Langkah Afrina diatur kemas. Cepat sahaja Afrina sampai
ke tingkat atas. Ingin mencari kelibat suaminya. Entah kemana suaminya itu
menghilang. Sudahlah tidak mengejutkan dirinya pagi tadi.
Bibirnya
mula menguntum senyuman manis tika terpandangkan wajah Haraz yang sedang duduk
di birai katil itu. Haraz tersenyum kacak kepadanya. Senyuman yang mampu
membangkitkan kerinduan yang mengunung.
“Abang...
tengok, Hadziq dah balik...” Suara Afrina dihaluskan sedikit. Dia mengarahkan
agar Hadziq mendekat ke arah Haraz. Tapi anak kecil itu leka bermain dengan
mainan di tangannya. Lantas Afrina meletakkan anaknya di atas katil.
“Dia
tak mahu dekat abang pun...” Ujar Haraz sedikit berjauh hati.
“Lah,
dengan Hadziq pun nak ambil hati jugak ke? Hmm... macam lah abang tak tahu dengan
anak abang nih.. Hadziq ni kalau jumpa mainan, semua benda pun dia tak mahu.
Makan pun jadi payah!” Afrina mula menyedapkan hati suaminya sedikit. Melarang
Haraz dari berfikir yang tidak-tidak.
“Hadziq
makin comel kan...” Puji Haraz lagi.
“Tengok
ibu dialah!” Ucap Afrina penuh berbangga.
“Ish...
Hadziq kan lelaki.. Mestilah ikut ayah dia!” Pangkah Haraz sambil tergelak
sedikit.
“Ialah...
kita tahulah kita ni tak cantik..” Rajuk Afrina sengaja. Sengaja ingin
mencambahkan benih-benih kemesraan antara mereka. Dia suka merajuk dengan
suaminya kerana Haraz terlalu pandai memujuk.
“Kalau
tak cantik, tak lah abang tergila-gilakan sayang dulu.. Ibu Hadziq ni sangat
comel dan cantik... Kalaulah kita ada anak perempuan, mesti dia akan comel
macam ibu dia nih...”
Ayat
Haraz yang akhir itu kedengaran agak perlahan sedikit. Kedengaran berat dan
lelah.
“Tulah...
kalau ada anak perempuan mesti lagi best kan? Yalah, sekurang-kurannya Hadziq
ada kawan jugak! Alah, nanti adalah rezeki kita tuh.. Abang kenalah bersabar
sikit. Ada anak seorang pun pening kepala.” Omel Afrina sambil terus bermain
dengan Hadziq.
“Abang...
kenapa tak kejut Ain tadi?” Tanya Afrina tiba-tiba. Aneh juga dengan sikap
suaminya yang terus membenarkan dia tidur selepas waktu subuh sekalipun.
Biasanya Haraz pasti akan melarang dengan keras. Katanya, rezeki payah untuk
masuk ke dalam rumah jika melihat isi rumah
yang masih nyenyak dibuai mimpi.
“Abang
tak sampai hati nak kejut. Tengok Ain macam lena benar...” Terang Haraz dengan
senyuman.
“Apalah
abang ni... Kejut jelah. Nasib baik Ain tak sembahyang tau! Kalau tak mesti
terbabas.” Ujar Afrina sambil tergelak sedikit.
“Sebab
abang tahu Ain tak sembahyanglah abang nak bagi Ain tidur lama-lama.. Ain
penat. Sebab tu abang nak bagi Ain rehat. Kalau Ain terbabas subuh, abanglah
orang pertama yang akan tebas Ain tau!” Usik Haraz sengaja ingin menyakat.
“Sampai
hati nak tebas Ain...” Sengaja Afrina menunjukkan riak rajuk. Namun kemudian
dia mula ketawa sedikit.
“Ialah...
nak tebas apa lagi. Lalang dengan rumput pun tak ada dekat rumah kita nih!”
Ujar Haraz selamba mencubit pipi Afrina. Hingga terjerit Afrina dibuatnya.
“Eh...
abang ada bau sesuatulah.. Bau hangit!”
Terus
Afrina membuat gaya seperti menghidu sesuatu. Ingin mencari bau yang dihidu
oleh suaminya itu.
“Errkk....
Ain tak bau apa-apa pun!” Dia mencuba lagi untuk menghidu. Namun yang menusuk
tangkai hidungnya sekarang hanyalah bau pewangi bilik mereka sahaja.
