Wednesday 23 May 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [12]


Ada beberapa penyakit mental yang memerlukan rawatan seperti penyakit Neurosis & Psikosis, penyakit mental organic seperti nyanyuk, ganguan personality, psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism atau hiperaktif dan dalam hal Afrina pula, dia tergolong dalam penyakit Neurosis atau bahasa mudahnya dikenali sebagai ganguan jiwa manakala Psikosis  lebih dikenali sebagai penyakit jiwa.
Beberapa rawatan psikologi telah dilakukan ke atas Afrina termasuklah kaedah menjalani kaunseling, psikoterapi dan tingkah laku. Manakala rawatan fizikal pula adalah dari segi ubat-ubatan, penggunaan arus elektrik iaitu electro conculsice therapy yang diperlukan untuk sesetengah pesakit namun terapi seperti ini tidaklah dijalankan ke atas Afrina memandangkan Afrina tidak melalui proses kemurungan dan tidak bertindak terlalu agresif.
Berdasarkan keputusan yang diperolehi, Afrina bebas dari gangguan jiwa ataupun penyakit jiwa. Apa yang dialami oleh Afrina hanyalah penyakit halusinasi yang boleh sembuh jika mendapat sokongan daripada ahli keluarga.
            Afrina menutup mulutnya sedikit. Matanya berkaca-kaca. Dia terlalu bersyukur kerana keluhannya masih mendapat perhatian daripada Allah. Allah masih mengurniakan nikmat kesihatan buat dirinya untuk menghadapi perjalanan yang mendatang. Masih memberi peluang untuk meneruskan perjuangan bersama dengan Hadziq.
            “Terima kasih Mirz....” Ucap Afrina sambil mengesat juring matanya.
            “Saya hanya melakukan tugas saya sebagai seorang doktor Afrin... Selain itu, saya melaksanakan tanggujawab sebagai seorang sahabat.” Tutur Mirza lembut.
            “Awak masih menggangap saya sahabat setelah apa yang berlaku dulu?” Kening Afrina sedikit terjongket. Menanti jawapan Mirza dan seperti biasa, ketenangan langsung tidak pernah berkalih dari wajah pemuda itu.
            “Apa yang berlaku antara kita dahulu bukanlah satu kesilapan... tapi sebuah cerita yang tak mampu berkesudahan dengan baik...”
            ‘Arggghh Mirza... dia sentiasa berfikiran positif...’
            “Kenapa ni? Muka awak macam orang ada masalah? Kalau ada, share lah dengan saya... Saya akan jadi pendengar yang baik...” Tanya Mirza. Dia perasan pada lukisan wajah Afrina yang nampak kusut itu.
Dia doktor psikitari. Bukan susah dia hendak mengecam riak wajah seseorang itu. Bukan hendak berlagak, namun dia sudah lali dengan ragam manusia ini. Pelbagai kisah yang tercoret di sini. Lagipun, pengalaman telah mendewasakan dirinya. Mematangkan fikirannya.
Afrina terpana seketika apabila mendengar ayat pendengar Mirza itu. ‘Pendengar yang baik...’
“Ish.. apa pasang radio kuat-kuat ni?” Tegur Afrina usai dia masuk ke dalam kereta. Agak lama juga Mirza menanti dirinya yang masuk ke Pasaraya untuk membeli barang dapur. Bukan dia sengaja... Ramai pulak yang beratur di kaunter pembayaran tadi.
“Belajar menjadi mendengar yang baik...” Jawab Mirza selamba sambil memulakan pemanduan.
“Pendengar yang baik?”
“Ialah... kerja bahagian Mirz sekarang kena banyak mendengar...Jadi kena latihkan diri menjadi pendengar yang baik. Supaya nanti tak jemu dan tak bosan mengadap kerja yang sama berulang kali.”
Afrina tersenyum. Mirza memang pandai menyusun kata!
“Tapi mesti ada beza antara dengar radio dengan dengar masalah orang ‘gila’ kan?” Tanya Afrina selamba. Siap ditekan lagi perkataan ‘gila’ itu.
