SPECIAL EDITION... (1)
Pagi
itu, Ezrakil mengambil Farafeesa di hadapan rumahnya. Lelaki itu dengan penuh
gentleman telah membukakan pintu keretanya buat Farafeesa. ‘Aish bos ni,
manalah pintu hati aku ni tak terbuka kalau macam ni layanan dia pada aku.’
Bisik Farafeesa sedikit nakal.
“Saya boleh buka sendirilah bos.”
Protes Farafeesa selamba. Sengaja Farafeesa mengenakan Ezrakil. Berubah sedikit
air muka Ezrakil itu dibuatnya.
Apabila Ezrakil mula berpaling,
Farafeesa mula serba salah sendiri. Tulah, mulut tu gatal sangat nak
menyakitkan hati bos tapi yang lebih sakit ialah, hati miliknya sendiri. Makin
dia ingin melukakan Ezrakil, yang makin terluka dia sendiri!
“Bos…” Panggil Farafeesa lembut. Mendayu
sahaja suaranya dikala menyeru nama Ezrakil.
Ezrakil mengeluh sedikit. Tipu kalau dia cakap yang
hatinya tidak terguris dengan kata-kata Farafeesa tadi. Namun dia tetap menoleh
ke belakang. Dia mula faham akan kesakitan yang Farafeesa hadiahkan kepada
dirinya ini. Semua ini adalah cara untuk membuatkan dirinya membenci gadis itu.
‘Maaf Feesa… awak buatlah macam mana
pun, saya tak akan mampu untuk membenci awak setelah seluruh hati saya telah
dipersiapkan untuk menyintai awak sahaja.’ Monolog hati kecilnya.
“Kalau bos dah tolong bukakan, bos
kena tolong tutupkan tau!” Farafeesa menghadiahkan senyuman yang paling manis.
Kalau boleh, biarlah perjalanan ini dihiasi dengan kenangan yang indah-indah
sahaja.
Lagipun, dia sendiri sudah tidak larat untuk
terus-menerus menyakitkan hati Ezrakil.
Melihat
sahaja rahang Farafeesa yang sedikit merekah itu, membuatkan hati Ezrakil
terbang melayang sendiri tanpa kawalan. Dia pun ikut turut tersenyum bahagia.
Senang hati dengan respon positif Farafeesa ini. Terus Ezrakil menutup pintu
kereta bahagian Farafeesa. Aksi mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih yang
sedang menyulam cinta.
“Bos,
kita nak pergi terus ke?” Tanya Farafeesa apabila Ezrakil mula masuk ke dalam
perut kereta.
“Kenapa? Awak nak singgah mana-mana ke?” Ezrakil sudah
memulakan pemanduan.
“Err...
saya nak pergi office kejap. Nak ambil dokumen.” Tipu Farafeesa. Sebenarnya dia
ingin mengambil ubat yang ditinggalkan di dalam laci meja di pejabat. Tidak
berani untuk membawa ubat-ubatan itu ke kawasan rumahnya. Bimbang jika
diketahui oleh ahli keluarganya nanti.
“Nak
ambil dokumen? Bukan ke semua dokumen awak dah beri saya semalam. Ada apa-apa
lagi ke yang tertinggal?” Sambil memandu, dia mengerling sedikit ke arah Farafeesa
yang sedang berfikir sendiri itu.
Sebenarnya
dia tahu yang Farafeesa ingin mengambil ubat-ubatannya. Tapi sengaja dia
menguji. Ingin mengetahui helah yang bakal Farafeesa langsungkan. Sebenarnya,
dia pun ingin memulangkan kembali ubat yang pernah dicuri dari laci Farafeesa.
Bimbang juga jika Farafeesa dapat mengesan perlakuannya. Lagipun, dia takut
kalau tahap kesihatan Farafeesa terjejas jika tidak mengambil ubat steroid
tersebut.
“Err...
saya rasa ada dokumen yang tertinggal!” Hentam sahaja. Itu sahaja yang
terlintas di kepalanya.
Entahlah, dia sebenarnya agak kering idea untuk menipu.
Berdoa dan berharap yang Ezrakil tidak bertanya soalan yang bukan-bukan lagi.
