Kesinambungan Dialah Driver Yang Tercipta Untukku....
Arian tersenyum melihat Dayani dan Zikri yang sedang bermain di taman itu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas segala perhatian dan kasih sayang yang telah Allah semaikan dalam hatinya untuk turut menyayangi anak-anak tiri Dayana.
Arian tersenyum melihat Dayani dan Zikri yang sedang bermain di taman itu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas segala perhatian dan kasih sayang yang telah Allah semaikan dalam hatinya untuk turut menyayangi anak-anak tiri Dayana.
“Tengok anak orang je tak guna jugak
Rian.” Selamba sahaja Dayana memperli sepupunya merangkap sahabatnya yang sudah
dianggap sebagai abangnya itu.
“Yalah,
nak tengok anak tekak tak nampak. Sebab tu aku tengok anak orang.” Arian cuba
buat lawak tak lakunya kepada Dayana.
“Main-main
eh. Orang tengah serius ni.” Geram sungguh dia dengan Arian. Jika bercakap soal
hati ini, tak pernah ambik serius.
Dia
bukannya apa, dia jatuh kasihan melihat Arian masih sendiri sehingga sekarang.
Sedangkan dia pula sudah ketemu kebahagiaannya sendiri. Kalau boleh, dia mahu
Arian berkongsi rasa bahagiannya pula. Ini tidak, asyik dia sahaja yang
bercerita itu ini sedangkan Arian lebih banyak mendengar.
“Kalau
aku dah tengok jodoh aku Aya, mesti aku boleh jawab setiap persoalan kau tu.
Tapi masalahnya aku tak boleh tengok. Jadi aku tak ada jawapannya.”
Entah
untuk yang keberapa kali, Dayana mengeluh lagi. Entah apalah caranya lagi untuk
membuka mata dan hati Arian untuk berkahwin. Namun balik-balik, hanya jalan
buntu yang ditemui.
“Aya,
kalau kau banyak fikir sangat, nanti kau cepat tua tau.” Usik Arian. Dia tahu
Dayana kerisauan. Namun adakalannya kerisauan wanita itu tidak bertempat
langsung.
“Sampai
bilalah kau nak membujang Rian. Umur kau tu bukannya makin muda. Uban pun dah
tumbuh dah.” Diselitkan gurauan dalam bicarannya. Sengaja mahu mengenakan
Arian.
“Susah Aya. Perempuan sekarang hanya
pandang harta je. So, macam manalah aku aku nak pilih kalau semuanya
materialistik.” Rungut Arian.
Kata-kata
Arian itu memang banyak benarnya. Memang Arian banyak berdampingan dengan
wanita. Namun kebanyakan wanita hanya mendambakan harta dan pangkat yang
disandangnya. Bukan kerana dirinya sendiri.
“Itu
sebab kau berdampingan dengan perempuan yang dah kenal dengan kau. Cuba kalau
perempuan cari seorang perempuan dan kau tackle dia. Kau menyamarlah yang kau
ni orang susah. Hah, amacam? Ada geliga tak otak aku ni?”
“Geliga
tengkorak kau, bila rahsia ni pecah je, mesti perempuan tu tinggalkan aku.
Lepas tu aku pun merana lagi.” Bidas Arian sambil tergelak-gelak.
“Wah,
kau pernah merana ke? Tak pernah nampak pun.” Dia tahu Arian maksudkan dirinya.
Tapi sengaja dia buat tak tahu. Usik mengusik seperti ini sudah lali diantara
dia dan Arian.
“Mana
nak nampak. Kau asyik nampak Mikhail je.”
Dayana
hanya tergelak. Sedikit pun tidak mengambil hati dengan kata-kata Arian. Dia
kenal Arian bukan sehari dua. Kata-kata Arian itu umpama dilalukan pada angin
sahaja.
“Nak
buat macam mana. Rezeki dapat suami hensem.” Gelak lagi. Sesungguhnya keceriaan
itu adalah rahsia kejelitaan untuk awek muda tau.
“Amboi,
syok betul dia gelak eh? Tak macam mak orang langsung.” Dayana sendiri tidak
sedar sejak bila suaminya itu sampai. Dengan senyuman yang masih menghiasi
wajahnya, Dayana menghulurkan salam.
“Entah.
