Thursday 5 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [3]


        “Sudahlah Afrin... Sudahlah... sampai bila kamu nak macam ni...” Amalina terduduk di birai katil di bilik Afrina itu. Airmatanya merebes perlahan. Bagaimana dia hendak meluruskan langkah adiknya yang pincang. Cara bagaimana lagi yang perlu dia lakukan?
            “Saya buat apa kak?” Tanya Afrina polos.
            “Kamus sedang menyiksa diri kamu Afrin.. kamu sedang menyeksa dia jugak....” Amalina sudah mula teresak. Tidak menyangka yang kisah hidup adiknya akan menjadi sebegini perit dan pahit.
            “Seksa dia? Siapa dia tu?” Tanya Afrina memohon pengertian.
Anaknya yang menangis tadi sudah mula terkulai di bahunya sendiri. Dengan perlahan-lahan, dia mula menapak ke arah kakak sulungnya itu. Satu-satunya kakak yang dia masih ada setelah pemergian emaknya dua tahun lepas.
            Amalina mula meletakkan tangannya di bahu milik adiknya itu. Digosok perlahan. Penuh dengan rasa kasih dan sayang. Walaupun mungkin kini dia sudah punya keluarga sendiri, namun perhatiannya masih tidak putus untuk adiknya yang seorang ini. Apatah lagi di waktu duka seperti ini.
            “Kamu sedang menyeksa Haraz.... Afrin buat dia rasa tak tenang di sana....” Bibirnya bergetar tika menuturkan kata. Untuk kesekian kalinya, air matanya menitis lagi.
            “Apa yang kak long merepek nih? Afrin baru je jumpa Haraz tadi. Afrin baru je bercakap dengan abang tadi.... Kak long sengaja je nak pisahkan kami kan?” Marah Afrin kuat.
Hati Afrina mula dijenguk rasa tidak enak. Entah kenapa, kakaknya telah mengulang ayat itu berulang kali. Kenapa kakaknya tidak boleh menerima Haraz?
            “Afrin, sedarlah... sedarlah dari mimpi dik... Haraz dah tak ada... Haraz.... dah tak ada...” Tekan Amalina berulang kali.
            “Akak tipu.. Akak tipu...!” Jerit Afrina kuat hingga mendorong badannya ke belakang sedikit.
            Dikejapkan pelukan ke tubuh badan anaknya. Tangisannya sudah mula teresak-esak. Amalina sudah mula melangkah mendekat. Dia risaukan Hadziq yang sedang berada di dalam dukungan Afrina itu. Bimbang jika Afrina tidak dapat mengawal emosinya lantas melepaskan pegangannya terhadap Hadziq.
            ‘Ya Allah... tolong hambamu ini.. tolong leraikan kesimpulan kasih ini..’ Pohon Amalina berulang kali.
            “Afrin... bawa bertenang.... Hadziq... bagi Hadziq pada akak ya...” Pujuk Amalina penuh kerisauan.
            “Kak long sengaja je nak ambil Hadziq daripada Afrin kan.. ? Sebab tu kak long cakap macam-macam pasal abang kan?” Wajah Afrina penuh dengan syak wasangka. Amalina mengeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. Tanda menidakkan kata-kata adiknya itu.
            “Abang.... abang tolong Ain... Kak long nak ambil Hadziq dari kita.. Abang, tolong Ain.....” Rintih Afrina lirih. Langkah kakinya mula terjerat ke belakang dinding. Tiada arah lagi untuk melarikan diri.
            Akhirnya perlahan-lahan tubuh yang bersandar di dinding itu jatuh terduduk dengan sendiri. Badannya teresak-esak menahan tangis yang menggunung.
            Amalina mula duduk melutut di hadapan Afrina. Dia tahu tekanan perasaan yang dihadapi oleh adiknya itu. Berat! Ya, itulah satu kesimpulan yang mampu Amalina putuskan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
            Perlahan-lahan tangan Amalina dijatuhkan di bahu milik adiknya. Ingin dipinjamkan kudratnya yang tidak banyak ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memulihkan kembali semangat Afrina.
            ‘Ya Allah.. Tolong sembuhkan hatinya.. Tolong rawat hatinya yang terluka.. Tolong luruskan jalannya yang mula bengkok! Tolong hindari adikku dari sebarang tekanan perasaan Ya Allah.. sesungguhnya hanya dia adalah amanat dari ibuku.. Akan ku jaga dirinya hingga ke hujung nyawaku...” Amalina sendiri tidak mampu untuk menyeka permata miliknya sendiri.