“Ish... orang yang pergi jumpa psikitari, bukanlah bermaksud dia gila.. Kalau kat luar negara, berjumpa dengan psikitari ni dianggap keperluan. Masa tulah dia orang membetulkan emosi dalaman dan emosi luaran. Mengenal pasti tahap pencapaian diri sendiri. Orang kita je yang masih berfikiran kolot.. Asal jumpa psikitari je, terus orang fikir yang dia tu gila.” Terang Mirza panjang lebar.
“Nanti Afrin nak jumpa pakar psikitari jugaklah!” Tutur Afrina semangat. Matanya dijeling sedikit ke arah Mirza.
“Hah, pakar psikitari ada kat sebelah Afrin jeh....” Dengan belagaknya, Mirza menaikan sedikit kolarnya. Ingat handsome sangatlah tu!
“Helo, sekarang baru doktor pelatih ya....” Sengaja Afrina mengutuk. Suka mengaul rasa emosi Mirza.
“Sekarang pelatih... lama-lama nanti jadilah pakar... Mana ada baby yang lahir terus berlari. Depa merangkak dulu. Macam tu jugak nak bina kerjaya sayang...”
“Susah kalau bercakap dengan pakar psikitari nih...” Keluh Afrina sengaja. Tapi memang sukar untuk dipatahkan hujah Mirza. Semuanya berdasarkan fakta yang bernas. Siap boleh bagi ceramah bebas lagi.
Lebih baik Afrina zip mulut. Makin panjang perbalahan gurauan ini, makin panjang bebelan Mirza. Silap hari bulan, boleh keluar bab sejarah pulak. Subjek yang paling dia anti ketika di sekolah dulu! Mirza lainlah... dia otak membaca. Setiap waktu terluang, dia pasti membaca. Tak kiralah buku jenis apa pun. Semua hal dunia pun dia tahu. Entah dari celah mana lelaki itu geledah, Afrina sediri tak tahu. Dia kalau setakat gosip artis, hendak juga dia sibukkan diri. Tapi nak masuk bab politik ke, isu semasa, hal dunia... fuh.. memang awal-awal dia angkat tangan tanda menyerah!
“Kalau tak mahu bercakap, boleh mengeja...” Usik Mirza sambil tergelak.
Afrina menjeling! Ada sahaja ayat Mirza yang hendak membelah-belah dadanya..
“Tak baik menjeling, nanti juling!” Tambah Mirza lagi.
“Kalau saya juling, awak stay nak kahwin dengan saya kan?” Tanya Afrina sambil buat mata juling.
Mirza ketawa besar! Hatinya bagai digaru-garu apabila melihat mata juling Afrina yang sengaja dibuat-buat.
“Ish.. Jangan buat mata macam tulah!”
“Kenapa? Tak cantik?”
“Tak ada apa yang mampu memburukkan awak di pandangan mata saya Afrin...” Afrina tersengih. Hatinya cair mendengar pujian Mirza.
“Habis tu kenapa tak bagi buat?” Afrina memang suka menduga Mirza.
“Sebab saya takut perut saya pecah sebab banyak ketawa... Ish... Kalau nak pecah pun, sekurang-kurangnya biarlah lepas kita kahwin...kan kan kan...” Kening Mirza diangkat beberapa kali. Fuh, nampak sangat gatal!
Afrina menyembunyikan senyum.
“Kenapa senyap?” Tegur Mirza sambil mengerling ke arah Afrina. Tidak biasa menghadapi kesunyian ketika bersama dengan Afrina.
“Berfikir..”
“Tentang saya kan.?” Tebak Mirza.
“Yup!” Kenyataan berani mati.
“Good! You have to... jangan biar lepas dari otak.. Kena lekat dua puluh empat jam! Dan yang penting.. Jangan lepas dari hati walau sesaat pun!” Tegas Mirza bersungguh-sungguh. Betapa dia sangat memaknakan kata-katanya.
“Melampau lah tuh... Time solat tak kan nak ingat jugak? Hilang lah khusyuk...” Bantah Afrina sambil tersengih-sengih. Tiba-tiba ada idea nak serang hendap! Kalau tidak, kepala ni pandai mengangguk sahaja.
