“Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi..” Jerit Afrina
sambil menolak tubuh Mirza hingga membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.
“Afrin.. Kenapa ni? Mirz
tak faham?” Muka Mirza jelas terpinga-pinga.
“Memang kau yang rancang
semua ini kan... Kau upah seorang pencuri untuk masuk ke rumah aku, lepas tu
kau datang selamatkan aku seperti seorang hero! Semua drama ni supaya kau dapat
melobi untuk pujuk aku kahwin dengan kau kan? Kau ingat aku bodoh untuk percaya
semua ni?” Nafas Afrina sudah mula turun naik. Sakit hatinya apabila
diperlakuka sebegini rupa. Mirza seolah-olah mempermainkan maruahnya.
“Ya Allah Afrin...
Jangankan nak merancang, sesaat pun Mirz tak pernah fikir sampai macam tu
sekali... Apa Afrin ingat Mirz terdesak sangat ke?” Kali ini Mirza mula hendak
marah.
Kalau ikutkan jiwa
lelakinya, mahu sahaja dia mengetuk kepala Afrina yang biul itu. Sedari dahulu
lagi, Afrina kurang berfikir panjang ketika hendak menuturkan sesuatu. Semuanya
ikut kepala sendiri.
Kenapa Afrina terlalu prejudis dengan dirinya?
Mungkin dia tidak sebaik atau sehebat Haraz, tapi itu tidak bermakna dirinya
jahat sangat! Kenapa hanya keburukan yang Afirna nampak dalam dirinya? Sekali
pun dia tidak pernah terdetik untuk membuat perkara terkutuk ini. Macam tak ada
kerja lain nak buat rancangan bodoh ini!
“Kalau bukan kau yang
rancang semua ni, kenapa kau boleh ada dekat rumah aku sekarang?” Sebenarnya
persoalan ini yang menghantui pemikiran Afrina sekarang. Kalau benar bukan
Mirza yang menjadi dalang dalam kes ini, kenapa lelaki ini boleh berada di
rumahnya pada jam dua belas tengah malam ini?
“Hati saya tak sedap...
Hati saya risaukan awak Afrin.” Ya... Memang itulah perkara yang sejujurnya.
Dia terlalu risaukan Afrina. Sedari balik dari kerja lagi, hatinya berdebar
memikirkan Afrina. Malah kerisauan itu
makin memuncak apabila waktu menjenggah malam.
Mungkin... Mungkin
kedengaran seperti tidak logik! Tapi kerana cinta, cinta tak memiliki sebarang
kewarasan atau logik akal. Fitrah manusia memang sentiasa risaukan orang yang
tersayang.
“Assalamualaikum…..”
Suara salam
dari arah luar terus menyentakkan Mirza dan Afrina yang sedang bertekak. Mirza
dan Afrina saling bertukar pandang. Lambat-lambat Mirza menghalakan kaki ke
arah pintu rumah. Hatinya mula berdegup di luar kebiasaan.
Afrina
segera menyarungkan tudung di kepala. Baru perasan pada keadaan diri yang tidak
sempurna. Siapa yang datang ke rumah tengah-tengah malam ini? Adakah semua ini
perangkap? Perangkap untuk mereka ditangkap khalwat?
‘Ya
Allah.. aku mohon padaMu.. Perliharalah maruahku.. Perliharalah diriku...’
Dengan
penuh debaran, pintu rumah Afrina itu mula ditarik lembut. Terjenggul wajah
seorang wanita. Mirza tarik nafas lega!
“Mirza,
buat apa kat sini?” Terkejut melihat kehadiran Mirza di rumah adiknya ini.
Adakah Mirza dan Afrina melakukan maksiat? Astarfirullahalazim... benarkah
sebegini rupa? Namun segera ditolak pergi fikiran negatif. Dia kenal mereka
berdua. Mirza dan Afrina bukan seperti itu.
“Kak
Long....” Melihat kelibat kakaknya itu, cepat sahaja Afrina berlari dan memeluk
Amalina. Di bahu kakaknya itulah dia menumpang menangis lagi.
“Apa
yang dah jadi nih?” Amalina diserang kebuntuan. Kenapa Afrina menangis?
Padanlah hatinya merasa tidak enak sahaja. Rupanya memang ada yang tak kena!
“Tadi
ada pencuri masuk...” Terang Mirza perlahan.
Sedikit lega melihat kedatangan Amalina.
