Ada beberapa penyakit mental yang memerlukan rawatan
seperti penyakit Neurosis & Psikosis, penyakit mental organic seperti
nyanyuk, ganguan personality, psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism
atau hiperaktif dan dalam hal Afrina pula, dia tergolong dalam penyakit
Neurosis atau bahasa mudahnya dikenali sebagai ganguan jiwa manakala
Psikosis lebih dikenali sebagai penyakit
jiwa.
Beberapa rawatan psikologi telah dilakukan ke atas
Afrina termasuklah kaedah menjalani kaunseling, psikoterapi dan tingkah laku.
Manakala rawatan fizikal pula adalah dari segi ubat-ubatan, penggunaan arus
elektrik iaitu electro conculsice therapy yang diperlukan untuk sesetengah
pesakit namun terapi seperti ini tidaklah dijalankan ke atas Afrina
memandangkan Afrina tidak melalui proses kemurungan dan tidak bertindak terlalu
agresif.
Berdasarkan keputusan yang diperolehi, Afrina bebas
dari gangguan jiwa ataupun penyakit jiwa. Apa yang dialami oleh Afrina hanyalah
penyakit halusinasi yang boleh sembuh jika mendapat sokongan daripada ahli
keluarga.
Afrina menutup mulutnya
sedikit. Matanya berkaca-kaca. Dia terlalu bersyukur kerana keluhannya masih
mendapat perhatian daripada Allah. Allah masih mengurniakan nikmat kesihatan
buat dirinya untuk menghadapi perjalanan yang mendatang. Masih memberi peluang
untuk meneruskan perjuangan bersama dengan Hadziq.
“Terima kasih Mirz....”
Ucap Afrina sambil mengesat juring matanya.
“Saya hanya melakukan tugas
saya sebagai seorang doktor Afrin... Selain itu, saya melaksanakan tanggujawab
sebagai seorang sahabat.” Tutur Mirza lembut.
“Awak masih menggangap
saya sahabat setelah apa yang berlaku dulu?” Kening Afrina sedikit terjongket.
Menanti jawapan Mirza dan seperti biasa, ketenangan langsung tidak pernah
berkalih dari wajah pemuda itu.
“Apa yang berlaku antara
kita dahulu bukanlah satu kesilapan... tapi sebuah cerita yang tak mampu
berkesudahan dengan baik...”
‘Arggghh Mirza... dia
sentiasa berfikiran positif...’
“Kenapa ni? Muka awak
macam orang ada masalah? Kalau ada, share lah dengan saya... Saya akan jadi
pendengar yang baik...” Tanya Mirza. Dia perasan pada lukisan wajah Afrina yang
nampak kusut itu.
Dia doktor psikitari. Bukan susah dia hendak mengecam
riak wajah seseorang itu. Bukan hendak berlagak, namun dia sudah lali dengan
ragam manusia ini. Pelbagai kisah yang tercoret di sini. Lagipun, pengalaman
telah mendewasakan dirinya. Mematangkan fikirannya.
Afrina terpana seketika apabila mendengar ayat
pendengar Mirza itu. ‘Pendengar yang baik...’
“Ish.. apa pasang radio kuat-kuat ni?” Tegur
Afrina usai dia masuk ke dalam kereta. Agak lama juga Mirza menanti dirinya
yang masuk ke Pasaraya untuk membeli barang dapur. Bukan dia sengaja... Ramai
pulak yang beratur di kaunter pembayaran tadi.
“Belajar menjadi mendengar yang baik...” Jawab
Mirza selamba sambil memulakan pemanduan.
“Pendengar yang baik?”
“Ialah... kerja bahagian Mirz sekarang kena banyak
mendengar...Jadi kena latihkan diri menjadi pendengar yang baik. Supaya nanti
tak jemu dan tak bosan mengadap kerja yang sama berulang kali.”
Afrina tersenyum. Mirza memang pandai menyusun
kata!
“Tapi mesti ada beza antara dengar radio dengan
dengar masalah orang ‘gila’ kan?” Tanya Afrina selamba. Siap ditekan lagi
perkataan ‘gila’ itu.
