Sinaran
mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Memori semalam
Tinggal
segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi
indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Pergilah
rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik
Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…
Membara kerana dia tiada niatku…
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi
“Abang
dedikasikan lagu ini khas untuk sayang...” Ujar Haraz penuh semangat ketika
mereka berdua menghabiskan masa hujung minggu dengan berkaraoke bersama. Hadziq
awal-awal lagi sudah dibawa lari oleh kak longnya. Haraz dan Afrina hanya
membenarkan. Kasihan juga jika melihat Hadziq bermain keseorangan di rumah.
“Ek
eleh... abadikan lagu sedih buat apa? Nyanyilah lagu rock kapak ke? Yang
jiwang-jiwang ke...” Komplen Afrina sambil mencebik.
“Eh dia
ni... tak bersyukur langsung bila abang nyanyikan untuk dia!” Haraz sudah mula
memberi ayat merajuk.
“Abang
akan nampak tua bila merajuk... Jadi sila jangan merajuk!” Usik Afrina sambil
ketawa meriah.
“Oh..
time dia merajuk, abang pujuk bagai nak rak! Time abang merajuk, sikit pun tak
endahkan abang ya! Sayang tunggu bila sayang hilang abang.... Hah, masa tu
jangan nak panggil-panggil abang pulak!”
Terbeliak
mata Afrina tika menyambut ugutan daripada suaminya itu.
“Amboiihh...
suka sangat main ugut-ugut kan?”
“Ish..
tu kan trademark abang....” Afrina ketawa sahaja apabila mendengar jawapan
spontan dari suaminya itu.
“Abang...”
Afrina sudah mula menempel di bahu milik Haraz. Dilentokkan kepada di bahu
milik suaminya itu. Senang jika dapat bermanja sebegini terus.
“Hmm...”
“Jangan
merajuk tau! Sebab Ain tak retilah nak pujuk!” Ada tawa yang tercetus dari
mulut Haraz apabila mendengar bait kata milik isterinya itu.
“Abang...
jangan hilang dari Ain tau! Sebab kalau abang hilang, siapa nak pujuk Ain lagi
kalau Ain merajuk...” Sambung Afrina lagi.
Haraz
hanya tersenyum. Faham sangat dengan ayat pasrah milik isterinya ini. “Abang
dedikasikan lagu tadi untuk Ain bukan sebab abang nak tinggalkan Ain... atau
nak hilang dari Ain... Abang terlalu sukakan lirik lagu tuh. Lagipun, suara
abang sedap sangat kalau nyanyi lagu ni.. Kalau nyanyi lagu lain, suara abang
tak lah sesedap ni pulak!”
Afrina
ketawa lagi. “Perasannya abang nih!”
“Memang
abang perasan... Abang perasan yang isteri abang ni comel sangatlah malam ni...
Rasa macam nak...” Haraz sudah mula mendekatkan wajahnya.
“Hah,
jangan nak macam-macam ya?” Jari terlunjuk Afrina sudah ditujukan ke arah
Haraz. Tanda memberi amaran.
Haraz
ketawa besar. “Nak buat macam mana lagi... Macam biasa lah.” Terus Haraz bangun
dah mencempung tubuh milik isterinya. Hingga terjerit kecil Afrina dibuatnya.
Dia ketawa bahagia. Sungguh bahagia.
“Afrin...”
Panggilan pendek itu terus mematahkan ingatan yang menjalar di ruangan fikiran.
Terus Afrina berpaling ke arah kakaknya.
“Akak
tunggu dalam kereta ya...” Ujar Amalina sambil tersenyum sedikit. Sengaja
membiarkan Afrin sendirian. Memang adiknya itu memerlukan ruang untuk berfikir.
Afrin hanya terkaku sendiri. Tidak mengangguk
ataupun menggeleng.
Air
matanya kembali bermaharajalela di ruangan wajah. Hatinya diruntun kesedihan
apabila melihat pusara milik suaminya tika ini. Terlalu banyak kenangan antara
mereka. Terlalu banyak kasih sayang mereka. Namun sekarang terlalu banyak jarak
yang menghiasi hubungan mereka.
