Dari satu rak buku hingga ke satu rak yang lainnya, sedaya upaya Qaseh ingin lari dari seseorang yang sangat menyemakkan kepala otakknya itu, Hendak membeli novel pun rasa tidak senang bila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang tak pernah reti bahasa melayu ini.
Rakan-rakannya
hanya mampu menggelakkannya. Bukan hendak menolong tapi tolong gelak bolehlah.
Hampeh betul.
Qaseh
mula meredah lautan manusia yang membanjiri pesta buku di kampusnya ini. ‘Dia
orang ni bukan nak beli buku sangat sebenarnya tapi sibuk nak berdating kot.
Uish, boleh tak jangan halang laluan aku.’
Dari
jelingannya, dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu semakin dapat
menjejakinya lantas dicepatkan langkah, dilanggarnya bahu-bahu orang yang
berjalan bertentangan dengannya hinggalah dia terlanggar seorang pemuda.
Habis
tumpah air yang berada di tangan pemuda itu ke atas bajunya. Hendak marah pun
tak guna sebab dia yang langgar, bukan dia yang dilanggar.
“Maaf, saya betul-betul tak sengaja.” Lembut tutur
katanya namun sedikit pun tidak dihiraukan oleh Qaseh. Matanya menilau mencari
seseorang. Siapa lagi kalau mamat Khadil a.k.a lelaki meroyan yang gilakannya
itu.
Sebelah
tangannya sibuk mengelap air yang tumpah walaupun dia tahu yang usahanya
sia-sia sahaja. Ialah, lap pakai tangan je, apalah faedahnya.
“Awak,
saya mintak maaf betul-betul ni.” Pelik dia dibuatnya dengan gadis dihadapannya
ini. Pekak ke bisu? Ataupun sejenis manusia yang tak berperasaan langsung.
Mati-mati dia ingatkan yang dia akan ditampar oleh gadis itu. Rupa-rupanya,
tiada sebarang respon langsung.
“Alamak,
dia makin dekat...” Gabra dia dibuatnya, terus dia kembali meredah lautan
manusia yang membanjiri pesta buku itu.
Fazreen
terpinga-pinga sendiri sambil mengarukan kepalanya. ‘Confirm memang perempuan
yang tak ada perasaan. Wujud jugak manusia macam ni dekat bumi Allah ni.’
Ngomel Fazreen sendirian sambil tersenyum sedikit.
Sekurang-kurangnya,
gadis itu dapat jugalah mengurangkan debaran yang sedari tadi menghuni segenap
rasa dan perasaannya.
Al-maklumlah,
ini adalah hari pertamanya sebagai pensyarah di kampus ini. Mahu tak takut. Dia
bakal berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia yang tak akan pernah habis
untuk dicerita.
Ragam
dan cerita yang bakal menjadi peneman setianya di sini nanti. Hidup jauh di
bandar Metropolitan ini membuatkan ingatannya terkenang pada ayah dan ibu yang
berada di kampung. Pasti sekarang ibu dan ayahnya sedang menjamu selera di
halaman rumah. Syoknya kalau dia pun ikut turut berada di situ. Tapi hendak
buat macam mana lagi, ada tuntutan yang perlu digalas. Ada tanggungjawab yang
perlu dia tunaikan.
***
Qaseh
menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bengang pastinya kerana hari-harinya
sering diganggu oleh manusia yang bernama Mamat Khadil a.k.a lelaki meroyan.
“Kasihan
kawan aku nih.” Ujar Yusra sambil tergelak-gelak. Apalah yang hendak dikatakan
lagi. Sudah nasib badan.
“Tak
kelakar bongok.”
“Kau
ni dah macam artis dah aku tengok. Artis yang terpaksa lari dari peminat.”
“Arghhhh,
malas nak fikir. Tidur lebih bagus kot.”
“Kau
ni memang tak berperasaan langsung kan? Okay apa Mamat Khadil tu? Terima
jelah.”
