Puan Maznah mula menarik nafas perlahan. Tak kena gaya karang, ada jugak terkeluar
jantung miliknya ini. Tak tahu apa lagi yang hendak dilakukan pada anak
gadisnya yang seorang ini.
“Apa masalah Myza ni? Mak
suruh pergi kenduri je... Bukan mak suruh kau masak lauk pengantin pun...
Apatah lagi nak suruh kau jadi pengantin!” Kepalanya yang bersarung dengan anak
tudung itu digaru perlahan.
“Masalahnya ialah Myza tak
suka pergi kenduri!” Inilah masalah mereka dua beranak! Setiap kali ada kenduri,
pasti mereka akan bertekak.
“Mak nak suruh kau pergi makan
sebab kau tu dah lah malas nak memasak.. Aish, macam manalah kau nak kahwin ni?
Risau betul kalau laku kau tu mati kelaparan.” Sungguh hatinya digaru rasa
risau. Ada seorang anak gadis pun seperti ada sepuluh orang. Mujur sahaja
anak-anak lelakinya tidak punya banyak masalah dalaman seperti Ibitisam Amyza
ini.
“Ish, ke situ pulak mak nih! Alah.. kejap lagi pandai-pandailah Myza
masak Maggie ya...” Amyza mula tersengih-sengih sambil mula menghulurkan tudung
sarung kepada emaknya. Puan Maznah tetap menyambut tudung itu dan disuakan ke
kepala.
“Mak betul-betul tak faham
dengan kau ni. Kenapalah kau tak suka sangat pergi kenduri! Waktu kecik-kecik
dulu, tak adalah liat macam nih... Boleh je teman mak pergi kenduri.
Entah-entah kau sedar yang pakwe kau kena kebas waktu kau pergi kenduri kot??”
Temat Puan Maznah selamba. Anak gadisnya itu bukan boleh kira.. Bercinta pun
nak senyap-senyap! Apalah salahnya kalau berterus dengan dengan mak sendiri. Mak
pun pernah jadi muda. Pernah merasa perasaan orang bercinta.
“Erkk..” Tak tertelan rasanya
air liru milik Myza itu. Seolah-olah ada traffic light
yang menyekat di kerongkongnya.
“Ishhh mak nih… merepek je!
Orang mana pernah ada boyfriend!” Myza mula melarikan pandangan. Ngeri pula
apabila emaknya itu mula memandang pelik ke arahnya. Tangannya mula gatal
menyentuh perhiasan di almari kaca. Gabra punya pasal!
“Macam
mana nak ada boyfriend, kamu tu garang sangat!” Selamba sahaja Puan Maznah
menembak anaknya melalui kata-kata.
“Apalah
mak ni, mak macam menggalakkan anak mak ada boyfriend pulak!” Myza
menggelengkan kepalanya. Secara hakikatnya, ibu bapa pasti akan memarahi
anak-anak dara mereka jika mereka mempunyai teman lelaki. Tapi emaknya ini lain
pula acuannya. Pelik pelik....
“Umur
kamu tu patutnya bukan ada boyfriend tapi patut ada anak dah pun!” Myza mula
mengigit bibir. Sekali lagi dia terkena!
“Baru
umur dua puluh enam... Sebelum umur tiga puluh, orang kahwinlah!” Jawab Myza
selamba. Puan Maznah kembali mengelengkan kepalanya.
“Umur
tiga puluh nanti, kau pun dah expired, entah-entah jual selonggok seringgit pun
orang tak mahu.” Kali ini, Myza mula terlopong besar manakala Puan Maznah sudah
tergelak-gelak.
“Apalah
mak ni, doa yang bukan-bukan dekat anak sendiri!” Myza sudah mula rasa hendak
marah. Setiap kata-kata itu kan satu doa! Buat-buat kalau doa emaknya itu
dimakbulkan, diri dia sendiri juga yang naya!
‘Tak
kan aku nak hidup sendiri seumur hidup? Sakit pening kena tanggung sendiri...
Aish, kalau betul doa mak dimakbulkan, aku kena cari anak anggkat lah! Ada
jugak penemannya nanti...’ Sempat lagi otaknya diselitkan dengan perkara yang
belum tentu akan berlaku.
“Mak
bukan doakan, mak buat calculation hidup anak mak sendiri.” Berkerut sedikit dahi
Myza untuk memaknakan ayat dari emaknya itu.
“Oh...
mak dah buat pengiraan untuk anak mak sendiri.. Bagus betul mak nih!”
“Bukan
pengiraanlah...” Tepis Puan Maznah sambil mula mencalitkan sedikit gincu di
bibir. Puan Maznah memang begini, ambil masa yang lama untuk bersiap. Sedangkan
hendak ke kenduri hujung kawasan perumahan ini sahaja.
“Habis
tu?”
“Kesimpulan....”
Jawab Puan Maznah sedikit berjeda.
Myza
sudah menepuk dahi. Kepalanya mula digelengkan sedikit.
“Kalau
kesimpulan, itu bukan calculation... tapi conclusion...” Myza sudah mula hendak
ketawa berguling-guling. Inilah yang susah kalau orang tua-tua nak speaking!
Seringkali keluar dari landasan kereta api!
“Oh...
ya ke?” Puan Maznah seolah-olah sedang berfikir. Mungkin sedang mengemas kini
kamus di dalam kepalanya.
“Yalah...
mak ni banyak sangat tengok Adnan Sempit! Tu yang jadi lagu nih... Duk speaking
terbalik jeh.”
“Sekurang-kurangnya
mak mencuba... bak kata Shah Rukh Khan dalam cerita Kal Ho Naho semalam, tak
ada keburukan dalam mencuba... Hah, jadi kalau salah pun, sekurang-kurannya
kita cuba.. Yalah, manalah tahu kalau-kalau dapat menantu orang putih nanti,
tak lah mak tergeliat sangat!”
Myza
sudah mula mengarukan kepalanya. Susah kalau bercakap dengan hantu drama ni!
Baik dari drama melayu, cerita hindustan, drama korea, telenovela, sinetron,
semuanya emaknya itu tengok! Siap boleh hafal skrip lagi. Punyalah hebat Puan
Maznah ini! Kalau dapat tengok tv, lauk kat dapur pun boleh terlupa!
‘Mak...
mak... mujur ayah dah tak ada, kalau ayah ada, silap hari bulan dengan
ayah-ayah mak tak perasan!’
“Orang
tahulah mak nak pergi kenduri, tapi tak payahlah cerita pasal menantu... Cepat
pergilah mak... nanti habis pulak lauk pauk tu karang!” Myza sudah bertindak
dengan menolak tubuh emaknya itu.
“Betul
ke tak nak pergi kenduri ni?” Sekali lagi Puan Maznah bertanya. Pelik dengan
sikap anaknya ini.
“Betul..
keputusan orang muktamad. Memang tak ada talian hayat lagi.. Orang memang tak
mahu pergi kenduri...” Terang Myza elok-elok.
“Yalah-yalah...”
Akhinya Puan Maznah mengalah. Susah hendak mematahkan semangat juang anaknya
yang memang liat hendak ke kenduri itu. Kakinya sudah mula menyarungkan selipar
namun apabila dia mula melangkah, dia kembali berpaling ke arah anaknya yang
sedang berada di muka pintu.
“Ada
apa lagi ni?” Tanya Myza sambil mengangkat sedikit keningnya.
“Errkk...
kau pernah tak dengar pasal hukum karma?” Pertanyaan anaknya itu ditolak tepi
malah giliran dia pula ayng menghulurkan pertanyaan.
“Hmm...
Karma yang mana ni? Karma lakonan Fauziah Ghous tu ke ataupun karma nyanyian
Faizal Tahir?” Puan Maznah rasa seperti hendak cepuk sahaja anaknya itu. Suka
lari daripada konsep soalan!
“Mak
rasa macam nak main baling-baling selipar jeh! Kau nak main sekali ke?” Rasa
hendak marah pula bila seringkali dipermainkan oleh anaknya itu. Namun marah
sayang sahaja. Anaknya itu sudah besar panjang... kalau terlebih marah nanti,
hanya akan menaikkan darah tingginya sahaja.
“Okay..
okay... orang serius. Ish, mak ni makin tua, makin sensitip!” Usik Myza lagi
sambil ketawa kecil.
“Gigi
aku memang sensitip.. Sebab tu aku guna sensodyne!” Kali ini Myza pula yang
terkebil-kebil sendiri apabila dipermainkan oleh emaknya. ‘Hah, tang dia
main-main, boleh pulak?!’
“Berbalik
kepada soalan puan tadi, ya... memang saya tahu tetang hukum karma itu? Kenapa
soalan itu ditujukan kepada saya?” Myza sudah mengeluarkan soalan skema.
Agak-agaknya pukul berapalah emaknya itu boleh pergi kenduri?
“Hah..
mak cuma nak bagi tau... Kalau kau tak pergi kenduri orang, entah-entah bila
kau kahwin nanti, jangan pelik kalau orang tak datang kenduri kau!” Sejurus
kemudian, Puan Maznah sudah membuka langkah. Sengaja membiarkan anaknya itu
berfikir panjang.
Kata-kata
emaknya itu memang berjaya membuatkan jiwanya tersentap!
“Errk...
mak!” Jerit Myza agak kuat.
Puan
Maznah yang sudah sampai ke hujung pagar mula tersenyum sedikit. Nampaknya
taktik dirinya sudah menjadi. Perlahan-lahan dia mula berpaling.
“Hah,
kalau nak pergi, cepatlah siap!”
“Lah,
siapa kata orang nak pergi....”
“Habis
tu, panggil mak buat apa?” Ish anaknya yang seorang ini, ingatkan selepas
dibasuh dengan clorox, akan menjadi putih bersih! Tapi rupanya clorox pun tak
bagi apa-apa kesan jugak!
“Nak
suruh mak bungkuskan lauk je... Okay sekian, terima kasih.” Usai menghabiskan
ayat, Myza terus menutup pintu rumah. Dia mula ketawa kecil apabila kerana
dapat mengenakan emaknya itu.
Namun
senyumannya mati apabila mengenangkan kata-kata emaknya tentang hukum karma.
“Errk.... kalau orang tak datang kenduri aku macam mana eh?” Soalan itu lebih
ditujukan kepada diri sendiri. Akhirnya, Myza sudah malas hendak mengambil
kisah! Persoalan yang berat hanya akan mampu memberatkan otaknya sahaja.
Fokusnya
sekarang ialah untuk masak magie! Aduh, selalunya, inilah makanan yang menjadi
santapan ketika di hujung minggu jika emaknya menghadiri kenduri kahwin. Nak
harapkan dia memasak, daripada rasa lapar, terus jadi kenyang! Al-maklumlah,
orang tak pernah mempraktiskan bakat memasaknya.
“Myza...
Myza...” Panggilan itu membuatkan Myza menutup api dapur dan bergegas ke depan.
Sekali dengan macam suara angahnya!
“Apa
jerit-jerit ni? Buat saspen orang jeh...” Marah Myza sambil mula bercekak
pinggang. Entah kenapa, muka Muaz kelihatan cuak sedikit.
“Eh,
kau tak pergi kenduri anak Mak Nab ke?” Disebabkan perbezaan umur mereka hanya
dua tahun, jadi dia sudah terbiasa membahasakan diri menggunakan kata ganti
‘aku’’kau’ sahaja. Muaz mula memandang adiknya dari atas ke bawah. Kenapa tak
bersiap lagi?
“Sejak
bila pulak muka aku ni pergi kenduri?” Jari terlunjuk mula dihalakan ke
wajahnya sendiri.
“Oh..
lupa pulak.. Tapi hari ni, kau memang kena pergi. Sebab aku nak kau teman aku
pergi kenduri!” Muaz sudah mula menarik tangan adiknya dan menyuruh adiknya
masuk ke dalam biliknya.
“Cepat
tukar baju! Pakai baju cantik-cantik dan jangan lupa pakai make up tau!” Arah
Muaz lagi.
“Eh,
apasal main paksa-paksa orang nih? Orang tak mahu pergilah!” Myza mula rasa
hendak marah! Abang ngahnya ini memang suka ikut kepala sendiri. Langsung tidak
pandai menghormati perasaan orang lain.
“Myza,
aku memang memerlukan pertolongan kau sekarang! Aku ada nampak ex girlfriend
aku datang kenduri anak Mak Nab tuh!” Rayu Muaz sedikit.
“Jadi,
apa kena mengena dengan aku pulak?”
“Aku
nak kau menyamar jadi awek aku!”
Myza
sudah mula menepuk dahi. Inilah susah kalau ada abang! Sesuka rasa mengarah itu
ini.
“Kenapa
mesti aku?” Dalam banyak-banyak perempuan, dia juga yang sering terkena. ‘Angah
ingat aku ni pandai sangat berlakon ke?’ Aish...
“Habis
tu tak kan aku nak suruh mak... Mestilah engkau, lagipun kau seorang je adik
perempuan aku.... Tolonglah Myza... aku betul-betul perlukan pertolongan kau
nih...” Ini bukan dah tahap merayu ni, kalau adiknya itu suruh melutut, itu pun
dia sanggup lakukan.
Myza
mula memicit sedikit kepalanya sedikit. ‘Kusangka hujan di tengah hari, aku pun
angkatlah kain.. Rupanya panas hingga ke petang! Tadi dapat mengelak dari pergi
dengan mak.. tapi alih-alih angah pulak yang paksa aku pergi kenduri!’ Yang
menambahkan rasa malas dalam diri ialah, malas hendak iron baju.. malas hendak
bersiap... malas hendak pergi! Cukup segala perisa.
“Aku....”
Myza masih berkira-kira hendak menolak.
“Okay...
sebagai upahnya, aku belanja kau handbag carlorino yang kau tengok dulu!” Tahu
sangat yang adiknya itu memang kedekut untuk mengeluar duit sendiri.
Ganjaran itu sedikit sebanyak
dapat membuka mata Myza. Dia mula tersengih-sengih. Idea jahat dah datang
dah...
“Tak
kan dapat beg je?”
“Okay...
plus upah seratus ringgit!” Tawar Muaz lagi. ‘Kopaklah aku bulan nih.. Tapi
memang perlu untuk berlagak dengan perempuan tu! Dia ingat aku tak boleh hidup
tanpa dia.. Heh, silap besar babe! Ini Muaz kot... Tak akan kalah di kaki
perempuan!’
“Hmm..
tak kan seratus je? Lima ratus lah...” Kata-kata Myza membuatkan mata Muaz
terbeliak! Inilah manusia. Bagi betis, nak peha!
“Lima
ratus tak ada... lima jari ni ada!” Muaz sudah mula menunjukkan lima jarinya.
Memang ada yang nak makan pelempang gamaknya.
“Eee...
kau ni tak malu sungguh! Dah lah nak suruh-suruh orang, lepas tu nak
tampar-tampar orang pulak! Malaslah nak tolong...” Myza sudah mula hendak
merajuk.
“Weh,
tolonglah abang kau nih... Kau suka ke bila perempuan tu memperlekehkan abang
kau! Kau seorang je yang mampu membela maruah abang kau yang tercalar nih!”
Muaz sudah mula buat ayat kesian.
“Yalah..
aku tolong! Aku nak kau belanja beg jeh... duit tu aku tak mahu tapi aku nak
kau tolong iron baju aku nih.” Myza sudah mula melangkah ke almari dan
dikeluarkan sepasang baju kurung moden yang bersulam cantik.
“Ish..
apasal aku pulak yang nak kena iron?” Muaz buat muka tak puas hati.
“Kalau
kau nak aku tolong kau, kau pun kena tolong aku!”
Muaz
hanya merengus geram. Namun dicapai juga huluran baju itu. Nasib badan betul
bila dapat adik yang kuat membuli ini.
***
Myza
mula merasakan kepanasan apabila berada di bawah khemah kenduri kahwin ini.
Dengan hiruk piruk orang ramainya, sungguh rasa serabut. Kalau tak mengenangkan
handbag Carlorino yang mahal itu, tak mungkin dia akan datang ke sini! Aish...
“Mana
awek kau tu?” Bisik Myza perlahan.
“Bukan
awek... bekas awek okay!” Muaz kembali memperbetulkan ayat adiknya. Myza
mencebik.
“Weh,
buat muka comel sikit... banyakkan senyum.. baru kita nampak mesra!” Bisik Muaz
pula.
“Bekas
awek kau tu mungkin anggap kita mesra tapi jiran tertangga ni mesti ingat kita
gila! Ada hubungan dengan adik beradik sendiri! Mana minah tu weh? Aku dah
panas gila dah ni...” Myza sudah mula menjadikan pinggan plastik itu sebagai
kipas sementara menanti giliran untuk mengambil nasi.
“Ish..
janganlah buat macam ni! Nampak tak senonoh tau tak!” Halang Muaz sambil
mengambil pinggan di tangan adiknya. Entah jembalang manalah yang malang yang
akan menjadi suami adiknya ini.
Myza
mencebik. Macamlah dia senonoh sangat! menyampah!
“Alalala...
janganlah buat muka macam ni..” Tiba-tiba suara Muaz sudah berubah intonasinya.
Malah dengan selamba abangnya itu mencubit pipi gebu miliknya. Kalau cubit
perlahan tak apa jugak, ini cubit kuat-kuat pulak tuh! Ini mesti sengaja nak
balas dendam!
“Dia
ada kat belakang kita...” Dengan sengaja dia mendekatkan bibirnya di telinga
adiknya. Biar lakonan kelihatan lebih mantap!
Myza
menolak sedikit bahu Muaz. Perlahan dan dengan gaya mengada-ngada jugak!
Sengaja ingin memantapkan lakonan kerana awal-awal lagi Muaz sudah memberi
amaran, jika lakonan tidak berkesan, dia hanya akan belanja separuh harga
sahaja. Cina beng punya abang!
“Hai
Muaz...” Teguran satu suara membuatkan mereka berdua berpaling!
Myza
mula memandang ke arah perempuan dihadapannya. Rupanya memang cantik! Namun
senyumannya ternyata sumbing. Rambutnya sedikit bergulung. ‘Wah, awek Muaz dulu
tak pakai tudung rupanya... kalau report dekat mak ni, sepuluh hari sepuluh
malam mak akan bagi ceramah!’