Rasanya
selepas enam bulan, inilah kali pertama Afrina menjejakkan kaki ke sini setelah
arwah pergi. Sungguh.. Dia tidak adil dengan arwah suaminya. Kerana terlalu
mengikut perasaan, dia sanggup menangis tak henti-henti. Namun terlupa untuk
mendoakan kesejahteraan suaminya di alam sana.
“Maafkan
Ain bang... Ain tak kuat nak merelakan pemergian abang...” Tangis Afrina
bermula lagi.
Ingatannya
mula tergarit pada peristiwa yang meragut nyawa suaminya. Yang meragut cinta
hatinya. Saat hilangnya tempat untuk dia berteduh dan bermanja.
“Hari ni
abang teringinlah nak makan ikan bakar dekat tanjung lumpur tuh!” Haraz mula
menyatakan keinginannya.
“Abang,
masuk minggu ni dah empat kali kita pergi makan dekat situ!” Komen Afrina tidak
faham. Sejak akhir-akhir ini, Haraz sering bersikap yang tidak-tidak. Selama
ini, suaminya itu paling susah untuk diajak makan di luar. Segala benda tidak
kena dengan selerannya. Hendak juga makan air tangan milik si isteri. Tapi
sekarang lain pula ceritanya.
“Kenapa?
Tak boleh ke abang nak makan ikan bakar?”
“Ain tak
lah cakap tak boleh... tapi membazir je kalau kita makan kat luar. Baik Ain
masak je kan...” Pujuk Afrina. Membetulkan salah sangka milik suaminya.
“Abang
tak suruh guna duit Ain pun!” Tempelak Haraz sedikit keras.
Tanpa
sedar, kata-katanya itu telah menguris perasaan Ain.
“Ialah..
Ain pergi siap kejap!” Diambil Hadziq yang sedang berada di dalam dukungan
Haraz. Sungguh, air matanya memang hendak menitis. Tidak mengerti kenapa Haraz
perlu meluahkan kemarahan di atas perkara seremeh itu.
Haraz
mula mengarukan kepalanya. Menyedari kekhilafan diri sendiri. Namun tidak pula
dia berniat untuk memujuk isterinya. Akhirnya dia cuma membiarkan Afrina melayan rajuknya.
Ketika
sampai ke restoren Ana Ikan Bakar, mereka mula mengambil tempat yang agak
hujung sedikit di tingkat dua itu. Sekali lagi Afrina diserang rasa aneh.
Kebiasaannya Haraz kurang berkenan untuk duduk bersila di bahagian atas
restoren. Dia gemar duduk di tingkat bawah.
Usai
membuat pesanan. Tangan Haraz mula mencari tangan milik isterinya yang sedang
ralit melayan Hadziq itu. Dia sedar yang wajah isterinya itu sedikit kusam
tanpa senyuman. Pasti Afrina terasa hati dengan sikapnya tadi. Afrina hanya
menunduk ke bawah.
“Marah
abang?”
“Tak.”
“Hmm...
benci abang?”
“Tak.”
“Sayang
abang....”
“Errkkk...”
Jawapan itu membuatkan Afrina yang menunduk itu
mula mengangkat muka. Terdengar ketawa lepas dari mulut Haraz.
“Sayanglah
ni ya...” Usik Haraz sambil mencuit sedikit hidung separa mancung milik Afrina.
Naik segan Afrina dibuatnya bila Haraz tidak segan-segan bermadu kasih di
tempat awam ini. Mujurlah bukan hari minggu. Jika tidak, restoren ini pasti
akan lebih sesak dikunjungi oleh orang ramai.
“Ish...
sengaja je nak psycho orang kan?” Marah Afrina sengaja. Sungguh, hatinya
terusik dengan kata-kata suaminya tadi.
Entah kenapa terlebih sensitif.
“Abang
mintak maaf... Abang cuma teringin sangat nak makan kat sini. Tanpa sedar,
abang dah lukakan hati Ain.” Ucap Haraz penuh rasa bersalah.
“Abang
memang.. suka lukakan hati Ain. Aish, nasib baik abang pandai ubatkan!” Afrina
sudah mula boleh buat lawak. Haraz tersenyum. Nampaknya kemarahan isterinya itu
sudah reda sedikit.
