Friday 6 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [4]


Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi

            “Abang dedikasikan lagu ini khas untuk sayang...” Ujar Haraz penuh semangat ketika mereka berdua menghabiskan masa hujung minggu dengan berkaraoke bersama. Hadziq awal-awal lagi sudah dibawa lari oleh kak longnya. Haraz dan Afrina hanya membenarkan. Kasihan juga jika melihat Hadziq bermain keseorangan di rumah.
            “Ek eleh... abadikan lagu sedih buat apa? Nyanyilah lagu rock kapak ke? Yang jiwang-jiwang ke...” Komplen Afrina sambil mencebik.
            “Eh dia ni... tak bersyukur langsung bila abang nyanyikan untuk dia!” Haraz sudah mula memberi ayat merajuk.
            “Abang akan nampak tua bila merajuk... Jadi sila jangan merajuk!” Usik Afrina sambil ketawa meriah.
            “Oh.. time dia merajuk, abang pujuk bagai nak rak! Time abang merajuk, sikit pun tak endahkan abang ya! Sayang tunggu bila sayang hilang abang.... Hah, masa tu jangan nak panggil-panggil abang pulak!”
            Terbeliak mata Afrina tika menyambut ugutan daripada suaminya itu.
            “Amboiihh... suka sangat main ugut-ugut kan?”
            “Ish.. tu kan trademark abang....” Afrina ketawa sahaja apabila mendengar jawapan spontan dari suaminya itu.
            “Abang...” Afrina sudah mula menempel di bahu milik Haraz. Dilentokkan kepada di bahu milik suaminya itu. Senang jika dapat bermanja sebegini terus.
            “Hmm...”
            “Jangan merajuk tau! Sebab Ain tak retilah nak pujuk!” Ada tawa yang tercetus dari mulut Haraz apabila mendengar bait kata milik isterinya itu.
            “Abang... jangan hilang dari Ain tau! Sebab kalau abang hilang, siapa nak pujuk Ain lagi kalau Ain merajuk...” Sambung Afrina lagi.
            Haraz hanya tersenyum. Faham sangat dengan ayat pasrah milik isterinya ini. “Abang dedikasikan lagu tadi untuk Ain bukan sebab abang nak tinggalkan Ain... atau nak hilang dari Ain... Abang terlalu sukakan lirik lagu tuh. Lagipun, suara abang sedap sangat kalau nyanyi lagu ni.. Kalau nyanyi lagu lain, suara abang tak lah sesedap ni pulak!”
            Afrina ketawa lagi. “Perasannya abang nih!”
            “Memang abang perasan... Abang perasan yang isteri abang ni comel sangatlah malam ni... Rasa macam nak...” Haraz sudah mula mendekatkan wajahnya.
            “Hah, jangan nak macam-macam ya?” Jari terlunjuk Afrina sudah ditujukan ke arah Haraz. Tanda memberi amaran.
            Haraz ketawa besar. “Nak buat macam mana lagi... Macam biasa lah.” Terus Haraz bangun dah mencempung tubuh milik isterinya. Hingga terjerit kecil Afrina dibuatnya. Dia ketawa bahagia. Sungguh bahagia.
            “Afrin...” Panggilan pendek itu terus mematahkan ingatan yang menjalar di ruangan fikiran. Terus Afrina berpaling ke arah kakaknya.
            “Akak tunggu dalam kereta ya...” Ujar Amalina sambil tersenyum sedikit. Sengaja membiarkan Afrin sendirian. Memang adiknya itu memerlukan ruang untuk berfikir.
 Afrin hanya terkaku sendiri. Tidak mengangguk ataupun menggeleng.
            Air matanya kembali bermaharajalela di ruangan wajah. Hatinya diruntun kesedihan apabila melihat pusara milik suaminya tika ini. Terlalu banyak kenangan antara mereka. Terlalu banyak kasih sayang mereka. Namun sekarang terlalu banyak jarak yang menghiasi hubungan mereka.
            Rasanya selepas enam bulan, inilah kali pertama Afrina menjejakkan kaki ke sini setelah arwah pergi. Sungguh.. Dia tidak adil dengan arwah suaminya. Kerana terlalu mengikut perasaan, dia sanggup menangis tak henti-henti. Namun terlupa untuk mendoakan kesejahteraan suaminya di alam sana.
            “Maafkan Ain bang... Ain tak kuat nak merelakan pemergian abang...” Tangis Afrina bermula lagi.
            Ingatannya mula tergarit pada peristiwa yang meragut nyawa suaminya. Yang meragut cinta hatinya. Saat hilangnya tempat untuk dia berteduh dan bermanja.
