Resah hati Afrina kian terubat apabila kakinya melangkah ke kubur Haraz
ini. Terasa baru semalam rasanya pemergian suaminya ini. Terasa tak tertanggung
rasa rindu yang masih belum bersedia untuk berhenti berkunjung.
Pertama kali hatinya
selapang ini. Tak pernah rasanya dia rasa setenang ini selepas pemergian Haraz.
Bacaan yasinnya diriingi dengan tangisan rawan. Air mata masih setia membasahi
wajah.
Siapa sebenarnya yang
bersalah dalam hal ini? Masih terngiang
di telingannya. Ungkapan ustazah yang dia jumpa semalam. Afrina langsung
tidak menjangka yang Amalina ingin membawanya berjumpa dengan seorang ustazah.
“Anak ni dah kena
guna-guna. Ada orang ikat hati anak supaya benci pada lelaki yang bernama
Mirza...”
Afrina melopong besar. Tak
percaya dengan apa yang dia dengar tika ini. Manakala Amalina kekal tenang. Dia
sudah dapat mengagak. Kerana Afrina terlalu membenci Mirza. Malah, bila
mendengar nama Mirza sekalipun, Afrina sudah mula hendak marah. Bukankah ini
satu petanda? Bukan Amalina hendak percaya sangat pada benda syirik. Tapi tidak
dapat tidak, perkara seperti ini kita tak boleh nak tolak. Siapa boleh sangka?
Siapa boleh menduga yang benda ini akan terjadi dalam kehidupan kita.
“Tapi siapa yang buat
macam tuh?” Tanya Afrina tak percaya? Benarkah?
“Maafkan mak cik. Mak cik
tak boleh beritahu siapa. Sebab semua ini bakal menimbulkan dendam anak pada
orang yang menghantar.” Terlepas sebuah keluhan dari mulut Afrina tika
menyambut kata-kata dari ustazah itu.
“Tapi saya perlu tahu....
Saya nak tahu orang yang nak hancurkan hidup saya tuh!” Desak Afrina tanpa
sedar. Amalina mengusap lembut bahu Afrina. Menyarankan agar Afrina terus
bersabar. Air mata Afrina menitis. Siapa pula yang terlalu mendengkikan
kehidupannya sampai sanggup mengenakan ilmu halus terhadap dirinya.
“Saya tak percayalah...”
Afrina kembali menidakkan apa yang dia dengar. Kepalanya digeleng berulang
kali.
“Terpulang kepada anak
sama ada nak percaya atau tak.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu
dari kelemahan saya sendiri...” Ini bukanlah kali pertama Ustazah Ramlah
menerima fed back seperti ini. Dia faham apa yang terbenam di lubuk hati jiwa
wanita di hadpaannya ini.
“Saya bekalkan tiga biji
limau nipis nih. Nanti masa mandi nanti, sental pada sekeliling badan. Buat
selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah anak akan sembuh. Masa sental
nanti, selawat dalam hati banyak-banyak. Niat untuk buang kotoran di badan
anak... Dah terlalu lama benda tu menumpang dalam badan anak.. Dah tiba masa
untuk anak buang benda alah tuh...” Afrina mendengar tanpa perasaan.
Malah sedikit pun Afrina tidak menyambut huluran
plastik yang mengandungi limau nipis itu. Lantas Amalina mengambil tanpa banyak
cakap. Malas untuk memaksa-maksa adiknya.
Amalina tahu, bukan niat
adiknya hendak menyombong. Mungkin masih terkesan dek rasa terkejut yang
menggunung.
“Banyakkan
istigfar...Solat jangan tinggal. Baca Al-quran pun jangan lupa. Mungkin sebab
benda halus ni yang banyak buat anak keras hati. Buat anak benci pada orang
yang anak sayang...Tapi insyaAllah, semuanya akan kembali pulih seperti sedia
kala.”
Menitis air mata Afrina.
Benarkah dia telah diguna-gunakan untuk membenci Mirza? Tapi siapa orangnnya?
Apa motifnya?
“Terima kasih ustazah...
Saya tak tahu nak balas jasa ustazah macam mana lagi.” Akhirnya terluah jua
ungkapan keramat itu. Mungkin dia kena terima qadaq dan qadar yang telah ditentukan
kepadanya. Jadi rupanya sebab ini dia tidak dapat menerima Mirza dalam
kehidupannya. Mirza yang teruk menanggung akibat dari semua ini. Jadi agaknya
kerana itu dia mula terpaut pada Haraz. Jika semua ini tidak berlaku, pasti dia
sedang berbahagia bersama Mirza!