Bilalah kau ni nak berubah Aya.” Giliran Arian pula yang mengelengkan kepala.
Konon-konon seperti tidak berpuas hati dengan kelakuan Dayana.
“Amboi,
dua lawan satu mana aci.” Bentak Dayana tidak berpuas hati. Sejak dia kembali
berbaik dengan Mikhail, hubungan diantara dua orang lelaki itu sudah kembali
erat. Malah lebih erat berbanding dahulu. Inilah hikmah yang disembunyikan oleh
Allah. Jangan pernah berfikir yang derita itu akan bertandang selamanya, pasti
akan ada cahaya kebahagiaan satu hari nanti.
“Aya
ajaklah Yani geng dengan Aya.” Usul Mikhail sambil mula mendapatkan tempat di
sisi isterinya itu.
Kalau dulu, pasti dia akan cemburu gila
bila Dayana bersama-sama dengan Arian. Kerana dia sentiasa merasakan Arian
melebihi dia dalam apa jua perkara sekalipun. Namun kini, mereka sudah menjadi
sahabat baik. Malah ada sesetengah rahsia hanya diketahui olehnya tanpa
pengetahuan Dayana.
“Yani
tu tak payahlah. Nanti dia sibuk nak jadi geng dengan Rian.” Rungut Dayana
lagi.
“Buruk
weh muka kau bila kau merajuk.” Sejurus itu, Arian hanya tergelak sakan.
Walaupun sudah menjadi ibu pun, perangainya masih tidak pernah berubah. Dayana
dayana.
“Malaslah
layan korang. Baik pergi main dengan budak-budak ni.” Sejurus kemudian, terus
Dayana bangun dari duduknya dan berlari ke arah Dayani dan Zikri.
“Tak
pernah berubah jugak perangai dia.” Tergeleng-geleng kepalanya dengan perangai
Dayana itu. Gadis yang dulu pernah mendapat tempat dihatinya.
“Aku
bersyukur yang dia tak berubah. Kalau dia berubah, mesti dia tak akan terima
aku lagi.” Ujar Mikhail perlahan. Terhenti kunyahan Arian yang baru menjengah
ke dalam mulut.
“Kisah
lama tak perlulah diulang semula.” Segulung senyuman dihulurkan buat sahabatnya
itu. Usahlah terlalu dikenangkan masa silam itu. Lagi pula, dia sudah nampak
sinar kebahagiaan dalam pandangan mata Dayana.
“Aku
tanya sikit boleh?” Agak teragak-agak Mikhail untuk melahirkan pertanyaan.
Namun segenap hatinya terlalu ingin mengetahui jawapannya.
“Kau
ingat aku kaunter pertanyaan ke hah? Hahaha, tanya jelah. Tak kena bayar pun.” Sempat lagi dia bergurau.
“Kau
masih sayangkan Aya?” Arian tersenyum mewah. Sudah menjangkakan hala tuju
soalan Mikhail.
“Maaf
kalau aku cakap yang kasih sayang aku tak pernah luput untuk dia.” Seketika,
hanya kebisuan yang menemani.
“Tapi
kau jangan salah faham. Aku sayang dia tak lebih dari seorang sahabat. Tak
lebih dari seorang sepupu dan tak lebih dari seorang abang untuk adiknya. Dan
aku tahu, walaupun kau akan lukakan dia satu hari nanti pun, dia tak akan boleh
terima aku sebagai suami. Dan aku pun tak boleh nak terima orang yang aku
pasti, aku tak boleh bahagiakan dia sebagaimana yang kau mampu buat Khail.”
Mendalam
maksud kata-katanya itu. Dan dia memang betul-betul memaknakan setiap tutur
katanya. Dia sudah sangat pasti yang jodoh dia bukan bersama dengan Dayana.
“Kau
pun jangan salah faham jugak. Aku bukan sangsi atau berfikiran yang
bukan-bukan. Aku cuma sekadar bertanya.” Jelas Mikhail. Dia tidak mahu lagi
berlaku salah faham diantara mereka. Cukup-cukuplah yang lepas-lepas.
“Kau
pun, sudah-sudahlah membujangnya. Cari seseorang yang boleh jaga makan minum
kau.” Usik Mikhail. Baginya, orang
sekacak dan sebaik Arian perlu teman yang akan menjadi pendorong semangatnya.
