Wednesday 7 March 2012

KASIHMU AMANAHKU


            Adelia terasa seperti hendak pitam apabila melihat keadaan rumah yang tunggang langgang! Kusyen kecil bersepah sana-sini. Gelas yang sudah diguna tidak diletak ke dalam singki. Lantai pula dipenuhi dengan sisa makanan ringan.
Baru sahaja balik dari kerja, kerja di rumah pula sudah menanti! Setiap hari kena berhadapan dengan perkara yang sama sahaja! Rasa penat mengemas rumah hari kelmarin pun masih belum hilang lagi! Semua ini membuatkan dia bosan dan fed up!
“Radeya! Raid!” Jerit Adelia lantang! Hampir terkeluar anak tekaknya. Kemarahannya sudah mula ingin mengalir keluar. Anak-anaknya itu memang suka mencabar kesabarannya.
“Ya mama!”  Jawab Radeya dan Raid serentak.sambil keluar dari arah dapur.
“Apa ni? Kenapa sampai bersepah macam ni?”
Radeya dan Raid berpandangan sesama sendiri.
“Abang yang buat sepah mama... dia main baling-baling makanan!” Jawab si adik.
“Eh, tipu... adik yang mulakan dulu!” Kali ini giliran si abang pula yang menjawab.
Adelia mula terduduk di hujung sofa. Pening dengan gelagat si kembar yang makin lama makin nakal! Hilang terus kesabarannya ditelan dek sifat nakal anak-anak yang makin membesar!
“Boleh pulak kamu berdua main baling-baling makanan? Walaupun makanan ringan, tetap tak baik! Berdosa! Berapa kali mama nak cakap? Kenapa kamu berdua ni degil sangat hah? Tak boleh ke kalau korang duduk diam dalam rumah ni? Kalau tak buat sepah, tak boleh ke? Korang dah tujuh tahun! Patutnya dah boleh tolong mama kemas rumah. Bukannya menyusahkan mama!”
Si kembar mula menunduk! Takut memandang ke arah ibunya yang sedang marah. Masing-masing mula buat muka insaf! Tapi Adelia tahu, kalau insaf pun sekejap sahaja. Tak sampai lima minit nanti, buat sepah balik.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Tegur satu suara. Muka anak-anaknya terus berubah gembira malah terus Radeya dan Raid mendapatkan papa mereka yang baru pulang dari kerja. Dicium dan dipeluk papa mereka itu.
‘Aku balik, tak adalah pulak nak peluk cium? Eee... betul-betul pilih kasih!’ Rungut Adelia di dalam hati.
“Kenapa?” Bisik Rafie di telinga anak perempuannya ketika mulut Radeya mencium pipinya. Nampak sangat yang mood isterinya tunggang langgang!
“Mama marah sebab rumah bersepah..” Jawab Radeya. Juga dengan bisikan. Rafie mula melonggarkan tali lehernya. Sejak akhir-akhir ini, isterinya itu memang makin kuat berleter.
“Anak awak nilah.. habis rumah jadi kapal pecah!” Komplen Adelia sambil mula memeluk tubuh! Geram melihat karenah anak-anaknya! Manja sangat dengan suaminya.
“Apa susah, kemas jelah balik!” Semudah itu Rafie menutur kata.
“Senang je abang cakap ya? Baru balik kerja, tengok rumah dah bersepah macam ni! Penatlah saya kalau tiap-tiap hari nak kena buat benda yang sama jeh! Abang apa tahu? Balik kerja terus makan lepas tu tidur! Tolonglah faham sikit perasaan saya nih. Saya ni manusia biasa yang kenal erti penat! Saya bukannya robot! Robot kalau guna dua puluh empat jam pun boleh meletup!” Kali ini kemarahan Adelia ditujukan kepada Rafie pulak. Mengharapkan pengertian dari si suami.
“Kan abang pernah cakap dulu, kalau nak kerja boleh tapi tak dibenarkan merungut penat! Hah, Delia yang pilih macam ni. Jadi janganlah merungut kalau banyak kerja nak buat. Dah berapa kali abang suruh Delia berhenti kerja kan.. Duduk rumah jaga anak sudahlah... Abang boleh tanggung makan pakai Delia.”
Balik-balik isu ini jugaklah yang diungkit oleh Rafie.
“Delia nak kerja.. Delia nak pegang duit sendiri. Apa guna belajar sampai tertonggeng dulu kalau hanya untuk duduk rumah je!” Jawab Adelia geram. Lelaki, memang tak pernah faham perasaan wanita.
“Delia ni dasyat betul! Biasanya orang frust bercinta je yang menonggeng! Tak pernah pulak abang dengar orang belajar sampai tertonggeng! Delia memang pecah recordlah!” Rafie tiba-tiba ada idea untuk mengenakan isterinya. Mata Adelia terbeliak besar.
 “Abang!” Jerit Adelia kuat. Orang tengah serius, dia boleh pulak buat lawak sampai nak terputus fius! Suaminya ini memang tak berperasaan!
“Hah,kalau nak kerja sangat, janganlah merungut banyak kerjalah... Rumah bersepahlah... Anak-anak nakallah...Penatlah..” Ajuk Rafie selamba. Entahlah, sejak dua menjak ini, kasih sayang dalam rumah tangga ini makin hilang serinya. Entah apalah yang kurang. Dia sendiri tidak dapat mengesannya.
“Delia tak akan rasa penat sangat kalau abang dan anak-anak abang ni tolong Delia. Ini tidak, tak membantu langsung!”
Radeya dan Raid mula berpandangan sesama sendiri. Pening melihat pertelingkahan orang dewasa. Namun tidak pula rasa ingin menyampuk! Bimbang jika ibunya bakal disampuk kemarahan yang makin menggila.
“Kenapa Delia suka cakap dia orang ni anak abang sorang? Deyah dan Raid ni bukan anak Delia jugak ke?” Tanya Rafie geram. Ini bukan pertama kali dia mendengar ayat yang sama keluar dari mulut isterinya.
“Memang anak abang pun Sebab dua-dua menurun perangai abang! Pandai buat sepah sahaja, mengemas langsung tak pandai!”
Memang anak-anaknya itu menurun perangai suaminya. Sebijik! Tak ada langsung yang menurun perangainya yang suka berkemas. Semuanya jenis main campak sahaja! Semuanya suka mengarah! Hidup yang langsung tidak ada peraturan! Anak lelaki ke anak perempuan ke sama sahaja! Spesis bapak!
“Dahlah.. balik-balik kerja je dah ajak bertekak! Abang lapar... Delia masak apa?”
Adelia mendegus! Orang tengah bengang, dia boleh fikir pasal perut? Eeee... makin lama, makin gila jadinya! ‘Ya Allah, tolonglah sabarkan aku yang dah mula hilang sabar nih!’
“Delia pun baru balik! Delia tak masak apa-apa pun lagi dan Delia tak mahu masak! Delia penat! Delia nak rehat! Kalau abang lapar, pandai-pandailah abang cari sendiri.”
Adelia mencapai beg tangannya yang berada di atas sofa. Kemudian dia mula menapak ke arah tangga. Ingin meninggalkan suaminya yang sedikit melopong! Mungkin suaminya itu terkejut dengan jawapannya. Dalam pada masa yang sama,  memang dia sengaja menyakitkan hati suaminya. Biar suaminya itu tahu apa yang dia rasa!
“Hah, korang tunggu apa lagi? Pergi kemas ruang tamu tuh! Bila mama turun nanti, tak kemas lagi, siap korang mama kerjakan!” Marah Adelia kembali terarah kepada anak-anaknya. Dia bukan sengaja ingin garang, tapi dia perlu untuk jadi garang. Jika tidak, anak-anaknya itu pasti akan pijak kepalanya.
Terus Radeya berlari ke dapur. Mungkin ingin mengambil penyapu. Raid pula terus mengemas kusyen-kusyen yang berselerakan. Takut jika mama mereka benar-benar mengotakan kata-katanya!
“Aish.. kalau kena cari makan sendiri, nampaknya kena cari isteri mudalah...” Baru sahaja kakinya mendarat di anak tangga pertama, terdengar ugutan daripada suaminya. Terus dia berpaling!
“Hah, cubalah cari.. Delia pun nak tengok sama ada isteri muda abang tu tahan ke tidak dengan sikap abang dan sikap nakal anak-anak abang tu!” Cabar Adelia tanpa diduga.
“Delia jangan cabar abang?”
“Delia memang tengah cabar abang!”
Mereka saling bertatapan. Mencari redup kasih disebalik rumah tangga yang makin hilang sinarnya ini. Sejurus selepas itu, Adelia terus angkat kaki. Malas lagi mahu melayan suaminya. Manakala Rafie menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan sikap isterinya yang suka bercakap tanpa berfikir itu.
***
            Usai mandi, Adelia terus memerapkan diri di bilik ke dalam bilik pakaian. Dia mula rasa seperti hendak pengsan apabila terpandangkan sebakul pakaian yang belum berlipat. Susah betul kalau tak ada orang gaji!
            Itulah, dulu bukan main lagi menolak kehadiran pembantu rumah walaupun sudah dipelawa oleh Rafie. Konon-kononya hendak menjadi isteri mithali. Kalau boleh semua kerjanya hendaklah mendapat sentuhan air tangan seorang isteri! Mahu si suami sayang lebih! Sekarang habuk pun tarak! Suami entah ke mana. Sayang entah ke mana. Kerja rumah pun entah ke mana! Semuanya jadi lintang pukang.
            Walaupun matanya sudah terasa berat benar, namun dia masih lagi mengagahkan diri untuk melipat dan menggosok baju kemeja milik Rafie. Kalau tidak dilakukan hari ini, bimbang esok makin menambun dan rasa malas mula menggunung!
            Tangannya mula mengangkat kain baju yang sudah dilipat untuk diletakkan ke dalam almarinya. Masuk sahaja ke dalam kamar peraduan, mata Adelia menangkap susuk tubuh suaminya yang baru selesai bersolat!
            Tanpa menghiraukan pandangan mata suaminya, Adelia terus membuka almari baju milik Rafie. Namun baru sahaja dibuka, terjatuh semua baju yang sudah sedia ada di dalam almari itu.
            ‘Ya Allah! Kenapalah kau duga kesabaran aku lagi?’ Tanpa sedar, dia mula merungut kecil.
            “Abang, kenapa almari abang ni bersepah sangat?” Marah Adelia sudah tidak dapat ditahan lagi. Tadi anak, sekarang bapak pula!
            “Errkk.. bersepah ke? Tadi rasanya elok lagi.” Jawab Rafie sambil mengarukan kepalanya. Dia buat muka tak bersalah walaupun dia sedar yang dia memang bersalah. Hendak buat macam mana lagi. Dia memang tak reti hendak mengambil baju tanpa merosakkan lipatan yang sedia ada.
            “Abang ni kan, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah! Tak boleh ke abang ambil elok-elok! Baru seminggu Delia tak cara, dah bersepah macam ni. Penatlah bang.. Tolonglah ringankan sikit rasa penat Delia nih!” Daripada marah, nada suara Adelia sudah berubah menjadi rintihan.
            ‘Kenapa susah sangat suami aku ini hendak faham? Sekarang dah jadi banyak kerja pula.. Nak kemas baju yang bersepah, nak susun baju lagi.. Ini belum tengok almari Radeya dan Raid! Entah macam mana pulak rupanya...’ Adelia sudah pun terduduk di birai katil. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.
            “Sorry sayang.. abang kan memang ada masalah nak kemas almari..” Rafie sudah mula mendekat sambil menjatuhkan tangan di bahu milik Adelia. Tangannya dengan perlahan mengurut lembut bahu isterinya.
            Seketika, Adelia sedikit terbuai dengan urutan lembut itu. Namun apabila mendapati yang suaminya itu sudah mula berkelakuan aneh, Adelia terus bangun. Faham benar dengan perangai Rafie yang suka mengambil kesempatan itu. Mungkin selama ini dia kalah, tapi kali ini dia tak akan kalah lagi! Tak akan!
            “Hah, nak ambik kesempatan lah tu!” Tidak faham betul dengan perangai lelaki ini. Perempuan tengah marah pun, masih sempat nak beromantik! Dia bertekad untuk menjadi perempuan yang tidak mudah dipujuk!
            “Ambik kesempatan apa pulak? Abang nak bermanja dengan isteri abang jeh...” Rafie pun ikut turut bangun. Makin lama, dia mula tidak faham dengan perangai isterinya yang makin dingin. Makin lama, makin payah untuk didekati. Kerjanya hendak marah sahaja!
            “Banyaklah abang punya bermanja! Abang pergi kemas almari abang tuh... Delia dah tak larat nak tengok! Entah-entah tikus dah berkampung dalam tu.” Adelia terus ingin berlalu. Kain yang sudah sedia terlipat, hanya dibiarkan di atas katil. Pandai-pandailah suaminya itu buat sendiri. Dah jadi bapak budak pun tak reti kemas almari lagi!
            “Aahlah.. ada tikus.. Arrgghh..” Jerit Rafie kuat.
            “Argghh...” Adelia yang mendengar kata-kata Rafie terus memeluk suaminya. Dia memang takut pada binatang itu. Wajahnya disembamkan ke dada Rafie. Tidak mahu melihat tikus itu.
            “Abang.. halaulah tikus tu.. Sebab tulah Delia suruh abang kemas almari. Kan dah ada tikus.. Eeee... Delia gelilah..” Bulu roma Adelia sudah mula bertaburan. Rasa geli di sana sini apabila menyebut tentang tikus.
            Rafie terus tersenyum dan membalas pelukan isterinya. “Akhirnya dapat jugak peluk tikus besar ni.” Sakat Rafie sambil memeluk erat tubuh Adelia.
            Adelia yang sedar dirinya dipermainkan, terus menolak kuat tubuh Rafie.
            “Abang ni memanglah....” Sebab terlalu geram, Adelia sampai kehilangan kata-kata. ‘Kalaulah tak mengenangkan yang dia ni suami aku, dah lama aku sepak masuk gawang gool! Wahai hati, sabar jelah...’
            “Lah, memanglah abang sayang Delia... Delia tu je yang tak sayang abang!” Luah Rafie pula. Isterinya itu sentiasa berada di depan matanya, namun entah kenapa, hubungan ini terasa begitu jauh...
            “Kalau abang sayangkan Delia, tunjukkan rasa sayang tuh! Bukan dengan cara macam ni..” Suara Adelia sedikit merayu. Dia mahu suaminya menunjukkan keprihatinan dalam bersama-sama melayari bahtera perkahwinan ini.
            “Apa, selama ni tak cukup ke kasih sayang yang abang bagi?” Terus direntap lengan isterinya dan ingin dikucup dahi isterinya itu namun terus ditepis oleh Adelia.
            “Tengok, bila abang nak lahirkan kasih sayang, Delia pulak yang menolak! Habis tu abang ke yang salah?” Rafie sudah mula hendak meninggikan suaranya. Hampir lapan tahun mereka melayari perkahwinan ini! Tapi kenapa makin lama perkahwinan ini makin hambar... rasa cinta ini makin jadi tawar....
            “Bukan bentuk macam ni yang Delia mintak! Delia mintak abang faham Delia.. Tolong Delia. Dulu waktu awal perkahwinan kita, waktu Delia masih belajar, abang boleh je tolong buat kerja rumah. Waktu Delia berpantang, abang boleh je tolong apa-apa yang patut! Tapi sekarang abang terus lepas tangan.. Semua kerja pun Delia yang kena buat. Basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok baju, kemas rumah.... Semua pun Delia yang buat! Abang langsung tak membantu!”
            Adelia mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Rafie pula mendengus kasar. Rambut yang berjuntaian di dahi mula dikuak ke belakang. Pelik betul dengan perangai isterinya ini. Dulu kata lain, sekarang cakap lain pulak!
            “Dulu waktu abang offer orang gaji, kenapa Delia tolak? Kalau dulu Delia boleh buat, kenapa sekarang Delia nak merungut pulak? Makin lama, abang makin tak faham dengan perangai Delia!”
            “Kalau abang rasa abang tak faham Delia, Delia lagi tak faham dengan abang!” Cemuh Adelia pula. Tanpa menunggu lama, Adelia terus angkat kaki.
“Delia, abang belum habis cakap lagi?” Tutur Rafie keras! Namun Adelia tetap membawa langkah ke bilik iron semula.
           
