Wednesday 26 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [19]


           Resah hati Afrina kian terubat apabila kakinya melangkah ke kubur Haraz ini. Terasa baru semalam rasanya pemergian suaminya ini. Terasa tak tertanggung rasa rindu yang masih belum bersedia untuk berhenti berkunjung.
            Pertama kali hatinya selapang ini. Tak pernah rasanya dia rasa setenang ini selepas pemergian Haraz. Bacaan yasinnya diriingi dengan tangisan rawan. Air mata masih setia membasahi wajah.
            Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini? Masih terngiang  di telingannya. Ungkapan ustazah yang dia jumpa semalam. Afrina langsung tidak menjangka yang Amalina ingin membawanya berjumpa dengan seorang ustazah.
            “Anak ni dah kena guna-guna. Ada orang ikat hati anak supaya benci pada lelaki yang bernama Mirza...”
            Afrina melopong besar. Tak percaya dengan apa yang dia dengar tika ini. Manakala Amalina kekal tenang. Dia sudah dapat mengagak. Kerana Afrina terlalu membenci Mirza. Malah, bila mendengar nama Mirza sekalipun, Afrina sudah mula hendak marah. Bukankah ini satu petanda? Bukan Amalina hendak percaya sangat pada benda syirik. Tapi tidak dapat tidak, perkara seperti ini kita tak boleh nak tolak. Siapa boleh sangka? Siapa boleh menduga yang benda ini akan terjadi dalam kehidupan kita.
            “Tapi siapa yang buat macam tuh?” Tanya Afrina tak percaya? Benarkah?
            “Maafkan mak cik. Mak cik tak boleh beritahu siapa. Sebab semua ini bakal menimbulkan dendam anak pada orang yang menghantar.” Terlepas sebuah keluhan dari mulut Afrina tika menyambut kata-kata dari ustazah itu.
            “Tapi saya perlu tahu.... Saya nak tahu orang yang nak hancurkan hidup saya tuh!” Desak Afrina tanpa sedar. Amalina mengusap lembut bahu Afrina. Menyarankan agar Afrina terus bersabar. Air mata Afrina menitis. Siapa pula yang terlalu mendengkikan kehidupannya sampai sanggup mengenakan ilmu halus terhadap dirinya.
            “Saya tak percayalah...” Afrina kembali menidakkan apa yang dia dengar. Kepalanya digeleng berulang kali.
            “Terpulang kepada anak sama ada nak percaya atau tak.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan saya sendiri...” Ini bukanlah kali pertama Ustazah Ramlah menerima fed back seperti ini. Dia faham apa yang terbenam di lubuk hati jiwa wanita di hadpaannya ini.
            “Saya bekalkan tiga biji limau nipis nih. Nanti masa mandi nanti, sental pada sekeliling badan. Buat selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah anak akan sembuh. Masa sental nanti, selawat dalam hati banyak-banyak. Niat untuk buang kotoran di badan anak... Dah terlalu lama benda tu menumpang dalam badan anak.. Dah tiba masa untuk anak buang benda alah tuh...” Afrina mendengar tanpa perasaan.
Malah sedikit pun Afrina tidak menyambut huluran plastik yang mengandungi limau nipis itu. Lantas Amalina mengambil tanpa banyak cakap. Malas untuk memaksa-maksa adiknya.
            Amalina tahu, bukan niat adiknya hendak menyombong. Mungkin masih terkesan dek rasa terkejut yang menggunung.
            “Banyakkan istigfar...Solat jangan tinggal. Baca Al-quran pun jangan lupa. Mungkin sebab benda halus ni yang banyak buat anak keras hati. Buat anak benci pada orang yang anak sayang...Tapi insyaAllah, semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala.”
            Menitis air mata Afrina. Benarkah dia telah diguna-gunakan untuk membenci Mirza? Tapi siapa orangnnya? Apa motifnya?
            “Terima kasih ustazah... Saya tak tahu nak balas jasa ustazah macam mana lagi.” Akhirnya terluah jua ungkapan keramat itu. Mungkin dia kena terima qadaq dan qadar yang telah ditentukan kepadanya. Jadi rupanya sebab ini dia tidak dapat menerima Mirza dalam kehidupannya. Mirza yang teruk menanggung akibat dari semua ini. Jadi agaknya kerana itu dia mula terpaut pada Haraz. Jika semua ini tidak berlaku, pasti dia sedang berbahagia bersama Mirza!
‘Ya Allah.... Dugaan apa yang Kau hulurkan kepadaku ini?’
