Amalina memerhatikan adiknya yang sedang memakaikan baju pada Hadziq. Jelas
wajah itu sedikit mendung dan kelabu. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri
Afrina.
“Kak long tak kerja ke
hari nih?” Terjah Afrina laju. Dia tahu apa yang berada di benak kakaknya itu.
Pasti isu Mirza juga yang ingin dibangkitkan. Tika ini, untuk mendengar nama
sahaja, Afrina sudah naik jemu! Langsung tak boleh hadam nama Mirza.
Mungkin desakan
bersulamkan pujukan itu yang membuatkan dia muak. Dia tidak suka dikejar-kejar.
Kalau dahulu Mirza boleh menerima keputusannya denganr rela hati, kenapa sekarang
lelaki itu perlu terus-menerus memujuknya untuk kahwin?
“Kak long kerja sendiri...
Suka hati nak pergi ke tak.” Amalina mula melabuhkan punggung di sebelah
Afrina.
“Ishh.. janganlah macam tu
sekali. Nanti tak pasal-pasal business bankrup pulak. Business sendirilah yang
nak kena bagi perhatian lebih...” Macam bagus je nak nasihatkan kakaknya.
Sedangkan hidup sendiri pun tunggang langgang!
“Alah... jangan risaulah.
Petang-petang sikit akak pergilah ke kedai.” Amalina membuka kedai kek. Dia ada
lebih dari lima orang pekerja. Rasanya semua itu tak ada masalah. Semua
pekerjanya telah mahir menguruskan hal kedai. Dia lebih merisaukan keadaan
Afrina sekarang. Makin lama, tingkah adiknya ini makin pelik bila melibatkan
Mirza.
“Abang long tak marah ke
akak selalu datang sini?” Bedak Baby Jonhson mula dituang sedikit ke tapak
tangan. Kemudian menyapu sedikit di pipi Hadziq. Biar wangi!
“Abang long outstation...”
Afrina diam. Tak tahu lagi
topik apa yang perlu dibangkitkan. Kadang-kadang dia rasa kehidupan kak longnya
terlalu sempurna. Ada suami yang sangat menyayanginya. Anak-anak juga sudah
besar dan membesar di asrama. Kata kak long, dia mahu anak-anaknya belajar
berdikari.
Tapi hidup dia pula asyik
terumbang ambing dipukul ombak. Sejak kehilangan Haraz, semuanya mula jadi
kacau bilau. Haraz memang ada Syarikat sendiri. Jadi walaupun tanpa bekerja,
setiap bulan elaun tetap akan masuk ke dalam akaunnya. Syarikat Haraz itu telah
diuruskan oleh adiknya. Adik Haraz memang ada mengajak dia agar sama-sama mengusahakan
perniagaan Haraz. Hanya dia yang masih berfikir. Bukan apa, dia tidak mahu jika
terpaksa berdepan dengan mama Haraz berulang kali walaupun mama Haraz tidak
mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat milik Haraz.
“Afrin....” Amalina sudah
mula membetulkan posisi duduknya.. Rasanya otak Afrina perlu dibasuh lagi.
“Kak... Afrin tak nak
cakap pasal hal semalam.” Putus Afrina muktamad. Dia tidak mahu berkeras lagi
dengan Amalina. Bimbang nanti kakaknya merajuk dan membawa diri lagi. Perasaan
kakaknya juga perlu diambil kira.
“Sampai bila? Sampai bila
nak lari dari masalah?”
“Masalah ni dah selesai
bila Afrin tolak Mirza kak... Mirz patutnya hormat keputusan Afrin. Bukan
terus-menerus memaksa Afrin.” Dia bukannya hendak berkeras! Tapi tak boleh ke
kalau orang sekelilingnya terima dan redha dengan keputusannya? Ini, semua nak
masuk parti pembangkang!
“Kamu muda lagi...
berkahwin semula tak bermaksud kamu melupakan Haraz. Rasanya Mirzalah orang
yang benar-benar layak untuk menggantikan Haraz. Tak kiralah sebagai seorang
suami ataupun sebagai seorang ayah...”
“Kak long... kalau saya
nak kahwin semula pun, saya akan pastikan yang lelaki itu bukan Mirza!” Makin
Mirza dipuji, makin meluat dia
dibuatnya!
