Tangan Mirza mula menari-nari di atas kertas. Dia sedang mencerna ayat yang
paling mudah untuk difahami oleh Amalina.
“Maafkan akak sebab menipu
Mirza...” Pohon Amalina sambil menunduk sedikit. Entah kenapa, dia merasa
sangat bersalah kerana membohongi Mirza. Waktu pertemuan mereka dahulu, dia
telah memberitahu Mirza yang seseorang yang mempunyai masalah mental itu adalah
sahabatnya. Sedangkan orang yang dimaksudkan adalah Afrina.
“Tak ada apa kak.. saya
tak ambil hati pun.. Cuma saya agak tertanya-tanya sedikit. Kenapa akak
menipu?” Ya, sebenarnya perkara itu sedikit sebanyak menganggu-gugat jiwanya.
Pelbagai andaian mula bermaharajalela di ruangan fikiran. Namun entah jawapan
dalam versi apa yang dia mahu mengetahuinya.
Mungkin kerana Amalina
takut jika Mirza tidak mahu merawat bekas tunangnya.
Mungkin Amalina tidak mahu
dia menanamkan hasrat untuk memiliki Afrina lagi.
Mungkin juga Amalina tidak
mampu memberikan jawapan yang sebenarnya. Jadi dia menghadirkan penipuan.
Arrgghh... entah berapa banyak lagi kemungkinan yang menghuni benaknya.
“Entah... Akak sendiri tak
pasti apa sebabnya. Tapi akak takut kalau akak berterus terang, Mirza terus
menolak untuk membantu. Masa tu akak betul-betul tengah kusut. Dengan penyakit
Afrina lagi.... Dengan mak mertua dia lagi.. Mujur sahaja Hadziq tak banyak
ragam. Kalau tak, dengan nyawa-nyawa akak sekali melayang.” Keluh Amalina
perlahan. Entah, dia makin serabut untuk menggunakan ruang akal fikirannya
untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan mudah untuk memujuk rajuk Afrina.
Terlalu sukar... Semua itu benar-benar tidak tertanggung dengan kurdrat
dirinya.
“Kenapa dengan mak mertua
Afrin?” Berkerut-kerut dahi Mirza tika mengusulkan pertanyaan.
“Dia tuntut hak penjagaan
Hadziq....” Mirza terus menyandarkan bahunya ke belakang tika mendengar jawapan
dari Amalina. Pasti berat untuk Afrina menghadapi semua ini. Sudahlah
kehilangan seorang suami, sekarang menanti giliran untuk anaknya dirampas
pula.”
“Tapi mana mungkin
boleh... hak penjagaan seorang anak pasti akan diberikan kepada si ibu.”
“Tapi berbeza dalam hal ni
Mirza... sebab Afrina dituduh gila. Jadi ada kebarangkalian untuk mak mertua
dia merampas hak penjagaan Hadziq. Lagipun, mak haraz tu nampak tekad benar
untuk mendapatkan Hadziq.” Tergeleng-geleng sedikit kepala Amalina. Sekejap dia
mengusir mutiara yang jatuh di pipi dengan menggunakan hujung lengan bajunya.
“Akak kesiankan Afrin...
Akak tak dapat bayangkan kalau dia betul-betul kehilangan Hadziq... Akak
bimbang kalau dia betul-betul jadi gila. Dia mesti tak boleh terima semua ni
Mirza...” Perkataan gila itu ditekan sedikit oleh Amalina. Tanda melahirkan
kerisauan hati yang tak berhenti menggelegak di ruangan hati.
