Wednesday 27 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [7]


Deringan telefon rumah itu membantutkan langkah kaki Amna yang ingin berlalu ke bilik. Sempat pula anak mata menjengah pada jam yang tergantung di dinding. Sudah hampir mencapai jam dua belas malam. Siapa pulak yang rajin nak telefon malam-malam ini?
            “Assalamualaikum...” Amna menghulurkan salam sebagai sapaan.
            “Minah mana?”
Amna mula menjarakkan gangang telefon. ‘Salam tak jawab, terus nak terpekik macam tarzan?’ Sudah dapat menjangka gerangan si pemanggil yang menelefon rumah kak longnya ini.
            “Dia dah tidur.” Jawab Amna mudah.
Kepalanya digeleng perlahan. Tak faham dengan perangai manusia ini. Kalau tak buat kacau waktu pagi, dia kacau waktu petang. Tapi kalau dah kacau waktu malam macam ni, nampaknya dah terdesak sangatlah!
            “Kau jangan nak menipu aku. Aku tahu yang dia tak tidur lagi.” Tempelak Puan Rozita kasar. Bercakap dengan adik Aminah ini, pasti akan menyakitkan hati tuanya. Tak padan dengan muda, tak reti langsung hormat orang!
            “Mak cik tak faham bahasa melayu ke? Kan saya dah cakap tadi dia dah tidur, maknanya dia dah tidurlah. Kalau saya cakap bahasa tamil karang, mak cik jugak yang ternganga. Lagipun, buat apa saya nak tipu pulak?” Nada suara Amna sudah naik satu oktaf. Rasa amarah sedaya dikawal namun kesabaran manusia ni terhad. Jangan terlebih duga. Nanti kena juga...
            “Amboi... Kurang ajar betul! Kau melawan ya.. apa mak bapak kau nak reti ke nak ajar kau ke?” Tengking Puan Rozita kuat. Marahnya makin menjadi-jadi apabila melayan Amna. Muka sahaja cantik tapi mulut macam longkang! Jauh benar dari perangai Aminah.
            “Mak saya kata, hormat pada orang tua yang terhormat je.... Kalau agak-agak otang tua tu kurang ajar, kenalah ajar sikit mak cik...” Lawan Amna balik.
            ‘Kalau dengan kak long, bolehlah buat perangai macam ni. Kalau dengan aku, jangan harap! Seinci pun aku tak akan bagi ruang pada kau untuk memijak maruah aku dan keluarga aku.’
            “Kalau aku jumpa kau nanti, siap aku gayang sampai lumat. Kau dengan kakak kau sama je. Hidup menyusahkan orang!”
            “Ish ish ish.. Kesian mak cik. Kami menyusahkan orang ke atau orang macam mak cik yang menyusahkan kami? Mak cik... bawak-bawaklah mengucap! Kubur dah memanggil-manggil tu. Rumah dah menghalau-halau. Ingat sikit dosa pahala mak cik....”
Sengaja Amna mencurahkan minyak di dalam api yang marak menyala. Biar terus membara sampai meletup! Mulut Puan Rozita ini memang berapi! Sampai telinga yang dengar ini boleh berasap jadinya. Tapi jangan harap Amna akan tinggal diam!
“Adik, cakap dengan siapa tu? Garang semacam je...”
Dari dalam bilik lagi Aminah sudah dapat menangkap nada suara Amna yang keras dan kasar itu. Bercakap telefon dengan siapalah gamaknya itu. Dengan Redza ke? Tapi kenapa mengunakan telefon rumah?
Amna memandang kakaknya sekilas. Tanpa memberikan jawapan, terus Amna menyambung kata pada si pemanggil.
“Dah lah, dah malam.. Allah cipta malam ni untuk berehat. Mak cik pun, sila-silalah berehat. Tak payah susah-susah fikirkan kak long. Dia boleh fikir sendiri..”
Pap!
Gangang diletak dengan kasar. Pasti kemarahan Puan Rozita bertambah sepuluh kilo bila terpaksa mengadap sikapnya. Lantaklah apa nak jadi pun, asalkan dia puas!
Aminah tercengang sendiri. Adiknya itu bukan sejenis perempuan yang suka berkasar. Nak dengar Amna jerit-jerit pun susah. Inikan pula hendak mengamuk. Mungkin ada yang telah mencuit kesabarannya.
“Dasar orang tua tak sedar diri. Rumah dah halau pergi, kubur dah menjerit mari, masih lagi tak sedar diri.” Bebel Amna sambil menghempaskan badan di atas sofa. Aminah mula mengecam punca kemarahan si adik. Perlahan-lahan dibawa kaki menghampiri Amna.