“Ish... orang yang pergi jumpa psikitari, bukanlah
bermaksud dia gila.. Kalau kat luar negara, berjumpa dengan psikitari ni
dianggap keperluan. Masa tulah dia orang membetulkan emosi dalaman dan emosi
luaran. Mengenal pasti tahap pencapaian diri sendiri. Orang kita je yang masih
berfikiran kolot.. Asal jumpa psikitari je, terus orang fikir yang dia tu
gila.” Terang Mirza panjang lebar.
“Nanti Afrin nak jumpa pakar psikitari jugaklah!”
Tutur Afrina semangat. Matanya dijeling sedikit ke arah Mirza.
“Hah, pakar psikitari ada kat sebelah Afrin
jeh....” Dengan belagaknya, Mirza menaikan sedikit kolarnya. Ingat handsome
sangatlah tu!
“Helo, sekarang baru doktor pelatih ya....”
Sengaja Afrina mengutuk. Suka mengaul rasa emosi Mirza.
“Sekarang pelatih... lama-lama nanti jadilah
pakar... Mana ada baby yang lahir terus berlari. Depa merangkak dulu. Macam tu
jugak nak bina kerjaya sayang...”
“Susah kalau bercakap dengan pakar psikitari
nih...” Keluh Afrina sengaja. Tapi memang sukar untuk dipatahkan hujah Mirza.
Semuanya berdasarkan fakta yang bernas. Siap boleh bagi ceramah bebas lagi.
Lebih baik Afrina zip mulut. Makin panjang
perbalahan gurauan ini, makin panjang bebelan Mirza. Silap hari bulan, boleh
keluar bab sejarah pulak. Subjek yang paling dia anti ketika di sekolah dulu!
Mirza lainlah... dia otak membaca. Setiap waktu terluang, dia pasti membaca.
Tak kiralah buku jenis apa pun. Semua hal dunia pun dia tahu. Entah dari celah
mana lelaki itu geledah, Afrina sediri tak tahu. Dia kalau setakat gosip artis,
hendak juga dia sibukkan diri. Tapi nak masuk bab politik ke, isu semasa, hal
dunia... fuh.. memang awal-awal dia angkat tangan tanda menyerah!
“Kalau tak mahu bercakap, boleh mengeja...” Usik
Mirza sambil tergelak.
Afrina menjeling! Ada sahaja ayat Mirza yang
hendak membelah-belah dadanya..
“Tak baik menjeling, nanti juling!” Tambah Mirza
lagi.
“Kalau saya juling, awak stay nak kahwin dengan
saya kan?” Tanya Afrina sambil buat mata juling.
Mirza ketawa besar! Hatinya bagai digaru-garu
apabila melihat mata juling Afrina yang sengaja dibuat-buat.
“Ish.. Jangan buat mata macam tulah!”
“Kenapa? Tak cantik?”
“Tak ada apa yang mampu memburukkan awak di
pandangan mata saya Afrin...” Afrina tersengih. Hatinya cair mendengar pujian
Mirza.
“Habis tu kenapa tak bagi buat?” Afrina memang
suka menduga Mirza.
“Sebab saya takut perut saya pecah sebab banyak
ketawa... Ish... Kalau nak pecah pun, sekurang-kurangnya biarlah lepas kita
kahwin...kan kan kan...” Kening Mirza diangkat beberapa kali. Fuh, nampak
sangat gatal!
Afrina menyembunyikan senyum.
“Kenapa senyap?” Tegur Mirza sambil mengerling ke
arah Afrina. Tidak biasa menghadapi kesunyian ketika bersama dengan Afrina.
“Berfikir..”
“Tentang saya kan.?” Tebak Mirza.
“Yup!” Kenyataan berani mati.
“Good! You have to... jangan biar lepas dari otak..
Kena lekat dua puluh empat jam! Dan yang penting.. Jangan lepas dari hati walau
sesaat pun!” Tegas Mirza bersungguh-sungguh. Betapa dia sangat memaknakan
kata-katanya.
“Melampau lah tuh... Time solat tak kan nak ingat
jugak? Hilang lah khusyuk...” Bantah Afrina sambil tersengih-sengih. Tiba-tiba
ada idea nak serang hendap! Kalau tidak, kepala ni pandai mengangguk sahaja.