“Oh
hai... Macam kenal pulak? Eh, siapa nama you?” Sungguh Myza betul-betul rasa
hendak ketawa. Boleh pulak Muaz tanya soalan bangang itu! Kot ya pun nak
belagak ada awek, tak perlulah over sangat!
‘Aduh... angah-angah... kau ni
betul-betul tak semengah!’
“Oh...
dah ada awek baru, nama I pun you lupa ya?” Isya menoleh sedikit ke arah awek
Muaz itu. Memang ternyata yang dirinya kalah! Namun, jangan harap dirinya akan
mengaku kalah. Dia mula cemburu. Seingatnya, Muaz akan terus memburu dirinya,
namun rupa-rupanya telahannya selama ini salah! Dan sekarang, Muaz kelihatan
bahagia sahaja disamping wanita di sebelahnya.
“Itulah...
otak I ni memang ada masalah kalau nak ingat benda-benda yang pahit!” Jawapan
itu mampu membuatkan Myza tergolek di sini lagi. Sungguh, dia tidak betah lagi
berada di kawasan lakonan ini. Karang tak pasal-pasal temberang ini pecah
begitu sahaja.
“Err...
abang berbuallah dengan kawan abang dulu! Ayang nak pergi sana kejap ya.... Nak
minum air kejap!” Suara, lenggok badan, semuanya dilembutkan. Kata lakonan..
Haruslah bersungguh! Baru nampak real kan...
“Okay
sayang... jangan pergi lama-lama sangat tau!” Suara Muaz pun boleh tahan
manjanya. Myza dapat mengesan air muka perempuan itu yang membahang. Tapi
sebenarnya suara Muaz itu memang berjaya membuatkan dia bertambah loya!
“Oit...
buat apa kat sini?” Teguran itu membuatkan Myza sedikit tersentak.
“Pergi
kendurilah... tu Muaz ajak teman dia!” Ditarik sedikit tangan emaknya itu.
Bimbang dilihat oleh kekasih Muaz. Karang tak pasal-pasal je kantoi.
“Amboi,
tadi mak ajak bukan main jual mahal lagi kau eh!” Puan Maznah sudah mula
bercekak pinggang.
“Orang
pergi pun sebab terpaksa nih...” Myza bercakap dengan nada sedikit berbisik.
Kepalanya tertoleh sedikit ke arah tempat Muaz berdiri.
“Terpaksa?”
“Yalah,
takut jugak dengan ugutan mak tuh.. kalaulah tak ada orang datang kenduri orang
nanti... ish ish ish...” Tak pasal-pasal sambung drama dengan tengah-tengah
kanopi ini. Namun seketika, dia kembali menoleh ke arah Muaz.
“Kau ni kenapa Myza? Macam pencuri jeh mak tengok...
ke kau dah curi hati budak lelaki yang dekat kenduri ni?” Membuntang mata Myza
dibuatnya. Emaknya ini memanglah... Memang terlebih sporting!
“Apa
mak ni... Merepek jelah. Tu, Mak Cik Melah panggil tu... Pergi cepat! Tak baik
buat orang tertunggu-tunggu!” Myza cepat-cepat menolak bahu emaknya supaya
masuk ke dalam rumah pengantin. Sebenarnya, tak ada orang panggil pun. Saja dia
buat sketsa tak bertauliah!
Puan
Maznah sedikit terpinga-pinga. Serasanya, dia tidak ada pula mendengar sebarang
suara. Tapi tetap dimajukan langkah masuk ke dalam.
Fuh
lega! Akhirnya tanganya terus mencapai gelas dan dituangkan air oren itu. Tanpa
mencari tempat duduk, dia terus meneguk dengan gelojoh. Dahaga punya pasal!
Entah macam mana, dia boleh tersedak pula.
Tangannya mula ingin menutup mulut. Tekaknya terasa amat perit. Mujurlah
air itu sempat ditelan. Jika tidak, tak pasal-pasal sahaja tersembur.
“Nah!”
Seorang jejaka mula menghulurkan tisu.
Myza
yang masih terbatuk-batuk itu terus menerima huluran tisu tersebut. Dia berdehem
beberapa kali. Untuk menghilangkan rasa perit yang singgah di ruangan tekak!
“Awak
okay?” Myza terus menoleh ke arah satu suara.
Sesaat,
dua saat, tiga saat.... dia terus tergamam!
“Awak
okay ke tak ni?” Nadhif bertanya lagi untuk kesekian kalinya. Pelik dengan aksi
gadis comel ini. Ya, perempuan ini sungguh comel.
“Oh...
okay... okay...” Entah kenapa, dada Myza terasa seperti dihentak-hentak! Kenapa
ya? Mungkin sebab muka lelaki ini terlalu kacak! Remy Ishak pun boleh kalah
nih..!
“Itulah...
lain kali minum duduk.” Nasihat Nadhif sambil tersenyum sedikit.
“Terima
kasih atas nasihat tuh! InsyaAllah akan diguna pakai dikemudian hari.” Berdiri
di sebelah jejaka kacak ini memang berjaya membuatkan jiwa Myza tidak keruan!
Akhirnya dia berpaling ke arah abangnya itu.
“Wah,
bukan main seronok lagi dia berdating!” Tanpa sedar, ayat itu terkeluar dari
mulutnya. Myza hanya tersedar apabila mendengar ketawa kecil jejaka di
sebelahnya itu.
“Awak
pun boleh jugak nak berdating...” Usik Nadhif sambil mula menyuakan gelas
minuman ke mulut.
“Nak
berdating dengan siapa? Dengan awak ke?” Geram dengan perangai lelaki itu yang
suka menyampuk percakapannya!
“Berdating
buat apa... topak dosa kering jeh.. Alang kepalang dekat kenduri ni, baik kita
ambik badi pengantin terus! Mana tahu kita boleh kahwin sama!” Usik Nadhif
nakal. Seronok melihat muka gadis itu yang kemerahan dipanah cahaya matahari.
“Uhuks!!”
Myza yang sedang meneguk air kembali tersedak untuk kesekian kalinya! Mamat ni
memang boleh tarik nyawa orang!
***
Myza
berbaring di atas katil sambil merenung syiling bilik. Entah kenapa, pertemuan
dengan lelaki aneh itu menyerabutkan mindanya! Senyumannya, ketawanya,
usikannya sangat-sangat menarik hati!
“Arrgghhh....
kenapa dia tak keluar-keluar dari kepala otak aku!” Jerit Myza kuat sambil
bangun dari pembaringan.
Tanpa
sedar, pintu bilik sudah terkuak dari arah luah. Terpancul wajah risau Puan
Maznah. Terkejut kerana mendengar jeritan anaknya tadi. “Myza, kenapa menjerit
sorang-sorang ni?”
“Orang
rasa macam nak demamlah...” Myza sudah mula buat muka cemberut. Malu juga bila
jeritan batinya didengari oleh emaknya.
Puan
Maznah terus merasa dahi Myza. Bukan takat panas, suam pun tak wujud! Demam apa
macam ni? “Tak panas pun... Demam cinta kot...” Puan Maznah sengaja mengusik
anak daranya itu.
“Mak
nih.... apasal sejak dua menjak ni asyik pasal cinta je? Orang tak terfikir pun
nak kahwin lagi...” Sejak dua menjak ini, emaknya itu memang kerap menyebut
soal kahwin. Nak kata kemaruk cucu, abang longnya sudah pun mempunyai 3 orang
anak! Cukup-cukuplah tu buat masa ini. Kalau ramai-ramai nanti, tak menang
tangan pulak orang tua nih.
“Ke
mak yang tengah tangkap cinta dengan mana-mana pak cik nih? Baik mak terus
terang dekat orang!” Paksa Myza sambil menggongcangkan lengan milik emaknya.
“Eh,
orang cakap pasal dia, dia tunding jari dekat mak pulak! Yalah.. mak tak sebut
dah. Kau ni semenjak pegang title anak dara tua, makin sensitip pulak!” Rahang
Myza kembali terjatuh. Tercengang lagi dengan kata-kata selamba emaknya itu.
“Mak!!!”
Berdesing telinga Puan Maznah mendengar jeritan anaknya itu. Baru dua puluh
enam! Belum tua lagi....
“Eh,
tak payah jerit kuat-kuatlah. Karang orang ingat anak dara mak dah bertukar
jadi puntianak pulak! Kalu jadi lagu tuh, lagilah haru!” Tambah Puan Zainab
lagi.
“Sudahlah, mak pun dah penat
menolong orang kenduri, mak nak tidur! Kamu pun tidurlah... Moga dapat mimpi
putera raja yang kacak-kacak ya dan satu je mak nak pesan, jangan meroyan
sebelum masanya ya...” Ujar Puan Maznah sambil tergelak-gelak. Seronok mengusik
anaknya yang memang cepat melatah dengan keadaan!
“Hampeh
betul mak nih!” Kepala yang berat, jadi makin berpusing apabila melayan sikap
Puan Maznah yang makin menjadi-jadi lawaknya. Ini semua pasti penangan raja
lawak! Aduh... mak.. mak.. banyak betul terkenan dengan sikap JOZAN.
***
Apabila
hujung minggu datang lagi, yang menakutkan pastilah kenduri kahwin. Myza rasa
seperti hendak pengsan tatkala melihat kad-kad kenduri kahwin yang diletakkan
di bahagian depan peti sejuk.
Gila
banyak!!!
“Apa
yang kau tenung peti sejuk tuh?” Tanya Muaz yang baru sahaja bangun dari tidur.
“Gila
banyak kenduri kahwin....”
“Dah
tu apa masalahnya? Bukan kenduri kahwin kau pun!” Sempat lagi ditunjal kepala
adik perempuannya itu.
“Selamba
badak kau je kan?” Marah Myza geram. ‘Dia ingat kepala aku ni bola snooker
gamaknya!’
“Badak-badak
pun, orang ni jugak yang belikan handbag mahal tuh!” Ungkit Muaz selamba. Tanpa
membasuh muka, dia terus mengangkat tudung saji. Nak mencekiklah tuh!
“Ya..
terima kasih sebab belikan handbag tuh... dan sama-sama sebab aku pun tolong
kau berlakon hari tu kan.. Kira fair and squarelah...”
Dia
masih ingat lagi, apabila dia diusik oleh lelaki itu, terus Myza angkat kaki.
Kalau lama-lama, bimbang jika hatinya jatuh pada lelaki yang langsung dia tidak
kenali itu. Langkahnya dihala ke arah Muaz yang sedang rancang berbual. Baru
sahaja dia berpaling, lelaki itu sudah tiada. Walau sudah puas dicari dan
diterokai, kelibat lelaki itu tetap tidak ditemui.
Tanpa
sedar, satu keluhan mula dilepaskan.
“Ni
apasal macam orang putus cinta ni?” Tanya Muaz ambil berat. Walaupun dia kerap
mencari gaduh dengan adiknya itu, dia tetap menyayangi Ibitisam Amyza.
Satu-satunya adik yang menemani kesunyiannya.
“Bercinta
pun tak, nak putus macam mana?” Myza mula menuangkan air ke dalam gelas.
Kemudian dihulurkan buat angahnya itu. Bimbang jika abangnya itu tercekik
sahaja.
“Aaah
kan... putus fius adalah!” Usik Muaz lagi.
“Macam
ada orang nak putus kepala je kan?” Myza mula geram kerana dipermainkan oleh
Muaz. Tak kena gaya, ada yang akan kena dengan bergaya nih!
“Alah..
pantang usik sikit pun nak mengelabah! Eh, kawan kau kahwin minggu depan kan?”
Ujar Muaz sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Dikunyah perlahan
sahaja. Walaupun adakanya nampak tak bersopan, namun terbitnya masih ada.
Berguna jugak pelajaran sivik yang diperlari di sekolah dahulu.
“Hah,
kawan yang mana ni?” Myza sudah mula mengarukan kepalanya.
“Hana..
bukan ke ada lekat kat depan peti tu?”
Myza
terus bangun dan kembali menapak ke depan peti. Ditelek satu persatu kad kahwin
yang ditampal. Matanya tiba-tiba terpandang pada sebaris nama yang cukup
dikenalinya. Adila Hana!
Serius
rasa hendak pengsan apabila melihat nota kecil yang telah disediakan oleh Hana
buatnya.
Myza, disebabkan kau tak datang waktu aku
bertunang,
Jadi kau kena datang seminggu lebih awal
masa aku kahwin...
Jangan lupa datang tau.. kalau tak, aku
tak mahu kawan kau lagi....
“Alamak, kenduri kahwin lagi?”
Kad kahwin itu mula dipukul ke dahinya. Tanpa berfikir pun dia sudah tahu yang
dia memang kena datang juga perkahwinan Hana yang merupakan kawan baiknya itu!
Masalah dunia dan muncul dah... Macam mana nak tinggal seminggu kat sana?
Itulah, pandai-pandai sangat mengukir janji... Aish.. Mulalah Myza rasa hendak
marah! Kepada siapa lagi amarah itu kalau bukan kepada dirinya sendiri!
***
“Myza!!!”
Jerit Hana kuat tika Myza baru sahaja keluar dari perut kereta. Akhirnya,
sampai juga dia ke rumah Hana yang terletak di Permatang Badak, Kuantan ini.
Penat jugak hendak memandu dari KL ke Kuantan. Mujur sahaja kereta Auto, jika
tidak pasti jenuh.
“Jangan
jerit-jerit.. Nanti kalau aku pekak, pihak lelaki potong duit hantaran!” Usik
Myza sambil mula memeluk kawan baiknya itu. Fuh, mujur sahaja Hana berkahwin
ketika musim cuti sekolah. Jika tidak, pasti jenuh untuk memenuhi permintaan
Hana itu.
“Amboi...
dengar macam dah ada calon je?” Usik Hana sambil menumbuk lembut bahu Myza.
“Lah,
memang ada pun kan...”
“Errkk..
Siapa?”
Myza
tersenyum panjang sambil berlalu ke tempat duduk belakang sambil mengeluarkan
beg pakaiannya.
“Jangan
cakap Remy Ishaklah?” Jari terlunjuk Hana sudah mula ditala ke arah Myza yang
sedang tersenyum kambing itu.
“Alah,
kau ni sentiasa boleh baca fikiran aku!” Kali ini giliran Myza pula yang
menumbuk lembut bahu milik sahabatnya. Orang yang paling susah untuk Myza
menipu ialah, Hana! Gadis itu pasti akan dapat mengesannya secara sekelip mata
sahaja!
“Eleh,
fikiran alien kau tu, memang dah tersemat dalam kepala otak aku ni.. Eh, jom
masuk!” Hana mula membantu Myza untuk mengangkat beg pakaiannya itu.
“Mak,
orang gaji rumah kita dah sampai...” Jerit Hana ketika kaki mereka sudah
mencecah lantai rumah. Myza mula menjenggilkan matanya. ‘Ada ke gelar aku ni
orang gaji? Otak Hana ini memang tidak pernah bertauliah!’
“Eh...
Myza, dah sampai dah... Jemput masuk... Lama tak jumpa. Dah rindu benar mak cik
pada kamu!” Hana hanya tersenyum apabila melihat emaknya mencium lembut pipi
milik Ibtisam Amyza.
“Myza
pun rindu pada mak cik. Mak cik sihat?” Tanya Myza ramah. Memang dia sudah
beberapa kali datang ke rumah Hana. Hana merupakan rakan baiknya ketika
menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dahulu. Tak sangka yang Hana
akan menamatkan zaman bujangnya dahulu. Selepas ini, tinggalkan dia
keseorangan. Aish..
“Macam
nilah... kadang-kadang sihat, kadang sakit.” Jawab Puan Zubaidah sekadar
berbasa basi.
“Hana,
ajak Myza pergi rehat.. penat drive dari KL tuh...”
“Jom...jom...
aku tunjukkan kau bilik kau!” Hana menarik lengan rakannya itu. Melihat sahaja
katil yang terhidang, terus Myza menjatuhkan diri. Pinggang yang berbengkang
bengkok itu perlu diluruskan. Fuh, lega!
“Tak
sangka yang kau nak kahwin dah kan?” Myza berpaling ke arah Hana yang turut
berbaring di sebelahnya.
“Aku
pun tak sangka! Tapi aku rasa, mungkin masa dah tiba masanya untuk aku
berkeluarga!” Hana menjawab dengan senyuman yang tak lekang dari wajah. Tujuh
hari lagi, dia akan menamatkan zaman bujangnya.
“Kau
pulak bila Myza?” Tanya Hana apabila Myza tidak memberikan sebarang respon
daripada kata-katanya.
“Aku
tak terfikir lagi.” Jawab Myza spontan.
“Sampai
bila.... kita ni bukannya makin muda?”
“Kalau
kau nak aku duduk sini sampai ahad depan, kau jangan tanya soalan-soalan
berkenaan dengan hal kahwin! Aku datang kenduri ni pun sebab kau tau! Kalau tak
jangan harap aku nak pergi kenduri!” Myza sudah bangun dari pembaringan. Tak
jadi hendak menyambung rehat apabila otaknya dihentak dengan soalan yang
berkaitan dengan hal kahwin. Dia tak pernah menolak jodoh, tapi kalau jodoh
sendiri tak datang-datang, dia hendak buat lagu mana lagi?
“Kau
ni memang sensitip bila cakap hal kenduri nih!” Hana pun sudah mula bangun. Tak
seronok kalau bergaduh ketika sedang berbaring. Semangat nak bergaduh tu tak
sampai-sampai!
“Aku
sensitip sebab aku pernah terluka... Bukan aku buat-buat!” Luah Myza lemah. Tak
suka betul bila bercakap bab hati ini. Makin dia berhati-hati dari terus
dilukai, makin dia terluka dengan sendirinya!
“Pisang
tak semestinya berbuah dua kali Myza? Apa yang dah berlaku tu, mungkin tak akan
berlaku lagi...”
“Kau
cakap senanglah... Tapi aku yang menanggung semua nih! Aku yang tanggung rasa
trauma nih! Orang lain tak rasa apa yang aku rasa!” Rasa sebak mula menjengah.