“Ish...
bau orang kat sebelah abang nilah! Busuk sebab tak mandi-mandi lagi dari pagi!”
Afrina mula tersenyum sedikit apabila menyambut huluran kata-kata suaminya itu.
Barulah dia mengerti akan maksud yang tersembunyi. Haraz memang suka
mengusiknya!
“Hampeh!”
Afrina sudah mula buat muncung panjang.
“Tapi
yang busuk masam inilah yang abang sayang sangat...” Terus Haraz menyembamkan
bibirnya di pipi milik Afrina. Afrina tersenyum malu. Walaupun masih belum
membasuh muka, suaminya itu tetap ingin mencium pipinya. Hatinya mula menggebu
dengan limpahan kasih dari Haraz.
Haraz memang senang memaknakan
erti kasih melalui perbuatannya. Kata suaminya dahulu, kasih itu perlu
dilahirkan. Jika disimpan, takut rasa kasih itu akan basi dengan sendirinya.
“Hah,
nasib baik abang cakap abang sayang... Kalau tak, Ain cari suami lain tau!”
Ugut Afrina sambil buat muka belagak.
“Boleh...
dengan syarat masa tu jasad abang dah tak bernyawa dah... Masa tu abang harap
agar sayang kahwin dengan orang lain. Orang yang boleh membahagiakan sayang
lebih dari yang abang lakukan.” Tutur Haraz serius.
Kali
ini mendung mula menyelimuti wajah Afrina. Terkejut dengan kata-kata suaminya
itu.
“Apa
abang nih... Tak sukalah cakap benda-benda macam tu.” Afrina berpaling ke arah
lain. Sukar untuk ditembak perasaannya kini. Kenapa suaminya gemar menuturkan
kata-kata perpisahan.
Air
mata sudah mula bergenang di kelopak mata. Menunggu masa untuk menjatuhkan diri
sahaja.
Baru
sahaja Afrina ingin berlalu, pergelangan tangannya telah ditarik lembut oleh
Haraz.
“Marah
abang ke... Hmm, bukan salah abang ya.. Sayang tu yang ada niat nak kahwin
dengan orang lain!” Bisikan Haraz perlahan. Begitu dekat dengan peluput
telingannya.
“Tak
akan ada... tak akan ada orang yang mampu untuk mengantikan tempat abang dalam
jiwa dan hati Ain. Mungkin abang bukan yang pertama. Tapi abanglah orang yang
terakhir. Ain tak mahu kalau cinta kita bersatu di dunia sahaja. Kalau
diizinkan Allah, biarlah ianya kekal ke Jannah! Di situlah terletaknya rasa
cinta yang tak menemui penyudahnya bang...” Tutur Afrina lembut. Menyampaikan
suara yang bergumpal di dada hati.
Haraz
senyap sahaja. Sengaja membiarkan isterinya terus meluahkan rasa jiwa yang
diserang sesak.
“Ain
ingat lagi.. bukan senang untuk kita bersatu di dunia ini... Bukan mudah untuk
kita kecapi kebahagian yang kita perolehi sekarang. Banyak dugaan dan cabaran
yang kita tanggung bersama. Kita hampir terpisah satu ketika dahulu... Tapi
Alhamdulilah, cinta kita tetap kekal bersinar. Itulah rahmat Allah buat kita..”
Afrina
masih ingat lagi. Dahulu dia sudahpun bertunang sebelum dia bertemu dengan
Haraz. Namun entah kenapa hubungan yang telah melangkau dua tahun lamanya itu
tidak mampu berjalan dengan baik.
Ada
sahaja perkara yang tidak kena dengan hubungan mereka. Sehinggalah Afrina
membuat keputusan untuk berpisah buat seketika. Berpisah untuk mencari redup
kasih yang hilang dimamah rasa tidak percaya antara satu sama lain.
Ketika
dia sedang mentafsir hubungannya bersama Mirza, Haraz muncul membawa sebuah
harapan. Perkenalan mereka bermula apabila Haraz membantu dirinya yang telah
menjadi mangsa ragut. Sungguh, waktu itu dia dapat merasakan yang nyawanya
seperti berada di hujung tanduk sahaja. Mujurlah ada Haraz. Lelaki itulah yang
banyak membantu dirinya. Membantu dia membuat laporan polis. Membantu hantar
pulang ke rumah. Membantu menghilangkan trauma yang dihidapinya. Sejak hari
itulah mereka mula kenal dan belajar mengenali antara satu sama lain.