Moga lebih bersemangat untuk meneruskan hari esok.
“Setakat
nak jaga makan minum tu, baiklah aku cari orang gaji.” Tergelak besar
kedua-duanya. Dayana yang memandang dari kejauhan tersenyum di dalam hati. Dua
orang lelaki kesayangannya sudah menjadi rakan karib. Tidak ada lagi hal yang
bakal mengusarkannya lagi.
“Alah,
aku kan tunggu Dayani membesar. Nanti aku pinanglah dia. Hahaha.”
“Suka
hati kau je eh. Aku tak akan setuju. Lagipun Yani tak mahu nyer orang tua macam
kau ni.” Bidas Mikhail balik.
“Yani,
yani nak tak kahwin dengan uncle?” Terus Arian bertanya sambil memeluk anak
gadis Mikhail itu tika Dayani berlari untuk menghilangkan kehausan.
“Nak.
Uncle baik, hensem, banyak duit.” Tergelak semua yang mendengar jawapan Dayani
itu. Terus Arian menghadiahkan sebuah ciuman di pipi gadis yang banyak mulut
itu.
Dayana
dan Mikhail saling perpandangan.Apa yang mereka mampu lakukan ialah tersenyum
dan mendoakan kebahagiaan Arian. Kesabaran Arian untuk menempuh hari esok akan
dibayar oleh Allah satu hari nanti.
***
Ariana
berlari keanakan bila mendapati yang dirinya sudah kelewatan. Hendak buat macam
mana, meeting habis lambat. Mujurlah Arian bukan lelaki yang kuat membebel.
“Hei,
bertahun dah abang tunggu tau.” Perli Arian sambil memulakan pemanduan.
Sedangkan Ariana hanya mampu tersengih-sengih.
“Salah
bos lah sebab dia tu tak habis-habis lagi nak berborak. Padahal meeting dah
habis lama dah.” Kini giliran Ariana pula yang merungut.
“Tulah,
kalau kerja dengan abang kan senang.” Ariana buat muka tak ada perasaaan. Dia
bukannya ingin menolak permintaan abangnya itu, namun dia tidak berapa suka
bekerja bersama ahli keluarga. Bimbang nanti perkara yang tidak memuaskan
hatinya di pejabat akan dibawa ke rumah.
“Alah,
kalau abang jadi bos Riana, lagilah susah. Abang kan cerewet.” Dia ketawa
sedikit. Sekadar ingin mengenakan abangnya itu.
“Eh,
pandai-pandai je. Apa bukti yang menunjukkan abang ni cerewet?” Hah, cepat
tunjukkan bukti Ariana!
“Kalau
abang ni tak cerewet, mesti dah lama abang kahwin dengan pilihan mak kan...”
Arian dah agak dah. Mesti topik kahwin juga yang menjadi pilihan adiknya itu.
Apalah yang hendak dibimbangkan. Dia baru mencecah umur 28 tahun. Bukannya tua
sangat.
“Cerewet
bab kahwin, tak semestinya sama dengan cerewet jadi bos.” Balas Arian tidak
mahu kalah.
“Alah,
sama je. Bukan ke karekter kita yang sedia ada ke yang membawa kita menjadi
seorang pemimpin. Kalau abang cerewet nak cari pasangan, dalam semua perkara
pun, abang mesti dalam kategori orang yang cerewet.”
Arian
mengaru-garukan kepalannya yang tiba-tiba terasa gatal. Susah juga hendak
berbahas dengan orang yang banyak cakap ni. Adoyai.
“Eh,
bang! Riana nak singgah kat butik kejap. Nak ambik baju yang Riana tempah bulan
lepas.” Tergeleng-geleng kepala Arian dibuatnya. Apalah nasib dapat adik macam
Ariana ni?
“Jangan
lama sangat.” Awal-awal lagi sudah diberikan peringatan buat adiknya itu.
Ariana tu bukan boleh kira sangat. Nak ambil baju kang macamlah nak buat
sepasang baju lamanya.
“Yes
bos!”
Perlahan-lahan
Ariana membuka pintu butik itu. Terjengul wajah seorang gadis yang mungkin
berusia awal dua puluhan.
“Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” Ramah bicaranya. Kalau macam ni, boleh tempah
lagi baju kat sini.
