! Memendam rasa cinta yang tak pernah menemui nokhtahnya.
            “Ya... Aku terlalu sayangkan kau Erna... Allah dengar doa aku. Allah tunaikan permintaan aku untuk jumpa dengan kau walau apa caranya sekalipun. Aku tetap dibawa untuk bertemu dengan kau walaupun mungkin orang lain tak nampak kau Erna... Aku cintakan kau sayang...”
            Erna menggelengkan kepalanya berulang kali. Sungguh, otaknya tidak dapat menghadam apa yang diterima oleh peluput telinganya. Namun ayat ayat sayang itu kembali bergema di peluput telinga. Lantas segera ditutup kedua cuping telinga dengan menggunakan kedua belah tangannya.
            “Kau tak boleh sayangkan aku Rifqi... Tak boleh...!!” Raung Erna kuat.
            “Kenapa? Kenapa aku tak boleh sayangkan kau?” Desak Rifqi geram.
            “Sebab kau pernah cakap kan.... Dari dulu sampai bila-bila pun, aku akan kekal sebagai kawan kau... Aku tak boleh lebih dari garisan yang sewajarnya. Kau yang tetapkan semua ini Rifqi... Kau yang tetapkan! Jadi macam mana kau boleh langgar apa yang kau sendiri ungkapkan? Lepas apa yang dah berlaku, kenapa baru sekarang kau nak ucapkan rasa sayang kau tuh?”
            Nafas Erna turun naik ketika melemparkan kemarahannya. Kenapa Rifqi seperti ini? Kenapa Rifqi boleh berubah sedangkan dahulu dia yang menetapkan peraturan bodoh ini!
            “Aku tetapkan sebab... Sebab aku terlalu menyintai kau Erna. Aku bimbang kalau aku akan melukakan kau...” Keluh Rifqi penuh kesalan. Ya, dia salah kerana memandai menetapkan peraturan tentang cinta kerana semenangnya, tak pernah wujud peraturan apabila melibatkan soal perasaan.
            “Habis tu, kau ingat aku tak terluka ke sekarang?” Tanya Erna lirih. Dia duduk memeluk lutut. Otaknya tak mampu dijana lagi. Dia langsung tidak mampu merenung masa depan. Semuanya kelihatan hambar dan suram.
            “Aku tahu kau terluka... Tapi percayalah... Aku lebih terluka Erna... Aku lebih terluka....” Air mata Rifqi menitis perlahan. Membasahi pipi seperti mana hatinya basah apabila terperangkap dalamg relung kasih yang melingkar dengan keperitan.
***
            Datin Zabedah tidak sudah-sudah membaca yasin di sisi sekujur badan anaknya yang masih terbaring lesu. Bacaannya diselang selikan dengan esak tangis yang tidak henti-henti. Makin diseka, makin laju ia membasahi ruang wajah. Tapi dia tetap mengagahkan hatinya untuk membaca yasin. Sesungguhnya, hanya ini sahaja kekuatan yang mampu dititipkan untuk menguatkan lagi fizikal dan rohani Erna untuk kembali sembuh. Dia percaya pada ketentuan Allah dan hanya pada Dia hati tua ini mengharap.
            Perlahan-lahan Dato Amran mula melangkah untuk mendapatkan isteri tercinta yang masih belum jemu berlumuran dengan air mata. Hati suami mana yang tidak sedih apabila melihat si isteri yang menangis tanpa henti. Hati ayah mana pula yang mampu menanggung gelora melihat anaknya terlantar sakit hampir enam bulan lamanya. Tapi dia sedar yang dia hanya seorang hamba. Hamba yang harus merelakan ketentuan Ilahi dengan penuh rasa redha.
            “Abang... abang dah makan?” Tanya Datin Zabedah prihatin. Walaupun apa pun keadaannya, kebajikan dan keperluan suaminya tetap menjadi keutamaan. Dia cuba untuk tidak ralit dengan air mata. Namun sebagai manusia biasa, jiwanya lelah diambung gelora yang melanda.
            “Abang tak lapar...”
            “Abang... jangan macam ni.. Nanti kalau abang sakit macam mana? Susahlah Edah... kena jaga dua-dua sekali.” Datin Zabedah sedaya upaya untuk menyemarakkan lagi hubungan mereka dengan senda gurau. Berharap agar si suami menerima pujukannya.. Namun hampa kerana Dato Amran hanya menunduk lalu memanggung kepalanya menggunakan kedua tangannya.
            “Abang.. kenapa nih?” Datin Zabedah mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Kebiasaannya, suaminya tidaklah seperti ini.
            “Doktor panggil abang tadi...”
            “Jadi?”
            “Dia kata.. Kemungkinan besar dia terpaksa menghentikan saluran oksigen yang membantu Erna untuk hidup. Mungkin Erna tepaksa dilepaskan pergi...”
            “Tak boleh! Saya tak setuju... Saya tak boleh terima kalau... kalau.. kita sendiri memilih untuk membunuh Erna.” Terkejut yang bukan kepalang apabila mendegar bait kata suaminya. Kepalanya digeleng berulang kali. Tidak percaya yang dia akan menghadapi situasi seperti ini. Memilih untuk menjadi pembunuh!
            “Dah enam bulan Erna koma Edah... Doktor cakap kondisi badannya sudah terlalu lemah. Erna dah tak kuat seperti dahulu. Seolah-olah seperti dia beralah dengan rasa sakit ini... Seperti dia sudah bersedia untuk pergi!”
            “Tak mungkin! Erna tak pernah selemah itu. Erna tak akan beralah dengan mudah bang.. Saya kenal anak saya!” Bidas Datin Zabedah lagi. Apapun yang terjadi, dia tidak akan sesekali membenarkan semua ini berlaku.
            Rifqi yang mencuri dengar perbualan kedua ibu bapa Erna itu mula mengeluh. Cepat sahaja dia ingin mencari kelibat Erna. Kenapa semudah itu Erna hendak mengalah?
            “Kau kena bertahan Erna... Kau tak boleh menyerah mcam ni je!” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Rifqi saat menangkap kelibat milik Erna. Erna merenungnya lemah.
            “Dah tak ada gunanya aku hidup Rifqi.. Fareeq dah tak sayangkan aku...”
            “Sebab Fareeq dah tinggalkan kau, kau sanggup nak tinggalkan keluarga kau sendiri? Nampaknya kau lebih sayangkan Fareeq melebihi daripada mummy dan papa kau sendiri. Sejak bila kau meletakkan cinta Fareeq melebihi keluarga sendiri hah?” Marah Rifqi berang.
            “Kenapa kau nak kecoh? Suka hati akulah... Sepatutnya dari dulu lagi aku pergi Rifqi. Kenapa aku perlu dibangunkan hanya untuk melihat kepedihan ni?”
            Tanpa banyak cakap, terus sahaja Rifqi menghampiri Erna. Terus direntap tangan halus itu agar mengekori langkah kakinya.
            “Apa ni Rifqi?” Erna cuba untuk melepaskan pautan tangan itu namun pegangan Rifqi sungguh kemas.
            “Cuba kau tengok tu? Cuba kau tengok mummy dan papa kau Erna...”
            Dari cermin kaca di luar, Erna melihat wajah pucat mummy dan papanya. Air mata mula menitis perlahan. Kelihatannya, keadaan mummy dan papa sedikit tegang. Setahu Erna, meraka berdua jarang bertekak. Perkara apa yang menganggu ketenangan hidup mereka.
            “Mereka bergaduh sebab kau Erna..” Jelas Rifqi tanpa dipinta.
            Erna mula berpaling ke arah kanan. Memandang wajah Rifqi yang asyik merenung ke depan. Wajah lelaki itu serius sahaja.
            “Sebab aku?”
            “Ya.. Keputusan pemeriksaan kau mendukacitakan. Doktor nak hentikan saluran oksigen yang selama ini membantu kau untuk terus hidup. Sebab tahap kesihatan kau makin merosot...”
            Erna membawa tangan kanannya ke mulut.   
            “Kau tengok baik-baik muka mummy kau... Muka dia basah dengan air mata. Enam bulan dia tunggu kau untuk bangun Erna. Enam bulan! Kau tak mahu ke bangun untuk peluk dia? Kau tak mahu ke berikan dia hadiah pada penderitaan dia selama enam bulan itu?” Sambung Rifqi lagi lantas memandang ke arah Erna.
            Erna terus menangis!
            “Cuba kau tengok pulak muka papa kau Erna... Betapa dia susah payah menghabiskan duit dia untuk membiayai perubatan kau Erna. Kau tak mahu ke balas pengorbanan dia dengan berlawan dengan semua ini? Kau tak mahu hadiahkan sebuah ciuman di pipi dia? Sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghabiskan segala harta untuk mengejut kau dari mimpi panjang nih...”
            Kata-kata Rifqi itu benar-benar menghentak jiwanya. Mungkin dia terlalu mementingkan diri sendiri. Hanya kerana dia tahu bahawa Fareeq sudah berkahwin lain, dia ingin menokhtahkan semuanya di sini. Erna terlupa yang dia punya mama dan papa yang terlalu memerlukan kehadirannya.
            “Macam mana aku nak lawan Rifqi... Aku tak ada kuasa nak menahan atau melawan takdir.”
            “Aku tak suruh kau lawan takdir. Apatah lagi nak menahan takdir. Aku nak kau pertaruhkan semuanya untuk tetap kembali terjaga dan mencium kedua mummy dan papa kau.  Biar hilang segala perit ketika menanti kehadiran kau. Emosi yang kau rasa sekarang akan memperngaruhi jasad kau. Jadi kau kena kuat! Cinta itu memang carta pertama dalam hati kita. Tapi bukan pada kekasih Erna.. Tapi selayaknya diletakkan pada orang tua yang dah terlalu banyak berjasa pada kita!”
            Erna menyesal kerana bermain dengan perasaannya. Mujur ada Rifqi untuk menegur kesalahannya. Jika tidak, pasti dia akan terbuai dengan rasa sedih yang tiada pujuknya. Matanya ralit merenung mummy dan papanya. Perlahan dia membawa langkah mendekati kedua orang tuanya itu. Sesungguhnya, mereka adalah ibu bapa yang terbaik di dunia. Penuh dengan kasih sayang dan penghargaan.
