Wednesday 9 May 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [9]


            Afrina menepuk lembut punggung Hadziq yang sedang meniarap itu. Sambil itu, bibirnya berselawat tika mendodoi si kecil itu. Baru kini Afrina sedar. Sudah terlalu lama dia hilang arah. Sudah terlalu lama dia tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada Hadziq. Kerana terleka melayan kesedihan, dia terlupa yang permata kecil itu masih memerlukan perhatian penuh darinya.
            Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatkan kita bersedih dan menangis.. tapi dari kenangan indah yang kita tahu.... kita tahu yang kenangan itu tidak akan berulang lagi.
            Air mata yang mula panas di juring mata, segera diseka pergi. Terlalu murah air matanya kini. Tanpa rasa yang pasti, ia kekal mengalir di ruangan wajah. Dia sudah bertekad untuk tidak menangis. Dia ingin kuat. Mengharapkan secebis ehsan dari Yang Maha Pencipta.
            Masih teringat bagaimana jawapan Mirza tadi. Sungguh, dia sendiri kelu untuk memberikan jawapan kepada Hadziq. Bimbang jawapannya akan mengundang masalah di kemudian hari. Lantas dia tekapkan telinganya berdekatan dengan telefon bimbit itu. Menunggu jawapan daripada Mirza.
            “Hadziq... ini bukan papa... ini uncle Iyyad...” Suara Mirza kelihatan tenang tika menuturkannya.
            “Bukan papa ke?” Tanya si kecil lagi. Mukanya jelas terkebil-kebil sendiri.
            “Bukan sayang....” Seakan-akan tidak tergugat langsung ketenangan Mirza apabila melayan karenah si kecil.
            “Abis tu... papa kat ane?”
            “Papa dah pergi jauh sangat... kalau Hadziq nak jumpa papa, Hadziq kena jadi budak baik..” Mirza cuba untuk memberikan jawapan yang paling mudah untuk diterima oleh si kecil Hadziq. Dia sedar yang menipu memang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.
            “Ad tak nakal pun.. Ad baik...” Bersungguh-sungguh nada suara Hadziq. Si kecil itu memang biasa membahasakan dirinya sebagia Ad. Singkatan daripada namanya.
            “Bagus... macam ni barulah papa sayang.”
            “Tapi... Ad tak ada papa...” Nada suara Hadziq penuh dengan kekecewaan. Air mukanya keruh dan kelam. Hilang terus keceriaan ketika bermain tadi.
            Terasa kolam mata Afrina kembali suam apabila mendengar rengetan si kecil itu. Namun sedaya upaya dikawal perasaannya. Soalan-soalan seperti inilah yang tidak mampu digalas oleh bahunya. Soalan mudah yang boleh menarik nyawa. Afrina kembali bertenang. Menanti jawapan yang akan diberikan oleh Mirza.
            ‘Mirz.... tolong saya....’ Rayu Afrina tidak berdaya.
            “Uncle boleh jadi papa Ad.. Ad nak tak?” Tanpa teragak-agak, Mirza terus menawarkan diri untuk menjadi papa Hadziq. Dia tidak mahu Hadziq rasa terpinggir kerana kehilangan seorang ayah.
 Hati anak kecil itu juga perlu dijaga. Bimbang rosak andai dipandang enteng. Lagipun, apa salahnya jika dia menjadi ayah Hadziq. Itu bukanlah tanda bahawa dia ingin mengambil tempat Haraz. Mirza sedar bahawa kasih yang pergi itu memang tiada galang gantinya. Dia ingin bersikap melindungi. Melindungi permata Haraz dan Afrina itu. Kalau semua ini mampu membuatkan Hadziq tersenyum dan bergembira, apa salahnya dia membantu.
            “Nak..nak... Yeahh.... Ad ada papa....” Jerit Hadziq riang. Hampir-hampir sahaja Hadziq melepaskan telefon milik Afrina. Mujur sahaja memang sedari awal lagi, Afrina memang sedang mengenggam telefon bimbit itu.
            Hadziq terus meloncat riang. Wajahnya nampak lain. Seakan-akan terserlah segala kegembiraannya.
            “Ad ada papa...” Ujar Hadziq berulang kali. Afrina hanya mengangguk kepalanya. Apa lagi ayang yang harus keluar dari mulutnya. Matanya mula merayap pada telefon bimbit yang masih berada di dalam gengaman.
