Ezza
meletakkan novel yang baru habis di baca di atas rak yang telah disediakan. Dia tersenyum sendirian. Memang sudah
menjadi hobinya sedari dulu lagi. Membaca dan mengumpul novel.
Sekarang,
dia sudah mampu tersenyum kerana novel kepunyaannya sudah melebihi dari sasaran
yang telah ditetapkan. Namun, dia tidak akan penat atau berhenti dari melanggan
novel yang akan datang kerana setiap novel memaparkan cerita dan cinta yang
berbeza.
Macam
mana pula dengan cintanya nanti. Adakah seindah yang ditulis di dalam novel
atau hanya sekadar mempunyai cinta yang ala kadar. Dia mengeluh sendiri. Sampai
sekarang, dia belum merasai apa itu cinta kerana fokusnya dia pada cita-cita.
Cinta dan cita-cita tiada bezanya.
Perkataan Cinta jika dibuang N maka jadilah cita. Dan perkataan cita jika
ditambah N maka jadilah cinta. Tiada perbezaannya. Kerana semua orang di dunia
ini mengejar cita-cita dan mengharapkan cinta.
Orang cakap, kejarlah cita-cita
sebelum mengejar cinta. Namun ada juga yang bercinta sambil mengejar cita-cita.
Tidak ketinggalan juga yang kecundang mencapai cita-cita hanya kerana
semata-mata cinta. Ezza tersenyum
lagi.
“Apa
kes senyum sorang-sorang ni? Tengah angaulah tu.” Dia yang bertanya, dia
jugalah yang menjawab. Itulah kawan Ezza yang becok. Namanya Aminah tapi nama
komersialnya Min. glamour sikit.
“Banyaklah
kau punya angau. Kepala otak aku tengah lemau ni?” Ujar Ezza.
“Asal pulak boleh jadi lemau? Kau
tak tutup rapat-rapat ke?” Balas Aminah sambil tergelak kecil.
“Taklah sebab dari tadi lagi terbukak.” Bersahaja saja jawabnya.
“Kau
fikir pasal apa sampai boleh jadi lemau ni?” Kini tiba giliran Syafanah
pula bertanya.
“Aku tengah buat kertas kerja tentang aktiviti anjuran MPP ni?” Jawab Ezza
sambil menghalakan pandangan matanya ke arah kertas kerja yang berselerakan di
atas meja studinyer.
“Tak
siap-siap lagi? kesian kau kan. Hmm, malang betul jadi MPP ni kan?” Lancar
sahaja mulut Aminah menuturkan kata.
“Ish, ada pulak cakap macam tu. Bukan senang untuk jadi exco MPP tau.
Hanya yang terpilih sahaja yang layak. Ezza, aku tau kau boleh buat. Min,
sepatutnya kita bagi semangat, bukan lunturkan semangat.” Begitulah
kebiasaannya. Syafanah sentiasa berfikiran positif.
Aminah
tersenyum sumbing. Malu pula dia apabila ditegur begitu. Dia bukan berniat
untuk memperlekehkan Ezza, dia Cuma meluahkan apa yang terpendam di lubuk
hatinya sahaja. Tak lebih, tak kurang.
“Ada
apa-apa yang aku boleh tolong Ezza?” Kalau itu caranya untuk membantu sahabat,
apalah salahnya jika dia cuba untuk menawarkan bantuan.
“Tak
pe lah. Dah nak siap dah pun.” Jawab Ezza jujur. Memang kerja itu sudah hampir
siap. Cuma hendak menyemak untuk kali terakhir sahaja.
“Alah
Ezza, kalau kau rasa macam tak bersemangat, kau ingatlah dekat presiden MPP tu.
Mesti berlambak-lambak idea datang.” Cadang Aminah sambil tergelak.
Syafanah
juga turut tersenyum apabila melihat Ezza mencebik. Mereka bedua tahu yang Ezza
ada menaruh perasaan pada Presiden MPP yang kacak tu. Sudahlah kacak, pandai,
baik pula budi pekerti. Sesuai sangatlah dengan Ezza yang comel ni.
“Weh,
daripada kau merepek-repek ni, baik kau pergi makan kerepek. Sekurang-kurangnya
boleh gak tutupkan mulut kau yang bocor tu.” Geram sungguh dia dengan Aminah.
‘Kalau ada orang lain dengar, nanti mereka cakap yang aku ni minat kat Edy
plak. Tapi memang betul pun. Hehehe… Tapi tak payahlah nak bagi tau satu dunia.
Cukuplah hanya mereka yang tahu.’ Desis hati kecilnya.
“Kalau
ada kerepek, memang dah lama aku bantai. Masalahnya tak adalah Cik Ezza
oi.” Balas Aminah tidak mahu kalah.
“Ish korang berdua ni, tak
habis-habis nak bertekak. Ezza,
kalau kau layan si Min ni, sampai tahun depan pun belum tentu boleh siap kerja
kau tu. Dahlah esok nak hantar kan…” Kalau Syafanah tidak masuk campur, sampai
pagilah mereka dok bergusti mulut.
“Aku
pulak yang disalahkan.” Rungut Aminah. Ezza tersenyum senang sambil meneruskan
kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Kerja yang tinggal sedikit itu
menjadi senang setelah memperoleh sedikit semangat dari kawan-kawan kesayangannya
dan juga pujangga hatinya.
***
“Wei, korang masuk kelas
dululah. Aku nak pergi hantar kertas kerja kat Presiden.” Usul Ezza sambil
mencari kertas kerja di dalam beg sandangnya. Namun, apa yang dicarinya tidak
juga ketemu.
“Kau cari apa?” Soal Syafanah yang melihat Ezza yang kelam kabut mencari sesuatu di dalam begnya.
“Kau cari apa?” Soal Syafanah yang melihat Ezza yang kelam kabut mencari sesuatu di dalam begnya.
“Kertas
kerja tulah. Aku rasa aku dah masukkan dah semalam. Ya ALLAH, jangan cakap yang
kertas kerja aku tertinggallah.” Tangannya masih ligat mencari dibantu
oleh mata yang menilau.
“Carilah elok-elok. Ada tu. Janganlah gelabah sangat.” Nasihat
Syafanah. Tahu benar dengan perangai Ezza yang cepat gelabah. Aminah hanya
mendiamkan diri. Malas hendak menyerabutkan lagi keadaan.
“Memang
betul-betul tertinggal dekat hostel. Aku nak balik ambik. Korang masuklah kelas
dulu.” Putus Ezza sambil berlalu.
“Ezza!”
Panggil Aminah yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Apa?”
Suaranya agak tinggi memandangkan jarak mereka yang sudah menjauh.
“Yang
ni ke?” Soal Aminah sambil mengangkat tinggi fail berwarna merah. ‘Kertas kerja
aku, kurang ajar betul si Minah ni, dia pegang rupanya. Baru ingat nak ayu-ayu
sikit, dah keluar gelabah aku ni.’ Bisik hatinya.
“Asal
tak bagi tau? Tak boleh nak control ayu betullah kau ni.” Ezza mengambil Fail
yang berasa di tangan Aminah.
“Banyaklah
kau punya ayu. Nasib baik aku nampak tadi, kalau tak…” Dia malas ingin
menghabiskan ayatnya. Biarlah Ezza fikir sendiri.
“Thanks
Min… Sayang kau.” Ujar Ezza sambil menghadiahkan kepada Aminah sebuah ciuman di
pipi. Terkejut beruk Aminah dibuatnya.
“Wei,
agak-agaklah sikit kalau nak cium pun. Tempat umum ni. Karang, tak pasal-pasal
orang cakap yang kita ni lesbian.” Aminah mengosok-gosok pipinya yang mendapat
habuan daripada Ezza tadi.
Syafanah
hanya tergelak kecil apabila menyaksikan aksi kawan-kawannya. Dia berdoa di
dalam hati agar persahabatan mereka hanya akan berakhir dengan kematian sahaja.
Bukan dengan permusuhan.
“Cepatlah pergi, nanti lewat pulak
masuk kelas.” Tegur Syafanah.
“Entah, nanti tak cukup pulak masa
kau nak menatap wajah pujangga hati kau tu.” Sempat lagi Aminah menambah. Nasib
baik nada suaranya direndahkan. Kalau tidak, mau didengar oleh satu kolej
sahaja suaranya.
Sebelum dia pergi, sempat juga dia
menunjukkan penumbuk yang tidak besar mana kepada Aminah. ‘Dasar mulut tak ada insurans.’ Ezza berlari
menuju ke bilik gerakkan MPP. Namun seperti biasa, dadanya berdebar hebat.
Kalau
dia berhadapan dengan Edy, pasti dia kelihatan kaku sahaja. Dia tidak pernah
dapat menjadi dirinya sendiri. Semua ini hasil dari penangan cinta yang
mengunjung. Dia beristifar beberapa kali sebelum memulas tombol pintu.
***
Ezza
menyerahkan kertas kerjanya kepada Edy yang sedang duduk di sofa. Hatinya
berdebar-debar. Dia sendiri keliru, dia berdebar kerana takut dengan keputusan
kertas kerjanya atau kerana rasa cinta yang menghimpit.
“Bagus
cadangan awak ni. Moga-moga ianya dapat dilaksanakan.” Setelah agak lama
menilai kertas kerjanya, itulah jawapan yang keluar dari mulut Edy.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi
dulu.” Mohon Ezza. Dia mahu cepat-cepat pergi. Dia mempunyai 2 tujuan. Yang
pertama, dia tidak mahu lewat ke kelas dan yang kedua ialah dia mahu
menghilangkan rasa yang sedang menjalar di dalam hatinya. Rasa tidak tenteram.
“Awak ada kelas ke?” Soal Edy
apabila dia melihat Ezza yang seperti ingin cepat pergi darinya. Dari dulu, dia
cuba mendekati gadis comel ini, namun kesempatan sentiasa tidak menyebelahinya.
Ezza hanya mengangguk. Lidahnya kelu untuk mengucap kata. Otaknya
pula berbelit menyusun ayat. ‘kalau jawab A’ah macam ganas je. Kalau jawab iya
macam nak control ayu pulak. Hmm,,, pening betul kepala aku ni.’ Gumannya di
dalam hati.
“Oh, saya ingat baru nak ajak awak minum kat kafe.” Cadangan Edy itu
seperti mahu meluruhkan jantung milik Ezza. ‘Nak mampus! Kalu duduk semeja
berdua je. Memang tempah bala. Nanti apa pulak orang cakap.’