            “Abang.... Erna menangis..” Datin Zabedah menghampiri tubuh anaknya. Air mata yang jatuh segera diseka. Luluh jiwanya menangkap permata jernih itu. Hancur terus hati tuanya.
            Tiba-tiba Erna memegang pipinya. Bagai terasa usapan lembut dari si ibu itu. Erna terus menerus menangis.
            “Sayang papa... Jangan risau.. Papa akan tetap setia menanti kehadiran Erna. Papa tak akan buat sesuatu yang bakal melepaskan anak papa... Bertahanlah sayang.. Papa akan lakukan apa sahaja untuk membuatkan sayang sedar semula. Papa dan mummy sayang Erna sangat-sangat.”
            Dato Amran mula berbual-bual dengan tubuh anaknya yang membisu itu. Langsung tidak menyedari bahawa si anak sedang mendengar dengan tangisan di pipi.. Sungguh Erna hampir terlupa pada papa dan mummy yang masih setia menanti dengan sabar.  Dia sibuk mengfokuskan diri pada cinta kekasih dari cinta pada kedua ibu bapa. Kalau Rifqi tidak menyedarkannya, pasti hatinya disarung dengan rasa ralat. Erna menoleh ke belakang. Ingin berterima kasih kepada Rifqi kerana lelaki itulah yang telah menyedarkan dirinya dari kealpaan namun bayangan Rifqi sudah menghilang. Entah kemana pula lelaki itu pergi.
            ‘Mummy... papa... Erna akan cuba bertahan... Erna tak akan sesekali mengalah..’ Itulah tekadnya kini. Apa pun yang terjadi, dia tak akan mengalah lagi.
***
            “Rif… You free tak lunch nanti?” Tanya Mona sewaktu menyerahkan beberapa fail yang dipinta oleh Rifqi sebentar tadi.
“Tak freelah Mona… I ada kerja urgent nak kena settled. Nak pergi melawat site dengan Erna kejap lagi.”
Jawapan yang keluar dari mulut Rifqi itu membuatkan Erna mengerutkan dahinya. Sebenarnya sedari tadi dia mengendap Rifqi dan Mona. Mona dengan senyuman manis yang tidak jemu-jemu pada Rifqi. Manakala lelaki itu pula tetap dengan sikap tak ada perasaannya. Kalau tak, kenapa Rifqi tolak permintaan Mona itu. Sememangnya tak ada rancangan langsung tak pergi site. Rifqi gebang lebih!
“Oh.. Kalau I ikut boleh?” Tanya Mona tak mengalah.
Rifqi yang sedang menyemak kertas kerja itu mula mengangkat wajahnya.  Dahinya dikerutkan berulang kali. “You nak ikut I? You kan bahagian marketing… Buat apa nak pergi site?”
Muka Mona terkebil-kebil. Manakala  Erna tepuk dahi. ‘Apa ke biul sangat Rifqi nih. Minah tu nak mengoratlah bodoh….’
“Oh.. tak apalah kalau macam tuh.. I lunch sorang-sorang jelah.” Sekali lagi Mona cuba menggoda Rifqi melalui ayat pasrahnya. Namun langsung tidak memberi kesan terhadap Rifqi yang terus tekun membelek dokumen.
Akhirnya Mona angkat kaki. Frust!
“Sudah-sudahlah buat dosa kering skodeng orang siang-siang…” Perli Rifqi sambil matanya mula mendapatkan batang tubuh Erna.
“Weh… Mana kau tahu aku tengah skodeng? Kau ni kalau bab aku.. Cepat je pick up.. Kalau dengan orang lain, terus kena penyakit disleksia!”
“Disleksia? Apa benda tu? Adik beradik amnesia ke?”
“Kepala hotak kau amnesia? Amnesia tu penyakit hilang ingatan… Disleksia ni bukanlah satu penyakit. Tapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Disleksia tu merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.” Terang Erna bangga. Dulu ada jugak cita-cita nak jadi doktor. Entah macam mana boleh masuk bidang kejuruteraan pulak! Ini semua hasutan Rifqi!
“So? Apa kena mengena dengan aku? Oh.. Ini penyakit kau waktu kecik-kecik dulu ya? Patutlah sampai besar kau tak semenggah!”
Menyedari yang dirinya sedang dipermainkan oleh Rifqi, cepat sahaja tangannya mencapai pelan dan terus diketuk kepada Rifqi yang biul itu.
“Kepala otak kau penyakit aku… Aku cakap, kau tu yang ada disleksia!”
“Tapi aku tak pernah gagal membaca dan menulis dulu?” Tanya Rifqi polos.
“Aku tak maksudkan waktu kecik-kecik dulu. Aku maksudkan, kau ni tergolong dalam kategori manusia yang diserang disleksia dalam cinta. Kau susah nak baca, nak faham bahasa tubuh perempuan tentang cinta. Kau langsung tak sedar yang kau sedang digoda oleh Mona tadi..”
“Erk.. digoda? Mona? Pakai sopan-sopan macam tu, goda apa kebendanya? Langsung tak tergoda weh…” Rifqi masih belum faham sepenuhnya.
“Ish… Goda tu tak semestinya dari tubuh badan? Tak seharusnya dari pakaian. Dari ayat pun kita dah boleh cam apa! Tengok macam Mona tadi, punyalah bersungguh nak suruh kau ajak dia pergi site! Dan kau pulak boleh buat muka blur… Minah tu syok kat kau lah tuh…”
“Aku gabra kalau jumpa perempuan cantik ni weh…” Tengkuk yang kesejukan mula digosok perlahan. Selebihnya, dia ingin mengenal pasti riak wajah Erna.
“Gabra? Habis tu dengan aku kau tak gabra pulak?”
“Erk.. maknanya kau tak cantiklah tuh…” Ujar Rifqi spontan.
“Rifqi!!!!” Jerit Erna geram. Kenapalah dia boleh kenal dengan mamat mulut puaka ini?? Betul-betul mintak nyawa extra!
            Erna tersenyum ketika mengingati perisitwa silam itu. Rifqi memang banyak idea untuk mengenakan dirinya. Fareeq pula lelaki yang tiba-tiba hadir menghulur segugus cinta. Dan Erna menyambutnya tanpa banyak soal. Namun siapa tahu yang ianya berkesudahan sebegini rupa.
            Kerana cinta itu rela. Kerana kasih itu indah. Kerana sayang itu perlu dibelai. ‘Kehilangamu aku hilang cahaya. Dihatimu kini bukan lagi aku.. Cinta itu tiada lagi..’ Erna pasrah dalam menyerah!
            Rifqi memerhati Erna yang ralit termenung itu. Pergerakannya jadi kaku tatkala matanya terpandang seraut wajah Erna. Masih manis dalam pucat. Ingin sahaja dia mengungkapkan segala kata cinta dan rindunya. Sudah lama dia menanti saat ini tiba.
            Hanya Erna yang meliputi hatinya. Meruntuhkan dinding yang menjalar dengan rasa sepi. Erna adalah bunga tidurnya. Hiasan di ruang jiwa. Adakalanya membuatkannya terganggu tapi dia tetap ingin menunggu.
            “Erna…” Panggilan itu membuatkan Erna berpaling. Erna tersenyum kelat sedikit.
            “Sakit lagi?” Tanya Rifqi.
            “Apa yang sakit?”
            “Hati tu sakit lagi ke?”
            Erna tersenyum. Entah kenapa, rasa sakit itu kian kebah. Tak tahulah sebab dari rasa tabah atapun kerana Rifqi berada di sampingnya tika ini. Adakah ini hanya dunia khayalan atapun sekadar mimpi di dalam mimpi.
            “Tak… Kalau kau ada.. Sakit aku mesti cepat sembuh!” Jawab Erna jujur. Ya.. sedari dahulu lagi. Jika dia diserang demam, Rifqi yang akan menjaganya. Kalau Rifqi suap sahaja bubur dan ubat, petang itu Erna sudah boleh berlari. Adakah ini yang dinamakan jodoh? Entahlah.. terlalu sukar untuk menduga dan menyangka.
            “Erna… tahap kesihatan kau makin baik. Mungkin tak lama nanti kau akan sedar…”
            Kata-kata Rifqi membuatkan Erna tersenyum.
            “Ya ke? Kau skodeng mummy dan papa ke?”
            Anggukan dari Rifqi membuatkan Erna melonjat kesukaan. ‘Betul ke aku akan sedar? Arghh… tak sabar nak bertemu mummy dan papa!’
            “Kalau aku akan sedar.. kenapa muka kau muram je? Kau tak gembira aku nak bangun nanti…?” Tanya Erna pelik. Baru dia perasan. Wajah Rifqi masam mencuka. Kelat seperti peria.
            “Bila kau sedar nanti.. Ada kemungkinan yang kau tak akan ingat apa yang dah berlaku…”
            Erna terdiam. Entah, dia tak tahu apa-apa!
            “Kalau macam tu aku tak mahu bangun… Aku tak nak hilang apa yang aku rasa sekarang!” Putus Erna muktamad. Mukanya mula dibelenggu kegelisahan.
            “Mana boleh macam tu Erna.. Mummy dan papa perlukan kau…”
            “Tapi aku pun perlukan kau jugak!” Tanpa sedar, ayat itu keluar dari mulut Erna. Terpempam Rifqi dibuatnya.
            “Aku tak faham…” Duga Rifqi sengaja.
            “Aku tak nak hilang apa yang aku rasa pada kau Rifqi… Aku tak nak hilang… Aku sayangkan kau… Kalau betul aku tak ingat, macam mana aku nak tahu tentang kecurangan Fareeq! Macam mana aku nak tahu yang kau cintakan aku… Aku takut aku berdegil dan tolak kau pergi jauh-jauh..” Air mata yang bertakung, mula menjatuhkan diri di pipi mulus milik Erna.
            “Erna… aku tak mahu berandai yang kau akan menjadi milik aku. Aku tak pernah berjanji akulah lelaki yang akan menemani kau sampai mati. Tapi aku akan buktikan yang aku mampu untuk bersungguh-sungguh mencintai kau...”
            Erna terharu sambil menangis lagi.
            “Tapi macam mana aku nak sedar yang kau menyintai aku kalau akan akan lupakan semua moment indah nih?” Tanya Erna kusut.
            “Kau boleh baca diari aku ni Erna… Dia akan menceritakan segalanya…” Diari yang dipegang oleh Rifqi itu mula ditarik. Dibaca perlahan bait-bait yang terlukis dari mata pena.

Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana…

        Ya Allah.. Terima kasih di atas segala perhatian dan kasih sayangMu ini..
***
            Perlahan-lahan Erna membuka matanya. Matanya terlalu pedih apabila menangkap sinaran cahaya terang. Terlalu sukar untuk dibuka kelopak matanya ini. Tekaknya terasa begitu perit sekali.
“Ya Allah... Erna dah sedar! Abang, cepat panggil doktor!” Suara itu mula menampan telinganya. Perlahan-lahan pandangan mata yang kelam itu dia alih ke arah kanan. Samar-samar melihat kelibat mummy yang sedang mengelap air matanya. Matanya kepedihan.
 Tangan mummy yang panas mula mendarat di pergelangan tangan anaknya yang sejuk.
            “Erna sayang... Ini mummy....”
            Dengan payah, Erna mula tersenyum sedikit. Hambar sahaja. Sungguh dia langsung tidak ingat apa yang sudah berlaku pada dirinya. Tangannya cuba mengeyeh mata yang pedih. Dia cuba ingin bangun tapi dilarang keras oleh Datin Zabedah.
            “Jangan bangun sayang.. Sayang masih lemah.” Kedengaran lafaz syukur keluar berulang kali dari mulut Datin Zabedah. Menggambarkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap Ilahi kerana segala doanya telah diperkenankan oleh Allah. Sungguh, enam bulan tanpa Erna berlalu dengan begitu perit.
            “Apa yang dah terjadi mummy?” Kepalanya masih rasa berpusing-pusing. Kepalanya masih berbalut rupanya. Mungkin ada terhentak hingga terluka. Terhentak? Erna cuba untuk mengembalikan ingatanya yang hilang. Namun sukar kerana dia langsung tidak boleh ingat apa-apa.
            “Erna accident... Erna tak ingat ke?”
            “Erna tak ingat apa-apa mummy...”
            “Dah.. jangan paksa diri.. Erna kena banyak rehat. Jangan paksa otak fikir di luar batasan ya..” Pujuk Datin Zabedah lembut. Dia tidak mahu jika Erna kembali sakit apabila memaksa diri melakukan sesuatu yang berada di luar batasannya.
            “Sayang... Syukurlah sayang dah sedar. Papa risau sangat jika papa terpaksa kehilangan Erna..” Dato Amran terus menghampiri anaknya itu sejurus selepas memanggil doktor yang selama ini gigih merawat Erna.
            “Papa...” Sebuah kucupan hinggap di dahinya. Jelas di riak wajah Dato Amran yang menunjukkan papanya itu sedaya upaya cuba mengawal permatanya. Mungkin bimbang jika anak mata Erna rajin meneroka harta kebal milik seorang lelaki itu.
            “Tak herolah kalau menangis papa...” Sempat lagi dia mengusik papanya itu.
            “Mana ada papa nangis? Papa selesemalah...” Tipu Dato Amran. ‘Ya Allah.. terima kasih kerana mengembalikan anakku.. Terima kasih ya Allah...’
Matanya liar memehatikan sekeliling. Cuba mencari bayang seorang yang teramat dirinduinya. ‘Bila awak sedar nanti... rasa hati akan memberikan awak petanda Erna.. Sama ada saya yang bertahta di hati awak ataupun dia... Siapa yang awak akan cari dahulu bila awak buka mata nanti.’ Suara itu berulang kali bermain di peluput telinganya.
            ‘Apa maksud suara tersebut? Siapa yang aku cari? Siapa yang aku cinta? Pastilah aku menyintai Fareeq. Fareeq kan tunang aku?’ Berkerut dahinya cuba memahami gelodak perasaan milik sendiri.
            “Erna.. Erna okey ke tak nih? Ish... mana doktor nih?” Rungut Dato’ Amran gabra. Gelisah apabila melihat Erna yang seperti sedang memikirkan sesuatu. Bimbang jika Erna jatuh sakit lagi. Dia tidak mahu jika Erna terlebih fikir.
            “Papa.. mana Rifqi?” Tanpa diduga, soalan itu yang terbit dari mulut Erna. Erna sendiri terkejut. Sepatutnya dia bertanyakan tentang perihal Fareeq! Bukannya Rifqi.
            Dato Amran dan Datin Zabedah mula berpandangan sesama sendiri. Mungkin pelik dengan soalan dari anak mereka ini. Ialah, patutnya Erna bertanya tentang Fareeq! Tunang dia sendiri. Bukan tanya tentang anak jiran mereka itu.
            Baru sahaja Dato Amran hendak menjawab, doktor sudah tiba bersama jururawat untuk memeriksa tahap kesihatan Erna. Sementara Erna diperiksa oleh doktor, sepasang suami isteri itu mula kegelisahan sendiri.
            “Macam mana ni bang? Erna dah sedar... Apa kita nak cerita kat dia? Saya risau tahap kesihatan dia terjejas bila dia tahu hal sebenar nanti.” Datin Zabedah sudah mula melahirkan kegelisahannya. Selesai satu masalah tapi satu masalah sedang menunggu untuk menjerut lehernya lagi.
            “Kita suruh Fareeq berlakon!”
            “Tapi sampai bila? Fareeq dah kahwin!”
            “Untuk sementara waktu je...  Kita kena pastikan yang tahap kesihatan Erna betul-betul sembuh. Kalau beritahu hal sebenar, elok-elok dia nak sihat, terus sakit. Abang tak nak macam tuh...” Dato Amran mula melahirkan kebimbangannya. Macam-macam hal boleh berlaku sekarang. Jujur akan membuatkan dia serba salah tapi menipu itu lagilah salah!
            “Perkara ni tak boleh buat main bang... Nanti kalau Erna tahu dari orang lain, lagilah naya! Kusut betul rasanya...”
            “Kita kena pakat dengan orang lain supaya rahsia ni tak bocor. Abang tak mahu kesihatan Erna terganggu. Telefon Fareeq... Erna mesti nak jumpa dengan dia nanti.” Arah Dato Amran keras. Biarlah jika terpaksa berlakon sekali pun, yang pasti ini bukan masa yang sesuai untuk membocorkan kebenaran.
            “Habis tu Rifqi?” Tanya Datin Zabedah kelu.
            “Tu nanti saya fikirkan...” Sebenarnya sudah tidak ada benda yang mampu dicerna di dalam otaknya. Mungkin dia bakal melakukan perkara yang salah. Tapi siapa mampu membentangkan kebenaran andai kebenaran ini begitu menyakitkan Erna nanti.
***
            “Lega bila abang dapat tengok Erna tersenyum lagi....” Ucap Fareeq sambil tersenyum. Kata Dato’ Amran, Erna masih belum tahu cerita sepenuhnya. Jadi dia perlu berlakon untuk menjadi tunang Erna. Fareeq sanggup melakukan apa sahaja. Dia pun bimbangkan tahap kesihatan Erna. Dia mahu Erna cepat sembuh!
            “Erna pun rasa lega sebab dapat jumpa abang lagi. Abang macam mana? Sihat? Enam bulan kita terpisah kan? Macam tak sangka yang Amna dapat hidup semula...”
            “Enam bulan tanpa Erna... Sungguh abang rindu sangat...” Luahan itu bukanlah satu paksaan. Sesungguhnya dia teramat menyanyangi Erna. Dalam pada masa yang sama, dia bertanggungjawab pada Sury. Sury adalah isteri yang dinikahi ketika mereka melanjutkan perlajaran di luar negara dahulu. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Fareeq akui yang dia berkahwin dengan Sury tanpa berfikir panjang. Ketika itu, Sury berada di semestar pertama sedangkan Fareeq sudah berada di semestar terakhir. Cadangnya, dia ingin pulang dahulu ke Malaysia untuk menyediakan segalanya buat si isteri. Tapi dia mula terpikat pada Erna. Anak majikan yang sangat mencuri perhatiannya.
            “Erna kagum dengan abang... Abang masih tak cari pengganti Erna walaupun abang tahu yang kebarangkalian Erna untuk hidup semula adalah nipis. Terima kasih abang. Erna terharu sangat!”
