Adelia
terasa seperti hendak pitam apabila melihat keadaan rumah yang tunggang
langgang! Kusyen kecil bersepah sana-sini. Gelas yang sudah diguna tidak
diletak ke dalam singki. Lantai pula dipenuhi dengan sisa makanan ringan.
Baru sahaja balik dari kerja, kerja di
rumah pula sudah menanti! Setiap hari kena berhadapan dengan perkara yang sama
sahaja! Rasa penat mengemas rumah hari kelmarin pun masih belum hilang lagi!
Semua ini membuatkan dia bosan dan fed up!
“Radeya! Raid!” Jerit Adelia lantang!
Hampir terkeluar anak tekaknya. Kemarahannya sudah mula ingin mengalir keluar.
Anak-anaknya itu memang suka mencabar kesabarannya.
“Ya mama!”
Jawab Radeya dan Raid serentak.sambil keluar dari arah dapur.
“Apa ni? Kenapa sampai bersepah macam ni?”
Radeya dan Raid berpandangan sesama
sendiri.
“Abang yang buat sepah mama... dia main
baling-baling makanan!” Jawab si adik.
“Eh, tipu... adik yang mulakan dulu!” Kali
ini giliran si abang pula yang menjawab.
Adelia mula terduduk di hujung sofa.
Pening dengan gelagat si kembar yang makin lama makin nakal! Hilang terus
kesabarannya ditelan dek sifat nakal anak-anak yang makin membesar!
“Boleh pulak kamu berdua main
baling-baling makanan? Walaupun makanan ringan, tetap tak baik! Berdosa! Berapa
kali mama nak cakap? Kenapa kamu berdua ni degil sangat hah? Tak boleh ke kalau
korang duduk diam dalam rumah ni? Kalau tak buat sepah, tak boleh ke? Korang
dah tujuh tahun! Patutnya dah boleh tolong mama kemas rumah. Bukannya
menyusahkan mama!”
Si kembar mula menunduk! Takut memandang
ke arah ibunya yang sedang marah. Masing-masing mula buat muka insaf! Tapi
Adelia tahu, kalau insaf pun sekejap sahaja. Tak sampai lima minit nanti, buat
sepah balik.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Tegur satu
suara. Muka anak-anaknya terus berubah gembira malah terus Radeya dan Raid
mendapatkan papa mereka yang baru pulang dari kerja. Dicium dan dipeluk papa
mereka itu.
‘Aku balik, tak adalah pulak nak peluk
cium? Eee... betul-betul pilih kasih!’ Rungut Adelia di dalam hati.
“Kenapa?” Bisik Rafie di telinga anak
perempuannya ketika mulut Radeya mencium pipinya. Nampak sangat yang mood
isterinya tunggang langgang!
“Mama marah sebab rumah bersepah..” Jawab Radeya.
Juga dengan bisikan. Rafie mula melonggarkan tali lehernya. Sejak akhir-akhir ini,
isterinya itu memang makin kuat berleter.
“Anak awak nilah.. habis rumah jadi kapal
pecah!” Komplen Adelia sambil mula memeluk tubuh! Geram melihat karenah
anak-anaknya! Manja sangat dengan suaminya.
“Apa susah, kemas jelah balik!” Semudah
itu Rafie menutur kata.
“Senang je abang cakap ya? Baru balik
kerja, tengok rumah dah bersepah macam ni! Penatlah saya kalau tiap-tiap hari
nak kena buat benda yang sama jeh! Abang apa tahu? Balik kerja terus makan
lepas tu tidur! Tolonglah faham sikit perasaan saya nih. Saya ni manusia biasa
yang kenal erti penat! Saya bukannya robot! Robot kalau guna dua puluh empat
jam pun boleh meletup!” Kali ini kemarahan Adelia ditujukan kepada Rafie pulak.
Mengharapkan pengertian dari si suami.
“Kan abang pernah cakap dulu, kalau nak
kerja boleh tapi tak dibenarkan merungut penat! Hah, Delia yang pilih macam ni.
Jadi janganlah merungut kalau banyak kerja nak buat. Dah berapa kali abang
suruh Delia berhenti kerja kan.. Duduk rumah jaga anak sudahlah... Abang boleh
tanggung makan pakai Delia.”
Balik-balik isu ini jugaklah yang diungkit
oleh Rafie.
“Delia nak kerja.. Delia nak pegang duit
sendiri. Apa guna belajar sampai tertonggeng dulu kalau hanya untuk duduk rumah
je!” Jawab Adelia geram. Lelaki, memang tak pernah faham perasaan wanita.
“Delia ni dasyat betul! Biasanya orang
frust bercinta je yang menonggeng! Tak pernah pulak abang dengar orang belajar
sampai tertonggeng! Delia memang pecah recordlah!” Rafie tiba-tiba ada idea
untuk mengenakan isterinya. Mata Adelia terbeliak besar.
“Abang!” Jerit Adelia kuat. Orang tengah
serius, dia boleh pulak buat lawak sampai nak terputus fius! Suaminya ini
memang tak berperasaan!
“Hah,kalau nak kerja sangat, janganlah
merungut banyak kerjalah... Rumah bersepahlah... Anak-anak nakallah...Penatlah..”
Ajuk Rafie selamba. Entahlah, sejak dua menjak ini, kasih sayang dalam rumah
tangga ini makin hilang serinya. Entah apalah yang kurang. Dia sendiri tidak dapat
mengesannya.
“Delia tak akan rasa penat sangat kalau
abang dan anak-anak abang ni tolong Delia. Ini tidak, tak membantu langsung!”
Radeya dan Raid mula berpandangan sesama
sendiri. Pening melihat pertelingkahan orang dewasa. Namun tidak pula rasa
ingin menyampuk! Bimbang jika ibunya bakal disampuk kemarahan yang makin
menggila.
“Kenapa Delia suka cakap dia orang ni anak
abang sorang? Deyah dan Raid ni bukan anak Delia jugak ke?” Tanya Rafie geram.
Ini bukan pertama kali dia mendengar ayat yang sama keluar dari mulut
isterinya.
“Memang anak abang pun Sebab dua-dua
menurun perangai abang! Pandai buat sepah sahaja, mengemas langsung tak
pandai!”
Memang anak-anaknya itu menurun perangai
suaminya. Sebijik! Tak ada langsung yang menurun perangainya yang suka
berkemas. Semuanya jenis main campak sahaja! Semuanya suka mengarah! Hidup yang
langsung tidak ada peraturan! Anak lelaki ke anak perempuan ke sama sahaja!
Spesis bapak!
“Dahlah.. balik-balik kerja je dah ajak
bertekak! Abang lapar... Delia masak apa?”
Adelia mendegus! Orang tengah bengang, dia
boleh fikir pasal perut? Eeee... makin lama, makin gila jadinya! ‘Ya Allah,
tolonglah sabarkan aku yang dah mula hilang sabar nih!’
“Delia pun baru balik! Delia tak masak
apa-apa pun lagi dan Delia tak mahu masak! Delia penat! Delia nak rehat! Kalau
abang lapar, pandai-pandailah abang cari sendiri.”
Adelia mencapai beg tangannya yang berada
di atas sofa. Kemudian dia mula menapak ke arah tangga. Ingin meninggalkan
suaminya yang sedikit melopong! Mungkin suaminya itu terkejut dengan
jawapannya. Dalam pada masa yang sama,
memang dia sengaja menyakitkan hati suaminya. Biar suaminya itu tahu apa
yang dia rasa!
“Hah, korang tunggu apa lagi? Pergi kemas
ruang tamu tuh! Bila mama turun nanti, tak kemas lagi, siap korang mama
kerjakan!” Marah Adelia kembali terarah kepada anak-anaknya. Dia bukan sengaja
ingin garang, tapi dia perlu untuk jadi garang. Jika tidak, anak-anaknya itu
pasti akan pijak kepalanya.
Terus Radeya berlari ke dapur. Mungkin
ingin mengambil penyapu. Raid pula terus mengemas kusyen-kusyen yang
berselerakan. Takut jika mama mereka benar-benar mengotakan kata-katanya!
“Aish.. kalau kena cari makan sendiri,
nampaknya kena cari isteri mudalah...” Baru sahaja kakinya mendarat di anak
tangga pertama, terdengar ugutan daripada suaminya. Terus dia berpaling!
“Hah, cubalah cari.. Delia pun nak tengok
sama ada isteri muda abang tu tahan ke tidak dengan sikap abang dan sikap nakal
anak-anak abang tu!” Cabar Adelia tanpa diduga.
“Delia jangan cabar abang?”
“Delia memang tengah cabar abang!”
Mereka saling bertatapan. Mencari redup
kasih disebalik rumah tangga yang makin hilang sinarnya ini. Sejurus selepas
itu, Adelia terus angkat kaki. Malas lagi mahu melayan suaminya. Manakala Rafie
menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan sikap isterinya yang suka bercakap
tanpa berfikir itu.
***
Usai
mandi, Adelia terus memerapkan diri di bilik ke dalam bilik pakaian. Dia mula
rasa seperti hendak pengsan apabila terpandangkan sebakul pakaian yang belum
berlipat. Susah betul kalau tak ada orang gaji!
Itulah,
dulu bukan main lagi menolak kehadiran pembantu rumah walaupun sudah dipelawa
oleh Rafie. Konon-kononya hendak menjadi isteri mithali. Kalau boleh semua
kerjanya hendaklah mendapat sentuhan air tangan seorang isteri! Mahu si suami
sayang lebih! Sekarang habuk pun tarak! Suami entah ke mana. Sayang entah ke
mana. Kerja rumah pun entah ke mana! Semuanya jadi lintang pukang.
Walaupun
matanya sudah terasa berat benar, namun dia masih lagi mengagahkan diri untuk
melipat dan menggosok baju kemeja milik Rafie. Kalau tidak dilakukan hari ini,
bimbang esok makin menambun dan rasa malas mula menggunung!
Tangannya
mula mengangkat kain baju yang sudah dilipat untuk diletakkan ke dalam
almarinya. Masuk sahaja ke dalam kamar peraduan, mata Adelia menangkap susuk
tubuh suaminya yang baru selesai bersolat!
Tanpa
menghiraukan pandangan mata suaminya, Adelia terus membuka almari baju milik
Rafie. Namun baru sahaja dibuka, terjatuh semua baju yang sudah sedia ada di
dalam almari itu.
‘Ya
Allah! Kenapalah kau duga kesabaran aku lagi?’ Tanpa sedar, dia mula merungut
kecil.
“Abang,
kenapa almari abang ni bersepah sangat?” Marah Adelia sudah tidak dapat ditahan
lagi. Tadi anak, sekarang bapak pula!
“Errkk..
bersepah ke? Tadi rasanya elok lagi.” Jawab Rafie sambil mengarukan kepalanya.
Dia buat muka tak bersalah walaupun dia sedar yang dia memang bersalah. Hendak
buat macam mana lagi. Dia memang tak reti hendak mengambil baju tanpa
merosakkan lipatan yang sedia ada.
“Abang
ni kan, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah! Tak boleh ke abang ambil
elok-elok! Baru seminggu Delia tak cara, dah bersepah macam ni. Penatlah bang..
Tolonglah ringankan sikit rasa penat Delia nih!” Daripada marah, nada suara
Adelia sudah berubah menjadi rintihan.
‘Kenapa
susah sangat suami aku ini hendak faham? Sekarang dah jadi banyak kerja pula..
Nak kemas baju yang bersepah, nak susun baju lagi.. Ini belum tengok almari
Radeya dan Raid! Entah macam mana pulak rupanya...’ Adelia sudah pun terduduk
di birai katil. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.
“Sorry
sayang.. abang kan memang ada masalah nak kemas almari..” Rafie sudah mula
mendekat sambil menjatuhkan tangan di bahu milik Adelia. Tangannya dengan
perlahan mengurut lembut bahu isterinya.
Seketika,
Adelia sedikit terbuai dengan urutan lembut itu. Namun apabila mendapati yang
suaminya itu sudah mula berkelakuan aneh, Adelia terus bangun. Faham benar
dengan perangai Rafie yang suka mengambil kesempatan itu. Mungkin selama ini
dia kalah, tapi kali ini dia tak akan kalah lagi! Tak akan!
“Hah,
nak ambik kesempatan lah tu!” Tidak faham betul dengan perangai lelaki ini.
Perempuan tengah marah pun, masih sempat nak beromantik! Dia bertekad untuk
menjadi perempuan yang tidak mudah dipujuk!
“Ambik
kesempatan apa pulak? Abang nak bermanja dengan isteri abang jeh...” Rafie pun
ikut turut bangun. Makin lama, dia mula tidak faham dengan perangai isterinya
yang makin dingin. Makin lama, makin payah untuk didekati. Kerjanya hendak
marah sahaja!
“Banyaklah
abang punya bermanja! Abang pergi kemas almari abang tuh... Delia dah tak larat
nak tengok! Entah-entah tikus dah berkampung dalam tu.” Adelia terus ingin
berlalu. Kain yang sudah sedia terlipat, hanya dibiarkan di atas katil.
Pandai-pandailah suaminya itu buat sendiri. Dah jadi bapak budak pun tak reti
kemas almari lagi!
“Aahlah..
ada tikus.. Arrgghh..” Jerit Rafie kuat.
“Argghh...”
Adelia yang mendengar kata-kata Rafie terus memeluk suaminya. Dia memang takut
pada binatang itu. Wajahnya disembamkan ke dada Rafie. Tidak mahu melihat tikus
itu.
“Abang..
halaulah tikus tu.. Sebab tulah Delia suruh abang kemas almari. Kan dah ada
tikus.. Eeee... Delia gelilah..” Bulu roma Adelia sudah mula bertaburan. Rasa
geli di sana sini apabila menyebut tentang tikus.
Rafie
terus tersenyum dan membalas pelukan isterinya. “Akhirnya dapat jugak peluk
tikus besar ni.” Sakat Rafie sambil memeluk erat tubuh Adelia.
Adelia
yang sedar dirinya dipermainkan, terus menolak kuat tubuh Rafie.
“Abang
ni memanglah....” Sebab terlalu geram, Adelia sampai kehilangan kata-kata.
‘Kalaulah tak mengenangkan yang dia ni suami aku, dah lama aku sepak masuk
gawang gool! Wahai hati, sabar jelah...’
“Lah,
memanglah abang sayang Delia... Delia tu je yang tak sayang abang!” Luah Rafie
pula. Isterinya itu sentiasa berada di depan matanya, namun entah kenapa,
hubungan ini terasa begitu jauh...
“Kalau
abang sayangkan Delia, tunjukkan rasa sayang tuh! Bukan dengan cara macam ni..”
Suara Adelia sedikit merayu. Dia mahu suaminya menunjukkan keprihatinan dalam
bersama-sama melayari bahtera perkahwinan ini.
“Apa,
selama ni tak cukup ke kasih sayang yang abang bagi?” Terus direntap lengan
isterinya dan ingin dikucup dahi isterinya itu namun terus ditepis oleh Adelia.
“Tengok,
bila abang nak lahirkan kasih sayang, Delia pulak yang menolak! Habis tu abang
ke yang salah?” Rafie sudah mula hendak meninggikan suaranya. Hampir lapan
tahun mereka melayari perkahwinan ini! Tapi kenapa makin lama perkahwinan ini
makin hambar... rasa cinta ini makin jadi tawar....
