Wednesday 16 May 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI (SE 2)


Pagi itu terasa dingin sungguh walaupun penghawa dingin sudah pun ditutup. Mungkin udara segar itu datang dari arah pintu balkoni yang terbuka luas. Usai subuh tadi, memang dia sengaja membuka pintu sliding door itu seluasnya. Berharap agar angin bayu akan menumpang masuk untuk mendamaikan perasaan. 
Farafeesa mula mengeliat sedikit. Kalau ikutkan hatinya, dia masih lagi ingin terus bermalasan di atas katil. Apatah lagi setelah melihat wajah Ezrakil yang sedang nyenyak itu. Dengkuran halus mula menampar peluput telinganya. Nyenyak sungguh lelaki itu tidur.
            Dengan perlahan-lahan, Farafeesa bangun dari pembaringan. Tangannya mula mencabut telekung yang masih menyelaputi tubuh badan. Memang selepas subuh tadi, dia bermalasan di atas katil sambil mendengar ceramah yang dipasang di VCD. Memang itulah rutin harian di hujung minggu. Dia dan Ezrakil akan bangun bertahajud bersama-sama kemudian mendengar ceramah pagi hingga kedua-duanya kembali terlena semula.
            Aneh bukan? Tapi inilah santapan rohani terbaik untuk mereka berdua. Perut yang lapar perlu diisi dengan makanan jadi hati yang kosong perlu dipenuhkan dengan ilmu yang terlalu banyak intipatinya.
            Perlahan sahaja pergerakannya. Tidak mahu mengejutkan suaminya yang lena itu. Jam di meja sisi sudah menunjukkan angka sembilan pagi. Farafeesa sudah berkira-kira untuk melangkah ke dapur. Hendak menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.
            Farafeesa mula mengenal pasti makanan mentah yang menghuni peti sejuknya itu. Akhirnya, Farafeesa memutuskan untuk memasak bee hun goreng sahaja. Hujung minggu sebegini sahajalah yang memberi peluang untuk dia memasak di waktu pagi. Jika hari bekerja, mereka berdua hanya bersarapan di kedai sahaja. Bukan dia tidak mahu memasak, tapi Ezrakil keras melarangnya.
            “Lepas ni sayang tak payah buat sarapan dah!” Arah Ezrakil serius. Namun suaminya itu tetap memasukkan nasi goreng itu dalam mulutnya.
            “Apa salahnya kalau Feesa buat sarapan. Bukan susah pun!” Bentak Farafeesa tidak berpuas hati. Memang diakui, sewaktu bergelar anak dara dahulu, dia terlalu malas hendak menjengahkan kaki ke dapur. Segalanya diserah bulat-bulat kepada ibu dan Faraneesha.
            ‘Tapi dah kahwin ni... tak kan nak buat perangai macam tu lagi. Agak-agaklah sikit kan...’ Lagipun, air tangan seorang wanita mampu mengikat perut seorang lelaki. Bila perut senang, hati dan jiwa pasti akan turut disimbah bahagia.
            “Ish... Abang tak suka menyusahkan isteri abang!” Jawab Ezrakil senada.
            “Kan Feesa sendiri cakap, bukan susah pun.....” Sengaja Farafeesa berjeda di hujung ayatnya. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Kadang-kadang, dia tidak mengerti dengan perangai Ezrakil yang terlalu tidak mahu menyusahkannya. Sedangkan semua itu adalah tugas sebagai seorang isteri.
            “Hah, buatlah muncung sejengkal tuh, abang cium karang!” Ugut Ezrakil sambil bercekak pinggang.
            “Alah, ciumlah kalau berani...” Cabar Farafeesa sengaja sambil terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Sememangnya, dia memang sengaja menganggu-gugat jiwa Ezrakil walaupun dia sedar yang menjadi mangsa nanti adalah dirinya sendiri.
            “Oh... dah berani menjawab ya...” Tangan Ezrakil terus mencubit bibir comel itu. Sehingga terjerit Farafeesa dibuatnya. Dan akhirnya meraka sama-sama menyumbangkan tawa. Kemudian, Ezrakil kembali menyuakan nasi goreng ke mulut isterinya. Hari ini giliran dia pula yang menyuap.
