Afrina menepuk lembut
punggung Hadziq yang sedang meniarap itu. Sambil itu, bibirnya berselawat tika
mendodoi si kecil itu. Baru kini Afrina sedar. Sudah terlalu lama dia hilang
arah. Sudah terlalu lama dia tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada Hadziq.
Kerana terleka melayan kesedihan, dia terlupa yang permata kecil itu masih
memerlukan perhatian penuh darinya.
Terkadang, bukan kenangan
buruk yang membuatkan kita bersedih dan menangis.. tapi dari kenangan indah
yang kita tahu.... kita tahu yang kenangan itu tidak akan berulang lagi.
Air mata yang mula panas
di juring mata, segera diseka pergi. Terlalu murah air matanya kini. Tanpa rasa
yang pasti, ia kekal mengalir di ruangan wajah. Dia sudah bertekad untuk tidak
menangis. Dia ingin kuat. Mengharapkan secebis ehsan dari Yang Maha Pencipta.
Masih teringat bagaimana
jawapan Mirza tadi. Sungguh, dia sendiri kelu untuk memberikan jawapan kepada
Hadziq. Bimbang jawapannya akan mengundang masalah di kemudian hari. Lantas dia
tekapkan telinganya berdekatan dengan telefon bimbit itu. Menunggu jawapan
daripada Mirza.
“Hadziq... ini bukan
papa... ini uncle Iyyad...” Suara Mirza kelihatan tenang tika menuturkannya.
“Bukan papa ke?” Tanya si
kecil lagi. Mukanya jelas terkebil-kebil sendiri.
“Bukan sayang....”
Seakan-akan tidak tergugat langsung ketenangan Mirza apabila melayan karenah si
kecil.
“Abis tu... papa kat ane?”
“Papa dah pergi jauh
sangat... kalau Hadziq nak jumpa papa, Hadziq kena jadi budak baik..” Mirza
cuba untuk memberikan jawapan yang paling mudah untuk diterima oleh si kecil
Hadziq. Dia sedar yang menipu memang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.
“Ad tak nakal pun.. Ad
baik...” Bersungguh-sungguh nada suara Hadziq. Si kecil itu memang biasa
membahasakan dirinya sebagia Ad. Singkatan daripada namanya.
“Bagus... macam ni barulah
papa sayang.”
“Tapi... Ad tak ada papa...”
Nada suara Hadziq penuh dengan kekecewaan. Air mukanya keruh dan kelam. Hilang
terus keceriaan ketika bermain tadi.
Terasa kolam mata Afrina
kembali suam apabila mendengar rengetan si kecil itu. Namun sedaya upaya
dikawal perasaannya. Soalan-soalan seperti inilah yang tidak mampu digalas oleh
bahunya. Soalan mudah yang boleh menarik nyawa. Afrina kembali bertenang.
Menanti jawapan yang akan diberikan oleh Mirza.
‘Mirz.... tolong saya....’
Rayu Afrina tidak berdaya.
“Uncle boleh jadi papa
Ad.. Ad nak tak?” Tanpa teragak-agak, Mirza terus menawarkan diri untuk menjadi
papa Hadziq. Dia tidak mahu Hadziq rasa terpinggir kerana kehilangan seorang
ayah.
Hati
anak kecil itu juga perlu dijaga. Bimbang rosak andai dipandang enteng.
Lagipun, apa salahnya jika dia menjadi ayah Hadziq. Itu bukanlah tanda bahawa
dia ingin mengambil tempat Haraz. Mirza sedar bahawa kasih yang pergi itu
memang tiada galang gantinya. Dia ingin bersikap melindungi. Melindungi permata
Haraz dan Afrina itu. Kalau semua ini mampu membuatkan Hadziq tersenyum dan
bergembira, apa salahnya dia membantu.
“Nak..nak... Yeahh.... Ad
ada papa....” Jerit Hadziq riang. Hampir-hampir sahaja Hadziq melepaskan
telefon milik Afrina. Mujur sahaja memang sedari awal lagi, Afrina memang
sedang mengenggam telefon bimbit itu.
Hadziq terus meloncat
riang. Wajahnya nampak lain. Seakan-akan terserlah segala kegembiraannya.
“Ad ada papa...” Ujar Hadziq
berulang kali. Afrina hanya mengangguk kepalanya. Apa lagi ayang yang harus
keluar dari mulutnya. Matanya mula merayap pada telefon bimbit yang masih
berada di dalam gengaman.
