Matanya mula merenung dinding berwarna putih yang terasa kosong. Bagai
hendak tembus dinding itu dibuatnya. Namun segala persoalan yang menghantui
minda, masih kabur tanpa jawapan. Sesungguhnya, dia sedikit sangsi. Benarkah
apa yang dia lakukan sekarang? Perlukan dia berada di hospital ini untuk
menerima rawatan sebagai pesakit mental?
“Puan Afrina...” Panggilan
dari seorang jururawat itu membuatkan Afrina berpaling.
“Ada apa nurse?” Tanya
Amalina. Mewakili Afrina yang diam tanpa sahutan itu.
“Puan Afrina boleh masuk
ke dalam... Kejap lagi Doktor masuk.” Terang jururawat itu dengan suara yang
lembut sambil disertakan senyuman yang manis. Amalina hanya mengangguk.
“Afrin boleh masuk...
Errr... Afrin nak akak teman ke?” Tanya Amalina penuh prihatin.
“Tak apa... Afrin boleh
masuk sendiri. Akak pergilah makan dulu....” Saran Afrina sambil mula bangun
dari duduknya. Entahlah, sungguh dia langsung tidak bersedia untuk berjumpa
dengan pakar psikitari ini. Namun apabila terkenangkan Hadziq, terus
semangatnya datang berkobar-kobar. Mana mungkin dia sanggup melepaskan
satu-satu anaknya ke tangan orang lain. Susah senang, biarlah Hadziq bersama
dengannya.
“Betul ni?” Adakalanya
Amalina sendiri kurang pasti dengan sikap adiknya itu. Sekejap macam elok.
Sekejap dihantui emosi. Sekejap lagi dihantui halusinasi. Binggung Amalina
dibuatnya.
“Betul... Afrin masuk dulu
ya.” Pohon Afrina sambil menolak pintu bilik tuan Doktor.
Amalina hanya menghantar
adiknya melalui ekor mata. Akan adakah sesuatu yang bakal mengubah hidup
adiknya hari ini. Hatinya mula resah sendiri. Bimbang jika apa yang dia lakukan
sekarang hanya akan menambahkan beban bilik Afrina.
‘Dik, percayalah... apa
pun yang akak lakukan, semuanya hanya semata-mata kerana kebaikan kamu...’
Dalam diam, dia menyalurkan doa agar semuanya akan berjalan dengan lancar
sahaja. Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan... Namun perpisahan itu
pasti akan mencipta pertemuan baru. Akhirnya, dia turut melalukan langkah. Dia
ingin membungkus makanan buat adiknya itu.
***
Afrina melebarkan
pandangan ke sekeliling bilik. Matanya berjaga. Namun hatinya mati untuk
membaca setiap coretan yang bertampal di dinding baik pun hanya untuk memandang
barang-barang yang terletak cantik di atas meja. Fikirannya melayang. Kosong
tanpa sebarang rasa. Yang ada hanyalah sebuah kehilangan.
Tangannya mula meraba
telefon bimbit yang memang sudah tersedia di dalam beg tangannya. Disentuh
permukaan skrin I Phone yang memaparkan
gambar dirinya bersama-sama dengan Haraz.
‘Ya Allah, rindu ini
datang lagi....’
Ku
mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama....
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama....
Sering kala
aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku
harungi Hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan
ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayangan mu
Tak sanggup aku kehilangan
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayangan mu
Tak sanggup aku kehilangan
Tanpa sebarang petanda, air mata kembali mengalir di dada wajah. Masih
belum jemu meratah setiap inci pipi mulus miliknya. Walaupun hatinya penat,
jiwanya pincang, air mata itu masih belum kering sepenuhnya.
“Sayang.....” Afrina melebarkan
pandangan matanya. Mencari-cari bayang yang melingkari kerinduannya.
Sesungguhnya, rindu ini tiada ubatnya. Tiada penghujungnya. Telah dilarikan
langkah kaki ke seluruh pelusok dunia, namun rindu ini masih merantai setiap
langkahnya.