“Kenapa ni? Mak cik Ita telefon eh?”  
“Bila dia nak mati eh? Menyusahkan orang ajeh!” Tanya Amna kasar. Dia tahu dia tak patut tanya soalan berkenaan dengan ajal dan maut. Namun kemarahan dan rasa sakit hati itu tidak mampu ditolak ke tepi. Emak mertua kak longnya itu memang melampau!
“Ish, tak baik cakap macam tu. Apa-apa pun, dia tetap mak mertua akak. Ibu suami akak. Kalau abang long kamu sayangkan dia, kak long pun perlu untuk sayangkan dia.. Tak kan kak long nak benci wanita yang dah lahirkan seseorang yang kak long cinta...” Keluh seorang menantu. Hubungannya dengan mertua retak kerana sebuah rumah peninggalan arwah suaminya ini.
Kalau mengikut sistem faraid, pembahagian harta pusaka telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti yang terdapat pada surah An-Nisa ayat 11 hingga 12. Dengan ketetapan ini setiap muslim  terikat dan tidak  boleh sewenang-wenangnya menyerahkan harta pusaka mereka kepada bukan yang hak. Sedangkan bukan muslim tidak terikat dengan faraid maka mereka bebas memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka mahu.
Pernah diceritakan di Amerika ada seseorang yang membuat wasiat untuk menyerahkan segala hartanya selepas mati kepada seekor anjing. Setelah kematiannya ,mahkamah menerima pakai wasiat tersebut dan semua harta simati adalah hak milik anjing. Bagaimanalah nasib waris simati tersebut?
Wasiat pula ialah pesanan yang disampaikan ketika hidupnya bagaimana harta pusakanya diagihkan. Apapun wasiat dalam Islam wajib mengikut hukum syarak juga tidak boleh bercanggah dengan hukum faraid. Wasiat yang dibenarkan dalam islam ialah hanya maksimum satu per tiga harta pusaka kita yang boleh diberikan kepada mereka yang bukan waris dan mesti mengikut hukum syarak. Jadi apakah kepentingan wasiat? Wasiat adalah sebahagian kecil perkara dalam kandungan dokumen wasiat.
Sudah terang di dalam wasiat yang menyatakan rumah ini diberikan kepada Aminah. Malah dari sistem faraid menunjukkan bahawa dia berhak ke atas rumah ini. Tapi Puan Rozita tidak berpuas hati dengan keputusannya ini dan cuba menuntut harta yang satu ini.
Amna mendengus!
“Kak, orang yang tak ada kasih sayang, tak berhak disayangi kak... Kalau betul dia sayang akak, dia tak akan tuntut hak rumah ni. Ini rumah akak, dia dah dapat bahagian dia, kenapa nak sibuk-sibuk pulak!”
Aminah hanya terdiam. Tiada modal untuk berbalas bicara. Kalau Amna kecewa, dia lagilah kecewa. Bagaimana Puan Rozita begitu tegar meminta rumah peninggalan suaminya ini. Tidak kasihankah pada anak-anaknya yang masih kecil itu? Mereka juga adalah darah dagingnya.
“Sabar jelah... Allah lebih tahu takdir untuk hambanya.” Tutur Aminah lembut.
“Sabar pun ada limit kak? Kalau hari ni dia telefon marah-marah. Adik tak pelik kalau esok lusa dia datang menyerang pulak. Serang pakai asid sebab sakit hati sangat...” Andai Amna Safiya kegeraman. Dia bukan hendak menuduh, tapi kalau orang dah dengki pada kita, macam-macam yang dia boleh lakukan.
‘Memang dia dah datang serang pun...’ Namun ayat itu tergantung di dalam hati. Tidak mahu Amna risau secara berlebihan.
Takut juga kalau Amna tahu nanti, gadis itu pula yang buat serangan balik. Bukan boleh kira. Nanti lagilah haru jadinya. Biarlah.. lambat laun, hati mertuanya yang keras itu akan lembut juga.
“Tak pun, susah-susah kita bagi jelah apa yang dia mintak. Kita cari je rumah lain.” Mungkin tidak begitu sukar untuk dirinya mencari rumah yang lain. Tapi dia sayangkan rumah kecil ini. Rumah ini menyimpan terlalu banyak kenangan bersama arwah Daud.
“No...! Ini rumah kak long. Kak long kena pertahankan.”
“Tapi adil ke untuk akak pertahankan kalau kami bermasam muka, bergaduh sesama sendiri?” Tanya Aminah sedikit sebak.