“Akak..
jangan risau.. Afrin tak gila. Lagipun sekarang kami masih lagi menjalankan
rawatan susulan. Namun pengikut pemerhatian awal, dia hanya terdorong untuk berhalusinasi sendiri. Halusinasi ialah berlakunya persepsi dalam kondisi sedar tanpa adanya rangsangan nyata terhadap indera. Halusinasi
biasanya terjadi tanpa adanya rangsangan yang hadir dan otak tidak boleh
membezakan antara relaiti dan khayalan. Biasanya terjadi dalam bentuk bau, rasa,
penglihatan, suara atau sentuhan perasaan. Itu yang dirasakan oleh Afrina. Bayang Haraz merantai
jiwanya. Sebab itu dia terdorong untuk membayangkan Haraz ada bersama-sama
dengannya.”
Terang
Mirza sedikit. Sungguh, tidak terungkap rasa kasihannya pada Afrina. Kerana itu
dia akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangat Afrina. Mana mungkin dia
dapat membenarnkan jiwanya melihat orang yang disayangi menderita. Walaupun
Afrina tidak menjadi miliknya, namun cinta itu pernah menjadi milik mereka.
Cuma takdir tak mengizinkan mereka bersama.
“Mirza....
kamu terlalu baik... Tak kan tak ada secebis dendam pun dalam hati kamu untuk
dia? Dia kan pernah....”
“Akak......”
Mirza cepat-cepat menahan kata-kata yang Amalina ingin ungkapkan. Punggungnya
mula bangun dari duduk. Kakinya dibawa ke hujung tingkap. Memandang pemandangan
luar yang langsung tidak terkesan di matanya.
“...
Saya dah tak mahu kenang benda yang dah berlalu... Itu bukan perangai saya...”
Ujar Mirza lambat-lambat. Membiarkan dendam untuk terus bermaharajalela di
ruangan hati hanya akan membangkitkan keresahan yang menggila. Dia terima
suratan ketentuanNya. Kerana bahawasanya Dia lebih ariff dalam menentukan yang
terbaik buat hambaNya
“Akak
kagum dengan kamu Mirza...” Ucap Amalina ikhlas. Ya, memang lelaki ini layak
untuk dikagumi. Dengan segala kebaikkannya dahulu, malah lelaki ini masih lagi
mahu membantu bekas tunangnya sendiri. Mampu melupakan sejarah silam yang
memeritkan itu. Kalau dia berada di tempat Mirza, pasti dia akan ketawa besar
melihat kesedihan bekas tunangnya sendiri.
Tapi
Mirza nyata berbeza. Satu ketika dahulu, dia pernah menyalahkan Afrina apabila
hubungan mereka berdua tidak menjadi. Namun apabila berjumpa dengan Haraz,
lelaki itu juga terlalu baik. Malah tidak kurang hebatnya.
Jadi yang sebenarnya, yang paling
beruntung pastilah Afrina. Adiknya itu dapat berjumpa dengan dua orang lelaki
yang baik dalam masa yang serentak. Hingga adiknya terpaksa memilih untuk menentukan siapa yang
berhak menjadi pilihan.
“Tak perlu nak kagum kak... Saya doktor..
Jadi saya harus merawat pesakit saya. Sesiapa pun yang berada di tempat saya,
mereka akan melakukan perkara yang sama.”
Seharusnya memang begitu. Dia harus
profesional dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul. Soal perasaan dan emosi, haruslah ditolak
tepi. Bagaimana dia hendak membetulkan emosi orang lain jika dia sediri tidak
dapat mengawal perasaan milik sendiri.
Lagi pula, cerita tak akan pernah habis
jika hal semalam sering menjadi ungkitan. Apa yang berlaku, tak pernah silap.
Sudah ketentuanya sebegitu rupa. Sebagai manusia, apa lagi yang mereka boleh
buat selain daripada menerima. Untung rugi nasib seorang manusia, memang
terletak di tanganNya.
Redha dan sentiasalah berpaut pada
keimanan. InsyaAllah, setiap yang hilang akan ada gantinya. Setiap yang patah,
pasti akan tumbuh semula.
“Boleh akak tanya sesuatu?” Melalui nada
suara Amalina, Mirza sendiri sudah dapat mengagak bentuk soalan yang akan
keluar.
“Tanyalah...”