“Myza..
sorry sebab buat kau sedih!” Hana memaut bahu temannya. Menyesal pula kerana
membangkitkan kesedihan milik Myza. Dia tahu jiwa yang terluka itu memang sudah
sembuh, namun parut itu masih ada dan tetap ada sampai bila-bila.
“Kau
memang.. suka buat aku sedih! Tahulah kau tu tengah mengejar bahagia! Weh, aku
laparlah... Ada apa-apa tak yang boleh dimakan?” Rasa sedih tadi tiba-tiba
hilang dengan sendiri apabila perut mula berkerongcong hebat.
“Kau
ni.. baru nak tangkap feeling, dah cakap pasal makan!”
“Nak
feeling lebih-lebih buat apa! Bukan boleh dapat apa-apa pun!” Hana terus
menunjal kepala rakannya itu. Otak penuh dengan sawang! Aish.. Myza hanya mampu
ketawa besar. Senang dapat mengenakan sahabatnya.
“Jomlah
makan... aku pun lapar jugak nih!” Akhirnya mereka sama-sama beriringan menuju
ke dapur. Myza mula jadi rambang mata melihat lauk yang terhidang di atas meja.
Punyalah banyak! Kecur air liur dibuatnya.
“Kot
ya pun taksub nak melantak, beradablah sikit weh..” Tegur Hana apabila melihat
Myza makan dengan lahap! Dia tahu yang Myza terlalu gemarkan masakan kampung
seperti ini. Apatah lagi jika ada masak lemak pucuk ubi!
“Serius,
sedap gila masakan mak kau nih!” Myza sudah menunjukkan ibu jarinya sebagai
tanda bagus. Hana tergelak besar.
“Makanan
ni semua, akulah yang masak! By the way, terima kasih atas pujian tuh.” Ujar
Hana sambil tergelak-gelak lagi. Myza yang mendengar terus tersedak dengan
sendirinya. Bukan tak mahu percaya tapi tak boleh percaya.
Myza
menepuk dadanya berulang kali apabila makanan seolah-olah tercekik di ruangan
tekak. Hana yang melihat terus kalut untuk menuangkan minuman. Mujurlah ada
seseorang yang cepat menghulurkan air kepada Myza.
Tanpa
menoleh, Myza terus mencapai gelas tersebut dan disuakan ke mulutnya. Diteguk
air itu dengan cepat. Sungguh, rasa seperti nyawa sedang berada di hujung
tanduk sahaja!
“Kau
okay tak Myza?” Hana mengelengkan kepalanya sedikit. Kot ya pun terkejut, tak
payahlah sampai tersedak macam ni sekali!
“Fuh...
mintak nyawa sangat-sangat!” Dadanya digosok perlahan. Myza mula beristigfar di
dalam hati. Tiba-tiba dia teringat pada orang yang membantunya. Lantas dia
menoleh ke kanan.
“Terima
ka....” Ayatnya tergantung apabila rahang Myza mula menjatuh.
“Awak?”
Hampir serentak mereka bertanya. Jari terlunjuk masing-masing mula diangkat dan
ditunding ke hadapan.
“Awak
memang sengaja je tersedak kan?” Perli Nadhif sambil memandang gadis itu tanpa
kelip. Sungguh, tak sangka akan ada lagi pertemuan untuk kali yang kedua.
Adakah ini suratan yang bersulamkan kebetulan? Ataupun Jodoh kiriman Allah?
“Hah?”
Myza sudah mula buat muka pelik.
“Sebab
awak harap saya ada untuk jadi hero awak untuk menghulurkan tisu atau air kan?”
Kali ini Myza sudah mula bangun dari duduk. Matanya mula dihala ke arah Hana.
Mencari kepastian disebalik kewujudan lelaki ini.
“Korang
berdua kenal ke?” Hana mula terkebil-kebil memandang Nadhif dan Myza silih
berganti.
“Hana,
mana kau kutip lelaki tak cukup sifat ni?” Persoalan Hana langsung tidak
dihiraukan. Malah dia pula yang menghulurkan pertanyaan. Baru beberapa hari
mimpinya kembali teratur tapi kini lelaki ini kembali menyerabutkan
mimpi-mimpinya dengan senyuman kacak itu. Aduh...
“Errk...
dia ni sepupu aku!” Penerangan Hana membuatkan mata Myza terbeliak besar.
Nadhif tersenyum melihat respon gadis itu. Jadi, perempuan yang ditegur ketika
kenduri yang lepas adalah kawan Hana! Cantiknya ketentuan Allah ini....
“Mana
ada manusia yang sempurna sifatnya. Tapi cukuplah kalau saya ada awak yang
bakal menyempurnakan hari saya!” Ujar Nadhif sambil mengeyitkan mata kanannya.
“Yeaakk...”
Spontan perkataan itu keluar dari mulut Myza. Entah macam mana mamat tak
semengah ni boleh wujud dalam hidupnya?
Hana
hanya tergelak sahaja. Gawatlah kenduri kahwin kali ini! Seorang kaki mengusik
dan seorang lagi pantang diusik!
***
“Hana,
macam mana mamat tu boleh ada kat sini pulak?” Tanya Myza lagi. Entah kenapa,
dia seakan-akan tidak berpuas hati dengan penerangan Hana tadi. Sepupu? Macam
mana dia orang boleh jadi sepupu? Waktu datang dulu, tak ada pula lelaki itu
datang menyemak? Lagipun, lelaki itu ada kacukan mat saleh sedikit. Dia tak
senyum pun nampak handsome, kalau senyum.... gamaknya cairlah ais di kutub tuh!
“Lah,
kan aku cakap dia tu sepupu aku!” Hana mula naik pelik apabila melihat Myza
yang sekejap ke kanan, sekejap ke kiri! Namun lama-lama, Hana mula ketawa
kecil.
“Kenapa
kau gelak?” Tanya Myza pelik.
“Aku
pernah tengok kau macam ni dulu.. waktu tu kau baru je sedar yang kau
sukakan...” Belum sempat Hana menghabiskan ayatnya, Myza terus menekup mulut
itu.
“Jangan
kau berani sebut nama dia?”
Hana
mula menepis tangan Myza yang menutup mulutnya. Kalau tutup mulut sahaja tak
apa jugak, ini dengan hidung-hidungnya pula yang menjadi mangsanya!
“Weh,
lemas aku bongok!” Marah Hana sedikit. Sekali pandang, perangai mereka berdua
ini tidak nampak langsung seperti seorang guru! Tak senonoh je mamanjang.
“Muka
dia tak macam orang melayu sangat kan?”
“Dipendekkan
cerita, keturunan belah ayah Nadhif tu ada darah kacukan... Jadi sebab tu muka
dia lagu tuh. Dia tu anak tunggal dalam keluarga. Dia bekerja sebagai
photographer dekat sebuah company dan dia baru je habis jelajah satu Malaysia
sebab nak menjayakan projek besar untuk terbitkan gambar-gambar dalam sebuah
majalah. Sekarang dia cuti dua bulan untuk menolong kenduri aku disamping ingin
mencari calon isteri!” Terang Hana ringkas namun merangkumi semua cerita.
“Aku
tanya sikit je tapi kau jawab berjela-jela!” Malu pula rasanya apabila
mendengar penerangan daripada Hana itu. Jadi nama dia Nadhif! Hmm, tapi bagus
jugak, tak perlu nak tanya banyak-banyak!
“Sebelum
pertanyaan kau tu menyerabutkan kepala aku, jadi lebih baik aku beritahu dulu!”
Jawab Hana sambil tersengih-sengih.
“Dia
memang duduk sini ke?” Tanpa sedar, pertanyaan itu keluar dari mulutnya.
“Dia
selalu melepak kat sini tapi dia duduk dekat bukit rangin. Dekat je dari sini..
Jadi aku pasti yang kau tak akan rindu dia sangat!” Usik Hana lagi.
“Siapa
yang rindu dia? Eee... tolonglah...statement kau memang tak boleh pakai kot!”
Myza sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik. Dia tidak betah jika terus
tercampak dalam gelora rasa yang dicipta oleh Hana. Jadi dia ingin lari keluar.
Kebetulan di ruang tamu tadi, emak Hana sedang mengubah hantaran. Jadi,
bolehlah dia menyibukkan diri.
Baru
sahaja ditarik tombol pintu, terjenggul satu wajah yang sedang
tersenyum-senyum. “Ada orang sedang rindu pada saya ke? Sebab saya rasa
terpanggil-panggil untuk datang!” Rasa hendak luruh semangat Myza apabila
menyambut huluran kata-kata manis sepupu Hana itu.
“Kenapa
berdiri kat sini? Awak skodeng anak dara orang eh?” Geram kerana asyik
dipermainkan, Myza mengambil kesempatan untuk mengenakan lelaki itu kembali.
“Alah,
anak dara tu tak lama lagi akan jadi kepunyaan saya juga! Jadi bolehlah kalau
nak skodeng awal-awal pun!” Ujar Nadhif sambil berlalu meninggalkan kawan Hana
itu. Kakinya terus menapak ke luar. Nampaknya, memang ada chance je nak dapat
calon isteri waktu cuti kali ini?
Myza
berpaling apabila mendengar tawa Hana yang bertaburan itu. Sungguh, memang
boleh jadi gila kalau hari-hari perasaannya diusik oleh Nadhif. Tanpa mengajak
Hana, Myza terus menapak ke arah Puan Zubaidah. Mula memerhatikan cara-cara
Puan Zubaidah mengubah hantaran. Disebelah mak cik Zubaidah pula ada seorang
mak cik yang sedang mengubah kasut dan beg tangan.
“Cantiknya
mak cik buat...” Puji Myza ikhlas. Kalau harapkan tangannya mengubah, memang
layu dan lesulah jawabnya. Langsung tidak kreatif!
“Mak
long memang dah biasa ambil upah hantaran...” Ujar Hana yang baru sahaja
menjenguk!
“Wah,
ya ke? Nanti kalau saya nak kahwin, saya nak suruh mak cik jelah tolong
buatkan.” Sungguh, Myza sudah benar-benar jatuh sayang dengan gubahan mak cik
yang sedari tadi tersenyum itu.
“Ish...
anak ni bukan duduk kat KL ke? Jauh tu kalau nak upah dari Kuantan.” Tadi Puan
Zubaidah ada menceritakan sedikit sebanyak tetang kawan Hana itu. Rupanya comel
sahaja. Myza nampak berkenan benar dengan gubahan darinya.
“Cantik
punya pasal mak cik... Nak puaskan hati bukan senang! Jauh pun jauhlah...”
Jawab Myza sambil tekun memandang. Sekejap sahaja mak cik itu melakukannya.
Gubah bunga, kemudian selitkan di dalam bakul kemudian letakkan barang
hantaran. ‘Sekali pandang memang mudah benar namun jika sepuluh kali aku buat
pun, belum tentu cantik macam ni. Untung-untung boleh jadi rentung!’
“Kalau
nak suruh mak long buatkan, kau kena cari orang kuantanlah Myza! Tak pun kahwin
je dengan anak mak long tuh. Habis masalah senang cerita...” Usul Hana tidak
semena-mena. Merah muka Myza dibuatnya. Puan Rabiah hanya tersenyum sahaja.
Tapi, siapa tahu kalau kata-kata Hana itu menjadi kenyataan.
“Ish...
tahulah kau nak kahwin, tapi tak perlulah kau jebakkan aku dengan perkahwinan
jugak.. Belum masanya lagi.” Pangkah Myza tak puas hati. Ini adalah salah satu
punca kenapa dia tak suka pergi kenduri! Sebabnya ialah, nanti soalan itu pasti
akan ditanya kepadanya?
Bila
nak kahwin? Satu ayat, tiga patah perkataan yang mampu meragut nyawa manusia!
“Errk...
anak ni dah berpunya ke belum?” Entah kenapa, soalan itu terkeluar dari mulut
Puan Rabiah. Dia sebenarnya sudah berkenan dengan anak dara di depannya itu.
Nampak manis dan sopan sahaja.
“Belum
mak long!” Tanpa sempat Myza jawab, Hana sudah mendahuluinya. Ish, malu Myza
dibuatnya. Sungguh, selepas ini Myza bertekad untuk menyepak Hana sekuat hati.
“Hai,
muka cantik, orangnya sopan... tak ada calon jugak ke?” Puan Rabiah sudah
tersenyum-senyum dengan Puan Zubaidah. Myza pun tersenyum sahaja. Tidak berniat
untuk membalas sebarang jawapan. Malu bila diri dipuji sedemikian rupa
sedangkan emaknya sahaja yang tahu perangai tak semengah milik dirinya!
“Jual
mahal sangat mak long.. Tulah, suruh anak mak long tu try masuk jarum. Manalah
tahu kalau-kalau sangkut ke...” Usik Hana sambil mencuit sedikit bahu milik
Myza. Hana sedar yang Myza sedang menyimpan amarah kepada dirinya. Biarlah...
janji, dia perlu lakukan sesuatu untuk menghilangkan trauma Myza dengan lelaki
dan kenduri! Dia sayangkan Myza. Dia pun ingin Myza bahagia seperti dirinya
jugak.
“Ish..
apalah kau nih...” Serius, Myza benar-benar rasa seperti hendak lesap! Mulut
Hana memang perlu dijahit dengan kejap supaya tidak merapu yang bukan-bukan
lagi. Walau sudah diberi amaran kiasan pun, Hana tetap buat tak faham!
“Ibu,
ibu nak balik pukul berapa? Kalau nak balik lambat lagi, Adhif nak solat asar
dulu!” Nadhif yang baru masuk ke dalam rumah itu, mula melontarkan pertanyaan
kepada ibunya yang sedang sibuk mengubah itu. Peluh mula merecik apabila
kudratnya dituntut untuk mengupas kelapa tadi.
“Hah,
panjang umur... baru cerita pasal dia.”
Myza
mula rasa malu untuk memandang ke belakang. Siapakah gerangan pemuda itu? Jika
dilihat dari perangai emaknya, kelihatan baik-baik sahaja. Tapi anak tu tak
tahulah pula!
“Oh...
Mengumpat Adhif ya...” Nadhif sudah mula mendekat.
“Ni
hah.. ibu ada calon menantu untuk Adhif!”
“Errk...”
Muka Myza sudah mula pucat tanpa darah. ‘Gila selamba mak cik ni!’
“Oh,
dia nih.. Hmm, baru nah tunjuk calon menantu ni pada ibu! Tup-tup ibu dah jumpa
dulu. Kira ibu dah setujulah ni ya?” Terus Myza berpaling apabila mendengar suara
itu begitu dekat dengannya. ‘Lah, mamat ni lagi?’
“Awak
lagi?” Tanya Myza tanpa sedar.
“Yup...
sayalah bakal suami awak tuh!”
“Eee..
perasannya!”
“Memang
perasaan saya sedang berbunga-bunga sekarang... Macam lagu Misya Omar tuh, bunga-bunga
cinta... yang bercambah di kenduri kahwin.” Semua yang mendengar mula ketawa
apabila mendengar nyanyian Nadhif yang mengubah lirik lagu Misya Omar itu. Myza
pun sebenarnya hendak ketawa namun tetap ditahan. Tidak mahu dianggap mudah
dibeli jiwanya.
“Boleh
tak jangan usik saya?” Pinta Myza sambil mencuri pandang ke arah yang
lain-lain.
“Boleh...
tapi dengan syarat, awak yang kena usik saya!”
“Errkk....”
Macam tu pun ada ke?
***
“Hai..”
Sapa satu suara dari arah belakang. Terus Myza menoleh. ‘Erkk... mamat ni lagi?’
Tak boleh langsung tengok orang bersenang lenang di waktu petang ini.
“Hai...”
Diramahkan jua wajahnya. Tak baik menyombong di tempat orang!
“Nama
saya Nadhif Syarif!” Ujar Nadhif memperkenalkan diri tanpa ditanya. Dia mahu
Myza mengenalinya dengan lebih rapat.
“Nadhif...
Syarif? Kenapa susah sangat... nak sebut eh?” Entah kenapa, lidah Myza agak
tergeliat menyebut nama pemuda itu.
“Errk..
ada masalah ke dengan nama tu? Kalau macam tu, untuk menyenangkan awak, awak
boleh panggil saya abang sahaja!” Ujar Nadhif senada. Myza terus buat muka
comel. Abang? Amboi... boleh tahan gatalnya mamat ni?
“Awak
ni jual minyak macam Sarip Dol yang suka mengatal dalam filem Seniman Bujang
Lapuk tuh! Memang sepesen!” Entah kenapa, Myza jadi teringatkan Sarip Dol itu.
Malah perangai dan nama mereka berdua ini lebih kurang sama sahaja. Suka
mengorat anak dara orang! Aduh... tak ada kerja lain ke?
“Sekacak-kacak
saya ni, awak boleh panggil saya Sarip Dol?” Boleh tahan jugak minah ni. Mudah
menjawab dan mudah mesra. Namun mesra yang mengandungi rasa sinis yang bukan
sedikit.
“Ok
apa kalau panggil Sarip Dol! Unik kan...!” Ujar Myza lagi.
“Nama
awak pulak apa?” Sengaja Nadhif bertanya kerana tidak mahu Myza memanjangkan
ejekan namanya.
“Ibtisam
Amyza...” Jawab Myza bangga. Dia memang berbangga dengan namanya yang unik itu.
“Wahh...
apa maksud nama awak? Sedap telinga yang mendengar seperti sesedap mata yang
memandang tuan punya badan!” Myza mencebik. Nadhif kalau tak guna ayat manis,
memang bukan golongan Sarip Dol!
“Maksud
nama saya ialah Senyuman yang jujur...” Myza mula tersenyum. Nadhif sedikit
terpana melihat senyuman milik Myza. Kecacatan di pipi kanannya itu membuatkan
senyuman itu nampak sempurna. Cantik!
“Hah,
kenalah dengan senyuman awak tu. Dan maksud nama saya pulak bersih rinduku..
Sebersih rindu saya untuk awak!”
Myza
mengigit bibirnya. Nadhif memang gila! ‘Kegilaannya itu memang mampu membuatkan
aku ikut turut gila!’ Makin dibalas, makin menjadi gilanya. Lantas dia terus
berpaling dan masuk semula ke dalam rumah. Hatinya itu tidak mampu lagi menahan
serangan kata-kata Nadhif yang membuatkan jiwanya berkocak hebat.
