Pandangan mata Hajah Kalsom seperti perluru berpandu yang menanti untuk
menghentam mangsannya. Tangan kanan dan kiri mula bermain sesama sendiri.
Debaran yang menggila mula singgah di pinggir hati. Afrina kegelisahan sendiri.
“Aku tak setuju!” Putus
Hajah Kalsom penuh ketegangan. Tiada langsung secebis senyuman di wajahnya.
Yang ada hanyalah segaris kerutan di dahi. Tanda berfikir terlalu banyak.
“Tapi mak... kami berdua
dah buat keputusan...” Sela Afrina takut-takut.
“Kamu berdua ke atau kau
yang buat keputusan?” Tengking Hajah Kalsom lagi.
Afrina mengigit bibir.
Beberapa kali ditelan liurnya. Tidak pernah-pernah dia melihat wajah ibunya
segarang ini. Selama ini dia fikir, Hajah Kalsom pasti akan merestui
hubungannya walau dengan siapa pun dia bersama. Tengkingan ibunya itu memang
mampu membuatkan badannya mengigil.
“Afrin tak boleh nak
teruskan hubungan ni lagi mak... Kami dah tak sehaluan... Jadi lebih baik kami
putus.” Dengan wajah yang menunduk, dia memberikan jawapan.
“Aku tak benarkan! Jangan
sesekali kau berani nak malukan aku... Kalau dulu bukan main sayang lagi dengan
Mirza.. Tapi lepas kamu kenal mamat tu, terus kamu nak mintak putus! Perempuan
apa kau nih!”
Kecut perut Afrina
dibuatnya. Kedua tangannya mula digengam. Mukanya jelas cuak. Matanya mula
dikerdipkan beberapa kali. Bimbang jika air mata mencurah di hadapan emaknya
itu. Hatinya terusik dengan bahasa yang emaknya gunakan. Di mana hilangnya emak
yang penuh kasih sayang itu?
“Semua ni tak ada kena
mengena dengan Haraz mak...” Afrina mula membela diri. Bagaimana hendak membuat
emaknya faham akan situasinya sekarang?
“Tak ada kena mengena kau
kata? Sejak kau kenal dia, kau langsung tak pedulikan Mirza... Kau terus lupa
status kau sebagai tunangan orang! Ini ke perangai yang boleh dibanggakan oleh
seorang ibu? Mana aku nak letak muka dengan ibu bapa Mirza? Mana?” Hambur Hajah
Kalsom lagi.
“Mak... soal jodoh bukan
di tangan manusia... Benda dah nak jadi, kita memang tak boleh elak...” Entah
betul atau tidak, Afrina sendiri tidak pasti pada kata-katanya. Dia sendiri
tidak mampu untuk mengawal stereng akal fikirannya. Tapi dia terbawa untuk
membela dirinya sendiri.
“Jangan bercakap soal
jodoh andai kau sendiri tak faham apa erti jodoh yang sebenar?” Mata Hajah
Kalsom penuh kemarahan. Menggunung tinggi rasa kecewa terhadap anak kandungnya
sendiri.
“Mak....” Afrina hilang
daya untuk menyambung kata.
“Rupanya ada lagi yang kurang dalam didikan mak...
Ada lagi yang tak betul hingga kau mampu berubah fikiran macam ni... Kalau dulu
kau tak pasti dengan perasaan kau terhadap Mirza, kenapa kau setuju untuk
bertunang? Semua ni melibatkan maruah.. Melibatkan dua buah keluarga.. Jangan
permainkan perasaan orang... Jangan kecewakan harapan orang... Nanti terkena
batang hidung sendiri..”
Suara Hajah Kalsom sudah bertukar lirih. Hujung
lengan bajunya mula dibawa ke pipi. Mengesat permata jernih yang mengalir.
Afrina mula rasa bersalah. Sedih melihat wajah emaknya itu. Pertama kali seumur
hidup, dia telah mengecewakan hati ibunya. Namun diakah yang bersalah kerana
gagal mempertahankan hubungan ini?
“Mak... Mirza memang lelaki yang baik.. Tapi
dia... dia...” Tersangkut-sangkut bicaranya. Afrina tahu yang dia tidak punya
alasan yang kukuh untuk memburukkan Mirza di mata sesiapa pun. Tapi hatinya
telah tawar... tawar dengan perlakuan lelaki itu yang langsung tidak
menghiraukan dirinya... dia hanya gadis yang membutuhkan perhatian dan kasih
sayang. Bukan ditinggalkan sepi tanpa sebarang berita.
