Sunday 18 March 2012

CINTA LANGGAR LARI [INTRO]



               Dari satu rak buku hingga ke satu rak yang lainnya, sedaya upaya Qaseh ingin lari dari seseorang yang sangat menyemakkan kepala otakknya itu, Hendak membeli novel pun rasa tidak senang bila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang tak pernah reti bahasa melayu ini.
            Rakan-rakannya hanya mampu menggelakkannya. Bukan hendak menolong tapi tolong gelak bolehlah. Hampeh betul.
            Qaseh mula meredah lautan manusia yang membanjiri pesta buku di kampusnya ini. ‘Dia orang ni bukan nak beli buku sangat sebenarnya tapi sibuk nak berdating kot. Uish, boleh tak jangan halang laluan aku.’
            Dari jelingannya, dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu semakin dapat menjejakinya lantas dicepatkan langkah, dilanggarnya bahu-bahu orang yang berjalan bertentangan dengannya hinggalah dia terlanggar seorang pemuda.
            Habis tumpah air yang berada di tangan pemuda itu ke atas bajunya. Hendak marah pun tak guna sebab dia yang langgar, bukan dia yang dilanggar.
            “Maaf, saya betul-betul tak sengaja.” Lembut tutur katanya namun sedikit pun tidak dihiraukan oleh Qaseh. Matanya menilau mencari seseorang. Siapa lagi kalau mamat Khadil a.k.a lelaki meroyan yang gilakannya itu.
            Sebelah tangannya sibuk mengelap air yang tumpah walaupun dia tahu yang usahanya sia-sia sahaja. Ialah, lap pakai tangan je, apalah faedahnya.
            “Awak, saya mintak maaf betul-betul ni.” Pelik dia dibuatnya dengan gadis dihadapannya ini. Pekak ke bisu? Ataupun sejenis manusia yang tak berperasaan langsung. Mati-mati dia ingatkan yang dia akan ditampar oleh gadis itu. Rupa-rupanya, tiada sebarang respon langsung.
            “Alamak, dia makin dekat...” Gabra dia dibuatnya, terus dia kembali meredah lautan manusia yang membanjiri pesta buku itu.
            Fazreen terpinga-pinga sendiri sambil mengarukan kepalanya. ‘Confirm memang perempuan yang tak ada perasaan. Wujud jugak manusia macam ni dekat bumi Allah ni.’ Ngomel Fazreen sendirian sambil tersenyum sedikit.
            Sekurang-kurangnya, gadis itu dapat jugalah mengurangkan debaran yang sedari tadi menghuni segenap rasa dan perasaannya.
            Al-maklumlah, ini adalah hari pertamanya sebagai pensyarah di kampus ini. Mahu tak takut. Dia bakal berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia yang tak akan pernah habis untuk dicerita.
            Ragam dan cerita yang bakal menjadi peneman setianya di sini nanti. Hidup jauh di bandar Metropolitan ini membuatkan ingatannya terkenang pada ayah dan ibu yang berada di kampung. Pasti sekarang ibu dan ayahnya sedang menjamu selera di halaman rumah. Syoknya kalau dia pun ikut turut berada di situ. Tapi hendak buat macam mana lagi, ada tuntutan yang perlu digalas. Ada tanggungjawab yang perlu dia tunaikan.