“Bukan
bentuk macam ni yang Delia mintak! Delia mintak abang faham Delia.. Tolong
Delia. Dulu waktu awal perkahwinan kita, waktu Delia masih belajar, abang boleh
je tolong buat kerja rumah. Waktu Delia berpantang, abang boleh je tolong
apa-apa yang patut! Tapi sekarang abang terus lepas tangan.. Semua kerja pun
Delia yang kena buat. Basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok baju, kemas
rumah.... Semua pun Delia yang buat! Abang langsung tak membantu!”
Adelia
mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Rafie pula mendengus kasar. Rambut yang
berjuntaian di dahi mula dikuak ke belakang. Pelik betul dengan perangai
isterinya ini. Dulu kata lain, sekarang cakap lain pulak!
“Dulu
waktu abang offer orang gaji, kenapa Delia tolak? Kalau dulu Delia boleh buat,
kenapa sekarang Delia nak merungut pulak? Makin lama, abang makin tak faham
dengan perangai Delia!”
“Kalau
abang rasa abang tak faham Delia, Delia lagi tak faham dengan abang!” Cemuh
Adelia pula. Tanpa menunggu lama, Adelia terus angkat kaki.
“Delia, abang belum habis cakap lagi?”
Tutur Rafie keras! Namun Adelia tetap membawa langkah ke bilik iron semula.
Rafie
yang kegeraman terus menyepak almari. Berdetum bunyinya. Tindakannya langsung
tidak memberikan apa-apa kesan malah hanya menempah sakit di kaki sahaja. Rasa
sakit di hati tidak hilang-hilang jugak.
Nampaknya
beginilah rupanya. Seorang ke kiri, seorang ke kanan. Hubungan ini memang sudah
tidak sehaluan lagi. Matanya mula hinggap ke arah almari yang bersepah dan baju
yang tersusun cantik di atas katil.
‘Habis
tu, aku ke yang kena kemas sekarang? Arggghhh.... tension betul!!!’
***
“Delia,
kita kahwin?” Bersembur air yang sedang diminum oleh Adelia taktala mendengar
lamaran dari seorang lelaki yang amat dia sayangngi.
“Hampeh betul! Orang ajak kahwin, dia
sembur minuman pulak.” Komen Rafie sambil mengelap mukanya yang basah dek
semburan yang keluar dari mulut Adelia. Mujur sahaja air masak. Kalu air
berperisa, tak tahulah lagu mana rupanya sekarang.
“Erk... sorry-sorry... Awak pun satu
jugak! Main-main tak tengok tempat. Ada ke ajak saya kahwin!” Terus dilhulurkan
tisu yang memang sudah sedia ada di dalam beg sandangnya.
“Awak ingat saya main-main ke?” Pertanyaan
Rafie membuatkan mata Adelia membuntang. ‘Tak kanlah mamat ni serius kot?’
“Boleh tak jangan main-main?” Adelia mula
rasa hendak marah. Tidak suka jika Rafie ingin mempermainkan dirinya. Otak
lelaki ini bukannya betul sangat!
“Saya betul-betul serius ni! Saya nak ajak
awak kahwin. Saya pun dah beritahu hal ni pada family saya. Dia orang sokong
kalau kita kahwin awal!” Adelia mengelengkan kepalanya apabila mendengar
kata-kata Rafie. Sungguh, dia langsung tidak setuju. Dia baru sahaja berumur
dua puluh tahun! Masih mentah dalam semua perkara. Malah dia juga masih
belajar. Ini semua idea gila!
“Rafie,
umur saya baru dua puluh tahun!” Tegas Adelia keras.
“So,
apa masalahnya? Umur dua puluh tahun pun boleh buat anak apa.” Usik Rafie
sambil tersengih-sengih. Terus Adelia mengetuk kepala Rafie yang beralaskan
topi itu. Kalau bercakap, tak ada bengkang bengkok langsung! Semuanya lurus!
“Muka
awak merahlah Delia....” Usik Rafie lagi. Senang hati dapat menyakat buah
hatinya.
“Muka
awak pun akan merah kalau dapat penampar dari saya...” Terus mati tawa milik
Rafie. Takut jika mengundang kemarahan Adelia. ‘Heh, awal-awal lagi dah takut
bini ke?’ Monolog dirinya sendiri.
“Okay..
okay... sekarang kita serius! Saya betul-betul nak ajak awak kahwin ni..” Rupa,
suara, tingkah Rafie semuanya mula diseriuskan. Dia benar-benar ingin
memaknakan kata-katanya.
“Rafie,
awak tak rasa awal lagi ke? Saya tak pastilah...” Adelia sudah mula tayang muka
was-was.
“Apa
yang awak tak pasti?”
“Errkk...”
Adelia mula terfikir-fkir sendiri. Mencari jawapan yang paling sesuai untuk
membuatkan Rafie faham.
“Awak
tak pasti dengan kasih sayang saya pada awak ke atau awak tak pasti dengan
kasih sayang awak pada saya? Tak pun awak tak pasti sama ada kita boleh kahwin
di usia muda macam ni?” Kata-kata Rafie itu membuatkan otak Adelia
berbelit-belit! Begitu banyak ayat tak pasti derr...
Melihat
muka Adelia yang berkerut itu, Rafie mula menyambung kata. “Delia, saya dah
umur dua puluh tiga. Saya pun dah kerja! Saya tak mahu kasih sayang kita
terpalit dek dosa bila kita selalu keluar berjumpa macam ni! Saya nak serius.
Saya tak fikir umur macam saya ni perlu main-main kot... Saya dah bersedia nak
jadi seorang suami!” Bersungguh benar nada suaranya. Dia perlu yakinkan Adelia
yang jelas kelihatan ragu-ragu itu.
“Tapi
saya belum bersedia nak jadi seorang isteri...” Akhirnya, terkeluar juga ayat
itu dari mulut Adelia.
“Tang
mana yang belum bersedia tu? Tang dapur, tang kemas rumah atapun tang bilik
tidur?” Soalan Rafie ni tak menahan sungguh!
“Awak
betul-betul nak kena lempang ke Rafie?” Aduh, muka Adelia mula diserang kebas
dek rasa malu yang hinggap.
“Errkk..
berdosa besar tau kalau nak lempang suami.” Ujar Rafie sambil tersengih-sengih.
Adelia mula menepuk dahi. Susah betul kalau dapat bakal suami yang tak tahu
malu ini.
“Bakal
suami okay....” Adelia mula memperbetulkan ayat Rafie.
“Hah,
mengaku pun... Jadi, kira setujulah ni eh...”
Adelia
mula memegang kepala sambil berfikir sendiri. ‘Ayat macam tu kira setuju ke?’
“Saya
tengah belajar lagi Rafie.. Tak boleh ke tunggu saya habis belajar. Lagipun
saya tak pasti sama ada keluarga saya setuju atau tak dengan perkara ni!”
Sungguh, Adelia tak mampu hendak berfikir dengan baik.
“Ish,
jangan bagi alasan tengah belajar sebagai salah satu sebab untuk awak tolak
perkahwinan ni. Pernikahan itu adalah tentang kasih sayang! Percaya pada saya
Delia.. Saya kasihkan awak.. Saya sayangkan awak... Saya tak boleh pandang awak
sangat! Sebab awak bukan hak saya! Pandangan yang berlebihan akan menaikan
peratus dosa kita. Awak nak ke dosa kita makin bertambah? Awak tak mahu ke bagi
saya pahala bila saya dapat tengok awak sebagai seorang yang halal di sisi
saya? Awak tahu, bagi saya, seorang isteri itu adalah amanah! Amanah untuk saya
pikul hingga akhir hayat saya!”
Kali
ini Adelia terkedu! Bukan sahaja terkedu malah ikut turut terharu!
“Kalau
seorang isteri itu seperti hamparan dunia, suami pula langit untuk
menaunginya.. Kalau isteri diibaratkan seperti ladang dan tanaman, suami pula
adalah pemagarnya.. Kalau isteri adalah kejora, suami pula adalah bintang!
Tengok, mereka saling melengkapi. Seperti awak yang sentiasa melengkapi saya...
Jadi Nurul Adelia, sudi tak awak menjadi isteri saya?”
Dan
kerana lamaran itu, dia tercampak ke dalam sebuah perkahwinan. Umur yang muda,
telah ditolak tepi. Perangainya yang negatif, terus disepak pergi. Berlandaskan
sebuah pernikahan, dia mula membina motivasi diri untuk terus belajar dengan
lebih cemerlang disamping memperlengkapkan diri untuk menjadi isteri yang
solehah! Dan akhirnya, dia telah berjaya menghabiskan pengajiannya disamping
telah berjaya menjadi ibu muda yang berjaya.
Tapi
itu dulu... sekarang semuanya hampir pudar ditelan masa. Cinta itu hanya tinggal
sejarah! Sejarah yang tidak mungkin akan berulang.
“Weh,
jauh termenung?” Tegur Siti.
“Tak
jauh mana pun!” Jawab Adelia perlahan. Hilang terus ingatannya tentang
peristiwa Rafie melamarnya dulu. Dulu, cinta ini terasa sungguh manis, namun
kini kenapa ia mula bertukar tawar? Ramuan apa lagi yang tak cukup? Aish...
“Kau
ni ada masalah ke?” Tanya Siti ambil berat.
“Mana
ada.. Aku cuma tak cukup tidur jeh...” Jawab Adelia sambil mengeliat sedikit.
“Oh..
tak cukup tidur? Overtime ke semalam?” Adelia menjenggilkan matanya. Susah
betul kalau bercakap dengan bini orang ni! Semuanya hala ke tang tu!
“Banyaklah
kau punya overtime! Dahlah, aku lapar, aku nak makan... Jom kita pergi lunch
dekat Centre Point! Aku teringin nak makan nasi ayamlah.” Adelia sudah mula
mengemaskan mejanya sedikit. Berura-ura untuk keluar memandangkan jam sudah pun
menunjukkan pukul 1 tengah hari.
“Aish..
Mengidam nasi ayam nampak?” Usik Siti lagi sambil ketawa besar.
“Hah,
memang mengidam pun. Bukan mengidam nasi ayam tapi mengidam nak sepak orang!”
Siti ketawa sahaja. Sudah biasa melayan gurauan kasar dari Adelia. Kaki Siti
mula mengekori langkah Adelia yang sudah ke depan.
“Eleh..
gurau sikit pun tak boleh. Manalah tahu kalau-kalau Radeya dan Raid nak dapat
adik ke kan...” Tebak Siti lagi.
“Tak
ada maknanya nak tambah lagi. Ada dua orang tu pun macam dua puluh orang!
Pening aku.” Luah Adelia sambil mula masuk ke dalam perut kereta. Usai
menghidupkan enjin kereta, terus dia menekan punat aircond. Hari ini, terasa
panas sungguh. Entah sebab cuaca ataupun sebab kepanasan di dalam hati!
“Anak-anak
ni rezeki Del.. kalau ada, janganlah tolak! Kalau kau yang dua orang tu terasa
dua puluh, aku yang lima orang ni terasa lima ratus orang!” Siti gelak besar.
Adelia pun ikut turut ketawa. Kadang-kadang dia tabik dengan Siti. Ada masalah
atau tak ada masalah, ketawa tak pernah lekang dari mulut dia.
‘Kenapa
aku tak boleh jadi macam Siti? Aku ni tak ada masalah pun nampak macam ada
masalah! Kalau ada masalah, lagilah bertambah bermasalah!’ Fikirannya mudah
benar memikir yang negatif.
Sambil
memandu, dia mula mengerling sedikit ke arah Siti. Ibu lima orang anak itu tua
empat tahun dari umurnya. Tapi marah benar jika Adelia memanggilnya kakak! Kata
Siti, dia akan nampak tua.
Tidak
sampai lima minit pemanduan, akhirnya tiba juga di destinasi pilihan hati. Usai
mendapatkan parking yang sememangnya sangat limited, Siti terus menjerit riang!
“Yeaahhh... tak sabar nak makan nasi ayam!” Sekali pandang, perangai Siti ini
tidak nampak langsung seperti isteri orang. Gila-gila mengalahkan anak dara
pula.
“Amboi..
semangat kau bab makan ya!” Adelia dapat merasakan yang semangatnya makin
pudar. Tidak bersinar seperti dahulu lagi. ‘Wahai semangat, bangkitlah dari
terus lesu!!!’ Pohon Adelia penuh harapan.
“Hehe...
aku ni bab apa pun tetap semangat! Kau tu kena senyum banyak sikit, kalau tak
kau akan nampak tua sebelum usia kau!” Arah Siti sambil mula membuka pintu
bahagiannya.
Adelia
paksa diri untuk tersenyum! Semangat! Semangat! Semangat!
Siti
yang keluar dari kereta terus mendapatkan sahabat baiknya itu. Entah kenapa
mukanya tiba-tiba berubah kelat!
“Sekarang
aku dah tahu kenapa kau tak boleh tersenyum?” Adelia sendiiri tidak faham sama
ada Siti sedang membuat kesimpulan ataupun sedang menghulurkan pertanyaan.
“Lah,
dah ni kenapa pulak?”
Siti
sebenarnya agak was-was namun segera dia memuncungkan mulut ke satu arah. Terus
mata Adelia melekat pada sepasang manusia yang sedang beramah mesra. Wanita itu
agak seksi namun tidak pula Adelia kenali dan lelaki itu adalah... Rafie!!!
“Korang
memang ada masalah ke?” Tanya Siti teragak-agak sendikit.
“Sekarang
aku dah tahu apa masalahnya!” Putus Adelia geram. Baru semalam dia mencabar
suaminya, hari ini sudah ada calon isteri baru? Ataupun memang selama ini suaminya
itu sedang berlaku curang dengannya? Memang sengaja mencuri kesempatan untuk
menjadikan punca pergaduhan mereka sebagai kunci untuk mendirikan rumah tangga
lagi?
Jadi
apa yang perlu dia lakukan sekarang? Serang perempuan tu? Atau pergi makan
sambil buat tak tahu? Ataupun mintak cerai?
Errrkkk....
cerai? ‘Mampukah aku hidup dengan gelaran janda???’
***
Balik
sahaja rumah petang itu, Adelia langsung tidak bercakap apa-apa dengan Rafie.
Malah ketika mereka makan malam pun, Adelia hanya senyap sahaja! Dia malas
hendak buka mulut. Bimbang jika dibuka, ada juga ditelan suaminya itu. Lagipun,
dia takut jika kata-katanya akan menyakitkan hati suaminya!!
“Kenapa
senyap je ni?” Rafie memberanikan diri untuk bertanya apabila dia menghulurkan
pinggan kotor kepada isterinya.
“Tak
ada apa nak cakap!” Bila Adelia mengenangkan perkara petang tadi, hatinya jadi
sebal! Kesal dengan sikap suaminya itu.
Rafie
mula menggarukan tengkuknya. ‘Agaknya Adelia marah lagi pasal hal semalam kot!
Aduh, makin tua, makin sensitif! Makin kuat merajuk dan makin susah nak
dipujuk!’ Dia mula membuat kesimpulan sendiri.
“Meyh
abang tolong terap pinggan eh!” Pelawa Rafie tanpa disuruh.