“Kalau
macam tu aku pas kat kau jelah. Hehehe”
“Eh,
tak mahu aku. Aku tak ambik hak-hak orang ni. Ape kelas dowh.”
“Banyaklah
kelas kau.” Dicampaknya bantal ke arah temannya itu.
“Eh,
cakap pasal kelas kan, dah ada lecutrer yang ganti Puan Syaza yang bertukar
hari tu. Yeahhh, tak sabar nak belajar company law.”
Makin
pusing kepala Qaseh dibuatnya. Dia sudahlah tidak sukakan langsung subjek
comapny law. Bertambah pening bila dia terpaksa berhadapan dengan mamat Khadil
yang sekelas dengannya tika subjek company law menjengah.
“Aku
tak suka subjek tu. Eee, dah lah si meroyan tu pun ada jugak.” Bebel Qaseh
bising.
“Makin
kuat kau gelar dia meroyan, makin meroyan aku tengok kau nie. Hahaha.” Sakan
dia melahirkan tawa. Kelakar-kalakar.
“Yusra!!!
Aku bunuh kau nanti.” Jerit Qaseh
“Bunuhlah.
Nanti bila aku jadi hantu, kau orang pertama yang aku cari. Kah kah kah.” Tak
boleh dilayan si Yusra ni. Makin layan, makin meroyan Qaseh dibuatnya.
“Bila
aku jadi hantu pulak, aku kacau balik kau.” Mereka berdua ni memang banyak
merepek sikit.
“Dan
kita akan jadi hantu yang paling cantik di dunia hantu. Hah Hah Hah!!!!!” Yusra
gelak besar manakala Qaseh ra mengetuk kepalanya sendiri. ‘Ya Allah, hindarilah
aku dari segala kata-kata Yusra ini. Serius gila merepek.’ Macam manalah takdir
boleh menemukan aku dengan makhluk Allah ini.
***
“Hai
sayang...” Tanpa berpaling pun, dia sudah kenal dengan gerangan suara yang
paling dia menyampah seumur hidupnya itu.
“Kau
nak apa? Boleh tak jangan ganggu hidup aku.” Serius dia bengang dengan lelaki
ini. Memang tak tahu malu ke or memang tak ada kemaluan. Ops!
“Kalau
sayang terima abang, confirm abang tak ganggu hidup sayang lagi.” Bertaburan
rasanya bulu romanya tika mendengar suara Mamat Khadil yang sungguh meloyakan
itu. Memang untuk gila kalau aku dapat muntah atas kepala otak dia ni. Baru
boleh betul sikit urat sarafnya itu.
Terus
dia berpaling dan berlalu. Malas hendak layan mamat gila meroyan ini.
Langkahnya dipercepatkan apabila Mamat Khadil masih setia mengekorinya.
Kerana
terlalu memandang ke belakang, dia tidak sedar akan tiang yang berada
dihadapannnya.
“Sayang,
jaga-jaga...” Dan akhirnya Dummm!!!! Berpusing rasanya bumi ini dan badannya
melayang-layang dibawa angin tapi yang peliknya, dia tidak terasa seperti jatuh
di atas bumi pun.
“Awak
tak apa-apa?” Mujurlah dia sempat menyambut badan gadis itu. Jika tidak, pasti
gadis itu sudah jauh tergolek ke bawah memandangkan tiang itu berdekatan dengan
tangga untuk ke gelanggang bola keranjang.
Qaseh
sedaya upaya cuba untuk berdiri namun hampa kerana badanya sendiri masih
terhuyung hayang.
“Sayang,
kan abang dah suruh sayang hati-hati.” Mamat Khadil cuba menarik lengan
gadisnya itu namun ditepis kasar oleh Qaseh.
“Siapa
sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada
change nak ganggu hidup aku lagi.” Bagai orang mabuk dia di berbicara sehingga
tidak sedar yang kata-katanya sebenarnya baru sahja meragut nyawa-nyawa mereka
yang mendengar.