Amalina mengigit bibir sedikit. Berat juga
hatinya untuk menghulurkan pertanyaan
ini. Tangannya bermain sesama sendiri. Sedikit sebanyak dia bimbang andai kata
luka lama akan berdarah kembali. “Mirza masih sayangkan Afrin?”
Sekilas, Mirza menjamah raut wajah milik
Amalina.
“Cukuplah saya cakap yang saya tak pernah
benci dia.”
Amalina tersenyum sedikit. Sudah dapat
mengagak yang Mirza pasti akan memilih jawapan selamat. Lelaki itu sentiasa
kekal dalam menjaga perasaan orang lain. Namun bagaimana pula dengan
perasaannya? Walaupun luka lama itu sudah sembuh, namun parutnya pasti akan
ada. Bagaimana lelaki itu merawat lukanya sendiri?
“Sayang dia dengan tak pernah benci dia tu
jauh maknanya.... Adakah itu bermakna yang Mirza masih sayangkan Afrin?”
Mirza tersenyum sahaja walaupun
seolah-olah dia sedang didesak untuk membelitkan otaknya untuk melahirkan
jawapan kesukaan Amalina.
“Hmm.. sebenarnya jawapan yang bentuk
macam mana yang akak nak dengar? A, saya sayangkan Afrin... B, saya bencikan
Afrin?” Kali ini, soalan Amalina sengaja dibalas soalan juga.
“Erk....Akak dapat rasa yang kamu masih
sayangkan Afrin.” Ujar Amalina senada. Matanya cuba mencari riak gusar ataupun rasa
kelam kabut yang terselindung di sebalik wajah itu. Namun wajah Mirza kekal
tenang walaupun telah digasak dengan soalan yang melepasi had lajunya piawaian
otak manusia.
“Then, akak teruslah menyokong jawapan
tuh... Sebab saya tak layak untuk menidakkan kata-kata orang terhadap saya!”
Kali ini Amalina sudah mula mengaru
kepala. Susah berhadapan dengan Doktor psikitari ini. Mereka memutar belitkan
otak dengan kata-kata yang bernada tenang untuk mengacau bilaukan fikiran orang
yang sudah menggelegak seperti kuah gulai yang berada di atas dapur. Menunggu
masa untuk menutup api sahaja.
Namun itu tidak mudah seperti yang
disangka. Mirza terus membiarkan kuah itu menggelegak lagi. Kemudian dikacau
hingga tanpa sedar, kuah itu mula kering sendiri. Seperti otaknya yang berjaya
dikeringkan oleh Mirza.
“Habis tu, kalau akak pilih jawapan B
macam mana pulak?” Duga Amalina lagi.
“Sama jugak... saya tak layak untuk
menidakkan kata-kata orang terhadap saya. Kalau dengan berfikir begitu boleh
membahagiakan akak, tak kan saya nak menghalang kebahagiaan akak pulak...”
Ayat Mirza yang berbelit itu akhirnya
tersimpul mati di benaknya sendiri. Amalina tersengih sahaja. Tak pasal-pasal
sekarang dia pula yang sakit otak. ‘Itulah, nak sangat soal orang macam FBI...
akhirnya aku jugak yang FBI sendiri. Fius Bengkak Immidiately!’ Adeh....
“Eh, kenapa akak sengih sorang-sorang
nih?”
“Erk.. lah tadi kata tak nak halang
kebahagiaan akak?” Kali ini Amalina tidak mahu melepaskan peluang untuk
menghantar serangan balas kepada Mirza pula.
Mirza tersenyum kacak sambil menguakkan
rambutnya ke belakang. Tak pasal-pasal dia pula yang terkena.
“Tak lah.. akak kan berada di bahagian
orang sakit jiwa, karang tak pasal-pasal terkena jangkitan ke... Manalah saya
tahu.” Bahunya diangkat sedikit. Sengaja mengusik.
