Amalina
menjeling sedikit ke arah adiknya yang sedang merenung ke luar tingkap kereta
itu. Jasad Afrina berada di sisinya namun Amalina tahu yang fikiran adiknya itu
menerawang entah kemana. Dia yang sedang memandu pun mula rasa tidak senang.
Sekejap-sekejap memandang Afrina. Sekejap pula melontarkan pandangan ke arah
depan untuk fokus pada pemanduan.
‘Cakap
salah, tak cakap pun salah. Di luah mati mak, di telan mati bapak! Akhirnya aku
jugak yang tersedak nanti.’ Gerutu hati Amalina sendiri.
“Dik...”
Panggil Amalina pendek.
Namun
panggilan itu tidak mampu untuk menghilangkan ingatan Afrina yang hilang
dimamah derita yang bertandang. Hanya sepi yang bermaharajalela di ruangan
hati. Sukar benar untuk menangkis pergi. Malah ianya makin hampir mengugat
jiwa.
“Dik!”
Kali ini suara Amalina sudah mula meninggi. Dia sudah tidak larat lagi hendak
melayan kesedihan Afrina yang padanya agak membabi-buta! Kalau pun sedih, bukan
begini caranya. Kalau pun derita, bukan seperti ini hendaknya.
Setiap
manusia dibekalkan Iman dan Taqwa. Pergunakanlah seadanya. Bukannya melayan
perasaan hingga boleh mengugat rasa redha yang perlu ada dalam diri setiap
manusia.
Afrina
yang agak tersentak, terus berpaling ke sebelah. Terkejut mendengar suara
kakaknya yang agak kuat itu. “Kenapa kak?” Tanya Afrina. Lagak seperti orang
yang langsung tidak bersalah.
“Biar luput dari pandangan
tapi jangan pupus di dalam ingatan. Memang mengingati kenangan tu indah, tapi
tak semestinya manusia itu harus hidup dalam kenangan.” Untuk yang kesekian
kalinya, Amalina kembali menasihati adiknya itu. Makin lama, dia lihat tahap
kesihatan Afrina sudah makin tidak keruan. Makin menjadi-jadi penyakit
halusinasinya. Nampaknya, Afrina memang perlu dibawa ke pakar psikitari. Moga
doktor boleh merawat penyakit adiknya itu.
“Terlalu banyak kak..
sampai Afrin tak mampu untuk membuangnya.” Keluh Afrina penuh rasa lemah.
Bagaimana dia hendak mentafsirkan rasa hatinya tika ini. Apatah lagi orang di
sekelilingnya langsung tidak memahami corak perasaannya ini. Tidak mengerti
akan ketandusan rasa kasih yang dahulunya pernah harum mewangi dan bercambah di
hati.
“Kak long tak suruh
buang... tapi simpan.. Jangan terlalu diterokai kenangan itu. Sebab yang
melarat adalah hati Afrin sendiri. Kalau Afrin menangis air mata darah
sekalipun, Haraz tak akan kembali. Malah kamu terus menyiksa dia dekat sana...
Cerita ni tak akan menemui kesudahan kalau kamu berterusan macam ni Afrin...
Kali ini kak long betul-betul merayu.. Kalau pun Afrin tak kasihankan kak long,
tak kisahkan kak long, sekurang-kurannya kenanglah pada satu-satunya harta yang
Haraz tinggalkan pada Afrin. Afrin nak ke kalau Afrin kehilangan Hadziq hanya
semata-mata kerana Afrin pernah kehilangan Haraz?”
Suara Amalina kini sudah
mula bertukar serius. Tiada lagi kata pujukan seperti biasa. Bukan dia penat
untuk terus memujuk, tapi dia tidak mampu andai dia tahu yang pujukannya tidak
akan berjaya mengubah apa-apa. Pujukannya tidak akan mampu memperbetulkan jalan
Afrina yang tempang. Malah, mungkin Afrina akan makin lemah jika terbuai dengan
pujuakannya ini.