Tercengang
Fazreen mendengar pengakuan gadis itu. Kalau dia tidak nampak dengan mata
kepalanya sendiri yang gadis itu baru sahja terhantuk kepalanya, pasti dia akan
menganggap yang gadis itu mabuk.
Dengan
gaya terhuyung-hayangnya. Dengan suara yang bagai antara dengar atau tidak.
Namun tiba-tiba sahaja gadis itu dengan beraninya mencapai tangannya.
“Abang,
marah sikit dekat dia ni. Selalu ganggu tunang abang.” Dan akhirnya, dia
terlentok di bahu Fazreen. Dan apa yang boleh dia lakukan tika ini ialah
tersengih. Entah drama kasih manalah yang sedang dilakonkan oleh gadis ini
tadi.
***
Qaseh
memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut itu. Lambat-lamabat dia bangun
dari pembaringan.
“Dah
bangun dah?” Tegur satu suara yang tidak pernah dikenali.
“Kau
ni siapa?” Tanya Qaseh kasar. Apa lelaki itu buat di biliknya ini.
‘Ish
budak ni, tadi sesedap perencah maggie dia mengaku yang aku ni tunang dia.
Sekarang boleh tanya pulak aku nie siapa? Sepatutnya aku yang tanya dia, kenapa
dia mengaku jadi tunang aku tadi? Apa, terlebih hensem sangat ke aku ni sampai
ada yang offer diri tanpa aku pelawa. Ish ish ish.’
“Yang
kau tersengih-sengih ni kenapa? Apa kau buat dalam bilik aku ni?” Hah, tak
pasal-pasal dapat free je tengkingan dari aku.
“Helo,
ni bukannya bilik awak. Hai, pengsan sekejap pun dah hilang ingatan ke?”
Membuak-buak rasa marah mula menerpa.
“Habis
tu kau ni siapa? Kenapa aku ada kat sini? Entah-entah kau nilah perogol bersiri
yang selalu merogol orang macam yang dalam tv tu kan?”
Tercengang
Fazreen dibuatnya. ‘Hai, cepat betul aku turun taraf. Tadi aku jadi tunang dia
tanpa rasmi, sekarang dia bagi aku title perogol pulak. Apa dia tengok muka aku
ni macam tukang pecah rumah ke apa?’
“Lepas
kepala awak terhantuk pada tiang tadi, memang sah awak dah jadi mereng
rasanya.” Melopong mulut Qaseh mendengarnya. Sekarang barulah dia ingat. Ya,
ingatannya sudah mula berlayar di kotak ingatan.
“Oh,
siapa yang bawak saya ke sini?” Takut-takut dia bertanya. ‘Tolong jangan cakap
yang kau angkat akulah.’
“Saya
yang bawak.”
“Hah,
awak yang angkat saya. Eh, awak ni tak malu ke pegang perempuan. Awak tahu tak
yang kita ni bukan muhrim. Suka hati awak je dukung saya kan.” Kali ini terasa
hilang semua sakit kepalanya. Dia menggunakan seluruh kudrat untuk melimpahkan
segala kemarahan kepada lelaki yang entah apalah namanya itu.
“Saya
cakap saya yang bawak tapi bukan saya yang dukung. Ada kawan-kawan perempuan
awak yang tolong. Awak ni boleh jadi penceramah bebaslah.”
Muka
Qaseh benar-benar rasa membahang dengan rasa malu yang tidak digambarkan dengan
kata-katalah. Malu, malu, malu, malu....
“Lagipun
manalah saya larat nak angkat awak tu. Berat badan awak berapa eh?”
Qaseh
baru sahaja hendak mengucapkan ayat maaf. Namun mendengar kata-kata lelaki itu,
terus dia kuburkan sahaja niatnya.
“Helo,
saya tak gemuk pun eh.” Betullah dia tak gemuk. Berat badannya belum pun
mencecah lima puluh kot.
“Dah
lah, saya nak balik. Malas layan orang tak betul macam kau ni.”