“Sudahlah Mirza, akak nak balik... Layan
kamu ni, sampai esok pun tak habis!” Amalina sudah mula dari duduknya. Mirza
juga ikut turut menghantar hingga ke pintu.
“Sampaikan salam pada Afrina ya.” Tanpa
sedar, ayat itu keluar sendiri dari mulut Mirza. Mungkin tidak mampu membentung
segenap rasa rindu yang membelit jiwa.
“Erk... kirim salam sayang ke atau kirim
salam biasa-biasa je?” Kening Amalina terangkat sedikit. Alangkah indahnya jika
ada jodoh antara Mirza dan Afrina. Pasti mereka dapat membetulkan apa yang
tidak betul dahulu. Dapat mengubah sesuatu yang tidak mampu diubah oleh masa
lalu.
“Salam lah apa-apa pun... Yang penting
salah di pos menggunakan pos laju. Cepat sikit sampai..”
“Kalau
nak cepat, telefon teruslah... Kamu bukannya tak ada nombor dia!” Sengaja
diterankan sedikit hujung ayatnya. Sengaja menambah-nambahkan baja-baja cinta
yang mungkin sudah lesap ditimbus kemarau. Dengan keadaan Afrina yang sebegitu,
mungkin ada baiknya jika Afrina dan Mirza kembali bersatu. Tapi mahukah Afrina
mengahwini Mirza? Sudah pasti adiknya itu tidak mahu menduakan kasih Haraz!
‘Aduh..
sekali lagi aku nak memberatkan kepala otak aku memikirkan Afrina... Tapi
wajarlah.. dia tu adik aku. Susah senang, dia ada aku sorang jeh!’
Tanpa
sedar, sebuah keluhan mula terbit di hujung nafas Amalina.
“Kenapa
kak?”
“Akak
terfikirkan Afrina...”
“Jangan
risau... Dia tak apa-apa. InsyaAllah... Kita berdoa jelah banyak-banyak. Moga
Allah permudahkan semuanya.” Kalau bercakap, Mirza memang akan selalu positif.
Pekerjaannya sekarang memang menuntut untuk dia sentiasa berfikiran positif.
Kalau nak jadi negatif, maknanya kenalah bertukar dengan orang yang berada di
tanjung bahagia itu.
“Kalau
Afrin setuju nak kahwin dengan Mirza, Mirza setuju tak nak memperisterikan
dia?” Soalan Amalina itu sedikit sebanyak mampu membuatkan detak jantung Mirza
sedikit bergelimpangan.
“Akak....”
Dicuri sedikit udara untuk mengembangkan nafasnya yang kuncup.
“Just
say yes or no?” Desak Amalina sedikit kurang sabar.
“Erkk.....”
“Mirza...
apasal semput sangat nak bagi jawapan nih? Bukan soalan nak ambik master
pun....” Komplen Amalina spontan. Adeh, tercalar juga ketenangan Mirza bila isu
kahwin dibangkitkan. Ingatkan terus mengangguk setuju ataupun nak melompat
katak. Main garu-garu kepala pulak! Hilang terus gelaran Mr. Cool itu.
“Akak
tak faham perasaan saya...”
“Akak
faham... kamu masih sayangkan Afrina kan? Kalau tak, mesti dah lama kamu kahwin
lain...” Semput nafaz Mirza dibuatnya mendengar ayat Amalina itu.
“Sejak
saya kenal cinta, saya hanya kenal erti itu dengan Afrina. Saya cuba untuk buka
pintu hati saya pada perempuan lain. Tapi apa yang pernah saya rasa pada Afrin
itu tak dapat dirasai pada mana-mana gadis. Saya pernah dikecewakan... Saya tak
mahu mengecewakan orang lain.... Saya tahu macam mana dikecewakan oleh orang
yang kita paling sayang.. sebab tu saya tak kahwin lagi kak..”
Rasa
sedih mula menjalar di pelusuk hati Amalina. Mirza memang perlu dikasihani.
“Tapi
itu tak bermakna saya menunggu Afrina..” Sambung Mirza kembali.
