Thursday 12 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [5]


            Amalina menjeling sedikit ke arah adiknya yang sedang merenung ke luar tingkap kereta itu. Jasad Afrina berada di sisinya namun Amalina tahu yang fikiran adiknya itu menerawang entah kemana. Dia yang sedang memandu pun mula rasa tidak senang. Sekejap-sekejap memandang Afrina. Sekejap pula melontarkan pandangan ke arah depan untuk fokus pada pemanduan.
            ‘Cakap salah, tak cakap pun salah. Di luah mati mak, di telan mati bapak! Akhirnya aku jugak yang tersedak nanti.’ Gerutu hati Amalina sendiri.
            “Dik...” Panggil Amalina pendek.
            Namun panggilan itu tidak mampu untuk menghilangkan ingatan Afrina yang hilang dimamah derita yang bertandang. Hanya sepi yang bermaharajalela di ruangan hati. Sukar benar untuk menangkis pergi. Malah ianya makin hampir mengugat jiwa.
            “Dik!” Kali ini suara Amalina sudah mula meninggi. Dia sudah tidak larat lagi hendak melayan kesedihan Afrina yang padanya agak membabi-buta! Kalau pun sedih, bukan begini caranya. Kalau pun derita, bukan seperti ini hendaknya.
            Setiap manusia dibekalkan Iman dan Taqwa. Pergunakanlah seadanya. Bukannya melayan perasaan hingga boleh mengugat rasa redha yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
            Afrina yang agak tersentak, terus berpaling ke sebelah. Terkejut mendengar suara kakaknya yang agak kuat itu. “Kenapa kak?” Tanya Afrina. Lagak seperti orang yang langsung tidak bersalah.
            “Biar luput dari pandangan tapi jangan pupus di dalam ingatan. Memang mengingati kenangan tu indah, tapi tak semestinya manusia itu harus hidup dalam kenangan.” Untuk yang kesekian kalinya, Amalina kembali menasihati adiknya itu. Makin lama, dia lihat tahap kesihatan Afrina sudah makin tidak keruan. Makin menjadi-jadi penyakit halusinasinya. Nampaknya, Afrina memang perlu dibawa ke pakar psikitari. Moga doktor boleh merawat penyakit adiknya itu.
            “Terlalu banyak kak.. sampai Afrin tak mampu untuk membuangnya.” Keluh Afrina penuh rasa lemah. Bagaimana dia hendak mentafsirkan rasa hatinya tika ini. Apatah lagi orang di sekelilingnya langsung tidak memahami corak perasaannya ini. Tidak mengerti akan ketandusan rasa kasih yang dahulunya pernah harum mewangi dan bercambah di hati.
            “Kak long tak suruh buang... tapi simpan.. Jangan terlalu diterokai kenangan itu. Sebab yang melarat adalah hati Afrin sendiri. Kalau Afrin menangis air mata darah sekalipun, Haraz tak akan kembali. Malah kamu terus menyiksa dia dekat sana... Cerita ni tak akan menemui kesudahan kalau kamu berterusan macam ni Afrin... Kali ini kak long betul-betul merayu.. Kalau pun Afrin tak kasihankan kak long, tak kisahkan kak long, sekurang-kurannya kenanglah pada satu-satunya harta yang Haraz tinggalkan pada Afrin. Afrin nak ke kalau Afrin kehilangan Hadziq hanya semata-mata kerana Afrin pernah kehilangan Haraz?”
            Suara Amalina kini sudah mula bertukar serius. Tiada lagi kata pujukan seperti biasa. Bukan dia penat untuk terus memujuk, tapi dia tidak mampu andai dia tahu yang pujukannya tidak akan berjaya mengubah apa-apa. Pujukannya tidak akan mampu memperbetulkan jalan Afrina yang tempang. Malah, mungkin Afrina akan makin lemah jika terbuai dengan pujuakannya ini.
            Afrina kembali melebarkan pandangan ke ruangan luar tingkap. Kata-kata kakaknya itu seperti membelit tangkai hatinya. Menjerut perasaannya. Bagaimana dia hendak kuat? Dia sendiri dapat merasai yang kekuatannya pudar... Hilang disapa angin sedih yang datang bertandang.