“Saya
nak ambil baju yang saya tempah minggu lepas.”
“Oh,
kejap eh. Maya, Cik ni datang nak ambil baju tempahan.” Ujar gadis itu kepada
sahabatnya.
“Datang
nak ambil baju ya... Ada resit tak?” Terus Ariana menghulurkan resit yang
sedari tadi berada di gengamannya. Matanya ralit memandang gadis yang kecik
molek itu. Wajahnya bagai tidak asing dalam kotak memorinya.
“Ini
baju Cik. Cik boleh buat pembayaran di kaunter depan ya.” Ariana masih lagi
tidak berkelip memandang. Tiba-tiba, mulutnya seakan-akan ringan sahaja
menghulurkan pertanyaan.
“Awak
ni dulu student Uitm kan...” Ya, dia benar-benar pasti yang dia kenal gadis
yang bekerja di butik ini.
“Aah...
tapi saya tak habis belajar pun. Sorrylah, awak kenal saya ke?” Tanya Maya
teragak-agak.
“Kita
pernah sekelas waktu kelas management dulu kan. Mungkin awak dah tak ingat
kot.” Maya cuba memerah kembali kepala otaknya. Namun yang dia pasti, dia sudah
pun membuang segala kenangan yang tercipta sewaktu dia keluar dari Uitm dulu.
“Sorylah..
Saya memang cepat hilang ingatan sikit..” Ariana hanya tergelak kecil. Dia tahu
kisah yang menghimpit gadis itu. Dia tahu perkara apa yang membuatkan Maya
berhenti belajar satu ketika dahulu.
“Dah
lama dah kerja kat sini?” Sekadar berbasa basi. Hmm, gadis ini masih cantik
seperti dahulu. Sudah berpunya ke belum agaknya?
“Lama
jugak. Dah dua tahun dah. Hmm, baru pertama kali hantar baju ke?” Giliran Maya
pula yang melontarkan pertanyaan.
“Aah.
Ada kawan rekomenkan butik ni. Jadi, kaulah yang jahit baju kat sini eh?”
Rasanya, penggunaan ayat ‘aku’ ‘kau’ itu lebih kelihatan mesra dari pengunaan
ayat ‘saya’ ‘awak’.
“Aah.
Mungkin waktu kau hantar dulu aku cuti kot. Harap kau sukalah air tangan aku
yang tak seberapa ni.”
“Eh,
aku kena pergi dulu ni. Kang bising pulak cik abang aku tu.” Setelah bersalaman
dan membuat pembayaran, Ariana keluar dari butik dan terus mendapatkan
abangnya.
“Hei,
dah berbulu dah abang tunggu kau tau.” Mujurlah dia seorang yang jenis
bersabar. Kalau tidak, sudah lama ditinggalkan adiknya yang kaki shopping itu.
“Alah,
sorylah bang. Tadi kebetulan jumpa member lama.” Ariana menghadiahkan senyuman
sumbang bin sumbing.
“Kesian
dia tau.” Pancing Ariana lagi. Tidak mahu jika mood Arian bertukar rentak.
“Kenapa
dengan dia?” Masih fokus memandu.
“Dia
berhenti belajar dulu. Padahal waktu tu dah sem empatlah kalau tak silap.”
Ariana cuba menjejaki kenangan yang sudah mula kabur dari kepala otaknya.
“Kenapa
dia berhenti?”
“Masalah
keluarga.” Tidak semua orang mengetahui kisah yang terjadi disebaliknya. Dia
tahu perkara ini pun dari mulut kawan baik Maya sendiri.
“Kenapalah
nak campur adukkan masalah keluarga dengan pelajaran. Belajar jelah.” Komen
Arian. Tiba-tiba dia berasa tidak berpuas hati.
“Abang
tak faham. Kalau tak silaplah, dia berhenti belajar sebab ayah dia meninggal.
Lepas tu kakak sulung dia pulak buat hal. So dia ambik keputusan untuk
berhenti.”
“Alah,
semua tu atas kehendak diri sendiri jugak. Belajar kan dapat duit pinjaman.”
Protes Arian lagi. Terlebih tidak berpuas hati pulak.