“Ain
ingat lagi tak.. tiga kriteria yang abang nak untuk memenuhi piawaian sebagai
seorang isteri?” Tanya Haraz tiba-tiba. Matanya redup memandang buah hatinya
yang berada di sebelahnya itu.
“Ingat...”
Jawab Afrina sedikit berjeda.
“Tiga
ciri-ciri penting yang abang nak cari dulu ialah. Perempuan yang nak jadi
isteri abang kena malu, cemburu dan kedekut!”
Haraz
kembali mengulang ciri-ciri yang dikehendakinya dahulu. Sebelum dia berkahwin
dengan Afrina.
Afrina ingat lagi, hanya Tuhan
yang tahu perasaaannya ketika mendengar ciri-ciri gadis idaman Haraz. Bagi
Afrina, Haraz memang GILA! Tidak pernah-pernah ada lelaki yang mahukan
perempuan yang pemalu, cemburu dan kedekut! Ciri-ciri yang tak bertemankan
konsep kemodenan langsung! Kebiasaannya lelaki suka yang cantik, yang kurus,
yang berdikari. Masa itu, Afrina memang ketawa besar setelah memikirkan cara
pemikiran Haraz yang agak ketinggalan zaman. Orang zaman batu pun tak pernah
meletakkan piawaian seperti itu. Entah pemikiran zaman manalah yang Haraz
ciplak!
Namun setelah mendengar
penerangan daripada Haraz. Dia mula terlopong besar. Memang nyata, pemikiran
Haraz memang sukar ditebak!
“Abang nak cari perempuan yang
pemalu, sebab bagi abang sifat pemalu seorang perempuan adalah maruahnya. Kalau
dia pandai meletakkan rasa malu yang bersesuaian di tempatnya, dia dikira
sebagai seorang yang pandai memelihara maruahnya.” Haraz kembali menerangkan
sebab dan munasababnya.
“Yang kedua... isteri abang
kena cemburu. Sebab abang memerlukan seorang wanita yang cemburu supaya sikap
cemburunya akan mendorong dia untuk menegur kesilapan abang. Melarang abang
dari terus hanyut. Ialah, kalau dapat isteri yang tak ada perasaan, mesti abang
boleh terleka melayan perempuan lain kan...”
Haraz kembali menyambung
sambil tersenyum kacak. Afrina ikut turut tersenyum.
“Dan
yang terakhir, seorang isteri itu perlu kedekut... Sebab dia yang akan menjaga
harta suaminya. Dialah yang perlu mengawal pembelanjaan dalam rumah tangga.
Memang silap besar kalau dapat isteri yang boros! Satu pasar raya pun nak
diborongnya.”
Afrina
ketawa sedikit. Sebenarnya dahulu dia memang agak boros! Pantang dapat ruang.
Pasti tidak akan melepaskan peluang! Namun sikap Haraz yang bersederhana dalam
segala perkara membuatkan Afrina terikut sama. Memang bersederhana itu adalah
lebih baik daripada berlebihan.
“Apa
motif abang cerita semua ni?” Afrina mula bertanya selepas segala rasa aneh
mula bersawang di akal fikiran. Kenapa Haraz perlu menceritakan sesuatu yang
dia sudah tahu.
“Abang
nak sayang tahu... yang sayang telah pun memenuhi piawaian itu. Kehadiran
sayang melengkapkan hidup abang. Menyempurnakan kisah hidup abang. Menampal
segala cacat cela milik abang... Abang.. sayang Ain sangat-sangat. Mungkin
abang bukan yang pertama. Abang pun tak harap untuk menjadi yang terakhir.. Apa
yang abang harap ialah, abang harap Ain bahagia... Abang nak Ain kekal
bahagia... Sebab abang tak pernah tak bahagia ketika bersama dengan Ain.”
Kata-kata
Haraz yang perlahan tetapi syahdu itu membuatkan kolam air mata Afrina terasa
panas. Emosinya mula diulit rasa sedih yang menggunung.
“Abang....”
Belum sempat Afrna menyambung kata, Haraz cepat-cepat sahaja memintas.