Nadhif
hanya tersenyum sahaja menghantar pemergian Myza. Sifat malu wanita itu memang
mencuri jiwanya.
***
Sedari
tadi, mata Nadhif sungguh ralit memandang wajah Myza yang baru sahaja berlalu
masuk ke dalam rumah. Entah kenapa, wajah itu sesungguhnya mampu menjalarkan
satu rasa aneh di dalam hatinya. Pada mulanya, memang dia sengaja mengusik!
Namun dia mula berfikir yang dia perlu serius! Umurnya sudah mencapai usia tiga
puluh tahun! Sampai bila lagi dia perlu main-main!
“Oit..
Kot ya berkenan sekalipun, tak perlulah nak pandang sampai nak telan!” Tegur
Azian selamba sambil mengambil tempat di sebelah Nadhif. Terasa lucu melihat
perangai Nadhif tika ini. Dulu sewaktu dia cuba memperkenalkan rakannya, bukan
main lagi jual mahal! Konon tak mahu fikir pasal kahwin lagi. Sekarang mulalah
sesak kepala nak cari bakal isteri?
“Aku
tak lah pelahap sangat sampai nak telan. Kalau aku dapat, aku kunyah dulu
perlahan-lahan. Barulah hadam.” Ujar Nadhif selamba. Azian hanya mengelengkan
kepala. Tak habis lagi perangai tak semengah Nadhif itu.
“Sarkastik
betul kau punya fakta tuh!” Ujar Azian sambil mencebik. Mereka memang rapat
sedari kecil lagi. Al-maklumlah, hanya dia, Hana dan Nadhif sahaja yang tinggal
di sekitar Kuantan. Sepupu yang lain-lain semuanya hanya berjumpa setahun
sekali sahaja. Kalau tak waktu kenduri, jumpa waktu raya!
“Weh,
kau rasa dia sesuai tak dengan aku?” Tak pasal-pasal Nadhif menyelongkar
jawapan daripada Azian. Entah kenapa, hatinya sudah jatuh berkenan dengan Myza.
Perwatakannya agak selamba. Memiliki senyuman yang manis untuk dipandang.
Walaupun adakalanya suka menjawab dan melatah bila diusik, gadis itu tetap
menarik malah sentiasa nampak menarik di hatinya.
Dari
dahulu lagi dia sudah jatuh hati apabila berjumpa dengan Myza sewaktu
menghadiri perkahwinan temannya di Kuala Lumpur dahulu, tetapi belum sempat
ingin ditinggalkan nombor telefon, gadis itu sudah berlalu meninggalkan
dirinya. Malah mula berjalan ke arah seorang lelaki.
Sangkanya,
gadis itu sudah berpunya! Kerana itu dia terus beredar dari majlis tersebut.
Namun apabila mendengar cerita Ibu yang menyatakan Myza masih lagi solo, terus
semangatnya makin membara-bara untuk memiliki gadis itu. Mungkin jodoh itu
memang milik mereka berdua. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ialah berusaha
untuk membuatkan Myza merasakan perasaaan yang sama dengannya!
“Hmm...
dia tu macam kurang cantik je untuk kau yang handsome nih!” Bohong Azian
sengaja. Sedangkan Myza dengan Nadhif memang bagai pinang dibelah dua! Merpati
dua sejoli! Sangat sesuai!
“Sekurang-kurangnya
dia lebih cantik dari kau!” Jawab Nadhif selamba.
Azian
kembali melopong. Kononnya hendak mengenakan Nadhif. Tapi alih-alih dia pula
yang terkena.
“Cinta
itu bukan terletak pada kecantikan... Cinta itu bukan difokuskan untuk mencari
kesempurnaan. Cinta itu melibatkan hati. Kalau hati dah sayang, telinga pun
boleh jadi pekak untuk mendengar komen-komen negatif dari orang lain. Mata pun
jadi buta untuk memandang segala cacat cela. Hidung pun akan tersumbat dari
bau-bau busuk yang menyengat. Yang penting, aku dan dia bahagia... buat apa
penat-penat fikir untuk membahagiakan hati orang yang tak pernah fikirkan
kebahagiaan kita?”
Rahang
Azian jatuh apabila mendengar falsafah cinta milik Nahdif. Nampaknya sepupunya
ini memang sudah serius habis! ‘Alhamdulilah... Allah buka juga hatinya untuk
menerima seorang wanita yang bakal menjadi suri di hatinya!’
“Aku
rasa, aku yang dah kahwin ni pun tak sejiwang kau kot!” Azian ketawa besar.
Tapi sungguh dia kagum dengan Nadhif. Sungguh beruntung Myza kerana dapat
memilikinya.
“Sebab
kau dah tak jiwang melalui kata-kata... kau jiwang melalui...” Ayatnya terhenti
apabila Azian sudah mula menunjukkan jari terlunjuknya.
“Jangan
kau berani sambung kata-kata kau ya....” Keras amaran daripada Azian. Nadhif
memang tersangat suka mengusiknya!
Nadhif
gelak besar. Suka melihat muka malu-malu daripada sepupunya itu. Bunyi suara
tangis dari dalam rumah membuatkan Azian memohon diri untuk mendapatkan
anaknya. Akhirnya dia kembali keseorangan di atas buaian.
Nadhif
terus mengeluarkan rokoknya dan disuakan ke mulut. Bosan pula bila duduk
keseorangan di luar ini. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.
Rata-ratanya sudah mula masuk ke dalam rumah. Asap mula berkepul-kepul keluar
dari mulut dan hidungnya.
Myza
yang baru menapak ke muka pintu untuk mencari Nadhif namun apabila matanya mula
memandang ke arah Nadhif, dia agak terkejut apabila melihat kelibat lelaki itu
yang sedang merokok. ‘Jadi mamat tu merokok? Aduh... aku memang susah nak
terima lelaki yang merokok ini! Errkk.. terima? Macamlah Nadhif pernah melamar
aku? Nampaknya, satu sikap negatif Nadhif sudah dikesan!’
Perlahan-lahan
dimajukan langkah ke arah Nadhif. Nadhif yang baru sahaja mengesan kelibat
Myza terus mencampak puntung rokok yang
tadinya terletak cantik di celah jemarinya.
‘Huh,
dia ingat aku tak nampak agaknya dia merokok tadi? Kalau pun mata aku buta,
hati aku masih belum buta nak mentafsir lakonan matap milik kau tu Nadhiff...’
Myza mula rasa meluat. Nadhif dan lelaki itu memang tidak jauh bezanya.
Pokoknya lelaki memang sama!
“Tak
payah nak sorok sangatlah! Ingat saya tak nampak ke yang dari tadi awak duk
asyik merokok melayan perasaan!” Perli Myza selamba. Tangannya mula disilang ke
badan. Memandang Nadhif dengan pandangan yang sedikit menjengkelkan.
Muka
Nadhif sedikit berkerut apabila menyamput kata-kata Myza yang agak sinis itu.
“Memang
saya tengah merokok pun tadi. Jadi, ada apa-apa masalah ke?” Tanya Nadhif
pelik. Perasan pada air muka Myza yang agak sukar ditafsirkan dengan kata-kata.
Marahkah? Tapi kemarahan atas kesilapan yang mana?
“Kalau
merokok, kenapa buang bila saya datang? Tak payahlah nak control yang awak tu
tak merokok! Awak tak perlu nak jadi hipokrit!” Tegas Myza sambil melarikan
pandang ke arah lain.
Nadhif
tersenyum. Dia sudah dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Myza yang
berbaur sinis! Nadhif sudah turun dari buaian dan mula menyandarkan bahunya di
tepi buaian besi itu.
“Saya
buang puntung rokok tadi bukan sebab saya nak control handsome depan awak!
Ataupun nak pura-pura tunjuk yang saya tak merokok! Tapi saya buang sebab saya
menghormati kaum perempuan yang berada berdekatan dengan saya. Saya menghormati
sensitiviti mereka pada asap rokok! Saya tak akan merokok di hadapan perempuan
ataupun dihadapan lelaki yang tidak merokok! Saya memang hisap rokok tapi saya
tak pernah ajak orang lain untuk menghidu asap rokok saya. Jadi sebab itu saya
buang...”
Myza
mula mengigit bibir apabila mendengar penerangan panjang Nadhif. ‘Itulah kau,
suka sangat berfikir yang bukan-bukan! Sekarang aku jugak yang malu.’ Marah
Myza kepada fikirannya sendiri.
“Errk...
tak perlulah awak terang detail macam tu? Bukan saya nak tahu pun!”
Nadhif
ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata balas daripada Myza. “Tak apa... saya
memang nak awak tahu! Kalau awak suruh saya berhenti merokok, sekarang pun saya
boleh buat.” Ujar Nadhif semangat. Memang dia merokok tapi dia bukanlah perokok
yang tegar. Dia merokok sekali-sekala sahaja. Merokok dikala otak kusut dan
memerlukan idea baru ketika mengedit gambar atapun sedang berada di kawasan
hutan belantara untuk menghalau nyamuk yang ingin mencekit darahnya.
“Sungguh
nih?” Cabar Myza dengan muka yang serius.
“Betullah...
tapi dengan syarat, awak kena jadi isteri sayalah...”
Myza
mendengus kasar! Lelaki dihadapannya ini benar-benar suka mengusiknya.
“Sudahlah...
Orang serius dia main-main. Orang main-main dia serius!” Myza mula hendak
merajuk.
“Eh,
dalam perhubungan memanglah kena macam tu. Seorang merajuk, seorang pujuk.
Seorang marah, seorang lagi menenangkan.. Seorang menangis, seorang lagi akan
membantu mengesat air mata! Percaturan Allah itu memang dah cantik kan? Seperti
cantiknya pertemuan kedua kita nih....”
Melopong
Myza dibuatnya tika menyambut kata-kata Nadhif itu. Setiap patah kata lelaki
ini sentiasa mempunyai makna yang tersembunyi. Namun adakah lelaki ini
memaknakan kata-katanya itu?
“Dan
seorang oder, seorang lagi tukang beli.” Sambung Myza lamba sedikit.
“Hah?”
Kali ini giliran Nadhif pula yang berkerut seribu.
“Hana
suruh awak beli gam uhu. Nak pakai untuk buat hantaran.” Hampir-hampir sahaja
dia terlupa pada pesanan Hana tadi akibat duk asyik melayan karenah Nadhif.
Nadhif ini memang spesis lelaki yang mampu membuatkan fokus orang hilang!
“Nak
pergi beli malam ni ke?” Tanya Nadhif.
“Ialah...”
Myza sudah mula angkat kaki untuk meninggalkan Nadhif.
“Awak
teman boleh?” Laung Nadhif sedikit kuat.
“Kenapa
nak berteman pulak?”
“Kalau
awak ada... saya rasa selamat sikit. Ialah, kan dah malam ni...” Nadhif sudah
mula buat muka takut-takut. Myza tergelak sahaja. Sabar jelah kalau melayan
Nadhif ini.
“Tunggu
sini kejap!” Arah Myza lantas masuk ke dalam rumah.
Usai
pemergian Myza, Nadhif terus meloncat kegembiraan. Tadi dia sengaja menguji
nasib. Tak sangka pula ayatnya mengena!
Tiba-tiba
anak-anak saudara sepupunya yang seramai empat orang itu keluar dari pintu
rumah. “Eh, nak pergi mana malam-malam ni? Tak boleh main dah... Hari dah lewat
malam. Sambung main esok jeh!” Halang Nadhif keras. Budak-budak kalau tak
ditegah, siang malam pun mereka tak hairan.
“Tadi
auntie Myza yang suruh kita orang teman uncle Adhif pergi kedai.” Jawab salah
seorang daripada mereka. Nadhif mula buat muka? Kali ini giliran dia pula yang
terlopong besar.
“Uncle
Adhif kena belanja kita orang tau!” Liyana yang paling kecil mula menarik
hujung bajunya. Inilah yang leceh kalau bawa budak-budak. Habis satu kedai dia
nak teroka nanti. Hujung telingannya mula menangkap satu suara harlus yang
sedang ketawa.
“Oh..
awak main-mainkan saya ya?” Bibirnya diketap kuat. Geramnya dia dengan Myza!
“Saja
nak mengusik awak... Marah ke..? Tak boleh marah-marah tau.. Nanti kena jual!”
Seloroh Myza sambil menyambung tawa. Nadhif mula mendekat.
“Kalau
saya yang kena jual, awak kena beli tau!” Ujar Nadhif. Kali ini dia pula yang
tersengih-sengih.
“Saya
tak cukup kaya untuk beli orang tau!” Jawab Myza tidak mahu kalah.
“Saya
pun tak kaya jugak. Tapi saya kaya dengan kasih sayang tau! Lagipun, setakat
hantaran awak tu.. Saya masih mampu lagi tau!”
Myza
mula menepuk dahi. Kalau macam ni, bila mau habis?
“Baik
awak pergi sebelum kedai tutup!” Arah Myza serius.
“Saya
tak takut kalau kedai tutup. Tapi saya takut kalau hati awak tertutup!”
“Errkk..”
Myza terkejut sendiri. Pandangan matanya mula menghantar pemergian Nadhif ke
kereta bersama dengan anak-anak kecil itu. ‘Pintu hati? Kuatkan dibuka kembali
pintu hati yang sudah lama tertutup!’
***
Hari
ini genap tiga hari dia berkampung di rumah Hana ini. Macam-macam perkara yang
mereka yang sudah hampir selesai. Hantaran sudah siap digubah! Cenderamata
untuk para tetamu juga sudah siap dibungkus. Pokoknya selepas ini mereka hanya
perlu fokus di bahagian dapur sahaja.
Myza
mula mebantu Hana menyediakan masakan tengah hari. Saudara mara Hana memang
sudah ramai yang berkampung di rumah ini. Al-maklumlah, kahwin cuti sekolah.
Memang senang nak berkumpul bersama-sama.
“Hana...
nampak macam sedap gila gulai masak lemak cili api ni.” Puji Myza sambil merasa
sedikit masakan milik Hana. Dan ternyata memang tidak menghampakan namun
pedasnya tak usah cakaplah....
Myza
mula mengibas mulutnya sedikit. Dia memang sejenis manusia yang tak tahan
pedas!
“Pedas
sangat ke Myza?” Tanya Hana risau. Faham benar dengan jiwa Myza yang tidak
serasi dengan masakan pedas. Hana mula merasa gulai lemak cili api itu.
Serasanya tadi, dia hanya mengisi beberapa ulas cili api sahaja. ‘Hmm, tak
adalah pedas sangat pun!’
Myza
yang kepedasan mula ingin mencapai gelas minuman yang berisi air di atas meja
itu namun entah macam mana, tangannya tertempuh gelas tersebut. Habis tumpah
dan membasahi meja makan. Cepat-cepat Myza mencapai kain buruk di tepi dapur.
Mujur tidak banyak air yang tumpah.
“Ish...
awat kalut sangat ni? Nah air...” Nadhif terus menuang air dan dihulurkan kepada
Myza. Selama tiga hari perkenalan mereka, dia memang akui yang Myza memang
sejenis orang yang agak kalut.
Myza
terus mencapai dan meneguk dengan rakus. ‘Gila pedas!’
“Orang
tua-tua cakap, kalau kita tertumpahkan air secara tak sengaja, alamatnya tak
lama lagi orang tu akan menamatkan zaman bujangnya.” Ujar Nadhif sambil
tersengih-sengih. Dia pasti yang Myza pasti akan tersedak lagi!
Myza
yang mendengar kata-kata Nadhif itu tidak lagi tersedak seperti biasa tetapi
terus menyemburkan minuman yang sedang masuk ke dalam mulutnya. Habis basah
wajah Nadhif. Terkulat-kulat Nadhif dibuatnya.
“Errkk...”
Myza mula rasa terkejut yang bersulamkan rasa malu. Manakala Hana ketawa besar.
Mujur sahaja hanya mereka bertiga di dapur. Jika tidak pasti kecoh satu rumah!
“Sorry-sorry...”
Ucap Myza sambil mencapai kain yang sedia ada dan mula mengelap wajah Nadhif.
‘Siapa suruh cakap pasal kahwin? Kan dah tersembur..’ Perkataan yang sangat
sensitif baginya.
Nadhif
jadi terharu dengan tindakan Myza namun dia mula pelik sendiri. “Awak guna kain
apa ni?” Tanya Nadhif kerana hidungnya dapat menyengat bau yang kurang enak.
“Alamak,
kain buruk!” Terus terlepas kain itu dari pegangan Myza. Terkejut punya pasal,
terus dia mencapai kain itu tanpa sempat memastikan sama ada kain itu bersih
ataupun kotor.
Hana
ketawa besar apabila melihat adengan mereka berdua itu. Kalaulah ada jodoh
antara mereka, dialah orang yang paling merestuinya.
“Tulah
Adhif... suka sangat mengusik Myza. Tak pasal-pasal kena sembur free je. Siap
dapat hadiah iringan pulak tuh...” Nadhif menjeling sedikit ke arah Hana.
‘Orang baru nak bermanja... Kacau daun betul minah ni!’
“Entah...
Siapa suruh kacau saya. Kan dah kena!” Kali ini giliran Myza pula yang
berbunyi.
Nadhif
hanya tersenyum sahaja. Itulah, niat tak baik tadi sebab kononnya nak bagi Myza
tersedak. Alih-alih dia pula yang terkena. Tapi dia langsung tidak kisah! Malah
situasi ini akan menjadi kenangan yang tak akan dia lupakan.
“Hana,
dah siap dah masak? Kalau dah siap, boleh hidang makanan sekarang.” Perbualan
mereka terganggu apabila Puan Zubaidah muncul secara tiba-tiba.
“Dah
siap dah mak.. Memang nak hidang pun ni.. Boleh panggil dia orang makan dah.”
Hana terus mencapai beberapa buah pinggan di dalam almari yang disediakan. Puan
Zubaidah mengangguk-nganguk kepalanya sedikit. Berpuas hati dengan kecekapan
anaknya berada di dapur.
“Yang
kamu ni kenapa? Basah muka-muka tu?” Pertanyaan Puan Zubaidah itu membuatkan
Nadhif tersenyum sedikit dan menjeling Myza dengan ekor matanya. Hana dan Myza
sudah mula berpandangan.