***
            Qaseh menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bengang pastinya kerana hari-harinya sering diganggu oleh manusia yang bernama Mamat Khadil a.k.a lelaki meroyan.
            “Kasihan kawan aku nih.” Ujar Yusra sambil tergelak-gelak. Apalah yang hendak dikatakan lagi. Sudah nasib badan.
            “Tak kelakar bongok.”
            “Kau ni dah macam artis dah aku tengok. Artis yang terpaksa lari dari peminat.”
            “Arghhhh, malas nak fikir. Tidur lebih bagus kot.”
            “Kau ni memang tak berperasaan langsung kan? Okay apa Mamat Khadil tu? Terima jelah.”
            “Kalau macam tu aku pas kat kau jelah. Hehehe”
            “Eh, tak mahu aku. Aku tak ambik hak-hak orang ni. Ape kelas dowh.”
            “Banyaklah kelas kau.” Dicampaknya bantal ke arah temannya itu.
            “Eh, cakap pasal kelas kan, dah ada lecutrer yang ganti Puan Syaza yang bertukar hari tu. Yeahhh, tak sabar nak belajar company law.”
            Makin pusing kepala Qaseh dibuatnya. Dia sudahlah tidak sukakan langsung subjek comapny law. Bertambah pening bila dia terpaksa berhadapan dengan mamat Khadil yang sekelas dengannya tika subjek company law menjengah.
            “Aku tak suka subjek tu. Eee, dah lah si meroyan tu pun ada jugak.” Bebel Qaseh bising.
            “Makin kuat kau gelar dia meroyan, makin meroyan aku tengok kau nie. Hahaha.” Sakan dia melahirkan tawa. Kelakar-kalakar.
            “Yusra!!! Aku bunuh kau nanti.” Jerit Qaseh
            “Bunuhlah. Nanti bila aku jadi hantu, kau orang pertama yang aku cari. Kah kah kah.” Tak boleh dilayan si Yusra ni. Makin layan, makin meroyan Qaseh dibuatnya.
            “Bila aku jadi hantu pulak, aku kacau balik kau.” Mereka berdua ni memang banyak merepek sikit.
            “Dan kita akan jadi hantu yang paling cantik di dunia hantu. Hah Hah Hah!!!!!” Yusra gelak besar manakala Qaseh ra mengetuk kepalanya sendiri. ‘Ya Allah, hindarilah aku dari segala kata-kata Yusra ini. Serius gila merepek.’ Macam manalah takdir boleh menemukan aku dengan makhluk Allah ini.