“Okay..
kita pergi office dulu.” Putus Ezrakil sambil mengubah hala pemanduan. Farafeesa
kelegaan sendiri sambil melepaskan rasa sesak yang menjamu di ruang dada. Mujur
sahaja Ezrakil tidak banyak tanya!
“Feesa...”
Seru Ezrakil sekali.
“Ya...”
Dihalakan pandangan mata untuk mengadap Ezrakil yang sedang memandu.
“Awak
ada tiga ratus ringgit?” Berkerut dahi Farafeesa dibuatnya.
‘Mamat ni nak pinjam duit ke? Tak kan nak pinjam kot...
Pakai kereta besar-besar, tak kan lah tak ada duit cash?’ Farafeesa mula
terfikir-fikir sendiri.
“Erk...
kenapa? Bos nak pinjam ke? Kalau cash tu tak adalah tapi kalau nak, kita
berhenti jelah kat stesen minyak yang ada ATM untuk keluarkan duit. Saya boleh
pinjamkan dulu pada bos... Bos nak buat apa dengan duit tu?”
Serentak
dengan itu, Ezrakil ketawa sakan. Lain yang diharap, lain pula yang menjadi.
Muka Farafeesa
pula berkerut menahan rasa pening. Tidak faham dengan perangai Ezrakil ini.
‘Rasanya tak ada orang buat lawak pun.. apasal dengan mamat ni? Terputus fius
ke apa? Gelak macam orang tak ingat dunia..’ Gerutu hati Farafeesa lagi.
“Bukan
saya nak pinjam...” Ezrakil berhenti seketika sambil mula mengelap sedikit
matanya. Seronok sangat ketawa sampai berair mata dibuatnya.
“Habis
tu?” Farafeesa mula buat perangai tidak sabar.
“Polis
trafik yang nak...” Kelakar sungguh rasanya. Jauh sungguh pemikiran Farafeesa
ini. Dia baru hendak memulakan intro, Farafeesa sudah memberi ending cerita.
Macam manalah hatinya ini tidak tertarik. Farafeesa memang seorang gadis yang
tiada galang gantinya!
Farafeesa
melongo sendiri.
“Tapi
saya tak buat apa-apa salah pun? Saya tak pernah kena saman dengan polis
trafik! Kenapa pulak saya kena bayar dia tiga ratus ringgit? Dan lagi satu...
saya tak pernah amalkan rasuah tau... Haram tuh!”
Kali
ini, makin kuat ketawa Ezrakil. Tangan kanannya mula menekan perutnya. Tidak
tahan mendengar ayat dari mulut Farafeesa. Pemikiran gadis ini mudah benar
melencong!
‘Ya Allah, biarlah gadis ini bersama ku... Biar aku rawat
kesakitan yang dia rasai..Walaupun mungkin aku bukan seorang doktor namun aku
punya cinta.. Cinta yang mampu membahagiakannya..’ Sempat lagi dititipkan doa
di dalam hati. Dia menaruh harapan yang begitu tinggi untuk bersama-sama dengan
Farafeesa. Itu adalah tekadnya. Matlamat hidupnya.
“Apasal
bos gelak?”
Aduh, sakit sungguh hatinya apabila melayan karenah
Ezrakil ini. Ini baru sepuluh minit, belum sepuluh jam lagi. Kalau sepuluh hari
macam ni, pasti Farafeesa boleh nak gila dikerjakan oleh Ezrakil. Kalau sepuluh
tahun pulak macam mana? Meroyan gamaknya... tapi setelah difikirkan
dalam-dalam, mampukah dia hidup untuk sepuluh tahun yang akan datang?
“Siapa suruh awak buat lawak...”
“Bila masa saya buat lawaknya?” Tanya Farafeesa tidak
berpuas hati.
Ketawa Ezrakil sudah mula berhenti namun senyuman masih
lagi menghiasi wajahnya. Akhirnya, Ezrakil mula bertenang sendiri. Menarik
nafas perlahan-lahan.
Bermula dari duit
tiga ratus ringgit kemudian bersangkut paut pula dengan polis trafik.
Amalan rasuah juga tidak ketinggalan menjadi topik hangat yang kelakar bagi
Ezrakil.