“Jangan bagi alasan kesibukkan Mirza yang
membuatkan Afrin memburukkan dia... dia lelaki.. Wajar kalau dia sibuk. Dia
baru nak membina kerjaya. Afrin kenalah faham..” Kata-kata Hajah Kalsom sudah
berubah menjadi bentuk nasihat. Mungkin anaknya masih muda dalam mengenal pasti
kehendak hati yang sentiasa mengharapkan kesempurnaan.
“Perasaan tu dah tak ada mak...” Afrina sedar yang
dia telah melukakan sekeping hati ibunya. Namun perasaanya juga ikut turut
terguris sama. Terguris jika hubungan ini diteruskan sedangkan hati dan
perasaannya telah mati untuk Mirza.
“Jangan nak berdalih lagi Afrin... Mengaku jelah
yang kamu sukakan mamat tuh!” Sedari dahulu lagi, hati tuanya tidak enak
apabila Afrina berkawan baik dengan lelaki yang bernama Haraz itu. Tika ini,
segala persoalannya sudah menemui jawapannya. Afrina memang sudah berubah hati!
Pandangan matanya juga sudah beralih arah. Tidak lagi setia dari terus
mencintai Mirza.
“Kan Afrin dah cakap... Semua ini tak ada kena
mengena dengan Haraz!” Bentak Afrina geram. Tidak suka jika kesalahan
diletakkan di atas bahu Haraz.
“Kenapa kamu nak menidakkan sesuatu yang betul Afrin..
Mengaku jelah....” Mereka mula berbalas serangan soalan.
“Tak ada apa yang perlu Afrin mengaku mak....”
Jari Afrina sudah memicit lembut batang hidungnya. Kepalanya mula pening dengan
asakan soalan yang bertubi-tubi.
“Kamu boleh tipu semua orang... Kamu boleh tipu
diri kamu sendiri... Tapi kamu tak boleh tipu mak.. Sebab mak yang melahirkan
kamu... Sebab mak yang kenal diri kamu sebelum kamu mengenali diri kamu
sendiri....Mak cuma mahukan jawapan yang pasti! Jawapan yang jujur... Mengaku
salah jika kamu bersalah... Bukan kalah menang yang menjadi isunya.. Tapi sikap
dewasa dalam meladani kesalahan diri sendiri. Jadi mengaku jelah Afrin... Berterus-teranglah
pada mak...” Rayu Hajah Kalsom bersungguh-sungguh.
Afrina mula mencuri nafas. Sesak perasaan dan akal
fikirannya!
“Kalau Afrin mengaku yang Afrin memang dah sukakan
Haraz, mak akan setuju ke dengan keputusan Afrin untuk berpisah dengan Mirza?”
Duga Afrina.
Entah dari mana keberanian ini datang. Mungkin
lahir dari celah-celah kerisauan dirinya. Mungkin juga tumbuh dari secebis
semangat yang masih bersisa. Sebenarnya dia sendiri masih keliru. Keliru dengan
hubungannya bersama Haraz.
Namun apa yang pasti, jiwanya sudah kering untuk
bersama dengan Mirza. Hatinya langsung mati untuk bersama dengan Mirza. Matanya
sudah jemu untuk terus berhadapan dengan Mirza. Jika ditanya mengapa, dia
sendiri tidak mempunyai jawapanya. Apa yang pasti, hati dan perasaannya bukan
lagi milik Mirza.
Tak bolehkah jika orang di sekelilingnya menerima
segala keputusannya tanpa banyak tanya. Perlukah dibentang segunung alasan
untuk merelakan perpisahan ini. Andai hati sudah tidak sudi menyinta, bukankah
itu salah satu sebab yang paling kukuh untuk membuktikan yang hubungan ini
tidak akan pergi jauh.
Sebuah perkahwinan itu haruslah berlandaskan rasa
cinta dan sayang... Jika elemen seperti itu tiada, mampukah perkahwinan itu
bertahan?
“Jadi, betullah yang Afrin
sukakan Haraz? Sebab tu nak berpisah dengan Mirza?”
Afrina dan Hajah Kalsom
mula bertentang mata. Apabila kepala Afrina diangguk berulang kali, Hajah
Kalsom mula mengeluh. Badannya disandar ke sofa. Satu keluhan berat, mula
dilepaskan.
***
Haraz memerhatikan gadis
yang berada di hadapannya. Raut wajah itu penuh dengan kegelisahan walaupun
tidak ditunjukkan secara terang. Semenjak dia membantu Afrina ketika diragut
dahulu, hubungan ini mula terlangkau jauh. Tidak dapat ditepis perasaanya
terhadap Afrina. Satu rasa yang dia tidak temui dengan mana-mana wanita.