***
            “Hai sayang...” Tanpa berpaling pun, dia sudah kenal dengan gerangan suara yang paling dia menyampah seumur hidupnya itu.
            “Kau nak apa? Boleh tak jangan ganggu hidup aku.” Serius dia bengang dengan lelaki ini. Memang tak tahu malu ke or memang tak ada kemaluan. Ops!
            “Kalau sayang terima abang, confirm abang tak ganggu hidup sayang lagi.” Bertaburan rasanya bulu romanya tika mendengar suara Mamat Khadil yang sungguh meloyakan itu. Memang untuk gila kalau aku dapat muntah atas kepala otak dia ni. Baru boleh betul sikit urat sarafnya itu.
            Terus dia berpaling dan berlalu. Malas hendak layan mamat gila meroyan ini. Langkahnya dipercepatkan apabila Mamat Khadil masih setia mengekorinya.
            Kerana terlalu memandang ke belakang, dia tidak sedar akan tiang yang berada dihadapannnya.
            “Sayang, jaga-jaga...” Dan akhirnya Dummm!!!! Berpusing rasanya bumi ini dan badannya melayang-layang dibawa angin tapi yang peliknya, dia tidak terasa seperti jatuh di atas bumi pun.
            “Awak tak apa-apa?” Mujurlah dia sempat menyambut badan gadis itu. Jika tidak, pasti gadis itu sudah jauh tergolek ke bawah memandangkan tiang itu berdekatan dengan tangga untuk ke gelanggang bola keranjang.
            Qaseh sedaya upaya cuba untuk berdiri namun hampa kerana badanya sendiri masih terhuyung hayang.
            “Sayang, kan abang dah suruh sayang hati-hati.” Mamat Khadil cuba menarik lengan gadisnya itu namun ditepis kasar oleh Qaseh.
            “Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada change nak ganggu hidup aku lagi.” Bagai orang mabuk dia di berbicara sehingga tidak sedar yang kata-katanya sebenarnya baru sahja meragut nyawa-nyawa mereka yang mendengar.
            Tercengang Fazreen mendengar pengakuan gadis itu. Kalau dia tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri yang gadis itu baru sahja terhantuk kepalanya, pasti dia akan menganggap yang gadis itu mabuk.
            Dengan gaya terhuyung-hayangnya. Dengan suara yang bagai antara dengar atau tidak. Namun tiba-tiba sahaja gadis itu dengan beraninya mencapai tangannya.
            “Abang, marah sikit dekat dia ni. Selalu ganggu tunang abang.” Dan akhirnya, dia terlentok di bahu Fazreen. Dan apa yang boleh dia lakukan tika ini ialah tersengih. Entah drama kasih manalah yang sedang dilakonkan oleh gadis ini tadi.
***
            Qaseh memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut itu. Lambat-lamabat dia bangun dari pembaringan.
            “Dah bangun dah?” Tegur satu suara yang tidak pernah dikenali.
            “Kau ni siapa?” Tanya Qaseh kasar. Apa lelaki itu buat di biliknya ini.
            ‘Ish budak ni, tadi sesedap perencah maggie dia mengaku yang aku ni tunang dia. Sekarang boleh tanya pulak aku nie siapa? Sepatutnya aku yang tanya dia, kenapa dia mengaku jadi tunang aku tadi? Apa, terlebih hensem sangat ke aku ni sampai ada yang offer diri tanpa aku pelawa. Ish ish ish.’
            “Yang kau tersengih-sengih ni kenapa? Apa kau buat dalam bilik aku ni?” Hah, tak pasal-pasal dapat free je tengkingan dari aku.
            “Helo, ni bukannya bilik awak. Hai, pengsan sekejap pun dah hilang ingatan ke?” Membuak-buak rasa marah mula menerpa.
            “Habis tu kau ni siapa? Kenapa aku ada kat sini? Entah-entah kau nilah perogol bersiri yang selalu merogol orang macam yang dalam tv tu kan?”
            Tercengang Fazreen dibuatnya. ‘Hai, cepat betul aku turun taraf. Tadi aku jadi tunang dia tanpa rasmi, sekarang dia bagi aku title perogol pulak. Apa dia tengok muka aku ni macam tukang pecah rumah ke apa?’
