Friday 28 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [20]


           Perlahan-lahan Afrina memandu ke pejabat Haraz yang terletak di Indera Mahkota. Dia datang untuk menandatangan beberapa buah dokumen memandangkan dia salah seorang daripada pengarah dan pemegang saham. Kalau ikutkan hatinya, sudah lama dia lari dari semua ini. Tapi tak sanggup pula untuk melepaskan Azlin keseorang. Pening pula gadis itu mencari ganti dirinya. Lagipula, sedari dulu lagi, memang Haraz telah meletakkan namanya sebagai salah seorang dari pengarah syarikat.
            Hadziq sengaja ditinggalkan bersama Amalina. Bimbang nanti meragam bila dibawa ke tempat yang tidak menarik perhatiannya. Budak kecik itu pun dah pandai meragam. Tapi dalam dia meragam, Afrina akui yang Hadziq tetap tergolong dalam golongan kanak-kanak yang senang dijaga.
            “Selamat tengah hari kak Afrina.” Tegur Melati. Setiausaha merangkap Eksekutif pentadbiran di syarikah Mega Jaya Holdings ini. Memang sedari dahulu, dia senang jika Melati dan kesemua pekerja memanggilnya akak. Rasa tak selesa pula jika berpuan-puan. Lagipun, dia bukanlah pengarah sepenuh masa.
            “Cik Azlin ada?” Tanya Afrina sambil memaniskan muka.
            “Ada.. sebentar ya saya pergi panggil.. Kak Afrin masuk dalam bilik Encik Haraz dululah...” Afrina angguk lantas patuh menerima arahan dari Melati. Dimajukan langkah ke pejabat yang satu masa dahulu menjadi milik Haraz. Malah sehingga kini, bilik ini langsung tidak diberikan kepada sesiapa pun.
            Walaupun tidak digunakan, namun bilik ini masih dijaga rapi. Mungkin mak cik cleaner yang datang dua kali seminggu itu tetap membersihkan bilik Haraz ini. Matanya mendarat pada frame gambar yang terhidang di atas meja. Ada dua bingkai gambar. Sekeping gambar mereka berdua sewaktu akad nikah. Satu lagi gambar sewaktu dirnya sedang mengandung.  Dicapai frame gambar tersebut. Disapu jika terdapat habuk yang menumpangkan diri.
            Gambar yang menunjukkan berat badannya naik secara mendadak. Malah telah berulang kali dia mengarahkan agar Haraz membuang sahaja gambar tersebut. Terasa kerdil melihat rupa paras yang tembam dan bentuk badan yang comel itu. Tapi Haraz, makin dilarang, makin dia nak buat!
            “Abang.... janganlah letak gambar ni.. Malu kalau orang tengok. Ishh...” Komen Afrina geram. Haraz hanya ketawa lalu menarik lengan isterinya. Ditarik tubuh isterinya agar duduk di ribanya. Kerja-kerja yang menimbun di atas meja terus ditolak ke tepi usai melihat kelibat isterinya.
            “Abang... inikan ofis.” Afrina memberi peringatan. Haraz ni memang gila romantik tak bertempat. Dekat ofis pun nak peluk-peluk. Tak jemu gamaknya.
            “Alah...Pejabat abang bukan boleh nampak dari luar pun. Kalau kita nak berasmaradana pun, bukan orang tahu.” Usik Haraz nakal. Makin isterinya malu, makin kuat dia ingin mengusik!
            “Ishh... suami siapa yang gatal sangat nih? Tak kenal.. tak kenal...” Afrina menggelengkan kepalanya berulang kali. Giliran dia pula yang mengusik Haraz. Terus badannya dipeluk erat oleh si suami dari arah belakang.
            “Abang.. Ofis nih....” Larang Afrina tegas namun tetap kedengaran manja.
            “Kenal ke tak?” Tanya Haraz tidak mahu kalah. Sewenangnya dia dipermainkan oleh Afrina. Isterinya ini, makin lama makin nakal!
            “Kenal... inilah suami saya yang handsome macam Remy Ishak tuh...” Ada tawa di hujung ayat Afrina itu. Tahu sangat yang suaminya itu pantang disebut nama Remy Ishak. Cemburunya memanjang...
