“Sudahlah Afrin... Sudahlah... sampai bila kamu nak macam
ni...” Amalina terduduk di birai katil di bilik Afrina itu. Airmatanya merebes
perlahan. Bagaimana dia hendak meluruskan langkah adiknya yang pincang. Cara
bagaimana lagi yang perlu dia lakukan?
“Saya
buat apa kak?” Tanya Afrina polos.
“Kamus
sedang menyiksa diri kamu Afrin.. kamu sedang menyeksa dia jugak....” Amalina
sudah mula teresak. Tidak menyangka yang kisah hidup adiknya akan menjadi
sebegini perit dan pahit.
“Seksa
dia? Siapa dia tu?” Tanya Afrina memohon pengertian.
Anaknya yang menangis tadi sudah mula terkulai di bahunya
sendiri. Dengan perlahan-lahan, dia mula menapak ke arah kakak sulungnya itu.
Satu-satunya kakak yang dia masih ada setelah pemergian emaknya dua tahun
lepas.
Amalina
mula meletakkan tangannya di bahu milik adiknya itu. Digosok perlahan. Penuh
dengan rasa kasih dan sayang. Walaupun mungkin kini dia sudah punya keluarga
sendiri, namun perhatiannya masih tidak putus untuk adiknya yang seorang ini.
Apatah lagi di waktu duka seperti ini.
“Kamu
sedang menyeksa Haraz.... Afrin buat dia rasa tak tenang di sana....” Bibirnya
bergetar tika menuturkan kata. Untuk kesekian kalinya, air matanya menitis
lagi.
“Apa
yang kak long merepek nih? Afrin baru je jumpa Haraz tadi. Afrin baru je
bercakap dengan abang tadi.... Kak long sengaja je nak pisahkan kami kan?”
Marah Afrin kuat.
Hati Afrina mula dijenguk rasa
tidak enak. Entah kenapa, kakaknya telah mengulang ayat itu berulang kali.
Kenapa kakaknya tidak boleh menerima Haraz?
“Afrin,
sedarlah... sedarlah dari mimpi dik... Haraz dah tak ada... Haraz.... dah tak
ada...” Tekan Amalina berulang kali.
“Akak
tipu.. Akak tipu...!” Jerit Afrina kuat hingga mendorong badannya ke belakang
sedikit.
Dikejapkan
pelukan ke tubuh badan anaknya. Tangisannya sudah mula teresak-esak. Amalina
sudah mula melangkah mendekat. Dia risaukan Hadziq yang sedang berada di dalam
dukungan Afrina itu. Bimbang jika Afrina tidak dapat mengawal emosinya lantas
melepaskan pegangannya terhadap Hadziq.
‘Ya
Allah... tolong hambamu ini.. tolong leraikan kesimpulan kasih ini..’ Pohon
Amalina berulang kali.
“Afrin...
bawa bertenang.... Hadziq... bagi Hadziq pada akak ya...” Pujuk Amalina penuh
kerisauan.
“Kak
long sengaja je nak ambil Hadziq daripada Afrin kan.. ? Sebab tu kak long cakap
macam-macam pasal abang kan?” Wajah Afrina penuh dengan syak wasangka. Amalina
mengeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. Tanda menidakkan kata-kata adiknya
itu.
“Abang....
abang tolong Ain... Kak long nak ambil Hadziq dari kita.. Abang, tolong
Ain.....” Rintih Afrina lirih. Langkah kakinya mula terjerat ke belakang
dinding. Tiada arah lagi untuk melarikan diri.
Akhirnya
perlahan-lahan tubuh yang bersandar di dinding itu jatuh terduduk dengan
sendiri. Badannya teresak-esak menahan tangis yang menggunung.
Amalina
mula duduk melutut di hadapan Afrina. Dia tahu tekanan perasaan yang dihadapi
oleh adiknya itu. Berat! Ya, itulah satu kesimpulan yang mampu Amalina
putuskan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Perlahan-lahan
tangan Amalina dijatuhkan di bahu milik adiknya. Ingin dipinjamkan kudratnya
yang tidak banyak ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memulihkan kembali
semangat Afrina.