            “Lepas kepala awak terhantuk pada tiang tadi, memang sah awak dah jadi mereng rasanya.” Melopong mulut Qaseh mendengarnya. Sekarang barulah dia ingat. Ya, ingatannya sudah mula berlayar di kotak ingatan.
            “Oh, siapa yang bawak saya ke sini?” Takut-takut dia bertanya. ‘Tolong jangan cakap yang kau angkat akulah.’
            “Saya yang bawak.”
            “Hah, awak yang angkat saya. Eh, awak ni tak malu ke pegang perempuan. Awak tahu tak yang kita ni bukan muhrim. Suka hati awak je dukung saya kan.” Kali ini terasa hilang semua sakit kepalanya. Dia menggunakan seluruh kudrat untuk melimpahkan segala kemarahan kepada lelaki yang entah apalah namanya itu.
            “Saya cakap saya yang bawak tapi bukan saya yang dukung. Ada kawan-kawan perempuan awak yang tolong. Awak ni boleh jadi penceramah bebaslah.”
            Muka Qaseh benar-benar rasa membahang dengan rasa malu yang tidak digambarkan dengan kata-katalah. Malu, malu, malu, malu....
            “Lagipun manalah saya larat nak angkat awak tu. Berat badan awak berapa eh?”
            Qaseh baru sahaja hendak mengucapkan ayat maaf. Namun mendengar kata-kata lelaki itu, terus dia kuburkan sahaja niatnya.
            “Helo, saya tak gemuk pun eh.” Betullah dia tak gemuk. Berat badannya belum pun mencecah lima puluh kot.
            “Dah lah, saya nak balik. Malas layan orang tak betul macam kau ni.”
            “Awak ni tak belajar budi bahasa eh? Dimana kalau orang berbudi, sekurang-kurangnya cakaplah terima kasih ke? Ini tak, orang macam awaklah yang memburukkan lagi bangsa kita.”
            ‘Amboi, sesedap rasa je dia memperli aku. Ini bukan perli ni, tapi kutuk kot. Ini memang bikin gua panas kot.’
            “Apa masalah awak ni? Yang nak perli-perli saya kenapa? Mak ayah saya dah cukup didik saya dah. Tak perlu awak nak menambah-nambah. Tahulah saya nak bezakan dengan orang yang betul-betul berbudi dengan orang yang hanya mencari kesempatan je.”
            “Masalah awak yang sebenar ialah awak memang bermasalah.” Memang aneh bila berhadapan dengan manusia ini apatah lagi kaum hawa yang sememangnya kaum yang paling sukar untuk dimengerti.
            Makin pening dia dibuatnya. Sudahlah pening kerana terhantuk di tiang tadi, bertambah pening apabila berhadapan dengan mamat Tiang ini. Hah, gelaran ni memang sesuai dengan dia sebab dia ni kurus dan tinggi macam tiang.
            Tapi macam tak glamour sangatlah nama dia ni. Hah apa kata panggil mamat trafic light, hah, sesuai sangat. Yeah, cantik Qaseh...
            Tanpa dia sedari, mamat trafic light itu sudah menghilang entah kemana. Dia tersenyum kemenangan. ‘Eleh, takutlah tu.’
            “Ini ubat awak. Dua puluh empat ringgit tiga posen.” Uish, gila berkira. Tiga posen pun nak tuntut. Tak gentelmen langsung.
            “Nak ambik ni dua puluh lima ringgit. Keep the chain.” Kalau korang nak tahu, dari tadi sebenarnya mereka bertelagah di klinik kampus. Mujurlah pesakit tidak ramai hari ini. Jika tidak, pesakit yang lain pasti akan bertambah sakit mendengar perdebatan mereka berdua.
            “Ya Allah, janganlah kau merengkan kepala otak gadis itu. Sayang pula jika gadis cantik sepertinya terpaksa merempat di hospital sakit jiwa. Tapi bagus jugak kalau dia masuk sakit jiwa, kalau tidak, pasti perempuan tu yang boleh buat aku sakit jiwa.”
            Omel Fazreen tika gadis itu sudah mula hilang dari pandangannya. Belum sampai seminggu dia mengajar sudah macam-macam ragam mendatang. Mintak-mintaklah gadis itu bukan salah seorang dari pelajar yang akan diajarnya.