            “Bencilah... Balik-balik bangladesh tu jugak yang Ain nak!” Haraz mula melepaskan pelukan. Dia nak tahu Afrina bakal memujuknya dengan skill mana pula?
            “Alah... janganlah merajuk cik abangku yang paling handsome... Ada sejuta Remy pun... Tak akan sama dengan cik abang Haraz saya nih...” Pujuk Afrina sambil membetulkan tali leher milik si suami. Matanya dilirik lembut. Dia senyum simpul sedikit. Menggoda habis nih!
            Haraz tersenyum sedikit. Dengan berani dia meletakkan jari terlunjuk di pipi kanannya. Afrina membulatkan mata! Idea yang langsung tak boleh pakai!
            “Abang.. ini kan pejabat. Hutang dulu! Dekat rumah baru bayar.” Ada ke suruh cium dekat pejabat. Memang tak lah kan...
            “Boleh. Tapi kena bayar double!”
            “Double trouble betullah dapat suami macam nihhh...” Marah Afrina geram. Haraz memang suka mengusiknya.
            “Abang sayang Ain double tau.... Triple and more...” Bisik Haraz sambil dengan beraninya mencium pipi isteri. Lama pulak tuh! Dia senang untuk melimpahkan segala kasih sayang pada Afrina. Siapa tahu yang hari esok bukan lagi milik mereka!
            Tapak tangan Afrina terus didaratkan di pipi. Masih terngiang dan terasa cebisan ciuman Haraz itu. Air matanya hampir menitis. Namun cepat-cepat ditahan. Dia tak boleh leka melayan amukan perasaan yang menggila ini.
            Kenangan inilah perkara yang paling menyakitkan bila rindu datang bertandang!
            “Kak Afrin...” Panggil Azlin lembut. Dia tahu, setiap kali masuk ke dalam bilik ini, Afrina pasti akan beremosi. Sebab itu Azlin melarang sesiapa pun menggunakan bilik ini. Biarlah kenangan arwah abang dan kakak iparnya terus disimpan cantik.
            Seketika, mereka saling bersalam dan hilang dalam pelukan.
            “Oh Lin... Mana dokumen yang nak sign tuh?” Afrina bersyukur! Walaupun dia bukan menantu kesayangan, sekurang-kurannya Azlin tetap menyenanginya. Malah adik Haraz itu sentiasa bertanyakan keperluan hariannya. Langsung tak putus bertanya khabar. Dia memang banyak terhutang budi pada Azlin.
            “Yang nih... Sorrylah kak.. Lately ni memang terkejar ke sana-sini. Tak sempat langsung nak singgah rumah akan untuk bagi dokumen. Buat susah akak je datang ke ofis nih.”
            Tanpa diterang pun, Afrina tahu yang Azlin teramat sibuk untuk menguruskan beberapa tender yang perlu diperbaharui. Malah syarikat mereka juga telah menerima beberapa buah projek besar yang melibatkan pihak kerajaan! Gigih betul usaha Azlin menguruskan dan mengembangkan lagi perniagaan Haraz ini. Kalau nak harapkan dia, memang lingkuplah syarikat ini.
            “Akak faham... Lin tak perlu rasa bersalah sangat.” Sambil berbual, Afrina mula menandatangan beberapa jenis dokumen.
            “Oh ya kak... Akaun syarikat ada problem sikit. Pekerja yang lama tu tiba-tiba lari. Habis kucar-kacir semuanya. Akak pernah kerja jadi akauntan kan, boleh tak kalau nak minta tolong akak review sikit. Tapi kalau menyusahkan, Lin hantar ke kat firma perakaunan. Tapi tulah kan... Charge dia orang tu bukannya murah! Nak-nak kalau dia orang tengok sale kita. Lagilah tinggi depa nak charge...” Kadang-kadang dia rasa firma perakaunan ni banyak ambil kesempatan. Construction bukanlah banyak duit. Banyak nak rolling duit adalah.
            “Lah... kenapa tak beritahu awal-awal. Akak boleh je tolong..” Mungkin dah tiba masanya dia bangun dari rasa kecewa. Hidup ini sememangnya perlu diteruskan. Tak kan selama-lamanya dia nak berselimut dalam mimpi ngeri semalam.
