Saturday 28 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [43]


         Faraneesha mengetuk pintu bilik air beberapa kali. Sudah hampir empat puluh minit Farafeesa berada di dalam tandas. Berkampung dekat dalam tandas ke apa?
            “Weh, berapa lama lagi kau nak duduk dalam bilik air Feesa? Kau ni memang suka berdating dengan syaitan kan?” Jam sudah menujukkan pukul lapan malam. Pukul berapa dia hendak sampai ke rumah Ezrakil nanti.
            Entah apalah yang Farafeesa buat di dalam bilik air. Berdebar untuk berjumpa dengan keluarga Ezrakil ke? Aish... bukan ke adiknya itu sudah terlalu kenal dengan Datuk Effendi. Nak debar apa lagi? Lagipun, Ezrakil bukannya ada mak. Cuma hanya ada kakak dan seorang adik perempuan.
            Tidak lama kemudian, pintu terkuak dari dalam. Terjengul wajah Farafeesa yang berkerut seribu.
            “Ni apasal pulak ni?” Aduh... macam-macam ragam!
            “Aku sakit perutlah.. Dah banyak kali melabur ni...” Faraneesha melihat muka adiknya yang cemberut menahan sakit. Beberapa kali digarukan tengkuknya.
            “Dah tu macam mana ni?”
            “Kau jelah pergi...” Farafeesa berharap benar yang lakonannya ini menjadi. Dia tidak mahu pergi ke majlis kesyukuran Ezrakil itu. Dia hendak Faraneesha sendiri sahaja yang pergi. Dia mahu mewujudkan keserasian antara mereka.
            Faraneesha baru sahaja kecewa. Luka dihatinya pasti lambat untuk pulih. Jadi rasanya Ezrakil adalah orang yang paling layak untuk membersihkan kembali luka-luka kembarnya itu. Dia juga pasti yang Faraneesha boleh mengantikan dirinya di dalam hati Ezrakil. Mereka kan kembar, bukanlah jauh sangat bezanya. Jika Ezrakil boleh menerima Farafeesa, pasti lelaki itu boleh menerima Faraneesha!    Itulah rancangannya.
            Sekurang-kurangnya sebelum pemergiannya, dia ingin melihat dua orang yang amat dia sayang ini berbahagia. Mungkin inilah takdir yang ingin Allah tunjukkan kepadanya. Allah sudah memberi peluang, jadi seharusnya manusia itu mengunakan ruang sebaiknya.
            “Tak kan aku pergi sorang! Tak mahulah!”
            ‘Gila nak pergi sorang? Manalah aku kenal sesiapa kat rumah Ezrakil tuh!’
            “Alah.. pergilah kak.. kesian Ezrakil tunggu aku nanti. Alah, kau mengaku jelah jadi aku.. Apa susah kan..” Terus Faraneesha sekeh kepala adik kembarnya. Kot ya pun nak bagi idea, bagilah yang bernas sikit.
            “Dah sah-sahlah si Ezrakil tu dapat cam kita weh...” Memang mereka kembar seiras. Tapi orang yang rapat dengan mereka, pasti dapat mengenal pasti rupa dan gelagat mereka dengan baik.          
            Lagi-lagi pulak Ezrakil. Pastilah lelaki itu dapat mengecam Farafeesa. Bukan ke tiap-tiap hari pun dia duk mengadap muka Farafeesa! Lagipun, kalau Farafeesa dan Faraneesha ada di waktu yang sama, Ezrakil pasti dapat mengecam mereka dengan baik. Pastilah lelaki itu dapat mengenal pasti perempuan yang dia cintai!
            “Alah, apa susah.. Kau pakailah gaya-gaya aku sikit...” Semangat Farafeesa ingin menyakinkan Faraneesha.
            Farafeesa memegang perutnya. Menggambarkan yang perutnya terlalu sakit. Dia memberikan sehelai baju kurung dan selendang yang perlu dipakai oleh Faraneesha. Tak sampai sepuluh minint, Faraneesha telah pun siap!
            Faraneesha memandang dirinya dihadapan cermin. Aish.. sekali pandang, memang macam Farafeesa! Tapi sepuluh kali pandang, memang macam Faraneesha.
