Thursday 17 May 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [10]


        Pandangan mata Hajah Kalsom seperti perluru berpandu yang menanti untuk menghentam mangsannya. Tangan kanan dan kiri mula bermain sesama sendiri. Debaran yang menggila mula singgah di pinggir hati. Afrina kegelisahan sendiri.
            “Aku tak setuju!” Putus Hajah Kalsom penuh ketegangan. Tiada langsung secebis senyuman di wajahnya. Yang ada hanyalah segaris kerutan di dahi. Tanda berfikir terlalu banyak.
            “Tapi mak... kami berdua dah buat keputusan...” Sela Afrina takut-takut.
            “Kamu berdua ke atau kau yang buat keputusan?” Tengking Hajah Kalsom lagi.
            Afrina mengigit bibir. Beberapa kali ditelan liurnya. Tidak pernah-pernah dia melihat wajah ibunya segarang ini. Selama ini dia fikir, Hajah Kalsom pasti akan merestui hubungannya walau dengan siapa pun dia bersama. Tengkingan ibunya itu memang mampu membuatkan badannya mengigil.
            “Afrin tak boleh nak teruskan hubungan ni lagi mak... Kami dah tak sehaluan... Jadi lebih baik kami putus.” Dengan wajah yang menunduk, dia memberikan jawapan.
            “Aku tak benarkan! Jangan sesekali kau berani nak malukan aku... Kalau dulu bukan main sayang lagi dengan Mirza.. Tapi lepas kamu kenal mamat tu, terus kamu nak mintak putus! Perempuan apa kau nih!”
            Kecut perut Afrina dibuatnya. Kedua tangannya mula digengam. Mukanya jelas cuak. Matanya mula dikerdipkan beberapa kali. Bimbang jika air mata mencurah di hadapan emaknya itu. Hatinya terusik dengan bahasa yang emaknya gunakan. Di mana hilangnya emak yang penuh kasih sayang itu?
            “Semua ni tak ada kena mengena dengan Haraz mak...” Afrina mula membela diri. Bagaimana hendak membuat emaknya faham akan situasinya sekarang?
            “Tak ada kena mengena kau kata? Sejak kau kenal dia, kau langsung tak pedulikan Mirza... Kau terus lupa status kau sebagai tunangan orang! Ini ke perangai yang boleh dibanggakan oleh seorang ibu? Mana aku nak letak muka dengan ibu bapa Mirza? Mana?” Hambur Hajah Kalsom lagi.
            “Mak... soal jodoh bukan di tangan manusia... Benda dah nak jadi, kita memang tak boleh elak...” Entah betul atau tidak, Afrina sendiri tidak pasti pada kata-katanya. Dia sendiri tidak mampu untuk mengawal stereng akal fikirannya. Tapi dia terbawa untuk membela dirinya sendiri.
            “Jangan bercakap soal jodoh andai kau sendiri tak faham apa erti jodoh yang sebenar?” Mata Hajah Kalsom penuh kemarahan. Menggunung tinggi rasa kecewa terhadap anak kandungnya sendiri.
            “Mak....” Afrina hilang daya untuk menyambung kata.
“Rupanya ada lagi yang kurang dalam didikan mak... Ada lagi yang tak betul hingga kau mampu berubah fikiran macam ni... Kalau dulu kau tak pasti dengan perasaan kau terhadap Mirza, kenapa kau setuju untuk bertunang? Semua ni melibatkan maruah.. Melibatkan dua buah keluarga.. Jangan permainkan perasaan orang... Jangan kecewakan harapan orang... Nanti terkena batang hidung sendiri..”
Suara Hajah Kalsom sudah bertukar lirih. Hujung lengan bajunya mula dibawa ke pipi. Mengesat permata jernih yang mengalir. Afrina mula rasa bersalah. Sedih melihat wajah emaknya itu. Pertama kali seumur hidup, dia telah mengecewakan hati ibunya. Namun diakah yang bersalah kerana gagal mempertahankan hubungan ini?
“Mak... Mirza memang lelaki yang baik.. Tapi dia... dia...” Tersangkut-sangkut bicaranya. Afrina tahu yang dia tidak punya alasan yang kukuh untuk memburukkan Mirza di mata sesiapa pun. Tapi hatinya telah tawar... tawar dengan perlakuan lelaki itu yang langsung tidak menghiraukan dirinya... dia hanya gadis yang membutuhkan perhatian dan kasih sayang. Bukan ditinggalkan sepi tanpa sebarang berita.
“Jangan bagi alasan kesibukkan Mirza yang membuatkan Afrin memburukkan dia... dia lelaki.. Wajar kalau dia sibuk. Dia baru nak membina kerjaya. Afrin kenalah faham..” Kata-kata Hajah Kalsom sudah berubah menjadi bentuk nasihat. Mungkin anaknya masih muda dalam mengenal pasti kehendak hati yang sentiasa mengharapkan kesempurnaan.
