Suasana sekeliling Afrina sedikit suram dan kelam.
Afrina mula tersenyum sambil mendekati kelibat suaminya yang sedang berdiri
membelakanginya itu. Tubuh badan yang tegap itu Afrina peluk dari arah
belakang. Terasa hangat kasih Haraz melekat ke dalam dirinya.
“Abang...
buat apa dekat sini?” Tanya Afrina manja.
Perlahan-lahan
Haraz meleraikan pelukan kejap Afrina. Dia mula berpaling perlahan ke belakang.
Afrina
mendaratkan pandangan di wajah sepi milik suaminya. Tapi riak wajah itu sepi
tanpa sinaran cahaya.
“Abang...
kenapa ni?” Tanya Afrina lagi. Dia mula diserang rasa pelik melihat tingkah
aneh Haraz tika ini. Kenapa dengan suaminya ini?
“Maafkan abang.... Abang
terpaksa pergi...” Tutur Haraz dengan pandangan yang redup. Tiada sejuring
senyuman seperti biasa. Wajah itu polos dan langsung tiada bermaya.
“Abang... abang .. nak pergi
mana?” Tanya Afirna dengan suara yang terketar-ketar. Tangannya sudah merentap
pergelangan tangan milik Haraz. Melarang lelaki itu dari meneruskan langkah.
“Jangan halang abang....”
Keluh Haraz sedikit.
“Abang... abang nak pergi
mana? Kalau abang nak pergi, abang bawalah Ain sama... Ain nak ikut abang....”
Afrina sudah mula teresak sendiri. Terus dia melekatkan tubuh badannya di badan
Haraz. Dipeluk dengan kejap. Melarang Haraz daripada pergi darinya.
“Ain tak boleh ikut abang.....”
Halang Haraz keras. Sekali lagi Haraz ingin meleraikan pelukan milik Afrina. Namun
sukar kerana pelukan Afrina terlalu kuat dan kejap. Dia sendiri tidak mampu
menghalang Afrina dari memeluknya. Namun dia jugak tidak mampu untuk terus
membiarkan pelukan Afrina di badannya. Jadi, apa yang harus dia lakukan
sekarang?
“Jangan tinggalkan Ain....” Rayu
Afrina tanpa jemu. Dia menyembamkan wajahnya di dada bidang milik Haraz.
Dibiarkan baju putih Haraz itu basah dek kerana sapaan air matanya.
“Abang perlu pergi Ain....”
Rintih Haraz pula.
“Bawalah Ain sama....”
“Jangan halang jalan abang
Ain.. Sebab abang tak pernah halang jalan Ain.” Suara Haraz sedikit marah.
Mungkin bengang dengan sikap Afrina yang langsung tidak melepaskan
pemergiannya.
“Abang......” Sungguh, Afrina
sudah kelu untuk mencedok kata-kata rayuan dari mana lagi. Dia tidak mungkin
akan merelakan pemergian Haraz kerana dia tidak pernah mampu hidup tanpa Haraz.
Haraz adalah segala-galanya baginya. Telah dia redhakan untung nasib dirinya
untuk bersama-sama dengan Haraz. Namun apabila Haraz ingin meninggalkannya, dia
mula tidak punya kudrat untuk meneruskan langkah. Kerana langkahnya tempang
tanpa destinasi yang kukuh.
“Ain kena terima hakikat yang
jalan kita sudah tidak sehaluan lagi... Izinkan abang pilih jalan abang sendiri
sebagaimana abang merelakan Ain memilih jalan hidup Ain...” Tutur kata Haraz
kedengaran sebak. Dia terkaku dan terus terpaku. Hanya tangan Afrina yang
melingkar di pinggangnya. Selebihnya, dia sendiri tidak mampu menepis pelukan
Afrina itu. Apatah lagi ingin menepis air mata Afrina yang mencurah-curah itu.
Air mata Afrina itu sebenarnya
terlalu suci untuk dia kotori dengan tangan miliknya. Biarlah air mata itu
kering sendiri.