            “Kau kena bercakap macam aku sikit.. Tak boleh lemah lembut sangat tau!” Farafeesa memberi ingatan.
            “Aku pasti....”
            “Pasti apa?”
            Faraneesha memandang ke arah adiknya itu. “Aku pasti nampak bodoh sebab ikut idea bangang kau nih!” Farafeesa tergelak besar. Terlupa pada lakonannya.
            “Alah, tolonglah aku... Aku dah janji dengan Ezrakil...” Farafeesa buat muka simpati. Berharap sangaja yang rancangannya malam ini akan berjaya.
            “Nampak sangat kau ni sayang sangat-sangat kat Ezrakil tu!”
 Kalau dah sayang tu mengaku jelah.. Ni nak berdalih-dalih bagai. Orang lain jatuh cinta senang je. Minah ni jatuh cinta, kesannya macam jatuh tangga! Menyakitkan bagi orang yang mengalami dan menggelikan hati bagi orang yang melihat.
            “Mana ada sayang... Aku malas nak cari pasal dengan Ezrakil tuh. Kalau aku tak penuhi janji aku hari ni, mesti esok dia buli aku kat pejabat. So, lebih baik jangan cari pasal!”
            “Ish... kau ni macam dah sihat dah?” Terkam Faraneesha apabila melihat Farafeesa tidak terbongkok-bongkok seperti tadi lagi. Tambah-tambah adiknya itu boleh gelak besar pula. Tak macam gaya orang sakit pun.
            “Aish... mana ada sihat.. Aku nak pi melabur balik nih!” Mujur sahaja cepat cover balik. Kalau kantoi, tak pasal-pasal jeh. Mujur jugak Faraneesha agak bengap bab mengesan lakonan orang. Aish...
            “Feesa... Aku tak beranilah!” Putus Faraneesha risau. Gila tak risau, nak berlakon tanpa skrip yang pasti. Pelakon profesional pun boleh kantoi nih. Lagi pula, otaknya bukanlah terlalu geliga seperti Farafeesa yang laju sahaja untuk mencari idea nakal.
            “Ngee... kalau aku boleh.. kau pun boleh.. kita kan kembar.. Kau kan selalu cakap, apa yang aku rasa, kau dapat rasa!” Cuba menyakinkan Faraneesha sebaik mungkin.
            “Hmm, tapi kalau tiba-tiba Ezrakil melamar aku depan keluarga dia, aku terus terima tau! Yalah, kan orang ingat aku ni Feesa!” Sengaja dia menyakat Farafeesa. Biar dia tahu rasa sikit.
            “Hah, beranilah buat macam tu! Seumur hidup kau kena berlakon jadi Farafeesa.” Gertak Farafeesa pula. Faraneesha tepuk dahi. Balik-balik, dirinya juga yang terkena!
            “Eh, cepatlah pergi.. Dah pukul berapa dah ni. Kau ingat lagi kan rumah dia?” Mujur sahaja mereka pernah berkunjung ketika Ezrakil mengadakan rumah terbuka sempena hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Kalau tidak, tak pasal-pasal sesat nak mencari rumah lelaki itu.
            “Kalau tiba-tiba rasa lupa boleh tak?”
            “Jangan nak mengadalah!” Marah Farafeesa sengaja. Sengaja nak mempermainkan perasaan orang.
            “Eh.. orang nak tolong pun mujur tau!” Entah angin apalah yang membuatkan dia bersetuju dengan idea gila Farafeesa ini. Tapi yang pasti, dia sudah malas hendak terus bertikam lidah. Kerana dia pasti Farafeesa pasti akan menang!
            “Yalah kak.. Terima kasih sangat-sangat. Nanti aku sponsor bayar duit kereta kau separuh!” Dia tidak mahu Faraneesha membatalkan rancangannya disaat akhir. Jika melibatkan duit, pasti kakaknya itu akan bersemangat sendikit.
            “Eleh.. separuh buat apa?” Sengaja bermain tarik tali. Untung-untuk kalau Farafeesa ingin bayar penuh, memang tersenyum sampai ke telingalah jawabnya.