“Bos,
saya tak faham? Cubalah terangkan yang sebenarnya....” Farafeesa merayu kepada
Ezrakil. Otaknya sudah tidak mampu untuk menjawab punca Ezrakil ketawa. Lelaki
ini memang aneh!
“Yang
sebenarnya....” Suara Ezrakil agak tertahan-tahan. Tak tahan menanggung gelak
lagi.
“Yang
sebenarnya kenapa?” Desak Farafeesa dengan suara yang sedikit meninggi. Dia
sudah penat untuk terus menunggu. Sakit hati tak usah cakaplah! Tapi seronok
juga bila bersama dengan Ezrakil seperti ini. Rasa macam terbang semua masalah.
“Sebenarnya
saya cuma nak suruh awak pakai tali pinggang kaledar jeh..” Selepas itu, terus
Ezrakil ketawa besar.
Farafeesa
mula menepuk dahinya sendiri. Aduh, sebab tu je ke? Meleret-leret sampai ke
polis trafik, macam kesalahannya besar sangat.
“Bos
kalau bab memerli orang, memang teror...” Ditarik tali pinggang kaledar dan
dipakaikan ke badannya. Barulah dia mengerti tentang duit yang bernilai tiga
ratus ringgit itu. Bukan ke pihak polis trafik akan mengenakan tindakan saman
sebanyak tiga ratus ringgit jika tidak memakai tali pinggang kaledar.
“Tapi awak
tak terasa pun...” Meleret sedikit nada suaranya sambil menguraikan sisa-sisa
tawanya.
“Lain
kali, straigth to the point jelah bos...” Beberapa kali digelengkan kepalanya.
Tapi hati kecilnya terusik sedikit dengan situasi ini. Kenangan ini pasti dia
akan simpan sampai bila-bila.
“Susah
Feesa... Saya dah straigth to the point pun... awak stay tak faham point yang
saya nak cakap...” Suara Ezrakil mula bertukar serius. Sedikit beremosi.
Farafeesa mula terdiam. Bab ini yang paling dia tidak suka.
“Tapi kan..
rupa-rupanya kalau makin berkias, makin awak terpesong dari landasan.” Usik
Ezrakil apabila melihat reaksi negatif daripada Farafeesa. Kalau boleh, dia
tidak mahu membincangkan isu hati ini lagi. Biarlah, satu ketika nanti, masa
akan menentukan segalanya.
“Bos
perli saya ke?” Untuk tidak nampak canggung, Farafeesa membalas usikan Ezrakil
itu.
“Awak
terasa ke?” Akhirnya mereka ketawa bersama. Tidak sedar yang memanduan Ezrakil
mula sampai ke perkarangan pejabat.
“Bos tunggu sekejap ya..”
Baru sahaja Farafeesa ingin keluar dari perut kereta,
namun dia tersekat dek kerana masih belum mencabut tali pinggang kaledar yang
membaluti tubuhnya. Ezrakil agak tersentak pada mulanya, namun jejaka itu
kembali tersenyum dan ketawa kecil.
Farafeesa diserang rasa malu. Inilah padahnya kalau orang
tak biasa pakai tali pinggang! Dengan gelojoh dia ingin membuka tali pinggang
kaledar ini. Entah kenapa seperti tersekat pula. Kelam kabut sungguh!
“Feesa... Feesa... awat gopoh sangat ni? Saya akan tunggu
awaklah.. Ambillah masa banyak mana pun... Saya tetap akan tunggu awak sampai
bila-bila...”
Perlahan-lahan Ezrakil membantu Farafeesa membukakan
ikatan tali pinggang yang membelit tubuh gadis itu.
Mata mereka saling beradu.
Farafeesa pegun sendiri apabila menyambut setiap butiran
kata milik Ezrakil itu. Terlalu bermakna untuk dimengertikan...
Apabila dia keluar dari kereta, dia dapat merasai getaran
kasih ini. Hembusan cinta Ezrakil memang mampu membuatkan dia terasa ingin
bernyawa untuk selamanya.
Farafeesa mula terduduk sebentar di kerusinya apabila
kaki sudah diarah ke meja pejabatnya. Tangannya ditekap ke dada. Digosok
perlahan dada miliknya. Betapa kata-kata Ezrakil itu mampu memberikan nafas
untuk dia terus bernyawa di dunia ini.