Afrina kembali melebarkan
pandangan ke ruangan luar tingkap. Kata-kata kakaknya itu seperti membelit
tangkai hatinya. Menjerut perasaannya. Bagaimana dia hendak kuat? Dia sendiri
dapat merasai yang kekuatannya pudar... Hilang disapa angin sedih yang datang
bertandang.
Bukan dia tidak pernah
cuba untuk terus kuat. Namun kudratnya tidak mampu untuk terus bertahan menahan
pedih. Hatinya walang apabila kehilangan Haraz. Masih terukir di pandangan
matanya dengan senyuman manis Haraz. Masih tergambar senda gurauannya. Masih
terasa hangat pelukan dari Haraz. Masih jelas terasa aroma tubuh badan Haraz.
Semuanya memang masih jelas dan terasa di lubuk hati.
‘Tapi sekuat mana pun kasih sayangku
terhadapmu, semua itu tidak mampu melawan kasih sayang Allah kepadamu....
Apalah daya diriku untuk menahanmu dari pergi mengadapNya. Kau pergi kerana
terlebih dahulu menyambut jemputan dari Allah.’
Memang dia sudah dapat menerima pemergian
Haraz. Namun entah kenapa, bayang Haraz masih lagi mengejar langkah kakinya.
Masih bermain-main di hujung fikirannya. Dia manusia biasa. Tidak punya kudrat
untuk menangung semuanya sendiri. Jadi salahkah jika dia terus bahagia di sisi
bayang Haraz?
“Afrin... akak nak bawa kamu jumpa pakar
psikitari. Afrin ikut akak esok ya?” Pinta
Amalina perlahan. Dia sangat berharap yang Afrina tidak akan menolak
permintaannya. Dia benar-benar ingin melihat Afrina yang dahulu. Yang ceria.
Yang lincah. Dia rindukan adiknya itu.
“Buat apa nak jumpa psikitari, Afrin bukan
gila!” Bentak Afrina sambil menepuk dashboard kereta.
Tersentak Amalina dibuatnya hingga dia
terus menekan brek secara mengejut. Afrina yang tidak memakai tali pinggang
keselamatan terus terdorong ke depan. Namun mujur Afrina sempat menahan dadanya
mengunakan tangannya. Jika tidak, pasti dadanya akan terhentak kuat di dashbord
kereta.
Masing-masing mula mencuri nafas. Afrina
sudah mula menangis. Amalina pula memusingkan kepala ke arah belakang. Takut
jika ada kerata yang sedang berada dari arah belakang. Kawasan simpang perkuburan
agak lengang sedikit. Tidak banyak kereta yang lalu lalang pagi ini.
Sungguh Amalina terlalu terkejut hingga
tertekan brek secara mengejut. Detak-detik jantungnya juga sudah berada di luar
kawalan. Mahu sahaja jantunya terpelanting keluar dari tubuh badanya. Mulutnya
mula beristigfar beberapa kali. Cuba menenangkan diri sendiri.
Dalam diam dia terus melafazkan rasa
syukur kerana dia tidak membawa Hadziq bersama-sama. Tidak dapat dibayangkan
jika Hadziq mengikuti mereka. Pasti anak kecil itu akan cedera teruk!
“Sorry-sorry... Kak long terlalu terkejut
tadi.. Afrin okay?” Amalina mula bertanyakan tentang keadaan adiknya itu.
Hatinya tersentuh apabila melihat air mata yang berjurai di pipi. Bilalah air
mata itu akan berhenti mengalir?
“Afrin tak gila kak... Afrin tak gila...”
Rayu Afrina sambil mengongcangkan lengan kakaknya. Mohon pengertian yang dia
bukan tergolong dalam kategori orang gila. Dia bukan orang yang sakit jiwa.
“Iya....Kak long tak cakap pun Afrin gila... Masa jumpa pakar nanti, Afrin
boleh luahkan apa yang Afrin rasa. Doktor tu mungkin boleh rawat sakit
Afrin...” Terang Amalina lembut sambil memujuk adiknya yang kesedihan itu.