Sejak
muncul Haraz dalam hidupnya, dia sudah mula lupakan tunangnya. Memang pada
mulanya cintanya ini ditentang hebat oleh emaknya sendiri. Emaknya telah
dibutakan dengan sikap Mirza yang terlalu baik. Walaupun Mirza mengambil sikap
untuk mengundur diri, namun emak masih bersikap prejudis terhadap Haraz. Tetapi
Alhamdulilah, berkat kesabaran Haraz, akhirnya mereka disatukan di dalam majlis
yang sederhana tetapi tetap meriah. Dan sejak itu, dia sudah tidak bertemu
dengan Mirza lagi. Entah kemanalah lelaki itu menghilang.
Gengaman
tangan Haraz yang sejuk itu mengejutkan Afrina dari lamunan. Perlahan tangannya
dikucup oleh Haraz. Haraz masih tidak jemu-jemu untuk melahirkan rasa kasih
yang menggunung banyaknya. Cuma masa dan ketika sudah pun meleraikan ikatan
ini.
“Kasih
ini pernah bercantum semula.. jadi akan ada kemungkinan yang cinta ini akan hilang
semula...”
Belum
sempat Haraz ingin menghabiskan kata-katanya, Afrina sudah mula melenting!
“Sebenarnya
abang memang nak berpisah sangat dengan Ain kan?” Suara Afrina sudah mula
meninggi.
Sungguh dia teramat geram! Sejak
akhir-akhir ini suaminya gemar bercerita tentang perpisahan. Adakah ada maksud
yang terselindung di bait kata suaminya itu.
“Ain...”
Panggil Haraz lembut.
Seketika Afrina memejamkan
matanya. Air matanya tumpah lagi. Nama Ain itu diambil dari singkatan Ainun
Afrina. Hanya Haraz seorang sahaja yang memanggilnya Ain. Dan gelaran itu hanya
wujud buat Haraz seorang sahaja.
“Kenapa Ain macam ni? Kenapa
Ain nampak lemah sahaja? Mana Ain abang yang kuat dahulu? Mana perginya Ain
abang yang dari dahulu pembekal semangat abang? Jangan terlalu cintakan dunia
sayang... bimbang jika dunia ini meninggalkan Ain, jiwa Ain akan dibasahi
dengan penyesalan yang tak sudah-sudah. Bimbang nanti Ain lupa pada qadak dan
qadar yang telah ditentunkan olehNya. Jangan macam ni Ain.. Jangan susahkan
hati abang... Ain kena kuat!”
Nasihat Haraz panjang lebar.
Afrina hanya mampu menangis.
“Tak ternilai airmata jika
hendak dibandingakn dengan permata. Air mata ini bisa memadamkan api neraka...
Simpanlah air mata ini untuk mencari keredhaan Allah... jangan pernah sesekali
berpaling pada duniawi yang palsu ini.. Cinta tu seharusnya membangkitkan
kekuatan.. bukan melemahkan semangat sayang... Abang tak mahu sayang lemah
kerana terlalu cintakan abang... Berpeganglah pada janji Allah yang pasti.
Setiap yang bercantum, pasti akan terputus jua akhirnya.”
Haraz melekatkan dahinya di
dahi milik Afrina.
‘Ya
Allah...Moga Kau hilangkah segala kabus di wajahku.. Biar tenang segala keresahan
di dadaku...Terimalah serta kabulkan harapanku ini... Aku melafazkan kata penuh
makna sambil bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah... Aku sedar yang hidup mati
jodoh pertemuan ditentukan olehMu.. Ya Allah... perkenankan hasrat di hatiku
agar rasa redha terus menapak apabila ketentuan telah terbentang di dada
takdir.. Aku tidak mahu cinta Haraz menjadi tunjang kelemahanku. Aku ingin
kekal kuat untuk mempertahankan kasih kami hingga ke Syurga..’ Rintih hati
Afrina.
“Ain
berharap agar impian kita untuk bersama akan dirahmati... Demi cinta yang lebih
hakiki.. Air berharap agar kita dapat hidup harungi hidup senang atau susah
bersama-sama. Apa pun yang terjadi nanti, Ain akan kuat. Demi abang... Demi
Hadziq..” Ucap Afrina penuh ketenangan.