‘Ya Allah, kenapa kau mentitipkan cinta ini jika kau
tidak memaknakan hubungan ini?’
Farafeesa mula tersedar dari lamunannya. Segera dia
membuka laci mejanya. Mengambil beberapa biji ubat yang diperlukan salama dia
berada di Temerloh nanti. Namun dia perasan yang dia kehilangan sebotol ubat yang
lain.
“Mana pulak ubat ni? Aku rasa aku tak pernah bawak balik
apa-apa ubat?” Diselongkar mejanya dengan penuh teliti. Takut jika ada tergolek
di mana-mana. Farafeesa mula mengarukan
tengkuknya apabila mendapati yang ubat tersebut telah hilang!
“Ish,,
dah lah mahal.. Main sorok-sorok pulak!” Kata Dr Hidayah, ubat itu penting
untuk dia ambil pada kadar yang sepatutnya. Kalau pandai-pandai berhenti nanti,
bimbang akan memberi kesan kepada persakit.
“Lambat
lagi ke Feesa?” Entah bila Ezrakil muncul dia sendiri tidak pasti. Namun mujur
sahaja ubat tersebut telah dimasukkan ke dalam bekas gula-gula yang sudah
kosong. Jika tidak, pasti akan terkantoi begitu sahaja.
“Err...
rasanya tak ada apa-apa yang tertinggal kot..” Digaru tengkuknya berulang kali
namun matanya masih meliar. Takut jika ubat tersebut terjatuh dari laci. Namun
memang ternyata aneh kalau perkara itu benar-benar berlaku.
“Huargghhh...
Saya rasa mengantuklah Feesa.. Boleh tak awak buatkan air nescafee sebelum kita
berangkat nih! Takut saya mengantuk masa drive nanti. Tak pasal-pasal pulak
awak yang kena drive.” Ezrakil sudah pun memulakan helahnya.
‘Eh
mamat ni, time nilah dia nak minta segala bagai... Susah betul kalau orang gila
nescafee nih!’ Tanpa rela Farafeesa mula mengatur langkah ke dapur. Lebih rela
menyediakan air nescafee itu daripada terpaksa menjadi driver Ezrakil nanti.
Lagipun, dia memang tidak biasa memandu kereta mewah. Tanpa sedar, dia terlupa
pada laci yang sedikit terbuka itu.
Ezrakil
yang melihat cepat-cepat sahaja meletakkan ubat yang dicuri itu ke dalam laci
meja Farafeesa semula. Setelah selesai misi memulangkan barang curi, Ezrakil
mula kelegaaan sendiri.
‘Susah
betul nak buat helah pada orang yang banyak helah nih!’
Farafeesa
yang baru keluar dari pantri itu sedikit terkejut apabila melihat laci mejanya
yang sedikit terbuka. Namun apabila melihat wajah Ezrakil yang selamba sambil
membaca surat khabar itu membuatkan Farafeesa mula lega sendiri.
‘Macam
manalah boleh lupa nak tutup laci tu rapat-rapat! Nasib baik Ezrakil tak
perasan.’ Namun apabila ingin ditutup laci meja itu, dia terperasan pada sebotol
ubat yang dicari-cari depan mata.
‘Errk...
tadi tak ada? Kenapa tiba-tiba boleh ada nih?’ Farafeesa mula terfikir sendiri.
Namun akhirnya diangkat bahunya sedikit. Andai sudah ada depan mata, tidak
perlulah dia terus tercari-cari bagai orang gila.
Lantas dihulurkan mug yang berisi air nescafee kurang
manis itu kepada Ezrakil. Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan terus meneguk
laju.
Sejak dia
menghadiahkan segelas cawan nescafee kepada Ezrakil dahulu, sejak itu makin
giat Ezrakil mengarahkan dia agar membancuh nescafee kepadanya. Kata Ezrakil,
air nescafee buatannya tidak terlalu manis kerana pembancuhnya sendiri pun
sudah manis. Betul-betul ayat mengayat yang tak berapa laku!
Cerita
Atiq pula, kalau Farafeesa cuti, Ezrakil pun akan bercuti dari minum air
nescafee itu. ‘Kalau aku mati, nampaknya mamat ni terus tak minumlah kot!’ Otak
ini selamba sahaja menjana sendiri tanpa kawalan.