“Perasaan tu dah tak ada mak...” Afrina sedar yang dia telah melukakan sekeping hati ibunya. Namun perasaanya juga ikut turut terguris sama. Terguris jika hubungan ini diteruskan sedangkan hati dan perasaannya telah mati untuk Mirza.
“Jangan nak berdalih lagi Afrin... Mengaku jelah yang kamu sukakan mamat tuh!” Sedari dahulu lagi, hati tuanya tidak enak apabila Afrina berkawan baik dengan lelaki yang bernama Haraz itu. Tika ini, segala persoalannya sudah menemui jawapannya. Afrina memang sudah berubah hati! Pandangan matanya juga sudah beralih arah. Tidak lagi setia dari terus mencintai Mirza.
“Kan Afrin dah cakap... Semua ini tak ada kena mengena dengan Haraz!” Bentak Afrina geram. Tidak suka jika kesalahan diletakkan di atas bahu Haraz.
“Kenapa kamu nak menidakkan sesuatu yang betul Afrin.. Mengaku jelah....” Mereka mula berbalas serangan soalan.
“Tak ada apa yang perlu Afrin mengaku mak....” Jari Afrina sudah memicit lembut batang hidungnya. Kepalanya mula pening dengan asakan soalan yang bertubi-tubi.
“Kamu boleh tipu semua orang... Kamu boleh tipu diri kamu sendiri... Tapi kamu tak boleh tipu mak.. Sebab mak yang melahirkan kamu... Sebab mak yang kenal diri kamu sebelum kamu mengenali diri kamu sendiri....Mak cuma mahukan jawapan yang pasti! Jawapan yang jujur... Mengaku salah jika kamu bersalah... Bukan kalah menang yang menjadi isunya.. Tapi sikap dewasa dalam meladani kesalahan diri sendiri. Jadi mengaku jelah Afrin... Berterus-teranglah pada mak...” Rayu Hajah Kalsom bersungguh-sungguh.
Afrina mula mencuri nafas. Sesak perasaan dan akal fikirannya!
“Kalau Afrin mengaku yang Afrin memang dah sukakan Haraz, mak akan setuju ke dengan keputusan Afrin untuk berpisah dengan Mirza?” Duga Afrina.
Entah dari mana keberanian ini datang. Mungkin lahir dari celah-celah kerisauan dirinya. Mungkin juga tumbuh dari secebis semangat yang masih bersisa. Sebenarnya dia sendiri masih keliru. Keliru dengan hubungannya bersama Haraz.
Namun apa yang pasti, jiwanya sudah kering untuk bersama dengan Mirza. Hatinya langsung mati untuk bersama dengan Mirza. Matanya sudah jemu untuk terus berhadapan dengan Mirza. Jika ditanya mengapa, dia sendiri tidak mempunyai jawapanya. Apa yang pasti, hati dan perasaannya bukan lagi milik Mirza.
Tak bolehkah jika orang di sekelilingnya menerima segala keputusannya tanpa banyak tanya. Perlukah dibentang segunung alasan untuk merelakan perpisahan ini. Andai hati sudah tidak sudi menyinta, bukankah itu salah satu sebab yang paling kukuh untuk membuktikan yang hubungan ini tidak akan pergi jauh.
Sebuah perkahwinan itu haruslah berlandaskan rasa cinta dan sayang... Jika elemen seperti itu tiada, mampukah perkahwinan itu bertahan?
            “Jadi, betullah yang Afrin sukakan Haraz? Sebab tu nak berpisah dengan Mirza?”
            Afrina dan Hajah Kalsom mula bertentang mata. Apabila kepala Afrina diangguk berulang kali, Hajah Kalsom mula mengeluh. Badannya disandar ke sofa. Satu keluhan berat, mula dilepaskan.
***
            Haraz memerhatikan gadis yang berada di hadapannya. Raut wajah itu penuh dengan kegelisahan walaupun tidak ditunjukkan secara terang. Semenjak dia membantu Afrina ketika diragut dahulu, hubungan ini mula terlangkau jauh. Tidak dapat ditepis perasaanya terhadap Afrina. Satu rasa yang dia tidak temui dengan mana-mana wanita.
            “Ain... Awak okay?”
            “Okay... saya okay... saya okay...” Berharap agar kata-kata itu terus terbenam ke lubuk jiwanya.
            Haraz tergelak sedikit mendengar jawapan Afrina. Nampak sangat gadis itu tidak okay. Standard jawapan orang yang tak berfikir panjang. Perlahan-lahan Haraz mula membetulkan postur tubuhnya. Lengannya diletakkan di atas meja. Matanya mencari raut wajah Afrina yang jelas kusut.
            “Ain....”
            Bagai hendak luruh jiwa Afrina apabila mendengar panggilan lembut itu. Sekarang dia sedar.. Dia sedar yang dia sudah mula larut dalam lautan kasih sayang Haraz walaupun Haraz tidak pernah meluahkan isi hatinya.
            “Hei, kenapa ni?” Tanya Haraz pelik apabila mengesan mata Afrina yang berkaca-kaca.