Akhirnya Haraz melekatkan
tangannya di bahu milik Afrina. Ditolak lembut bahu Afrina agar tidak melekat
lagi di tubuh miliknya. Tubuh Afrina terhenjut-henjut melayan tangis.
“Izinkan abang pergi....”
Haraz sudah berpaling. Tidak mahu menoleh lagi.
“A...bang.....” Suara Afrina
sudah mula bergetar hebat. Matanya kabur apabila melihat Haraz melangkah pergi
tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.
“Abang.....!” Jerit Afrina
kuat. Dia ingin mengejar namun langkah kakinya seolah-olah dipaku dengan
sendiri.
Dengan menggunakan segala
kudrat, dia mula merangkak. Kerana hanya itu yang mampu dia lakukan. Namun
bayangan Haraz lesap dari pandangan matanya. Bila dia sudah tidak berdaya untuk
merangkak, dia cuba dengan cara mengengsot pula.
Afrina tidak akan mengalah untuk
terus mencari redup kasih tempat dia bermanja. Di bawah rendang kasih tempat
dia berteduh. Namun kelibat Haraz sudah tidak kelihatan lagi.
“Abanggg.....!” Jeritnya kuat
lantas dia terbangun dari pembaringan. Hatinya lelah bagai sedang berenang
tanpa arah. Jiwanya lelah akibat lemas di lautan luas. Afrina mula meraba di
bahagian sebelah. Tempat suaminya itu kosong!
Afrina mula gelisah dari terus
bermimpi. Langkahnya terasa dipaku dengan duri. Dia langsung tidak berdaya
untuk berdiri kerana hatinya mula
diserang gundah. Dimanakah suaminya? Dimanakah tulang rusuknya itu? Dadanya
seakan-akan ingin pecah menahan debaran yang berkunjung. Apatah lagi setelah
berkejaran dengan mimpi ngeri tadi. Lantas dia bangun dan terus menekan suis
lampu bilik tidur yang berada di sisi meja.
Kakinya
mula digerakkan ke arah bilik air. Namun nyata bilik air itu sepi dari sebarang
kunjungan. Kakinya mula melangkah ke ruang tamu di bahagian tingkat atas ini.
Mencari kelibat suaminya. Namun ruang tamu itu sunyi diserang sepi malam.
Hatinya mula diserang kebas lagi.
Tanpa
terus menunggu, dia mula berlari turun ke bahagian dapur pula. Keadaan dapur
yang gelap gelita itu mampu membuatkan Afrina mengerti yang suaminya tidak
berada di ruangan itu.
Air
mata mula merebes perlahan di ruangan wajah. Rasa takut untuk kehilangan Haraz
sudah menemui puncaknya. Apatah lagi dengan mimpi yang dialaminya tadi.
“Abang...
kenapa abang tinggalkan Ain...” Tangis Afrina. Dia sudah terjelepuk di sisi
sofa. Sungguh, kakinya sendiri tidak mampu untuk menanggung tubuh badannya
sendiri.
Sentuhan
hangat di bahunya itu membuatkan Afrina berpaling. Dari sinaran lampu luar
rumah, dia dapat mengecam bayang-bayang milik suaminya. Tanpa membuang masa,
terus dia memeluk suaminya. Melepaskan segala rasa rawan di dada bidang milik
Haraz.
“Abang
pergi mana? Kenapa tinggalkan Ain sorang-sorang...” Marah Afrina dihamburkan
bersama tangisan yang tidak sudah-sudah.
“Abang
cuma pergi dekat bilik Haziq tadi... Tapi abang terlupa yang Haziq pergi rumah
kak long...” Dibalas pelukan milik isterinya itu.
“Jangan
tinggalkan Ain...” Pohon Afrina. Entah kenapa, dia terlalu takut untuk
kehilangan suaminya itu. Jika Haraz pergi, apa lagi yang tinggal untuk dirinya?
“Satu
hari nanti, abang tetap kena tinggalkan Ain...” Tutur kata itu membuatkan
Afrina melonggarkan pelukan. Dia berpaling ke arah lain. Tidak gemar menyambut
huluran kata-kata dari suaminya itu.