“Awak
ni tak belajar budi bahasa eh? Dimana kalau orang berbudi, sekurang-kurangnya
cakaplah terima kasih ke? Ini tak, orang macam awaklah yang memburukkan lagi
bangsa kita.”
‘Amboi,
sesedap rasa je dia memperli aku. Ini bukan perli ni, tapi kutuk kot. Ini
memang bikin gua panas kot.’
“Apa
masalah awak ni? Yang nak perli-perli saya kenapa? Mak ayah saya dah cukup
didik saya dah. Tak perlu awak nak menambah-nambah. Tahulah saya nak bezakan
dengan orang yang betul-betul berbudi dengan orang yang hanya mencari
kesempatan je.”
“Masalah
awak yang sebenar ialah awak memang bermasalah.” Memang aneh bila berhadapan
dengan manusia ini apatah lagi kaum hawa yang sememangnya kaum yang paling
sukar untuk dimengerti.
Makin
pening dia dibuatnya. Sudahlah pening kerana terhantuk di tiang tadi, bertambah
pening apabila berhadapan dengan mamat Tiang ini. Hah, gelaran ni memang sesuai
dengan dia sebab dia ni kurus dan tinggi macam tiang.
Tapi
macam tak glamour sangatlah nama dia ni. Hah apa kata panggil mamat trafic light,
hah, sesuai sangat. Yeah, cantik Qaseh...
Tanpa
dia sedari, mamat trafic light itu sudah menghilang entah kemana. Dia tersenyum
kemenangan. ‘Eleh, takutlah tu.’
“Ini
ubat awak. Dua puluh empat ringgit tiga posen.” Uish, gila berkira. Tiga posen
pun nak tuntut. Tak gentelmen langsung.
“Nak
ambik ni dua puluh lima ringgit. Keep the chain.” Kalau korang nak tahu, dari
tadi sebenarnya mereka bertelagah di klinik kampus. Mujurlah pesakit tidak
ramai hari ini. Jika tidak, pesakit yang lain pasti akan bertambah sakit
mendengar perdebatan mereka berdua.
“Ya
Allah, janganlah kau merengkan kepala otak gadis itu. Sayang pula jika gadis
cantik sepertinya terpaksa merempat di hospital sakit jiwa. Tapi bagus jugak
kalau dia masuk sakit jiwa, kalau tidak, pasti perempuan tu yang boleh buat aku
sakit jiwa.”
Omel
Fazreen tika gadis itu sudah mula hilang dari pandangannya. Belum sampai
seminggu dia mengajar sudah macam-macam ragam mendatang. Mintak-mintaklah gadis
itu bukan salah seorang dari pelajar yang akan diajarnya.
***
“Apasal
semua orang pandang aku pelik je?” Bisik Qaseh pada Yusra. Semua pelajar
memandangnya dengan senyuman yang tidak lepas dari wajah.
“Meh
aku check muka kau sikit. Hmm, hidung kau tak senget lagi, taik mata tak ada
pun, tengok gigi, hmm, taik gigi pun tak ada, jerawat baru pun tak muncul
lagi.. Hmm, apa yang menarik pasal kau hari ni sampai satu kelas pandang kau
semacam je.”
“Mungkin
sebab kau pakai baju pinjam kot hari ni.” Terus dicubit sahabatnya itu. ‘Kurang
ajar, tak boleh nak simpan rahsia langsung.’
“Sakitlah
bongok. Kau ingat aku ni pau ke nak cubit-cubit.” Ngomel Yusra lagi sambil
mengosok sedikit lengannya yang keperitan.
“Ya
Allah, bilalah kelas nak habis eh? Serius bosan..”
“Kelas
tak mula pun lagi Qaseh . Aku sure kali ni kelas tak bosan sebab
lecturer yang ajar kita tu hensem gila. Kira boleh cucilah taik mata kau tu.”
“Oh,
lelaki ke yang ajar kita nanti.”
