Malam
yang hening bertemankan ketenangan ini sungguh mendamaikan hati walaupun
jiwanya bergelora diulit resah yang tidak bertepi. Mujahid mula menadah tangan.
Memohon dan mengharapkan belas ehsan daripada Yang Maha Pencipta.
"Ya Allah, sesungguhnya
aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan
dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak,
maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan
Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau
mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan
urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan
permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik
untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah
kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di
atas segala sesuatu."
Tapak tangannya mula meraup perlahan ruang
wajah yang masih basah dek sapaan wuduk sebentar tadi. Diaminkan doa itu
beberapa kali. Bermohon agar dipermudahkan segala yang sukar. Diringankan
segala yang berat. Entah bila semua ini akan menemui penghujungnya. Sedangkan
keresahan ini kembali bermaharajalela di pinggir hati. Entah kenapa, sukar
benar untuk ditolak pergi.
Bukan
sekali.. Bukan dua kali istikharah yang dia lakukan. Malah sudah acap kali.
Namun jawapan yang dibutuhkan masih belum menemui penghujungnya. Semuanya
kelihatan masih samar. Fikirannya nyata sudah bingung menanggung beban.
‘Adakah hati ini sering alpa sehinggakan
terlalu sukar untuk meneka jawapan dariMu Ya Allah.. ataupun aku ini bukan
hamba yang terpilih... sehingga melarang aku untuk memilih antara dua kasih
insan yang terlalu baik itu? Antara Aisyah dan Khadija... Antara dua orang
gadis.. Antara dua kasih... Siapakah yang layak untuk menghiasi kamar hatiku?
Menemani ruang hidupku?’
Persoalan itulah yang menganggu benaknya.
Kenapa terlalu sukar untuk memilih. Adakah kerana kedua orang gadis itu terlalu
baik pekertinya. Masing-masing hebat dalam erti kata yang berbeza.
Khadija.... gadis itu hebat berfalsafah.
Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Kesabarannya memang mengunung
tinggi walaupun sikapnya agak sedikit kasar. Dia senang memperlihatkan sikapnya
yang sangat berdikari.. Nyata dia memang bukan dalam kategori otak kosong
walaupun tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Jika ditimbang tara sikap
Khadija, gadis itu terlalu sempurna untuk dijadikan seorang isteri.
Aisyah pula lain karenahnya. Dia adalah
gadis bijak yang sering mendapat perhatian mana-mana jejaka. Gelaran doktor
yang baru diperolehinya membuatkan dia kelihatan anggun dengan gaya tersendiri.
Orangnya lembut sahaja. Namun sikapnya yang agak manja dan sukakan perhatian
itu adakalanya merimaskan diri Mujahid sendiri. Tetapi tidaklah terlalu
keterlaluan ataupun manja secara berlebih-lebih. Namun adakalanya memang
menyenangkan hatinya.
Adakah kerana kedua-duanya adalah pilihan
terbaik yang membuatkan keputusan terlalu sukar untuk dicapai? Adakalanya kusut
untuk memikirkan kesudahan kisah ini. Namun cepat-cepat direnjis hatinya ini
dengan kesabaran.
Sesuatu yang baik itu memang menuntut
kesabaran. Jadi sebagai hamba, kita haruslah lebih berusaha. Kerana setiap
kejayaan itu bukan berada di penghujung rasa tawakal tetapi berada di hujung
keringatnya. Untuk mendapatkan yang terbaik, diri sendiri juga haruslah menjadi
yang terbaik.
‘Wahai Khadija dan Aisyah...
bersabarlah... kerana aku juga sedang bersabar untuk menyambut jawapan
dariNya.’
Mujahid pasti.. pasti akan ada yang kecewa
di antara mereka. Namun dia juga tidak betah untuk memilih. Kerana tidak pernah
disangka yang dia akan menjadi pilihan dua orang gadis hebat itu.
Perlahan-lahan dia mula mencapai Al-quran yang
sudah tersedia di meja sisi katil. Jiwa yang kering ini perlu dibasahkan dengan
bacaan ayat suci Al-quran. Biar kembali tenang.
***
“Oit...
berangan ke?” Sergah Amirul yang tiba-tiba datang menyapa. Khadija merengus
geram. ‘Balik-balik mamat ni jugak yang datang menyemak?’
“Yang
pasti aku bukan berangan pasal kau!” Jawab Khadija kasar. Kembali menyapu
habuk-habuk yang berada di sekitar rak almari yang menempatkan balang gula-gula
itu. Inilah kerja hariannya sebagai pembantu kedai runcit. Selepas tamat
peperiksaan SPM dahulu, inilah kerjaya tetapnya.
‘Errk...
ini pun dikira sebagai kerjaya ke? Hahaha.. hentam jelah labu!’ Nak mengeluh
pun tak boleh. Sijil SPM nya memanglah bagus. Cuma keluarganya tidak mampu
untuk menampung perbelanjaan pelajarannya nanti. Jadi, terpaksalah meneruskan
kerja di kedai runcit ini. Setelah lima tahun bekerja, dia sememangnya sudah
mendapat kepercayaan penuh daripada Abang Zaki. Pemilik kedai runcit ini.
“Kau
kalau dengan aku, memanjang je kasar!”
Amirul
mencebik. Sudah acap kali dia terasa hati dengan sikap Khadija yang seakan-akan
bersikap tidak endah ketika melayannya.
“Kelembutan
aku, bukan untuk kau!”
“Habis
tu untuk siapa?” Tanya Amirul. Terlalu ingin tahu.
“Untuk
suami akulah.....” Perkataan suami itu ditekankan sedikit. Entah kenapa, wajah
Mujahid mula menghiasi ruang wajah.
‘Aduh.. apasal mamat tu kacak sangat ya?
Tergugat Iman aku...hahaha.. apa ceritalah mamat tuh? Rindu betul aku pada
dia...’
“Errk.. akulah suami kau tu kan...” Amirul
sudah tersengih-sengih seperti kera sumbing.
“Tolonglah....” Khadija terus buat muka
loya.
“Tolong apa? Tolong terima nikah kau ke?
Boleh... sekarang pun boleh! Aku terimanya nikahnya Khadija binti Khairul
dengan mas kahwin RM dua puluh sen hutang....” Sakat Amirul selamba.
“Stop! Berhenti mengarut boleh tak? Kau ni
memang tak semenggah sungguh!” Khadija mula naik berang dengan sikap Amirul
yang tidak pernah tahu malu itu.
Amirul ketawa lepas. Entah kenapa, dia
memang senang membuli Khadija. Walaupun gadis itu nampak ganas, tapi lembutnya
tetap ada. Walaupun dia sering disindir oleh Khadija, namun dia tahu gadis itu
baik hati.
“Alah kau nih... Jual mahal betul...!”
“Kalau aku jual murah pun, yang pasti
harga mas kahwin aku tak lah sampai dua puluh sen! Kau ni, agak-agaklah kalau
kedekut pun!” Khadija juga ketawa kecil apabila mengenangkan perangai Amirul
ini. Mengada je dua puluh empat jam!
“Okay... aku up sikit.. Dua ringgit
setengah boleh?” Usik Amirul lagi.
“Hah.. kalau dua ringgit setengah boleh..
boleh dalam mimpi!” Bidas Khadija. Dia kalau dengan Amirul, semua benda pun
hendak menang. Mana boleh kalah dengan mamat nih.
Khadija kembali berjalan ke kaunter depan.
Manakala Amirul masih setia mengekori.
“Weh, kau tahu kan.. perempuan yang baik
ialah perempuan yang murah mas kahwinya... Hah, kau nak jadi perempuan baik
kan? So, kau terima jelah mas kahwin aku tuh! Lagipun aku ni pekerja kerajaan
je... Kalau kau letak mahal-mahal bangkrup lah aku.”
“Kalau aku kahwin dengan kau, dengan
aku-aku muflis! Dah lah.. pergi balik. Balik-balik kerja je terus nak mengacau
aku! Aku banyak kerja lagi nak buat nih!” Khadija mula buat-buat sibuk. Dia
berpaling ke arah rak belakang dan berpura-pura membelek stok bateri yang masih
banyak itu. Harapannya Cuma satu, supaya Amirul segera angkat kaki.
“Errk.. nak kacau boleh?” Ujar Amirul
sambil mengetuk sedikit meja kaunter.
Khadija terus mendengus geram.
“Eh, kan berapa kali aku warning.. aku
banyak kerja! Janganlah kacau aaa.....” Baru sahaja dia berpaling, dia dapat
menangkap susuk tubuh yang berbeza. Bukan Amirul tetapi.... erkk... Mujahid?
‘Bila masa mamat ni terpacak kat sini? Adeii.. kan dia dah nampak perangai tak
cukup sifat aku tuh..’
“Oh... kalau tak boleh kacau, tak apalah..
Saya balik dulu.” Mujahid sudah berkira-kira untuk angkat kaki. Sengaja
mengusik Khadija.
“Eh.. janganlah balik lagi!” Halang
Khadija dengan suara yang agak kuat.
Apabila menyedari kegelojohan dirinya,
terus sahaja tangan kanannya mendarat di mulut yang tidak punya insurans itu.
Aduh.. menggelabah sungguh bila nampak mamat nih?
“Tak kacau ke? Bukan awak banyak kerja
ke?” Senyuman manis mula menyelaputi ruang wajah Mujahid.
“Petang-petang macam ni mana ramai orang
sangat...” Nada suara sudah mula diubah. Biar kedengaran lembut sedikit di
pendengaran cuping telinga Mujahid. ‘Alahai Dija... Kau memang hipokrit!’
“Oh... tadi tu siapa?” Tanya Mujahid
sambil tersenyum lagi.
Nampaknya, Khadija memang diminati oleh
pemuda itu. Tapi, sesiapa yang melihat Khadija, pasti akan merasa senang hati kerana
Khadija mempunyai raut wajah yang mampu menghilangkan keresahan yang
bertandang.
“Oh..itu mamat sengal! Dia memang suka
datang menganggu....” Jawab Khadija tanpa tapisan. Tangannya mula
memperbetulkan bungkusan yang sedikit berterabur di atas meja itu.
Sambil-sambil itu, matanya mengerling sedikit ke arah wajah Mujahid. Manalah
tahu kalau-kalau ada riak cemburu ke?
Memang sah!! Sah tak ada...
‘Dia cemburu tuh.. tapi saja nak control
macho!’ Sengaja dilemparkan kenyataan itu. Statement nak menyedapkan hati
sendiri.
“Yalah... orang cantik. Memanglah ramai
peminat.”
“Erk.. peminat ya? Hmm... tak pernahlah
pulak si Mirul tu mintak signature?”
Muka Mujahid sedikit berkerut tika
menyambut kata-kata Khadija itu.
“Erk.. kenapa nak minta signature pulak?”
“Yalah... kata peminat. Mestilah nak minta
autograf kan.... Saya kan artis kat kampung nih...”
Mujahid ketawa kecil. Memang sah! Sah yang
dia sudah berjaya dipermainkan oleh Khadija.
“Nakal ya....”
Khadija ketawa sopan sambil senyum
malu-malu.
“Bila balik nih... Tak beritahu pun?” Soal
Khadija teruja. Hatinya bergongcang hebat. Al maklumlah, si pemilik jiwanya
sedang berada di hadapannya. Bukan selalu berjumpa dengan Mujahid ini. Dia
berkerja sebagai enggineer di Kota Metropolitan. Sebulan sekali sahaja dapat
berjumpa. Itu pun mujur Mujahid balik untuk melawat keluarganya.
Kalau nak kira.. Mereka berdua ini jauh panggang dari api. Seorang enggineer di
di Kuala Lumpur, seorang lagi membina kerjaya sebagai assistant kedai runcit
sahaja! Tapi jodoh tak kenal pangkat. Tak pandang rupa. Semua ini kerja Allah.
Kerja manusia ialah berusaha sahaja.
“Saja nak buat suprise!” Ujar Mujahid
dengan senyuman meleret. Nyata, dia juga rindukan Khadija. Cuma dia tidak dapat
mengenal pasti bentuk kerinduan yang dia rasai. Adakah seperti seorang sahabat?
Adakah seperti kekasih..? Ataupun hanya untuk seorang abang kepada adiknya. Dia
sendiri masih keliru.
Walaupun Khadija tidak pernah berterus
terang tentang perasaannya, namun dia tahu yang gadis itu menyimpan perasaan
terhadapnya. Ini bukan statment perasan! Tapi ini adalah hakikat yang sayang
disedarinya.
Jika Khadija tidak menyintainya, masa
gadis itu tidak jemu-jemu menghantar pesanan ringkas untuk mengucap selamat
malam.
Mujahid masih ingat lagi. Sewaktu di awal
perkenalan mereka, mereka pernah berjanji. Walau sesibuk mana sekalipun,
pastikan setiap hari ada ucapan selamat pagi dan selamat malam.
“Tapi saya susah bangun pagilah Id...”
Protes Khadija selamba. Dia begitu tenang dalam melahirkan keperibadiannya. Langsung tidak terkesan
sebarang riak lakonan.
“Okay.. kalau macam tuh, awak wish selamat
malam, saya wish selamat pagi. Boleh?” Laju sahaja Mujahid memberikan cadangan.
“Okay.. deal!”
Namun adakalanya Mujahid sering ketinggalan
dalam mengucap selamat pagi buat gadis genit itu. Memang rasa bersalah mampir
pada diri. Rasa segan dan malu juga ikut turut menerpa. Kerana Khadija tidak
pernah gagal menghantar pesanan ringkas itu kepadanya. Dan tidak pernah
sekalipun Khadija merungut tentang kekhilafannya itu.
“Oit.. berangan ke? Ingat kekasih yang
berada di KL ke?” Sergah Khadija sambil melambaikan tangan dihadapan Mujahid.
Nampak sangat sedang berangan! ‘Hmm...
ingatkan si dia lah tuh!’ Hati Khadija mula diserang angin cemburu. Namun dia
bukan sesiapa di hati Mujahid. Apatah lagi dia bukan seorang yang layak untuk
mencemburui gadis lain.
“Kenapa nak ingat pada orang jauh... Orang
kat depan ni kan ada!”
Tanpa sedar, ayat itu meluncur keluar dari
mulut Mujahid.
“Hmm.. Jangan membeli jiwa andai tidak
berniat untuk membayarnya...” Tegur
Khadija sambil mengelak dari memandang Mujahid.
‘Ya Allah... pertama kali aku diserang
angin perasaan ini. Memandangnya akan mendamaikan hatiku. Mengingatinya hanya
akan menguntumkan senyumku.. Ketenangannya... Kekacakkannya.... Kemanisan
senyumannya... mampu meluluhkan jiwaku. Namun andai dia bukan milikku, moga kau
selitkan rasa redha dalam jiwaku. Kerana aku sedar yang semua ketentuan adalah
dengan izinMu Ya Allah...’
“Maaf... saya.....”
“Tak apa.... saya tak kisah pun! Hmm... Aisyah
apa khabar?” Pintas Khadija cepat-cepat. Sesungguhnya, dia tidak berniat untuk
membuat Mujahid merasa serba salah. Jika boleh, dia ingin menjadi wanita yang
menyenangkan hati Mujahid. Biar Mujahid berasa selesa untuk berada di
sampingnya.
“Alhamdulilah.. dia sihat.”
Mujahid sendiri tidak dapat menebak
perasaan Khadija sekarang. Mungkinkah gadis itu cemburu? Marahkah dia pada Aisyah..?
Namun perilakunya tidak menunjukkan sedemikian rupa. Ataupun gadis itu ingin
menyembunyikan rasa gundah yang berkelubung.
‘Arrghhh... gadis ini terlalu baik dan
kesabarannya nyata mengunung! Akukah yang terlalu kejam kerana
membolak-balikkan perasaannya!’ Ya... Sekalipun Khadija tidak pernah bersikap
memaksa ataupun mendesak. Bimbang juga andai dirinya telah mengambil kesempatan
di atas segala kebaikannya.
“Okaylah... saya beransur dahulu.. Sampaikan salam saya pada
pak cik ya!” Pesan Mujahid sebelum mengundur diri.
“Erkk Id.... Awak balik bila?”
Mujahid yang baru melangkah dua tapak itu
mula berpaling.
“Hmm.. Mungkin saya balik lusa. Kenapa?”
“Oh... tak ada apa-apa.” Khadija mula
mengelengkan kepalanya. Walaupun mungkin Mujahid tidak akan berjumpa lagi
dengannya, tapi dia tetap gembira. Gembira kerana Mujahid berada dekat dengan
dirinya. Walaupun mungkin Mujahid jauh dari gapaiannya, namun dia tetap
bahagia. Mungkin inilah yang dinamakan cinta tanpa syarat. Kita akan tetap
merasa bahagia walaupun melihat dia sedang berbahagia bersama orang lain.