“Tadi
Nadhif basuh muka... Panas sangat!” Tipu Nadhif sambil mengenyitkan mata kepada
Myza yang agak menggelabah itu.
“Hah,
molek sangatlah tu basuh muka siang-siang hari! Kalau berpanau nanti, tak ada
orang nak ke kamu tu!” Tegur Puan Zubaidah yang mula menapak ke tangga rumah.
“Tak
apa... Myza kan ada untuk kahwin dengan saya.” Hana sudah tergelak apabila
mendengar jawapan Nadhif. Muka Myza pula sudah
mula diserang kemerahan. Nadhif ini, tidak kira depan siapa, pasti dia
akan buat perangai tak tahu malu itu.
“Jangan
usik sangat hati anak dara orang kalau betul-betul tak mahu menikah dengan
dia.” Tegur Puan Zubaidah serius. Kadang-kadang dia pelik, perangai kuat
mengusik Nadhif itu makin menjadi-jadi apabila bersama dengan Myza.
“Oh...
kalau memang nak ambil sebagai isteri, kira boleh usiklah eh?” Tanya Nadhif sambil buat muka tak tahu malu.
Myza yang kegeraman terus mengambil semula kain buruk tadi dan dibaling ke arah
Nadhif! ‘Geramnya dengan Sarip Dol nihhh!!!’
Semua
yang melihat, terus ketawa. Termasuklah orang yang dibaling dengan kain buruk
itu.
***
“Aku
tengok Nadhif tu macam syok sangat dengan kau!” Hana mula melahirkan
pandangannya terhadap Nadhif. Entah kenapa, dia memang terlalu merasakan yang
Myza dan Nadhif mempunyai kimia yang kuat!
“Dia
usik jeh...” Cantas Myza sambil mula memeluk bantal peluk. Ketika ini, mereka
sama-sama sedang menanti rasa mengantuk yang
masih belum menjengukkan diri sedangkan tenaga mereka sudah kehabisan bateri. Mereka
memerlukan rehat yang cukup kerana kerja-kerja yang masih belum berkesudahan
perlu diselesaikan pada hari esok.
“Tapi
pernah tak kau nampak dia usik orang lain?” Tanya Hana sambil berpaling
memandang Myza yang sedang berbaring di sebelahnya.
Myza
mula terfikir-fikir apabila peluput telingannya menyambut kata-kata huluran
Hana itu. ‘Aah kan? Aku tak pernah nampak dia usik orang lain secara
berlebihan. Kalau dia usik pun, dia mengusik ibu dan mak cik-mak cik yang lain.
Kalau anak dara, aku seorang je yang dia usik!’
“Huaaggghhh....
mengantuk dah. Bye dan selamat malam! Mimpi dah suruh aku check in!” Myza Sudah
mula buat gaya menguap dan mula membelakangi sahabatnya itu. Kata-kata Hana
berjaya membuatkan otaknya menggelak gulai yang sedang berada di atas dapur.
“Usah
dikenang pada kisah yang lepas Myza... Kau kena beri ruang dan peluang kepada
orang lain!” Untuk julung kalinya, Hana menasihati sahabatnya dengan kata-kata
yang sama seperti yang lepas-lepas. Namun apabila tidak mendapat sebarang
balasan daripada Myza, dia mula mengintai wajah Myza.
“Kau
ni dah tidur ke atau pura-pura tidur?” Tanya Hana sambil menepuk sedikit bahu
Myza. ‘Kalau asyik nak lari jeh, macam mana nak settle jalan cerita? Aduh...
Myza Myza... Kalut sungguh bab perasaan nih!’
Myza
yang masih mendengar tetap membatukan diri. Biarlah Hana menganggapnya sudah
tidur. Entahlah, dia masih belum kuat sepenuhnya untuk membiacarakan soal hati.
Akhirnya, Hana kembali
berbaring dan mula memejamkan matanya. Dalam hatinya dia berharap agar
sepupunya itu mampu mengubati kelukaan milik sahabatnya dan dirinya akan
membantu apa sahaja untuk menjayakan hubungan Nadhif dan Myza.
Kata-kata
Hana sebentar tadi membuatkan Myza terfikirkan Nadhif. Ya, lelaki itu memang
punya gaya yang tersendiri dalam mengusik hatinya. Kata-kata dan perlakuan yang
spontan membuatkan lelaki itu senang mendapat tempat di hatinya. Tempat yang
selama ini pernah menjadi milik seseorang tetapi telah berjaya dimusnahkan dan
diletupkan. Berjayakan kawasan hati yang rentung itu kembali terhias seperti
satu masa dulu?
Myza
mula memejamkan matanya. Entah kenapa, peristiwa makan siang tadi mengamit
ingatannya.
“Kenapa
tak makan lagi ni?” Bisik Nadhif perlahan sambil menyuapkan nasi ke dalam
mulutnya. Kebetulan lelaki itu duduk di sebelahnya ketika makan tengah hari.
Myza
bukan tidak berselera. Tetapi dia jadi takut hendak makan. Semua lauk kelihatan
pedas sahaja. Dia memang spesis manusia yang langsung tak kuat pedas!
“Lauk
udang masak merah tu pedas tak?” Tanya Myza dengan suara yang perlahan.
Menghormati ahli keluarga yang sedang turut makan di sambil bersila itu.
Kebetulan pula Hana duduk agak jauh daripadanya. Ini semua Nadhif punya pasal!
Sesuka hatinya sahaja mengambil tempat Hana yang telah disediakan oleh Myza.
“Pedas
jugak... Kenapa awak nak ke?” Tanya Nadhif sambil sudah berkira-kira untuk
mencedokkan lauk itu ke pinggan Myza.
“Eh,
kalau pedas tak mahulah. Saya nak makan ayam goreng kunyit jeh.” Tolak Myza perlahan.
Dia mula menceduk ayam goreng kunyit itu ke dalam pinggannya. Ini sahaja lauk
yang tidak pedas walaupun sebenarnya dia kurang mengemarinya.
Sedang
elok Myza menguyah nasi, tiba-tiba Nadhif meletakkan beberapa ekor undang masak
merah yang sudah hilang warna merahnya. Malah kulit udang juga sudah
dikupasnya. Rupa-rupanya, Nadhif mengambil udang tersebut dan digaulkan ke
nasinya. Biar udang tersebut hilang pedasnya.
“Awak
boleh makan udang tu... dah tak pedas dah!” Tutur Nadhif sambil tersenyum sedikit.
Sungguh,
hati Myza dipagut rasa terharu. “Terima kasih. Buat susah-susah je.” Ucap Myza
ikhlas.
“Tak
pernah wujud perkataan susah apabila ianya melibatkan orang yang kita sayang.”
Sambil membalas kata, dia menghulurkan gelas minuman.
Mata
Myza sudah mula terbeliak besar.
“Erkkk..
Tolong... tolong jangan tersedak atau tersembur lagi!” Usik Nadhif selamba
sambil ketawa kecil. Ketawanya mampu mengundang rasa aneh ahli keluarga yang
melihat. Myza hanya tersenyum sahaja membalas pandangan mata mereka. Malu
tersangat amat!
Kemudian
ditalakan pandangan ke arah Nadhif. ‘Hampeh!’ Tanpa suara, kata-kata itu hanya
bermain di hujung mulutnya. Biar Nadhif seorang sahaja yang tahu.
Myza
mula tidak dapat melelapkan mata. Ingatanya umpama bangau yang sudah diserang
angau! ‘Argghh.... nak mimpi Nadhif boleh tak?’ Pohon hatinya nakal. Bibirnya
kembali menguntumkan senyum. Dipujuk mata untuk terpejam supaya mimpi indah
dapat menghadirkan diri.
***
“Awak
cari apa Adhif?” Tanya Myza aneh apabila dia menangkap susuk tubuh Nadhif yang
terbongkok-bongkok sambil tangannya mengusik barang-barang di ruangan tamu.
Seperti sedang mencari barang.
“Handhphone
saya hilang? Entah kemana perginya... Tadi budak-budak tu main game! Aishh...”
Nadhif sudah mula mengaru kepalanya berulang kali. Rambut yang sudah sedia
kemas itu mula menjadi kusut masai.
“Biar
saya tolong buat miscall.. Bagi tahu nombor?” Myza terpanggil untuk membantu.
Kasihan pula melihat Nadhif yang sibuk mencari itu.
Myza
mula mendail nombor yang dsebut oleh Nadhif. Tidak lama selepas itu, deringan
telefon sudah mula kedengaran. Namun Myza menjadi aneh apabila melihat Nadhif
mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya.
“Alamak,
macam mana boleh tak perasan yang handphone ada dekat dalam poket ni?” Nadhif
mula berlakon seperti tidak perasan pada kehadiran telefon bimbitnya itu.
Bibirnya sudah merekah dengan senyuman. Senang hati plus suka hati kerana dapat
memperolehi nombor telefon Myza.
Myza
mula melopong.
“Thanks
Myza... Saya dah save nombor awak! Malam karang, kita keep in touch tau!”
Dengan selambanya Nadhif berlalu untuk meninggalkan Myza sendirian. Memang dia
sengaja mencipta lakonan ini. Dia mahukan nombor telefon milik Myza. Mungkin
dia boleh meminta daripada Hana, namun dia mahu Myza mengetahui keikhlasan
hatinya dalam memulakan perhubungan ini.
“Awak
main-mainkan saya ya?” Myza mula menyedari akan kebodohan sendiri.
“Ish...
jangan pernah rasa yang awak sedang dipermainkan sayang...” Sungguh, berterabur
bulu roma milik Myza mendengar ayat manis Nadhif yang boleh mengalahkan air
gula itu.
“Habis
tu, kalau bukan dipermainkan, nak rasa apa lagi?”
“Hmm..
rasalah seperti sedang dipikat! Lagipun memang saya dalam proses nak mengurat
awak pun kan....”
Myza
mula menepuk dahi. Tidak mampu lagi meneruskan kata. Nadhif memang gila!
***
Bunyi
tefon yang berbunyi itu Myza capai dengan mata yang sudah tertutup. Jam
sudahpun menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tenaganya memang sudah kehabisan
bateri. Myza mula membuka mesej yang berada di inbox.
Testing...
testing!
Berkerut dahi Myza membaca mesej pelik itu. Terus
diletak kembali telefon itu di meja sisi. Malas hendak melayan. Baru sahaja
dipejamkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi lagi.
Janganlah
tidur dulu... saya tak mengantuk lagi nih!
Myza
mula mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Sungguh dia mula rasa hendak marah
bila tidurnya telah diganggu dengan mesej daripada nombor yang tidak
dikenalinya itu. Sementara dia berfikir sama ada hendak membalas mesej itu atau
tidak, satu mesej baru mula diterima lagi.
Okay...
awak lulus ujian dengan cemerlang!
Sekali
lagi dahi Myza berkedut seribu. “Jembalang mana pulak yang meroyan malam-malam
buta nih!” Rungut Myza geram. Tak ada notis, tak ada exam, tiba-tiba sahaja
lulus ujian. Baru sahaja Myza berkira-kira untuk membalas, telefon itu sudah
mula berdering. Melihat nombor yang sedari tadi mengacaunya itu naik, terus dia
menekan butang ok.
“Hello...
siapa ni?” Itulah soalan pertama yang keluar dari mulutnya.
“Ish..
kenapa awak angkat?” Tanya si pemanggil. Ternyata suaranya adalah milik seorang
lelaki.
“Apa
yang awak harap bila telefon orang selain untuk diangkat?” Marah Myza dengan
suara yang agak dikawal. Bimbang mengganggu tidur Hana yang sedang nyenyak di
sebelahnya.
“Myza,
bateri awak tak habis lagi ke? Garang tu tetap tak hilang!” Usik Nadhif sambil
ketawa besar.
“Adhif?
Awak ke tu? Cina beng betul!” Myza mula mengutuk diri sendiri. Kenapa dia tidak
boleh mengagak dari tadi lagi.
“Apa
maksud mesej-mesej awak tadi?” Tanya Myza setelah tiada tanda-tanda yang Nadhif
akan berhenti ketawa.
“Hehe..
saya nak testing sama ada bakal isteri saya ni seorang yang melayan nombor yang
tak dikenali awak tidak? Itu jeh...” Myza tersenyum sedikit. Jadi, dia telah
lulus ujian itu.
“Mana
awak tahu saya tak melayan? Entah-entah saya tak ada kredit ke? Ataupun saya
dah tidur ke?” Duga Myza.
“Hmm...
saya tahu awak belum tidur. Sebab awak memikirkan saya.. awak rindukan saya...”
Kenyataan lelaki ini memang berjaya membuatkan orang yang mendengar itu muntah!
“Adhif,
saya betul-betul dah mengantuk sekarang!” Pohon Myza serius. Sudah malas hendak
memanjangkan perbualan.
“Okay-okay...
pergilah tidur. Tapi sebelum tidur tu, bagilah dulu pasword pada saya.” Pinta
Nadhif perlahan.
“Pasword?
Pasword apa?”
“Pasword
nak masuk dalam mimpi awak tulah!”
Myza
mendengus geram! Lelaki ini tak pernah serius!
“Adhif,
fikiran awak ni memang sentiasa bengkang-bengkok!” Simpul Myza sendiri.
“Sebab
tu saya perlukan awak untuk luruskan pemikiran saya.” Masih sempat memberikan
jawapan.
“Sudahlah.. saya nak tidur
ni.. pasword nak masuk mimpi saya ialah, saya bencikan awak! Sila tepuk bantal
sambil cakap masa sebelum tidur ya!” Sempat lagi Myza melayan perangai tidak
semengah milik Nadhif itu.
“Oh...
bukan saya cintakan awak ke?” Serta merta Myza terbangun dari pembaringan
apabila mendengar tiga perkataan yang sangat bermakna itu.
“Adhifffff!!!”
Nada suara Myza ditekankan sedikit. Sekarang, mata Myza terbeliak besar. Hilang
terus rasa mengantuknya.
“Yalah...
yalah... jumpa dalam mimpi ya sayang!” Terus talian diputuskan oleh Nadhif.
Pukul
satu, pukul dua, dan pukul tiga pagi. Myza masih belum dapat melelapkan
matanya. ‘Cina beng punya Nadhif! Dia bukan buat mimpi aku berterabur tetapi
dia buat aku langsung tak boleh bermimpi!’
***
Petang-petang
seperti ini, tidak banyak perkara yang boleh Myza lakukan. Banyak kerja sudah
pun diselesaikan sebelum waktu makan tengah hari tadi.
“Panas
kan?” Tegur Nadhif sambil mengibaskan kolar bajunya sedikit.
“Panas
dunia jeh..” Nadhif hanya tersengih-sengih sahaja menyambut kata-kata Myza itu.
“Kenapa
muka nampak macam tak bermaya je ni? Tak cukup tidur ke?” Tanya Nadhif
prihatin. Sungguh, Myza rasa hendak sepak sahaja Nadhif di saat ini. Boleh pula
dia tanya soalan tamadun mesir purba ini!
“Aah.. ada jembalang tanah
mengacau semalam! Habis rosak mimpi.” Perli Myza sengaja. Nadhif hanya ketawa
sahaja. Mamat ini memang kaya dengan ketawa.
“Jembalang tanah?
Sekacak-kacak dia awak boleh panggil jembalang? Awak tahu tak yang jembalang tu
pulak mimpikan bidadari lagi... siap naik atas pelamin lagi. Syookkk....”
Myza tak tahu hendak memberi
respon bagaimana lagi jika berhadapan dengan Nadhif. Lelaki ini tidak pernah
ketandusan idea untuk mengusik hati dan perasaannya.
“Okay-okay.... hati yang
tengah panas, kita kena sejukkan... Jom kita perkena air kelapa nak?” Nadhif
mula menghentikan usikannya apabila melihat wajah Myza sudah berubah corak.
Sesungguhnya, kalau nak mengurat, kenalah ada taktik yang betul! Perancangan
rapi haruslah ada. Barulah tembakan mengena!
“Air kelapa? Nak beli kat
mana?” Tanya Myza sedikit teruja. Seronok juga kalau dapat minum air kelapa
waktu petang-petang ini.
“Ish.. apa beli pulak. Tak
herolah kalau pergi beli. Ni, biar saya hadiahkan untuk awak!” Ujar Nadhif
bangga siap menepuk dada miliknya.
“Errkk... awak nak panjat
pokok kelapa ke?” Tanya Myza sedikit melopong dalam teruja.
“Eh, tak lah panjat.. Kait
dengan galah jeh!”
“Ceh!” Kalau dengar dari gaya
bercakap, bukan main hebat lagi. Mati-mati Myza ingat yang Nadhif akan memanjat
pokok kelapa.
“Saya tak boleh panjat.. sebab
saya tahu nanti awak risaukan saya! Saya tak suka nak risaukan orang yang
sayang saya...”Ujar Nadhif sambil berlalu meninggalkan Myza tercengang sendiri.
Nadhif ini memang spesis yang banyak tak malu dari rasa malu!
***
Myza duduk jauh daripada
keriuhan sanak saudara yang sedang riuh rendah sambil melihat pelamin di pasang
di ruang tamu. Myza melontarkan pandangan kosong ke arah pelamin.
“Awat tenung pelamin tu macam
nak roboh?” Tegur Nadhif sambil bersandar di dinding. Bersebelahan dengan Myza.
“Mungkin hati awak pernah
musnah! Tapi pelamin awak tak musnah lagi Myza.” Ujar Nadhif lagi apabila tidak
mendapat sebarang respon daripada Myza.
“Kalau tak tahu, jangan
bercakap macam awak tahu Adhif!” Tegur Myza sambil menjatuhkan silang tangan
yang sedari tadi memeluk tubuhnya sendiri. Geram dengan perangai serba tahu
milik Nadhif itu.
“Sejujurnya saya tahu... saya
tahu apa yang pernah terjadi dahulu!” Akui Nadhif tenang. Sebenarnya memang dia
sudah mengetahui cerita lama itu. Dia tahu semua itu daripada cerita Hana.