“Ialah
mangkuk. Tulah, hari tu kau ponteng sesuka hati kau je kan. Dah lah tak ajak
aku.”
“Kalau
aku ajak, confim-confirm dah kau tolak. Ialah, ni kan subjek kegemaran kau.
Entah kenapalah kau suka sangat subjek ni. Aku pun tak faham.”
Memang
tak faham. Undang-undang memang sesuatu yang sangat membosankan. Sudahlah
banyak fakta, eh tak.. seratus peratus fakta, tak ada langsung yang menarik.
Nak kena ingat seksyen lagi, serius berbelit otaknya untuk memahami. Ialah,
otaknya sebu sikit bab membaca ni. Lainlah kalau mengira. Confirm dia suka
gila.
“Syhhh,
dia dah datang ngek.” Tegur Yusra lantas memeperkemaskan mejanya.
Seraya
itu, terus dia memandang ke hadapan. Namun bagai hendak terkeluar bijik matanya
bila terpandangkan seorang pemuda di hadapanya ini.
“Jangan
cakap yang tu lecturer kita?” Bisik Qaseh perlahan.
“Aku
cakap yang tu memang lecturer kita.” Balas Yusra walau dia tidak faham akan
maksud persoalan sahabat baiknya itu.
“Mampus
aku.” Perlahan namun masih sempat singgah di pendengaran Yusra.
“Kenapa?
Muka dia yang kacak tu membunuh jiwa kau ke? Hehehe.” ‘Hampeh punya kawan. Dia
perli aku baik punya.’
‘Bukan
Yusra. Dia bakal membunuh markah paper law aku.’ Ya Allah, dah lah ujian
markahnya selalu dapat discount, sekarang berganda-ganda diskaun yang dia akan
dapat.
‘Tulah
Qaseh , cari pasal tak kena tempat. Kau smash lecturer kau sendiri hari tu.’
Kata-kata itu dilontarkan pada diri sendiri. ‘Kenapalah bangang sangat kepala
otak aku ni.’ Adoyai.
Terus
didirikan bukunya untuk menghalang pensyarahnya itu dari mengenal pasti wajahnya.
Pasti lelaki itu akan tersenyum kemenangan apabila mendapat tahu akan statusnya
sebagai pelajarnya. Dan pastilah pangkat pensyarah itu lebih tinggi berbanding
dengan status pelajar.
“Dah
start nak tidur la tu.” Perli Yusra sambil tergeleng-geleng.
“Kepala
hotak kau nak tidur. Kalau tertidur pun, boleh dapat mimpi ngeri tau.” Berkerut
dahi Yusra kerana ingin memahami maksud kata-kata sahabatnya itu.
Fazreen
yang sedang mengajar itu menjadi tertarik melihat buku yang didirikan di atas
meja itu. ‘Itu mesti taktik nak tidurlah tu. Tolonglah jangan guna taktik lama
aku waktu study dulu. Hehehe. Dah lapuklah.’
“Awak
ada apa-apa masalah ke?” Tegur Fazreen seraya membuatkan seluruh kelas
melemparkan pandangan ke arah Qaseh.
“Weh,
turunkan buku kau tu.” Arah Yusra sambil cover-cover sikit di hadapan
pensyarahnya.
Digigit
bibirnya bagai hendak berdarah dibuatnya. Tanpa rela hati, dia menurunkan
bukunya perlahan-lahan. Namun senyuman rakan-rakannya itu menambah kepelikan
dalam jiwa Qaseh.
Tersentak
Fazreen dibuatnya. ‘Bukan dia gadis tempoh hari yang langgar tiang dan mengaku
tunang aku kan? Oh, dulu bukan main belagak lagi muka kau kan, asal hari ni
macam cuak je.’
“Dia
orang nak sambung berkasih dalam kelas pulak.” Ujar satu suara dari arah
belakang. Serius tak faham perkara tersirat yang sedang berlaku di dalam kelas
tika ini.
“Ehem-ehem.”