‘Aisyah... ya.. gadis itu mungkin adalah
sainganku! Namun aku tidak betah untuk membuatkan Id susah hati dengan
karenahku. Andai benar Aisyah mampu menjaga Mujahid dengan baik, siapa pula aku
untuk melarang!’
Pelik kan.... tapi cinta itu memang aneh!
“Errk.. esok awak free tak?” Tanya Mujahid
tiba-tiba.
“Hari sabtu memang saya cuti.. Kenapa?”
“Kita keluar nak?” Hati Khadija kembang
seladang apabila menyambut perlawaan Mujahid yang seperti bulan jatuh ke riba
itu!
“Pergi mana?”
“Jalan-jalan... tolong jadi pemandu
pelancong saya...”
“Boleh... dengan syarat awak jadi driver
saya!”
Akhirnya mereka sama-sama menguntumkan
senyuman. Entahlah, rahsia hati ini memang tidak akan diketahui oleh sesiapa
pun. Malah kadang-kadang tuan punya badan sendiri masih kelu dan bisu dalam
meneka rasa hati. Dan sebagai manusia, kita juga haruslah cuba mencari gali
segala maksud tersirat. Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya.
***
Aisyah
membelek fail milik pesakitnya. Entah kenapa hatinya tidak keruan. Fikirannya
dijengah kekalutan apabila mengenangkan kepulangan Mujahid ke kampung
halamannya.
‘Pasti
dia akan menemui Khadija.... Pasti!’ Monolog hati Aisyah sendiri.
Terlalu
sukar untuk menempatkan diri di dalam jiwa Mujahid. Terlalu sukar untuk
memiliki hati Mujahid. Apatah lagi sekarang apabila dia mengetahui yang dia
mempunyai saingan.
‘Arrrgghhh...
Mujahid sendiri masih sedang berteka-teki sendiri! Tegar membiarkan aku
terkapai-kapai tanpa sebarang jawapan. Kalau sayang... ungkapkanlah rasa sayang
itu! Kalau tidak, tidak perlulah dipanjangkan lagi kisah ini. Tetapi mampukah
aku menerima kenyataan jika Mujahid tidak memilih aku?’
“Doktor...
Doktor tak apa-apa ke?” Tanya Suhaila. Jururawat yang bertugas bersama-sama
dengannya ini.
“Saya
okay... Cuma pening kepala sedikit.” Jawab Aisyah. Sekadar berbasa-basi dengan
Suhaila. Hakikatnya jiwa raganya memberontak! Kalau ikutkan perasaan, mahu
sahaja dia ke kampung Mujahid sekarang! Melihat keadaan lelaki itu?
Entah-entah, lelaki itu sedang ketawa riang bersama Khadija!
“Nak
saya ambilkan ubat?” Pelawa Suhaila prihatin.
“Oh..
tak perlu. Awak boleh sambung kerja awak. Lagipun sekarang waktu saya rehat!
Saya nak tidur sekejap.” Ujar Aisyah sambil tersenyum sedikit. Sedangkan rasa
hatinya sudah membuak-buak. Mengeleggak seperti di atas dapur.
Masih
teringat perbualannya bersama Mujahid kelmarin.
“Esok
saya nak balik kampung!” Suara Mujahid yang berada di corong telefon itu
kedengaran ceria sahaja. Sedangkan jiwa Aisyah disambar bahang kepanasan
apabila mendengar perkataan kampung.
“Buat
apa balik kampung?” Soal Aisyah tidak berpuas hati.
“Lah...
jenguk umi dan ayah lah...” Standard jawapan untuk soalan tidak rasmi.
“Ke
nak jumpa Khadija?” Protes Aisyah penuh rasa cemburu.
Walaupun
dia tidak pernah bertentang mata dengan Khadija, tidak pernah mengenali Khadija
namun dia tahu yang gadis itu terlalu istimewa di dalam hati Mujahid. Mulur
Mujahid memang teramat ringan jika bercerita perihal Khadija. Menceritakan
kesabaran dan ketabahan gadis yang bernama Khadija.
Cemburunya
menggunung-ganang banyaknya. Tidak terhitung dan tidak terkira. Gadis itu
sentiasa mendapat tempat di hati Mujahid.
“Nak
jumpa Khadija pun satu sebab jugak...” Seloroh Mujahid sengaja. Tahu benar akan
sikap cemburu Aisyah pada Khadija.
“Ialah...
Khadija tu gadis teristimewa kan...
Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan dia..” Aisyah sudah mula
mengeluarkan stok ayat-ayat pasrahnya.
“Masing-masing
istimewa dalam kelas yang tersendiri... Saya tak pernah pilih kasih Aisyah...”
“Tapi
awak kena ingat... Awak tak boleh tamak! Awak tak boleh terima dua-dua kasih
itu.. Tapi awak kena pilih antara dua kasih!” Tekan Aisyah sedikit.
Kali
ini Mujahid mengeluh sedikit. Inilah sikap Aisyah yang adakalanya merimaskan
dirinya. Cemburunya mengunung tinggi. Berbeza dengan Khadija yang seakan-akan
tidak berperasaan itu.
Memang
Aisyah telah pun meluahkan perasaan sayangnya... Gadis itu dengan beraninya
berterus terang dengan dirinya. Satu sikap berani yang sangat-sangat Mujahid puji!
Sikap berani yang mungkin tidak ada dalam jiwa Khadija.
“Aisyah...
kan saya mintak masa....”
“Berapa
lama lagi masa yang awak perlukan Mujahid? Sudah lebih dua bulan... Tak kan
awak masih belum berjumpa dengan jawapannya! Kalau benar awak memang memilih
Khadija, jadi jangan muncul di hadapan saya lagi. Jangan buat saya macam ni..
Hati wanita ini tidak terlalu kuat untuk menangung keperitannya....” Keluh Aisyah
pula. Air matanya sudah mula mampir di juring mata.
Rasa
sebak mula menghuni rasa hati!
“Aisyah...
kadang-kadang saya rasa yang awak terlalu mencemburui Khadija.”
Adakah
ini memang suratannya? Wanita yang bernama Aisyah pasti akan mencemburui
Khadija. Saidatina Aisyah tidak pernah mencemburui isteri-isteri Rasulullah
yang lain tetapi beliau sangat mencemburui Saidatina Khadijah kerana baginda
Rasulullah sering menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang
mahligainya di Syurga yang bertahtakan permata. Malah setiap kali jika
melakukan penyembelihan, pasti Rasulullah akan membahagikan sebahagian
dagingnya kepada keluarga Khadijah.
“Memanglah...
Macam tak ada perempuan lain!” Dengus Aisyah sedikit marah.
“Awak tahu.... Dua ciri yang paling
menonjol dalam diri Saidatina Aisyah ialah sifat manja dan cemburunya yang
tebal selain daripada kepintarannya sebagai seorang pendidik, pengasuh umat
Islam, periwayat hadis dan Aisyah sememangnya srikandi Islam yang sangat
pintar. Saya rasa kalian berdua memang tidak jauh bezanya... Seorang wanita
yang sangat pandai namun pada masa yang sama wanita yang bernama Aisyah ini
sangat mencemburui Khadijah. Tapi awak kena ingat, cemburu Saidatina Aisyah itu
kena dengan tempatnya... Kerana wajarlah dia mencemburui seorang wanita yang
mendapat tempat di hati pesuruh Allah itu. Sedangkan Khadija yang berada di
kampung itu tidak perlu dicemburukan... Dia hanya gadis biasa yang langsung
tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti awak. Malah saya juga bukanlah
seperti Rasulullah yang layak untuk didambakan wanita...”
Tenang sahaja ayat itu keluar dari mulut
Mujahid.
“Maaf kalau sikap saya agak keterlaluan...
Saya cuma terlalu bimbang andai kata saya tidak mendapat tempat di hati awak.”
Ujar Aisyah jujur.
“Manja dan cemburu itu perlu ada... Namun
ia perlu berpada-pada. Bimbang nanti rasa cemburu dan manja itu akan merajuk
fikiran untuk menanamkan rasa dengki sesama manusia.” Wah... Mujahid
seolah-olah tidah ubah seperti seorang Ustaz pula.
Seorang
manusia itu memang diciptakan untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Dia
tidak perlu menjadi seorang ustaz ataupun terpilih menjadi Imam Muda. Cukuplah
dia dapat memperbetulkan kesalahan yang kecil. Kerana perkara yang dianggap
remeh sebenarnya mampu mengugat perkara yang besar. Menegur sesama manusia itu
adalah salah satu cara untuk beringat. Kerana alpa dan terleka, memang lumrah
sikap manusia.
“Saya kagum dengan Khadija awak.... Mesti
sikap kami terlalu berbeza kan...?” Soal Aisyah perlahan.
“Masing-masing mempunyai kelebihan yang
tersendiri. Kerana sesuatu itu memang telah diciptakan begitu. Ada lebihnya dan
akan ada kurangnya. Itulah bukti yang membuktikan manusia itu tidak sempurna.
Saya sendiri pun tidak sempurna Aisyah... Jika tidak, pasti saya dapat
memilih... dengan mudah.. siapa calon isteri saya!”
Seketika, mereka saling ditenggelami
dengan kesunyian.
“Tapi saya pelik... Bagaimana awak begitu
yakin yang dia sukakan awak jika dia sendiri tidak pernah meluahkan perasaannya
terhadap awak?” Sedari dahulu lagi dia ingin bertanya soalan itu. Namun
sentiasa beku di ruangan otak.
“Jika dia tidak suka... jika dia tidak
sayang... pasti dia sudah lama berhenti mengucapkan selamat malam kepada saya.
Pasti dia sudah berhenti berharap apabila saya tidak lagi mengucapkan selamat
pagi kepadanya. Ini membuktikan yang dia menyayangi saya. Kadang-kadang, ucapan
sayang itu tidak perlu diungkapkan. Cukuplah sekadar menjadi fahaman
kedua-duanya.”
Terdiam Aisyah dibuatnya. Sungguh, selama
ini dia sering menyangka yang dialah orang yang paling setia pada Mujahid.
Orang yang paling cintakan Mujahid. Tidak akan ada seseorang yang mampu
menandinginya. Namun kini ternyata dia silap. Silap menduga bahawasanya
percaturan Allah itu lebih hebat.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik. Begitulah sebaliknya. Itu adalah janji Allah. Sesiapa pun tidak mampu
untuk menghalangnya.
‘Namun, adakah aku cukup sempurna untuk
berdampingan dengan Mujahid. Mengenangkan segala kelemahanku dalam meniti hidup
ini, aku dapat merasakan bahawa aku bukanlah seorang yang layak untuk menghuni
hatinya. Menjadi penyejuk hati sekaligus menjadi penawar kegelisahannya.’
“Apa-apa pun, saya tak akan beralah selagi
belum mendapat keputusan awak Mujahid....” Ujar Aisyah sendiri. Terlupa yang
sudah terlalu jauh dia mengelamun. Memikirkan untung nasib hidup bersama
Mujahid nanti.
Ada jodoh tak kemana... Tak ada jodoh, nak
buat macam mana..
***
Fail-fail
yang berteraburan di atas meja kerjanya, mula disusun di tepi meja. Jam di
dinding sudah mencapai angka enam petang. Dia sudah tidak betah lagi
menghabiskan waktunya di pejabat ini. Dia ingin pulang berehat di rumah. Kalau
ikutkan, kerja di pejabat ini memang tidak pernah habis. Ada sahaja yang perlu
menuntut kudrat akal fikirannya. Namun itulah tangungjawab yang harus dipikul
oleh seorang pekerja.
Namun
sebelum pulang, seperti biasa, tangan kanannya rajin menarikan tetikus dan
menekan keyboard komputer. Sudah biasa menjenguk blog Khadija yang berkonsepkan
Ilmiah itu. Mujahid suka kerana Khadija pandai menyusun ayat untuk menjadi
santapan rohani para pembaca.
Komen-komen
yang diterima dari pembaca juga sangat menggalakkan. Khadija tidak ubah seperti
pakar motivasi sahaja.
Jangan
mencari Allah kerana menginginkan jawapan....
Carilah
Allah kerana kita tahu bahawa Dia lah jawapan yang kita perlukan...
Tiba-tiba
mata Mujahid terpaku pada sebaris ayat itu. Penuh makna tersirat yang mampu
menyelongkar isi yang tersurat. Perlahan-lahan dia mula menyandarkan tubuhnya
ke belakang kerusi.
Mujahid
kembali mengemas kembali diri sendiri. Mengenal pasti apa yang kurang dan
perkara apa yang tidak kena dengan dirinya. Memang benar kata-kata Khadija itu.
Adakalanya manusia itu kembali kepada Dia hanya semata-mata kerana mementingkan
kepentingan diri sendiri. Mencari jawapan yang dibutuhkan oleh hati.
Mungkin dirinya juga tergolong dalam
manusia-manusia seperti itu. Kononnya bermunajad kepada Allah dengan melakukan
istiharah. Tetapi hatinya lupa pada si Dia yang maha mengetahui. Mungkin kerana
ini, hingga ke saat ini, jawapan yang dibutuhkan masih belum ditemui.
Khadija....
gadis itu petah dalam melahirkan kata-kata. Sejak dari bangku sekolah lagi,
gadis itu sudah menjadi editor majalah sekolah. Dia mempunyai minat yang sangat
mendalam dalam bidang penulisan. Pernah jugak dia mengusik Khadija. Mungkinkah
Khadija bercita-cita untuk menjadi seorang penulis Novel?
“Oh...
tak pernah pulak bercita-cita nak jadi penulis novel.. Saya bukan golongan
orang yang jiwang!” Tebak Khadija dengan senyuman malu-malu. Dia tidak suka
jika orang berfikir yang dia seorang yang jiwang dan punya jiwa yang romantik.
Dia lebih suka dikenali sebagai seorang gadis yang selamba dan santai-santai
sahaja.
“Kadang-kadang
orang tu nampak je macam tak ada perasaan... Tapi sebenarnya dalam hati ada
sedulang bunga...” Usik Mujahid sengaja.
“Bukan
sedulang lah... tapi seladang bunga!” Sempat lagi Khadija menokok tambah ayat
Mujahid.
“Amboihhh...”
“Saya
memang minat menulis.. Tapi bukanlah difokuskan pada cerita cinta.. Saya suka
membina semangat. Mungkin boleh jadi pakar motivasi kot...” Sambung Khadija
serius. Dalam diam, dia menanam cita-cita yang tinggi untuk mempunyai buku
sendiri. Kalau bab berangan, memang sampai lupa memandang tempat dia berdiri
sekarang. Masa dia mampu untuk menjadi pakar motivasi hanya berdasarkan
kelulusan SPM.
‘Diri
sendiri berjalan tempang... Ada hati nak pinjamkan tongkat pada orang!’ Fikir
Khadija lagi.
“InsyaAllah...
berkat kesabaran, pengalaman dan ketabahan awak.. Siapa tahu yang impian awak
bakal tercapai.” Mujahid terus-terusan menanamkan semangat buat Khadija. Dia
tahu yang gadis itu sangat bercita-cita tinggi.
“Itu
angan-angan je... Saya tahu yang semua itu tak akan berlaku. Kalau berlaku
dalam mimpi pun dah cukup baik dah...”
Mujahid
menggeleng perlahan menyambut tutur kata Khadija itu.
“Ish...
jangan suka hendak menjatuhkan semangat diri sendiri. Macam mana nak jadi pakar
motivasi ni?” Tegur Mujahid serius. Khadija tergelak. Segan pula kerana ditegur
sebegitu rupa.
“Memang
hidup ini harus berfikiran positif... Tapi hidup ini jugak harus berlandaskan
kenyataan...”
“....
Tapi boleh tanamkan keyakinan pada Dia.. Kerana segala sesuatu yang bermula dan
berakhir, adalah datang dari kehendakNya..” Sambung Mujahid lagi.
Kali
ini Khadija tersenyum. Dalam dia sebenarnya terharu. Terharu kerana Mujahid
tidak pernah jemu dalam terus memberikannya semangat. Ketika dia bersedih
dahulu, Mujahid ada di sisinya. Walaupun lelaki itu tidak selalu ada untuk
setiap waktu, namun lelaki itu tetap memperuntukkan masa ketika Khadija mula
rasa longlai.
“Awak
tahu... matahari yang besar dan bercahaya pun memerlukan bulan untuk menerangi
sudut bumi di kala malam... Seperti saya yang tetap memerlukan nasihat dari
pakar rundingan saya sendiri walaupun saya
dah bergelar pakar motivasi nanti...” Tanpa ragu, ayat itu mula dituturkan kepada Mujahid.
