Monday 16 April 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI SE (1)


SPECIAL EDITION... (1)

      Pagi itu, Ezrakil mengambil Farafeesa di hadapan rumahnya. Lelaki itu dengan penuh gentleman telah membukakan pintu keretanya buat Farafeesa. ‘Aish bos ni, manalah pintu hati aku ni tak terbuka kalau macam ni layanan dia pada aku.’ Bisik Farafeesa sedikit nakal.
            “Saya boleh buka sendirilah bos.” Protes Farafeesa selamba. Sengaja Farafeesa mengenakan Ezrakil. Berubah sedikit air muka Ezrakil itu dibuatnya.
            Apabila Ezrakil mula berpaling, Farafeesa mula serba salah sendiri. Tulah, mulut tu gatal sangat nak menyakitkan hati bos tapi yang lebih sakit ialah, hati miliknya sendiri. Makin dia ingin melukakan Ezrakil, yang makin terluka dia sendiri!
            “Bos…” Panggil Farafeesa lembut. Mendayu sahaja suaranya dikala menyeru nama Ezrakil.
Ezrakil mengeluh sedikit. Tipu kalau dia cakap yang hatinya tidak terguris dengan kata-kata Farafeesa tadi. Namun dia tetap menoleh ke belakang. Dia mula faham akan kesakitan yang Farafeesa hadiahkan kepada dirinya ini. Semua ini adalah cara untuk membuatkan dirinya membenci gadis itu.
            ‘Maaf Feesa… awak buatlah macam mana pun, saya tak akan mampu untuk membenci awak setelah seluruh hati saya telah dipersiapkan untuk menyintai awak sahaja.’ Monolog hati kecilnya.
            “Kalau bos dah tolong bukakan, bos kena tolong tutupkan tau!” Farafeesa menghadiahkan senyuman yang paling manis. Kalau boleh, biarlah perjalanan ini dihiasi dengan kenangan yang indah-indah sahaja.
            Lagipun, dia sendiri sudah tidak larat untuk terus-menerus menyakitkan hati Ezrakil.
            Melihat sahaja rahang Farafeesa yang sedikit merekah itu, membuatkan hati Ezrakil terbang melayang sendiri tanpa kawalan. Dia pun ikut turut tersenyum bahagia. Senang hati dengan respon positif Farafeesa ini. Terus Ezrakil menutup pintu kereta bahagian Farafeesa. Aksi mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang menyulam cinta.
            “Bos, kita nak pergi terus ke?” Tanya Farafeesa apabila Ezrakil mula masuk ke dalam perut kereta.
            “Kenapa? Awak nak singgah mana-mana ke?” Ezrakil sudah memulakan pemanduan.
            “Err... saya nak pergi office kejap. Nak ambil dokumen.” Tipu Farafeesa. Sebenarnya dia ingin mengambil ubat yang ditinggalkan di dalam laci meja di pejabat. Tidak berani untuk membawa ubat-ubatan itu ke kawasan rumahnya. Bimbang jika diketahui oleh ahli keluarganya nanti.
            “Nak ambil dokumen? Bukan ke semua dokumen awak dah beri saya semalam. Ada apa-apa lagi ke yang tertinggal?” Sambil memandu, dia mengerling sedikit ke arah Farafeesa yang sedang berfikir sendiri itu.
            Sebenarnya dia tahu yang Farafeesa ingin mengambil ubat-ubatannya. Tapi sengaja dia menguji. Ingin mengetahui helah yang bakal Farafeesa langsungkan. Sebenarnya, dia pun ingin memulangkan kembali ubat yang pernah dicuri dari laci Farafeesa. Bimbang juga jika Farafeesa dapat mengesan perlakuannya. Lagipun, dia takut kalau tahap kesihatan Farafeesa terjejas jika tidak mengambil ubat steroid tersebut.
            “Err... saya rasa ada dokumen yang tertinggal!” Hentam sahaja. Itu sahaja yang terlintas di kepalanya.
Entahlah, dia sebenarnya agak kering idea untuk menipu. Berdoa dan berharap yang Ezrakil tidak bertanya soalan yang bukan-bukan lagi.
            “Okay.. kita pergi office dulu.” Putus Ezrakil sambil mengubah hala pemanduan. Farafeesa kelegaan sendiri sambil melepaskan rasa sesak yang menjamu di ruang dada. Mujur sahaja Ezrakil tidak banyak tanya!
            “Feesa...” Seru Ezrakil sekali.
            “Ya...” Dihalakan pandangan mata untuk mengadap Ezrakil yang sedang memandu.
            “Awak ada tiga ratus ringgit?” Berkerut dahi Farafeesa dibuatnya.