“Habis
tu, tak kan kamu nak mempersia-siakan kasih sayang yang masih berbaki itu? Atau
kamu tak mahu terima Afrina sebab dia jan....”
“Saya
tak pernah terfikir tentang hal itu kak..” Pintas Mirza cepat-cepat. Kembali
memperbetulkan anggapan Amalina terhadap dirinya. Bukan soal janda atau anak
dara.. Ini melibatkan soal hati... soal perasaan... Bukan mudah untuk
mengantikan rasa kasih yang hilang. Untuk mengantikan Haraz di hati Afrina, dia
harus mengakui yang dia memang tidak mampu.
Melihat
pada penderitaan Afrina, dia tahu yang jalan untuk dia mendapat tempat di hati
Afrina terlalu sukar. Terputus kasih mungkin boleh dicantum. Namun terpisah
kasih mana mungkin dapat diganti. Terputus dan terpisah mungkin membawa erti
yang sama tetapi mempunyai dua makna yang berbeza. Sama tapi tidak serupa.
“Habis
tu?” Nampaknya, Amalina masih berkeras untuk mendapatkan jawapan.
“Saya
pernah ditolak kak... saya takut saya tak kuat untuk ditolak sekali lagi...”
Akhirnya, ayat yang memperlihatkan kelemahannya mula terkeluar dari mulut Mirza
sendiri. Dahulu, dia mungkin boleh menerima yang dirinya ditolak ke tepi. Namun
setelah bertahun-tahun menanam kekuatan, dia bimbang jika dia mula terjatuh
kembali lantaran kerana ditolak untuk kali kedua.
“Jadi,
Mirza takut jika ditolak? Macam tu?”
Mirza
hanya terdiam. Tidak mengetahui sama ada untuk mengiakan atau menidakkan. Tapi
itulah ketakutan yang paling banyak dia rasa setelah berjumpa semula dengan
Afrina.
“Kalau
akak cuba membantu untuk satukan kalian, Mirza boleh janji tak yang Mirza akan
pulangkan Afrina yang dahulu? Boleh tak terima keadaan dia...? Boleh tak janji
untuk sayang dan cintakan dia...? Boleh tak jaga dia sampai ke hujung
hayatnya?”
Bibir
Mirza bergerak sedikit. Terpana mendengar kata-kata Amalina.
“Saya......”
Sungguh, otak Mirza seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan baik. Air liur
yang ditelan terasa sungguh pahit.
“Mirza....
kenapa mesti teragak-agak kalau sungguh kamu betul-betul cintakan dia?” Kali
ini, Amalina mula rasa sangsi tentang perasaan Mirza terhadap Afrina.
“Saya
takut... kalau-kalau rasa sayang saya ni akan lebih membebankan Afrina.”
Jawapan
itu membuatkan Amalina mengeluh. Nampaknya, Afrina sentiasa menjadi keutamaan
Mirza. Bagaimanakah cara untuk membangkitkan rasa cinta Afrina terhadap Mirza
jika bayang Haraz sentiasa merantai hati Afrina. Amalina mula dijengah
kebuntuan lagi.
***
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar, Wahai
yang penyambung segala yang patah... Wahai
yang menemani semua yang tersendiri.. Wahai pengaman segala yang takut.. Wahai
penguat segala yang lemah..Mudah bagimu memudahkan segala yang susah...Wahai
yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran.. Mohon Kau memberikan aku
kekuatan dan ketabahan dalam menjalani ketentuanMu... Sesungguhnya, aku
langsung tidak berdaya tanpa bantuan dan rahmat dariMu...
Ya ALLAH... tempatkanlah suamiku dalam kalangan
orang yang beriman.. Moga dia berbahagia di alam sana...” Afrina mula
teresak-esak. Seakan-akan tidak mampu untuk menyambung doanya.
