Sunday 1 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [33]



            Farafeesa hanya mendiamkan diri tika rakan sekerja yang lain asyik membincangkan tentang annual dinner syarikat yang akan diadakan pada malam nanti. Entah, kalau ikutkan hatinya, terasa malas benar dia hendak menghadiri majlis itu. Sesak kepala otaknya.
 Bertambah pula ketika melayan perangai Ezrakil yang terlalu pelik sejak dua menjak ini. Sakit yang dihidapinya ini makin teruk akibat melayan perangai Ezrakil. ‘Entah dari planet manalah mamat ni muncul? Sakit yang sikit makin menjadi-jadi sakitnya.’
 “Weh, kau pakai baju apa malam nanti?” Ini sorang lagi, tak padan dengan mak buyung. Sibuk bergaya mengalahkan artis yang hendak menghadiri Anugerah Bintang Paling Porpular sahaja.
“Entah...”
Farafeesa malas hendak melayan topik yang tidak memikat hatinya. Sebenarnya dia sudah plan untuk tidak menghadirkan diri pada majlis malam nanti. Lagipun, dia malas hendak fikir pasal baju, pasal persiapan segala bagai dan pasal office. Dia ingin rehat-rehat sahaja di rumah.
Lagipun dia bimbang jika Faraneesha ingin mengajak dia menemani Luqman di wad nanti. ‘Neesha tengah sedih-sedih, tak kan aku nak bergalak kat dinner pulak.’
“Feesa.. Kau ni kenapa sebenarnya?” Atiq sudah mula merapat. Dia akui sejak dua menjak ini, perangai Farafeesa berubah seratus peratus! Makin kuat menyendiri. Sejenis manusia yang suka simpan masalah sorang-sorang.
“Kenapa apa? Tak ada apa-apa pun...” Tanganya masih laju mengemaskinikan dokumen client.
“Feesa... tak kemananya document tuh.. Orang lain tengah sibuk-sibuk cerita pasal dinner, kau sibuk buat kerja... Sudah-sudahlah tu tunjuk rajin.. Bos memang dah tahu yang kau memang bekerja yang rajin.. Sebab tu dia sayang kau sangat-sangat.”
Atiq tersenyum-senyum menyampaikan kata. Farafeesa mengetap bibir. Balik-balik Ezrakil. Balik-balik Ezrakil... Pi mai pi mai... tang tu jugak yang Atiq suka hendak menyebut.
Apa ada pada Ezrakil tu? Nak kata hensem, Remy Ishak lagi hensem kot.. Nak kata baik... tang mana yang baik kalau kerjanya nak membuli orang ajeh. Pokoknya, tak ada yang menarik tentang Ezrakil di hatinya.
 “Atiq, kalau orang lain dengar, boleh bawa maksud lain tau.. Kang tak pasal-pasal kecoh sekampung office ni.. Kau bukan tak tahu department lain tu macam mana...” Farafeesa memperingatkan temannya itu. Malas hendak melayan.. tapi alih-alih pasti terlayan juga perangai kecoh Atiq ini.
‘Suka sangat mengosipkan aku dengan Ezrakil... Aku tak sukalah mamat tu.. Sebab dia sentiasa perasan bagus dalam serba-serbi.. Kot ya pun bagus, tak perlu nak menunjuk sangat kot...Huh!!!’
Persoalan Farafeesa sekarang ialah, kenapa Atiq suka benar mengosipkan dirinya dengan Ezrakil? Kenapa tidak rakan pejabat yang lain? Ramai lagi lelaki? Kenapa lelaki itu? Kalau hanya sebab harta, memang Ezrakil punya kelebihan berbanding yang lain-lain. Tapi dia bukan sejenis perempuan yang memandang pada harta atau paras rupa. Lagipun, Ezrakil tidak akan mampu memiliki hatinya. Kerana awal-awal lagi telah disorok hatinya ini dari gapaian sesiapa pun dan dia juga pasti yang lelaki seperti Ezrakil bukan memandang perempuan spesis sepertinya.
“Hah, senang sikit... tak payah susah-susah buat kenduri lagi.. kita combine je kenduri kahwin kau masa annual dinner malam nanti... Senang kerja, habis cerita.” Selamba badak dia mengutarakan pendapat. Atiq tergelak besar.
Farafeesa mengigit bibir. Tanpa berfikir panjang, terus dia membaling pen yang sedari tadi menari di tangannya. Atiq laju sahaja mengelak namun pen tersebut terkena pada muka Ezrakil yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
“Aduh!”
Bagai dipanah petir, segera Farafeesa bangun dari duduknya. Ketawa Atiq terus mati. ‘Bila masa pulak mamat ni boleh muncul? Ish, pantang sebut.. pasti muncul.’
“Bos, bos tak apa-apa?” Cepat sahaja dia mendapatkan Ezrakil. Dia mengetap bibir. Geram dengan Atiqah!! Tak pasal-pasal pen yang dibaling terkena muka bosnya sendiri.
Farafeesa menjeling sedikit ke arah Atiq. Ingatkan mak buyung itu cuak, tapi boleh pulak dia tersenyum macam kerang busuk. Hampeh!!! ‘Untung saja kau mengadung Atiq, kalau tak memang dah lama kena belasah! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang jadi mak bidan tak bertauliah!’
“Ganasnya awak ni Feesa...” Ezrakil meraut beberapa kali wajahnya. Perit!
“Err sorry sangat-sangat bos.... saya tak sengaja.. Lagipun saya...” Kata-katanya terhenti. Tidak jadi hendak meneruskan ayat. ‘Tak akan nak cakap Atiq menggosipkan mereka berdua. Tak pasal-pasal dapat masalah baru nanti!’