“Mungkin
lain kali.” Ezza sengaja berbasa basi. Memang dia minat dengan Edy namun dia
lebih suka kalau minat ini hanya dia, Min dan Fanah sahaja yang tahu. Tidak perlulah
Edy tahu apatah lagi ingin diumumkan pada satu kolej.
“Kalau
lain kali tu malam ni, boleh tak?” Ezza menelan air liur. Pahit air liur
yang ditelan. Seperti pahitnya
telinga yang mendengar.
“Er,
tengoklah dulu macam mana.” Jawab Ezza tidak ikhlas. Edy menarik nafas
dalam-dalam. Nampaknya, perempuan di hadapannya ini bukan jenis yang jinak.
Liat juga rupanya.
Namun dia tersenyum. Sekurang-kurangnya
dia tahu bahawa Ezza ni bukan jenis yang mudah layan lelaki. Dan kalau bukan
yang mudah melayan lelaki, pasti dia seorang yang setia. Dan sifat itulah yang
sedang dicari olehnya. Sebelum ini, perempuan yang berdampingan dengannya hanya
mengharap dengan kekayaan dan rupa paras yang dia miliki. Bukan melalui
kejujuran.
“Er, pergi makan-makan jew. Lagipun, saya ada
sesuatu perkara nak bagi tau pada awak.” Edy betul-betul berharap agar
Ezza bersetuju.
“Awak
nak bagi tahu apa?” Tak sabar pula rasanya ingin tahu.
“Jumpa awak malam ni k.. Saya tunggu bawah
pokok tanjung. Kita makan dekat luar je.” Cepat sahaja dia memberikan arahan.
“Kita berdua je ke?” Soal Ezza
takut-takut.
“Taklah.
Kita ajak satu kolej ikut.” Seloroh Edy selamba. Geram juga dengan pertanyaan
Ezza yang dirasakan tidak patut.
“Huh!” Terkejut betul dia mendengar
jawapan yang keluar dari mulut Edy.
“Ezza, Ezza.. Kita berdua je lah. Kenapa,
ada masalah ke?” Soal Edy dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Nampak
sangat si Ezza ni begitu polos.
“Tak
ada.” ‘Tapi saya tak biasa.’ Namun
ayat itu hanya berlegar di dalam hati sahaja.
“Yalah, kowt-kowt ada orang marah kan..”
Meleret saja nadanya. Tapi dia pasti yang Ezza belum berpunya. Dia sudah
mendapat kepastian tentang hal itu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Lagi pula, belum pernah dia melihat Ezza keluar dengan mana-mana lelaki.
“Siapa pulak yang nak marah.” Soal Ezza
yang masih belum mampu menangkap maksud dari kata-kata Edy tadi.
“Eh, awak ada kelas kan? Dah lambat
ni.” Nasib baiklah Edy mengingatkannya. Dia jadi terleka sebentar melayan Edy
yang tiba-tiba terlebih ramah dengannya hari ini.
Sengaja
Edy tidak mahu menjawab soalan Ezza. Dia takut kalau-kalau Ezza merubah fikiran. Lagipun, belum sampai masanya
lagi untuk Ezza tahu isi hatinya.
Dengan tergesa-gesa Ezza keluar dari bilik
gerakan untuk menghadiri kelas Ekonomi. Hatinya tiba-tiba rasa tidak tenteram.
Tentang janjinya untuk keluar dengan Edy dan tentang perkara yang ingin
diberitahu kepadanya. Kusut otaknya memikirkannya.
Apalah
reaksi teman-temannya apabila mendengar ceritannya nanti. ‘Mesti si Min tu
melopong dan mesti si Fanah akan terjerit kecil.’ Segala perlakuan
rakan-rakannya itu sudah boleh dihafal olehnya. Itulah dinamakan persahabatan
sejati.
***
“Ya ALLAH, aku tak nak pergilah.” Ujar Ezza yang masih bermalasan di atas
katilnya.
“Eh,
perempuan ni. Pergi je lah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni tau.”
Memang susah untuk mendapat peluang keluar dengan Edy namun ia akan membuka
peluang untuk mendapatkan musuh yang sebelum ini belum pernah dia miliki.
“Betul cakap Min tu Ezza. Pergi makan
je kan. Tak ada apa-apalah. Lagipun, janganlah terlampau fikirkan cakap-cakap
orang Ezza.” Giliran Syafanah pula yang bersuara. Tahu sangat dengan perangai
Ezza yang selalu fikir yang bukan-bukan.
“Tapi
aku tak pernah keluar berdua je dengan lelaki. Aku tak biasalah. Dan aku tak
nak biasakan.” Lemah sahaja nada suaranya.
Syafanah
dan Aminah saling berpandangan. Mereka tidak tahu sama ada mereka perlu
bersimpati atau gembira dengan reaksi Ezza ketika ini.
“Ezza, cepatlah siap. Dah pukul
berapa dah ni.” Syafanah menepuk-nepuk bahu Ezza persis sedang memujuk. Dia
tahu, Ezza sebenarnya sedang gemuruh dan gementar kerana sebelum ini, dia belum
pernah lagi keluar berdua dengan mana-mana lelaki.
“Kau
rasa, apa yang dia nak beritahu aku?” Syafanah dan Aminah saling berpandangan.
Perkara itu rupanya yang sedang difikir oleh Ezza.
“Ezza,
Ezza… Don’t take so hard. Laluilah
dengan seadanya diri kau.” Aminah melemparkan pandangan berbau nasihat.
Ezza
sudah mampu untuk tersenyum. Membenarkan kata-kata Aminah tadi. ‘Kenapalah aku
ni cepat gelabah sangat. Tak boleh ke aku bertenang sikit.’
“Dah,
cepat siap.” Arah Aminah dengan suara yang kuat. Cepat-cepat Ezza menyiapkan
diri dari segi mental dan fizikal. Agar mampu menghilangkan rasa gemuruh bin
gelabah yang sentiasa menghimpitnya.
***
“Hoi,
berangan ke?” Terjah Aminah sambil tersengih-sengih.
“Tak
payahlah kau tayang gigi kau tu. Bukan ada orang nak beli pun.”Sakit hatinya
diterjah sedemikian rupa. Hilang lamunannya sebentar tadi.
“Aku
pun tak berniat nak jual.” Sambung Aminah. Ezza berdengus kecil. ‘Ada saja
kata-katanya yang ingin dibalas.’
“Kau
tengah fikirkan apa Ezza. Masih fikirkan hal semalam?” Dalam bertanya Syafanah
menduga. Mana tahu kalau-kalau betul sangkaannya.
Ezza
mengangguk lemah. Dia ingat, apalah benda yang ingin diberitahu oleh Edy. Rupa-rupanya
Edy hanya menyuruh dia membuat banner untuk salah satu aktiviti anjuran MPP.
Kenapalah dia tidak beritahu siang-siang sahaja. Tidak perlulah sampai pergi
makan malam.
Dalam diam-diam, dia sebenarnya
berharap agar Eady meluahkan perasaan kepadanya walaupun dia tahu yang dia
hanya boleh bermimpi sahaja. Sangkaannya
meleset sama sekali. Malu betul dia pada dirinya sendiri.
“Kau
kecewa ke?” Kini giliran Aminah pula yang bertanya.
“Tentang apa?” Soal Ezza tidak
pasti.
“Kecewa sebab date kau bukan seperti yang impikan.” Lancang sungguh mulut
si Aminah ni.
“Bila
masa pulak aku pergi date dengan dia? Kita orang just berjumpa sahaja. Tak
lebih, tak kurang.” Jawab Ezza sambil berpura-pura membaca buku notanya.
“Tak payah jawablah Ezza. Aku faham
perasaan kau. Yalah, sape yang tak kecewa kalau ajak makan hanya semata-mata
sebab suruh buat banner. Masa kau
jumpa kat bilik gerakan pun dia boleh cakap kan. Mati-mati aku ingat yang dia
nak berkenalan dengan kau. Hmm, rupa-rupanya hampeh.” Kata-kata Aminah itu
memang masuk akal dan agak menyakitkan hati Ezza.
“Dahlah,
jangan dengar sangat cakap si Min ni. Nanti haru hidup kau.” Terjerit
kecil Syafanah apabila Aminah mencubit lengannya. Ezza tergelak kecil melihat
aksi teman-temannya.
Namun tiba-tiba mereka didatangani
oleh beberapa orang pelajar perempuan yang tidak begitu disenangi olehnya.
“Ezza, boleh aku pinjam buku taxs
kau tak? Buku aku tertinggallah.” Benci sungguh Aminah mendengar suara Suria
yang merenget-renget manja.
“Kenapa pulak kau nak pinjam buku
Ezza? Kawan-kawan kau tu tak bawak jugak ke?” Soal Aminah tidak berpuas hati.
Dia tahu, pasti ada udang di sebalik batu. Dia sudah faham benar dengan perangai Suria yang gedik itu.
“Aku
nak pinjam dengan Ezza. Bukan dengan kau.” Bentak Suria geram.
“Nah,
gunalah.” Ezza menyerahkan bukunya kepada Suria yang hanya tersengih-sengih.
Dia sebenarnya malas mendengar Aminah dan Suria bergaduh.
“Kenapa
kau bagi?” Soal Aminah tidak berpuas hati.
“Salah ke?” Soal Ezza kembali.
“Aku pasti ada yang tak kena dengan
Suria tu. Aku kenal sangat dengan
perempuan gedik tu.” Luah Aminah. Ezza mengerutkan dahinya. Dia sebenarnya
tidak suka jika Aminah suka berfikiran yang tidak-tidak pada orang lain.
“Ish,
tak baik cakap macam tu.” Pintas Syafanah.
“Yalah, apa yang aku cakap semua tak
baik. Korang je lah yang baik.” Ezza
dan Syafanah saling berpandangan. Ezza ingin menyambung kata namun dimatikan
hasratnya apabila melihat pensyarah yang sudah mula masuk ke dalam kelas.
Dia
memandang ke arah Aminah yang berpura-pura khusyuk memandang ke depan. Dia
mengeluh sendiri. Dia tahu bahawa Aminah terasa hati dengannya. Nantilah, habis
kelas nanti, dia akan memujuk Aminah. Biasanya, Aminah merajuk tidak lama.