“Kak long, dalam hukum Islam, keadilan bukan seperti ‘satu sama dengan satu’ tetapi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Mak mertua akak tu kena berbalik pada sumber hukum, hadis dan ijtimak ulama.... Kak long kena pertahankan hak kak long.. hak Dania dan Darwish..”
Aminah mengeluh perlahan. Kata-kata adiknya itu memang nyata benar. Tapi entahlah... Dia tak larat untuk berhadapan dengan cemuhan mertuanya lagi.
***
            Laju kaki Amna keluar dari pintu lif. Hasrat di hati kendak tapau makanan sahaja. Kebetulan Awsam jumpa client dan Imah pula berpuasa. Nak ajak Najmah, minah tu ada hal pulak. Jadi terpaksalah makan seorang diri.
            “Amna....”
Panggilan itu membuatkan langkah Amna terhenti. Lambat-lambat Amna mengalihkan pandang ke belakang. Kelihatan seorang wanita yang berumur lingkungan awal lima puluhan berdiri di hadapannya. Wanita itu kelihatan anggun dengan menggunakan baju kurung pahang yang dihiasi dengan manik yang bersulam cantik.  
            “Ya puan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya Amna formal.
            Lama mata Hajah Zubaidah menjamah wajah Amna yang cantik itu. Rasanya sewaktu tengok gambar, tak adalah secantik ini. Nampak sesuai benar dengan anaknya. Malah perwatakan gadis itu sopan sahaja. “Tak payahlah begitu formal dengan mama...”
            Dahi Amna mengerut. ‘Erk, sejak bila bapak kahwin lain ni?’ Fikir Amna songsang. Namun mulutnya mula terlopong. ‘Entah-entah ni mak Ahfan? Oh mak mertuaku...’
            Tapi dia tidak mahu mengandaikan yang tidak-tidak. “Saya tak faham...”
 Kali ini giliran Hajah Zubaidah pula yang terkejut dengan respon dari Amna itu. “Redza tak pernah tunjuk gambar mama pada kamu ke?”
Bilamana peluput telinganya menangkap sebaris nama itu, terus rahangnya terjatuh! Nafas tersekat di kerongkong! Lemas dalam udara yang menyebukan. ‘Bala apa lagi yang Encik Squirdward kirim nih... Tak elok-elok lagi ke fius wayar dia yang terputus tuh?’
“Erkkk...”
            “Mama...”
 Panggilan itu membuatkan kedua-duanya serentak berpaling. Hajah Zubaidah dengan senyuman manisnya manakala Amna dengan muka yang kelat! Redza menghampiri keduanya sambil menanggalkan kacamata hitamnya. Sengaja hendak membuat mata Amna silau memandang wajahnya!
Dari air muka Amna sahaja, dia sudah mengagak yang dia bakal kena berdentum-dentum kata-kata bernada petir dari Amna. 
‘Maaf Amna... Saya terpaksa ambil satu step untuk curi jiwa dan ketenangan awak!’
“Kenapa mama tak tunggu Redza... Redza pergi cari parking je tadi.” Terkesan di cuping telinga Amna dengan suara lembut itu. Tiada sinis seperti selalu... Tiada sesuatu yang meluatkan. Bicara itu kedengaran menyenangkan.
            “Redza lambat sangat jadi mama pergilah dulu. Tak sabar sangat nak jumpa dengan bakal menantu mama.”
Kata-kata mama Redza itu membuatkan rahang Amna terjatuh lagi! Baru sahaja caj positf nak masuk, terus kena sepak pergi dengan caj negatif! Apa pulak plan dua beranak ni?
            “Tak larinya menantu mama ni.” Sempat mata Redza rajin mengerling ke arah Amna. Tanpa dicerita pun, semua pasti akan sedia maklum dengan respon Amna. Dia dapat rasa yang Amna sedang merangka strategi untuk membalas kata.
            “Dear... perkenalkan my mom... Wanita yang menduduki carta teratas dalam hati saya...” Redza bangga memperkenalkan mamanya kepada Amna.
Apa motif Redza buat semua ini? Amna masih belum dapat mengesan isi tersurat perlakuan Redza ini. Sungguh cakap, bawak jumpa mak lebih teruk daripada jumpa anakonda!
            Dengan teragak-agak, dihulurkan salam pada mama Redza itu. Walaupun rasa benci amat bermaharajalela pula dengan rasa meluat yang tahap dewa pada Redza, seorang ibu itu tetap harus dihormati walaupun melahirkan ‘malaun’ seperti Redza.
