Monday 6 February 2012

YANG DICARI HANYALAH CINTA



Ezza meletakkan novel yang baru habis di baca di atas rak yang telah disediakan. Dia tersenyum sendirian. Memang sudah menjadi hobinya sedari dulu lagi. Membaca dan mengumpul novel.
            Sekarang, dia sudah mampu tersenyum kerana novel kepunyaannya sudah melebihi dari sasaran yang telah ditetapkan. Namun, dia tidak akan penat atau berhenti dari melanggan novel yang akan datang kerana setiap novel memaparkan cerita dan cinta yang berbeza.
            Macam mana pula dengan cintanya nanti. Adakah seindah yang ditulis di dalam novel atau hanya sekadar mempunyai cinta yang ala kadar. Dia mengeluh sendiri. Sampai sekarang, dia belum merasai apa itu cinta kerana fokusnya dia pada cita-cita.
            Cinta dan cita-cita tiada bezanya. Perkataan Cinta jika dibuang N maka jadilah cita. Dan perkataan cita jika ditambah N maka jadilah cinta. Tiada perbezaannya. Kerana semua orang di dunia ini mengejar cita-cita dan mengharapkan cinta.
            Orang cakap, kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Namun ada juga yang bercinta sambil mengejar cita-cita. Tidak ketinggalan juga yang kecundang mencapai cita-cita hanya kerana semata-mata cinta. Ezza tersenyum lagi.
            “Apa kes senyum sorang-sorang ni? Tengah angaulah tu.” Dia yang bertanya, dia jugalah yang menjawab. Itulah kawan Ezza yang becok. Namanya Aminah tapi nama komersialnya Min. glamour sikit.
            “Banyaklah kau punya angau. Kepala otak aku tengah lemau ni?” Ujar Ezza.
            “Asal pulak boleh jadi lemau? Kau tak tutup rapat-rapat ke?” Balas Aminah sambil tergelak kecil.
            “Taklah sebab dari tadi lagi terbukak.” Bersahaja saja jawabnya.
            “Kau fikir pasal apa sampai boleh jadi lemau ni?” Kini tiba giliran Syafanah pula bertanya.
            “Aku tengah buat kertas kerja tentang aktiviti anjuran MPP ni?” Jawab Ezza sambil menghalakan pandangan matanya ke arah kertas kerja yang berselerakan di atas meja studinyer.
            “Tak siap-siap lagi? kesian kau kan. Hmm, malang betul jadi MPP ni kan?” Lancar sahaja mulut Aminah menuturkan kata.
            “Ish, ada pulak cakap macam tu. Bukan senang untuk jadi exco MPP tau. Hanya yang terpilih sahaja yang layak. Ezza, aku tau kau boleh buat. Min, sepatutnya kita bagi semangat, bukan lunturkan semangat.” Begitulah kebiasaannya. Syafanah sentiasa berfikiran positif.
            Aminah tersenyum sumbing. Malu pula dia apabila ditegur begitu. Dia bukan berniat untuk memperlekehkan Ezza, dia Cuma meluahkan apa yang terpendam di lubuk hatinya sahaja. Tak lebih, tak kurang.
            “Ada apa-apa yang aku boleh tolong Ezza?” Kalau itu caranya untuk membantu sahabat, apalah salahnya jika dia cuba untuk menawarkan bantuan.
            “Tak pe lah. Dah nak siap dah pun.” Jawab Ezza jujur. Memang kerja itu sudah hampir siap. Cuma hendak menyemak untuk kali terakhir sahaja.
            “Alah Ezza, kalau kau rasa macam tak bersemangat, kau ingatlah dekat presiden MPP tu. Mesti berlambak-lambak idea datang.” Cadang Aminah sambil tergelak.
            Syafanah juga turut tersenyum apabila melihat Ezza mencebik. Mereka bedua tahu yang Ezza ada menaruh perasaan pada Presiden MPP yang kacak tu. Sudahlah kacak, pandai, baik pula budi pekerti. Sesuai sangatlah dengan Ezza yang comel ni.
            “Weh, daripada kau merepek-repek ni, baik kau pergi makan kerepek. Sekurang-kurangnya boleh gak tutupkan mulut kau yang bocor tu.” Geram sungguh dia dengan Aminah. ‘Kalau ada orang lain dengar, nanti mereka cakap yang aku ni minat kat Edy plak. Tapi memang betul pun. Hehehe… Tapi tak payahlah nak bagi tau satu dunia. Cukuplah hanya mereka yang tahu.’ Desis hati kecilnya.
            “Kalau ada kerepek, memang dah lama aku bantai. Masalahnya tak adalah Cik Ezza oi.” Balas Aminah tidak mahu kalah.
            “Ish korang berdua ni, tak habis-habis nak bertekak. Ezza, kalau kau layan si Min ni, sampai tahun depan pun belum tentu boleh siap kerja kau tu. Dahlah esok nak hantar kan…” Kalau Syafanah tidak masuk campur, sampai pagilah mereka dok bergusti mulut.
            “Aku pulak yang disalahkan.” Rungut Aminah. Ezza tersenyum senang sambil meneruskan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Kerja yang tinggal sedikit itu menjadi senang setelah memperoleh sedikit semangat dari kawan-kawan kesayangannya dan juga pujangga hatinya.
           
***
            “Wei, korang masuk kelas dululah. Aku nak pergi hantar kertas kerja kat Presiden.” Usul Ezza sambil mencari kertas kerja di dalam beg sandangnya. Namun, apa yang dicarinya tidak juga ketemu.
