Perlahan-lahan Afrina memandu ke pejabat Haraz yang terletak di Indera
Mahkota. Dia datang untuk menandatangan beberapa buah dokumen memandangkan dia
salah seorang daripada pengarah dan pemegang saham. Kalau ikutkan hatinya,
sudah lama dia lari dari semua ini. Tapi tak sanggup pula untuk melepaskan
Azlin keseorang. Pening pula gadis itu mencari ganti dirinya. Lagipula, sedari
dulu lagi, memang Haraz telah meletakkan namanya sebagai salah seorang dari
pengarah syarikat.
Hadziq sengaja
ditinggalkan bersama Amalina. Bimbang nanti meragam bila dibawa ke tempat yang
tidak menarik perhatiannya. Budak kecik itu pun dah pandai meragam. Tapi dalam
dia meragam, Afrina akui yang Hadziq tetap tergolong dalam golongan kanak-kanak
yang senang dijaga.
“Selamat tengah hari kak
Afrina.” Tegur Melati. Setiausaha merangkap Eksekutif pentadbiran di syarikah
Mega Jaya Holdings ini. Memang sedari dahulu, dia senang jika Melati dan
kesemua pekerja memanggilnya akak. Rasa tak selesa pula jika berpuan-puan.
Lagipun, dia bukanlah pengarah sepenuh masa.
“Cik Azlin ada?” Tanya
Afrina sambil memaniskan muka.
“Ada.. sebentar ya saya
pergi panggil.. Kak Afrin masuk dalam bilik Encik Haraz dululah...” Afrina
angguk lantas patuh menerima arahan dari Melati. Dimajukan langkah ke pejabat
yang satu masa dahulu menjadi milik Haraz. Malah sehingga kini, bilik ini
langsung tidak diberikan kepada sesiapa pun.
Walaupun tidak digunakan,
namun bilik ini masih dijaga rapi. Mungkin mak cik cleaner yang datang dua kali
seminggu itu tetap membersihkan bilik Haraz ini. Matanya mendarat pada frame
gambar yang terhidang di atas meja. Ada dua bingkai gambar. Sekeping gambar mereka
berdua sewaktu akad nikah. Satu lagi gambar sewaktu dirnya sedang
mengandung. Dicapai frame gambar
tersebut. Disapu jika terdapat habuk yang menumpangkan diri.
Gambar yang menunjukkan
berat badannya naik secara mendadak. Malah telah berulang kali dia mengarahkan
agar Haraz membuang sahaja gambar tersebut. Terasa kerdil melihat rupa paras
yang tembam dan bentuk badan yang comel itu. Tapi Haraz, makin dilarang, makin
dia nak buat!
“Abang.... janganlah letak gambar
ni.. Malu kalau orang tengok. Ishh...” Komen Afrina geram. Haraz hanya ketawa
lalu menarik lengan isterinya. Ditarik tubuh isterinya agar duduk di ribanya.
Kerja-kerja yang menimbun di atas meja terus ditolak ke tepi usai melihat
kelibat isterinya.
“Abang... inikan ofis.”
Afrina memberi peringatan. Haraz ni memang gila romantik tak bertempat. Dekat
ofis pun nak peluk-peluk. Tak jemu gamaknya.
“Alah...Pejabat abang
bukan boleh nampak dari luar pun. Kalau kita nak berasmaradana pun, bukan orang
tahu.” Usik Haraz nakal. Makin isterinya malu, makin kuat dia ingin mengusik!
“Ishh... suami siapa yang
gatal sangat nih? Tak kenal.. tak kenal...” Afrina menggelengkan kepalanya
berulang kali. Giliran dia pula yang mengusik Haraz. Terus badannya dipeluk
erat oleh si suami dari arah belakang.
“Abang.. Ofis nih....”
Larang Afrina tegas namun tetap kedengaran manja.
“Kenal ke tak?” Tanya
Haraz tidak mahu kalah. Sewenangnya dia dipermainkan oleh Afrina. Isterinya
ini, makin lama makin nakal!
“Kenal... inilah suami
saya yang handsome macam Remy Ishak tuh...” Ada tawa di hujung ayat Afrina itu.
Tahu sangat yang suaminya itu pantang disebut nama Remy Ishak. Cemburunya
memanjang...
“Bencilah... Balik-balik
bangladesh tu jugak yang Ain nak!” Haraz mula melepaskan pelukan. Dia nak tahu
Afrina bakal memujuknya dengan skill mana pula?