            Ditarik adiknya itu ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh Afrina dan Hadziq. Sungguh, dia sendiri tidak mampu membiarkan keduanya hanyut sendiri. Hadziq masih kecil dan memerlukan perhatian dari ibunya. Tetapi ibunya sendiri masih rawan dalam menempuh kehidupan. Jadi seharusnya dia yang membantu. Membantu membalut luka yang tercalar itu. Tapi mampukah dia?
            “Bawa istighfar banyak-banyak Afrin... Istighfar banyak-banyak. Moga Allah dapat terangkan semua kegelapan. Moga Allah dapat bersihkan segala kekotoran.” Digosok perlahan tepi bahu Afrina yang sedang terhenjut-henjut menangis itu.
            “Betul ke abang dah tak ada?” Dikuatkan jiwanya untuk menghulurkan pertanyaan yang bakal meragut nyawanya.
            “Afrin tak ingat ke? Dah enam bulan arwah pergi.....” Terang Amalina sebak.
            “Kak long... baru tadi Afrin cakap dengan dia... Baru kejap tadi kak....” Digoncang pula lengan kakaknya. Ingin membuatkan kakaknya itu faham dengan keadaannya sekarang. Dia memang tidak berbohong!
            “Afrin...” Panggil Amalina lambat-lambat.
            “Haraz dah tak ada... dia dah tak ada dik...”
            Badan Afrina terus terkulai sendiri di bahu milik Amalina. Tangannya sudah mula melepaskan pautan erat pada Hadziq. Mujur sahaja mereka sedang duduk. Jika tidak,pasti Hadziq sudah terjatuh. Cepat-cepat Amalina mencapai tubuh anak kecil itu sebelum mendapatkan tubuh si ibu pula.
            ‘Ya Allah, berat benar ujian ini ke atas hambaMu..’
***
            Afrina mula merasa yang kepalanya telah dipicit perlahan. Hilang terus kesakitan yang bermaharajalela di ruangan fikiran. Enak sungguh picitannya.
            “Abang... abang.....” Seru Afrina sayu.
            Dalam mamai, dia masih terasa bagaimana enaknya urutan lembut Haraz ketika dia deman dahulu. Tanpa sedar, dia menguntumkan senyuman sedikit.
            Amalina yang sedang memicit lembut kepala adiknya itu mula mengesat perlahan air mata yang berjuntai di tubir mata. Melihat senyuman hambar milik Afrina.
            “Sabarlah kak long... kita kena kuat semangat.” Pujuk Liyana perlahan. Diusap perlahan bahu kakak sepupunya itu. Dia terus berkejaran ke sini setelah mendapat panggilan daripada kakak Afrina itu. Hatinya bagai disiat-siat apabila melihat keadaan Afrina tika ini. Hilang terus wajah cerianya. Yang ada hanyalah wajah cengkung seperti mayat hidup. Langsung tidak berseri.
            “Macam mana kak long nak kuat Yana... Tiap-tiap hari kak long tengok keadaan dia yang tak terurus macam ni. Orang sekeliling semua dah duk mengata. Depa cakap yang Afrin ni gila.. Kak long tak sanggup nak telan kata-kata orang tu Yana... Kak long takut kalau-kalau sakit Yana ni makin berlarutan..” Luah Amalina lemah.
            “Afrin tak apa-apa kak... Cuma semangatnya sahaja yang lemah. Jadi kitalah yang perlu kuatkan semangat dia kak... Kitalah orangnya..” Tutur Liyana lagi. Dia kasihankan kakak sepupunya itu yang penat melayan karenah Afrina dan Hadziq. Pada masa yang sama, dia kasihankan Afrina yang masih belum boleh menerima kenyataan tentang hakikah pemergian suaminya itu. Dan paling menyentuh hatinya ialah apabila melihat keadaan Hadziq yang hilang jejak seorang ibu lantaran setelah kehilangan kasih seorang ayah.
            “Kak long dah tak tahu macam mana nak kuatkan hati Afrin. Dia nampak lemah benar. Bayangkan, dah enam bulan arwah pergi tapi dia masih belum dapat terima kenyataan. Tak baik macam ni.... Terseksa arwah dekat sana...” Amalina mula meluahkan rasa yang terkubur di ruangan hati.
            “Mungkin dia tak mampu lepaskan Haraz... Arwah tu terlalu baik...” Keluh Liyana sendiri.
            “Setiap apa yang berada di dunia ini adalah pinjaman Allah buat sementara sahaja.. Mungkin Afrin terleka kerana terlalu terpenjara dengan cinta Haraz.” Simpul Amalina sendiri. Liyana hanya mendengar dan mula merenung wajah pucat itu.