            Rafie yang kegeraman terus menyepak almari. Berdetum bunyinya. Tindakannya langsung tidak memberikan apa-apa kesan malah hanya menempah sakit di kaki sahaja. Rasa sakit di hati tidak hilang-hilang jugak.
            Nampaknya beginilah rupanya. Seorang ke kiri, seorang ke kanan. Hubungan ini memang sudah tidak sehaluan lagi. Matanya mula hinggap ke arah almari yang bersepah dan baju yang tersusun cantik di atas katil.
            ‘Habis tu, aku ke yang kena kemas sekarang? Arggghhh.... tension betul!!!’
***
            “Delia, kita kahwin?” Bersembur air yang sedang diminum oleh Adelia taktala mendengar lamaran dari seorang lelaki yang amat dia sayangngi.
“Hampeh betul! Orang ajak kahwin, dia sembur minuman pulak.” Komen Rafie sambil mengelap mukanya yang basah dek semburan yang keluar dari mulut Adelia. Mujur sahaja air masak. Kalu air berperisa, tak tahulah lagu mana rupanya sekarang.
“Erk... sorry-sorry... Awak pun satu jugak! Main-main tak tengok tempat. Ada ke ajak saya kahwin!” Terus dilhulurkan tisu yang memang sudah sedia ada di dalam beg sandangnya.
“Awak ingat saya main-main ke?” Pertanyaan Rafie membuatkan mata Adelia membuntang. ‘Tak kanlah mamat ni serius kot?’
“Boleh tak jangan main-main?” Adelia mula rasa hendak marah. Tidak suka jika Rafie ingin mempermainkan dirinya. Otak lelaki ini bukannya betul sangat!
“Saya betul-betul serius ni! Saya nak ajak awak kahwin. Saya pun dah beritahu hal ni pada family saya. Dia orang sokong kalau kita kahwin awal!” Adelia mengelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Rafie. Sungguh, dia langsung tidak setuju. Dia baru sahaja berumur dua puluh tahun! Masih mentah dalam semua perkara. Malah dia juga masih belajar. Ini semua idea gila!
            “Rafie, umur saya baru dua puluh tahun!” Tegas Adelia keras.
            “So, apa masalahnya? Umur dua puluh tahun pun boleh buat anak apa.” Usik Rafie sambil tersengih-sengih. Terus Adelia mengetuk kepala Rafie yang beralaskan topi itu. Kalau bercakap, tak ada bengkang bengkok langsung! Semuanya lurus!
            “Muka awak merahlah Delia....” Usik Rafie lagi. Senang hati dapat menyakat buah hatinya.
            “Muka awak pun akan merah kalau dapat penampar dari saya...” Terus mati tawa milik Rafie. Takut jika mengundang kemarahan Adelia. ‘Heh, awal-awal lagi dah takut bini ke?’ Monolog dirinya sendiri.
            “Okay.. okay... sekarang kita serius! Saya betul-betul nak ajak awak kahwin ni..” Rupa, suara, tingkah Rafie semuanya mula diseriuskan. Dia benar-benar ingin memaknakan kata-katanya.
            “Rafie, awak tak rasa awal lagi ke? Saya tak pastilah...” Adelia sudah mula tayang muka was-was.
            “Apa yang awak tak pasti?”
            “Errkk...” Adelia mula terfikir-fkir sendiri. Mencari jawapan yang paling sesuai untuk membuatkan Rafie faham.
            “Awak tak pasti dengan kasih sayang saya pada awak ke atau awak tak pasti dengan kasih sayang awak pada saya? Tak pun awak tak pasti sama ada kita boleh kahwin di usia muda macam ni?” Kata-kata Rafie itu membuatkan otak Adelia berbelit-belit! Begitu banyak ayat tak pasti derr...
            Melihat muka Adelia yang berkerut itu, Rafie mula menyambung kata. “Delia, saya dah umur dua puluh tiga. Saya pun dah kerja! Saya tak mahu kasih sayang kita terpalit dek dosa bila kita selalu keluar berjumpa macam ni! Saya nak serius. Saya tak fikir umur macam saya ni perlu main-main kot... Saya dah bersedia nak jadi seorang suami!” Bersungguh benar nada suaranya. Dia perlu yakinkan Adelia yang jelas kelihatan ragu-ragu itu.
            “Tapi saya belum bersedia nak jadi seorang isteri...” Akhirnya, terkeluar juga ayat itu dari mulut Adelia.
            “Tang mana yang belum bersedia tu? Tang dapur, tang kemas rumah atapun tang bilik tidur?” Soalan Rafie ni tak menahan sungguh!
            “Awak betul-betul nak kena lempang ke Rafie?” Aduh, muka Adelia mula diserang kebas dek rasa malu yang hinggap.
            “Errkk.. berdosa besar tau kalau nak lempang suami.” Ujar Rafie sambil tersengih-sengih. Adelia mula menepuk dahi. Susah betul kalau dapat bakal suami yang tak tahu malu ini.
            “Bakal suami okay....” Adelia mula memperbetulkan ayat Rafie.
            “Hah, mengaku pun... Jadi, kira setujulah ni eh...”
            Adelia mula memegang kepala sambil berfikir sendiri. ‘Ayat macam tu kira setuju ke?’
            “Saya tengah belajar lagi Rafie.. Tak boleh ke tunggu saya habis belajar. Lagipun saya tak pasti sama ada keluarga saya setuju atau tak dengan perkara ni!” Sungguh, Adelia tak mampu hendak berfikir dengan baik.
            “Ish, jangan bagi alasan tengah belajar sebagai salah satu sebab untuk awak tolak perkahwinan ni. Pernikahan itu adalah tentang kasih sayang! Percaya pada saya Delia.. Saya kasihkan awak.. Saya sayangkan awak... Saya tak boleh pandang awak sangat! Sebab awak bukan hak saya! Pandangan yang berlebihan akan menaikan peratus dosa kita. Awak nak ke dosa kita makin bertambah? Awak tak mahu ke bagi saya pahala bila saya dapat tengok awak sebagai seorang yang halal di sisi saya? Awak tahu, bagi saya, seorang isteri itu adalah amanah! Amanah untuk saya pikul hingga akhir hayat saya!”
            Kali ini Adelia terkedu! Bukan sahaja terkedu malah ikut turut terharu!
            “Kalau seorang isteri itu seperti hamparan dunia, suami pula langit untuk menaunginya.. Kalau isteri diibaratkan seperti ladang dan tanaman, suami pula adalah pemagarnya.. Kalau isteri adalah kejora, suami pula adalah bintang! Tengok, mereka saling melengkapi. Seperti awak yang sentiasa melengkapi saya... Jadi Nurul Adelia, sudi tak awak menjadi isteri saya?”
            Dan kerana lamaran itu, dia tercampak ke dalam sebuah perkahwinan. Umur yang muda, telah ditolak tepi. Perangainya yang negatif, terus disepak pergi. Berlandaskan sebuah pernikahan, dia mula membina motivasi diri untuk terus belajar dengan lebih cemerlang disamping memperlengkapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah! Dan akhirnya, dia telah berjaya menghabiskan pengajiannya disamping telah berjaya menjadi ibu muda yang berjaya.
            Tapi itu dulu... sekarang semuanya hampir pudar ditelan masa. Cinta itu hanya tinggal sejarah! Sejarah yang tidak mungkin akan berulang.
            “Weh, jauh termenung?” Tegur Siti.
            “Tak jauh mana pun!” Jawab Adelia perlahan. Hilang terus ingatannya tentang peristiwa Rafie melamarnya dulu. Dulu, cinta ini terasa sungguh manis, namun kini kenapa ia mula bertukar tawar? Ramuan apa lagi yang tak cukup? Aish...
            “Kau ni ada masalah ke?” Tanya Siti ambil berat.
            “Mana ada.. Aku cuma tak cukup tidur jeh...” Jawab Adelia sambil mengeliat sedikit.
            “Oh.. tak cukup tidur? Overtime ke semalam?” Adelia menjenggilkan matanya. Susah betul kalau bercakap dengan bini orang ni! Semuanya hala ke tang tu!
            “Banyaklah kau punya overtime! Dahlah, aku lapar, aku nak makan... Jom kita pergi lunch dekat Centre Point! Aku teringin nak makan nasi ayamlah.” Adelia sudah mula mengemaskan mejanya sedikit. Berura-ura untuk keluar memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 1 tengah hari.
            “Aish.. Mengidam nasi ayam nampak?” Usik Siti lagi sambil ketawa besar.
            “Hah, memang mengidam pun. Bukan mengidam nasi ayam tapi mengidam nak sepak orang!” Siti ketawa sahaja. Sudah biasa melayan gurauan kasar dari Adelia. Kaki Siti mula mengekori langkah Adelia yang sudah ke depan.
            “Eleh.. gurau sikit pun tak boleh. Manalah tahu kalau-kalau Radeya dan Raid nak dapat adik ke kan...” Tebak Siti lagi.
            “Tak ada maknanya nak tambah lagi. Ada dua orang tu pun macam dua puluh orang! Pening aku.” Luah Adelia sambil mula masuk ke dalam perut kereta. Usai menghidupkan enjin kereta, terus dia menekan punat aircond. Hari ini, terasa panas sungguh. Entah sebab cuaca ataupun sebab kepanasan di dalam hati!
            “Anak-anak ni rezeki Del.. kalau ada, janganlah tolak! Kalau kau yang dua orang tu terasa dua puluh, aku yang lima orang ni terasa lima ratus orang!” Siti gelak besar. Adelia pun ikut turut ketawa. Kadang-kadang dia tabik dengan Siti. Ada masalah atau tak ada masalah, ketawa tak pernah lekang dari mulut dia.
            ‘Kenapa aku tak boleh jadi macam Siti? Aku ni tak ada masalah pun nampak macam ada masalah! Kalau ada masalah, lagilah bertambah bermasalah!’ Fikirannya mudah benar memikir yang negatif.
            Sambil memandu, dia mula mengerling sedikit ke arah Siti. Ibu lima orang anak itu tua empat tahun dari umurnya. Tapi marah benar jika Adelia memanggilnya kakak! Kata Siti, dia akan nampak tua.
            Tidak sampai lima minit pemanduan, akhirnya tiba juga di destinasi pilihan hati. Usai mendapatkan parking yang sememangnya sangat limited, Siti terus menjerit riang! “Yeaahhh... tak sabar nak makan nasi ayam!” Sekali pandang, perangai Siti ini tidak nampak langsung seperti isteri orang. Gila-gila mengalahkan anak dara pula.
            “Amboi.. semangat kau bab makan ya!” Adelia dapat merasakan yang semangatnya makin pudar. Tidak bersinar seperti dahulu lagi. ‘Wahai semangat, bangkitlah dari terus lesu!!!’ Pohon Adelia penuh harapan.
            “Hehe... aku ni bab apa pun tetap semangat! Kau tu kena senyum banyak sikit, kalau tak kau akan nampak tua sebelum usia kau!” Arah Siti sambil mula membuka pintu bahagiannya.
            Adelia paksa diri untuk tersenyum! Semangat! Semangat! Semangat!
            Siti yang keluar dari kereta terus mendapatkan sahabat baiknya itu. Entah kenapa mukanya tiba-tiba berubah kelat!
            “Sekarang aku dah tahu kenapa kau tak boleh tersenyum?” Adelia sendiiri tidak faham sama ada Siti sedang membuat kesimpulan ataupun sedang menghulurkan pertanyaan.
            “Lah, dah ni kenapa pulak?”
            Siti sebenarnya agak was-was namun segera dia memuncungkan mulut ke satu arah. Terus mata Adelia melekat pada sepasang manusia yang sedang beramah mesra. Wanita itu agak seksi namun tidak pula Adelia kenali dan lelaki itu adalah... Rafie!!!
            “Korang memang ada masalah ke?” Tanya Siti teragak-agak sendikit.
            “Sekarang aku dah tahu apa masalahnya!” Putus Adelia geram. Baru semalam dia mencabar suaminya, hari ini sudah ada calon isteri baru? Ataupun memang selama ini suaminya itu sedang berlaku curang dengannya? Memang sengaja mencuri kesempatan untuk menjadikan punca pergaduhan mereka sebagai kunci untuk mendirikan rumah tangga lagi?
            Jadi apa yang perlu dia lakukan sekarang? Serang perempuan tu? Atau pergi makan sambil buat tak tahu? Ataupun mintak cerai?
            Errrkkk.... cerai? ‘Mampukah aku hidup dengan gelaran janda???’
***
            Balik sahaja rumah petang itu, Adelia langsung tidak bercakap apa-apa dengan Rafie. Malah ketika mereka makan malam pun, Adelia hanya senyap sahaja! Dia malas hendak buka mulut. Bimbang jika dibuka, ada juga ditelan suaminya itu. Lagipun, dia takut jika kata-katanya akan menyakitkan hati suaminya!!
            “Kenapa senyap je ni?” Rafie memberanikan diri untuk bertanya apabila dia menghulurkan pinggan kotor kepada isterinya.
            “Tak ada apa nak cakap!” Bila Adelia mengenangkan perkara petang tadi, hatinya jadi sebal! Kesal dengan sikap suaminya itu.
            Rafie mula menggarukan tengkuknya. ‘Agaknya Adelia marah lagi pasal hal semalam kot! Aduh, makin tua, makin sensitif! Makin kuat merajuk dan makin susah nak dipujuk!’ Dia mula membuat kesimpulan sendiri.
            “Meyh abang tolong terap pinggan eh!” Pelawa Rafie tanpa disuruh.
            “Tak payah! Pergi duduk depan tengok tv! Biar saya kumpul pahala sorang-sorang!” Halang Adelia keras! Tanpa sedar tangan kanannya tertempuh lengan Rafie hingga membuatkan pinggan yang berada di tangan Rafie terlucut.
Prang!!!  Habis berderai di atas lantai.
“Kenapa dengan Delia ni? Kenapa keras kepala sangat?” Rafie yang pada mulanya hendak memujuk, mula meradang. Pening melayan sikap isterinya ini! Bukan sahaja boleh kena migrain! Silap hari bulan, barah otak pun boleh dapat!!!
“Jangan tanya saya kenapa? Awak tu yang kenapa?” Jerit Adelia pula. Tidak rela membenarkan dirinya ditengking sesuka hati oleh suaminya.
“Ya Allah... kenapa dengan Delia ni?? Kenapa suka menimbulkan persoalan disebalik persoalan? Kalau abang tanya, jawab jelah. Susah sangat ke?” Mereka mula membalas kata. Masing-masing mula tidak mahu kalah!