“Alah... janganlah merajuk
cik abangku yang paling handsome... Ada sejuta Remy pun... Tak akan sama dengan
cik abang Haraz saya nih...” Pujuk Afrina sambil membetulkan tali leher milik
si suami. Matanya dilirik lembut. Dia senyum simpul sedikit. Menggoda habis
nih!
Haraz tersenyum sedikit.
Dengan berani dia meletakkan jari terlunjuk di pipi kanannya. Afrina
membulatkan mata! Idea yang langsung tak boleh pakai!
“Abang.. ini kan pejabat.
Hutang dulu! Dekat rumah baru bayar.” Ada ke suruh cium dekat pejabat. Memang
tak lah kan...
“Boleh. Tapi kena bayar
double!”
“Double trouble betullah
dapat suami macam nihhh...” Marah Afrina geram. Haraz memang suka mengusiknya.
“Abang sayang Ain double
tau.... Triple and more...” Bisik Haraz sambil dengan beraninya mencium pipi
isteri. Lama pulak tuh! Dia senang untuk melimpahkan segala kasih sayang pada
Afrina. Siapa tahu yang hari esok bukan lagi milik mereka!
Tapak tangan Afrina terus
didaratkan di pipi. Masih terngiang dan terasa cebisan ciuman Haraz itu. Air
matanya hampir menitis. Namun cepat-cepat ditahan. Dia tak boleh leka melayan
amukan perasaan yang menggila ini.
Kenangan inilah perkara
yang paling menyakitkan bila rindu datang bertandang!
“Kak Afrin...” Panggil
Azlin lembut. Dia tahu, setiap kali masuk ke dalam bilik ini, Afrina pasti akan
beremosi. Sebab itu Azlin melarang sesiapa pun menggunakan bilik ini. Biarlah
kenangan arwah abang dan kakak iparnya terus disimpan cantik.
Seketika, mereka saling
bersalam dan hilang dalam pelukan.
“Oh Lin... Mana dokumen yang
nak sign tuh?” Afrina bersyukur! Walaupun dia bukan menantu kesayangan,
sekurang-kurannya Azlin tetap menyenanginya. Malah adik Haraz itu sentiasa
bertanyakan keperluan hariannya. Langsung tak putus bertanya khabar. Dia memang
banyak terhutang budi pada Azlin.
“Yang nih... Sorrylah
kak.. Lately ni memang terkejar ke sana-sini. Tak sempat langsung nak singgah
rumah akan untuk bagi dokumen. Buat susah akak je datang ke ofis nih.”
Tanpa diterang pun, Afrina
tahu yang Azlin teramat sibuk untuk menguruskan beberapa tender yang perlu
diperbaharui. Malah syarikat mereka juga telah menerima beberapa buah projek
besar yang melibatkan pihak kerajaan! Gigih betul usaha Azlin menguruskan dan
mengembangkan lagi perniagaan Haraz ini. Kalau nak harapkan dia, memang
lingkuplah syarikat ini.
“Akak faham... Lin tak
perlu rasa bersalah sangat.” Sambil berbual, Afrina mula menandatangan beberapa
jenis dokumen.
“Oh ya kak... Akaun
syarikat ada problem sikit. Pekerja yang lama tu tiba-tiba lari. Habis
kucar-kacir semuanya. Akak pernah kerja jadi akauntan kan, boleh tak kalau nak
minta tolong akak review sikit. Tapi kalau menyusahkan, Lin hantar ke kat firma
perakaunan. Tapi tulah kan... Charge dia orang tu bukannya murah! Nak-nak kalau
dia orang tengok sale kita. Lagilah tinggi depa nak charge...” Kadang-kadang
dia rasa firma perakaunan ni banyak ambil kesempatan. Construction bukanlah
banyak duit. Banyak nak rolling duit adalah.
“Lah... kenapa tak beritahu
awal-awal. Akak boleh je tolong..” Mungkin dah tiba masanya dia bangun dari
rasa kecewa. Hidup ini sememangnya perlu diteruskan. Tak kan selama-lamanya dia
nak berselimut dalam mimpi ngeri semalam.
“Eh.. serius? Jadi akak
nak masuk kerja ke or nak saya hantarkan dokumen ke rumah?” Tanya Azlin teruja.