“Kita hanya berikhtiar.. Dia yang mencampakkan rasa sakit, tapi Dia juga yang menyembuhkan segala penyakit. Jangan bersedih nak.. Semua ini datang dari Allah... Yang baik atau buruk.. semuanya dariNya. Tapi percayalah, setiap yang diatur Allah itu indah. Mungkin kelabu pada pandangan manusia, tapi penuh warna dan warni yang terselindung di bawah rahmatnya. Jangan berdendam dengan manusia... Berlapang dadalah menerima semua ini.” Tambah Ustazah Rahmah lagi.
“Minum air ni nak... Buat penerang hati tu.. Selawat dulu tiga kali.” Cawan yang berisi air minuman itu mula diteguk perlahan selepas beritigfar dan berselawat. Air mata yang berjuraian, dia sapu dengan belakang tangan.
Balik sahaja ke rumah, kakaknya terus mengerah dia untuk mandi. Untuk membersihkan segala kekotoran. Ketika hendak tidur, dia mula rasa tak sedap badan. Serba tak kena dibuatnya! Baring salah! Duduk salah! Berdiri apatah lagi. Seluruh badannya sakit-sakit.
Amalina dah mula risau, tak pernah dia tengok keadaan adiknya sebegitu rupa. Dia sudah berkira untuk membawa Afrina ke klinik. Namun tiba-tiba Afrina muntah. Tak lah terus sangat muntah Afrina itu. Tapi dia tetap rasa kasihan!
Usai muntah, Afrina kembali berbaring. Sungguh rasa tak larat! Namun yang peliknya, dia rasa teramat lega! Tuhunya terasa ringan! Hatinya terasa lapang. Jiwanya terasa lega! Mungkin benda halus itu keluar melalui muntahnya tadi. Air matanya menitis lagi. Memanjatkan rasa syukur pada Ilahi walaupun otaknya masih berbolak balik sendiri. Masih belum percaya yang semua ini terjadi dalam hidupnya.
“Afrin....” Panggilan itu mengejutkan lamunan milik Afrin. Lantas Afrina berpaling melihat Amalina.
“Jangan dikenang apa yang berlaku tuh...”
“Sampai hati orang tu buat Afrin macam ni?” Entahlah pada siapa hendak dicampakkan kesalahan ini kerana otaknya sendiri beku dari menuduh sesiapa. Malah dia tidak mahu terus-menerus melakukan kesalahan jika tersalah tuduh nanti! Tapi dia manusia biasa yang punya rasa marah. Dia bukannya malaikat!
“Afrin... cuba fikir! Kalau orang tu tak buat macam ni, Afrin tentu tak kahwin dengan Haraz kan? Afrin sendiri bahagia bersuamikan Haraz kan? Tengok, sebelum Allah bagi cobaan, dia dah terlebih dahulu memberikan Afrin kasih sayang. Jadi, apa yang Afrin nak pertikaikan sekarang? Jangan merungut dengan apa yang berlaku atas kita... Berbahagialah kerana menjadi insan yang diuji sayang..” Pujukan Amalina penuh nada ketegasan.
Dia tidak tahulah apa yang Afrina makan hingga membuatkan Afrina lemah dihimpit keadaan. Mungkin sedari dahulu, Afrina sering dimanjakan. Kerana itu daya imum badannya tidak terlalu kuat. Salah keluarga mereka juga dahulu. Terlalu memanjakan Afrina lantaran Afrina ialah anak bongsu!
Afrina mula tersedar dan beristigfar berulang kali. Dia tak boleh terus lemah. Sekarang waktu yang paling sesuai untuk dia pulihkan kembali semangatnya yang pincang.
Mungkin benar ada hikmah disebalik percaturan Allah ini. Berkenalan dengan Mirza, malah sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Mirza. Tiba-tiba dia jadi tawar hati pada Mirza dan mula terpaut pada Haraz. Sanggup pula meredah kemarahan si emak dan kebencian Puan Maizura. Malah bila disatukan bersama Haraz, dia juga bukan dikategorikan sebagai menantu pilihan namun dia tetap bahagia bersama Haraz sehinggalah Allah mengambil Haraz semula dari pangkuan dirinya. Dan waktu mempertemukan dirinya semula bersama Mirza. Sesuatu yang berlaku itu walaupun memedihkan adalah dari izinNya. Dari izin Allah!
“Sudahlah... mari balik dik. Nanti-nanti kita datang lagi.” Perlahan-lahan meraka bangun dan menuju ke kereta. Usai beberapa langkah meninggalkan kawasan perkuburan, Afrina berpaling seketika ke belakang. Memandang kubur Haraz!
‘Sampai bila-bila pun... Ain tetap sayang abang...’ Desis hati Afrina.
“Afrin banyak buat salah pada Mirz...” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Afrina usai mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Afrina melemparkan padangan ke hadapan. Terlalu banyak kesalahannya pada Mirza!
“Bukan salah Afrin.. Semua ni berada di luar kawalan Afrin.” Pujuk Amalina.
“Mampu ke Mirz maafkan Afrin?” Tanya Afrina sebak! Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri.