“Kenapa
abang suka cakap macam tu? Abang memang tak sayang Ain kan?” Tingkah Afrina
keras. Tidak berpuas hati dengan ayat suaminya itu.
“Abang
sayang Ain... dan abang pun tahu yang Ain sayangkan abang... Tapi sayang kena
ingat, kasih sayang Allah itu lebih meluas pada hambanya. Tidak terlawan kasih
sayang manusia sesama manusia jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah
pada hambanya...
Abang
tak suka kalau sayang cintakan abang terlalu tinggi. Hingga terlupa pada cinta
Yang Maha Agung. Cintalah abang sekadarnya sahaja. Cukup untuk tumpangan di
dunia sahaja. Kerana bimbang jika Ain kehilangan cinta abang, hati Ain rapuh
lantas Ain kehilangan rasa redha pada Pemilik Alam ini.”
Haraz
mula menasihatkan isterinya itu. Isterinya itu memang agak manja. Mungkin semua
silap ini datang dari dirinya. Dia terlalu memanjakan Afrina hinggakan langkah
Afrina seakan-akan pincang tanpa kehadiran dirinya. Dia yang mengajar Afrina
untuk terus berharap dengan dirinya. Berharap dengan kasih ini. Berharap dengan
cinta manusia yang pasti hilang jejaknya nanti. Hingga terlupa untuk menduga
apa yang berlaku di kemudian hari.... Apa yang terjadi ini ialah di luar batas
kudrat seorang hamba.
Apa
yang dia mahu sekarang ialah, dia mahu isterinya kuat! Tabah dan cekal dalam
menghadapi apa sahaja dugaan. Walau tanpa dirinya di sisi.
“Jangan
menangis Ain...” Pujuk Haraz perlahan. Dia mula duduk bersandar di tepi sofa.
Dia mula melentokkan kepala Afrina di bahunya.
“Ain
tak tahu kenapa Ain perlu rasa macam ni.. Tapi Ain dapat rasa yang Ain akan
kehilangan abang.” Luah Afrina lemah.
Entah
kenapa, fikirannya bersawang dengan segala benda yang menganggu benaknya. Dia
sedar yang sebagai hamba, dia tidak layak memikir yang bukan-bukan. Tidak patut
untuk berfikir di luar batasan. Tapi entah kenapa, jiwanya lelah disapa bandai
tanpa arah ini. Hatinya penuh rasa tidak enak. Walau sudah dikerah pergi, rasa
itu kekal tinggal di lubuk hatinya.
‘Ya Allah...bagaimana aku
hendak menyenangkan hatiku sendiri dari terus bersenandung dengan erti duka
yang berpunca dari pintu sukma. Hatiku ini resah bersulamkan sangsi yang
berkelana. Walaupun tanpa kata-kata yang memeritkan dari Haraz, jiwaku ini
patah dan pincang dengan sendirinya.’ Keluh Afrina sendiri. Namun dalam dia,
dia cuba encari khilaf yang tersembunyi. Jalan yang serong ini perlu
diperbetulkan. Hati yang rapuh ini perlu diteguhkan.
“Wahai
isteriku... pendamping jiwaku... tabahkanlah hatimu dengan rona dan liku-liku
kehidupan ini... Abang akan sentiasa berada di sampingmu... Kalau tidak di
sebelah Ain, abang akan tetap berada di dalam jiwa Ain... di dalam hati Ain...”
Akhirnya
Afrina terbuai dengan kata-kata suaminya. Lantas terus dilabuhkan kepalanya di
atas ribaan Haraz. Terlupa yang meraka tidak berada di dalam bilik. Mereka
hanya duduk di tepi sofa itu. Namun Afrina tetap selesa. Selesa kerana dia
sedang berbaring dengan berbantalkan paha Haraz. Suami yang melengkapi
hidupnya.
Matanya
yang ditemani tangis itu akhirnya mula layu. Bibirnya mengukir senyum. Senyum
kerana Allah meminjamkan seorang suami seperti Haraz di dalam hidupnya.