Sangkanya tadi, pegawai JAIP yang mencemar duli. Memanglah dia ada harapan
untuk kahwin free. Tapi bukan dengan cara begini. Mirza sedikit pun tidak ingin
berkahwin dengan Afrina dengan cara terkutuk ini. Semua ini hanya akan
merosakkan maruah Afrina malah akan menambahkan kebecian Afrina pada dirinya!
“Ya
Allah.. macam mana pencuri boleh masuk? Afrin tak kunci pintu ke? Kan along dah
pesan... Sebelum tidur, pastikan semua pintu berkunci.” Bebel Amalina geram
tapi tanganya masih mengusap lembut belakang badan Afrina. Cuba meredakan
ketakutan milik si adik.
“Afrin
dah kunci... Tapi tak tahulah dia masuk macam mana...”
Mirza
merenung wajah Afrina. Hatinya dipagut rasa risau. Lelaki tadi bukan sahaja
ingin mencuri malah lelaki itu juga hampir-hampir ingin meragut kesucian
Afrina. Bagaimana kalau lelaki itu datang lagi? Siapa pula yang akan
menyelamatkan Afrina?
Argghh...
kusut!
“Kalau
datang nak mencuri je tak apa... Ini dia hampir-hampir nak....” Kata-kata Mirza
terhenti. Dia mendengus kasar! Sakit hati! Kalaulah dia dapat kejar pencuri itu
tadi, memang mati pencuri itu dia kerjakan.
“Dia
buat apa lagi dik? Ya Allah... Baru seminggu kak long tak datang jumpa kamu.
Macam-macam hal dah jadi!” Keluh Amalina berat.
Hilang
rasa nak merajuk dengan adiknya. Malam ini dia terpanggil untuk datang.
Cadangnya memang dia ingin tidur di sini. Tapi tak tahu pulak yang Afrina
memang benar-benar memerlukan dirinya. Dia sudah bertolak awal, tapi lama tersekat
dalam jammed akibat kemalangan jalan raya. Kalaulah apa-apa yang terjadi pada
Afrina, dia memang tak dapat memaafkan dirinya. Itulah, ikutkan sangat rasa
hati!
“Dia
tak sempat buat apa-apa...” Bantu Mirza apabila tiada sebarang tanda-tanda yang
menunjukkan Afrina akan bersuara.
“Habis
tu, macam mana Mirza boleh ada dekat sini pulak?” Soalan ini dihulur kepada
Mirza yang kekal tenang itu. Hatinya tertanya-tanya juga. Kenapa Mirza ada di
rumah adiknya ini tengah-tengah malam ini?
Perlahan-lahan
Afrina melepaskan pelukan. Jiwanya sudah tenteram sedikit. Sekarang, kedua
pasang mata itu mula terhala pada Iyyad Mirza.
“Sebab....”
“Sebab
dia yang rancang semua nih!” Tekan Afrina keras.
“Hah!”
Amalina tidak dapat lari dari perasaan terkejut. Benarkah sebegitu rupa?
“Afrin...
berapa kali Mirz nak ulang? Bukan Mirz yang rancang semua ni? Apa faedah yang Mirz
dapat kalau Mirz rancang kecurian nih?” Entah berapa kali perlu diulang ayat
ini. Mirza sendiri sudah naik jemu. Tapi Afrina masih berkeras menuduhnya.
“Sebab
kau kononnya nak jadi hero bila dapat selamatkan aku kan!” Tepik Afrina
lantang. Hilang terus bahasa ‘Afrin’ dan ‘Mirz’. Yang ada hanyalah ‘aku’ dan
‘kau’. Kata ganti diri yang menjauhkan lagi jarak antara mereka.
“Apa
faedah kalau Mirza jadi hero? Cuba cakap dengan Mirz?”
“Dengan
jadi hero, bolehlah kau tawan hati aku balik kan! Macam tu lah rancangan kau
kan!” Nada Afrina seperti perluru berpandu yang menghunus jantung! Berdesup
laju menikam rasa.
Mirza
tercengang. “Tuduhan Afrin memang tak berasas langsung!” Kepalanya digeleng
berulang kali. Menggambarkan rasa kecewa yang tidak pernah berkesudahan dengan
sikap Afrina yang gemar membabi buta menuduhnya. Dia belum tergolong dalam
golongan lelaki terdesak!
“Kalau
tak... tak kanlah kau ada kat rumah aku sekarang.... Kau tak ada motif langsung
untuk datang rumah aku malam-malam buta nih!” Afrina kembali menegakkan
kata-katanya.