            “Kau cari apa?” Soal Syafanah yang melihat Ezza yang kelam kabut mencari sesuatu di dalam begnya.
            “Kertas kerja tulah. Aku rasa aku dah masukkan dah semalam. Ya ALLAH, jangan cakap yang kertas kerja aku tertinggallah.” Tangannya masih ligat mencari dibantu oleh mata yang menilau.
            “Carilah elok-elok. Ada tu. Janganlah gelabah sangat.” Nasihat Syafanah. Tahu benar dengan perangai Ezza yang cepat gelabah. Aminah hanya mendiamkan diri. Malas hendak menyerabutkan lagi keadaan.
            “Memang betul-betul tertinggal dekat hostel. Aku nak balik ambik. Korang masuklah kelas dulu.” Putus Ezza sambil berlalu.
            “Ezza!” Panggil Aminah yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
            “Apa?” Suaranya agak tinggi memandangkan jarak mereka yang sudah menjauh.
            “Yang ni ke?” Soal Aminah sambil mengangkat tinggi fail berwarna merah. ‘Kertas kerja aku, kurang ajar betul si Minah ni, dia pegang rupanya. Baru ingat nak ayu-ayu sikit, dah keluar gelabah aku ni.’ Bisik hatinya.
            “Asal tak bagi tau? Tak boleh nak control ayu betullah kau ni.” Ezza mengambil Fail yang berasa di tangan Aminah.
            “Banyaklah kau punya ayu. Nasib baik aku nampak tadi, kalau tak…” Dia malas ingin menghabiskan ayatnya. Biarlah Ezza fikir sendiri.
            “Thanks Min… Sayang kau.” Ujar Ezza sambil menghadiahkan kepada Aminah sebuah ciuman di pipi. Terkejut beruk Aminah dibuatnya.
            “Wei, agak-agaklah sikit kalau nak cium pun. Tempat umum ni. Karang, tak pasal-pasal orang cakap yang kita ni lesbian.” Aminah mengosok-gosok pipinya yang mendapat habuan daripada Ezza tadi.
            Syafanah hanya tergelak kecil apabila menyaksikan aksi kawan-kawannya. Dia berdoa di dalam hati agar persahabatan mereka hanya akan berakhir dengan kematian sahaja. Bukan dengan permusuhan.
            “Cepatlah pergi, nanti lewat pulak masuk kelas.” Tegur Syafanah.
            “Entah, nanti tak cukup pulak masa kau nak menatap wajah pujangga hati kau tu.” Sempat lagi Aminah menambah. Nasib baik nada suaranya direndahkan. Kalau tidak, mau didengar oleh satu kolej sahaja suaranya.
            Sebelum dia pergi, sempat juga dia menunjukkan penumbuk yang tidak besar mana kepada Aminah. ‘Dasar mulut tak ada insurans.’ Ezza berlari menuju ke bilik gerakkan MPP. Namun seperti biasa, dadanya berdebar hebat.
            Kalau dia berhadapan dengan Edy, pasti dia kelihatan kaku sahaja. Dia tidak pernah dapat menjadi dirinya sendiri. Semua ini hasil dari penangan cinta yang mengunjung. Dia beristifar beberapa kali sebelum memulas tombol pintu.
           
***
            Ezza menyerahkan kertas kerjanya kepada Edy yang sedang duduk di sofa. Hatinya berdebar-debar. Dia sendiri keliru, dia berdebar kerana takut dengan keputusan kertas kerjanya atau kerana rasa cinta yang menghimpit.
            “Bagus cadangan awak ni. Moga-moga ianya dapat dilaksanakan.” Setelah agak lama menilai kertas kerjanya, itulah jawapan yang keluar dari mulut Edy.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu.” Mohon Ezza. Dia mahu cepat-cepat pergi. Dia mempunyai 2 tujuan. Yang pertama, dia tidak mahu lewat ke kelas dan yang kedua ialah dia mahu menghilangkan rasa yang sedang menjalar di dalam hatinya. Rasa tidak tenteram.
            “Awak ada kelas ke?” Soal Edy apabila dia melihat Ezza yang seperti ingin cepat pergi darinya. Dari dulu, dia cuba mendekati gadis comel ini, namun kesempatan sentiasa tidak menyebelahinya.
            Ezza hanya mengangguk. Lidahnya kelu untuk mengucap kata. Otaknya pula berbelit menyusun ayat. ‘kalau jawab A’ah macam ganas je. Kalau jawab iya macam nak control ayu pulak. Hmm,,, pening betul kepala aku ni.’ Gumannya di dalam hati.
            “Oh, saya ingat baru nak ajak awak minum kat kafe.” Cadangan Edy itu seperti mahu meluruhkan jantung milik Ezza. ‘Nak mampus! Kalu duduk semeja berdua je. Memang tempah bala. Nanti apa pulak orang cakap.’
            “Mungkin lain kali.” Ezza sengaja berbasa basi. Memang dia minat dengan Edy namun dia lebih suka kalau minat ini hanya dia, Min dan Fanah sahaja yang tahu. Tidak perlulah Edy tahu apatah lagi ingin diumumkan pada satu kolej.
            “Kalau lain kali tu malam ni, boleh tak?” Ezza menelan air liur. Pahit air liur yang ditelan. Seperti pahitnya telinga yang mendengar.