“Min,
kau marah kat aku ke?” Itulah soalan pertama apabila kelas berakhir. Aminah
hanya mendiamkan diri. Belum sempat Ezza ingin meneruskan kata, dia memandang
ke arah Suria dan dua orang pelajar perempuan menghampiri ke tempatnya.
“Terima
kasih Ezza. Nanti boleh pinjam lagi kan?” Soalnya sambil menjeling ke arah
Aminah nm,yang masam mencuka. Mereka berlalu dengan senyuman yang tidak lekang
dari bibir.
Mata
Ezza tidak lepas dari memandang buku taxnya yang telah diconteng di muka
hadapan yang tertulis PEREMPUAN JALANG. Laju sahaja tangannya menyelak halaman
demi halaman. Hampir 70 peratus bukunya diconteng dengan pen yang
bermacam-macam warna dengan kata-kata yang dia sendiri tidak dapat menyebutnya.
Terduduk dia dibuatnya.
“
Kenapa Ezza?” Soal Syafanah apabila dia melihat muka Ezza yang pucat lesi itu.
Dia menghalakan pandangan ke arah buku yang dipandang oleh Ezza.
Aminah
memandang ke arah Syafanah yang sendang beristifar. Biji matanya turut ingin
terkeluar apabila melihat buku tax Ezza yang berconteng dengan bermacam-macam
kata.
“Aku
dah cakap tapi korang tak percaya.” Memang benar telahannya. Dia bukan
suka-suka ingin menuduh orang.
“Tapi, apa salah aku?” Soal Ezza.
Matanya sudah bergenang dengan air mata. Bila-bila sahaja akan mengalir. Syafanah mengosok-gosok bahu Ezza. Dia
tahu, di saat ini Ezza amat memerlukan semangat. Sesiapa pun akan terkejut jika
mengalami situasi seperti ini.
“Kau
tak salah apa-apa Ezza. Tapi dia orang yang bermasalah. Dasar jenis orang yang
tak boleh tengok orang lain bahagia.” Benci sungguh Aminah dengan Suria and the
geng.
“Aku rasa benda ni ada kena mengena dengan Edy.” Ujar Syafanah tiba-tiba
sambil tanganya tidak berhenti dari menyelak dari satu muka surat ke muka surat
seterusnya.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” Soal Ezza kehairanan.
“Sebab
dia orang tulis yang kau tak sesuai untuk bergandingan dengan Edy.” Terang
Syafanah. Cepat-cepat Aminah dan Ezza membaca ayat yang diterangkan olah
Syafanah.
“Tapi kenapa dia orang cakap macam
tu?” Dia masih tidak mengerti.
“Mungkin ada orang nampak kau keluar
dengan Edy semalam dan berita ini sampai ke pengetahuan Suria.” Andaian Aminah
itu ada juga benarnya. Lagi pula, mereka semua tahu bahawa Suria memang
meminati Edy. Dan bukan Suria sahaja malah ramai lagi yang Ezza sendiri tidak
tahu.
Baru Ezza teringat yang ketika
mereka dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Dila yang merupakan
kawan baik Suria. Pasti dialah yang mencanangkan berita ini kepada Suria.
“Tapi, aku dengan Edy bukan ada
apa-apa pun.” Keluh Ezza.
“Tapi orang tak fikir seperti apa
yang kau fikir Ezza. Bila lelaki dan perempuan keluar berdua, mesti orang akan
ingat yang mereka ada hubungan.” Tutut
kata Aminah itu ada benarnya. Kalau dia pun, dia akan membuat spekulasi yang
sama.
“Habis
tu, apa tindakan yang kau nak buat sekarang?” Soal Syafanah.
“Entah. Tak kan nak balas balik. Nampak sangat aku ni pun sama bengongnya
dengan si Suria tu.” Kata-kata Ezza mengundang gelak dari teman-temannya.
“Kalau
aku, aku akan rapatkan diri aku dengan Edy. Biar dia bertambah panas.” Cadangan
Aminah itu langsung tidak boleh diguna pakai.
“Senang
cerita, kita tunggu dan lihat sahaja. Ada kesempatan, kita balas. Tapi bukan
dengan cara macam ni tapi mengunakan cara orang yang berpendidikan.” Entah
kenapa, dia tiba-tiba memperolehi semangat.
“Aku
setuju tapi cara pendidikan tu macam mana?” Soal Aminah tidak tahu.
Ezza cuma tersenyum. Kita tunggu dan
lihar sahajalah macam mana nanti. Lagipun, siapalah kita untuk terlebih
merancang.
***
Selepas pertemuan pertama kali yang
pernah diatur oleh Edy, hubungan mereka menjadi semakin akrab. Namun ia masih
belum melebihi landasan persahabatan. Ezza senang dengan sikap Edy yang dulu
dirasakan agak sombong dengannya. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak
cinta.
Ramai
juga rakan-rakan yang menyedari keakraban mereka. Ada yang tiba-tiba merestui
tanpa dipinta. Ezza cuba menjawab dengan sejujurnya. Sememangnya, tiada apa-apa
yang istimewa berlaku di antara mereka.
Tidak kurang juga orang yang tidak
senang melihat mereka rapat. Pastinya, kita tidak dapat memuaskan hati semua
pihak. Baginnya, selagi mereka tidak membuat sesuatu yang salah, selagi itulah
dia tetap akan meneruskan persahabatannya dengan Edy.
Pernah juga dia mengatakan pada Edy
yang dirinya terasa tidak layak berkawan dengan orang seperti Edy yang berlebih
serba-serbi. Dan itulah kali pertama dia melihat Edy marah.
“Siapa kita nak tentukan kita layak
atau tidak untuk berkawan dengan seseorang. Kalau berkawan hanya berdasarkan
apa yang kita ada, nanti mungkin satu hari nanti bila kita sudah tidak punya
apa-apa, mungkin juga kita sudah tidak mempunyai sahabat.
Berkawan biarlah kerana keikhlasan.
Walaupun keikhlasan itu adalah rahsia ALLAH, namun tidak dapat tidak, kita
turut akan merasainya. Hanya diri kita sendiri yang tahu.” Sesungguhnya, Ezza
tidak akan lupa dengan kata-kata Edy. Dan disebabkan itulah, dia tidak kisah
dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Ezzah memandang telefon bimbitnya
yang berbunyi. Ada mesej yang
diterima.
Jom kita kuar mlm nie. Ada benda yang sy nk
bg tau. Sy arap, awk x tolak…
Ezza mengaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. Tidak tahu apa yang ingin dibalas. Kalau ikutkan kehendak hatinya,
laju sahaja dia bersetuju. Namun bila difikirkan melalui kewarasan akal
fikirannya, dia pasti, kehendak hatinya mesti ditolak tepi.
Bukan dia ingin menjual mahal, namun
dia jadi gerun memikirkan penerimaan orang lain nanti. ‘Ya ALLAH, kau
hilangkanlah kekusutan yang aku alami, kau permudahlah segalanya.’
Kali ini dia pasti bahawa Edy hanya
mencipta alasan untuk berjumpa dengannya. Apa pula alasan yang direkanya kali
ini. Dan untuk pertama kalinya, dia ingin membuat keputusan tanpa meminta
pandangan daripada orang lain.
Bukanlah niatnya untuk membelakangi
kawan-kawannya, cuma dia tidak mahu menyusahkan teman-temannya tentang perkara
yang dia sendiri boleh selesaikan. Dia sudah tahu apa keputusannya.
Dia mencapai telefon bimbit lalu
membalas mesej Edy
Ok.
Jmpa tmpt bese…
Matanya menilau mencari kelibat
teman-temannya. Dia ingin memberitahu mereka yang dia ingin keluar bersama dengan
Edy malam ini. Agak-agaknya, apalah reaksi mereka berdua nanti.
***
Mereka makan tanpa banyak cakap. Entah kenapa, Ezza dapat merasakan perubahan
dari Edy malam ini. Dia tidak banyak cakap seperti selalu. Mereka hanya
bercakap ketika pelayan ingin mengambil pesanan sahaja. Bila ditanya, Edy hanya
menjawab melalui anggukkan dan gelengan sahaja.
Ezza
mula merasakan yang dia telah membuat keputusan yang salah. Dia menguis-nguis
nasinya yang hanya baru luak sedikit cuma.
“Kenapa tak makan? Tak sedap ke?”
Edy memecah kesunyian malam.
Ezza hanya menjawab melalui
gelengngan. Hilang moodnya untuk bercakap apabila melihat reaksi Edy yang agak
dingin.
“Kenapa ni? Tak ada mood ke?” Serkap Edy. Dia merasakan yang Ezza
terpaksa keluar dengannya malam ini. Gadis itu kelihatan seperti tidak selesa
dengan dirinya. Dia mengajak Ezza keluar kerana dia ingin meluahkan perasaannya
pada Ezza.
Mungkin
terlampau awal untuk meluahkan perasaannya. Namun dia takut kalau-kalau Ezza
terlepas ke tangan orang lain. Macam manalah hidupnya tanpa kehadiran Ezza.
Ezza memang betul-betul telah menjadikan hidupnya huru-hara.
“Tak
adalah. Saya macam biasa je tapi kenapa awak macam lain je malam ni?” Soal
Ezza. Dia betul-betul ingin tahu.
“Lain yang macam mana?” Soal Edy
pula.
“Entahlah. Mungkin sebab kita pun
bukan kenal sangat kan.” Ujar Ezza sambil menjungkitkan bahunya tanda tidak
tahu.
“Sebab tu saya berniat nak kenal
dengan lebih rapat dengan awak.” Jantung Ezza bagai dipanah anak panah apabila
mendengar kata-kata Edy.
“Maksud awak macam mana?” Sebenarnya
dia sudah mula faham. Tetapi sengaja
dia bertanya, dia cuma takut kalau-kalau dia tersalah faham.
“Sudi
tak kalau awak jadi kekasih saya?” Ayat keramat itulah yang dihafal sejak tadi.
Ayat itu jugalah yang membuatkan Edy membisu seribu bahasa. Ayat itu jugalah
yang membuatkan jantungnya berdebar-debar menanti jawapan Ezza.
Ezza
yang mendengar hanya mampu melopong. Apa lagilah yang mampu dilakukan. Dia
sebenarnya betul-betul terkejut beruk. Beruk pun beluum tentu akan terkejut
sepertinya.
“Ezza.”