Sekurang-kurangnya hilang sedikit bebannya. Ini tidak, dia seorang sahaja yang
menguruskan semua ini. Tak terkejar dibuatnya.
“Tak payah susah-susah
hantar rumah! Esok akak masuk pejabat kerja. Kesian Lin kena buat semua ni
sorang-sorang. Lepas ni kita buat sama-sama ya. Tapi terus terang, akak memang
failed bahagian construction... Setakat buat akaun tak ada hal lagi..”
“Oh akak... Lega saya
dengar! Eh, Hadziq tak datang sekali ke?” Baru sekarang dia teringatkan anak
saudaranya yang seorang itu.
“Tak.... Akak tinggalkan
dekat kak long.”
“Tapi nanti Hadziq siapa
nak jaga?” Risau juga kalau-kalau permintaannya ini menyusahkan kakak iparnya
itu.
“Tak apa... kak long akak
ada... Dia boleh tolong jaga. Dia lagi suka!” Afrina sudah bertekad untuk melupakan
perkara yang lepas-lepas. Dia ingin bangun dengan nafas baru. Dengan jiwa dan
semangat yang baru! Mungkin dah tiba masanya dia betulkan apa yang retak dan
memulihkan apa yang sudah bercelaru.
Tiba-tiba telefon bimbit
Azlin berbunyi nyaring. Tersenyum panjang saat melihat nama yang tertera di
skrin telefon! Oh, si jantung hati... Tanpa teragak, dia mula mengambil
panggilan tersebut.
“Helo... Dah sampai ke?
Okay... Tunggu sekejap ya!” Suara Azlin menjawab lembut.
Pertama kali Mirza mengajaknya untuk makan
bersama. Tiba-tiba rasa ada debar yang berkunjung. First date babe! Mahu tak
kejung dibuatnya. Sudahlah dia agak selekeh hari ini. Almaklumlah, hari ini dia
ke site. Hanya mengenakan seluar slack hitam dan blaus paras lutut berbunga
kecil. Selendang yang membelit kepalanya
juga sudah serabai habis. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah pakai baju
kebaya! Sanggup bersempit-sempit bila berjalan ke site. Apa sahaja untuk
menambat hati Mirza. Oh.. nampak sangat statement anak dara gatal.
“Ada date dengan buah hati
ke?” Teka Afrina. Setahunya, Azlin memang tak pernah ada siapa-siapa. Dulu
gadis itu fokus belajar. Bila bekerja, sibuk mencipta kerjaya. Mungkin dah
sampai masanya Azlin memikirkan hal personal!
“Hmm.. pilihan mama kak...”
Malulah kalau nak mengaku yang dia ikut turut berkenan pada Mirza. Jadi lebih
baik jual nama mama!
“Lin okay ke tak dengan
dia?” Tanya Afrina ramah. Memang perlu untuk dia mengambil berat perihal Azlin.
Apatah lagi bila melibatkan keluarga Haraz. Dia tak boleh menjadi perempuan
yang mementingkan diri sendiri.
“Baru nak kenal-kenal
kan... Tapi so far dia okay. Nanti ada masa, kita kumpul satu keluarga ya. Saya
kenalkan dia pada akak.”
“Okay... Eh, Lin nak cepat
kan. Tak apa. Dokumen ni nanti akak bagi pada Melati. Enjoy your lunch dear.
Tak baik bagi dia tertunggu-tunggu.”
Azlin sudah tersenyum
menangkap kata-kata kakak iparnya itu. Tanpa menunggu lama, terus dia keluar
dari bilik setelah menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi Afrina.
Tergeleng-geleng kepala
Afrina melayan karenah adik iparnya itu. Orang baru nak belajar bercinta memang
macam tuh. Dulu sewaktu dia dengan Mirza, setiap kali jika ada kelapangan pada
waktu tengah hari, pasti lelaki itu akan mengangkutnya untuk makan bersama.
Nama Mirza terus menghimpit benaknya. Tangannya terus mencapai iPhone 4 miliknya.
‘Agak-agaknya, kalau telefon Mirz ajak keluar makan sama, dia setuju tak?’
Afrina terus terfikir-fikir sendiri.
Sebelah hatinya berat untuk menelefon Mirza. Rasa
malu masih menebal kerana dahulu terang lagi bersuluh dia tegar menghalau Mirza
keluar dari rumahnya. Bukan sahaja rumah, tapi menghalau lelaki itu dari
hidupnya. Tak kan sesenang itu Mirza hendak memaafkannya?