Amalina
sedari tadi diam. Bertindak sebagai pemerhati. Dia pun agak sangsi dengan
jawapan Mirza tadi.
Mirza
memejamkan matanya rapat-rapat. Berapa kali dia perlu ulang ayat yang sama?
“Motifnya
ialah... saya risaukan awak. Hati saya tak sedap! Macam ada yang tak kena.
Sebab tu saya datang terus ke sini tanpa berfikir panjang. Itu jeh!” Kenapalah
susah sangat nak bercaya? Kerisauannya inilah yang membawa dia datang ke sini!
“Bohong!”
“Untuk
apa kebohongan ni Afrin? Untuk apa? Semua yang Mirz cakap, semuanya Afrin kata
satu penipuan. Mirz memang datang sini sebab Mirza risaukan Afrin. Sebab tu
Mirz nak jaga Afrin... Mirz nak kita kahwin. !”
Amalina
tercengang!
Manakala
Afrina mula dirasuk bengang!
“Balik-balik
kahwin... Kau tak faham ke Mirza? Aku tak nak kahwin dengan kau! Aku tak
cintakan kau!”
Mirza
dan Afrina saling beradu pandang! Afrina dengan kemarahannya manakala Mirza
dengan kekecewaannya.
“Sudah-sudah...
Hari dah larut malam ni. Tak manis kalau korang terus bertekak. Mirz... Mirz
baliklah dulu... Nanti esok-esok boleh bincang semula.” Amalina ambil
pendekatan untuk menyelesaikan pergelutan perasaan antara Afrina dan Mirza.
Nampaknya, kedua-duanya tak mahu kalah.
“Tak
ada apa yang perlu dibincangkan lagi Mirz... Jangan muncul lagi depan mata aku!
Jangan peduli lagi pasal aku. Hidup mati aku, jangan ambil peduli lagi!” Keras
amaran Afrina.
Mirza
tersentak. Sampai macam tu sekali Afrina bencikan dirinya?
“Afrin...”
Amalina cuba memujuk. Dia kenal adiknya, Afrina bukanlah seorang yang pandai
berfikir secara matang. Apatah lagi apabila perasaan menjerut jiwa. Lagilah
terhuyung-hayang langkahnya.
“Dah
lah kak.... Afrin penat nak cakap banyak kali. Dah tak ada apa-apa untuk
Mirza... Dah tak ada apa-apa.”
Hati
Mirza bagai disiat-siat kasar apabila mendengar bait kata dari Afrina ini. Kali
ini, dia mula merasakan kebodohan diri sendiri kerana terus menerus mengejar
hidup Afrina. Dah terang tang-tang orang tak mahu, kenapa hatinya masih
berdegil untuk mengejar? Sanggup pula tu hendak melukakan perasaan ibu sendiri!
Sekarang, dia sudah dapat melihat bahana dari kedegilannya.
“Mirza...”
Amalina mula serba salah. Pasti Mirza terluka lagi.
Mata
Mirza menyoroti tubuh Afrina yang berlalu naik ke tingkat atas. Pandangan
terasa kosong. Sekosong hatinya ini.
“Tak
apa kak.... Saya tak akan ganggu Afrin lagi.”
Perlahan-lahan
Mirza berpaling keluar dari rumah Afrina. Hatinya telah sebu. Otaknya telah pun
membeku. Jiwanya terlalu tepu untuk memikirkan kesudahan ini. Mungkin benar,
sememangnya jodoh tak pernah ada buat mereka berdua. Mirza menyerah lagi
pasrah!
***
Pagi
itu, Mirza bangun dengan penuh kekusutan. Sungguh, rasa tak berdaya nak
melangkah ke tempat kerja. Semalaman dia tak dapat tidur. Memikirkan semuanya
yang semakin kusut dan membelit.
Tapi
dia tak boleh lemah terbaring. Malulah.. kerja pandai sangat duk menasihatkan
orang! Kena batang hidung sendiri, tak kan nak lari masuk selimut. Hilang terus
wajah hero tu.
Mungkin
ada hikmah dan kebaikan kat mana-mana yang mungkin tak terlihat dek mata kasar!
Sabar jelah.... Dikembangkan hati yang layu, dibesarkan mata yang kuyu!
“Hai...
muka pakar psikitari pun dan macam pesakit tak siuman dan ibu tengok!” Gurau
Puan Maizura sambil menghidangkan minuman buat anak sulungnya itu. Sepatutnya,
kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh isteri Mirza. Dia dah patut pencen dah
dari melayan anak sulungnya ini.