“Tak suruh ingat waktu solat... tapi suruh ingat time doa... Doakan agar jodoh kita berpanjangan...” Sekali lagi Afrina tersenyum. Tak akan pernah menang kalau bertikam lidah dengan Mirza. Lelaki ini banyak sangat hujahnya! Mungkin doktor psikitari sudah diasuh sebegini rupa.
“Yalah...” Suaranya nampak sangat malas nak melayan topik Mirza. Akhirnya Afrina terus senyap. Tangannya mencapai telefon bimbit. ‘Main game pun bagus jugak!’
“Afrin...” Mendayu sahaja nada suara Mirza.
“Iya....” Jawab Afrina berjeda sedikit.
“Tadi awak fikir tentang saya kan? Awak fikir pasal apa?” Sekali lagi Afrina tersengih.
“Lah, nak tahu jugak ke? Ingat kan tak  berperasaan tadi?” Hentam Afina sengaja.
“Aish.. perasaan saya hanya akan mati kalu tak ada dengan awak jeh!” Ayat Mirza memang boleh puji sangat! Kata-katanya ibarat api yang bisa membakar arang yang keras! Terus jadi bara... boleh jadi abu!
“Ayat awak tak pernah gagal Mirz...”
“Cepatlah... kita dah nak sampai rumah ni!” Gesa Mirza cepat-cepat. Dia sudah pun membuat pusingan U-turn. Pemanduannya sudah mula sampai ke halaman rumah Afrina. Nanti tak sempat pula mendengar hujah-hujah Afrina yang kadang kala kurang berfikir sebelum menuturkan kata. Namun Mizra tetap suka! Suka dengan pemikiran toing-toing Afrina yang setting selalu lari itu. Perkara yang membezakan mereka adalah perkara yang paling membuatkan mereka kagum dengan pasangan masing-masing.
Afrina sejenis manusia yang gila-gila... Jarang berfikir sebelum bertindak! Tidak sukakan topik yang serius seperti isu semasa,hal ehwal dunia.. Tapi Mirza pula otak buku! Setiap percakapannya berdasarkan fakta yang bernas. Suka menjadi pendengar yang setia... dan kadang-kadang suka mencairkan hati Afrina dengan kata-kata nasihatnya!
“Saya terfikir..” Kata-kata Afrina terhenti seketika. Matanya mula menjamah wajah Mirza yang sedang memandu itu.
“...Awak kan pakar psiktari... Ada kemungkinan tak yang satu hari saya akan menjadi pesakit awak?” Afrina melahirkan segala benda yang berada di benaknya melalui bentuk soalan.
“Maksud awak? Awak akan ada masalah mental.. jadi gila? Macam tu ke?”
Afrina ketawa sedikit. ‘Tadi bukan main lagi ceramah yang tak semua pesakit yang berjumpa dengan psikitari ada masalah mental, tapi sekarang doktor psikitari sendiri yang fikir macam tuh! Alahai.. otak doktor ni pun perlu diperbetulkan jugak!’ Tapi untuk tidak memanjangkan persoalan, dianggukkan jugak kepalanya.
“Saya memang akan pastikan awak gila!” Mimik muka Mirza nyata serius.
“Hah?” Mata Afrina membuntang!
“Awak akan gila sebab tinggalkan saya...” Sejurus selepas itu Mirza ketawa besar. Afrina terus menampar bahu Mirza menggunakan beg tangannya. Sakit hati melayan Mirza! Orang serius, dia main-main pulak.
Kenangan lama itu mengusik ingatan kembali....
Afrina terus tersentak apabila mendengar suara seseorang menyahut namanya. Liurnya ditelan sedikit. Bagaikan dikejutkan dari mimpi, dia memandang wajah Mirza yang tidak lepas dari memandangnya.
“Afrin... awak okay?”
“Oh.. saya okay...”