            Bukan dia tidak pernah cuba untuk terus kuat. Namun kudratnya tidak mampu untuk terus bertahan menahan pedih. Hatinya walang apabila kehilangan Haraz. Masih terukir di pandangan matanya dengan senyuman manis Haraz. Masih tergambar senda gurauannya. Masih terasa hangat pelukan dari Haraz. Masih jelas terasa aroma tubuh badan Haraz. Semuanya memang masih jelas dan terasa di lubuk hati.
‘Tapi sekuat mana pun kasih sayangku terhadapmu, semua itu tidak mampu melawan kasih sayang Allah kepadamu.... Apalah daya diriku untuk menahanmu dari pergi mengadapNya. Kau pergi kerana terlebih dahulu menyambut jemputan dari Allah.’
Memang dia sudah dapat menerima pemergian Haraz. Namun entah kenapa, bayang Haraz masih lagi mengejar langkah kakinya. Masih bermain-main di hujung fikirannya. Dia manusia biasa. Tidak punya kudrat untuk menangung semuanya sendiri. Jadi salahkah jika dia terus bahagia di sisi bayang Haraz?
“Afrin... akak nak bawa kamu jumpa pakar psikitari. Afrin ikut akak esok ya?”  Pinta Amalina perlahan. Dia sangat berharap yang Afrina tidak akan menolak permintaannya. Dia benar-benar ingin melihat Afrina yang dahulu. Yang ceria. Yang lincah. Dia rindukan adiknya itu.
“Buat apa nak jumpa psikitari, Afrin bukan gila!” Bentak Afrina sambil menepuk dashboard kereta.
Tersentak Amalina dibuatnya hingga dia terus menekan brek secara mengejut. Afrina yang tidak memakai tali pinggang keselamatan terus terdorong ke depan. Namun mujur Afrina sempat menahan dadanya mengunakan tangannya. Jika tidak, pasti dadanya akan terhentak kuat di dashbord kereta.
Masing-masing mula mencuri nafas. Afrina sudah mula menangis. Amalina pula memusingkan kepala ke arah belakang. Takut jika ada kerata yang sedang berada dari arah belakang. Kawasan simpang perkuburan agak lengang sedikit. Tidak banyak kereta yang lalu lalang pagi ini.
Sungguh Amalina terlalu terkejut hingga tertekan brek secara mengejut. Detak-detik jantungnya juga sudah berada di luar kawalan. Mahu sahaja jantunya terpelanting keluar dari tubuh badanya. Mulutnya mula beristigfar beberapa kali. Cuba menenangkan diri sendiri.
Dalam diam dia terus melafazkan rasa syukur kerana dia tidak membawa Hadziq bersama-sama. Tidak dapat dibayangkan jika Hadziq mengikuti mereka. Pasti anak kecil itu akan cedera teruk!
“Sorry-sorry... Kak long terlalu terkejut tadi.. Afrin okay?” Amalina mula bertanyakan tentang keadaan adiknya itu. Hatinya tersentuh apabila melihat air mata yang berjurai di pipi. Bilalah air mata itu akan berhenti mengalir?
“Afrin tak gila kak... Afrin tak gila...” Rayu Afrina sambil mengongcangkan lengan kakaknya. Mohon pengertian yang dia bukan tergolong dalam kategori orang gila. Dia bukan orang yang sakit jiwa.
“Iya....Kak long tak cakap pun  Afrin gila... Masa jumpa pakar nanti, Afrin boleh luahkan apa yang Afrin rasa. Doktor tu mungkin boleh rawat sakit Afrin...” Terang Amalina lembut sambil memujuk adiknya yang kesedihan itu.
“Afrin tak sakit!” Jerit Afrina kuat. Kembali membentak.
Afrina mula mengigit bibirnya. Sakit hati kerana dituduh seperti orang gila! Dia masih sihat dan sedang menjalani hidup seperti orang biasa.
Kali ini Amalina mula beristigfar di dalam hati. Mencari ayat yang paling sesuai untuk menenangkan adinya ini. Memang adiknya tidak gila. Tapi dia bimbang jika sakit yang melibatkan jiwa dan perasaan ini akan merebak hingga membuatkan adiknya itu menjadi gila. Itulah perkara yang cuba dia elakkan daripada berlaku.
“Memang Afrin tak sakit... Tapi Afrin perlukan seseorang. Seseorang yang boleh rawat jiwa Afrin yang kosong. Masa tu Afrin boleh luahkan apa sahaja. Apa sahaja dengan doktor tuh...” Pujuk Amalina untuk kesekian kalinya.