Ditekup kedua belah tangannya di muka. Menahan air
mata dari terus mencurah. Namun apalah dayanya. Sesungguhnya, air mata ini
terlalu murah untuk dicurahkan.
“Mama....” Tiba-tiba ada tangan yang mengusap
belakang badanya.
“Iya sayang...” Terus dibawa Hadziq ke dalam
pelukannya.
“Nape mama angis...” Tanya Hadziq sedikit pelat.
“Tak ada apa-apa...” Tangan Hadziq mula mendarat di
wajahnya. Makin meruntun jiwa Afrina dibuatnya. Cepat-cepat ditepis air mata
yang singgah di pipi. Tidak mahu jiwa Hadziq rosak dengan tangisannya yang
tidak pernah berhenti itu.
“Mama angan nangis... ad ayang mama....” Pantas
Hadziq mengucup pipinya yang agak lembab dek penangan air mata.
“Mama pun sayang Ad...”
“Mama.... papa ane? Adziq rindu papa....” Renget
Hadziq sambil menggongcangkan bahunya.
‘Ya Allah... jawapan yang bagaimana yang harus aku
berikan kepada anak sekecil ini?’ Bibir Afrina diketap kuat. Cuba menahan rasa
sebak yang menggunung.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering kuat. Lantas menghilangkan
tumpuan Hadziq. Si kecil itu terus berlari mendapatkan telefon yang sememangnya
sudah sedia ada di birai katil. Kemudian, Hadziq berlari menghulurkan telefon
itu kepadanya.
Sedikit sebanyak Afrina mula lega kerana terlepas
untuk menjawab persoalan Hadziq itu. Namun, apabila terpandangkan nama di skrin
telefon, hatinya mula dipagut resah.
Mirza!
“Mama... tepon unyi....” Tegur Hadziq lagi.
Afrina mula bersilih ganti memandang skrin telefon
dan juga Hadziq.
“Papa tepon ke? Ad
nak cakap ngan papa oleh...? Olehlah mama...” Ini bukan kali pertama Hadziq
bertanyakan tentang Haraz. Sudah acap kali. Namun tidak pernah sekalipun Afrina
mempunyai kekuatan untuk menjawabnya.
“Mama... Ad nak cakap ngan papa...” Hadziq
sudah mula hendak menangis. Beberapa kali digoncangkan bahu mamanya.
‘Kasihan Hadziq... pasti dia terlalu
rindukan Haraz. Ya Allah, anakku ini masih kecil... dia masih belum mengerti
apa-apa. Dan aku? Aku masih tegar melayan rasa sedih sendiri.. Langsung terlupa
pada qadak dan qadar yang telah ditentukan olehNya. Malah aku tegar menyusahkan
orang di sekelilingku...’
Tanpa berfikir lagi, terus Afrina
menyentuh I-phone nya itu. Dihalakan terus ke cuping telinganya. Manakala
matanya mula mengherot ke arah anak mata Hadziq yang mengecil itu. Ya, mata itu
penuh dengan pengharapan.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam.... Afrin, awak okay?”
Mirza dapat mengesan suara Afrin yang serak itu. Afrina menangis lagi ke?
“Saya okay... Err... Boleh tak awak cakap
dengan Hadziq kejap?” Tanya Afrina tanpa berfikir lagi. Melihat Hadziq yang
sedang mengagau mencapai telefon bimbitnya ini membuatkan dia mengarah tanpa
berfikir. Sungguh, dia tidak betah melihat Hadziq menangis. Nanti, rasa
sedihnya akan bertambah timbangannya.
“Err.. boleh.”
Mendengar sahaja jawapan Mirza itu, terus
Afrina menghalakan telefon bimbit ke telinga Hadziq pula.
“Helo... papa ke tu? Ad rindu papa... bila
papa nak balik?”
Terbeliak biji mata Afrna menyambut
kata-kata Hadziq itu. Sungguh, langsung dia tidak menyangka yang soalan-soalan
itu akan keluar dari mulut Hadziq. Adakah Hadziq terlalu merindui Haraz?