            Lambat-lambat telefon itu disuakan ke cuping telingannya. Sebenarnya, dia agak terkejut dengan kata-kata Mirza itu. Adakah lelaki itu sedang membeli jiwanya melalui Hadziq? Kalau benar perkara itu berlaku, sungguh dia memang tidak mampu untuk menerimanya. Pemilik hatinya, hanyalah untuk Haraz seorang sahaja.
            Mungkin Hararz bukan yang pertama... Tapi dia mahu jadikan Haraz yang terakhir di hatinya.
            “Afrin....” Panggil Mirza lembut. Dia tahu, Afrina masih ada di hujung talian.
            ‘Marahkah Afrin dengan tawaranku untuk menjadi papa kepada Hadziq?’ Hati Mirza mula diserang gelabah. Mirza sangat mengakui. Afrina adalah seorang wanita yang mampu menganggu-gugat perasaannya. Mampu menghilangkan sikap tenangnya. Mungkin kerana dia sering diserang dengan angin rasa yang menggila. Angin cinta tanpa arah yang pasti.
            “Afrin.. jangan salah faham.. Saya cuma tak mahu Hadziq rasa kehilangan... Itu je..” Mirza kembali ingin membetulkan tafsiran Afrina terhadap dirinya. Tidak mahu jika difikir untuk mengambil kesempatan.
            “Menjadi ayah Hadziq tak semestinya menurunkan pangkat saya sebagai orang bujang.. dan tak semestinya akan menaikan pangkat saya untuk menjadi suami Afrin...” Usik Mirza sedikit. Menghilangkan segala bentuk kerisauan yang bermaharajalela di hati Afrina.
            “Afrin....” Panggil Mirza lagi. Sedari tadi, hanya dia seorang sahaja yang bercakap sendiri. Mungkin memang benar. Terlalu mahal harga yang perlu dibayar untuk mendapat perhatian daripada Afrina.
            “... dulu kalau kita berbual di telefon, Afrin lah orang yang paling banyak cakap... Sampai Mirz tak tahu nak mencelah tang mana... Afrin selalu cakap yang Mirz ni hanya pandai menjadi pendengar sahaja.. Jadi maaf kalau Afrin rasa kekok berbual dengan Mirz.. Okay, selamat malam.. Maaf mengganggu waktu rehat Afrin.. Assalamualaikum...”
Bagi Mirza, mengalah bukan tanda kalah. Tapi tanda hati itu telah dewasa sepenuhnya untuk terus merayu dengan suara yang mendayu. Bukan begitu caranya utnuk memujuk. Seseorang itu memerlukan ruang supaya dapat mencipta peluang baru. Afrina memerlukan masa untuk sembuh dari penyakit perasaannya. Dan sebagai seorang doktor psikitari dan sebagai seorang lelaki, dia haruslah lebih memahami dengan situasi yang menghimpit. Desakan hanya akan membuatkan Afrina lebih terhimpit!
            “Mirz...”
            Baru sahaja Mirza ingin memutuskan talian, namun terdengar sayup suara Afrina yang menyeru namanya.
            “Ya Afrin...” Mujur sahaja tangannya sudah mengenggam erat telefon bimbitnya. Jika tidak, pasti telefon itu akan berkecai apabila menerima panggilan suara yang penuh nada sayu itu.
            “Kenapa awak baik sangat dengan saya?”
Suara Afrina sudah mula tenggelam timbul. Nada suara yang mengandungi ribuan rasa sebak. Setelah apa yang berlaku dahulu.. kenapa lelaki itu masih baik? Kenapa lelaki itu tidak memarahinya? Kenapa lelaki itu tidak membenci dirinya? Kenapa? Sikap baik Mirza itu memang berjaya membunuh tangkai hatinya.
Afrina tahu... cara terbaik untuk menghukum orang yang telah melakukan kesilapan ialah dengan beruat baik kepada orang itu... Kerana itu, dia dapat merasakan yang Mirza sedang menghentam hatinya secara perlahan- lahan. Mungkin lelaki itu mahu membunuh jiwanya supaya dia akan terus menyalahkan diri sendiri atas segala perkara yang berlaku dahulu.
            “Dunia ini tidak akan indah jika wujudnya dendam dan benci Afrin.. Awak kenal saya macam mana kan... Saya bukan jenis manusia yang pandai berdendam. Kalau ada pun rasa dendam itu, dah lama saya bunuh Afrin... Dan prinsip hidup saya, saya tak akan benci orang yang saya sayang.... Tak akan!”