Tanpa
banyak cakap, Mirza mengambil tempat. Walaupun tak ada selera, dia tetap duduk
untuk minum dan menjamu kuih yang tersedia. Bimbang nanti ibu angkat sepanduk
merajuk sebab tak makan masakan dia.
“Hah,
kata nak bawak calon isteri untuk ibu. Mananya?”
Kunyahan
Mirza terhenti apabila menangkap pertanyaan dari ibunya itu. Mungkin dia patut
melepaskan Afrina dan menerima calon jodoh dari ibunya pulak. Siapa tahu nanti
dia boleh bahagia!
“Ibu...”
Panggil Mirza berjeda sedikit. Kuih apam yang baru dimakan separuh itu mula
diletakkan kembali di atas piring. Langung tak ada selera!
“Yalah-yalah...
Ibu tak cakap dah isu jodoh kahwin nih.” Puan Maizura ikut turut menyerah.
Kasihan pula melihat selera anaknya patah disebabkan permintaan hatinya.
Mirza
tergelak sedikit. Nampaknya ibu dah salah faham dengan kelakuannya.
“Ibu...
tak jadilah nak bawak balik calon.”
“Pulak!”
“Ibu...
carilah seorang calon yang agak-agak sesuai dengan Iyyad. Kali ni, Iyyad terima
je semua pilihan ibu.” Mirza tekad. Biarlah dia jadi anak yang baik pula.
Berterus-teruskan memilih Afrina, dia tetap tak bahagia juga.
“Hah?”
Mimpi apa anaknya ini semalam? Tiba-tiba suruh cari calon. Puan Maizura menyapu
dadanya sedikit. Tekejut yang amat!
“Iyyad
tak main-main. Iyyad serius.”
“Betul
nih? Tak ada go stand balik ya...” Duga Puan Maizura sambil tersengih. Rasa
macam bulan jatuh ke riba pulak!
“Ya...
Go stand ke, go back ke, go to the track ke... Iyyad memang serius nih. Tapi
pastikan calon ibu tu lawa, cantik, memikat, pandai masak, sopan santun, dan
perfect!” Sakat Mirza sengaja. Boleh ke jumpa perempuan yang sempurna?
“Amboihh..
demand betul!”
“Yalah...
dah kata nak bagi calon. Kenalah bagi calon-calon yang tip top. Setakah yang
selekeh selenga, dekat wad psikitari pun banyak.” Sempat lagi Mirza melawak.
Hatinya mula lega bila dia cuba melepaskan sesuatu yang bukan miliknya.
Seakan-akan hilang semua beban.
“Hmm...
Kalau Azlin okay tak?” Dia memang dah lama benar berkenan nak buat Azlin
sebagai menantu. Sudahlah cantik, lemah lembut pulak tu lagilah pandai memasak.
Kiranya sesuai sangat kalau nak digandingkan dengan Mirza.
“Hmm...”
Mirza berjeda sedikit. Mampukah dirinya menerima Azlin dan meninggalkan bayang
Afrina? Mampukah Azlin bahagia disamping dirinya?
“Alah...
tak payah fikir-fikir. Kira jadilah ya?”
Mirza
jadi seronok melihat ibunya gembira seperti ini. Sudah agak lama dia terus
menerus membangkitkan rasa marah orang tua itu. Mungkin inilah jalannya...
Jalan yang terbaik untuk dirinya.
“Tapi
sure ke Azlin tu single lagi bu? Entah-entah dah ada yang punya.”
“Itu
jangan risau.. Ibu dah buat sport check. Dia memang single but not available
jeh.. not available sebab, ibu memang dah chop dia untuk Iyyad.” Ujar Puan
Maizura semangat.
“Amboihhh...
sampai macam tu sekali!” Dah lama sangat Mirza tak tengok ibunya sebegini
semangat. Dan rasanya memang dah lama mereka tak berbual sebegini meriah.
Biasanya pasti akan disudahi perbalahan bergenaan topik jodoh, kahwin dan
Afrina.
“Tak
sabarnya ibu nak bermenantu....” Hatinya girang bukan kepalang lagi.
Mirza
tersenyum dalam keterpaksaan. Mungkin dia terpaksa melakukan semua ini. Tapi
sekurang-kurangnya dia dapat tengok ibu tersenyum dan hubungannya bersama ibu
akan kembali pulih tanpa berbalah lagi.
“Apalah
ibu nih... Ibu kan dah ada dua orang menantu.” Adik perempuannya seramai dua
orang itu sudah pun berkahwin. Nak menantu apa lagi?