“Jangan menangis...” Ujar
Haraz lembut. Dia melutut di hadapan Afrina. Kalaulah dia mampu untuk menyeka
pergi segala air mata yang bertaburan di wajah Afrina itu.
“Ain tak boleh hidup tanpa
abang....” Rengek Afrina untuk kesekelian kalinya. Begitu lemah jiwanya dalam
menapung dugaan ini. Tidak betah langsung untuk bertahan.
“Udara yang Ain pinjam
sekarang, bukan milik abang... Tetapi milik Allah. Dia yang memiliki segala
sesuatu di dunia ini. Bukan abang.... Berharaplah pada dia. Berdoalah pada dia
Ain... Abang sendiri tidak dapat membantu Ain kalau Ain sendiri tidak betah
untuk membantu diri sendiri.”
Afrina menangis
teresak-esak. Dia tahu yang dia sudah kehilangan Haraz. Tapi kenapa perlu ada
bayangan Haraz lagi? Benarkah yang dirinya sudah tidak waras? Benarkah yang
dirinya sudah GILA? Kalau benar dia gila, pasti dia tidak punya hak untuk
menjaga Hadziq. Ya Allah, apa yang perlu dia buat sekarang?
Tanpa Afrina sedar, ada
seseorang yang sedang melihat kelibatnya. Ada telinga yang menangkap
kata-katanya. Kakinya tiba-tiba bagai dipaku dari terus berjalan. Hatinya mula
rasa kaku. Perasaannya yang selama ini membeku, mula cair tanpa diketahui hala
tujunya.
“Afrin....” Sepatah nama
itu meluncur keluar dari mulutnya. Membawa wajah yang dihiasi tangis itu
berpaling mencari suara itu.
“Mirza....” Tanpa suara.
Nama itu bermain di hujung bibir Afrina.
Untuk seketika, mereka
saling bertatapan kerana diselubungi rasa terkejut. Mirza sungguh tidak
menyangka yang masih ada pertemuan setelah mereka berpisah lebih empat tahun
lamanya. Cepat-cepat Mirza menyembunyikan rasa terkejut dan kembali bertenang
seperti biasa. Namun hanya Allah yang tahu betapa kekoknya langkah kakinya tika
dibawa menghampiri Afrina.
Afrina yang duduk tadi
cepat-cepat terbangun. Dia mula berpaling untuk mengelap permata jernihnya. Namun
barulah matanya menangkap nama Iyyad Mirza yang terletak cantik di atas meja
kerja itu. ‘Macam mana aku boleh tidak perasankan sebaris nama ini?’ Saat ini,
dia mula menggelabah. Dia benar-benar ingin lari dari pertemuan ini yang tidak
diduga ini.
“Tak sangka kita berjumpa
lagi...” Mirza sendiri tidak pasti sama ada ayat yang dituturkannya itu benar
atau salah. Kena atau tidak dengan situasi sekarang. Tapi otaknya benar-benar
membeku untuk mengatur ayat yang lebih kemas. Fikirannya terasa kosong!
‘Ya Allah, dia masih
cantik seperti dahulu walaupun wajahnya sedikit cengkung dan tidak berseri...’
Tiba-tiba ada rasa sedih yang menerjah ruang hati. Sedih kerana pertemuan
mereka dicipta di bilik sakit ini.
Seminggu yang lepas, memang
Mirza ada terserempak dengan Amalina ketika menemani ibunya ke pasar tani. Mereka
mula bertukar khabar berita. Dan setelah Amalina tahu yang dia sekarang
menyandang jawatan sebagai Doktor Psikitari, Amalina terus menceritakan tentang
seorang sahabatnya yang telah kehilangan suami dan wanita itu mula
berhalusinasi tentang kelibat suaminya. Tanpa ragu-ragu, terus diserahkan kad
businessnya untuk membantu. Namun siapa sangka yang perempuan yang dimaksudkan
itu adalah Afrina. Bekas tunangnya sendiri!