            Mata Fareeq berkaca tika mendengar luahan hati Erna. Bagaimana agaknya keadaan Erna apabila mengetahui yang dia sebenarnya sudah berkahwin! Dapatkah Erna menerimanya dirinya kembali? Bagaimana pula dengan Sury? Sury juga tidak bersalah dalam hal ini. Enam bulan bersama Sury memang membangkitkan rasa cinta yang telah pudar. Malah Sury setia memaafkan dirinya. Apa lagi yang dia harapkan sekarang?
            “Kenapa muka abang nampak risau? Mesti abang tak cukup rehat sebab jaga Erna kan...”
            Kata-kata Erna membuatkan Fareeq tersentak. Jaga? Tak pernah sekalipun dia menjaga Erna.. Bukan kerana dia tidak mahu, tetapi kerana hasrat hatinya dihalang keras oleh Rifqi dan Dato’ Amran. Semua ini berlaku apabila temberangnya pecah dengan Rifqi. Hampir-hampir sahaja sebuah tumbukan hinggap di wajahnya. Tapi tak boleh salahkan Rifqi, semua ini memang khilafnya.
            “Abang pergilah rehat... Erna boleh je sorang-sorang...” Beberapa kali dia cuba yakinkan Fareeq. Fareeq dah cukup penat ketika menjaga dirinya. Dia tidak mahu menambahkan beban Fareeq.
            “Abang....” Fareeq mula tergagap.
            “Balik jeh.. Erna tak kisah... Lagipun memang Erna nak tidur pun!”
            “Abang balik dulu Erna... Erna pun kena banyakkan rehat. Kalau tak rehat, lagi lama Erna kena duduk dalam hospital nih.” Lembut Fareeq menasihat sambil membetulkan selimut milik Erna.
            “Okay abang.. Jumpa esok!”
            Usai Fareeq keluar, Erna cuba memejamkan matanya. Dia rasa kosong! Rasa kehilangan. Entah apa yang hilang, Erna sendiri tidak pasti.
            “Oit... dah enam bulan kau tidur! Tak cukup-cukup lagi ke?” suara kasar itu mula menampan cuping telinganya.
            Ceh!! Patutlah rasa kurang sesuatu. Mamat puaka ni baru muncul rupanya. Malam-malam masa orang nak tidurlah dia datang menyemak. Terus Erna bukak mata luas-luas.
            “Baru muncul? Kau pergi mana hah?” Marah Erna bengang. Rifqi orang pertama yang dia ingat setelah sedar dari lena yang panjang tapi mamat tu yang terakhir sekali muncul.
            “Hero mana boleh muncul cepat-cepat.. Nanti klimaks awal. Tak syoklah cerita tuh..” Selamba Rifqi mengusik.
            “Jangan nak jadi tupai yang memandai-mandai. Kau ni makan apalah eh waktu kecik-kecik dulu sampai kuat menjawab macam nih!” Erna sudah bangun dari pembaringan. Tak selesa nak bertekak jika berbaring. Bateri macam nak ting tong jeh!
            “Kalaulah aku dapat makan kau waktu  kecik-kecik dulu kan best... Ini tak, sampai sekarang aku kena mengadap muka toya kau nih!” Kutuk Rifqi tak beragak.
            “Haih... ada orang nak kena tanam dalam kerak bumi nih... Tahun baru cina dapat angpau, kau memang melampau!”
            “Kau nih...betul ke koma enam bulan. Tak macam pun! Apa dalam masa enam bulan tu kau kumpul tenaga ya nak bertekak dengan aku?” Rifqi mula menggelengkan kepalanya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa hinggalah keduanya kembali senyap tanpa suara. Terlalu rindu suasa gurauan seperti ini!
            “Erk.... Kau tak ingat apa-apa ke?” Soal Rifqi perlahan-lahan. Cuba meneroka apa yang berada di dalam ingatan Erna.
            “Ingat apa? Kena ingat apa-apa ke?” Soal Erna polos.
            “Yalah... ingat apa-apa?” Sedaya upaya Rifqi cuba untuk memahamkan Erna.
            “Oh... kejadian accident tu ke? Entahlah... yang aku tahu kereta aku kena rempuh dengan lori sebab aku tak sempat nak kawal kereta waktu turun bukit...Lepas tuh... kebabom! Aku rasa badan aku melayang-layang....” Sempat lagi Erna berlakon seolah-olah tubuhnya sedang melayang.
            “Tak payahlah nak berteater sangat! Kau tu bawak kereta je.. Bukan bawak kapal terbang sampai nak melayang bagai!” Mungkin nada Rifqi seperti main-main. Tapi dia teramat serius untuk memaknakan kata-katanya.
            “Mungkin lepas ni boleh ambil lesen kapal terbang pulak kan...” Jari terlunjuk Erna bermain di hujung dagu.
            “Dahlah.. sudah melawak! Pergi tidur.. Dah malam sangat dah nih..”
            Tanpa banyak cakap, Erna hanya menurut. Kebetulan memang matanya sudah diserang kantuk.
            “Erna...” Panggil Rifqi lembut.
            “Hmm...” Tanpa membuka mata Erna menyahut.
            “Janji dengan aku....”
            “Janji apa?”
            “Jangan bawak kereta laju-laju dah....”
            “Okay... lepas ni kalau aku nak pergi mana-mana, aku suruh kau je jadi driver aku ya...Aku tak akan bawak laju-laju dah. Aku akan ingat orang yang tersayang...”
            Rifqi tersenyum. Seperti jangkaannya, Erna langsung tidak teringat dengan perkara yang telah terjadi. Dia belum cukup kukuh untuk berada di pelusuk hati Erna. ‘Aku redha walau tidak ku damba… Walaupun hampa, semuanya memang sudah dijangka.’ Hati Rifqi menangis.
***
            Rifqi sibuk membelek gitar kapaknya. Erna pula rajin menghidangkan cucur ikan bilis. Saja tak ada kerja petang-petang. Sekurang-kurangnya ada jugak kundapan sambil melepak di gazebo ini. Sekali pandang, mereka berdua ni tak ubah macam suami isteri. Padahal jiran sebelah menyebelah je.
“Kau rasa betul ke keputusan aku untuk terima Fareeq!” Erna mula nak memecahkan tembok kebisuan. Hatinya masih menimbang-nimbang kebaikan menerima lamaran Fareeq. Dia sudah punya jawapan tapi sengaja nak mintak pendapat si mulut puaka itu.
            “Keputusan hidup kau, mana boleh tanya pendapat orang lain. Ada otak kan... Fikirlah sendiri!” Smash Rifqi satu das!
            “Aku mintak pendapatlah... Tu pun kedekut!” Erna mendengus kasar! Bengang pastinya.
            “Yalah... bila masuk bab hati dan perasaan... Mana boleh mintak pendapat orang! Kau yang nak bercinta, kenapa tanya orang lain. Tepuk dada, tanya hati, seru iman, panggil tok kadi! Apa susah!”
            Erna ketawa. Pantun ke syair tuh!
            “Jomlah panggil tok kadi.” Galak Erna.
            “Kalau panggil sekarang, kena kahwin dengan akulah!”
            “Aku ada akal lagi weh kalau nak kahwin dengan kau!” Bidas Erna selamba. Tak ada sambutan dari pihak Rifqi. Mungkin lelaki itu sudah penat bertikam lidah dengannya. Tak pun kering modal nak menjawab balik!
            “Weh... dari tadi aku tengok kau petik-petik gitar! Nyanyilah satu lagu. Bosan nih...” Arah Erna keras. Cucur ikan bilis itu disumbat ke dalam mulut.
            “Hah, sedap je nak mengorder! Kau nyanyi sendirilah.”
            Erna mati kutu. Mamat ni apasal? Kena serang bendera jepun ke? Nak mengamuk je kerjanya.
            “Amboih... tang aku je kena smash... Kau order jemput ikan bilis ni aku buat jeh. Merajuklah macam gini.” Erna sudah mula hendak mengangkat sepanduk merajuk. Dia tahu yang Rifqi pasti akan memujuknya. Alah Rifqi tu luar je nampak macam batu, dekat dalam hati tu ais. Mudah cair! Spesis air batu!
            “Yalah... tak payah nak merajuk. Duduk! Aku nyanyi sampai hujan!” Rifqi mula menggelabah. Jenuh nak pujuk rajuk Erna nanti. Minah tu bukan boleh kira. Biul memanjang!