            Nada suara Mirza senada sahaja. Dia tahu yang Afrina sedang menangis di hujung talian. Entahlah, dia tidak betah lagi untuk melarang. Biarlah Afrina menangis semahunya. Biar kering empangan air mata yang telah lama bertakung.
‘Limpahkanlah... curahkanlah... Biar hilang segala kabus di wajahmu.. Biar hilang segala keresahanmu.. Apa yang pasti, aku tidak akan berganjak dari sisimu.. Dia pernah merampas dirimu dariku.. tapi dia sudah memulangkanmu kembali... dan aku akan berjuang untuk mengembalikan perasaan itu kepadamu...’
Mirza sudah bertekad. Biarpun akan ditolak lagi. Dia akan tetap berada di sisi Afrina. Selagi nyawa ini masih menjadi miliknya, dia akan tetap menanti Afrina. Untuk saat ini.. waktu ini... dan untuk waktu yang akan mendatang.
“Mirz... saya mintak maaf... saya mintak maaf...” Pohon Afrina teresak-esak. Talian telefon segera dimatikan. Sungguh. Dia malu untuk berhadapan dengan Mirza. Dia sentiasa berdoa yang tidak akan ada lagi pertemuan di antara mereka. Namun takdir Allah sungguh tidak dapat diduga.
‘Dia menghilangkan Haraz dalam hidupku.. namun dia menghadiahkan kembali seorang lelaki yang terlalu baik jiwanya. Dan sekarang akulah yang kejam! Kejam kerana telah mempermainkan kasihnya dahulu.’
Rengetan kecil Hadziq menyedarkan Afrina yang sedang dikejar lamunan. Segera ditepuk kembali punggung anaknya itu. Matanya merenung wajah Hadziq yang comel itu. Hidungnya persis hidung mancung milik Haraz. Kulitnya putih bersih sahaja. Bibirnya pula merah dan sangat petah bercakap. Kasihan Hadziq... Di awal usianya yang baru mencecah tiga tahun, dia sudah hilang tempat bermanja. Teduhan kasih seorang ayah.
Ingatannya sekali lagi mampir kepada Mirza. Lelaki itu memang tidak pernah gagal dalam menjaga hatinya. Apa yang berlaku dahulu memang silapnya. Silap dirinya yang telah mula berubah hati.
Ternyata bukan mudah untuk mengawal keresahan. Rupa-rupanya memang sukar untuk melawan perasaan bersalah ini. Namun terpaksa juga dia telan segala sisa pahit daripada perbuatannya dahulu. Kerana kenyataannya, ini bukanlah sepotong mimpi yang sepi. Ini adalah reliti yang harus dia lalui.
***
            “Kenapa susah sangat nak contact dengan Afrin nih?” Itulah soalan pertama yang dihulurkan oleh Mirza setelah hampir sebulan tidak berhubung. Malah sudah lama mereka tidak keluar bersama. Hampir enam bulan hubungan mereka renggang. Masing-masing sibuk menguruskan kerjaya yang baru bermula.
            “Afrin sibuk!” Nada suaranya langsung sepi dari rasa teruja. Tidak seperti di awal waktu perkenalan mereka dahulu.
            “Mirz pun sibuk jugak... tapi sekarang boleh je telefon Afrin.” Bidas Mirza kembali. Bukanlah bermakna hendak mencari gaduh dengan buah pinggangnya itu tetapi dia melahirkan rasa tidak puas hatinya.
            Kenapa terlalu banyak begitu dan begini? Hubungan ini terlalu banyak persoalannya. Namun rungkaian jawapan masih belum berkunjung tiba.
            “Hah... sekarang dah faham kan macam mana perasaan Afrin? Bila Afrin mesej... call... bbm or segala bagai lagi, Mirz seronok bagi alasan sibuk! Jadi bukan Mirz sorang je yang sibuk.. Afrin pun sibuk jugak! Afrin pun kerja makan gaji jugak...”
            Sukar untuk Mirza tafsir nada suara Afrina tika ini. Pada awalnya memang kedengaran seperti orang merajuk. Namun di hujung katanya, jelas kedengara rasa tawar hati yang mungkin sudah berkampung di lubuk jiwa. Menghilangkan segala rasa teruja untuk berbual telefon. Bertukar khabar berita.
            Jauh itu memang boleh membangkitkan rindu... Namun jauh itu adalah permulaan untuk menjurangkan rasa kasih. Meleraikan segala simpulan cinta yang sering bersandar di tangkai hati.
            “Jadi nak balas dendamlah nih...” Duga Mirza sambil tersenyum sedikit. Cuba menyedapkan hati milik sendiri dengan menganggap bahawa Afrina sengaja mengeluarkan ayat pasrah. Sengaja menguji cintanya.