Panggilan Edy itu dapat menutup mulut Ezza yang ternganga. Ezza menelan air
liurnya beberapa kali. Malu pula bila aksinya ditegur Edy.
“Saya
tak tahu.” Sesungguhnya jawapan itu bukan daripada hatinya. Akalnya bercelaru, hatinya
berdebar hebat. Macam mana hendak membuat keputusan jika akal dan hati tidak
dapat memberi kerjasama.
“Ezza,
beritahu saya apa yang awak rasa, apa yang awak mahu, apa yang awak fikir dan
apa yang ada di dalam hati awak? Itu yang saya nak tahu.” Tutur kata Edy itu
seperti menjerut leher Ezza.
“Kenapa
awak nak saya jadi kekasih awak?” Soalan Edy tidak dijawab malah
ditambah pula soalan daripadanya.
“Sebab saya rasa sayang pada awak,
saya selalu fikirkan awak, dan cinta awak ada dalam hati saya Ezza. Itulah yang
awak perlu tahu.” Suara Edy yang tenang itu bukanlah mengambarkan hatinya yang
tenang. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa berdebarnya dia di kala ini.
Ezza merasa bangga mendengar jawapan daripada Edy. Bagaimana pula dengan
dirinya. Memang dia cintakan Edy namun lidahnya seperti kelu untuk bersetuju.
Pada ketika ini, dia memang mengharapkan pandangan daripada teman-temannya.
“Kenapa
saya? Kenapa bukan perempuan lain?” Edy tersenyum mendengar soalan Ezza.
Biarlah gadis ini bertanya. Sekurang-kurangnya lebih baik dari ditolak terus.
“Sebab cirri-ciri gadis idaman yang
saya suka ada pada awak.” Jawab Edy.
“Apa ciri-ciri gadis idaman awak?”
Dia bertanya lagi.
“Pertama, saya sukakan perempuan
yang tidak membazir. Bila makan, dia
mesti habiskan makanan dia. Kedua, saya sukakan perempuan yang berdikari. Sebab
bila dia pandai berdikari, dia tak akan susahkan saya dan yang ketiga, saya
sukakan perempuan yang setia. Lagipun, saya tak suka kalau dia mudah melayan
lelaki. Dan kesemua ciri-ciri gadis idaman saya tu ada pada awak Ezza.” Terang
Edy panjang lebar.
“Macam mana awak tahu yang saya termasuk dalam
ciri-ciri gadis idaman awak? Kita
baru je kenal.” Pangkah Ezza.
“Memang
kita baru je kenal dengan lebih rapat. Tapi saya dah lama kenal dengan
awak sebab saya dah lama perhatikan awak Ezza. Awak je yang tak sedar.” Terbuntang mata Ezza apabila mendengar penjelasan
Edy. Dia terasa seperti ingin pengsan sahaja.
“Saya
kena bagi jawapan malam ni jugak ke?” Soalan lagi.
“Terpulang.
Saya tak paksa. Bila-bila masa je awak boleh bagi jawapan. Cinta saya
tak ada tarikh luput Ezza.” Sejuk betul hati Ezza mendengarnya. Namun ayat
lelaki, bila hati kata mahu, memang berpuitis sahaja ayatnya.
“Bagi saya masa.” Jawapan Ezza itu
melegakan sedikit hati Edy yang sedang gundah gelana. Jawapan itu lebih baik
dari ditolak terus.
Edy menganggukkan kepalanya sambil
menghadiahkan senyuman manis buat Ezza.
Edy mengajar hatinya untuk bersabar. Sesuatu yang baik itu memang
menuntut masa dan kesabaran. Lagipun, bila kita mudah mengucapkan sayang, bibir
kita turut mudah mengucapkan kata putus. Dia sudah banyak kali berlajar dari
pengalaman. Bukankah pengalaman itu dapat mematangkan seseorang.
***
“Kenapa kau tak terima?” Soal Aminah
apabila dia menceritakan kepada teman-temannya.
“Bila masa pulak aku tolak?” Soal
Ezza balik.
“Yalah, maksud aku, kenapa kau tak terima terus. Bukan ke kau pun suka
dekat Edy tu.” Ezza hanya tersenyum mendengar omelan Aminah.
“Alah,
tak bestlah.” Kata-kata Ezza itu membuatkan Aminah mengaru-garukan kepalanya.
“Sebab
apa pulak tak best Ezza?” Syafanah pula mengambil giliran untuk bertanya.
“Sebab hari ni 13 hari bulan.”
Berkerut-kerut dahi Aminah dan Syafanah memikirkan kata-kata Ezza. ‘Apa kena
mengena tarikh tu dengan penerimaan cinta Edy. Pelik sungguh si Ezza ni.’ Desis
hati Syafanah.
“Alah, aku nak beritahu yang aku
setuju pada hari lahir dia. Supaya boleh jadi hadiah hari jadi pada dia.
Lagipun, nanti bolehlah sambut anivesery dan birthday sekaligus. Jimat sikit
kos.” Sudah penat dia ingin menahan rasa gelak apabila melihat dahi
rakan-rakannya yang berkerut memikirkan tentang kata-katanya.
“Alah, sweetnya..” Ujar Syafanah.
Aminah juga turut menumpang bahagia. Akhirnya mereka sama-sama berpeluka
meraikan rasa bahagia yang bermumkim.
***
Hari esok adalah hari lahir Edy.
Ezza tidak menyediakan apa-apa hadiah pun. Dia cuma menitipkan secebis ucapan
yang ditulis di dalam kad yang telah diletakkan di dalam kotak. Dia telah pun
menyuruh kawan baik Edy meletakkan kotak hadiah itu di atas meja Edy.
Dia sekarang menahan debar sambil memandang ke arah jam yang telah
menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pasti Edy sedang membaca kad ucapan
persetujuannya untuk menjadi kekasihnya.
Tiba-tiba dia telefon bimbitnya berbunyi. Dia sudah tahu gerangannya. Siapa
lagi kalau bukan kekasih hatinya.
“Assalamualaikum.”
Ujarnya membuka bicara.
“Waalaikummusalam.
Ezza, betul ke apa yang saya baca ni?” Ezza cuma tersenyum mendengar suara Edy
yang agak terburu-buru.
“Apa yang awak baca?” Dia sengaja
ingin menduga.
“Yang awak setuju jadi kekasih
saya?” Soalnya takut-takut. Dia
bukannya apa, dia takut kalau rakan-rakannya mengenakan dia. Al-maklumlah,
birthday boylah katakan.
“Kalau
awak cakap macam tu, betullah kot.” Merah mukanya menahan rasa malu. Inilah
kali pertama dia melalui hari yang sebegini. Nasib baiklah Edy tidak berada di
hadapannya. Kalau tidak, dia tidak tahu dimana mahu menyorokkan mukanya.
“Awak
tahu, inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.” Ujar Edy romantik.
“Alah,
bukan ke awak pernah cakap ayat ni masa tahun lepas. Bila ayah awak
hadiahkan awak kereta.” Serkap Ezza.
“La, dah pernah cakap ke… Terlupa
pulak saya..” Akhirnya, ketawa
mereka bersatu.
“Ezza,
terima kasih sangat-sangat.”
“Patutnya
saya yang patut ucapkan terima kasih sebab awak sanggup terima diri saya.”
“Tak. Kita saling bertuah sebab
saling memiliki.” Putus Edy. Ezza betul-betul terharu.
“Sayang, esok kita keluar yerk?”
Pinta Edy.
“Apa-apa sahaja untuk birthday boy.”
Edy cuma tergelak mendengar
kata-kata Ezza.
Akhirnya
mereka mengakhiri perbualan dengan ayat-ayat romantik dari Edy. Tidak disangka
yang Edy itu seorang yang jiwang juga. Nampaknya, banyak benda yang dia kena
belajar tentang Edy.
Memang
dia dan Edy mempunyai perbezaan. Namun mengapa harus memandang pada perbezaan.
Seharusnya kita memandang pada persamaan yang wujud. Keistimewaannya kita
hargai dan kelemahannya kita redhai. Kerana itulah lumrah kehidupan. Seharusnya
dalam dunia ini, jangan terlalu mendambakan kesempurnaan yang tak pernah wujud.
***
Terasa
janggal sekali berjalan dengan seorang lelaki yang bergelar kekasih. Ezza
menjadi kekok yang teramat sangat. Bila Edy berjalan, dia turut sama berjalan.
Bila lelaki itu berhenti, dia pun berhenti. Dia seperti tidak dapat menjadi
dirinya sendiri.
Kenapalah
hatinya tidak berhenti-henti berdebar. Akalnya pulak tidak berhenti-henti
berfikir kalau-kalau ada mata-mata manusia yang mengenali mereka. Apalah reaksi
mereka nanti. Kenapalah dia perlu gelabah. Tidak langsung dapat bertenang.
Itulah
sifat buruk yang sering ingin dikikis. Namun hampa kerena ia masih kekal
berdampingan dengannya. Dia mengeluh berat.
“Ezza..”
Panggil Edy apabila melihat Ezza yang tertinggal di belakang. Wajah kekasih
hatinya itu keruh sahaja. Tidak gembirakah dia keluar bersamanya?
“Ya..”
Sahut Ezza. Lemah sahaja nada suarannya. Sehambar senyumannya.
Edy
menarik tangan Ezza agar dapat berjalan seiringan dengannya.Ezza ingin menarik
semula tangannya dari gengaman Edy namun tidak dilepaskan. Dia menebarkan
pandangan ke sekeliling. Risau kalau-kalau ada mata-mata yang memandang.
“Ezza,
awak tak suka ke keluar dengan saya?”
“Suka.”
“Habis
tu kenapa awak asyik mengekor je?
“Saya
tak biasa.” Jawab Ezza jujur.
“Ezza. kisah cinta itu tentang dua hati, dua hajat dan satu masa depan
bersama. Ia mestilah seiringan, bukan dengan mengekor sahaja.” Kata-kata Edy
membuatkan Ezza malu sendiri.
“Saya
tahu awak tak biasa tapi saya tengok awak ni macam tak selesa. Macam
takut-takut je?” Soal Edy meminta kepastian. Dia bukalah seorang ahli nujum
yang tahu serba serbi. Dia hanyalah manusia biasa yang ingin memahami
dan ingin difahami.
“Saya ni jenis darah gemuruh sikit. Entahlah, tapi hati saya ni asyik
berdebar je.” Entah macam mana dia boleh menjadi tersangat jujur. Yang pasti,
dia ingin Edy tahu perasaannya ketika ini.