Lambat-lambat telefon itu
disuakan ke cuping telingannya. Sebenarnya, dia agak terkejut dengan kata-kata
Mirza itu. Adakah lelaki itu sedang membeli jiwanya melalui Hadziq? Kalau benar
perkara itu berlaku, sungguh dia memang tidak mampu untuk menerimanya. Pemilik
hatinya, hanyalah untuk Haraz seorang sahaja.
Mungkin Hararz bukan yang
pertama... Tapi dia mahu jadikan Haraz yang terakhir di hatinya.
“Afrin....” Panggil Mirza
lembut. Dia tahu, Afrina masih ada di hujung talian.
‘Marahkah Afrin dengan
tawaranku untuk menjadi papa kepada Hadziq?’ Hati Mirza mula diserang gelabah.
Mirza sangat mengakui. Afrina adalah seorang wanita yang mampu menganggu-gugat
perasaannya. Mampu menghilangkan sikap tenangnya. Mungkin kerana dia sering
diserang dengan angin rasa yang menggila. Angin cinta tanpa arah yang pasti.
“Afrin.. jangan salah
faham.. Saya cuma tak mahu Hadziq rasa kehilangan... Itu je..” Mirza kembali
ingin membetulkan tafsiran Afrina terhadap dirinya. Tidak mahu jika difikir
untuk mengambil kesempatan.
“Menjadi ayah Hadziq tak
semestinya menurunkan pangkat saya sebagai orang bujang.. dan tak semestinya
akan menaikan pangkat saya untuk menjadi suami Afrin...” Usik Mirza sedikit.
Menghilangkan segala bentuk kerisauan yang bermaharajalela di hati Afrina.
“Afrin....” Panggil Mirza
lagi. Sedari tadi, hanya dia seorang sahaja yang bercakap sendiri. Mungkin
memang benar. Terlalu mahal harga yang perlu dibayar untuk mendapat perhatian
daripada Afrina.
“... dulu kalau kita
berbual di telefon, Afrin lah orang yang paling banyak cakap... Sampai Mirz tak
tahu nak mencelah tang mana... Afrin selalu cakap yang Mirz ni hanya pandai
menjadi pendengar sahaja.. Jadi maaf kalau Afrin rasa kekok berbual dengan
Mirz.. Okay, selamat malam.. Maaf mengganggu waktu rehat Afrin..
Assalamualaikum...”
Bagi Mirza, mengalah bukan tanda kalah.
Tapi tanda hati itu telah dewasa sepenuhnya untuk terus merayu dengan suara
yang mendayu. Bukan begitu caranya utnuk memujuk. Seseorang itu memerlukan
ruang supaya dapat mencipta peluang baru. Afrina memerlukan masa untuk sembuh
dari penyakit perasaannya. Dan sebagai seorang doktor psikitari dan sebagai
seorang lelaki, dia haruslah lebih memahami dengan situasi yang menghimpit.
Desakan hanya akan membuatkan Afrina lebih terhimpit!
“Mirz...”
Baru sahaja Mirza ingin
memutuskan talian, namun terdengar sayup suara Afrina yang menyeru namanya.
“Ya Afrin...” Mujur sahaja
tangannya sudah mengenggam erat telefon bimbitnya. Jika tidak, pasti telefon
itu akan berkecai apabila menerima panggilan suara yang penuh nada sayu itu.
“Kenapa awak baik sangat
dengan saya?”
Suara Afrina sudah mula tenggelam timbul. Nada
suara yang mengandungi ribuan rasa sebak. Setelah apa yang berlaku dahulu..
kenapa lelaki itu masih baik? Kenapa lelaki itu tidak memarahinya? Kenapa
lelaki itu tidak membenci dirinya? Kenapa? Sikap baik Mirza itu memang berjaya
membunuh tangkai hatinya.
Afrina tahu... cara terbaik untuk
menghukum orang yang telah melakukan kesilapan ialah dengan beruat baik kepada
orang itu... Kerana itu, dia dapat merasakan yang Mirza sedang menghentam
hatinya secara perlahan- lahan. Mungkin lelaki itu mahu membunuh jiwanya supaya
dia akan terus menyalahkan diri sendiri atas segala perkara yang berlaku
dahulu.