‘Mamat ni nak pinjam duit ke? Tak kan nak pinjam kot... Pakai kereta besar-besar, tak kan lah tak ada duit cash?’ Farafeesa mula terfikir-fikir sendiri.
            “Erk... kenapa? Bos nak pinjam ke? Kalau cash tu tak adalah tapi kalau nak, kita berhenti jelah kat stesen minyak yang ada ATM untuk keluarkan duit. Saya boleh pinjamkan dulu pada bos... Bos nak buat apa dengan duit tu?”
            Serentak dengan itu, Ezrakil ketawa sakan. Lain yang diharap, lain pula yang menjadi.
            Muka Farafeesa pula berkerut menahan rasa pening. Tidak faham dengan perangai Ezrakil ini. ‘Rasanya tak ada orang buat lawak pun.. apasal dengan mamat ni? Terputus fius ke apa? Gelak macam orang tak ingat dunia..’ Gerutu hati Farafeesa lagi.
            “Bukan saya nak pinjam...” Ezrakil berhenti seketika sambil mula mengelap sedikit matanya. Seronok sangat ketawa sampai berair mata dibuatnya.
            “Habis tu?” Farafeesa mula buat perangai tidak sabar.
            “Polis trafik yang nak...” Kelakar sungguh rasanya. Jauh sungguh pemikiran Farafeesa ini. Dia baru hendak memulakan intro, Farafeesa sudah memberi ending cerita. Macam manalah hatinya ini tidak tertarik. Farafeesa memang seorang gadis yang tiada galang gantinya!
            Farafeesa melongo sendiri.
            “Tapi saya tak buat apa-apa salah pun? Saya tak pernah kena saman dengan polis trafik! Kenapa pulak saya kena bayar dia tiga ratus ringgit? Dan lagi satu... saya tak pernah amalkan rasuah tau... Haram tuh!”
            Kali ini, makin kuat ketawa Ezrakil. Tangan kanannya mula menekan perutnya. Tidak tahan mendengar ayat dari mulut Farafeesa. Pemikiran gadis ini mudah benar melencong!
‘Ya Allah, biarlah gadis ini bersama ku... Biar aku rawat kesakitan yang dia rasai..Walaupun mungkin aku bukan seorang doktor namun aku punya cinta.. Cinta yang mampu membahagiakannya..’ Sempat lagi dititipkan doa di dalam hati. Dia menaruh harapan yang begitu tinggi untuk bersama-sama dengan Farafeesa. Itu adalah tekadnya. Matlamat hidupnya.
            “Apasal bos gelak?”
Aduh, sakit sungguh hatinya apabila melayan karenah Ezrakil ini. Ini baru sepuluh minit, belum sepuluh jam lagi. Kalau sepuluh hari macam ni, pasti Farafeesa boleh nak gila dikerjakan oleh Ezrakil. Kalau sepuluh tahun pulak macam mana? Meroyan gamaknya... tapi setelah difikirkan dalam-dalam, mampukah dia hidup untuk sepuluh tahun yang akan datang?
“Siapa suruh awak buat lawak...”
“Bila masa saya buat lawaknya?” Tanya Farafeesa tidak berpuas hati.
Ketawa Ezrakil sudah mula berhenti namun senyuman masih lagi menghiasi wajahnya. Akhirnya, Ezrakil mula bertenang sendiri. Menarik nafas perlahan-lahan.
Bermula dari duit  tiga ratus ringgit kemudian bersangkut paut pula dengan polis trafik. Amalan rasuah juga tidak ketinggalan menjadi topik hangat yang kelakar bagi Ezrakil.
            “Bos, saya tak faham? Cubalah terangkan yang sebenarnya....” Farafeesa merayu kepada Ezrakil. Otaknya sudah tidak mampu untuk menjawab punca Ezrakil ketawa. Lelaki ini memang aneh!
            “Yang sebenarnya....” Suara Ezrakil agak tertahan-tahan. Tak tahan menanggung gelak lagi.
            “Yang sebenarnya kenapa?” Desak Farafeesa dengan suara yang sedikit meninggi. Dia sudah penat untuk terus menunggu. Sakit hati tak usah cakaplah! Tapi seronok juga bila bersama dengan Ezrakil seperti ini. Rasa macam terbang semua masalah.
            “Sebenarnya saya cuma nak suruh awak pakai tali pinggang kaledar jeh..” Selepas itu, terus Ezrakil ketawa besar.
            Farafeesa mula menepuk dahinya sendiri. Aduh, sebab tu je ke? Meleret-leret sampai ke polis trafik, macam kesalahannya besar sangat.
            “Bos kalau bab memerli orang, memang teror...” Ditarik tali pinggang kaledar dan dipakaikan ke badannya. Barulah dia mengerti tentang duit yang bernilai tiga ratus ringgit itu. Bukan ke pihak polis trafik akan mengenakan tindakan saman sebanyak tiga ratus ringgit jika tidak memakai tali pinggang kaledar.