‘Ya
Allah.. Tolong sembuhkan hatinya.. Tolong rawat hatinya yang terluka.. Tolong
luruskan jalannya yang mula bengkok! Tolong hindari adikku dari sebarang
tekanan perasaan Ya Allah.. sesungguhnya hanya dia adalah amanat dari ibuku..
Akan ku jaga dirinya hingga ke hujung nyawaku...” Amalina sendiri tidak mampu
untuk menyeka permata miliknya sendiri.
Ditarik
adiknya itu ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh Afrina dan Hadziq. Sungguh,
dia sendiri tidak mampu membiarkan keduanya hanyut sendiri. Hadziq masih kecil
dan memerlukan perhatian dari ibunya. Tetapi ibunya sendiri masih rawan dalam
menempuh kehidupan. Jadi seharusnya dia yang membantu. Membantu membalut luka
yang tercalar itu. Tapi mampukah dia?
“Bawa
istighfar banyak-banyak Afrin... Istighfar banyak-banyak. Moga Allah dapat
terangkan semua kegelapan. Moga Allah dapat bersihkan segala kekotoran.”
Digosok perlahan tepi bahu Afrina yang sedang terhenjut-henjut menangis itu.
“Betul
ke abang dah tak ada?” Dikuatkan jiwanya untuk menghulurkan pertanyaan yang
bakal meragut nyawanya.
“Afrin
tak ingat ke? Dah enam bulan arwah pergi.....” Terang Amalina sebak.
“Kak
long... baru tadi Afrin cakap dengan dia... Baru kejap tadi kak....” Digoncang
pula lengan kakaknya. Ingin membuatkan kakaknya itu faham dengan keadaannya
sekarang. Dia memang tidak berbohong!
“Afrin...”
Panggil Amalina lambat-lambat.
“Haraz
dah tak ada... dia dah tak ada dik...”
Badan
Afrina terus terkulai sendiri di bahu milik Amalina. Tangannya sudah mula
melepaskan pautan erat pada Hadziq. Mujur sahaja mereka sedang duduk. Jika
tidak,pasti Hadziq sudah terjatuh. Cepat-cepat Amalina mencapai tubuh anak
kecil itu sebelum mendapatkan tubuh si ibu pula.
‘Ya
Allah, berat benar ujian ini ke atas hambaMu..’
***
Afrina
mula merasa yang kepalanya telah dipicit perlahan. Hilang terus kesakitan yang
bermaharajalela di ruangan fikiran. Enak sungguh picitannya.
“Abang...
abang.....” Seru Afrina sayu.
Dalam
mamai, dia masih terasa bagaimana enaknya urutan lembut Haraz ketika dia deman
dahulu. Tanpa sedar, dia menguntumkan senyuman sedikit.
Amalina
yang sedang memicit lembut kepala adiknya itu mula mengesat perlahan air mata
yang berjuntai di tubir mata. Melihat senyuman hambar milik Afrina.
“Sabarlah
kak long... kita kena kuat semangat.” Pujuk Liyana perlahan. Diusap perlahan
bahu kakak sepupunya itu. Dia terus berkejaran ke sini setelah mendapat
panggilan daripada kakak Afrina itu. Hatinya bagai disiat-siat apabila melihat
keadaan Afrina tika ini. Hilang terus wajah cerianya. Yang ada hanyalah wajah
cengkung seperti mayat hidup. Langsung tidak berseri.
“Macam
mana kak long nak kuat Yana... Tiap-tiap hari kak long tengok keadaan dia yang
tak terurus macam ni. Orang sekeliling semua dah duk mengata. Depa cakap yang
Afrin ni gila.. Kak long tak sanggup nak telan kata-kata orang tu Yana... Kak
long takut kalau-kalau sakit Yana ni makin berlarutan..” Luah Amalina lemah.
“Afrin
tak apa-apa kak... Cuma semangatnya sahaja yang lemah. Jadi kitalah yang perlu
kuatkan semangat dia kak... Kitalah orangnya..” Tutur Liyana lagi. Dia kasihankan
kakak sepupunya itu yang penat melayan karenah Afrina dan Hadziq. Pada masa
yang sama, dia kasihankan Afrina yang masih belum boleh menerima kenyataan tentang
hakikah pemergian suaminya itu. Dan paling menyentuh hatinya ialah apabila
melihat keadaan Hadziq yang hilang jejak seorang ibu lantaran setelah
kehilangan kasih seorang ayah.