            “Amna.... Amna Safiya...” Disebut namanya dengan suara yang agak tersekat!
            Oksigen! Amna perlukan Oksigen!
            “Mama dah tahu.. Nama yang cantik macam tuan punya nama. Malah lebih cantik dari yang mama bayangkan...”
            Amna tersenyum sedikit. Masih dengan muka terpinga-pinga.
            “Dah waktu lunch kan Amna, jom kita pergi makan sama...” Ajak Mama Redza.
Otak Amna cepat-cepat menjana mencari alasan. Tak betah rasanya untuk makan bersama Redza. Apatah lagi mama Redza. Memang ranaplah seleranya. Sudahlah dia memang sedia lapar tahap gaban.
            “Sebenarnya...” Belum sempat Amna mengirimkan jawapan, Redza sudah memintas kata.
            “Jom Dear... Kita makan dekat restoran kesukaan mama ya...” Tanpa rasa bersalah, terus ditarik lengan Amna mengikuti langkahnya.
Berderau darah Amna dengan sikap selamba Redza kali ini. Sudahlah panggilannya menjijikan, lepas tu siap main-main pegang lagi! Walaupun berlapik, tetap tak diluluskan oleh syarak!
            “Eh, pendidikan agama awak tahap sekolah rendah je ke? Suka hati pegang saya.. Lagipun siapa yang nak jadi isteri awak hah? Jangan awak ingat taktik awak akan berjaya Redza... ” Bibirnya dikawal sehabis mungkin. Mujurlah si mama sudah menonong ke depan lalu masuk ke dalam kereta.
            “Dear...”
            “Don’t you ever  dare call me dear... I hate to hear that! Sound so stupid!”
            “Mestilah panggil dear... Awak kan tunang saya!”
            “Tunang kepala hotak awak!” Hah, kan dah kena sedas!
            “Masuk!” Hilang sudah suara lembut keluar pulak suara disaster. Kemarahan Amna langsung tidak diambil peduli. Sebenarnya nak ketawa bila kena maki dengan Amna tadi!
Amna merengus tak puas hati. Mamat ni memang hati bebal ke? Kena maki pun tak jadi daki!
            “Tak mahu!”
            “Baik awak masuk sebelum saya cium awak dekat sini....” Wajah Redza sudah mula mendekat di wajahnya. Menunjukkan tekad sedangkan dia belum cukup gila nak sentuh anak dara orang!
            Amna melarikan wajah. “Ya..ya... nak masuklah ni.”
Sekali lagi dia terpaksa mengalah dengan mamat disaster nih! Dia pasti akan berterus terang nanti dengan mama Redza sekejap lagi.
            Perjalanan mereka hanya ditemani dengan sapaan suara dari corong radio. Amna sedikit pun tidak punya mood untuk menyampuk perbualan Redza dengan mamanya. Biar mama Redza fikir yang dirinya seorang yang sombong! Bila dia tidak menepati piawaian sebagai seorang menantu, senang sedikit kerjanya untuk melarikan diri daripada Redza.
            Pemanduan Redza terhenti di Restoren Palm Tree. Amna keluar dengan kasar. Tanda protes sebab tak suka.
“Amna tu okay ke tak?” Tanya Hajah Zubaidah kurang pasti. Dapat dikecam air muka yang menahan marah dan geram.
Redza tersenyum sikit. “Dia marah sebab Redza tak beritahu pasal mama nak datang... Lepas tu dia takut sebab hal tunang mama dah tahu. Dia tak tahu yang mama adalah ibu paling sporting dalam dunia!”
Hajah Zubaidah tersenyum sahaja. Tahu sangat dengan perangai Redza yang suka menyakat itu. Bila kaki mereka mula melangkah ke restoren, Redza dengan penuh prihatinya mula menarik kerusi untuk Amna duduk.
“My pleasure dear...”
            ‘Konon romantik... Romantik tahi kucing!’ Cemuh Amna dalam hati.
            Sambil membelek menu, Hajah Zuraidah mula mengajukan pertanyaan.
            “Dah lama ke kenal dengan Redza?” Dia mahu mengenali gadis yang berjaya mencuri hati Redza ini. Dan untuk permerhatian pertama, gadis ini lulus di pandangan matanya. Sekurang-kurangnya tak lah macam Dayang yang berpakaian tak cukup kain itu.
            “Erk... tak adalah.. lama sangat....”