            “Er, tengoklah dulu macam mana.” Jawab Ezza tidak ikhlas. Edy menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya, perempuan di hadapannya ini bukan jenis yang jinak. Liat juga rupanya.
Namun dia tersenyum. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Ezza ni bukan jenis yang mudah layan lelaki. Dan kalau bukan yang mudah melayan lelaki, pasti dia seorang yang setia. Dan sifat itulah yang sedang dicari olehnya. Sebelum ini, perempuan yang berdampingan dengannya hanya mengharap dengan kekayaan dan rupa paras yang dia miliki. Bukan melalui kejujuran.
 “Er, pergi makan-makan jew. Lagipun, saya ada sesuatu perkara nak bagi tau pada awak.” Edy betul-betul berharap agar Ezza bersetuju.
“Awak nak bagi tahu apa?” Tak sabar pula rasanya ingin tahu.
“Jumpa awak malam ni k.. Saya tunggu bawah pokok tanjung. Kita makan dekat luar je.” Cepat sahaja dia memberikan arahan.
“Kita berdua je ke?” Soal Ezza takut-takut.
“Taklah. Kita ajak satu kolej ikut.” Seloroh Edy selamba. Geram juga dengan pertanyaan Ezza yang dirasakan tidak patut.
“Huh!” Terkejut betul dia mendengar jawapan yang keluar dari mulut Edy.
“Ezza, Ezza.. Kita berdua je lah. Kenapa, ada masalah ke?” Soal Edy dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Nampak sangat si Ezza ni begitu polos.
“Tak ada.” ‘Tapi saya tak biasa.’ Namun ayat itu hanya berlegar di dalam hati sahaja.
“Yalah, kowt-kowt ada orang marah kan..” Meleret saja nadanya. Tapi dia pasti yang Ezza belum berpunya. Dia sudah mendapat kepastian tentang hal itu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Lagi pula, belum pernah dia melihat Ezza keluar dengan mana-mana lelaki.
“Siapa pulak yang nak marah.” Soal Ezza yang masih belum mampu menangkap maksud dari kata-kata Edy tadi.
“Eh, awak ada kelas kan? Dah lambat ni.” Nasib baiklah Edy mengingatkannya. Dia jadi terleka sebentar melayan Edy yang tiba-tiba terlebih ramah dengannya hari ini.
Sengaja Edy tidak mahu menjawab soalan Ezza. Dia takut kalau-kalau Ezza merubah fikiran. Lagipun, belum sampai masanya lagi untuk Ezza tahu isi hatinya.
Dengan tergesa-gesa Ezza keluar dari bilik gerakan untuk menghadiri kelas Ekonomi. Hatinya tiba-tiba rasa tidak tenteram. Tentang janjinya untuk keluar dengan Edy dan tentang perkara yang ingin diberitahu kepadanya. Kusut otaknya memikirkannya.
Apalah reaksi teman-temannya apabila mendengar ceritannya nanti. ‘Mesti si Min tu melopong dan mesti si Fanah akan terjerit kecil.’ Segala perlakuan rakan-rakannya itu sudah boleh dihafal olehnya. Itulah dinamakan persahabatan sejati.

***
            “Ya ALLAH, aku tak nak pergilah.” Ujar Ezza yang masih bermalasan di atas katilnya.
            “Eh, perempuan ni. Pergi je lah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni tau.” Memang susah untuk mendapat peluang keluar dengan Edy namun ia akan membuka peluang untuk mendapatkan musuh yang sebelum ini belum pernah dia miliki.
            “Betul cakap Min tu Ezza. Pergi makan je kan. Tak ada apa-apalah. Lagipun, janganlah terlampau fikirkan cakap-cakap orang Ezza.” Giliran Syafanah pula yang bersuara. Tahu sangat dengan perangai Ezza yang selalu fikir yang bukan-bukan.
            “Tapi aku tak pernah keluar berdua je dengan lelaki. Aku tak biasalah. Dan aku tak nak biasakan.” Lemah sahaja nada suaranya.
            Syafanah dan Aminah saling berpandangan. Mereka tidak tahu sama ada mereka perlu bersimpati atau gembira dengan reaksi Ezza ketika ini.   
            “Ezza, cepatlah siap. Dah pukul berapa dah ni.” Syafanah menepuk-nepuk bahu Ezza persis sedang memujuk. Dia tahu, Ezza sebenarnya sedang gemuruh dan gementar kerana sebelum ini, dia belum pernah lagi keluar berdua dengan mana-mana lelaki.
            “Kau rasa, apa yang dia nak beritahu aku?” Syafanah dan Aminah saling berpandangan. Perkara itu rupanya yang sedang difikir oleh Ezza.
            “Ezza, Ezza… Don’t take so hard. Laluilah dengan seadanya diri kau.” Aminah melemparkan pandangan berbau nasihat.
            Ezza sudah mampu untuk tersenyum. Membenarkan kata-kata Aminah tadi. ‘Kenapalah aku ni cepat gelabah sangat. Tak boleh ke aku bertenang sikit.’
            “Dah, cepat siap.” Arah Aminah dengan suara yang kuat. Cepat-cepat Ezza menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Agar mampu menghilangkan rasa gemuruh bin gelabah yang sentiasa menghimpitnya.
***
            “Hoi, berangan ke?” Terjah Aminah sambil tersengih-sengih.