***
            “Apasal semua orang pandang aku pelik je?” Bisik Qaseh pada Yusra. Semua pelajar memandangnya dengan senyuman yang tidak lepas dari wajah.
            “Meh aku check muka kau sikit. Hmm, hidung kau tak senget lagi, taik mata tak ada pun, tengok gigi, hmm, taik gigi pun tak ada, jerawat baru pun tak muncul lagi.. Hmm, apa yang menarik pasal kau hari ni sampai satu kelas pandang kau semacam je.”
            “Mungkin sebab kau pakai baju pinjam kot hari ni.” Terus dicubit sahabatnya itu. ‘Kurang ajar, tak boleh nak simpan rahsia langsung.’
            “Sakitlah bongok. Kau ingat aku ni pau ke nak cubit-cubit.” Ngomel Yusra lagi sambil mengosok sedikit lengannya yang keperitan.
            “Ya Allah, bilalah kelas nak habis eh? Serius bosan..”
            “Kelas tak  mula pun lagi Qaseh . Aku sure kali ni kelas tak bosan sebab lecturer yang ajar kita tu hensem gila. Kira boleh cucilah taik mata kau tu.”
            “Oh, lelaki ke yang ajar kita nanti.”
            “Ialah mangkuk. Tulah, hari tu kau ponteng sesuka hati kau je kan. Dah lah tak ajak aku.”
            “Kalau aku ajak, confim-confirm dah kau tolak. Ialah, ni kan subjek kegemaran kau. Entah kenapalah kau suka sangat subjek ni. Aku pun tak faham.”
            Memang tak faham. Undang-undang memang sesuatu yang sangat membosankan. Sudahlah banyak fakta, eh tak.. seratus peratus fakta, tak ada langsung yang menarik. Nak kena ingat seksyen lagi, serius berbelit otaknya untuk memahami. Ialah, otaknya sebu sikit bab membaca ni. Lainlah kalau mengira. Confirm dia suka gila.
            “Syhhh, dia dah datang ngek.” Tegur Yusra lantas memeperkemaskan mejanya.
            Seraya itu, terus dia memandang ke hadapan. Namun bagai hendak terkeluar bijik matanya bila terpandangkan seorang pemuda di hadapanya ini.
            “Jangan cakap yang tu lecturer kita?”  Bisik Qaseh perlahan.
            “Aku cakap yang tu memang lecturer kita.” Balas Yusra walau dia tidak faham akan maksud persoalan sahabat baiknya itu.
            “Mampus aku.” Perlahan namun masih sempat singgah di pendengaran Yusra.
            “Kenapa? Muka dia yang kacak tu membunuh jiwa kau ke? Hehehe.” ‘Hampeh punya kawan. Dia perli aku baik punya.’
            ‘Bukan Yusra. Dia bakal membunuh markah paper law aku.’ Ya Allah, dah lah ujian markahnya selalu dapat discount, sekarang berganda-ganda diskaun yang dia akan dapat.
‘Tulah Qaseh , cari pasal tak kena tempat. Kau smash lecturer kau sendiri hari tu.’ Kata-kata itu dilontarkan pada diri sendiri. ‘Kenapalah bangang sangat kepala otak aku ni.’ Adoyai.
Terus didirikan bukunya untuk menghalang pensyarahnya itu dari mengenal pasti wajahnya. Pasti lelaki itu akan tersenyum kemenangan apabila mendapat tahu akan statusnya sebagai pelajarnya. Dan pastilah pangkat pensyarah itu lebih tinggi berbanding dengan status pelajar.
“Dah start nak tidur la tu.” Perli Yusra sambil tergeleng-geleng.
“Kepala hotak kau nak tidur. Kalau tertidur pun, boleh dapat mimpi ngeri tau.” Berkerut dahi Yusra kerana ingin memahami maksud kata-kata sahabatnya itu.
Fazreen yang sedang mengajar itu menjadi tertarik melihat buku yang didirikan di atas meja itu. ‘Itu mesti taktik nak tidurlah tu. Tolonglah jangan guna taktik lama aku waktu study dulu. Hehehe. Dah lapuklah.’
“Awak ada apa-apa masalah ke?” Tegur Fazreen seraya membuatkan seluruh kelas melemparkan pandangan ke arah Qaseh.
“Weh, turunkan buku kau tu.” Arah Yusra sambil cover-cover sikit di hadapan pensyarahnya.
Digigit bibirnya bagai hendak berdarah dibuatnya. Tanpa rela hati, dia menurunkan bukunya perlahan-lahan. Namun senyuman rakan-rakannya itu menambah kepelikan dalam jiwa Qaseh.
Tersentak Fazreen dibuatnya. ‘Bukan dia gadis tempoh hari yang langgar tiang dan mengaku tunang aku kan? Oh, dulu bukan main belagak lagi muka kau kan, asal hari ni macam cuak je.’
“Dia orang nak sambung berkasih dalam kelas pulak.” Ujar satu suara dari arah belakang. Serius tak faham perkara tersirat yang sedang berlaku di dalam kelas tika ini.
“Ehem-ehem.” Suara seorang pelajar lelaki itu bagai mengejutkan Fazreen. ‘Kenapa ya, pelajar-pelajarnya tersenyum-senyum. ‘Jangan-jangan berita pertunangan palsu aku tu dah tersebar kot. Hanya satu perkataan yang tepat. MAMPUS!
“Okay, kita sambung topik kita yang lepas. Sila buka muka surat enam puluh lima.” Malas mahu memanjangkan cerita. Lantas diteruskan kelas seperti biasa.
Tak sangka sungguh yang gadis itu adalah pelajar di kelasnya. Tak perasan pula dia akan kehadiran gadis itu tempoh hari. Dia yang tidak perasan ataupun memang gadis yang tidak berperasaan itu memang tiada pada kelas yang lepas.