            “Eh.. serius? Jadi akak nak masuk kerja ke or nak saya hantarkan dokumen ke rumah?” Tanya Azlin teruja. Sekurang-kurangnya hilang sedikit bebannya. Ini tidak, dia seorang sahaja yang menguruskan semua ini. Tak terkejar dibuatnya.
            “Tak payah susah-susah hantar rumah! Esok akak masuk pejabat kerja. Kesian Lin kena buat semua ni sorang-sorang. Lepas ni kita buat sama-sama ya. Tapi terus terang, akak memang failed bahagian construction... Setakat buat akaun tak ada hal lagi..”
            “Oh akak... Lega saya dengar! Eh, Hadziq tak datang sekali ke?” Baru sekarang dia teringatkan anak saudaranya yang seorang itu.
            “Tak.... Akak tinggalkan dekat kak long.”
            “Tapi nanti Hadziq siapa nak jaga?” Risau juga kalau-kalau permintaannya ini menyusahkan kakak iparnya itu.
            “Tak apa... kak long akak ada... Dia boleh tolong jaga. Dia lagi suka!” Afrina sudah bertekad untuk melupakan perkara yang lepas-lepas. Dia ingin bangun dengan nafas baru. Dengan jiwa dan semangat yang baru! Mungkin dah tiba masanya dia betulkan apa yang retak dan memulihkan apa yang sudah bercelaru.
            Tiba-tiba telefon bimbit Azlin berbunyi nyaring. Tersenyum panjang saat melihat nama yang tertera di skrin telefon! Oh, si jantung hati... Tanpa teragak, dia mula mengambil panggilan tersebut.
            “Helo... Dah sampai ke? Okay... Tunggu sekejap ya!” Suara Azlin menjawab lembut.
Pertama kali Mirza mengajaknya untuk makan bersama. Tiba-tiba rasa ada debar yang berkunjung. First date babe! Mahu tak kejung dibuatnya. Sudahlah dia agak selekeh hari ini. Almaklumlah, hari ini dia ke site. Hanya mengenakan seluar slack hitam dan blaus paras lutut berbunga kecil.  Selendang yang membelit kepalanya juga sudah serabai habis. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah pakai baju kebaya! Sanggup bersempit-sempit bila berjalan ke site. Apa sahaja untuk menambat hati Mirza. Oh.. nampak sangat statement anak dara gatal.
            “Ada date dengan buah hati ke?” Teka Afrina. Setahunya, Azlin memang tak pernah ada siapa-siapa. Dulu gadis itu fokus belajar. Bila bekerja, sibuk mencipta kerjaya. Mungkin dah sampai masanya Azlin memikirkan hal personal!
            “Hmm.. pilihan mama kak...” Malulah kalau nak mengaku yang dia ikut turut berkenan pada Mirza. Jadi lebih baik jual nama mama!
            “Lin okay ke tak dengan dia?” Tanya Afrina ramah. Memang perlu untuk dia mengambil berat perihal Azlin. Apatah lagi bila melibatkan keluarga Haraz. Dia tak boleh menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
            “Baru nak kenal-kenal kan... Tapi so far dia okay. Nanti ada masa, kita kumpul satu keluarga ya. Saya kenalkan dia pada akak.”
            “Okay... Eh, Lin nak cepat kan. Tak apa. Dokumen ni nanti akak bagi pada Melati. Enjoy your lunch dear. Tak baik bagi dia tertunggu-tunggu.”
            Azlin sudah tersenyum menangkap kata-kata kakak iparnya itu. Tanpa menunggu lama, terus dia keluar dari bilik setelah menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi Afrina.
            Tergeleng-geleng kepala Afrina melayan karenah adik iparnya itu. Orang baru nak belajar bercinta memang macam tuh. Dulu sewaktu dia dengan Mirza, setiap kali jika ada kelapangan pada waktu tengah hari, pasti lelaki itu akan mengangkutnya untuk makan bersama.
Nama Mirza terus menghimpit benaknya.  Tangannya terus mencapai iPhone 4 miliknya. ‘Agak-agaknya, kalau telefon Mirz ajak keluar makan sama, dia setuju tak?’ Afrina terus terfikir-fikir sendiri.