            “Yalah-yalah... aku bayar penuh! Puas hati kau sekarang? Dah... pergi cepat.. cepat pergi, cepat balik!”  Pokailah aku bulan nih! Matanya mengerling ke arah jam yang berada di dinding. Sudah terlalu lambat.
            “Kalau kau buat-buat lupa, aku akan buat kau sampai hilang ingatan terus!” Keras amaran Faraneesha. Tapi dia tahu, sekali Farafeesa berjanji, gadis itu tidak akan memungkiri janjinya.
***
            Faraneesha mula berasa gerun apabila sedang berada di muka pintu rumah keluarga Ezrakil! ‘Mak!!! Nak balik boleh tak?’ Aduh... ingin sahaja dia berpatah balik, namun apabila terpandangkan keretanya, dia mula serba salah sendiri. Kepalanya yang beralas dengan selendang itu digaru beberapa kali. Bukan senang nak dapat offer orang nak bayar kereta tu sebulan kot...
            ‘Banyak benda aku boleh shooping nanti!’ Dia berfikir sambil memandang ke arah kereta Viva kesayangannya itu.
            “Eh... Feesa kan...” Tegur satu suara. Faraneesha mengigit bibir. ‘Ini siapa pulak?’ Sungguh, dia terasa menyesal kerana bersetuju untuk berlakon sebagai Farafeesa. Sekarang, seorang manusia pun dia tak kenal.
            “Aah...”
            “Ingat lagi tak?” Hendak sahaja Faraneesha mengaku yang dirinya telah diserang hilang ingatan.
            “Err...”
            “Ni akak Ezrakillah... Kak Ema... Ish, kenapa berdiri kat sini je.. Jom masuk.. Majlis dah mula dah pun.. Jemputlah makan.” Ramah sahaja kakak Ezrakil itu menegur gadis yang disangka Farafeesa itu.
            Baru sahaja hendak masuk, tiba-tiba terserempak dengan Ezrakil. Hanya Allah yang tahu debarannya. ‘Mati aku kalau Ezrakil tahu yang aku ni Neesha!’ Faraneesha cuba mengawal diri sebaik mungkin. Biar jadi seperti adiknya!
‘Susah betul nak buat gaya ala-ala ganas kalau dah memang sejenis perempuan melayu terakhir.’
            “Baru sampai?” Matanya  menilau sedikit. Mencari kelibat Farafeesa.
            “Aah... Errr... Neesha tak datang. Dia tak berapa sihat!” Berkerut dahi Ezrakil mendengarnya. ‘Bukan ke dihadapannya ini Faraneesha? Kenapa berlakon seperti menjadi Farafeesa! Ke aku yang tersalah dengar tadi?’ Ezrakil hanya tersenyum. Mengajak akal fikiran untuk berfikir.
            “Oh... jemputlah makan.. Atiq baru je balik.. Dia datang tunjuk muka je tadi. Katanya nak cepat...” Cerita Ezrakil lagi. Faraneesha hanya terangguk-angguk. Faraneesha menunduk sedikit sebelum memohon izin untuk menuju ke ruang makan.
            Ezrakil memerhatikan langkah kaki Faraneesha. Sekali pandang, memang tak ubah seperti Farafeesa. Namun bila Faraneesha sudah mula berjalan, dia sudah dapat mengecam wanita itu. Farafeesa tidak berjalan dalam lenggok yang lembut. Dia ada gaya berjalan yang tersediri. Persoalannya, apa motifnya? Untuk apa mereka perlu menipu seperti ini?
            Adakah Farafeesa ingin menguji sedalam mana cintanya terhadap dirinya? Untuk apa kasih ini diuji jika memang tidak pernah ada ruang untuk dirinya di dalam hati Farafeesa!
            “Eh Feesa... datang seorang je?” Teguran suara garau itu membuatkan Faraneesha sedikit cuak. Mujur sahaja dia kenal dengan Datuk Effendi ini. ‘Berapa banyak yang aku kena menipu malam ni?’ Mula menyesali kebodohan diri kerana terburu-buru bersetuju dengan idea Farafeesa yang tak masuk akal ini.
