Balik sahaja dari kerja, Mirza terus berbaring di atas katil. Mula
melepaskan lelah yang mencekit kudrat. Kedua belah tangannya disilangkan di
bawah kepala. Matanya mula bertebaran merenung syiling dinding yang nyata
kosong.
Guruh yang berdetum hebat di langit membuatkan
Mirza mengalihkan pandang ke arah tingkap kaca yang terletak cantik di sisi
kanan ruangan bilik. Hujan sudah mula merintik setitik demi setitik. Mula mendinginkan
malam yang sunyi. Lantas terus mengamit memori semalam yang sudah jauh
bersemadi dengan sendiri.
Dia masih ingat lagi detik
pertemuan bersama Afrina dahulu. Waktu itu, dia mengikuti ahli keluarganya yang
berkunjung di rumah Afrina sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada mulanya, memang
dia menolak. Apatah lagi dia sudah cukup besar untuk mengekor Mama dan Papanya.
Namun entah kenapa, hatinya kalah untuk menolak. Lantas dia bertamu di rumah
ibu Afrina yang merupakan sahabat baik mamanya. Dan dari situlah terciptanya
pertemuan ini.
Mirza masih ingat lagi,
betapa rahangnya jatuh apabila terpandangkan seraut wajah itu. Tidaklah
secantik model-model yang terpampang di dada majalah. Tidaklah secantik pelakon
yang menghiasi drama-drama tempatan. Tapi wajah itu berjaya menyejukkan
hatinya. Berjaya membuatkan dia terpaku dan kaku.
Gadis yang sedang
meletakkan kuih raya ke dalam balang itu mula berpaling ke arahnya. Tanpa dia
sempat mengalihkan pandangan mata yang bagai telah dipaku itu.
“Eh, jangan nganga
sangat... Rumah saya ni ada banyak lalat. Nanti tak pasal-pasal ada lalat
mereng yang berkampung dalam mulut tuh!” Teguran Afrina yang berbaur usikan itu
sememangnya berjaya mengusik hati dan perasaannya.
Selepas itu Afrina terus
ketawa kecil. Aduh, sungguh merdu di peluput telinganya. Sungguh, terasa
seperti dibius cinta. Mencucuk-cucuk tangkai hatinya sehingga membuatkan
hatinya ngilu sendiri.
Mirza mula
tersengih-sengih. Malu pula kerana memberikan respon yang diluar jangkaan.
‘Itulah, syok sangat tengok anak dara orang! Aish... Tapi, cantik sangat minah
nih! Itu yang aku terpesona sekejap tuh!’ Gerutu hatinya sendiri.
“Errk... sebenarnya saya
nak ke tandas.” Tangan Mirza sudah mula mengarukan kulit kepalanya. Aduh,
nampak sangat gabra! Langsung tak boleh nak kawal rasa gundah yang tiba-tiba
menjengah. ‘Ialah, berhadapan dengan gadis cantik... Haruslah lidah aku ni
tergeliat!’
Afrina tersenyum cuma.
Padanlah lelaki ini tiba-tiba menjengah ke bahagian dapur walaupun tetamu yang
lain sedang riuh di ruang depan. Tapi, lelaki ini memang ada segaris senyuman
yang cukup menawan. ‘Erk... apasal aku boleh analisa senyuman dia pulak?
Aduh... aku sepatutnya menunjukkan jalan yang benar untuk ke tandas..’
“Hmm, awak straight, lepas
tu masuk kanan, lepas tu straight lagi sampai jumpa signboard then awak masuk
kiri pulak!” Penerangan Afrina itu memang mampu membuatkan Mirza tercengang.
Otaknya mula berbelit dengan arahan gadis itu.
“Errk... Bukan ke kalau saya
straight sekarang, saya akan keluar ikut pintu belakang rumah ni ke?” Tanya
Mirza polos. Mengikut pada arah tempatnya berdiri sekarang, kalau betul dia
jalan terus, maknanya dia akan menembusi pintu belakang rumah.
“Ke ada tandas kat luar
rumah?” Tanya Mirza lagi. Benaknya sudah mula disorong dengan rasa bingung.
Tapi, ini kan kawasan perumahan. Ada ke orang buat tandas di luar rumah? Kalau
kawasan kampung tu, tak adalah dia hairan sangat.
Afrina ketawa lepas.
Tangannya menekan sedikit perutnya yang ngilu itu. ‘Mamat ni nampak sangat
blur!’
Mendengarkan tawa gadis
itu, Mirza sudah mengerti yang dia telah berjaya dipermainkan.