“Tak
payah! Pergi duduk depan tengok tv! Biar saya kumpul pahala sorang-sorang!”
Halang Adelia keras! Tanpa sedar tangan kanannya tertempuh lengan Rafie hingga
membuatkan pinggan yang berada di tangan Rafie terlucut.
Prang!!!
Habis berderai di atas lantai.
“Kenapa dengan Delia ni? Kenapa keras
kepala sangat?” Rafie yang pada mulanya hendak memujuk, mula meradang. Pening
melayan sikap isterinya ini! Bukan sahaja boleh kena migrain! Silap hari bulan,
barah otak pun boleh dapat!!!
“Jangan tanya saya kenapa? Awak tu yang
kenapa?” Jerit Adelia pula. Tidak rela membenarkan dirinya ditengking sesuka
hati oleh suaminya.
“Ya Allah... kenapa dengan Delia ni??
Kenapa suka menimbulkan persoalan disebalik persoalan? Kalau abang tanya, jawab
jelah. Susah sangat ke?” Mereka mula membalas kata. Masing-masing mula tidak
mahu kalah!
“Sebab saya tak ada jawapannya.. Jawapannya
ada pada awak!” Mencerlung dia memandang Rafie. Rafie mula perasan pada
panggilan yang digunakan oleh isterinya. Tiada lagi abang dan Delia.. yang ada
cuma awak dan saya.. Satu perkataan yang sememangnya menunjukkan yang hati
mereka sudah mula terlalu jauh... Jauh dari gapaian mereka.
Adelia mula menunduk dan mengutip
sisa-sisa kaca yang berderai di atas lantai. Begini jugalah hatinya. Pecah!
Remuk! Renyuk! Semuanya menjadi satu. Rafie yang melihat ikut turut melutut dan
ingin membantu Adelia mengutip sisa kaca tersebut. Dia ingin menghalang
isterinya, namun perbuatnya telah membuatkan jari Adelia terluka dan berdarah
apabila terkena serpihan kaca.
“Auch...”
“Delia, sorry-sorry... abang tak sengaja.
Abang cuma nak tolong!” Suara Rafie sudah bertukar menjadi rayuan. Tidak rela
rasanya membiarkan hubungan yang sedia jauh ini makin menjauh. Dia pernah
sayangkan Adelia... Dan dia masih lagi sayangkan Adelia. Apa yang mereka hadapi
sekarang adalah satu ujian! Ujian untuk mengikat lagi rasa kasih antara mereka!
Kerana itu, dia ingin membetulkan apa yang sudah mula tidak betul.
“Luka di jari nampak berdarah... tapi luka
di hati lebih teruk lagi daripada ini!” Mata mereka saling beradu. Rafie
sedikit aneh mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Apa sebenarnya
salah dirinya?
Akhirnya Adelia bangun. Dia ingin
melangkah keluar dari dapur. Biarlah sisa kaca itu diuruskan oleh suaminya
sahaja.
“Delia terluka sebab abang kan... Jadi
biarlah abang yang rawat luka tu! Izinkan abang ubati luka Delia tu..” Kata-kata
Rafie yang tulus itu membuatkan langkah Adelia terhenti.
“Kalaupun luka saya sembuh, parutnya tetap
ada sampai bila-bila....” Sekali lagi Rafie tercengang mendengar kata-kata
isterinya! ‘Kenapa hati Adelia sekeras ini? Setahunya, isterinya ini jenis yang
lembut hati. Akukah yang bersalah kerana tidak memahami kehendak seorang
isteri?’
Adelia terus melalukan langkah ke tingkat
atas. Namun apabila sampai ke tingkat atas, kedengaran pula suara Radeya dan
Raid sedang bergaduh kerana berebutkan remote television. Sikap anak-anaknya
itu bagai menyimbah minyak ke dalam api! Makin menyala-nyala rasanya!
“Deyah! Raid! Kenapa dengan korang berdua
ni?” Tengking Adelia kuat. Suara mama mereka itu membuatkan mereka tercengang
dan melepaskan remote control itu ke lantai!
“Adik nak tengok barbies!” Adu Radeya
takut-takut.
“Abang nak tengok hagemaru!” Adu Raid
pulak!
Adelia sudah mula memegang kepalanya. Sebab
yang remeh temeh seperti ini pun hendak bergaduh. Kenapalah anak-anaknya tidak
seperti anak orang lain yang duduk diam dan mendengar kata! Bibirnya diketap
kuat. Nafasnya mula naik turun. Jari Sakit! Hati Sakit tapi percayalah, jiwa
ini lagi sakit!
“Pukul berapa dah ni tak tidur lagi?
Karang mama pecahkan remote tu, biar sampai bila-bila tak payah tengok tv! Nak
ke macam tu?” Nyaring suara Adelia menampan telinga milik Radeya dan Raid.
“Pergi tidur sekarang!!!” Jerit Adelia
lagi dengan suara yang lantang! Dari kecil telah diajar untuk berdisplin! Tapi
sampai sekarang, satu ajaran pun tak lekat!
Radeya dan Raid terus berlari ke arah
bilik masing-masing. Rafie yang baru muncul dari arah tangga itu sudah mula
mengeleng perlahan! Isterinya itu terlalu bertegas dengan anak-anak mereka.
Semuanya nak kena berdisplin! Semuanya nak kena ikut jadual! Budak-budak pun
ada keinginan hati mereka sendiri. Mereka pun ada impian dalam melakarkan
kenangan di zaman kecil.
“Delia, kalau pun marahkan abang, jangan
libatkan anak-anak.” Sudah berapa kali ayat ini diulang kembali. Kadang-kadang
Rafie rasa yang melentur seorang isteri adalah amanah yang lebih berat
berbanding untuk mendidik seorang anak!
“Sebab anak-anak awak pun sama je suka
menyakitkan hati saya!” Adelia kembali membalas kata. Bila terpandangkan wajah
Rafie, automatik kenangan petang tadi menjalar di ruangan mata. Tak pasal-pasal
dia malu gila dengan Siti!
“Deyah dan Raid tu anak kita Delia.. Anak
kita!!!” Kali ini Rafie juga sudah mula berkeras.
“Ya.. memang anak kita! Tapi dia orang
lebih sayang awak! Lebih ikutkan perangai awak! Jadi, tak ada masalah pun kalau
saya gelar itu anak awak kan?”
“Dia pun sayangkan awak Delia.. Tapi dia
orang takut nak mendekat! Takut awak tak selesa dan marah dia orang! Seorang
anak itu tak akan jauh dari ibu bapa kecuali kalau ibu bapa itu sendiri yang
menjarakkan diri mereka!” Sungguh, buat niatnya hendak memerli Adelia. Tapi dia
sedar yang keadaan ini perlu diperbetulkan.
“Jadi semuanya salah saya? Ya... semuanya
salah saya Rafie.. Sayalah orang yang tak memahami.. Sayalah ibu yang tak
berguna dan saya jugak isteri yang tak berguna! Jadi awak boleh hidup tanpa
saya kan, jadi tunggu apa lagi? Lepaskan.....”
“Delia!!!”
Belum sempat Adelia ingin menghabiskan
ayatkan, jeritan Rafie sudah menghentak peluput telinganya. Masing-masing
seperti kelihatan tergamam dan terpana!
“Betullah kan... Awak boleh cari isteri
yang jauh lebih sempurna.. Isteri baru untuk mengantikan tempat saya..” Sayu
sahaja nada suara Adelia. Dia cuba bertahan untuk tidak menangis! Dan akan
tetap bertahan...
Kali ini Rafie sudah kehilangan kata-kata.
Apa yang isterinya ini katakan ini? “Apa yang Delia merepek ni? Abang dah cuba
perbaiki apa yang tak kena dalam rumah tangga kita, tapi abang tengok, Delia
yang asyik larikan diri! Kalau Delia nak lari, abang sanggup kejar... Tapi bila
Delia macam ni, abang tak tahu nak buat macam mana lagi?” Entahlah, dia sudah
hilang daya untuk memujuk hati Delia.
“Sampai bila awak nak berahsia? Penipuan
tak akan mampu membuatkan saya tersenyum Rafie.. sebab penipuan ni makin
menyakitkan hati!” Tekan Adelia sambil jari terlunjuk dihalakan ke dadanya.
“Rahsia apa ni? Abang tak pernah rahsiakan
apa-apa pun dari Delia! Kalau bercakap tuh, jangan fikir hati Delia je.. Hati
abang, Delia tak fikir pulak? Kita ni suami isteri.. Mana boleh fikir bahagian
masing-masing. Kita kena sama-sama fikirkan perasaan kita..”Suara Rafie sudah
mula mengendur. Cara apa lagi yang dia perlu lakukan untuk membuka kembali
simpulan kasih ini?
“Jangan letak kesalahan dekat bahu orang
lain kalau awak sendiri tak mampu nak menggalasnya!” Adelia sudah tidak berdaya
untuk berhadapan dengan Rafie saat ini. Dia bimbang jika perbalahan ini makin
jadi panjang.
“Apa salah abang? Cuba Delia beritahu?”
Desak Rafie sambil merentap lengan Adelia apabila isterinya itu berjalan
dihadapannya untuk masuk ke dalam bilik. Dia pening apabila Adelia sering
menyalahkannya tapi tidak pernah diterangkan tentang skop kesalahan yang
dilakukan!
“Pandai buat salah, pandai-pandailah fikir
sendiri!” Ditarik tangannya yang kemas di dalam pegangan Rafie. Sekali lagi dia
membiarkan Rafie termanggu sendiri.
‘Kenapa kau tak terus terang je dekat
Rafie yang kau dah tahu tentang hubungan sulit dia tu?’ Tanya suara hatinya
keras.
‘Sebab aku tak mahu Rafie fikir yang aku
ni jenis cemburu buta dan aku akan nampak lemah dihadapannya malah dia pasti
akan gembira melihat aku sengsara seperti ini!’ Jawab satu suara lagi.
‘Mungkin dia dengan perempuan tu tak ada
apa-apa! Kau tak perlu menuduh di curang sedangkan jika dia tak melakukan,
perkara ini akan jadi fitnah! Sanggup ke kau menfitnah suami sendiri?’
Adelia mula meramas rambutnya. Ya Allah..
sungguh, hatinya kusut! Jiwanya bercelaru! Kata hati dan akal fikiran
bertelagah sesama sendiri namun soalannya masih lagi tergantung tanpa jawapan. Kalau benar apa yang dia fikir ini tidak
benar, dia sudah berdosa besar dengan suaminya. Menuduh curang! Malah sudah
banyak kali dia meninggikan suara kepada Rafie.
Tanpa membuang masa lagi, terus Adelia
melangkah ke bilik air. Hati yang gundah ini perlu ditenangkan dengan titisan
wudhuk. Dia ingin melakukan bersolat. Supaya dapat mengembalikan ketenangan
yang hilang.
***
Adelia
terjaga dari tidurnya. Rupa-rupanya dia tertidur selepas solat tadi. Matanya
mula memandang ke arah katil yang kosong! Kemana suaminya? Keluar mencari
perempuan tadi ke? Hati mula dibakar amarah pabila fikiran melencong dari
landasan
‘Jangan
cepat berprasangka buruk Delia! Entah-entah suami kau ada kat luar!’ Bisik kata
hatinya. Matanya mendarat pada jam dinding yang sudah mencapai angka satu pagi.
Perlahan-lahan
dia menapak ke muka pintu. Apabila dikuak pintu biliknya, kelihatan susuk tubuh
Rafie yang sedang tertidur di atas sofa sambil tangan kanan lelaki itu terletak
di atas kepala. Hati Adelia mula diruntun pilu. Mungkin dia yang bersalah!
Tanpa pertanyaan dan usul periksa, dia menuduh suaminya sendiri.
‘Sejak
bila aku jadi macam ni? Sejak bila aku cemburu buta seperti ini?’ Lantas dia
terus berjalan mendekati suaminya.
“Abang...
abang...” Kejut Adelia sambil menepuk lembut bahu Rafie.
Rafie
yang mendengar suara lembut itu mula ingin membukakan matanya.
“Arrghhh....!!!”
Jerit Rafie sambil bangun dn menyilangkan tangannya di wajah. Terkejut kerana
melihat susuk tubuh yang serba putih itu.
“Abang...
ni Delialah!” Ucap Adelia sungguh-sungguh. Terus dia ketawa kecil. Suaminya ini
tak pernah berubah! Penakut yang amat. Lantas dia mula mendapatkan tempat di
sebelah Rafie.
“Ish....
kenapa pakai terlekung ni? Buat terkejut abang je? Ke memang sengaja nak
takutkan abang?” Rafie mula menyapu dadanya apabla menyedari yang wanita
berterlekung itu adalah isterinya. Dia memang sejenis lelaki yang darah gemuruh
sedikit! Tak boleh terkejut sangat. ‘Ceh, mengaku jelah yang kau tu memang
penakut!’
“Delia
tertidur lepas solat tadi.. baru je terjaga. Nak cari abang.. bukan nak
takutkan abang... Dah tahu yang abang memang penakut. Hmm, kenapa tak masuk tidur dalam bilik?” Entah kenapa, mereka
berdua seakan-akan terlupa yang mereka baru sahaja gaduh besar! Pelik kan? Tapi
dalam rumah tangga memang tak ada yang pelik.
“Abang
ingatkan Delia tak bagi abang masuk! Jadi abang tidurlah dekat sini..” Jawab
Rafie senada. Tapi dia mengerling sedikit ke arah isterinya yang ikut turut
senyap. Namun dia sedikit lega apabila mendengar nada suara Adelia yang sudah
lembut seperti biasa. Malah isterinya itu tidak lagi membahasakan diri awak dan
saya. Lega sedikit hatinya apabila mengenangkan yang hubungan ini akan pulih seperti biasa!
“Ni
kenapa kejut abang ni? Nak goda abang ke?” Usik Rafie sambil merapatkan bahunya
di bahu Adelia. Dia mula tersengih-sengih! Sengaja hendak menyakat Adelia.
Sudah lama rasanya hubungan mereka kering kontang tanpa sebarang usikan manja.
Yang ada hanyalah rasa tidak puas hati sahaja.
“Abang,
tolonglah jangan buat muka macam tu!” Adelia faham dan kenal sangat muka gatal
suaminya itu. Sebenarnya dia ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang wanita
yang bersama dengan suaminya tadi!
“Kalau
abang nak buat jugak, Delia nak buat apa dekat abang?” Muka Rafie sudah mula
mendekat hingga berlaga hidungnya mereka berdua.
“Delia....”
Belum habis kata-katanya, hujahnya telah mula dipatahkan oleh si suami.
“Hmm,
Delia nak senyap sendiri ke atau nak abang senyapkan?” Rafie mengangkat
keningnya sedikit sambil tersenyum kacak. Adelia mula telan liur. Hilang hendak
bertanya, lain pula jadinya! Aduhai suami, isteri tengah marah-marah pun,
sempat lagi dia hendak bermanja!
***
Entah
kenapa hari ini Adelia rasa kalut semacam! Habis kerja di pejabat jadi
tunggang-langgang. Mujur sahaja ada Siti yang memperbetulkan kesalahannya. Jika
kertas kerja sudah dikemukakan kepada pihak atasan, pasti jenuh nak menjawab.
Nanti tak pasal-pasa menempah nama buruk. Sudahlah projek bernilai
berjuta-juta!