“Okay..
jom pergi..” Diserahkan mug yang sudah kosong itu kepada Farafeesa kembali.
Gadis itu mula mendengus keras. Geram kerana Ezrakil tidak membasuh cawan ini
sebelum pergi.
***
Sesampainya
di hotel di Temerloh, terus mereka check in memandangkan waktu mesyuarat yang
masih menjauh. Kerana mereka sedang berurusan dengan pihak Hotel, pihak Hotel
telah memberikan dua set bilik tidur kepada mereka berdua. Kerana itu Ezrakil
sengaja datang awal walaupun mesyuarat hanya akan bermula pada jam dua setengah
petang nanti. Dia mahu merehatkan diri
dahulu.
“Feesa..
ini bilik awak!” Punyalah romantik Ezrakil sehingga sanggup menghantarnya di
pintu bilik Hotel. Siap tolong bukakan pintu lagi. Memang layanan first class
punyalah!
“Bos... Tak perlulah bos hantar sampai ke pintu
bilik.” Tegur Farafeesa sambil mengelengkan kepalanya.
“Heh,
saja je nak menunjukkan kasih sayang saya pada awak... Kot-kot awak ubah
fikiran dan terpikat pada saya, memang untunglah nasib saya..” Gurau Ezrakil
selamba. Langsung tidak sedar pada raut wajah Farafeesa yang sudah mula
diserang kebas.
“Awak
rehatlah dulu.. Kalau nak apa-apa, saya ada kat bilik sebelah.”
“Bos,
kita ni nak bekerja.. Bukan nak berbulan madu!” Tanpa sedar, spontan ayat itu
keluar dari mulutnya. Ialah, gaya Ezrakil menjagannya seperti mereka sedang
bercuti pula. Sedangkan mereka datang ke sini atas urusan kerja semata-mata.
“Saya
tahulah.. Kalau berbulan madu, tak ada maknanya bilik sampai ada dua! Ini
namanya bulan hempedu!” Ezrakil ketawa besar tapi terserlah nada suaranya yang
sumbang. Terus Farafeesa menutup pintu biliknya. Malas sudah untuk melayan.
Lagipun, dia malu apabila mendengar ayat Ezrakil itu.
‘Boleh tahan jugak mamat ni eh? Otak terbalik!’
Namun
percayalah, hatinya kembang semangkuk! Terasa dibanjiri bunga-bunga rindu yang
mula mekar menebarkan arus cinta. Bandannya disandarkan di belakang pintu.
Mulutnya tersenyum tapi entah kenapa, tiba-tiba rasa seperti hendak menangis!
‘Wahai
cinta, tolonglah hilangkan dirimu!’
***
Entah
kenapa, tanpa sedar Farafeesa sudah mula terlelap. Mungkin kesan daripada ubat
yang diambilnya. Tidurnya hanya terganggu apabila mendengar loceng bilik yang
berbunyi. Tangannya dibawa ke dahi. Entah kenapa, sakit kepala boleh menyerang
pula. Dikerling jam di tangan, barulah
dia sedar yang dia sudah terlewat.
Sudah
pukul dua sedangkan mesyuarat bermula pada pukul dua setengah. Pasti Ezrakil
akan memarahinya! Loceng yang berbunyi itu memaksa Farafeesa untuk membukanya.
Namun sempat dia mencapai tudung dan disarungkan di kepala. Hendak tidak
hendak, terpaksalah ditelan semua amarah Ezrakil nanti.
Baru
sahaja pintu ditarik, terus Ezrakil menyerbu masuk. Mukanya serius kelam kabut.
“Feesa,
awak tak apa-apa? Boleh tercabut tangan saya tekan loceng bilik awak nih.”
Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika menunggu Farafeesa membuka pintu bilik
ini. Azab sungguh!
“Err..
saya okay je.. Cuma tertidur kejap..” Jawab Farafeesa takut-takut. Ezrakil
melepaskan kelegaan. Bimbang sungguh jika Farafeesa kesakitan sendiri di dalam
bilik. Namun memang wajah gadis itu pucat benar.
“Kenapa
bos nampak kalut sangat?” Pelik juga dia melihat Ezrakil ini. Bimbang lelaki
ini kelihatan semacam..