Tergelak
besar Edy mendengar jawapan Ezza. Ezza memalingkan mukanya ke arah lain.
Malu rasanya apabila menyedari bahawa Edy mentertawakannya.
“Hmm, saya tak sangka pulak yang
saya ni mampu buat orang berdebar-debar.” Sakat Edy. Tangan Ezza masih berada
di dalam gengamannya. Ezza hanya mampu menjeling tajam. Menyesal pula rasanya
mengakui perasaannya tadi.
“Eh, tak baik jelling-jeling orang
tau. Nanti jadi juling.” Entah peribahasa mana pula yang dikutip oleh Edy. Ezza
menghadiahkan sebuah cubitan di lengan Edy.
“Kenapalah perempuan ni suka sangat
mencubit.” Rungut Edy sambil mengosok-gosok lengannya yang terasa perit.
“Perempuan mana lagi yang suka
mencubit?” Soal Ezza berbau cemburu.
Kali ini, dia berusaha menarik tangannya. Ternyata usahanya tidak
sia-sia. Dia berjalan meninggalkan Edy sendirian. Pura-pura merajuk.
“Mama saya, kakak saya, adik saya,
perempuan macam tu yang saya maksudkan.” Entah bila masa Edy berada
disebelahnya. Dekat pula bicaranya di telinga Ezza membuatkan bulu romanya
meremang.
“Yalah tu. Entah-entah..” Ayatnya
mati di situ.
“Ex girlfriends saya. Itu maksud
awak?” Pintas Edy.
“Entah? Mana saya tahu.” Dia sendiri
pun tidak pasti sebenarnya makna soalannya sendiri.
“Ezza, saya akui awak bukan orang
pertama. Dan mungkin juga awak bukan orang terakhir. Bukan maksud saya untuk
mencari orang lain selepas awak tapi sememangnya kita memang tidak dapat
mengetahui takdir hidup kita.
Sejujurnya, saya memang sayangkan awak. Selagi rasa ini milik
saya, saya akan cuba semaikan supaya utuh buat selama-lamanya. Kalau awak fikir
yang saya nak main-mainkan perasaan awak, awak silap. Sebab apa saya nak buat
macam tu? Saya sendiri pernah rasa macam mana peritnya perasaan apabila
dipermainkan.
Berhentilah fikir yang bukan-bukan. Sebab saya tak nak kalau keraguan yang
berlebihan itu akan mendatangkan kesan yang buruk dalam hubungan kita. Saya
sayangkan hubungan kita dan saya sayangkan awak Ezza.”
Terkaku
Ezza mendengar luahan hati Edy. Matanya berlabuh pada sepasang mata yang redup
milik Edy. Kebisingan shooping complex itu tidak merosakkan dunia ciptaan
mereka. Seolah-olah hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.
Kalau
tidak memikirkan tentang dosa dan pahala. Mahu sahaja dipeluk Edy saat ini.
Namun kewarasan akal fikiran masih ada dalam benaknya. Budaya ketimuran masih
lagi diwarisi dari nenek moyangnya.
“Edy,
terima kasih sebab sayang pada saya. Saya harap awak dapat terima baik
buruk diri saya sebagaimana saya terima diri awak.” Ezza masih belum mampu lagi
mengucapkan kata keramat itu. Perasaan malunya masih menebal. Dan dia amat mengharapkan pengertian Edy dikala
ini.
Mereka
meneruskan agenda yang seterusnya. Walaupun hampir seharian menghabiskan masa
dengan Edy namun debaran di hatinya masih belum surut. Rasa gementarnya
membuatkan dia berasa gemuruh.
Kesimpulanya,
first datenya tidak berjalan dengan lancar disebabkan rasa gementar yang tidak
henti-henti berkunjung. Ketika makan, dia hampir-hampir tertumpahkan air
minumannya. Ketika menonton wayang, pop corn yang dimakannya terpelanting
akibat terkejut dengan bisikan Edy yang tiba-tiba menyapa.
Dan
ketika hendak pulang, entah macam mana tangan Edy boleh terkepit pada pintu kereta
yang ditutupnya. Perasaan gubranya membuatkan datingnya menjadi huru-hara
sahaja. Kasihan dia pada Edy. Mujurlah lelaki itu tidak marah. Cuma sekadar
minta dicium di tangan yang terkepit agar kesakitanya hilang.
Menyedari
kesalahannya, dia turutkan jua kemahuan Edy. Bimbang pula jika Edy
terasa hati dengannya. Namun sempat mengingatkan agar Edy tidak menceritakan
hal tersebut kepada teman-temannya. Nanti tak cukup tanah pula dia hendak lari.
Dan seperti biasa, Edy hanya ketawa.
***
Usai habis kelas petang itu, Ezza
dan teman-temannya mengambil keputusan untuk lepak-lepak di perpustakaan. Itu
lebih baik dari lepak-lepak di atas katil sambil buat taik mata.
Tidak tahulah sama ada ianya satu
suratan atau kebetulan yang menemukan mereka dengan Suria and the geng.
Senyuman sinis tidak lekang dari bibir mereka. Awal-awal lagi Ezza sudah
membawa semua bukunya masuk ke dalam Library. Kebiasaannya, dia hanya membawa
buku yang perlu sahaja. Selebihnya, ditinggalkan di rak yang disediakan.
“Eee, menyampah betul aku tengok
muka Suria tu. Aku rasa lebih baik
aku mengadap sampah. Sekurang-kurangnya, tak adalah sakit sangat hati aku ni.”
Omel Aminah tidak berpuas hati.
“Tak payahlah tengok. Tengok muka aku ni hah.”
Usul Ezza sambil tergelak kecil.
“Aku tahu, mesti dia ada apa-apa
planning ni. Kalau tak, tak kan lah dia menjejakkan kaki kat library ni.” Ezza dan Syafanah saling berpandangan.
“Entahlah
Min. Malas nak fikir. Kalau fikir jugak, boleh bengkak kepala otak aku ni.”
Rungut Ezza sambil meneruskan kerja-kerja assigmentnya. Tidak menghiraukan
kata-kata Aminah yang sedikit sebanyak ada benarnya.
Dalam
diam, dia mohon kekuatan untuk berhadapan dengan apa-apa ujian yang mendatang
selepas ini. Dia akui, dia hanyalah hamba yang lemah tanpa bantuan
daripadaNYA.
Namun
dia turut mengingatkan dirinya yang Suria juga hanya manusia biasa yang sering
terlepas melakukan kesalahan. Dia pasti, walau sebenci manapun Suria padanya,
tidaklah sampai Suria merancang untuk membunuhnya kerana dia kenal persis orang
macam Suria.
Suria
hanyalah seorang gadis yang ketandusan kasih sayang. Dia membesar di rumah anak
yatim. Dan kerana berkawan dengan orang yang salah, Suria telah terjebak dalam
kancah kemaksiatan yang membuatkan dia tidak dapat berpatah lagi.
Usai
siap menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh, mereka mengambil keputusan
untuk melepak di warung pula untuk mengisi keperluan perut yang sudah
bergendang-gendang.
“Hoi, Ezza. Sombong yerk sekarang?” Baru
sahaja dia ingin bangun namun disergah satu suara.
“Mana ada sombong. Aku macam biasa je.” Aminah
dan Syafanah tersenyum-senyum mendengar jawapan Ezza. Mereka mahu melihat
sejauh mana kemampuan Ezza dikala ini.
“Yalah, siapalah aku ni kan nak
dibandingkan dengan presiden MPP tu kan. Patutlah kau tak pandang aku.
Rupa-rupanya…” Ayatnya sengaja digantungkan. Khairul tersenyum sinis.
“Rupa-rupanya apa?” Giginya dikatup
menahan rasa marah yang mula menular. Namun bukan sikapnya menghambur orang
sesuka hati. Dia sentiasa dikenali dengan sifat sabar yang tinggi. Dan dia
tidak mahu jika Khairul dilihat sebagai salah seorang yang mampu menggocak
kesabarannya.
“Patutlah tak pandang aku.” Ungkit Khairul
lagi. Memang patut dia mengungkit, sudah beberapa kali lamarannya ditolak.
Tahu-tahu, Ezza sudah menjadi milik Edy walaupun bukan sepenuhnya.
“Sekarang aku tak pandang kau ke?” Soal
Ezza sambil mengigit bibir menahan geram kerana dituduh yang bukan-bukan.
“Memanglah kau pandang aku tapi bukan
macam yang kau pandang pada Edy.” Penjelasan Khairul seperti menjerut lehernya.
“Kau rasa, aku pandang Edy sebab apa?” Tanya
Ezza. Mukanya serius. Namun, comelnya tetap ada.
“Sebab apa yang dia ada.” Rasa terbakar
sungguh hatinya dikala ini. Ingin sahaja dikerat lidah Khairul yang tidak
bertulang itu.
“Aku pandang Edy bukan sebab pangkat
presiden yang ada pada dia. Aku pandang Edy bukan sebab kereta yang dia pakai.
Aku pandang Edy bukan kerana baju atau apa-apa yang ada pada dia. Aku pandang
dia sebab diri dia. Sebab tatatertib yang dia miliki. Sebab keikhlasan dia. Dan
yang lebih penting, aku pandang dia sebab mata aku memang nak pandang dia dan
bukan orang lain.” Nadanya kedengaran tegas namun masih lagi berlembut.
Baginya, berdepan dengan orang seperti
Khairul ini tidak boleh mengunakan emosi semata-mata. Ia memerlukan kawalan
akal yang mesti selaras dengan naluri hati. Kalau bercakap mengunakan emosi,
kawalan diri akan hilang bila emosi terganggu. Dan perkara itulah yang paling
dielak oleh Ezza.
“Cakap je lah kau pandang dia sebab rupa
paras dia kan? Ezza, apa kurangnya aku. Apa, tak cukup hensem ke aku ni?” Sudah.
Dialog drama mana pulak yang dicedok oleh Khairul ni. Aminah dan Syafanah
hampir menghamburkan gelak. Tapi masih mampu dikawal.
“Siapa kita untuk menilai kekurangan diri
orang lain sedangkan kekurangan diri sendiri pun masih belum ditampal. Aku tak
pandang pada kelebihan Rul. Tapi memandang pada keikhlasan walaupun keikhlasan
itu adalah rahsia ALLAH. Tapi sedikit sebanyak, kita boleh merasainya.” Dia
sudahpun mengangkat punggung. Tanda untuk beredar.