“Ain
tahu tak kenapa kita dikurniakan anak lelaki dan bukan anak perempuan?” Tanya
Haraz dengan senyuman. Tangannya membelai lembut anak rambut milik isterinya
itu. Ketika dahulu, dia terlalu senang untuk memanjakan Afrina dengan cara ini.
Membelai lembut sehinggakan isterinya akan tertidur dengan sendiri. Sungguh,
kerinduan ini amat perit dan mengamit rasa.
“Kenapa?”
“Sebab
anak lelaki akan memberikan kekuatan yang lebih kuat berbanding dengan anak
perempuan... Abang tak cakap perempuan itu lemah. Cuma perempuan itu jiwanya
lebih halus.. Jika abang tak ada di samping Ain lagi, Hadziq pasti akan menjadi
sumber kekuatan buat Ain. Sebab Hadziq adalah bukti cinta antara kita.”
Afrina
tersenyum sahaja menyambut huluran kata suaminya itu. Dia mula bersandar di
dada bidang milik Haraz. ‘Ya Allah, izinkan aku meminjam dirinya lagi...
Sungguh, kudratku pincang tanpa kehadiran dirinya...’ Mohon Afrina
sungguh-sungguh.
“Kebahagiaan
sayang bukan terletak pada adanya diri abang di samping sayang.. kebahagian
sayang terletak di tangan ALLAH.. ada atau tiada, sayang tetap akan bahagia
nanti.” Ucap Haraz syahdu.
Sedang
enak Afrina berada di dalam pelukan Haraz, tiba-tiba gegendang telinga Afrina
menyambut tangisan si kecil. Pantas dileraikan pelukan itu. Terus dia
mendapatkan anaknya yang terjatuh dari katil itu.
“Ya
Allah... macam mana Hadziq boleh jatuh ni?” Dikendung anaknya yang menangis
itu. Ditepuk sedikit belakang badan Hadziq itu. Namun tangisan anaknya itu
masih belum berhenti.
“Kenapa
ni?” Tanya Amalina yang sedikit tercungap-cungap sedikit akibat berkejaran naik
ke atas. Dia baru sahaja ingin menyediakan sarapan buat adiknya itu.
“Hadziq
jatuh katil...” Jawab Afrina sambil terus menggosok kepala anaknya itu.
“Macam
mana boleh jatuh pulak?” Hatinya makin risau apabila melihat tangisan Hadziq
yang masih belum memberi tanda-tanda akan berhenti.
“Tadi
dia main atas katil...”
“Kamu
tak mandi lagi ke Afrin? Dari tadi kamu buat apa je?” Tanya Amalina sambil
memandang ke arah adiknya itu.
“Tadi
Afrin......” Kata-katanya berjeda sedikit. Dia mula terfikir sendiri. Sama ada
ingin berterus terang ataupun ingin menyimpannya sendiri. Amalina mula merenung
anak mata adiknya. Mencari ketelusan pada pandangan mata Afrina itu.
p/s:: hidup ini penuh dengan perkara yang tak tergapai dek tangan kita..hmm..
menarik... :)
ReplyDeleteciannyer afrina...
ReplyDeletehid0p dlm dunia sndiri...
hurmmm...
sara... hehehe.. ku tinggalkan tanda sebagai bukti kehadiranku di sini.. saja la tuh nak saspen2 ehhh?
ReplyDeletemacam tau je ur sweet talker.. hehe..sara tahniah..moga cepat siap MN ni..hehe..hasil tangan sara haruslah berpuas hati..
ReplyDeleteafrina edup dlm dunia sendiri...mungkin kah haraz akan kembali dlm edupnya semula??
ReplyDeletedie x dpt terima suami die dh x de..kesiannyer die..
ReplyDeleteharaz dah mati ekkk...afrina ni syg sgt kat haraz smpai tak dpt trima kenyataan haraz dah tak der.. idup dlm dunia sendiri...kesiannya...
ReplyDeletesedihh...
ReplyDeletesanggup sara buat k.as menangis lagi...hehe...sedihlah sara nie.. haraz sumber kekuatan ain, macam mana ain nk teruskan hidup lepas nie...
ReplyDeleteadeii sabor jelah ngn budak ni..cer jgn buat cite sedih2..uwaa..JK dh ni..
ReplyDeletehaha...lawak plak rasa baca kome RM nie..tapi betullah cita nie sedih...huhu tapi!sedih pun sedihlah janji best.. :)
Delete