“Sebab saya tak ada jawapannya.. Jawapannya ada pada awak!” Mencerlung dia memandang Rafie. Rafie mula perasan pada panggilan yang digunakan oleh isterinya. Tiada lagi abang dan Delia.. yang ada cuma awak dan saya.. Satu perkataan yang sememangnya menunjukkan yang hati mereka sudah mula terlalu jauh... Jauh dari gapaian mereka.
Adelia mula menunduk dan mengutip sisa-sisa kaca yang berderai di atas lantai. Begini jugalah hatinya. Pecah! Remuk! Renyuk! Semuanya menjadi satu. Rafie yang melihat ikut turut melutut dan ingin membantu Adelia mengutip sisa kaca tersebut. Dia ingin menghalang isterinya, namun perbuatnya telah membuatkan jari Adelia terluka dan berdarah apabila terkena serpihan kaca.
“Auch...”
“Delia, sorry-sorry... abang tak sengaja. Abang cuma nak tolong!” Suara Rafie sudah bertukar menjadi rayuan. Tidak rela rasanya membiarkan hubungan yang sedia jauh ini makin menjauh. Dia pernah sayangkan Adelia... Dan dia masih lagi sayangkan Adelia. Apa yang mereka hadapi sekarang adalah satu ujian! Ujian untuk mengikat lagi rasa kasih antara mereka! Kerana itu, dia ingin membetulkan apa yang sudah mula tidak betul.
“Luka di jari nampak berdarah... tapi luka di hati lebih teruk lagi daripada ini!” Mata mereka saling beradu. Rafie sedikit aneh mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Apa sebenarnya salah dirinya?
Akhirnya Adelia bangun. Dia ingin melangkah keluar dari dapur. Biarlah sisa kaca itu diuruskan oleh suaminya sahaja.
“Delia terluka sebab abang kan... Jadi biarlah abang yang rawat luka tu! Izinkan abang ubati luka Delia tu..” Kata-kata Rafie yang tulus itu membuatkan langkah Adelia terhenti.
“Kalaupun luka saya sembuh, parutnya tetap ada sampai bila-bila....” Sekali lagi Rafie tercengang mendengar kata-kata isterinya! ‘Kenapa hati Adelia sekeras ini? Setahunya, isterinya ini jenis yang lembut hati. Akukah yang bersalah kerana tidak memahami kehendak seorang isteri?’
Adelia terus melalukan langkah ke tingkat atas. Namun apabila sampai ke tingkat atas, kedengaran pula suara Radeya dan Raid sedang bergaduh kerana berebutkan remote television. Sikap anak-anaknya itu bagai menyimbah minyak ke dalam api! Makin menyala-nyala rasanya!
“Deyah! Raid! Kenapa dengan korang berdua ni?” Tengking Adelia kuat. Suara mama mereka itu membuatkan mereka tercengang dan melepaskan remote control itu ke lantai!
“Adik nak tengok barbies!” Adu Radeya takut-takut.
“Abang nak tengok hagemaru!” Adu Raid pulak!
Adelia sudah mula memegang kepalanya. Sebab yang remeh temeh seperti ini pun hendak bergaduh. Kenapalah anak-anaknya tidak seperti anak orang lain yang duduk diam dan mendengar kata! Bibirnya diketap kuat. Nafasnya mula naik turun. Jari Sakit! Hati Sakit tapi percayalah, jiwa ini lagi sakit!
“Pukul berapa dah ni tak tidur lagi? Karang mama pecahkan remote tu, biar sampai bila-bila tak payah tengok tv! Nak ke macam tu?” Nyaring suara Adelia menampan telinga milik Radeya dan Raid.
“Pergi tidur sekarang!!!” Jerit Adelia lagi dengan suara yang lantang! Dari kecil telah diajar untuk berdisplin! Tapi sampai sekarang, satu ajaran pun tak lekat!
Radeya dan Raid terus berlari ke arah bilik masing-masing. Rafie yang baru muncul dari arah tangga itu sudah mula mengeleng perlahan! Isterinya itu terlalu bertegas dengan anak-anak mereka. Semuanya nak kena berdisplin! Semuanya nak kena ikut jadual! Budak-budak pun ada keinginan hati mereka sendiri. Mereka pun ada impian dalam melakarkan kenangan di zaman kecil.
“Delia, kalau pun marahkan abang, jangan libatkan anak-anak.” Sudah berapa kali ayat ini diulang kembali. Kadang-kadang Rafie rasa yang melentur seorang isteri adalah amanah yang lebih berat berbanding untuk mendidik seorang anak!
“Sebab anak-anak awak pun sama je suka menyakitkan hati saya!” Adelia kembali membalas kata. Bila terpandangkan wajah Rafie, automatik kenangan petang tadi menjalar di ruangan mata. Tak pasal-pasal dia malu gila dengan Siti!
“Deyah dan Raid tu anak kita Delia.. Anak kita!!!” Kali ini Rafie juga sudah mula berkeras.
“Ya.. memang anak kita! Tapi dia orang lebih sayang awak! Lebih ikutkan perangai awak! Jadi, tak ada masalah pun kalau saya gelar itu anak awak kan?”
“Dia pun sayangkan awak Delia.. Tapi dia orang takut nak mendekat! Takut awak tak selesa dan marah dia orang! Seorang anak itu tak akan jauh dari ibu bapa kecuali kalau ibu bapa itu sendiri yang menjarakkan diri mereka!” Sungguh, buat niatnya hendak memerli Adelia. Tapi dia sedar yang keadaan ini perlu diperbetulkan.
“Jadi semuanya salah saya? Ya... semuanya salah saya Rafie.. Sayalah orang yang tak memahami.. Sayalah ibu yang tak berguna dan saya jugak isteri yang tak berguna! Jadi awak boleh hidup tanpa saya kan, jadi tunggu apa lagi? Lepaskan.....”
“Delia!!!”
Belum sempat Adelia ingin menghabiskan ayatkan, jeritan Rafie sudah menghentak peluput telinganya. Masing-masing seperti kelihatan tergamam dan terpana!
“Betullah kan... Awak boleh cari isteri yang jauh lebih sempurna.. Isteri baru untuk mengantikan tempat saya..” Sayu sahaja nada suara Adelia. Dia cuba bertahan untuk tidak menangis! Dan akan tetap bertahan...
Kali ini Rafie sudah kehilangan kata-kata. Apa yang isterinya ini katakan ini? “Apa yang Delia merepek ni? Abang dah cuba perbaiki apa yang tak kena dalam rumah tangga kita, tapi abang tengok, Delia yang asyik larikan diri! Kalau Delia nak lari, abang sanggup kejar... Tapi bila Delia macam ni, abang tak tahu nak buat macam mana lagi?” Entahlah, dia sudah hilang daya untuk memujuk hati Delia.
“Sampai bila awak nak berahsia? Penipuan tak akan mampu membuatkan saya tersenyum Rafie.. sebab penipuan ni makin menyakitkan hati!” Tekan Adelia sambil jari terlunjuk dihalakan ke dadanya.
“Rahsia apa ni? Abang tak pernah rahsiakan apa-apa pun dari Delia! Kalau bercakap tuh, jangan fikir hati Delia je.. Hati abang, Delia tak fikir pulak? Kita ni suami isteri.. Mana boleh fikir bahagian masing-masing. Kita kena sama-sama fikirkan perasaan kita..”Suara Rafie sudah mula mengendur. Cara apa lagi yang dia perlu lakukan untuk membuka kembali simpulan kasih ini?
“Jangan letak kesalahan dekat bahu orang lain kalau awak sendiri tak mampu nak menggalasnya!” Adelia sudah tidak berdaya untuk berhadapan dengan Rafie saat ini. Dia bimbang jika perbalahan ini makin jadi panjang.
“Apa salah abang? Cuba Delia beritahu?” Desak Rafie sambil merentap lengan Adelia apabila isterinya itu berjalan dihadapannya untuk masuk ke dalam bilik. Dia pening apabila Adelia sering menyalahkannya tapi tidak pernah diterangkan tentang skop kesalahan yang dilakukan!
“Pandai buat salah, pandai-pandailah fikir sendiri!” Ditarik tangannya yang kemas di dalam pegangan Rafie. Sekali lagi dia membiarkan Rafie termanggu sendiri.
‘Kenapa kau tak terus terang je dekat Rafie yang kau dah tahu tentang hubungan sulit dia tu?’ Tanya suara hatinya keras.
‘Sebab aku tak mahu Rafie fikir yang aku ni jenis cemburu buta dan aku akan nampak lemah dihadapannya malah dia pasti akan gembira melihat aku sengsara seperti ini!’ Jawab satu suara lagi.
‘Mungkin dia dengan perempuan tu tak ada apa-apa! Kau tak perlu menuduh di curang sedangkan jika dia tak melakukan, perkara ini akan jadi fitnah! Sanggup ke kau menfitnah suami sendiri?’
Adelia mula meramas rambutnya. Ya Allah.. sungguh, hatinya kusut! Jiwanya bercelaru! Kata hati dan akal fikiran bertelagah sesama sendiri namun soalannya masih lagi tergantung tanpa jawapan.  Kalau benar apa yang dia fikir ini tidak benar, dia sudah berdosa besar dengan suaminya. Menuduh curang! Malah sudah banyak kali dia meninggikan suara kepada Rafie.
Tanpa membuang masa lagi, terus Adelia melangkah ke bilik air. Hati yang gundah ini perlu ditenangkan dengan titisan wudhuk. Dia ingin melakukan bersolat. Supaya dapat mengembalikan ketenangan yang hilang.
***
            Adelia terjaga dari tidurnya. Rupa-rupanya dia tertidur selepas solat tadi. Matanya mula memandang ke arah katil yang kosong! Kemana suaminya? Keluar mencari perempuan tadi ke? Hati mula dibakar amarah pabila fikiran melencong dari landasan
            ‘Jangan cepat berprasangka buruk Delia! Entah-entah suami kau ada kat luar!’ Bisik kata hatinya. Matanya mendarat pada jam dinding yang sudah mencapai angka  satu pagi.
            Perlahan-lahan dia menapak ke muka pintu. Apabila dikuak pintu biliknya, kelihatan susuk tubuh Rafie yang sedang tertidur di atas sofa sambil tangan kanan lelaki itu terletak di atas kepala. Hati Adelia mula diruntun pilu. Mungkin dia yang bersalah! Tanpa pertanyaan dan usul periksa, dia menuduh suaminya sendiri.
            ‘Sejak bila aku jadi macam ni? Sejak bila aku cemburu buta seperti ini?’ Lantas dia terus berjalan mendekati suaminya.
            “Abang... abang...” Kejut Adelia sambil menepuk lembut bahu Rafie.
            Rafie yang mendengar suara lembut itu mula ingin membukakan matanya.
            “Arrghhh....!!!” Jerit Rafie sambil bangun dn menyilangkan tangannya di wajah. Terkejut kerana melihat susuk tubuh yang serba putih itu.
            “Abang... ni Delialah!” Ucap Adelia sungguh-sungguh. Terus dia ketawa kecil. Suaminya ini tak pernah berubah! Penakut yang amat. Lantas dia mula mendapatkan tempat di sebelah Rafie.
            “Ish.... kenapa pakai terlekung ni? Buat terkejut abang je? Ke memang sengaja nak takutkan abang?” Rafie mula menyapu dadanya apabla menyedari yang wanita berterlekung itu adalah isterinya. Dia memang sejenis lelaki yang darah gemuruh sedikit! Tak boleh terkejut sangat. ‘Ceh, mengaku jelah yang kau tu memang penakut!’
            “Delia tertidur lepas solat tadi.. baru je terjaga. Nak cari abang.. bukan nak takutkan abang... Dah tahu yang abang memang penakut. Hmm, kenapa tak masuk  tidur dalam bilik?” Entah kenapa, mereka berdua seakan-akan terlupa yang mereka baru sahaja gaduh besar! Pelik kan? Tapi dalam rumah tangga memang tak ada yang pelik.
            “Abang ingatkan Delia tak bagi abang masuk! Jadi abang tidurlah dekat sini..” Jawab Rafie senada. Tapi dia mengerling sedikit ke arah isterinya yang ikut turut senyap. Namun dia sedikit lega apabila mendengar nada suara Adelia yang sudah lembut seperti biasa. Malah isterinya itu tidak lagi membahasakan diri awak dan saya. Lega sedikit hatinya apabila mengenangkan yang  hubungan ini akan pulih seperti biasa!
            “Ni kenapa kejut abang ni? Nak goda abang ke?” Usik Rafie sambil merapatkan bahunya di bahu Adelia. Dia mula tersengih-sengih! Sengaja hendak menyakat Adelia. Sudah lama rasanya hubungan mereka kering kontang tanpa sebarang usikan manja. Yang ada hanyalah rasa tidak puas hati sahaja.
            “Abang, tolonglah jangan buat muka macam tu!” Adelia faham dan kenal sangat muka gatal suaminya itu. Sebenarnya dia ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang wanita yang bersama dengan suaminya tadi!
            “Kalau abang nak buat jugak, Delia nak buat apa dekat abang?” Muka Rafie sudah mula mendekat hingga berlaga hidungnya mereka berdua.
            “Delia....” Belum habis kata-katanya, hujahnya telah mula dipatahkan oleh si suami.
            “Hmm, Delia nak senyap sendiri ke atau nak abang senyapkan?” Rafie mengangkat keningnya sedikit sambil tersenyum kacak. Adelia mula telan liur. Hilang hendak bertanya, lain pula jadinya! Aduhai suami, isteri tengah marah-marah pun, sempat lagi dia hendak bermanja!
***
            Entah kenapa hari ini Adelia rasa kalut semacam! Habis kerja di pejabat jadi tunggang-langgang. Mujur sahaja ada Siti yang memperbetulkan kesalahannya. Jika kertas kerja sudah dikemukakan kepada pihak atasan, pasti jenuh nak menjawab. Nanti tak pasal-pasa menempah nama buruk. Sudahlah projek bernilai berjuta-juta!
            “Kau ni kenapa Del? Tak bincang ke dengan suami kau semalam?” Tanya Siti sambil mengelengkan kepalanya. Selalunya Adelia bukan begini.
            “Lebih dari perbincangan pun...” Jawab Adelia sambil meleretkan suaranya.
            “Dah tuh, tak jumpa-jumpa lagi jalan penyelesaiannya?” Tanya Siti lagi.
            Sebenarnya Adelia memang sudah melupakan isu semalam. Malah apabila dia membuka mata pagi tadi, dia sudah bertekad untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih! Namun sekarang, air yang jernih itu mula mengering hingga mula menjadi kontang! Sekontang rasa hatinya tadi.
            Ini semua gara-gara dia mula membaca mesej di telefon suaminya yang berbunyi.