‘Ya Allah.... Dugaan apa yang Kau hulurkan
kepadaku ini?’
“Kita hanya berikhtiar.. Dia yang mencampakkan
rasa sakit, tapi Dia juga yang menyembuhkan segala penyakit. Jangan bersedih
nak.. Semua ini datang dari Allah... Yang baik atau buruk.. semuanya dariNya.
Tapi percayalah, setiap yang diatur Allah itu indah. Mungkin kelabu pada
pandangan manusia, tapi penuh warna dan warni yang terselindung di bawah
rahmatnya. Jangan berdendam dengan manusia... Berlapang dadalah menerima semua
ini.” Tambah Ustazah Rahmah lagi.
“Minum air ni nak... Buat penerang hati tu..
Selawat dulu tiga kali.” Cawan yang berisi air minuman itu mula diteguk
perlahan selepas beritigfar dan berselawat. Air mata yang berjuraian, dia sapu
dengan belakang tangan.
Balik sahaja ke rumah, kakaknya terus mengerah dia
untuk mandi. Untuk membersihkan segala kekotoran. Ketika hendak tidur, dia mula
rasa tak sedap badan. Serba tak kena dibuatnya! Baring salah! Duduk salah!
Berdiri apatah lagi. Seluruh badannya sakit-sakit.
Amalina dah mula risau, tak pernah dia tengok
keadaan adiknya sebegitu rupa. Dia sudah berkira untuk membawa Afrina ke
klinik. Namun tiba-tiba Afrina muntah. Tak lah terus sangat muntah Afrina itu. Tapi
dia tetap rasa kasihan!
Usai muntah, Afrina kembali berbaring. Sungguh
rasa tak larat! Namun yang peliknya, dia rasa teramat lega! Tuhunya terasa
ringan! Hatinya terasa lapang. Jiwanya terasa lega! Mungkin benda halus itu
keluar melalui muntahnya tadi. Air matanya menitis lagi. Memanjatkan rasa
syukur pada Ilahi walaupun otaknya masih berbolak balik sendiri. Masih belum
percaya yang semua ini terjadi dalam hidupnya.
“Afrin....” Panggilan itu mengejutkan lamunan
milik Afrin. Lantas Afrina berpaling melihat Amalina.
“Jangan dikenang apa yang berlaku tuh...”
“Sampai hati orang tu buat Afrin macam ni?”
Entahlah pada siapa hendak dicampakkan kesalahan ini kerana otaknya sendiri
beku dari menuduh sesiapa. Malah dia tidak mahu terus-menerus melakukan
kesalahan jika tersalah tuduh nanti! Tapi dia manusia biasa yang punya rasa marah.
Dia bukannya malaikat!
“Afrin... cuba fikir! Kalau orang tu tak buat
macam ni, Afrin tentu tak kahwin dengan Haraz kan? Afrin sendiri bahagia
bersuamikan Haraz kan? Tengok, sebelum Allah bagi cobaan, dia dah terlebih
dahulu memberikan Afrin kasih sayang. Jadi, apa yang Afrin nak pertikaikan
sekarang? Jangan merungut dengan apa yang berlaku atas kita... Berbahagialah
kerana menjadi insan yang diuji sayang..” Pujukan Amalina penuh nada ketegasan.
Dia tidak tahulah apa yang Afrina makan hingga
membuatkan Afrina lemah dihimpit keadaan. Mungkin sedari dahulu, Afrina sering dimanjakan.
Kerana itu daya imum badannya tidak terlalu kuat. Salah keluarga mereka juga
dahulu. Terlalu memanjakan Afrina lantaran Afrina ialah anak bongsu!
Afrina mula tersedar dan beristigfar berulang
kali. Dia tak boleh terus lemah. Sekarang waktu yang paling sesuai untuk dia
pulihkan kembali semangatnya yang pincang.
Mungkin benar ada hikmah disebalik percaturan
Allah ini. Berkenalan dengan Mirza, malah sudah pun mengikat tali pertunangan
dengan Mirza. Tiba-tiba dia jadi tawar hati pada Mirza dan mula terpaut pada
Haraz. Sanggup pula meredah kemarahan si emak dan kebencian Puan Maizura. Malah
bila disatukan bersama Haraz, dia juga bukan dikategorikan sebagai menantu
pilihan namun dia tetap bahagia bersama Haraz sehinggalah Allah mengambil Haraz
semula dari pangkuan dirinya. Dan waktu mempertemukan dirinya semula bersama
Mirza. Sesuatu yang berlaku itu walaupun memedihkan adalah dari izinNya. Dari
izin Allah!