            Tangan Amalina mula mengusap lembut kepala adiknya. Badan Afrina panas sedikit. Barangkali terkejut dengan berita yang baru diterima. Walau diterang banyak kali pun, Afrina akan kekal begini.
            Sudahnya nanti Afrina akan bangun dan tetap membuat tak tahu dengan perkara yang telah diberitahu. Dia akan kekal berhalusinasi dengan kehadiran Haraz.
            Amalina mula mengesat sisa-sisa airmatanya apabila melihat anak mata Afrina yang sedikit bergerak itu. Tidak mahu air matanya membebankan lagi penderitaan adiknya.
            “Kak.....” Panggil Afrina perlahan.
            “Ya sayang....”
            “Hadziq mana?” Di dalam fikirannya hanya terfikirkan anaknya seorang sahaja. Walaupun kepalanya berat, digagahkan juga untuk terus bangun. Tidak mahu terus-terusan memanjakan diri.
            “Hadziq ada.. dia tengah main dengan abang long.” Terang Amalina perlahan sambil tersenyum. Namun senyuman itu jelas pahit dan sumbing.
            “Afrin... kita makan sikit ya?” Liyana sudah berkira-kira untuk menyuapkan Afrina bubur yang sudah sedia terhidang dari tadi.
            “Betul ke abang dah tak ada?” Pertanyaan Afrina itu membuatkan Liyana dan Amalina saling berpandangan. Pertama kali melihat Afrina yang seakan-akan telah sedar dari mimpi panjang.
            “Iya sayang... Haraz dah lama tak ada...”
            Afrina mula menebarkan pandangan ke arah sekeliling. Mencari sesuatu yang hilang. Tiba-tiba Afrina tersenyum sedikit. Naik aneh Liyana dan Amalina dibuatnya.
‘Dalam lembut halus mesra aku dapat melihat lambaian dari Haraz yang sedang tersenyum kepadaku. Kasihmu dulu takkan pernah berubah selagi bahagia itu aku miliki. Namun dirimu mula menjauh pergi dalam kegelapan jiwa. Aku merintih.. Mengenangkan kenangan kita berdua.. Seandainya ada waktu lagi untuk bersamamu, pasti aku akan mengundurkan waktu. Mengimbau kenangan kita bersama. Izinkan aku mencintai dirimu seperti dulu... walaupun dalam bayangan sahaja...’
Tanpa sedar, air mata Afrina menitis di pipi.
“Afrin...” Panggil Amalina sambil menghalakan pandangan ke arah pandangan Afrina.
“Lepaskan dia pergi Afrin...” Pujuk Liyana sambil mengusap lembut bahu Afrina.
“Aku rindukan dia.... Terlalu rindu...” Liyana terus menarik Afrin ke dalam pelukannya.
“Kalau kau rindukan Haraz, kami pulak rindukan Afrin yang dulu.. Yang ceria.. yang kuat.. yang tabah... Kau perlu kuat Afrin. Kalu bukan untuk kami, kau kena kuat untuk Hadziq. Dia masih kecil.. Dia perlukan perhatian dan kasih sayang dari kau..” Nasihat Liyana berserta deraian air mata. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis di hapadan Afrina. Namun apabila melihat keadaan sepupunya itu, semangatnya jadi merudum. Hatinya remuk dan terkoyak. Hilang terus segala kekuatan yang telah disimpan.
“Aku tak mampu hidup tanpa dia...” Afrina kembali mengongoi di bahu Liyana.
“Kita tak akan mampu hidup tanpa pertolongan Allah... Berpeganglah pada qadak dan qadar yang telah ditentukan. Jangan biarkan emosi mempengaruhi akal fikiran. Tapi benamkan keimanan yang kukuh dalam hati. Menangis tak akan mampu untuk membantu dia yang telah pergi dik.... titipkanlah doa buat dia.. Moga sejahtera sahaja hendaknya.”
Kali ini giliran Amalina pula yang memberikan kata-kata perangsang. Ya... dia tidak akan pernah jemu untuk terus mengubati hati Afrina yang rapuh tika dilambung badai ini. Namun di sedar yang dos ubat yang diberi kepada adiknya tidak cukup kuat. Adiknya itu memerlukan kekuatan tambahan. Tapi persoalannya kekuatan apa? Sesungguhnya, hanya Allah tempat dia bersandarkan harapan.
“Abang.....” Seru Afrina lemah. Bagaimana dia boleh terlupa yang suaminya itu telah tiada. Kenapa kenangan itu sukar untuk ditepis pergi? Air matanya berjuraian lagi. Kolam air matanya seolah-olah tidak pernah kering. Pipinya sering basah dek rasa sedih.