“Wah... seronok ya
ketawa?” Mirza mula buat muka serius. Sebenarnya dia hampir-hampir hendak tumpang
sekaki. Tapi mana mungkin dia akan memalukan diri sendiri yang sudah tersedia
malu ini. Kalau dia ketawa nanti, habislah merudum sahamnya sekarang!
“Ketawa... mana pernah tak
seronok.” Ulas Afrina pendek sambil mengesat sedikit hujung matanya yang
sedikit berair.
“Saya betul-betul serius nak
pergi tandas nih! Kalau saya tercicirkan buah tangan kat tempat saya berdiri
ni, awak jangan nak melenting pulak!” Kali ini giliran Mirza pula yang memberi
serangan balas. Tidak mungkin dia seenaknya membenarkan gadis ini membulinya.
‘Der, khabor anak jantan... mana boleh menyerah gitu je.’ Monolog hatinya
nakal. Mirza mula tegangkan wajah yang hendak merekah dengan senyuman itu.
Kali ini muka Afrina pula
yang nampak terkejut.
“Lah, betullah saya
tunjukkan jalan yang benar ke tandas tadi... Tapi tandas suraulah.” Sebenarnya
memang benar arahannya tadi. Tapi itu arahan untuk ke tandas surau yang
terletak di sebelah rumahnya.
Mirza kembali tercengang
lagi. Geram sungguh kerana telah dipermainkan oleh gadis menawan ini! Tiba-tiba
datang lagi idea nakal untuk kembali mengenakan gadis itu.
“Eee... awak ni cepatlah
beritahu tandas dekat mana... saya dah tak tahan nih!” Ugut Mirza sambil
berlakon seperti sedang menahan pundi kencingnya. Sebenarnya dia ingin lari
dari kesesakan orang ramai yang berada di ruang tamu. Bukan hendak membuang isi
terpakai pun.
Kali ini, muka Afrina pula yang terkejut beruk.
“Erk... lah, tandas kat
sini je.” Terus Afrina membantu membukakan pintu bilik air yang sebenarnya
hanya berada berhampiran dengan tempat Mirza berdiri.
“Yang awak berdiri kat
pintu ni kenapa? Awak nak masuk sekali ke?” Sakat Mirza lagi. ‘Rasa seronok
pula mengusik. Hmm, bukan seronok dah nih, tapi dah jadi beronok-ronok kot...’
Muka Afrina terus kebas
digosok rasa malu.
“Eee... Siapa yang nak
masuk sekali?” Terus Afrina berdiri di tepi. Tidak perasan yang dia sedang
menghalang langkah lelaki itu yang hendak ke tandas.
Pintu yang sudah tertutup
sedikit itu mula dibuka semula. Terjengul wajah lelaki itu lagi. Entah apa lagi
masalah lelaki ini.
“Hah, tadi cakap tak tahan
sangat?” Marah Afrina geram. Takut jugak kalau-kalau lelaki itu akan
benar-benar terkucil nanti.
“Nanti, boleh tak tolong
saya...” Pohon Mirza serius.
“Tolong apa?
“Tolong tunjukkan saya jalan....”
“Kali ni jalan ke mana pulak?”
“Jalan ke hati awaklah...” Sejurus kemudian, terus
Mirza menutup pintu bilik air. Manakala Afrina masih terpaku sendiri. Tiba-tiba
dia diserang rasa malu. Kenapa perlu malu? Mungkin kerana hatinya mahu kot...
Dan perkenalan singkat itu tidak terhenti di situ
sahaja. Hubungan mereka dimulakan dengan panggilan telefon dari Mirza yang
menelefon rumah Afrina. Mengacau dan mengusik Afrina dari jauh. Daripada
panggilan telefon, bersambung kepada pesanan ringkas. Hubungan yang terus akrab
itu mula menuntut pertemuan empat mata. Dari satu pertemuan, ke satu pertemuan
sehingga hubungan persahabatan yang dijalin, mula membibitkan rasa kasih.
Hubungan ini makin mekar mewangi apabila mendapat restu daripada kedua belah
keluarga.
Keluarga tetap merestui perhubungan mereka
walaupun ketika itu Afrina sedang menyambung pengajian dalam bidang perakaunan
di Univeristi Teknologi Mara. Manakala Mirza pula baru menghabiskan pengajian
dalam bidang Psychology di Universiti Malaya. Dengan persetujuan kedua belah
pihak, akhirnya mereka ditunangkan. Ketika itu Mirza sudah berusia dua puluh
lima tahun manala Afrina pula berusia dua puluh dua tahun.