“Sudahlah... mari balik dik. Nanti-nanti kita
datang lagi.” Perlahan-lahan meraka bangun dan menuju ke kereta. Usai beberapa
langkah meninggalkan kawasan perkuburan, Afrina berpaling seketika ke belakang.
Memandang kubur Haraz!
‘Sampai bila-bila pun... Ain tetap sayang
abang...’ Desis hati Afrina.
“Afrin banyak buat salah pada Mirz...” Itulah ayat
pertama yang keluar dari mulut Afrina usai mereka berdua masuk ke dalam perut
kereta. Afrina melemparkan padangan ke hadapan. Terlalu banyak kesalahannya
pada Mirza!
“Bukan salah Afrin.. Semua ni berada di luar
kawalan Afrin.” Pujuk Amalina.
“Mampu ke Mirz maafkan Afrin?” Tanya Afrina sebak!
Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri.
“Mirz tak pernah benci Afrin.. Dia sentiasa ada
pada Afrin... Percayalah, dia akan terima Afrin semula.”
Afrina diam. Dia tidak harap untuk diterima.
Cukuplah jika diberikan ruang kemaaffan di atas segala keterlanjuran
kata-katanya. Mirza dah cukup banyak terluka dengan kata-katanya.
***
Mirza menjeling jam yang
melekat di pergelangan tangannya. Jarum
pendek sudah menunjukkan jam satu tengah hari. Terkejut apabila mendapat
panggila telefon dari Hajah Khadijah sebentar tadi. Kata mahu berjumpa!
Argghh... Semuanya
kelihatan serabut dan kusut! Cerita ini makin jadi berbelit. Siap sangka, ibu Azlin itu adalah ibu mertua
Afrina. Kecil betul dunia ni. Baru nak mengelak dari dunia Afrina, termasuk
pulak dalam gawang yang berkaitan dengan Afrina.
Dia ingat lagi bertapa
tergamamnya Hajah Khadijah sewaktu melihat wajahnya. Mahu tak terkejut! Sebab
muka nilah yang tak tahu malu mengaku cintakan Afrina. Malah muka inilah yang
berani mati mengajak Afrina kahwin. Jadi sekarang, pasti Hajah Khadijah pelik
jika tiba-tiba melihat dia sebagai calon suami anak perempuannya!
Mujur sahaja semalam Hajah
Khadijah buat bodoh sahaja. Buat-buat dia bocorkan rahsia besar Mirza itu, tak
ke naya! Confirm mati dikejakan dek ibunya nanti. Orang tua tu dah lah pantang
dengar nama Afrina! Alergik habis.
Baru hari ini dia merasa
yang jawatan sebagai Pakar Psikitari benar-benar menggugat jiwanya. Ialah,
sekarang mula rasa gabra habis! Celaru ikan cencaru betul!
“Assalamualaikum...” Sapa
satu suara. Mirza angkat muka. Dah tahu sangat gerangannya.
“Waalaikumusalam. Duduklah
mak cik!”
“Mak cik nak makan apa?”
Tanya Mirza ramah. Menu makanan mula diserahkan kepadanya.
“Mak cik tak lapar.” Dia
bukan saja-saja nak ajak Mirza keluar waktu ini. Bukan main terkejut lagi
semalam bila melihat wajah Mirza yang sering diceritakan oleh sahabatnya. Kecik
betul dunia. Tak sangka yang Mirza anak Maizura.
“Minum?” Tanya Mirza tak
putus harap. Dia harap Hajah Khadijah ada minuman. Ialah, kot-kot angin dengan
jawapannya nanti, boleh juga meredakan kemarahan melalui minuman yang
terhidang.
“Jus oren!”
Mirza mula mengorder
minuman melalui pelayan restoren. Walaupun Mirza lapar habis, tapi dia tak
terasa nak order makanan apabila melihat jelingan Hajah Khadijah ini. Mahu mati
tercekik kejap lagi kalau makan depan Hajah Khadijah! Seketika mereka saling
terdiam.
“Apa motif kamu
sebenarnya?”
“Motif apa mak cik?” Tanya
Mirza tak faham.
“Apa motif kamu untuk
terima Azlin? Dan apa motif kamu untuk permainkan Afrina?” Sengaja Hajah
Khadijah mengeraskan suaranya. Dia boleh nampak betapa bersungguhnya Mirza
menyatakan perasaannya tempoh hari. Ini tup-tup bersetuju dengan pilihan orang
tuanya pula. Pasti ada yang tak kena! Ialah, Mirza ini tergolong dalam kategori
lelaki yang kacak. Ada kerjaya pulak tu. Mana tahu kalau Mirza hendak
mempermainkan anak dan menantunya itu!