            “Aah.. yang lain ada hal...” Sungguh, rasa kekok bila terpaksa menipu sebegini.
            “Kerja macam mana? Okay?”
            “Kerja bawah Ezrakil, mana pernah okay daddy... Mestilah Ezrakil asyik nak buli dia..” Sampuk satu suara. Rupa-rupanya kakak Ezrakil yang menjawab bagi pihak dirinya. Adoyai, pening betul! Datuk Effendi hanya mampu ketawa.
            “Okay.. makan banyak-banyak ya Feesa!” Faraneesha hanya tersenyum. Tidak mampu untuk terus membalas kata. Datuk Effendi hilang bersama tetamu yang lain pula.
            “Feesa dengan Akil macam mana?” Faraneesha buat muka terpinga-pinga. ‘Nak cilok ayat dari mana ni? Aku sendiri tak tahu hubungan dia orang ni dalam frasa mana? Aishh..’
            “Macam mana lagi? Macam tulah...” Aduh.. terberi jawapan budak sekolah pula. Bedal jelah..
            “Kenapa? Boleh akak tahu kenapa Feesa tolak Akil?” Terhenti suapan milik Faraneesha. Jadi Ezrakil pernah meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa dan adiknya itu telah menolak? ‘Ya Allah, dah dapat yang terbaik pun nak lepaskan lagi? Apa kena dengan kepala otak budak ni? Senget bebenor..’
            “Saya tak tahu kak...” Faraneesha sendiri keliru sama ada dia menjawab bagi pihak Farafeesa ke atau pun Faraneesha. Entah-entah adiknya itu sengaja menyuruh dirinya berlakon sebagai dirinya. Mungkin adiknya itu ingin menjodohkan mereka berdua!
            ‘Feesa, balik nanti, siap kau aku kerjakan!’
            “Akil tu sayang sangat pada Feesa.. Masa mula-mula dia jumpa Feesa, dua puluh empat jam asyik cerita pasal Feesa jeh. Sampai akak jadi tabik tau pada Feesa.. Sebab Ezrakil tak pernah sayang perempuan macam mana dia sayangkan Feesa!”
            Faraneesha hanya mendiamkan diri. Tak tahu hendak menyampuk tang mana. Kalau tersalah karang, bimbang jika mereka dapat mengesan yang drinya ialah Faraneesha!
            “Tapi lepas Feesa tolak dia, dia macam orang sasau... Akak takut, dia jadi fobia dengan perempuan!” Cerita Ema dengan suara yang agak perlahan.
            “Kenapa kak? Kenapa Ezrakil jadi fobia? Dia pernah kecewa dengan perempuan ke?” Teringin juga dia hendak tahu. Kenapa lelaki seperti Ezrakil boleh fobia dengan perempuan? Macam manalah adiknya itu boleh menolak lelaki seperti Ezrakil. Spesis Ezrakil ni memang payah nak dapat!
            “Bukan sebab dia pernah kecewa bercinta.. Tapi dia kecewa dengan sikap mak kami.. Dulu... mak kami pun tinggalkan daddy... Sejak hari tu, dia kurang rapat dengan perempuan.. Sinis je memanjang.. Tapi semenjak kenal dengan Feesa, dia mula berubah. Mula positf. Akak bukan cerita semua ni sebab nak Feesa kasihan pada dia. Akak pun tak merayu suruh Feesa terima Akil.. Tapi akak nak gadis kesayangan dia ni tahu yang Ezrakil hanya pandai dah tahu menyintai kamu Feesa...Tak melampau kalau akak cakap yang kamu terlalu beruntung Feesa sebab memiliki cinta lelaki seperti Ezrakil. Akak bukan nak puji dia sebab dia adik akak, tapi itu kesimpulan yang akak boleh buat sepanjang akak bersama dengan dia. Dia sentiasa akan ada di saat Feesa susah atau senang. Itu memang Ezrakil!”
            Faraneesha pula yang merasa terharu mendengarnya. Kebaikan lelaki itu tidak jauh daripada Luqman. Mendengar cerita daripada kakak Ezrakil itu membuatkan dia terlalu merindui Luqman. Air matanya tergenang sedikit.