            “Hari ni abang teringinlah nak makan ikan bakar dekat tanjung lumpur tuh!” Haraz mula menyatakan keinginannya.
            “Abang, masuk minggu ni dah empat kali kita pergi makan dekat situ!” Komen Afrina tidak faham. Sejak akhir-akhir ini, Haraz sering bersikap yang tidak-tidak. Selama ini, suaminya itu paling susah untuk diajak makan di luar. Segala benda tidak kena dengan selerannya. Hendak juga makan air tangan milik si isteri. Tapi sekarang lain pula ceritanya.
            “Kenapa? Tak boleh ke abang nak makan ikan bakar?”
            “Ain tak lah cakap tak boleh... tapi membazir je kalau kita makan kat luar. Baik Ain masak je kan...” Pujuk Afrina. Membetulkan salah sangka milik suaminya.
            “Abang tak suruh guna duit Ain pun!” Tempelak Haraz sedikit keras.
            Tanpa sedar, kata-katanya itu telah menguris perasaan Ain.
            “Ialah.. Ain pergi siap kejap!” Diambil Hadziq yang sedang berada di dalam dukungan Haraz. Sungguh, air matanya memang hendak menitis. Tidak mengerti kenapa Haraz perlu meluahkan kemarahan di atas perkara seremeh itu.
            Haraz mula mengarukan kepalanya. Menyedari kekhilafan diri sendiri. Namun tidak pula dia berniat untuk memujuk isterinya. Akhirnya dia  cuma membiarkan Afrina melayan rajuknya.
            Ketika sampai ke restoren Ana Ikan Bakar, mereka mula mengambil tempat yang agak hujung sedikit di tingkat dua itu. Sekali lagi Afrina diserang rasa aneh. Kebiasaannya Haraz kurang berkenan untuk duduk bersila di bahagian atas restoren. Dia gemar duduk di tingkat bawah.
            Usai membuat pesanan. Tangan Haraz mula mencari tangan milik isterinya yang sedang ralit melayan Hadziq itu. Dia sedar yang wajah isterinya itu sedikit kusam tanpa senyuman. Pasti Afrina terasa hati dengan sikapnya tadi. Afrina hanya menunduk ke bawah.
            “Marah abang?”
            “Tak.”
            “Hmm... benci abang?”
            “Tak.”
            “Sayang abang....”
            “Errkkk...” Jawapan itu membuatkan Afrina yang menunduk itu  mula mengangkat muka. Terdengar ketawa lepas dari mulut Haraz.
            “Sayanglah ni ya...” Usik Haraz sambil mencuit sedikit hidung separa mancung milik Afrina. Naik segan Afrina dibuatnya bila Haraz tidak segan-segan bermadu kasih di tempat awam ini. Mujurlah bukan hari minggu. Jika tidak, restoren ini pasti akan lebih sesak dikunjungi oleh orang ramai.
            “Ish... sengaja je nak psycho orang kan?” Marah Afrina sengaja. Sungguh, hatinya terusik dengan  kata-kata suaminya tadi. Entah kenapa terlebih sensitif.
            “Abang mintak maaf... Abang cuma teringin sangat nak makan kat sini. Tanpa sedar, abang dah lukakan hati Ain.” Ucap Haraz penuh rasa bersalah.
            “Abang memang.. suka lukakan hati Ain. Aish, nasib baik abang pandai ubatkan!” Afrina sudah mula boleh buat lawak. Haraz tersenyum. Nampaknya kemarahan isterinya itu sudah reda sedikit.
            “Ain ingat lagi tak.. tiga kriteria yang abang nak untuk memenuhi piawaian sebagai seorang isteri?” Tanya Haraz tiba-tiba. Matanya redup memandang buah hatinya yang berada di sebelahnya itu.
            “Ingat...” Jawab Afrina sedikit berjeda.
            “Tiga ciri-ciri penting yang abang nak cari dulu ialah. Perempuan yang nak jadi isteri abang kena malu, cemburu dan kedekut!”
            Haraz kembali mengulang ciri-ciri yang dikehendakinya dahulu. Sebelum dia berkahwin dengan Afrina.
Afrina ingat lagi, hanya Tuhan yang tahu perasaaannya ketika mendengar ciri-ciri gadis idaman Haraz. Bagi Afrina, Haraz memang GILA! Tidak pernah-pernah ada lelaki yang mahukan perempuan yang pemalu, cemburu dan kedekut! Ciri-ciri yang tak bertemankan konsep kemodenan langsung! Kebiasaannya lelaki suka yang cantik, yang kurus, yang berdikari. Masa itu, Afrina memang ketawa besar setelah memikirkan cara pemikiran Haraz yang agak ketinggalan zaman. Orang zaman batu pun tak pernah meletakkan piawaian seperti itu. Entah pemikiran zaman manalah yang Haraz ciplak!