“Telefon dia Afrin... Ajak dia makan.. and then
mintak maaf. Terangkan kejadian yang sebenar! Mirza mesti dengar penjelasan
aku... Dia bukan kategori lelaki yang cepat nak marah...” Suara yang keluar
dari mulut cuba memujuk rasa hati yang menderu dengan angin debaran. Berkunjung
tanpa henti.
Dengan ungkapan bismillah.... Afrina mula mendail
nombor Mirza.
Tut... Tut.. Tut... Tut....
Menanti talian disambungkan.
Dup dup... Dup dup.... Dup dup....
Menanti hati disambut mesra.
“Maaf... Nombor yang anda dial, tidak dapat
dihubungi. Sila cuba sekali lagi” Afina mula mengeluh apabila mendengar suara
promoter yang menjengah peluput telinganya itu. Hatinya rasa tidak enak! Adakah
Mirza benar-benar merajuk?
“Mungkin Mirza sibuk.. Tengah ada appointment
dengan pesakit. Aku tak boleh prejudis.” Sekali lagi dia pujuk rasa hati. Dia
pasti, selesai Mirza menyudahkan kerjanya, lelaki itu pasti akan membalas
panggilan telefonnya semula.
***
Azlin mencuri pandang
kepada Mirza yang sedang duduk di depannya. Lelaki itu nampak segak dengan
kemeja berjalur berwarna pink itu. Siapa kata lelaki pakai baju warna pink
nampak jambu? Mirza tetap nampak macho dan handsome dengan warna itu. ‘Argghhh
hati... Sudah-sudahlah skodeng anak teruna orang!’ Tak mampu untuk disorok
debaran yang menggila ini.
Tapi selepas Mirza
mendapat panggilan telefon tadi, wajahnya mula bertukar suram. Macam
menyembunyikan sesuatu darinya.
‘Wahai Azlin... berhenti
merewang! Baik kau fikir cara nak ajak dia berbual... Yup... Lelaki dia suka
perempuan yang peramah dan selamba. Yang tak malu-malu kucing...’ C’mons
Azlin.. Chaiyok!
“What should I call you...
Mirza or Iyyad?” Setakat ini, mereka tak pernah lagi berbincang secara serius
seperti ini. Apatah lagi ini adalah pertemuan pertama mereka. Tipulah kalau tak
rasa janggal. Tapi semua itu harus ditolak ke tepi. Umur mereka bukannya makin
muda. Rasanya dua-dua dah matang dan hadam dalam isu perasaan ini.
“You should call me abang
right... Ialah, Saya tua lima tahun dari awak.”
Glup! Azlin telan air
liur. ‘Panggil abang? Nak nak nak....!’ Oh hati, sesungguhnya kau amat birah!
“Kalau itu arahan... saya
terima. Kalau itu permintaan pun, saya terima! Patik hanya menurut perintah.”
Azlin siap letak tangan di dada malah kepalanya ditundukkan sedikit. Ala-ala
dayang yang menerima perintah Sultan!
Mirza tersengih. Tak
semena-mena tadi dia hilang arah tatkala mendapat panggilan daripada Afrina.
Sungguh hatinya tak keruan. Kenapa Afrina menelefonnya? Ada kecemasankah? Ada
masalahkah? Hati tak mampu nak menidakan tempat Afrina di dalam hatinya.
Setinggi mana pun tembok yang dia cuba tinggikan, dia pasti akan panjat tembok
itu sendiri.
‘Jangan Mirz... Kan kau
dah janji pada Hajah Khadijah yang kau memilih Azlin! Berapa banyak hati yang
kau perlu koyakkan untuk bersama dengan Afrin. Sudahlah... Cukup-cukuplah.
Tolonglah kali ini, kali ini sahaja... Kau jadilah seorang yang mementingkan
diri sendiri sikit!’ Monolog hatinya.
“Lin nak makan apa?” Tanya
Mirza sambil mengambil menu dari pelayan.
“Apa kata kalau abang
orderkan makanan untuk Lin... Lin orderkan makanan untuk abang.” Tanpa
dirancang, cadangan itu diusulkan kepada Mirza. Apabila tersedar, mukanya mula
memerah. Malunya....
“Cun jugak idea tuh...