“Kau
ni kenapa Del? Tak bincang ke dengan suami kau semalam?” Tanya Siti sambil
mengelengkan kepalanya. Selalunya Adelia bukan begini.
“Lebih
dari perbincangan pun...” Jawab Adelia sambil meleretkan suaranya.
“Dah
tuh, tak jumpa-jumpa lagi jalan penyelesaiannya?” Tanya Siti lagi.
Sebenarnya
Adelia memang sudah melupakan isu semalam. Malah apabila dia membuka mata pagi
tadi, dia sudah bertekad untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih! Namun
sekarang, air yang jernih itu mula mengering hingga mula menjadi kontang!
Sekontang rasa hatinya tadi.
Ini
semua gara-gara dia mula membaca mesej di telefon suaminya yang berbunyi.
Thanks a lot yunk!! Ini yang buat I makin sayang kat u nih..
Sekarang,
Adelia benar-benar rasa yang dirinya seorang yang amat bodoh? Bodoh kerana
terpedaya dengan gelaran seorang suami! Semalam seenaknya mengungkap rasa
kasih! Siang pula cari mangsa lain. Sungguh, kalau ikutkan hatinya tadi, hendak
sahaja ditampar wajah Rafie. Namun kerana melihat Rafie yang seakan-akan
tergesa hendak ke pejabat, dia tahankan dahulu amarahnya.
‘Entah-entah
nak pergi kerja awal sebab nak jumpa perempuan tuh?’ Fikiran buruk datang lagi.
Adelia mula merengus kuat!
“Del,
aku rasa better kau ambik cuti! Otak kau ni macam tak center sangat hari ni!”
Risau Siti dibuatnya. Tak guna jugak pergi kerja kalau fikiran melayang ke
lain. Mungkin sahabatnya itu perlu berehat untuk menenangkan fikiran. Kalau
tak, Adelia akan menambahkan lagi kerjanya yang sudah sedia banyak!
“Aku
ambil emergency leave lah.. Aku rasa aku nak pergi satu tempat!” Adelia sudah
mula kalut mengemas mejanya yang berselerakan seperti otaknya jugak.
“Kau
nak pergi mana?” Siti sedikit risau kalau Adelia melakukan sesuatu yang diluar
kawalannya.
“Kau
bukan nak bunuh diri kan?” Tembak Siti selamba apabila soalanya tidak mendapat
sebarang respon daripada Adelia.
“Weh,
aku ni ada Iman lagi! Tapi apa nak jadi lepas ni, jadilah! Yang penting, aku
tak boleh hidup dalam pembohongan ni lagi.” Terus Adelia bangun dan keluar dari
biliknya. Meninggalkan Siti yang terkulat sendiri.
***
Setelah
hampir dua jam duduk di dalam kereta, akhirnya saspek yang dikehendaki mula
memunculkan diri. Bukan main mesra sambil bergelak ketawa lagi. Tidak sia-sia
Adelia menunggu di dalam kereta di bawah pejabat Rafie. Akhirnya kantoi juga
lakonan mereka berdua ini. Tanpa menunggu masa lagi, terus Adelia keluar dari
kereta dan mula menapak ke arah pasangan sejoli itu!
Apabila
pandangan Rafie mula terhala ke arahnya, suaminya itu mula buat muka pelik!
Konon-konon seperti terkejut! Jangan nak terkejut sangatlah!
“Eh,
apa sayang buat kat office abang ni?” Tanya Rafie ramah. Namun dia sempat
menjeling ke arah perempuan di sebelahnya.
“Nak
tengok sama ada suami saya ni buat kerja ke atau cari kerja lain!” Sinis suara
Adelia menampan telinga Rafie.
Rafie
mula rasa tidak selesa apabila mendengar kata ganti diri yang digunakan oleh
isterinya. ‘Aduh, baru semalam mereka berbaik! Tak kan nak gaduh lagi?’
“Err...
kenalkan ini kawan abang, Yasmin... Min, ini isteri I.. Adelia.” Yasmin terus
tersenyum-senyum ke arah Adelia. Malah tangannya juga dihulurkan ke arah
Adelia. Namun sedikit pun tidak disambut oleh Adelia.
“Jadi,
inilah calon madu saya?” Pandanganya terus menusuk ke arah suaminya. Tidak
dihiraukan riak wajah Yasmin yang sedikit tercengang itu.
“Apa
yang Delia mengarut ni?” Tanya Rafie sedikit panik. Sejak bila Adelia pandai cemburu
menggila seperti ini?
“Bukan
ke awak pernah cakap yang awak nak cari bini baru dulu? Jadi sekarang dah
jumpalah eh?” Sinis Adelia mengerling ke arah Yasmin. Memang gadis itu cukup
sempurna untuk dijadikan seorang isteri. Nak cakap muda, mungkin mereka sebaya!
Nak kata cantik, perempuan ini memang dalam katergori yang cantik. Apa lagi
lebihnya perempuan ini sehingga suaminya ini sanggup menduakannya?
“Awak
dah salah faham Adelia..” Yasmin mula hendak memperbetulkan keadaan.
“Oh...
balik-balik saya jugaklah yang salah! Bila awak dah rampas suami orang, awak
tak rasa serba salah pulak?” Mencerlung mata Adelia memarahi Yasmin. Yasmin
mula mengarukan kepalanya yang tidak bertudung itu.
‘Ya
Allah, perempuan macam ni yang Rafie mahu? Perempuan yang sanggup mendedahkan
kecantikkannya dihadapan dunia? Perempuan seperti ini yang dibanggakan oleh
Rafie?’
Yasmin
mula menarik sedikit hujung lengan kemeja miliik Rafie namun cepat-cepat Adelia
bertindak dengan menepis tangan itu kasar!
“Delia!”
Rafie sudah mula hendak menyinga dengan perangai tanpa usul periksa isterinya
itu. Susah jika perasan curiga dan cemburu mula membelit seorang isteri. Lantas
kewarasan akal fikiran hilang ditelan amarah.
“Sebab
perempuan ni, awak sanggup tengking saya Rafie? Kalau awak nak sangat
bersentuhan dengan dia, awak kahwin jelah dengan dia! Saya pun tak sanggup nak
bersekongkol untuk menangung dosa awak!” Adelia mula rasa hendak menangis.
Yasmin
mula rasa serba salah!
“Delia...”
Yasmin mula memanggil lembut. Namun apabila panahan mata Adelia menyerang pandangannya,
terus Yasmin kematian kata-kata. Air liurnya juga seakan-akan tersekat di
kerongkong.
“Saya
tak mahu tanggung dosa kalian... Jadi saya akan benarnya korang berkahwin! Tapi
dengan satu syarat....” Kata-kata Adelia terhenti di situ. Matanya mula mencari
anak mata Rafie.
“Awak
kena lepaskan.... saya...” Air mata Adelia mula menitis untuk menjadi saksi
beban kesakitan di hatinya.
Rafie
tergamam! Yasmin terpempam!
***
Adelia
cuba untuk tidak menangis tapi air matanya tidak mampu ditahan lagi. Bimbang jika
disimpan, ia akan bernanah dan memakan masa untuk sembuh! Tangannya mula
mencapai baju-baju di dalam almari. Dikaut dan dicampakkan ke dalam beg
pakaian. Akhirnya, inilah penyudah kepada rumah tangganya.
“Delia...
Tolong jangan buat abang macam ni!” Halang Rafie apabila melihat perbuatan
Adelia yang memasukkan segala baju ke dalam begnya.
“Awak
yang paksa saya buat semua ni Rafie...” Balas Adelia sambil mula mengemaskan
kain bajunya.
“Abang
tak akan lepaskan Delia! Itu keputusan abang!” Putus Rafie tegas. Susah untuk
dia fahamkan isterinya jika isterinya terus menerus mejadikan emosi dan
perasaan sebagai resepi utama dalam pernikahan mereka ini. Bermula dengan
selisih faham yang kecil, akhirnya mengundang masalah yang lebih besar.
Ya,
Rafie mula mengaku... Dialah yang bersalah kerana kurang peka dalam mengadun
resepi berkasih ini. Dia lelaki yang mengambil temeh semua perkara! Dia sering
membebankan isterinya dengan kerja rumah tanpa menghulurkan bantuan! Lantas
menyebabkan isterinya itu mula tawar hati dengan sikapnya. Masalah ini nampak
remeh, tapi ia terus menjadi berat apabila dihimpun segala sikap buruknya itu.
Dan dikala dia ingin memperbaiki semuanya, di mula sedar yang dia sudah mula
terlewat. Sekarang timbul pula masalah baru. Masalah yang terus menghancurkan
hati isterinya.
“Awak tamak!!!” Jerit Adelia geram.
Sungguh, lelaki memang tidak pernah cukup dengan satu! Sebelum dapat, mulut
manis berjanji macam-macam. Namun kini, semua rasa itu makin tawar! Hilang
manisnya.. hilang masinnya.. hilang masamnya.. cinta ini sudah tidak berperisa
lagi.
“Saya bukan tamak... Tapi saya tahu yang
Yasmin tak boleh jadi isteri sebaik awak Delia... Jadi sebab itu..”
“Jadi sebab itu awak memutuskan untuk
jadikan dia perempuan simpanan?” Adelia terus-menerus menghentam suaminya.
Tidak peduli jika terpaksa memotong kata-kata suaminya itu.
“Saya ni tak ubah macam orang gaji awak je
Rafie.. Tak ubah macam tu kan?” Tanya Adelia dengan suara yang penuh rintihan,
“Abang tak pernah anggap awak macam tu
Delia!” Suara Rafie jugak sudah separuh merayu. Sukar benar hendak memahamkan
isterinya ini.
“Awak tak anggap macam tu tapi itulah yang
awak lakukan...” Adelia mula terduduk di birai katil. Tidak mampu melakukan
apa-apa lagi walaupun untuk menyeka air mata yang mampir di pipi.
“Delia...” Rafie sudah mula melutut..
“Kadang-kadang saya tertanya-tanya mana
salah saya... Saya tahu saya ni banyak kurang Rafie..” Adelia mula teresak.
Melepaskan rasa sesak yang menghuni rasa hati. Rafie terus bangun dan memeluk
isterinya kejap!
‘Kata-kata pujukan tidak akan mampu untuk memulihkan hati Adelia tika
ini! Aku perlu lakukan sesuatu..’
“Delia betul-betul bertekad dengan
keputsan Delia ni?” Tanya Rafie perlahan setelah Adelia melepaskan pelukan.
“Saya tak akan cakap kalau saya tak
fikir!” Keras sedikit nada suara Adelia.
‘Memang sayang fikir.. tapi Delia tak
fikir panjang!’ Rafie mula mengeluh perlahan.
“Delia tak kesiankan anak-anak ke?” Rafie
mula menggunakan anak-anak sebagai alasan. Mana tahu kalau-kalau hati Adelia
kembali lembut.
“Dia orang dah besar.. dia orang pasti
boleh terima. Lagipun berpisah lebih baik dari kita bergaduh di depan mereka.
Benda tu lagi boleh mempengaruhi fikiran dia orang! Awak jangan risau tentang
hak penjagaan anak-anak. Kita akan bergilir-gilir jaga. Saya pun tak berniat
nak pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang!” Keputusan Adelia sudah
benar-benar tekad.
Sekali lagi Rafie mengeluh perlahan. “Kalau
betul Delia nak berpisah dengan abang, abang nak minta satu perkara dengan
Delia!” Pinta Rafie perlahan.
“Apa lagi yang saya boleh tolong awak?”
“Yasmin... dia tak tahu apa-apa tentang
selok belok hal rumah tangga. Jadi, abang nak Delia ajar dia.. Ajar dia cara
untuk menguruskan rumah tangga. Anggaplah ini tugas terakhir dari seorang
isteri untuk seorang suami.” Ujar Rafie perlahan.
Adelia mula berpaling ke arah lain! Tegar
sungguh seorang suami membuat permintaan sebegitu rupa terhadap seorang isteri.
Adakah suaminya ini benar-benar tidak berperasaan?
“Sampai macam ni sekali sayang awak pada
dia?” Tanya Adelia sayu.
“Delia....”
“Baiklah. Saya setuju. Saya harap awak tak
minta apa-apa lagi. Jadi buat sementara ni, saya minta izin nak tinggal kat
sini dulu. Supaya saya senang nak ajar perempuan kesayangan awak tuh!” Tutur
Adelia tidak berperasaan lagi.
“Kalau kita dah berpisah pun, rumah ni
tetap miik Delia.” Balas Rafie perlahan. Sedih sungguh mengenangkan
perkahwinannya dengan Adelia huru-hara seperti ini. Mampukah dia berpisah
dengan Adelia?
“Saya tak mahu.. saya tak mahu berhutang
apa-apa dengan awak Rafie.” Adelia mula menjauh daripada Rafie. Bimbang jika
dia akan kalah dengan pujukan lembut Rafie. Semalam sahaja dia sudah tetewas!
Mungkin sampai bila-bila pun dia akan kekal tewas.
“Abang yang banyak berhutang dengan
Delia...” Kata-kata Rafie membuatkan langkah Adelia terhenti. Agak
tertanya-tanya sedikit.
“Abang mula berhutang bila Delia
menguruskan rumah tangga kita dengan sempurna. Abang berhutang apabila Delia
mengandungkan anak-anak abang. Abang terus berhutang apabila Delia melahirkan
anak-anak abang! Abang terus berhutang kata maaf apabila abang melukakan hati
Delia... Abang berhutang ucapan terima kasih apabila Delia memperlengkapkan
diri abang sebagai seorang suami.. Abang terus-menerus akan berhutang dengan
Delia.. Sampai bila-bila...”
Sejurus selepas itu, Adelia kembali
meneruskan langkah! Memang dia terharu! Namun kata-kata Rafie tidak mampu
memujuk hatinya lagi.
***
“Ini
bilik awak!” Adelia terus membukakan pintu bilik Yasmin. Mulai hari ini, Yasmin
akan tinggal bersamanya. Konon-kononya, kedatangan perempuan ini adalah untuk
memperlengkapkan diri Yasmin dengan kriteria seorang isteri. Setelah
difikir-fikir semula, ini semua kerja gila! Namun dia sudah terlanjur
bersetuju. Kata-kata itu tidak boleh ditarik balik. Yasmin akan tinggal di
rumah ini selama seminggu.
Malah
dia masih ingat lagi kata-kata Rafie. ‘Tolong jangan marah atau sakitkan hati
dia.. Jangan treat dia macam Delia treat anak-anak kita.. Layan dia macam
kawan..” Kata-kata Rafie ini seperti menghiris tangkai hati Adelia.
“Ini
ada beberapa jadual yang perlu awak patuh!” Adelia menunjukkan jadual yang
telah dirangka kepada Yasmin.
“Jadual
apa ni?”
“Ada
jadual untuk kemas rumah, basuh baju, iron baju dan sebagainya. Ada jadual
study anak-anak! Apa perkara yang mereka boleh buat dah tak boleh buat! Ada
makanan yang dia orang boleh makan dan makanan yang dia orang tak boleh makan!”
Terang Adelia ringkas.