            “Saya dah bertunang....” Akhirnya keluar juga ayat yang sedari tadi bermain di kepalanya. Dia tidak sanggup untuk melukakan Haraz. Namun pembohongan tidak akan mampu menitipkan kebahagian. Lagipun, biarlah Haraz mengetahui dari mulutnya sendiri.
            “Awak dah ber..tunang?” Suara Haraz nyata mengandungi rasa terkejut.
            Afrina mengangguk lemah. Pandangan mata dijatuhnya. Tidak berani bertentang mata dengan Haraz. Jari jemarinya mula memintal hujung alas meja yang terdampar di atas meja. Sepanjang tiga bulan mereka berkawan, inilah kali pertama dia berterus terang tentang statusnya.
            “Jadi awak akan berkahwin?” Rasa tenang mula hilang apabila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Afrina. Dia baru berkira-kira untuk meluahkan perasaannya terhadap Afrina. Tidak pernah dia menyangka yang Afrina sudah dimiliki secara tidak langsung.
            “Hubungan kami.... entahlah... sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata.” Suara Afrina nyata penuh pasrah. Dia sayangkan Haraz. Dia mahu hidup bersama Haraz. Tapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu melukakan perasaan emaknya. Dia tahu betapa kecewanya emaknya apabila mendengar keputusanya semalam. Namun betahkah dia hidup tanpa rasa cinta.
            Memang cintanya pada Mirza pernah ada. Tapi perasaan itu telah hilang. Hilang ditelan rasa tawar hati dengan sikap Mirza yang langsung tidak mengendahkannya. Lagipun, dia sudah mula sayangkan Haraz. Segala perlakuan dan tindak tanduk lelaki itu benar-benar mencuri perhatiannya. Langsung menenggelamkan bayang Mirza.
            “Sekarang saya keliru... Saya keliru dengan perkara yang berlaku di sekeliling saya. Saya rasa hubungan kami makin jauh... dah tak mampu untuk dipertahankan lagi. Tapi saya tersepit antara keluarga kami yang bersahabat baik. Saya sedar yang saya bakal lukakan hati banyak pihak...” Sambung Afrina tanpa dipinta.
            “Ain... sejujurnya saya mula sayangkan awak..” Luah Haraz perlahan. Matanya ditebarkan ke luar restoren.
            Mata Afrina berkaca-kaca ketika mendengar luahan dari Haraz itu. Nampaknya, dia memang tidak bertepuk sebelah tangan. Rasa bahagia mula menghadirkan diri.
            “....Tapi saya tak sanggup nak rampas hak orang...” Sambung Haraz lagi.
            “Saya tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang Haraz?”
‘Kenapa aku yang harus berada dalam situasi seperti ini? Kenapa aku?’ Soalan ini mula menghentam akal fikirannya. Kenapa dia harus memilih sedangkan pilihan bukan di tangannya.
“Terimalah nasihat keluarga... Kebiasaanya sesuatu yang dipermudahkan oleh Allah itu akan memberi kebaikan kepada kita... Sesuatu yang berliku itu mungkin tanda bahawa kita harus berhenti memperjuangkan sesuatu yang bukan milik kita.”
Riak wajah Haraz sudah kembali tenang. Ada rasa terkilan yang singgah di dalam hati. Namun cepat-cepat dihalau pergi. Terus diterapkan rasa redha dalam diri bahawa setiap percaturan Allah itu sudah tersusun cantik. Lebih cantik daripada jangkaan dan rangkaan manusia.
“Saya pun sayangkan awak Haraz...Saya....”
“Anggap sahaja bahawa jodoh itu bukan milik kita.” Sela Haraz cepat-cepat. Melarang Afrina dari terus berharap.
“Cakap memang mudah Haraz... tapi hati saya tak terlalu kuat untuk menangung semua ni...” Suara Afrina mula meninggi sedikit. Menyatakan kegeramannya. Dia mula terfikir yang Haraz tidak ikhlas menyayanginya. Lelaki itu langsung tidak mahu memperjuangkan perasaannya.
“Ain.. tinggalkan apa yang meragukan awak... Kejarlah apa yang tidak meragukan awak.. sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan. Jadi, saya bertindak berdasarkan apa yang saya rasa sekarang Ain... Hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara  utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.. Berpijaklah di bumi nyata Afrin... Kita tak mungkin boleh bersama. Awak tunangan orang..”
Air mata Afrina sudah berada di hujung mata. Menunggu masa untuk melimpah di birai pipi. Kata-kata Haraz terlalu mendalam maknanya. Terlalu berat untuk dia tanggung. Teramat payah untuk diterima oleh kotak hati.