“Afrin tak mahu pergi. Afrin tak gila.... Afrin tak gila...” Ujar Afrina sambil berpaling ke luar tingkat. Kepalanya digeleng beberapa kali. Tangannya ditekup ke telinga. Melarang dari terus mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulut kak longnya itu.
Amalina mula mengeluh. Kepalanya juga ikut turut tergeleng. ‘Apalah yang sedang terjadi sekarang? Mungkin Allah hendak menduga kesabaranku.... Ya.. Allah sedang mendugaku... Jadi, aku harus berlapang dada menerima kunjungan ujian titipan Allah ini.. Seharusnya, kau pun begitu dik...’
“Ikut Afrin lah...” Akhirnya, Amalina beralah dan kembali meneruskan pemanduan yang tergendala sebentar tadi. Sepanjang perjalanan yang memakan masa kurang sepuluh minit itu, hanya kesepian yang menjadi penemannya.
Sesampainya di hadapan rumah Afrina, kelihatannya ada sebuah kereta yang turut berada di situ. Afrina berpaling memandang kakaknya. Kenal benar dengan pemilik kereta itu.
Tanpa terus berlengah, Afrina keluar dari perut kereta. Kakinya terus dilarikan ke pintu rumah. Mencari seseorang yang pasti akan mengugat jiwa dan ketenangannya.
“Baru balik?” Tanya dia ramah.
Afrina hanya berdiri di hujung sofa. Memerhatikan Hajah Khadijah yang sedang bermain dengan Hadziq.
“Mama datang buat apa?” Dia takut untuk menghulurkan soalan itu. Namun dia perlu mengetahui hakikat ibu mertuanya yang penuh dengan muslihat itu.
“Lah, mama datang nak main dengan cucu mamalah... Tak boleh ke?”  Sinis suara Hajah Khadijah menghulurkan persoalan. Dia memandang menantunya dari atas ke bawah. Agak tidak terurus sedikit penampilannya. Tidak lagi bergaya seperti dahulu. Afrina kelihatan pelik dengan baju kurung biru berbunga kecil yang diserikan bersama tudung sarung hitam itu. Mukanya pucat tanpa secalit solekan. Bahkan matanya sembab kerana terlalu banyak menangis. Berbeza sungguh Afrina dulu dengan Afrina sekarang. Mungkin kehilangan Haraz memberi impak yang besar terhadap wanita itu.
“Siapa kata tak boleh. Tapi kenapa tak beritahu Afrin dulu?” Tanya Afrina lambat-lambat. Sedari dahulu, memang hubungannya bersama mertuanya tidak baik mana. Tapi itu tidak bermakna mereka bermusuhan.
“Mama dah call handphone, dah call rumah... tapi tak ada orang angkat. Jadi mama datanglah terus. Manalah tahu kalau-kalau korang dalam kesusahan..” Afrina sendiri tidak dapat mentafsir kata-kata ibu mertuanya itu. Adakalanya kedengaran seperti kasihan, kadang-kadang pula terasa sinisnya dan adakalanya terasa kebaikannya. Yang mana satu pun Afrina tidak dapat menebaknya dengan tepat.
Akhirnya Afrina hanya duduk diam sahaja.
Amalina yang baru masuk itu terus menghampiri Hajah Khadijah. Disalam dan disapa mama Haraz itu dengan penuh mesra. Apabila merasai kekekokannya, dia terus menghilangkan diri di sebalik dapur. Menghampiri Liyana yang sedang membancuh minuman itu. Sengaja ditinggalkan adiknya bersama mertuanya sendiri.
“Mama datang ni berhajat...” Hajah Khadijah mula membuka mulut. Sekilas pandang, dia mengerling sedikit ke arah menantunya yang berada di hujung sofa itu. Jauh dari dirinya.
‘Macam manalah perempuan macam ni boleh jadi bini Haraz? Langsung tak hormat orang tua... aku datang ni langsung tak bersalam. Sambut kedatangan aku dengan muka ketat pulak tu?’ Rungut hati Hajah Khadijah. Dahulu, memang dia pernah merestui kedatangan Afrina dalam keluarganya, namun setelah pemergian Haraz, jangan harap dia akan berbaik-baik dengan Afrina. Entah-entah, Haraz pergi kerana termakan dengan badi buruk milik Afrina!
“Apa dia?” Tanya Afrina apabila Hajah Khadijah seolah-olah sedikit berjeda dalam melahirkan kata.