            Rindu ini pasti akan sentiasa membelit jiwa? Wujudkah seseorang yang mampu untuk merungkainya?
            “Kak Ema... Mak Su Bedah cari kat dapur.” Panggilan perempuan awal dua puluhan itu mematikan perbualan mereka.
            “Fikir-fikirkanlah Feesa.... peluang yang baik tak akan dua kali.” Dia menepuk sedikit peha Farafeesa itu kemudian bangun menuju ke arah dapur.
            “Neesha...” Panggilan itu membuatkan lamunannya tersentak!
            “Encik Akil....” Jadi lelaki itu dapat mengenal dirinya!
            Ezrakil tersenyum melihat muka Faraneesha yang agak cuak itu. Masa dia tidak dapat mengenal pasti wanita kesayangannya.
            “Jangan takut...saya tak marah pada awak.. Saya tahu, mesti Feesa yang buat idea ni kan?” Kenal benar dia dengan Farafeesa. Ada sahaja ideanya untuk mengelat. Kepalanya digeleng beberapa kali. Tanda sedikit kesal dengan perangai Farafeesa ini.
            “Saya pun gila... Gila sebab bersetuju dengan idea dia nih.” Putus Faraneesha perlahan. Memang dia terlalu menyesal. Menyesal kerana terlalu menurut kehendak Farafeesa yang agak melampaui batas ini. Kenapa dia tidak sedar? Perlakuannya ini mampu mempermainkan perasaan orang!
            Ezrakil hanya tergelak sahaja.
            “Awak pernah luahkan perasaan pada dia?” Tanya Faraneesha ingin tahu. Pertama kali dia duduk sebegini rapat dengan Ezrakil. Selama ini, pertemuan mereka pasti akan melibatkan Farafeesa.
            Ezrakil mengangukkan sedikit kepalanya. “Mungkin juga dia dah terlalu jemu untuk mendengarnya...” Luah Ezrakil perlahan. Faraneesha menoleh. Sungguh, nada suara Ezrakil nyata kedengaran teramat kecewa. Tapi percayalah, Faraneesha lagi kecewa dengan sikap adiknya itu.
            ‘Dasar kepala batu betul! Ini bukan sebarang batu ni, ini batu bersurat! Hanya ekslusif di muzium sahaja dan pastilah hanya Farafeesa sahaja yang miliki hati sekeras ini.’ Betul kata orang, adik kembarnya itu memang spesis yang sangat sukar untuk difahami. Baru sekarang dia sedar. Selama ini, dia sangka, dia sudah terlalu mengenali Farafeesa. Rupanya masih ada perkara yang terlepas dari pandangannya.
            “Awak betul-betul sayangkan dia?” Entah kenapa, soalan itu pula yang boleh terkeluar dair mulut Faraneesha.
            “Awak pernah sayangkan seseorang kan Neesha? Rasa sayang tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata.... Tapi awak boleh merasai dan menikmatinya....”  Faraneesha terpegun sendiri mendengar bicara kata Ezrakil yang menusuk ke tangkai hati.  Dia pasti yang lelaki ini terlalu menyintai Farafeesa.
            Persoalannya sekarang, kenapa Farafeesa menolak? ‘Ish budak ni, memang nak kena basuh kepala otak dia nih!’
            “Mesti dia sengaja nak suruh saya menyamar jadi dia! Kenapalah saya boleh setuju?” Ingin sekali diketuk kepalanya yang biul ini. Ada otak letak kat lutut. Kepala lutut pun lebih berfungsi jika hendak dibandingkan dengan kepala otak ini.
            “Jangan salahkan diri sendiri Neesha... Kita tak tahu apa yang bermain di dalam fikiran dia tuh.” Betul ke tekaannya ini? Hatinya berbisik yang menyatakan Farafeesa ingin menyatukan mereka berdua.
            Dia bukannya jenis terdesak sangat. Bukan bererti kalau tak dapat adik, kakak pun jadi... Dia bukan spesis lelaki seperti itu. Bagaimanalah Farafeesa menilai dirinya selama ini? Teruk sangatkah dia di pandangan mata Farafeesa? Jijik sangatkah cintanya ini?