Mujahid
agak tergamam. Mengerti dan memahami kata-kata Khadija yang mendalam itu.
“Okay...
tak ada masalah. Tapi hujung bulan, sila masukkan elaun ya!”
Mujahid
mula tersenyum apabila mengenangkan peristiwa gurauan manis itu. Dia sangat
taksub dengan kecekalan Khadija yang sentiasa mendahulukan keluarga melebihi
segala sesuatu perkara pun di dunia ini. Sanggup mengetepikan rasa yang
melonjak-lonjak untuk menyambung pelajaran. Hanya semata-mata kerana sesuap
nasi yang perlu dilunaskan kepada adik-adiknya.
‘Dija...
mampukah aku untuk membahagiakan dirimu? Atau kehadiranku nanti hanya akan
mengganggu-gugat perjalanan kau nanti?’
***
Usai
membuka kunci rumah, terus dihempaskan badannya ke atas sofa. Rasa lenguh dan
letih mula menjalar di seluruh badan. Inilah yang dia rasa setiap kali balik
dari bekerja. Seharian melayan pesakit di hospital memang menguji tahap mental
dan fizikalnya.
Badan yang melekit itu membuatkan Aisyah
mula rasa tidak selesa. Lantas dia bangun dari pembaringan. Dia masih belum
menunaikan solat insyak lagi. Dengan kaki yang berat, dia mula melangkah naik
ke kamar peraduan. Ingin mandi dan berehat sepuasnya. Baterinya perlu di charge
untuk kegunaan esok hari. Benar lah kata orang, kerjaya seorang doktor memang
menuntut kudrat yang luar biasa!
Adakalanya dia terfikir, bagaimanakah
kehidupannya selepas berkahwin nanti? Mampukah seseorang menerimanya sebagai
isteri yang menyandang jawatan sebagai seorang doktor? Dia pasti sibuk di
hospital. Jika pulang ke rumah, pastilah dia ingin berehat? Jadi, mampukah dia
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna?
Masalah itu seperti itu terus berkampung
di benaknya. Lantas dia terus ke kamar mandi. Penat untuk memikirkan
kesudahannya. Jika tidak dikenangkan hasrat mamanya, dia sendiri tidak mahu
memilih profesion kedoktoran ini. Tidak dapat tidak, semua ini tetap harus
ditelan juga.
‘Ramai rakan sejawat aku yang dah
berkahwin.. Kalau dia orang boleh, kenapa tidak aku...’
Ketika air pancut mula mencurah ke atas
kepala, terasa hilang semua rasa penatnya. Hilang dibawa arus. Matanya yang
sedari tadi layu dan kuyu mula segar. Rasa mengantuk yang tadi bermaharajalela,
kini hilang entah ke mana.
Sesudah menunaikan solat, dia terus
terlentang di atas katil. Matanya terkulat-kulat memandang syiling. Hendak
tidur, rasa mengantuk telah hilang. Hendak makan, tekaknya langsung tidak
berselera. Duduk di rumah dua tingkat seorang diri ini memang membosankan.
Tangannya mula mencapai telefon bimbit.
Ada rindu yang menyapa di ruang hati. Lama dipandang skrin telefonnya itu.
Namun satu perkataan pun masih belum mampu ditaip di skrin telefon.
‘Nak mesej ke tak nak?’
‘Mesejlah... tanya khabar..’ Jarinya mula
menaip sepotong ayat.
‘Entah-entah dia tengah mesej dengan
Dija?’
Terus dipadam ayat di dalam skrin telefon
itu. Susah bila rasa cemburu hinggap di laman hati. Hatinya terus diserang
kacau bilau.
‘Kalau dia mesej dengan Dija pun.... Dia
boleh je balas mesej aku...’
Persoalan demi persoalan mula menghendak
dada fikiran. Akhirnya tanpa berfikir panjang, dia terus menaip ayat dan
menghantar mesej kepada Mujahid.
Salam...
buat apa? Saya tak boleh tidur...
Dilepaskan satu keluhan apabila selesai
menekan butang send. Hendak menghantar mesej pun terpaksa berfikir banyak kali.
Terus dibelek-belek telefonnya itu. Namun tiada sebarang tanda-tanda yang
mesejnya akan dibalas.
Aisyah melepaskan keluhan. Hampa tak usah
cakaplah. Memang tak terkira. Namun tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tanda mesej
masuk! Hanya Allah yang tahu rasa terujanya sekarang.
W’salam... menunggu lena tiba.. lah, kenapa x
boleh tidur? Rindukan saya ya...
Kembang
setaman Aisyah dibuatnya. Walaupun dia tahu yang Mujahid sedang bergurau namun
hatinya tetap disulami dengan bunga-bunga bahagia.
Sila jgn perasan... Rindukan awak... memang tak
lah...
Sengaja
Aisyah hendak menjual mahal dengan Mujahid. Walaupun dia sangat menyintai
Mujahid, tapi itu tidak bermakna dia harus meletakkan maruahnya di bawah kaki.
Membenarkan Mujahid mempermainkan jiwanya.
Alah..
saya baru nak balas rindu awak..
x apalah kalau awak tak rindu,
saya
nak rindukan orang lain lah...
Tak
tertelan air liur Aisyah dibuatnya.
Eh, mana boleh macam tuh...
Protes
Aisyah selamba. Hatinya berdegup laju. Pasti dia hendak merindui Khadija.
Jadi, rindulah ni ya...
Tersenyum-senyum
Aisyah dibuatnya. Terasa jiwanya dihias cantik oleh Mujahid. Belum sempat Aisyah
hendak membalas, ada mesej masuk lagi.
Saya nak call boleh?
Aisyah
rasa seperti hendak meloncat segirangnya. Tidak terkata perasaannya tika ini.
‘Wahai Mujahid, adakah ini tanda bahawa awak akan menerima saya?’
Kredit awak kan... janganlah tanya
saya...
Setelah
menekan butang send, terus telefonnya berdering nyaring. Wajah Aisyah merekah
dengan senyuman manis. Terus ditekapkan telefon bimbit itu ke cuping
telingannya.
“Assalamualakum...”
Suara di sana mampu menghanyutkan rasa yang menggila.
“Walaikummusalam...”
“Sihat?”
Tanya Mujahid ramah.
“Sihat
je...”
“Haruslah...
doktor kena jaga kesihatan diri sendiri.. Baru boleh jaga kesihatan orang
lain.” Aisyah ketawa sedikit sedangkan tak ada yang lawak pun dalam baris ayat
Mujahid itu.
“Dah
lewat nih.. pergilah tidur.. Esok shif pagi kan..” Ujar Mujahid prihatin.
“Tak
mengantuk lagi...”
“Ke
nak saya dodoikan....” Tawaran Mujahid itu seperti bulan jatuh ke riba. Hati Aisyah
sudah berdegup kencang. Sekencang laluan angin yang menderu laju.
“Hmm..
sedap ke suara awak tuh?” Sakat Aisyah selamba. Dia mula ketawa kecil.
“Ehem-ehem..
Tengok oranglah...”
“Okay...
satu, dua, tiga...Go!” Kira Aisyah tanpa disuruh.
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Mata
Aisyah berkaca tika mendengar bait-bait lagu yang menyentuh hati perempuannya.
Suara Mujahid sangat syahdu menampan telinga. Adakah ini bermaksud yang dirinya
sudah diteima oleh Mujahid? ‘Arrgghh... Mujahid sering bermain dengan perasaan
ini!’
“Okay..
Saya dah nyanyi.. Jadi awak harus tidur sekarang Aisyah...” Putus Mujahid
lembut.
“Id...
Adakah ini bermaksud....” Kata-kata Aisyah terhenti. Mencari kata yang lebih
sesuai untuk dirungkaikan.
“Erk...
ini hanyalah lagu kesukaan saya... Saya harap awak pun turut menyukainya..”
Kata-kata Mujahid itu terus membawa semangat Aisyah kembali jatuh ke tanah.
Hilang terus keyakinannya untuk memiliki Mujahid sebentar tadi. Nampaknya,
Mujahid masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi suri di hatinya.
“Selamat
malam....” Air mata Aisyah mula bergenang. Rasa sebak mula mampir.
“Selamat
malam.. sebelum tidur, jangan lupa baca doa ya...” Nasihat Mujahid lagi. Tanpa
menunggu lagi, terus Aisyah memutuskan talian.
‘Ya
Allah.. sampai bila aku harus menanti jawapannya?’
***
Awal
pagi seperti ini, pasti dia akan mengemas barang-barang di kedai itu. Stok di
bahagian belakang dikira. Kerjanya walaupun nampak remeh, tapi tetap tidak akan
diambil mudah. Segala keperluan kedai, pasti akan disempurnakan sebaiknya.
“Dija...
dah sarapan belum?” Tanya Syahmi. Anak tuan punya kedai.
“Dah..
dekat rumah tadi.” Jawab Khadija pendek sambil meneruskan kerjanya.
Syahmi
mengarukan kepalanya berulang kali. Bingung untuk mencari topik untuk berbual
dengan Khadija. Sejujurnya, dia memang tertarik dengan sikap sempoi bersulamkan
santun milik Khadija. Ada ketegasan dalam sikap garangnya. Ada kelembutan dalam
kekasarannya. Dan ada kecantikan yang hanya boleh ditilik oleh mata hati.
Dia
sedar yang ramai jejaka di kampung ini yang datang ke kedai bapanya ini hanya
semata-mata kerana ingin berjumpa dengan Khadija. Kata orang kampung, Khadija
dikatakan seperti perlaris di kedai ini.
Khadija yang cantik...
Khadija yang rajin...
Khadija yang baik...
Khadija yang solehah...
Pokok
pangkalnya Khadija menjadi idaman hati mak cik-mak cik di kampung untuk dibuat
menantu. Silap hari bulan, ada mak cik yang offer Khadija menjadi madu mereka.
Syahmi mengeluh sedikit. Mampukah dia
memiliki jiwa Khadija yang istimewa itu? Dia sendiri pemalu untuk memulakan
perbualan dengan Khadija. Khadija juga seolah-olah tidak memberikan respon yang
positif pada huluran salam perkenalannya. Jadi semua ini membuatkan dia kekok!
Khadija
yang mendengar keluhan itu terus mengarukan tengkuknya yang beralaskan tudung..
Sebenarnya dia pelik dengan kedatangan Syahmi ke kedai pada waktu pagi
sebegini. ‘Lelaki itu tak berkerja ke?’
Namun
cepat-cepat dia angkat bahu. Tidak mahu mempedulikan kehadiran Syahmi itu yang
tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerja-kerjanya. Bibirnya mula menguntum
senyuman apabila terpandangkan gula-gula HUDSONS yang terletak cantik di dalam
balang.
Teringat
pula ketika zaman persekolahan dahulu. Apabila seniornya yang paling dia kagumi
menghadiahkan gula-gula ini kepadanya.
“Tahu
tak apa maksud gula-gula nih?” Tanya Mujahid sambil tersengih-sengih.
“Errkk...
Gula-gula pun ada maksud ke?”
“Adalah..
hanya orang yang kreatif je yang boleh reka.. Hah, cepatlah teka! Kata editor
majalahs sekolah.. Haruslah teror bab-bab macam nih...” Gesa Mujahid tak sabar.
“Saya
ni editor majalah sekolah, bukan editor tak bertauliah!” Membulat mata Mujahid
apabila menerima jawapan balas dari Khadija.
“Nak
teka ke tak nak?” Mujahid mula buat-buat merajuk! Aduh, sangat kelakar bila pak
ustaz buat muka tak siap itu.
“Sabar
itu separuh daripada Iman kan...” Mujahid tersenyum. Senang hati pula bila
dikenakan oleh Khadija.
“Errkk..
Tak tahulah! Otak tak berapa setting sangat...Banyak wayar terputus!” Dia
sebenarnya bukanlah pandai sangat bab merapu meraban ini. Silap hari bulan,
dengan fius-fius Mujahid pun terjahanam sekali.
“Hanya
Untuk Dija Seorang Orang Nak Sorry... H.U.D.S.O.N.S.” Terang Mujahid sambil
menunjukkan wakil-wakil setiap huruf.
Sungguh, Khadija tidak mampu untuk
menyembunyikan senyumannya. Terasa jiwanya seperti layang-layang yang terputus
talinya. Berterbangan mencari tempat duduk yang sebenar. Kata-kata yang
mendalam itu mendalamkan lagi perasaaannya terhadap Mujahid.
“So
sweet... rasa sayang pulak nak makan.” Terus disimpan gula-gula itu ke dalam
beg sandangnya.
“Sayang
nak makan ke or sayang kat orang yang bagi?” Duga Mujahid nakal.
“Jangan
nak perasan sangatlah!” Hentam Khadija cepat-cepat. Tidak mahu jika Mujahid
dapat mengesan air mukanya yang mula disimbah rasa segan. Mereka masih kecil
lagi untuk membicarakan soal perasaan ini.
Senyuman
manis Khadija makin menjadi-jadi apabila mengingatkan tentang janji temunya
bersama Mujahid petang nanti. Lelaki itu mahu meminta pendapatnya untuk membeli
hadiah buat emaknya. Siapa lagi, bakal mertua dia lah! ‘Errk... belum apa-apa
lagi dah mengaku mertua ke? Nampak sangat aku terdesak!’
Tanpa
sedar, Syahmi ralit melihat kelibat Khadija yang tersenyum sendiri itu. Nampak
manis dah ikhlas sahaja senyumannya. Adakah Khadija senang dengan kehadirannya
di sini?
Baru
sahaja dia ingin memanggil Khadija namun tiba-tiba muncul seorang lelaki yang
terus berlari masuk ke dalam kedai sambil terjerit-jerit.
“Along...
Along...”
“Hei,
kenapa jerit-jerit ni?” Tanya Khadija aneh!
“Abah...
abah...” Syakir tidak mampu untuk meneruskan bicara apabila nafasnya tersekat
kerana berlari ke kedai ini. Langsung lupa hendak menggunakan motor apabila
keadaan kalut menyapa.
“Kenapa
dengan abah?” Jantung Khadija sudah mula berlagu kencang.
“Abah
jatuh bilik air! Dia pengsan....Pak cik Kamil dah bawa abah pergi hospital..”
Tangan
kanan Khadija mula ditekup ke mulut. Syahmi yang sedari tadi berada di antara
kedua beradik itu juga turut terkejut. Matanya mula memandang ke arah mata
Khadija yang mula berkaca-kaca itu.
‘Ya
Allah... jangan kau ambil pinjamanMu itu.. Aku masih belum puas bermanja
bersamanya.’ Bisik Khadija lirih. Mengharapkan agar Dia menenangkan rasa hati
yang gundah!
***
Muka
mak jelas risau apabila melihat abah yang terlantar di atas katil itu. Mujur
sahaja Sumayah bekerja sebagai penjawat awam. Jadi boleh lah abah di tempatkan
di wad kelas kedua. Tidaklah perlu bersesak-sesak berada di wad biasa yang
pasti lain situasinya.
“Mak...
janganlah menangis.. Abah tak apa-apa.” Pujuk Syakir lembut sambil menggosok
bahu Puan Rabiah. Hujung lengan baju kurung itu dibawa ke mata. Puan Rabiah
nyata tidak mampu mengawal rasa sebak.
Khadija
hanya memandang badan abahnya yang berselirat dengan wayar di bahagian dadanya.
Doktor telah mengesahkan bahawa abah mendapat serangan jantung kecil. Mungkin
perkara itu yang membimbangkan emaknya.
Khadija sendiri naik aneh. Selama ini,
abahnya sihat-sihat sahaja. Malah abah amat menitikkan soal pemakanan dan soal
kesihatan. Siapa sangka yang abah akan mendapat serangan jantung seperti ini.
Dugaan Allah itu tidak disapa oleh andaian manusia.
Dia juga takut kalau-kalau dia bakal
kehilangan abahnya. Dia belum cukup kuat untuk berdiri tanpa bantuan abahnya
itu. Selama ini, lelaki tua itu selalu menyumbangkan tenaga dan keringatnya
dalam membesarkan mereka adik-beradik. Malah Abah langsung tidak garang.
Bermacam-macam kisah dan cerita yang telah mereka kongsi bersama.
“Mak... Dija pergi solat asar dulu ya...”
