Tuesday 3 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [2]


         Langkah Afrina diatur kemas. Cepat sahaja Afrina sampai ke tingkat atas. Ingin mencari kelibat suaminya. Entah kemana suaminya itu menghilang. Sudahlah tidak mengejutkan dirinya pagi tadi.
            Bibirnya mula menguntum senyuman manis tika terpandangkan wajah Haraz yang sedang duduk di birai katil itu. Haraz tersenyum kacak kepadanya. Senyuman yang mampu membangkitkan kerinduan yang mengunung.
            “Abang... tengok, Hadziq dah balik...” Suara Afrina dihaluskan sedikit. Dia mengarahkan agar Hadziq mendekat ke arah Haraz. Tapi anak kecil itu leka bermain dengan mainan di tangannya. Lantas Afrina meletakkan anaknya di atas katil.
            “Dia tak mahu dekat abang pun...” Ujar Haraz sedikit berjauh hati.
            “Lah, dengan Hadziq pun nak ambil hati jugak ke? Hmm... macam lah abang tak tahu dengan anak abang nih.. Hadziq ni kalau jumpa mainan, semua benda pun dia tak mahu. Makan pun jadi payah!” Afrina mula menyedapkan hati suaminya sedikit. Melarang Haraz dari berfikir yang tidak-tidak.
            “Hadziq makin comel kan...” Puji Haraz lagi.
            “Tengok ibu dialah!” Ucap Afrina penuh berbangga.
            “Ish... Hadziq kan lelaki.. Mestilah ikut ayah dia!” Pangkah Haraz sambil tergelak sedikit.
            “Ialah... kita tahulah kita ni tak cantik..” Rajuk Afrina sengaja. Sengaja ingin mencambahkan benih-benih kemesraan antara mereka. Dia suka merajuk dengan suaminya kerana Haraz terlalu pandai memujuk.
            “Kalau tak cantik, tak lah abang tergila-gilakan sayang dulu.. Ibu Hadziq ni sangat comel dan cantik... Kalaulah kita ada anak perempuan, mesti dia akan comel macam ibu dia nih...”
            Ayat Haraz yang akhir itu kedengaran agak perlahan sedikit. Kedengaran berat dan lelah.
            “Tulah... kalau ada anak perempuan mesti lagi best kan? Yalah, sekurang-kurannya Hadziq ada kawan jugak! Alah, nanti adalah rezeki kita tuh.. Abang kenalah bersabar sikit. Ada anak seorang pun pening kepala.” Omel Afrina sambil terus bermain dengan Hadziq.
            “Abang... kenapa tak kejut Ain tadi?” Tanya Afrina tiba-tiba. Aneh juga dengan sikap suaminya yang terus membenarkan dia tidur selepas waktu subuh sekalipun. Biasanya Haraz pasti akan melarang dengan keras. Katanya, rezeki payah untuk masuk ke dalam rumah jika melihat isi rumah  yang masih nyenyak dibuai mimpi.
            “Abang tak sampai hati nak kejut. Tengok Ain macam lena benar...” Terang Haraz dengan senyuman.
            “Apalah abang ni... Kejut jelah. Nasib baik Ain tak sembahyang tau! Kalau tak mesti terbabas.” Ujar Afrina sambil tergelak sedikit.
            “Sebab abang tahu Ain tak sembahyanglah abang nak bagi Ain tidur lama-lama.. Ain penat. Sebab tu abang nak bagi Ain rehat. Kalau Ain terbabas subuh, abanglah orang pertama yang akan tebas Ain tau!” Usik Haraz sengaja ingin menyakat.
            “Sampai hati nak tebas Ain...” Sengaja Afrina menunjukkan riak rajuk. Namun kemudian dia mula ketawa sedikit.
            “Ialah... nak tebas apa lagi. Lalang dengan rumput pun tak ada dekat rumah kita nih!” Ujar Haraz selamba mencubit pipi Afrina. Hingga terjerit Afrina dibuatnya.
            “Eh... abang ada bau sesuatulah.. Bau hangit!”
            Terus Afrina membuat gaya seperti menghidu sesuatu. Ingin mencari bau yang dihidu oleh suaminya itu.
            “Errkk.... Ain tak bau apa-apa pun!” Dia mencuba lagi untuk menghidu. Namun yang menusuk tangkai hidungnya sekarang hanyalah bau pewangi bilik mereka sahaja.
            “Ish... bau orang kat sebelah abang nilah! Busuk sebab tak mandi-mandi lagi dari pagi!” Afrina mula tersenyum sedikit apabila menyambut huluran kata-kata suaminya itu. Barulah dia mengerti akan maksud yang tersembunyi. Haraz memang suka mengusiknya!
            “Hampeh!” Afrina sudah mula buat muncung panjang.
            “Tapi yang busuk masam inilah yang abang sayang sangat...” Terus Haraz menyembamkan bibirnya di pipi milik Afrina. Afrina tersenyum malu. Walaupun masih belum membasuh muka, suaminya itu tetap ingin mencium pipinya. Hatinya mula menggebu dengan limpahan kasih dari Haraz.
Haraz memang senang memaknakan erti kasih melalui perbuatannya. Kata suaminya dahulu, kasih itu perlu dilahirkan. Jika disimpan, takut rasa kasih itu akan basi dengan sendirinya.