Kata-kata gurauan itu tiba-tiba menghentak-hentak peluput telinganya. Setiap percakapan itu adalah satu doa! Adakah Mirza benar-benar mendoakan agar dia menjadi gila supaya mereka akan bertermu sekali lagi? ‘Ya Allah.... adakah ini bayaran ke atas kekejamanku terhadap Mirza?’
“Kalau ada masalah, awak boleh share dengan saya Afrin...”
Sekali lagi Mirza cuba menawarkan khidmatnya sebagai seorang doktor. Berulang kali cuba meyakinkan Afrina. Dia lakukan semua ini bukan untuk mencuri hati Afrina. Tapi hanya semata-mata kerana Afrina adalah sahabatnya.. Malah Afrina pernah mendapat tempat di hatinya. Dan sehingga kini, tempat itu masih belum berganti lagi.
            “Tak ada apa-apa Mirz...”
Sudah terlalu banyak dia membebankan bahu Mirza. Dari dulu sehingga kini. Tidak putus-putus lelaki itu membantunya. Jadi wajarkah ditambah lagi bebanan Mirza? Lelaki itu bukan suaminya... Bukan kekasihnya... Bukan sahabatnya... lantaran dia telah melakukan Mirza dengan sebegitu kejam! Rasanya ungkapan maaf itu tidak mampu untuk membasuh segala perlakuannya dahulu.
            Perlukah diceritakan tentang surat berdaftar dari mahkamah itu? Berkenaan isu ibu mertuanya yang hendak mengambil hak penjagaan ke atas Hadziq? Rasanya tidak perlu... Mirza tidak perlu tahu tentang masalahnya. Biarlah dia pikul semua ini sendiri. Bukti kukuh ini perlu dibawa ke mahkamah. Membuktikan bahawa dia tidak sakit dan boleh membesarkan Hadziq sendiri.
Dia sebenarnya tidak betah berebut hak dengan ibu Haraz! Wanita itu juga berhak ke atas cucunya. Tidak bolehkah mereka berkongsi kasih Hadziq lantaran mereka sama-sama telah kehilangan Haraz. Lagipun, dia tidak sanggup menghiris perasaan ibu Haraz sedangkan arwah suaminya itu sentiasa menjaga dan memerlihara kebajikan ibunya.
Sewajarnya, dia terus menghulurkan rasa kasih yang pernah Haraz lakukan. Walaupun mungkin tidak sama dengan yang pergi, tapi sekurang-kurangnya dia mencuba. Berbalah tidak akan menyelesaikan masalah. Tapi, mampukah Hajah Khadijah menerima semua ini? Sejak menjadi menantu pun, dia tidak pernah mendapat tempat di hati mertuanya itu.
Afrina meraup wajahnya berulang kali. Kesakitan yang dia rasakan ini adalah memang miliknya. Dia telah melukakan hati Mirza. Mengecewakan harapan ibunya. Malah meretakkan persahabatan dua buah keluarga yang selama ini terjalin mesra. Memang dia bahagia di sisi Haraz. Namun dia sering disisihkan oleh mertuanya. Dan kini, dia telah pun kehilangan Haraz. Hampir kehilangan bayangnya sendiri dan dia juga akan kehilangan Hadziq. Mungkin ini semua hukum karma di atas kesilapannya yang lepas?
Bila sekali kita melukakan seseorang.. Beribu orang di luar sana yang akan melukakan kita...
Air mata Afrina merintik setitik. Mendatangkan kehairanan dalam diri Mirza! ‘Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk membantu Afrina?’
“Afrin... Simpanlah air mata itu untuk mencari keredhaan Allah.” Nasihat Mirza lembut. Walau tidak dicerita, dia dapat merasai kesedihan milik Afrina.
            Hidup ini susah kita nak duga… kadangkala kita rasa dekat dengan sseorang itu, tetapi sebenarnya terlalu jauh… .Walaupun kita dapat bersama dia, belum tentu hati dia dapat kita salami.. Mungkin kita boleh buat dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa makna senyumannya…. Bila dia menangis kita rasa kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak disedarinya..
            “Saya tertanya-tanya... Redhakah Allah dengan kehidupan saya setelah saya  membina kebahagian dengan melukakan perasaan orang di sekeliling saya?”