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

            Erna ketawa sengaja! Suara Rifqi tu memanglah tak boleh dipertikaikan. Tapi rasa nak berguling pulak bila dengar Rifqi nyanyi lagu-lagu jiwang. Dah lah nyanyi dengan penuh perasaan! Kena sawan apa petang-petang nih?
            “Kau nak mampus ke Erna? Gelak macam kera cacat jeh..” Kalau ikutkan rasa hatinya, hendak sahaja dia hempuk kepala Erna itu. Orang penat-penat nyanyi. Dia boleh ketawa! Memang nak kenalah kan...
            “Tak ada stok lagu lagi jiwang ke bro! Kejadah nyanyi lagu untuk kekasihnya....” Pangkah Erna sambil belum terhenti ketawa.
            “Eh... aku ada apa kekasih!”
            Erna senyap. Terkejut!
            “Kekasih?”
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya.. Kekasih gelapku...

            Nyanyian spontan Rifqi versi akustik itu berjaya membuatkan Erna terdiam. Sejujurnya, ini bukanlah kali pertama dia mendengar lagu ini. Tapi inilah kali pertama dia teramat terkesan dengan bait lagu ini. Adakah Rifqi menujukan lagu ini kepada dirinya? Segenap hati cuba mengiakan tapi sebelah jiwa mula diserang was-was.
             “Aku memang tak ada kekasih untuk waktu ini.. Jadi sebab itu aku berdoa agar Allah tolong jagakan kekasih gelapku itu untukku nanti. Segala cela dia, akan aku simpan. Segala kelebihan dia akan aku hargai. Segala-galanya tentang dia, akan aku terima dengan redha...”
            Perghh... meleleh peluh Erna dibuatnya! Rifqi mana pernah bercakap soal jodoh. Lari dari jodoh banyaklah!
            “Kau memang betul-betul pelik petang nih...” Tanpa sedar, ayat itu meluncur laju dari mulut Erna.
            “Kau ingat kau sorang je ke nak bercinta? Aku pun nak jugak... Walaupun aku ni hati kayu, jiwa batu, tapi  sekali aku mengayat, memang layu dan sekali aku berjiwa, terus kau membatu!”
            “Eleh ke eleh eleh...” Sekali lagi Erna ketawa.
            Rifqi hanya tersenyum. Terus memetik gitar cabuknya itu.
            Erna tersenyum apabila teringatkan kenangan manis itu. Entah kenapa, sejak dia sedar, kenangan bersama Rifqi kuat bermain di kotak ingatannya. Tapi sekejap lagi dia mengajuk, merajuk kerana Rifqi tidak menjemputnya dari hospital. Dia nak balik dengan Rifqi!
            “Jom masuk sayang...” Ajak Dato’ Amran. Sedari sampai tadi Erna tidak lepas dari melepak di gazebo ini. Memang gazebo ini dibuat khas untuk Erna dan Rifqi melepak. Kalau masuk rumah nanti, bimbang tak manis dipandangan mata jiran-jiran.
            “Papa... Erna nak pergi rumah Rifqi kejap ya.” Pinta Erna. Dia nak jumpa Rifqi. Dia terlalu rindukan Rifqi. Kenapa ya? Rindu ini seakan-akan tidak mahu surut! Kenapa dia langsung tak teringatkan Fareeq?
            Oh hati... apakah yang sudah terjadi? Diserang angin kus-kus gamaknya!
            “Err... Nak buat apa pergi rumah Rifqi?”
            “Nak pergi jumpa mama Rifqi kejap... Dah rindu sangat. Boleh kan? Kejap jeh...” Sengaja Erna beralasan. Kalau cakap rindu dekat Rifqi kang, papa pengsan pulak!
            “O..kay... Jangan lama tau. Papa nak Erna berehat!”
            Erna menayangkan tabik hormat. Tanda akan akur dengan arahan papanya. Kakinya cepat sahaja melangkah ke rumah sebelah. Nak jumpa kekasih gelap yang dirindui.
***
            Setelah berpeluk sakan dengan mama Rifqi, Puan Suraya mula memohon diri ke dapur. Katanya hendak membancuh air walaupun ditegah oleh Erna. Dia bukannya dahaga pun. Matanya menilau mencari kelibat Rifqi! Mana pulak mamat ni?
            Sebuah senyuman nakal mula terukir di bibir. Dah lama tak buat kerja-kerja luar alam nih. Cun jugak kalau skodeng bilik Rifqi.
            “Mama... Erna naik atas kejap ya!” Laung Erna dari tangga. Bukan bersungguh pun nak beritahu tapi karang tercari-cari pulak orang tua tuh!
            Pintu bilik yang tidak berkunci itu mula ditolak perlahan. Erna menjenggulkan wajahnya ke dalam bilik itu. Bimbang jika terserempak dengan Rifqi. Entah kenapa bibirnya mula menguntumkan senyuman apabila terpandangkan contengan di tepi dinding itu.
            “Erna, kenapa kau conteng dinding bilik aku!” Marah Rifqi seraya merampas pensil warna yang berada di tangan Erna. Habis dinding biliknya diconteng oleh Erna yang baru berusia sepuluh tahun itu.
            “Bilik kau tak ada bunga... kosong... tak cantik!” Bidas Erna sambil mencapai pensil warna yang bersepah di atas lantai. Mula melukis lagi.
            “Ini bilik orang lelaki... mana ada bunga... Kau nak aku jadi pondan ke?” Sekali lagi Rifqi merampas pensil warna kuning itu. Habis comot dinding rumahnya!
            “Pondan tu apa?”
            “Argghh.. tensionnya aku cakap dengan budak tak cukup umur nih!” Rifqi mendengus. Memang Erna muda dua tahun dari dirinya. Memang kecil pun lagi. Entah macam mana budak comot ini boleh terlepas ke dalam biliknya. Selamba tak malu betul masuk bilik anak teruna orang!
            “Aku dah besarlah! Aku tak kira... Aku nak lukis bunga jugak kat dinding ni..” Akhirnya mereka sama-sama bergelut. Erna dengan pensel warna dan crayonnya. Rifqi pula dengan tuala lembab di tangan. Bila Erna mula menconteng, cepat sahaja Rifqi memadamkannya. Tapi lukisan itu mula jadi comot! Dinding itu bertukar menjadi kotor.
            “Dah kotor...” Keluh Erna.
            “Kaulah punya pasal!” Marah Rifqi tak puas hati. Susah bila kawasan perumahan ini tak ada kanak-kanak lelaki. Terpaksalah berkawan dengan si Erna anak jiran sebelah rumah yang asyik pot pet pot pet memanjang! Umpamanya berkawan dengan orang sawan!
            Kenangan itu membuatkan wajah Erna tersenyum simpul. Rupanya Rifqi masih belum memadam atau mengecat kembali dinding comot itu. Tangannya mengusik lembut dinding itu. Rasa bahagia menyelinap dalam pelusuk hati.
Erna mula memajukan langkah untuk keluar. Tidak betah rasanya buat perangai tak malu selongkar bilik anak teruna. Kalau kantoi nanti mulalah haru biru! Tapi matanya terpandangkan buku-buku yang tersusun cantik di atas rak. Memang Erna akui, Rifqi memang suka membaca. Semua jenis bahan bacaan pun dia belasah!
‘Hmm... okay jugak kalau aku pinjam buku nak mentelaah!’
            Sedang dia tekun memilih, matanya mula tertacap pada sebuah diari yang terselit dalam celahan buku.  Seolah-olah buku tersebut pernah dilihat dek mata kasarnya. Sambil memandang ke arah pintu, cepat sahaja dicapai buku tersebut.
            “Sejak bila pulak mamat ni tulis diari? Heh.. jom kita selongkar apa yang dia tulis!” Kerusi yang berada di sebelah mula ditarik. Bersedia menerokai alam pena milik Rifqi. Siapa tahu ada rahsia besar terkandung di dalamnya?

Sudah lama aku memendamkan rahsia ini… Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menghuraikan segalanya.. tapi pada siapa? Bak kata Erna, aku ni ada penyakit disleksia kalau berkaitan dengan hati dan perasaan.. sebab tu aku nak tulis diari.. Wokeyh.. let’s start.. si dia yang kugelar kamelia... kenapa kamelia? Sebab sama dengan nama kereta kesayangan aku.. oh.. dia sungguhlah cun melecun! Kalau tengok panahan mata dia, boleh melecur mata nih seyh...

            Rahang Erna terjatuh! “Rifqi sukakan seseorang?” Hati mula dipagut cemburu. Kenapa cemburu? Erna pun tak boleh nak double confirm. Tanpa buang masa, dia kembali menyambung pembacaan.
           
Malang sungguh derrrr... si kamelia ni dah berpunya! Haih.. sadis sungguh kisah cinta aku kan... baru je penyakit disleksia nak sembuh, terobek pulak hati aku... berdarah berlagu pilu.. tapi sebagai manusia yang bertamadun, aku terima hakikat nih.. Dapat tengok dia senyum dari jauh pun... dah cukup hilangkan sawan angau bangau aku nih... Dasyat gila!!

            Bibir Erna mula tersenyum. Lega kerana si Kamelia itu sudah berpunya. Dia terus menutup diari tersebut. Mula rasa tak selesa kerana mencabuli hak asasi milik Rifqi. Matanya diarah ke muka pintu sambil tangannya cepat ingin menyorokkan kembali diari berwarna hijau itu. Namun kerana kegelojohannya, diari itu terjatuh ke atas lantai. Erna mula tersentak!
            Tergamam kerena beberapa keping gambar miliknya bergelimpangan di atas lantai. Mungkin gambar-gambar tersebut telah diselelitkan di dalam diari. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia membaca contengan di belakang gambar miliknya itu.

Sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi..
Bila celik, juga bila mimpi… aku nampak kau…
Tapi bukan aku yang di sisi..  (Kamelia..)

           
            ‘Jadi kamelia tu adalah aku? Rifqi sukakan aku....??’ Erna sudah mula gabra. Hatinya bersulam dengan gundah gulana. Dia kembali membelek diari milik Rifqi itu. Dia hendak menyelongkar segala yang tersembunyi. Apa lagi yang dia tak tahu?

Setiap perkara ada gantinya.. Setiap perlakuan ada ganjarannya.. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya…sekarang aku dah faham… kenapa Allah nak jarakkan rasa hati aku pada Kamelia.. rupanya sebab Allah nak pendekkan umur aku!! Macam mana aku nak describe perasaan aku ya bila kau tahu yang aku menghidap penyakit Tuberculosis ataupun singkatannya dipanggil TBC...?Rasa nak marah... nak marahkan siapa? Tuhan? Amboihh.. besau betul kepala sampai nak marah tuhan?! Nak menangis...? sorry.. aku lelaki gentleman okeyyhh.. nangis2 pi cari cite hindustantlah... aku hanya mampu redha... Sebab tu aku hanya pandang kamelia aku dari jauh... dia dekat jeyh.. ada sebelah aku ni hah... tapi tangan aku tak sampai untuk menggapainya.. dapat tengok dia senyum pun jadilah... =)

            Tanpa sedar, air mata bercucuran di ruang wajah. “Ya Allah.. kenapa Rifqi tak pernah bagi tahu aku apa-apa pun!” Sekarang baru dia faham! Kenapa Rifqi selalu demam berpanjangan dahulu. Jadi inilah sebabnya. Rifqi menghidap penyakit TBC.  Penyakit TBC menular melalui udara yang tercemar dengan bakteria mikobakterium tuberkulosa. Bakteria ini sering masuk dan terkumpul di dalam paru-paru dan akan membiak menjadi banyak. TBC dapat menginfeksi hampir seluruh organ tubuh seperti paru-paru, otak, ginjal, saluran pencernaan, tulang namun organ tubuh yang paling sering terkena ialah paru-paru. Erna tahu kerana dia pernah membaca dalam sebuah novel yang menceritakan tentang penyakit ini.
Tanpa berlengah, terus digagahkan lagi hatinya untuk terus membaca walaupun sungguh jiwanya bagai telah dicincang lumat.
           