Sebelah hatinya berat untuk menelefon Mirza. Rasa malu masih menebal kerana dahulu terang lagi bersuluh dia tegar menghalau Mirza keluar dari rumahnya. Bukan sahaja rumah, tapi menghalau lelaki itu dari hidupnya. Tak kan sesenang itu Mirza hendak memaafkannya?
“Telefon dia Afrin... Ajak dia makan.. and then mintak maaf. Terangkan kejadian yang sebenar! Mirza mesti dengar penjelasan aku... Dia bukan kategori lelaki yang cepat nak marah...” Suara yang keluar dari mulut cuba memujuk rasa hati yang menderu dengan angin debaran. Berkunjung tanpa henti.
Dengan ungkapan bismillah.... Afrina mula mendail nombor Mirza.
Tut... Tut.. Tut... Tut....
Menanti talian disambungkan.
Dup dup... Dup dup.... Dup dup....
Menanti hati disambut mesra.
“Maaf... Nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi” Afina mula mengeluh apabila mendengar suara promoter yang menjengah peluput telinganya itu. Hatinya rasa tidak enak! Adakah Mirza benar-benar merajuk?
“Mungkin Mirza sibuk.. Tengah ada appointment dengan pesakit. Aku tak boleh prejudis.” Sekali lagi dia pujuk rasa hati. Dia pasti, selesai Mirza menyudahkan kerjanya, lelaki itu pasti akan membalas panggilan telefonnya semula.
***
            Azlin mencuri pandang kepada Mirza yang sedang duduk di depannya. Lelaki itu nampak segak dengan kemeja berjalur berwarna pink itu. Siapa kata lelaki pakai baju warna pink nampak jambu? Mirza tetap nampak macho dan handsome dengan warna itu. ‘Argghhh hati... Sudah-sudahlah skodeng anak teruna orang!’ Tak mampu untuk disorok debaran yang menggila ini.
            Tapi selepas Mirza mendapat panggilan telefon tadi, wajahnya mula bertukar suram. Macam menyembunyikan sesuatu darinya.
            ‘Wahai Azlin... berhenti merewang! Baik kau fikir cara nak ajak dia berbual... Yup... Lelaki dia suka perempuan yang peramah dan selamba. Yang tak malu-malu kucing...’ C’mons Azlin.. Chaiyok!
            “What should I call you... Mirza or Iyyad?” Setakat ini, mereka tak pernah lagi berbincang secara serius seperti ini. Apatah lagi ini adalah pertemuan pertama mereka. Tipulah kalau tak rasa janggal. Tapi semua itu harus ditolak ke tepi. Umur mereka bukannya makin muda. Rasanya dua-dua dah matang dan hadam dalam isu perasaan ini.
            “You should call me abang right... Ialah, Saya tua lima tahun dari awak.”
            Glup! Azlin telan air liur. ‘Panggil abang? Nak nak nak....!’ Oh hati, sesungguhnya kau amat birah!
            “Kalau itu arahan... saya terima. Kalau itu permintaan pun, saya terima! Patik hanya menurut perintah.” Azlin siap letak tangan di dada malah kepalanya ditundukkan sedikit. Ala-ala dayang yang menerima perintah Sultan!
            Mirza tersengih. Tak semena-mena tadi dia hilang arah tatkala mendapat panggilan daripada Afrina. Sungguh hatinya tak keruan. Kenapa Afrina menelefonnya? Ada kecemasankah? Ada masalahkah? Hati tak mampu nak menidakan tempat Afrina di dalam hatinya. Setinggi mana pun tembok yang dia cuba tinggikan, dia pasti akan panjat tembok itu sendiri.
            ‘Jangan Mirz... Kan kau dah janji pada Hajah Khadijah yang kau memilih Azlin! Berapa banyak hati yang kau perlu koyakkan untuk bersama dengan Afrin. Sudahlah... Cukup-cukuplah. Tolonglah kali ini, kali ini sahaja... Kau jadilah seorang yang mementingkan diri sendiri sikit!’ Monolog hatinya.
            “Lin nak makan apa?” Tanya Mirza sambil mengambil menu dari pelayan.
            “Apa kata kalau abang orderkan makanan untuk Lin... Lin orderkan makanan untuk abang.” Tanpa dirancang, cadangan itu diusulkan kepada Mirza. Apabila tersedar, mukanya mula memerah. Malunya....