            “Tak payahlah kau tayang gigi kau tu. Bukan ada orang nak beli pun.”Sakit hatinya diterjah sedemikian rupa. Hilang lamunannya sebentar tadi.
            “Aku pun tak berniat nak jual.” Sambung Aminah. Ezza berdengus kecil. ‘Ada saja kata-katanya yang ingin dibalas.’
            “Kau tengah fikirkan apa Ezza. Masih fikirkan hal semalam?” Dalam bertanya Syafanah menduga. Mana tahu kalau-kalau betul sangkaannya.
            Ezza mengangguk lemah. Dia ingat, apalah benda yang ingin diberitahu oleh Edy. Rupa-rupanya Edy hanya menyuruh dia membuat banner untuk salah satu aktiviti anjuran MPP. Kenapalah dia tidak beritahu siang-siang sahaja. Tidak perlulah sampai pergi makan malam.
            Dalam diam-diam, dia sebenarnya berharap agar Eady meluahkan perasaan kepadanya walaupun dia tahu yang dia hanya boleh bermimpi sahaja. Sangkaannya meleset sama sekali. Malu betul dia pada dirinya sendiri.
            “Kau kecewa ke?” Kini giliran Aminah pula yang bertanya.
            “Tentang apa?” Soal Ezza tidak pasti.
            “Kecewa sebab date kau bukan seperti yang impikan.” Lancang sungguh mulut si Aminah ni.
            “Bila masa pulak aku pergi date dengan dia? Kita orang just berjumpa sahaja. Tak lebih, tak kurang.” Jawab Ezza sambil berpura-pura membaca buku notanya.
            “Tak payah jawablah Ezza. Aku faham perasaan kau. Yalah, sape yang tak kecewa kalau ajak makan hanya semata-mata sebab suruh buat banner. Masa kau jumpa kat bilik gerakan pun dia boleh cakap kan. Mati-mati aku ingat yang dia nak berkenalan dengan kau. Hmm, rupa-rupanya hampeh.” Kata-kata Aminah itu memang masuk akal dan agak menyakitkan hati Ezza.
            “Dahlah, jangan dengar sangat cakap si Min ni. Nanti haru hidup kau.” Terjerit kecil Syafanah apabila Aminah mencubit lengannya. Ezza tergelak kecil melihat aksi teman-temannya.
            Namun tiba-tiba mereka didatangani oleh beberapa orang pelajar perempuan yang tidak begitu disenangi olehnya.
            “Ezza, boleh aku pinjam buku taxs kau tak? Buku aku tertinggallah.” Benci sungguh Aminah mendengar suara Suria yang merenget-renget manja.
            “Kenapa pulak kau nak pinjam buku Ezza? Kawan-kawan kau tu tak bawak jugak ke?” Soal Aminah tidak berpuas hati. Dia tahu, pasti ada udang di sebalik batu. Dia sudah faham benar dengan perangai Suria yang gedik itu.
            “Aku nak pinjam dengan Ezza. Bukan dengan kau.” Bentak Suria geram.
            “Nah, gunalah.” Ezza menyerahkan bukunya kepada Suria yang hanya tersengih-sengih. Dia sebenarnya malas mendengar Aminah dan Suria bergaduh.
            “Kenapa kau bagi?” Soal Aminah tidak berpuas hati.
            “Salah ke?” Soal Ezza kembali.
            “Aku pasti ada yang tak kena dengan Suria tu. Aku kenal sangat dengan perempuan gedik tu.” Luah Aminah. Ezza mengerutkan dahinya. Dia sebenarnya tidak suka jika Aminah suka berfikiran yang tidak-tidak pada orang lain.
            “Ish, tak baik cakap macam tu.” Pintas Syafanah.
            “Yalah, apa yang aku cakap semua tak baik. Korang je lah yang baik.” Ezza dan Syafanah saling berpandangan. Ezza ingin menyambung kata namun dimatikan hasratnya apabila melihat pensyarah yang sudah mula masuk ke dalam kelas.
            Dia memandang ke arah Aminah yang berpura-pura khusyuk memandang ke depan. Dia mengeluh sendiri. Dia tahu bahawa Aminah terasa hati dengannya. Nantilah, habis kelas nanti, dia akan memujuk Aminah. Biasanya, Aminah merajuk tidak lama.
            “Min, kau marah kat aku ke?” Itulah soalan pertama apabila kelas berakhir. Aminah hanya mendiamkan diri. Belum sempat Ezza ingin meneruskan kata, dia memandang ke arah Suria dan dua orang pelajar perempuan menghampiri ke tempatnya.
            “Terima kasih Ezza. Nanti boleh pinjam lagi kan?” Soalnya sambil menjeling ke arah Aminah nm,yang masam mencuka. Mereka berlalu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
            Mata Ezza tidak lepas dari memandang buku taxnya yang telah diconteng di muka hadapan yang tertulis PEREMPUAN JALANG. Laju sahaja tangannya menyelak halaman demi halaman. Hampir 70 peratus bukunya diconteng dengan pen yang bermacam-macam warna dengan kata-kata yang dia sendiri tidak dapat menyebutnya. Terduduk dia dibuatnya.
            “ Kenapa Ezza?” Soal Syafanah apabila dia melihat muka Ezza yang pucat lesi itu. Dia menghalakan pandangan ke arah buku yang dipandang oleh Ezza.
            Aminah memandang ke arah Syafanah yang sendang beristifar. Biji matanya turut ingin terkeluar apabila melihat buku tax Ezza yang berconteng dengan bermacam-macam kata.