            “Terpulang nak fikir macam mana....” Jawab Afrina endah tidak endah. Nada suaranya bukan lagi penuh rasa rajuk tetapi penuh dengan rasa tawar! Hilang sudah rasa manis yang dulunya menyelimut ruang hati. Yang ada sekarang adalah kekeliruan. Keliru dengan untung nasib hubungannya bersama Mirza.
            ‘Beginikah hidupku nanti jika berkahwin dengan Mirza? Langsung tidak punya masa bersama.... Sering ditinggalkan sendri tanpa khabar berita...  Ya... aku tahu yang Mirz sibuk.. tapi dimana letaknya tanggungjawab untuk menjaga sekeping hatiku ini? Kemana hilanganya kesungguhan dirinya untuk terus menanamkan rasa cinta di hatiku ini? Andai sekarang dia mudah membolak-balikkan aku dengan ungkapan sibuk, siapa tahu untuk masa akan datang aku akan kekal dibiarkan sendiri begini... Mampukah aku untuk hidup seperti ini?’
            “Afrin... Mirz tak sukalah kita macam ni... Main perli-perli nih...” Luah Mirza tidak berpuas hati. Sungguh, buntu dia dibuatnya. Sesungguhnya inilah kali pertama Afrina membuat perangai. Kepala yang tidak gatal, terus digaru. Binggung mula merantai akal fikiran.
Memang dia agak sibuk. Kadang-kadang terlupa hendak bertanya khAbar tunang sendiri. Tapi itu bukanlah tanda yang dia sudah tidak sayang. Lagipun Afrina haruslah lebih peka dan faham dengan tugas yang dipikulnya. Bukan mudah hendak membina kerjaya dalam bidang psikitari ini.
Apatah lagi kini dia berkhidmat di Hospital Tanjung Rambutan. Bukan mudah untuk mengawal perangai manusia yang sudah tidak boleh berfikir. Yang sudah tidak waras. Semua ini menuntut kudrat yang luar biasa. Balik-balik rumah sahaja, terus dia tidur. Dan bangun semula untuk ke tempat kerja semula. Itu sahaja rutin hariannya.
“Habis tu apa yang Mirz suka? Mirz suka berdating dengan orang gila kat sana tuh kan.. Sampai langsung tak pedulikan tunang sendiri. Doktor pakar bedah pun tak lah sesibuk Mirz...” Tambah Afrina lagi. Penuh rasa tegas yang digaul sebati dengan rasa marah.
“Okay.... Mirz mintak maaf... Mirz tahu Mirz salah... Beritahu cara macam mana untuk Mirz perbetulkan salah Mirz...” Pujuk Mirza lembut. Mengalah kerana dia sedar yang salah ini memang berpunca dari dirinya. Apa yang dia harapkan kini ialah kemaafan daripada Afrina. Buah pinggangnya!
“Kita... putus jelah...” Tanpa sedar, ayat yang tidak dirangka itu terkeluar dari mulut Afrina. Afrina mula mengigit bibir. Benarkah apa yang dia lakukan sekarang?
“Hah!”
Hampir hendak tercabut jantung milik Mirza apabila menyambut bait kata yang ringkas tertapi sungguh mampu menarik nyawa miliknya! Benarkah apa yang didengarinya tadi? Benarkah yang ayat itu keluar dari mulut Afrina sendiri?
“Afrin.... Okay... Mungkin kita sama-sama penat. Jadi better kalau Afrin berehat dulu ya... Mirz telefon lain kali sahaja.”
Nyata Mirza sudah tidak mampu untuk memendung emosi milik diri sendiri. Sungguh, dia tersangat menggelabah dibuatnya. Mana mungkin dia dapat menerima bait-bait kata daripada Afrina itu. Hatinya mula rasa tidak enak! Ya, langsung tidak enak!
“Apa yang berlaku antara kita adalah satu kesilapan Mirz.... Mungkin masa itu kita terlalu muda untuk mengenal yang mana satu cinta sejati dan yang mana satu cinta sementara. Jadi lebih baik kita....... berpisah....”
“Afrin.....”
Lidahnya sudah kelu untuk menyambung bicara. Otaknya sudah beku untuk merangka ayat. Apa yang Mirza rasakan sekarang ialah... ialah kekecewaan yang teramat sangat. Bagaimana seorang wanita yang dia terlalu cinta boleh mengungkapkan kata-kata perpisahan ini?
Apakah punca yang lebih pasti? Tidak mungkin hanya kerana kesibukan yang menjadi punca alasannya. Adakah hati Afrin sudah berubah arah? Adakah kerana itu?
‘Ya Allah... kuatkah hatiku untuk kehilangannya?’ Hati Mirza mula tertanya-tanya sendiri. Mencari punca pada keretakan hubungan ini.