“Errkk..
biar betul ini jadual Radeya dan Raid! Dia orang hanya dibenarnya menonton
televisyen sebelum pukul 8. Habis tu kalau bosan macam mana? Lepas tu jadual ni
banyak sangat untuk belajar... Rasanya tak perlu kot awak nak tetapkan
peraturan macam ni! Semua ni akan membataskan masa dia orang. Lagipun dia orang
kecil lagi kot...”
Adelia
mula mengetap bibir. Belum sampai satu jam berada di rumahnya pun, sudah pandai
komplen macam-macam. ‘Hmm, pilihan Rafie memang hebat!’
“Ini
rumah saya jadi awak harus ikut arahan saya!” Suara Adelia sedikit meninggi.
“Oh..
jadi kalau budak-budak tidur rumah saya nanti, dia orang tak perlulah nk ikut
segala peraturan nih! Jadi, peraturan ni tak penting untuk saya!” Dicampakkan
kertas itu di atas katil. Perbuatan yang betul-betul biadap!
“Awak
berada di sini sebab Rafie nak saya mengajar awak tentang selok belok rumah
tangga...” Adelia menyebut secara perlahan sambil menekankan sedikit nada
suaranya. Kesabarannya memang tercabar dengan sikap Yasmin ini. Kesabarannya
makin hilang apabila mendengar tawa Yasmin yang makin meluat!
“Saya
peliklah? Kenapa dia suruh saya belajar dengan awak sedangkan awak pun bukannya
pandai menguruskan rumah tangga. Ialah, kalau awak pandai, tak lah awak nak
bercerai dengan Rafie pulak kan...” Perli Yasmin selamba. Entah kenapa, wajah
dan perangai perempuan ini tempoh hari tidaklah seagresif ini. Mungkin dulu
berlakon.. kononya tak ada apa-apa hubungan.
“Saya
tak peduli dengan apa yang awak nak cakap! Tapi disebabkan awak sedang berada
di rumah saya sekarang, jadi tolong ikut rules yang saya dah tetapkan! Lepas ni
turun bawah. Kita nak masak!” Arah Adelia keras sambil berlalu keluar.
Yasmin
mula tersenyum senang! Senang kerana dapat mengenakan Adelia.
***
Adelia menunjukkan cara untuk memasak
laksa penang! Diterang satu persatu dengan lembut kerana ini adalah makanan
kegemaran Rafie. Jadi dia mahu Yasmin cekap untuk menyediakannya. ‘Hingga saat
aku nak berpisah pun, aku sentiasa meletakkan Rafie sebagai perkara utama dalam
hidup aku! Malah aku sanggup mengajar bakal isteri Rafie sendiri? Wanita yang
telah mengantikan aku di dalam hati Rafie..’
Tapi dahulu, Adelia masih ingat lagi, dia
bukanlah tergolong dalam kategori yang pandai memasak! Semua masakannya
mendapat komen yang negatif daripada Rafie. Tapi yang membuatkan dia terharu
ialah, Rafie tetap akan menghabiskan makananya! Sedap belakang kira, yang
penting Rafie sangat menghargai penat lelahnya berperang di dapur!
Entah kenapa, air matanya mula bergenang
di tubir mata. Dahulu Rafie terlalu menyayanginya! Tapi kenapa perasaan itu
boleh berubah?
“Saya tak sukalah laksa penang!” Yasmin
mula merungut kecil.
“Sama ada seorang isteri itu suka atau
tidak, dia tetap kena pandai masak makanan kesukaan suaminya.” Nasihat Adelia
perlahan. Dia malas hendak mencari gaduh dengan Yasmin. Lagipula, sekejap lagi
Rafie akan datang untuk minum petang! Cepat Rafie datang, cepatlah suaminya itu
balik. Dia tidak betah jika Rafie terus berlama-lama di rumah ini. Bimbang dia
terlupa hendak mengawal perasaannya apabila melihat Rafie dan Yasmin bergurau
mesra.
Sejak kedatangan Yasmin, Adelia
mengarahkan suaminya itu keluar dari rumah. Tidak manis rasanya jika Yasmin dan
Rafie tinggal dalam satu rumah walaupun dia ada di rumah. Mujur sahaja Rafie
menurut tanpa banyak soal.
“Saya peliklah...” Tangan Yasmin sudah
mula bermain-main dengan senduk!
“Apa yang pelik?”
“Awak terlalu mengenali Rafie.. malah awak
terlalu menyanyangi Rafie.. Tapi kenapa awak merelakan perpisahan ni?” Tanya
Yasmin ingin tahu.
“Saya mengenali Rafie yang dulu.. bukan
Rafie yang sekarang!” Adelia tetap menjawab walaupun tangannya sedang ligat
menyediakan bahan masakan.
“Jadi, awak rasa yang perangai dia dah
berubahlah eh... Hmm, barangkali apa yang pernah menjadi kesukaannya dahulu pun
sudah tidak mendapat tempat di hatinya! Mungkin jugak yang dia dah tak suka
makan laksa penang! Ialah, sepanjang kita orang bersama, Rafie tak pernah cakap
pun yang dia suka makan laksa penang!!” Kata-kata Yasmin itu seperti halilintar
yang membelah dada. Tangannya yang sedang mengacau lembut kuah laksa, mula
terhenti.
“Hmm... Sedapnya bau.. Masak apa tu?”
Entah sejak bila Rafie tiba, Adelia sendiri tidak mengetahuinya.
“Mama masak laksa!” Terang Radeya apabila
anaknya itu mula didukong oleh Rafie. Adelia terus berpaling ke arah lain.
“You nak makan dah ke?” Tanya Yasmin
mesra.
“Kejap lagilah.. I kenyang lagi.” Ujar
Rafie lantas meninggalkan dapur.
“Delia, kita hidang kejap lagilah... I
pergi teman Rafie kat depan dulu ya!” Kali ini, Yasmin pula yang meninggalkan
dia tersendirian di dapur. Matanya mula
rasa berat. Mungkin benar kata Yasmin yang suaminya itu sudah berubah selera. Kalau
dahulu, pantang bila masak laksa penang! Pasti Rafie akan serbu dahulu. Kalau
dapat makan, lupa semua benda.
Tapi kini semuanya nyata berubah! Tapi tak
ada yang pelik! Sedangkan kasih boleh berubah, inikan pula makanan kegemaran!
Akhirnya, Adelia melangkah naik ke bilik untuk solat Asar. Kalau Rafie hendak
makan sekalipun, Yasmin ada untuk melayannya!
***
Adelia
mengajar Yasmin cara-cara untuk menggosok baju kemeja Rafie. Sebenarnya gosok
baju ini tidaklah sesukar mana. Cuma agak leceh pada permulaannya sahaja.
“Susahlah...
gosok depan, belakang kedut! Gosok lengan, depan kedut! Gosok atas, bawah
kedut! Gosok bawah, atas pulak kedut!” Komen Yasmin sambil menyelak rambutnya
ke belakang. Mungkin sudah mula kepanasan kerana sedari tadi menggosok baju di
tempat yang sama berulang kali.
“Inilah
kerja seorang isteri.. nak tak nak, kena hadap jugak!” Ujar Adelia sedikit
geram. Kalau boleh, semua benda pun Yasmin hendak merungut!
“Oh
no... Saya tak akan buang masa saya dengan benda-benda macam ni! Banyak kerja
nak buat, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju lagi... So, saya dah
decide yang saya nak hantar dobi jeh! Senang cerita dan settle semua masalah!”
Yasmin mula melontarkan pendapat bernasnya.
“Awak
tak teringin ke nak kumpul pahala sebagai seorng isteri?” Tanya Adelia pelik.
Dia langsung tidak faham dengan cara Yasmin berfikir. Kalau boleh, semuanya
hendak mudah sahaja!
“Pahala?
Betul ke saya akan dapat pahala? Kalau saya merungut dengan kerja-kerja yang
banyak, tak ke nanti kerja saya tu akan jadi sia-sia?” Tersentak Adelia mendengar
kata-kata Yasmin itu.
Ya...
selama ini memang dia sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
isteri dan ibu. Namun adakalanya dia memang kuat merungut! Merungut dengan
kerja-kerja yang tak berkesudahan! Merungut dengan sikap suami yang langsung
tidak membantu! Merungut dengan keadaan yang menghimpit dan akhirnya keadaan
inilah yang membuatkan perasaaannya tersepit!
‘Ya
Allah... jadi selama ini akulah yang bersalah. Akulah yang harus dipersalahkan
atas retak kasih ini... Aku merungut dengan kerja-kerja yang menimbun sedangkan
Engkau sedang menghamparkan diriku di atas padang untuk mengutip sebanyak mana
pahala untuk bekalan di sana nanti. Namun kini, aku sendirilah yang memusnahkan
diriku sendiri. Akulah yang memusnahkan rumah tanggaku sendiri!’
Dan
sekarang... semuanya sudah terlambat... Dia tidak punya ruang lagi untuk
membetulkan keadaan. Dengan mata yang mula berat dengan air mata, Adelia terus
menyambung kerja-kerja mengosoknya. Anggaplah ini kerja-kerja terakhir yang dia
lakukan sebagai seorang isteri. Isteri kepada Rafie Muaayad!
***
Sejak Rafie keluar dari rumah, semua urusan mula
diselesaikan sendiri oleh Adelia. Pagi-pagi lagi, dia sudah mengejutkan Raid
dan Radeya yang perlu ke sekolah. Kebiasaanya dia akan menyiapkan Radeya sementara
Rafie akan menyiapkan Raid! Tapi
sekarang dia perlu menyiapkan kedua-duanya. Hendak harapkan Yasmin, memang tak
dapatlah. Walaupun sudah puas dikejut, Yasmin tetap tidak berganjak. Entah
solat subuh atau pun tidak, Adelia sendiri tidak pasti.
“Raid
sikat rambut sendiri... Mama nak ikat rambut Deya kejap!” Arah Adelia sedikit
kalut. Saat ini, dia teramat berharap agar suaminya ada disamping mereka. ‘Beginikah
hidupku nanti setelah berpisah dengan Rafie dalam erti kata yang sebenar?’
“Mama....” Panggil Radeya perlahan tika
Adelia menyikap rambut anaknya itu.
“Ya sayang...” Sahut Adelia sedikit.
“Kenapa papa tak tinggal dengan kita dah?”
Terhenti pergerakan tangan Adelia.
“Kan papa kerja...” Bohong Adelia sambil
mula memperkemaskan ikatan rambut Radeya. Bimbang jika mengurai dengan
sendirinya nanti.
“Mama kan marah bila Deya menipu! Tapi
mama pun tipu Deya jugak!” Radeya sudah pun berpaling mengadap mamanya.
“Papa tak kerja kan? Papa nak kahwin
dengan Auntie Min!”
“Mana sayang tahu ni?” Setahunya, dia
belum pernah menceritakan hal ini dengan sesiapa pun! Bagaimana pula anaknya
itu boleh tahu? Lagipula, anak-anaknya masih kecil untuk dibebani dengan
masalah rumah tangga kedua ibu bapanya.
“Auntie Min yang beritahu...” Adelia mula
rasa hendak marah apabila mendengar jawapan daripada Radeya. Dia tidak suka
jika Yasmin merosakkan pemikiran anak-anaknya!
“Deya tak suka kalau papa kahwin lain.
Deya nak tinggal dengan papa dan mama! Deya sayang mama!” Radeya terus memeluk
mamanya. Adelia mula rasa terharu. Dulu dia sentiasa merasa yang anak-anaknya
sentiasa melebihkan Rafie kerana Rafie gemar mengambil hati anak-anak
berbanding dirinya yang kerap marah-marah apabila menerapkan displin dalam diri
anak-anak. Tapi sebenarnya, anaknya itu tetap menyayanginya
“Mama, papa dah datang!” Jerit Raid sambil
mula mengambil beg sekolahnya.
“Deya dengan Raid pergi pakai kasut dulu.
Mama nak tengok papa kejap!” Arah Adelia sambil mula bangun dari duduk.
Walaupun Rafie tidak tinggal di sini, suaminya itu tetap datang untuk menghantar
anak-anaknya ke sekolah. Rafie juga akan menukar pakaian kerja di sini sahaja.
Apabila sampai ke kamar peraduan, mata
Adelia mula jatuh pada susuk tubuh Rafie yang sedang mengenakan baju kemejanya
di badan. Malah suaminya itu tergopoh-gopoh
membutangkan bajunya. Tanpa berfikir panjang, terus Adelia mendekat dan
membantu Rafie memakaikan tali leher.
Air muka Rafie jelas terkejut dengan
tindakan Adelia. Akhirnya Rafie hanya membiarkan. “Yasmin tak bangun lagi?”
Tanya Rafie sambil ralit memandang wajah Adelia. Sungguh, dia rindukan
isterinya itu. Terlalu rindu...
‘Aku yang berada depan mata pun, dia asyik
fikirkan Yasmin!’ Adelia mula hendak membentak! Hatinya mula bertakung dengan rasa sebak!
“Belum...”
“Terima kasih.” Ucap Rafie apabila Adelia
selesai memakaikan tali leher. Lambat-lambat dia mula mengalihkan pandangan. Baru
sahaja Rafie menapak sedikit kemudian dia berpatah semula. Dikucup lembut dahi
Adelia. Syahdunya terasa seperti upacara pembatalan air sembahyang mereka dulu.
Memori lama seakan-akan berputar kembali.
Adelia hanya merelakan. Sungguh, dia makin
takut untuk menanti hari esok!
***
“Apa
yang kau buat ni salah Del!” Ujar Siti sedikit keras apabila Adelia
menceritakan serba sedikit tentang masalah yang menyelimuti rumah tangga
mereka.
“Habis
tu kau nak aku buat apa lagi? Dah orang tak sayang... Aku pun tak berdaya nak
merayu... Aku tak boleh halang kebahagiaan Rafie! Aku tak boleh pentingkan diri
sendiri!” Bentak Adelia perlahan.
“Bila
seorang isteri menyelamatkan rumah tangga dia, itu bukannya pentingkan diri
sendiri. Tapi itu untuk kepentingan bersama. Kau kena fikir akibatnya dari
perceraian ni.. Anak kau macam mana? Bila ibu bapa bercerai, mereka sedang
mempertaruhkan masa depan anak-anak! Kau nak hidup anak-anak kau tunggang langgang.
Sekejap dengan kau, sekejap dengan Rafie! Dalam rumah tangga ni kena ada tolak
ansur. Kalu suami terleka, isteri ada untuk menegur. Kalau isteri buat salah,
suami ada untuk perbetulkan salah suami.
Jadi
sekarang, Rafie tergelincir sedikit dari landasan perkahwinan ni. Tapi itu tak
bermakna yang kau pun kena tergelincir sama... Kau lah yang kena pimpin dia..
Pimpin dia untuk kenal balik rasa kasih tu. Kalau kau sendiri rasa yang cinta
kau makin tawar, pandai-pandailah kau taruk gula.. Berpisah macam ni bukanlah
jalan menyelesaian yang baik!” Nasihat Siti panjang lebar. Muka dan suaranya
sengaja diseriuskan. Dia mahu Adelia berfikir panjang.
Kenal
sangat dengan perangai sahabatnya itu. Suka berperang dengan perasaan sendiri.
Suka berfikir cepat tapi tak mahu ambik
tindakan.
“Habis
tu sekarang, kau nak aku merayu suruh Rafie terima aku balik? Macam tu?”