“Tak suruh ingat waktu solat... tapi suruh ingat
time doa... Doakan agar jodoh kita berpanjangan...” Sekali lagi Afrina
tersenyum. Tak akan pernah menang kalau bertikam lidah dengan Mirza. Lelaki ini
banyak sangat hujahnya! Mungkin doktor psikitari sudah diasuh sebegini rupa.
“Yalah...” Suaranya nampak sangat malas nak
melayan topik Mirza. Akhirnya Afrina terus senyap. Tangannya mencapai telefon
bimbit. ‘Main game pun bagus jugak!’
“Afrin...” Mendayu sahaja nada suara Mirza.
“Iya....” Jawab Afrina berjeda sedikit.
“Tadi awak fikir tentang saya kan? Awak fikir
pasal apa?” Sekali lagi Afrina tersengih.
“Lah, nak tahu jugak ke? Ingat kan tak berperasaan tadi?” Hentam Afina sengaja.
“Aish.. perasaan saya hanya akan mati kalu tak ada
dengan awak jeh!” Ayat Mirza memang boleh puji sangat! Kata-katanya ibarat api
yang bisa membakar arang yang keras! Terus jadi bara... boleh jadi abu!
“Ayat awak tak pernah gagal Mirz...”
“Cepatlah... kita dah nak sampai rumah ni!” Gesa
Mirza cepat-cepat. Dia sudah pun membuat pusingan U-turn. Pemanduannya sudah
mula sampai ke halaman rumah Afrina. Nanti tak sempat pula mendengar
hujah-hujah Afrina yang kadang kala kurang berfikir sebelum menuturkan kata.
Namun Mizra tetap suka! Suka dengan pemikiran toing-toing Afrina yang setting
selalu lari itu. Perkara yang membezakan mereka adalah perkara yang paling
membuatkan mereka kagum dengan pasangan masing-masing.
Afrina sejenis manusia yang gila-gila... Jarang
berfikir sebelum bertindak! Tidak sukakan topik yang serius seperti isu
semasa,hal ehwal dunia.. Tapi Mirza pula otak buku! Setiap percakapannya
berdasarkan fakta yang bernas. Suka menjadi pendengar yang setia... dan
kadang-kadang suka mencairkan hati Afrina dengan kata-kata nasihatnya!
“Saya terfikir..” Kata-kata Afrina terhenti
seketika. Matanya mula menjamah wajah Mirza yang sedang memandu itu.
“...Awak kan pakar psiktari... Ada kemungkinan tak
yang satu hari saya akan menjadi pesakit awak?” Afrina melahirkan segala benda
yang berada di benaknya melalui bentuk soalan.
“Maksud awak? Awak akan ada masalah mental.. jadi
gila? Macam tu ke?”
Afrina ketawa sedikit. ‘Tadi bukan main lagi
ceramah yang tak semua pesakit yang berjumpa dengan psikitari ada masalah
mental, tapi sekarang doktor psikitari sendiri yang fikir macam tuh! Alahai..
otak doktor ni pun perlu diperbetulkan jugak!’ Tapi untuk tidak memanjangkan
persoalan, dianggukkan jugak kepalanya.
“Saya memang akan pastikan awak gila!” Mimik muka
Mirza nyata serius.
“Hah?” Mata Afrina membuntang!
“Awak akan gila sebab tinggalkan saya...” Sejurus
selepas itu Mirza ketawa besar. Afrina terus menampar bahu Mirza menggunakan
beg tangannya. Sakit hati melayan Mirza! Orang serius, dia main-main pulak.
Kenangan lama itu mengusik ingatan kembali....
Afrina terus tersentak apabila mendengar suara
seseorang menyahut namanya. Liurnya ditelan sedikit. Bagaikan dikejutkan dari
mimpi, dia memandang wajah Mirza yang tidak lepas dari memandangnya.
“Afrin... awak okay?”
“Oh.. saya okay...”
Kata-kata gurauan itu tiba-tiba menghentak-hentak
peluput telinganya. Setiap percakapan itu adalah satu doa! Adakah Mirza
benar-benar mendoakan agar dia menjadi gila supaya mereka akan bertermu sekali
lagi? ‘Ya Allah.... adakah ini bayaran ke atas kekejamanku terhadap Mirza?’