“Terima
kasih kerana sudi terima abang satu ketika dahulu dan terima kasih sebab
bertarung nyawa untuk menyelamatkan Hadziq dulu.. Jasa dan pengorbanan Ain, tak
akan abang lupa sampai bila-bila.” Tangan Haraz sudah mula jatuh di atas kepada
Afrina yang bersalut tudung berwarna merah itu.
“Abang...”
Afrina mula diserang kegawatan perasaan. Takut mendengar kata-kata aneh dari
suaminya itu.
“Ish...
kenapa sedih-sedih ni. Abang ungkapkan semua ni sebagai tanda abang terlalu
menghargai kasih Ain... Mungkin dulu abang lupa nak hargai semua ini. Jadi
sebelum terlewat, baik abang luahkan semuanya kan... Maafkan abang yang penuh
khilaf dan terima kasih untuk semuanya.”
Dilap
air mata yang berjuraian di pipi isterinya. Tidak suka melihat permata yang
terlalu berharga itu dibuang seenaknya. Biarlah air mata itu keluar hanya
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
Perbualan
mereka tergendala seketika apabila pelayan mula menghidangkan lauk pauk yang
dipesan tadi. Afrina mula meriba Hadziq yang ralit bermain dengan permainan
baru. Hadziq memang kanak-kanak yang tidak banyak karenah.
Afrina
memandang lauk pauk yang terhidang. Ada ikan kerapu bakar, ada tomyam campur,
ada sotong celup tepung dan ada sayur kailan ikan masin. Namun lauk pauk yang
terhidang seperti tidak mampu membuka pintu seleranya yang tiba-tiba mati.
“Biar
abang riba Hadziq.” Ujar Haraz sambil terus mengambil Hadziq daripada ribaan
isterinya. Afrina hanya membenarkan. Tidak sedikit pun melarang.
“Hadziq
duduk dengan ayah ya... Tak mahu susahkan ibu tau!” Haraz mula mencium pipi
gebu milik Hadziq kemudian barulah menyuapkan makanan kepada si kecil.
Terhenti
pergerakan Afrina yang ingin mencedok lauk ke dalam pinggan Haraz apabila
mengesan ayat aneh yang keluar dari mulut suaminya itu.
“Tunggu apa lagi.. makanlah
yang.” Tegur Haraz sambil meletakkan beberapa jenis lauk di pinggan Afrina.
Afrina tersenyum sambil menyuakan nasi ke mulutnya. Namun nasi yang ditelan,
terasa pahit dan kelat. Menjadikan perut yang kelaparan diserang rasa sebu.
“Ish...
awat makan comot sangat ni.” Haraz terus mengambil sisa nasi yang berada di hujung
bibir isterinya. Lalu dimasukkan di dalam mulutnya. Haraz mula menjamah makanan
dengan penuh selera.
Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah,
Haraz mula memberhentikan kereta di sebuah masjid. “Abang nak solat Isyak
dulu.. Takut tak sempat kalau sampai rumah nanti. Tunggu abang kejap ya...”
Sikap aneh Haraz itu membuatkan Afrina kembali diserang rasa pelik.
“Apa
yang lewatnya? Sekarang baru pukul sembilan lebih.. Sebelum pukul sepuluh dah
boleh sampai rumah...” Komen Afrina tanpa sedar. Haraz berpaling sebentar ke
arah isterinya.
“Entahlah...
tiba-tiba rasa tak sabar nak mengadap DIA..” Anak mata Haraz mula dibawa ke
atas. Dia mula tersenyum dan melangkah keluar dari kereta.
Hati Afrina mula berdegup di
luar kebiasaan. Terus dia mula beristigfar berulang kali. Sukar benar untuk
menghalau fikiran buruk yang sudah mula menjalar di kotak fikiran.
Sudah hampir dua puluh minit
menunggu namun kelibat suaminya itu masih belum muncul-muncul lagi. Lantas dia
mula keluar dari perut kereta sambil mendukung Hadziq. Kakinya mula menapak
masuk ke pintu Masjid. Namun suasana di dalam masjid kelihatan kecoh sedikit.
“Subhanallah...” Terdengar
ucapan halus itu keluar dari mulut pak cik tua yang baru turun dari tangga
masjid.
“Kenapa pak cik?” Tanya Afrina
tanpa sedar.
