Pagi itu terasa dingin
sungguh walaupun penghawa dingin sudah pun ditutup. Mungkin udara segar itu
datang dari arah pintu balkoni yang terbuka luas. Usai subuh tadi, memang
dia sengaja membuka pintu sliding door itu seluasnya. Berharap
agar angin bayu akan menumpang masuk untuk mendamaikan perasaan.
Farafeesa mula mengeliat
sedikit. Kalau ikutkan hatinya, dia masih lagi ingin terus bermalasan di atas
katil. Apatah lagi setelah melihat wajah Ezrakil yang sedang nyenyak itu. Dengkuran halus mula
menampar peluput telinganya. Nyenyak sungguh lelaki itu tidur.
Dengan
perlahan-lahan, Farafeesa bangun dari pembaringan. Tangannya mula mencabut
telekung yang masih menyelaputi tubuh badan. Memang selepas subuh tadi, dia
bermalasan di atas katil sambil mendengar ceramah yang dipasang di VCD. Memang
itulah rutin harian di hujung minggu. Dia dan Ezrakil akan bangun bertahajud
bersama-sama kemudian mendengar ceramah pagi hingga kedua-duanya kembali
terlena semula.
Aneh
bukan? Tapi inilah santapan rohani terbaik untuk mereka berdua. Perut yang
lapar perlu diisi dengan makanan jadi hati yang kosong perlu dipenuhkan dengan
ilmu yang terlalu banyak intipatinya.
Perlahan
sahaja pergerakannya. Tidak mahu mengejutkan suaminya yang lena itu. Jam di
meja sisi sudah menunjukkan angka sembilan pagi. Farafeesa sudah berkira-kira
untuk melangkah ke dapur. Hendak menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.
Farafeesa
mula mengenal pasti makanan mentah yang menghuni peti sejuknya itu. Akhirnya,
Farafeesa memutuskan untuk memasak bee hun goreng sahaja. Hujung minggu
sebegini sahajalah yang memberi peluang untuk dia memasak di waktu pagi. Jika
hari bekerja, mereka berdua hanya bersarapan di kedai sahaja. Bukan dia tidak
mahu memasak, tapi Ezrakil keras melarangnya.
“Lepas
ni sayang tak payah buat sarapan dah!” Arah Ezrakil serius. Namun suaminya itu
tetap memasukkan nasi goreng itu dalam mulutnya.
“Apa
salahnya kalau Feesa buat sarapan. Bukan susah pun!” Bentak Farafeesa tidak
berpuas hati. Memang diakui, sewaktu bergelar anak dara dahulu, dia terlalu
malas hendak menjengahkan kaki ke dapur. Segalanya diserah bulat-bulat kepada
ibu dan Faraneesha.
‘Tapi
dah kahwin ni... tak kan nak buat perangai macam tu lagi. Agak-agaklah sikit
kan...’ Lagipun, air tangan seorang wanita mampu mengikat perut seorang lelaki.
Bila perut senang, hati dan jiwa pasti akan turut disimbah bahagia.
“Ish...
Abang tak suka menyusahkan isteri abang!” Jawab Ezrakil senada.
“Kan
Feesa sendiri cakap, bukan susah pun.....” Sengaja Farafeesa berjeda di hujung
ayatnya. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Kadang-kadang, dia tidak mengerti
dengan perangai Ezrakil yang terlalu tidak mahu menyusahkannya. Sedangkan semua
itu adalah tugas sebagai seorang isteri.
“Hah,
buatlah muncung sejengkal tuh, abang cium karang!” Ugut Ezrakil sambil bercekak
pinggang.
“Alah,
ciumlah kalau berani...” Cabar Farafeesa sengaja sambil terus menyuap nasi
goreng ke dalam mulutnya. Sememangnya, dia memang sengaja menganggu-gugat jiwa
Ezrakil walaupun dia sedar yang menjadi mangsa nanti adalah dirinya sendiri.
“Oh...
dah berani menjawab ya...” Tangan Ezrakil terus mencubit bibir comel itu.