Memang ada cerita pahit
yang membelit mereka dahulu. Namun tidak pernah sekalipun Mirza mendoakan yang
tidak-tidak terhadap Afrina. Semua ini memang mampu mengejutkan dirinya.
Apa sebenarnya yang telah
berlaku antara Afrina dan Haraz? Benarkah Haraz telah tiada? Namun apabila
terpandangkan wajah Afrina tika ini, semuanya bagai membenarkan spekulasinya.
Pasti berat untuk wanita itu menerima kehilangan Haraz sehingga membuatkan
Afrina terbawa-bawa dengan perasaannya.
“Saya nak balik...” Ujar
Afrina tanpa ditunggu lagi. Mana mungkin dia bisa bertahan untuk menatap wajah
Mirza. Setelah apa yang berlaku dulu, dia tidak pernah berharap untuk berjumpa
dengan Mirza lagi.
“Afrina..... Awak tak
boleh balik lagi.. Awak perlu menjalani rawatan..” Kalau ikutkan hatinya, ingin
sahaja ditarik lengan wanita itu dan didudukkan di atas kerusi ini. Dia
mengerti perasaan Afrina itu. Pastilah wanita itu kekok untuk berhadapan dengan
dirinya sekarang.
“Saya tak sakit... Saya
tak perlu jalani rawatan ni.. Saya bukan orang gila!” Teran Afrina kuat.
Nafasnya naik turun. Tak habis-habis lagi orang hendak menuduhnya gila. Pasti
Mirza bahagia melihat penderitaannya sekarang? Pasti lelaki itu senang melihat
dirinya yang tidak terurus ini. Pasti lelaki itu hendak mengetawakan dirinya
sekarang? Pelbagai persoalan mula menusuk ke benaknya.
“Bawa bertenang Afrin...
Saya tak cakap awak gila... Saya pun tak cakap awak sakit.. Saya di sini adalah
untuk mendengar segala luahan awak. Awak boleh cerita pada saya... Apa yang
awak nampak.. Tapi orang lain tak nampak... Apa yang awak dengar, tapi orang
lain tak dengar... Awak boleh kongsi dengan saya.”
Pujuk Mirza tenang. Langsung tidak
tergugat ketenanganya walau sudah ditengking oleh Afrina sebentar tadi.
Kerjayanya sebagai seorang Doktor Psikitari membuatnya dia harus peka dengan
keadaaan pesakitnya. Sikap tenang haruslah tebal dan dia sebagai doktro haruslah
tidak tergugat dengan keadaan emosi pesakit yang tidak menentu.
“Kalau saya cerita, awak percaya ke?”
Tanya Afrina sedikit lirih. Orang di sekelilingnya betah menuduhnya gila. Namun
adakah Mirza akan mempercayai kata-katanya. Sebutir permatanya mula jatuh lagi
di birai pipi.
Dada Mirza mula terasa ngilu apabila
melihat tangisan milik Afrina itu. Jika diikutkan jiwa lelakinya, mahu sahaja
dia sembamkan wajah Afrina di dada miliknya. Namun dia harus sedar yang ada
batasan dan garisan yang mengelilingi hubungan mereka.
“Okay... Afrin duduk kat sini...” Mirza
mula menolak sebuah kerusi di sisi Afrina. Mengarahkan agar Afrina duduk.
Mungkin kerana didorong oleh rasa sedih, terus Afrina duduk. Mirza terus
menarik sebuah lagi kerusi dan duduk di hadapan Afrina. Melihat pada tingkah
Afrina yang mengelap air matanya menggunakan hujung lengan bajunya, terus Mirza
mengeluarkan sapu tangan miliknya.
“Ambillah... saya tahu awak perlukan.”
Kata Mirza apabila melihat Afrina sedikit teragak-agak untuk menyambutnya.
“Saya tak perlukan sapu tangan ini andai
Haraz ada bersama-sama dengan saya sekarang.” Tutur Afrina sambil melemparkan
pandangan kosong ke arah suatu sudut. Mirza juga ikut turut terpanggil untuk
memandang hujung dinding yang kosong itu. ‘Adakah Afrina melihat kelibat
suaminya di situ?’