“Mirz tak pernah benci Afrin.. Dia sentiasa ada pada Afrin... Percayalah, dia akan terima Afrin semula.”
Afrina diam. Dia tidak harap untuk diterima. Cukuplah jika diberikan ruang kemaaffan di atas segala keterlanjuran kata-katanya. Mirza dah cukup banyak terluka dengan kata-katanya.
***
            Mirza menjeling jam yang melekat di pergelangan tangannya. Jarum  pendek sudah menunjukkan jam satu tengah hari. Terkejut apabila mendapat panggila telefon dari Hajah Khadijah sebentar tadi. Kata mahu berjumpa!
            Argghh... Semuanya kelihatan serabut dan kusut! Cerita ini makin jadi berbelit.  Siap sangka, ibu Azlin itu adalah ibu mertua Afrina. Kecil betul dunia ni. Baru nak mengelak dari dunia Afrina, termasuk pulak dalam gawang yang berkaitan dengan Afrina.
            Dia ingat lagi bertapa tergamamnya Hajah Khadijah sewaktu melihat wajahnya. Mahu tak terkejut! Sebab muka nilah yang tak tahu malu mengaku cintakan Afrina. Malah muka inilah yang berani mati mengajak Afrina kahwin. Jadi sekarang, pasti Hajah Khadijah pelik jika tiba-tiba melihat dia sebagai calon suami anak perempuannya!
            Mujur sahaja semalam Hajah Khadijah buat bodoh sahaja. Buat-buat dia bocorkan rahsia besar Mirza itu, tak ke naya! Confirm mati dikejakan dek ibunya nanti. Orang tua tu dah lah pantang dengar nama Afrina! Alergik habis.
            Baru hari ini dia merasa yang jawatan sebagai Pakar Psikitari benar-benar menggugat jiwanya. Ialah, sekarang mula rasa gabra habis! Celaru ikan cencaru betul!
            “Assalamualaikum...” Sapa satu suara. Mirza angkat muka. Dah tahu sangat gerangannya.
            “Waalaikumusalam. Duduklah mak cik!”
            “Mak cik nak makan apa?” Tanya Mirza ramah. Menu makanan mula diserahkan kepadanya.
            “Mak cik tak lapar.” Dia bukan saja-saja nak ajak Mirza keluar waktu ini. Bukan main terkejut lagi semalam bila melihat wajah Mirza yang sering diceritakan oleh sahabatnya. Kecik betul dunia. Tak sangka yang Mirza anak Maizura.
            “Minum?” Tanya Mirza tak putus harap. Dia harap Hajah Khadijah ada minuman. Ialah, kot-kot angin dengan jawapannya nanti, boleh juga meredakan kemarahan melalui minuman yang terhidang.
            “Jus oren!”
            Mirza mula mengorder minuman melalui pelayan restoren. Walaupun Mirza lapar habis, tapi dia tak terasa nak order makanan apabila melihat jelingan Hajah Khadijah ini. Mahu mati tercekik kejap lagi kalau makan depan Hajah Khadijah! Seketika mereka saling terdiam.
            “Apa motif kamu sebenarnya?”
            “Motif apa mak cik?” Tanya Mirza tak faham.
            “Apa motif kamu untuk terima Azlin? Dan apa motif kamu untuk permainkan Afrina?” Sengaja Hajah Khadijah mengeraskan suaranya. Dia boleh nampak betapa bersungguhnya Mirza menyatakan perasaannya tempoh hari. Ini tup-tup bersetuju dengan pilihan orang tuanya pula. Pasti ada yang tak kena! Ialah, Mirza ini tergolong dalam kategori lelaki yang kacak. Ada kerjaya pulak tu. Mana tahu kalau Mirza hendak mempermainkan anak dan menantunya itu!
            “Afrin tak terima saya mak cik...” Luah Mirza jujur. Matanya mula menerawang ke luar. Melemparkan rasa kecewanya jauh-jauh. Kebetulan memang dia sengaja memilih tempat di luar. Berangin sedikit! Tapi angin ini tak mampu menyejukkan hatinya yang rawan.
            Bila ditolak dahulu, dia sedar yang dia kalah dengan Haraz. Tapi kini dia masih belum mampu bersaing walaupun hanya dengan bayang Haraz! Bayangkan, perasaan seorang lelaki yang ditolak oleh orang yang sama di waktu yang berbeza? Kalau dahulu dia kecewa, sekarang dia rasa double kecewa!
            Wajah Hajah Khadijah mengerut. ‘Afrina tak terima Mirza? Kenapa pulak? Tak cukup handsome ke atau tak cukup kaya?’ Fikir Hajah Khadijah penuh prejudis! Tak tahulah kenapa dari dahulu dia memang kurang berkenan dengan pilihan Haraz itu. Tapi sebab Haraz satu-satunya anak lelakinya, maka diturutkan juga kata pilihan Haraz.
            “Sebab saya tak mampu nak gantikan tempat Haraz mak cik...”