Aminah dan
Syafanah turut bangun setelah dari tadi menyaksikan drama sebabak tanpa
pengarah itu.
“Susah-susah sangat
kan, apa kata kalau kau ambik cermin dan tatap muka kau lama-lama. Hah, masa tu
kau pandanglah muka kau tu puas-puas. Check kalau-kalau ada yang kurang. Tapi
hati-hati sikit, sebab aku takut pecah pulak cermin tu nanti. Lagilah malang
kalau terkena dekat muka kau yang hensem tu. Susah pulak kau nak cari awek
nanti kan?” Celupar sungguh mulut Aminah menututkan kata.
Sememangnya dari
tadi dia geram dengan Khairul yang berlagak hensem tu. Kalau ikutkan hatinya,
sedari tadi dia sudah menyampuk. Namun dikenangkan isyarat yang diberi oleh
Syafanah tadi, didiamkan jugak mulutnya.
“Celaka kau Min.
Patutlah sampai sekarang tak ada orang nak kat kau.” Ujar Khairul sambil
tersenyum mengejek.
Kata-kata Khairul
benar-benar menaikan darah Aminah.
“Memang kau tak
reti nak tengok cermin kan? Sebelum mengata aku cerminlah diri kau tu dulu.
Sekurang-kurangnya, aku tak terhegeh-hegeh dekat orang yang tak sudi.” Merah
muka Khairul mendengar kata-kata Aminah.
Aminah tersenyum
menang. Baru puas hatinya mengenakan lelaki yang berlagak hebat itu. Dia
berjalan ke arah teman-temannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Orang tengah
susah hati, kau boleh senyum-senyum pulak.” Teguran Syafanah itu tidak dapat
ditangkap oleh Aminah.
“Susah hati sebab
apa? Kalau sebab si Khairul tu, kau jangan risau. Aku dah basuh dah dia tadi.
Lepas ni kalau dia berani lagi, memang nak kena tempah kuburlah gamaknya.”
Seloroh Aminah sambil tergelak besar. Namun tidak mendapat respon dari
teman-temannya.
“Bukan sebab si
Khairul tu. Tapi sebab ni.” Terang Syafanah sambil memegang sandal Ezza yang
telah digunting.
“Ya ALLAH, kenapa
boleh jadi macam ni?” Soal Aminah terkejut. Dia memandang ke arah Ezza yang
berwajah sugul.
“Tak payahlah kau
tanya sebab kau sendiri boleh agak jawapannya kan. Hei, geram betul aku.” Buat
pertama kalinya Syafanah kelihatan marah dengan perbuatan yang dilakukan tidak
lain tidak bukan si pendengki utama dunia iaitu Suria.
“Kali ni kau tak
boleh diamkan diri Ezza. Lepas ni entah apa lagi benda yang dia boleh buat kat
kau.” Kata-kata Aminah itu memang ada benarnya. Namun Ezza masih ragu-ragu.
“Kau nak aku
mengadu dekat sape? Mengadu sebab ada seorang gadis yang dengki dekat aku sebab
aku couple dengan Edy. Macam tu?” Soalannya tidak mendapat jawapan dari Aminah.
“Sekurang-kurangnya
kau boleh beritahu Edy.” Cadang Syafanah pula.
“No. Aku tak akan sesekali beritahu pada dia.” Terkejut
Aminah dan Syafanah yang mendengar suara Ezza yang tiba-tiba meninggi.
“Maksud aku, dia tak perlu tahu. Sebab dia tak suka
perempuan yang menyusahkan.” Suaranya sudah kembali seperti biasa. Menyedari
akan kekhilafan meninggikan suaranya sebentar tadi.
“Memang wajarlah dia susah sebab kau. Kau kan Girlfriend
dia.” Mungkin Ezza tidak faham dengan maksud sebenar menyusahkan.
“Tapi aku tak ada
hak untuk menyusahkan dia. Hanya sekadar gelaran teman wanita, ia tak membawa
apa-apa erti pun.” Ezza menegakkan dirinya. Aminah memegang kepalanya
yang tiba-tiba terasa pening. Syafanah pula mengeluh berat.
Tidak pasal-pasal mereka bertegang urat di hadapan pintu
masuk library. Ini semua berpunca daripada Suria yang mengunting sandal milik
Ezza. Disebabkan peraturan telah menetapkan bahawa setiap pelajar perlu
menanggalkan kasut sebelum masuk ke library, Suria telah mengambil kesempatan
untuk mengenakan Ezza.
Tidak habis-habis lagi sifat dengki Suria pada Ezza.
Salahkah jika Edy memilih Ezza dan bukan Suria. Memang susah apabila berhadapan
dengan orang yang tidak reti bahasa ni.
“Kita beritahu je pada Edy. Sekurang-kurangnya dia tahu.
Bukan nak suruh dia buat apa-apa pun. Aku tak rasa benda ni menyusahkan dia.”
Lembut sahaja nada suara Syafanah memujuk.
“Tapi aku tetap tak nak. Aku harap korang hormat keputusan
aku.” Ezza memohon pengertian.
“Yalah, tak payah beritahu. Tutup cerita. Sekarang, kita kena fikirkan cara macam mana kau
nak balik ke hostel. Tak kan nak jalan kaki ayam je?” Sebenarnya, dia ada ageda
yang tersendiri. Tidak perlulah Ezza tahu. Yang penting, masalah ini perlu
diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah.
“Nampaknya macam tulah. Aku tak nampak cara lain dah.” Jawab
Ezza dalam keluhan.
“Tak apa. Biar kita orang join kau sekali yerk.” Usul Aminah
sambil menjingjing kasutnya.
“Aku pun samalah.
Dah lama tak tolong bersihkan lantai.” Terburai ketawa mereka bertiga. Ezza
memanjatkan kesyukuran dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa berada di saat
senang dan susah.
“Tapi kalau orang tanya, kita nak jawab apa?” Soal Ezza
sambil memandang ke arah Aminah. Dia tahu, Aminah pasti ada jawapannya.
“Kalau dia orang tanya, kita ajaklah dia orang sekali.” Sekali lagi ketawa mereka bergabung.
Mereka tidak sedar akan kehadiran Suria yang memandang aksi mereka dari jauh.
Dia tidak sangaka bahawa mereka masih lagi boleh bergelak ketawa walaupun sudah
mendapat bencana.
Dari dulu dia
cuba menaikkan api kemarahan Ezza namun kesabaran gadis itu seakan-akan
mengunung. Kadang-kadang dia rasa bangga dengan gadis itu. Namun cepat-cepat
sifat dengkinya menular dan melunturkan rasa banggannya pada Ezza. Dia perlu
merancang dengan lebih teliti lagi selepas ini.
***
Ezza terasa perutnya seakan-akan memulas
sahaja. Mungkin kerana tidak menjamah apa-apa seharian. Seleranya seakan
mati. Entahlah, dia sendiri tidak pasti puncanya. Pokoknya, dia ingin segera ke
tandas.
Tapi entah mengapa, tiba-tiba tangannya direntap dan badannya
terdorong ke dinding. Kepalanya hampir-hampir terhantuk ke dinding. Ketika itu,
munculah tiga orang gadis yang sangat Ezza kenali.
Kalau iya pun hendak mencari gaduh, bukan ini masanya. Dia benar-benar ingin ke tandas.
Kedatangan mereka yang tidak dialu-alukan ini memang tidak kena pada masanya.
“Korang nak apa
dengan aku?” Disoal juga walaupun mukanya berkerut menahan rasa.
“Aku nak Edy. Aku
nak kau tinggalkan dia.” Lantang sahaja suara Suria. Rakan-rakannya seperti
ayam belatuk sahaja kerana sedari tadi hanya mengangguk.
“Kalau kau nak
sangat kat dia, ambiklah. Tapi itu pun kalau dia nak kat kaulah.” Sindir Ezza.
Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bermulut jahat sedikit. Khas untuk
Suria and the geng.
“Kurang ajar betul kau ni kan.” Sampuk teman Suria.
“Oh ya ke? Tak tahulah pulak aku. Lepas ni, aku kena belajar
betul-betulah. Tak adalah orang cakap aku kurang ajar lagi.” Jawab Ezza berani.
“Oh, dah pandai
menjawab dah sekarang yerk.” Perli Suria. Hatinya menjadi sakit mendengar
kata-kata Ezza.
“Kalau orang
tanya, aku jawablah. Nanti orang cakap aku pekak pulak.” Tambahnya lagi. Dia
tahu, kata-katanya akan mengundang bala. Namun dia sudah tidak hirau akan semua
itu.
“Kau memang dah
lain. Dah tak macam dulu.” Itu Suria sangat pasti. Ezza yang dikenali dulu
tidak akan memjawab seperti ini. Dia betul-betul sudah berubah.
“Aku memang dah
berubah. Namun Alhamdulilah, perubahan aku bukan ke arah keburukan. Dan aku
doakan yang kau pun akan berubah.” Doa Ezza ikhlas. Dia tidak pernah
mengharapkan yang buruk-buruk tentang Suria. Dia tahu, Suria tidaklah sejahat
mana.
“Hei, pergi
matilah kau dengan doa kau tu.” Tengking Suria. Api kemarahannya sudah
meruap-ruap. Nafasnya tercungap-cungap akibat menyimpan rasa marah.
“Aku bersyukur sangat kalau aku mati dalam berdoa. Sudahlah,
aku nak cepat ni. Boleh tak korang ketepi sikit.” Ezza sudah tidak tahan lagi.
bila-bila masa sahaja bom akan meletup. Dia cuba menepis bahu teman-teman untuk
berlalu pergi.
“Hei, aku belum
habis cakap lagi dengan kau.” Marah Suria sambil menghalang Ezza dari terus
pergi.
“Tapi aku dah tak
boleh bercakap dah.” Jawab Ezza sambil menekan-nekan perutnya yang memulas.
“Ni apa kena
pulak ni? Tak payahlah kau nak mintak simpati dengan aku.” Tutur Suria dengan
penuh bangga.
Ezzah sudah tidak
dapat bertahan lagi. Maka dilepaskan rasa yang sedaya upaya disimpan. Lega
sungguh rasannya.