            Jatuh meleset tekaan Farafeesa. Mati-mati dia ingat yang suaminya akan tercabar dengan kata-katanya. Akhirnya Farafeesa tersenyum sahaja. Menyedari akan kenakalan dirinya tadi. Sekali dengar, memang macam orang tak tahu malu! Macam betul-betul inginkan ciuman dari Ezrakil.
            Usai habis makan, terus Farafeesa bangun dari duduknya namun tiba-tiba tangannya direntap kuat oleh Ezrakil sehingga mendorong tubuhnya terduduk di atas peha suaminya itu. Sungguh, tergamam Farafeesa dibuatnya. Tanpa sempat mengatur ayat untuk memarahi tindakan suaminya, terus sahaja bibirnya diusik oleh bibir Ezrakil. Dadanya nyata terasa ingin pecah dengan kelakuan drastik suaminya itu. Aliran darahnya seolah-olah terhenti. Namun sedikit pun dia tidak berfikir untuk menolak.
            “Hmm... lain kali, jangan cabar abang sangat...” Ujar Ezrakil setelah melepaskan pautan. Dahi dan hidungnya mula berlaga dengan wajah Farafeesa. Sehingga Farafeesa dapat merasa hembusan nafas Ezrakil yang tidak teratur.
            “Abang ni kan....” Ditumbuk kasar dada Ezrakil. Menunjukkan rasa geram yang tak sudah-sudah.
            Ezrakil hanya ketawa. Tangannya mula menggosok perlahan dadanya yang perit setelah ditumbuk. Nasib sungguh dapat isteri yang ganas ini. Namun, Ezrakil perasan raut wajah Farafeesa yang sedikit kemerahan itu.
            “Hmm... perisa nasi gorenglah. Nyum.. nyum... nyum...” Usik Ezrakil lagi.
            “Ish... bencilah abang nih!” Terus Farafeesa bangun dari peha Ezrakil. Kalau melayan suaminya ini, sampai malam esok pun tak habis-habis lagi dengan usikan nakal itu.
            “Eleh, mulut kata benci.. tapi dalam hati suka kan?” Dicuit lembut hidung Farafeesa. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya dia dikala ini. Betapa dia mensyukuri nikmat pemberian Allah kerana mengizinkan Farafeesa menjadi suri di hatinya. Tanpa belas ehsan daripada Dia, pasti semua ini tak akan berlaku.
            “Perasan...” Jawab Farafeesa sambil mencebik.
            “Hah, buat lagi mulut macam tu! Karang abang cium lagi kang....” Jari terlunjuk Ezrakil sudah terhala ke arah bibir Farafeesa yang terjuih. Wajah Ezrakil penuh dengan lukisan nakal.
            Farafeesa cepat-cepat menutup mulutnya. Suaminya itu bukan boleh kira sangat. Nakalnya, hanya tuhan yang tahu. Namun Farafeesa harus mengakuinya yang hatinya sering diselimutkan dengan getaran rasa bahagia. Menyapu pergi segala derita yang pernah bertandang.
            “Tak payah nak tutup sangatlah!”
Tangan Ezrakil mula menarik tangan kanan Farafeesa yang menutup bibirnya itu. Muka sahaja nampak ganas, tapi sikap malu isterinya masih menebal. Namun, itu yang membuatkan dia makin seronok untuk mengusik.Akhirnya Farafeesa terus menurunkan tangannya. Berlawan mulut mungkin dia boleh memang. Namun kalau berlawan bab sebegini, jiwanya ternyata kalah! Ezrakil memang berjaya menggocak hebat perasaannya. Membunuh segala penderitaanya.
“Ish, mana boleh sentuh selalu... Nanti basilah...” Jawab Farafeesa lagi. Namun dengan suara yang diserang rasa malu.
“Eh, ya ke basi? Cuba abang try rasa sekali lagi?” Gurau Ezrakil sambil mula mendekatkan wajahnya. Segera ditepis oleh Farafeesa.
“Abang ni memanglah....” Farafeesa sudah mula buat muka marah. Geram dengan sikap Ezrakil yang tidak pernah serius itu. Ezrakil hanya ketawa, ketawa dan ketawa. Geli hati melihat reaksi isterinya itu.