Sehingga terjerit Farafeesa dibuatnya. Dan akhirnya meraka sama-sama
menyumbangkan tawa. Kemudian, Ezrakil kembali menyuakan nasi goreng ke mulut
isterinya. Hari ini giliran dia pula yang menyuap.
Jatuh
meleset tekaan Farafeesa. Mati-mati dia ingat yang suaminya akan tercabar
dengan kata-katanya. Akhirnya Farafeesa tersenyum sahaja. Menyedari akan
kenakalan dirinya tadi. Sekali dengar, memang macam orang tak tahu malu! Macam
betul-betul inginkan ciuman dari Ezrakil.
Usai
habis makan, terus Farafeesa bangun dari duduknya namun tiba-tiba tangannya
direntap kuat oleh Ezrakil sehingga mendorong tubuhnya terduduk di atas peha
suaminya itu. Sungguh, tergamam Farafeesa dibuatnya. Tanpa sempat mengatur ayat
untuk memarahi tindakan suaminya, terus sahaja bibirnya diusik oleh bibir
Ezrakil. Dadanya nyata terasa ingin pecah dengan kelakuan drastik suaminya itu.
Aliran darahnya seolah-olah terhenti. Namun sedikit pun dia tidak berfikir
untuk menolak.
“Hmm...
lain kali, jangan cabar abang sangat...” Ujar Ezrakil setelah melepaskan
pautan. Dahi dan hidungnya mula berlaga dengan wajah Farafeesa. Sehingga
Farafeesa dapat merasa hembusan nafas Ezrakil yang tidak teratur.
“Abang
ni kan....” Ditumbuk kasar dada Ezrakil. Menunjukkan rasa geram yang tak
sudah-sudah.
Ezrakil
hanya ketawa. Tangannya mula menggosok perlahan dadanya yang perit setelah
ditumbuk. Nasib sungguh dapat isteri yang ganas ini. Namun, Ezrakil perasan
raut wajah Farafeesa yang sedikit kemerahan itu.
“Hmm...
perisa nasi gorenglah. Nyum.. nyum... nyum...” Usik Ezrakil lagi.
“Ish...
bencilah abang nih!” Terus Farafeesa bangun dari peha Ezrakil. Kalau melayan
suaminya ini, sampai malam esok pun tak habis-habis lagi dengan usikan nakal
itu.
“Eleh,
mulut kata benci.. tapi dalam hati suka kan?” Dicuit lembut hidung Farafeesa.
Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya dia dikala ini. Betapa dia mensyukuri
nikmat pemberian Allah kerana mengizinkan Farafeesa menjadi suri di hatinya.
Tanpa belas ehsan daripada Dia, pasti semua ini tak akan berlaku.
“Perasan...”
Jawab Farafeesa sambil mencebik.
“Hah,
buat lagi mulut macam tu! Karang abang cium lagi kang....” Jari terlunjuk
Ezrakil sudah terhala ke arah bibir Farafeesa yang terjuih. Wajah Ezrakil penuh
dengan lukisan nakal.
Farafeesa
cepat-cepat menutup mulutnya. Suaminya itu bukan boleh kira sangat. Nakalnya,
hanya tuhan yang tahu. Namun Farafeesa harus mengakuinya yang hatinya sering
diselimutkan dengan getaran rasa bahagia. Menyapu pergi segala derita yang
pernah bertandang.
“Tak
payah nak tutup sangatlah!”
Tangan Ezrakil mula menarik
tangan kanan Farafeesa yang menutup bibirnya itu. Muka sahaja nampak ganas,
tapi sikap malu isterinya masih menebal. Namun, itu yang membuatkan dia makin
seronok untuk mengusik.Akhirnya Farafeesa terus menurunkan tangannya. Berlawan
mulut mungkin dia boleh memang. Namun kalau berlawan bab sebegini, jiwanya
ternyata kalah! Ezrakil memang berjaya menggocak hebat perasaannya. Membunuh
segala penderitaanya.