Setan betul!!!!! Aku memang rasa nak bunuh orang hari nih... Memang rasa nak membunuh kalau tak ingat dosa pahala. Berani dia tipu Kamelia aku! Berani dia permainkan perasaan Kamelia aku!! Manalah aku tak mengamuk... Fareeq tunang si Kamelia tu dah kahwin... aku ulang semula.. ‘DAH KAHWIN’!! Bini dia study kat luar negara, dia boleh pi bercinta dengan Kamelia aku... Aku tak dapat bayangkan perasaan Kemelia jika dia tahu hakikat sebenar.... Marah ke? Nangis ke? Gila ke? Tapi aku pasti dia kuat walaupun dia tu manja ya Rabbi... Aku harap aku masih dipinjamkan nyawa untuk berada di samping dia nanti untuk memujuk rajuk dia.... Argghh... Tuhan, TOLONG MAKBULKAN DOA AKU!!!

            Fareeq dah kahwin?? Sekali lagi Erna terhentak sendiri. Matanya sudah bengkak dan tidak mampu lagi meneruskan pembacaan. Entah-entah selepas ini rahsia apa lagi yang bakal tersingkap??
            ‘Ya Allah... macam mana boleh jadi macam nih...?’ Soal Erna sendiri. Dia mula mengumpul nafas. Mengumpul kekuatan yang sudah mula tumpul. Kebenaran ini perlu disingkap!
           
Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila tengok badan dia terkujur terbaring di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat!! Kenapa bukan aku yang berada di tempat dia? Kamelia.... kenapa kau suka bawak laju-laju. Kan aku cakap, kau hanya boleh bawak laju bila aku ada kat sebelahhhh... kenapa kau tak faham bahasa melayu!! KENAPA?? Pertama kali air mata aku jatuh... Jatuh sebagaimana aku telah jatuh ke dalam cinta ini.... Tak pernah sekali aku berdoa untuk kau pergi dahulu... apa pun terjadi, doaku... biarlah aku yang pergi dahulu sayang.....

            Erna terus-terusan menangis. Pertama kali membaca isi hati Rifqi. Pertama kali merasakan bahawa cinta Rifqi terlalu kuat dan sempurna. Dia sudah tidak terkejut tentang Fareeq. Dia hanya ingin mengetahui tentang Rifqi. Matanya sudah terlalu kabur dek air mata. Permata itu terus ditepis. Dia mahu meneruskan pembacaan. Bimbang nanti Rifqi masuk dan menerkam dirinya sedangkan dia belum menghabiskan pembacaan. Wahai hati, bertabahlah....

Tubuh ini makin susut... mungkin sedang menanti tarikh luput.. Aku dah tak kuat lagi... Komplikasi di rusuk kiri… Makin sukar nak bernafas… nak bergerak… nak berdiri…doktor kata kuman-kuman tu dah merebak di sekitar jantung aku... Aku dah tak punya masa lagi.. sedangkan Kamelia masih terbaring tak sedarkan diri. Aku sentiasa berdoa... supaya ingin menemui dirinya dahulu sebelum ajalku dijemput Ilahi. Kalau pun tidak di dunia nyata, aku berharap yang kita akan bertemu di dalam mimpi... Supaya aku berpeluang untuk menyatakan luahan hati dan perasaanku.... yang aku terlalu menyintaimu wahai Erna Farzana.... terlalu....

            Terdapat tompokan kecil di sekitar diari. Menandakan bahawa Rifqi menangis ketika meluahkan rasa hatinya ini. ‘Rifqi... kenapa? Kenapa kau memilih untuk merahsiakan semua ni? Kau tahu tak... Kau tahu tak yang aku pun sayangkan kau jugak. Aku memilih Fareeq sebab aku mahu melupakan kau... Kenapa kau bodoh sangat???’
            Ya... selama ini dia memang terlalu menyintai Rifqi. Bagaimana dia harus menepis rasa ini sedangkan Rifqi berada di sisinya dua puluh empat jam! Jadi apabila Fareeq meluahkan perasaan, terus dia mengangguk setuju. Bukan kerana cinta... Bukan kerana sayang.. Tapi kerana ingin melupakan rasa cinta yang bersarang di lubuk hati. Dia ingin belajar melupakan Rifqi. Ya.. memang dia berjaya menerima Fareeq! Tapi dia tidak mampu memberikan seluruh hatinya. Jadi mungkin kerana itu Fareeq juga tidak berlaku jujur dengan dirinya.

Aku tak mampu bertahan lagi.... Aku kan pergi.. bertemu Kekasih yang lebih abadi.. nak kata aku bersedia, aku tak pernah bersedia menghadapi MAUT! Aku takut dengan segala macam azab untuk segala kesalahanku di dunia ini.. tapi aku akan terus menangih keredhaan Allah.. Aku tak risaukan kamelia... sebab aku tahu, Allah akan jaga Kamelia lebih baik dari yang aku jaga... aku serahkan segala-gala padaNya.. Pada Kamelia, aku tinggalkan dia sesuatu yang dia perlukan untuk dia meneruskan kehidupan... Kamelia, kalau rindu aku... pandang cermin... kau akan nampak yang aku turut merindui kau.... =)

Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana…

            Erna terpana membaca bait-bait akhir itu. Fikirannya tidak mampu mencerna ayat Rifqi itu. Dia cuba membelek halaman belakang. Namun halaman itu kosong! Itu bermakna Rifqi tidak lagi mencoretkan isi hatinya di dalam diari ini.
            ‘Apa maksud Rifqi?’
            Erna menghampiri cermin meja solek yang sudah sedia ada di bilik Rifqi ini. Lama dia tenung cermin di hadapannya. Menilik setiap inci wajahnya. Namun otaknya beku tanpa sebarang idea! Kenapa kena pandang cermin? Nak kena tanya Rifqi nih!
            Baru sahaja Erna berpusing. Namun tiba-tiba dia tersedarkan sesuatu.  Perlahan-lahan dia kembali berpaling dan mengadap cermin.
            “Masa accident tuh... mata Erna masuk cermin kaca. Jadi doktor dah melakukan pemindahan mata... Jadi ada seseorang hamba Allah tu dah dermakan mata pada Erna.!”
            Erna rasa hendak pitam. Cepat sahaja tangannya mendarat pada meja solek itu untuk menampung badannya yang sudah hilang daya. Dengan linangan air mata, cepat sahaja dia keluar dari bilik Rifqi. Mulutnya menjerit nama Rifqi.
            “Erna...” Panggilan itu dari Puan Suraya. Mama Rifqi!
            “Mana Rifqi mama?” Sudah tidak peduli jika dia terpaksa meninggikan suaranya.
            “Erkk....Erna kena tanya papa Erna!” Ujar Puan Suraya tergagap-gagap.
            “Kenapa nak tanya papa? Mama tak boleh jawab je soalan senang Erna tuh?” Hatinya sudah mula perit dan pedih. Kenapa orang di sekelilingnya suka merahsiakan kebenaran?
            “Papa Erna tahu Rifqi dekat mana...” Jawab Puan Suraya takut-takut. Apa sebenarnya  yang terjadi pada Erna. Selama seminggu ini, tidak pula anak gadis itu bertanya perihal anaknya.
            “Okay.. Erna akan tanya papa... tapi Erna nak tanya macam mana ya mama? Mana Rifqi atau... mana... kubur... Rifqi...” Pertanyaan Erna membuatkan Puan Suraya tersentak!
            “Erna....” Puan Suraya terus menarik Erna ke dalam pelukan. Sudah dianggap Erna seperti anak sendiri. Dia juga tidak mudah untuk menerima pemergian anaknya sendiri.
            “Mama.... Kenapa tak beritahu Erna? Kenapa?” Erna sudah mengongoi di bahu Puan Suraya. Apa yang dia mampu lakukan ialah... menangis.... Menangisi pemergian Rifqi.
***
            Sekarang baru Erna faham. Kenapa hanya dia yang boleh melihat Rifqi tempoh hari. Rupanya kerana dia memiliki sepasang mata milik Rifqi. Rifqi telah mendermakan matanya kepada Erna apabila dia menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap penyakit TBC. Semua ini atas permintaan Rifqi sendiri.
Air matanya menangis sambil bersulamkan sedu tika membacakan surah yasin di pinggir kubur ini. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Rifqi!
            “Maafkan papa sebab menipu... Papa cuma tak mahu Erna tertekan. Tapi papa tak sangka yang semuanya tertulis dalam diari Rifqi. Maafkan papa Erna...” Dato Amran memeluk lembut bahu milik anaknya.
            “Tak ada apa yang perlu dimaafkan pa... Erna tahu.. papa buat semua ni untuk kebaikan Erna.. Erna tak marah. Sikit pun tak!” Tak perlu didendam segala amarah ini. Setiap ibu bapa memang inginkan kebaikan buat setiap anaknya.
            Balik dari kubur itu, Erna didatangi oleh seorang perempuan. Wajah perempuan itu seolah-olah pernah singgah di kelopak matanya. Namun dia sudah dapat mengagak. Pasti perempuan ini isteri Fareeq!
“Saya  rela berkongsi kasih Erna…” Kata-kata yang keluar dari mulut Sury itu membuatkan Erna tersentak! Adakah semudah ini? Semurah ini kasih sayang Sury pada Fareeq? Ataupun Sury tergolong dalam golongan perempuan yang sanggup melakukan apa sahaja buat seorang lelaki yang bergelar suami walaupun terpaksa menikam hati miliknya berulang kali?
            Maaf…. Erna Farzana bukan seperti itu!
            “Untuk apa saya berkongsi kasih? Kasih ini sememangnya bukan milik saya?” Dia tidak tahu apa motif pertemuan ini. Adakah untuk membolak-baliknya semua perkara yang sudah terbalik?
            “Erna…”
            “Jangan paksa saya Sury! Jangan paksa saya melakukan sesuatu yang saya tak sanggup. Menerima Fareeq umpama seperti membunuh awak? Lagipun apa jaminan yang saya akan bahagia kalau kita berkongsi suami? Kebahagian saya belum tentu tapi kepedihan awak itu sudah terjamin!” Marah Erna fed up!
            “Kalau awak tak mahu berkongsi… Saya sanggup untuk dilepaskan..” Sungguh, ayat itu tidak rela keluar dari mulutnya. Tapi kerana terlalu kasihkan dan utamakan kebahagia Fareeq, dia sanggup menelan apa sahaja. Apa sahaja untuk suaminya.
            Erna mendengus. Perempuan ini yang terover bodoh ke atau keadaan sedang memperdodohkan mereka?
            “Bukan macam tu maksud saya Sury… Sama ada berkongi atau dia melepaskan awak, saya tetap tak akan kembali pada dia. Fareeq milik awak Sury. Pertahankanlah apa yang awak ada. Tak kan awak nak pas-pas suami awak pada orang lain? Awak tak perlu jadi semulia itu? Dan tolonglah hidup dengan perasaan Sury? Tolonglah… Tolonglah tanam sedikit rasa cemburu. Sebab cemburu itu memang dah ditempatkan dalam hati seorang isteri. Tak perlulah awak nak menepisnya berulang kali.”
            “Tapi…” Hati Sury tersentuh! Erna terlalu baik. Kerana itu dia sanggup bermadu dengan Erna.
            “Tak ada tapi-tapi lagi Sury… Mungkin dulu Fareeq memang cintakan saya. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah rasa kasihan. Mungkin kasihan melihat nasib saya yang begini sedih…. Lagipun, dah tak ada jaminan kebahagian buat saya kalau saya terima Fareeq.” Bebel Erna lagi.
            Akhirnya kedua-duanya menyepi. Sehinggalah Fareeq menghampiri mereka berdua. Sury dan Fareeq saling berpandangan. Dengan penuh memahami, Sury mula meninggalkan suaminya bersama Erna di taman mini papa ini. Membiarkan mereka berbual sendiri tanpa ganguan.
            Erna senyap! Tak ada modal untuk dibicarakan.
Sekali pun Erna tidak menyesal dengan perkara yang telah terjadi di dalam hidupnya. Tiada guna lagi jika Fareeq hendak membentangkan segulung alasan sekalipun. Dia akan cuba berundur dari daerah dunia Fareeq. Apa yang berlaku dahulu bukanlah satu kesilapan. Semua itu sememangnya takdir yang tidak mampu ditahan oleh tangan manusia.
            “Sayang….” Seru Fareeq serba salah.
            “Jangan panggil saya Sayang bang… Sebab sayang itu bukan milik saya.”
            “Maafkan abang…” Fareeq menunduk. Menyesali kesalahan sendiri. Sememangnnya kesalahan itu memang dipikul oleh bahunya. Sudah beristeri, pandai-pandai cara bala! Sekarang tanggunglah sendiri. Tapi yang sadisnya, ada dua orang wanita yang ikut turut menanggung keperitan ini. Dua orang wanita yang langsung tidak bersalah.
            “Tapi percayalah Erna… Abang memang betul-betul sayangkan Erna. Cinta abang bukan satu kepuraan. Abang ikhlas… Abang tak mampu nak halang rasa hati ini dari menyintai Erna. Sememangnya Erna memang sentiasa ada di hati abang…”
            Kepala Erna digelengkan berulang kali.  Tak perlu untuk Fareeq merayu seperti ini. Tak perlu untuk ditangisi nasib ini. “Takdir dan menentukan agar kita berpisah bang.. Terimalah hakikat cinta kita ini. Abang bukan untuk Erna…”
            Malas memanjangkan perbualan, terus Erna angkat punggung.
            Rasa pedih itu sememangnya masih ada. Malah ada ketikanya, Jiwa Erna meronta hiba apabila tidak dapat memutuskan kemahuan hati. Apa yang ada hanyalah rasa terseksa yang menghiris bagaikan sembilu. Tapi masih ada lagi sisa-sisa kekuatan yang masih tersimpan. Kekuatan itulah yang dikerah dan diperah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa Rifqi.
            Malam sudah tidak berbintang lagi. Siang sudah hilang sinar mataharinya. Gemersik suaramu tidak terdengar lagi. Diari milik Rifqi mula dipeluk kejap! Bagaikan sedang memeluk si empunya diari.
Manakan ku cari?
Manakan ku temui?
Manakan ku rasai?
‘Sebelah jiwaku pergi..’
Pelangi cantik kian pergi membawa rasa hati yang kelam. Ternyata bukan mudah untuk mengawal resah. Melawan perasaan dan menghalau rasa cinta sejati yang terlalu lambat untuk dia terokai. Alangkah bagusnya jika ini semua hanya sepotong mimpi yang sepi.
Lama Erna memandang wajahnya di cermin. Matanya seakan-akan ingin menembusi mata di cermin itu. Air matanya memang tidak dapat dibendung. Mengalir laju di pipi. Sengaja tidak diseka.
“Jangan menangis.... kau bukan perempuan yang cantik ketika menangis Erna! Tolong biarkan mata aku melihat lesung pipit comel di pipi kanan kau tuh!” Pujukan ini pernah menyentuh peluput telinga Erna.
“Aku tak akan menangis dah..” Mulut dan mata memang tidak berada di landasan yang sama.
“Jika mencintaimu hanyalah sebuah mimpi bagiku… Maka biarkan aku tertidur untuk selamanya…” Perlahan-lahan Erna mula berbaring secara mengiring. Diari itu masih belum lepas dari pelukannya. Biarlah dia mengubat rindu pada Rifqi dengan kisah-kisah coretan milik Rifqi.

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya...

Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku dengan dingin malam
Tiada hujung....

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya.....

            ‘Aku sedar bahawa RINDU BUKAN TEMAN kerana rindu itu adalah raja untuk segala kesakitan dan keperitan. Tidak akan ku temui TEMAN PENGGANTI seperti dirinya. Aku berdoa agar TUHAN JAGAKAN DIA bagi pihak aku.......’

p/s:: jika kita menyintai seseorang.. jangan simpan kata2 keramat itu.. kerana bimbang jika kita sudah bersedia untuk mengungkapnya, si dia telah pergi jauh dari gapaian kita... sob sob sob.. lebiu korang alwayzz.. x semua kisah cinta bersatu... (ckp mcm ada pengalaman kan.. kan... kan... pendek je cerpen nih.. just 57 page ajehh.. maaf kalau cerita ai ni tak memenuhi piawaian lalink-lalink semua.. masih belajar n terus belajar untuk memberi yang terbaik pada lalink semua.. ambillah yang baik sebagai tauladan.. yang buruk itu jadikan sempadan...  lebiu korang setiap saat!! enjoy reading and do komen k..

95 comments:

  1. intro ja dh panjang cmnie, kalo yg full tah panjang mna plak kan..hehhe
    tahniah la, intro menarik.. :)

    [naimah]

    ReplyDelete
    Replies
    1. intro ni 20 page je yunk.. insyaAllah yang full x panjang sngat.. kih kih

      Delete
  2. best2. (y). nati tagged yea kat fb. hahaha

    ReplyDelete
  3. alamak spoil tgh syok bc ttiba to be continue huhuhu. mesti Rifqi dah meninggal xpuyn dia kokma gak hihihi. kan sbb tu dia nampak n bole ckp nagn erna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jenggggg.. ada orang boleh tgk through mata hati kan... hehehe

      Delete
  4. harap leh rifqi x mti....memang jahanam pnya fareeq.... isyyy geram...curangg...

    ReplyDelete
  5. FARADINA AZLIN AZAHAR12 September 2012 at 23:23

    huhuhu.... sangat teman pengganti.. lurve the song & lurve the story!!! Credit to Malique for such lovely lyrics... tp hope sgt ending citer nie jgnla wat cedey... let Suzy be wif Fareeq & Rifqi wif Erna... puhleassseeeeeeeeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. den buat2 tak nampak permintaan hang.. hahaha.. inilah penangan teman pengganti.. sadis betull

      Delete
  6. Erna ni accident masa dgn sape ye sbnarnye?
    mcm dngan Rifqi je.
    Rifqi dh meninggal x ni?
    NNt Erna sedar dr koma, baru tau Rifqi dh xde... hu3... sedih betul klu mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua persoalan akan terjawab nanti.. jeng jeng jenggg..

      Delete
  7. Dengan sabarnya akak menanti smbungan n_n

    ReplyDelete
  8. tak pasal-pasal menangis je mlm ni. nanti sambung, nangis lagi .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuhuu.. belum smpai part sedih lagi yunk.. sila simpan air mata tu..