“Mama nak ambil hak penjagaan terhadap Hadziq.” Terus Afrina terbangun dari duduknya. Nafasnya mula turun naik tika peluput telingannya menyambut berat kata-kata Hajah Khadijah itu.
“Mama tak boleh buat macam tuh! Hadziq anak saya!” Teran Afrina kuat. Suara Afrina terus memanggil Amalina dan Liyana untuk melangkah ke arah ruang tamu. Menyaksikan perdebatan antara mertua dan menantu.
“Memang Hadziq anak kamu. Tapi Hadziq pun cucu mama!” Hajah Khadijah juga sudah mula bangun dari duduknya. Amalina dan Liyana sudah mula berpandangan sesama sendiri. Mula mengerti yang pergelutan pasti akan berlaku.
“Selagi saya hidup, tak ada orang yang boleh rampas hak penjagaan Hadziq dari saya! Saya masih mampu nak jaga dia.” Afrina sudah meluru ke hadapan. Didukung Hadziq yang sedang bermain itu. Terkulat-kulat Hadziq dibuatnya.
Hajah Khadijah mula tersenyum sinis. Tangannya mula dibawa silang ke dada. Memandang Afrina dengan pandangan yang agak jelek.
“Boleh ke orang tak siuman macam kamu jaga Hadziq?” Kata-kata Hajah Khadijah itu seperti perluru yang terbenam di pelusuk hati. Terus memantikan jiwa yang sudah sedia layu.
“Saya masih waras lagi!” Tekan Afrina geram. Bibirnya digigit kuat. Sekejap lagi pasti akan mengalirkan darah jika tidak ditahan.
“Kamu ingat mama tak tahu ke yang kamu ada masalah mental? Mungkin mama jarang jumpa dengan kamu tapi itu tak bermakna mama tak ambik peduli tentang diri kamu!” Suara Hajah Khadijah sudah kedengaran serius. Matanya mencerlung memandang Afrina.
“Saya akan jalani rawatan... saya akan buktikan yang saya tak gila!” Tutur Afrina berani. Matanya cuba melawan pandang panahan mata mertuanya itu. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Hadziq. Dia akan buktikan yang dia masih waras dan dia berhak untuk menjaga Hadziq.
“Peguam mama akan datang berjumpa dengan kamu nanti. Apa-apa hal, kita jumpa di mahkamah.” Hajah Khadijah terus memakai kaca mata hitamnya. Lantas terus keluar menuju ke keretanya.
Mata Afrina bergenang lagi. Sakit jiwanya setelah dituduh menghidap penyakit mental. Pelukan si kecil yang erat membuatkan air mata Afrina terus jatuh.
“Mama... angan...nangis...” Ujar si kecil sedikit pelat.
Afrina cepat-cepat mengerdipkan matanya berulang kali. Terlupa yang anaknya itu sudah boleh mengerti tentang kehadiran air mata ini. Terus dikesat pipinya. Biar kering dari terus dibasahi air matanya. Dia akan terus kuat. Demi Hadziq. Satu-satunya permata hatinya. Penguat jiwanya dan pembakar semangatnya.
“Afrin.... kalau Afrin setuju, kak long nak buat temu janji dengan doktor tu?” Tanya Amalina sambil mengusap lembut bahu adiknya itu.
“Buatlah apa sahaja kak.... apa sahaja.. asalkan Hadziq tak dirampas dari Afrin.. Afrin tak gila kak.. Afrin tak gila.” Amalina terus memeluk badan Afrina dan Hadziq. Syahdu rasanya melihat keperitan hidup Afrina. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Tapi ujian ini pastilah hendak membangkitkan kekuatan yang hampir hilang. Bukan kerana hendak melemahkan jiwa hamba.
“Kak long tahu yang Afrin tak gila... Biar kita buat rawatan ya sayang.. Kita buktikan yang Afrin betul-betul sihat dan Afrin layak untuk menjaga Hadziq. Apa pun yang berlaku, Afrin ada akak... Afrin ada akak...” Amalina sendiri tidak mampu menampung air matanya dari ikut turut tumpah di pipi.
‘Ya Allah... kuatkan adikku... Kuatkan jiwanya... Pertahankanlah haknya sebagai seorang ibu.. Sungguh, dia pernah kehilangan Haraz... jangan Kau hilangkan pula Hadziq dari dirinya.’ Rayu Amalina penuh tawaduk. Berharap agar masih ada sinar dalam hidup adiknya. 
p/s:;; maaf jika ayat agak kelam kabut... hope enjoy reading... =)