            “Aku dah cakap tapi korang tak percaya.” Memang benar telahannya. Dia bukan suka-suka ingin menuduh orang.
            “Tapi, apa salah aku?” Soal Ezza. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Bila-bila sahaja akan mengalir. Syafanah mengosok-gosok bahu Ezza. Dia tahu, di saat ini Ezza amat memerlukan semangat. Sesiapa pun akan terkejut jika mengalami situasi seperti ini.
            “Kau tak salah apa-apa Ezza. Tapi dia orang yang bermasalah. Dasar jenis orang yang tak boleh tengok orang lain bahagia.” Benci sungguh Aminah dengan Suria and the geng.
            “Aku rasa benda ni ada kena mengena dengan Edy.” Ujar Syafanah tiba-tiba sambil tanganya tidak berhenti dari menyelak dari satu muka surat ke muka surat seterusnya.
            “Kenapa kau cakap macam tu?” Soal Ezza kehairanan.
            “Sebab dia orang tulis yang kau tak sesuai untuk bergandingan dengan Edy.” Terang Syafanah. Cepat-cepat Aminah dan Ezza membaca ayat yang diterangkan olah Syafanah.
            “Tapi kenapa dia orang cakap macam tu?” Dia masih tidak mengerti.
            “Mungkin ada orang nampak kau keluar dengan Edy semalam dan berita ini sampai ke pengetahuan Suria.” Andaian Aminah itu ada juga benarnya. Lagi pula, mereka semua tahu bahawa Suria memang meminati Edy. Dan bukan Suria sahaja malah ramai lagi yang Ezza sendiri tidak tahu.
            Baru Ezza teringat yang ketika mereka dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Dila yang merupakan kawan baik Suria. Pasti dialah yang mencanangkan berita ini kepada Suria.
            “Tapi, aku dengan Edy bukan ada apa-apa pun.” Keluh Ezza.
            “Tapi orang tak fikir seperti apa yang kau fikir Ezza. Bila lelaki dan perempuan keluar berdua, mesti orang akan ingat yang mereka ada hubungan.” Tutut kata Aminah itu ada benarnya. Kalau dia pun, dia akan membuat spekulasi yang sama.
            “Habis tu, apa tindakan yang kau nak buat sekarang?” Soal Syafanah.
            “Entah. Tak kan nak balas balik. Nampak sangat aku ni pun sama bengongnya dengan si Suria tu.” Kata-kata Ezza mengundang gelak dari teman-temannya.
            “Kalau aku, aku akan rapatkan diri aku dengan Edy. Biar dia bertambah panas.” Cadangan Aminah itu langsung tidak boleh diguna pakai.
            “Senang cerita, kita tunggu dan lihat sahaja. Ada kesempatan, kita balas. Tapi bukan dengan cara macam ni tapi mengunakan cara orang yang berpendidikan.” Entah kenapa, dia tiba-tiba memperolehi semangat.
            “Aku setuju tapi cara pendidikan tu macam mana?” Soal Aminah tidak tahu.
            Ezza cuma tersenyum. Kita tunggu dan lihar sahajalah macam mana nanti. Lagipun, siapalah kita untuk terlebih merancang.

***
            Selepas pertemuan pertama kali yang pernah diatur oleh Edy, hubungan mereka menjadi semakin akrab. Namun ia masih belum melebihi landasan persahabatan. Ezza senang dengan sikap Edy yang dulu dirasakan agak sombong dengannya. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.
               Ramai juga rakan-rakan yang menyedari keakraban mereka. Ada yang tiba-tiba merestui tanpa dipinta. Ezza cuba menjawab dengan sejujurnya. Sememangnya, tiada apa-apa yang istimewa berlaku di antara mereka.
            Tidak kurang juga orang yang tidak senang melihat mereka rapat. Pastinya, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Baginnya, selagi mereka tidak membuat sesuatu yang salah, selagi itulah dia tetap akan meneruskan persahabatannya dengan Edy.
            Pernah juga dia mengatakan pada Edy yang dirinya terasa tidak layak berkawan dengan orang seperti Edy yang berlebih serba-serbi. Dan itulah kali pertama dia melihat Edy marah.
            “Siapa kita nak tentukan kita layak atau tidak untuk berkawan dengan seseorang. Kalau berkawan hanya berdasarkan apa yang kita ada, nanti mungkin satu hari nanti bila kita sudah tidak punya apa-apa, mungkin juga kita sudah tidak mempunyai sahabat.
            Berkawan biarlah kerana keikhlasan. Walaupun keikhlasan itu adalah rahsia ALLAH, namun tidak dapat tidak, kita turut akan merasainya. Hanya diri kita sendiri yang tahu.” Sesungguhnya, Ezza tidak akan lupa dengan kata-kata Edy. Dan disebabkan itulah, dia tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.
            Ezzah memandang telefon bimbitnya yang berbunyi. Ada mesej yang diterima.
           
            Jom kita kuar mlm nie. Ada benda yang sy nk bg tau. Sy arap, awk x tolak

            Ezza mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang ingin dibalas. Kalau ikutkan kehendak hatinya, laju sahaja dia bersetuju. Namun bila difikirkan melalui kewarasan akal fikirannya, dia pasti, kehendak hatinya mesti ditolak tepi.