            “Tapi awak tak terasa pun...” Meleret sedikit nada suaranya sambil menguraikan sisa-sisa tawanya.
            “Lain kali, straigth to the point jelah bos...” Beberapa kali digelengkan kepalanya. Tapi hati kecilnya terusik sedikit dengan situasi ini. Kenangan ini pasti dia akan simpan sampai bila-bila.
            “Susah Feesa... Saya dah straigth to the point pun... awak stay tak faham point yang saya nak cakap...” Suara Ezrakil mula bertukar serius. Sedikit beremosi. Farafeesa mula terdiam. Bab ini yang paling dia tidak suka.
            “Tapi kan.. rupa-rupanya kalau makin berkias, makin awak terpesong dari landasan.” Usik Ezrakil apabila melihat reaksi negatif daripada Farafeesa. Kalau boleh, dia tidak mahu membincangkan isu hati ini lagi. Biarlah, satu ketika nanti, masa akan menentukan segalanya.
            “Bos perli saya ke?” Untuk tidak nampak canggung, Farafeesa membalas usikan Ezrakil itu.
            “Awak terasa ke?” Akhirnya mereka ketawa bersama. Tidak sedar yang memanduan Ezrakil mula sampai ke perkarangan pejabat.
“Bos tunggu sekejap ya..”
Baru sahaja Farafeesa ingin keluar dari perut kereta, namun dia tersekat dek kerana masih belum mencabut tali pinggang kaledar yang membaluti tubuhnya. Ezrakil agak tersentak pada mulanya, namun jejaka itu kembali tersenyum dan ketawa kecil.
Farafeesa diserang rasa malu. Inilah padahnya kalau orang tak biasa pakai tali pinggang! Dengan gelojoh dia ingin membuka tali pinggang kaledar ini. Entah kenapa seperti tersekat pula. Kelam kabut sungguh!
“Feesa... Feesa... awat gopoh sangat ni? Saya akan tunggu awaklah.. Ambillah masa banyak mana pun... Saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila...”
Perlahan-lahan Ezrakil membantu Farafeesa membukakan ikatan tali pinggang yang membelit tubuh gadis itu.
Mata mereka saling beradu.
Farafeesa pegun sendiri apabila menyambut setiap butiran kata milik Ezrakil itu. Terlalu bermakna untuk dimengertikan...
Apabila dia keluar dari kereta, dia dapat merasai getaran kasih ini. Hembusan cinta Ezrakil memang mampu membuatkan dia terasa ingin bernyawa untuk selamanya.
Farafeesa mula terduduk sebentar di kerusinya apabila kaki sudah diarah ke meja pejabatnya. Tangannya ditekap ke dada. Digosok perlahan dada miliknya. Betapa kata-kata Ezrakil itu mampu memberikan nafas untuk dia terus bernyawa di dunia ini.
‘Ya Allah, kenapa kau mentitipkan cinta ini jika kau tidak memaknakan hubungan ini?’
Farafeesa mula tersedar dari lamunannya. Segera dia membuka laci mejanya. Mengambil beberapa biji ubat yang diperlukan salama dia berada di Temerloh nanti. Namun dia perasan yang dia kehilangan sebotol ubat yang lain.
“Mana pulak ubat ni? Aku rasa aku tak pernah bawak balik apa-apa ubat?” Diselongkar mejanya dengan penuh teliti. Takut jika ada tergolek di mana-mana.  Farafeesa mula mengarukan tengkuknya apabila mendapati yang ubat tersebut telah hilang!
            “Ish,, dah lah mahal.. Main sorok-sorok pulak!” Kata Dr Hidayah, ubat itu penting untuk dia ambil pada kadar yang sepatutnya. Kalau pandai-pandai berhenti nanti, bimbang akan memberi kesan kepada persakit.
            “Lambat lagi ke Feesa?” Entah bila Ezrakil muncul dia sendiri tidak pasti. Namun mujur sahaja ubat tersebut telah dimasukkan ke dalam bekas gula-gula yang sudah kosong. Jika tidak, pasti akan terkantoi begitu sahaja.
            “Err... rasanya tak ada apa-apa yang tertinggal kot..” Digaru tengkuknya berulang kali namun matanya masih meliar. Takut jika ubat tersebut terjatuh dari laci. Namun memang ternyata aneh kalau perkara itu benar-benar berlaku.
            “Huargghhh... Saya rasa mengantuklah Feesa.. Boleh tak awak buatkan air nescafee sebelum kita berangkat nih! Takut saya mengantuk masa drive nanti. Tak pasal-pasal pulak awak yang kena drive.” Ezrakil sudah pun memulakan helahnya.