“Eleh, sedangkan air liur basi Feesa pun abang tak kisah, inikan pulak feveret abang nih... Mana pernah basi yang oit...”Sekali lagi dicubit bibir comel milik Farafeesa.
Haruman air nescafee itu menyedarkan Farafeesa daripada kenangan manis itu.  Bibirnya mula menguntumkan senyum. Sambil itu, dia berselawat sedikit agar minuman yang akan diminum oleh Ezrakil itu dapat menenangkan hati suaminya. Memang sudah menjadi salah satu kebiasaannya.
Tiba-tiba dia mengeluh kecil. Adakalanya, dia memang menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dari dahulu dia menerima Ezrakil, pasti telah lama dia mengecapi kebahagian seperti ini. Ini tidak, dia asyik berdolak dalik dengan Ezrakil. Sentiasa menolak keinginan hati dan perasaannya. Sehingga terpaksa mengalirkan penderitaan di dalam jiwa Ezrakil dan memaksa Ezrakil membuat keputusan yang berada di luar kotak pemikiran semua orang.
            Tapi percaturan Allah itu tidak boleh diduga. Dibentangkan jalan yang penuh berliku. Namun dihujungnya terhidang kebahagian yang tidak ternilai harganya. Allah ingin mengajar hati itu untuk terus bertahan dan bersabar. Mendidik jiwa agar mengingatiNya lebih dari segala sesuatu perkara di dunia ini.
            “Benarkanlah hati itu untuk bersedih. Kerana hati itu pernah bergembira. Benarkanlah hati itu untuk menangis, kerana hati itu pernah ketawa. Ujian untuk membina kekuatan dalaman. Memperkukuhkan erti kesabaran.” Kata-kata Dr Hidayah itu benar-benar membasuh segala sangsi yang sering singgah di pelusuk hati.
            Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari arah belakang. Bahunya mula menampung dagu seseorang. “Hmm... sedapnya bau....” Bisik satu suara halus di telinganya.         
  “Memanglah... bau air kegemaran abang kan...” Farafeesa sedikit pun tidak berganjak. Senang dengan keadaan seperti ini. Walaupun telah biasa dipeluk oleh Ezrakil, namun setiap usikan Ezrakil memang mampu memberi hentakan di dadanya.
            “Abang bukan cakap pasal bau air tuh... Abang bercakap tentang...haruman...isteri abang..” Terus Ezrakil membenamkan bibirnya di leher jinjang milik isterinya. Farafeesa mula menelan liur beberapa kali. Terasa ngilu hingga ke lubuk hati.
            Perlahan-lahan, Farafeesa mula meleraikan pautan suaminya itu. Badannya mula dipusing untuk mengadap Ezrakil. Mula memandang wajah Ezrakil yang baru bangun dari tidur itu. Namun wajah itu tetap kekal bersih. Seakan-akan air wudhuk ketika menunaikan solat subuh tadi masih belum hilang sinarnya.
            “Cuba tengok ni...” Farafeesa menunjukkan lengannya. Nada suaranya seperti seorang yang sedang mengadu manja.
            “Erk.. kenapa dengan lengan sayang? Kena minyak panas ke? Ke kena air panas?” Tanya Ezrakil cemas. Tangannya mula membelek lengan milik isterinya itu. Tapi tidak pula ditangkap kesan parut, lebam-lebam ataupun luka kecil. Lengan itu masih kelihatan sempurna dan cantik.
            Farafeesa cuba menyembunyikan tawa.
            “Cuba tengok betul-betul?” Arah Farafeesa lagi.
            Ezrakil kembali menilik lengan milik isterinya. Namun tidak pula ditemui apa-apa luka. Ezrakil kembali mengangkat wajah. Dahinya sudah mula berkerut. Tidak dapat menangkap makna di sebalik kata-kata isterinya.
            “Abang tak nampak ke bulu roma Feesa bertaburan bila abang romantik pagi-pagi nih.... Ambil masa setahun tau kalau nak susun balik!” Sakat Farafeesa sambil buat muka nakal.