            Bukan dia ingin menjual mahal, namun dia jadi gerun memikirkan penerimaan orang lain nanti. ‘Ya ALLAH, kau hilangkanlah kekusutan yang aku alami, kau permudahlah segalanya.’
            Kali ini dia pasti bahawa Edy hanya mencipta alasan untuk berjumpa dengannya. Apa pula alasan yang direkanya kali ini. Dan untuk pertama kalinya, dia ingin membuat keputusan tanpa meminta pandangan daripada orang lain.
            Bukanlah niatnya untuk membelakangi kawan-kawannya, cuma dia tidak mahu menyusahkan teman-temannya tentang perkara yang dia sendiri boleh selesaikan. Dia sudah tahu apa keputusannya.
            Dia mencapai telefon bimbit lalu membalas mesej Edy

            Ok. Jmpa tmpt bese
           
            Matanya menilau mencari kelibat teman-temannya. Dia ingin memberitahu mereka yang dia ingin keluar bersama dengan Edy malam ini. Agak-agaknya, apalah reaksi mereka berdua nanti.   

***
            Mereka makan tanpa banyak cakap. Entah kenapa, Ezza dapat merasakan perubahan dari Edy malam ini. Dia tidak banyak cakap seperti selalu. Mereka hanya bercakap ketika pelayan ingin mengambil pesanan sahaja. Bila ditanya, Edy hanya menjawab melalui anggukkan dan gelengan sahaja.
            Ezza mula merasakan yang dia telah membuat keputusan yang salah. Dia menguis-nguis nasinya yang hanya baru luak sedikit cuma.
            “Kenapa tak makan? Tak sedap ke?” Edy memecah kesunyian malam.
            Ezza hanya menjawab melalui gelengngan. Hilang moodnya untuk bercakap apabila melihat reaksi Edy yang agak dingin.
            “Kenapa ni? Tak ada mood ke?” Serkap Edy. Dia merasakan yang Ezza terpaksa keluar dengannya malam ini. Gadis itu kelihatan seperti tidak selesa dengan dirinya. Dia mengajak Ezza keluar kerana dia ingin meluahkan perasaannya pada Ezza.
            Mungkin terlampau awal untuk meluahkan perasaannya. Namun dia takut kalau-kalau Ezza terlepas ke tangan orang lain. Macam manalah hidupnya tanpa kehadiran Ezza. Ezza memang betul-betul telah menjadikan hidupnya huru-hara.
            “Tak adalah. Saya macam biasa je tapi kenapa awak macam lain je malam ni?” Soal Ezza. Dia betul-betul ingin tahu.
            “Lain yang macam mana?” Soal Edy pula.
            “Entahlah. Mungkin sebab kita pun bukan kenal sangat kan.” Ujar Ezza sambil menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
            “Sebab tu saya berniat nak kenal dengan lebih rapat dengan awak.” Jantung Ezza bagai dipanah anak panah apabila mendengar kata-kata Edy.
            “Maksud awak macam mana?” Sebenarnya dia sudah mula faham. Tetapi sengaja dia bertanya, dia cuma takut kalau-kalau dia tersalah faham.
            “Sudi tak kalau awak jadi kekasih saya?” Ayat keramat itulah yang dihafal sejak tadi. Ayat itu jugalah yang membuatkan Edy membisu seribu bahasa. Ayat itu jugalah yang membuatkan jantungnya berdebar-debar menanti jawapan Ezza.
            Ezza yang mendengar hanya mampu melopong. Apa lagilah yang mampu dilakukan. Dia sebenarnya betul-betul terkejut beruk. Beruk pun beluum tentu akan terkejut sepertinya.
            “Ezza.” Panggilan Edy itu dapat menutup mulut Ezza yang ternganga. Ezza menelan air liurnya beberapa kali. Malu pula bila aksinya ditegur Edy.
            “Saya tak tahu.” Sesungguhnya jawapan itu bukan daripada hatinya. Akalnya bercelaru, hatinya berdebar hebat. Macam mana hendak membuat keputusan jika akal dan hati tidak dapat memberi kerjasama.
            “Ezza, beritahu saya apa yang awak rasa, apa yang awak mahu, apa yang awak fikir dan apa yang ada di dalam hati awak? Itu yang saya nak tahu.” Tutur kata Edy itu seperti menjerut leher Ezza.
            “Kenapa awak nak saya jadi kekasih awak?” Soalan Edy tidak dijawab malah ditambah pula soalan daripadanya.
            “Sebab saya rasa sayang pada awak, saya selalu fikirkan awak, dan cinta awak ada dalam hati saya Ezza. Itulah yang awak perlu tahu.” Suara Edy yang tenang itu bukanlah mengambarkan hatinya yang tenang. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa berdebarnya dia di kala ini.
            Ezza merasa bangga mendengar jawapan daripada Edy. Bagaimana pula dengan dirinya. Memang dia cintakan Edy namun lidahnya seperti kelu untuk bersetuju. Pada ketika ini, dia memang mengharapkan pandangan daripada teman-temannya.
            “Kenapa saya? Kenapa bukan perempuan lain?” Edy tersenyum mendengar soalan Ezza. Biarlah gadis ini bertanya. Sekurang-kurangnya lebih baik dari ditolak terus.
            “Sebab cirri-ciri gadis idaman yang saya suka ada pada awak.” Jawab Edy.
            “Apa ciri-ciri gadis idaman awak?” Dia bertanya lagi.