15 comments:

  1. ok...
    terus kan usaha..
    cian kat afrin...
    harap dia kuat..

    ReplyDelete
  2. doc mana yg rawat afrin nti ya?ex tunang dia ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nak tahu kena tunggu next entry ya.. =p

      Delete
  3. ala sikit jep
    akan ku tunggu

    ReplyDelete
  4. kesihan sangat pada Afrin.. tapi dia kena tahu yang hidup ni mesti diteruskan.. menantikan kedatangan hero baru..
    apalah yang akan terjadi lepas ni

    ReplyDelete
  5. Salam Ezza..akak bru aja bca cite ni belum gi bca bab 1-4..akak bru aja jumpa blog ni...bru bca B.5 dh ada part2 yg menarik...sedeh...geram ngan sifat bekas mak mertua...besttttt...truskn...
    ~ida..brunei~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. thanks akak.. sudi jenguk blog x seberapa nih.. hope akak suka karya2 cabuk sy nih.. jgn lupa bc next n3 ya...

      Delete
  6. sedihnya...xsggup rasanya klu sy jadi afrina...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap manusia telah ditentukan arah perjalanannya.. yang penting, rasa redha kena ada dlm diri.. =)

      Delete
    2. betul tu sara...semogan afrina terus kuat demi anaknya..:)

      Delete
  7. uwaaa, sedih bangat nieh sara...

    kesiannya kat afrina... :(

    ReplyDelete
  8. Since many people are huge energy drink fans, its for protein,
    carbs and fat are 40, order p90x online cheap 40 and 20 percent, respectively.
    Many individuals notice that their loss results are quite powerful with fruits, veggies, beans,
    lean meats, and low-fat dairy. The P90x Workout is order p90x online cheap now well liked as a result of wide curb your appetite.


    Feel free to surf to my website - http://passingtree.com/profile/frankw13

    ReplyDelete