“Kak
long dah tak tahu macam mana nak kuatkan hati Afrin. Dia nampak lemah benar.
Bayangkan, dah enam bulan arwah pergi tapi dia masih belum dapat terima
kenyataan. Tak baik macam ni.... Terseksa arwah dekat sana...” Amalina mula
meluahkan rasa yang terkubur di ruangan hati.
“Mungkin
dia tak mampu lepaskan Haraz... Arwah tu terlalu baik...” Keluh Liyana sendiri.
“Setiap
apa yang berada di dunia ini adalah pinjaman Allah buat sementara sahaja..
Mungkin Afrin terleka kerana terlalu terpenjara dengan cinta Haraz.” Simpul
Amalina sendiri. Liyana hanya mendengar dan mula merenung wajah pucat itu.
Tangan
Amalina mula mengusap lembut kepala adiknya. Badan Afrina panas sedikit.
Barangkali terkejut dengan berita yang baru diterima. Walau diterang banyak
kali pun, Afrina akan kekal begini.
Sudahnya
nanti Afrina akan bangun dan tetap membuat tak tahu dengan perkara yang telah
diberitahu. Dia akan kekal berhalusinasi dengan kehadiran Haraz.
Amalina
mula mengesat sisa-sisa airmatanya apabila melihat anak mata Afrina yang
sedikit bergerak itu. Tidak mahu air matanya membebankan lagi penderitaan
adiknya.
“Kak.....”
Panggil Afrina perlahan.
“Ya
sayang....”
“Hadziq
mana?” Di dalam fikirannya hanya terfikirkan anaknya seorang sahaja. Walaupun
kepalanya berat, digagahkan juga untuk terus bangun. Tidak mahu terus-terusan
memanjakan diri.
“Hadziq
ada.. dia tengah main dengan abang long.” Terang Amalina perlahan sambil
tersenyum. Namun senyuman itu jelas pahit dan sumbing.
“Afrin...
kita makan sikit ya?” Liyana sudah berkira-kira untuk menyuapkan Afrina bubur
yang sudah sedia terhidang dari tadi.
“Betul
ke abang dah tak ada?” Pertanyaan Afrina itu membuatkan Liyana dan Amalina
saling berpandangan. Pertama kali melihat Afrina yang seakan-akan telah sedar
dari mimpi panjang.
“Iya
sayang... Haraz dah lama tak ada...”
Afrina
mula menebarkan pandangan ke arah sekeliling. Mencari sesuatu yang hilang.
Tiba-tiba Afrina tersenyum sedikit. Naik aneh Liyana dan Amalina dibuatnya.
‘Dalam lembut halus mesra aku dapat
melihat lambaian dari Haraz yang sedang tersenyum kepadaku. Kasihmu dulu takkan
pernah berubah selagi bahagia itu aku miliki. Namun dirimu mula menjauh pergi dalam
kegelapan jiwa. Aku merintih.. Mengenangkan kenangan kita berdua.. Seandainya
ada waktu lagi untuk bersamamu, pasti aku akan mengundurkan waktu. Mengimbau
kenangan kita bersama. Izinkan aku mencintai dirimu seperti dulu... walaupun
dalam bayangan sahaja...’
Tanpa sedar, air mata Afrina menitis di
pipi.
“Afrin...” Panggil Amalina sambil
menghalakan pandangan ke arah pandangan Afrina.
“Lepaskan dia pergi Afrin...” Pujuk Liyana
sambil mengusap lembut bahu Afrina.
“Aku rindukan dia.... Terlalu rindu...”
Liyana terus menarik Afrin ke dalam pelukannya.