            ‘Eh mamat ni, time nilah dia nak minta segala bagai... Susah betul kalau orang gila nescafee nih!’ Tanpa rela Farafeesa mula mengatur langkah ke dapur. Lebih rela menyediakan air nescafee itu daripada terpaksa menjadi driver Ezrakil nanti. Lagipun, dia memang tidak biasa memandu kereta mewah. Tanpa sedar, dia terlupa pada laci yang sedikit terbuka itu.
            Ezrakil yang melihat cepat-cepat sahaja meletakkan ubat yang dicuri itu ke dalam laci meja Farafeesa semula. Setelah selesai misi memulangkan barang curi, Ezrakil mula kelegaaan sendiri.
            ‘Susah betul nak buat helah pada orang yang banyak helah nih!’
            Farafeesa yang baru keluar dari pantri itu sedikit terkejut apabila melihat laci mejanya yang sedikit terbuka. Namun apabila melihat wajah Ezrakil yang selamba sambil membaca surat khabar itu membuatkan Farafeesa mula lega sendiri.    
            ‘Macam manalah boleh lupa nak tutup laci tu rapat-rapat! Nasib baik Ezrakil tak perasan.’ Namun apabila ingin ditutup laci meja itu, dia terperasan pada sebotol ubat yang dicari-cari depan mata.
            ‘Errk... tadi tak ada? Kenapa tiba-tiba boleh ada nih?’ Farafeesa mula terfikir sendiri. Namun akhirnya diangkat bahunya sedikit. Andai sudah ada depan mata, tidak perlulah dia terus tercari-cari bagai orang gila.
Lantas dihulurkan mug yang berisi air nescafee kurang manis itu kepada Ezrakil. Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan terus meneguk laju.
 Sejak dia menghadiahkan segelas cawan nescafee kepada Ezrakil dahulu, sejak itu makin giat Ezrakil mengarahkan dia agar membancuh nescafee kepadanya. Kata Ezrakil, air nescafee buatannya tidak terlalu manis kerana pembancuhnya sendiri pun sudah manis. Betul-betul ayat mengayat yang tak berapa laku!
            Cerita Atiq pula, kalau Farafeesa cuti, Ezrakil pun akan bercuti dari minum air nescafee itu. ‘Kalau aku mati, nampaknya mamat ni terus tak minumlah kot!’ Otak ini selamba sahaja menjana sendiri tanpa kawalan.
            “Okay.. jom pergi..” Diserahkan mug yang sudah kosong itu kepada Farafeesa kembali. Gadis itu mula mendengus keras. Geram kerana Ezrakil tidak membasuh cawan ini sebelum pergi.
***
            Sesampainya di hotel di Temerloh, terus mereka check in memandangkan waktu mesyuarat yang masih menjauh. Kerana mereka sedang berurusan dengan pihak Hotel, pihak Hotel telah memberikan dua set bilik tidur kepada mereka berdua. Kerana itu Ezrakil sengaja datang awal walaupun mesyuarat hanya akan bermula pada jam dua setengah petang nanti. Dia  mahu merehatkan diri dahulu.
            “Feesa.. ini bilik awak!” Punyalah romantik Ezrakil sehingga sanggup menghantarnya di pintu bilik Hotel. Siap tolong bukakan pintu lagi. Memang layanan first class punyalah!
            “Bos...  Tak perlulah bos hantar sampai ke pintu bilik.” Tegur Farafeesa sambil mengelengkan kepalanya.
            “Heh, saja je nak menunjukkan kasih sayang saya pada awak... Kot-kot awak ubah fikiran dan terpikat pada saya, memang untunglah nasib saya..” Gurau Ezrakil selamba. Langsung tidak sedar pada raut wajah Farafeesa yang sudah mula diserang kebas.
            “Awak rehatlah dulu.. Kalau nak apa-apa, saya ada kat bilik sebelah.”
            “Bos, kita ni nak bekerja.. Bukan nak berbulan madu!” Tanpa sedar, spontan ayat itu keluar dari mulutnya. Ialah, gaya Ezrakil menjagannya seperti mereka sedang bercuti pula. Sedangkan mereka datang ke sini atas urusan kerja semata-mata.
            “Saya tahulah.. Kalau berbulan madu, tak ada maknanya bilik sampai ada dua! Ini namanya bulan hempedu!” Ezrakil ketawa besar tapi terserlah nada suaranya yang sumbang. Terus Farafeesa menutup pintu biliknya. Malas sudah untuk melayan. Lagipun, dia malu apabila mendengar ayat Ezrakil itu.