“Ain.... jangan menangis...”
Jika ditanya tentang perasaannya? Dia juga ikut turut bersedih. Dia juga terkilan kerana cinta pertamanya tidak mampu dia miliki walaupun mereka saling menyanyangi antara satu sama lain. Haraz hanya memandang sisa air mata di pipi Afrina. Dia langsung tidak punya hak untuk menepis permata jernih itu.
“Saya tak kuat....”
“Kekuatan boleh datang balik Ain.. dengan syarat, kita merelakan kedatangannya...” Nasihat Haraz lembut.
“Awak terlalu baik buat saya Haraz... Mungkin sebab tu Allah menjauhkan saya dengan awak. Sebab saya adalah perempuan yang sangat teruk! Saya dah bertunang... Tapi saya telah membenarkan hati saya untuk jatuh pada lelaki lain. Mungkin lelaki sebaik awak tidak layak untuk perempuan seteruk saya... Jadi, saya harus redha...” Ujar Afrina tersekat-sekat dek kerana dihimpit sedu yang mula berkunjung.
“Jangan cakap macam tu Ain... Awak tak ada kurang apa-apa pun di mata saya... Perasaan kita di berada di dalam gengaman Allah... Bila-bila masa sahaja dia akan membolak-balikkan hati kita. Jadi jangan salahkan diri sendiri. Apa yang berlaku, bukan dalam kawalan kita..” Pujuk Haraz dengan suara yang sangat lembut.
Afrina menangis lagi. Tidak mempedulikan pada mata-mata yang mungkin memandang ke arah mereka. Langsung tidak dipedulikan tomahan orang kepadanya. Dia pasti, orang pasti akan menunding jari ke arahnya apabila hubungannya bersama Mirza sudah retak menanti belah. Dan dia pasti orang akan mengejinya kerana mempermainkan lelaki sebaik Haraz.
Haraz dan Mirza... kedua-dua lelaki ini langsung tidak bersalah! Yang bersalah adalah dirinya sendiri. ‘Ya Allah.. kenapa kau menitipkan dua orang lelaki yang terlalu sempurna sehingga menyingkap segala kecacatan diriku?’
“Jangan menangis Ain... Nanti orang fikir saya tak pandai memujuk..” Usik Haraz sambil menyuakan sehelai tisu kepada Afrina. Dia mula memandang ke arah sekeliling. Tangisan Afrina seolah-olah sudah menjadi tontonan umum di restoren ini.
Afrina ketawa sedikit sambil mengesat air matanya. Sesungguhnya, dia sangat mengkagumi ketenangan milik Haraz. Mungkin benar yang dia bukan perempuan yang baik untuk bergandingan dengan Haraz.
“Mungkin kita akan berjauhan... Tapi saya harap saya masih kekal dalam ingatan awak.. Sekurang-kurangnya sebagai seorang sahabat..” Tutur Haraz lagi.
“Haraz....”
“Terimalah dia balik Ain... Mungkin dia ada kurang.. Tapi saya pasti dia pun ada lebihnya... Manusia memang sudah diciptakan sebegitu rupa. Cinta tak pernah dapat menyempurnakan manusia.. Tapi cinta dapat membutakan kecacatan yang ada. Kalau rasa cinta itu hilang, Ain kena cari balik.. Kena gali balik sampai jumpa. Sesuatu perkara kalau dilakukan dengan paksaan, ia akan beransur dengan rela hati.. InsyaAllah...”
Afrina menekup mukanya menggunakan dengan kedua belah tapak tangan. Dia tidak dapat membendung air matanya. Kata-kata Haraz membuatkan dia bertambah sedih. Afrina kembali teresak-esak.
“Afrin....” Suara itu membuatkan Afrina terkaku. Dia kenal dengan panggilan itu. Dia kenal dengan suara itu.
Dengan perlahan-lahan, Afrina mula menjatuhkan tanganya dan matanya terus menyambar wajah seseorang. Rahangnya mula jatuh.
Haraz juga ikut turut memandang pada seorang lelaki yang berdiri di tepi meja mereka ini. Adakah ini tunang Afrina?
Mata Mirza memandang Afrina lama. Kemudian beralih sedikit ke arah lelaki yang berada di hadapan Afrina itu. Melihat air mata yang singgah membuat dada Mirza merasa ngilu. Adakah dia terlalu kejam jika terus mengheret Afrina ke dalam perhubungan yang pasti tak akan ke mana ini?                   
“Jadi.... inilah lelaki yang telah mencuri tempat saya dalam hati awak?” Tanya Mirza senada. Matanya tidak lepas dari memandang Afrina. Dia sendiri tidak dapat mengenalpasti perasaannya sekarang.
Afrina menelan liur. Sekejap memandang Haraz dan sekejap memandang Mirza. Dapat dia kesan riak terpinga-pinga pada wajah Haraz. Dan Mirza... wajah itu sukar untuk ditafsirkan..
‘Ya Allah... Apa yang akan berlaku selepas ini?’