***
Tepukan
lembut di pipinya membuatkan Afrina terjaga dari lelapnya. Terus dia bangun
dari pembaringan. Matanya tersenyum melihat wajah anaknya yang berusia hampir
berusia tiga tahun itu. Anak kecil itu tersenyum ke arahnya. Senyumannya persis
milik Haraz.
“Dik...
kenapa tidur dekat sini?” Tanya Amalina aneh. Dia masuk ke dalam rumah Afrina
menggunakan kunci pendua memandangkan salamnya yang tidak dijawab oleh Afrina.
Bimbang juga jika ada apa-apa yang menimpa adiknya itu.
“Semalam
Afrin tertidur dekat sini...” Tutur Afrina sambil tersenyum. Dia mula memeluk
tubuh anaknya itu. Dicium pipi gebu milik Hadziq.
“Kamu
tak sembahyang ke?” Tanya Amalina lagi. Beban kerisauannya makin meninggi
apabila melihat keadaan Afrina tika ini.
Afrina
hanya menggeleng sahaja sebagai tanda jawapan.
“Terima
kasih kak sebab tolong jagakan Haiziq. Tak payahlah kerap sangat ambil dia...
Bukan apa, Afrin tak nak lah menyusahkan akak pulak.” Tutur Afrina sedikit.
“Tak ada susahnya bila jaga
Hadziq. Dia budak baik. Tak banyak karenah pun.” Balas Amalina sambil mengusap
sedikit kepada Hadziq.
“Dia memang budak baik..
perangai dia sama macam abang Haraz.” Puji Afrina pula. Sesungguhnya dia
bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang zuriat yang sangat menyejukkan
hatinya. Penawar resahnya.
Amalina hanya terdiam sahaja.
Merenung wajah pucat Afrina yang sedang enak bermain dengan anaknya itu. Mata
Afrina kelihatan sembab sedikit. Adakah adiknya itu menangis lagi?
“Hmm, lama tak jumpa anak ibu... Rindunya ibu
pada kamu....” Dicium lagi wajah anaknya itu. Hadziq ketawa sahaja.
“Jom
kita naik atas... teman ibu mandi lepas tu kita jumpa ayah eh...” Ucap Afrina
lantas membawa kaki ke bahagian atas.
Amalina
yang mendengar bait kata adiknya itu terus terduduk di hujung sofa. Entah
apalah yang sedang berlaku ketika ini. Semuanya nampak kusut dan pincang. Bagaikan
ada yang tidak kena..
bezzz.....nnt kalau dh full novel...nak bce lagi.
ReplyDelete=))
waa!!!
ReplyDeletex sbr nk bc nex n3...
pe yg jd kt haraz ex???
sedihnya...ada sesuatu jd dkt hazar tu ke...
ReplyDeleteapa yg terjadi kat hazar?
ReplyDeletesedih plak tgk afrin..
ish... saspen je ayt haraz tu?
ReplyDeletemcm tnda2 owg nak meninggal pulak..
saya rasa Haraz tu dah takde,
ReplyDeletemungkin afrina tu masih hidup dalam bayang2
suami dia sebab dari reaksi amalina tu
macam seolah olah Haraz tu dah takde....
huhu, just my prediction
selebihnya penulis yang tahu :)
ai rasa pun suami afrina dah xde...
ReplyDeletethanks pada semua yang sudi baca and sokong..
ReplyDeletehope korang suka e-novel ini.. =)
suka je.. :)
ReplyDeletemmg susah nak melupakan org yg telah pergi..apatah lg suami sendiri...kesian sgt ngn ain..well, my friend's friend mengalami situasi camni..bukan dia tak terima qada' & qadar tp susah la nak describe..too comlicated..by the way sara, akak tgu hero baru ni...hehe..
ReplyDeletehaha.. nak tunggu hero baru ke??? adehhh.. jeng jeng jeng... mampukah hero baru melenyapkan cinta Ain pada Haraz??
Delete