‘Boleh tahan jugak mamat ni eh? Otak terbalik!’
            Namun percayalah, hatinya kembang semangkuk! Terasa dibanjiri bunga-bunga rindu yang mula mekar menebarkan arus cinta. Bandannya disandarkan di belakang pintu. Mulutnya tersenyum tapi entah kenapa, tiba-tiba rasa seperti hendak menangis!
            ‘Wahai cinta, tolonglah hilangkan dirimu!’
***
            Entah kenapa, tanpa sedar Farafeesa sudah mula terlelap. Mungkin kesan daripada ubat yang diambilnya. Tidurnya hanya terganggu apabila mendengar loceng bilik yang berbunyi. Tangannya dibawa ke dahi. Entah kenapa, sakit kepala boleh menyerang pula. Dikerling jam di tangan,  barulah dia sedar yang dia sudah terlewat.
            Sudah pukul dua sedangkan mesyuarat bermula pada pukul dua setengah. Pasti Ezrakil akan memarahinya! Loceng yang berbunyi itu memaksa Farafeesa untuk membukanya. Namun sempat dia mencapai tudung dan disarungkan di kepala. Hendak tidak hendak, terpaksalah ditelan semua amarah Ezrakil nanti.
            Baru sahaja pintu ditarik, terus Ezrakil menyerbu masuk. Mukanya serius kelam kabut.
            “Feesa, awak tak apa-apa? Boleh tercabut tangan saya tekan loceng bilik awak nih.” Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika menunggu Farafeesa membuka pintu bilik ini. Azab sungguh!
            “Err.. saya okay je.. Cuma tertidur kejap..” Jawab Farafeesa takut-takut. Ezrakil melepaskan kelegaan. Bimbang sungguh jika Farafeesa kesakitan sendiri di dalam bilik. Namun memang wajah gadis itu pucat benar.
            “Kenapa bos nampak kalut sangat?” Pelik juga dia melihat Ezrakil ini. Bimbang lelaki ini kelihatan semacam..
            “Mahu tak kalut, dari pukul satu setengah saya duk depan bilik awak nih.. saya call tak angkat. Orang yang lalu lalang kat depan pintu bilik awak ni ketawa je tengok saya. Mungkin dia orang ingat yang saya tengah memujuk isteri yang sedang merajuk kot..” Entah apa kenalah Ezrakil hari ini. Semua kata-katanya hanya tetap topik kahwin sahaja.
            “Sorry bos.. Saya betul-betul tertidur tadi.. Eh, tunggu apa lagi, meeting dah nak start kan?” Dia mahu cepat-cepat keluar dari bilik ini. Terasa tidak selesa pula apabil Ezrakil berada di pintu biliknya ini. Walaupun pintu bilik tenganga luas, namun rasa tidak enak tetap ada menjengah.
            “Eh, bos... kenapa bos pakai sempoi sangat ni?” Terkejut dia apabila melihat penampilan Ezrakil. Entah mengapa dia baru terperasankan yang Ezrakil hanya mengenakan seluar jeans dan baju polo berwarna merah. Menyerlahkan kekacakannya.
            ‘Tak kan nak pergi meeting pakai sempoi macam ni kot?’
            “Meeting cancell..” Ezrakil mula menapak ke muka pintu.
            “Cancell? Kenapa bos tak beritahu awal-awal?”
            “Eh budak ni, macam mana nak beritahu kalau awak sendiri tidur mati tadi?” Farafeesa tersengih-sengih menyambut kata-kata Ezrakil itu. Malu pula kerana ditegur begitu dan menyesal pula kerana bertanya soalan tanpa berfikir panjang.
            “Habis tu, kita nak balik teruslah eh? Okay kejap.. Saya kemas barang..” Baru sahaja dia ingin berlalu namun suara Ezrakil mematikan langkahnya.
            “Buat apa nak balik terus. Alang palang dah sampai, kita jalan-jalan jelah kat sini..” Muka Farafeesa sedikit berkerut.
            “Apalah yang ada dekat Temerloh ni?” Tanpa sedar, dia merungut sendiri.
            “Dekat sini ada.....” Ezrakil berjeda sedikit. ‘Awak dan saya...’ Sambung Ezrakil di dalam hati. Sebenarnya memang semua ini dirancang oleh dirinya sendiri. Memang tak pernah tercipta meeting pada hari ini. Dia cuma ingin menghabiskan masanya bersama Farafeesa. Kerja gila kan.. tapi cinta ini memang boleh memungkinkan segalanya.
            “... Ada ikan patin! Jom pi makan.. Saya dah lapar sangat dah nih!” Terus Ezrakil keluar.  Farafeesa merengus. Makan juga yang diingatnya.