“Ain... Awak okay?”
“Okay... saya okay... saya
okay...” Berharap agar kata-kata itu terus terbenam ke lubuk jiwanya.
Haraz tergelak sedikit
mendengar jawapan Afrina. Nampak sangat gadis itu tidak okay. Standard jawapan
orang yang tak berfikir panjang. Perlahan-lahan Haraz mula membetulkan postur
tubuhnya. Lengannya diletakkan di atas meja. Matanya mencari raut wajah Afrina
yang jelas kusut.
“Ain....”
Bagai hendak luruh jiwa
Afrina apabila mendengar panggilan lembut itu. Sekarang dia sedar.. Dia sedar
yang dia sudah mula larut dalam lautan kasih sayang Haraz walaupun Haraz tidak
pernah meluahkan isi hatinya.
“Hei, kenapa ni?” Tanya
Haraz pelik apabila mengesan mata Afrina yang berkaca-kaca.
“Saya dah bertunang....”
Akhirnya keluar juga ayat yang sedari tadi bermain di kepalanya. Dia tidak
sanggup untuk melukakan Haraz. Namun pembohongan tidak akan mampu menitipkan
kebahagian. Lagipun, biarlah Haraz mengetahui dari mulutnya sendiri.
“Awak dah ber..tunang?”
Suara Haraz nyata mengandungi rasa terkejut.
Afrina mengangguk lemah.
Pandangan mata dijatuhnya. Tidak berani bertentang mata dengan Haraz. Jari
jemarinya mula memintal hujung alas meja yang terdampar di atas meja. Sepanjang
tiga bulan mereka berkawan, inilah kali pertama dia berterus terang tentang
statusnya.
“Jadi awak akan
berkahwin?” Rasa tenang mula hilang apabila mendengar kenyataan yang keluar
dari mulut Afrina. Dia baru berkira-kira untuk meluahkan perasaannya terhadap
Afrina. Tidak pernah dia menyangka yang Afrina sudah dimiliki secara tidak
langsung.
“Hubungan kami....
entahlah... sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata.” Suara Afrina nyata penuh
pasrah. Dia sayangkan Haraz. Dia mahu hidup bersama Haraz. Tapi dalam masa yang
sama, dia tidak mahu melukakan perasaan emaknya. Dia tahu betapa kecewanya
emaknya apabila mendengar keputusanya semalam. Namun betahkah dia hidup tanpa rasa
cinta.
Memang cintanya pada Mirza
pernah ada. Tapi perasaan itu telah hilang. Hilang ditelan rasa tawar hati
dengan sikap Mirza yang langsung tidak mengendahkannya. Lagipun, dia sudah mula
sayangkan Haraz. Segala perlakuan dan tindak tanduk lelaki itu benar-benar
mencuri perhatiannya. Langsung menenggelamkan bayang Mirza.
“Sekarang saya keliru...
Saya keliru dengan perkara yang berlaku di sekeliling saya. Saya rasa hubungan
kami makin jauh... dah tak mampu untuk dipertahankan lagi. Tapi saya tersepit
antara keluarga kami yang bersahabat baik. Saya sedar yang saya bakal lukakan
hati banyak pihak...” Sambung Afrina tanpa dipinta.
“Ain... sejujurnya saya
mula sayangkan awak..” Luah Haraz perlahan. Matanya ditebarkan ke luar restoren.
Mata Afrina berkaca-kaca
ketika mendengar luahan dari Haraz itu. Nampaknya, dia memang tidak bertepuk
sebelah tangan. Rasa bahagia mula menghadirkan diri.
“....Tapi saya tak sanggup
nak rampas hak orang...” Sambung Haraz lagi.
“Saya tak tahu apa yang
perlu saya buat sekarang Haraz?”
‘Kenapa aku yang harus berada dalam situasi
seperti ini? Kenapa aku?’ Soalan ini mula menghentam akal fikirannya. Kenapa
dia harus memilih sedangkan pilihan bukan di tangannya.
“Terimalah nasihat keluarga... Kebiasaanya sesuatu
yang dipermudahkan oleh Allah itu akan memberi kebaikan kepada kita... Sesuatu
yang berliku itu mungkin tanda bahawa kita harus berhenti memperjuangkan
sesuatu yang bukan milik kita.”
Riak wajah Haraz sudah kembali tenang. Ada rasa
terkilan yang singgah di dalam hati. Namun cepat-cepat dihalau pergi. Terus
diterapkan rasa redha dalam diri bahawa setiap percaturan Allah itu sudah
tersusun cantik. Lebih cantik daripada jangkaan dan rangkaan manusia.