Thanks a lot yunk!! Ini yang buat I makin sayang kat u nih..

            Sekarang, Adelia benar-benar rasa yang dirinya seorang yang amat bodoh? Bodoh kerana terpedaya dengan gelaran seorang suami! Semalam seenaknya mengungkap rasa kasih! Siang pula cari mangsa lain. Sungguh, kalau ikutkan hatinya tadi, hendak sahaja ditampar wajah Rafie. Namun kerana melihat Rafie yang seakan-akan tergesa hendak ke pejabat, dia tahankan dahulu amarahnya.
            ‘Entah-entah nak pergi kerja awal sebab nak jumpa perempuan tuh?’ Fikiran buruk datang lagi. Adelia mula merengus kuat!
            “Del, aku rasa better kau ambik cuti! Otak kau ni macam tak center sangat hari ni!” Risau Siti dibuatnya. Tak guna jugak pergi kerja kalau fikiran melayang ke lain. Mungkin sahabatnya itu perlu berehat untuk menenangkan fikiran. Kalau tak, Adelia akan menambahkan lagi kerjanya yang sudah sedia banyak!
            “Aku ambil emergency leave lah.. Aku rasa aku nak pergi satu tempat!” Adelia sudah mula kalut mengemas mejanya yang berselerakan seperti otaknya jugak.
            “Kau nak pergi mana?” Siti sedikit risau kalau Adelia melakukan sesuatu yang diluar kawalannya.
            “Kau bukan nak bunuh diri kan?” Tembak Siti selamba apabila soalanya tidak mendapat sebarang respon daripada Adelia.
            “Weh, aku ni ada Iman lagi! Tapi apa nak jadi lepas ni, jadilah! Yang penting, aku tak boleh hidup dalam pembohongan ni lagi.” Terus Adelia bangun dan keluar dari biliknya. Meninggalkan Siti yang terkulat sendiri.
***
            Setelah hampir dua jam duduk di dalam kereta, akhirnya saspek yang dikehendaki mula memunculkan diri. Bukan main mesra sambil bergelak ketawa lagi. Tidak sia-sia Adelia menunggu di dalam kereta di bawah pejabat Rafie. Akhirnya kantoi juga lakonan mereka berdua ini. Tanpa menunggu masa lagi, terus Adelia keluar dari kereta dan mula menapak ke arah pasangan sejoli itu!
            Apabila pandangan Rafie mula terhala ke arahnya, suaminya itu mula buat muka pelik! Konon-konon seperti terkejut! Jangan nak terkejut sangatlah!
            “Eh, apa sayang buat kat office abang ni?” Tanya Rafie ramah. Namun dia sempat menjeling ke arah perempuan di sebelahnya.
            “Nak tengok sama ada suami saya ni buat kerja ke atau cari kerja lain!” Sinis suara Adelia menampan telinga Rafie.
            Rafie mula rasa tidak selesa apabila mendengar kata ganti diri yang digunakan oleh isterinya. ‘Aduh, baru semalam mereka berbaik! Tak kan nak gaduh lagi?’
            “Err... kenalkan ini kawan abang, Yasmin... Min, ini isteri I.. Adelia.” Yasmin terus tersenyum-senyum ke arah Adelia. Malah tangannya juga dihulurkan ke arah Adelia. Namun sedikit pun tidak disambut oleh Adelia.
            “Jadi, inilah calon madu saya?” Pandanganya terus menusuk ke arah suaminya. Tidak dihiraukan riak wajah Yasmin yang sedikit tercengang itu.
            “Apa yang Delia mengarut ni?” Tanya Rafie sedikit panik. Sejak bila Adelia pandai cemburu menggila seperti ini?
            “Bukan ke awak pernah cakap yang awak nak cari bini baru dulu? Jadi sekarang dah jumpalah eh?” Sinis Adelia mengerling ke arah Yasmin. Memang gadis itu cukup sempurna untuk dijadikan seorang isteri. Nak cakap muda, mungkin mereka sebaya! Nak kata cantik, perempuan ini memang dalam katergori yang cantik. Apa lagi lebihnya perempuan ini sehingga suaminya ini sanggup menduakannya?
            “Awak dah salah faham Adelia..” Yasmin mula hendak memperbetulkan keadaan.
            “Oh... balik-balik saya jugaklah yang salah! Bila awak dah rampas suami orang, awak tak rasa serba salah pulak?” Mencerlung mata Adelia memarahi Yasmin. Yasmin mula mengarukan kepalanya yang tidak bertudung itu.
            ‘Ya Allah, perempuan macam ni yang Rafie mahu? Perempuan yang sanggup mendedahkan kecantikkannya dihadapan dunia? Perempuan seperti ini yang dibanggakan oleh Rafie?’
            Yasmin mula menarik sedikit hujung lengan kemeja miliik Rafie namun cepat-cepat Adelia bertindak dengan menepis tangan itu kasar!
            “Delia!” Rafie sudah mula hendak menyinga dengan perangai tanpa usul periksa isterinya itu. Susah jika perasan curiga dan cemburu mula membelit seorang isteri. Lantas kewarasan akal fikiran hilang ditelan amarah.
            “Sebab perempuan ni, awak sanggup tengking saya Rafie? Kalau awak nak sangat bersentuhan dengan dia, awak kahwin jelah dengan dia! Saya pun tak sanggup nak bersekongkol untuk menangung dosa awak!” Adelia mula rasa hendak menangis.
            Yasmin mula rasa serba salah!
            “Delia...” Yasmin mula memanggil lembut. Namun apabila  panahan mata Adelia menyerang pandangannya, terus Yasmin kematian kata-kata. Air liurnya juga seakan-akan tersekat di kerongkong.
            “Saya tak mahu tanggung dosa kalian... Jadi saya akan benarnya korang berkahwin! Tapi dengan satu syarat....” Kata-kata Adelia terhenti di situ. Matanya mula mencari anak mata Rafie.
            “Awak kena lepaskan.... saya...” Air mata Adelia mula menitis untuk menjadi saksi beban kesakitan di hatinya.
            Rafie tergamam! Yasmin terpempam!
***
            Adelia cuba untuk tidak menangis tapi air matanya tidak mampu ditahan lagi. Bimbang jika disimpan, ia akan bernanah dan memakan masa untuk sembuh! Tangannya mula mencapai baju-baju di dalam almari. Dikaut dan dicampakkan ke dalam beg pakaian. Akhirnya, inilah penyudah kepada rumah tangganya.
            “Delia... Tolong jangan buat abang macam ni!” Halang Rafie apabila melihat perbuatan Adelia yang memasukkan segala baju ke dalam begnya.
            “Awak yang paksa saya buat semua ni Rafie...” Balas Adelia sambil mula mengemaskan kain bajunya.
            “Abang tak akan lepaskan Delia! Itu keputusan abang!” Putus Rafie tegas. Susah untuk dia fahamkan isterinya jika isterinya terus menerus mejadikan emosi dan perasaan sebagai resepi utama dalam pernikahan mereka ini. Bermula dengan selisih faham yang kecil, akhirnya mengundang masalah yang lebih besar.
 Ya, Rafie mula mengaku... Dialah yang bersalah kerana kurang peka dalam mengadun resepi berkasih ini. Dia lelaki yang mengambil temeh semua perkara! Dia sering membebankan isterinya dengan kerja rumah tanpa menghulurkan bantuan! Lantas menyebabkan isterinya itu mula tawar hati dengan sikapnya. Masalah ini nampak remeh, tapi ia terus menjadi berat apabila dihimpun segala sikap buruknya itu. Dan dikala dia ingin memperbaiki semuanya, di mula sedar yang dia sudah mula terlewat. Sekarang timbul pula masalah baru. Masalah yang terus menghancurkan hati isterinya.
“Awak tamak!!!” Jerit Adelia geram. Sungguh, lelaki memang tidak pernah cukup dengan satu! Sebelum dapat, mulut manis berjanji macam-macam. Namun kini, semua rasa itu makin tawar! Hilang manisnya.. hilang masinnya.. hilang masamnya.. cinta ini sudah tidak berperisa lagi.
“Saya bukan tamak... Tapi saya tahu yang Yasmin tak boleh jadi isteri sebaik awak Delia... Jadi sebab itu..”
“Jadi sebab itu awak memutuskan untuk jadikan dia perempuan simpanan?” Adelia terus-menerus menghentam suaminya. Tidak peduli jika terpaksa memotong kata-kata suaminya itu.
“Saya ni tak ubah macam orang gaji awak je Rafie.. Tak ubah macam tu kan?” Tanya Adelia dengan suara yang penuh rintihan,
“Abang tak pernah anggap awak macam tu Delia!” Suara Rafie jugak sudah separuh merayu. Sukar benar hendak memahamkan isterinya ini.
“Awak tak anggap macam tu tapi itulah yang awak lakukan...” Adelia mula terduduk di birai katil. Tidak mampu melakukan apa-apa lagi walaupun untuk menyeka air mata yang mampir di pipi.
“Delia...” Rafie sudah mula melutut..
“Kadang-kadang saya tertanya-tanya mana salah saya... Saya tahu saya ni banyak kurang Rafie..” Adelia mula teresak. Melepaskan rasa sesak yang menghuni rasa hati. Rafie terus bangun dan memeluk isterinya kejap!
‘Kata-kata pujukan tidak  akan mampu untuk memulihkan hati Adelia tika ini! Aku perlu lakukan sesuatu..’
“Delia betul-betul bertekad dengan keputsan Delia ni?” Tanya Rafie perlahan setelah Adelia melepaskan pelukan.
“Saya tak akan cakap kalau saya tak fikir!” Keras sedikit nada suara Adelia.
‘Memang sayang fikir.. tapi Delia tak fikir panjang!’ Rafie mula mengeluh perlahan.
“Delia tak kesiankan anak-anak ke?” Rafie mula menggunakan anak-anak sebagai alasan. Mana tahu kalau-kalau hati Adelia kembali lembut.
“Dia orang dah besar.. dia orang pasti boleh terima. Lagipun berpisah lebih baik dari kita bergaduh di depan mereka. Benda tu lagi boleh mempengaruhi fikiran dia orang! Awak jangan risau tentang hak penjagaan anak-anak. Kita akan bergilir-gilir jaga. Saya pun tak berniat nak pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang!” Keputusan Adelia sudah benar-benar tekad.
Sekali lagi Rafie mengeluh perlahan. “Kalau betul Delia nak berpisah dengan abang, abang nak minta satu perkara dengan Delia!” Pinta  Rafie perlahan.
“Apa lagi yang saya boleh tolong awak?”
“Yasmin... dia tak tahu apa-apa tentang selok belok hal rumah tangga. Jadi, abang nak Delia ajar dia.. Ajar dia cara untuk menguruskan rumah tangga. Anggaplah ini tugas terakhir dari seorang isteri untuk seorang suami.” Ujar Rafie perlahan.
Adelia mula berpaling ke arah lain! Tegar sungguh seorang suami membuat permintaan sebegitu rupa terhadap seorang isteri. Adakah suaminya ini benar-benar tidak berperasaan?
“Sampai macam ni sekali sayang awak pada dia?” Tanya Adelia sayu.
“Delia....”
“Baiklah. Saya setuju. Saya harap awak tak minta apa-apa lagi. Jadi buat sementara ni, saya minta izin nak tinggal kat sini dulu. Supaya saya senang nak ajar perempuan kesayangan awak tuh!” Tutur Adelia tidak berperasaan lagi.
“Kalau kita dah berpisah pun, rumah ni tetap miik Delia.” Balas Rafie perlahan. Sedih sungguh mengenangkan perkahwinannya dengan Adelia huru-hara seperti ini. Mampukah dia berpisah dengan Adelia?
“Saya tak mahu.. saya tak mahu berhutang apa-apa dengan awak Rafie.” Adelia mula menjauh daripada Rafie. Bimbang jika dia akan kalah dengan pujukan lembut Rafie. Semalam sahaja dia sudah tetewas! Mungkin sampai bila-bila pun dia akan kekal tewas.
“Abang yang banyak berhutang dengan Delia...” Kata-kata Rafie membuatkan langkah Adelia terhenti. Agak tertanya-tanya sedikit.
“Abang mula berhutang bila Delia menguruskan rumah tangga kita dengan sempurna. Abang berhutang apabila Delia mengandungkan anak-anak abang. Abang terus berhutang apabila Delia melahirkan anak-anak abang! Abang terus berhutang kata maaf apabila abang melukakan hati Delia... Abang berhutang ucapan terima kasih apabila Delia memperlengkapkan diri abang sebagai seorang suami.. Abang terus-menerus akan berhutang dengan Delia.. Sampai bila-bila...”
Sejurus selepas itu, Adelia kembali meneruskan langkah! Memang dia terharu! Namun kata-kata Rafie tidak mampu memujuk hatinya lagi.
***
            “Ini bilik awak!” Adelia terus membukakan pintu bilik Yasmin. Mulai hari ini, Yasmin akan tinggal bersamanya. Konon-kononya, kedatangan perempuan ini adalah untuk memperlengkapkan diri Yasmin dengan kriteria seorang isteri. Setelah difikir-fikir semula, ini semua kerja gila! Namun dia sudah terlanjur bersetuju. Kata-kata itu tidak boleh ditarik balik. Yasmin akan tinggal di rumah ini selama seminggu.
            Malah dia masih ingat lagi kata-kata Rafie. ‘Tolong jangan marah atau sakitkan hati dia.. Jangan treat dia macam Delia treat anak-anak kita.. Layan dia macam kawan..” Kata-kata Rafie ini seperti menghiris tangkai hati Adelia.
            “Ini ada beberapa jadual yang perlu awak patuh!” Adelia menunjukkan jadual yang telah dirangka kepada Yasmin.
            “Jadual apa ni?”
            “Ada jadual untuk kemas rumah, basuh baju, iron baju dan sebagainya. Ada jadual study anak-anak! Apa perkara yang mereka boleh buat dah tak boleh buat! Ada makanan yang dia orang boleh makan dan makanan yang dia orang tak boleh makan!” Terang Adelia ringkas.
            “Errkk.. biar betul ini jadual Radeya dan Raid! Dia orang hanya dibenarnya menonton televisyen sebelum pukul 8. Habis tu kalau bosan macam mana? Lepas tu jadual ni banyak sangat untuk belajar... Rasanya tak perlu kot awak nak tetapkan peraturan macam ni! Semua ni akan membataskan masa dia orang. Lagipun dia orang kecil lagi kot...”
            Adelia mula mengetap bibir. Belum sampai satu jam berada di rumahnya pun, sudah pandai komplen macam-macam. ‘Hmm, pilihan Rafie memang hebat!’
            “Ini rumah saya jadi awak harus ikut arahan saya!” Suara Adelia sedikit meninggi.
            “Oh.. jadi kalau budak-budak tidur rumah saya nanti, dia orang tak perlulah nk ikut segala peraturan nih! Jadi, peraturan ni tak penting untuk saya!” Dicampakkan kertas itu di atas katil. Perbuatan yang betul-betul biadap!
            “Awak berada di sini sebab Rafie nak saya mengajar awak tentang selok belok rumah tangga...” Adelia menyebut secara perlahan sambil menekankan sedikit nada suaranya. Kesabarannya memang tercabar dengan sikap Yasmin ini. Kesabarannya makin hilang apabila mendengar tawa Yasmin yang makin meluat!
            “Saya peliklah? Kenapa dia suruh saya belajar dengan awak sedangkan awak pun bukannya pandai menguruskan rumah tangga. Ialah, kalau awak pandai, tak lah awak nak bercerai dengan Rafie pulak kan...” Perli Yasmin selamba. Entah kenapa, wajah dan perangai perempuan ini tempoh hari tidaklah seagresif ini. Mungkin dulu berlakon.. kononya tak ada apa-apa hubungan.
            “Saya tak peduli dengan apa yang awak nak cakap! Tapi disebabkan awak sedang berada di rumah saya sekarang, jadi tolong ikut rules yang saya dah tetapkan! Lepas ni turun bawah. Kita nak masak!” Arah Adelia keras sambil berlalu keluar.
            Yasmin mula tersenyum senang! Senang kerana dapat mengenakan Adelia.
***
Adelia menunjukkan cara untuk memasak laksa penang! Diterang satu persatu dengan lembut kerana ini adalah makanan kegemaran Rafie. Jadi dia mahu Yasmin cekap untuk menyediakannya. ‘Hingga saat aku nak berpisah pun, aku sentiasa meletakkan Rafie sebagai perkara utama dalam hidup aku! Malah aku sanggup mengajar bakal isteri Rafie sendiri? Wanita yang telah mengantikan aku di dalam hati Rafie..’
Tapi dahulu, Adelia masih ingat lagi, dia bukanlah tergolong dalam kategori yang pandai memasak! Semua masakannya mendapat komen yang negatif daripada Rafie. Tapi yang membuatkan dia terharu ialah, Rafie tetap akan menghabiskan makananya! Sedap belakang kira, yang penting Rafie sangat menghargai penat lelahnya berperang di dapur!
Entah kenapa, air matanya mula bergenang di tubir mata. Dahulu Rafie terlalu menyayanginya! Tapi kenapa perasaan itu boleh berubah?
“Saya tak sukalah laksa penang!” Yasmin mula merungut kecil.