“Kenapa? Dia tu lebih baik
dari Haraz Afrin... Lebih baik!” Tekan Amalina kuat.
“Tak kiralah... yang
pasti, dia tak boleh nak gantikan tempat abang. Mirza bukanlah orang yang layak
untuk menggantikan Haraz.” Putus Afrina muktamad.
“Afrin sedar tak...
Sebelum Haraz berada di dalam carta hati kamu, Mirza terlebih dahulu duduk
dalam tahta tuh. Mirza terlebih dahulu yang kamu cintai dik... Jadi Mirza bukan
terbaik selepas Haraz, tapi dia sebenarnya lebih istimewa dari Haraz. Afrina
nampak tak apa yang kak long terangkan sekarang?”
“Dah lah kak long.. Saya
malas nak bertekak dengan akak!”
Amalina menggeleng penat!
Lagi lama dia kenal Afrina, lagi dia tak tahu apa yang sebenarnya berada di
dalam otak Afrina. Keras kepala, degil, tak mahu dengar cakap! Semuanya diadun
dengan sebati dan menjadikan Afrina seorang yang langsung tak ada jiwa. Adakah
Afrina tak mahu menerima Mirza kerana rasa serba salah pada kejadian lepas? Ke
Afrina tak mahu terus menerus melukakan Mirza? Yalah... tak mahulah jika Mirza
berfikir yang Afrina memilih Mirza sebagai pilihan kedua. Hmm, yang mana satu
jawapannya? Ataupun sebab....
“Kak long rasa ada yang
tak kena dengan kamu nih...” Hati Amalina rasa lain macam. Rasa tak sedap!
“Apa yang tak kenanya kak?
Saya okay jeh...”
“Kenapa kamu benci sangat
pada Mirza?”
“Bila masa saya cakap saya
benci dia?” Protes Afrina sedikit bengang. Dia bukan benci. Tapi dia dah terima
yang mereka berdua tak ada jodoh! Jodoh, mana boleh dipaksa-paksa. Kalau dah
tak ada, nak buat macam mana!
“Sejak dari kamu kenal
Haraz... Kamu benci sangat pada Mirza. Itu kak long perasan sangat....” Amalina
pasti, ada yang tak kena dengan Afrina!
“Kak long.. tu kan cerita
lama... Tak payahlah nak ungkit-ungkit. Bab perasaan ni, bukan kawalan manusia.
Berulang kali kalau saya pertahankan pun, benda dah nak jadi jugak.” Haraz dah
lama pergi. Dia tidak mahu jika kisah silam mereka diungkit-ungkit.
Afrina mula ralit melayan
Hadziq bermain. Mujur sahaja Amalina terus senyap. Hati Afrina mula lega
sendiri. Baginya, isu ni dah habis di sini. Tak perlu dibangkit atau diterokai
lagi
“Afrin ada plan nak pergi
mana-mana ke hari ni?” Tanya Amalina tiba-tiba.
“Tak ada... kenapa?”
“Kak long nak bawak Afrin
pergi jumpa seseorang.” Amalina sudah mula bangund dari duduknya. Dia ingin ke
dapur. Memasak barang satu dua lauk untuk makan tengah hari sebelum keluar
nanti.
“Kak long... Afrin tak
mahu jumpa Mirz...” Rasanya dia dah guna bahasa melayu dah! Tapi kenapa susah
sangat untuk kak longnya faham bahasa mudah itu?
“Kak long bukan nak bawak
kamu jumpa Mirz.... Kak long nak bawak kamu jumpa kawan kak long... Mungkin dia
boleh tolong!” Luah Amalina jujur lantas keluar dari bilik Afrina.
“Tolong apa?” Dahi Afrina
mengerut. Tak faham dengan tingkah pelik kak longnya itu.
***
Usai solat insyak, Mirza meneruskan dengan
solat istiharah. Tamgannya diangkat tinggi untuk memohon kepastian dan
menyerahkan untung nasib dirinya kepada Yang Maha Kuasa.
“Ya
Allah, aku memohon kepadaMu curahan rahmad dari sisiMu yang dengannya hatiku
mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpn segala
yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik
urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa
yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku,
diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang
jelek! Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencara rahmat dan redhaMu.
Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.”
“Ya
Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi
pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan untukku bombing, maka Kau bukanlah
pintu hatiknya untuk menerimaku. Tenangkanlah hatiku andai keputusan ini benar
dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun
andai bukan dia yang sepatutnya aku damping, maka jauhka aku dari dirinya…
Kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu kerana aku yakin Kau Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini.. Amin…”
Disapu
raut wajahnya. Sesungguhnya sudah berulang kali dia melakukan solat istiharah.
Namun apa yang dicari masih belum ditemui. Mirza sedar bahawa jika dia hamba
yang baik sekalipun, Allah tidak akan mengikut terlunjuk dan permintaannya.
Aku
akan menunggu dalam diam
Menghafal
namanya dalam tiap doa
Agar
Allah menyampaikannya di dalam mimpi
Agar
angin menghempaskan kalbu rinduku
Hingga
suatu hari kami akan bertemud dan bersatu
Untuk
bertasbih dalam rindu dan cinta…
Mirza mula turun ke bawah. Malam ini
ibu telah menjemput keluarga Azlin untuk makan malam bersama. Pasti terasa
kekok untuk berkenalan dengan seorang gadis yang kita tidak kenali asal usulnya
tapi telah dicalonkan untuk menjadi pelengkah hidup kita. Aneh bukan?
Argghh… Kadang-kadang Mirza rasa dia
tidak adil dengan dirinya sendiri. Kenapa tidak dia setia menunggu Afrina?
Bukankah setiap cinta itu memerlukan kesabaran dan perngorbanan?
Namun setelah difikir-fikirkan
semula, sampai bila dia harus mengorbankan hidupnya ini? Berkorban untuk
seorang wanita yang bukan muhrim lantas mengorbankan perasaan ibu sendiri.
Sudahlah… Dia tidak menyesal menyintai Afrina. Tapi mungkin cukuplah jika
semuanya ternoktah di sini.
‘Afrin… saya bukan memilih untuk
berhenti menyintai awak.. Tapi saya memilih untuk membiarkan awak bahagia
sendiri tanap saya. Mungkin dah termaktub bahawa, bukan saya yang membahagiakan
awak…’ Namun jauh di sudut hatinya, cinta itu memang langsung tidak mampu
ditolak ke tepi. Masih setia menghuni rasa hati!
“Iyyad… Okay tak nih?” Tegur Puan
Maizura. Dia lihat Mirza sedikit tidak bermaya. Dia dapat rasa yang Iyyad
terpaksa melakukan semua ini untuk menjaga hati tuanya. Adakah dia ibu yang
terlalu kejam?
Masih dia ingat lagi perbualan pagi
tadi. Permintaan Iyyad tidaklah sesukar mana? Namun permintaan itu membuatkan
Puan Maizura risau.
“Iyyad nak apa?” Puan Maizura
mengulang semula soalannya apabila melihat tiada respon daripada Mirza.
“Iyyad nak ibu jangan benci Afrin
lagi. Apa yang berlaku, bukan salah Afrin…”
Perlahan-lahan Puan Maizura menarik
tangannya. Afrina lagi? Nak buat apa-apa semuanya fikirkan Afrina. Sejak
akhir-akhir ini, memang dia dapat kesan perubahan Mirza. Adakah Mirza sudah
berjumpa kembali dengan Afrina? Kerana itu anak sulungnya ini gundah gulana
diamuk perasaan.
“Kalau ibu tanya, Iyyad kena jujur dengan ibu…”
Mirza diam. Dari nada suara pun, dia
dah boleh agak bentuk soalan ibunya itu Pasti ada kena mengena dengan Afrina!
Pasti!
“Iyyad ada jumpa dengan Afrina kan?”
Tepat jangkaan Mirza! Satu markah diberikan kerana berjaya meneka dengan tepat!
Mirza tidak menjawab tapi hanya
sekadar mengangguk. Terdengar dengusan kasar dari Puan Maizura.
“Kenapa tak sayang diri sendiri?