“Afrin tak sakit!” Jerit Afrina kuat. Kembali
membentak.
Afrina mula mengigit bibirnya. Sakit hati
kerana dituduh seperti orang gila! Dia masih sihat dan sedang menjalani hidup
seperti orang biasa.
Kali ini Amalina mula beristigfar di dalam
hati. Mencari ayat yang paling sesuai untuk menenangkan adinya ini. Memang
adiknya tidak gila. Tapi dia bimbang jika sakit yang melibatkan jiwa dan
perasaan ini akan merebak hingga membuatkan adiknya itu menjadi gila. Itulah
perkara yang cuba dia elakkan daripada berlaku.
“Memang Afrin tak sakit... Tapi Afrin
perlukan seseorang. Seseorang yang boleh rawat jiwa Afrin yang kosong. Masa tu
Afrin boleh luahkan apa sahaja. Apa sahaja dengan doktor tuh...” Pujuk Amalina
untuk kesekian kalinya.
“Afrin tak mahu pergi. Afrin tak gila....
Afrin tak gila...” Ujar Afrina sambil berpaling ke luar tingkat. Kepalanya
digeleng beberapa kali. Tangannya ditekup ke telinga. Melarang dari terus
mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulut kak longnya itu.
Amalina mula mengeluh. Kepalanya juga ikut
turut tergeleng. ‘Apalah yang sedang terjadi sekarang? Mungkin Allah hendak
menduga kesabaranku.... Ya.. Allah sedang mendugaku... Jadi, aku harus
berlapang dada menerima kunjungan ujian titipan Allah ini.. Seharusnya, kau pun
begitu dik...’
“Ikut Afrin lah...” Akhirnya, Amalina
beralah dan kembali meneruskan pemanduan yang tergendala sebentar tadi.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa kurang sepuluh minit itu, hanya kesepian
yang menjadi penemannya.
Sesampainya di hadapan rumah Afrina,
kelihatannya ada sebuah kereta yang turut berada di situ. Afrina berpaling
memandang kakaknya. Kenal benar dengan pemilik kereta itu.
Tanpa terus berlengah, Afrina keluar dari
perut kereta. Kakinya terus dilarikan ke pintu rumah. Mencari seseorang yang
pasti akan mengugat jiwa dan ketenangannya.
“Baru balik?” Tanya dia ramah.
Afrina hanya berdiri di hujung sofa.
Memerhatikan Hajah Khadijah yang sedang bermain dengan Hadziq.
“Mama datang buat apa?” Dia takut untuk
menghulurkan soalan itu. Namun dia perlu mengetahui hakikat ibu mertuanya yang
penuh dengan muslihat itu.
“Lah, mama datang nak main dengan cucu
mamalah... Tak boleh ke?” Sinis suara
Hajah Khadijah menghulurkan persoalan. Dia memandang menantunya dari atas ke
bawah. Agak tidak terurus sedikit penampilannya. Tidak lagi bergaya seperti
dahulu. Afrina kelihatan pelik dengan baju kurung biru berbunga kecil yang
diserikan bersama tudung sarung hitam itu. Mukanya pucat tanpa secalit solekan.
Bahkan matanya sembab kerana terlalu banyak menangis. Berbeza sungguh Afrina
dulu dengan Afrina sekarang. Mungkin kehilangan Haraz memberi impak yang besar
terhadap wanita itu.
“Siapa kata tak boleh. Tapi kenapa tak
beritahu Afrin dulu?” Tanya Afrina lambat-lambat. Sedari dahulu, memang
hubungannya bersama mertuanya tidak baik mana. Tapi itu tidak bermakna mereka
bermusuhan.
“Mama dah call handphone, dah call
rumah... tapi tak ada orang angkat. Jadi mama datanglah terus. Manalah tahu
kalau-kalau korang dalam kesusahan..” Afrina sendiri tidak dapat mentafsir
kata-kata ibu mertuanya itu. Adakalanya kedengaran seperti kasihan,
kadang-kadang pula terasa sinisnya dan adakalanya terasa kebaikannya. Yang mana
satu pun Afrina tidak dapat menebaknya dengan tepat.