“Ish, mana boleh sentuh
selalu... Nanti basilah...” Jawab Farafeesa lagi. Namun dengan suara yang
diserang rasa malu.
“Eh, ya ke basi? Cuba abang
try rasa sekali lagi?” Gurau Ezrakil sambil mula mendekatkan wajahnya. Segera
ditepis oleh Farafeesa.
“Abang ni memanglah....”
Farafeesa sudah mula buat muka marah. Geram dengan sikap Ezrakil yang tidak
pernah serius itu. Ezrakil hanya ketawa, ketawa dan ketawa. Geli hati melihat
reaksi isterinya itu.
“Eleh, sedangkan air liur
basi Feesa pun abang tak kisah, inikan pulak feveret abang nih... Mana pernah
basi yang oit...”Sekali lagi dicubit bibir comel milik Farafeesa.
Haruman air nescafee itu
menyedarkan Farafeesa daripada kenangan manis itu. Bibirnya mula
menguntumkan senyum. Sambil itu, dia berselawat sedikit agar minuman yang akan
diminum oleh Ezrakil itu dapat menenangkan hati suaminya. Memang sudah menjadi
salah satu kebiasaannya.
Tiba-tiba dia mengeluh
kecil. Adakalanya, dia memang menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dari dahulu
dia menerima Ezrakil, pasti telah lama dia mengecapi kebahagian seperti ini.
Ini tidak, dia asyik berdolak dalik dengan Ezrakil. Sentiasa menolak keinginan
hati dan perasaannya. Sehingga terpaksa mengalirkan penderitaan di dalam jiwa
Ezrakil dan memaksa Ezrakil membuat keputusan yang berada di luar kotak
pemikiran semua orang.
Tapi
percaturan Allah itu tidak boleh diduga. Dibentangkan jalan yang penuh berliku.
Namun dihujungnya terhidang kebahagian yang tidak ternilai harganya. Allah
ingin mengajar hati itu untuk terus bertahan dan bersabar. Mendidik jiwa agar
mengingatiNya lebih dari segala sesuatu perkara di dunia ini.
“Benarkanlah
hati itu untuk bersedih. Kerana hati itu pernah bergembira. Benarkanlah hati
itu untuk menangis, kerana hati itu pernah ketawa. Ujian untuk membina kekuatan
dalaman. Memperkukuhkan erti kesabaran.” Kata-kata Dr Hidayah itu benar-benar
membasuh segala sangsi yang sering singgah di pelusuk hati.
Tiba-tiba
pinggangnya dipeluk dari arah belakang. Bahunya mula menampung dagu seseorang.
“Hmm... sedapnya bau....” Bisik satu suara halus di
telinganya.
“Memanglah...
bau air kegemaran abang kan...” Farafeesa sedikit pun tidak berganjak. Senang
dengan keadaan seperti ini. Walaupun telah biasa dipeluk oleh Ezrakil, namun
setiap usikan Ezrakil memang mampu memberi hentakan di dadanya.
“Abang
bukan cakap pasal bau air tuh... Abang bercakap tentang...haruman...isteri
abang..” Terus Ezrakil membenamkan bibirnya di leher jinjang milik isterinya.
Farafeesa mula menelan liur beberapa kali. Terasa ngilu hingga ke lubuk hati.
Perlahan-lahan,
Farafeesa mula meleraikan pautan suaminya itu. Badannya mula dipusing untuk
mengadap Ezrakil. Mula memandang wajah Ezrakil yang baru bangun dari tidur itu.
Namun wajah itu tetap kekal bersih. Seakan-akan air wudhuk ketika menunaikan
solat subuh tadi masih belum hilang sinarnya.
“Cuba
tengok ni...” Farafeesa menunjukkan lengannya. Nada suaranya seperti seorang
yang sedang mengadu manja.