Kenapa suka sakitkan hati sendiri? Afrina bukan milik Iyyad.. Apa tak boleh ke
Iyyad terima hakikat tuh?” Hatinya tuanya kembali kecewa dengan perangai Iyyad
Mirza. Kenapa masih berkeras mengejar isteri orang.
Mirza terdiam. Apa reaksi ibu jika
mengetahui yang Afrina sudah menjanda? Adakah ibu akan menyuruhnya menerima
Afrina atau ibu bakal menjauhkan dirinya dari Afrina!
“Ibu… sekarang Iyyad dah bersedia
nak melangkah ke frasa baru! Jadi Iyyad nak kita jernihkan segala yang keruh!
Iyyad tak mahu ibu terus menerus menyalahkan Afrin dengan segala yang terjadi.
Dah memang kami tak ada jodoh ibu…. Maafkanlah Afrina. Dia tak bersalah.” Pujuk
Mirza serius. Besar harapannya agar ibu membersihkan nama Afrina.
“Dia yang bersalah Iyyad… Dah ada
tunang pun masih nak menggatal dengan lelaki lain!” Dengus ibu geram.
“Ibu….” Mirza tidak suka jika isu
curang dibangkitkan. Bagi dia, Afrina tidak curang. Namun mungkin Afrina tidak
dapat mengawal perasaan millik sendiri. Ketika itu, mungkin Afrina masih belum
matang sepenuhnya. Mungkin juga salah dirinya yang gagal memberikan seluruh
perhatian pada Afrina. Segalanya mungkin…
“Yalah-yalah…. Lepas ini, pastikan
yang tak ada lagi Afrina dalam hidup Iyyad. Kalau Iyyad sendiri anggap yang
korang berdua tak ada jodoh, jadi sila pastikan yang Iyyad tak terus berharap
pada dia. Dia dah kahwin pun… Biarlah dia bahagia.” Hati Puan Maizura sedikit
sebanyak sudah terpujuk. Mungkin sebab dia selalu mendoakan agar Afrina tak
bahagia. Sebab itu Allah menterbalikkan doa itu dan terkena pada Iyyad pulak.
Ialah, sampai sekarang susah benar anaknya itu hendak berbahagia.
“Iyyad okay jelah.. Tak sabar nak
jumpa calon isteri nih…” Mirza sudah mula buat muka teruja. Tak mahu lagi
menyusahkan hati tua ibunya itu. Teguran anaknya mematikan lamunan pagi tadi.
“Iyyad… betul ke keputusan Iyyad
nih?” Ah sudah.. Kali ini giliran si ibu yang dihurung rasa was-was. Iyyad
Mirza mula ketawa kuat.
“Ibu… ibu… kenapa projek manager pulak
yang tak yakin nih?” Dipaut bahu ibunya. Wajahnya meriah dengan senyuman.
“Ibu takut Iyyad tak bahagia…”
“Ibu… ibu….” Kali ini Mirza
menggelengkan kepalanya berulang kali. Ish ish ish…
“Bahagia itu berada di tangan Allah.
Dia yang berhak mencampakkan rasa bahagia pada hambanya. Tapi doa itu berada di
setiap hamba… Walaupun Allah tahu apa yang berada di lubuk hati kita, kita
tetap diwajibkan untuk berdoa. Secara fitrahnya, memang tugas seorang hamba itu
meminta dan menyerahkan untung nasibnya pada Allah. Jadi, kalau pun Iyyad tak
bahagia bila kahwin dengan Azlin nanti, itu bukan tiket untuk Iyyad marahkan
atau salahkan ibu… Mungkin dah tertulis tak ada bahagia untuka nak ibu.. sob
sob sob…” Mirza buat muka sedih! Saje nak menyakat ibunya.
“Ish… Janganlah cakap macam tuh!”
Mirza ketawa.
“Apalah ibu nih… Janganlah risau
sangat. Berpada-padalah melayan perasaan takut tuh… Pasrah dan redha itu yang
lebih penting.”
“Susah kalau bercakap dengan pakar
psikitari nih…” Ujar Puan Maizura mencebik.
“Kalau susah bercakap… ibu boleh
mengeja.”
“Amboihh… dah pandai main-mainkan
ibu pulak!”