Akhirnya Afrina hanya duduk diam sahaja.
Amalina yang baru masuk itu terus
menghampiri Hajah Khadijah. Disalam dan disapa mama Haraz itu dengan penuh
mesra. Apabila merasai kekekokannya, dia terus menghilangkan diri di sebalik
dapur. Menghampiri Liyana yang sedang membancuh minuman itu. Sengaja
ditinggalkan adiknya bersama mertuanya sendiri.
“Mama datang ni berhajat...” Hajah
Khadijah mula membuka mulut. Sekilas pandang, dia mengerling sedikit ke arah
menantunya yang berada di hujung sofa itu. Jauh dari dirinya.
‘Macam manalah perempuan macam ni boleh
jadi bini Haraz? Langsung tak hormat orang tua... aku datang ni langsung tak
bersalam. Sambut kedatangan aku dengan muka ketat pulak tu?’ Rungut hati Hajah
Khadijah. Dahulu, memang dia pernah merestui kedatangan Afrina dalam
keluarganya, namun setelah pemergian Haraz, jangan harap dia akan berbaik-baik
dengan Afrina. Entah-entah, Haraz pergi kerana termakan dengan badi buruk milik
Afrina!
“Apa dia?” Tanya Afrina apabila Hajah
Khadijah seolah-olah sedikit berjeda dalam melahirkan kata.
“Mama nak ambil hak penjagaan terhadap
Hadziq.” Terus Afrina terbangun dari duduknya. Nafasnya mula turun naik tika
peluput telingannya menyambut berat kata-kata Hajah Khadijah itu.
“Mama tak boleh buat macam tuh! Hadziq
anak saya!” Teran Afrina kuat. Suara Afrina terus memanggil Amalina dan Liyana
untuk melangkah ke arah ruang tamu. Menyaksikan perdebatan antara mertua dan
menantu.
“Memang Hadziq anak kamu. Tapi Hadziq pun
cucu mama!” Hajah Khadijah juga sudah mula bangun dari duduknya. Amalina dan
Liyana sudah mula berpandangan sesama sendiri. Mula mengerti yang pergelutan
pasti akan berlaku.
“Selagi saya hidup, tak ada orang yang
boleh rampas hak penjagaan Hadziq dari saya! Saya masih mampu nak jaga dia.”
Afrina sudah meluru ke hadapan. Didukung Hadziq yang sedang bermain itu.
Terkulat-kulat Hadziq dibuatnya.
Hajah Khadijah mula tersenyum sinis.
Tangannya mula dibawa silang ke dada. Memandang Afrina dengan pandangan yang
agak jelek.
“Boleh ke orang tak siuman macam kamu jaga
Hadziq?” Kata-kata Hajah Khadijah itu seperti perluru yang terbenam di pelusuk
hati. Terus memantikan jiwa yang sudah sedia layu.
“Saya masih waras lagi!” Tekan Afrina
geram. Bibirnya digigit kuat. Sekejap lagi pasti akan mengalirkan darah jika
tidak ditahan.
“Kamu ingat mama tak tahu ke yang kamu ada
masalah mental? Mungkin mama jarang jumpa dengan kamu tapi itu tak bermakna mama
tak ambik peduli tentang diri kamu!” Suara Hajah Khadijah sudah kedengaran
serius. Matanya mencerlung memandang Afrina.
“Saya akan jalani rawatan... saya akan
buktikan yang saya tak gila!” Tutur Afrina berani. Matanya cuba melawan pandang
panahan mata mertuanya itu. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan
Hadziq. Dia akan buktikan yang dia masih waras dan dia berhak untuk menjaga
Hadziq.
“Peguam mama akan datang berjumpa dengan
kamu nanti. Apa-apa hal, kita jumpa di mahkamah.” Hajah Khadijah terus memakai
kaca mata hitamnya. Lantas terus keluar menuju ke keretanya.