“Erk..
kenapa dengan lengan sayang? Kena minyak panas ke? Ke kena air panas?” Tanya
Ezrakil cemas. Tangannya mula membelek lengan milik isterinya itu. Tapi tidak
pula ditangkap kesan parut, lebam-lebam ataupun luka kecil. Lengan itu masih
kelihatan sempurna dan cantik.
Farafeesa
cuba menyembunyikan tawa.
“Cuba
tengok betul-betul?” Arah Farafeesa lagi.
Ezrakil
kembali menilik lengan milik isterinya. Namun tidak pula ditemui apa-apa luka.
Ezrakil kembali mengangkat wajah. Dahinya sudah mula berkerut. Tidak dapat
menangkap makna di sebalik kata-kata isterinya.
“Abang
tak nampak ke bulu roma Feesa bertaburan bila abang romantik pagi-pagi nih....
Ambil masa setahun tau kalau nak susun balik!” Sakat Farafeesa sambil buat muka
nakal.
“Ish
sayang nih... buat abang terkejut je!” Ezrakil mula bercekak
pinggang. Bengang kerana berjaya dipermainkan oleh Farafeesa. Isterinya ini
memang banyak helah! Suka benar mengenakan dirinya.
“Dah..
dah.. jom makan. Dah sejuk dah bee hun goreng tuh!” Ditarik lengan suaminya
supaya mengekor langkah kakinya ke arah meja makan.
“Terima
kasih sayang... buat susah-susah je masak pagi-pagi untuk abang.” Ucap Ezrakil
penuh ikhlas. Dia sentiasa menghargai usaha Farafeesa untuk memberikan yang
terbaik dalam rumah tangga meraka.
“Kan
abang selalu cakap... kita tak akan pernah rasa susah jika ia melibatkan orang
yang kita sayang....” Balas Farafeesa sambil mencedokkan bee hun goreng ke dalam
pinggan.
“Jadi
sayang abang sangat-sangatlah nih....” Ditarik tangan isterinya lantas dikucup
lembut. Sedari dahulu, dia senang memanjakan isterinya. Tidak mahu isterinya
merasa kehilangan lagi.
“Mestilah
sayang....” Farafeesa sengaja meleretkan nada suara. Biar kedengaran manja di
pendengaran Ezrakil. Jika Ezrakil sendiri tidak putus-putus mencambahkan kasih,
kenapa dia pula yang harus menidakkan kasih yang sememangnya sudah sedia sebati
dalam jiwa.
“Tapi
hujung minggu macam ni, abang nak Feesa rehat... Abang tak nak kalau sakit
Feesa bertambah teruk! Kerja-kerja rumah ni, biar abang yang buat... Abang nak
Feesa rehat sepenuhnya.”
“Abang,
buat kerja-kerja rumah tu adalah salah satu cara nak mengutip pahala.. tak kan
abang nak kurangkan pahala Feesa pulak. Ok, to be fair... kita buat sama-sama
ya.. Feesa okay lah.. Lagipun, abang tak nampak ke badan Feesa masih gagah
ni!!”
Terus
Farafeesa membuat aksi seperti atlet bina badan. Sedangkan badannya itu
langsung tidak berotot.
Ezrakil
mula mencebik. “Gagah apa ke benda... badan tu gagap adalah. Baru usik sikit je
terus bulu roma berterabur...” Terus Ezrakil menghamburkan tawa. Geram sungguh
Farafeesa mendengarnya. Penat melayan usikan Ezrakil yang berbaur nakal itu.
Akhirnya,
mereka saling bertukar senyum. Kemudian Farafeesa terus menyuakan suapan kepada
suaminya. Sudah terbiasa mengikut peraturan yang pernah ditetapkan oleh Ezrakil
itu. Malah, senang dapat melayan suaminya dengan cara sebegini.
“Eh,
kenapa sayang minum air teh? Kenapa tak minum air nescafee?” Tanya Ezrakil
pelik apabila mendapati ada dua buah cawan yang ada di atas meja. Setahunya,
air nescafee juga merupakan salah satu daripada minuman kegemaran Farafeesa.