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

p/s: adakah tekaaan korang tepat??? hehe.. hope terhibur.. =)

14 comments:

  1. haraz dah xda...kesiannya afrina

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian yunkk... susah nak masuk dlm jiwa ain yang kehilangan tuh..

      Delete
  2. sedihnya jadi afrin. ternangis kejap..
    moga ada org lain y akan bahagiakan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kena sedia tisu lah eh.. hehe.. nak orang lain bahagiakan dia?? hehe.. boleh2... kita bc next entry ya...

      Delete
  3. betul kaka teka haraz dah meninggal...plisss sila hadirkan kembali bekas tunang afrina...mana tau dgn kehadiran mirza dpat mengembalikan semula semangat afrina seperti sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishh.. akak mmg bijak meneka.. lepas ni sila teka lagi kak... hehe.. seronok pulak main teka2 nih..

      Delete
  4. tepat...kene jumpa psikiatri ni..klu x nnt terus gila lagi bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekanan perasaan mmg mampu buat orang gila kan.. hmmm

      Delete
  5. eh?? mmg dh agak dh msti Haraz mati jgak... nk Haraz jugak... wt la Haraz tu x mati tpi x da org pown yg tau Haraz tu idup n then Haraz hilang ingatan.. dier ddk dkt tmpt lein... hahahaha nk Haraz jugak... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduuhh... tragis cadangan awk nih.. haha.. kalu kita hilang seseorang, ALLAH nak hadiahkan y lebih baik kan..hehe

      Delete
  6. nak enjoy macam mana kalau cerita sedih...
    awal2 lagi dah sedih..
    x leh predict apa akan jadi lepas ni

    (Rita)

    ReplyDelete
  7. sedih...sian afrina...
    terlampau syg kt someone tu bole buat kita ilang semangat kalo kita ilang die...

    ReplyDelete
  8. ok.. satu persoalan dan terjawab..

    ReplyDelete
  9. susah ke adik sara??hihi
    kehilangan org yang tersayang memerlukan masa untuk mengubatinya lagi, sungguh tersentuh hati ini bila suami tercinta kembali kepada pencipta kita. air mata ini tak berhenti lagi mengalir walau hampir 3 tahun dia tiada disisi ini...sedihlah..hihi

    ReplyDelete