***
            “Oh, sampai hati kau tak beritahu kita orang yang kau dah bertunang.” Usai pensyarah keluar dari kelas, terus mejanya diserbu oleh rakan sekelasnya.
            “Bertunang?” Hampir serentak dia dan Yusra menyoal.
            “Eh, asal kau bertunang aku tak tahu ni?” Ditepuk kuat bahu Qaseh.
            “Kenapa aku bertunang, aku pun tak tahu?” Hah, ambik kau. Semua yang melihat mula pening sendiri.
            “Mana korang dapat berita yang aku dah bertunang? Aku bertunang dengan siapa?” Disoalnya sahabat-sahabatnya pula. Mereka mula berpandangan sesama sendiri.
            “Budak-budak ni yang beritahu. Berita ni satu kolej pun dah tersebar tau. Kau bertunang dengan Encik Fazreen.” Terang Safira sedikit. Melopong mereka berdua mendengarnya.
            “Siapa budak-budak tu? Hmm, Encik Fazreen yang mana ni?” Bagai orang bodoh dia melahirkan pertanyaan.
            “Hai, tunang sendiri pun tak kenal ke? Yang ajar kita tadi tu nama dia Fazreen. Hah, kau tunang dengan Fazreen? Melampau kan kau ni, mentang-mentanglah tunang dengan orang hensem, terus lupakan kita orang eh.” Gurauan Yusra disambut ketawa oleh teman-temannya yang lain.
            “Bodoh. Aku serius ni.” Usik mengusik, kata-mengata, kutuk-mengutuk sudah menjadi lumrah dalam persahabatan mereka. Jadi, ayat-ayat sebegitu memang sudah sebati dalam diri mereka. Itu yang kadang-kadang terlepas laku tu.
            “Betullah cakap Yusra tu. Memang betullah Encik Fazreen tu lecturer kita. Kalau kau tak bertunang dengan Fazreen tu, siapa yang pandai-pandai buat cerita ni?” Itu yang menjadi persoalannya. Siapa dalang pereka cerita plastik ini? Kalau korang tahu, sila-silalah kemukakan jawapannya. Pening gadis-gadis ini dibuatnya.
            “Pening aku. Lepas satu-satu. Dulu si Mamat Khadil tu. Sekarang si Fazreen tu pulak.” Rungut Qaseh kebengangan.
            “Tapi kau untunglah. Sekurang-sekurangnya Fazreen tu lebih hensem daripada si Khadil tu.” Gelak lagi. ‘Aku ni dah macam orang gila dah. Hampir meroyan macam si Khadil tu jugak.’
            “Eh, jap. Cakap pasal Khadil kan, mana dia hah? Ponteng kelas ke apa?” Tanya Qaseh pelik.
            “Lah, sejak berita pertunangan kau ni dilancarkan, Khadil terus tukar kelaslah. Frust kot awek dia dah bertunang.” Jelas Alisa pula.
            “Okay jugak berita ni sebenarnya. Yalah, Khadil tak kacau kau lagi kan. So, kau tak payahlah asyik nak lari dari dia je. Ini tidak, macam cinta langgar lari je aku tengok.” Memang banyak senaman muka yang mereka buat pagi ni.
            “Tapi dengan Encik Fazreen. Aku dah ada kes dengan dia?”
            “Kes apa pulak ni?”
            “Aku gaduh dengan dia kat klinik.” Rata-rata yang mendengar semuanya terlopong.
            “Agak-agak kau, dia tahu tak pasal hal ni?” Hanya bahu yang diangkat menjadi ganti jawapannya.
            “Habislah discount markah law kau.”
            “Aku rasa bukan setakat discount lagi ni, untung-untung terpaksa repeat paper.”
            “Uaaarghhhhh, betul-betul rasa macam nak pengsan.” Ada yang tersenyum, ada yang tergelak, ada juga yang bersimpati. Nasib kaulah Qaseh Miasara.