“Tapi hakikatnya Haraz dah tak ada kan..?”
Tanya Mirza lembut.
“Mungkin dia dah tak ada di muka bumi.
Tapi dia sentiasa subur dalam hati saya!” Jawab Afrina tegas. Sedaya upaya dia
cuba melarikan wajah dari membiarkan mata Mirza terus menjamahnya.
“Jadi, jangan awak matikan rasa yang sedia
ada itu.”
“Saya tak pernah matikan rasa cinta saya
pada Haraz!” Tekan Afrina sekali lagi. Entah kenapa, kehadiran Mirza ini
benar-benar membuatkan dirinya naik darah! Setelah apa yang berlaku dahulu,
pasti Mirza senang melihat keadaan dirinya yang tunggang langgang ini. Pasti
hati lelaki itu puas!
“Tapi perlakuan awak
sekarang menunjukkan yang awak sedang membunuh cinta awak sendiri!” Kali ini,
suara Mirza kedengaran agak tegas sedikit.
Afrina mula memandang ke
arah Mirza. Memandang dengan pandangan yang tajam. Nafaznya mula berselerakan.
Mungkin rasa marah sudah menjengah dalam diri. Hingga membuatkan emosinya
saling berdetum hebat. Air liur yang tersekat, mula ditelan perlahan.
“Cinta... tak semestinya
bersatu. Kalau dia pergi, Afrin harus relakan pemergiannya. Sebab Allah sedang
mempersiapkan kebahagiaan yang lebih sempurna di alam sana. Afrin isteri yang
baik kan? Jadi, tegarkan Afrin menahan kebahagian dia? Jangan biarkan diri
Afrin terhempas di sini. Jangan habiskan sisa cinta itu dengan mengenang
sesuatu yang telah jauh. Mengenang itu perlu. Tapi ada batasannya. Menyayangi
itu sesuatu yang pasti. Tapi ada had limitnya. Afrin kena bangun dari mimpi
semalam. Mimpi yang mengerikan itu. Sebab yang menanti Afrin sekarang ialah
hari yang lebih cerah. Yang lebih berseri. Yang lebih pasti.....” Nasihat Mirza
penuh lembut. Dia agak tersedar yang kata-katanya sedikit keras tadi.
Mirza mula mengatur ayat yang
lebih sesuai untuk santapan rohani Afrina yang kosong. Mungkin kerana rasa
sayang yang terlalu menebal itu membuatkan Afrina longlai dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
Perasaan itu sesuatu yang
halus. Bisa terkoyak jika berlanggaran dengan duri-duri tajam. Jadi, perlulah
diperkukuhkan benteng pertahanan. Agar dapat menahan diri dari terjunam jatuh
ke lembah perasaaan yang menggila.
“Orang tuduh Afrin gila..
Orang cakap Afrin tak siuman....” Rengek Afrina sambil menangis. Terlupa
seketika sengketa yang pernah menghantui mereka dahulu. Lurus dia mempamirkan
gelodak hatinya. Mungkin hanya Mirza yang akan memahami perasaann takut yang
dia rasai tika ini.
Sungguh, dia sering
merasakan yang masyarakat sering memandangnya hina! Gila ditelan rasa cinta
yang sudah mati.
“Sebab
tu Afrin kena jalani rawatan... kena buktikan yang Afrin tak gila.. yang Afrin
tak sakit..” Pujuk Mirza lagi. Penuh kelembutan. Bibirnya mula merekah dengan
senyum. Cuba mengusir rasa gundah yang hinggap dalam diri Afrina.
“Macam mana....kalau
Afrin..... betul-betul gila?” Tanya Afrina dalam esakan yang masih belum
reda. Matanya yang berkaca itu tulus
mengharapkan sebuah kepastian dari Mirza.