            Jawapan Mirza itu membuatkan Hajah Khadijah terdiam. ‘Tak kan sampai macam tu sayang Afrina pada Haraz?’ Sejak Haraz meningal, dia memang kurang ambik tahu pasal Afrina. Itu pun hanya sekali sekali menjenguk lantaran hubungan mereka tak berapa ngam! Apabila dia mendapat tahu cerita yang mengatakan Afrina mempunyai sakit mental, dia bertekad untuk mengambil Hadziq dari Afrina. Tapi Afrina lebih bijak, dia pergi ke pusat rawatan mental. Langsung membuat pemeriksaan kesihatan!
            “Tak kanlah...” Protes Hajah Khadijah.
            Mirza mengeluh. Mungkin ada hikmah semua ini. Siapa tahu yang dia boleh menjernihkan hubungan yang sedia retak ini.
            “Mak cik... Sedari dulu lagi... Afrin tak pernah berpaling dari Haraz. Dia sanggup tentang keluarga dia untuk bersama dengan Haraz! Kenapa mak cik benci dia sangat?” Tanya Mirza tak faham.
            “Mak cik tak cakap mak cik benci dia!”
            “Kalau bukan benci apa mak cik?” Tekan Mirza lagi. Kenapa dia dikelilingi dengan wanita yang sukar difahami. Ibu dengan kebenciannya pada Afrin. Afrina dengan kedegilannya dan kini berhadapan pula dengan mak cik Khadijah yang bermacam ragam! Berdepan dengan orang gila pun tak sepening ini! Mirza dah mula rasa sakit otak!
            Hajah Khadijah terdiam. Dia tak pernah pun benci Afrina! Dia pun sayangkan menantu dan cucunya itu. Tapi dia sakit hati! Haraz yang dahulunya sentiasa bersamanya, mula melupakan dirinya. Asyik-asyik Afrina yang menjadi keutamaan Haraz. Memanglah Haraz tak pernah langsung abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, tapi hati tuanya terasa. Mungkin dia tak biasa bila Haraz ada perempuan lain. Dah nama pun perempuan, kalau dengan menantu pun, tetap rasa nak cemburu!
            “Mak cik.. apa pun sebabnya, saya harap agar semuanya berhenti di sini. Sampai bila mak cik nak benci menantu mak cik sendiri. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk pulihkan keadaan. Jernihkan semua yang keruh. Afrina tak ada siapa-siapa mak cik... Dia harap untuk menumpang teduh dan menumpang manja bersama mak cik. Mak cik tak kesiankan dia ke? Dia pun sama-sama kehilangan Haraz mak cik. Tak boleh ke mak cik lupakan semuanya... Mengalah bukan tanda kalah mak cik. Itu pun bukan tanda Afrina menang. Tapi sekurang-kurangnnya dapat buat arwah tenang kat sana. Tenang bila dua orang wanita kesayangannya bersatu.”
            Kata-kata Mirza terhenti apabila pelayan mula menghantar pesanan. Hajah Khadijah terdiam. Memang banyak benarnya dalam kata-kata Mirza itu.
            “Kamu betul-betul sayangkan Afrin?” Soalan Hajah Khadijah itu membuatkan Mirza sedikit melopong. Jawapan yang sebagaimana yang perlu di bentangkan? Berlaku jujur mungkin akan menyebabkan keadaan makin buruk. Apatah lagi dia sudah berjanji dengan ibu untuk menerima Azlin. Namun untuk menipu, ia tak akan membawa apa-apa kebaikan.
            “Mak cik... saya dah memutuskan untuk memilih Azlin sebagai isteri.” Mirza dah tekad! Tak akan ada perkara yang mampu membuatkan dia berpaling lagi.
            “Tapi kamu tak cintakan anak mak cik?” Duga Hajah Khadijah.
            “Cinta boleh dipupuk...” Ya... ayat itu selebihnya untuk memujuk hati sendiri. Nanti pandai-pandailah hati berubah bila dah disulamkan dengan tanggungjawab. Lagipun, dah tak berdaya lagi untuk dipertahankan cinta ini bila Afrina terus-menerus menolak.
            “Kalau kamu tak berjaya, kamu pasti akan patahkan hati anak mak cik.” Duga Hajah Khadijah lagi. Dia nampak kesungguhan Mirza. Namun mampukah Mirza pejam mata sahaja apabila berhadapan dengan Afrina. Lagi-lagi mereka akan menjadi satu keluarga. Pergi mana, tang tu jugak jumpanya!
            “Mak cik kena yakin dengan saya...” Suara dan pandangannya serius. Dia betul-betul dah bertekad nak jadikan Azlin isterinya. Orang di sekelilingnya juga harus mempercayainya. Dia tak mahu orang prejudis dengan dirinya.
            “Kamu pulak, yakin ke dengan diri kamu? Kalau Afrina datang sendiri pada kamu, kamu sanggup nak tolak dia? Buat-buat dia ubah keputusan dia dan nak bersama kamu, kamu sanggup teruskan hubungan kamu dengan Azlin atau kamu nak memilih Afrina?”
            Mirza terdiam. Ada kemungkinan ke Afrina yang keras kepala itu akan berpaling pada dia? Tak mungkinlah kan... Jadi jawapannya....