            “Afrin...”Cepat sahaja suara Mirza membantah. Dia mula membetulkan duduknya. Punggungnya terasa panas mendengar bait kata-kata Afrina itu.
            “Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah.... Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas diri kita dan semua hakikat yang berlaku itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Allah, DIA hendak mendidik kita... Maka terimalah didikan itu dengan baik.. Jangan persoalkan keredhaan dia pada kita. Sebab kita tak mampu untuk menilainya.”
            “Tujuan utamanya Allah mendidik kita ialah untuk mengubah kita... Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan... Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati dan perasaan manusia. Berhenti rasa bersalah Afrin.... Apa yang berlaku antara kita dulu dah menjadi sejarah. Ini bukan sejarah tamadun Islam atau sejarah yang kita belajar di form five dulu.. Jadi tak perlu dibanggkitkan sejarah ini... Bukan masuk periksa pun!”
            Dalam berhujah, sempat lagi Mirza berjenaka. Sejuring senyuman mula melebar di wajah Afrina.
            ‘Mungkin ada sesuatu yang ada pada Haraz tapi tak ada pada saya yang mampu untuk mengubah awak Afrin... Awak bukan lagi gadis yang saya kenal lima tahun yang lepas. Awak sudah matang.... Kematangan yang tak mampu saya tanamkan ketika kita bersama dahulu. Awak dewasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri... Walaupun mungkin saya tak nampak, tapi saya boleh rasa semua itu Afrin... Saya percaya bahawa ketentuan Allah itu lebih baik dari percaturan manusia. Kerana itu dia menjauhkan saya dari awak... untuk membenarkan awak bahagia di sisi Haraz.’ Bisik hati Mirza sambil membalas senyuman Afrina
“Mirz... terima kasih...” Ucap Afrina ikhlas. Betapa lelaki itu berjaya membedung perasaannya yang berkecamuk. Menghalau pergi segala curiga yang menerpa dada.
             ‘Dah lama saya terima kasih awak Mirza....’ Ungkapan itu tidak mampu keluar dari bibirnya.
            “Saya balik dulu Mirz...” Afrina mula bangun dari duduknya. Senyuman paling ikhlas mula dilemparkan kepada Mirza. Tanpa dia sedar, senyuman itu telah berjaya menambat naluri seorang lelaki yang terlalu merindui senyuman itu.
            “Afrin....”
            Terus patah langkah Afrina apabila menyambut seruan Mirza itu. Sekilas dia berpaling.
            “Erk... walaupun Afrin bukan lagi pesakit Mirz... tapi kita masih boleh berkawan kan?” Duga Mirza cuak! Sedari dahulu lagi, Afrina adalah orang yang mampu membuatkan jiwanya bergolak dilambung badai.
            “Dulu... Afrin pernah putuskan hubungan kita.. Mencipta jarak dan menghalang pertemuan...dan Afrin tak sanggup nak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang bodoh ialah, orang yang melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama berulang kali kan?”
            Di pandangan Mirza, Afrina kelihatan ceria. Malah hilang terus mendung hitam di wajah Afrina. Mungkin sudah terbasuh dengan nasihatnya tadi.
            “Erk... macam kenal je ayat tu?”
            Afrina ketawa sedikit. Dan kali ini, bertambah terpana Mirza jadinya! Dia sentiasa kelihatan cantik... tak ada apa yang mampu memburukkan wajahnya di hati milik Iyyad Mirza.
***
            Baru sahaja Mirza memulakan langkah menuju ke arah keretanya namun matanya mula jatuh pada raut wajah seorang perempuan yang sedang bercakap di telefon. Wajah Wanita itu agak berkerut-kerut sedikit. Dan apabila langkah kakinya mula berlalu di hadapan wanita itu, cepat-cepat dia mematikan telefon. Mula mendapatkan dirinya.
            “Errr Encik... Boleh tumpang tanya?” Tanya gadis itu penuh mesra. Entahlah, dia sudah pening sekarang. Bukankah bertanya mampu menerangkan sedikit kesesatan yang melanda.