            “Hah, nasib baik abang cakap abang sayang... Kalau tak, Ain cari suami lain tau!” Ugut Afrina sambil buat muka belagak.
            “Boleh... dengan syarat masa tu jasad abang dah tak bernyawa dah... Masa tu abang harap agar sayang kahwin dengan orang lain. Orang yang boleh membahagiakan sayang lebih dari yang abang lakukan.” Tutur Haraz serius.
            Kali ini mendung mula menyelimuti wajah Afrina. Terkejut dengan kata-kata suaminya itu.
            “Apa abang nih... Tak sukalah cakap benda-benda macam tu.” Afrina berpaling ke arah lain. Sukar untuk ditembak perasaannya kini. Kenapa suaminya gemar menuturkan kata-kata perpisahan.
            Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata. Menunggu masa untuk menjatuhkan diri sahaja.
            Baru sahaja Afrina ingin berlalu, pergelangan tangannya telah ditarik lembut oleh Haraz.
            “Marah abang ke... Hmm, bukan salah abang ya.. Sayang tu yang ada niat nak kahwin dengan orang lain!” Bisikan Haraz perlahan. Begitu dekat dengan peluput telingannya.
            “Tak akan ada... tak akan ada orang yang mampu untuk mengantikan tempat abang dalam jiwa dan hati Ain. Mungkin abang bukan yang pertama. Tapi abanglah orang yang terakhir. Ain tak mahu kalau cinta kita bersatu di dunia sahaja. Kalau diizinkan Allah, biarlah ianya kekal ke Jannah! Di situlah terletaknya rasa cinta yang tak menemui penyudahnya bang...” Tutur Afrina lembut. Menyampaikan suara yang bergumpal di dada hati.
            Haraz senyap sahaja. Sengaja membiarkan isterinya terus meluahkan rasa jiwa yang diserang sesak.
            “Ain ingat lagi.. bukan senang untuk kita bersatu di dunia ini... Bukan mudah untuk kita kecapi kebahagian yang kita perolehi sekarang. Banyak dugaan dan cabaran yang kita tanggung bersama. Kita hampir terpisah satu ketika dahulu... Tapi Alhamdulilah, cinta kita tetap kekal bersinar. Itulah rahmat Allah buat kita..”
            Afrina masih ingat lagi. Dahulu dia sudahpun bertunang sebelum dia bertemu dengan Haraz. Namun entah kenapa hubungan yang telah melangkau dua tahun lamanya itu tidak mampu berjalan dengan baik.
            Ada sahaja perkara yang tidak kena dengan hubungan mereka. Sehinggalah Afrina membuat keputusan untuk berpisah buat seketika. Berpisah untuk mencari redup kasih yang hilang dimamah rasa tidak percaya antara satu sama lain.
            Ketika dia sedang mentafsir hubungannya bersama Mirza, Haraz muncul membawa sebuah harapan. Perkenalan mereka bermula apabila Haraz membantu dirinya yang telah menjadi mangsa ragut. Sungguh, waktu itu dia dapat merasakan yang nyawanya seperti berada di hujung tanduk sahaja. Mujurlah ada Haraz. Lelaki itulah yang banyak membantu dirinya. Membantu dia membuat laporan polis. Membantu hantar pulang ke rumah. Membantu menghilangkan trauma yang dihidapinya. Sejak hari itulah mereka mula kenal dan belajar mengenali antara satu sama lain.
            Sejak muncul Haraz dalam hidupnya, dia sudah mula lupakan tunangnya. Memang pada mulanya cintanya ini ditentang hebat oleh emaknya sendiri. Emaknya telah dibutakan dengan sikap Mirza yang terlalu baik. Walaupun Mirza mengambil sikap untuk mengundur diri, namun emak masih bersikap prejudis terhadap Haraz. Tetapi Alhamdulilah, berkat kesabaran Haraz, akhirnya mereka disatukan di dalam majlis yang sederhana tetapi tetap meriah. Dan sejak itu, dia sudah tidak bertemu dengan Mirza lagi. Entah kemanalah lelaki itu menghilang.
            Gengaman tangan Haraz yang sejuk itu mengejutkan Afrina dari lamunan. Perlahan tangannya dikucup oleh Haraz. Haraz masih tidak jemu-jemu untuk melahirkan rasa kasih yang menggunung banyaknya. Cuma masa dan ketika sudah pun meleraikan ikatan ini.
            “Kasih ini pernah bercantum semula.. jadi akan ada kemungkinan yang cinta ini akan hilang semula...”
            Belum sempat Haraz ingin menghabiskan kata-katanya, Afrina sudah mula melenting!
            “Sebenarnya abang memang nak berpisah sangat dengan Ain kan?” Suara Afrina sudah mula meninggi.
Sungguh dia teramat geram! Sejak akhir-akhir ini suaminya gemar bercerita tentang perpisahan. Adakah ada maksud yang terselindung di bait kata suaminya itu.
            “Ain...” Panggil Haraz lembut.