“Kalau kau rindukan Haraz, kami pulak
rindukan Afrin yang dulu.. Yang ceria.. yang kuat.. yang tabah... Kau perlu
kuat Afrin. Kalu bukan untuk kami, kau kena kuat untuk Hadziq. Dia masih
kecil.. Dia perlukan perhatian dan kasih sayang dari kau..” Nasihat Liyana
berserta deraian air mata. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis di
hapadan Afrina. Namun apabila melihat keadaan sepupunya itu, semangatnya jadi
merudum. Hatinya remuk dan terkoyak. Hilang terus segala kekuatan yang telah disimpan.
“Aku tak mampu hidup tanpa dia...” Afrina
kembali mengongoi di bahu Liyana.
“Kita tak akan mampu hidup tanpa
pertolongan Allah... Berpeganglah pada qadak dan qadar yang telah ditentukan.
Jangan biarkan emosi mempengaruhi akal fikiran. Tapi benamkan keimanan yang
kukuh dalam hati. Menangis tak akan mampu untuk membantu dia yang telah pergi
dik.... titipkanlah doa buat dia.. Moga sejahtera sahaja hendaknya.”
Kali ini giliran Amalina pula yang
memberikan kata-kata perangsang. Ya... dia tidak akan pernah jemu untuk terus
mengubati hati Afrina yang rapuh tika dilambung badai ini. Namun di sedar yang
dos ubat yang diberi kepada adiknya tidak cukup kuat. Adiknya itu memerlukan
kekuatan tambahan. Tapi persoalannya kekuatan apa? Sesungguhnya, hanya Allah
tempat dia bersandarkan harapan.
“Abang.....” Seru Afrina lemah. Bagaimana
dia boleh terlupa yang suaminya itu telah tiada. Kenapa kenangan itu sukar
untuk ditepis pergi? Air matanya berjuraian lagi. Kolam air matanya seolah-olah
tidak pernah kering. Pipinya sering basah dek rasa sedih.
Takkan
pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu
dirimu …
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Biarlah ku simpan sampai nanti aku
kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …
p/s: adakah tekaaan korang tepat??? hehe.. hope terhibur.. =)
haraz dah xda...kesiannya afrina
ReplyDeletememang kesian yunkk... susah nak masuk dlm jiwa ain yang kehilangan tuh..
Deletesedihnya jadi afrin. ternangis kejap..
ReplyDeletemoga ada org lain y akan bahagiakan dia..
lepas ni kena sedia tisu lah eh.. hehe.. nak orang lain bahagiakan dia?? hehe.. boleh2... kita bc next entry ya...
Deletebetul kaka teka haraz dah meninggal...plisss sila hadirkan kembali bekas tunang afrina...mana tau dgn kehadiran mirza dpat mengembalikan semula semangat afrina seperti sediakala...
ReplyDeleteaishh.. akak mmg bijak meneka.. lepas ni sila teka lagi kak... hehe.. seronok pulak main teka2 nih..
Deletetepat...kene jumpa psikiatri ni..klu x nnt terus gila lagi bahaya..
ReplyDeletetekanan perasaan mmg mampu buat orang gila kan.. hmmm
Deleteeh?? mmg dh agak dh msti Haraz mati jgak... nk Haraz jugak... wt la Haraz tu x mati tpi x da org pown yg tau Haraz tu idup n then Haraz hilang ingatan.. dier ddk dkt tmpt lein... hahahaha nk Haraz jugak... :P
ReplyDeleteaduuhh... tragis cadangan awk nih.. haha.. kalu kita hilang seseorang, ALLAH nak hadiahkan y lebih baik kan..hehe
Deletenak enjoy macam mana kalau cerita sedih...
ReplyDeleteawal2 lagi dah sedih..
x leh predict apa akan jadi lepas ni
(Rita)
sedih...sian afrina...
ReplyDeleteterlampau syg kt someone tu bole buat kita ilang semangat kalo kita ilang die...
ok.. satu persoalan dan terjawab..
ReplyDeletesusah ke adik sara??hihi
ReplyDeletekehilangan org yang tersayang memerlukan masa untuk mengubatinya lagi, sungguh tersentuh hati ini bila suami tercinta kembali kepada pencipta kita. air mata ini tak berhenti lagi mengalir walau hampir 3 tahun dia tiada disisi ini...sedihlah..hihi