            “Oh.. ada apa-apa yang boleh saya bantu...?”
            “Saya nak cari seseorang.. Tapi saya tak tahu macam mana nak cari dia... Hmm.. mungkin Encik boleh tolong saya.” Wajah wanita itu kusut dijenggah kebuntuan.
            “Tak payahlah berencik-encik dengan saya... Panggil saya Mirza.. Awak nak cari siapa?”
            “Erkk...” Muka gadis itu jelas gamam..
            “Kenapa?”
            “Saya nak cari Iyyad...Mirza....” Putus wanita itu lambat-lambat.
            Kali ini giliran Mirza pula yang tercengang. “Ya.. Saya Iyyad Mirza... Ada apa awak nak cari saya?”
            “Err... Mak cik Mai suruh saya jemput awak.. Dia kata awak tak bawa kereta hari ni....” Terang gadis itu sedikit.
            Terus Mirza menepuk dahinya perlahan. Dia langsung terlupa yang keretanya dihantar ke bengkel untuk diservices. ‘Macam manalah boleh lupa hal sepenting nih!’
            “Oh..ya ke? Buat susah je? Awak ni siapa? Nama apa?” Malu pula rasanya apabila dijemput oleh seorang wanita. Macamlah dia lelaki yang tak pandai berdikari. Sedangkan transport awam bersepah-sepah di Kuantan ni. ‘Ibu ni pun... agak-agaklah sikit. Buat jatuh saham jeh..’
            “Saya ni anak Mak cik Kalsum.. tadi ada datang rumah awak hantar baju yang mak awak tempah dekat mak saya... Itu yang mak awak suruh saya tolong ambil... Sebab kebetulan memang nak beli barang dekat Kuantan Parade tadi.. Tu yang singgah hospital nih..”
            Iyyad hanya tersenyum malu. Naik segan rasanya.
            “Oh... lupa pulak.. Nama saya Azlin... Nabila Azlin...” Azlin menghulurkan salam perkenalan. Kepalanya ditundukkan sedikit. Menyerlahkan kesopanan dan sikap santunya. Entah kenapa, hatinya diserang debar apabila menatap wajah kacak Mirza.
            “Errk.. boleh saya drive? Rasa pelik pulak kalau perempuan jadi driver..” Mirza mula mengarukan kepalanya yang tak gatal. Dalam hatinya sudah bersarang dengan bermacam-macam persoalan. Apa motif ibunya ini? Ah sudah... tak kan lah ini calon jodoh untuknya?
            “Oh.. sure..” Kunci kereta Vios itu sudah mula bertukar tangan. Tanpa dipaksa, Mirza terus membukakan pintu untuk Azlin. Terkejut Azlin dibuatnya. Dia mula rasa tertarik dengan sikap mesra Mirza. Dan apabila Mirza tersenyum, hatinya mula cair dan darahnya mengalir dengan derasnya.

p/s:: ampun maaf dipinta.. mensuci hening dosa...selamat semua.. selamat membaca.. haha.. hope terhibur.. n maaf kalau tak memenuhi piawaian kalian... lebiuu korang much more..

12 comments:

  1. sara apa kata mirza dijodohkan dgn Nabila Azlin????juz my opinoin.....hehhehhe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. Kemunculan azlin tu merosak kn suasana.. cayya la sara best n tak saba akak nak tunggu next n3.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....
      Tak sangka akan ada orang ke-3

      Delete
    2. saya pun tak berapa nak sangka.haha.. tindakan spontan tuh..

      Delete
  3. sape pula azlin tu? walaupun geram dengan afrina tapi stay nak afrina dengan mirza.. apa2 pun cita ni makin best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. azlin tu watak tmbahan yag akan membolak-balikkan lagi cerita.. hehe

      Delete
  4. jgn la plk bg mirz dgn azlin huhuu ....papun ttp besttt...

    ReplyDelete
  5. Sian afrina....dah ada pesaing nmpknya. Hmmmm harap mirza ttp ngn afrina leh x hihihi

    ReplyDelete