“Afrin tak terima saya mak
cik...” Luah Mirza jujur. Matanya mula menerawang ke luar. Melemparkan rasa
kecewanya jauh-jauh. Kebetulan memang dia sengaja memilih tempat di luar.
Berangin sedikit! Tapi angin ini tak mampu menyejukkan hatinya yang rawan.
Bila ditolak dahulu, dia
sedar yang dia kalah dengan Haraz. Tapi kini dia masih belum mampu bersaing
walaupun hanya dengan bayang Haraz! Bayangkan, perasaan seorang lelaki yang
ditolak oleh orang yang sama di waktu yang berbeza? Kalau dahulu dia kecewa,
sekarang dia rasa double kecewa!
Wajah Hajah Khadijah
mengerut. ‘Afrina tak terima Mirza? Kenapa pulak? Tak cukup handsome ke atau
tak cukup kaya?’ Fikir Hajah Khadijah penuh prejudis! Tak tahulah kenapa dari
dahulu dia memang kurang berkenan dengan pilihan Haraz itu. Tapi sebab Haraz
satu-satunya anak lelakinya, maka diturutkan juga kata pilihan Haraz.
“Sebab saya tak mampu nak
gantikan tempat Haraz mak cik...”
Jawapan Mirza itu
membuatkan Hajah Khadijah terdiam. ‘Tak kan sampai macam tu sayang Afrina pada
Haraz?’ Sejak Haraz meningal, dia memang kurang ambik tahu pasal Afrina. Itu
pun hanya sekali sekali menjenguk lantaran hubungan mereka tak berapa ngam!
Apabila dia mendapat tahu cerita yang mengatakan Afrina mempunyai sakit mental,
dia bertekad untuk mengambil Hadziq dari Afrina. Tapi Afrina lebih bijak, dia
pergi ke pusat rawatan mental. Langsung membuat pemeriksaan kesihatan!
“Tak kanlah...” Protes
Hajah Khadijah.
Mirza mengeluh. Mungkin
ada hikmah semua ini. Siapa tahu yang dia boleh menjernihkan hubungan yang
sedia retak ini.
“Mak cik... Sedari dulu
lagi... Afrin tak pernah berpaling dari Haraz. Dia sanggup tentang keluarga dia
untuk bersama dengan Haraz! Kenapa mak cik benci dia sangat?” Tanya Mirza tak
faham.
“Mak cik tak cakap mak cik
benci dia!”
“Kalau bukan benci apa mak
cik?” Tekan Mirza lagi. Kenapa dia dikelilingi dengan wanita yang sukar
difahami. Ibu dengan kebenciannya pada Afrin. Afrina dengan kedegilannya dan
kini berhadapan pula dengan mak cik Khadijah yang bermacam ragam! Berdepan
dengan orang gila pun tak sepening ini! Mirza dah mula rasa sakit otak!
Hajah Khadijah terdiam.
Dia tak pernah pun benci Afrina! Dia pun sayangkan menantu dan cucunya itu.
Tapi dia sakit hati! Haraz yang dahulunya sentiasa bersamanya, mula melupakan
dirinya. Asyik-asyik Afrina yang menjadi keutamaan Haraz. Memanglah Haraz tak
pernah langsung abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, tapi hati tuanya
terasa. Mungkin dia tak biasa bila Haraz ada perempuan lain. Dah nama pun
perempuan, kalau dengan menantu pun, tetap rasa nak cemburu!
“Mak cik.. apa pun
sebabnya, saya harap agar semuanya berhenti di sini. Sampai bila mak cik nak
benci menantu mak cik sendiri. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk
pulihkan keadaan. Jernihkan semua yang keruh. Afrina tak ada siapa-siapa mak
cik... Dia harap untuk menumpang teduh dan menumpang manja bersama mak cik. Mak
cik tak kesiankan dia ke? Dia pun sama-sama kehilangan Haraz mak cik. Tak boleh
ke mak cik lupakan semuanya... Mengalah bukan tanda kalah mak cik. Itu pun
bukan tanda Afrina menang. Tapi sekurang-kurangnnya dapat buat arwah tenang kat
sana. Tenang bila dua orang wanita kesayangannya bersatu.”
Kata-kata Mirza terhenti
apabila pelayan mula menghantar pesanan. Hajah Khadijah terdiam. Memang banyak
benarnya dalam kata-kata Mirza itu.