“Tak apalah Feesa... tapi kesian suami awak nanti.” Ezrakil mengeleng-gelengkan kepalanya sedikit.
“Kenapa dengan suami saya nanti?”
            “Yalah.. saya masuk office lambat pun kena baling dengan pen.. Kalau suami awak balik kerja lambat, mahu kena baling dengan periuk belanga kan...” Usik Ezrakil sengaja. Dia terlalu merindui Farafeesa yang dahulu. Yang kuat menyakat dan kuat menjawab.
            Farafeesa buat muka kelat. Sakit di hati tak usah dicakaplah... Bukan rasa nak baling periuk sekarang, tapi nak baling si Ezrakil ni ke tingkat bawah. Tiba-tiba datang idea nakal.
            “Aish.. kalau dia berani balik lambat, dengan dia-dia saya baling ke luar rumah.” Hah, ambik kau! Terbeliak mata Ezrakil.
            “Hahhh...!!!” Ezrakil terkejut. Sudah lama Farafeesa tidak menjawab sebegini rupa. Sejak dua menjak ini, gadis ini makin menyepikan diri. Senyuman manis mula lahir di wajah Ezrakil.
            “Garangnya!” Komen Ezrakil selamba.
            “Memang kena garang dengan lelaki ni.. Kalau kita baik dia akan naik lemak, lepas tu mulalah jadi tamak!” Banyak pula idea nak menjawab. Farafeesa juga sudah terasa rindu hendak mengenakan bosnya itu.
Ezrakil ketawa kecil. ‘Alhamdulilah.. dia sudah mampu tersenyum.. kalau dengan membelasah aku dapat membuatkan dia gembira dan ketawa, aku rela menjadi mangsanya. Belasahlah diriku ini semahumu, namun rasa cinta aku padamu tidak akan pernah pudar ditelan rasa.’
            “Saya ni jenis yang tak tamak.. Jenis setia pada yang satu. Kiranya, boleh memenuhi piawaian awaklah ya..” Kali ini giliran Farafeesa pula yang membulatkan mata. Terkejut tahap king kong.
            Atiq menutup mulutnya untuk menahan tawa. Kelakar melihat gelagat mereka berdua ini. Farafeesa dengan keras kepalanya. Ezrakil dengan sikap control machonya. Memang menjadi sangat.
            “Saya bergurau je.. tak payahlah awak gadaikan mata awak tu untuk saya Feesa.” Farafeesa menyumpah seranah dalam hati. ‘Memang nak kena lempang mamat ni!!!’ 
            “Eleh, saya pun sayang lagilah mata saya ni..” Menjawab-menjawab. Itulah ajelah kerjanya. Farafeesa mula angkat kaki. Bertelagah dengan bos sendiri, memanglah payah nak menang! Kang tak pasal-pasal kena potong gaji. Ezrakil ni bukan boleh kira. Kedekut tak ingat dunia. Segala benda kena catu!
            “Yalah.. awak nak guna untuk pandang saya kan...” Perlahan namun sempat singgah di cuping pendengaran milik Farafeesa. Sembilan puluh darjah dia berpaling. Mencari wajah Ezrakil.
            ‘Alamak... dia dengar ke?’ Ezrakil cepat-cepat berpaling ke arah Atiqah. Cuba mengawal keadaan yang seakan-akan tidak menyebelahinya kali ini.
            “Err... Atiq, macam mana dengan persiapan hotel untuk annual dinner malam ni? Saya tak nak dengar sebarang masalah masa majlis berlangsung.” Suaranya diseriuskan. Tidak mahu membenarkan Farafeesa terus mengacau-bilaukan perasaannya. Semua urusan melibatkan majlis malam ini telah diserahkan bulat-bulat kepada Atiqah dan Sumayyah. Tidak sedikit pun dibenarkan Farafeesa mengambil alih tugas tersebut walaupun sebelum ini, Farafeesa yang banyak mengelola majlis seperti ini.
            Tanpa pengetahuan gadis itu, dia sebenarnya sudah merancang sesuatu. Sesuatu yang bakal merubah hidup mereka berdua. Dia sudah tidak betah menunggu lagi. Dia akan suarakan rasa hatinya malam ini jugak!
            Mujur sahaja Atiq banyak membantu. Dia tidak hairan lagi jika Atiq mengetahui rahsia hatinya. Kerana malam ini, semua orang akan menjadi saksi kasih sayangnya pada Farafeesa.
            “Semuanya berjalan dengan lancar bos...” Atiq mengenyit sedikit matanya. Menghantar pesanan yang malam ini akan menjadi malam teristimewa buat Ezrakil.
            “Bagus... jangan lupa bawak cik abang kamu sekali.” Ezrakil tersenyum senang. Lega sedikit hatinya. Kemudian kakinya melangkah pula ke meja Farafeesa. Tak tahulah sama ada sedang betul-betul sibuk atau buat-buat sibuk.
            “Awak datang dengan siapa malam ni?” Serius sahaja nada suaranya.
            “Erk... saya tak pasti lagi....”
            “Saya nak dengar jawapan yang pasti?” Gesa Ezrakil serius. Farafeesa mengeluh dalam hati. ‘Tak habis-habis perangai mendesak dia ni?’
            “Saya datang sorang bos...” Entah, dia memang terfikir nak ponteng annual dinner ni. Nanti balik mesti penat. Esok nak kerja lagi. Lagipun, dia memang malas hendak melayan semua agenda yang telah diberitahu oleh Atiq tempoh hari.