“Saya pun sayangkan awak Haraz...Saya....”
“Anggap sahaja bahawa jodoh itu bukan milik kita.”
Sela Haraz cepat-cepat. Melarang Afrina dari terus berharap.
“Cakap memang mudah Haraz... tapi hati saya tak
terlalu kuat untuk menangung semua ni...” Suara Afrina mula meninggi sedikit.
Menyatakan kegeramannya. Dia mula terfikir yang Haraz tidak ikhlas
menyayanginya. Lelaki itu langsung tidak mahu memperjuangkan perasaannya.
“Ain.. tinggalkan apa yang meragukan awak...
Kejarlah apa yang tidak meragukan awak.. sesungguhnya kebenaran membawa
ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan. Jadi, saya bertindak berdasarkan
apa yang saya rasa sekarang Ain... Hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan
hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.. Berpijaklah
di bumi nyata Afrin... Kita tak mungkin boleh bersama. Awak tunangan orang..”
Air mata Afrina sudah berada di hujung mata.
Menunggu masa untuk melimpah di birai pipi. Kata-kata Haraz terlalu mendalam
maknanya. Terlalu berat untuk dia tanggung. Teramat payah untuk diterima oleh
kotak hati.
“Ain.... jangan menangis...”
Jika ditanya tentang perasaannya? Dia juga ikut
turut bersedih. Dia juga terkilan kerana cinta pertamanya tidak mampu dia
miliki walaupun mereka saling menyanyangi antara satu sama lain. Haraz hanya
memandang sisa air mata di pipi Afrina. Dia langsung tidak punya hak untuk
menepis permata jernih itu.
“Saya tak kuat....”
“Kekuatan boleh datang balik Ain.. dengan syarat,
kita merelakan kedatangannya...” Nasihat Haraz lembut.
“Awak terlalu baik buat saya Haraz... Mungkin sebab
tu Allah menjauhkan saya dengan awak. Sebab saya adalah perempuan yang sangat
teruk! Saya dah bertunang... Tapi saya telah membenarkan hati saya untuk jatuh
pada lelaki lain. Mungkin lelaki sebaik awak tidak layak untuk perempuan
seteruk saya... Jadi, saya harus redha...” Ujar Afrina tersekat-sekat dek
kerana dihimpit sedu yang mula berkunjung.
“Jangan cakap macam tu Ain... Awak tak ada kurang
apa-apa pun di mata saya... Perasaan kita di berada di dalam gengaman Allah...
Bila-bila masa sahaja dia akan membolak-balikkan hati kita. Jadi jangan
salahkan diri sendiri. Apa yang berlaku, bukan dalam kawalan kita..” Pujuk
Haraz dengan suara yang sangat lembut.
Afrina menangis lagi. Tidak mempedulikan pada
mata-mata yang mungkin memandang ke arah mereka. Langsung tidak dipedulikan
tomahan orang kepadanya. Dia pasti, orang pasti akan menunding jari ke arahnya
apabila hubungannya bersama Mirza sudah retak menanti belah. Dan dia pasti
orang akan mengejinya kerana mempermainkan lelaki sebaik Haraz.
Haraz dan Mirza... kedua-dua lelaki ini langsung
tidak bersalah! Yang bersalah adalah dirinya sendiri. ‘Ya Allah.. kenapa kau
menitipkan dua orang lelaki yang terlalu sempurna sehingga menyingkap segala
kecacatan diriku?’
“Jangan menangis Ain... Nanti orang fikir saya tak
pandai memujuk..” Usik Haraz sambil menyuakan sehelai tisu kepada Afrina. Dia mula
memandang ke arah sekeliling. Tangisan Afrina seolah-olah sudah menjadi
tontonan umum di restoren ini.
Afrina ketawa sedikit sambil mengesat air matanya.
Sesungguhnya, dia sangat mengkagumi ketenangan milik Haraz. Mungkin benar yang
dia bukan perempuan yang baik untuk bergandingan dengan Haraz.
“Mungkin kita akan berjauhan... Tapi saya harap
saya masih kekal dalam ingatan awak.. Sekurang-kurangnya sebagai seorang sahabat..”
Tutur Haraz lagi.
“Haraz....”
“Terimalah dia balik Ain... Mungkin dia ada
kurang.. Tapi saya pasti dia pun ada lebihnya... Manusia memang sudah
diciptakan sebegitu rupa. Cinta tak pernah dapat menyempurnakan manusia.. Tapi
cinta dapat membutakan kecacatan yang ada. Kalau rasa cinta itu hilang, Ain
kena cari balik.. Kena gali balik sampai jumpa. Sesuatu perkara kalau dilakukan
dengan paksaan, ia akan beransur dengan rela hati.. InsyaAllah...”