***
            “Betul ke Encik Fazreen bertunang dengan pelajar kolej ni?” Rasa macam hendak tersembur air kopi yang baru masuk ke dalam mulutnya ini.
            “Mana awak dengar cerita ni?” Dia ingatkan cerita ini tersebar dalam kalangan pelajar saje namun pensyarah-pensyarah perempuan di sini pun tidak kurang hebatnya juga.
             “Bukan dengar tapi baca.” Jawab Nurul sambil tersenyum sedikit. Sayangnya lelaki kacak seperti ini sudah menjadi kepunyaan orang. Jika tidak, pasti dia orang pertama yang akan mengebasnya.
            “Baca? Dekat mana?” Masalah apa pulak yang muncul ni?
            “Kat papan kenyataan kolej. Semua tempat ada.” Mendengarkan kata-kata Nurul itu, terus dia keluar dan menuju ke arah papan kenyataan yang berdekatan.
            “Kurang ajar. Siapa yang bangang sangat ni.” Marah Qaseh.
            Dari kejauhan dia melihat tubuh badan gadis tunang palsunya yang mula mencabut kertas yang bertampal disekitar papan kenyataan.
            Terlompat-lompat dia tika kertas itu berada di luar jangkauannya. Fazreen kasihan melihatnya terus menghampiri dan membantu gadis itu.
            “Terima kasih.” Terkejut dia apabila mata mereka saling bertentangan. ‘Hmm, tiba-tiba aku dapat rasa aura tunang plastik aku ni.’ Sempat lagi tueh.
            “Tak tahu pulak awak pandai cakap terima kasih.” Perli Fazreen tersengih-sengih.
            “Saya baru belajar tadi.” Lawan Qaseh. Hmm, tak nak bagi menang sangat.
            “Saya? Wow, bahagia saya mendengarnya. Mana bahasa ‘aku’ ‘kau’ yang awak guna dulu.” Sedaya upaya Qaseh cuba menahan sabar. Boleh tahan jugak lelaki ni.
            “Apa masalah Encik Fazreen ni. Encik Fazreen ingat Encik Fazreen pensyarah saya, saya takutlah. Hei, ni Qaseh Miasara lah. Encik Fazreen silap kalau cari pasal dengan saya.” Marah betul dia rasanya. Dan lelaki ini boleh tersengih sumbing.
            “Habis tu awak tak silaplah bila cari pasal dengan saya?” Terkebil-kebil Qaseh dibuatnya.
            “Bila masa saya cari pasal dengan Encik Fazreen?” Hah, jawab sikit Fazreen. Siapa sebenarnya yang menjadi dalang pertunangan palsu ini.
            “Cuba awak pandang hujung sana. Awak ada ingat apa-apa tak?” Matanya merayap di hujung koridor menghala ke gelangang bola keranjang.
            “Kenapa dengan tempat tu?” Tanyanya kembali.
            “Tiang tulah yang awak langgar hari tu kan.” Fazreen mengingatkan tunang palsunya itu.
            “So?”
            “Di situlah tempat kita bertunang.” Selamba Fazreen menjawab. Nampaknya, ingatan Qaseh memang sudah luput tentang peristiwa kemarin.
            “Hah, apa yang Encik Fazreen merepek ni?”
            “Lepas langgar tiang tu, awak memang hilang ingatan eh. Awak lupa ke yang awak yang mengaku pada kawan awak yang selalu kejar awak tu, awak cakap dekat dia yang saya ni tunang awak.” Moga-moga kata-katanya ini dapat menjelaskan keadaan yang berlaku tempoh hari.