Seketika Afrina memejamkan matanya. Air matanya tumpah lagi. Nama Ain itu diambil dari singkatan Ainun Afrina. Hanya Haraz seorang sahaja yang memanggilnya Ain. Dan gelaran itu hanya wujud buat Haraz seorang sahaja.
“Kenapa Ain macam ni? Kenapa Ain nampak lemah sahaja? Mana Ain abang yang kuat dahulu? Mana perginya Ain abang yang dari dahulu pembekal semangat abang? Jangan terlalu cintakan dunia sayang... bimbang jika dunia ini meninggalkan Ain, jiwa Ain akan dibasahi dengan penyesalan yang tak sudah-sudah. Bimbang nanti Ain lupa pada qadak dan qadar yang telah ditentunkan olehNya. Jangan macam ni Ain.. Jangan susahkan hati abang... Ain kena kuat!”
Nasihat Haraz panjang lebar.
Afrina hanya mampu menangis.
“Tak ternilai airmata jika hendak dibandingakn dengan permata. Air mata ini bisa memadamkan api neraka... Simpanlah air mata ini untuk mencari keredhaan Allah... jangan pernah sesekali berpaling pada duniawi yang palsu ini.. Cinta tu seharusnya membangkitkan kekuatan.. bukan melemahkan semangat sayang... Abang tak mahu sayang lemah kerana terlalu cintakan abang... Berpeganglah pada janji Allah yang pasti. Setiap yang bercantum, pasti akan terputus jua akhirnya.”
Haraz melekatkan dahinya di dahi milik Afrina.
‘Ya Allah...Moga Kau hilangkah segala kabus di wajahku.. Biar tenang segala keresahan di dadaku...Terimalah serta kabulkan harapanku ini... Aku melafazkan kata penuh makna sambil bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah... Aku sedar yang hidup mati jodoh pertemuan ditentukan olehMu.. Ya Allah... perkenankan hasrat di hatiku agar rasa redha terus menapak apabila ketentuan telah terbentang di dada takdir.. Aku tidak mahu cinta Haraz menjadi tunjang kelemahanku. Aku ingin kekal kuat untuk mempertahankan kasih kami hingga ke Syurga..’ Rintih hati Afrina.
“Ain berharap agar impian kita untuk bersama akan dirahmati... Demi cinta yang lebih hakiki.. Air berharap agar kita dapat hidup harungi hidup senang atau susah bersama-sama. Apa pun yang terjadi nanti, Ain akan kuat. Demi abang... Demi Hadziq..” Ucap Afrina penuh ketenangan.
“Ain tahu tak kenapa kita dikurniakan anak lelaki dan bukan anak perempuan?” Tanya Haraz dengan senyuman. Tangannya membelai lembut anak rambut milik isterinya itu. Ketika dahulu, dia terlalu senang untuk memanjakan Afrina dengan cara ini. Membelai lembut sehinggakan isterinya akan tertidur dengan sendiri. Sungguh, kerinduan ini amat perit dan mengamit rasa.
“Kenapa?”
“Sebab anak lelaki akan memberikan kekuatan yang lebih kuat berbanding dengan anak perempuan... Abang tak cakap perempuan itu lemah. Cuma perempuan itu jiwanya lebih halus.. Jika abang tak ada di samping Ain lagi, Hadziq pasti akan menjadi sumber kekuatan buat Ain. Sebab Hadziq adalah bukti cinta antara kita.”
Afrina tersenyum sahaja menyambut huluran kata suaminya itu. Dia mula bersandar di dada bidang milik Haraz. ‘Ya Allah, izinkan aku meminjam dirinya lagi... Sungguh, kudratku pincang tanpa kehadiran dirinya...’ Mohon Afrina sungguh-sungguh.
“Kebahagiaan sayang bukan terletak pada adanya diri abang di samping sayang.. kebahagian sayang terletak di tangan ALLAH.. ada atau tiada, sayang tetap akan bahagia nanti.” Ucap Haraz syahdu.
Sedang enak Afrina berada di dalam pelukan Haraz, tiba-tiba gegendang telinga Afrina menyambut tangisan si kecil. Pantas dileraikan pelukan itu. Terus dia mendapatkan anaknya yang terjatuh dari katil itu.
“Ya Allah... macam mana Hadziq boleh jatuh ni?” Dikendung anaknya yang menangis itu. Ditepuk sedikit belakang badan Hadziq itu. Namun tangisan anaknya itu masih belum berhenti.
“Kenapa ni?” Tanya Amalina yang sedikit tercungap-cungap sedikit akibat berkejaran naik ke atas. Dia baru sahaja ingin menyediakan sarapan buat adiknya itu.
“Hadziq jatuh katil...” Jawab Afrina sambil terus menggosok kepala anaknya itu.
“Macam mana boleh jatuh pulak?” Hatinya makin risau apabila melihat tangisan Hadziq yang masih belum memberi tanda-tanda akan berhenti.
“Tadi dia main atas katil...”
“Kamu tak mandi lagi ke Afrin? Dari tadi kamu buat apa je?” Tanya Amalina sambil memandang ke arah adiknya itu.
“Tadi Afrin......” Kata-katanya berjeda sedikit. Dia mula terfikir sendiri. Sama ada ingin berterus terang ataupun ingin menyimpannya sendiri. Amalina mula merenung anak mata adiknya. Mencari ketelusan pada pandangan mata Afrina itu.