“Sama ada seorang isteri itu suka atau tidak, dia tetap kena pandai masak makanan kesukaan suaminya.” Nasihat Adelia perlahan. Dia malas hendak mencari gaduh dengan Yasmin. Lagipula, sekejap lagi Rafie akan datang untuk minum petang! Cepat Rafie datang, cepatlah suaminya itu balik. Dia tidak betah jika Rafie terus berlama-lama di rumah ini. Bimbang dia terlupa hendak mengawal perasaannya apabila melihat Rafie dan Yasmin bergurau mesra.
Sejak kedatangan Yasmin, Adelia mengarahkan suaminya itu keluar dari rumah. Tidak manis rasanya jika Yasmin dan Rafie tinggal dalam satu rumah walaupun dia ada di rumah. Mujur sahaja Rafie menurut tanpa banyak soal.
“Saya peliklah...” Tangan Yasmin sudah mula bermain-main dengan senduk!
“Apa yang pelik?”
“Awak terlalu mengenali Rafie.. malah awak terlalu menyanyangi Rafie.. Tapi kenapa awak merelakan perpisahan ni?” Tanya Yasmin ingin tahu.
“Saya mengenali Rafie yang dulu.. bukan Rafie yang sekarang!” Adelia tetap menjawab walaupun tangannya sedang ligat menyediakan bahan masakan.
“Jadi, awak rasa yang perangai dia dah berubahlah eh... Hmm, barangkali apa yang pernah menjadi kesukaannya dahulu pun sudah tidak mendapat tempat di hatinya! Mungkin jugak yang dia dah tak suka makan laksa penang! Ialah, sepanjang kita orang bersama, Rafie tak pernah cakap pun yang dia suka makan laksa penang!!” Kata-kata Yasmin itu seperti halilintar yang membelah dada. Tangannya yang sedang mengacau lembut kuah laksa, mula terhenti.
“Hmm... Sedapnya bau.. Masak apa tu?” Entah sejak bila Rafie tiba, Adelia sendiri tidak mengetahuinya.
“Mama masak laksa!” Terang Radeya apabila anaknya itu mula didukong oleh Rafie. Adelia terus berpaling ke arah lain.
“You nak makan dah ke?” Tanya Yasmin mesra.
“Kejap lagilah.. I kenyang lagi.” Ujar Rafie lantas meninggalkan dapur.
“Delia, kita hidang kejap lagilah... I pergi teman Rafie kat depan dulu ya!” Kali ini, Yasmin pula yang meninggalkan dia tersendirian  di dapur. Matanya mula rasa berat. Mungkin benar kata Yasmin yang suaminya itu sudah berubah selera. Kalau dahulu, pantang bila masak laksa penang! Pasti Rafie akan serbu dahulu. Kalau dapat makan, lupa semua benda.
Tapi kini semuanya nyata berubah! Tapi tak ada yang pelik! Sedangkan kasih boleh berubah, inikan pula makanan kegemaran! Akhirnya, Adelia melangkah naik ke bilik untuk solat Asar. Kalau Rafie hendak makan sekalipun, Yasmin ada untuk melayannya!
***
            Adelia mengajar Yasmin cara-cara untuk menggosok baju kemeja Rafie. Sebenarnya gosok baju ini tidaklah sesukar mana. Cuma agak leceh pada permulaannya sahaja.
            “Susahlah... gosok depan, belakang kedut! Gosok lengan, depan kedut! Gosok atas, bawah kedut! Gosok bawah, atas pulak kedut!” Komen Yasmin sambil menyelak rambutnya ke belakang. Mungkin sudah mula kepanasan kerana sedari tadi menggosok baju di tempat yang sama berulang kali.
            “Inilah kerja seorang isteri.. nak tak nak, kena hadap jugak!” Ujar Adelia sedikit geram. Kalau boleh, semua benda pun Yasmin hendak merungut!
            “Oh no... Saya tak akan buang masa saya dengan benda-benda macam ni! Banyak kerja nak buat, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju lagi... So, saya dah decide yang saya nak hantar dobi jeh! Senang cerita dan settle semua masalah!” Yasmin mula melontarkan pendapat bernasnya.
            “Awak tak teringin ke nak kumpul pahala sebagai seorng isteri?” Tanya Adelia pelik. Dia langsung tidak faham dengan cara Yasmin berfikir. Kalau boleh, semuanya hendak mudah sahaja!
            “Pahala? Betul ke saya akan dapat pahala? Kalau saya merungut dengan kerja-kerja yang banyak, tak ke nanti kerja saya tu akan jadi sia-sia?” Tersentak Adelia mendengar kata-kata Yasmin itu.
            Ya... selama ini memang dia sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Namun adakalanya dia memang kuat merungut! Merungut dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan! Merungut dengan sikap suami yang langsung tidak membantu! Merungut dengan keadaan yang menghimpit dan akhirnya keadaan inilah yang membuatkan perasaaannya tersepit!
            ‘Ya Allah... jadi selama ini akulah yang bersalah. Akulah yang harus dipersalahkan atas retak kasih ini... Aku merungut dengan kerja-kerja yang menimbun sedangkan Engkau sedang menghamparkan diriku di atas padang untuk mengutip sebanyak mana pahala untuk bekalan di sana nanti. Namun kini, aku sendirilah yang memusnahkan diriku sendiri. Akulah yang memusnahkan rumah tanggaku sendiri!’
            Dan sekarang... semuanya sudah terlambat... Dia tidak punya ruang lagi untuk membetulkan keadaan. Dengan mata yang mula berat dengan air mata, Adelia terus menyambung kerja-kerja mengosoknya. Anggaplah ini kerja-kerja terakhir yang dia lakukan sebagai seorang isteri. Isteri kepada Rafie Muaayad!
***
            Sejak Rafie keluar dari rumah, semua urusan mula diselesaikan sendiri oleh Adelia. Pagi-pagi lagi, dia sudah mengejutkan Raid dan Radeya yang perlu ke sekolah. Kebiasaanya dia akan menyiapkan Radeya sementara Rafie akan menyiapkan Raid! Tapi sekarang dia perlu menyiapkan kedua-duanya. Hendak harapkan Yasmin, memang tak dapatlah. Walaupun sudah puas dikejut, Yasmin tetap tidak berganjak. Entah solat subuh atau pun tidak, Adelia sendiri tidak pasti.
            “Raid sikat rambut sendiri... Mama nak ikat rambut Deya kejap!” Arah Adelia sedikit kalut. Saat ini, dia teramat berharap agar suaminya ada disamping mereka. ‘Beginikah hidupku nanti setelah berpisah dengan Rafie dalam erti kata yang sebenar?’
“Mama....” Panggil Radeya perlahan tika Adelia menyikap rambut anaknya itu.
“Ya sayang...” Sahut Adelia sedikit.
“Kenapa papa tak tinggal dengan kita dah?” Terhenti pergerakan tangan Adelia.
“Kan papa kerja...” Bohong Adelia sambil mula memperkemaskan ikatan rambut Radeya. Bimbang jika mengurai dengan sendirinya nanti.
“Mama kan marah bila Deya menipu! Tapi mama pun tipu Deya jugak!” Radeya sudah pun berpaling mengadap mamanya.
“Papa tak kerja kan? Papa nak kahwin dengan Auntie Min!”
“Mana sayang tahu ni?” Setahunya, dia belum pernah menceritakan hal ini dengan sesiapa pun! Bagaimana pula anaknya itu boleh tahu? Lagipula, anak-anaknya masih kecil untuk dibebani dengan masalah rumah tangga kedua ibu bapanya.
“Auntie Min yang beritahu...” Adelia mula rasa hendak marah apabila mendengar jawapan daripada Radeya. Dia tidak suka jika Yasmin merosakkan pemikiran anak-anaknya!
“Deya tak suka kalau papa kahwin lain. Deya nak tinggal dengan papa dan mama! Deya sayang mama!” Radeya terus memeluk mamanya. Adelia mula rasa terharu. Dulu dia sentiasa merasa yang anak-anaknya sentiasa melebihkan Rafie kerana Rafie gemar mengambil hati anak-anak berbanding dirinya yang kerap marah-marah apabila menerapkan displin dalam diri anak-anak. Tapi sebenarnya, anaknya itu tetap menyayanginya
“Mama, papa dah datang!” Jerit Raid sambil mula mengambil beg sekolahnya.
“Deya dengan Raid pergi pakai kasut dulu. Mama nak tengok papa kejap!” Arah Adelia sambil mula bangun dari duduk. Walaupun Rafie tidak tinggal di sini, suaminya itu tetap datang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah. Rafie juga akan menukar pakaian kerja di sini sahaja.
Apabila sampai ke kamar peraduan, mata Adelia mula jatuh pada susuk tubuh Rafie yang sedang mengenakan baju kemejanya di badan. Malah suaminya itu tergopoh-gopoh  membutangkan bajunya. Tanpa berfikir panjang, terus Adelia mendekat dan membantu Rafie memakaikan tali leher.
Air muka Rafie jelas terkejut dengan tindakan Adelia. Akhirnya Rafie hanya membiarkan. “Yasmin tak bangun lagi?” Tanya Rafie sambil ralit memandang wajah Adelia. Sungguh, dia rindukan isterinya itu. Terlalu rindu...
‘Aku yang berada depan mata pun, dia asyik fikirkan Yasmin!’ Adelia mula hendak membentak! Hatinya  mula bertakung dengan rasa sebak!
“Belum...”
“Terima kasih.” Ucap Rafie apabila Adelia selesai memakaikan tali leher. Lambat-lambat dia mula mengalihkan pandangan. Baru sahaja Rafie menapak sedikit kemudian dia berpatah semula. Dikucup lembut dahi Adelia. Syahdunya terasa seperti upacara pembatalan air sembahyang mereka dulu. Memori lama seakan-akan berputar kembali.
Adelia hanya merelakan. Sungguh, dia makin takut untuk menanti hari esok!
***
            “Apa yang kau buat ni salah Del!” Ujar Siti sedikit keras apabila Adelia menceritakan serba sedikit tentang masalah yang menyelimuti rumah tangga mereka.
            “Habis tu kau nak aku buat apa lagi? Dah orang tak sayang... Aku pun tak berdaya nak merayu... Aku tak boleh halang kebahagiaan Rafie! Aku tak boleh pentingkan diri sendiri!” Bentak Adelia perlahan.
            “Bila seorang isteri menyelamatkan rumah tangga dia, itu bukannya pentingkan diri sendiri. Tapi itu untuk kepentingan bersama. Kau kena fikir akibatnya dari perceraian ni.. Anak kau macam mana? Bila ibu bapa bercerai, mereka sedang mempertaruhkan masa depan anak-anak! Kau nak hidup anak-anak kau tunggang langgang. Sekejap dengan kau, sekejap dengan Rafie! Dalam rumah tangga ni kena ada tolak ansur. Kalu suami terleka, isteri ada untuk menegur. Kalau isteri buat salah, suami ada untuk perbetulkan salah suami.
            Jadi sekarang, Rafie tergelincir sedikit dari landasan perkahwinan ni. Tapi itu tak bermakna yang kau pun kena tergelincir sama... Kau lah yang kena pimpin dia.. Pimpin dia untuk kenal balik rasa kasih tu. Kalau kau sendiri rasa yang cinta kau makin tawar, pandai-pandailah kau taruk gula.. Berpisah macam ni bukanlah jalan menyelesaian yang baik!” Nasihat Siti panjang lebar. Muka dan suaranya sengaja diseriuskan. Dia mahu Adelia berfikir panjang.
            Kenal sangat dengan perangai sahabatnya itu. Suka berperang dengan perasaan sendiri. Suka berfikir cepat tapi tak  mahu ambik tindakan.
            “Habis tu sekarang, kau nak aku merayu suruh Rafie terima aku balik? Macam tu?” Entahlah, Adelia langsung tidak boleh menggunakan otaknya kali ini. Semuanya kusut dan tak terurus!
            “Aku tak lah suruh merayu... Aku suruh kau ngorat balik suami kau tuh!” Tersentak Adelia mendengarnya! ‘Gila betul Siti ni!.. Dia suruh aku mengorat Rafie?’
            “Gilalah...” Sungguh, idea ini langsung tak boleh pakai.
            “Hah.. inilah masalah manusia. Cepat sangat berputus asa! Tunjukkanlah skill kau  macam waktu mula-mula kau buat dia jatuh cinta pada kau! Tak kanlah benda-benda tu pun aku nak ajar.. Kalau betul cinta tu dah hilang, kau kena buat dia jatuh cinta sekali lagi!”
            Adelia mengigit bibir. Tak tahu berkata apa lagi.
***
            Entah kenapa, kata-kata Siti petang tadi bermain di fikiran Adelia. ‘Tunjukkanlah skill kau  macam waktu mula-mula kau buat dia jatuh cinta pada kau!’
            “Delia...” Teguran itu membuatkan Adelia tersentak sendiri.
            “Dah boleh makan ke belum? Abang lapar sangat ni...” Rafie sudah mula mengusap perutnya. Adelia hampir-hampir terlupa yang dia sedang memanaskan lauk untuk Rafie yang datang untuk makan malam walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam!
            “Erk.. kejap!” Kerana terlalu terkejut, Adelia terus mengangkat periuk panas itu tanpa menggunakan sarung tangan.
            “Auchhh..” Hampir-hampir sahaja terlucut periuk panas itu namun masih sempat diletakkan semula di atas dapur. 
            “Delia... kenapa ni?” Terus Rafie mendekat sambil memegang pergelangan tangan isterinya. Jari-jemari Adelia mula merah dan melecur. Tanpa berfikir panjang, terus ditiup jari Adelia. Biar hilang perit dan sakitnya.
            Hampir menitis air mata Adelia kerana terlalu terharu! Rupanya, masih ada sisa kasih sayang dalam diri Rafie untuk dirinya!
            “Apa sajalah yang ada dalam fikiran Delia sampai terlupa nak alas dengan kain sebelum angkat periuk panas.” Bebel Rafie sambil mengelengkan kepalanya. Isterinya ini memang begini sikapnya kalau berfikir terlalu banyak!
            “Fikirkan abang ke?” Kali ini Adelia agak tersentak sedikit. Terus dia berpaling dari terus membalas pandangan suaminya. Dia sendiri keliru sama ada ingin mengiakan atau ingin menidakkan soalan suaminya.
            Rafie mula bangun dan hilang entah kemana. Adelia mula rasa sedih. Adakah suaminya itu hampa kerana dia tidak memberikan sebarang jawapan? “Meh sini... abang letak ubat gigi ni.. Biar kulit yang melecur tu lega sikit!” Suara itu sekali mengejutkan lamunan singkat Adelia. Oh, suaminya itu menghilang kerana ingin meletakkan ubat gigi di lukanya. Sungguh, Adelia benar-benar rasa ingin menangis!
            “Maaf sebab ganggu tidur Delia. Pergilah rehat... Biar abang ambik makanan sendiri!” Sebenarnya dia sengaja datang lewat malam seperti ini. Dia ingin bermanja engan isterinya. Kerana jika datang awal, Yasmin dan anak-anaknya pasti akan menganggu waktu untuk dia berdua-duaan bersama Adelia.
            “Tak apalah.. sikit je ni.. Biar saya ambilkan.” Apabila Adelia hendak berdiri, terus Rafie menahan. Muka Rafie sedikit keruh!
            “Tolonglah jangan berdegil..”
            “Delia duduk sini.. Biar abang ambil sendiri.” Sambung Rafie sambil mengambil pinggan dan mecedok lauk sendiri. Rafie mula mengambil tempat di sisi Adelia. Sedang Rafie mengunyahkan makanan, tiba-tiba suaminya itu menyuakan suapan yang berisi nasi kearah mulutnya.
“Eh, saya dah kenyang dah...” Tolak Adelia perlahan.
“Ish.. dah lama dah abang tak suap Delia. Makanlah sikit.. Kalaupun Delia kenyang, sekurang-kurangnya jagalah hati abang nih!” Adelia tergelak sedikit menyambut kata-kata manis suaminya. Akhirnya, dinganga juga mulutnya. Menerima sesuap kasih dari seorang suami.
Sambil mengunyah perlahan, Rafie mula bercerita itu dan ini. Adelia hanya mendengar sahaja. Sesekali menyampuk bila Rafie membutuhkan jawapannya. Sudah agak lama mereka tidak berbual sebegini. Dulu, walaupun mereka dekat, tapi perasaan itu terasa seperti terlalu jauh. Tapi kini, apabila mereka mula menjauh, kenapa perasaan itu mula makin mendekat?
Kata orang, kasih yang suram hanya akan bergetar kembali di saat mereka hendak berpisah! Benarkah semua itu?
“Errkk.. Delia....” Panggil Rafie usai dia membasuh tangannya.
“Hmm...”
“Abang nak tidur sini boleh?” Tanya Rafie sedikit teragak-agak.
“Hah?” Jantung Adelia seperti gugur tatkala mendengar kata-kata suaminya.
“Gelap sangatlah malam ni... Abang takut nak drive sorang-sorang!” Rafie mula buat muka kesian. Adelia terkesima seketika. Tidak tahu hendak membalas kata. Namun, dia sedia tahu dengan perangai Rafie yang penakut itu.
“Oh.. thanks sayang! Abang masuk bilik dulu ya!” Ujar Rafie teruja lantas mencium pipi isterinya itu. Sebenarnya, Adelia langsung tidak memberikan sebarang jawapan. Sengaja dia buat muka tak tahu malu dengan naik ke tingkat atas.
Adelia mula menelan air liur yang terasa kelat. ‘Sekaranglah waktu yang sesuai untuk kau tunjuk skill tu?’ Entah kenapa, suara Siti mula bergema di cuping telinganya. Aduuhhh... kusut sungguh!