Mata Afrina bergenang lagi. Sakit jiwanya
setelah dituduh menghidap penyakit mental. Pelukan si kecil yang erat
membuatkan air mata Afrina terus jatuh.
“Mama... angan...nangis...” Ujar si kecil
sedikit pelat.
Afrina cepat-cepat mengerdipkan matanya
berulang kali. Terlupa yang anaknya itu sudah boleh mengerti tentang kehadiran
air mata ini. Terus dikesat pipinya. Biar kering dari terus dibasahi air
matanya. Dia akan terus kuat. Demi Hadziq. Satu-satunya permata hatinya.
Penguat jiwanya dan pembakar semangatnya.
“Afrin.... kalau Afrin setuju, kak long
nak buat temu janji dengan doktor tu?” Tanya Amalina sambil mengusap lembut
bahu adiknya itu.
“Buatlah apa sahaja kak.... apa sahaja..
asalkan Hadziq tak dirampas dari Afrin.. Afrin tak gila kak.. Afrin tak gila.” Amalina
terus memeluk badan Afrina dan Hadziq. Syahdu rasanya melihat keperitan hidup
Afrina. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Tapi ujian ini pastilah hendak
membangkitkan kekuatan yang hampir hilang. Bukan kerana hendak melemahkan jiwa
hamba.
“Kak long tahu yang Afrin tak gila... Biar
kita buat rawatan ya sayang.. Kita buktikan yang Afrin betul-betul sihat dan
Afrin layak untuk menjaga Hadziq. Apa pun yang berlaku, Afrin ada akak... Afrin
ada akak...” Amalina sendiri tidak mampu menampung air matanya dari ikut turut
tumpah di pipi.
‘Ya Allah... kuatkan adikku... Kuatkan
jiwanya... Pertahankanlah haknya sebagai seorang ibu.. Sungguh, dia pernah
kehilangan Haraz... jangan Kau hilangkan pula Hadziq dari dirinya.’ Rayu
Amalina penuh tawaduk. Berharap agar masih ada sinar dalam hidup adiknya.
p/s:;; maaf jika ayat agak kelam kabut... hope enjoy reading... =)
ok...
ReplyDeleteterus kan usaha..
cian kat afrin...
harap dia kuat..
hope so... =)
Deletedoc mana yg rawat afrin nti ya?ex tunang dia ke..
ReplyDeletekalu nak tahu kena tunggu next entry ya.. =p
Deleteala sikit jep
ReplyDeleteakan ku tunggu
sikit???? dah 11 page ni yunk oit...
Deletekesihan sangat pada Afrin.. tapi dia kena tahu yang hidup ni mesti diteruskan.. menantikan kedatangan hero baru..
ReplyDeleteapalah yang akan terjadi lepas ni
be waiting ya.. =)
DeleteSalam Ezza..akak bru aja bca cite ni belum gi bca bab 1-4..akak bru aja jumpa blog ni...bru bca B.5 dh ada part2 yg menarik...sedeh...geram ngan sifat bekas mak mertua...besttttt...truskn...
ReplyDelete~ida..brunei~
wahh.. thanks akak.. sudi jenguk blog x seberapa nih.. hope akak suka karya2 cabuk sy nih.. jgn lupa bc next n3 ya...
Deletesedihnya...xsggup rasanya klu sy jadi afrina...:(
ReplyDeletesetiap manusia telah ditentukan arah perjalanannya.. yang penting, rasa redha kena ada dlm diri.. =)
Deletebetul tu sara...semogan afrina terus kuat demi anaknya..:)
Deleteuwaaa, sedih bangat nieh sara...
ReplyDeletekesiannya kat afrina... :(
Since many people are huge energy drink fans, its for protein,
ReplyDeletecarbs and fat are 40, order p90x online cheap 40 and 20 percent, respectively.
Many individuals notice that their loss results are quite powerful with fruits, veggies, beans,
lean meats, and low-fat dairy. The P90x Workout is order p90x online cheap now well liked as a result of wide curb your appetite.
Feel free to surf to my website - http://passingtree.com/profile/frankw13