Pohon Khadija sambil mencuit bahu emaknya sedikit. Dalam hatinya berharap benar
yang Puan Rabiah tidak akan mengekorinya. Sebenarnya dia tidak mampu menahan
sebak lagi. Air matanya pasti akan meleleh bila-bila masa sahaja lagi. Namun
untuk mencurahkan rasa sedih itu dihadapan keluarganya, Khadija langsung tidak
mampu. Lagipula, dia tidak boleh bersolat. Itu yang membuatkan hatinya berganda
dengan keresahan.
Sesampai sahaja di satu penjuru dinding,
Khadija terus duduk di atas kerusi yang tersedia. Tanpa ditahan lagi, permata
jernih itu mula merintik di pipinya. ‘Adakah ini tanda-tanda bahawa Dia ingin
mengambil abah dari pangkuan keluargaku?’ Dia teresak-esak sendiri tanpa teman.
“Dari dulu lagi... Awak suka menangis
sorang-sorang kan?” Teguran itu membuatkan Khadija mengangkatkan wajahnya.
“Id...”Tanpa sedar, dia telah menjamahkan
wajahnya yang dibanjiri tangisan itu.
“Ish ish ish... tak cantiknya bila awak
menangis...” Usikan Mujahid itu terus membuatkan Khadija berkalih ke arah lain.
Terkejut, tergamam, terkesima, terpana... semuanya diadun menjadi sebati.
Tertanya-tanya bagaimana Mujahid boleh berada di hospital ini?
Mujahid terus melabuhkan punggung di
sebelah Khadija. Dia tahu.. pasti berat untuk anak sulung itu menghadapi semua
ini sendiri. Ini kali kedua dia melihat Khadija menangis. Yang pertama kalinya
ialah selepas Khadija kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke
pengajian tinggi kerana kedaifan keluarga.
“Penat-penat saya datang dari jauh, awak
tak mahu tengok muka saya yang hensem ni ke?” Usik Mujahid sengaja. Ingin
mematahkan kesedihan milik Khadija.
Tanpa pengetahuan Mujahid, Khadija mula
tersenyum hambar. Cepat-cepat dikesat
sisa-sisa air mata yang menghuni ruang wajah. Lambat-lambat dia beralih
memandang Mujahid. “Ada tisu tak?”
Mujahid ketawa! Comel pula soalan Khadija
itu.
“Tisu tak ada... sapu tangan adalah...”
Sapu tangan berwarna hijau itu terus dihulurkan kepada Khadija. Tanpa banyak
soal, terus dilap air hidungnya yang meleleh. Malu pula apabila Mujahid melihat
keadaan dirinya yang selekeh ini.
“Errk.. tapi sapu tangan tu saya dah guna
lap hingus tadi.” Ucap Mujahid tanpa perasaan.
“Eee... tak senonohlah.. Dah guna pun nak
bagi orang pinjam lagi.” Marah Khadija geram.
“Sweet ape... sharing is caring kan..”
Usik Mujahid. Sengaja ingin menghalau pergi semua kesedihan milik Khadija. Biar
lega. Jadi gadis itu akan meluahkan segala kesedihannya dengan lebih tenang
tanpa tekanan.
“Mana awak tahu saya dekat sini?”
Persoalan itu mula keluar dari bibirnya.
Mujahid tidak menjawab tapi mengeluarkan
telefon bimbit dari poket seluarnya. “Eh, itu telefon saya! Awak ambil dekat
mana?” Khadija mula dibanjiri rasa aneh yang berganda-ganda banyaknya.
“Saya telefon awak tadi... tapi Syahmi anak
taukey awak yang angkat. Dia kata awak tertinggal telefon. Dialah yang cakap
awak ada kat hospital. Jadi sebelum saya datang hospital, saya pergilah kedai
dulu... Ambil telefon awak ni.. Takut kalau awak nak guna kan...” Telefon
bimbit itu mula bertukar tangan.
“Mana awak tahu saya menangis dekat sini??”
Soalan itu, lebih ditujukan kepada Mujahid.
“Saya cari awak ni guna instinct jeh...”
Tutur Mujahid separa berlagak. Mereka saling bertukar senyum.. Namun nyata
hambar. Seketika, mereka mula dijenggah kebisuan.
“Saya takut....” Air matanya mula
bertakung lagi.
“Orang beriman tak takut mati... malah dia
ternanti-nanti saat kematiannya. Untuk menemui Dia Yang Maha Esa....” Nasihat
Mujahid lembut.
“Tapi saya tak kuat... tak kuat nak
kehilangan abah..” Tidak mampu lagi untuk dia bendung air mata ini. Lantas
hanya dibiarkan permata itu berlabuh di pipinya.
Mujahid hanya memandang dengan hujung
mata. Akalnya mula merangka ayat yang sesuai untuk dipersembahkan kepada jiwa
Khadija yang diserang ketakutan itu.
“Terkadang,
Allah memberikan ujian yang berat kepada awak sebab Dia percaya pada kemampuan
awak melebihi pada kepercayaan awak pada diri sendiri. Bersyukurlah kerana
menjadi manusia yang terpilih Dija...”
Tiap bait kata dari Mujahid itu umpama
gula yang melarut dalam jiwanya. Membasuh rasa gelisah yang menghurung.
Menenangkan hati yang rawan. Hanya melalui kata-kata, rasa cinta itu sudah
menular dalam diri. Menjalar tanpa mengenal erti surut.
“Perjuangan kita masih jauh beribu batu..
selagi roh masih di jasad, hidup mesti diteruskan.. Walau awak kehilangan orang
yang paling awak sayang sekalipun, awak
kena ingat seperkara Dija... Iaitu kasih sayang awak tak akan mampu untuk
melawan kasih sayang Allah padanya.” Tambah Mujahid lagi.
Takdir telah Allah tetapkan. Semua yang
hidup, pasti akan mati. Jadi setiap manusia harus tidak terleka melayan rasa
sayang dan tidak terjerumus dilanda arus kesedihan.
“Menangis itu boleh... itu wajar untuk
seorang manusia.. Apa yang tak boleh ialah, bila manusia meletakkan rasa takut
yang berlebihan untuk kehilangan orang yang tersayang. Segala suratan telah
Allah persiapkan.. Apa yang manusia perlu lakukan ialah, berjalan di atas
hamparan itu dengan penuh rasa rendah diri.. penuh rasa kesediaan.. penuh
redha....”
“Terima kasih Id...” Ucap Khadija ikhlas.
Ketika dia sedang berduka, Mujahid pasti akan berada di sebelahnya. Tidak
jemu-jemu mengajar hatinya agar terus bersabar.
‘Adakalanya, tak peduli berapa kali aku
perlu meyakinkan diriku bahawa aku lebih baik tanpanya.. namun sebahagian dari
hatiku masih ingin memilikimu..’ Bisik hati kecil Khadija.
“No hal lah...”
“Id.. sorry.. saya tak dapat nak teman
awak beli hadiah untuk mak awak...” Khadija mula rasa bersalah kerana
memungkiri janji. Dia sendiri tidak menyangka yang harinya ini akan menjadi
seperti ini.
“Tak apa... Family come first kan... Jom..
teman saya melawat bapak mertua saya..” Terkesan sedikit hati Khadija apabila
mendengar kata-kata Mujahid itu. Apabila Mujahid ketawa, dia tahu yang itu
hanyalah sekadar gurauan untuk menceriakan hatinya. Namun percayalah, gurauan
seperti itu lebih menyakitkan jiwanya.
***
Tangan
kanan Aisyah mula dibawa ke mulut. Menutup mulut yang diserang kantuk itu. Jam di dashboard telah pun menunjukkan pukul
satu pagi. Malam ini, dia terpaksa untuk membantu menguruskan pembedahan kecil.
Terpaksalah pulang lewat malam melebihi dari hari biasa.
Pemanduan yang tenang itu mula dikejutkan
dengan bunyi letupan. Kereta yang dipandunya mula hilang kawalan namun cepat-cepat
dikawal stereng kereta dan mula berhenti di bahu jalan.
Mata Aisyah terus dibawa ke arah belakang.
Dia sendiri masih belum dapat mengenal pasti bunyi letupan itu. Perlahan-lahan,
dia mula menelan liur. Melihat keadaan yang sunyi sepi itu membuatkan dia
dijenggah rasa untuk keluar memeriksa tayar keretanya.
Setelah diambil nafas beberapa kali sambil
diselangkan dengan selawat, dia mula membuka pintu kereta. Namun belum sempat
dia keluar lagi dari kereta, telefon bimbitnya mula berlagu riang. Apabila
melihat gerangan si pemanggil, terus diangkat dan dihalakan telefon ke
telingannya. Namun sempat dia mengunci pintu keretanya. Bimbang jika diserang
hendap ataupun disamun. Apatah lagi kawasan yang menghala ke perumahannya ini
memang senyap sunyi.
“Hello... Sya, awak ada kat mana?” Suara
di hujung talian kedengaran sedikit risau.
“Saya kat tepi jalan..” Adu Aisyah
perlahan. Hatinya lega... Lega kerana Mujahid menefon dirinya di saat genting
ini.
“Hah, buat apa kat tepi jalan tuh?”
“Tak kan lah berkelah pulak.. Kereta
saya.. pancit kot...” Aisyah mula kusut. Matanya meliar ke sana sini. Rasa
takut usah cakaplah... memang menggunung banyaknya.
“Kot?”
“Saya tak pasti.... Saya takut nak keluar
dari kereta...” Adu Aisyah lagi.
“Awak ada kat mana tuh?”
“Simpang nak masuk dekat perumahan saya
ni.. Errk.. kenapa awak tanya?” Dalam hatinya, dia amat mengharapkan kedatangan
Mujahid tika ini. Sungguh, jika ada orang yang sanggup berhenti pun, dia pasti
tidak akan sanggup untuk membuka pintu keretanya.
“Saya datang.... Jangan matikan telefon..
Saya nak kunci rumah kejap...” Aisyah tersentuh! Sungguh, dia tidak menyangka
yang Mujahid sanggup datang untuk membantunya
“Errk.. tak apalah Id.. Rasanya saya...”
Dia mahu Mujahid datang tapi dalam pada masa yang sama, dia memang tidak mahu
menyusahkan Mujahid. Bimbang jika Mujahid berfikir yang dia sengaja ingin
mengada-ngada.
“Habis tu, awak nak tukar tayar sendiri
ke? Pandai?” Aisyah sendiri tidak dapat mengenal pasti sama ada itu ayat tanya
ataupun ayat perli.
“Memanglah tak pandai... Tapi bedal
jelah...”
“Jangan nak mengada-ngada. Saya dah on the
way nih... Hmm, make sure pintu berkunci... pasang lampu kecemasan....dan kalau
orang berhenti, jangan bukak pintu..” Arah Mujahid tegas.
“Okay... Errk... awak drive lah dulu..
Kalau dah nak sampai, telefon saya semula...” Tidak mampu dia menolak bahawa
jiwa wanitanya terharu dengan bantuan Mujahid ini.. Mungkin nampak kecil dan
remeh, tapi hanya dia yang mengerti. Betapa Mujahid akan sentiasa ada di waktu
susahnya. Di saat dia memerlukan seseorang, lelaki itu pasti akan hadir menghulurkan
bantuan.
“Lah... tak payahlah matikan talian...”
“Habis tu macam mana awak nak drive?”
Takut juga kalau-kalau pemanduan Mujahid terganggu apabila hendak bercakap
telefon dengannya.
“Tak apa.. saya pakai earphone... Lagipun,
saya risau kalau-kalau tiba-tiba tak dapat call awak terus.. Kalau macam ni,
saya masih tahu yang awak selamat.”
Air mata Aisyah hampir-hampir sahaja
menitis. ‘Ya Allah, bagaimana aku hendak menanamkan rasa benci terhadap dirinya
jika dia sering berada di sisiku... membantu diriku... Kenapa tidak Kau jauhkan
dirinya dari diriku jika benar dia bukan milikku?’
“Sya... awak okay kan?” Tanya Mujahid
bimbang. Tiba-tiba pula suara di hujung talian itu disapa sepi.
“Okay...” Suaranya sedikit serak menahan
sebak.
“Sya... are u crying?” Tembakan Mujahid
memang sentiasa tepat.
“Kenapa nih?” Tanya Mujahid lagi apabila
tidak mendapat sebarang respon daripada Aisyah.
“Saya takut....” Tipu Aisyah. Tidak mahu
menyatakan rasa terharunya dengan sikap baik Mujahid itu. Bimbang lelaki itu
meluat pula dengan dirinya.
“Nak takut apa? Saya kan ada.... Saya dah
drive 140 kilometer dah nih... Kalau nak laju lagi tunggu saya dapat lesen
driver kapal terbanglah...” Sempat lagi Mujahid bercanda. Cuba melegakan
ketakutan Aisyah. Menghilangkan ketakutan yang bermumkim.
“Tak pasang radio ke?”
“Tak... takut kalau-kalau dengar bunyi
yang bukan-bukan...”
Terus Mujahid meledakkan tawa. Aduh...
nama sahaja sudah besar panjang. Namun masih terdidik dengan cerita-cerita
seram drama melayu. Aisyah... Aisyah.. tak semenggah sungguh!
“Id... ada sebuah kereta berhentilah...” Aisyah
mula rasa cuak. Rasa nak menangis lagi apabila melihat bukan seorang.. bukan
dua orang.. dan bukan tiga tetapi empat orang lelaki mula turun dari kereta
waja itu.
“Hah, ada berapa orang?”
“Empat....” Hampir tidak terkeluar patah
perkatannya itu. Dan apabila lelaki itu sudah mula mengetuk tinggkap keretanya,
badannya sudah mula menggigil menahan rasa cuak!
“Id......” Rasa takutnya makin bertambah
apabila telefon bimbitnya tiba-tiba kehabisan bateri. ‘Ya Allah... apa aku nak
buat sekarang?’Aisyah menutup wajahnya. Takut yang teramat sangat!
Ketukan bertalu-talu itu mula berhenti.
Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangan di mukanya. Mula mengintai di celah-celah
jari yang memberi ruang sesama sendiri. Dan hatinya terus lega apabila melihat
wajah seseorang yang sangat dia tunggu-tunggu. Mujahid terus mengarahkan dia
keluar dari kereta.
“Kami cuma nak tolong jeh... janganlah
bersangka buruk..” Ujar seorang lelaki. Air mukanya agak jernih. Memang boleh
nampak rasa ikhlasnya.
“Maaflah... bukan apa.. Saya dah pesan
dekat isteri saya supaya jangan bukak pintu kereta... Bimbang jugak kan..
Macam-macam hal boleh terjadi sekarang ni.” Tergamam Aisyah dibuatnya. Bukan
ayat bimbang yang menghantuinya tetapi perkataan isteri itu. Kalaulah betul
Mujahid ini adalah suaminya, sudah lama dipeluk erat. Menghilangkan kegelisahan
hatinya. Entah apa motifnya berbohong kepada empat orang pemuda itu.
“Tapi alang-palang kami dah turun ni,
biarlah kami tolong tukar tayar ni sekali... Lagi ramai lagi cepat siap!” Ujar
seorang lelaki lagi. Mujahid dan Aisyah mula berpandangan.
“Eh, tak apa ke? Dah pukul berapa nih...”
Bukanlah Mujahid hendak berprasangka buruk sesama Muslim tapi sikap waspada itu
perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Alah.. kami pun bukan nak ke mana-mana
pun.. Biarlah kami tolong sekali. Hmm, Tayar spare ada kan?” Cepat sahaja Aisyah
mengangguk menjawab persoalan seorang pemuda itu.
Mujahid menghulurkan kunci keretanya
kepada Aisyah. “Masuk kereta saya... Jangan lupa kunci. Kalau ada apa-apa,
terus selamatkan diri!” Pesan Mujahid sungguh-sungguh.
“Tapi....” Hati yang lega tadi kembali
diserang gundah.
“I really mean it Sya...” Tekan Mujahid
serius. Dengan berat hati, terus dia masuk ke dalam kereta CRV milik Mujahid.
Di dalam kereta, tidak habis-habis Aisyah
berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah. Janganlah berlaku perkara yang
buruk-buruk! Tidak sampai lima belas minit, tayar kereta itu mula siap
dipasang. Mata Aisyah sempat menangkap tangan Mujahid yang menghulurkan duit
kepada empat pemuda itu. Namun ditolak lembut oleh mereka.
“Kenapa matikan talian tadi? Tahu tak saya
risau?” Suara Mujahid serius sahaja apabila menghampiri Aisyah.
“Erk... bateri out!” Sungguh, tidak pernah
dia melihat wajah Mujahid setegang ini. Adakah benar Mujahid begitu
merisaukannya?
“Kat dalam kereta tak ada charger ke?”
“Ada...” Jawapan itu seolah-olah
memperbodohkan diri sendiri. Kepala yang tidak gatal itu, mula digaru.