Menurut Hana, satu ketika dahulu, Myza memang pernah bercinta dengan rakan
kampus mereka. Hampir tiga tahun mereka barmadu kasih. Namun sebuah undangan
perkahwinan merungkai semuanya.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan
sahabatnya, Myza terkaku sendiri apabila melihat teman lelakinya sedang
tersenyum kacak di atas pelamin yang tersergam indah. Punah segala janji yang
dimeterai tiga tahun lamanya. Sejak itu, Myza sudah serik untuk ke kenduri.
Baginya, setiap kenduri kahwin akan mengimbaukan kenangan perit di hatinya. Gadis
itu mengalami trauma yang teruk! Itulah kata Hana!
“Saya rasa, tak ada orang
perlu tahu kisah tragis itu!” Ungkap Myza sambil berpaling ke arah lain.
Kadang-kadang geram dengan sikap Hana yang sesedap rasa membocorkan rahsianya
yang selama ini kemas tersimpan.
“Myza.... awak tak boleh
selamanya berlari di tempat yang salah berulang kali! Semua tu hanya akan
memenatkan awak! Jangan biarkan kebahagian awak dirosakkan dengan tangan
sendiri.” Nasihat Nadhif lembut.
“Hati yang terluka ni
diibaratkan seperti wajah yang ditumbuhi jerawat. Masa mungkin akan
menghilangkan jerawat namun parutnya tetap tak hilang...Walaupun parut itu
kecil, kecacatannya tetap akan ada. Pakai produk terbaik dunia pun belum mampu
menghilangkan parut tu!” Tak pasal-pasal Myza mengeluarkan falsampah
kelukaannya.
Nadhif senyap sahaja. Kali
ini, dia ingin mendengar keluh resah milik Myza.
“Trauma tu hanya saya seorang
yang rasa! Setiap kali saya pergi kenduri, saya tak boleh pandang pelamin! Saya
mesti akan nampak dia! Dia sedang tersenyum mengejek pada saya. Saya tak pasti
apa salah saya sampai dia buat macam tu. Saya rasa, setiap kenduri yang saya
hadir, ianya seolah-olah mengejek diri saya. Saya tahu saya tak sempurna. Tapi
mereka yang sempurna itu tetap tak layak nak lanyak saya sesuka hati mereka!”
Myza sudah mula diserang emosi. Bibirnya bergetar menahan amarah yang terbit.
“Awak masih sayangkan dia?”
Tanya Nadhif tiba-tiba. Suaranya kali ini serius sahaja. Tiada nada main-main
seperti kebiasaannya.
Myza diam.
“Orang diam biasanya setuju!”
Teka Nadhif sendiri.
“Saya tak cakap saya sayang
dia cuma saya tak mampu nak membenci dia!” Jawab Myza berserta keluhan kecil.
Entah kenapa, Nadhif seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan milik Myza
itu.
Nadhif dan Myza saling berpandangan seketika.
“Uncle Adhif....” Panggilan Amylia yang merupakan anak
Izyan itu membuatkan keduanya berpaling. Kanak-kanak kecil itu mengheret gitar
bersamanya.
“Iya..”
“Tolong nyanyi lagu macam hari tu.” Pinta si kecil yang
berusia lima tahun itu. Gitar kapak yang diseret tadi terus dihulurkan kepada
Nadhif. Tidak lama kemudian, kawasan yang mereka duduki mula dibanjiri dengan
sanak saudara yang lain apabila Amylia menjerit memanggil mereka untuk
mendengar sekali. Hana pun ikut turut sama.
“Nak nyanyi lagu apa?” Tanya Hana teruja. Ingin sahaja
Myza keluar dari kawasan semak ini. Namun mana mungkin kerana laluan untuk ke
bilik sudah disekat oleh ahli keluarga
Hana.
“Yuna cakap, cinta dia terukir di bintang! Tapi saya
rasa, cinta saya terukir di kenduri kahwin.” Semua yang mendengar hanya ketawa.
Ada yang faham. Ada yang buat-buat faham dan ada yang buat-buat tak faham!
Sungguh, Myza sendiri tidak tahu dimana hendak
menyembunyikan diri apabila mendengar ayat Nadhif itu.
Jika engkau minta intan
permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau
persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Tepukan gemuruh dari sanak
saudara yang lain tidak mampu menghilangkan gemuruh di hati Myza. Entah kenapa,
pintu hatinya seakan-akan diketuk beberapa kali tapi mampukah tangannya membuka
pintu hati miliknya sendiri?
***
Hari yang ditunggu-tunggu
telah pun tiba, dengan satu lafaz sahaja, Adila Hana binti Norman selamat
diijabkabulkan bersama Mohd Fitri Amri. Menitis air mata Hana saat si suami
melafazkan akad nikah. Suasana syahdu mula menyelubungi diri. Myza mula ke
belakang sedikit. Memberi ruang kepada ahli keluarga Hana yang lain untuk
berkongsi kegembiraan ini bersama-sama.
Klik!
Myza
mula menoleh ke arah Nadhif yang tak henti-henti mengambil gambar. Kalau gambar
Hana dan suaminya tak apa juga! Tapi ini mengambil gambar dirinya secara curi.
“Comel...”
Puji Nadhif sambil matanya melihat gambar di skrin DSLR.
“Tak
baik ambil gambar orang tanpa kebenaran!” Perli Myza berbisik sedikit. Yang
paling menyakitkan hati Myza ialah, mamat selamba itu boleh gelak sahaja.
“Ish..
pergilah ambil gambar Hana tuh...” Arah Myza lagi.
“Saya
tak ambil gambar orang!” Kata-kata Nadhif itu membuatkan Myza melopong.
“Habis
tu, awak nak cakap yang saya ni binatang ke?” Myza sudah mula menutup lancer
kamera DSLR Nadhif.
“Saya
tak cakap pun awak binatang.. awak bukan manusia di mata saya sebab bagi awak
adalah bidadari.. Bidadari di hati saya!” Kata-kata itu memang ikhlas keluar
dari lubuk hatinya.
“Saya
bukan bidadari.. Tak cantik mana pun! Kenapa awak tetap suka tangkap gambar
saya? Saya bukannya pengantin?” Sungguh, Myza sudah tidak larat untuk memarahi
Nadhif. Perangai suka mengusiknya itu membuatkan dia kalah!
“Memanglah
awak bukan pengantin sekarang... Tapi awak bakal pengantin perempuan saya!”
Kali ini, Myza tersentak lagi.
“Jangan
sering bermain dengan perasaan Adhif!” Tidakkah Nadhif tahu bahawa jantungnya
sudah tidak berdegup seperti kebiasaannya lagi. Hatinya entah hilang ke mana.
Perasaannya melayang dilempar ke udara. Sasau dan angau sahaja!
“Saya
tak bermain dengan perasaan Myza.. tapi saya sedang meluahkan perasaan dan awak
sedang menidakkan perasaan awak!” Kali ini Nadhif mula bersuara secara serius.
Susah betul hendak mencuri hati Myza ini! Liat dan keras umpama kematu.
Baru
sahaja Myza hendak membalas balik namun mereka agak terhimpit dengan keadaan
kawasan ruang tamu yang agak sesak itu. Sesak nafas dibuatnya! Nadhif yang
sedar yang mereka makin terhimpit ke dinding, terus menarik tangan Myza untuk
keluar ke bahagian luar rumah. Terus dia berlalu ke arah buaian yang memang
sudah tersedia di tepi rumah. Di sinilah tempat mereka sering melepak!
“Ish, apa main pegang-pegang
nih... tak belajar agama ke? Kita ni bukan muhrim!” Hilang terus ideanya untuk
membalas kata-kata Nadhif tadi. Dia sebenarnya agak tersentak apabila Nadhif
menarik lengannya. Walaupun Nadhif menarik lengannya yang beralaskan baju
kurung itu, Myza tetap tidak berkenan. Walaupun berlapik, itu bukan syarat
untuk lelaki dan perempuan bersentuhan.
“Eh,
kalau macam tu, kita kena cepat-cepat jadi muhrim nih!” Tutur Nadhif selamba.
“Hah!”
Myza buat muka terkejut. Nadhif ini memang suka bagi ayat yang boleh orang
mintak nyawa banyak-banyak!
“Aish,
boleh tak jangan buat muka terkejut macam ni.. Sebab setiap kali awak buat muka
macam tuh, jiwa saya jadi luruh tau!” Myza mula menepuk dahi apabila mendengar
ayat Nadhif. Lelaki ini memang kuat mengusik!
“Awak
ni macam negara oversea pulak yang ada empat musim. Kejam musim bunga, kejap
musim sejuk, kejap musim panas dan sekarang musim luruh pulak!”
“Hah,
itulah specialnya saya... Awak tahu, lelaki ada empat musim yang berwarna warni
tapi perempuan ada satu musim jeh...” Nada suara Nadhif sedikit berjeda.
Matanya tertacap pada kamera DSLR kesayangannya itu. Bibirnya menguntumkan
senyuman apabila melihat wajah candid Myza yang sangat comel.
“Errk...
satu musim? Musim apa?”
“Musim
tengkujuh!”
“Kenapa
tengkujuh?”
“Ialah,
perempuan ada musim tengkujuh je, musim dia marah-marah sebab datang bulan!”
Sejurus selepas itu, Nadhif ketawa lepas. Sungguh, Myza rasa seperti hendak
sepak sahaja lelaki di sebelahnya itu.
“Bukan
semua perempuan akan marah-marah bila datang bulan!” Jawab Myza perlahan sambil
memandang ke arah lain. Segan jika membicarakan isu sensitif kaum perempuan
ini. Tapi dia perlu memperbetulkan kenyataan Nadhif itu.
“Ya...
saya tahu! Contoh terdekat ialah perempuan sebelah saya nih!” Sembilan puluh
darjah Myza berpaling ke arah Nadhif.
“Errk...
mana awak tahu?” Myza tersangat pelik dengan Nadhif ini. Semua benda pun dia
tahu! Spesis lelaki yang terlalu memahami perempuan!
“Yalah..
sekarang awak tak boleh sembahyang kan.. tapi awak tak marah-marah pun! Inilah
yang menguatkan lagi kata hati saya untuk jadikan awak muhrim saya!” Nadhif
memandang Myza tulus. Berharap agar kata-katanya menyerap jauh ke dalam hati
Myza.
Sekali
lagi Myza terkedu! ‘Hal datang bulan pun mamat ni tahu jugak? Aduh..’
“Errkk...
mana awak... tahu?” Dia kembali mengulang soalan yang sama tapi untuk menagih
jawapan yang berbeza.
“Saya
tahu sebab saya yang tolong belikan ehem-ehem untuk awak pagi tadi! Hana yang mintak
tolong dari saya sebab kebetulan stok dia dah habis.” Muka Myza sudah mula merah. Malunya hanya
Allah yang tahu. Selama ini kalau dia datang bulan sekalipun, tak akan ada
lelaki yang tahu! Muaz pun tak pernah tahu. Punyalah tak suka nak berkongsi isu
sensitif! Tapi alih-alih, mamat disebelahnya pula yang tahu. Siap tolong beli
lagi dan Nadhif masih boleh buat muka selamba?
“Errk...
saya nak pergi dapur kejaplah.” Myza benar-benar rasa hendak menyorok sekarang
jugak. ‘Hana pun satu hal... Agak-agaklah sikit kalau nak suruh Nadhif pun. Tak
payahlah cakap nak beli untuk aku!’
“Awak
tak payah nak malu sangatlah... Cepat atau lambat, perkara ni tetap kena kongsi
dengan saya kan! Tapi serius, itulah kali pertama saya beli benda alah tuh.
Sungguh tak sangka yang saya beli benda tu untuk bakal isteri saya. Hmm, awak
tak rasa ke yang saya ni sangat sweet?” Bisik Nadhif lembut.
Lelaki
ini kalau bercakap, lembut gigi dari lidah! Sesungguhnya mampu membuatkan jiwa
Myza bertaburan!
“So
sweetttttt....” Ujar Myza berjeda sambil buat muka comel.
Klik!
Sekali
lagi Nadhif menangkap gambarnya secara curi.
“Eh,
Syarip Dol betulah awak ni.. Saya marah pun, awak tetap nak buat kan?” Marah
Myza bengang. Entah berapa banyak gambar candid yang dicuri oleh Nadhif.
“Eh,
boleh tak jangan panggil saya dengan nama tuh?” Myza tergelak apabila melihat
wajah marah Nadhif yang sengaja dibuat-buat!
“Suka
hati sayalah nak panggil apa pun....” Jawab Myza berani.
“Okay
fine... Awak boleh panggil apa sahaja sebelum kita kahwin, tapi bila dah kahwin
nanti, saya nak awak panggil saya... Ayang! Hah, panggil Ayang tau dan saya
akan panggil awak Honey..”
Untuk
yang kesekian kalinya, Myza kembali menepuk dahi! Lelaki ini sungguh tak
beragak!
“Tinggi
betul angan-angan... Saya nak tengok sejauh mana awak mampu berangan!”
“Ini
bukan angan-anganlah.. tapi ini cita-cita yang bersulamkan cinta! Sudahlah,
jangan nak sangkal lagi apa yang awak rasa sebab makin awak sangkal, yang
terluka adalah diri awak sendiri!” Kata-kata Nadhif itu membuatkan Myza
terpukul sendiri.
“Macam
dulu... awak berusaha agar tak terluka kan, tapi akhirnya awak terluka juga dan
yang parahnya luka itu masih belum sembuh... Awak kena tahu, kalau Allah
selitkan kelukaan pada awak, maknya Allah nak hadiahkan seseorang yang akan
mengubati luka awak!” Sambung Nadhif lagi.
Myza
hanya mampu diam.. diam dan diam...
"Ubat bagi penyakit cinta yang pertama adalah cinta yang
kedua... Benci kepada cinta tak akan membuatkan awak bahagia Myza... malah akan
membuatkan awak lagi penat dan trauma. Jadi, izinkan saya menjadi cinta kedua
awak!" Pujuk Nadhif tenang. Nyawa Myza bagai ditarik apabila mendengar
kata-kata Nadhif itu. Pertama kali mendengar ayat serius milik Nadhif.
Myza mengeluh sedikit. "Memang saya penat Adhif... Saya
penat nak kenang perkara yang lepas.. Semua ni telah buat saya trauma! Tapi
maaf, saya tak boleh nak terima cinta kedua dari awak..." Ucap Myza
perlahan. ‘Errkk,, betul ke kata-kata aku tadi?’ Entah kenapa, Myza seolah-olah
diserang penyesalan yang bukan sedikit. Tapi apa nak dihairankan, dia sendiri
tidak dapat mengenal pasti tahap keseriushan milik Nadhif.
“Wah,
kat sini rupanya korang bercengkerama di bawah lampu kalimantang! Jomlah
bergambar... Mana tahu kalau dapat badi pengantin nih!” Panggil Izyan sambil
terjerit sedikit.
“Awak
pergilah... Saya tak suka bergambar.” Tutur Nadhif sambil terus membelek DSLR
miliknya. Langsung tidak memandang ke arah Myza. Sebenarnya dia mahu Myza
berfikir. Mereka punya dua hari lagi sebelum Myza balik ke Kuala Lumpur.
Mungkin selepas ini, mereka tidak akan berjumpa lagi jika Myza masih belum memberikan
kata putus!
Lambat-lambat
Myza berjalan. Entah kenapa, dia bimbang jika Nadhif berjauh hati dengannya.
‘Kenapa aku perlu bimbang?’ Sekali dia menoleh ke arah Nadhif.
***
Penat sungguh
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengapit ini. Kena duduk di pelamin
sambil mengipas pengantin. Kelakuan juga harus dijaga. Sungguh, kalau bukan
mengenangkan yang Hana adalah sahabat baiknya, jangan harap dia akan
melakukannya.
Klik!
Cahaya Flash
itu membuatkan Myza berpaling. Memandang ke arah Nadhif yang asyik menangkap
gambarnya itu. ‘Ish Sarip Dol ni, gambar aku jugak yang dia tangkap!’ Myza
ingin menegur tapi muka Nadhif hari ini tersangatlah serius. Langsung tidak
tersenyum.
Ketika
pengantin menjamu selera, Myza mula mengambil kesempatan untuk mencari Nadhif.
Namun matanya mula menangkap susuk tubuh Nadhif yang sedang ketawa sakan
bersama seorang wanita. ‘Patutlah tak layan aku... Dan jumpa minah baru! Kalau
dah lelaki tu, lelaki jugaklah!’ Myza mendengus geram. Terus dia berpaling
namun nasibnya tidak baik kerana dia tertempuh seorang lelaki. Habis basah
bajunya kerana tertempuh tangan lelaki itu yang sedang memegang cawan minuman.
“Sorry...sorry..”
Ucap lelaki itu.
“Tak apa...”
Jawab Myza sambil mengibas-ngibas bajunya itu. ‘Aduh... semuanya jadi jahanam!’
“Tis....”
Panggilan itu membuatkan Myza terpaku. Setahunya, hanya ada seorang sahaja yang
memanggil nama itu. Perlahan-lahan Myza mula mengangkat muka.
“Fahmi....”
Akhirnya terkeluar juga nama yang sudah lama terpenjara di mulutnya. Sungguh,
setelah empat tahun berlalu, dia langsung tidak menyangka yang mereka akan
bertemu di kenduri kahwin Hana ini. Adakah Hana ada menjemput Fahmi? Kalau ada,
kenapa tidak diberitahu kepadanya?
“Lama tak
jumpa kan?” Tanya Fahmi ramah.
Myza
mengelengkan kepalanya sedikit. Tidak faham dengan perangai Fahmi! ‘Muka tembok
mana yang Fahmi ni pakai? Langsung tak ada rasa malu sedikit pun? Setelah apa
yang telah dia lakukan dahulu, tak kan langsung tak rasa serba salah pada aku?’
Myza ingat
lagi, setelah peristiwa dia melihat Fahmi bersanding di atas pelamin, Myza
terus melarikan diri dari lelaki itu walaupun Fahmi cuba memberikan penjelasan.
“Awak makin
cantik sekarang.” Puji Fahmi sambil tersengih-sengih.
“Awak pulak
makin boroi sekarang?” Kutuk Myza dengan muka yang sinis.
Mati terus
senyuman Fahmi tika ini.