p/s:::  maaf lambat keluar entry... n maaf kalau x memenuhi piawaian korang.. hope enjoy reading ya.. =)

22 comments:

  1. wah..ade bakat..teruskan usaha..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks... bnyak yang harus diperbetulkan.. almaklumlah, post tnpa editing.. hehee

      Delete
  2. afrina...afrina...tak tau nak kata apa...ada betolnya cakap hajah kalsom tu... emm...tp hati manusia kan boleh berubah...

    haku tetap sokong Mirza!! haha

    ReplyDelete
  3. Waktu wat keputusan nie afrin x fikir ke camne prsaan mirza....
    Kesian mirza....
    Best cite nie terbaekkk.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita perasan, perempuan mcm ni mmg ramai kat luar... tak dapat nk kontrol perasaan milik sendiir.. hmm..

      Delete
  4. Replies
    1. dilema wanita... dihentak emosi menerajui akal fikiran..

      Delete
  5. DSKH mmg is the best la sara.. Kak rahmah salut ngan sara.. menyentuh perasaan akak.. Hehehe.. Afrin dlm d lema antara dua cinta mirza tw haraz.. N yg bwt akak suspen ap yg t'jdi ktk haraz srta afrin bersua dgn mirza tnpa sengaja.. Hehhe pndai sara msuk kn bab suspen yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. thanks kak rahmah.. sudi drop komen.. ngeee.. masih blum dikategori sebagai terbaik.. msih bnyak cacat celanya..hehe.. saspen itu perlu.. tp x sure menjadi ke x.. hahaha

      Delete
  6. DSKH best.....cinta tak kenal siapa. boleh datang dan pergi bila2 masa. Sara...novel ni akan habis kat blog ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sayang... ni mini novel.. habis di blog jeh..

      Delete
  7. teruknya afrina tu.. kiranya sekarang dia macam kena hukum karma lah ya? suka cerita ni.. janganlah lambat sangat keluar entry baru

    ReplyDelete
  8. mmg best..kesian mirza tp kalo dah ckp psl persn ni ssh cikit...cinta itu mmg buta... :)

    ReplyDelete
  9. Cite neh mmg best sara.. Knp x jadik kn novel je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. entahlah.. rasa mcm sesuai jadi MN pulak..

      Delete
  10. nak mereka berdua jgk..what ever it is..betterjadikan novel.. leh kembang lg ni.. bg part2 comei lelebih sikit nnt ek..

    ReplyDelete
  11. ih ih ih, jauhkan le hati bercabang2. Tak de sape susah pun melainkan diri sendiri.

    ReplyDelete