“Errkk....” Mirza dapat merasakan yang
lehernya seperti dijerut dengan tali. Haruskah dia mengiakan pertanyaan Hadziq
itu? Suara anak kecil itu memang penuh dengan pengharapan. Jika dia mengiakan,
apa pula penerimaan Afrina nanti?
p/s:: maaf lambat keluar entry... hope enjoy reading.. kalau tak memenuhi piawaian korang, harap dimaafkan.. =)
sedih...tersentuh jiwa...saya cuba letakkan diri saya sebagai Afrina..tak tertanggung rasanya...kesian Hadziq rindukan papanya...antara E-Novel yg terbaik yg pernah saya baca...gud job Cik Writer...tak sabar nk tunggu next n3...
ReplyDeleteterima kasih.. =) ini mini novel jeh.. so, x yah susah2 nak tunggu novel.. ni hadiah buat penyokong2 saya.. =)
Deletealamak....dh abes ke??.. ala... nnti mesti Mirza layan jgak...... hihihih Mirza si handsome....mesti Mirza still ske dkt Afrina....tpi til now x tau lgi sbb ap diorg break... huhuhuhu curious.... anyway.. n3 kli nie best.. sbb dh tunjuk ke'handsome'man... Mirza.... hahahaha...
ReplyDelete-JaeChunSu- ^_^v
hahaha.. awak baru feel kehensememan dia ke jae? tulah.. awk asyik syok ngan en bos jeh..hahhha
Deleteaduh...kesian si kecil. Tapi menipu bukan cara penyelesaiannya. Fahamkan dia dan pasti dia mampu terima. Pupuk kasih sayang yang baru.
ReplyDeletekita tengok apa jawapan Mirza kasi nnti ya.. kata Dr Psikitari.. benda2 macam ni mesti dia boleh handle kan... =)
Deletesaspennyeh. ape ek yg akan jadi after nih? cik penulis cecepat smbg ek. makasih.
ReplyDeletetry secepat mungkin untuk msuk n3 baru ya.. =)
Deletemyb si kecil dpt satukan afrin dgn mirza??
ReplyDeletejeng jeng jeng.. mungkinkah??
Deletesaya suka ayat tang FBI tu.. macam manalah mirza nak buat afrin sayang dia.. tapi stay tak tahu lagi, kenapa afrin dengan mirza putus dulu.. best2.. tq ezza mysara
ReplyDeletewelcome... hehe.. tulah, saya pun tertanya-tnya,.. macam manalah Mirza leh buat Afrin sayangkan dia balik eh??
Deleteemm...kesakitan yang Afrina rasai dapat saya rasa, namun demi Hadziq Afrina perlu kuat...Jika Mirza boleh menyembalikan Afrina yang dahulu, teruskan.. Mungkin dia orang masih berjodoh....hehehehe...
ReplyDeleteinn: akk memang suka cerita ni dari mula lagik.. sedihhh
Deletekak as: kalau ada jodoh x kemana.. tapi kalau tak ada jdoh, nak buat macam mana...
Deletekak inn: ngeee.. cerita akak pun sedih jugak meyh.. hehe..
sedeynya bc n3 ni, x dpt bygkan klu berada di tempat afrina bagaimana nk bgtau hadziq bapnya dh xde. sungguh xde kekuatan ntah2 leh meraung dpn anak huhuhuhu. sara, cepatlah sambung n3 br. akak dh lama x lawat blog awk ni spi tlupa citer ni gara2 sibuk bfb je hehehe. harap sgt afrina bole terima mirza kembali mcm dulu. nk tau naper diorg leh bpisah
ReplyDeletehehehe.. first time owg bg alasan sibuk berfb kak..hahaha.. sy try taip sepantas kilat kak..thanks coz alwayz support.. =)
Deletesemakin bagus gaya bahasa dan garapannya. menunjukkan peningkatan yang mendadak. matang dan menarik sekali...
ReplyDelete