Sekarang adalah waktu untuk kita belajar tentang kesukaan masing-masing.” Mirza
tahu. Azlin banyak memberi ruang kepadanya. Ruang dan peluang untuk meneruskan
hubungan ini dengan lebih jauh. Dia langsung tak sampai hati nak lukakan Azlin
yang comel ini. Bayang dan wajah Afrina, harus segera ditolak ke tepi.
“Okey... abang order
dulu.” Panggilan abang itu bagai sudah terbiasa di lidahnya. Apabila hati rela,
semuanya akan jadi mudah kan...
“Hmm.. makanan yang abang
nak Lin makan ialah... Nasi goreng ikan masin! Air laici... Okay?” Sememangnnya
itu memang makanan kegemarannya. Dahulu Afrina selalu masakkan untuknya.
Kebetulan, kami memang berkongsikan makanan kegemaran yang sama. Errk.... parah
nih! Kenapa perlu ada Afrina walaupun kata putus telah dicapai? Mirza dah mula
rasa sakit kepala.
Azlin pitam! Serius dia
langsung tak makan ikan masin. Apatah lagi nasi goreng ikan masin? Tapi untuk
lelaki yang dia sayang... Apa pun dia sanggup telan!
“Okay... untuk abang
pulak, Lin pilih Nasi goreng Cina. Air nesscafe ais!”
Mirza mengangguk setuju.
Sememangnnya dia bukanlah seorang lelaki yang memilih bab makanan. Semua benda
pun dia hadap. Batu dengan kayu je dia tolak. Sambil-sambil menunggu makanan
tiba, mereka berbual tentang diri masing-masing.
Bagi Azlin, tak ada perkara
yang dia ingin tahu sangat tentang Mirza. Kata Puan Maizura, Mirza pernah
bertunang. Tapi terputus di tengah jalan apabila tunang Mirza telah berlaku
curang. Kepingin juga rasa hati untuk menyelongkar kisah hidup Mirza, tapi
bimbang nanti dituduh suka menjaga tepi kain orang pulak!
Namun atas desakan rasa
ingin tahu yang menggila, mulutnya ringan sahaja bertanya. “Abang pernah
bertunang dulu kan...?”
Berubah air muka Mirza
tatkala soalan ini menampar peluput telingannya. Bagaimana kalau Azlin tahu
siapa bekas tunangnya? Adakah Azlin mampu untuk terima? Kalau ikutkan hatinya,
ingin sahaja diterangkan letak duduk cerita sebenar. Tapi dia sudah terlanjur
berjanji dengan Hajah Khadijah untuk tidak menceritakan semua ini pada Azlin
apabila dia memutuskan untuk memilih Azlin tempoh hari.
“Kisah lama Lin...” Luah
Mirza perlahan.
Azlin gigit bibir. Dari
reaksi Mirza, dia tahu yang lelaki itu sedang memberi hint kepadanya. Melarang
dia dari bertanyakan perihal yang lepas-lepas. ‘Ish... aku pun satu! Buat
spoiled mood abang Iyyad je. Ceritalah tentang hubungan korang... Bukannya
pasal benda yang dah berlalu!’ Kutuk Azlin pada dirinya sendiri.
“Opss.. sorry... Bukan Lin
nak bussy body... tapi...” Belum sempat Azlin menghabiskan ayat, Mirza sudah
pun menyampuk.
“Lin... bukan abang tak
mahu Lin tahu pasal kehidupan abang yang lepas, tapi buat apa kita ulang tayang
pada benda yang dah berlalu... Baik kita fokuskan pada kehidupan yang ada depan
mata. Lagipun, abang tak mahu burukkan sesiapa.” Jelas Mirza dengan senyuman
kacaknya.
Azlin ikut turut
tersenyum. Mahu tak cair! Bahasa yang indah! Sopan! Santun! Perangai yang
langsung memikat hati. Perempuan bodoh mana yang sanggup tinggalkan Mirza
dahulu?
‘Uish...
memang bodoh tahap gegaban. Tak apalah, aku kena bersyukur sebab sekarang Mirza
dah jadi rezeki aku...’ Okay...nampak sangat dah gatal nih. Tergolong dalam
kategori wajib kahwin dah nih!
Seketika, mereka kembali
terdiam apabila melayan mula menghantar menu yang dipesan. Berbalam-balam Azlin
memandang nasi goreng ikan masin yang berada di depannya. Serius kembang tekak!