            “Hah, saya yang cakap macam tu?” Suaranya tinggi kerana terlalu terkejut. Rupa-rupanya dia sendiri yang menjadi dalang pertunangan palsu ini.
            “Yalah mak cik. Awak ni memang dah nyanyok eh. Atau awak sengaja berpura-pura lupa ni.” Fazreen tersenyum menyindir. Sengaja membakar kemarahan pelajarnya itu.
            “Sumpah saya tak ingat langsung.” Ya Allah. Serius malu tahap gegaban. Mana aku nak letak muka ni? Bawah tudung saji pun tak mampu nak sorok muka dari pensyarahnya ini.
            “Dan saya rasa ini memang kerja-kerja kawan awak tu. Kecewa kerana cinta hingga membuatkan dia membocorkan pertunangan palsu awak ni.” Tangannya sambil lalu terus menarik kertas yang masih bersisa di papan kenyataan.
            “Bodoh punya Mamat Khadil.” Tanpa dia sedari, perkataan itu keluar dari mulutnya.
            “Semua orang akan melakukan perkara bodoh ketika bercinta. Termasuklah awak.”
            “Kenapa saya pulak?” Tak pasal-pasal, dia pulak yang kena.
            “Yalah, sebab awak jatuh cinta dengan saya, terus sanggup mengaku yang saya ni tunang awak.” Qaseh benar-benar rasa hendak pelangkung pensyarahnya itu.
            “Tolong jangan perasan. Cinta saya bukan pada paras rupa. Cinta saya bukan pada pangkat dan harta. Cinta saya tak dapat diukur berapa panjangnya. Tak dapat ditimbang betapa beratnya. Tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Tak dapat dilihat dengan mata kasar. Dan maaf, lelaki spesis macam Encik Fazreen ni, bukan dalam kategori pilihan hati saya.”
            Sejurus itu, apa lagi, angkat kakilah. Dia terus berlalu meninggalkan pensyarahnnya tidak senyumannya sendiri. Dia tidak dapat mentafsirkan rasa hatinya kini. Marah? Tidak sama sekali. Bengang? Mungkin hanya pada Khadil a.k.a mat meroyan tu. Malu? Ini kena fikir dulu.
            Jadi, apa yang dia rasa sekarang. Hmm, tak ada perasaaan. Itulah perkataan yang lebih sesuai, tepat dan padat. Hehehe. Dan selebihnya dia bersyukur kerana persoalannya beberapa hari ini akhirnya terjawab jua. 

p/s::: nantikan kemunculannya awal bulan 5 nanti... 

12 comments:

  1. lmanya nk tggu bulan 5.. knp bkan blan april atau mac..?? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. publisher kabo bulan 5..
      nak buat macam mana.. =)
      sabor jelah...

      Delete
  2. ni novelker..mini novel ke atau cerpen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini cerpen yunk.. x kuar full.. sebab ini akan diterbitkan under KS untuk kompilasi cerpen bulan 5 nnti.. =)

      Delete
  3. Baru hari ni akak berkesempatan nak bace Cinta Langgar Lari.. xsabar nak tunggu bulan 5 nanti..

    ReplyDelete
  4. xda smbungan ker

    ReplyDelete
  5. yelah... dh masuk bulan Nov dh nie... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Best 2..xsabar tgu smbungn. Keep it up. Love ur cerpen ♡♡♥♥

    ReplyDelete