Namun setelah mendengar penerangan daripada Haraz. Dia mula terlopong besar. Memang nyata, pemikiran Haraz memang sukar ditebak!
“Abang nak cari perempuan yang pemalu, sebab bagi abang sifat pemalu seorang perempuan adalah maruahnya. Kalau dia pandai meletakkan rasa malu yang bersesuaian di tempatnya, dia dikira sebagai seorang yang pandai memelihara maruahnya.” Haraz kembali menerangkan sebab dan munasababnya.
“Yang kedua... isteri abang kena cemburu. Sebab abang memerlukan seorang wanita yang cemburu supaya sikap cemburunya akan mendorong dia untuk menegur kesilapan abang. Melarang abang dari terus hanyut. Ialah, kalau dapat isteri yang tak ada perasaan, mesti abang boleh terleka melayan perempuan lain kan...”
Haraz kembali menyambung sambil tersenyum kacak. Afrina ikut turut tersenyum.
            “Dan yang terakhir, seorang isteri itu perlu kedekut... Sebab dia yang akan menjaga harta suaminya. Dialah yang perlu mengawal pembelanjaan dalam rumah tangga. Memang silap besar kalau dapat isteri yang boros! Satu pasar raya pun nak diborongnya.”
            Afrina ketawa sedikit. Sebenarnya dahulu dia memang agak boros! Pantang dapat ruang. Pasti tidak akan melepaskan peluang! Namun sikap Haraz yang bersederhana dalam segala perkara membuatkan Afrina terikut sama. Memang bersederhana itu adalah lebih baik daripada berlebihan.
            “Apa motif abang cerita semua ni?” Afrina mula bertanya selepas segala rasa aneh mula bersawang di akal fikiran. Kenapa Haraz perlu menceritakan sesuatu yang dia sudah tahu.
            “Abang nak sayang tahu... yang sayang telah pun memenuhi piawaian itu. Kehadiran sayang melengkapkan hidup abang. Menyempurnakan kisah hidup abang. Menampal segala cacat cela milik abang... Abang.. sayang Ain sangat-sangat. Mungkin abang bukan yang pertama. Abang pun tak harap untuk menjadi yang terakhir.. Apa yang abang harap ialah, abang harap Ain bahagia... Abang nak Ain kekal bahagia... Sebab abang tak pernah tak bahagia ketika bersama dengan Ain.”
            Kata-kata Haraz yang perlahan tetapi syahdu itu membuatkan kolam air mata Afrina terasa panas. Emosinya mula diulit rasa sedih yang menggunung.
            “Abang....” Belum sempat Afrna menyambung kata, Haraz cepat-cepat sahaja memintas.
            “Terima kasih kerana sudi terima abang satu ketika dahulu dan terima kasih sebab bertarung nyawa untuk menyelamatkan Hadziq dulu.. Jasa dan pengorbanan Ain, tak akan abang lupa sampai bila-bila.” Tangan Haraz sudah mula jatuh di atas kepada Afrina yang bersalut tudung berwarna merah itu.
            “Abang...” Afrina mula diserang kegawatan perasaan. Takut mendengar kata-kata aneh dari suaminya itu.
            “Ish... kenapa sedih-sedih ni. Abang ungkapkan semua ni sebagai tanda abang terlalu menghargai kasih Ain... Mungkin dulu abang lupa nak hargai semua ini. Jadi sebelum terlewat, baik abang luahkan semuanya kan... Maafkan abang yang penuh khilaf dan terima kasih untuk semuanya.”
            Dilap air mata yang berjuraian di pipi isterinya. Tidak suka melihat permata yang terlalu berharga itu dibuang seenaknya. Biarlah air mata itu keluar hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
            Perbualan mereka tergendala seketika apabila pelayan mula menghidangkan lauk pauk yang dipesan tadi. Afrina mula meriba Hadziq yang ralit bermain dengan permainan baru. Hadziq memang kanak-kanak yang tidak banyak karenah.
            Afrina memandang lauk pauk yang terhidang. Ada ikan kerapu bakar, ada tomyam campur, ada sotong celup tepung dan ada sayur kailan ikan masin. Namun lauk pauk yang terhidang seperti tidak mampu membuka pintu seleranya yang tiba-tiba mati.
            “Biar abang riba Hadziq.” Ujar Haraz sambil terus mengambil Hadziq daripada ribaan isterinya. Afrina hanya membenarkan. Tidak sedikit pun melarang.