“Dunia ini tidak akan
indah jika wujudnya dendam dan benci Afrin.. Awak kenal saya macam mana kan...
Saya bukan jenis manusia yang pandai berdendam. Kalau ada pun rasa dendam itu,
dah lama saya bunuh Afrin... Dan prinsip hidup saya, saya tak akan benci orang
yang saya sayang.... Tak akan!”
Nada suara Mirza senada
sahaja. Dia tahu yang Afrina sedang menangis di hujung talian. Entahlah, dia
tidak betah lagi untuk melarang. Biarlah Afrina menangis semahunya. Biar kering
empangan air mata yang telah lama bertakung.
‘Limpahkanlah... curahkanlah... Biar
hilang segala kabus di wajahmu.. Biar hilang segala keresahanmu.. Apa yang
pasti, aku tidak akan berganjak dari sisimu.. Dia pernah merampas dirimu
dariku.. tapi dia sudah memulangkanmu kembali... dan aku akan berjuang untuk
mengembalikan perasaan itu kepadamu...’
Mirza sudah bertekad. Biarpun akan ditolak
lagi. Dia akan tetap berada di sisi Afrina. Selagi nyawa ini masih menjadi
miliknya, dia akan tetap menanti Afrina. Untuk saat ini.. waktu ini... dan
untuk waktu yang akan mendatang.
“Mirz... saya mintak maaf... saya mintak
maaf...” Pohon Afrina teresak-esak. Talian telefon segera dimatikan. Sungguh.
Dia malu untuk berhadapan dengan Mirza. Dia sentiasa berdoa yang tidak akan ada
lagi pertemuan di antara mereka. Namun takdir Allah sungguh tidak dapat diduga.
‘Dia menghilangkan Haraz dalam hidupku..
namun dia menghadiahkan kembali seorang lelaki yang terlalu baik jiwanya. Dan
sekarang akulah yang kejam! Kejam kerana telah mempermainkan kasihnya dahulu.’
Rengetan kecil Hadziq menyedarkan Afrina
yang sedang dikejar lamunan. Segera ditepuk kembali punggung anaknya itu.
Matanya merenung wajah Hadziq yang comel itu. Hidungnya persis hidung mancung
milik Haraz. Kulitnya putih bersih sahaja. Bibirnya pula merah dan sangat petah
bercakap. Kasihan Hadziq... Di awal usianya yang baru mencecah tiga tahun, dia
sudah hilang tempat bermanja. Teduhan kasih seorang ayah.
Ingatannya sekali lagi mampir kepada
Mirza. Lelaki itu memang tidak pernah gagal dalam menjaga hatinya. Apa yang
berlaku dahulu memang silapnya. Silap dirinya yang telah mula berubah hati.
Ternyata bukan mudah untuk mengawal
keresahan. Rupa-rupanya memang sukar untuk melawan perasaan bersalah ini. Namun
terpaksa juga dia telan segala sisa pahit daripada perbuatannya dahulu. Kerana
kenyataannya, ini bukanlah sepotong mimpi yang sepi. Ini adalah reliti yang
harus dia lalui.
***
“Kenapa susah sangat nak
contact dengan Afrin nih?” Itulah soalan pertama yang dihulurkan oleh Mirza
setelah hampir sebulan tidak berhubung. Malah sudah lama mereka tidak keluar
bersama. Hampir enam bulan hubungan mereka renggang. Masing-masing sibuk
menguruskan kerjaya yang baru bermula.
“Afrin sibuk!” Nada
suaranya langsung sepi dari rasa teruja. Tidak seperti di awal waktu perkenalan
mereka dahulu.
“Mirz pun sibuk jugak...
tapi sekarang boleh je telefon Afrin.” Bidas Mirza kembali. Bukanlah bermakna
hendak mencari gaduh dengan buah pinggangnya itu tetapi dia melahirkan rasa
tidak puas hatinya.
Kenapa terlalu banyak
begitu dan begini? Hubungan ini terlalu banyak persoalannya. Namun rungkaian
jawapan masih belum berkunjung tiba.
“Hah... sekarang dah faham
kan macam mana perasaan Afrin? Bila Afrin mesej... call... bbm or segala bagai
lagi, Mirz seronok bagi alasan sibuk! Jadi bukan Mirz sorang je yang sibuk..
Afrin pun sibuk jugak! Afrin pun kerja makan gaji jugak...”