            “Pertama, saya sukakan perempuan yang tidak membazir. Bila makan, dia mesti habiskan makanan dia. Kedua, saya sukakan perempuan yang berdikari. Sebab bila dia pandai berdikari, dia tak akan susahkan saya dan yang ketiga, saya sukakan perempuan yang setia. Lagipun, saya tak suka kalau dia mudah melayan lelaki. Dan kesemua ciri-ciri gadis idaman saya tu ada pada awak Ezza.” Terang Edy panjang lebar.
             “Macam mana awak tahu yang saya termasuk dalam ciri-ciri gadis idaman awak? Kita baru je kenal.” Pangkah Ezza.
            “Memang kita baru je kenal dengan lebih rapat. Tapi saya dah lama kenal dengan awak sebab saya dah lama perhatikan awak Ezza. Awak je yang tak sedar.” Terbuntang mata Ezza apabila mendengar penjelasan Edy. Dia terasa seperti ingin pengsan sahaja.
            “Saya kena bagi jawapan malam ni jugak ke?” Soalan lagi.
            “Terpulang. Saya tak paksa. Bila-bila masa je awak boleh bagi jawapan. Cinta saya tak ada tarikh luput Ezza.” Sejuk betul hati Ezza mendengarnya. Namun ayat lelaki, bila hati kata mahu, memang berpuitis sahaja ayatnya.
            “Bagi saya masa.” Jawapan Ezza itu melegakan sedikit hati Edy yang sedang gundah gelana. Jawapan itu lebih baik dari ditolak terus.
             Edy menganggukkan kepalanya sambil menghadiahkan senyuman manis buat Ezza.  Edy mengajar hatinya untuk bersabar. Sesuatu yang baik itu memang menuntut masa dan kesabaran. Lagipun, bila kita mudah mengucapkan sayang, bibir kita turut mudah mengucapkan kata putus. Dia sudah banyak kali berlajar dari pengalaman. Bukankah pengalaman itu dapat mematangkan seseorang.

***
            “Kenapa kau tak terima?” Soal Aminah apabila dia menceritakan kepada teman-temannya.
            “Bila masa pulak aku tolak?” Soal Ezza balik.
            “Yalah, maksud aku, kenapa kau tak terima terus. Bukan ke kau pun suka dekat Edy tu.” Ezza hanya tersenyum mendengar omelan Aminah.
            “Alah, tak bestlah.” Kata-kata Ezza itu membuatkan Aminah mengaru-garukan kepalanya.
            “Sebab apa pulak tak best Ezza?” Syafanah pula mengambil giliran untuk bertanya.
            “Sebab hari ni 13 hari bulan.” Berkerut-kerut dahi Aminah dan Syafanah memikirkan kata-kata Ezza. ‘Apa kena mengena tarikh tu dengan penerimaan cinta Edy. Pelik sungguh si Ezza ni.’ Desis hati Syafanah.
            “Alah, aku nak beritahu yang aku setuju pada hari lahir dia. Supaya boleh jadi hadiah hari jadi pada dia. Lagipun, nanti bolehlah sambut anivesery dan birthday sekaligus. Jimat sikit kos.” Sudah penat dia ingin menahan rasa gelak apabila melihat dahi rakan-rakannya yang berkerut memikirkan tentang kata-katanya.
            “Alah, sweetnya..” Ujar Syafanah. Aminah juga turut menumpang bahagia. Akhirnya mereka sama-sama berpeluka meraikan rasa bahagia yang bermumkim.

***
            Hari esok adalah hari lahir Edy. Ezza tidak menyediakan apa-apa hadiah pun. Dia cuma menitipkan secebis ucapan yang ditulis di dalam kad yang telah diletakkan di dalam kotak. Dia telah pun menyuruh kawan baik Edy meletakkan kotak hadiah itu di atas meja Edy.
            Dia sekarang menahan debar sambil memandang ke arah jam yang telah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pasti Edy sedang membaca kad ucapan persetujuannya untuk menjadi kekasihnya.
            Tiba-tiba dia telefon bimbitnya berbunyi. Dia sudah tahu gerangannya. Siapa lagi kalau bukan kekasih hatinya.
            “Assalamualaikum.” Ujarnya membuka bicara.
            “Waalaikummusalam. Ezza, betul ke apa yang saya baca ni?” Ezza cuma tersenyum mendengar suara Edy yang agak terburu-buru.
            “Apa yang awak baca?” Dia sengaja ingin menduga.
            “Yang awak setuju jadi kekasih saya?” Soalnya takut-takut. Dia bukannya apa, dia takut kalau rakan-rakannya mengenakan dia. Al-maklumlah, birthday boylah katakan.
            “Kalau awak cakap macam tu, betullah kot.” Merah mukanya menahan rasa malu. Inilah kali pertama dia melalui hari yang sebegini. Nasib baiklah Edy tidak berada di hadapannya. Kalau tidak, dia tidak tahu dimana mahu menyorokkan mukanya.
            “Awak tahu, inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.” Ujar Edy romantik.
            “Alah, bukan ke awak pernah cakap ayat ni masa tahun lepas. Bila ayah awak hadiahkan awak kereta.” Serkap Ezza.
            “La, dah pernah cakap ke… Terlupa pulak saya..” Akhirnya, ketawa mereka bersatu.
            “Ezza, terima kasih sangat-sangat.”
            “Patutnya saya yang patut ucapkan terima kasih sebab awak sanggup terima diri saya.”