      Delete
  9. macam cerita 49 days pulak.. huuhuu.... waiting 4 da ending ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? cita apa tuh? x pernah tahu pulak.. xpe.. tggu ending nnti eh.. baru boleh simpulkan sama atau x..

      Delete
  10. menarik sangat2 . saya dah bace semua novel and cerpen kak ezza . best gler . yang nihh pun best jgk . tak sabar nak taw ending nihh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks darling.. sila sabarkan diri menanti ending tiba k.. =)

      Delete
  11. Izzati:bestlah cerpen nie...x sabar nak tunggu sambungannya...teruskan kak sarah..:)

    ReplyDelete
  12. I have a really bad feeling yg Rifqi dah tak da...agak2nya diaorg xcident sekali...huhu harap2 tak betul la tekaan ni...anyways sgt best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yooo... kalau nak tahu lebih2.. silalah baca ending.. hehehe..

      Delete
  13. bestt ! Tacing sikek baca T.T Sedihh . Ihikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sikit je kan..hehe... thanks dear..

      Delete
  14. nak mintak sambung bleh ke? takpun mini novel lah. ape pun best. tbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk pitam.. x leh janji pape yunk..hehehe

      Delete
  15. weh...ni awat sedih ni???nak teriak kuat2...huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. huargghhhh... teriak kuat2 nohh... sob sob sob

      Delete
  16. huhu! dah habes baca! superbb! best sangat cerpen ni! tapi, too bad bila rifqi memang dah tak ada. no wonderlah dia boleh pegang dan cakap dengan erna waktu dia koma. thums up kak sara for this cerpen! terima kasih! =)

    cinta tak semestinya memiliki. dan saat dia harus pergi, tiada apa yang dapat meolak takdir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... lebih baik begini dari bersama tapi tak dihargai.. hope enjoy reading k.. n thanks darling..

      Delete
  17. cerpa...bukan cerpen... macam 3 - 4 bab novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi mcm tu jugaklah.. yalah... ni pun 57 page... kalau ikutkan.. ni pun versi pendek..hehe.. sebelum ni smpai 100 lebih lebih kot..

      Delete
  18. Kenapakah mesti sedey bila bc cerpn awk ni wahai si kecik sob sob sob...dh agak rifqi mninggal sbb tu la dia bole nmpk erna... Cian kat erna nk buat mcm mn cinta x semestinya bsatu kan huhu. Btw ada slh sebut amna ptt erna ekeke.sempt lg tu hihihi. pepun best citer awk si kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish.. ada eh? hmmm.. tengah deman BASS kot.. tu y tertulis amna..hehe.. thank kak ton.. lebiu u setiap saat lahhh..

      Delete
  19. alahai sedihnyaaaa... :(
    next tyme cerpen komedi pleasee.. penat nanges.. wuwuwuwuuwuwuww

    ReplyDelete
    Replies
    1. mizz acu.. kebiasaannya, memang selang seli.. wokeyhh.. bulan depan kita buat lawak2 pulak k.. huhuhu

      Delete
  20. adohai..leleh dimalam hari..

    ReplyDelete
  21. waaa..sdeyh2...
    tacing pulak bace citer ni.. sobsss.. T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob sob... saya pun touching jugak.. ngeee...

      Delete
  22. sob . sob . sob . sedeh lahh ending dia . terharu ponss ade . but still best glerr . hehe . thnks kak ezza ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome darling.. sekali sekala cite sedih kan.. sob sob sob

      Delete
  23. ni bkn cerpen ni haha...pape pn memg melelehhh seyhh bace...wuaaaa

    ReplyDelete
  24. uwaaaa sedihnyer... tp ttp the best ...hehehehe ;)

    ReplyDelete
  25. sedih sgt.....meleleh bila baca....sob...sob....sob....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar noh... dugaan baca karya Ezza Mysara mmg gini.. kih kih kih

      Delete
  26. tak suka.....u buat i nangis teresak2 di pagi hari. dah la jap lagi ada miting. :-(

    mmg terbaik la....huhuhuhuhu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoo... habis tu boleh fokus tak dalam meeting.. ishh.. lain kali bc lepas meeting k..

      Delete
  27. This story is a bit confusing. However, it still makes me cry. Congrats writer! Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana yang confuse? meyh nak story back..

      Delete
  28. alaaa, kenapa sad ending? tapi tak apa. still, cerpen kak sara best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala sad ending.. asyik happy ending jeh.. tukar variasi lah pulak.. hehe.. tq darling

      Delete
  29. teman pengganti..malique n black...this song make me cry

    >>k<<

    ReplyDelete
  30. speechless... hmm... so pity to Erna.. hilang Rifqi macam tuh.. satu lagi kelainan dari cerpen awak sara... dalam cerita y sedih, terselit ayat yang santai.. so x lah berat sangat.. tp mmg sedih n nangis.. nak2 semua lagu kena dengan masanya.. moga terus success sara.. T_T

    boleh tak kalau sambung?? pleasee... sian Erna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambung... tak janji... tak terfikir lagi.. tgk mood n idea k.. kalau ada, adalah... hehe

      Delete
  31. waaaa! kak sara suka bt cite sedih! sebak smpai nk bernfs pun xleh! huhu terbaiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh... jangan smapai tak bernafas yunk.. bukan tahap suka nih.. dah jadi hobi wat cerita sedih... kih kih

      Delete
  32. kak ezzah sadis sgt cter ni..x jd nak bako..haha..(suka smbil lap mata)..rifqi cheq mati. gud job kak ezzah..berbaloi2 cheq tggu habes. walaupun lambat asal selamat kan..banyak betul halangan nak habeskan cter ni..yg tu duk pggil, yg ni duk panggil..hish..kacau..

    #opss terover pulak komennya..thanks kak ezzah. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoho.. jangan nak membako sangtlahh.. haha.. welcome yunk.. lebiu awak jugakk

      Delete
  33. hukhuk....sedih la kak,,suke taw wat sy nanges...
    tp bes sgt cite ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob sob.. dah hobi dah wat owg ngis.. kih kih

      Delete
  34. Sedih..... :(
    kenapa2 rifqi? kenapa?


    teringat cerita korea tu...49 days...nangis tgk citer tu...hu2....


    neway, like your stories...semua best2....

    cuma, bab2 certain ejaan tu dlm sstgh cerpen... rasa kena check balik kut... contoh :mcm restoren & perkataan english yg lain.. :)

    p/s ::: good job writer! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoo... typo memang kelemahan ai.. erkk..dah terbiasa guna bahasa selamba.. tu y terguna tuh... thanks coz tegur k.. hmm.. x pernah tgk 49 days tuh.. so mmg x tahu cite dia mcm mana.. hehehe

      Delete
  35. Sedih~~~ :( kenapa kak sara? kenapa? *gaya2 mcm tengah laung kat ombak*

    ReplyDelete
  36. hahaha.. smpat lagi buat drama.. sebab sedih itu terapi..cehh.. konon... =p

    ReplyDelete
  37. Fuh sedih betul cerita ni, 1st time my mood swing lepas baca cerpen you , hehehe betul2 sedih!!
    Pity Erna , tolong cerita ni ye, bagi Erna a good and capable hero ok ;)
    BTW ur writing are polished to much2 more better then ur other cerpen yg i baca kat penulisan 2u before this ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin makin bnyak menulis.. makin improve... kononlah... nak sambung? x leh jnji..hehe.. tgk pd keadaan idea... btw sorry sebab swing kan mood u..

      Delete
    2. haha dont be sorry ezza coz u have done your best! Ur story and imagination have given great impact to the readers, i found out that u have publish novel too, im gonna get it! ;) All the best for your future undertaking ezza. :)

      Delete
  38. sdih sgt2..meleleh je airmata nie

    ReplyDelete
  39. waaaa...sedihnye. cite ni sedih tapi best sgt. Tahniah. kalau boleh sambungla ye, sian Erna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti kalau sambung... jd lebih sedihlah darling...

      Delete
  40. alahai sedihnyaaa.. nak meraung2 ni.. huwaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  41. Okey da abes bace yang full... sedeynye cite ni sara.... sobsobsob... xsangka rifqi dermakan mata [ada erna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu je yang mampu rifqi lakukan.. hehe

      Delete
  42. andai mataku ini dari mata cinta hatiku, akan ku genangi ia dgn butir permata kasih...
    ..lafaz kata cinta pd pasangan berhati kayu, buat makan hati je sara.. best sgt2 cerita you ni.. leleh lah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kata2 tuh... leleh sikit je kan.. xpe.. menangis itu terapi jiwa.. hehh

      Delete
  43. terbaik lah kecik.. aku bace macam2 rase ade.. jup nk nges, pas2 gelak2.. GUD JOB yunk... hahaha... teruskan ! AND GUD LUCK !

    ReplyDelete
  44. serius..tgn tgh taip, mata basah ni...

    kerna menyintai, aku ungkapkan kata..
    tapi akhirnya aku yang merana

    owhh thanx sara...naik blk semangat yg dh jatuh...bez sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... x mau nangis2 sedih2 kak.. hope enjoy reading k.. =)

      Delete
  45. nisa: kak sara...sedih nye...
    mcm mne bley jadi cam tu..huhu...kalau la rifqi tue still ade...........

    ReplyDelete
  46. Sedih...Tahniah kak Ezza,cerita ni serba sedikit ada kena mengena dengan diri saya...sob sob

    ReplyDelete
  47. Crita ni bkn ada kesinambungan ke? Da bca crpen kesinambungan crita ni,tp yg ni bru je "tserempak"td. Sdihnya.

    ReplyDelete