            “Hadziq duduk dengan ayah ya... Tak mahu susahkan ibu tau!” Haraz mula mencium pipi gebu milik Hadziq kemudian barulah menyuapkan makanan kepada si kecil.
            Terhenti pergerakan Afrina yang ingin mencedok lauk ke dalam pinggan Haraz apabila mengesan ayat aneh yang keluar dari mulut suaminya itu.
“Tunggu apa lagi.. makanlah yang.” Tegur Haraz sambil meletakkan beberapa jenis lauk di pinggan Afrina. Afrina tersenyum sambil menyuakan nasi ke mulutnya. Namun nasi yang ditelan, terasa pahit dan kelat. Menjadikan perut yang kelaparan diserang rasa sebu.
            “Ish... awat makan comot sangat ni.” Haraz terus mengambil sisa nasi yang berada di hujung bibir isterinya. Lalu dimasukkan di dalam mulutnya. Haraz mula menjamah makanan dengan penuh selera.
             Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, Haraz mula memberhentikan kereta di sebuah masjid. “Abang nak solat Isyak dulu.. Takut tak sempat kalau sampai rumah nanti. Tunggu abang kejap ya...” Sikap aneh Haraz itu membuatkan Afrina kembali diserang rasa pelik.
            “Apa yang lewatnya? Sekarang baru pukul sembilan lebih.. Sebelum pukul sepuluh dah boleh sampai rumah...” Komen Afrina tanpa sedar. Haraz berpaling sebentar ke arah isterinya.
            “Entahlah... tiba-tiba rasa tak sabar nak mengadap DIA..” Anak mata Haraz mula dibawa ke atas. Dia mula tersenyum dan melangkah keluar dari kereta.
Hati Afrina mula berdegup di luar kebiasaan. Terus dia mula beristigfar berulang kali. Sukar benar untuk menghalau fikiran buruk yang sudah mula menjalar di kotak fikiran.
Sudah hampir dua puluh minit menunggu namun kelibat suaminya itu masih belum muncul-muncul lagi. Lantas dia mula keluar dari perut kereta sambil mendukung Hadziq. Kakinya mula menapak masuk ke pintu Masjid. Namun suasana di dalam masjid kelihatan kecoh sedikit.
“Subhanallah...” Terdengar ucapan halus itu keluar dari mulut pak cik tua yang baru turun dari tangga masjid.
“Kenapa pak cik?” Tanya Afrina tanpa sedar.
“Ada orang meninggal masa tengah sujud... Hebat betul kuasa Allah.”
Afrina yang mendengar terus pegun sendiri. Bibirnya mula bergetar. Tanpa menunggu lama, terus dia berlari masuk ke dalam masjid. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang berkurumun di satu arah. Terus dimajukan langkah untuk mendekat. Namun dia berdoa... berdoa agar orang yang meninggal itu bukan suaminya.
Namun sangkaanya jatuh meleset.
“Abang....” Panggilan itu terkeluar dari mulutnya. Melihat sekujur badan yang telah dikiamkan di tengah-tengah masjid itu. Semua orang yang berada di situ sudah mula berbisik sesama sendiri.
“Abang....” Rintih Afrina pilu. Dia mula melepaskan Hadziq dari dukungan. Tangannya mula menggongcang tubuh badan Haraz.
“Nak... bawa mengucap... arwah dah tak ada...” Terang seorang lelaki tua yang berserban dan berjubah putih itu. Menghalang dirinya dari terus meratapi pemergian Haraz. Air mata mula kabur di ruangan mata. Apatah lagi melihat wajah tenang milik suaminya.
“Sayang...” Panggilan itu memecahkan kepingan sejarah sila itu. Lantas dia berpaling ke sebelah. Haraz!
“Abang....”
“Sayang kena redha... kena lepaskan apa yang tak mampu untuk berada di gengaman sayang...”
“Tapi Ain tak boleh.. Ain tak kuat!”
“Abang tahu Ain kuat... Ain kuat... Tolong jangan seksa diri Ain macam ni..” Kata-kata Haraz itu kembali membuatkan Afrina meraung sendiri.
“Kan abang pernah cakap... kalau pun abang tak berada di sisi Ain.. Abang tetap berada di dalam hati Ain. Dekat dengan jiwa Ain.” Afrina tidak mampu berkata apa lagi selain daripada menangis.
Amalina yang ingin mendapatkan adiknya itu kembali terpaku dan terkaku apabila melihat adiknya itu masih lagi bercakap sendirian. Rupa-rupanya, Afrina masih berhalusinasi dengan bayangan Haraz walaupun dia sedar yang Haraz telah tiada. ‘Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan sekarang?’