            “Ish sayang nih... buat abang terkejut je!”  Ezrakil mula bercekak pinggang. Bengang kerana berjaya dipermainkan oleh Farafeesa. Isterinya ini memang banyak helah! Suka benar mengenakan dirinya.
            “Dah.. dah.. jom makan. Dah sejuk dah bee hun goreng tuh!” Ditarik lengan suaminya supaya mengekor langkah kakinya ke arah meja makan.
            “Terima kasih sayang... buat susah-susah je masak pagi-pagi untuk abang.” Ucap Ezrakil penuh ikhlas. Dia sentiasa menghargai usaha Farafeesa untuk memberikan yang terbaik dalam rumah tangga meraka.
            “Kan abang selalu cakap... kita tak akan pernah rasa susah jika ia melibatkan orang yang kita sayang....” Balas Farafeesa sambil mencedokkan bee hun goreng ke dalam pinggan.
            “Jadi sayang abang sangat-sangatlah nih....” Ditarik tangan isterinya lantas dikucup lembut. Sedari dahulu, dia senang memanjakan isterinya. Tidak mahu isterinya merasa kehilangan lagi.
            “Mestilah sayang....” Farafeesa sengaja meleretkan nada suara. Biar kedengaran manja di pendengaran Ezrakil. Jika Ezrakil sendiri tidak putus-putus mencambahkan kasih, kenapa dia pula yang harus menidakkan kasih yang sememangnya sudah sedia sebati dalam jiwa.
            “Tapi hujung minggu macam ni, abang nak Feesa rehat... Abang tak nak kalau sakit Feesa bertambah teruk! Kerja-kerja rumah ni, biar abang yang buat... Abang nak Feesa rehat sepenuhnya.”
            “Abang, buat kerja-kerja rumah tu adalah salah satu cara nak mengutip pahala.. tak kan abang nak kurangkan pahala Feesa pulak. Ok, to be fair... kita buat sama-sama ya.. Feesa okay lah.. Lagipun, abang tak nampak ke badan Feesa masih gagah ni!!”
            Terus Farafeesa membuat aksi seperti atlet bina badan. Sedangkan badannya itu langsung tidak berotot.
            Ezrakil mula mencebik. “Gagah apa ke benda... badan tu gagap adalah. Baru usik sikit je terus bulu roma berterabur...” Terus Ezrakil menghamburkan tawa. Geram sungguh Farafeesa mendengarnya. Penat melayan usikan Ezrakil yang berbaur nakal itu.
            Akhirnya, mereka saling bertukar senyum. Kemudian Farafeesa terus menyuakan suapan kepada suaminya. Sudah terbiasa mengikut peraturan yang pernah ditetapkan oleh Ezrakil itu. Malah, senang dapat melayan suaminya dengan cara sebegini.
            “Eh, kenapa sayang minum air teh? Kenapa tak minum air nescafee?” Tanya Ezrakil pelik apabila mendapati ada dua buah cawan yang ada di atas meja. Setahunya, air nescafee juga merupakan salah satu daripada minuman kegemaran Farafeesa.
            “Hmm.. tak nak lah.. Feesa nak sambung tidur kejap lagi. Kalau minum nescafee, alamatnya tak boleh nak tidur lah nanti...” Ya, memang itulah rancangannya. Dia benar-benar ingin menyambung tidur kembali. Lagipula, kepalanya terasa berdenyut-denyut sedikit. Tidak tahulah sama ada kurang tidur, terlebih tidur.
            “Nah.. minum air nih...” Ezrakil menghulurkan cawan nescafee miliknya.
            Farafeesa menyambut dengan kerutan di dahi.
            “Ish... Feesa nak tidurlah kejap lagi..” Tolak Farafeesa.
            “Mana boleh... Feesa kena tolong abang!”
            “Abang nak suruh Feesa tolong apa?”
            “Badan abang rasa gatal-gatal lah... Hmm, sayang tolong garukan kejap lagi ya... Boleh kan...” Pohon Ezrakil dengan suara yang berbisik.
            “Abang ni memanglah....” Farafeesa mula mengetap bibirnya. Faham benar dengan ayat double meaning suaminya itu.
            “Memang apa?”
            “Memang gatal!"