***
Selesai membasuh baju, Adelia mula melangkah naik ke bahagian atas. Dia ingin menemani anak-anaknya itu untuk tidur. Walaupun esok hari cuti, dia sudah membiasakan anak-anak untuk tidur awal. Hari cuti bukanlah waktu untuk membuatkan dia menghapuskan peraturan yang telah ditetapkan. Kaki yang melangkah mula terhenti apabila terdengar perbualan di antara Yasmin dan anak-anaknya.
            “Alah.. jomlah kita tengok tv.. Auntie ada CD tau.. Cerita tu best...” Pujuk Yasmin lembut. Kata ibu muda, pastilah hendak membeli jiwa! Radeya dan Raid mula berpandangan sesama sendiri.
            “Tak boleh.. nanti mama marah...” Jawab Radeya petah!
            “Alah, kalau mama marah, auntie kan ada.. auntie boleh pujuk mama. Dia mesti tak marah dekat Deya dan Raid!”
            “Tak mahulah.. Nanti mama rotan! Raid tak mahu kena rotan dengan mama!” Jawab si abang pulak!
            “Mama tak rotan punya.. Kalau mama rotan Deya dengan Raid, auntie akan rotan mama balik! Alah, jomlah teman auntie tengok cerita ni, lagipun esok kan cuti.” Rayu Yasmin lagi.
            Adelia masih lagi hendak curi-curi dengar. Ingin tahu juga sama ada anak-anaknya yang dibelai dengan kedua belah tangannya ini akan mengikuti kemahuan Yasmin ataupun akan tetap patuh dengan peraturan yang sudah dia tetapkan!
            “Adik, macam mana ni?” Si abang mula melontarkan pertanyaan kepada adiknya.
            “Tak mahulah... adik nak tidur! Adik tak nak kena marah dengan mama!” Hati Adelia jadi tersentuh mendengar kata-kata anaknya! Selama ini, dia selalu menganggap anak-anaknya itu terlalu nakal. Tidak mahu mendengar kata-katanya. Namun kini dia sedar, kenakalan itu adalah salah satu proses pembesaran kanak-kanak. Nakal itu perlu untuk memastikan otak anak-anak sentiasa cergas! Kenapa dia tidak terfikirkan semua ini dahulu?
            “Abang pun nak tidur jugak... Bye Auntie..”
            Adelia terus menerus bersandar di tepi dinding. Tanpa sedar, wajahnya mula basah! Basah dengan kerinduan dan rasa sayang yang makin bercambah!
            Setelah memastikan bayang Yasmin hilang dari pandangan, Adelia terus menapak ke dalam bilik Radeyah. Sepertinya, Radeya telah mula lena dilulit mimpi. Terus dihadiahkan satu ciuman di ubun-ubun milik Radeya.
            ‘Mama sayang Deya... Mama sayang sangat...’ Ditelus lembut pipi anak perempuannya itu. Air matanya menitis di pipi. Mungkin benar kata Rafie yang dirinya terlalu berkeras! Terlampau bertegas dalam mendidik anak-anak. Jadi sebab itu Rafie perlu memanjakan mereka. Supaya didikan ini akan jadi sempurna.
            Kemudian kakinya menapak ke bilik anak lelakinya pula. Namun pelik kerana Raid masih belum tidur. Dia sedang berdiri sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.
“Raid tak tidur lagi?” Raid sedikit tersentak apabila mendengar teguran dari mamanya. Mukanya kelihatan cuak sedikit.
            “Kenapa ni?” Terus dia tarik Raid dekat dengannya. Dipeluk bahu Raid dengan mesra.
            “Raid tak boleh tidur...” Ujar Raid perlahan.
            “Biar mama dodoikan Raid ya...” Ajak Adelia sambil memandang wajah anak lelakinya yang sedikit muram itu.
            “Betul ke mama nak berpisah dengan papa?” Sekali lagi Adelia tersentak mendengar pertanyaan anaknya.
            “Ish... siapa cakap macam tu?”
            “Auntie Yasmin yang cakap.”
            Adelia mula melepaskan keluhan. “Sudahlah sayang.. pergi tidur ya!” Adelia langsung tidak menghiraukan pertanyaan anaknya. Dia terus menyelimut Raid yang sudah berbaring di atas katil.
            “Mama...” Panggil Raid perlahan sambil mula bangun dari pembaringan.
            “Iya sayang...”
            “Abang sayang mama...” Terus dipeluk Adelia yang agak tergamam itu. Air matanya menitis lagi. Terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan dari anaknya itu. Jika takdir memisahkan dirinya dan Rafie, dia tetap akan teruskan hidup bersama anak-anak.
            “Mama pun sayang abang...” Adelia terus menemani Raid sehingga anak itu tertidur.
            Keluar sahaja dari bilik Raid, dia terus melagkah ke  kamar peraduan miliknya. Namun ketika Adelia melewati kamar Yasmin, terdengar gelak tawa yang agak kuat. Mungkin Yasmin sedang berbual di telefon. Pintu bilik yang agak terbuka itu memudahkan kerja Adelia untuk mencuri dengar perbualan Yasmin yang sungguh mesra itu.
            “I pun sayang you... Sayang sangat! Sungguh, tak sabar nak jumpa you.. Tak sabar nak keluar dari rumah yang dasyat nih! Betullah cakap you... peraturan kat dalam rumah ni banyak sangat!” Suara Yasmin yang manja sampai ke peluput telinga Adelia.
            ‘Ya Allah.. kuatkan hatiku dalam melewati perpisahan ini! Mungkin sudah tersurat yang cinta ini akan ternokhtah di sini. Mungkin benar yang cinta ini makin tawar...’ Adelia tidak kuat lagi untuk terus mendengar perbualan Yasmin yang sememangnya lebih banyak menghiris tangkai hatinya. Jadi lebih baik dia beredar. Beredar dari terus menyakitkan hati sendiri.
***
            Hari ini genap seminggu Yasmin berkampung di rumahnya. Dari arah pintu bilik yang terbuka, Adelia melihat Yasmin sedang mengemaskan pakaiannya. Gadis itu kelihatan ranggi dengan seluar jeans dan t-shirt berlengan pendek. Sekali pandang, tidak ubah seperti remaja berumur awal 20-an. Mungkin perwatakannya yang agak manja yang menawan hati Rafie.
            Adelia mula membandingkan dirinya dengan Yasmin. ‘Mungkin sebab aku tak manja.. Aku tak happy go lucky macam Yasmin! Aku perempuan yang penuh dengan prisnsip dan perturan! Mungkin perkara inilah yang menganggu-gugat tempatku di hati Rafie. Biarlah, kalau ini kebahagian Rafie, aku tidak sekalipun akan menghalang!’
            “Min...” Panggil Adelia pendek.
            “Oh.. Delia.. masuklah!” Tegur Yasmin sambil mencampakkan barang-barangnya di dalam beg. Sungguh, dia memang malas hendak mengemas beg baju.
            “Ish.. kenapa tak lipat betul-betul?” Adelia pula yang naik rimas melihat gumpalan baju yang dicampak di dalam beg pakaian Yasmin.
            “Errkk... Saya tak retilah kemas baju!” Jawab Yasmin jujur. ‘Eleh, apa ajalah yang aku reti!’ Kutuk Yasmin kepada diri sendiri.
            “Min ni sama je dengan Rafie..” Adelia sudah mula mengeluarkan kain baju Yasmin itu.
            “Oh... kita orang memang banyak sangat persamaan kan!” Adelia agak tersentak mendengar kata-kata Yasmin yang seperti menyatakan ayat dalam terang bahawa antaranya dan Rafie, terlalu banyak perbezaan!
            “Errkk... saya tak bermaksud nak....” Yasmin mula sedar akan keterlanjuran kata-katanya.
            “Tak apa... Kata-kata awak tu tak berbekas pun di hati saya!” Susah untuk Adelia keringkan hatinya yang basah! Namun dia perlu mengeringkan hatinya sendiri. Selepas ini, lebih banyak lagi cabaran yang perlu dia tempuh untuk melewati kehidupan selepas bergelar janda.
            ‘Janda... Ya Allah... kuatkan aku untuk memegang title itu?’
            Yasmin melihat Adelia yang sedang khusyuk membantu mengemaskan kain bajunya itu. Dilipat dan disusun dengan kemas! Jauh panggang dari api dengan perbuatannya tadi. Adelia memang isteri terbaik!
            “Nak tak nak., Min tetap kena belajar kemas baju ni.. Sebab Rafie langsung tak boleh membantu nanti.” Ada tawa yang tercetus di hatinya. Disabarkan hati dan dikuatkan perasaannya! Dia perlu kuat! Kalau pun bukan untuk diri sendiri, sekurang-kuranya untuk Radeya dan Raid!
            Yasmin senyap sahaja. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.
            “Min..” Panggil Adelia perlahan sambil mendapatkan tempat di sebelah Yasmin.
            “Kenapa Delia?” Entah kenapa, jiwa Yasmin diserang gundah melihat keadaan Adelia ketika ini.
            “Tolong saya...”
            “Tolong apa?”
            “Tolong bahagiakan dia untuk saya... sebab saya tak mampu nak bahagiakan dia lagi!” Tangisan mula berlagu sepi. Mengheret perasann yang terhimpit!
            “Delia...” Yasmin ingin bersuara tetapi suaranya tersekat di kerongkong.
            “Saya terima... Saya terima semua ini dengan hati terbuka! Sayanglah dia macam mana awak sayangkan diri sendiri Min! Dan ada satu lagi saya minta...” Tangan Adelia mula mendarat di kepala Yasmin yang tidak beralaskan apa-apa itu.
            “.. Jangan biarkan orang kesayangan kita terbeban dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Tutuplah kecantikan ini untuk tatapan suami seorang sahaja.” Adelia tersenyum manis. Sungguh, senyuman ini lahir dari hatinya yang ikhlas. Dia telah mula ikhlas melepaskan Rafie.
            ‘Mungkin ini adalah jalan terbaik. Mungkin inilah balasan kerana aku sering mengungkit dengan kebaikan yang aku lakukan. Lupa memandang pada kelemahan yang berteraburan di sana-sini! Aku mengharapkan teman yang sempurna! Sedangkan aku sendiri penuh dengan cacat cela.’
            “Delia... sebenarnya...” Yasmin sudah berkira-kira untuk berterus terang namun jeritan dari arah bawah membuatkan mereka berdua saling memandang. Cepat-cepat Adelia dan Yasmin turun ke bahagian bawah rumah.
            Sesampainya di dapur, mata Adelia terpandangkan sekujur tubuh Radeya yang sedang terbaring di atas lantai. Badannya sedikit mengelupur!
            “Ya Allah...  Deya!”
            “Kenapa dengan adik ni?” Yasmin mula menghulurkan pertanyaan ke arah Raid yang sudah menangis. Dia pun ikut turut kalut!
            “Adik makan coklat ni lepas tu tiba-tiba jadi macam ni...” Raid mula menunjukkan coklat cadbury Nutt itu.
            “Macam mana coklat tu boleh ada dalam rumah ni?” Tanya Adelia sedikit menengking.
            “Err... tu coklat saya Delia.. Saya yang letak dalam peti!” Jawapan  Yasmin benar-benar mampu membuatkan Adelia meradang!
            “Ya Allah.... kenapa kau letak dalam peti? Kau tak baca ke senarai yang aku beri hari tu?” Terus dicempung tubuh Radeya yang sudah tidak bermaya itu. Mukanya sudah mula ditumbuhi dengan tompokan merah seperti ruam. Malah mulutnya juga sudah membengkak!
            “Apa masalahnya sekarang? Coklat je kan?” Yasmin mula membela diri.
            “Masalahnya coklat cadbury tu ada kacang dan Radeya alah pada kacang!” Tengking Adelia kuat dan mula mencempung tubuh Radeya ke kereta. Yasmin yang pada awalnya sedikit terpana, mula mencapai kunci kereta yang tersangkut dan mengarahkan Adelia menggunakan keretanya sahaja yang kebetulan berada di belakang kereta milik Adelia.
            “Tak payah, kau cuma ketepikan kereta kau...!”
            “Delia, boleh tak jangan berdegil! Nyawa Radeya dalam bahaya sekarang!” Kali ini giliran Yasmin pula yang meninggi.
            “Kau yang letakkan nyawa anak aku dalam bahaya!” Marah Adelia kuat.
            “Mama... Auntie... janganlah gaduh.” Suara Raid mula mematikan pergaduhan mereka. Anak itu mula menangis perlahan.
            “Delia... saya tahu awak tengah marahkan saya! Tapi sekarang Deya perlu dihantar ke hospital. Biar saya drive... Awak teman Deya dekat belakang ya...” Pujuk Yasmin lembut. Seharusnya, dia perlu lebih peka dengan perasaan Adelia sekarang. Dia tahu Adelia tertekan.
            Akhirnya Adelia mula beralah dan mula masuk ke dalam kereta Toyota Vios milik Yasmin. Usai mengunci pintu, kereta Yasmin mula meluncur laju di jalan raya.
***
            “Papa...” Jeritan Raid mula membuatkan Adelia dan Yasmin berpaling. Adelia dengan tangisannya. Yasmin pula dengan riak wajah yang penuh rasa bersalah.
            “Deya mana?”
            “Doktor tengah chek lagi.” Jawab Yasmin apabila dia tidak nampak tanda-tanda yang Adelia akan menjawab soalan Rafie.
            “Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Rafie dengan nafas yang tercungap-cungap! Naik lelah rasanya berlari mendapatkan isteri dan anak-anaknya yang berada di ruangan kecemasan ini.
            “Awak tanyalah kekasih awak tu!” Kasar Adelia menjawab. Pandangan Rafie mula beralih ke arah Yasmin.
            “Saya tak tahu yang dia alah pada kacang!” Jawab Yasmin perlahan. Sungguh, dia sangat mengharapkan pengertian daripada  Rafie tika ini.
            “Tak tahu? Boleh kau jawab macam tu! Bukan ke aku dah beri list tentang peraturan di rumah aku! List makanan yang dia orang boleh makan atau tidak!” Marah Adelia lagi. Namun kali ini dia mengawal sedikit nada suaranya. Bimbang menganggu keadaan pesakit-pesakit di hospital ini.
            “Memang awak bagi tapi list tu terlampau banyak! Saya tak sempat nak habiskan..!”
            “Kalaulah kau baca list tu... Tentu semua ni tak akan jadi pada anak aku...” Sedari kecil, anaknya itu memang mengalami alahan yang teruk pada segala jenis kekacang. Kerana itu dia sentiasa berjaga-jaga dengan pemakanan.
            Yasmin diam. Tidak mampu berkata apa-apa lagi.
            “Tak cukup kau rampas suami aku... tak cukup kau bunuh perasaan aku... tak cukup lagi ke semua tu sampai kau nak bunuh anak aku pulak!” Adelia makin teresak-esak. Bahunya terhenjut-henjut menahan rasa tangis yang menggila.
            “Sayang....” Rafie sudah mula mendekat. Ingin memujuk hati isterinya yang rawan dikala ini.
            “Jangan panggil saya sayang kalau awak tak memaknakan kata-kata awak tu Rafie...” Amarah Adelia mula beralih kepada Rafie pula. Entahlah, dia sepertinya hendak menyalahkan Rafie sahaja. Kalau Rafie tak memandai suruh perempuan itu datang ke rumahnya, pasti semua ini tak akan berlaku!
            Rafie tidak menghiraukan kata-kata keras isterinya itu. Dia tetap terus mendekat dan memaut bahu Adelia. Dia ingin meminjamkan seluruh kekuatannya buat Adelia. Mahu mententeramkan hati Adelia yang gundah itu.
            “Anak saya sedang bertarung nyawa Rafie...”Akhirnya dia terus menyembamkan muka di dada Rafie. Segala amarah dan kesedihan bercampur gaul. Dalam diam, Adelia sebenarnya hendak menyakitkan hati Yasmin! Biar Yasmin sakit mata dan pergi jauh dari terus menyelit di dalam rumah tangganya bersama Rafie.
            “Anak kita... Anak kita..” Rafie mula memperbetulkan kata-kata isterinya. Dikucup lembut kepala isterinya. Rafie juga sebenarnya sedang menghilangkan debar milik sendiri. Dia juta takut kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk dengan anaknya! Jika perkara itu terjadi, dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya!
             Yasmin yang melihat terus meninggalkan sepasang suami isteri itu sendiri.
***
            Adelia mengusap lembut rambut milik Radeya yang sedang tertidur itu. Mujurlah tidak ada apa-apa yang menimpa anaknya kerana pihak hospital telah menyuntik adrenalin ke dalam tubuhnya untuk mengawal alahan yang digelar anafilaksi!