“Habis tu kenapa tak guna?”
“Hmm.. tadi kaget sangat!” Memang dia
kalut sangat pun tadi. Dalam kepalanya ada dua perkataan sahaja. Sama ada kena
bunuh atau kena rogol! Fuh, seram!
“Dah, pergi masuk kereta.. Saya follow
dari belakang...” Arah Mujahid lagi.
“Eh, tak apalah.... Saya boleh balik
sendiri.. Awak balik jelah rumah...”
“I said now Sya!” Terus Aisyah mencicit
lari ke keretanya. Entah kenapa Mujahid bertukar gerun pada malam ini. Tapi
dalam masa yang sama, sikap seorang hero memang terseralah! Kalau tak ada
Mujahid, entah apalah nasibnya tadi.
“Id.... Thanks...for everthing..” Ucap Aisyah
usai dia sampai di hadapan rumah..
“Dah... pergi masuk tidur..” Arah Mujahid
lagi. Tidak manis rasanya jika mereka terus berbual di luar rumah ini.
“Id....”
Mujahid yang hendak melangkah ke kereta
mula berpaling. “Kenapa awak mengaku yang saya ni isteri awak?” Tidak bisa
ditahan rasa hatinya untuk mengetahui isi jawapannya.
“Sebab saya nampak dia orang macam nak
mengorat awak jeh!” Luah Mujahid jujur.
“Oh... cemburu lah nih...” Usik Aisyah
sengaja. Sedangkan di dalam hatinya sudah tumbuh berladang-ladang tanaman.
“Dah.. dah... pergi masuk.. dah malam
sangat nih... dan jangan lupa mandi ya... Ada bau dah nih...” Usikan Aisyah
tadi tidak dihiraukan. Dia sendiri tidak dapat meneka perasaan milik sendiri. Macam
cemburu. Macam tidak.. Sukar benar hendak di scan perasaan milik sendiri.
“Hampeh!” Walaupun malam ini berlangsung
panjang dengan kepenatan, namun rasa bahagia tetap menjalar di ruang hati.
***
Rasa dingin itu tidak mampu membuatkan
tidur Mujahid lena panjang. Lantas matanya merayap pada jam loceng yang
terletak di meja kecil di sebelah katilnya. Perlahan-lahan dia mula bangun dari
pembaringan.Mukanya yang penat itu diraup beberapa kali.
Tangannya mula mencapai telefon bimbit
yang memang sudah sedia berada di atas katil. Laju sahaja tangannya menaip
mesej. Dan mesej itu mula dihantar secara serentak kepada Khadija dan Aisyah.
Jangan
biarkah lena membasuh tahajud kita.. ayuhhh.. bangkitlah.. menunaikan
tangungjawab kita sebagai hamba...
Kakinya mula dibawa ke bilik air. Mula
menyegarkan badan. Tidak lama selepas itu, dia mula berdiri di atas sejadah.
Mengharapkan keredhaan yang maha esa.
“Ya Allah, jadikanlah cintaMu sebagai
perkara yang paling aku cintai.. dan jadikanlah rasa takut kepadaMu sebagai perkara
yang paling aku takuti. Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa
rindu akan hari pertemuan denganMu. Apabila engkau jadikan penyejuk mata orang
yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dengan
beribadah kepadaMu.”
***
Khadija
yang sedang menjaga abahnya itu mula tersedar apabila mendengar bunyi mesej
masuk! Bibirnya tersenyum menyambut bait kata mesej Mujahid itu. Lantas dia
membetulkan pinggangnya sikit. Dia masih ingat lagi pesanan Mujahid sebelum
lelaki itu pulang.
"Jaga abah
baik-baik… Jaga family elok-elok.. Setiap saat Allah akan memanggil-manggil kita untuk kembali
kepadaNya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayangNya, terkadang membuat
suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah,
kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuatNya menoleh kepada
Allah..Tetapi.. teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha
mendengarkan, panggilanNya ini. Jadi terpulang sama awak nak kekal berdiam atau
pun hendak menoleh ke arahnya…. Pilihan di tangan awak Dija."
Benar kata orang…
Menyintai seseorang yang baik akan membuatkan kita ingin berubah menjadi yang lebih
baik dan untuk memiliki yang terbaik, ianya menuntut pengorbanan yang bukan
sedikit.
Lantas digagahkan kaki ke
surau. Di sepertiga malam in, eloklah dilepaskan keluh resahnya mengadap Yang
Esa.
***
Punggungnya baru sahaja mendarat di kerusi. Melepaskan lelah setelah membuat rondaan. Matanya mula terpandangakan telefon bimbitnya. Bibirnya tersungging dengan senyuman apabila terpandangkan mesej daripada Mujahid itu.
Punggungnya baru sahaja mendarat di kerusi. Melepaskan lelah setelah membuat rondaan. Matanya mula terpandangakan telefon bimbitnya. Bibirnya tersungging dengan senyuman apabila terpandangkan mesej daripada Mujahid itu.
Cepat-cepat
dia ke surau berdekatan. Mohon pertunjuk daripada Allah. Jika Mujahid tidak
mampu untuk memberikan kata putus untuk dirinya, biarlah dipohon jawapan itu
daripada pemilih hati ini.
“Ya Allah… Yang Maha
Pengasih… seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini.. tetapi Tuhanku…
seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku.. bawalah dia jauh dari
pandanganku.. luput dari ingatanku…dan perliharalah diri ini dari rasa kecewa..
Ya Allah Ya Tuhanku…
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya kedada langit. Hilang bersama
senja nan merah dan gelap pekat awan agar aku rasa bahagia walau tanpa dirinya…
Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku bersandar harap..” Di raup wajahnya. Rasa
tenang sudah mula menjalan di pelusuk hati.
***
Hati
Khadija berdegup kencang di luar kebiasaanya. Tidak berkelip dia memandang
wajahnya di hadapan cermin. Solekan nipis itu benar-benar mampu membuatkan
wajahnya bertukar seratus peratus.
“Berapa lama lagi kau nak pandang muka kau tu Dija
oit… Dah cukup cantik dah..” Tegur Suhaila sambil tersengih-sengih. Pertama
kali menghadiri reunion seperti ini, haruslah mendebarkan jiwanya. Apatah lagi
Mujahid juga turut menyertai reunion kali ini.
“Cool
bebeh… macam dia sorang je ada admire..” Usik mengusik seperti ini sudah
terbiasa di antara dia dan Suhaila.Mereka mula melangkahkan kaki ke meja yang
tersedia.
“Sue..
sebelum aku bunuh kau, baik kau senyap!” Ugut Khadija bengang. Sedari dulu lagi
Suhaila gemar mempermainkannya.
“Amboiihh…
kalau depan Id tuh, bukan main gemalai lagi kau kan? Tapi depan aku… Siap
keluar statement bunuh lagi kot… padanlah si Id tu tak pandang kau Dija.. kau
talam dua muka!”
“Weh,
tak boleh cakap lebih kuat lagi ke?” Perli Khadija bengang! Sudahlah ramai
orang, pasti ada telinga yang terpasang ketika ini!
“Id….
Saya sayangkan awak!!!” Ajuk Suhaila lagi. Kali ini dengan suara yang lebih
kuat lagi.
“Ehem-ehem….
Boleh ulang sekali lagi?” Serentak Khadija dan Suhaila berpaling. Alamak!
Khadija sudah mula tepuk dahi. Dan Suhaila… gadis itu masih boleh berpura-pura
buat muka tak malu.
“Saya
tu saya mewakili Khadija…” Tanpa izin, selamba sahaja ayat itu keluar dari
bibir Suhaila. Khadija mula mengetap bibir. Memang ada yang nak kena bunuh
betul-betul nih!
Mujahid
tersenyum sahaja. Dia mula mengerling sedikit ke arah Khadijah yang anggun mengenakan baju kurung moden berwarna merah
hijau itu. Menyerlahkan kecomelannya.
“Eh
Dija, aku pergi jumpa Razif kejaplah…. Korang berbual lah…” Tanpa menunggu
lagi, terus Suhaila meninggalkan Mujahid dan Khadijah di meja makan itu.
“Dija…
warna baju ni sangat sesuai dengan awak..” Puji Mujahid bertapis. Dia tidak
suka jika memuji wanita secara berlebihan. Namun cukuplah jika Khadija dapat
merasai keikhlasannya.
“Terima
kasih…” Jika bersama dengan Mujahid, adakalanya dia terasa hipokrit. Dia mahu
sentiasa sempurna di mata Mujahid Langsung tidak mempamerkan sikapnya yang
tercela. Mungkin ini sahaja cara untuk membali jiwa Mujahid.
“Dija,
tu bukan Amran ke?” Mata Mujahid sedikit mengecil. Memandang seorang lelaki
yang sedang berkepit dengan seorang perempuan yang tidak kurang cantiknya.
“Aah..”
“Dia
dah kahwin ke?” Tanya Mujahid kurang pasti.
“Dah…”
“Rugilah
awak… dulu dia sukakan awak tapi awak jual mahal.” Sakat Mujahid sengaja. Khadija
gelak halus..
“Cinta…
mana boleh dipaksa.”
“Cinta
tu macam main nyorok-nyorok. Kita tahu ada orang menyorok tetapi kita tak tahu
dekat mana orang tu menyorok.. yang pasti ia ada.. kita pun mencari-cari. Ada
yang jumpa dan ada yang tidak.. tapi jangan risau, bila orang tu dah penat
menyorok, akan tiba masanya dia memunculkan dirinya di depan kita… sama ada
cari atau tidak, ia tetap ada dan kita tetap akan melaluinya… sama ada cepat
atau lambat sahaja.”
Khadija
mengutip setiap patah perkataan Mujahid itu dengan penuh khusyuk. ‘Orang itu
sentiasa ada di hadapanku… tapi perasaannya sentiasa di sorok tanpa
pengetahuanku..’
“Mencari
pasangan itu barat seperti mencari sepasang kasut. Nampak cantik tapi tidak
semestinya padan dengan kaki kita.. Jika kita memilih kasut yang salah, ini
akan membuatkan perjalanan kita tidak selesa kerana kasut tersebut tidak serasi
dengan kaki kita.. Begitu juga dengan mencari cinta.. cantik adalah sesuatu
yang subjektif.. kerana yang penting dalam sebuah hubungan itu ialah keserasian
kerana keserasian akan membawa kepada hubugan yang lebih selesa… Tak gitu?”
Balas Khadija pula. Berbicara dengan orang yang banyak idea ini pasti akan
membuatkan otak kita bergeliga sekali.
“Wahh….
Dia dah keluar dah madah berhelah tuh…”
Mereka
terus berbual sehingga seseorang mula memanggil Mujahid menggunakan pembesar
suara. “Malam ini, saudara Mujahid akan menyanyikan sebuah lagu untuk kita…”
Khadija
memandang Mujahid. Air mukanya jelas teruja. Dia memang suka jika Mujahid
menyanyi.
“Ish..
dia orang ni pandai-pandai jeh…”
“Pergilah
nyanyi.. Saya dah lama tak dengar awak menyanyi..” Pujuk Khadija penuh
berharap. Akhirnya Mujahid mula melangkah ke depan.
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran
Bait
lagu Demi Waktu itu membuatkan hati Khadija tersentak hebat! Entah mengapa, dia
mula teringatkan Aisyah.. Adakah Mujahid memaksudkan bahawa dirinya dan Aisyah
sama-sama bernaung di dalam hati Mujahid?
‘Ketika
kau merasa tak pasti.. jangan hanya berdiam diri.. Segera cari jawapan agar kau
tahu kemana kaki ini harus dilangkahkan…’ Akal fikirannya mula menyampaikan
nasihat ke kotak hati. Tapi persoalannya, apa yang perlu dia lakukan sekarang?
Adakah dia perlu mengalah untuk menitipkan Mujahid kepada Aisyah.. agar lelaki
itu tidak perlu merasa dilema lagi?
***
Kemunculan
Aisyah di pejabatnya pagi itu benar-benar membuatkan Mujahid terkejut. Dia
perasan pada beberapa mata yang memandang ke arah Aisyah. Memang dia akui,
siapa yang memandang ke arah Aisyah, pasti ingin memandang untuk kali yang
kedua. Wajah itu memang boleh menarik perhatian orang terutama sekali kaum
Adam.
“Kenapa
datang sini?” Tanya Mujahid pelik.
“Kenapa?
Tak boleh ke?” Tanya Aisyah polos. Adakah dia telah menyusahkan Mujahid dengan
kedatangannya?
“Bukan
tak boleh.. Jangan salah faham.. Cuma saya pelik je..” Ujar Mujahid sambil
mengelap air hidungnya sedikit. Sudah hampir tiga hari dia demam.
“Saya
nak ajak awak makan pagi sekali... Itu pun kalau tak menganggu lah...” Pelawa
Aisyah perlahan. Dalam hati, dia berdoa agar Mujahid tidak menolak
perlawaannya.
“Hmm...
sebenarnya saya dah beli nasi lemak tadi.” Terang Mujahid serba salah.
“Kalau
macam tu tak apalah...” Aisyah cepat-cepat ingin beredar dari situ. Malu pula
dengan Mujahid. Rancangnya, dia ingin membuat kejutan buat Mujahid. Namun
kejutan lain pula yang dapat.
“Erk..
Sya... awak bawak apa tu?” Baru Mujahid perasan pada bekas bekal yang berada di
dalam pegangan Aisyah itu.
“Oh...
saya ada masakkan nasi lemak jugak.. Nasi lemak sotong.. Tak apalah, awak ambik
je... Ajak kawan-kawan makan sekali... dan ni ubat.. ada ubat selsema, ubat
batuk dengan ubat deman. Jangan lupa makan pulak!”
Kesemua
barang-barang itu Aisyah letakkan di atas meja kopi yang memang sudah tersedia
ada di bilik mujahid itu. Cepat-cepat dia berpaling. Ingin keluar. Tiba-tiba
rasa kecewa menular di hati. Dia baru sahaja habis shif pagi. Cepat-cepat balik
ke rumah untuk memasak nasi lemak. Dia bimbangkan kesihatan Mujahid yang agak
kurang sihat itu. Kerana itulah dia terus datang ke sini.
“Sya...”
Mujahid mula rasa terkilan dengan diri sendiri. ‘Apalah salahnya kalau aku
menipu tadi.. Dia susah-susah datang.. siap sediakan makanan lagi.. Siap
bawakan ubat lagi..’
Aisyah
berpaling ke belakang. Memandang ke arah mujahid yang agak serba salah itu.
“Tak
perlu rasa bersalah Id.. Saya yang salah.. Datang mengejut!”
“Hmm...
mana saya larat nak makan semua ni sorang-sorang.. Boleh temankan saya makan?”
Mendengarkan suara Mujahid yang agak serak itu, terus Aisyah jatuh kasihan.
“Ajaklah
kawan-kawan awak teman...”
“Kawan-kawan
saya dah makan tadi.. Saya je yang belum. Marilah makan sekali..” Ajak Mujahid
sungguh-sungguh.
Aisyah
mula mengambil tempat di sofa. Rasa terharu kembali mengalir dalam diri.
Mujahid, dia sentiasa ingin menjaga perasaan orang lain. Macam manalah
perempuan tidak mudah jatuh hati. Lelaki ini terlalu baik! Kebaikannya inilah
yang sering disalah tafsir oleh wanita.
“Saya
rasa lapar sangatlah hari ni... Macam tak cukup je nasi yang awak bawak ni.” Aisyah
sendiri tidak pasti sama ada itu statment ambil hati ataupun Mujahid
benar-benar ingin memaknakan kata-katanya.
“Eh,
tadi ajak orang makan sekali.. Ni buat perangai tamak pulak!”
“Okay..
to be fair... Saya makan nasi lemak awak, awak makan nasi lemak saya..”
Mujahid, lelaki ini benar-benar pandai mencuri hati.
“Nasi
lemak awak tak sedap...”
“Sebab
tak sedap lah saya bagi awak..” Lawak Mujahid selamba.
“Hampeh!”
Tergelak
Mujahid melihat sifat manja Aisyah itu. Ya, manja gadis itu bukan dibuat-buat.
Tapi memang wanita itu lembut dan santun orangnya. Berbeza sedikit dengan sikap
Khadija yang agak keras sedikit.
Mujahid
mula terbatuk sedikit. Dengan spontan, Aisyah mula menuangkan ubat batuk ke
dalam penutup botol lalu disuakan kepada Mujahid.
“Saya
tak boleh minum lagi... Kan tengah kerja.” Dalih Mujahid sengaja mengelat.