Usai membaca doa, Mirza terus makan nasi
goreng pilihan Azlin itu. Tapi berbeza pula dengan Azlin. Lambat sahaja dia
ingin menyuakan nasi goreng itu ke mulut. Bila nasi itu menjengah ke mulut,
terus matanya membulat! Serius tak boleh telan....
“Lin..” Mirza yang perasan
pada perubahan Azlin terus menarik pinggan makan Azlin. Air teh o ais mula
dihulurkan kepada Azlin dan Azlin menyedut tanpa banyak cakap.
“Jangan paksa diri kalau
tak mampu.” Nasihat Mirza lembut. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam menerokai
hidupnya. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam meneruskan hubungan ini. Dan dia
langsung tak sampai hati nak kecewakan Azlin dan ibunya.
‘Kalau kita bahagiakan
hidup orang lain, InsyaAllah... Dia akan campakkan rasa bahagia itu dalam diri
kita jugak...’ Kata-kata itulah ramuan yang paling penting dalam memujuk
hatinya sendiri.
“Abang... Lin...” Suara
gadis itu mula teragak-agak. ‘Konon sanggup telan apa sahaja.... Telan ikan
masin pun tak boleh! Macam mana ni Lin?’ Serius rasa nak nangis! Pasti Mirza
berfikir yang dirinya tidak bersungguh!
“Lin.. Dalam hubungan tu,
mana ada orang yang sama seratus percent! Kalau Lin tak suka, Lin kena cakap.
Abang tak marahlah...” Lembut sahaja suara Mirza memujuk. Soft spoken sungguh!
Mejadikan hati Azlin layu mendayu-dayu...
“Abang...Mungkin hubungan
ini diatur oleh keluarga kita. Tapi Lin dah sedia nak terima abang... Tapi Lin
tak pasti sama ada abang terima Lin sebab terpaksa ataupun secara rela...” Ini
memang pengakuan berani mati! Rasanya kena catat dalam diari nih!
“Lin...” Panggil Mirza
sambil mula mencuri nafas. Dia sudah ada keputusan. Segalanya adalah muktamad!
p/s:: thanks pada semua yang sudi baca n sudi komen.. lebiu korang..
bestnyer nk lg.hehe
ReplyDeletethanks kak ruby... =)
Deleteoh tidakkkkk scrolll punya scrolll spi la kat ayat p/s thanks pd semua yg sudi bc n sudi komen.lebiu korg. maknanya sbg lg la tu huhuhu.
ReplyDeletemirza plezzz jgn slh pilih nnti awk jg yg mrana. cian kat afrina tau.aduyaiii makin mruncing kisah depa ni bila nk bahagia. dh mcm xde harapn jer.. tp xper pikir positif kan sll lps plbagai dugaan hero ngn heroin akan bsatu gak kan (sedapkn ati pdhal dh tu cik penulis ni punya ending terbalik n sukar djangka)
hahhaa.. x leh blah tang punya ending terbalik tuh.. alah.. akak selalu pe dapat teka apa yang saya akan tulis.. kih kih..
Deletealaaaaaaaaaa nape lak mirza nk lepas kn afrina,no no nahi lah dek.........kalu leh nk mirza ngan afrina!cian rina die bukan nye saje wat mirza cam tu!!!pleaseeeeeeee dek tukar lh idea,pujuk lh mirza jgn tinggal kn rina dekkkkkkkkkkkkk.emo dek
ReplyDeletemirza dah tawar hati kak.. ish ish ish
Deletex suka a tindakan mirza..mcm x gentle la plk.
ReplyDeleteerkk.. sekarang semua dah marah kat mirza ke? hehe
DeleteOh tidakkkkkkkkkkk.......
ReplyDeleteMirza akan terima Azlin ke???????? o_O
nampaknya macam tulahh.. hmm
Deleteoppss..apa yg mirza nk ckp dkt azlin tu?jgnla memberi hrpn pada seseorng.takut nnti hati org lain yg kecewa..
ReplyDeletejeng jeng jeng... azlin pun baik.. rasanya mungkin dah sampai masa dia terima Azlin kan..
Deleteserius tak tau nak cakap ape, huhu, hatiku berbelah bagi, nak tau siapa tu yang sanggup guna2kan azlin, ke mak Mirz????? cepatkan sampai part tu ye cik penulis yang comel, hehe
ReplyDelete