“Mahu
tak kalut, dari pukul satu setengah saya duk depan bilik awak nih.. saya call
tak angkat. Orang yang lalu lalang kat depan pintu bilik awak ni ketawa je
tengok saya. Mungkin dia orang ingat yang saya tengah memujuk isteri yang
sedang merajuk kot..” Entah apa kenalah Ezrakil hari ini. Semua kata-katanya
hanya tetap topik kahwin sahaja.
“Sorry
bos.. Saya betul-betul tertidur tadi.. Eh, tunggu apa lagi, meeting dah nak
start kan?” Dia mahu cepat-cepat keluar dari bilik ini. Terasa tidak selesa
pula apabil Ezrakil berada di pintu biliknya ini. Walaupun pintu bilik tenganga
luas, namun rasa tidak enak tetap ada menjengah.
“Eh,
bos... kenapa bos pakai sempoi sangat ni?” Terkejut dia apabila melihat
penampilan Ezrakil. Entah mengapa dia baru terperasankan yang Ezrakil hanya
mengenakan seluar jeans dan baju polo berwarna merah. Menyerlahkan
kekacakannya.
‘Tak kan
nak pergi meeting pakai sempoi macam ni kot?’
“Meeting
cancell..” Ezrakil mula menapak ke muka pintu.
“Cancell?
Kenapa bos tak beritahu awal-awal?”
“Eh
budak ni, macam mana nak beritahu kalau awak sendiri tidur mati tadi?”
Farafeesa tersengih-sengih menyambut kata-kata Ezrakil itu. Malu pula kerana
ditegur begitu dan menyesal pula kerana bertanya soalan tanpa berfikir panjang.
“Habis
tu, kita nak balik teruslah eh? Okay kejap.. Saya kemas barang..” Baru sahaja
dia ingin berlalu namun suara Ezrakil mematikan langkahnya.
“Buat
apa nak balik terus. Alang palang dah sampai, kita jalan-jalan jelah kat
sini..” Muka Farafeesa sedikit berkerut.
“Apalah
yang ada dekat Temerloh ni?” Tanpa sedar, dia merungut sendiri.
“Dekat
sini ada.....” Ezrakil berjeda sedikit. ‘Awak dan saya...’ Sambung Ezrakil di
dalam hati. Sebenarnya memang semua ini dirancang oleh dirinya sendiri. Memang
tak pernah tercipta meeting pada hari ini. Dia cuma ingin menghabiskan masanya
bersama Farafeesa. Kerja gila kan.. tapi cinta ini memang boleh memungkinkan
segalanya.
“... Ada
ikan patin! Jom pi makan.. Saya dah lapar sangat dah nih!” Terus Ezrakil
keluar. Farafeesa merengus. Makan juga
yang diingatnya.
P/S:: hope dapat mengubat rindu2 korang pada Feesa n Ezrakil... sy pilih secara rmbang je nih.. hope korang terhibur.. pilih part sweet2 ajeh..
tq sgt3!! mmg terubat cket la sakit rindu kat Feesa ngn Ezrakil nie.. :D
ReplyDelete[hawa]
moga dpat mengubati kerinduan yang mengunung..cehwahh.. haha.. thanks
Deletehehe..rasa nak lg la...bila bru dpt baca full CUSL ni ek..x sabar nak baca.. :)
ReplyDeletesis terima kasih sangat2...
ReplyDeletebetul2 rindu giler dengan Farafeesa & Ezrakil kt CUSL nie...XD
sob sob sob.... ada orang jugak yang rindukan dia owg ya.. aishh... terharu.. smbil lap air mata.. haha.. thanks.. =)
Deleterindu ,,,sgt,, ngan feesa
ReplyDeletebesenyer orang rindu ezrakil..hehe.. thanks..
Deletewah...hilang sedikit rasa rindu sy ngn fessa nie... :)
ReplyDeletehehe.. rindu kat feesa je ke? writer dia kena rindu jugak tau.. =)
Deleteeh, ezrakil dah tahu yang feesa sakit? alahai, saje je nak bagi orang tertanya-tanya kan?
ReplyDeleteala nk n3 bru...xleh ke kak??hehehe...law blh sapa se10 pn xpe..lebih pn lg xpe..hahaha
ReplyDelete