“Kalau ada masalah, awak boleh share dengan saya
Afrin...”
Sekali lagi Mirza cuba menawarkan khidmatnya
sebagai seorang doktor. Berulang kali cuba meyakinkan Afrina. Dia lakukan semua
ini bukan untuk mencuri hati Afrina. Tapi hanya semata-mata kerana Afrina
adalah sahabatnya.. Malah Afrina pernah mendapat tempat di hatinya. Dan
sehingga kini, tempat itu masih belum berganti lagi.
“Tak ada apa-apa Mirz...”
Sudah terlalu banyak dia membebankan bahu Mirza.
Dari dulu sehingga kini. Tidak putus-putus lelaki itu membantunya. Jadi
wajarkah ditambah lagi bebanan Mirza? Lelaki itu bukan suaminya... Bukan
kekasihnya... Bukan sahabatnya... lantaran dia telah melakukan Mirza dengan
sebegitu kejam! Rasanya ungkapan maaf itu tidak mampu untuk membasuh segala
perlakuannya dahulu.
Perlukah diceritakan
tentang surat berdaftar dari mahkamah itu? Berkenaan isu ibu mertuanya yang
hendak mengambil hak penjagaan ke atas Hadziq? Rasanya tidak perlu... Mirza
tidak perlu tahu tentang masalahnya. Biarlah dia pikul semua ini sendiri. Bukti
kukuh ini perlu dibawa ke mahkamah. Membuktikan bahawa dia tidak sakit dan
boleh membesarkan Hadziq sendiri.
Dia sebenarnya tidak betah berebut hak dengan ibu
Haraz! Wanita itu juga berhak ke atas cucunya. Tidak bolehkah mereka berkongsi
kasih Hadziq lantaran mereka sama-sama telah kehilangan Haraz. Lagipun, dia
tidak sanggup menghiris perasaan ibu Haraz sedangkan arwah suaminya itu
sentiasa menjaga dan memerlihara kebajikan ibunya.
Sewajarnya, dia terus menghulurkan rasa kasih yang
pernah Haraz lakukan. Walaupun mungkin tidak sama dengan yang pergi, tapi
sekurang-kurangnya dia mencuba. Berbalah tidak akan menyelesaikan masalah.
Tapi, mampukah Hajah Khadijah menerima semua ini? Sejak menjadi menantu pun,
dia tidak pernah mendapat tempat di hati mertuanya itu.
Afrina meraup wajahnya berulang kali. Kesakitan
yang dia rasakan ini adalah memang miliknya. Dia telah melukakan hati Mirza.
Mengecewakan harapan ibunya. Malah meretakkan persahabatan dua buah keluarga
yang selama ini terjalin mesra. Memang dia bahagia di sisi Haraz. Namun dia
sering disisihkan oleh mertuanya. Dan kini, dia telah pun kehilangan Haraz.
Hampir kehilangan bayangnya sendiri dan dia juga akan kehilangan Hadziq.
Mungkin ini semua hukum karma di atas kesilapannya yang lepas?
Bila sekali kita melukakan seseorang.. Beribu
orang di luar sana yang akan melukakan kita...
Air mata Afrina merintik setitik. Mendatangkan
kehairanan dalam diri Mirza! ‘Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk membantu
Afrina?’
“Afrin... Simpanlah air mata itu untuk mencari
keredhaan Allah.” Nasihat Mirza lembut. Walau tidak dicerita, dia dapat merasai
kesedihan milik Afrina.
Hidup ini susah kita nak duga… kadangkala
kita rasa dekat dengan sseorang itu, tetapi sebenarnya terlalu jauh… .Walaupun
kita dapat bersama dia, belum tentu hati dia dapat kita salami.. Mungkin kita
boleh buat dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa makna senyumannya…. Bila dia menangis
kita rasa kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak
disedarinya..
“Saya tertanya-tanya... Redhakah
Allah dengan kehidupan saya setelah saya
membina kebahagian dengan melukakan perasaan orang di sekeliling saya?”
“Afrin...”Cepat sahaja suara Mirza
membantah. Dia mula membetulkan duduknya. Punggungnya terasa panas mendengar
bait kata-kata Afrina itu.