“Kamu betul-betul sayangkan
Afrin?” Soalan Hajah Khadijah itu membuatkan Mirza sedikit melopong. Jawapan
yang sebagaimana yang perlu di bentangkan? Berlaku jujur mungkin akan
menyebabkan keadaan makin buruk. Apatah lagi dia sudah berjanji dengan ibu
untuk menerima Azlin. Namun untuk menipu, ia tak akan membawa apa-apa kebaikan.
“Mak cik... saya dah
memutuskan untuk memilih Azlin sebagai isteri.” Mirza dah tekad! Tak akan ada
perkara yang mampu membuatkan dia berpaling lagi.
“Tapi kamu tak cintakan
anak mak cik?” Duga Hajah Khadijah.
“Cinta boleh dipupuk...”
Ya... ayat itu selebihnya untuk memujuk hati sendiri. Nanti pandai-pandailah
hati berubah bila dah disulamkan dengan tanggungjawab. Lagipun, dah tak berdaya
lagi untuk dipertahankan cinta ini bila Afrina terus-menerus menolak.
“Kalau kamu tak berjaya,
kamu pasti akan patahkan hati anak mak cik.” Duga Hajah Khadijah lagi. Dia
nampak kesungguhan Mirza. Namun mampukah Mirza pejam mata sahaja apabila
berhadapan dengan Afrina. Lagi-lagi mereka akan menjadi satu keluarga. Pergi
mana, tang tu jugak jumpanya!
“Mak cik kena yakin dengan
saya...” Suara dan pandangannya serius. Dia betul-betul dah bertekad nak
jadikan Azlin isterinya. Orang di sekelilingnya juga harus mempercayainya. Dia
tak mahu orang prejudis dengan dirinya.
“Kamu pulak, yakin ke
dengan diri kamu? Kalau Afrina datang sendiri pada kamu, kamu sanggup nak tolak
dia? Buat-buat dia ubah keputusan dia dan nak bersama kamu, kamu sanggup
teruskan hubungan kamu dengan Azlin atau kamu nak memilih Afrina?”
Mirza terdiam. Ada
kemungkinan ke Afrina yang keras kepala itu akan berpaling pada dia? Tak
mungkinlah kan... Jadi jawapannya....
p/s: tak sabar nak habiskan.. wohohoh.. rasanya mungkin sampai 30 bab kot.. sila sayang saya banyak2.. saya dah rajin tulis nih.. kih kih kih
oh my...! sapa plak yg guna2kan afrina ni...takkan mak mirza kot..
ReplyDeleteuishh.. x kan mak mirza kejam sangat? sila pk jawapan lain.. haha
Deletecepat smbung hehee best n____________n
ReplyDeletetulis guna kapal terbang dah nih.. bukan kapal api.. hahaha..
Deletenk lg..lg dan lagi..cpt2 sambg k..
ReplyDeletesabar sabar sabar... heheh..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteklu cik writer sxsasau nk abiskan, post en3 bru laju2 eh. xsabau nk bce keke
ReplyDeletePendekkkkkkKkkkkkkkkkkkkkkkk....... x puas bc br tarik nafas 3 kali dh hbs hhuhuhu. Mak cik,jgnla suruh azlin kawen ngn mirza.bg la afrina cian dia..... sapalah agaknya yg bomohkan si afrina spi mcm tu skali,ntah2 ustazah tu sj ckp sbb nk bg afrina x bencikn si mirza lg kot hihihi.sila la sbg lg cik penulis.x puas bc
ReplyDeletepitam bila akak ckp pendek? dah 12 page nih yooo.. aiyooo.. amboihh... kemain ckp ustazah memandai.. x kan lah ustazah nak menipu...
DeleteSiapa pulak yang guna-gunakan Afrina nie???? o_O
ReplyDeleteermm...x kanla mirza nak mengubati luka kat hati dgn nekad kahwin dgn azlin kot..aishh,x ptut x ptut..
ReplyDeleteohh begini citewnye...baru sempat nk bace^^....nice....
ReplyDeletekali nie x de penyakit pelik2 tp sihir...x smpai hati nk ade kn watak baru ...bg lah happy2 k....caiyouk2 akak
kes cemburu la ni, memang ada jugak ye mertua yang rasa cemburu ngan menanrtu dia, hehe,. dan siapa pulak yang gune2 kan Afrin ni, teruknye benda tu sampai bertahun singgah dalam diri Afrin, jahat betul orang tu
ReplyDelete