            Ada kejutanlah, ada kelainanlah, pokoknya ada macam-macamlah. Sesungguhnya sangat malas! Nanti petang, dia akan buat-buat pening. Nanti tak payahlah menghadiri majlis tersebut.
            “Jangan awak ada niat untuk tak datang pulak?” Tembak Ezrakil tiba-tiba. Membulat mata Farafeesa dibuatnya apabila mendengar kata-kata Ezrakil. Bila lelaki itu sudah angkat kening, Farafeesa sudah mula rasa pening!
            “Err... kenapa saya kena buat macam tu pulak?” Macam manalah Ezrakil boleh membaca apa yang berada di fikirannya sekarang. Sejak bila pula serkap jarang Ezrakil mengena?
            “Saya faham sangat awak ni Feesa... sekilas awak bergerak, saya dah tahu apa yang awak fikir.” Farafeesa mencebik. Menyampah, meluat, menggelikan dan mengada-ngada sungguh!
            “Okay, then apa yang saya tengah fikir sekarang?” Cabar Farafeesa berani. Atiq hanya bertindak sebagai pemerhati. Terlebih sampuk karang, ada pula si Feesa menyumpah seranahnya.
            Ezrakil tersenyum sedikit. Namun itu sudah cukup untuk memperlihatkan kekacakkannya.
            “Awak sakit kan?” Berubah air muka Farafeesa. ‘Macam mana mamat ni boleh tahu?’ Hati Farafeesa mula bergetar hebat. Atiq juga ikut turut terkejut. Terus dia berpaling ke arah Farafeesa. Memang sejak dua menjak ini muka Farafeesa pucat dan adakalanya diserang ruam di wajah cantiknya.
            “Macam mana bos boleh tahu?” Tak mahu tanya tapi terpaksa juga bertanya. ‘Memang betul ke dia ni boleh baca fikiran aku?’
            “Hah, kan betul saya cakap saya boleh baca apa yang awak fikir... Comfirmlah awak sakit hati dengan saya sekarang..” Oh... sakit hati rupanya. Memang pun... Bagai hendak tercabut hati miliknya ini. Farafeesa mendengus kasar. Sudah dua kali hampir-hampir hendak terkantoi. Sampai bila dia akan selamat?
Atiq mula dapat merasakan kelainan berdasarkan respon Farafeesa. Mula rasa ada yang tidak kena dengan gadis itu. ‘Adakah Farafeesa memang betul-betul sakit?’ Acap kali dia menemui Farafeesa di hospital. Macam-macam alasan diberikan. Adakah ini jawapan kepada persoalannya dulu?’
            “Memang sakit hati pun... kalau sakit hati ni tak hilang sampai ke malam, alamatnya tak dapatlah eden nak datang annual dinner tu.” Ugut Farafeesa berani. Kali ini riak wajah Ezrakil pula yang berubah.
            “Awak jangan berani ya...” Cuak muka Ezrakil. Siapa suruh banyak cekadak sangat tadi.
            “Eh, suka hati sayalah....” Sentiasa ingin menang. Buat macam office sendiri pulak.
            “Farafeesa, kalau awak tak ada pukul lapan malam dekat hotel malam ni, saya datang jemput dekat depan rumah awak nanti.” Muka, suara, tingkah laku Ezrakil dikala ini, tersangatlah serius!
            “Jangan berani cabar saya!”
Ezrakil kembali memberikan ingatan kepada si gadis. Mahu tak cuak mendengar kata-kata Farafeesa. Kalau gadis itu tidak menghadirkan diri, segala yang dirancang untuk malam ini pasti akan musnah. Dia sudah terlalu bersedia untuk malam ini. Lagipun, dia bimbang andai tidak punya kekuatan lagi untuk dikumpul, untuk meluahkan perasaannya kepada Farafeesa di kemudian hari.
            Bergaduh mengalahkan orang bercinta. Siap ada ugut bagai lagi. Usai Ezrakil berlalu, Farafeesa mencebik. Dia menghempaskan badan ke kerusi miliknya. Mungkin merawat hati yang kesakitan.
Tergeleng-geleng kepala Atiq melihat pergaduhan mereka berdua ini. Tangannya mengusap lembut perut miliknya. Tidak mahu bayi dalam kandungannya mendengar suara orang dewasa yang tidak matang ini. ‘Aish, semua orang akan jadi tak matang ketika bercinta meyh.’
“Feesa, kau okay ke tak ni?” Atiq merapati Farafeesa yang sedang memagung kepalanya dengan kedua belah tangan itu.
“Tak okay.” Jawab Farafeesa jujur.
“Lah, kenapa pulak?”
“Aku tak ada baju nak pakai malam ni...” Keluh Farafeesa. Nampak kusut benar.
“Lah, kau tak cari lagi ke?”
“Sebenarnya aku memang rancang tak mahu pergi pun.” Jelas Farafeesa selamba.
“Hah!” Terkejut Atiq dibuatnya. Sampai macam tu sekali.
“Sekarang kau kena teman aku cari baju untuk malam ni.. Lunch karang kita pi cari. Mati aku kalau betul-betul mamat tak bertuah tu terkam rumah aku.. Naya je kena dengan ibu aku nanti.”
Atiq tersenyum. Senang dengan kata-kata Farafeesa itu. Moga-moga segala perancangan malam ini akan berjaya dengan lancar. Dia sangat berharap agar Farafeesa dapat menerima Ezrakil sepenuh hati. ‘Untungnya kalau ada orang sayang... tapi aku lagi beruntung sebab aku dah ada bukti tanda sebuah kasih.’ Perutnya diusap lagi. Wajahnya tersenyum tanda senang hati. Tiba-tiba teringatkan suaminya. Rindu tiba-tiba mencengkam hati.