Suara seorang pelajar lelaki itu bagai mengejutkan Fazreen. ‘Kenapa ya,
pelajar-pelajarnya tersenyum-senyum. ‘Jangan-jangan berita pertunangan palsu
aku tu dah tersebar kot. Hanya satu perkataan yang tepat. MAMPUS!
“Okay,
kita sambung topik kita yang lepas. Sila buka muka surat enam puluh lima.”
Malas mahu memanjangkan cerita. Lantas diteruskan kelas seperti biasa.
Tak
sangka sungguh yang gadis itu adalah pelajar di kelasnya. Tak perasan pula dia
akan kehadiran gadis itu tempoh hari. Dia yang tidak perasan ataupun memang
gadis yang tidak berperasaan itu memang tiada pada kelas yang lepas.
***
“Oh,
sampai hati kau tak beritahu kita orang yang kau dah bertunang.” Usai pensyarah
keluar dari kelas, terus mejanya diserbu oleh rakan sekelasnya.
“Bertunang?”
Hampir serentak dia dan Yusra menyoal.
“Eh,
asal kau bertunang aku tak tahu ni?” Ditepuk kuat bahu Qaseh.
“Kenapa
aku bertunang, aku pun tak tahu?” Hah, ambik kau. Semua yang melihat mula
pening sendiri.
“Mana
korang dapat berita yang aku dah bertunang? Aku bertunang dengan siapa?”
Disoalnya sahabat-sahabatnya pula. Mereka mula berpandangan sesama sendiri.
“Budak-budak
ni yang beritahu. Berita ni satu kolej pun dah tersebar tau. Kau bertunang
dengan Encik Fazreen.” Terang Safira sedikit. Melopong mereka berdua
mendengarnya.
“Siapa
budak-budak tu? Hmm, Encik Fazreen yang mana ni?” Bagai orang bodoh dia
melahirkan pertanyaan.
“Hai,
tunang sendiri pun tak kenal ke? Yang ajar kita tadi tu nama dia Fazreen. Hah,
kau tunang dengan Fazreen? Melampau kan kau ni, mentang-mentanglah tunang
dengan orang hensem, terus lupakan kita orang eh.” Gurauan Yusra disambut
ketawa oleh teman-temannya yang lain.
“Bodoh.
Aku serius ni.” Usik mengusik, kata-mengata, kutuk-mengutuk sudah menjadi
lumrah dalam persahabatan mereka. Jadi, ayat-ayat sebegitu memang sudah sebati
dalam diri mereka. Itu yang kadang-kadang terlepas laku tu.
“Betullah
cakap Yusra tu. Memang betullah Encik Fazreen tu lecturer kita. Kalau kau tak
bertunang dengan Fazreen tu, siapa yang pandai-pandai buat cerita ni?” Itu yang
menjadi persoalannya. Siapa dalang pereka cerita plastik ini? Kalau korang
tahu, sila-silalah kemukakan jawapannya. Pening gadis-gadis ini dibuatnya.
“Pening
aku. Lepas satu-satu. Dulu si Mamat Khadil tu. Sekarang si Fazreen tu pulak.”
Rungut Qaseh kebengangan.
“Tapi
kau untunglah. Sekurang-sekurangnya Fazreen tu lebih hensem daripada si Khadil
tu.” Gelak lagi. ‘Aku ni dah macam orang gila dah. Hampir meroyan macam si
Khadil tu jugak.’
“Eh,
jap. Cakap pasal Khadil kan, mana dia hah? Ponteng kelas ke apa?” Tanya Qaseh
pelik.
“Lah,
sejak berita pertunangan kau ni dilancarkan, Khadil terus tukar kelaslah. Frust
kot awek dia dah bertunang.” Jelas Alisa pula.
“Okay
jugak berita ni sebenarnya. Yalah, Khadil tak kacau kau lagi kan. So, kau tak
payahlah asyik nak lari dari dia je. Ini tidak, macam cinta langgar lari je aku
tengok.” Memang banyak senaman muka yang mereka buat pagi ni.