Entahlah, Adelia langsung tidak boleh menggunakan otaknya kali ini. Semuanya
kusut dan tak terurus!
“Aku
tak lah suruh merayu... Aku suruh kau ngorat balik suami kau tuh!” Tersentak
Adelia mendengarnya! ‘Gila betul Siti ni!.. Dia suruh aku mengorat Rafie?’
“Gilalah...”
Sungguh, idea ini langsung tak boleh pakai.
“Hah..
inilah masalah manusia. Cepat sangat berputus asa! Tunjukkanlah skill kau macam waktu mula-mula kau buat dia jatuh
cinta pada kau! Tak kanlah benda-benda tu pun aku nak ajar.. Kalau betul cinta
tu dah hilang, kau kena buat dia jatuh cinta sekali lagi!”
Adelia
mengigit bibir. Tak tahu berkata apa lagi.
***
Entah
kenapa, kata-kata Siti petang tadi bermain di fikiran Adelia. ‘Tunjukkanlah
skill kau macam waktu mula-mula kau buat
dia jatuh cinta pada kau!’
“Delia...”
Teguran itu membuatkan Adelia tersentak sendiri.
“Dah
boleh makan ke belum? Abang lapar sangat ni...” Rafie sudah mula mengusap
perutnya. Adelia hampir-hampir terlupa yang dia sedang memanaskan lauk untuk
Rafie yang datang untuk makan malam walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua
belas malam!
“Erk..
kejap!” Kerana terlalu terkejut, Adelia terus mengangkat periuk panas itu tanpa
menggunakan sarung tangan.
“Auchhh..”
Hampir-hampir sahaja terlucut periuk panas itu namun masih sempat diletakkan
semula di atas dapur.
“Delia...
kenapa ni?” Terus Rafie mendekat sambil memegang pergelangan tangan isterinya. Jari-jemari
Adelia mula merah dan melecur. Tanpa berfikir panjang, terus ditiup jari
Adelia. Biar hilang perit dan sakitnya.
Hampir
menitis air mata Adelia kerana terlalu terharu! Rupanya, masih ada sisa kasih
sayang dalam diri Rafie untuk dirinya!
“Apa
sajalah yang ada dalam fikiran Delia sampai terlupa nak alas dengan kain
sebelum angkat periuk panas.” Bebel Rafie sambil mengelengkan kepalanya.
Isterinya ini memang begini sikapnya kalau berfikir terlalu banyak!
“Fikirkan
abang ke?” Kali ini Adelia agak tersentak sedikit. Terus dia berpaling dari
terus membalas pandangan suaminya. Dia sendiri keliru sama ada ingin mengiakan
atau ingin menidakkan soalan suaminya.
Rafie
mula bangun dan hilang entah kemana. Adelia mula rasa sedih. Adakah suaminya
itu hampa kerana dia tidak memberikan sebarang jawapan? “Meh sini... abang
letak ubat gigi ni.. Biar kulit yang melecur tu lega sikit!” Suara itu sekali
mengejutkan lamunan singkat Adelia. Oh, suaminya itu menghilang kerana ingin
meletakkan ubat gigi di lukanya. Sungguh, Adelia benar-benar rasa ingin
menangis!
“Maaf
sebab ganggu tidur Delia. Pergilah rehat... Biar abang ambik makanan sendiri!”
Sebenarnya dia sengaja datang lewat malam seperti ini. Dia ingin bermanja engan
isterinya. Kerana jika datang awal, Yasmin dan anak-anaknya pasti akan
menganggu waktu untuk dia berdua-duaan bersama Adelia.
“Tak
apalah.. sikit je ni.. Biar saya ambilkan.” Apabila Adelia hendak berdiri,
terus Rafie menahan. Muka Rafie sedikit keruh!
“Tolonglah
jangan berdegil..”
“Delia
duduk sini.. Biar abang ambil sendiri.” Sambung Rafie sambil mengambil pinggan
dan mecedok lauk sendiri. Rafie mula mengambil tempat di sisi Adelia. Sedang
Rafie mengunyahkan makanan, tiba-tiba suaminya itu menyuakan suapan yang berisi
nasi kearah mulutnya.
“Eh, saya dah kenyang dah...” Tolak Adelia
perlahan.
“Ish.. dah lama dah abang tak suap Delia.
Makanlah sikit.. Kalaupun Delia kenyang, sekurang-kurangnya jagalah hati abang
nih!” Adelia tergelak sedikit menyambut kata-kata manis suaminya. Akhirnya,
dinganga juga mulutnya. Menerima sesuap kasih dari seorang suami.
Sambil mengunyah perlahan, Rafie mula
bercerita itu dan ini. Adelia hanya mendengar sahaja. Sesekali menyampuk bila
Rafie membutuhkan jawapannya. Sudah agak lama mereka tidak berbual sebegini.
Dulu, walaupun mereka dekat, tapi perasaan itu terasa seperti terlalu jauh.
Tapi kini, apabila mereka mula menjauh, kenapa perasaan itu mula makin
mendekat?
Kata orang, kasih yang suram hanya akan
bergetar kembali di saat mereka hendak berpisah! Benarkah semua itu?
“Errkk.. Delia....” Panggil Rafie usai dia
membasuh tangannya.
“Hmm...”
“Abang nak tidur sini boleh?” Tanya Rafie
sedikit teragak-agak.
“Hah?” Jantung Adelia seperti gugur
tatkala mendengar kata-kata suaminya.
“Gelap sangatlah malam ni... Abang takut
nak drive sorang-sorang!” Rafie mula buat muka kesian. Adelia terkesima
seketika. Tidak tahu hendak membalas kata. Namun, dia sedia tahu dengan
perangai Rafie yang penakut itu.
“Oh.. thanks sayang! Abang masuk bilik
dulu ya!” Ujar Rafie teruja lantas mencium pipi isterinya itu. Sebenarnya,
Adelia langsung tidak memberikan sebarang jawapan. Sengaja dia buat muka tak
tahu malu dengan naik ke tingkat atas.
Adelia mula menelan air liur yang terasa
kelat. ‘Sekaranglah waktu yang sesuai untuk kau tunjuk skill tu?’ Entah kenapa,
suara Siti mula bergema di cuping telinganya. Aduuhhh... kusut sungguh!
***
Selesai membasuh baju, Adelia mula
melangkah naik ke bahagian atas. Dia ingin menemani anak-anaknya itu untuk
tidur. Walaupun esok hari cuti, dia sudah membiasakan anak-anak untuk tidur
awal. Hari cuti bukanlah waktu untuk membuatkan dia menghapuskan peraturan yang
telah ditetapkan. Kaki yang melangkah mula terhenti apabila terdengar perbualan
di antara Yasmin dan anak-anaknya.
“Alah..
jomlah kita tengok tv.. Auntie ada CD tau.. Cerita tu best...” Pujuk Yasmin
lembut. Kata ibu muda, pastilah hendak membeli jiwa! Radeya dan Raid mula
berpandangan sesama sendiri.
“Tak
boleh.. nanti mama marah...” Jawab Radeya petah!
“Alah,
kalau mama marah, auntie kan ada.. auntie boleh pujuk mama. Dia mesti tak marah
dekat Deya dan Raid!”
“Tak
mahulah.. Nanti mama rotan! Raid tak mahu kena rotan dengan mama!” Jawab si
abang pulak!
“Mama
tak rotan punya.. Kalau mama rotan Deya dengan Raid, auntie akan rotan mama
balik! Alah, jomlah teman auntie tengok cerita ni, lagipun esok kan cuti.” Rayu
Yasmin lagi.
Adelia
masih lagi hendak curi-curi dengar. Ingin tahu juga sama ada anak-anaknya yang
dibelai dengan kedua belah tangannya ini akan mengikuti kemahuan Yasmin ataupun
akan tetap patuh dengan peraturan yang sudah dia tetapkan!
“Adik,
macam mana ni?” Si abang mula melontarkan pertanyaan kepada adiknya.
“Tak
mahulah... adik nak tidur! Adik tak nak kena marah dengan mama!” Hati Adelia
jadi tersentuh mendengar kata-kata anaknya! Selama ini, dia selalu menganggap
anak-anaknya itu terlalu nakal. Tidak mahu mendengar kata-katanya. Namun kini
dia sedar, kenakalan itu adalah salah satu proses pembesaran kanak-kanak. Nakal
itu perlu untuk memastikan otak anak-anak sentiasa cergas! Kenapa dia tidak
terfikirkan semua ini dahulu?
“Abang
pun nak tidur jugak... Bye Auntie..”
Adelia
terus menerus bersandar di tepi dinding. Tanpa sedar, wajahnya mula basah!
Basah dengan kerinduan dan rasa sayang yang makin bercambah!
Setelah
memastikan bayang Yasmin hilang dari pandangan, Adelia terus menapak ke dalam
bilik Radeyah. Sepertinya, Radeya telah mula lena dilulit mimpi. Terus
dihadiahkan satu ciuman di ubun-ubun milik Radeya.
‘Mama
sayang Deya... Mama sayang sangat...’ Ditelus lembut pipi anak perempuannya
itu. Air matanya menitis di pipi. Mungkin benar kata Rafie yang dirinya terlalu
berkeras! Terlampau bertegas dalam mendidik anak-anak. Jadi sebab itu Rafie
perlu memanjakan mereka. Supaya didikan ini akan jadi sempurna.
Kemudian
kakinya menapak ke bilik anak lelakinya pula. Namun pelik kerana Raid masih
belum tidur. Dia sedang berdiri sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.
“Raid tak tidur lagi?” Raid sedikit
tersentak apabila mendengar teguran dari mamanya. Mukanya kelihatan cuak
sedikit.
“Kenapa
ni?” Terus dia tarik Raid dekat dengannya. Dipeluk bahu Raid dengan mesra.
“Raid
tak boleh tidur...” Ujar Raid perlahan.
“Biar
mama dodoikan Raid ya...” Ajak Adelia sambil memandang wajah anak lelakinya
yang sedikit muram itu.
“Betul
ke mama nak berpisah dengan papa?” Sekali lagi Adelia tersentak mendengar
pertanyaan anaknya.
“Ish...
siapa cakap macam tu?”
“Auntie
Yasmin yang cakap.”
Adelia
mula melepaskan keluhan. “Sudahlah sayang.. pergi tidur ya!” Adelia langsung
tidak menghiraukan pertanyaan anaknya. Dia terus menyelimut Raid yang sudah
berbaring di atas katil.
“Mama...”
Panggil Raid perlahan sambil mula bangun dari pembaringan.
“Iya
sayang...”
“Abang
sayang mama...” Terus dipeluk Adelia yang agak tergamam itu. Air matanya
menitis lagi. Terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan dari anaknya itu.
Jika takdir memisahkan dirinya dan Rafie, dia tetap akan teruskan hidup bersama
anak-anak.
“Mama
pun sayang abang...” Adelia terus menemani Raid sehingga anak itu tertidur.
Keluar
sahaja dari bilik Raid, dia terus melagkah ke
kamar peraduan miliknya. Namun ketika Adelia melewati kamar Yasmin,
terdengar gelak tawa yang agak kuat. Mungkin Yasmin sedang berbual di telefon.
Pintu bilik yang agak terbuka itu memudahkan kerja Adelia untuk mencuri dengar
perbualan Yasmin yang sungguh mesra itu.
“I
pun sayang you... Sayang sangat! Sungguh, tak sabar nak jumpa you.. Tak sabar
nak keluar dari rumah yang dasyat nih! Betullah cakap you... peraturan kat
dalam rumah ni banyak sangat!” Suara Yasmin yang manja sampai ke peluput
telinga Adelia.
‘Ya
Allah.. kuatkan hatiku dalam melewati perpisahan ini! Mungkin sudah tersurat
yang cinta ini akan ternokhtah di sini. Mungkin benar yang cinta ini makin
tawar...’ Adelia tidak kuat lagi untuk terus mendengar perbualan Yasmin yang
sememangnya lebih banyak menghiris tangkai hatinya. Jadi lebih baik dia
beredar. Beredar dari terus menyakitkan hati sendiri.
***
Hari
ini genap seminggu Yasmin berkampung di rumahnya. Dari arah pintu bilik yang
terbuka, Adelia melihat Yasmin sedang mengemaskan pakaiannya. Gadis itu
kelihatan ranggi dengan seluar jeans dan t-shirt berlengan pendek. Sekali
pandang, tidak ubah seperti remaja berumur awal 20-an. Mungkin perwatakannya
yang agak manja yang menawan hati Rafie.
Adelia
mula membandingkan dirinya dengan Yasmin. ‘Mungkin sebab aku tak manja.. Aku
tak happy go lucky macam Yasmin! Aku perempuan yang penuh dengan prisnsip dan
perturan! Mungkin perkara inilah yang menganggu-gugat tempatku di hati Rafie.
Biarlah, kalau ini kebahagian Rafie, aku tidak sekalipun akan menghalang!’
“Min...”
Panggil Adelia pendek.
“Oh..
Delia.. masuklah!” Tegur Yasmin sambil mencampakkan barang-barangnya di dalam
beg. Sungguh, dia memang malas hendak mengemas beg baju.
“Ish..
kenapa tak lipat betul-betul?” Adelia pula yang naik rimas melihat gumpalan
baju yang dicampak di dalam beg pakaian Yasmin.
“Errkk...
Saya tak retilah kemas baju!” Jawab Yasmin jujur. ‘Eleh, apa ajalah yang aku
reti!’ Kutuk Yasmin kepada diri sendiri.
“Min
ni sama je dengan Rafie..” Adelia sudah mula mengeluarkan kain baju Yasmin itu.
“Oh...
kita orang memang banyak sangat persamaan kan!” Adelia agak tersentak mendengar
kata-kata Yasmin yang seperti menyatakan ayat dalam terang bahawa antaranya dan
Rafie, terlalu banyak perbezaan!
“Errkk...
saya tak bermaksud nak....” Yasmin mula sedar akan keterlanjuran kata-katanya.
“Tak
apa... Kata-kata awak tu tak berbekas pun di hati saya!” Susah untuk Adelia
keringkan hatinya yang basah! Namun dia perlu mengeringkan hatinya sendiri.
Selepas ini, lebih banyak lagi cabaran yang perlu dia tempuh untuk melewati
kehidupan selepas bergelar janda.
‘Janda...
Ya Allah... kuatkan aku untuk memegang title itu?’
Yasmin
melihat Adelia yang sedang khusyuk membantu mengemaskan kain bajunya itu.
Dilipat dan disusun dengan kemas! Jauh panggang dari api dengan perbuatannya
tadi. Adelia memang isteri terbaik!
“Nak
tak nak., Min tetap kena belajar kemas baju ni.. Sebab Rafie langsung tak boleh
membantu nanti.” Ada tawa yang tercetus di hatinya. Disabarkan hati dan
dikuatkan perasaannya! Dia perlu kuat! Kalau pun bukan untuk diri sendiri,
sekurang-kuranya untuk Radeya dan Raid!
Yasmin
senyap sahaja. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.
“Min..”
Panggil Adelia perlahan sambil mendapatkan tempat di sebelah Yasmin.
“Kenapa
Delia?” Entah kenapa, jiwa Yasmin diserang gundah melihat keadaan Adelia ketika
ini.
“Tolong
saya...”
“Tolong
apa?”