“Apa sahaja
yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan
terus daripada Allah.... Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas diri kita
dan semua hakikat yang berlaku itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku
dengan izin Allah, DIA hendak mendidik kita... Maka terimalah didikan itu
dengan baik.. Jangan persoalkan keredhaan dia pada kita. Sebab kita tak mampu
untuk menilainya.”
“Tujuan utamanya Allah mendidik kita
ialah untuk mengubah kita... Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup
adalah satu proses perubahan yang berterusan... Yang tidak berubah dalam hidup
adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita
tidak dapat mengawal hati dan perasaan manusia. Berhenti rasa bersalah
Afrin.... Apa yang berlaku antara kita dulu dah menjadi sejarah. Ini bukan
sejarah tamadun Islam atau sejarah yang kita belajar di form five dulu.. Jadi
tak perlu dibanggkitkan sejarah ini... Bukan masuk periksa pun!”
Dalam
berhujah, sempat lagi Mirza berjenaka. Sejuring senyuman mula melebar di wajah
Afrina.
‘Mungkin
ada sesuatu yang ada pada Haraz tapi tak ada pada saya yang mampu untuk
mengubah awak Afrin... Awak bukan lagi gadis yang saya kenal lima tahun yang
lepas. Awak sudah matang.... Kematangan yang tak mampu saya tanamkan ketika
kita bersama dahulu. Awak dewasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang isteri... Walaupun mungkin saya tak nampak, tapi saya boleh rasa semua
itu Afrin... Saya percaya bahawa ketentuan Allah itu lebih baik dari percaturan
manusia. Kerana itu dia menjauhkan saya dari awak... untuk membenarkan awak bahagia
di sisi Haraz.’ Bisik hati Mirza sambil membalas senyuman Afrina
“Mirz... terima kasih...” Ucap Afrina
ikhlas. Betapa lelaki itu berjaya membedung perasaannya yang berkecamuk.
Menghalau pergi segala curiga yang menerpa dada.
‘Dah lama saya terima kasih awak Mirza....’
Ungkapan itu tidak mampu keluar dari bibirnya.
“Saya balik dulu Mirz...” Afrina
mula bangun dari duduknya. Senyuman paling ikhlas mula dilemparkan kepada
Mirza. Tanpa dia sedar, senyuman itu telah berjaya menambat naluri seorang
lelaki yang terlalu merindui senyuman itu.
“Afrin....”
Terus patah langkah Afrina apabila
menyambut seruan Mirza itu. Sekilas dia berpaling.
“Erk... walaupun Afrin bukan lagi
pesakit Mirz... tapi kita masih boleh berkawan kan?” Duga Mirza cuak! Sedari
dahulu lagi, Afrina adalah orang yang mampu membuatkan jiwanya bergolak
dilambung badai.
“Dulu... Afrin pernah putuskan
hubungan kita.. Mencipta jarak dan menghalang pertemuan...dan Afrin tak sanggup
nak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang bodoh ialah, orang yang
melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama berulang kali kan?”
Di pandangan Mirza, Afrina kelihatan
ceria. Malah hilang terus mendung hitam di wajah Afrina. Mungkin sudah terbasuh
dengan nasihatnya tadi.
“Erk... macam kenal je ayat tu?”
Afrina ketawa sedikit. Dan kali ini,
bertambah terpana Mirza jadinya! Dia sentiasa kelihatan cantik... tak ada apa
yang mampu memburukkan wajahnya di hati milik Iyyad Mirza.
***
Baru sahaja Mirza memulakan langkah
menuju ke arah keretanya namun matanya mula jatuh pada raut wajah seorang
perempuan yang sedang bercakap di telefon. Wajah Wanita itu agak berkerut-kerut
sedikit. Dan apabila langkah kakinya mula berlalu di hadapan wanita itu,
cepat-cepat dia mematikan telefon. Mula mendapatkan dirinya.
“Errr Encik... Boleh tumpang tanya?”
Tanya gadis itu penuh mesra. Entahlah, dia sudah pening sekarang. Bukankah
bertanya mampu menerangkan sedikit kesesatan yang melanda.
“Oh.. ada apa-apa yang boleh saya
bantu...?”