P/S:: hope dapat mengubat rindu2 korang pada Feesa n Ezrakil... sy pilih secara rmbang je nih.. hope korang terhibur.. pilih part sweet2 ajeh..

11 comments:

  1. tq sgt3!! mmg terubat cket la sakit rindu kat Feesa ngn Ezrakil nie.. :D

    [hawa]

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dpat mengubati kerinduan yang mengunung..cehwahh.. haha.. thanks

      Delete
  2. hehe..rasa nak lg la...bila bru dpt baca full CUSL ni ek..x sabar nak baca.. :)

    ReplyDelete
  3. sis terima kasih sangat2...
    betul2 rindu giler dengan Farafeesa & Ezrakil kt CUSL nie...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob sob.... ada orang jugak yang rindukan dia owg ya.. aishh... terharu.. smbil lap air mata.. haha.. thanks.. =)

      Delete
  4. rindu ,,,sgt,, ngan feesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. besenyer orang rindu ezrakil..hehe.. thanks..

      Delete
  5. wah...hilang sedikit rasa rindu sy ngn fessa nie... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. rindu kat feesa je ke? writer dia kena rindu jugak tau.. =)

      Delete
  6. eh, ezrakil dah tahu yang feesa sakit? alahai, saje je nak bagi orang tertanya-tanya kan?

    ReplyDelete
  7. ala nk n3 bru...xleh ke kak??hehehe...law blh sapa se10 pn xpe..lebih pn lg xpe..hahaha

    ReplyDelete