“Ish... jangan fikir
buruk... Lepas ni Mirz akan atur beberapa temu janji lagi. Kita akan buat
pemeriksaan secara terperinci. Apa pun, Mirz akan bantu Afrin. Afrin percayakan
Mirz kan?” Kali ini, giliran Mirza pula yang menantikan jawapan yang mampu
menggocak rasa hatinya. Berharap agar Afrina bersetuju dan membiarkan dirinya
untuk merawat Afrina. Walaupun besar kemungkinan yang Afrina akan menolak,
Mirza tetap berdoa agar dia diberikan peluang untuk membantu Afrina.
Afrina mengangguk. Pertama
kali termakan dengan pujukan lembut tentang penyakit yang dihidapinya.
Biasanya, telinganya akan naik bebal bila mendengar kata-kata nasihat yang
berkait rapat dengan penyakitnya.
Mirza tersenyum cuma.
Setelah hampir empat tahun, entah kenapa inilah senyuman yang paling ikhlas
pernah menjamah wajahnya.
‘Ya Allah, cerahkanlah pertermuan kami ini
dengan sirnaMu.. Aku berharap agar kegelapan yang menerangi kalbuku selama ini
akan pergi.... Pergilah jauh-jauh wahai sepi... Pergilah jauh-jauh wahai
derita.. Pergilah jauh-jauh wahai resah.. Kerana sekarang aku sedang mencuba
untuk meneguk secebis cinta semalam yang masih belum tentu dilahirkan untuk
menjadi milikku.’
p/s::: maaf jika tak memenuhi piawaian korang semua.. =)
soft spoken sungguh MIRZA...pandai dia tarik ain back on track...bekas tunang plak tu...apa2 pon, akak mmg suka ngn MIRZA...haha...nak mention jgak ek...eh...dah pandai leave comment kat blog laa..wakaka
ReplyDelete-kak lien-
wahhh.. terharu dgn kecekalan akak nk drop komen.. xpe.. kalu komen direct pun, sy x kisahlah... doktor kak.. haruslah pandai kan.. =)
Deletehope ade sirna kebahagiaan buat afrin dan mirza..
ReplyDeletehope so.. =)
Deleteselalu jadi silence reader jerr..tapi hari ni terasa nk jadi tukang komen...suka dengan jalan cerita ni..memang menarik...lain drp yg lain...
ReplyDeletehehe.. sila2.. sila jadi tukang komen..komen y membina mampu memberi semangat luar biasa pd penulis..hehe.. thanks ya.. =)
DeleteSemoga kemunculan semula Mirza dalam hidup Afrina membawa secebis ketenangan...
ReplyDeleteamin.. hehe.. tolong doakan...=)
Deleteakhirnya, hero baru dah muncul. Moga Mirza dapat lembutkan hati Afrina. kiranya mirza ni bekas tunang afrinalah kan?
ReplyDeleteagak-agaknya sebab apalah dia orang putus dulu?
kalu nak tahu, kena tunggun n3 selanjutnya..
Deleteharap² mirza boleh hilangkan derita afrin...
ReplyDeleteinsyaAllah akan dipertimbangkan.. haha
Deletemakin best..
ReplyDeletehope memenuhi citarasa awk..
Deletehrp2 mirza dpt bantu afrin...knp dia org putus tunang dlu?..
ReplyDeletetu kena tunggu... mana boleh bagi semua.. hehe
Deletewah....apasal mirza putus ngan ain. sambung ye....
ReplyDeletesabar2.. kena tunggu smbungannya ya.. =)
Deleteakhirnya mirza muncul juga...itu la yg kaka harapkan sebelum neh... moga mirza dpt sembuhkan afrin...dah parah benor jiwanya tuh...
ReplyDeletethanks kak nora... jiwa yang parah itu memang ada ubatnya kan.. =) insyaAllah dengan bantuan Allah
DeleteInn: mirza...i lebiu much..
ReplyDeleteamboi...kak inn....kikikiki
Deleteinn: ekekeke..suke lelaki yg sabo camtuh..
Deleteawesome...harap2 mirza boleh ceriakan balik hidup afrina. :)
ReplyDeletedapat doktor ensem.,.comel.. soft spoken.. rasa macam nak sakit aje.. hahahaa
ReplyDelete