“Tolong
bahagiakan dia untuk saya... sebab saya tak mampu nak bahagiakan dia lagi!”
Tangisan mula berlagu sepi. Mengheret perasann yang terhimpit!
“Delia...”
Yasmin ingin bersuara tetapi suaranya tersekat di kerongkong.
“Saya
terima... Saya terima semua ini dengan hati terbuka! Sayanglah dia macam mana
awak sayangkan diri sendiri Min! Dan ada satu lagi saya minta...” Tangan Adelia
mula mendarat di kepala Yasmin yang tidak beralaskan apa-apa itu.
“..
Jangan biarkan orang kesayangan kita terbeban dengan dosa-dosa yang kita
lakukan. Tutuplah kecantikan ini untuk tatapan suami seorang sahaja.” Adelia
tersenyum manis. Sungguh, senyuman ini lahir dari hatinya yang ikhlas. Dia
telah mula ikhlas melepaskan Rafie.
‘Mungkin
ini adalah jalan terbaik. Mungkin inilah balasan kerana aku sering mengungkit
dengan kebaikan yang aku lakukan. Lupa memandang pada kelemahan yang
berteraburan di sana-sini! Aku mengharapkan teman yang sempurna! Sedangkan aku
sendiri penuh dengan cacat cela.’
“Delia...
sebenarnya...” Yasmin sudah berkira-kira untuk berterus terang namun jeritan
dari arah bawah membuatkan mereka berdua saling memandang. Cepat-cepat Adelia
dan Yasmin turun ke bahagian bawah rumah.
Sesampainya
di dapur, mata Adelia terpandangkan sekujur tubuh Radeya yang sedang terbaring
di atas lantai. Badannya sedikit mengelupur!
“Ya
Allah... Deya!”
“Kenapa
dengan adik ni?” Yasmin mula menghulurkan pertanyaan ke arah Raid yang sudah
menangis. Dia pun ikut turut kalut!
“Adik
makan coklat ni lepas tu tiba-tiba jadi macam ni...” Raid mula menunjukkan
coklat cadbury Nutt itu.
“Macam
mana coklat tu boleh ada dalam rumah ni?” Tanya Adelia sedikit menengking.
“Err...
tu coklat saya Delia.. Saya yang letak dalam peti!” Jawapan Yasmin benar-benar mampu membuatkan Adelia
meradang!
“Ya
Allah.... kenapa kau letak dalam peti? Kau tak baca ke senarai yang aku beri
hari tu?” Terus dicempung tubuh Radeya yang sudah tidak bermaya itu. Mukanya
sudah mula ditumbuhi dengan tompokan merah seperti ruam. Malah mulutnya juga
sudah membengkak!
“Apa
masalahnya sekarang? Coklat je kan?” Yasmin mula membela diri.
“Masalahnya
coklat cadbury tu ada kacang dan Radeya alah pada kacang!” Tengking Adelia kuat
dan mula mencempung tubuh Radeya ke kereta. Yasmin yang pada awalnya sedikit
terpana, mula mencapai kunci kereta yang tersangkut dan mengarahkan Adelia
menggunakan keretanya sahaja yang kebetulan berada di belakang kereta milik
Adelia.
“Tak
payah, kau cuma ketepikan kereta kau...!”
“Delia,
boleh tak jangan berdegil! Nyawa Radeya dalam bahaya sekarang!” Kali ini
giliran Yasmin pula yang meninggi.
“Kau
yang letakkan nyawa anak aku dalam bahaya!” Marah Adelia kuat.
“Mama...
Auntie... janganlah gaduh.” Suara Raid mula mematikan pergaduhan mereka. Anak
itu mula menangis perlahan.
“Delia...
saya tahu awak tengah marahkan saya! Tapi sekarang Deya perlu dihantar ke
hospital. Biar saya drive... Awak teman Deya dekat belakang ya...” Pujuk Yasmin
lembut. Seharusnya, dia perlu lebih peka dengan perasaan Adelia sekarang. Dia
tahu Adelia tertekan.
Akhirnya
Adelia mula beralah dan mula masuk ke dalam kereta Toyota Vios milik Yasmin.
Usai mengunci pintu, kereta Yasmin mula meluncur laju di jalan raya.
***
“Papa...”
Jeritan Raid mula membuatkan Adelia dan Yasmin berpaling. Adelia dengan
tangisannya. Yasmin pula dengan riak wajah yang penuh rasa bersalah.
“Deya
mana?”
“Doktor
tengah chek lagi.” Jawab Yasmin apabila dia tidak nampak tanda-tanda yang
Adelia akan menjawab soalan Rafie.
“Macam
mana boleh jadi macam ni?” Tanya Rafie dengan nafas yang tercungap-cungap! Naik
lelah rasanya berlari mendapatkan isteri dan anak-anaknya yang berada di
ruangan kecemasan ini.
“Awak
tanyalah kekasih awak tu!” Kasar Adelia menjawab. Pandangan Rafie mula beralih
ke arah Yasmin.
“Saya
tak tahu yang dia alah pada kacang!” Jawab Yasmin perlahan. Sungguh, dia sangat
mengharapkan pengertian daripada Rafie
tika ini.
“Tak
tahu? Boleh kau jawab macam tu! Bukan ke aku dah beri list tentang peraturan di
rumah aku! List makanan yang dia orang boleh makan atau tidak!” Marah Adelia
lagi. Namun kali ini dia mengawal sedikit nada suaranya. Bimbang menganggu
keadaan pesakit-pesakit di hospital ini.
“Memang
awak bagi tapi list tu terlampau banyak! Saya tak sempat nak habiskan..!”
“Kalaulah
kau baca list tu... Tentu semua ni tak akan jadi pada anak aku...” Sedari
kecil, anaknya itu memang mengalami alahan yang teruk pada segala jenis
kekacang. Kerana itu dia sentiasa berjaga-jaga dengan pemakanan.
Yasmin
diam. Tidak mampu berkata apa-apa lagi.
“Tak
cukup kau rampas suami aku... tak cukup kau bunuh perasaan aku... tak cukup
lagi ke semua tu sampai kau nak bunuh anak aku pulak!” Adelia makin
teresak-esak. Bahunya terhenjut-henjut menahan rasa tangis yang menggila.
“Sayang....”
Rafie sudah mula mendekat. Ingin memujuk hati isterinya yang rawan dikala ini.
“Jangan
panggil saya sayang kalau awak tak memaknakan kata-kata awak tu Rafie...” Amarah
Adelia mula beralih kepada Rafie pula. Entahlah, dia sepertinya hendak
menyalahkan Rafie sahaja. Kalau Rafie tak memandai suruh perempuan itu datang
ke rumahnya, pasti semua ini tak akan berlaku!
Rafie
tidak menghiraukan kata-kata keras isterinya itu. Dia tetap terus mendekat dan
memaut bahu Adelia. Dia ingin meminjamkan seluruh kekuatannya buat Adelia. Mahu
mententeramkan hati Adelia yang gundah itu.
“Anak
saya sedang bertarung nyawa Rafie...”Akhirnya dia terus menyembamkan muka di
dada Rafie. Segala amarah dan kesedihan bercampur gaul. Dalam diam, Adelia
sebenarnya hendak menyakitkan hati Yasmin! Biar Yasmin sakit mata dan pergi
jauh dari terus menyelit di dalam rumah tangganya bersama Rafie.
“Anak
kita... Anak kita..” Rafie mula memperbetulkan kata-kata isterinya. Dikucup
lembut kepala isterinya. Rafie juga sebenarnya sedang menghilangkan debar milik
sendiri. Dia juta takut kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk dengan anaknya!
Jika perkara itu terjadi, dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya!
Yasmin yang melihat terus meninggalkan
sepasang suami isteri itu sendiri.
***
Adelia
mengusap lembut rambut milik Radeya yang sedang tertidur itu. Mujurlah tidak
ada apa-apa yang menimpa anaknya kerana pihak hospital telah menyuntik
adrenalin ke dalam tubuhnya untuk mengawal alahan yang digelar
anafilaksi!
Anafilaksis
adalah reaksi alergi yang serius. Ia bermula apabila sistem imuniti badan bertindak
balas kepada bahan yang tidak berbahaya kerana menganggapnya sebagai ancaman
berbahaya. Ini yang menyebabkan pembebasan histamin dan bahan kimia lain yang
membawa kepada simptom-simptom yang mendadak dan kadangkala mengancam nyawa.
Mujur sahaja tahap kesihatan Radeya mula
menunjukkan kesan positif namun, anaknya
tetap perlu tinggal di hospital untuk pemerhatian lanjut.
Apa
yang membuatkan Adelia terharu ialah, selama dua hari berkampung di hospital
ini, Rafie tidak pernah sekalipun berganjak darinya. Segala perhatian dan
kasihnya mula mencurah-curah! Sikap tanggungjawabnya, sikap prihatinya, sikap
ramahnya, seakan-akan seperti di awal pernikahan mereka dahulu. Nama Yasmin
terus lenyap daripada mulut Rafee. Namun, dia takut kalau-kalau semua ini
hanyalah mimpi di siang hari sahaja!
Ketukan
di muka pintu membuatkan Adelia berpaling. Serentak matanya menjamah raut wajah
seorang perempuan yang dia kenali. Lantas dia memalingkan wajah ke arah lain.
“Delia...
saya nak cakap sikit dengan awak!” Ujar Yasmin sedikit merayu.
“Saya
tak ada apa-apa yang nak cakap dengan awak!” Tegas Adelia. Dia tidak mahu jika
Yasmin merayu untuk mendapatkan Rafie.. Kerana hatinya terlalu berat untuk
melepaskan Rafie pergi. Terlalu....
“Delia..
tolonglah.. lepas ni saya janji yang saya tak akan ganggu awak lagi!” Adelia
mula memandang ke arah Yasmin. Akhirnya mereka memutuskan untuk ke taman
hospital sahaja. Kawasan disitu agak lapang sedikit dari lalu lalang manusia.
Sesampainya
mereka di taman, Yasmin mula menyerahkan sampul surat berbentuk empat segi.
Namun sedikit pun Adelia tidak menyambutnya.
“Saya
merayu pada awak Yasmin... Tolong... tolong jangan ambil suami saya.” Tangannya
terus menarik lengan milik Yasmin. Merayu dan merintih dengan tangisan di pipi.
Seburuk mana pun hubungan mereka suami isteri, dia sebagai isteri tidak
sepatutnya beralah semudah ini. Seharusnya dialah makhluk yang membela nasibnya
sendiri. Betul kata Siti, dia perlu buat Rafie jatuh cinta semula kepadanya.
Bukan dengan cara melepaskan Rafie pergi dari hidupnya.
“Delia...
apa awak buat ni?” Kaget Yasmin dibuatnya.
“Tolong
jangan ambil suami saya... Tolong jangan rampas kekasih saya... Tolong.... saya
merayu Yasmin... Awak cantik, awak baik.. Awak tak kejam untuk memisahkan kasih
sepasang suami isteri. Awak tak kejam untuk meruntuhkan masjid orang lain
kan....”
“Kenapa
baru sekarang? Kenapa baru sekarang awak merayu...Kenapa tak waktu awak nampak
kami bersama dulu... Saya tak pernah suruh awak dan Rafie berpisah, saya
sanggup bermadu dengan awak! Saya tahu yang Rafie akan berlaku adil. Tapi
kenapa baru sekarang awak merayu setelah semua persiapan dah dibuat!” Kali ini,
giliran Yasmin pula yang memuntahkan amarahnya.
“Dulu
saya ego... Saya sangka saya betul dan Rafie salah! Saya sangka saya boleh
hidup sendiri! Tapi saya sebenarnya tak boleh hidup tanpa Rafie. Setelah lapan
tahun berkongsi segalanya dengan Rafie, saya betul-betul tak sanggup nak
berpisah dengan dia Min.... Bukan sahaja berpisah, malah saya pun tak sanggup
berkongsi dia dengan sesiapa pun!” Adelia sanggup melakukan apa sahaja... Apa
sahaja yang mampu memujuk Yasmin membatalkan hasrat untuk memiliki Rafie.
“Awak
memang pentingkan diri sendiri Delia. Awak hanya fikirkan tentang awak! Awak
tak fikir pulak perasaan Rafie? Perasaan saya sekarang? Setelah awak berikan
saya harapan untuk memilikinya, awak sendiri yang hendak memusnahkannya?”
Tembak Yasmin lagi.
Akhirnya
mereka sama-sama terdiam. Adelia dengan tangisannya dan Yasmin dengan
amarahnya.
“Saya
minta maaf atas segala perkara yang menimpa Radeya. Itu memang kecuaian saya...
Itu memang khilaf saya! Tapi apa-apa yang berlaku pun, perkahwinan ini tetap
akan diteruskan.” Yasmin sudah mula berdiri. Tidak betah jika berlama-lama
bersama Adelia. Bimbang nanti jika jiwanya pula yang kalah dengan air mata dari
kaum sejenisnya. Terus ditinggalkan Adelia sendiri....
***
Rafie
memandang mesej di telefon bimbitnya berulang kali. Mesej dari Adelia yang
menyuruh dia menjaga Radeya di hospital itu mengundang rasa aneh di hatinya.
Apatah lagi bila panggilan yang dia lakukan, langsung tidak mendapat respon
daripada Adelia. Hatinya mula dipagut rasa risau. Bimbang dengan keadaan Adelia
itu.
“Mak,
saya balik rumah kejap ya.. Hmm, mak tolong tengok Deya dengan Raid kejap eh!”
Ujar Rafie sambil bersalam dengan ibunya yang sedang melawat Radeya di
hospital.
“Hah,
elok-elok memandu.” Nasihat Puan Kalsum pendek.
Sesampainya
di rumah, Rafie terus berlari ke tingkat atas. Dia pasti yang isterinya itu ada
di bilik mereka memandangkan kereta isteri Adelia berada di garaj kereta. Pintu
bilik mula ditolak kasar. Matanya sedikit mencerlung apabila melihat Adelia
yang sedang memunggahkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian.
“Adelia!”
Jerit Rafie tinggi.
Jeritan
itu menyebabkan baju yang berada di tangan Adelia mula terlucut. Mereka
sama-sama saling tergamam!
“Sekali
lagi Delia nak tinggalkan abang?” Tanya Rafie keras. Kepalanya digeleng
beberapa kali. Betapa dia kecewa dengan sikap isterinya itu!
“Bukan
ke sebenarnya awak yang tinggalkan saya?” Tanya Adelia pula.
“Abang
keluar rumah, bukan untuk memisahkan kasih kita.... tapi sebab abang nak Delia
sedar yang Delia sebenarnya sentiasa perlukan abang... Abang nak Delia sedar
yang Delia hanya cintakan abang... Abang nak ajar hati Delia yang kering itu
supaya basah bila rindukan abang ...” Kaki Rafie sudah mula mendekat.
Menghampiri isterinya itu.
“Habis
tu apa perlunya Yasmin?” Tanya Adelia dengan tangisan. Sungguh, kata-kata
suaminya itu memang benar. Jiwanya hanya basah dengan kerinduan apabila mereka
mula terpisah!