            Anafilaksis adalah reaksi alergi yang serius. Ia bermula apabila sistem imuniti badan bertindak balas kepada bahan yang tidak berbahaya kerana menganggapnya sebagai ancaman berbahaya. Ini yang menyebabkan pembebasan histamin dan bahan kimia lain yang membawa kepada simptom-simptom yang mendadak dan kadangkala mengancam nyawa.
Mujur sahaja tahap kesihatan Radeya mula menunjukkan kesan positif namun, anaknya  tetap perlu tinggal di hospital untuk pemerhatian lanjut.
            Apa yang membuatkan Adelia terharu ialah, selama dua hari berkampung di hospital ini, Rafie tidak pernah sekalipun berganjak darinya. Segala perhatian dan kasihnya mula mencurah-curah! Sikap tanggungjawabnya, sikap prihatinya, sikap ramahnya, seakan-akan seperti di awal pernikahan mereka dahulu. Nama Yasmin terus lenyap daripada mulut Rafee. Namun, dia takut kalau-kalau semua ini hanyalah mimpi di siang hari sahaja!
            Ketukan di muka pintu membuatkan Adelia berpaling. Serentak matanya menjamah raut wajah seorang perempuan yang dia kenali. Lantas dia memalingkan wajah ke arah lain.
            “Delia... saya nak cakap sikit dengan awak!” Ujar Yasmin sedikit merayu.
            “Saya tak ada apa-apa yang nak cakap dengan awak!” Tegas Adelia. Dia tidak mahu jika Yasmin merayu untuk mendapatkan Rafie.. Kerana hatinya terlalu berat untuk melepaskan Rafie pergi. Terlalu....
            “Delia.. tolonglah.. lepas ni saya janji yang saya tak akan ganggu awak lagi!” Adelia mula memandang ke arah Yasmin. Akhirnya mereka memutuskan untuk ke taman hospital sahaja. Kawasan disitu agak lapang sedikit dari lalu lalang manusia.
            Sesampainya mereka di taman, Yasmin mula menyerahkan sampul surat berbentuk empat segi. Namun sedikit pun Adelia tidak menyambutnya.
            “Saya merayu pada awak Yasmin... Tolong... tolong jangan ambil suami saya.” Tangannya terus menarik lengan milik Yasmin. Merayu dan merintih dengan tangisan di pipi. Seburuk mana pun hubungan mereka suami isteri, dia sebagai isteri tidak sepatutnya beralah semudah ini. Seharusnya dialah makhluk yang membela nasibnya sendiri. Betul kata Siti, dia perlu buat Rafie jatuh cinta semula kepadanya. Bukan dengan cara melepaskan Rafie pergi dari hidupnya.
            “Delia... apa awak buat ni?” Kaget Yasmin dibuatnya.
            “Tolong jangan ambil suami saya... Tolong jangan rampas kekasih saya... Tolong.... saya merayu Yasmin... Awak cantik, awak baik.. Awak tak kejam untuk memisahkan kasih sepasang suami isteri. Awak tak kejam untuk meruntuhkan masjid orang lain kan....”
            “Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang awak merayu...Kenapa tak waktu awak nampak kami bersama dulu... Saya tak pernah suruh awak dan Rafie berpisah, saya sanggup bermadu dengan awak! Saya tahu yang Rafie akan berlaku adil. Tapi kenapa baru sekarang awak merayu setelah semua persiapan dah dibuat!” Kali ini, giliran Yasmin pula yang memuntahkan amarahnya.
            “Dulu saya ego... Saya sangka saya betul dan Rafie salah! Saya sangka saya boleh hidup sendiri! Tapi saya sebenarnya tak boleh hidup tanpa Rafie. Setelah lapan tahun berkongsi segalanya dengan Rafie, saya betul-betul tak sanggup nak berpisah dengan dia Min.... Bukan sahaja berpisah, malah saya pun tak sanggup berkongsi dia dengan sesiapa pun!” Adelia sanggup melakukan apa sahaja... Apa sahaja yang mampu memujuk Yasmin membatalkan hasrat  untuk memiliki Rafie.
            “Awak memang pentingkan diri sendiri Delia. Awak hanya fikirkan tentang awak! Awak tak fikir pulak perasaan Rafie? Perasaan saya sekarang? Setelah awak berikan saya harapan untuk memilikinya, awak sendiri yang hendak memusnahkannya?” Tembak Yasmin lagi.
            Akhirnya mereka sama-sama terdiam. Adelia dengan tangisannya dan Yasmin dengan amarahnya.
            “Saya minta maaf atas segala perkara yang menimpa Radeya. Itu memang kecuaian saya... Itu memang khilaf saya! Tapi apa-apa yang berlaku pun, perkahwinan ini tetap akan diteruskan.” Yasmin sudah mula berdiri. Tidak betah jika berlama-lama bersama Adelia. Bimbang nanti jika jiwanya pula yang kalah dengan air mata dari kaum sejenisnya. Terus ditinggalkan Adelia sendiri....
***
            Rafie memandang mesej di telefon bimbitnya berulang kali. Mesej dari Adelia yang menyuruh dia menjaga Radeya di hospital itu mengundang rasa aneh di hatinya. Apatah lagi bila panggilan yang dia lakukan, langsung tidak mendapat respon daripada Adelia. Hatinya mula dipagut rasa risau. Bimbang dengan keadaan Adelia itu.
            “Mak, saya balik rumah kejap ya.. Hmm, mak tolong tengok Deya dengan Raid kejap eh!” Ujar Rafie sambil bersalam dengan ibunya yang sedang melawat Radeya di hospital.
            “Hah, elok-elok memandu.” Nasihat Puan Kalsum pendek.
            Sesampainya di rumah, Rafie terus berlari ke tingkat atas. Dia pasti yang isterinya itu ada di bilik mereka memandangkan kereta isteri Adelia berada di garaj kereta. Pintu bilik mula ditolak kasar. Matanya sedikit mencerlung apabila melihat Adelia yang sedang memunggahkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian.
            “Adelia!” Jerit Rafie tinggi.
            Jeritan itu menyebabkan baju yang berada di tangan Adelia mula terlucut. Mereka sama-sama saling tergamam!
            “Sekali lagi Delia nak tinggalkan abang?” Tanya Rafie keras. Kepalanya digeleng beberapa kali. Betapa dia kecewa dengan sikap isterinya itu!
            “Bukan ke sebenarnya awak yang tinggalkan saya?” Tanya Adelia pula.
            “Abang keluar rumah, bukan untuk memisahkan kasih kita.... tapi sebab abang nak Delia sedar yang Delia sebenarnya sentiasa perlukan abang... Abang nak Delia sedar yang Delia hanya cintakan abang... Abang nak ajar hati Delia yang kering itu supaya basah bila rindukan abang ...” Kaki Rafie sudah mula mendekat. Menghampiri isterinya itu.
            “Habis tu apa perlunya Yasmin?” Tanya Adelia dengan tangisan. Sungguh, kata-kata suaminya itu memang benar. Jiwanya hanya basah dengan kerinduan apabila mereka mula terpisah!
            “Abang dengan Yasmin tak ada apa-apa... Kita orang cuma berlakon! Berlakon seperti pasangan kekasih bila sayang berkeras menuduh abang ada hubugan dengan dia... Sebab itu abang sengaja merancang untuk bawa Yasmin tinggal kat sini. First sebab abang nak bagi sayang sedar yang tak ada orang yang boleh jaga abang macam mana yang sayang jaga abang sekarang! Kedua... sebab abang nak buktikan pada sayang, yang sayang sebenarnya tak boleh hidup tanpa abang! Walau macam mana tawar pun hubungan kita, manisnya rasa cinta itu sebenarnya masih belum hilang. Maaf sebab abang terpaksa buat semua ini. Abang perlu selamatkan rumah tangga kita. Abang perlu selamatkan amanah yang abang jaga selama ni. Abang tak mahu amanah ni terlucut dari tangan abang.. Terlucut dari jiwa kita... Jadi sebab tu abang uji sayang... Abang minta maaf...”
 Ditarik Adelia ke dalam pelukannya. Wajah isterinya dibawa rapat ke dada. Biar isterinya itu tahu debaran yang dia tanggung tika ini. Detak detik jantungnya, hanya kerana Cinta kepada ALLAH yang disandarkan pada seorang wanita yang bergelar isteri kerana sekali dia sayang, tak kan dibiarkan kasih itu terlucut dari gengamannya. Isteri  adalah satu amanah titipan Allah buat seorang lelaki. Jadi, seharusnya lelaki menjaga amanah itu dengan sebaik mungkin!
Adelia tersenyum. Sebenarnya dia sudah tahu. Dia sudah tahu melalui kad yang diberikan kepada Yasmin tadi. Itu memang kad undangan perkahwinan. Tapi diantara Yasmin dan Megat. Bukannya dengan Rafie. Jadi dari situ dia mula faham yang suaminya pasti hendak menguji emosi seorang isteri.
Pada mulanya, memang dia rasa seperti hendak marah kerana dipermainkan sesuka hati oleh Rafie. Tapi jika tidak kerana ujian ini, pasti dia tidak akan sedar yang kasih sayang ini ALLAH hadirkan dalam bentuk ujian. Supaya manusia itu terus bergantung kepadaNYA.. lebih dari segala sesuatu di dunia ini.
Sebenarnya baju yang diletakkan di dalam beg adalah untuk merangka percutian semperna cuti sekolah minggu hadapan. Dia memang biasa kemas awal-awal supaya tidak kalut di kemudian hari. Tak sangka pula yang Rafie akan berfikir yang dia akan meninggalkan rumah.
“Abang.... Delia nak minta maaf. Kalau ada tutur kata Delia yang menyinggung perasaan abang! Delia minta ampun... Delia yang salah.. Delia banyak merungut dengan perkahwinan kita.. Delia cuba mencari kesalahan abang sedangkan Delia pun banyak cacat celanya! Delia terlalu taksub dengan peraturan-peraturan dalam rumah ni sehingga membataskan kasih sayang antara kita! Delia minta maaf bang... Halalkan semuanya..” Adelia mula tersedu-sedu.
“Sayang...” Tangan Rafie mula mengangkat sedikit dagu milik isterinya.
“Raya lambat lagilah...” Terus pecah tawa Rafie. Adelia mula merengus! Orang tengah tangkap cintan, dia boleh buat lawak bagai pulak!
“Abang ni... Cuba serius sikit!” Marah Adelia sambil mengesat air mata dan air hidungnya.
Dahi Rafie mula didekatkan ke dahi isterinya. Makin lama makin rapat...
“Eh, abang nak buat apa ni?” Adelia faham sangat riak wajah suaminya itu. Ingat sikit bang, dah nak magrib dah nih...
“Abang nak seriuslah ni... Cakap suruh abang serius.. Abang serius nak buat nih!” Terus Adelia menolak kasar tubuh Rafie. Susah kalau bercakap dengan lelaki ni. Lantas Adelia hendak berlalu ke bilik air namun pinggangnya mula dipeluk kemas oleh Rafie.
“Abang maafkan segala kesalahan sayang.... Abang pun nak minta maaf dengan sayang.. Sebab abang, nyawa anak kita hampir melayang! Abang pun nak mintak maaf sebab tak alert dengan rumah tangga kita.... Abang selalu ambil mudah semua perkara! Abang selalu buat Delia marah! Maafkan abang ya...”
Adelia mula berpaling dan mencari raut wajah suaminya itu. Dia mula tersenyum manis. Apa yang berlaku, pasti akan ada hikmahnya... Dengan rela, Adelia mula memeluk suaminya. “Delia maafkan abang...”
“Percayalah, kalau seorang isteri itu seperti hamparan dunia, suami pula langit untuk menaunginya.. Kalau isteri diibaratkan seperti ladang dan tanaman, suami pula adalah pemagarnya.. Kalau isteri adalah kejora, suami pula adalah bintang! Tengok, mereka saling melengkapi. Seperti sayang yang sentiasa melengkapi abang...” Dikejapkan pelukannya.
 Adelia makin terharu mendengar kata-kata suaminya itu. ‘Ya Allah, terima kasih sebab masih meminjamkan kebahagian ini kepadaku…’
***
            “Maafkan saya sebab menipu Delia... Saya terpaksa tolong Rafie sebab Rafie dah banyak sangat tolong saya bila saya bergaduh dengan Megat!” Ucap Yasmin apabila Adelia menghadiri majlis perkahwinan wanita itu.
            “Saya yang patut ucap terima kasih.. Sebab awak dah banyak sedarkan saya.. Tentang erti tanggungjawab yang sebenar.” Balas Adelia mula sambil tidak lepas dari memandang wajah cantik yang sudah bertudung itu. Sungguh, Yasmin kelihatan sungguh cantik dengan persalinan serba kelabu itu.
            “Awak pun banyak ajar saya tentang alam rumah tangga Delia.. Paling utama ialah tetang, kecantikan seorang isteri adalah hak milik seorang suami. Sungguh, saya tersentuh dengan kata-kata tu. Hope kita boleh jadi kawan baik...” Akhirnya sekali lagi mereka berdua berpelukan.
            Adelia tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Akhirnya dia mula menghabiskan lipatan yang terakhir. Badan sudah terasa penat benar. Baru sahaja dia hendak meletakkan kain baju di atas dalam rak almari, timbunan di dalam almari itu mula mencurah jatuh ke lantai.
            Untuk kesekian kalinya, perisitwa ini berulang lagi.
            “Abang!!!!!” Adelia menjerit kuat. Rafie memang tak akan pernah berubah!
            “Kenapa sayang?” Pecut Rafie berlari apabila mendengar jeritan isterinya. Namun setelah melihat segumpal kain yang terhidang di depan almari itu, Rafie mula tersengih-sengih lagi.
            “Sorrylah sayang.. Abang memang failed bab mengemas baju nih!” Sekali lagi Rafie buat muka kesian. Balik-balik, itu jugaklah alasannya!
            Adelia mula meletakkan kain baju yang tersusun di dalam almari yang kosong itu. Mana tak kosong, semua baju yang bergumpal itu telah mula jatuh ke lantai. Nasiblah dapat suami macam ni. Langsung tak boleh menolong.
            Tangannya baru hendak mencapai baju yang berlonggok itu namun tiba-tiba datang idea nakal. “Abang... ada lipaslah!” Jerit Adelia kuat.
            “Hah, lipas?? Arrgghhh... mana-mana?” Rafie yang memang sejak azali takutkan lipas itu terus bertindak untuk berdiri di atas katil. Terus Adelia gelak besar.
“Oh.. main-mainkan abang ya!” Rafie sudah mula bercekak pinggang. Nyaris sahaja jantungnya gugur kerana terkejut dengan  jerita Adelia. Geram sungguh dia dengan isterinya yang makin hari, makin kuat menyakat!
“Aduh... kadang-kadang Delia confuse yang abang ni... betul ke lelaki ni? Sudahlah takut gelap, takut lipas pulak tuh! Sabar jelah...” Adelia sudah mula menepuk dahinya berulang kali.         
Tiba-tiba Adelia menjerit kecil apabila Rafie memaut pinggangnya dan mula menarik badannya dan terus sama-sama tercampak di atas katil. “Hah, biar abang buktikan kejantanan abang sekarang!”
“Hah!!!” Aduh, akhirnya kata-katanya memakan dirinya sendiri. Rafie sudah mula menutup lampu bilik.
“Abang.. gelap ni abang tak takut pulak ya?” Usik Adelia sambil tergelak kecil.
“Hmm... gelap ni abang tak takut.. suka adalah..” Adelia terus ketawa besar. Suaminya ini memang sudah terputus fius.
Walaupun cinta itu sudah berkurun, kasih sesudah berzaman.. cinta itu adakalanya tetap rapuh.. Kalaupun rasa kecewa, jangan diturutkan kata hati.. Anggap sahaja pergaduhan itu seperti guruh yang menumpang lalu tika hujan renyai menjengah.. biarkan gurindam kasih singgah untuk mengusap hati yang rawan..
Hidup berkongsi itu memang tidak mudah.. tapi semua itu tidak mustahil. Dalam perhubungan, kita janganlah terlalu mengambil berat perkara yang remeh dan mula mengambil mudah perkara yang berat! Selesaikanlah segala masalah itu dengan meluahkan apa yang terhidang di lubuk hati. Agar pasangan kita mengetahui letak duduk cerita sebenar. Jangan pernah beranggapan yang orang yang kita cinta akan memikirkan cara yang sama seperti kita..  Lain lauk, lain rasanya... Lain orang, lain caranya....
Perkahwinan adalah satu medan terbaik untuk mengumpul pahala sementara menanti alam akhirat yang lebih pasti. Kasih itu adalah sebuah amanah dari Allah. Hargailah amanah itu sepenuh kudrat kita.
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... kerana yang mencantumkan kasih ini ialah ALLAH... bersandarlah pada dia, nescaya ALLAH akan menyandarkan rasa cinta kepada hambaNYA...