“Wei, sape kentut
ni? Busuk gila.” Ujar salah seorang teman Suria sambil mengepit hidungnya. Ezza
tergelak besar melihat aksi mereka. Tidaklah busuk mana pun.
Sekonyong-konyong
Ezza berlari menuju ke tandas. Bukan niatnya untuk melepaskan kentut,
tapi dia betul-betul tidak tahan.
Apabila Ezza
keluar dari tandas. Kelibat mereka sudah tidak ada. Mungkin fobia
agaknya. Sangkaannya meleset, dari cermin tandas, dia dapat melihat kelibat
Suria berada di belakangnya. Lantas dia berpaling.
“Tak habis-habis lagi ke?” Keluh Ezza kepenatan. Dia penat
melayan karenah Suria yang kebudak-budakkan.
“Selagi kau tak
putus dengan Edy, selagi itu masalah ini belum habis.” Ujar Suria. Kali ini,
dia kelihatan berlainan sedikit. Mungkin kerana ketiadaan teman-temannya.
“Aku tahu, kau
sebenarnya bukan nak sangat dekat Edy tu kan. Yang kau nak sangat ialah melihat
aku derita kan? Sampai sekarang aku tak faham kenapa kau nak bermusuh dengan
aku. Boleh kau beritahu aku sebabnya Suria?” Pohon Ezza beria. Dia benar-benar
ingin tahu.
“Sepatutnya aku yang diambil menjadi anak angkat. Bukannya kau.
Disebabkan kau, hidup aku merana. Disebabkan kau, aku hilang semua. Semuanya
sebab kau.” Pekik Suria. Ezza pula terkesima. Dia tidak sangka itulah
penyebabnya.
Memang dari dulu
mereka saling mengenali antara satu sama lain. Lima tahun dahulu, mereka
sama-sama berpayung di rumah anak yatim. Dan persahabatan mereka terputus
apabila Ezzah terpilih untuk menjadi anak angkat hartawan ternama.
Namun
pengambilannya menjadi anak angkat bukan dari kemahuannya. Itu semua kemahuan
mama dan papa angkatnya. Kata mereka, mukanya persis anak kandungnya yang
meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Dan tidak pernah
sekalipun dia berbangga dengan apa yang dia perolehi. Rasanya, hampir satu
kampus tahu bahawa dia hanyalah anak angkat hartawan ternama. Edy sendirin tahu
tentang hakikat itu.
“Apa salah aku.
Bukan aku yang minta diambil anak angkat. Bukan aku…” Air matanya terburai
setitik demi setitk. Sekarang, dia sudah punya jawapannya. Rupa-rupanya, inilah
puncanya.
“Datuk kenal aku
dulu. Tapi bila kau datang, semua jadi hancur. Semua harapan aku musnah. Dan
aku akan pastikan yang hidup kau derita Ezza. Sebab penderitaan kaulah yang
dapat membayar semuanya.” Ujar Suria penuh dendam sambil berlalu pergi.
Bahu Ezza
terhenjut-henjut menahan tangis. Bibirnya mencebit akibat menangis. Tangannya
sendiri seperti tidak mampu menahan air
matanya daripada tumpah ke pipi.
“Ezza, kenapa ni?” Soal Aminah. Pelik kerana melihat Ezza
menangis teresak-esak. Menyedari kehadiran Aminah, dia pantas memeluk temannya.
Dan bahu Aminah menjadi tempat untuk Ezza bersandar.
Aminah mengosok-gosok belakang temannya persis sedang
memujuk. Cuba mengusir lara yang menghimpit temannya. Kalau dengan menangis mampu menghilangkan
keperitan Ezza, dia sekali pun tidak akan melarang.
***
Sedaya upaya Ezza cuba menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Kalau
ikutkan hatinya, memang dia ingin menolak ajakan Edy untuk keluar makan
bersama. Kerana dia benar-benar tidak berselera.
Namun apabila
melihat muka Edy yang sedikit tegang, akhirnya dia bersetuju sahaja. Lagi pula,
sering sangat dia menolak perlawaan Edy. Bimbang juga jika kerana terlampau
menjaga hati orang lain hingga melukakan hati kekasihnya.
Ezzah masih lagi
belum berputus asa. Dia tahu yang Edy tidak suka perempuan yang
membazir. Apabila dia sudah tidak tahan, dia menolak nasi yang dimakan dengan
air. Usai minum, dia kembali menyumbat nasi ke mulutnya.
Namun tiba-tiba sahaja Edy menarik pinggannya dan air
minuman yang sedang dipegangnya. Ezza
memandang dengan seribu persoalan.
“Janganlah paksa
diri kalau tak mampu.” Ujar Edy. Tiada senyuman yang menghiasi wajahnya.
Ezza hanya menunduk.
“Saya tak pernah suruh awak jadi seperti gadis idaman saya.
Ciri-ciri itu hanya satu subjektif. Saya terima diri awak sebab diri awak.
Bukan sebab ciri-ciri yang macam saya pernah bagi tahu dulu.” Teguran Edy itu
tidaklah bernada marah namun Ezza terasa seperti ingin menangis sahaja.
“Sebenarnya saya sengaja uji awak. Ketiga-tiga sikap tu memang bertentangan dengan
sikap awak kan. Awak tak pernah makan habis. Kadang-kadang awak tak boleh
berdikari dalam membuat keputusan. Dan memang awak tak melayan lelaki
tapi awak masih ada kawan lelaki. Tak bermakna awak tak perlu bercakap dengan
dia orang hanya sebab awak couple dengan saya.
Bila saya beritahu tentang ciri-ciri gadis idaman saya, awak
dah tak menjadi diri awak dah. Awak cuba
jadi macam gadis tu dan akibatnya, awak mendapat susah bila couple dengan saya.
Saya nak awak tahu, saya tak pernah idamkan kesempurnaan dari awak Ezza.
Cukuplah apa yang ada pada awak.” Sambung Edy lagi apabila melihat Ezza hanya
mendiamkan diri. Air mata Ezza menitis jua namun cepat-cepat diseka.
“Saya tak tahu apa yang saya nak buat. Saya bingung. Saya
cuba jadi seperti yang awak inginkan. Saya tak pernah lalui semua ni. Jadi saya
kekok.” Luah Ezzah.
“Ezza, awak anggap saya ni apa pada awak?” Soal Edy. Dia
tidak menghiraukan tangisan Ezza atau pandangan orang. Dia hanya mahukan
jawapan.
“Kekasih.” Jawab Ezza takut-takut. Tidak pernah dia melihat
Edy seserius ini.
“Ada hati awak mengaku saya ni kekasih awak. Kalau kekasih,
mesti sayalah orang pertama yang awak akan beritahu bila Suria buli awak Ezza.
Tapi awak tak buat macam tu kan. Awak buat saya rasa macam orang bodoh. Umpama
saya ni tak pernah menghargai awak. Umpama saya ni tak ada makna di mata awak.
Umpama saya ni seorang kekasih yang tak berguna.” Kini giliran Edy pula meluahkan
ketidakpuasan hatinya.
“Saya tak pernah anggap awak macam tu. Saya cuma tak mahu
menyusahkan awak.” Jawab Ezza. Memang itulah kenyataannya.
“Itulah alasan awak. Macam mana awak tahu saya akan susah
kalau awak tak pernah beritahu saya. Sakit rasanya bila kita terpaksa dengar penjelasan dari mulut orang lain
Ezza. Sakit sangat…” Rintih Edy. Ezzah dihimpit serba salah yang tidak
terhitung banyaknya.
“Saya minta maaf.” Rayu Ezza. Kalau dengan meminta maaf dia
boleh menyelesaikan segalanya, dia sanggup.
“Dah habis makan kan. Kita balik.” Putus Edy. Tidak langsung
memandang pada permohonan maaf Ezza. Ezza terluka dengan kelukaan yang dicipta
sendiri.
Dua malam dia
berturut-turut menangis. Semalam disebabkan Suria. Hari ini disebabkan Edy.
Ezza melepaskan tangisannya di bahu Syafanah. Tergagap-gagap dia menceritakan
tentang kemarahan Edy padanya kepada teman-teman.
“Aku minta maaf Ezza. Aku tak tahu pulak yang Edy akan marah
sampai kau menangis macam ni?” Menyesal pula kerana gatal-gatal menyibuk dalam
kisah Ezza.
“Aku tak salahkan kau. Memang aku yang salah.” Dia sudah mengangkat muka. Mengesat sisa-sisa air
mata yang tinggal.
“Apa yang aku
perlu buat sekarang? Perlu ke aku bagi Edy pada Suria.” Keputusan tidak rasmi
daripada Ezza itu memeranjatkan mereka berdua.
“Kau gila? Kau
nak tengok dunia ni terbalik ke?” Hampir terbuntang matannya memandang Ezza.
“Habis tu, aku
nak buat apa?” Dia betul-betul mengharapkan pertolongan dari teman-temannya.
“Pertahankan cinta kaulah.” Jawab Syafanah pasti.
“Habis tu Suria?” Soalnya tidak dapat berfikir.
“Ezza, kau ingat Edy nak ke dengan si Suria tu? Dan kau
pasti yang Suria tu betul-betul nakkan si Edy. Kan kau jugak yang cakap, Suria
lakukan semua ni sebab dendam kan? Dan
kalau dia orang bersama, dia orang boleh bahagia ke?” Aminah sudah faham
tentang punca berlakunya persengketaan ini. Ezza telah menceritakan semuanya
kepada Aminah dan Syafanah semalam.
“Tapi Edy
marahkan aku?” Sedih rasannya memikirkan tentang hal yang satu itu.
“Alah, jangan
risau. Marah dia tu sekejap je. Dia nak ajar kau supaya menghargai diri dia
pada masa akan datang.” Entah bila pula Syafanah sudah bertukar menjadi pakar
cinta.
“Kau pasti?”
Tanya Ezza sekali lagi.
“Seratus
peratus.” Ujar Syafanah dengan penuh keyakinan.
“Aku tahu apa
yang perlu aku buat sekarang.” Dia sudah memperoleh jawapannya.
“Bagus. Macam tulah kawan aku. Tapi apa yang kau nak buat?”
Dalam mendorong dia bertanya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kau tengoklah esok.” Tidak sabar rasanya untuk menunggu
hari esok. Dimana berakhirlah kisah
derita yang hanya akan diwarnai dengan kenangan yang manis-manis sahaja.