“Dia
mungkin boleh guna duit pinjaman tu. Habis tu, mak dia macam mana? Adik-adik
dia macam mana pulak? Tak kanlah nak pentingkan diri sendiri.” Keras nada
suaranya. Tidak menyokong kenyataan abangnya sebentar tadi.
“Kakak
dia buat hal apa? Tak kan tak boleh sara mak dengan adik-adik dia?” Hanya
sebuah keluhan yang kedengaran. Ariana menghadapkan pandangan ke luar.
“Riana,
abang tanya ni?” Tegur Arian. Entah hilang kemanalah dia mengelamun.
“Kakak
dia kahwin dengan orang kaya. Terus lupakan keluarga. Sebab nilah yang meragut
nyawa bapak dia.” Terdiam Arian dibuatnya. Memang berat beban yang tergalas.
“Sayang
je belajar tak habis. Dahlah dia tu pandai tau. Tapi nak buat macam mana.
Mungkin bukan rezeki dia kot. Sebab tu dia sekarang bekerja di butik tu. Jadi
tukang jahit.” Terang Ariana tanpa dipinta.
“Wah,
kalau macam tu, bolehlah abang ngorat dia eh.” Sengaja Arian mengusik. Manakala
Ariana hanya mencebik.
“Confirm
dia reject abang.” Terpinga-pinga Arian dibuatnya.
“Asal
pulak? Apa, tak cukup hensem ke abang ni?” Sejak adiknya itu bekerja di Kuala
Lumpur, barulah hubungan mereka akrab. Jika tidak, masing-masing membawa haluan
masing-masing.
“Dia
tak suka orang kaya. Dia benci gila.” Berkerut dahi Arian mendengarnya.
“Eh,
abang kaya ke? Baru abang tahu hari ni.” Terus Ariana mencubit abangnya itu.
Tidak pernah serius.
“Orang
serius ni? Huh!” Marah Ariana.
“Bukan
semua orang kaya tu teruk dik oit. Ramai lagi oran kaya yang berhati mulia.
Permikiran dia tu perlu diubah.” Kata-kata Arian itu memang banyak betulnya. Namun
hati yang sudah dirasuki dendam tidak akan semudahnya dibasuh sebegitu sahaja.
Kalau guna clorox sekalipun, belum pasti dapat membersihnya.
“Betul
ke abang nak ngorat dia?” Tiba-tiba Ariana merasakan yang idea gila Arian ini
masuk dek akal jugak. ‘Mungkin abang dapat merubah perspektif Maya tentang
orang kaya.’
“Eh,
tadi abang main-main jelah. Malulah nak ngorat-ngorat ni. Kalau dia ngorat
abang nanti, boleh jugak abang pertimbangkan nanti.” Mati terus senyuman yang
menghiasi wajah Ariana sebentar tadi.
“Kalau
macam tu, sampai tualah abang membujang.” Bengang betul kalau bercakap dengan
Arian ni. Ada sahaja yang tidak kena di hatinya.
Arian
tersenyum sahaja. Senang dapat mengenakan adiknya itu. Namun ingatannya bagai
tergarit pada gadis yang menjadi sebutan Ariana itu?
***
Arian bergegas keluar dari office setelah
mendapat panggilan telefon daripada Ariana yang mengadu keretanya rosak
berhampiran dengan pejabatnya.
“Macam
mana boleh rosak ni?” Ariana hanya mendengus apabila mendengar pertanyaan abangnya
itu.
“Tanyalah
kereta ni sendiri?” Benggang sungguh agaknya.
“Kalau
kereta ni boleh bercakap, mesti dia cakap yang tuan dia ni banyak songeh
sangat. Sebab tu dia meragam.” Sempat lagi Arian mengusik adiknya yang sudah
menghalakan muncung sedepa itu.
“Abang
ni kan, sama je bengong macam kereta ni jugak.” Hah, tak pasal-pasal dia pun
terkena tempias kemarahan adiknya itu. Ariana terus masuk ke dalam kereta.
Sengaja membiarkan Arian kepanasan keseorangan.
Tiba-tiba
Ariana keluar dari kereta dengan muka yang masih mencuka. Entah berapa kali
matanya melirik ke arah jam tangannya.
“Bang,
lambat lagi ke ni? Riana nak cepat ni.” Gesa Ariana. Dia ada meeting penting
hari ni.
“Abang
pun tak berapa nak pasti apa problem kereta ni. Jom abang hantar Riana dulu.
Kereta ni abang panggil mekanik tolong check.” Tercengang Ariana mendengar
penjelasan abangnya itu. ‘Kalau tak tahu, cakap jelah awal-awal. Ni sengaja nak
control macho. Hampeh betul!’
“Eee,
cakap jelah awal-awal kalau tak tahu.” Gumam Ariana tidak berpuas hati.
“Lah,
abang ingat problem biasa je. Manalah abang tahu kalau kerosakan dalaman ni.
Abang bukannya mekanik dik oit.” Balas Arian tidak mahu kalah. Namun tiba-tiba
ada senyuman yang terlukis di wajah Ariana yang sedari tadi asyik moody je.
“Apalah
abang ni. Kereta Riana tak sembuh-sembuh jugak tapi baju abang tu dah
mengalahkan mekanik kereta dah Riana tengok.” Perli Ariana sambil tergelak
kecil.
Barulah
Arian perasan yang bajunya terpalit minyak hitam kereta Ariana. Dia ikut turut
tersenyum. Sekurang-kurangnya dapat membuatkan adiknya itu tersenyum. Ariana ni
ada mood yang tersendiri jugak. Salah cari pasal, tak pasal-pasal dia boleh
mengamuk tau.
“Nak
hantar kat mana ni?” Tanya Arian sejurus mereka masuk ke dalam perut kereta.
“Hantar
kat Legend Hotel. Riana ada meeting dengan client.”
“Balik
nanti macam mana pulak. Nak suruh abang ambik ke?” Tanya Arian ambil tahu.
Ariana satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jadi, dia perlulah
bertanggungjawab dengan segala tindak tanduk adiknya itu memandangkan ibu
bapanya tinggal di kampung.
“Tak
payahlah. Riana ambik teksi je. Tak pun suruh client tu tolong hantar.” Selamba
sahaja bicaranya.
“Okay,
jaga diri tau.” Arian melahirkan peringatan tika pemanduannya sudah sampai di
perkarangan Hotel.
“Hahaha.
Kelakar nasihat tu. Of course lah bang. Ini Arianalah” Apa yang mampu Arian
lakukan ialah mengeleng. Mujurlah adiknya cuma seorang. Kalau sepuluh orang
berkelakuan macam ni, hmm botaklah kepalanya nanti.
***
Arian
memberhentikan kereta di tepi jalan. Fikirnya, dia ingin membeli minuman untuk
membasahkan tekak yang kehausan.
Usai
membayar, dia terkejut apabila sebuah kereta ingin melanggar seorang mak cik
yang sedang melintas jalan. Dia yang terkaku tidak sempat melakukan apa-apa.
Namun mujurlah seorang gadis terus menerpa mak cik tersebut dan mengheretnya ke
tepi jalan.
“Mak
cik tak apa-apa?” Tanya Maya gusar. Matanya memerhati pada kereta BMW yang baru
sahaja meloloskan diri.
‘Kurang
ajar. Kau ingat, kau pakai kereta mahal, aku takut ke?’ Tanpa berfikir panjang,
matanya meliar ke arah sekeliling. Mencari-cari sesuatu untuk dibaling ke arah
kereta tersebut.
“Eh,
Cik nak buat apa tu?” Tegur Arian pelik apabila dia melihat gadis tersebut
mengutip beberapa biji batu di tepi jalan.
“Orang
macam ni memang kena ajar sikit.” Sejurus kemudian, dia terus membaling
batu-batu kecil itu ke arah kereta mewah tersebut. Dan balingannya tepat sekali
kerana batu tersebut terkena cermin belakang kereta.
‘Mampus!’
Itulah perkataan yang ada di dalam kepala otak Arian sekarang apabila melihat
kereta tersebut membuat pusingan u-turn dan berjalan ke arah tempat mereka.
“What
your problem? Kalau cermin kereta aku ni pecah, siapa nak ganti hah?” Jerkah
lelaki tersebut. Maya tersenyum mengejek.
“Habis
tu, kalau nyawa mak cik ni melayang, kau boleh ganti ke hah?” Lawan Maya...
Jangan biarkan lelaki tak guna macam dia ni hidup berleluasa di muka bumi ni!
Arian
tersenyum dalam hati. Mengagumi keberanian gadis yang nampak sahaja kecil, tapi
kata-katanya pedas mengalahkan cili boh. Tapi, cili boh memang tak pedas pun
kan...
“Masalahnya
sekarang, mak cik ni yang tak nampak kereta aku! Bukan salah aku.” Arian
kembali fokus dengan pertengkaran dua orang manusia ini.
“Bukan
salah kau, kau cakap? Kau tu yang memandu macam orang mabuk lepas tu nak
salahkan mak cik ni pulak. Dasar lelaki tak sedar diri.” Kali ini, kemarahannya
sudah tiada tandingnya lagi. Memang dia bengang tahap gaban!
“Eh,
cakap jelah yang korang nak duit.. Tak payah nak buat drama macam ni. Dasar
pengemis.” Dengan belagaknya, lelaki tersebut mengeluarkan beberapa not
berwarna biru dan dibaling ke arah gadis tersebut. Sesungguhnya, anda memang
sangat biadap wahai lelaki!
Secepat
kilat Maya mengutip duit yang bertebangan di sana-sini itu. Lelaki bongkak itu
tersenyum mengejek. Mula beranggapan yang dia telah menang dalam pertarungan
tanpa pengadil ini.
“Ni
duit kau eh... Sory, kami bukan pengemis!” Seraya itu, terus Maya mengoyakkan
duit tersebut dan dibaling ke arah pemuda yang belagak sombong bin bagus itu.
Jelas
kelihatan lelaki tersebut megetap bibirnya. Mungkin gadis tersebut sudah
melebihi batas kesabarannya. Ataupun dengan lebih jelas, gadis genit itu sudah
mencabar kesabarannya. Lantas terus tangannya diangkat tinggi. Baginya,
perempuan sebegini memang layak mendapat pelempangnya.
“Bro,
aku rasa memang kau yang bersalah dalam hal ini.” Halang Arian. Cukup-cukuplah
drama tanpa pengarah ni.
Maya
tersenyum puas. Dalam hatinya kelegaan sedikit. Jika tanpa bantuan lelaki baik
hati ini, mungkin dia sudah lumat dikerjakan oleh lelaki biadap ini.
“Kau
akan terima balasannya.” Ugut lelaki tersebut dan berlalu dengan kemarahan yang
bukan sedikit.
“Aku
tak takut langsung. Kau dengan keturunan kau, memang aku benci sangat.” Arian
dapat merasakan kebencian gadis genit itu. Auranya bagai menyerap ke dalam
jiwanya.
“Kau
tunggu jelah.” Terus lelaki tersebut pergi meninggalkan yang lain-lain.
“Kita
kena bawak mak cik ni pergi klinik. Awak boleh ikut saya sekali?” Tanya Arian
teragak-agak sedikit. Entah kenapa, dia terasa ingin mengenali gadis itu dengan
lebih rapat. Keberanian gadis itu memang menawan kalbu.
“Boleh
je. Nak pergi naik apa?” Sekurang-kurangnya dia perlu membalas jasa lelaki itu
yang membantunya tika tangan lelaki biadap itu hampir hinggap di pipinya.
“Naik
kereta saya.” Maya membantu Arian tika mengendong mak cik itu. Yang peliknya,
mak cik itu sedikit pun tidak berkata apa-apa.
“Kereta
siapa ni?” Tanya Maya tidak berapa senang hati. Dia memang anti gila dengan
spesis orang kaya ni.
“Ni
kereta bos. Saya driver je.” Tipu Arian. Mujurlah Maya mempercayainya apabila
melihat kemejanya yang kotor terpalit minyak hitam kereta Myvi adiknya tadi.
“Saya
Arian, awak?” Arian memulakan perbualan tika mak cik tersebut sedang diperiksa
oleh doktor.
“Maya.
Hmm, nama awak macam orang kaya.” Tergelak besar Arian mendengarnya. ‘Punyalah
anti dengan orang kaya, sampaikan nama aku pun dia kata macam orang kaya.
Dasyat punya manusialah.’
“Mungkin
sebab dulu mak saya nak saya jadi orang kaya kot.”
“Buat
apa jadi orang kaya. Orang kaya bukannya berguna sangat.” Sekilas, dia
melemparkan pandangan pada gadis yang sedang duduk disebelahnya. Perilakunya
macam seseorang. Tapi siapa eh?
Akhirnya,
mak cik itu keluar dari bilik pemeriksaan doktor. Doktor juga ikut turut keluar
sekali.
“Macam
mana dengan mak cik ni doktor? Sebab dari tadi dia asyik senyap je.” Tanya Maya
ambil berat.
“Sebenarnya
mak cik ni bisu. Hmm, hanya luka kecil sahaja. Tak ada apa yang perlu
dirisaukan.” Melopong Maya dan Arian setelah mendengar penerangan doktor. ‘Bisu
rupanya.’
“Terima
kasih doktor.” Ujar Arian seraya bersalam dengan tuan doktor.
“Puan
Habsah.” Panggil jururawat yang bertugas di kaunter pembayaran. Terus Maya
bangun memandangkan dia tahu akan nama mak cik itu berdasarkan kad pengenalan
yang diberi.
“Berapa?”
Tanya Maya.
“Tiga
puluh enam ringgit.” Maya membuka beg duitnya. Cukup-cukup untuk membayar bil
rawatan mak cik Habsah. Namun apa yang hendak diberikan kepada ibunya nanti.
‘Ya Allah, bantulah hambamu yang kesempitan ini.’
“Biar
saya yang bayar.” Seakan-akan mengerti kedaifan gadis itu, Arian menghulurkan
bantuan.
“Eh,
tak apalah. Saya boleh bayar.” Masih lagi berdegil sedangkan dia tahu yang
lelaki ini hendak membantunya.
“Kalau
macam tu, apa kata kalau kita bayar separuh sorang.” Usul Arian. Dengan sedikit
senyuman, akhirnya Maya bersetuju. Arian mula sudah dapat membaca kelakuan
gadis ini. Bukan pujukan bertalu-talu
yang diperlukan, tetapi sedikit toleransi sudah dapat melembutkan pemilik hati gadis ini.
Usai
menghantar mak cik bisu itu ke rumahnya melalui alamat kad pengenalannya, Arian
menawarkan diri untuk menghantar Maya pula.
“Eh,
berhentikan saya kat tepi jalan ni je. Saya boleh balik sendiri.” Kalau boleh,
dia tidak mahu Arian tahu tempat tinggalnya.
“Tak
apalah. Hari pun dah lewat petang. Biarlah saya hantar awak balik.” Kalau
boleh, dia tidak mahu terputus hubungan dengan Maya. Entah kenapa, ada sesuatu
yang membuatkan Maya begitu menarik di pandangannya.
Akhirnya
Maya beralah sahaja. Ditunjukkan hala tuju menuju ke rumahnya. Arian tersenyum
kemenangan di dalam hati.
“Terima
kasih.” Ujar Maya lantas keluar dari perut kereta. Belum sempat Arian ingin
meminta nombor telefon.
‘Tak
apalah Rian, kau dah tahu rumah dia. Kalau tak jumpa dia, terus jelah terkam
rumah dia. Hehehe.’Hah sudah, penyatkit gatal Arian dah mula dah... Relaks
Arian.. Janganlah gelojoh sangat.
Dulu
dia akui, dia terlewat tika menyuarakan isi hatinya pada Dayana sehingga
membuatkan wanita itu setia menunggu Mikhail. Namun kali ini, dia tidak akan
terlewat lagi. Dia akan pikat Maya sehabis-habisnya. Itu tekadnya kini.
P/S: jangan bengang-bengang.. saja nak buat promosi untuk cerpen nih.. insyaAllah akan diterbitkan bulan 4 nanti oleh KS... versi cerpen punya.. moga2 x ada aral yang melintang piukang kanglah!!! hehehehe.. kalau nak tahu kesudahannya,,, kena beli tau!!!
uwaaaaaaaaaaaa nk curang ngn khail la..nak arian..adeh..terjatuh tergolek dah neh..uwaaaa KS cepat la....
ReplyDeletehahaha.. sampai tergolek ke kak??
Deletearian ni hero kesayangan sy tau... hehe..
Best....nampaknye arian ketemu bahagia....cik writer jgn bg arian merana ye....Good job
ReplyDeleteyla..promote la dlu ye..bez pe cte neh..hehe..intresting..nk tau gk arian lh tackle ke x si maya 2..heehe
ReplyDelete