“Ambil mood nak bermanja dengan
ibu.. Nanti nak bermanja dengan isteri pulak. Nanti ibu jangan cemburu-cemburu
ya!”
Kali ini Puan Maizura pula yang
ketawa. Kena sound macam tu jeh!
“Belum apa-apa dah fikir nak
bermanja ya..”
Belum sempat Mirza hendak membalas,
terdengar laungan salam dari pintu depan. Puan Maizura sudah tersengih sampai
ke telinga. Cepat sahaja dia melalukan langkah ke depan.
Mirza masih belum berganjak
sepenuhnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berharap benar agar Allah menetapkan
hatinya dari tidak bergolek-golek tanpa arah. Dengan ungkapan bismillah, dia
mula maju ke depan.
Matanya mula menangkap kelibat
seorang wanita yang ralit bermain dengan telefon bimbitnya. Tekun menyentuh
skrin telefon. Tak tahulah sama ada sedang membalas SMS, melayari Facebook
ataupun sedang bermain game!
“Khusyuk nampak?” Mirza buat ramah.
Tuang rumah kan.. Tak kan nak buat muka toya sombong. Lagipun, pertemuan ini
untuk merapatkan hubungan kedua belah keluarga. Gadis itu kelihatan cantik dengan menggenakan sehelai jubah hitam yang bersulam cantik. Kepalanya pula ditutupi dengan sehelai selendang berona kuning berbunga kecil. Sungguh comel!
Azlin mengangkat wajah. Tergamam
melihat lelaki di hadapannya. Lelaki ini yang lewat ini menemani mimpi lenanya.
‘Perghh.. pakai kain pelekat pun, tetap nampak handsome dan smart. Nak-nak bila
kepalanya disarung dengan kopiah putih… Serius, calon suami pilihan nih…Cair
habis… Cair habis..’ Azlin mula beristigfar di dalam hati. Betul-betul mintak
nyawa!
“Balas mesej kawan…” Serius, otaknya
beku dari sebarang idea untuk berbual dengan Mirza.
“Ya ke kawan? Entah-entah boyfriend…”
Usik Mirza sengaja. Tak mahu ada jurang terlalu jauh antara mereka.
“Pandai-pandai jeh… Orang mana ada
boyfriend.” Azlin mengetap bibir. ‘Kat depan nilah calon suami orang…’ Sempat
lagi hatinya menggatal.
“Manalah tahu kan… Eh, mana ibu
dengan mak Lin?” Mirza baru tersedar. Hanya mereka berdua yang berada di ruang
tamu ini.
“Oh… kat luar. Biasalah, mak-mak
bercakap pasal pokok bunga! Hah, tu dah masuk tuh..” Dua pasang mata mula
terhala ke pintu rumah.
“Mai, nanti jangan lupa ingatkan aku
nak ambik anak pokok orkid tuh.. Berkenan betul aku tengok…” Puan Maizura
menganggukkan kepala. Tanda faham.
“Hah, inilah anak lelaki aku…” Perkenal Puan Maizura.
Mata Mirza terbuntang melihat emak
Azlin itu. Terus mati senyumannya.
p.s: jeng jeng jeng... sila menanti episodnya dengan sabar... huhuhu
apakah yg terjadi???
ReplyDeletejeng jeng jenggg... heh
DeleteNilai yg mrh Ni, suka tau stop cmni. Mau luruh jntung. X larat nk kutip dh ni sara. Sapa pula pn maizura ni
ReplyDeletepn maizura tu kan mak mirza kak.. xpe.. x yah kutip.. pi je sepak masuk gawang goll.. huhu
DeleteAyoooo silap org daaa, dok ingt mak lin tu pn maizura lak huhu. Sgt blur mlm ni. Sbrg ksilapan amat dkesali hihi
DeleteMinta maaf ksilapan teknikal tsalah tuduh org. Harus kena saman ngn mak mirza pasni uwaaaa
ReplyDeleteFuh! suspen beb? Mirza kenal ke Mak Azlin. Jangan-2.. jeng..jeng... Cik Ezza sayang, sila lah upload sambungannya cepat-2 ye.
ReplyDeleteai try my best.. hehehee
Deletedap dip dup jantunggg tauuu... sambung
ReplyDeletehahaha... sabar jelah..
Delete