“Myza, apa
yang berlaku antara kita dulu adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya memang tak
boleh bersama! Saya tak punya kudrat untuk meluahkan kata-kata perpisahan itu.
Maafkan saya...” Tutur Fahmi perlahan.
Kali ini
jelas yang menunjukkan hati Fahmi memang umpama bangkai segar. Lebih busuk dari
bau longkang. “Konon tak ada kudrat! Boleh blah lah... cakap jelah kalau nak
putus! Kau ingat aku akan mati ke kalau kau tak ada?” Marah Myza tak tertahan
lagi. Kerana lelaki inilah dia trauma untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Sungguh, kalau dia tak ada Iman, pasti dia
akan sepak Fahmi sekarang juga
“Saya
betul-betul minta maaf Myza... Saya tahu saya salah!” Pohon Fahmi lagi.
Tiba-tiba
Myza terpandangkan susuk tubuh seseorang di belakang Fahmi. Serta merta Myza
tersenyum manis. Terus Myza melangkah mendekat.
“Baru sampai
ke?” Tegur Myza ramah dengan suara yang agak lembut. Tangannya mula mengengam
pergelangan tangan lelaki itu.
“Aah...” Muaz
agak terpinga-pinga sedikit melihat reaksi adiknya itu. Tapi apabila melihat
riak wajah Myza yang sengaja diceriakan itu, Muaz mula memahaminya. Apatah lagi
setelah melihat lelaki yang berada disamping adiknya itu.
“Jom.. Ayang
teman abang pergi makan ya.” Ditarik lengan abangnya supaya mengikuti jejaknya.
Muaz yang agak terpana pada mulanya, hanya menurut. ‘Oh... rupanya Myza pun ada
rahsia jugak!’
Sengaja Myza
hendak berlakon. Dan dengan sengaja dia meninggalkan Fahmi sendiri.
“Siapa tu?”
Tanya Muaz setelah mereka mula beratur ingin mengambil makanan.
“Kawan lama
jeh! Errkk.. mak mana?” Tanya Myza sambil menilaukan pandangan. Sepatutnya Muaz
dan emak sampai pagi tadi. Namun kerana Muaz sibuk dengan kerjanya, terpaksalah
mereka bertolak tengah hari sedikit. Muaz kalau bab kerja, sanggup ketepikan
cinta. Kalau macam ni gaya abangnya, memang confirm jadi bujang terlajak!
“Mak masuk
jumpa mak Hana kot.. Weh, betul ke tu kawan je?” Muaz sudah mula buat muka
nakal. Lengannya mula ditenggekkan di atas bahu Myza. Myza mula buat muka
menyampah.
“Kawan jelah
mangkuk!” Marah Myza lagi. Tidak suka bila diusik sebegitu. Muaz memang pantang
dapat peluang! Memang malu jika abangnya itu mengetahui kisah silamnya. Namun
dia memang mahu menunjuk-nunjuk dihadapan Fahmi. Bahawa sememangnya dia pun
bahagia walau tanpa lelaki itu.
“Alololo...
sweetnya bila dia malu.” Dicubit pipi adiknya itu sekuat mungkin. Terus ditepis
oleh Myza hinggakan terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang beratur menanti
giliran mengambil makanan.
“Eh..
sorry..sorry... Akak tak sengaja.” Pohon Myza serba salah. Namun entah kenapa,
dia mula terperasan yang dirinya sedang diperhatikan. Apabila dia mengangkat
wajah, kelihatannya Nadhif sedang memandangnnya dengan riak wajah yang sangat
serius. Terus lelaki itu berlalu meninggalkan dirinya.
‘Errk... dia
nampak ke aku beramah mesra dengan Muaz tadi? Hmm... baguslah kalau dia nampak!
Biar padan dengan muka dia! Tadi syok sangat menggedik dengan perempuan lain
kan?’ Bisik hati Myza sambil mula buat tak tahu. Sungguh, dia memang cemburu
bila Nadhif melayan perempuan lain.
***
“Myza, kau
dah makan dah?” Tanya Hana ketika kami bertembung di tengah rumah.
“Dah.. Aku
makan dengan Muaz!”
“Errkk...
Nadhif?”
“Mana aku
tahu! Aku bukannya isteri dia yang nak tahu segala bagai pasal dia!” Hana mula
merasa pelik apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Myza itu. Lain macam
sahaja bunyinya. Ada rajuk yang tersembunyi.
“Aik.. dua
tiga hari ni aku tengok macam belangkas! Kalah aku yang pengantin ni.. Tapi tak
kan hari ni dah bercerai pulak kot?” Sakat Hana sengaja.
“Hana... kau
nak suruh laki kau jadi duda ke? Baik kau jaga sikit kata-kata kau tuh!” Marah
Myza serius. Memang ada orang yang mintak kena bunuh nih...
“Nadhif tak
makan dari pagi lagi... tadi dia cakap nak makan dengan kau. Pergilah teman dia
makan. Kesian dia!” Hana mula buat ayat kasihan.
“Lah, tadi
bukan main lagi melayan perempuan lain. Suruhlah perempuan lain tu teman dia
makan.” Tanpa sedar, dia mula memperlihatkan rasa cemburunya dihadapan Hana.
“Oh... ada
orang cemburulah ni?” Hana melagakan bahunya di bahu Myza. Seronok melihat
hubungan Myza dan Nadhif yang menjadi.
“Kak Hana....
Mia nak tangkap gambar dengan kak Hana..” Belum sempat Myza hendak memberi
serangan balas, terdengar suara seorang gadis yang datang dari arah dapur.
Terus Myza berpaling. Muka yang sedia keruh itu mula makin kelat apabila
melihat gadis yang menegur Hana itu. Gadis inilah yang seronok ketawa bersama
Nadhif tadi.
“Boleh...
jomlah kita ke depan.” Ajak Hana sambil mula menarik tangan anak jirannya itu.
“Eh, akak ni
kak Myza ke?” Mia yang sudah mula berjalan mula berundur semula.
“Aah.. kenapa?”
Tanya Myza pelik.
“Oh... inilah
awek abang Adhif ya.. Uish... tak sia-sia lambat kahwin kalau dapat bakal
isteri yang cantik macam akak nih! Hmm, tak sabar nak tunggu kenduri abang
dengan kakak pulak!” Ujar Mia penuh teruja.
Muka Myza
seperti sudah dipanah halilintar. ‘Errkk.. jadi apa yang aku sangka tadi salah
lah ya? Itulah, tak tahu jalan cerita, terus buat kesimpulan sendiri.. Aduh...
kesian Adhif.. Dia tak makan lagi!’ Tanpa berlengah lagi, terus Myza bergegas
ke kanopi yang terletak di hadapan rumah. Fokusnya adalah untuk mencari kelibat
Nadhif Syarif!
Kelihatannya
Nadhif sedang membelek DSLR miliknya di meja makan. Mujur sahaja dia duduk
seorang sahaja di situ. Tanpa berlengah lagi, terus Myza mengambil beberapa
jenis makanan dan ditelakkan di dalam pinggan. Tekadnya sekarang ialah untuk
memujuk Nadhif. Pasti lelaki itu merajuk dengannya. Apatah lagi apabila melihat
sketsa dirinya bersama Muaz tadi.
“Dah petang
sangat ni.. Awak kena makan.” Teguran itu membuatkan Nadhif mengangkat
wajahnya. Namun dia mula kembali membelek gambar-gambar Myza yang berada di
dalam simpanan DSLR miliknya. Sungguh, jiwanya membara apabila melihat Myza
sedang beramah mesra bersama seorang lelaki. Dahulu ketika bersama dengannya,
bukan main garang lagi!
“Adhif, awak dengar
tak saya cakap ni?” Myza mula rasa malu apabila kelibatnya seperti tidak
diendahkan oleh Nadhif.
“Kalau saya
tak makan pun, yang lapar tu saya! Bukan awak. Kalau saya mati kebulur pun, apa
awak kisah kan?” Kali ini giliran Nadhif pula yang hendak marah.
Myza mula
terkebil-kebil kerana dimarahi sebegitu rupa. Tanpa sedar, dia mula tersedu
sendiri. Air mata yang merebes cepat-cepat diseka. Nadhif yang mula sedar akan
sikapnya yang agak keterlaluan itu tadi mula kaget. Apatah lagi setelah melihat
air mata Myza itu.
“Kalau tak
nak makan sudah!” Myza sudah mula hendak berlalu namun dihalang oleh suara
Nadhif.
“Kalau nak
saya makan, awak kena duduk sebelah saya.” Nadhif menarik sedikit kerusi di
sebelahnya itu. Sebenarnya dia diserang rasa aneh? Kenapa Myza menangis?
Myza mula
mengigit bibir. Berfikir sama ada ingin duduk ataupun berlalu pergi. Sebenarnya
dia merasa sungguh malu kerana menangis tanpa sebab yang kukuh. Namun entah
kenapa, perkataan mati yang keluar dari mulut Nadhif itu meruntun jiwa perempuannya.
Perlahan-lahan, dia duduk juga di sebelah Nadhif. Dia sedar yang jika dia terus
menerus melarikan diri, kisah kasih ini pasti tidak akan mempunyai penyudah
yang baik.
“Air mata
dengan perempuan ini memang tak boleh dipisahkan. Dia orang menangis macam
bukak pili paip! Pulas je, air terus keluar. Ish Ish Ish.. Dasyat betul!” Komen
Nadhif sambil mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Cuba mengusik dalam memujuk.
“Itu
perempuan lain... Perempuan kat sebelah awak ni jiwa dia mcam simen.. Walau
dicalarkan berulang kali, walau disimbah air berulang kali, dia tetap kekal
keras dan tidak berjaya digoyahkan.” Jawab Myza selamba. Buat-buat tak faham
sedangkan dia tahu yang Nadhif sedang memerli dirinya.
“Dah tu, yang
menangis tadi sebab apa?” Tanya Nadhif sambil tersengih-sengih.
“Dah kena
marah... Memanglah kena nangis.” Sedikit pun Myza tidak memandang Nadhif. Malu
woo...
“Memanglah
marah.. Dia suka-suka je bergurau dengan orang lain!”
“Itu abang
sayalah...” Jawab Myza terus. Sudah malas mencipta sengketa.
Jawapan itu
terus membuatkan Nadhif tersedak. Dengan pantas Myza menghulurkan air buat
lelaki itu. Namun senyuman manis tidak lekang dari wajah Myza. Teringat ketika
dua pertemuan mereka sebelum ini yang dimulakan kerana tersedak!
“Aishh..
kenapa gelojoh sangat ni?” Myza mula berpura-pura marah.
“Jadi betul lah
ni?” Tanya Nadhif dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap.
“Apa yang
betul?”
“Betul lah
yang awak sukakan saya?” Belum sempat
Myza hendak menjawab, ada satu suara mula menyampuk perbualan mereka.
“Hah, jadi
betullah yang kau nak kahwin ya Myza?” Terus Nadhif dan Myza berpaling ke arah
suara itu.
“Angah...”
Nama itu terpancul keluar dari mulut Myza. Sungguh, dia merasa sangat malu.
Muaz memandang sambil mengangkatkan sedikit keningnya. Myza mula mengigit
bibir. Abangnya itu memang tak pernah melepaskan peluang mengusiknya!
“Jap... aku
nak panggil mak..” Ujar Muaz berkobar-kobar dan terus berlari masuk ke dalam
rumah.
Baru sahaja
Myza ingin bangun untuk menahan, suara Nadhif mula membuatkan dia terduduk semula.
“Betul ke
awak tak boleh terima saya sebagai cinta kedua?” Tanya Nadhif dengan muka,
suara dan perlakuan yang sangat serius.
“Betul....”
Jawapan Myza itu membuatkan Nadhif mula menunduk memandang nasinya. Myza pula
sudah tersenyum-senyum.
“Sebab saya
nak terima awak sebagai cinta saya yang terakhir... Kalau awak jadi cinta
kedua, saya takut nanti saya terjumpa cinta yang ketiga!” Myza sudah mula
hendak ketawa apabila menyambut riak wajah Nadhif yang keruh itu. Sekali sekala, seronok juga kalau dirinya
pula yang mengusik.
“Oh... kena
kan saya ya?” Muka Nadhif sudah mula bersinar kembali. Kalau tadi, hendak gugur
jantungnya. Mujur sahaja Myza hanya mengusik.
“Saya belajar
dari awaklah...” Myza mula mengambil kamera DSLR milik Nadhif dan dibelek
gambar-gambar dirinya yang bersepah di dalam kamera itu.
“Myza...”
Panggil Nadhif lagi. Sekilas Myza berpaling.
“Saya tahu
kita kenal baru enam hari.. Tapi saya rasa saya dah kenal sangat perangai awak!
Mungkin kisah cinta kita ni macam dalam cerpen yang Sara Sassy Gurlz selalu
tulis tuh... Tapi sungguh, saya percaya yang Allah menemukan kita kerana Allah
ingin menjodohkan kita! Pertemuan ini telah diatur kemas sejak di Loh Mahfuz
lagi. Dan saya berharap yang kisah ini tak berakhir di sini..” Ucap Nadhif
serius.
“Errk..
kejap! Awak kenal dengan Sara Sassy Gurlz tu?” Tanya Myza tiba-tiba.
“Kenal lah..
dia tu kan penulis yang selalu hantar cerpen dalam penulisan2u tuh.. dia tu
penulis kesukaan saya tau!” Penerangan Nadhif itu membuatkan Nadhif tercengang.
“Lah, dia pun penulis kesukaan saya jugak!”
Sekejap sahaja mereka kembali menemui persamaan antara mereka. Akhirnya mereka
bertukar senyum dan tawa.
“Lepas ni,
ada kenduri kahwin lagi lah ya?” Tiba-tiba suara emak mencelah perbualan kami.
Sekali lagi Myza dan Nadhif berpaling. Puan Maznah sudah tersengih-sengih di
sisi Muaz.
“Errkk...
Myza, saya pergi basuh tangan dulu ya! Kalau lambat basuh nanti, takut mak
mertua tak sayang pulak.” Pinta Nadhif sambil tersenyum-senyum. Puan Maznah dan
Muaz tergelak sahaja manakala muka Myza mula kebas diserang malu. Nadhif ini
memang selamba bergurau dengan emaknya.
***
4 bulan kemudian...
“Cantiknya
adik aku....” Puji Muaz sungguh-sungguh. Inilah kali pertama dia melihat Myza
secantik ini. Selalunya, Myza pasti akan kelihatan comot tanpa solekkan di
wajahnya. Dia masuk ke dalam bilik ini untuk memberitahu sebuah berita buruk.
“Terima
kerana menyedari tentang hakikat kecantikan adik kau nih! Kepada abang yang tak
handsome lagi tak laku, sila tukar baju sekarang! Tak kan nak pakai t-shirt ni
waktu akad nikah aku nanti.” Ujar Myza tak puas hati. Matanya mendarat ke badan
Muaz yang hanya memakai sehelai t-shirt lusuh. Pasti lelaki ini penat membantu
untuk menjayakan majlis perkahwinannya ini.
“Alah,
bukan aku pun yang nak menikah pun!” Sela Muaz spontan walaupun otaknya agak
kusut tika ini.
“Err....”
Myza mula rasa tidak enak bila abang ngahnya itu berjalan ke hulur dan ke
hilir. Seolah-olah perasaan abangnya itu seperti tidak tenteram. Malah bibirnya
seperti hendak mengungkapkan sebuah cerita, namun cerita itu tidak mampu
diluahkan dengan kata-kata.
“Kenapa
ni?”
“Aku
susah hati nak cakap dengan kau ni..” Muaz mula mengarukan kepalanya. Wajahnya
mula menampilkan riak kerisauan. Muaz mula melabuhkan duduk di birai katil.
Berdekatan dengan tempat di mana adiknya duduk.
Wajah
Myza mula pucat. Hatinya tiba-tiba diserang rasa takut melihat wajah serius
abangnya itu. Myza mula menelan air liur yang seperti tersekat di kerongkong!
“Errrkkk..
ada kena-mengena dengan Adhif ke?” Tanya Myza sambil menggongcang sedikit badan
abangnya itu.
Muaz
diam sahaja. Tidak memberi sebarang reaksi.
“Memang
ada kena mengena pun!” Jawab Muaz lambat-lambat.
Myza
mengeleng-gelengkan kepalanya. Air mata sudah mula mencurah-curah di birai
pipi. Sungguh, dia langsung tidak pernah membayangkan yang akan ada sesuatu
yang buruk akan menimpa Nadhif. Setelah cinta sudah dianyam, kenapa derita yang
harus bertanding?
“Errrkk...
kenapa Myza menangis pulak?” Tanya Muaz pelik. Aduh, gawat rasanya apabila
melihat air mata yang merebes di pipi Myza. Habis rosak semua solekkannya.
Hilang terus kecantikkan yang sedari tadi habis dipuji.
“Adhif...”
Suara Myza mula tersekat-sekat. Esakannya sudah mula berlagu pilu. Melopong
Muaz mendengar kata-kata Myza.
“Ish...
apa yang Myza merepek ni?” Belum sempat dia menerang dengan lebih a lanjut, pintu
bilik Myza mula terkuak dari arah luar. Emak mula menjerit kecil. Kasihan
melihat anaknya yang sedang menangis kepiluan itu. Tangisan Myza makin
menjadi-jadi apabila wajah suram emaknya itu.
“Myza
dah tahu?” Tanya Puan Maznah kepada Muaz. Belum sempat Muaz menjawab, Puan
Maznah sudah mula menghampiri anak perempuannya itu.
“Sabarlah
Myza... benda dah nak jadi!”
“Macam
mana Myza nak terima semua ni mak... Myza sayangkan Adhif... Myza nak kahwin
dengan dia! Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa Adhif tinggalkan Myza
sewaktu hari kebahagiaan kami?” Kali ini giliran Puan Maznah pula yang melopong
apabila mendengar rengekan daripada anaknya itu.
“Eh
Muaz, apa yang kau beritahu adik kau ni?” Tanya Puan Maznah kuat.
“Errkkk..
Muaz tak sempat nak beritahu apa-apa pun!”
Puan
Maznah mula beristifar panjang. Sorang bagi signal kanan, sorang lagi masuk
simpang kiri. Hah, memang molek sangatlah tuh!