            “Cun jugak idea tuh... Sekarang adalah waktu untuk kita belajar tentang kesukaan masing-masing.” Mirza tahu. Azlin banyak memberi ruang kepadanya. Ruang dan peluang untuk meneruskan hubungan ini dengan lebih jauh. Dia langsung tak sampai hati nak lukakan Azlin yang comel ini. Bayang dan wajah Afrina, harus segera ditolak ke tepi.
            “Okey... abang order dulu.” Panggilan abang itu bagai sudah terbiasa di lidahnya. Apabila hati rela, semuanya akan jadi mudah kan...
            “Hmm.. makanan yang abang nak Lin makan ialah... Nasi goreng ikan masin! Air laici... Okay?” Sememangnnya itu memang makanan kegemarannya. Dahulu Afrina selalu masakkan untuknya. Kebetulan, kami memang berkongsikan makanan kegemaran yang sama. Errk.... parah nih! Kenapa perlu ada Afrina walaupun kata putus telah dicapai? Mirza dah mula rasa sakit kepala.
            Azlin pitam! Serius dia langsung tak makan ikan masin. Apatah lagi nasi goreng ikan masin? Tapi untuk lelaki yang dia sayang... Apa pun dia sanggup telan!
            “Okay... untuk abang pulak, Lin pilih Nasi goreng Cina. Air nesscafe ais!”
            Mirza mengangguk setuju. Sememangnnya dia bukanlah seorang lelaki yang memilih bab makanan. Semua benda pun dia hadap. Batu dengan kayu je dia tolak. Sambil-sambil menunggu makanan tiba, mereka berbual tentang diri masing-masing.
            Bagi Azlin, tak ada perkara yang dia ingin tahu sangat tentang Mirza. Kata Puan Maizura, Mirza pernah bertunang. Tapi terputus di tengah jalan apabila tunang Mirza telah berlaku curang. Kepingin juga rasa hati untuk menyelongkar kisah hidup Mirza, tapi bimbang nanti dituduh suka menjaga tepi kain orang pulak!
            Namun atas desakan rasa ingin tahu yang menggila, mulutnya ringan sahaja bertanya. “Abang pernah bertunang dulu kan...?”
            Berubah air muka Mirza tatkala soalan ini menampar peluput telingannya. Bagaimana kalau Azlin tahu siapa bekas tunangnya? Adakah Azlin mampu untuk terima? Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja diterangkan letak duduk cerita sebenar. Tapi dia sudah terlanjur berjanji dengan Hajah Khadijah untuk tidak menceritakan semua ini pada Azlin apabila dia memutuskan untuk memilih Azlin tempoh hari.
            “Kisah lama Lin...” Luah Mirza perlahan.
            Azlin gigit bibir. Dari reaksi Mirza, dia tahu yang lelaki itu sedang memberi hint kepadanya. Melarang dia dari bertanyakan perihal yang lepas-lepas. ‘Ish... aku pun satu! Buat spoiled mood abang Iyyad je. Ceritalah tentang hubungan korang... Bukannya pasal benda yang dah berlalu!’ Kutuk Azlin pada dirinya sendiri.
            “Opss.. sorry... Bukan Lin nak bussy body... tapi...” Belum sempat Azlin menghabiskan ayat, Mirza sudah pun menyampuk.
            “Lin... bukan abang tak mahu Lin tahu pasal kehidupan abang yang lepas, tapi buat apa kita ulang tayang pada benda yang dah berlalu... Baik kita fokuskan pada kehidupan yang ada depan mata. Lagipun, abang tak mahu burukkan sesiapa.” Jelas Mirza dengan senyuman kacaknya.
            Azlin ikut turut tersenyum. Mahu tak cair! Bahasa yang indah! Sopan! Santun! Perangai yang langsung memikat hati. Perempuan bodoh mana yang sanggup tinggalkan Mirza dahulu?
 ‘Uish... memang bodoh tahap gegaban. Tak apalah, aku kena bersyukur sebab sekarang Mirza dah jadi rezeki aku...’ Okay...nampak sangat dah gatal nih. Tergolong dalam kategori wajib kahwin dah nih!