“Tapi
dengan Encik Fazreen. Aku dah ada kes dengan dia?”
“Kes
apa pulak ni?”
“Aku
gaduh dengan dia kat klinik.” Rata-rata yang mendengar semuanya terlopong.
“Agak-agak
kau, dia tahu tak pasal hal ni?” Hanya bahu yang diangkat menjadi ganti jawapannya.
“Habislah
discount markah law kau.”
“Aku
rasa bukan setakat discount lagi ni, untung-untung terpaksa repeat paper.”
“Uaaarghhhhh,
betul-betul rasa macam nak pengsan.” Ada yang tersenyum, ada yang tergelak, ada
juga yang bersimpati. Nasib kaulah Qaseh Miasara.
***
“Betul
ke Encik Fazreen bertunang dengan pelajar kolej ni?” Rasa macam hendak
tersembur air kopi yang baru masuk ke dalam mulutnya ini.
“Mana
awak dengar cerita ni?” Dia ingatkan cerita ini tersebar dalam kalangan pelajar
saje namun pensyarah-pensyarah perempuan di sini pun tidak kurang hebatnya
juga.
“Bukan
dengar tapi baca.” Jawab Nurul sambil tersenyum sedikit. Sayangnya lelaki kacak
seperti ini sudah menjadi kepunyaan orang. Jika tidak, pasti dia orang pertama
yang akan mengebasnya.
“Baca?
Dekat mana?” Masalah apa pulak yang muncul ni?
“Kat
papan kenyataan kolej. Semua tempat ada.” Mendengarkan kata-kata Nurul itu,
terus dia keluar dan menuju ke arah papan kenyataan yang berdekatan.
“Kurang
ajar. Siapa yang bangang sangat ni.” Marah Qaseh.
Dari
kejauhan dia melihat tubuh badan gadis tunang palsunya yang mula mencabut
kertas yang bertampal disekitar papan kenyataan.
Terlompat-lompat
dia tika kertas itu berada di luar jangkauannya. Fazreen kasihan melihatnya
terus menghampiri dan membantu gadis itu.
“Terima
kasih.” Terkejut dia apabila mata mereka saling bertentangan. ‘Hmm, tiba-tiba
aku dapat rasa aura tunang plastik aku ni.’ Sempat lagi tueh.
“Tak
tahu pulak awak pandai cakap terima kasih.” Perli Fazreen tersengih-sengih.
“Saya
baru belajar tadi.” Lawan Qaseh. Hmm, tak nak bagi menang sangat.
“Saya?
Wow, bahagia saya mendengarnya. Mana bahasa ‘aku’ ‘kau’ yang awak guna dulu.”
Sedaya upaya Qaseh cuba menahan sabar. Boleh tahan jugak lelaki ni.
“Apa
masalah Encik Fazreen ni. Encik Fazreen ingat Encik Fazreen pensyarah saya,
saya takutlah. Hei, ni Qaseh Miasara lah. Encik Fazreen silap kalau cari pasal
dengan saya.” Marah betul dia rasanya. Dan lelaki ini boleh tersengih sumbing.
“Habis
tu awak tak silaplah bila cari pasal dengan saya?” Terkebil-kebil Qaseh
dibuatnya.
“Bila
masa saya cari pasal dengan Encik Fazreen?” Hah, jawab sikit Fazreen. Siapa
sebenarnya yang menjadi dalang pertunangan palsu ini.
“Cuba
awak pandang hujung sana. Awak ada ingat apa-apa tak?” Matanya merayap di
hujung koridor menghala ke gelangang bola keranjang.
“Kenapa
dengan tempat tu?” Tanyanya kembali.
“Tiang
tulah yang awak langgar hari tu kan.” Fazreen mengingatkan tunang palsunya itu.
“So?”
“Di
situlah tempat kita bertunang.” Selamba Fazreen menjawab. Nampaknya, ingatan
Qaseh memang sudah luput tentang peristiwa kemarin.