“Errk,,,
Adhif tak meninggal ke?” Tanya Myza seperti orang bodoh.
“Aduh...
Muaz ni tak boleh menolong langsung! Lain yang mak suruh cakap, lain pulak yang
kau bagi adik kau faham!” Puan Maznah menjeling sedikit ke arah anak keduanya
itu.
“Kenapa
ni mak?” Gesa Myza lagi. Kalau benar Nadhif tidak apa-apa, kenapa muka Muaz dan
Puan Maznah kusut masai. Kenapa tidak ceria di hari pernikahannya ini.
“Hmm...
masalahnya sekarang, tak ada orang datang rumah kenduri rumah kita ni..” Luah
Puan Maznah sedih.
“Hah,
tak kan tak ada orang?” Adakah ini yang dikatakan hukum karma? ‘Apa yang aku
pernah buat dekat orang, orang balas balik dekat aku!’
“Ada
tu memanglah ada... tapi tak ramai. Boleh bilang dengan jari je.” Terang Muaz
sedikit.
Tiba-tiba
pintu bilik dirempuh dari luar. Terpancul wajah Nadhif yang agak kusut itu.
Hilang seri pengantin di wajahnya.
“Ini
semua awak punya pasal Myza... Sebab awak, tak ada orang yang sudi datang ke
majlis perkahwinan saya... semua ni sebab awak! Kerana kesalahan awak, saya
yang perlu menanggung semua ini sama! Mana saya nak letak muka dengan ahli
keluarga yang lain bila tak ada orang datang kenduri kahwin saya ini? ” Jerit
Nadhif kuat.
“Adhif...”
Myza sudah mula mendekat. Tidak pernah-pernah dia melihat Nadhif marah-marah
seperti ini.
“Saya
minta maaf....” Pohon Myza sayu.
“Tak
ada maknanya maaf awak ni pada saya.... Semua ni memang salah awak! Salah
awak!” Jerit Nadhif kuat. Myza hanya terjelepuk di hujung katil dengan deraian
air mata yang tidak-tidak sudah mengalir.
“Myza...
Myza...” Panggil Puan Maznah kuat. Hatinya mula dipagut rasa risau. Lantas dia
berlalu ke bilik air dan terus dicedokkan air ke dalam cebok. Usai itu, terus
dia mencurahkan air di atas muka Myza.
“Arrrgghhhh.....”
Jerit Myza kuat. Sembilan puluh darjah Myza bangun dari pembaringan.
“Hah,
bangun pun.” Puan Maznah sudah mula bercekak pinggang. Kepalanya digeleng laju,
“Mak,
Tsunami mak... Tsunami kenduri!” Terang Myza sedikit tercungap-cungap.
“Lah,
kau mengigau Tsunami ke? Eh, kau tahu tak yang kau mengingau. Sampai dekat
bilik mak dengar kau meracau-racau.” Terang Puan Maznah sedikit. Sudahlah dia
penat menguruskan hal kenduri kahwin Myza nanti, anaknya itu pula boleh
menganggu tidurnya.
“Kenapa
basah? Tak kan tsunami sampai kat atas katil kot?” Pertanyaan itu Myza hulurkan
buat emaknya.
“Mak
simbah kamu tadi. Puas mak kejut, kamu tak sedar-sedar jugak! Dahlah, pergi
sambung tidur. Mak pun nak tidur ni. Jangan kacau mak lagi!” Marah Puan Maznah
sambil mula berlalukan langkah ke bilik
air.
Myza
mula meraut wajahnya yang basah itu. Mujur sahaja tilamnya hanya basah sedikit
sahaja. Tanpa berlengah, terus Myza mencapai telefon bimbitnya. Dia ingin
menelefon Nadhif sekarang juga. Sungguh perasaannya tidak enak setelah
menghadiri mimpi ngerinya tadi. Langsung tidak peduli pada jam dinding yang sudah
mencapai angka tiga pagi.
Tidak
sampai seminit, suara orang lemau mula menampar peluput telinganya.
“Adhif....”
Panggil Myza manja. Sungguh, fikirannya walang dan langsung tidak tenang. Mimpi
tadi benar-benar mengingatkan dirinya tetang hukum karma.
“Hmm...”
Jawab Nadhif perlahan. Rasanya, dia baru sahaja membayar harga tiket untuk
masuk ke dalam mimpi.
“Saya
mimpi ngeri...” Luah Myza penuh rasa takut.
“Wah,
awak dah bermimpi.. Saya baru nak check in..” Gurau Nadhif dengan mata yang
sudah tertutup. Sesungguhnya, dia memang sangat penat!
“Saya
mimpi yang tak ada orang datang kenduri
kahwin kita...” Myza terus menceritakan mimpi ngeri yang merisaukannya itu.
“Serius?”
Tanya Nadhif.
“Seriuslah
nih...”
“Hah,
okaylah tuh... Tak payah susah-susah nak masak banyak-banyak..” Dalam melayan rasa mengantuk pun, Nadhif
masih sempat mengusik Myza.
“Adhif,
saya serius nih! Awak ni kan... dah lah, bye!” Myza sudah berura-ura hendak merajuk.
Malah sudah mula berkira-kira untuk menamatkan perbualan telefon.
“Myza...”
Panggilan Nadhif itu membuatkan Myza membatalkan niatnya.
“Saya
tak peduli orang datang ke tak.. Yang penting, pengantin perempuan saya ada
esok! Dan pengantin perempuan saya itu ialah awak Myza. Walau apapun yang bakal
berlaku esok, perkahwinan ini tetap akan diteruskan juga.” Pujuk Nadhif dengan
mata yang masih terpejam. Dia kenal dengan perangai Myza yang mudah untuk susah
hati.
“Betul
ni?”
“Betul
Honey... Jangan biarkan mimpi merosakkan kisah kasih kita. Honey.., saya nak
tidur ni... saya perlukan rehat yang cukup sebab esok saya nak lafazkan akad
nikah! Mental dan emosi yang kena kuat. Awak mesti tak nak saya lafaz akad
nikah banyak kali kan?” Pertanyaan Nadhif itu bersulamkan ugutan sedikit.
“Okay..
take care ya..” Tutur Myza sebagai menutup bicara.
“Honey....”
Panggil Nadhif cepat-cepat.
“Ya...”
“Awak
tak perlu risaukan tentang kedatangan orang ke kenduri kita esok.. Tapi awak
perlu sediakan diri untuk menyambut kedatangan saya malam esok!” Myza sudah
mula mengigit bibir. Nadhif ini walau dalam keadaan mengantuk sekalipun, pasti
akan punya idea untuk mengusiknya.
“Dah
lah... pergi tidur!” Marah Myza geram. Namun sedikit sebanyak, ketakutannya
untuk menghadapi hari esok beransur hilang. Nadhif memang pandai menggaul rasa
hatinya.
“Awak
pun kena tidur dan rehat Honey... Malam esok banyak nak guna tenaga!” Entah kenapa, makin galak pula Nadhif
mengusik Myza.
“Adhif....!”
Jerit Myza kuat. Tanpa berlengah lagi, terus Myza mematikan perbualan. Selagi
talian masih bersambung, selagi itulah Nadhif akan mempunyai idea nakal untuk
mengusiknya.
Wahai
malam... cepatlah berlalu. Kerana hati ini tidak mampu lagi menanggung debaran
untuk menanti hari esok. Hari esok akan menjadi sejarah dalam kehidupannya.
Hari esok akan bermulalah tanggungjawabnya sebagai pelengkap tulang rusuk
Nadhif. Menjadi seorang isteri yang akan menuntut tanggungjawab yang bukan
sedikit.
***
“Hmm....
sedapnya bau... Honey masak apa tu?” Tanya Nadhif apabila kakinya mula
melangkah ke bahagian dapur.
“Honey
masak lauk udang masak merah kesukaan ayang!” Dengan penuh semangat, Myza
menunjukkan lauk kegemaran Nadhif yang ingin dihidangkan di atas meja.
“Hmm...
bau macam sedap tapi rasa tak tahulah...” Usik Nadhif sambil tergelak-gelak.
Faham benar dengan perangai isterinya yang tidak berapa cekap dalam bab masakan
ini. Namun dia tidaklah terlalu kisah. Asalkan isterinya itu sentiasa mencuba
untuk memperbaiki. Itu semua pun sudah mencukupi bagi dirinya. Lantaran kerana
dia pun bukanlah seorang suami yang sempurna.
“Ayang
ni.... Sengaja nak mematahkan semangat Honey.” Myza sudah mula hendak mencebik.
Mahu merajuk!
“Ish...
mana ada patahkan semangat. Alololo... tak mahu merajuk tau!” Dicuit sedikit
hidung isterinya itu. Setelah hampir tiga bulan berkongsi segalanya, ternyata pilihannya
itu memang tidak salah. Myza memang gadis biasa yang penuh cacat celanya. Namun
kecacatannya ditampal dengan rasa ingin memperbaiki dari masa ke semasa. Itu
yang meruntun jiwa seorang lelaki.
“Mana
ada merajuk. Buat penat je kalau merajuk. Lagipun kalau Honey terluka,
pandai-pandailah Honey taruk ubat sendiri.. Sebab honey seorang je yang tahu
jumlah kuantiti ubat yang diperlukan untuk tahap kelukaan Honey tu. Bimbang
kalau orang lain ubatkan, terlebih dos karang boleh bawak mati!”
Nadhif
ketawa sahaja menyambut huluran ayat sakarstik milik isterinya. Macam-macam idea betul!
“Aish...
Ayang boleh je pujuk... Tapi kena tunggu malamlah. Sebab kalau siang ni skill
tak menjadi sangat!” Membuntang mata Myza mendengar kata-kata suaminya yang
bersulamkan tawa itu.
Terus
dicubit lengan Nadhif. Geram sungguh!
“Main-main
je ayang nih!” Nadhif hanya tergelak sahaja. Lengannya ini sudah biasa mendapat
cubitan dari isterinya. Itulah bahana kalau kuat mengusik!
“Hah,
cepatlah hidang.. Ayang dah lapar sangat nih!” Nadhif sudah mula duduk di meja
makan. Sengaja dia memperlihatkan rasa terujanya. Supaya isterinya tidak patah
semangat untuk mencuba yang lebih baik untuk masakan yang akan datang.
“Okay...
Honey pergi ambik nasi ya..” Kaki Myza mula menapak ke ricecooker yang berada
di hujung meja kabinet.
Baru sahaja
Myza membuka tudung periuk nasi, dia mula menjerit kecil. “Alamak!” Rambut yang
berjuntai di dahi itu Myza selit kembali di celah telinga..
“Kenapa?”
Nadhif juga ikut turut terbangun dari duduknya. Kaget melihat isterinya itu
yang agak kelam kabut.
“Errr....
Honey lupa nak tekan suiz nasilah Ayang...” Myza mula tayang sebaris giginya
yang putih bersih.
“Aduhai....
Apalah yang Honey duk kalut sangat tadi? Sampai terlupa nak tekan suiz nih?”
“Abang
tunggu kejap je... Biar Honey masak nasi semula.” Myza sudah mula hendak ke
singki. Hendak membuang sedikit air yang berada di dalam periuk nasi itu.
Bimbang nasi yang ditanak akan menjadi lembik.
“Ish...
lauk udang tu kita makan malam karanglah. Sekarang kita pergi kenduri kahwin
anak mak cik Melur yang duduk lorong belakang tu.” Arah Nadhif sambil menyimpan
lauk undang masak merah itu.
“Alahai...
kenduri kahwin lagi..?”
“Ya
Honey... kenduri kahwin lagi.. Haish, dah kahwin pun trauma lagi ke?” Dipaut
pinggang isterinya itu.
“Hah,
memang trauma pun... Trauma dengan orang sebelah nih!” Usik Myza sambil
mencubit pipi suaminya itu.
“Ayang pun
trauma jugak! Trauma nak makan masakan Hoeny. Takut check in tandas lagi.”
Balas Nadhif tidak mahu kalah. Myza tidak larat lagi hendak melayan usikan
Nadhif itu.
“Kita kena
selalu pergi kenduri. Sebab melalui kenduri kahwinlah kita dapat berjumpa. Di
kenduri kahwin inilah kita dapat bertemu jodoh! Kalau ayang pergi kenduri,
mesti ayang teringatkan saat manis kita bersama tau! Tapi kalau Honey nak pergi
kenduri, kena pergi dengan ayang tau! Sebab ayang takut jugak kalau-kalau ada
orang mengurat isteri ayang yang comel lote nih!”
Dicubit kedua
belah pipi isterinya itu. Sungguh dia teramat bahagia. Akhirnya Myza hanya
mampu tersenyum sahaja. Membenarkan rasa bahagia menyelimuti kasih mereka.
Jangan gelojoh soal
cinta.. Walau lambat ia tetap ada.. Sungguh, susunan ALLAH itu indah. DIA
mencipta pertemuan, melangkah ke alam perkenalan dan disulami dengan perkahwinan.
Fokus mencari pasangan itu bukan untuk mendambakan
kesempurnaan pasangan tetapi lebih kepada ingin menampal kelemahan diri
sendiri. Sebab, kalau kita berada dalam kalangan orang yang sempurna, kita akan
terdorong untuk kelihatan lebih cacat.
p/s::: pengajaran dalam cerita ini ialah, sesuatu
yang kita tak suka, adakalanya menghadiahkan yang terbaik untuk kita... wajib
untuk kita menghadiri majlis perkahwinan apabila sudah dijemput. Kalau tak mahu
datang, perlulah meminta maaf kepada orang yang memberikan undangan itu...
kalau orang dah jemput tuh, pergi jelah... dapat makan free.. tak payah
susah-susah nak memasak.. hehe.. enjoy reading.. maaf atas segala kelemahan...
akan cuba ditampal pada karya yang akan datang.. =)
cpt sambung. nk bace lagi :)
ReplyDeletesuweeetttt.....nakal tul dak nadhif or hadhif??myza ni mmg suka tul menjawab...actually ada skit typing error..that name..nadhif or hadhif and name mak myza puan maznah and puan zainab...
ReplyDeletewah..intro ja pon dh cmnie pny pnjg..
ReplyDeleteyg full agk2 pnjg mna la kan..haha
tp xpa, saya suka pnjg2..hehe
[hawa]
suke dgn name ibtisam amyza . . heheh . .
ReplyDeleteteruskan . . suke2 dgn karya cik sara ite ni . .
jemput join my blog ---
www.izahmokhtar.blogspot.com
Love it dear! Smbung lgi ye.. :)
ReplyDeletepuas...best sangat...sambung lor copat2 ckit erk...hihihihi
ReplyDeletebest sangat...i yg buat melekat kat depan pc ni..
ReplyDelete(hanim)
best... baru intro dh tergelak2. dah full nanti mesti lagi best... tq writer...
ReplyDeletexsabar nk tunggu kesudahan cerita ni...
ReplyDeleteape la yg akan jadi kt myza n nadhif lps ni ek...
mmg ngam sangat la kalo sorg suka mengusik & sorg lg pantang kena usik...hehehe
ReplyDeletemesti b'tekak je kejenye...
Wah . Myza ni mcm sy la . Tak suka p kenduri . Bukan sbb trauma . Malas nak bersiap . Hehe . Apa2pon sangat best cite ni . Lawak la Nadhif ni . Suka sangat mengusik . Hihi . Double thumbs up !
ReplyDelete(syaza)
walaupon panjang~~saya sanggup bace sbb best sangat!!! XD
ReplyDelete-Y.I-
suke sgt karya kak sara..seyes kelakar+best..suke watak Nadhif.sweet je Nadhif dgn Myza.sy ske cerpen pnjg coz kalau pndk cpt je hbs bce.x syok.hehe.x sbar tggu nxt cerpen :)
ReplyDeletesungguh awk sngat berbakat...
ReplyDeleteawak mampu buat orang menangis..
awak mampu buat orang ketawa...
suka sangat cerpen nie..
pling x leh blah bila nadhif & myza sukakan SSG.. haha
congrats.. moga hadir dgn karya y lbih mampu buat orang melopong dear..
Srius..this is the best..<3 it syg..
ReplyDeletethumbs up!!!!!!!!!!
ReplyDeletet'baekkkkkk~~~
<3 it s0 much...
keep it up k.sara...^^
superb... dari awal smpai akhir duk gelak..haha..
ReplyDeletesara, awk mmg penulis versatile..
boleh buat owg tergamam, menangis, n ketawa..
tahniah
(kak zila)
salam SSG...
ReplyDeletekak ngah suka..suka...so sweet sarip dol aka nadhif ngan ibtisam amyza(cantik nama tue)..tahnia buat kak ngah senyum sorang..n ketawa...give me 100 to SSG... paling oenting REMY ISHAK mesti ada errkk..haha
thanks to all reader yang sudi mencemar duli memberi komen pada karya yang tak seberapa nih..hehe.. selalu orang komen cite saya sedih.. tu yang terbuat cerita lawak tuh.. hope suka n terhibur... jangan mimpi2 kan nadhif tau.. dia tu Myza y punya..hehhehehe
ReplyDeleteOk..first time baca penulisan sara ...
ReplyDeleteJam 2.44am ... tapi teruja nak habiskan bacaan.
Sungguh seronok dengan penggunaan bahasa yang santai dan dapat mewujudkan real situation pada saya la...
Enjoyy betol....
thanks yunk... hopefully enjoy ya baca.. lepas ni boleh baca cerita2 lain pulak.. =)
DeleteBEST SGT2..nk gelak je bce
ReplyDeletebest sangat...asyik gelak jer...
ReplyDeletesaye suke semue karya awak sara sassy gurlz...
lawak n matang gaya penulisan cerpen ni, masak la kalo dpt laki mcm adhif yg suka sgt mengusik tu =D
ReplyDelete-zoey
tsangat la best cte nie..nk gak laki cm nadhif 2 so sweet..mmg ssuai la dorg nie..hehehehehe...
ReplyDeletesara.. jom kite KKL lepas nie.. untung2 jumpa jodoh.
ReplyDeletehaha...2nd time baca..x bosan ngan cter ni..rasa mcm nak ulang2..:) thanks kak ezza
ReplyDelete