“Afrin, awak tahu sesuatu tak?” Tanya Mirza dengan
senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
“Tahu...” Berkerut dahi Mirza semasa mendengar
jawapan Afrina itu.
“Erkk.. apa yang Afrin tahu?” Adakalanya, sukar
untuk meneka apa yang berada di minda Afrina. Gadis ini banyak sangat idea
untuk mengenakannya. Dan fikiran gadis ini setiasa tajam dalam menganalisa
sikap dirinya. Mengalahkan pakar psyikologi pula.
“Tahu yang Mirz sayangkan Afrin...” Tutur Afrina
sedikit manja.
“Ish...” Mirza mula mendengus. Afrina sentiasa
dapat membaca perjalanan akal fikirannya. ‘Hmm.. Macam manalah hati aku tak
tergolek pada dia..’
“Hmm.. Lepas ni Mirz akan selalu sibuk.. Mungkin
tak ada banyak masa untuk Afrin.. Jadi Afrin kena setia tau! Tak boleh curang
dengan Mirz...” Luah Mirza serius. Entah kenapa, ada kegusaran dalam hatinya.
Gadis secantik Afrina sentiasa menjadi kegilaan orang ramai!
“Ek eleh... apalah Mirz nih. Ingat Afrin ni bola
keranjang ke? Yang pantang nampak lelaki handsome. Tapi kalau Remy Ishak lalu
depan Afrin sekarang, for sure lah Afrin tolak Mirz ke tepi... Nak pandang Remy
dulu. Bukan selalu dapat menjamu mata tengok lelaki handsome..” Gurau Afrina
sambil ketawa. Seronok pula mengenakan Mirza.
“Ish... orang serius, dia main-main pulak!” Mirza
mula buat muka tak puas hati. Tak habis-habis dengan Remy Ishak vs bangla itu.
“Oppss.... Afrina.. please be serius.. Mirz dah
marah tuh!” Kata-kata itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Mulutnya
ditampar sedikit dan Afrina mula buat muka comel dihadapan Mirza.
“Eh, Mirz tak marah okay...” Mirza kembali
memperbetulkan ayat buah hatinya itu. Mana mungkin dia bisa marah kepada buah
hatinya itu.
“Ialah.... Mirz mana boleh marah Afrin.. Afrin kan
buah pinggang Mirz...” Sekali lagi Afrina berjenaka. Mengacau bilaukan segenap
perasaan milik Mirza. Dia senang begini. Senang melihat wajah tidak puas hati
Mirza itu.
“Ish... buah hatilah! Bukan buah pinggang!” Sudah
acapkali diperbetulkan ayat Afrina itu. Namun gadis itu masih lagi berdegil
mahu menggunakan ayat buah pinggang itu.
“Alah, buah hati itu dah biasa.... buah pinggang
barulah luar biasa. Buah pinggang ada dua tau tapi buah hati ada satu jeh...
Hah, kiranya kasih buah pinggang lebih banyak tuh... Lagipun, buah pinggang tu
penting tau.. kalau tak ada buah pinggang, kita boleh mati.” Tak habis-habis
lagi penerangan isu berkaitan buah pinggang itu.
“Yalah-yalah... tak kiralah buah pinggang ke, buah
kelapa ke, buah durian ke.... yang penting, Mirz sayang Afrin... dan Afrin pun
kena sayang Mirz! Itu benda wajib!” Jari terlunjuk dihalakan ke arah Afrina.
Tanda dia serius dengan kata-katanya.
“Oh.. benda wajib ya....” Hujung jari terlunjuk
Afrin mula bermain di bahagian dagu.
“Yup... kena ingat selalu!” Tegas Mirza lagi.
Sungguh, dia begitu takut jika kehilangan Afrina.
“Ish... apa barang ingat....” Mirza mula berpaling
apabila menyambut nada suara Afrina yang agak sinis itu.
“Habis tu nak apa?”
“Kenalah feel.... kasih sayang itu bukan untuk
diingati.. tapi untuk dirasai oleh segenap hati...” Ucap Afrina sambil hujung
matanya menjeling ke arah Mirza sedikit. Nak pandang betul-betul, tiba-tiba
hati dijentik rasa malu pula. Tiba-tiba pulak nak berjiwang.
Wajah Mirza mula kaya dengan kuntuman senyuman.
Hatinya berbunga-bunga tika menyambut kata-kata Afrina itu. “Kalau nak rasa...
kena kahwinlah. Baru cukup perisa rasa tuh... cukup rasa manis, masin, pahit,
tawar....” Senyuman Mirza mula bertukar nakal.