p/s:: hidup ini penuh dengan perkara yang tak tergapai dek tangan kita..hmm..

11 comments:

  1. ciannyer afrina...
    hid0p dlm dunia sndiri...
    hurmmm...

    ReplyDelete
  2. ur sweet talker3 April 2012 at 07:27

    sara... hehehe.. ku tinggalkan tanda sebagai bukti kehadiranku di sini.. saja la tuh nak saspen2 ehhh?

    ReplyDelete
  3. macam tau je ur sweet talker.. hehe..sara tahniah..moga cepat siap MN ni..hehe..hasil tangan sara haruslah berpuas hati..

    ReplyDelete
  4. afrina edup dlm dunia sendiri...mungkin kah haraz akan kembali dlm edupnya semula??

    ReplyDelete
  5. die x dpt terima suami die dh x de..kesiannyer die..

    ReplyDelete
  6. haraz dah mati ekkk...afrina ni syg sgt kat haraz smpai tak dpt trima kenyataan haraz dah tak der.. idup dlm dunia sendiri...kesiannya...

    ReplyDelete
  7. sanggup sara buat k.as menangis lagi...hehe...sedihlah sara nie.. haraz sumber kekuatan ain, macam mana ain nk teruskan hidup lepas nie...

    ReplyDelete
  8. adeii sabor jelah ngn budak ni..cer jgn buat cite sedih2..uwaa..JK dh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...lawak plak rasa baca kome RM nie..tapi betullah cita nie sedih...huhu tapi!sedih pun sedihlah janji best.. :)

      Delete