Sukar untuk Mirza tafsir
nada suara Afrina tika ini. Pada awalnya memang kedengaran seperti orang
merajuk. Namun di hujung katanya, jelas kedengara rasa tawar hati yang mungkin
sudah berkampung di lubuk jiwa. Menghilangkan segala rasa teruja untuk berbual
telefon. Bertukar khabar berita.
Jauh itu memang boleh
membangkitkan rindu... Namun jauh itu adalah permulaan untuk menjurangkan rasa kasih.
Meleraikan segala simpulan cinta yang sering bersandar di tangkai hati.
“Jadi nak balas dendamlah
nih...” Duga Mirza sambil tersenyum sedikit. Cuba menyedapkan hati milik
sendiri dengan menganggap bahawa Afrina sengaja mengeluarkan ayat pasrah.
Sengaja menguji cintanya.
“Terpulang nak fikir macam
mana....” Jawab Afrina endah tidak endah. Nada suaranya bukan lagi penuh rasa
rajuk tetapi penuh dengan rasa tawar! Hilang sudah rasa manis yang dulunya
menyelimut ruang hati. Yang ada sekarang adalah kekeliruan. Keliru dengan
untung nasib hubungannya bersama Mirza.
‘Beginikah hidupku nanti
jika berkahwin dengan Mirza? Langsung tidak punya masa bersama.... Sering
ditinggalkan sendri tanpa khabar berita...
Ya... aku tahu yang Mirz sibuk.. tapi dimana letaknya tanggungjawab untuk
menjaga sekeping hatiku ini? Kemana hilanganya kesungguhan dirinya untuk terus
menanamkan rasa cinta di hatiku ini? Andai sekarang dia mudah membolak-balikkan
aku dengan ungkapan sibuk, siapa tahu untuk masa akan datang aku akan kekal
dibiarkan sendiri begini... Mampukah aku untuk hidup seperti ini?’
“Afrin... Mirz tak sukalah
kita macam ni... Main perli-perli nih...” Luah Mirza tidak berpuas hati.
Sungguh, buntu dia dibuatnya. Sesungguhnya inilah kali pertama Afrina membuat
perangai. Kepala yang tidak gatal, terus digaru. Binggung mula merantai akal
fikiran.
Memang dia agak sibuk. Kadang-kadang
terlupa hendak bertanya khAbar tunang sendiri. Tapi itu bukanlah tanda yang dia
sudah tidak sayang. Lagipun Afrina haruslah lebih peka dan faham dengan tugas
yang dipikulnya. Bukan mudah hendak membina kerjaya dalam bidang psikitari ini.
Apatah lagi kini dia berkhidmat di
Hospital Tanjung Rambutan. Bukan mudah untuk mengawal perangai manusia yang
sudah tidak boleh berfikir. Yang sudah tidak waras. Semua ini menuntut kudrat
yang luar biasa. Balik-balik rumah sahaja, terus dia tidur. Dan bangun semula
untuk ke tempat kerja semula. Itu sahaja rutin hariannya.
“Habis tu apa yang Mirz suka? Mirz suka
berdating dengan orang gila kat sana tuh kan.. Sampai langsung tak pedulikan
tunang sendiri. Doktor pakar bedah pun tak lah sesibuk Mirz...” Tambah Afrina
lagi. Penuh rasa tegas yang digaul sebati dengan rasa marah.
“Okay.... Mirz mintak maaf... Mirz tahu
Mirz salah... Beritahu cara macam mana untuk Mirz perbetulkan salah Mirz...”
Pujuk Mirza lembut. Mengalah kerana dia sedar yang salah ini memang berpunca
dari dirinya. Apa yang dia harapkan kini ialah kemaafan daripada Afrina. Buah
pinggangnya!
“Kita... putus jelah...” Tanpa sedar, ayat
yang tidak dirangka itu terkeluar dari mulut Afrina. Afrina mula mengigit
bibir. Benarkah apa yang dia lakukan sekarang?
“Hah!”
Hampir hendak tercabut jantung milik Mirza
apabila menyambut bait kata yang ringkas tertapi sungguh mampu menarik nyawa
miliknya! Benarkah apa yang didengarinya tadi? Benarkah yang ayat itu keluar
dari mulut Afrina sendiri?