Sebenarnya, dia memang culas untuk makan ubat!
“Jangan
nak mengada lah.. sikit je pun... Kerja-kerja jugak tapi kesihatan tetap kena
jaga!” Bebel Aisyah keras.
“Ialah
doktor, kejap lagi saya makan.. Bagi saya rasa nasi lemak sotong ni dulu ya..”
Pohon Mujahid sambil mengecilkan matanya sedikit. Tanda begitu mengharap.
Akhirnya Aisyah mengangguk. Beberapa suap nasi, mula menjenggah ke dalam tekak Mujahid.
“Pernah
tak orang cakap yang nasi lemak awak ni tak sedap?” Tanya Mujahid dengan muka
yang serius. Berubah air muka Aisyah dibuatnya.
“Tak
sedap ke?”
“Saya
tanya awak kan.. Pernah tak orang mengaku yang nasi lemak awak ni tak sedap?”
Ulang Mujahid sekali lagi.
“Errk...
tak pernah..”
“Jadi
orang komen sedaplah?” Tanya Mujahid lagi.
Aisyah
jadi terfikir-fikir sendiri. “Tak jugak.. Biasa-biasa je kot.. Kenapa? Teruk
sangat ke rasanya?” Cuak pula Aisyah dibuatnya.
“Nasi
lemak awak ni memang berhak mendapat pujian Sya.. Nasi yang berlemak, sambal
tumis sotong yang pedas. Awak dah lulus jadi bini orang nih! Kalau tiap-tiap
hari makan masakan awak, saya boleh jadi gemuk Sya..” Usik Mujahid selamba.
Berubah merah muka Aisyah dibuatnya.
“Saya
tunggu kelulusan seseorang je.. Bila dia cakap okay, saya akan pasti akan masak
untuk dia tiap-tiap hari.” Tutur Aisyah perlahan. Tanpa sedar, kata-kata itu
begitu menghentak naluri lelaki milik Mujahid. Demamnya terasa makin
menjadi-jadi.
***
Mujahid
meraut wajahnya berulang kali. ‘Kesepian ini hanya aku yang merasakan bila dia
tiada di sisi.. kenapa begitu yang terjadi sedangkan aku sendiri belum pasti
perasaaan milik sendiri..’
Sejak
akhir-akhir ini, jiwanya gundah ditelan rasa. Pasti ada yang terkurang dalam
dirinya. Imam Al-Ghazali pernah berpesan
“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui
hatimu sewaktu bangun menbaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah
hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak engkau temui juga, carilah hatimu
ketika duduk tafakur mengingati mati…. Jika engkau tak temui juga, maka
berdoalah kepada Allah pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau
tidak mempunyai hati…” Adakah aku perlu memohon hati yang baru?
Kenapa
sehingga kini dia terlalu sukar untuk membuat keputusan? Apa lagi yang kurang
dalam solatnya? Apa lagi yang kurang dalam doanya sehingga doanya itu tidak
diperkenankan oleh Allah. Mungkin ini adalah balasan daripada Allah kerana dia
sedang mempermainkan dua jiwa.. dua hati.. dua wanita yang baik di sisi agama.
Sesuatu
yang baik itu pasti akan dipermudahkan oleh Allah. ‘Tapi adakah ini tanda
bahawa aku tidak layak untuk memiliki keduanya?’
Tunjangkan
resahmu di dada solat... Himpunkan keperitanmu dalam gengaman doa...Tutuplah
kekecewaanmu dengan taqwa.. Nilaikan cermin diri dengan keikhlasan hati....
Biarlah dirawat kegelisahan ini dengan bertahujud kepadaNya.. Sesungguhnya,
hanya padaNya dia bersandar harapan...
***
Awal-awal
lagi Aisyah sudah bangun. Hari ini, dia sudah berjanji untuk keluar bersama
Mujahid. Kata-kata Mujahid masih terngiang-ngiang di telinganya. ‘Saya sudah
ketemu jawapannya...’ Sungguh... hatinya diserang debar. Namun di kawal rasa
hatinya. Kerana belum pasti lagi jawapan itu akan berpihak kepada dirinya.
“Okay...
lepas ni kita nak buat apa?” Tanya Aisyah usai mereka habis makan tengah hari.
Sebenarnya dia gugup. Mujahid memandangnya dengan pandangan mata yang tak mampu
dia tafsirkan. Dari tadi dia menantikan jawapan dari Mujahid. Namun hanya topik
lain yang keluar dari mulut Mujahid.
“Apa
sahaja yang Sya nak buat...” Tawar Mujahid ikhlas. Bibirnya ranum dengan
senyuman kacak.
“Betul?”
Tanya Aisyah sungguh-sungguh. Segenap hatinya sudah mula mengandaikan bahawa
cinta ini akan menjadi miliknya.
“Betul...
nak tengok wayang, nak makan aiskrim, nak makan kek... nak membeli belah.. apa
sahaja.. Saya akan teman awak.”
Mata
Aisyah mula berkaca sedikit. Terharu dengan kata-kata Mujahid itu. Terasa
dirinya teramat disayangi oleh pemuda itu.
“Nak
tengok cerita apa?”
“Cerita
hantulah!” Cadangan Aisyah itu Mujahid sambut dengan kerutan di dahi.
“Aik,
awak bukan penakut ke nak tengok cerita hantu?” Kutuk Mujahid selamba.
“Memanglah
saya takut.. tapi awak kan ada untuk teman saya.. ” Tutur Aisyah sedikit manja.
Mujahid
terdiam dan tersenyum hambar sedikit.
Akhirnya,
seharian itu mereka menghabiskan masa bersama-sama. Rasanya satu Berjaya Times
Square itu mereka berdua jelajah. Beberapa keping gambar juga telah dirakam
bersama. Inilah pertama kali Aisyah begitu bahagia. Bahagia bersama seseorang
yang sangat dia cintai. Mereka berdua berpisah untuk menunaikan solat Asar.
Awal-awal
lagi Mujahid telah mengarahkan agar mereka berdua berjumpa di raungan legar di
bahagian bawah. Usai solat, terus Aisyah mendapatkan Mujahid yang sedang
menunggunya.
“Jom..
saya hantarkan awak ke kereta.” Aisyah hanya mengangguk. Walaupun terasa berat
hati untuk berpisah, namun dia memang perlu pulang. Badan ini perlukan rehat
kerana hari esok telah menanti kudratnya.
“Aisyah....”
Panggil Mujahid lembut. Langkah kaki
mereka sudah tiba di kawasan parking.
“Terima
kasih..” Ucap Aisyah cepat-cepat.
“Untuk?”
“Sebab
membahagiakan hari saya.... Sebab sudi teman saya seharian nih.. Sungguh, saya
terharu sangat!” Luah Aisyah ikhlas. Mujahid tersenyum lagi. Tapi makin lama
senyuman itu makin hambar.
“Mungkin
kita sudah menjumpai bahagia... apa yang tinggal kini adalah untuk
memperolehinya pula. Namun bahagia itu umpama bulan... Ia perlukan mentari di
sebalik mega untuk menyinarkan keindahannya.. Tapi apabila mentari terbit
bersama-samanya, bulan akan hilang serinya. Mentari dan bulan tidak boleh
terbit di langit yang sama pada waktu yang sama..”
Kata-kata
Mujahid itu membuatkan Aisyah mengerutkan dahinya. Apakah maksud Mujahid yang
sebenar?
Perlahan-lahan,
mujahid mula menyandarkan badannya di pintu kereta milik Aisyah. Sekilas dia
berpaling ke tepi. Hatinya berdegup kencang. Bibirnya berat untuk menyambung
bicara. Tapi dia perlu melakukannya... Dia tidak bermaksud untuk mempermainkan
hati Aisyah.. Mungkin takdir indah itu bukan milik mereka secara bersama.
“Awak
dan saya... tak boleh bersama Sya..”
Bagaikan
anak panah menusuk ke tangkai hati hingga membuatkan darah terus mengalir
dengan derasnya.
“Kenapa?”
“Jadi
awak pilih Khadija?” Belum sempat
dijawab soalan pertama, Aisyah sudah hadir dengan soalan kedua.
“Saya
sangka...awak pilih saya...” Tanpa malu, air matanya merebes perlahan. Kecewa
yang dirasa, hanya Allah yang mengetahuinya. Rasa ini tidak seharusnya
dibiarkan hadir. Keindahannya hanya seperti pemandangan di waktu senja. Namun
keindahannya tidak lama apabila malam mula melabuhkan tirai... Ia akan berlalu
pergi.. yang tinggal hanyalah kema malam. Sekelam hati dan perasaannya tika
ini.
“Aisyah...”
Cukup berat untuk dia memutuskan semua ini. Semua ini berada di luar dayanya.
Hatinya ikut turut berat! Nafasnya terasa seperti disekat! Melihat air mata Aisyah
itu, terus membuatkan dirinya berasa seperti seorang lelaki yang sangat tidak
berguna.
“Baliklah
Id... Tinggalkan saya sendiri..” Keras sedikit nada suaranya. Menggambarkan
rasa kecewa yang bukan sedikit.
“Saya
tak akan balik selagi awak belum balik!” Putus Mujahid muktamad.
“Kenapa?
Kenapa perlu awak beli jiwa saya kalau awak tak mampu nak membayarnya? Kenapa?”
Mujahid
diam. Tidak mempunyai jawapan yang terbaik untuk dihadiahkan buat Aisyah. “Aisyah...
jangan bazirkan air mata itu untuk lelaki yang bukan milikmu...” Nasihat
Mujahid lembut.
“Awak
cakap senanglah! Awak tak akan pernah tahu dan faham perasaan saya! Sebab saya
yang kena erti penantian... saya yang tanggung erti kerinduan dan saya yang
mengharungi semua ini.. Bukan awak!” Marah Aisyah. Terlupa yang dia sedang
berhadapan dengan seseorang yang amat dia cintai.
“Kenapa...
kenapa awak tak buat saya bencikan awak? Kenapa perlu awak layan saya baik-baik
hari ini...” Rintih Aisyah lagi. Dan Mujahid hanya membiarkan.
“Aisyah...
Jika satu saat nanti awak ditakdirkan mencintai lelaki lain, lelaki itu pasti
akan lebih baik dari saya.. Saya tak harap agar awak rindukan saya.. Cuma pinta
saya, jangalah lupakan saya..” Makin pening kepada Aisyah bila menangkap
kata-kata Mujahid itu.
‘Ya
Allah.. hidangkanlah satu sifatnya yang tercela.. Agar dapat mengajar hati ini
agar dapat membenci dirinya...’ Cinta datang dan pergi namun yang diharapkan
tidak seindah mimpi. Yang terpamer itulah yang menjadi realiti. Sukarnya
berenang di launtan cinta yang tidak bertepi... Aisyah terus menangis..
***
Hati
Khadija mula diserang celaru. Permintaan bapanya semalam membuatkan dia hampir
tersungkur menyembah bumi. “Sebelum abah tutup mata.. abah berharap sangat yang
Dija akan terima seseorang dalam hidup Dija..”
“Terima
seseorang? Terima siapa? Mujahid tu tak tahu pun aku sukakan dia.. tak kan aku
nak melamar dia kot..” Mulutnya mula membebel sendiri. Tengah hari seperti ini,
memang tidak ramai yang menjenguk di kedai. Kepala yang tidak pening itu
dipicit lembut.
“Sejak
bila tukar hobi ni?” Tanya Syahmi hairan.
“Errk..
Syahmi...” Khadija mula diserang gugup.
“Tukar
hobi?”
“Yalah..
hobi membebel sorang-sorang..” Malu pula kerana ditangkap sedang mengomel
sendiri.
“Awak
buat apa datang kedai ni?” Topik cerita mula diubah.
“Saya
datang hantar makanan tengah hari dekat awak...”
“Buat
susah-susah jeh...” Bekas tuperware itu Khadija sambut dengan berat hati.
Sebenarnya, dia perasan yang sikap Syahmi terlalu baik dengannya. Dalam apa jua
perkara, lelaki ini sangat berhemah dan berlembut.
Mereka
mula bertukar-tukar topik perbualan. Tidak mahu hubungan mereka kelihatan
canggung. Namun tiba-tiba matanya terpandangan pada susuk tubuh Mujahid yang
sedang masuk ke dalam perut kereta. Bila masa lelaki itu pulang ke kampung? Dan
kenapa Mujahid pulang tanpa berjumpa dengan dirinya dahulu?
Selepas
Syahmi beransur keluar dari kedai, terus dicapai telefon bimbitnya. Didail
nombor telefon Mujahid itu. Sesudah salam, terus diterjah Mujahid dengan soalan
yang bertubi-tubi.
“Id,
tadi ada datang kedai kan? Kenapa tak masuk? Bila balik? Tak beritahu pun nak
balik?”
Mujahid
ketawa di hujung talian. Begitu banyak soalan...
“Saya
balik semalam.. Sengaja tak beritahu..
Hmm, saya nak hantar makanan tengah hari. Tapi bila tengok awak asyik
berdating.. Tak jadi saya nak bagi.” Penerangan Mujahid itu nyata membuatkan
Khadija melopong.
“Lah..
dia tu anak bos saya lah...” Ujar Khadija separuh kecewa. Kalaulah Syahmi tidak
datang tadi, pasti Mujahid akan menghampirinya.
“Tapi,
awak dengan dia nampak secocok...” Komen Mujahid ikhlas. Ya, memang nampak
sepadan sungguh.
“Id...”
Suara Khadija mula ditekan sedikit. Tanda melarang Mujahid meneruskan
kata-kata.
“Hmm..
pak cik macam mana?” Topik perbualan, mula berubah rentak.
“Alhamdulilah
makin sihat.. Syukur sangat yang abah dah okay.”
“Alhamdulilah..
teruslah berdoa dan berusaha pada Dia. Selebihnya, tawakal jelah..”
“Eh,
esok saya cuti.. Jom kita keluar nak? Carikan hadiah untuk mak awak tu?”
Khadija mula mencari alasan untuk keluar bersama dengan Mujahid. Bukan
tiap-tiap hari dia boleh menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.
“Hmm..
Saya dah belikan hadiah untuk mak saya.. Saya pilih dengan Aisyah..” Sejurus
selepas mendengar nama Aisyah, terus senyuman panjang itu mati dengan sendiri.
Terlupa pada kehadiran Aisyah yang menjadi jurang antara mereka.
“Oh...
Jadi esok nak keluar tak?” Dia bukan mahu terhegeh-hegeh, dia Cuma mahukan
kepastian sahaja. Kalau jadi, senang sedikit dia hendak mengatur hari minggu
yang cukup sibuk dengan kenduri itu.
Lama
Khadija menanti balasan jawapan daripada Mujahid.
“Tak
sudi ya nak keluar dengan saya?” Saat ini, Khadija dapat merasakan yang hubungannya
dengan Mujahid memang tidak akan pergi jauh. Mungkin benar, mereka hanya
ditakdirkan untuk menjadi sahabat.
“Bukan
macam tuh...tapi..” Mujahid ingin mencari ayat yang paling sesuai untuk
diterangkan kepada Khadija. Dia mula sedar yang apa yang dia lakukan tika ini
adalah salah. Mengajak perempuan bukan muhrim untuk keluar bersama pasti akan
mengundang fitnah yang besar. Kerana antara lelaki dan wanita, pasti akan ada yang
ketiga. Lagipula, dia tidak mahu mencemarkan maruah Khadija yang sering
diangkat tinggi oleh orang kampung. Wanita yang terbimbing akhlaknya.
“Tak
apa.. Awak tak perlu terangkan kepada saya..” Khadija sudah tidak berdaya lagi
untuk memikir. Selepas ini, dia hendak menjauhkan rasa hatinya yang sudah mula
menjauh.
“...Dija,
saya pernah tertewas... Tapi saya tak mahu terus tewas dengan hasutan nafsu!
Saya nak mempersiapkan diri untuk menjadi orang yang baik... Saya banyak cakap
pasal hal agama, tapi mungkin kurang mengamalkannya.. Mungkin sebab itu, Allah
sering menangguhkan doa saya. Jadi saya fikir, waktu sekarang adalah waktu yang
perlu untuk saya berubah. Allah nak bagi hint, seharusnya saya tak boleh kekal
memperbodohkan diri sendiri lagi.”
Umar Al-khatab pernah berkata, orang yang
ketawa itu kurang wibawanya.. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga
akan dihina.. Orang yang menyintai akhirat dunia pasti menyertainya..
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan
terjaga. Jadi sudah diputuskan, dia ingin membela maruah Khadija dan Aisyah.
Memang
itulah kebenarannya. Dia tidak betah berada di takuk yang sama. Mengulangi
kesilapan yang sama. Tidak selamanya Allah akan memberikan peluang! Jadi
manusia haruslah menggunakan ruang yang telah dihamparkan.
***
“Ilahi tempat aku berlindung dan
memohon pertolongan… Lukaku tidak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan
kasihMu… Kesulitanku tidak akan terlerai kecuali dengan rahmatMu.. Kedukaanku
tidak akan reda kecuali dengan anugerahMu.. Kerinduaku tidak akan hilang
kecuali bertemu denganMu.. Wahai akhir harapan para pengharap, wahai puncak
pencarian para perindu Sayangilah daku yang berlidah lemah.. beramal kurang..
Lindungilah daku di bawah naunganMu.. yang teduh dengan ketenteraman yang
panjang….
Ya Allah… andai ini solat terakhirku, aku bermohon belas ehsan dariMu..
Ampunilah segala dosaku.. Ampunilah segala kekhilafanku.. Redhalah keatasku
dengan segala nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku.. Akan ku serahkan
segala ketentuan hidupku kepadaMu..
Biarlah masa yang akan membicarakan segalanya.. Aku akan tetap menyintaiMu
tanpa jemu.. Aku tidak akan berpaling lagi pada yang akan mengganggu dan
menggugat jiwaku.. Hanya padaMu tempat aku bernaung dan berpaut.”
Mujahid meraut wajahnya
berulang kali. Hatinya sudah kembali tenang apabila mengadap Yang Ilahi. Dia
sudah bertekad untuk menyerahkan cinta ini hanya pada Yang Maha Esa. Dia sudah
tidak peduli pada tafsiran manusia dengan sikapnya. Apa pun mungkin akan
terjadi, tapi yang pasti dia tidak akan berganjak lagi.
***
Jika
seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah guru yang hendak mengajar
kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita
sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Hati
Aisyah sudah kembali tenang setelah disogokkan dengan kata-kata nasihat yang
berbaur semangat. Cinta yang sebenar adalah apabila kita mampu untuk melihat
dia bahagia bersama orang lain.
“Berbahagialah
Id… Saya izinkan… Saya lepaskan awak..” Walaupun hatinya meraung dan merintih,
namun dia bersyukur yang cinta Mujahid sentiasa ingin membuatkan dia merapatkan
diri dengan yang Maha Pencipta. Apabila merintih, seakan-akan hilang segala
bebanannya. Itulah kuasa Allah.
***
Khadija mula
menutup Al-quran itu. Hati yang di dalam kesakitan, dia ingin tampal
dengan ketabahan sebagai pengubat diri.. Hati yang di dalam pengkhianatan dan
tohmahan, dia ingin tampal dengan kesabaran pengawal emosi.. Hati yang di dalam
ketakutan, dia ingin tampal dengan ketakwaan sebagai pendinding diri... Hati
yang di dalam keraguan, dia ingin tampal dengan keyakinan, dia ingin tampal
dengan keyakinan pertunjuk ALLAHURABBI... Hati yang di dalam kekecewaan, dia
ingin tampal dengan kepasrahan mencari redha Ilahi.
“Berbahagialah
Id… saya redha kalau bukan saya orang yang mampu untuk membahagiakan awak…
Mungkin ada yang kurang dalam cinta ini. Moga kau berbahagia bersama cinta
barumu itu…” Al-quran itu dibawa rapat ke dada. Biar laut yang bergelora ini
akan tenang semula. Dibiarkan rasa sedih ini berkampung untuk saat ini sahaja.
Biar hari esok tiba tanpa rindu lagi.
***
Berita yang dia dapat daripada
keluarga Mujahid itu membuatkan Khadija tidak senang duduk. Kata Puan Halimah,
Mujahid kemalangan dan lelaki itu telah ditempatkan di wad ICU di Hospital
Kuala Lumpur.
Tanpa
berfikir panjang, terus Khadija memohon izin dari ibu dan bapanya Dia terlalu
ingin melawat Mujahid. Melihat dengan mata kepala sendiri dengan kedaan
Mujahid. Mujur sahaja keluarganya memang mengerti pada hubungan mereka yang
bersahabat baik.
Sesampainya dia di perkeliling,
sepupunya sudah siap menunggu untuk membawanya terus ke hospital. Kalau keadaan
Mujahid baik-baik sahaja, petang ini pun dia akan terus pulang ke Kuantan.
Namun apabila melihat wajah Umi
Mujahid yang sembab itu, dia dapat merasakan yang keadaan Mujahid sungguh
teruk. Terus dipeluk Puan Halimah seeratnya. Air mata Puan Halimah kembali
merantai di pipi. Betapa rawangnya hati seorang ibu untuk menghadapi insiden
seperti ini.
“Mak cik… Mujahid macam mana?”
Soalnya apabila pelukan dirungkaikan.
“Hati dan buah pinggang Mujahid
rosak teruk.. Rusuk kanannya patah.. Yang berfungsi sekarang hanyalah jantung
dia sahaja…”
Khadija menekup mulutnya. Tubir
matanya mula terasa panas. Sungguh, dia ingin menangis. Menangis untuk
melahirkan ketakutannya untuk kehilangan seorang lelaki yang amat dia cintai. Tapi
untuk menangis dihadapan Puan Halimah, itu bukan caranya. Hati tua itu pasti
akan lebih rapuh.
“Boleh saya tengok dia?” Pinta
Khadija penuh mengharap.
“Masuklah… Ada seorang kawan dia kat
dalam tuh..” Encik Khalid yang berada di sebelah Puan Halimah mula menunjukkan
arah bilik Mujahid.
Perlahan-lahan diatur langkah ke
dalam wad yang menempatkan Mujahid.
Apabila dia menolak pintu bilik, dia melihat seorang wanita yang sedang
berada di sisi Mujahid. Dan matanya mula menangkap sekujur tubuh yang terbaring
di atas katil. Keadaan Mujahid itu sungguh memilukan. Wayar berselirat di sana
sini. Badannya penuh luka-luka. Ya Allah, benarkah ini Mujahid?
“Khadija…” Suara itu membuatkan
Khadija berpaling ke arah perempuan itu. Air matanya sudah mula menyapa birai
pipi.
“Awak kenal saya?”
“Saya Aisyah…” Seketika, mereka
saling berpandangan sesama sendiri. Namun tanpa sebarang suara lagi, terus
mereka berdua hilang dalam pelukan yang bersulamkan tangis. Bagaikan ada magnet
yang menarik mereka untuk bersatu dan berpaut sesama sendiri.
“Saya tak sangka keadaan dia seteruk
ini.” Luah Khadija apabila pelukan dileraikan. Aisyah terus menarik Khadija
agar mendekati badan Mujahid.
“Id… Dija dah datang.. Awak tak mahu
bukak mata lagi ke?” Suara Aisyah terketar-ketar. Tanda menahan sendu yang
menggunung. Khadija terharu! Sungguh, dia tidak sangka Aisyah akan melayannya
sebaik ini. Sangkanya dahulu, Aisyah adalah persis watak ketiga yang penuh
antagonis seperti di dalam novel ataupun drama. Tapi wanita ini sungguh berbeza…
“Id.. saya dah datang…” Lirih suara
Khadija menampan telinganya.
“Dia boleh sembuh kan?” Pertanyaan
itu dihulurkan kepada Aisyah. Dia tahu yang Aisyah bekerja sebagai seorang doktor.
Sedikit sebanyak, pasti Aisyah mengetahui keadaan diri Mujahid.
“Aisyah….” Panggil Khadija lagi.
Aisyah seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya.
Perlahan-lahan, Aisyah menarik bahu
milik Khadija. Dia menjatuhkan dagunya di bahu milik Khadija. “Keadaan.. dia
dah tenat Dija…” Lambat-lambat, ayat itu keluar dari mulut Aisyah. Aisyah
memeluk Khadija kejap! Mula menghitung kekuatan yang sudah hilang ditepis badai
yang menerpa dan Khadija hanya mampu mengalirkan air mata.
***
“Ya Allah, kami
menghimpun kekuatan.. kami memohon ketabahan yang tinggi untuk meredah gelombang
hidup dan dugaan mencabar… Kami mohon ya Allah.. kau sembuhkan lah Mujahid…
Berikanlah dia kesempatan untuk terus bernyawa… Seseungguhnya, kami hanyalah
insan yang memerlukanMu Ya Allah…” Tulus doa Aisyah yang sedang mengimamkan
solat maghrib mereka itu. Khadija juga ikut turut teresak-esak. Menahan sebak!
Aisyah mula menoleh
ke belakang. Pertama kali berhadapan dengan Khadija, dia mula sedar yang dia
kalah serba serbi. Gadis itu punya hati yang luhur. Punya hati yang kental.
Punya semangat yang tidak pernah mengenal erti kalah. Siapalah dia jika hendak
dibandingkan dengan gadis secantik Khadija.
Khadija mula
merapat ke arah Aisyah. Saat bertentang mata dengan Aisyah, dia mula sedar yang
gadis ini terlalu istimewa. Punya pangkat dan kedudukan yang tinggi. Punya
seraut wajah yang mampu membuatkan tidur seseorang tidak lena. Punya akidah
yang teguh. Punya sikap yang matang dan positif. Sesungguhnya, gadis ayu ini
memang berhak mendapat tempat di sisi Mujahid.
“Terima kasih..”
Ucap Khadija dalam tangisan.
“Untuk apa?” Tanya Aisyah
sedikit keanehan.
“Sebab
membahagiakan dia..” Ayat itu benar-benar ikhlas keluar dari jiwa Khadija. Dia
tidak akan membenci wanita yang Mujahid sayangi. Dia sudah redha apabila
Mujahid memilik Aisyah.
“Tapi dia lebih
bahagia bersama awak Dija.. Awak sentiasa terbaik di hatinya.. Sedangkan saya,
tak pernah mempunyai ruang itu..” Kata-kata Aisyah itu membuatkan Khadija
mengerutkan dahinya.
“Apa yang Sya cakap
ni? Sepatutnya saya yang ucapkan tahniah kepada awak.. Sebab Id pilih awak.. bukan
saya..” Kali ini giliran Aisyah pula yang tercengang.
“Id tak pernah
pilih saya…” Luah Aisyah jujur.
“Id pun tak pernah
pilih saya…” Ujar Khadija dengan mata yang berkaca.
Mereka berdua
sama-sama mula menutup mulut. “Id tak pernah memilih antara kita berdua..” Air
mata kembali singgah di ruang wajah. Rupanya selama ini mereka benar-benar
tersalah sangka.
“Mungkin Id dapat
rasa yang dia akan jadi begini.. Sebab tu dia tak memilih antara kita berdua..”
Mereka berdua saling berpandangan dan mula hilang di dalam pelukan erat.
Masing-masing ingin mencuri kekuatan yang hampir pudar ditelan rasa sedih.
“Percayalah Aisyah…
Saya rela beralah.. Saya rela menyerahkan dia kepada awak.. Saya rela
membenarkan dia bahagia di sisi awak.. Tapi saya takut kalau dia terus pergi
dari pandangan mata saya.. Aisyah…. Saya tak mahu kehilangan dia dalam keadaan
seperti ini…” Rintih Khadija pilu.
Aisyah membantu
mengelap permata jernih milik Khadija. ‘Benar kata Id… Khadija punya hati yang
penuh ikhlas…’
“Saya juga tak
mampu untuk kehilangan dia Dija… Tapi semua ini berada di luar kudrat saya..
Siapa saya untuk menahan takdir Allah…” Ujar Aisyah pula.
Khadija mula
membawa kedua belah tangannya ke pipi Aisyah. Ditepis segala air jernih itu.
‘Id kata, Aisyah ini manja orangnya.. Tapi apa yang boleh aku tafsirkan ialah, Aisyah
punya jiwa yang kuat dan kental.. Dia kelihatan lebih matang daripada apa yang
Id khabarkan..’
Tiba-tiba pintu
biliknya dirempuh dari luar. Terjenggul wajah seorang jururawat yang bertugas.
“Doktor, kawan doktor dalam keadaan kritikal!”
Khadija dan Aisyah
kembali berpandangan. Kuatkah mereka untuk menempuh takdir yang dibentangkan?
***
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Wahai yang bergelar wanita, dirimu
telah dianugerahi dan dirimu juga telah diuji maka segala yang datang dan pergi
itu meskipun boleh kita tangisi tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik
hati kita kecewa meratapi. Hidup ini tidak akan terhenti walau kita kehilangan orang
kita sayangi. Makan teladanilah semuanya dengan rela hati. Pasti kita akan
merasai betapa di sebalik semua ini, terselit kasih dan rahmat Ilahi. Hanya
kita yang perlu mesyukuri.. Barulah kita mampu merasainya.
Tangan Aisyah mencari tangan milik
Khadija. Digengam erat jari jemari itu. Biar sama-sama mengumpul kekuatan.
Tiada lagi air mata yang menyinari bola mata mereka.. Kerana antara mereka
berdua, mereka sebenarnya tidak pernah dipilih apatah lagi hendak memilih.
“Dija… Aisyah…” Panggil Puan Halimah
lembut. Memanggil sahabat anaknya yang ikut turut mengiringi pemergian Arwah.
Cerek air itu mula bertukar tangan. ‘Bersemadilah dikau dengan tenang wahai
anakku… Umi akan mendoakan kebahagiaanmu di alam sana..’ Air mata yang
mengalir, diseka dengan hujung baju.
“Aisyah… mari kita siram sama-sama.”
Ajak Khadija sambil diiringi sejuring senyuman di bibir. Tangan Aisyah dan
Khadija mula bersatu. Bersatu tika menjiruskan air ke tanah kubur. Di sini
rupanya perlabuhan kasih yang perlu mereka curahnya..
Tak siapa
menyangka, tak siapa menduga yang begini pengakhirannya. Mujahid pergi
menyambut panggilan Ilahi. Meniggalkan semua ahli keluargannya.. Meninggalkan
semua sahabat handalnya.. Meninggalkan semua harta bendanya… Meninggalkan rasa
cinta di hati Aisyah dan Khadija tapi dalam masa yang sama, menyatukan kasih
dua orang wanita untuk kembali menyambung silaturahim.
“Kita tak berhak menangisi sesuatu
yang bukan milik kita…” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Aisyah
ketika menyambut pemergian Mujahid semalam. Entah dari mana dia mendapat
semangat ini? Dia sendiri tidak dapat mengenal pastinya. Tapi apa yang pasti,
kemunculan Khadija di sisinya seperti dapat membangkitkan aura baru.
Menyegarkan perasaannya yang selama ini gundah gulana.
“Kalau saya nak menangis untuk kali
yang terakhir boleh tak?” Pinta Khadija jujur. Entah kemana hilangnya sikap
tabah dan sabar yang selama ini sering dipuji oleh Mujahid. Kehilangan Mujahid
bagaikan menghapuskan segalanya. Mungkin dahulu, dia terlalu ingin kelihatan
sempurna di hadapan Mujahid. Sehingga terlupa bahawa dia hanyalah manusia
biasa. Mujurlah ada Aisyah.. Sungguh, gadis ini sangat luar biasa orangnya. Menenangkan
jiwanya yang bercelaru.
“Menangislah di bahu saya ni…” Tawar
Aisyah sambil menepuk sedikit bahu miliknya. Tanpa sedar, tangisan juga sedang
membasahi pipinya.
“Dija, Aisyah...” Panggil Puan
Halimah perlahan.
“Terima kasih sebab banyak tolong
Umi..” Kata-kata Puan Halimah terkandung jutaan rasa sebak. Khadija dan Aisyah
mula menghampiri Puan Halimah. Umi Mujahid itu berhak untuk bersedih di atas
kehilangan anaknya yang tersayang.
“Jangan cakap macam tu Umi.. Kami
dan anggap umi macam umi kami sendiri.. Kalau ada apa-apa masalah, jangan
segan-segan mintak tolong dengan kami..” Digosok perlahan bahu Puan Halimah.
Menghalau resah yang berkunjung tiba.
“Betul tu umi... Saya dengan Dija
akan sentiasa ada untuk umi.. Jangan menangisi pemergian Mujahid.. Sebab dia
sedang mendapat tempat yang lebih baik di alam sana..” Tangan kanan Puan
Halimah diraih. Aisyah melemparkan senyum. Puan Halimah terus memeluk keduanya
wanita itu. Dia hilang seorang anak lelaki, tapi Allah menghadiahkan dua orang
wanita yang sungguh mulia pekertinya.