p/s::: errkk.. agak panjang pulak entry kali nih... hehe.. enjoy reading ya.. 

13 comments:

  1. heyy... nah tisu.. jgn sedih2 tau..hehe

    ReplyDelete
  2. sebelum ni dok tertanya² camane haraz meninggal...meninggal mase sujud rupenye...egtkan accident ke ape, sbb afrina macam tak redha je...huhu...
    sedey...hope lpas ni afrina bole terima hakikat haraz da xde...

    ReplyDelete
  3. huhu..... sedih nyer

    ReplyDelete
  4. errkk.. entry kali ni sedih sikit.. hope x menjejaskan emosi pembaca..hehehe... thanks coz drop komen.. really appreciate u alzzz punya support..

    ReplyDelete
  5. terharu n ske ngn pnulisan akak... x da yg x sdih khilangan org tersayang kan..... best hope afrina sedar n tabah ya kak sara.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak nampak?? mana menghilang..hehe.. yeaahh.. afrina sedang mencari kekuatannya yang hilang dimamah perasaan... =)

      Delete
  6. Kuasa DIA perginya Haraz dengan begitu elok sekali...
    Ain Redha permergian Haraz... Sedekahkan yassin dan Surah Al-quran ... Insyallah semuanya aman .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. afrina lelah tika kehilangan bayang seorang yang sentiasa menemani hari-harinya... terlupa yang dia terlebih sedih dalam menyambut ujian ini.. hmm

      Delete
  7. sedihnya......kesian ain. tapi redha la, kerana yang pergi tak kan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tapi yang teristimewa akan tetap di hati

      Delete
  8. hwaaaaaaa...sedih!!!!! lps baca entry nie, trs tutup lampu bilik sbb xnak kwn nmpk sy nangis...parah2... =(

    ReplyDelete