p/s:: enjoy reading... maaf atas segala kekurangan... akan cuba ditampal pada karya akan datang..=)
           
           
           
            

22 comments:

  1. idea yang sangat menarik.. ramai fikir kawin awal bawak msalah... tapi tak pk disebaliknya.. Tahniah. idea cemerlang.

    ReplyDelete
  2. wohooo..tak mungkin jika Allah izinkan..hehehe.menarik..sabo nantikan..hehe

    ReplyDelete
  3. sara..nie novel bru ke cerpen jer??

    ReplyDelete
  4. cerpen... baru bg intro..
    belum full lagi meyh...

    ReplyDelete
  5. rafika dewi jahrul9 March 2012 at 05:54

    salam SSG....
    menarikkkk...x sabar nk tunggu full punyerr...
    kalo kawen awal ikut mcm mana org tue semai dan membaja tiap2 ary.. (da mcm bajak sawah lak)....tp watak delia tue mcm watak kak fika lak...hihi sama umur sama terkezut ngan lamaran si dye....hihi

    ReplyDelete
  6. oww..crpen igt kn nk wt nvel..mst best gak kn mcm crpen2 sblum2 nie..

    ReplyDelete
  7. bla nk smbung ni.. bessttt...!! :D

    ReplyDelete
  8. besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt :D

    ReplyDelete
  9. Realiti dlm peerkkahwinan ni.. Hehe
    Mmg pon slalu lelaki ingat keja rumah suuma ptt istri yg wt.. Pdhal pttnya slg mbantu.m nice story!

    ReplyDelete
  10. wah ! suka sangat - sangat dengan cerpen ni . Terbaik lah kak ! Sweet jea diorang ni . haha lawak lah cerpen ni . I like ~ hehe :D

    ReplyDelete
  11. pembaca dlm diam...14 March 2012 at 08:58

    suka bc nya...mmberi pngajaran buat diri sndiri,tp maaf ya..mcm tgk crita hindustan je...lkunan kajol...bab ank xblh mkn kacang tu mmg btul2 sama..tp dlm crita tu kajol mnggal...

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas karya yang sangat2 baik dan memberi inspirasi ini..
    walaupun sya belum berkhwin,saya faham dgn situasi ini..dlm kehidupan seharian..sya selalu melihata situasi begini..kdg2 sya sndir tkut jika suatu hari nnti klu2 sudah berumah tgga sya akan menjadi begini hehe..
    tpi betul kata cik writter..kalau kita asyik mncri kekurangan org lain sedangkan diri sndiri pun banyak kurangnnya,x baik juga.
    kena ada tolak ansur,saling faham-memahami dan yang paling penting adalah komunikasi.
    kepercayaan dan kejujuran juga perlu..
    tuhan menciptakan adam dan hawa supaya saling melengkapi kekurangan masing2..
    jadi seharusnya kita perbaiki diri sendiri dan sentiasa cuba memahami si 'dia' juga..
    apa2 pun tahniah.Karya yang sangat2 bagus..teruskan usaha anda.
    jadikan bakat ini sebagai salah satu cara untuk menyedarkan dan memberikan inspirasi kepada orang lain..
    semoga anda selalu berhasil dalam melahirkan karya sebegini lagi..
    Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. inilah realiti dlm alam perkahwinan..
    selalunya lelaki diajar yang isteri dikahwini sebab dia akan membantu menguruskan rumahtangga dgn baik. tapi sebenarnya, kerja seorg isteri hanya memberi kasih sayang dan melayan di tempat tidur.bila suami menyuruh isteri buat kerja rumah, barulah isterinya dapat pahala. senario skrg, isteri bekerja demi membantu suami. tak macam dulu, isteri duduk rumah, jaga anak, jaga rumah. tp bertuah kpd mereka yg mpunyai suami yg sama-sama membantu menguruskan rumahtangga dgn baik. kerja rumah buat bersama.meringankn segala-galanya, insyaAllah, pasti rumahtanggan harmoni dan bahagia.sara, karya ni memang terbaik..usaha awak untuk memberi pengajaran kepada semua org di luar sana. tak semestinya kahwin muda ni, byk dugaannya.. sebenarnya itu semua menambahkan pahala kita. syabas!!!

    ReplyDelete
  14. Cinta dan kasih kita kerana Allah, ujian yang mendatang didalam rumahtangga adalah untuk memperkukuhkan lagi cinta antara suami dan isteri. Janganlah kita sebagai seorang isteri, selalu menyalahkan si suami. kadang-kala, kita sendiri juga perlu muhasabahkan diri. Suami dan isteri adalah pelengkap antara satu sama lain.. Bergitu Adilkan Allah menciptanya...

    Pape pun, best citer nie.. memberikan pengajaran untuk yang bakal mendirikan rumahtangga...

    ReplyDelete
  15. Best... byk pengajaran dlm cerpen ni... gud job Sara...

    ReplyDelete
  16. great idea sara..
    banyak pengajaran...
    mmg langit xselalu cerah,
    tp gelap juga bukan sepnjang masa kan???

    ReplyDelete
  17. best ! smakin kuat keinginan nk truskan cerpen psal hsben-wife ni ... ish, payah jugak kan ? hehehe

    ReplyDelete
  18. slm...best2x!! sweet^^,tpi an...
    cerita ni ada mcm dlm cerita hndustAn plak,agi2 part..madu,peraturan anak2 n alah pada kacang,hehe...
    tpi cerpen ni still len skit la.. satu inovasi yg baik!=)..

    ReplyDelete
  19. superb la kak sara-nisa-

    ReplyDelete
  20. Memang best!! lain dari yang lain... :)

    ReplyDelete