***
Kembalikan wahai hatiku…
kembalilah kepada fitrahmu.. yang suci lagi murni.. kembali lah ke singgahsana
Iman yang hakiki.. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu
mendamba akan bersatu dalam bahagia dengan makhluknya. Bukalah lembaran
fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdiri engkau
tanpaNya.. Tidak akan mulia engkau tanpa kiranya masih mahu berdiam diri di
sisi mahkluk dengan harapan ingin bahagia disampingnya.. kerana memang telah
ditentukan, memang tiada kebahagiaan
yang hakiki selain kebahagian mencintaiNya yang tidak pernah lupa memberi,
juga tidak pernah lupa untuk melindungi.
Kita harus sedar betapa manisnya ujian
kekecewaan ini.. Jika tidak diuji, mungkin kita tidak akan merayu kepada Allah
kerana apabila sudah bahagia, mana mungkin kita perlu mengadu kepada Allah..
Betapa manisnya saat hati benar-benar mahu bersama Allah. Betapa manisnya
apabila hati benar-benar mengharapkanNya.. Ketenangan yang tidak dapat dibayar
meski mendapat kasih manusia yang melimpah..
Air mata Aisyah bergenang di kelopak
mata apabila membaca buku motivasi bertajuk Antara Dua Kasih karangan Nurul
Khadija yang begitu menusuk kalbu. Siapa sangka, akhirnya cita-cita Khadija
untuk menjadi penulis telah pun berjaya. Berkat usaha dan doa, setiap yang
diimpikan oleh manusia itu pasti akan dimakbulkan Allah.
Dengan pantas, Aisyah terus mencapai
telefon bimbitnya. Nombor Khadija segera dicari. Sejak hampir lima tahun lalu,
hubungan yang terjalin tidak pernah terputus. Malah makin mekar mewangi dari
sehari ke sehari. Kasih sayang itu tumbuh dan bercambah dengan harumnya. Tanpa
dinodai dendam, sengketa ataupun iri hati.
“Dija.... saya dah baca buku awak
tuh.. Sangat-sangat menyentuh hati. Good job sayang...” Jerit Aisyah setelah
talian bersambung.
“Assalamualaikum Aisyah...” Perli
Khadija sengaja. Bibirnya mengukirkan tawa. Kelakar dengan sikap Aisyah yang
melulu itu. Mungkin terlalu teruja untuk menggambarkan rasa hatinya.
“Waalaikumusalam Dija... hehehe...” Aisyah
mula mengawal tawa.
“So how? Buku tu okay tak?”
“Sangat-sangat okay Dija.... satu
perkataan yang menggambarkan keseluruhan buku ini ialah Awesome! Saya pasti
yang buku ni akan laris di pasaran...” Puji Aisyah ikhlas. Dia puji, bukan
kerana Khadija adalah sahabatnya, tetapi Khadija berhak mendapatkan pujian di
atas setiap titis keringatnya dalam menyiapkan buku ini. Bukan mudah buat
wanita itu bertatih untuk ke menara gading ketika orang yang sebaya dengannya
sudah pun melakarkan kerjaya. Tapi itulah, semangat Khadija tak pernah
merundum. Malah sentiasa terbakar dari sehari ke sehari.
“Haha... janganlah puji sangat Sya..
kembang setaman dah saya ni.. Baby pun dah menendang-nendang ni...”
“Baby? Means awak mengandung Dija?”
Bertambah pula rasa teruja Aisyah.
“Yup sayang... saya dah mengandung
dua bulan!” Sudah hampir setahun dia mendirikan rumahtangga bersama seseorang
yang teramat menyintainya. Sering menjadi penguat semangatnya. Penawarkan
keresahannya. Siapa lagi kalau bukan.... Mohamad Syahmi bin Daud. Anak taukey
tempat dia bekerja dahulu.
Alhamdulilah.. selepas kehilangan
Mujahid, Allah tidak menutup pintu hatinya itu. Malah dilebarkan lagi sayap
cinta di dalam jiwanya. Kebiasaannya memang begitu.. Yang baik pasti akan
mendahului yang terbaik. Hidup ini lebih kepada perkara yang tidak diduga.
Jangan pernah merasa sangsi padaNya. Jika kita kehilangan seseorang yang baik,
Allah akan menghadiah yang lebih baik pada waktu yang telah ditetapkan olehNya.
“So, bila due?” Tanya Aisyah teruja.
Turut menumpang kebahagian Khadija.
“Hmm... doktor cakap, due on October..”
“Alamak!” Aisyah mula menepuk dahi.
“Kenapa?”
“Saya kena awalkan majlis lah..
Sebab kalau on October, risau kalau awak berperang nak bersalin pulak..”
“Majlis? Majlis apa nih? Jangan
cakap yang awak nak....” Khaidja menghentikan kata-katanya. Mulutnya melopong
besar.
“Saya nak kahwin Dija...” Sambung Aisyah
tanpa sempat ditahan. Gembira kerana dapat berkongsi berita ini dengan sahabat
baiknya. Malah, sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.
Menjerit Khadija di corong telefon.
Hilang terus perangai isteri orang itu. “Serius?”
“Seriuslah... Mana boleh kahwin
olok-olok..” Gurau Aisyah pula.
“Alhamdulilah.. akhirnya masa awak
tiba jugak. So, siapa orang yang bertuah tu?” Khadija bersyukur kerana Allah
telah mendengar doanya. Dia terlalu berharap agar Aisyah diberikan kebahagiaan
seperti dirinya juga.
“Hmm.. doktor jugak...” Jelas Aisyah
malu-malu. Sebenarnya, memang sudah lama lelaki itu menantikan dirinya. Cuma
dialah yang masih berdalih. Masih belum bersedia untuk menerima kehadiran
lelaki lain. Tapi akhirnya, telah diserahkan semuanya kepada Allah. Selepas dia
melakukan istiharah, hatinya makin terpaut dan terpikat dengan Hafiz.
“Pelik lah doktor nih... Pergi kerja
sebab sibuk merawat pesakit ke atau sibuk bercinta?” Usik Khadija sengaja.
“Nak buat macam mana, dekat hospital
je ada peluang nak bercinta..” Mereka berdua mula ketawa besar. Berkongsi
berita gembira bersama-sama.
“Eh, handsome tak mamat tuh?” Selongkar
Khadija selamba.
“Hmm.. bolehlah.. tapi tak lah
sekacak Mu..jahid...” Tanpa sedar, nama lelaki itu meluncur lambat-lambat dari
mulutnya. Mereka sama-sama terdiam. Mula menyelongkar kenangan silam yang
hampir pupus dalam ingatan.
“Mujahid memang kacak... Mujahid
memang pandai.. Mujahid memang terbaik.. Tapi dia bukan milik kita dan bukan
suami kita. Letakkan cinta kita di tempat duduk yang sebenar atas satu gelaran
yang bergelar suami... Saya akui, saya dengan Abang pun bermula dengan
kosong... Tapi percayalah, selagi kita merelakan kedatangan cinta itu, cinta
itu akan hadir dengan sendirinya..” Nasihat Khadija itu, Aisyah tanam di
pelusuk hatinya. Dia sudah bersedia. Untuk menerima seseorang yang telah
ditakdirkan Allah buatnya.
“Lepas ni awak boleh tulis novel
cinta pulak Dija...” Usik Aisyah sambil ketawa.
“Awak pun boleh jadi doktor cinta
pulak..” Balas Khaidja sambil ketawa senang.
Antara dua kasih
bukan tentang antara dua orang gadis.. bukan
antara dua pilihan... Tapi antara cinta Ilahi dan cinta sesama insan. Cinta
sesama manusia itu umpama ombak yang sentiasa merubah pantai. Dimana apabila
rasa kasih itu mula retak, rasa kasih dan sayang pun akan menyisih. Manakala kasih
Ilahi tiada bersempadan. Tak mengira siapa, tidak berakhir malah akan kekal
selamanya.
Di antara dua
kasih, di makamnya yang berbeza.. Kasih sesama insan itu mudah untuk dijumpai
namun iainya terlalu sukar untuk diperlihara. Namun kasih Ilahi lahir dari
ketulusan jiwa yang bersuluhkan keimanan. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah
ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan dan tanda kasih Allah buat hambanya.
p/s :: kisah ini
benar-benar berlaku.. kisah tentang dua orang gadis yang tidak mengenali antara
satu sama lain tetapi telah menyintai seorang lelaki yang sama.. Walaupun lelaki itu telah tiada, namun
hubungan antara dua orang wanita itu masih erat terjalin... Malah makin lama
makin bercambah sayangnya. mencantumkan rasa cinta yang terpisah di dalam
persahabatan....harap terhibur... maaf atas segala kekurangan... yang baik itu
datang dari ALLAH, yang kurang itu adalah dari kelemahan diri sendiri... lebiu
u all much more....
best intro..cerpen k novel
ReplyDeleteni cerpen je kak Lyn... =)
Deletewah wah ada citer baru, sukernya yg mana satu jd pilihan mujahid ni ye. tajuk dh sedap antara dua kasih. pandai awak garap citer beralaskan islamic. oklah kan xde la citer cinta jer. cepat sbg ye sara hehehe
ReplyDeletehehehe... niat mmg nak buat islamic version.. entah jadi ke x.. bimbang termeraban je kak.. insyaAllah try buat secepat mungkin.... =)
Deleteishh.. terase la plak, dah nama pun aisyah..heheh..cter ni best, satu lelaki tggu petunjuk dr Allah untuk pilih permaisuri hidup die..
ReplyDeleteoh.. nak jadi aisyah ya..hehe.. sila jangan cemburukan khadijah ya... =
Deletesape la yg jd pilihan mujahid ni? ke dia pilih dua2?
ReplyDeletehehhe.. kak.. tu kena tunggu ya... =)
Deletejangan kes poligami ye awak....tak suka.
ReplyDeleteerkkk... insyaAllah bukan..
Deletehi...cerpen ni sama dgn ape yg sy hadapi skrg..
ReplyDeletecuma saya x secekal khadija dan juga aisya..
sungguh..terasa siksa menunggu jawapan..
semoga Allah akan memberi petunjuk pada kita semua.
yup... penantian tu mmg satu penyiksaan..
Deletetp hope awak bersabar ya...
insyaAllah semua itu ada hikmahnya.. =)
yup..InsyaAllah :)
Deleteerkk..dulu selalu menyerah jek mcm khadija tuh..
ReplyDeleteTp beno dlm ati mmg harap lebih drpd yg d hadap..
Tp last, menyerah tu mmg berbaloi sb pngharapan yg x berlebih. jadik, ati x sakit sgt..
Suka aisya.identiti pompuan zaman skg
kompom jeles dg khadija sb nmpk mcm tabah gile
aisya dan khadija... dua orang gadis y berbeza
Deletekhadija.. menyerah tetapi mengharap..
aisya... berusaha tetapi mendesak... =)
hehehe...kalau intro dh panjang nie...belum cerita penuh lagi nie...hehehe..
ReplyDeletetrademark sy kan panjang.. ahahaha..
DeleteinsyaAllah x lebih page pun..
Entah kenapa hati nie betul2 tertarik dengan gaya khadija...suka dengan cerita nie sara..xtahu nk cakap macam mana lagi tapi memang best tau...
Deletebile2 nak smbg nie sara.. Suspen sesangat sp yg jdi pilihan mujahid.. Hehehe.. Jgn bwt poligami la.. Skit hti pembaca bkn mereka.. Hahaha <3 u sara ( rahmah doank )
ReplyDeletehope akak suka cite nih walaupun terpaksa menangis.hahaha..
Deleteapa ni? apa ni? kenapa buat aku menangis ni???huwaaaaaaaaaaaa...sedih...serius, tak tipu....good job sara :')...
ReplyDeletesila bersedih.. memang nak suruh ko menangis pun..haha
Deleteakak Ezza memang pandai buat saya menanggis laa..:')
ReplyDeleteokay.. untuk cerpen2 akan datang, kita kasi lap air mata tu eh??
DeleteUhhhuuu..sdih2..hmm..diorg btl2 wjud...wow! gud job darling...mmg ssh nk wat crta brdsrkn ksah org sbnr...mlainkn ksh sbnr tu dri diri kta sndiri...thumbs up girl! ^-^
ReplyDeleteletakkan diri kita kat tmpat owg tuh, menjiwai sepenuh hati..insyaAllah karya kita akan sampai pada hati pembaca.. =)
Deletesedih sgt...tp ttp best...
ReplyDeleteKKL dah gelak2...so ADK harus nangis2.. heh.. kita tmpal pd karya akan datang pulak ya.. =p
Deletekhadija dan aisya yang mana masing2 mempunyai personality yg berbeza...yg masing2 mempunyai hati yg tulus dn suci...
ReplyDelete"saya mendidk diri supaya mampu menjadi setabah mereka dalam menghadapi sebuah kehilang yg besar ertinya...."
akak pun sentiasa belajar n mendidik diri agar menjadi positif mcm watak2 yang akak reka.. ngeee.. tak mudah? tapi x bermakna bnda tu sukar kan...
DeleteHMMM.TERHARUNYA BILE BACA CERITA NIE..PENUH DGN KATA2 YANG MENYENTUH KEIMANAN...ORG YANG LALAI AKAN TERUS MENGINGATI NYA...AMINNNN..TAHNIAH YE SARA
ReplyDeletengeeee... hope orang akan ambil input dalam story nih... memang selalu berharap y karya saya x melalaikan..hehe
Deletetahniah sara.. sekali lagi hadir dengan karya yang mampu dibanggakan.. penulisan awak banyak sangat improve..
ReplyDeletemoga hadir dengan karya yang lebih baik...LOVE IT!
makin improve ke? versi islamik kena mengajar diri sndiri sekali.. jadi haruslah olahan versi berat2 santai.. hehe.. ada ke berat2 santai eh?
Deletesangat2 tersentuh sara.. menangis saya dibuatnya.. walaupun sedih, tapi memang banyak input yang boleh dapat.. moga hadir dengan olahan seperti ini lagi..
ReplyDeletemasih belajar memberi yang terbaik.. msih cuba n akan terus mencuba.. =)
Deletedah menangis.....alamak....heheheh
ReplyDeletealamak... sila nangis.. T_T
Deletex sngka ending dia mcm ni.. walaupun sedih, ttp best..
ReplyDeletengeee.. ending mcm ni mmg selalu berlaku dlm kehidupan kan.. so, x lah kita berfantasi sngt ketika membaca.. =)
Deletebest...............=p
ReplyDeletethanks azlien... awak mmg x pnh komen perkataan lain..haha
Deletesara..macam tau je nama mujahid ni.. errr.. nak komen tapi rasanya sara tau apa kak ann nk bg tau kan.. apa2 pon.. buat insan yang kehilangan itu tabahlah.. Allah sayang arwah juga sayang kita yang masih hidup ni.
ReplyDeleteini adalah sentuhan SSG.. perasaan membaca macam mula melayani DDTU... sebak sesak dan mampu senyum pada akhirnya... haruslah sbb SSG kekal terbaik di p2u..n di hati kak ann jgk..
SSG masih belajar.. EM.. terus belajar..haha.. tp RM tetap terbaik di hati sy..haha.. cerita bese je kak.. x tahulah hati tersiat atay sayat.. ngeee..
Deletetahniah erin....love it !! hihihi....suke sgt2 mujahid...
ReplyDeletewah... first time nmpak komen.. ma kasih sayang.. hero aku.. of coz kena suka..hahaa.. =)
Deletesdih sgt tp da xde jdoh ngn mujahid cz ALLAH da jnjikn insan yg tbaik bg mreka bdua..
ReplyDeleteyup... kebahagian bukan di tangan manusia.. tp x bermakna manusia x boleh mencoraknya.. harus merelakan pemergian bila ALLAH mengatakan yang dia bukan milik kita.. =)
Deletethumbs up, sara.kisah yg sgt realistik...
ReplyDeletemmg kita kna lepaskan dgn redha sesuatu yg bukan hak kita.
lepaskan.. kerana gantinya adalah lebih baik dari yang sebelumnya.. =)
Deletesebuah cerita yang bagus...penghayatan dan pengertian kepada islam itu banyak memberi kesan kepada saya...harap dapat teruskan lagi menghasilkan cerita-cerita yang berkonsepkan islam begini...semoga kita semua mendapat manfaat bersama,amin....all the best writer!!!
ReplyDeleteinsyaAllah.. harap cerita2 sebegini dapat menjadi santapan rohani buat pembaca.. yang baik, jadikan tauladan.. yang kurang tu kita jadikan sempadan.. x gitu? =)
Deletenisa:
ReplyDeletePERFECT laa cerpen nie..
huhu..
tq nisa... =)
DeleteNice.saya suka cerpen ni. Byk ilmu yg saya dapat. Tulis la bayk lagi cerpen. Saya suka cerpen awak.
ReplyDelete