p/s: agak-agak korang kan... Ezrakil ada rancang apa-apa tak masa annual dinner tu nanti???

9 comments:

  1. nk propose feesa ka? hahhaha
    kalo yg tu, sya sokong sgt!! hehehe
    harap atiqah dpt tau yg feesa btoi2 skit...

    ReplyDelete
  2. wah ezrakil nk propose feesa la...... jgn feesa tolak dh la msti kecewa mamat tu.... hope feesa kuat trima ujian yg dihadapi...... mmg saspen la kak.... sambung lagi kak.... best bangat...

    ReplyDelete
  3. wah.. syoks nye kalo ezrakil nk propose feesa.. hee.. x sbar nk bce next n3..

    ReplyDelete
  4. dina..

    wah.. nyaris2 nak terkantoi dengan ezrakil..
    cepatlah upload bab seterusnya..
    moga2 ezrakil berjaya nak propose feesa..

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk semua yang bagi komen...
    hmm,, apa jadi eh nanti...
    korang tunggu jelah...

    ReplyDelete
  6. saya angkat tangan n menjawab...dia nk pinang feesha dpn org ramai...menjadi bukti n saksi cinta dia pada feesha n tau dh feesha mesti tolak..mencik taw...

    wat la feesha terima then ezrakil sudi tolong merawat bg semangat...sian dia..(erk tetiba emo)..

    ReplyDelete
  7. hahha... kak an,,
    ada yang betul.. ada yang salah..
    hehhee.. cuba akak try pujuk Feesa suh tima ezrakil.. sbb bila sy suruh,, dia tak mahu dgar lah.. hahhaha

    ReplyDelete
  8. eleh ngader..pujuk sungguh karang..meh sini nak pujuk..bagi k An garap..senang nk pujuk..hehe..

    ReplyDelete
  9. wah... si mak buyung ni pun komplot gak.. rakan subhat bagai...

    ReplyDelete