            Seketika, mereka kembali terdiam apabila melayan mula menghantar menu yang dipesan. Berbalam-balam Azlin memandang nasi goreng ikan masin yang berada di depannya. Serius kembang tekak!
             Usai membaca doa, Mirza terus makan nasi goreng pilihan Azlin itu. Tapi berbeza pula dengan Azlin. Lambat sahaja dia ingin menyuakan nasi goreng itu ke mulut. Bila nasi itu menjengah ke mulut, terus matanya membulat! Serius tak boleh telan....
            “Lin..” Mirza yang perasan pada perubahan Azlin terus menarik pinggan makan Azlin. Air teh o ais mula dihulurkan kepada Azlin dan Azlin menyedut tanpa banyak cakap.
            “Jangan paksa diri kalau tak mampu.” Nasihat Mirza lembut. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam menerokai hidupnya. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam meneruskan hubungan ini. Dan dia langsung tak sampai hati nak kecewakan Azlin dan ibunya.
            ‘Kalau kita bahagiakan hidup orang lain, InsyaAllah... Dia akan campakkan rasa bahagia itu dalam diri kita jugak...’ Kata-kata itulah ramuan yang paling penting dalam memujuk hatinya sendiri.
            “Abang... Lin...” Suara gadis itu mula teragak-agak. ‘Konon sanggup telan apa sahaja.... Telan ikan masin pun tak boleh! Macam mana ni Lin?’ Serius rasa nak nangis! Pasti Mirza berfikir yang dirinya tidak bersungguh!
            “Lin.. Dalam hubungan tu, mana ada orang yang sama seratus percent! Kalau Lin tak suka, Lin kena cakap. Abang tak marahlah...” Lembut sahaja suara Mirza memujuk. Soft spoken sungguh! Mejadikan hati Azlin layu mendayu-dayu...
            “Abang...Mungkin hubungan ini diatur oleh keluarga kita. Tapi Lin dah sedia nak terima abang... Tapi Lin tak pasti sama ada abang terima Lin sebab terpaksa ataupun secara rela...” Ini memang pengakuan berani mati! Rasanya kena catat dalam diari nih!
            “Lin...” Panggil Mirza sambil mula mencuri nafas. Dia sudah ada keputusan. Segalanya adalah muktamad!

p/s:: thanks pada semua yang sudi baca n sudi komen.. lebiu korang.. 

13 comments:

  1. oh tidakkkkk scrolll punya scrolll spi la kat ayat p/s thanks pd semua yg sudi bc n sudi komen.lebiu korg. maknanya sbg lg la tu huhuhu.
    mirza plezzz jgn slh pilih nnti awk jg yg mrana. cian kat afrina tau.aduyaiii makin mruncing kisah depa ni bila nk bahagia. dh mcm xde harapn jer.. tp xper pikir positif kan sll lps plbagai dugaan hero ngn heroin akan bsatu gak kan (sedapkn ati pdhal dh tu cik penulis ni punya ending terbalik n sukar djangka)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. x leh blah tang punya ending terbalik tuh.. alah.. akak selalu pe dapat teka apa yang saya akan tulis.. kih kih..

      Delete
  2. alaaaaaaaaaa nape lak mirza nk lepas kn afrina,no no nahi lah dek.........kalu leh nk mirza ngan afrina!cian rina die bukan nye saje wat mirza cam tu!!!pleaseeeeeeee dek tukar lh idea,pujuk lh mirza jgn tinggal kn rina dekkkkkkkkkkkkk.emo dek

    ReplyDelete
  3. x suka a tindakan mirza..mcm x gentle la plk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. sekarang semua dah marah kat mirza ke? hehe

      Delete
  4. Oh tidakkkkkkkkkkk.......
    Mirza akan terima Azlin ke???????? o_O

    ReplyDelete
  5. oppss..apa yg mirza nk ckp dkt azlin tu?jgnla memberi hrpn pada seseorng.takut nnti hati org lain yg kecewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... azlin pun baik.. rasanya mungkin dah sampai masa dia terima Azlin kan..

      Delete
  6. serius tak tau nak cakap ape, huhu, hatiku berbelah bagi, nak tau siapa tu yang sanggup guna2kan azlin, ke mak Mirz????? cepatkan sampai part tu ye cik penulis yang comel, hehe

    ReplyDelete