“Hmm..
tak nak lah.. Feesa nak sambung tidur kejap lagi. Kalau minum nescafee,
alamatnya tak boleh nak tidur lah nanti...” Ya, memang itulah rancangannya. Dia
benar-benar ingin menyambung tidur kembali. Lagipula, kepalanya terasa berdenyut-denyut
sedikit. Tidak tahulah sama ada kurang tidur, terlebih tidur.
“Nah..
minum air nih...” Ezrakil menghulurkan cawan nescafee miliknya.
Farafeesa
menyambut dengan kerutan di dahi.
“Ish...
Feesa nak tidurlah kejap lagi..” Tolak Farafeesa.
“Mana
boleh... Feesa kena tolong abang!”
“Abang
nak suruh Feesa tolong apa?”
“Badan
abang rasa gatal-gatal lah... Hmm, sayang tolong garukan kejap lagi ya... Boleh
kan...” Pohon Ezrakil dengan suara yang berbisik.
“Abang
ni memanglah....” Farafeesa mula mengetap bibirnya. Faham benar dengan
ayat double meaning suaminya itu.
“Memang
apa?”
“Memang
gatal!"
p/s:: sila predict macam mana depa boleh
kahwin ya.. hehehe.. saya ambil ni secara random jeh.. khas untuk penyokong
yang sentiasa tertanya-tanya.. (ada ke owg tertanya-tanya) hahaha... lebiu u
allzzz tauu..
wahhhh!!!!i luv u too ezza..heheh.. x sangka dorang kawin..camana dorang bleh kawin,neesa yang rancang ke??
ReplyDeletejeng jeng jeng... itu kena tunggu novel lah yunk.. rahsia kerajaan tuh.. hahaha..
Deletepergh..dik..macam mana dia org boleh kawen ek..misteri ni..
ReplyDeletemisteri nusantara ni kak.. hehehe... doakan moga berjaya dinovelkan ya...hehe
DeleteEzrakil wat diorg kena tgkp basah yekk....
ReplyDeleteadeiiiihhh... tekaan yang menghentak kalbu..haha
Deletetak pernah follow novel ni,
ReplyDeletetp bc SE ni macam best je..
xpe2... x payah baca lagi.. tunggu novel jeh.. karang ada yang makan hati bc novel ni..ahaha
DeleteKak Ezza rindunya saya dekat Farafeesa &Ezrakil ni....
ReplyDeleteSis macam mana diorang leh kahwin ni?
Sis bagilah sedutan bab time diorang dah nak dekat kahwin...
aishh.. kalu post yang tu, nnti makin jiwa kacau.. releks2.. tunggu novel jelah ya... =)
Deletebl novel nk kuar ni...? xsbr sgt dh ni...
ReplyDeletex tahu lagi sayang... hehhehe.. insyaAllah kalau keluar nnti, sy bg tau.. =)
DeleteAwak nih Ezza suka buat suspen aje, kita org kat luar nih x sabar-2 nk tggu bila cite ni nak dijadikan novel lengkap. Really dear, can't wait too long.. nanti terlupa pula jln cite nih... :-)
ReplyDeletengee... kalau lupa, sila baca semula..hehehe... time kasih sebab sudi menyokong... skrang ngah tunggu result... entah apa cerita.. sy pun x pasti...
ReplyDeletebile novel ni nk keluar?
ReplyDeletehmm.. masih x tahu lagi.. tnggu result dari syarikat penerbitan...
Deletelame gile mnnti n3 cite ni...akhirnyr ad jgk wat pgubt rindu..ahaks:D
ReplyDeletewow...nie yg best nie..kwin jgk Ezrakil dgn Feesa..syg Ezza keta2 la mcm nie...nnt war2 kn yer bla nvel nk dkluarkn..awk mmg best mcm Rehan Makhtar jgk laa...
ReplyDeletebest sangat-sangat...rasenya novel cite nie dah keluar ke belum....saya harap ezza post lagi cite nie...~Zack
ReplyDelete