***
Ezza
memandang ke arah dua orang manusia yang sangat dikenalinya. Pandangannya jatuh
pada tangan Suria yang sedang memegang lengan sasa milik Edy. Hatinya sedikit
panas. Namun bila memikirkan lakonan yang bakal berlangsung, dia tersenyum.
Seperti
yang dirancang, aminah memberikan surat layang kepada Suria dan Edy. Mereka
tidak tahu bahawa pertemuan mereka adalah di bawah rancangan Ezza.
“Ada apa kau nak jumpa aku?” Soal Edy bengis. Menyampah rasanya menatap
wajah orang yang telah mebuatkan dia dan Ezza bergaduh.
“Bukan
Edy ke yang nak jumpa Ria?” Soal Suria kehairanan. Nampaknya ada orang yang
ingin mengenakan mereka berdua. Ah, apa dia peduli. Yang penting dia dapat
berjumpa dengan Edy.
“Aku ada banyak benda lagi yang
boleh aku buat selain daripada jumpa dengan kau.” Bebel Edy marah. Lagi
menaikan darahnya bila tangan Suria menjalar disekitar lengannya. Sudah puas
ditepis, namun dasar gadis gedik. Sudah ditolak pun masih mencari.
Mata Ezza sudah tidak tahan lagi.
Dia melepaskan pandangan ke arah sahabat-sahabatnya. Aminah menganguk-ngangguk
kepalanya beberapa kali. Lantas, dia melangkah menuju ke arah Edy dan Suria.
Mata Edy seakan mengecil melihat ke
arah Ezza yang menuju ke arah mereka berdua. Dia menjatuhkan pandangan mata ke arah Suria yang tersenyum mengejek. Tidak
langsung beriak bersalah. Adakah pertemuan ini memang sengaja dirancang oleh
Suria. Supaya Ezza cemburu dan meminta putus darinya? Ah, dia tidak dapat
membayangkannya.
Makin
dekat jarak Ezza, makin kuat pautan tangannya pada Edy. Edy cuba untuk menarik
namun dia masih lagi terkejut dengan kedatangan Ezza.
“Lepaskan
tangan Edy.” Keras sahaja nadanya. Dia tidak mempedulikan pandangan mata
Edy. Dia hanya memandang terus ke arah Suria.
“Kenapa pulak aku kena ikut cakap
kau?” Angkuh sungguh nada suarannya. Edy hanya mengambil keputusan untuk tunggu
dan lihat sahaja.
“Sebab ni.” Ujar Ezza sambil
melemparkan beberapa keping gambar ke muka Suria. Suria yang terkejut
melepaskan pautan tangan Edy. Dia mengutip gambar yang dibaling oleh Ezza tadi.
Nyata, Suria terkejut bangat.
“Mana kau dapat semua ni?” Soal
Suria terketar. Dia mamandang
gambar-gambarnya bersama dengan sugar dadynya. Memang selama ini, dia
ditanggung oleh sugar dady. Manalah dia mampu untuk menyara kehidupan di kampus
dengan bantuan biasiswa semata-mata.
Disebabkan
itulah, dia mencari alternatif lain. Sebagai balasannya, dia terpaksa mengadai
maruahnya. Semua orang menyangka dia anak orang berada. Tapi hakikatnya hanya
dia sahaja yang tahu.Rahsia ini sentiasa kemas tersimpan. Tapi sungguh dia
tidak menyangka yang Ezza tahu tentang hal ini.
“Tak
perlulah kau tahu, sebab aku pun tak berniat pun nak beritahu kau.” Jawab Ezza
sambil mengerling sekilas ke arah Edy yang tidak berganjak dari memandangnya.
“Apa
yang kau nak sebenarnya.” Soalan Suria itu membuat Ezza tersenyum.
“Aku nak kau jangan ganggu hidup aku. Jangan kacau kawan-kawan aku. Dan
jangan kau berniat secuit pun untuk memiliki Edy sebab selagi aku hidup, aku
tak akan benarkan ianya berlaku.” Memang
seharusnya Edy berbangga mempunyai kekasih seperti Ezza. Tidak disangka bahawa
Ezza begitu berani sekali. Sangkanya, Ezza datang untuk memarahinya kerana
berjumpa dengan Suria.
“Kalau
aku tak ikut cakap kau?” Ezza memang menantikan soalan ini dari Suria.
“Rahsia
yang kau simpan selama ini akan terbongkar. Aku akan sebarkan gambar itu ke
seluruh kampus. Dan tidak akan ada seorang pun yang akan tertinggal untuk
melihatnya. Dan kesannya, kau akan
dibuang kolej. Dan masa tu, kau dah tak ada apa-apa untuk dibanggakan lagi.”
Kali ini, dia perlu memainkan watak jahat.
Terkedu
Suria mendengarnya. Nampaknya Ezza telah merancang dengan sebaik mungkin.
Hancur berkecai segala impiannya. Sekonyong-koyong, dia meninggalkan pasangan
kekasih itu dengan hati yang remuk.
Edy
masih tidak lepas dari memandang wajah Ezza. Bangga sungguh dia dengan Ezza.
Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Nak
pergi mana ni?” Soal Edy. Menghalang
Ezza dari pergi.
“Kenapa
awak nak tahu. Awak kan sibuk layan si Suria tu.” Perli Ezza. Pura-pura
marah.
“Sayang marah?” Duga Edy.
“Memang saya marah. Awak jumpa dia
tanpa beritahu saya. Siap main pegang-pegang lagi. Itu namanya curang.”
Suaranya sedikit pun tidak ditinggikan. Cuma kedengaran tegas.
“Saya tak curang sayang. Saya jumpa dia sebab
nak marah dia tau.” Jelas Edy bersungguh-sungguh. Ezza cuba menyembunyikan
senyumannya.
“Kenapa pulak awak nak marah dia?”
Soalnya pura-pura tidak tahu.
“Sebab dia berani buli awak.”
“Siapa
yang kena buli?” Soalan berbalas soalan.
“Saya
bangga betul dengan awak tadi.” Puji Edy ikhlas.
“Kalau saya tak buat macam tadi,
mesti awak tak bangga dengan saya kan?”
“Taklah. Kalau awak tak buat macam
tu, saya tetap bangga dengan awak. Bangga sebab awak sanggup mengubah diri awak
yang sebenar demi saya. Cuma saya tak suka kalau ada perkara yang membuat awak
tak gembira. Sebab tu saya marah. Macam saya ni boyfriend yang tak berguna je.”
Ezza tersenyum.
“Tapi sekarang awak dah tak marahkan saya kan?” Tanya Ezza meminta
kepastian.
“Marah saya sekejap je. Kalau awak
pujuk saya semalam, mesti ok terus. Tapi yalah, orang tu tak pujuk pun.” Rungut
Edy sambil disambut oleh gelak ketawa Ezza.
“Saya pun tengah pujuk hati saya
sendiri.” Jawab Ezza. Masih belum
berhenti ketawa.
“Ezza,
janji dengan saya yang awak tak kan rahsiakan apa-apa dari saya.” Tuntut Edy.
Wajahnya bertukar serius.
“Kalau
tak nak?” Saje Ezza mahu bermain tarik tali.
“Saya
tak nak lepaskan tangan awak.” Jawab Edy selamba sambil memegang tangan Ezza
dengan kemas. Terkejut Ezza dengan kelakuan selamba badak Edy. Tidakkah dia
sedar bahawa mereka sedang berada di kawasan kampus.
“Hei, lepaslah. Awak nak mampus ke kalau orang lain nampak.” Teguran
Ezza tidak diendahkan Edy.
“Janji dulu.” Pinta Edy. Ezza
ketawa sendiri melihat aksi Edy yang agak
kebudak-budakkan sedikit.
“Yalah,yalah. Lepaslah.” Janjinya
sambil menarik tangannya.
Akhirnya dia temui juga cintanya.
Walaupun dirinya banyak kekurangan namun itu tidak bermakna bahawa diri kita
tidak layak untuk menyintai atau dicintai. Cinta itu akan tetap ada selagi kita
menghargainya.
Kadangkala ada sepi yang berkunjung,
namun ia tetap ada penghujungnya. Kadangkala rindu bertamu, namun tidaklah ku
tahu akan dirimu. Kadangkala cinta mendatang, namun adakah ianya akan setia
mendatang tanpa pergi. Kadangkala ada kasih yang bertaut, namun adakah ianya
tautan kasih yang utuh. Dan yang dicari hanyalah CINTA…….
p/s: cerpen ni ditulis pada tahun 2008... ini antara cerpen sy yang terawal... x pnh dipost ke mana-mana pun... jadi memang banyak kelemahan yang tidak terhitung.. hehe.. saya tak bercadang nak edit apa2 pun sebab saya nak kekalkan cerita ni sebegini rupa... terimalah hasil tak sempurna ketika sy berumur 18 tahun..hehe.. =)
best la.. ska bca.. =)
ReplyDeletebest la..sapa kata xbest..panjang gitu...
ReplyDeleteamboi.. umo 18tahun dah pandai yer cintun2
ReplyDeletebest :D
ReplyDeletelike....
ReplyDelete1st cerpen sara dah memang panjang dan complete dari kisah perkenalan sehingga ke happy ending nya.. pasal tu semua cerpen sara yang cerpan tu orang cakap panjang pasal dari awal ini memang gaya garapan sara sendiri.. tahniah.. umur 18 tahun tapi matang dalam menyusun cerita
ReplyDeletei like..thumb up..hehehe
ReplyDeletesalam SSG...
ReplyDeletewowww...terbaik dari ladang...
kak ngah suka..suka... thumb up plus2....
walau cerpen yg pertama semasa umur 18thn...sangat sempurna....mcm da lama jadi penulis dari lenggok cite dye..hehe kak ngah suka semua karya SSG....
TERUS BERKARYA ...kak ngah akn sentiasa menyokong SSG dlm senyap....huhu
kau tau cerpen aku 18 tahun cam hape ? nak baca pun x selera . aku sndiripun rasa 'euwww' bila baca . 'Aku tak percaya cinta' tu la yg 18 taun . buat ayat pun x semengah . 'aku suke gilerr...' <---skang nih loya nak baca penambahan huruf~ rrr
ReplyDeletekau kira okay la kecik-2 dah buat mcm ni .. aritu aku x dpt komen sbb line aku lmbat .. hihihi
sweet betul ^_^
ReplyDeletebosan lah..tak berapa nak best.
ReplyDelete