“Saya nak cari seseorang.. Tapi saya
tak tahu macam mana nak cari dia... Hmm.. mungkin Encik boleh tolong saya.”
Wajah wanita itu kusut dijenggah kebuntuan.
“Tak payahlah berencik-encik dengan
saya... Panggil saya Mirza.. Awak nak cari siapa?”
“Erkk...” Muka gadis itu jelas
gamam..
“Kenapa?”
“Saya nak cari Iyyad...Mirza....”
Putus wanita itu lambat-lambat.
Kali ini giliran Mirza pula yang
tercengang. “Ya.. Saya Iyyad Mirza... Ada apa awak nak cari saya?”
“Err... Mak cik Mai suruh saya
jemput awak.. Dia kata awak tak bawa kereta hari ni....” Terang gadis itu
sedikit.
Terus Mirza menepuk dahinya perlahan.
Dia langsung terlupa yang keretanya dihantar ke bengkel untuk diservices.
‘Macam manalah boleh lupa hal sepenting nih!’
“Oh..ya ke? Buat susah je? Awak ni
siapa? Nama apa?” Malu pula rasanya apabila dijemput oleh seorang wanita.
Macamlah dia lelaki yang tak pandai berdikari. Sedangkan transport awam
bersepah-sepah di Kuantan ni. ‘Ibu ni pun... agak-agaklah sikit. Buat jatuh
saham jeh..’
“Saya ni anak Mak cik Kalsum.. tadi
ada datang rumah awak hantar baju yang mak awak tempah dekat mak saya... Itu
yang mak awak suruh saya tolong ambil... Sebab kebetulan memang nak beli barang
dekat Kuantan Parade tadi.. Tu yang singgah hospital nih..”
Iyyad hanya tersenyum malu. Naik
segan rasanya.
“Oh... lupa pulak.. Nama saya
Azlin... Nabila Azlin...” Azlin menghulurkan salam perkenalan. Kepalanya
ditundukkan sedikit. Menyerlahkan kesopanan dan sikap santunya. Entah kenapa,
hatinya diserang debar apabila menatap wajah kacak Mirza.
“Errk.. boleh saya drive? Rasa pelik
pulak kalau perempuan jadi driver..” Mirza mula mengarukan kepalanya yang tak
gatal. Dalam hatinya sudah bersarang dengan bermacam-macam persoalan. Apa motif
ibunya ini? Ah sudah... tak kan lah ini calon jodoh untuknya?
“Oh.. sure..” Kunci kereta Vios itu
sudah mula bertukar tangan. Tanpa dipaksa, Mirza terus membukakan pintu untuk
Azlin. Terkejut Azlin dibuatnya. Dia mula rasa tertarik dengan sikap mesra
Mirza. Dan apabila Mirza tersenyum, hatinya mula cair dan darahnya mengalir
dengan derasnya.
p/s:: ampun maaf dipinta.. mensuci hening dosa...selamat semua.. selamat membaca.. haha.. hope terhibur.. n maaf kalau tak memenuhi piawaian kalian... lebiuu korang much more..
sara apa kata mirza dijodohkan dgn Nabila Azlin????juz my opinoin.....hehhehhe
ReplyDeleteuish.. dasyat nyer permintaan..haha...
Deletesetuju sgt!!! hehe :)
Deletehahaha.. Kemunculan azlin tu merosak kn suasana.. cayya la sara best n tak saba akak nak tunggu next n3.. <3
ReplyDeletebetul tu....
DeleteTak sangka akan ada orang ke-3
saya pun tak berapa nak sangka.haha.. tindakan spontan tuh..
Deletesape pula azlin tu? walaupun geram dengan afrina tapi stay nak afrina dengan mirza.. apa2 pun cita ni makin best..
ReplyDeleteazlin tu watak tmbahan yag akan membolak-balikkan lagi cerita.. hehe
Deletejgn la plk bg mirz dgn azlin huhuu ....papun ttp besttt...
ReplyDeletekalau nak tahu, kena tunggu ya yunk.. =)
DeleteSian afrina....dah ada pesaing nmpknya. Hmmmm harap mirza ttp ngn afrina leh x hihihi
ReplyDeleteada pesaing baru mencabar kak..hehe
Delete