Afrina menekup mukanya menggunakan dengan kedua
belah tapak tangan. Dia tidak dapat membendung air matanya. Kata-kata Haraz
membuatkan dia bertambah sedih. Afrina kembali teresak-esak.
“Afrin....” Suara itu membuatkan Afrina terkaku. Dia
kenal dengan panggilan itu. Dia kenal dengan suara itu.
Dengan perlahan-lahan, Afrina mula menjatuhkan
tanganya dan matanya terus menyambar wajah seseorang. Rahangnya mula jatuh.
Haraz juga ikut turut memandang pada seorang
lelaki yang berdiri di tepi meja mereka ini. Adakah ini tunang Afrina?
Mata Mirza memandang Afrina lama. Kemudian beralih
sedikit ke arah lelaki yang berada di hadapan Afrina itu. Melihat air mata yang
singgah membuat dada Mirza merasa ngilu. Adakah dia terlalu kejam jika terus
mengheret Afrina ke dalam perhubungan yang pasti tak akan ke mana ini?
“Jadi.... inilah lelaki yang telah mencuri tempat
saya dalam hati awak?” Tanya Mirza senada. Matanya tidak lepas dari memandang
Afrina. Dia sendiri tidak dapat mengenalpasti perasaannya sekarang.
Afrina menelan liur. Sekejap memandang Haraz dan
sekejap memandang Mirza. Dapat dia kesan riak terpinga-pinga pada wajah Haraz. Dan
Mirza... wajah itu sukar untuk ditafsirkan..
‘Ya Allah... Apa yang akan berlaku selepas ini?’
p/s::: maaf lambat keluar entry... n maaf kalau x memenuhi piawaian korang.. hope enjoy reading ya.. =)
wah..ade bakat..teruskan usaha..:)
ReplyDeletethanks... bnyak yang harus diperbetulkan.. almaklumlah, post tnpa editing.. hehee
Deleteafrina...afrina...tak tau nak kata apa...ada betolnya cakap hajah kalsom tu... emm...tp hati manusia kan boleh berubah...
ReplyDeletehaku tetap sokong Mirza!! haha
sila angkat banner kak lin... hahaha..
DeleteWaktu wat keputusan nie afrin x fikir ke camne prsaan mirza....
ReplyDeleteKesian mirza....
Best cite nie terbaekkk.......
kalau kita perasan, perempuan mcm ni mmg ramai kat luar... tak dapat nk kontrol perasaan milik sendiir.. hmm..
DeleteAFRINA DALAM DILEMA....
ReplyDeletedilema wanita... dihentak emosi menerajui akal fikiran..
DeleteDSKH mmg is the best la sara.. Kak rahmah salut ngan sara.. menyentuh perasaan akak.. Hehehe.. Afrin dlm d lema antara dua cinta mirza tw haraz.. N yg bwt akak suspen ap yg t'jdi ktk haraz srta afrin bersua dgn mirza tnpa sengaja.. Hehhe pndai sara msuk kn bab suspen yea..
ReplyDeletehehehe.. thanks kak rahmah.. sudi drop komen.. ngeee.. masih blum dikategori sebagai terbaik.. msih bnyak cacat celanya..hehe.. saspen itu perlu.. tp x sure menjadi ke x.. hahaha
DeleteDSKH best.....cinta tak kenal siapa. boleh datang dan pergi bila2 masa. Sara...novel ni akan habis kat blog ke???
ReplyDeleteyup sayang... ni mini novel.. habis di blog jeh..
Deleteteruknya afrina tu.. kiranya sekarang dia macam kena hukum karma lah ya? suka cerita ni.. janganlah lambat sangat keluar entry baru
ReplyDeletehaha.. berusaha bagi yg tercepat.. =p
Deletemmg best..kesian mirza tp kalo dah ckp psl persn ni ssh cikit...cinta itu mmg buta... :)
ReplyDeletekerana manusia itu buta menilainya.. =)
Deletecpt smbung:)
ReplyDeletetry tulis secepat mungkin.. =)
DeleteCite neh mmg best sara.. Knp x jadik kn novel je?
ReplyDeleteerk.. entahlah.. rasa mcm sesuai jadi MN pulak..
Deletenak mereka berdua jgk..what ever it is..betterjadikan novel.. leh kembang lg ni.. bg part2 comei lelebih sikit nnt ek..
ReplyDeleteih ih ih, jauhkan le hati bercabang2. Tak de sape susah pun melainkan diri sendiri.
ReplyDelete