Serius, tak tahu nak jawab apa. Fikiran Amna dah dah mula start enjin. Selepas ini dia akan membocorkan rahsia ini.
Sengaja Redza membiarkan Amna terkapai sendiri. Redza suka melihat karakter Amna Safiya tika ini. Serius mengelabah! Sikap tak sabarnya, sikap menggelebahnya, sikap senang nak marah itu membuatkan Redza teruja untuk menggeledah perangai Amna yang sebenar.
            “Pandai Redza rahsiakan dari mama ya. Bertunang pun nak buat sendiri-sendiri je. Sekurang-kurangnya beritahulah mama.”
Amna dah agak sangat! Mulut mamat ni memang puaka betul. Tak kan semua benda nak cerita dekat mak? Tak boleh jadi ni! Dia kena buat sesuatu!
            “Err... sebenarnya..”
            “Sebenarnya kita orang tak mahulah kecoh-kecoh. Lagipun Amna ni takut kalau-kalau mama tak setuju dengan hubungan kami.” Mata Amna terus mencari si empunya suara. Mereka saling berpandangan. Amna buat muka tak puas hati.
            ‘Ah sudah! Balik-balik aku juga yang terkena. Memang mulut mamat ni disaster betul!’
            Hajah Zubaidah tersenyum.
            “Apa yang nak ditakutkan Amna. Kalau dapat calon menantu macam Amna, mestilah mama berkenan. Cantik, sopan santun, ada kerjaya, tak lah macam si Dayang tu. Pakai baju pun macam tak pakai.. Entah apalah yang Redza pandang pada perempuan macam tuh..”
            “Ish... itu cerita lamalah mama. Lagipun, orang cakap awek biar seksi. Tapi nak cari isteri, elok yang bertutup. Sejuk mata memandang, penawar di hati... kan sayang!” Jawab Redza sambil melemparkan pandangan redup pada Amna. Memberi hint sebenarnya agar Amna tak buka mulut lagi.
            “Auntie... kalau boleh, saya nak cakap berdua je dengan auntie...” Memang tak boleh dibiarkan Redza membuli dirinya lagi.
            Hajah Zubaidah mula memandang Redza. Mengarahkan agar anak itu meninggalkan mereka sekejap.
            “Cakap jelah. Apa salahnya kalau saya ada kat sini pun.” Redza mencelah dengan nada tak puas hati. Bimbang jika temberangnya pecah!
Amna ketap bibir. “Auntie...” Muka dan suara Amna sudah separa merayu.
            “Ish, apa panggil auntie ni. Pangil je mama. Amna nak cakap apa? Cakap jelah. Redza kan tunang Amna. Apa salahnya kalau dia dengar.” Hatinya naik pelik sedikit melihat reaksi Amna ini.
            “Ini hal orang perempuan ma...ma...” Hampir tergeliat lidahnya menyebut perkataan mama. Oh tolonglah, harap-harap ini kali pertama dan terakhir dia panggil Hajah Zubaidah mama.
            Hajah Zubaidah mula mengerling pandang ke arah Redza. “Redza, boleh tinggalkan kami berdua?” Pinta Datin Zubaidah. Muka Redza sedikit kelat. Tapi Amna mula tayang muka bahagia.
            Redza hanya bertawakal sahaja ketika meninggalkan mereka berdua bersama. Pasti Amna akan membocorkan rahsia kepada mamanya. Tapi dia percaya, jika benar jodoh ini datang dari Allah, pasti Allah akan permudahkan urusannya.
            “Cakaplah...”
Datin Zubaidah mula mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya.
            “Sebenarnya...” Kata-katanya terhenti lagi apabila melihat mama Redza mengeluarkan beg plastik berisi ubat-ubatan.
            “Mama sakit apa ni?” Soalan itu hanya tanda prihatin. Tak ada kena mengena dengan Redza. Lagipun dia senang dengan layanan Hajah Zubaidah yang lembut dan nampak mesra.
            “Sakit orang tua Amna. Jantung mama ni dah tak kuat macam dulu. Tak boleh terkejut-kejut sangat. Makan pun kena pantang....” Terang Datin Zubaidah perlahan.
            Sekarang, Amna dapat rasakan yang dia pula yang terkena serangan jantung. Sakit-sakit... ‘Kalau aku terus terang, lepas tu mama Redza terus meninggal sebab terkejut. Tak ke haru... Oh Tuhan, apa yang aku kena lakukan sekarang?’
              Terus terang atau menipu dalam terang??