p/s:: a lot of sorry sebab lambat masuk entry baru... sibuk di PBAKL... cehhh.. statment mengada kan..hahahaha.. maaf kalau tak memenuhi piawaian korang semua... try nak puaskan hati semua... sila suka ya... penat eden tulis.. hahahaa... =) 

18 comments:

  1. sian mirza...x patut betul la afrin buat mcm tu...hope afrin dpt fix b4 terlewat...huhuhu...nak afrin dgn mirza boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. boleh2... x ada hal... kalu nak mintak mirza, tu y membawa masalah..ahahha

      Delete
  2. hohoho!!!gitu kisahnya ya.mcm tu je afrin mntak ptus??mgkin itu balasan utk afrin sb curang dgn mirza yg baik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... mgkin bukan curang.. tp perasaan itu sudah beralih arah.. =)

      Delete
  3. kesian Mirzaku...tu laa pasal, takmo tgu haku kat UM lg..haha...apakah?? .... mirza mungkin yg pertama hadir dlm diri afrina...dan mungkin jua jd yg terakhir.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah... apakah... apakah??? hahaa... mungkin jugak kak.. aisehh.. peminat DSKH ke or peminat Mirza nih? hahhaah

      Delete
  4. Simpati dengan Mirza...
    .Afrin pun main cakap lepas jad.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. darah muda... mmg hanya memandang pd keseronokan..

      Delete
  5. Mungkin masa tu darah muda lagi kan.... Afrin rasa macam Mirza x ada masa untuk diri dia ... walaupun hanya panggil tel pun cukup....
    Apa kata Afrin bagi peluang untuk Mirza sekali lagi.... dan bagi menebus kesalahan yang pernah Afrin buat pada Mirza.... x salah pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk gantikan tempat yang telah digantikan kak.. walaupun jasad dah x ada, bayang2 tu mcm sentiasa mengekor

      Delete
  6. jadi semua ni berpunca dari Afrina lah ya..
    kesian mirza.. tak patut kot buat macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. mereka masih muda untuk kenal untung nasib yat..

      Delete
  7. Kesian mirza

    ReplyDelete
  8. adeiii orang dah nak..sila terima..haihhh..sekeh afrin sikit..bak mirza sini nk jaga bebaek2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi3... nak ambik Mirza kita pulak ya.. hahaha.. kalu nak mirza, sila bg zafran kat sy

      Delete
  9. hehehe best eek.. Nak lg sara.. blh kn..? Sian mirza.. Hehehe.. Fristime akak tulis komen kat blog, pndai tulis tak pndai msuk nm msuk anymos jela.. Hehehe ( rahmah doank )

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. terharu sbb akak sudi komen.. hehe.. xpe2.. tulis nama mcm tu pun ok kak..

      Delete