            Ezrakil dilanda kegawatan perasaan!
            “Encik Akil... Saya betul-betul minta maaf. Semua ni tak patut berlaku.” Pohon Faraneesha untuk yang kesekian kalinya. Kalaulah Luqman tahu perangainya ini, pasti lelaki itu akan memarahinya kerana bertindak mengikut emosi semata-mata. Apatah lagi apabila dia sedar akan niat Farafeesa itu.
            Tapi jika Luqman masih ada, pasti semua ini tak akan berlaku. Pasti Farafeesa tidak ingin menjodohkan dirnya dengan Ezrakil. Adakah aku terlalu melayan rasa sedih sehingga memaksa Farafeesa melakukan semua ini? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh Farafeesa sendiri.
            “Semua yang berlaku di muka bumi ini walau sebesar zarah sekalipun, pasti akan ada hikmahnya.. Saya tak salahkan awak ataupun Feesa.. Mungkin Feesa nak tengok awak bahagia..” Kata-kata Ezrakil itu memang ada benarnya.
            “Saya dah pernah jumpa bahagia saya Akil...”Faraneesha sudah mula berdiri. Sudah tiba masanya untuk dia beransur pulang.
            “.....Walaupun orang yang membahagiakan saya tu dah tak ada... tapi rasa bahagia tu masih ada.. Masih tersemat kemas di lubuk hati. Mana mungkin saya akan benarkan orang lain meragut kebahagian yang pernah saya miliki.” Sambung Faraneesha kembali. Ezrakil hanya tekun mendengar. Kagum dengan sikap tabah Faraneesha.
            “Dan saya berdoa agar Allah bukakan hati Feesa untuk menerima awak Encik Akil... saya pasti yang kalian akan saling melengkapi antara satu sama lain! Farafeesa adalah orang yang terhebat tika bercinta tau!” Tekadnya, dia akan menggunakan segala kudratnya untuk memujuk Farafeesa agar menjatuhkan hatinya untuk Ezrakil.
            Ezrakil ketawa besar. “Kalau Feesa kekasih terhebat, awak sahabat terbaik Neesha... Saya pun berdoa agar Allah mengantikan sesuatu yang telah pergi itu. Saya tak berdoa agar Allah kurniakan seorang lelaki yang lebih baik dari arwah, tapi saya berdoa agar lelaki itu akan sentiasa mampu untuk membuatkan awak tersenyum...”
            Mereka saling mendoakan kebahagian masing-masing. Mengharap belas ehsan daripada Ilahi. Adakah kebahagian ini masih milik mereka? 

p/s: apakah tindakan Faraneesha selepas ini?

7 comments:

  1. pjuk la feesa..jgn wt diri bersedih lgi,biarlah gmbira cuma seketika. sekurang2 nya tahu cinta tidak bertepuk sebelah tangan.

    ReplyDelete
  2. pergh..tindakan feesa itu sebenarnya ada betuinya..sebelum dia pergi..dia mahu insan insan yg bersamanya gembira dan tidak bersedih bila kematian nya tiba ..bila bila masa sahaja..tanpa diduga oleh semua org..tapi dia terlupa takdir allah ..sape yg bisa merubahnya..

    ReplyDelete
  3. alahai... kalau aku jadi neesha, compem aku marah kot..
    nampak benar yang ezrakil tu syg pd feesa..
    sbb tu cara berjalan feesa pun dia kenal..
    nampaknya plan feesa tak menjadi..

    ReplyDelete
  4. nak lg... xpuas.
    feesa trimala ezrakhil tu..plz...

    ReplyDelete
  5. x taw sokong mne.......... sye sokong penulis yg bt novel ni..... sye ske tindakan feesa krn tegas n teguh prinsip dia n x nk smua sedih akn kehilangan nya.....
    apa pon tgu je la..... sye ikuti....

    ReplyDelete
  6. sy suka ezrakil cz dia tegas...neesha xblh gunakan kekerasan, tapi gunakan ideal untuk merapatkan akil ngan feesha...

    ReplyDelete