p/s: do enjoy keyhh.. sebarang kelemahan yang terhidang adalah dari diri sy sndiri.. hope teguran membina boleh membaik pulih mutu penulisan.. (parak skema punya ayat.. hik hik...) 


49 comments:

  1. ERm... kelakar. kesian tersepit eh.. erm, karang awak yg masuk lokap free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sampai masuk lokap tuh.. x menahan btul kak ZZ..

      Delete
  2. hehehe funnynya Zara Zuyyin akak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nak balas komen kak ZZ ke nih? hiks... tq

      Delete
  3. hahahaha...hbs la amna.
    nk wt cmne 2....?
    bohong...? ckp yg btl...?
    jeng jeng jeng....
    ~~ZQ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pararapapa... agak2 amna cukup kejam x nk bunuh orang dlm diam? hahaha

      Delete
  4. dearest mysara, jujur cakap baca cerita ni buat saya sangat terhibur dan tercuit rasa. tq for making my lunch hour sweet dgn citer ni.-timi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dearest timi.... x pegi makan ke nih? hiks.. mmg nak buat cite santai y boleh buat pmbaca release tensen..

      Delete
  5. so sweet...haha

    ReplyDelete
  6. Owh, very short... Soooo short...However, this is the sweetest chap, so far... mmg jodoh amna dgn si Redza... ada aje benda yg jadi utk menyatukan mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. short? mak jemah.. dah 14 page tauuuu... amna nak lari ke mana lagi.. Redza dah nmpak tekad btul tuh.. heh.. lpas ni dia nk pasang strategi lah tu

      Delete
    2. mak jemah???...

      Delete
    3. erk... just wording y menggambarkan diri sy... bkn pnggil kak aomori mak jemah..hehehe

      Delete
    4. Sbb chap ni sweet sgt tu yg bc rs kejap je. Betul ke 14 pages? Masih x puas hati. Teruk betul I. Kan3?
      Terima je la Amna MIL sporting susah nk dpt... Nanti dh kawin klu kena buli dgn hubby MIL yg bela... Baik mcm ni,. Bangun pukul 10 pg pun MIL senyum lg... Tu pun bangun sbb MIL kejut suruh bfast... Haha... Xkan x nk kot Amna? Hehe dh melalut dh ni...