“Hah,
apa yang Encik Fazreen merepek ni?”
“Lepas
langgar tiang tu, awak memang hilang ingatan eh. Awak lupa ke yang awak yang
mengaku pada kawan awak yang selalu kejar awak tu, awak cakap dekat dia yang
saya ni tunang awak.” Moga-moga kata-katanya ini dapat menjelaskan keadaan yang
berlaku tempoh hari.
“Hah,
saya yang cakap macam tu?” Suaranya tinggi kerana terlalu terkejut. Rupa-rupanya
dia sendiri yang menjadi dalang pertunangan palsu ini.
“Yalah
mak cik. Awak ni memang dah nyanyok eh. Atau awak sengaja berpura-pura lupa
ni.” Fazreen tersenyum menyindir. Sengaja membakar kemarahan pelajarnya itu.
“Sumpah
saya tak ingat langsung.” Ya Allah. Serius malu tahap gegaban. Mana aku nak
letak muka ni? Bawah tudung saji pun tak mampu nak sorok muka dari pensyarahnya
ini.
“Dan
saya rasa ini memang kerja-kerja kawan awak tu. Kecewa kerana cinta hingga membuatkan
dia membocorkan pertunangan palsu awak ni.” Tangannya sambil lalu terus menarik
kertas yang masih bersisa di papan kenyataan.
“Bodoh
punya Mamat Khadil.” Tanpa dia sedari, perkataan itu keluar dari mulutnya.
“Semua
orang akan melakukan perkara bodoh ketika bercinta. Termasuklah awak.”
“Kenapa
saya pulak?” Tak pasal-pasal, dia pulak yang kena.
“Yalah,
sebab awak jatuh cinta dengan saya, terus sanggup mengaku yang saya ni tunang
awak.” Qaseh benar-benar rasa hendak pelangkung pensyarahnya itu.
“Tolong
jangan perasan. Cinta saya bukan pada paras rupa. Cinta saya bukan pada pangkat
dan harta. Cinta saya tak dapat diukur berapa panjangnya. Tak dapat ditimbang
betapa beratnya. Tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Tak dapat dilihat
dengan mata kasar. Dan maaf, lelaki spesis macam Encik Fazreen ni, bukan dalam
kategori pilihan hati saya.”
Sejurus
itu, apa lagi, angkat kakilah. Dia terus berlalu meninggalkan pensyarahnnya
tidak senyumannya sendiri. Dia tidak dapat mentafsirkan rasa hatinya kini.
Marah? Tidak sama sekali. Bengang? Mungkin hanya pada Khadil a.k.a mat meroyan
tu. Malu? Ini kena fikir dulu.
Jadi,
apa yang dia rasa sekarang. Hmm, tak ada perasaaan. Itulah perkataan yang lebih
sesuai, tepat dan padat. Hehehe. Dan selebihnya dia bersyukur kerana
persoalannya beberapa hari ini akhirnya terjawab jua.
p/s::: nantikan
kemunculannya awal bulan 5 nanti...
lmanya nk tggu bulan 5.. knp bkan blan april atau mac..?? huhu
ReplyDeletehehe.. publisher kabo bulan 5..
Deletenak buat macam mana.. =)
sabor jelah...
ermm...len dr yg len
ReplyDeletemesti best..
ReplyDeleteMcm best je???
ReplyDeleteni novelker..mini novel ke atau cerpen...
ReplyDeleteini cerpen yunk.. x kuar full.. sebab ini akan diterbitkan under KS untuk kompilasi cerpen bulan 5 nnti.. =)
DeleteBaru hari ni akak berkesempatan nak bace Cinta Langgar Lari.. xsabar nak tunggu bulan 5 nanti..
ReplyDeletexda smbungan ker
ReplyDeleteyelah... dh masuk bulan Nov dh nie... huhuhu
ReplyDeleteada smbungan x?
ReplyDeleteBest 2..xsabar tgu smbungn. Keep it up. Love ur cerpen ♡♡♥♥
ReplyDelete