“Afrin.... Okay... Mungkin kita sama-sama
penat. Jadi better kalau Afrin berehat dulu ya... Mirz telefon lain kali
sahaja.”
Nyata Mirza sudah tidak mampu untuk
memendung emosi milik diri sendiri. Sungguh, dia tersangat menggelabah dibuatnya.
Mana mungkin dia dapat menerima bait-bait kata daripada Afrina itu. Hatinya
mula rasa tidak enak! Ya, langsung tidak enak!
“Apa yang berlaku antara kita adalah satu
kesilapan Mirz.... Mungkin masa itu kita terlalu muda untuk mengenal yang mana
satu cinta sejati dan yang mana satu cinta sementara. Jadi lebih baik
kita....... berpisah....”
“Afrin.....”
Lidahnya sudah kelu untuk menyambung
bicara. Otaknya sudah beku untuk merangka ayat. Apa yang Mirza rasakan sekarang
ialah... ialah kekecewaan yang teramat sangat. Bagaimana seorang wanita yang
dia terlalu cinta boleh mengungkapkan kata-kata perpisahan ini?
Apakah punca yang lebih pasti? Tidak
mungkin hanya kerana kesibukan yang menjadi punca alasannya. Adakah hati Afrin
sudah berubah arah? Adakah kerana itu?
‘Ya Allah... kuatkah hatiku untuk
kehilangannya?’ Hati Mirza mula tertanya-tanya sendiri. Mencari punca pada
keretakan hubungan ini.
p/s:: a lot of sorry sebab lambat masuk entry baru... sibuk di PBAKL... cehhh.. statment mengada kan..hahahaha.. maaf kalau tak memenuhi piawaian korang semua... try nak puaskan hati semua... sila suka ya... penat eden tulis.. hahahaa... =)
sian mirza...x patut betul la afrin buat mcm tu...hope afrin dpt fix b4 terlewat...huhuhu...nak afrin dgn mirza boleh??
ReplyDeletehahaha.. boleh2... x ada hal... kalu nak mintak mirza, tu y membawa masalah..ahahha
Deletehohoho!!!gitu kisahnya ya.mcm tu je afrin mntak ptus??mgkin itu balasan utk afrin sb curang dgn mirza yg baik ke?
ReplyDeletehmm... mgkin bukan curang.. tp perasaan itu sudah beralih arah.. =)
Deletekesian Mirzaku...tu laa pasal, takmo tgu haku kat UM lg..haha...apakah?? .... mirza mungkin yg pertama hadir dlm diri afrina...dan mungkin jua jd yg terakhir.... =)
ReplyDeleteapakah... apakah... apakah??? hahaa... mungkin jugak kak.. aisehh.. peminat DSKH ke or peminat Mirza nih? hahhaah
DeleteSimpati dengan Mirza...
ReplyDelete.Afrin pun main cakap lepas jad.....
darah muda... mmg hanya memandang pd keseronokan..
DeleteMungkin masa tu darah muda lagi kan.... Afrin rasa macam Mirza x ada masa untuk diri dia ... walaupun hanya panggil tel pun cukup....
ReplyDeleteApa kata Afrin bagi peluang untuk Mirza sekali lagi.... dan bagi menebus kesalahan yang pernah Afrin buat pada Mirza.... x salah pun....
susah nk gantikan tempat yang telah digantikan kak.. walaupun jasad dah x ada, bayang2 tu mcm sentiasa mengekor
Deletejadi semua ni berpunca dari Afrina lah ya..
ReplyDeletekesian mirza.. tak patut kot buat macam tu
hmm.. mereka masih muda untuk kenal untung nasib yat..
DeleteKesian mirza
ReplyDeletecobaan untuk Mirza.. =)
Deleteadeiii orang dah nak..sila terima..haihhh..sekeh afrin sikit..bak mirza sini nk jaga bebaek2..
ReplyDeleteamboi3... nak ambik Mirza kita pulak ya.. hahaha.. kalu nak mirza, sila bg zafran kat sy
Deletehehehe best eek.. Nak lg sara.. blh kn..? Sian mirza.. Hehehe.. Fristime akak tulis komen kat blog, pndai tulis tak pndai msuk nm msuk anymos jela.. Hehehe ( rahmah doank )
ReplyDeletewahh.. terharu sbb akak sudi komen.. hehe.. xpe2.. tulis nama mcm tu pun ok kak..
Delete