“Itu
menantu lelaki... Mana sama dengan menantu perempuan. Eh, ibu nak telefon mak
Azlin lah... Ibu nak ajak dia makan malam sama!” Ibu sudah berura-ura hendak
bangun namun tiba-tiba tangannya dihalang oleh Mirza.
“Kenapa
nih?” Puan Maizura sudah mula rasa tak sedap hati. Jangan-jangan Mirza nak
batalkan semuanya? Apatah lagi melihat air muka Mirza yang sedikit tegang.
“Ibu...
Iyyad dah ikut kata ibu. Iyyad nak terima Azlin dalam hidup Iyyad. Tapi boleh
tak kalau Iyyad mintak satu sesuatu dengan ibu?”
Berkerut-kerut
dahi Puan Maizura dibuatnya. “Iyyad nak mintak apa?”
Mirza
mengenggam erat tangan ibunya. Matanya mula membayangkan seraut wajah.
Perempuan yang paling dia cintai. Tapi dia bakal melepaskan wanita itu pergi.
Merelakan pemergian Afrina......
“Iyyad
nak.....” Mirza benar-benar berharap yang ibu akan mengotakan permintaannya
ini.
p/s:: lama kan tak update..compem orang dah lupa.. hoyehhh.. jadi, sila skodeng entry lama.. DSKH ni dah 200 page. tp tak tahu nak kasi ending lagu mana.. haru biru jadinya..hahaha.. maaf atas kelemahan.. hope enjoy reading n do komen k.. lebiu korang setiap hari!!
Ala pending time mcm ni buat org suspen huhuhu. Suka tau buat mcm ni, apalah agaknya yg mirza tu nak.ntah2 dia nk suruh kawenkn gak dia ngan frina.xpun soh ibu dia jgn benci afrina lg ekeke. Tq cik sara kecik yg comel,nk lg ye tp jgn lama sgthehehe
ReplyDeleteaa kn...sedih bab ni....mirza...nape mcm dah ngalah....afrin kn tgh marh...tp dah janji ngn mama dia pula...mcm mne nk gostan ...mcm sad ending je ni..mmg bab kali ni tersentuh betul...sassy....
Deletereleks2... masih jauh lagi perjalanan DSKH ni.. hehe...tp kesian Mirza kan.. dia nak mengalah dah... aiyooo
Deletealah nape jd cam tu dek!cian nye kat mirza...tk kn dh nyerah cam tu je kot!!!cepat sambung ye dek...
ReplyDeleteMirza dah penat bertekak ngan Afrina.. tq kak.. =)
DeleteKesian dekat Mirza.....
ReplyDeleteLepaskan jelah Afrina tu kalau tuan punya diri pun dah tak sudi...Azlin pun ok jugak apa,pilihan ibu lagi baik... #^_^
heh.. inilah pembaca paling pasrah.. kih kih kih.. azlin pun okeyh jugak kan
Deleterase nak bagi pelempang je kat afrin ni, hadoi, tak matang langsung, sanggup sakitkan hati orang yang dah tolong. cili mulut tu kang, eeeiiii geram. dah Mirz, pi ngan azlin je, tak yah nak terkedek2 ngan afrin tu, kepala batu, hehe, geramnye amat cik Sara oi
ReplyDeletesabar kak.. amboihh.,, siap nak bagi pelempang tuhh.. kan.. pi ngan azlin jelah.. masalah besar betul si afrin nih..
DeleteHai Ezza,
ReplyDeleteAgak lama juga DSKH ni takde n3 baru. Thanks to you dear, dpt juga refresh memory kejap.
Kesian ye kat Mirza, tp lebih lepaskan dari terus-menerus menagih kasih yang tak kesampaian. Xpe Mirza sy ada, still available.heheeeee...(just joking- jgn mare ya)
Harap-2 n3 baru nih nanti si Afrina tu menyesal sbb lepaskan Mirza kat org lain. Padan muka dia kan? menyesal tak sudah.. Next n3 bila pula Cik Ezza Syg?
hai has..
Deletemmg tersngat amat lama x update..hehe.. semua orang pakat2 sian kat mirza kan.. ish ish ish.. hmm.. insyaAllah akan update dlm waktu terdekat..heehe
Izzati:akhirnya kak sarah update gak DSKH nie...suspen je bile citer diakhirkan begini..apelah permintaan mirza tu ek?x sabar nak tunggu next entry...hehehe
ReplyDelete