p/s: tak sabar nak habiskan.. wohohoh.. rasanya mungkin sampai 30 bab kot.. sila sayang saya banyak2.. saya dah rajin tulis nih.. kih kih kih

14 comments:

  1. oh my...! sapa plak yg guna2kan afrina ni...takkan mak mirza kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh.. x kan mak mirza kejam sangat? sila pk jawapan lain.. haha

      Delete
  2. cepat smbung hehee best n____________n

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis guna kapal terbang dah nih.. bukan kapal api.. hahaha..

      Delete
  3. nk lg..lg dan lagi..cpt2 sambg k..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. klu cik writer sxsasau nk abiskan, post en3 bru laju2 eh. xsabau nk bce keke

    ReplyDelete
  6. PendekkkkkkKkkkkkkkkkkkkkkkk....... x puas bc br tarik nafas 3 kali dh hbs hhuhuhu. Mak cik,jgnla suruh azlin kawen ngn mirza.bg la afrina cian dia..... sapalah agaknya yg bomohkan si afrina spi mcm tu skali,ntah2 ustazah tu sj ckp sbb nk bg afrina x bencikn si mirza lg kot hihihi.sila la sbg lg cik penulis.x puas bc

    ReplyDelete
    Replies
    1. pitam bila akak ckp pendek? dah 12 page nih yooo.. aiyooo.. amboihh... kemain ckp ustazah memandai.. x kan lah ustazah nak menipu...

      Delete
  7. Siapa pulak yang guna-gunakan Afrina nie???? o_O

    ReplyDelete
  8. ermm...x kanla mirza nak mengubati luka kat hati dgn nekad kahwin dgn azlin kot..aishh,x ptut x ptut..

    ReplyDelete
  9. ohh begini citewnye...baru sempat nk bace^^....nice....
    kali nie x de penyakit pelik2 tp sihir...x smpai hati nk ade kn watak baru ...bg lah happy2 k....caiyouk2 akak

    ReplyDelete
  10. kes cemburu la ni, memang ada jugak ye mertua yang rasa cemburu ngan menanrtu dia, hehe,. dan siapa pulak yang gune2 kan Afrin ni, teruknye benda tu sampai bertahun singgah dalam diri Afrin, jahat betul orang tu

    ReplyDelete