“Abang
dengan Yasmin tak ada apa-apa... Kita orang cuma berlakon! Berlakon seperti
pasangan kekasih bila sayang berkeras menuduh abang ada hubugan dengan dia... Sebab
itu abang sengaja merancang untuk bawa Yasmin tinggal kat sini. First sebab
abang nak bagi sayang sedar yang tak ada orang yang boleh jaga abang macam mana
yang sayang jaga abang sekarang! Kedua... sebab abang nak buktikan pada sayang,
yang sayang sebenarnya tak boleh hidup tanpa abang! Walau macam mana tawar pun
hubungan kita, manisnya rasa cinta itu sebenarnya masih belum hilang. Maaf
sebab abang terpaksa buat semua ini. Abang perlu selamatkan rumah tangga kita.
Abang perlu selamatkan amanah yang abang jaga selama ni. Abang tak mahu amanah
ni terlucut dari tangan abang.. Terlucut dari jiwa kita... Jadi sebab tu abang
uji sayang... Abang minta maaf...”
Ditarik Adelia ke dalam pelukannya. Wajah
isterinya dibawa rapat ke dada. Biar isterinya itu tahu debaran yang dia
tanggung tika ini. Detak detik jantungnya, hanya kerana Cinta kepada ALLAH yang
disandarkan pada seorang wanita yang bergelar isteri kerana sekali dia sayang,
tak kan dibiarkan kasih itu terlucut dari gengamannya. Isteri adalah satu amanah titipan Allah buat seorang
lelaki. Jadi, seharusnya lelaki menjaga amanah itu dengan sebaik mungkin!
Adelia tersenyum. Sebenarnya dia sudah
tahu. Dia sudah tahu melalui kad yang diberikan kepada Yasmin tadi. Itu memang
kad undangan perkahwinan. Tapi diantara Yasmin dan Megat. Bukannya dengan
Rafie. Jadi dari situ dia mula faham yang suaminya pasti hendak menguji emosi
seorang isteri.
Pada mulanya, memang dia rasa seperti
hendak marah kerana dipermainkan sesuka hati oleh Rafie. Tapi jika tidak kerana
ujian ini, pasti dia tidak akan sedar yang kasih sayang ini ALLAH hadirkan
dalam bentuk ujian. Supaya manusia itu terus bergantung kepadaNYA.. lebih dari
segala sesuatu di dunia ini.
Sebenarnya baju yang diletakkan di dalam
beg adalah untuk merangka percutian semperna cuti sekolah minggu hadapan. Dia
memang biasa kemas awal-awal supaya tidak kalut di kemudian hari. Tak sangka
pula yang Rafie akan berfikir yang dia akan meninggalkan rumah.
“Abang.... Delia nak minta maaf. Kalau ada
tutur kata Delia yang menyinggung perasaan abang! Delia minta ampun... Delia
yang salah.. Delia banyak merungut dengan perkahwinan kita.. Delia cuba mencari
kesalahan abang sedangkan Delia pun banyak cacat celanya! Delia terlalu taksub
dengan peraturan-peraturan dalam rumah ni sehingga membataskan kasih sayang
antara kita! Delia minta maaf bang... Halalkan semuanya..” Adelia mula
tersedu-sedu.
“Sayang...” Tangan Rafie mula mengangkat
sedikit dagu milik isterinya.
“Raya lambat lagilah...” Terus pecah tawa
Rafie. Adelia mula merengus! Orang tengah tangkap cintan, dia boleh buat lawak
bagai pulak!
“Abang ni... Cuba serius sikit!” Marah
Adelia sambil mengesat air mata dan air hidungnya.
Dahi Rafie mula didekatkan ke dahi
isterinya. Makin lama makin rapat...
“Eh, abang nak buat apa ni?” Adelia faham
sangat riak wajah suaminya itu. Ingat sikit bang, dah nak magrib dah nih...
“Abang nak seriuslah ni... Cakap suruh
abang serius.. Abang serius nak buat nih!” Terus Adelia menolak kasar tubuh
Rafie. Susah kalau bercakap dengan lelaki ni. Lantas Adelia hendak berlalu ke
bilik air namun pinggangnya mula dipeluk kemas oleh Rafie.
“Abang maafkan segala kesalahan sayang....
Abang pun nak minta maaf dengan sayang.. Sebab abang, nyawa anak kita hampir
melayang! Abang pun nak mintak maaf sebab tak alert dengan rumah tangga
kita.... Abang selalu ambil mudah semua perkara! Abang selalu buat Delia marah!
Maafkan abang ya...”
Adelia mula berpaling dan mencari raut
wajah suaminya itu. Dia mula tersenyum manis. Apa yang berlaku, pasti akan ada
hikmahnya... Dengan rela, Adelia mula memeluk suaminya. “Delia maafkan
abang...”
“Percayalah, kalau seorang isteri itu
seperti hamparan dunia, suami pula langit untuk menaunginya.. Kalau isteri
diibaratkan seperti ladang dan tanaman, suami pula adalah pemagarnya.. Kalau
isteri adalah kejora, suami pula adalah bintang! Tengok, mereka saling
melengkapi. Seperti sayang yang sentiasa melengkapi abang...” Dikejapkan
pelukannya.
Adelia makin terharu mendengar kata-kata
suaminya itu. ‘Ya Allah, terima kasih sebab masih meminjamkan kebahagian ini
kepadaku…’
***
“Maafkan
saya sebab menipu Delia... Saya terpaksa tolong Rafie sebab Rafie dah banyak
sangat tolong saya bila saya bergaduh dengan Megat!” Ucap Yasmin apabila Adelia
menghadiri majlis perkahwinan wanita itu.
“Saya
yang patut ucap terima kasih.. Sebab awak dah banyak sedarkan saya.. Tentang
erti tanggungjawab yang sebenar.” Balas Adelia mula sambil tidak lepas dari
memandang wajah cantik yang sudah bertudung itu. Sungguh, Yasmin kelihatan
sungguh cantik dengan persalinan serba kelabu itu.
“Awak
pun banyak ajar saya tentang alam rumah tangga Delia.. Paling utama ialah
tetang, kecantikan seorang isteri adalah hak milik seorang suami. Sungguh, saya
tersentuh dengan kata-kata tu. Hope kita boleh jadi kawan baik...” Akhirnya
sekali lagi mereka berdua berpelukan.
Adelia
tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Akhirnya dia mula menghabiskan lipatan
yang terakhir. Badan sudah terasa penat benar. Baru sahaja dia hendak
meletakkan kain baju di atas dalam rak almari, timbunan di dalam almari itu
mula mencurah jatuh ke lantai.
Untuk
kesekian kalinya, perisitwa ini berulang lagi.
“Abang!!!!!”
Adelia menjerit kuat. Rafie memang tak akan pernah berubah!
“Kenapa
sayang?” Pecut Rafie berlari apabila mendengar jeritan isterinya. Namun setelah
melihat segumpal kain yang terhidang di depan almari itu, Rafie mula
tersengih-sengih lagi.
“Sorrylah
sayang.. Abang memang failed bab mengemas baju nih!” Sekali lagi Rafie buat
muka kesian. Balik-balik, itu jugaklah alasannya!
Adelia
mula meletakkan kain baju yang tersusun di dalam almari yang kosong itu. Mana
tak kosong, semua baju yang bergumpal itu telah mula jatuh ke lantai. Nasiblah
dapat suami macam ni. Langsung tak boleh menolong.
Tangannya
baru hendak mencapai baju yang berlonggok itu namun tiba-tiba datang idea
nakal. “Abang... ada lipaslah!” Jerit Adelia kuat.
“Hah,
lipas?? Arrgghhh... mana-mana?” Rafie yang memang sejak azali takutkan lipas
itu terus bertindak untuk berdiri di atas katil. Terus Adelia gelak besar.
“Oh.. main-mainkan abang ya!” Rafie sudah
mula bercekak pinggang. Nyaris sahaja jantungnya gugur kerana terkejut
dengan jerita Adelia. Geram sungguh dia
dengan isterinya yang makin hari, makin kuat menyakat!
“Aduh... kadang-kadang Delia confuse yang
abang ni... betul ke lelaki ni? Sudahlah takut gelap, takut lipas pulak tuh!
Sabar jelah...” Adelia sudah mula menepuk dahinya berulang kali.
Tiba-tiba Adelia menjerit kecil apabila
Rafie memaut pinggangnya dan mula menarik badannya dan terus sama-sama
tercampak di atas katil. “Hah, biar abang buktikan kejantanan abang sekarang!”
“Hah!!!” Aduh, akhirnya kata-katanya
memakan dirinya sendiri. Rafie sudah mula menutup lampu bilik.
“Abang.. gelap ni abang tak takut pulak
ya?” Usik Adelia sambil tergelak kecil.
“Hmm... gelap ni abang tak takut.. suka
adalah..” Adelia terus ketawa besar. Suaminya ini memang sudah terputus fius.
Walaupun cinta itu sudah berkurun, kasih
sesudah berzaman.. cinta itu adakalanya tetap rapuh.. Kalaupun rasa
kecewa, jangan diturutkan kata hati.. Anggap sahaja pergaduhan itu seperti
guruh yang menumpang lalu tika hujan renyai menjengah.. biarkan gurindam kasih
singgah untuk mengusap hati yang rawan..
Hidup berkongsi itu memang tidak mudah..
tapi semua itu tidak mustahil. Dalam perhubungan, kita janganlah terlalu
mengambil berat perkara yang remeh dan mula mengambil mudah perkara yang berat!
Selesaikanlah segala masalah itu dengan meluahkan apa yang terhidang di lubuk
hati. Agar pasangan kita mengetahui letak duduk cerita sebenar. Jangan pernah
beranggapan yang orang yang kita cinta akan memikirkan cara yang sama seperti
kita.. Lain lauk, lain rasanya... Lain
orang, lain caranya....
Perkahwinan adalah satu medan terbaik
untuk mengumpul pahala sementara menanti alam akhirat yang lebih pasti. Kasih
itu adalah sebuah amanah dari Allah. Hargailah amanah itu sepenuh kudrat kita.
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak
gelisah... kerana yang mencantumkan kasih ini ialah ALLAH... bersandarlah pada
dia, nescaya ALLAH akan menyandarkan rasa cinta kepada hambaNYA...
p/s:: enjoy reading... maaf atas segala
kekurangan... akan cuba ditampal pada karya akan datang..=)
idea yang sangat menarik.. ramai fikir kawin awal bawak msalah... tapi tak pk disebaliknya.. Tahniah. idea cemerlang.
ReplyDeletewohooo..tak mungkin jika Allah izinkan..hehehe.menarik..sabo nantikan..hehe
ReplyDeletesara..nie novel bru ke cerpen jer??
ReplyDeletecerpen... baru bg intro..
ReplyDeletebelum full lagi meyh...
salam SSG....
ReplyDeletemenarikkkk...x sabar nk tunggu full punyerr...
kalo kawen awal ikut mcm mana org tue semai dan membaja tiap2 ary.. (da mcm bajak sawah lak)....tp watak delia tue mcm watak kak fika lak...hihi sama umur sama terkezut ngan lamaran si dye....hihi
oww..crpen igt kn nk wt nvel..mst best gak kn mcm crpen2 sblum2 nie..
ReplyDeletecepat sambunggg... besttt
ReplyDeletebla nk smbung ni.. bessttt...!! :D
ReplyDeletebesttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt :D
ReplyDeleteRealiti dlm peerkkahwinan ni.. Hehe
ReplyDeleteMmg pon slalu lelaki ingat keja rumah suuma ptt istri yg wt.. Pdhal pttnya slg mbantu.m nice story!
wah ! suka sangat - sangat dengan cerpen ni . Terbaik lah kak ! Sweet jea diorang ni . haha lawak lah cerpen ni . I like ~ hehe :D
ReplyDeletesuka bc nya...mmberi pngajaran buat diri sndiri,tp maaf ya..mcm tgk crita hindustan je...lkunan kajol...bab ank xblh mkn kacang tu mmg btul2 sama..tp dlm crita tu kajol mnggal...
ReplyDeleteterima kasih atas karya yang sangat2 baik dan memberi inspirasi ini..
ReplyDeletewalaupun sya belum berkhwin,saya faham dgn situasi ini..dlm kehidupan seharian..sya selalu melihata situasi begini..kdg2 sya sndir tkut jika suatu hari nnti klu2 sudah berumah tgga sya akan menjadi begini hehe..
tpi betul kata cik writter..kalau kita asyik mncri kekurangan org lain sedangkan diri sndiri pun banyak kurangnnya,x baik juga.
kena ada tolak ansur,saling faham-memahami dan yang paling penting adalah komunikasi.
kepercayaan dan kejujuran juga perlu..
tuhan menciptakan adam dan hawa supaya saling melengkapi kekurangan masing2..
jadi seharusnya kita perbaiki diri sendiri dan sentiasa cuba memahami si 'dia' juga..
apa2 pun tahniah.Karya yang sangat2 bagus..teruskan usaha anda.
jadikan bakat ini sebagai salah satu cara untuk menyedarkan dan memberikan inspirasi kepada orang lain..
semoga anda selalu berhasil dalam melahirkan karya sebegini lagi..
Tahniah sekali lagi.
inilah realiti dlm alam perkahwinan..
ReplyDeleteselalunya lelaki diajar yang isteri dikahwini sebab dia akan membantu menguruskan rumahtangga dgn baik. tapi sebenarnya, kerja seorg isteri hanya memberi kasih sayang dan melayan di tempat tidur.bila suami menyuruh isteri buat kerja rumah, barulah isterinya dapat pahala. senario skrg, isteri bekerja demi membantu suami. tak macam dulu, isteri duduk rumah, jaga anak, jaga rumah. tp bertuah kpd mereka yg mpunyai suami yg sama-sama membantu menguruskan rumahtangga dgn baik. kerja rumah buat bersama.meringankn segala-galanya, insyaAllah, pasti rumahtanggan harmoni dan bahagia.sara, karya ni memang terbaik..usaha awak untuk memberi pengajaran kepada semua org di luar sana. tak semestinya kahwin muda ni, byk dugaannya.. sebenarnya itu semua menambahkan pahala kita. syabas!!!
Cinta dan kasih kita kerana Allah, ujian yang mendatang didalam rumahtangga adalah untuk memperkukuhkan lagi cinta antara suami dan isteri. Janganlah kita sebagai seorang isteri, selalu menyalahkan si suami. kadang-kala, kita sendiri juga perlu muhasabahkan diri. Suami dan isteri adalah pelengkap antara satu sama lain.. Bergitu Adilkan Allah menciptanya...
ReplyDeletePape pun, best citer nie.. memberikan pengajaran untuk yang bakal mendirikan rumahtangga...
Best... byk pengajaran dlm cerpen ni... gud job Sara...
ReplyDeletegreat idea sara..
ReplyDeletebanyak pengajaran...
mmg langit xselalu cerah,
tp gelap juga bukan sepnjang masa kan???
best ! smakin kuat keinginan nk truskan cerpen psal hsben-wife ni ... ish, payah jugak kan ? hehehe
ReplyDeleteslm...best2x!! sweet^^,tpi an...
ReplyDeletecerita ni ada mcm dlm cerita hndustAn plak,agi2 part..madu,peraturan anak2 n alah pada kacang,hehe...
tpi cerpen ni still len skit la.. satu inovasi yg baik!=)..
superb la kak sara-nisa-
ReplyDeleteMemang best!! lain dari yang lain... :)
ReplyDeleteTerlajak best... :)
ReplyDelete