p/s:: sila predict macam mana depa boleh kahwin ya.. hehehe.. saya ambil ni secara random jeh.. khas untuk penyokong yang sentiasa tertanya-tanya.. (ada ke owg tertanya-tanya) hahaha... lebiu u allzzz tauu..



19 comments:

  1. wahhhh!!!!i luv u too ezza..heheh.. x sangka dorang kawin..camana dorang bleh kawin,neesa yang rancang ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... itu kena tunggu novel lah yunk.. rahsia kerajaan tuh.. hahaha..

      Delete
  2. pergh..dik..macam mana dia org boleh kawen ek..misteri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. misteri nusantara ni kak.. hehehe... doakan moga berjaya dinovelkan ya...hehe

      Delete
  3. Ezrakil wat diorg kena tgkp basah yekk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeiiiihhh... tekaan yang menghentak kalbu..haha

      Delete
  4. tak pernah follow novel ni,
    tp bc SE ni macam best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe2... x payah baca lagi.. tunggu novel jeh.. karang ada yang makan hati bc novel ni..ahaha

      Delete
  5. Kak Ezza rindunya saya dekat Farafeesa &Ezrakil ni....
    Sis macam mana diorang leh kahwin ni?
    Sis bagilah sedutan bab time diorang dah nak dekat kahwin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishh.. kalu post yang tu, nnti makin jiwa kacau.. releks2.. tunggu novel jelah ya... =)

      Delete
  6. bl novel nk kuar ni...? xsbr sgt dh ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu lagi sayang... hehhehe.. insyaAllah kalau keluar nnti, sy bg tau.. =)

      Delete
  7. Awak nih Ezza suka buat suspen aje, kita org kat luar nih x sabar-2 nk tggu bila cite ni nak dijadikan novel lengkap. Really dear, can't wait too long.. nanti terlupa pula jln cite nih... :-)

    ReplyDelete
  8. ngee... kalau lupa, sila baca semula..hehehe... time kasih sebab sudi menyokong... skrang ngah tunggu result... entah apa cerita.. sy pun x pasti...

    ReplyDelete
  9. bile novel ni nk keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. masih x tahu lagi.. tnggu result dari syarikat penerbitan...

      Delete
  10. lame gile mnnti n3 cite ni...akhirnyr ad jgk wat pgubt rindu..ahaks:D

    ReplyDelete
  11. wow...nie yg best nie..kwin jgk Ezrakil dgn Feesa..syg Ezza keta2 la mcm nie...nnt war2 kn yer bla nvel nk dkluarkn..awk mmg best mcm Rehan Makhtar jgk laa...

    ReplyDelete
  12. best sangat-sangat...rasenya novel cite nie dah keluar ke belum....saya harap ezza post lagi cite nie...~Zack

    ReplyDelete