“Ada orang meninggal masa
tengah sujud... Hebat betul kuasa Allah.”
Afrina yang mendengar terus
pegun sendiri. Bibirnya mula bergetar. Tanpa menunggu lama, terus dia berlari
masuk ke dalam masjid. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang berkurumun di
satu arah. Terus dimajukan langkah untuk mendekat. Namun dia berdoa... berdoa
agar orang yang meninggal itu bukan suaminya.
Namun sangkaanya jatuh
meleset.
“Abang....” Panggilan itu
terkeluar dari mulutnya. Melihat sekujur badan yang telah dikiamkan di tengah-tengah
masjid itu. Semua orang yang berada di situ sudah mula berbisik sesama sendiri.
“Abang....” Rintih Afrina
pilu. Dia mula melepaskan Hadziq dari dukungan. Tangannya mula menggongcang
tubuh badan Haraz.
“Nak... bawa mengucap... arwah
dah tak ada...” Terang seorang lelaki tua yang berserban dan berjubah putih
itu. Menghalang dirinya dari terus meratapi pemergian Haraz. Air mata mula
kabur di ruangan mata. Apatah lagi melihat wajah tenang milik suaminya.
“Sayang...” Panggilan itu
memecahkan kepingan sejarah sila itu. Lantas dia berpaling ke sebelah. Haraz!
“Abang....”
“Sayang kena redha... kena
lepaskan apa yang tak mampu untuk berada di gengaman sayang...”
“Tapi Ain tak boleh.. Ain tak
kuat!”
“Abang tahu Ain kuat... Ain
kuat... Tolong jangan seksa diri Ain macam ni..” Kata-kata Haraz itu kembali
membuatkan Afrina meraung sendiri.
“Kan abang pernah cakap...
kalau pun abang tak berada di sisi Ain.. Abang tetap berada di dalam hati Ain.
Dekat dengan jiwa Ain.” Afrina tidak mampu berkata apa lagi selain daripada
menangis.
Amalina yang ingin mendapatkan
adiknya itu kembali terpaku dan terkaku apabila melihat adiknya itu masih lagi bercakap sendirian. Rupa-rupanya, Afrina masih berhalusinasi dengan bayangan Haraz walaupun dia sedar yang Haraz telah tiada. ‘Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan
sekarang?’
p/s::: errkk.. agak panjang pulak entry kali nih... hehe.. enjoy reading ya..
sedihnyer...speechless.. ;(
ReplyDeleteheyy... nah tisu.. jgn sedih2 tau..hehe
ReplyDeletesebelum ni dok tertanya² camane haraz meninggal...meninggal mase sujud rupenye...egtkan accident ke ape, sbb afrina macam tak redha je...huhu...
ReplyDeletesedey...hope lpas ni afrina bole terima hakikat haraz da xde...
huhu..... sedih nyer
ReplyDeletesedihnya... :(
ReplyDeleteerrkk.. entry kali ni sedih sikit.. hope x menjejaskan emosi pembaca..hehehe... thanks coz drop komen.. really appreciate u alzzz punya support..
ReplyDeleteterharu n ske ngn pnulisan akak... x da yg x sdih khilangan org tersayang kan..... best hope afrina sedar n tabah ya kak sara.... hehe
ReplyDeletelama tak nampak?? mana menghilang..hehe.. yeaahh.. afrina sedang mencari kekuatannya yang hilang dimamah perasaan... =)
DeleteKuasa DIA perginya Haraz dengan begitu elok sekali...
ReplyDeleteAin Redha permergian Haraz... Sedekahkan yassin dan Surah Al-quran ... Insyallah semuanya aman .....
afrina lelah tika kehilangan bayang seorang yang sentiasa menemani hari-harinya... terlupa yang dia terlebih sedih dalam menyambut ujian ini.. hmm
Deletesedihnya......kesian ain. tapi redha la, kerana yang pergi tak kan kembali.
ReplyDeletebetul.. tapi yang teristimewa akan tetap di hati
Deletehwaaaaaaa...sedih!!!!! lps baca entry nie, trs tutup lampu bilik sbb xnak kwn nmpk sy nangis...parah2... =(
ReplyDelete