      Delete
    5. hahaha... cer bg tahu mana nk dpt MIL mcm tuh.. sebab ai nk pi ngorat ank dia skrang jugak! hiks.

      Delete
    6. Sara, my MIL I mcm tu. tp WARNING, anak dia dh x available... Hehe, skrg org pulak Tanya menantu ke hantu?

      Delete
  7. Replies
    1. EM? hahah.. jarang owg short form kan nama sy.. hiks.. nak lagi.. tunggu isnin..

      Delete
  8. Amna bagai terduduk pokok kaktus... haha.. best, geram n kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. terduduk atas pokok kaktus?? best lah ayt ni.. nnti nk pinjam k

      Delete
  9. kalau dah masuk jantung2 tu... mmg amna kena zip mulut la jawabnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. rasanya Amna tak cukup kejam lg tuh.. gamaknya lah

      Delete
  10. Waaaah kebetulan pulak mama Redza ni bawak keluar segala ubat. Hahaha confirm Amna tak jadi nak bagitau Mama Redza tu. Lek ah Amna.......layankan je. Mak mertua sporting pulak tu. Wkwkwkwkwk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. orang sakit mmg bawak ubat all the time kan.. mak mertua sporting... haruslah suka kan.. tp amna x tahulah..

      Delete
  11. haahaaa...caya lh dek mmg lawak giler kat amna nih,nape lh asyik terkena jer bile bersua ngan redza...sudah nyer tutup jer lh mulut tu ketat3 sat g terkezut jantung mak mertua nyesal amna..u betul2 wat akk baca sambil terkekeh kekeh gelak dek...mmg cun lh u nih dek terhibur gak ati akk yg ngah meroyan nih...heeheee up g yer dek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. hope so dapat releasekan tensen2 mereka y bekerja tuh.. hiks.. amna ni kalut. hahah

      Delete
  12. alahai sakit jantung ler pulak...ahha akak buat je perwatakan amna tu kejam sikit..
    nk tgk lg ape taktik redza wee:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. awokk.. mati mak orang kang redza mintak ganti ngan mak Amna pulak.. x pasal kena khwin..haha

      Delete
  13. menunggu sambungan.. cepat2.. hehhehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sila bersabar.. besenya seminggu dua je ya

      Delete
  14. Assalamu'alaikum.. :)

    Betullah saya rasa bab x ni pndek jugak. 14 Pges tu nota kcil ke apa cik writer? :p

    mungkin sbb part sweet skrg kot..

    -Alia—

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. alia.. like seriously dah 14 page.. x mcm ya.. hehe.. mungkin kalau buat sedih msti x rasa pendek kan.. hiks

      Delete
  15. ko mmg terbaek lar,cik Ezza Mysara!!..

    ReplyDelete
  16. Pergh!!! dasat btol Redza ni smpai bawak mama dia....
    terkunci terus mulut amna nk bgtau perkara sbnar ble tau mama redza sakit jntung... mcm ada jodoh je redza ngn amna ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... redza dia pandai ambik kesempatan.. amna pulak asik tersepit jehh.. hiks

      Delete
  17. wah.. suka redza ! bawak mak dia terus! dahsat bah! ahfan slow mcm snail -,-

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kenalah sorang laju, sorang slow.. kalu dua2 laju... habislah korang pening kepala

      Delete
  18. cun2..sambung lagi..lepas tu terpaksa trma..wah2..teruja...

    ReplyDelete
  19. lahhhhhhhhh,time tu jugak nak bawak keluar ubat sakit jantung,..bijak2,.hihi.

    ReplyDelete
  20. in real sy tak suka sgt org yg suka buat keputusan tak bincang mcm si redza ni..tapi kat sini rasa suka karekter redza..berani amik risiko bila hati dh suka. dan tak suka plak sifat si ahfan sbb nmpk slow motion n sikit pengecut la..

    VOTE FOR REDZA

    ReplyDelete

  21. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete