Kisah ini menceritakan tentang sepasang kembar seiras
yang berlainan pendapat, berlainan perangai, berlainan serba-serbi tapi
mempunyai kasih sayang yang erat. Bagi Faraneesha, adik kembarnya itu adalah
sumber kekuatannya! Bagi Farafeesa pula, kakak kembarnya itu adalah
kelemahannya.
Kisah cinta Farafeesa
bermula begini....
Cerita cinta bermula apabila Ezrakil yang
merupakan majikan Farafeesa mula terpesona dengan tingkah Farafeesa. Kedegilan
Farafeesa, kecantikan Farafeesa, kelincahan Farafeesa mencairkan hati
lelakinya. Namun dia sedar yang hati Farafeesa tersangatlah liat! Tanah liat
pun boleh dilentur namun sikap keras Farafeesa sukar ditebak!
“Saya cintakan awak Feesa... dan saya mahu menghabiskan baki
kehidupan saya bersama dengan awak seorang je...” Masa seakan-akan
terhenti tika Ezrakil meluahkan rasa hatinya.
“Tapi saya tak cintakan Encik
Ezrakil....” Tolak Farafeesa terus. Dia tidak mahu terus menyimpulkan rasa hati
yang sudah sedia tersimpul. Hubungan ini memang tidak akan pernah menjadi. Kerana
Farafeesa mengidap penyakit yang boleh membawa maut! Dia tidak mahu
memperjudikan hidup Ezrakil! Cinta ini tak akan ada kesudahan yang baik, jadi
tidak perlu dipanjangkan lagi cerita ini!
Kisah
cinta Faraneesha pula lain bentuknya.
Rasa
hati Faraneesha telah dirantai dengan cinta Luqman. Bagi Faraneesha, Luqman
adalah segala-galanya. Lelaki itu terlalu istimewa. Dunia terasa seperti milik
mereka. Namun pemergian Luqman secara tiba-tiba itu melumpuhkan jiwa
Faraneesha. Lantas dia terhumban dalam lautan kesedihan yang tidak terperi.
"Selamat
tinggal sayang.. Saya tahu ini menyakitkan, meninggalkan luka yang mendalam,
tapi saya tahu awak pasti bertahan. Hidup bukan untuk bersedih. Awak hanya
harus memilih.... Meski harus menahan pedih.. Saya tahu awak mampu...”
Terdengar satu bisikan lembut di telinganya. Air mata Faraneesha menitis lagi.
Kemunculan
Nazreen yang menyerupai Luqman itu membuatkan hidup Faraneesha
tunggang-langgang. Kucar kacir tanpa arah yang pasti. Entah kenapa, walau
sejauh mana dia melarikan diri, langkah kaki mereka akan dibawa ke tapak yang
sama.
“Neesha... hati ni.... hati ni.. terlalu rasakan cinta
awak. Kenapa awak perlu menidakkan perasaan awak sendiri? Awak dan saya saling
mencintai antara satu sama lain! Jadi kenapa kita perlu melarikan diri dari
bayang-bayang sendiri! Awak tak penat ke main lari-lari macam ni? Ataupun awak
memang suka saya terkontang-kanting sendiri tanpa jawapan yang pasti! Dan awak
tahu tak sesuatu? Bila awak memutuskan untuk menolak cinta saya,.... semua itu
hanya akan lebih melukakan hati awak
sendiri!” Marah Nazreen. Faraneesha terhimpit sendiri.
Mampukah Cinta menyatukan mereka...???
Ezkakil dengan sikap mendesaknya, Farafeesa dengan
keras hatinya, Luqman dengan ketenangannya, Faraneesha dengan kenangannya dan Nazreen
dengan perasaannya!
Pemergian Luqman membuatkan Farafeesa
ingin menjodohkan Faraneesha bersama Ezrakil. Namun kemunculan Nazreen yang
menyerupai bayangan Luqman membuatkan cerita ini mula menjadi terbalik.
Mampukah Ezrakil memenuhi permintaan Farafeesa? Adakah Faraneesha akan menerima
amanat dari adiknya? Layakkah Farafeesa menyatukan kasih yang tidak pernah ada?
Dapatkah Nazreen merungkai rasa hatinya sendiri? Diperangkap, terperangkap,
memerangkap, terpaksa, dipaksa dan memaksa membuatkan mereka penat dalam
mengejar rasa cinta.
‘Kalaupun cinta itu milik kita, takdir tak
semestinya akan berpihak pada kita...’
Cinta Untuk Sedetik Lagi bakal merungkai
segalanya....
p/s:::: apa perasaan korang bila baca sinopsis ni?? hehehee
waduh...konfliknya udah muncul ye...hehe...keep it up cik sayang...xsbar nk bc yg slbhnya nnt....
ReplyDeleteAkak rasa macam xsabar nak bace versi cetak...
ReplyDeletesedangkn bce sinopsis dia da excited cenggini.. nanti klu da dibukukan.. memang x tdola gamaknya.. terlebih excited.. heheh
ReplyDeletewahhh...best gler sinopsis die..
ReplyDeletesesungguhnye sangat2 lah menarik...xsbr nk tau kesudahannya....heeeee
ReplyDeleteTapi kalau Tuhan dah menetapkan dia untuk kita, dia tetap milik kita...hehehe
ReplyDelete~tengah sabar menanti untuk ketahui penghujunganya~
sy dh lama cri blog cik sara bru jupe,
ReplyDeletedan cite ni menarik sy utk membaca nye.
sgt r teruja bia baca sinopsis dy.
cerita nie penah didramakan ker?..kalu ada msti bestkan..
ReplyDelete