“Eh, kita kahwin jelah... Tak payahlah nak tunggu
dua tahun lagi.” Usul Mirza tiba-tiba. Entah kenapa, dia risau kalau
perhubungan yang lama akan menjarakkan hubungan mereka nanti. Jika benar kasih
ini sudah disimpul mati, biarlah ianya disimpul dengan ikatan perkahwinan.
Lebih sah disisi agama. Lebih tinggi martabatnya.
“Ish... kenapa gatal sangat nih? Afrin kan belajar
lagi... Mirz pun baru mula kerja kan... So, kita ikut flow lah...Tak perlu nak
rushing-rushing.. Kalau ada jodoh, tak ke mana.. Tapi kalau dah tak ada jodoh,
nak buat macam mana!”
Bukan dia tidak sudi untuk menjadi isteri Mirza. Tapi
dia tidak bersedia untuk menyandang gelaran isteri ketika dia sedang belajar.
Bimbang jika tidak mampu untuk menyangdang status sebagai pelajar dan isteri.
Tidak sanggup rasanya untuk menghampakan Mirza nanti andai kata dia gagal
menjadi seorang isteri yang baik.
“Ayat Arfin yang last tu buat Mirz risau....”
Keluh Mirza lagi.
“Mirz ni, macam tak percayakan Afrin pulak.”
Protes Afrina tidak berpuas hati. Adakalanya kerisauan Mirza memang agak
berlebihan. Tidak kena dengan tempatnya.
“Bukan tak percayakan Afrin... Tapi tak percayakan
lelaki-lelaki di luar sana! Nanti dia mengorat sayang Mirz ni macam mana?
Tulah, sayang ni cantik sangat. Sesiapa pun boleh terpikat!”
“Okay.. kalau macam tu esok Afrin pakai purdah!”
“Ish.. budak ni kan... orang serius, dia
main-main!” Marah Mirza lagi.
“Habis tuh... nak buat macam mana. Mirz selalu
serius bila Afrin main-main.” Usik Afrina sambil ketawa lepas. Mirza terus
mengelengkan kepalanya. Macam-macam hal sungguh Afrina ini!
“Kalau lepas kahwin nanti Afrin nakal macam ni
lagi, Mirz cium kat sini!” Jari terlunjuk Miza boleh terarah di bibir comel
milik Afrina.
“Lah... kenapa lepas kahwin? Kenapa tak sekarang?”
Usik Afrina selamba. Memang tak tahu malu.
“Amboihhh... Mirz buat betul-betul karang!” Mirza
sudah mula bercekak pinggang. Afrina memang sengaja hendak mengganggu-gugat
naluri lelakinya.
Bunyi halilintar yang kembali berdentum itu
membuatkan Mirza terjaga dari kenangan silam. Terus dia meringankan kaki
menghala ke arah tingkap. Memerhati kelopak air hujan yang bertakung. Tekun
memandangnya tanpa sedar, ada satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Untuk
apa dipanjangkan keluhan ini? Dia sendiri tidak bijak untuk mengenal pasti
puncanya. Apa yang pasti, cintanya pada Afrina tidak pernah menemui
penghujungnya. Rindu ini tidak pernah mati walaupun dijengah rasa sepi.
Akan adakah peluang yang kedua untuk mereka
bersatu?
first time ada entry yang sweet dalam novel ni.
ReplyDeletemesti ada peluang kedua untk Mirza..
cayok Mirza...
yat, lepas ni jangan marah ya... gerun.. hahaha..
Deletebest...mengenang memory lm...tp knp mirza dgn afrin pts erkk..
ReplyDeletesatu2 yunk.. kalu post sedebuk kang x best pulak..
Deletetapi klu afrina bersama semula dengan mirza, mcm mna dengan arwah suami dia.....huhuhuhu...
ReplyDeleteyang pergi tetap pergi.. yang ada, tetap kena teruskan idup.. =)berkahwin dengan orang lain, itu x bermakna kita melupakan dia kan...
DeleteAndai jodoh keduanya kuat insyallah Miza dan Afrina akan bersatu...
ReplyDeletebetul2... jodoh tak kenal cinta..
Deleteharap Mirza adalah orang yang akan mengisi kekosongan dalam hidup Afrina...
ReplyDeleteyeaahh.. hope so Atiza.. =)
Delete"nanti boleh tak tolong saya..."
ReplyDelete"Tolong apa?"
"Tolong tunjukkan saya jalan..."
"Kali nie jalan kemana pulak?"
"Jalan kehati awaklah..."
ayat.. pergh!! melting habis baca...haha..sweet lah sara. ;)