            “Tak. Kita saling bertuah sebab saling memiliki.” Putus Edy. Ezza betul-betul terharu.
            “Sayang, esok kita keluar yerk?” Pinta Edy.
            “Apa-apa sahaja untuk birthday boy.” Edy cuma tergelak mendengar kata-kata Ezza.
            Akhirnya mereka mengakhiri perbualan dengan ayat-ayat romantik dari Edy. Tidak disangka yang Edy itu seorang yang jiwang juga. Nampaknya, banyak benda yang dia kena belajar tentang Edy.
            Memang dia dan Edy mempunyai perbezaan. Namun mengapa harus memandang pada perbezaan. Seharusnya kita memandang pada persamaan yang wujud. Keistimewaannya kita hargai dan kelemahannya kita redhai. Kerana itulah lumrah kehidupan. Seharusnya dalam dunia ini, jangan terlalu mendambakan kesempurnaan yang tak pernah wujud.

***     
            Terasa janggal sekali berjalan dengan seorang lelaki yang bergelar kekasih. Ezza menjadi kekok yang teramat sangat. Bila Edy berjalan, dia turut sama berjalan. Bila lelaki itu berhenti, dia pun berhenti. Dia seperti tidak dapat menjadi dirinya sendiri.
            Kenapalah hatinya tidak berhenti-henti berdebar. Akalnya pulak tidak berhenti-henti berfikir kalau-kalau ada mata-mata manusia yang mengenali mereka. Apalah reaksi mereka nanti. Kenapalah dia perlu gelabah. Tidak langsung dapat bertenang.
            Itulah sifat buruk yang sering ingin dikikis. Namun hampa kerena ia masih kekal berdampingan dengannya. Dia mengeluh berat.
            “Ezza..” Panggil Edy apabila melihat Ezza yang tertinggal di belakang. Wajah kekasih hatinya itu keruh sahaja. Tidak gembirakah dia keluar bersamanya?
            “Ya..” Sahut Ezza. Lemah sahaja nada suarannya. Sehambar senyumannya.
            Edy menarik tangan Ezza agar dapat berjalan seiringan dengannya.Ezza ingin menarik semula tangannya dari gengaman Edy namun tidak dilepaskan. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling. Risau kalau-kalau ada mata-mata yang memandang.
            “Ezza, awak tak suka ke keluar dengan saya?”
            “Suka.”
            “Habis tu kenapa awak asyik mengekor je?
            “Saya tak biasa.” Jawab Ezza jujur.
            “Ezza. kisah cinta itu tentang dua hati, dua hajat dan satu masa depan bersama. Ia mestilah seiringan, bukan dengan mengekor sahaja.” Kata-kata Edy membuatkan Ezza malu sendiri.
            “Saya tahu awak tak biasa tapi saya tengok awak ni macam tak selesa. Macam takut-takut je?” Soal Edy meminta kepastian. Dia bukalah seorang ahli nujum yang tahu serba serbi. Dia hanyalah manusia biasa yang ingin memahami dan ingin difahami.
            “Saya ni jenis darah gemuruh sikit. Entahlah, tapi hati saya ni asyik berdebar je.” Entah macam mana dia boleh menjadi tersangat jujur. Yang pasti, dia ingin Edy tahu perasaannya ketika ini.
            Tergelak besar Edy mendengar jawapan Ezza. Ezza memalingkan mukanya ke arah lain. Malu rasanya apabila menyedari bahawa Edy mentertawakannya.
            “Hmm, saya tak sangka pulak yang saya ni mampu buat orang berdebar-debar.” Sakat Edy. Tangan Ezza masih berada di dalam gengamannya. Ezza hanya mampu menjeling tajam. Menyesal pula rasanya mengakui perasaannya tadi.
            “Eh, tak baik jelling-jeling orang tau. Nanti jadi juling.” Entah peribahasa mana pula yang dikutip oleh Edy. Ezza menghadiahkan sebuah cubitan di lengan Edy.
            “Kenapalah perempuan ni suka sangat mencubit.” Rungut Edy sambil mengosok-gosok lengannya yang terasa perit.
            “Perempuan mana lagi yang suka mencubit?” Soal Ezza berbau cemburu. Kali ini, dia berusaha menarik tangannya. Ternyata usahanya tidak sia-sia. Dia berjalan meninggalkan Edy sendirian. Pura-pura merajuk.
            “Mama saya, kakak saya, adik saya, perempuan macam tu yang saya maksudkan.” Entah bila masa Edy berada disebelahnya. Dekat pula bicaranya di telinga Ezza membuatkan bulu romanya meremang.
            “Yalah tu. Entah-entah..” Ayatnya mati di situ.
            “Ex girlfriends saya. Itu maksud awak?” Pintas Edy.
            “Entah? Mana saya tahu.” Dia sendiri pun tidak pasti sebenarnya makna soalannya sendiri.
            “Ezza, saya akui awak bukan orang pertama. Dan mungkin juga awak bukan orang terakhir. Bukan maksud saya untuk mencari orang lain selepas awak tapi sememangnya kita memang tidak dapat mengetahui takdir hidup kita.
            Sejujurnya, saya  memang sayangkan awak. Selagi rasa ini milik saya, saya akan cuba semaikan supaya utuh buat selama-lamanya. Kalau awak fikir yang saya nak main-mainkan perasaan awak, awak silap. Sebab apa saya nak buat macam tu? Saya sendiri pernah rasa macam mana peritnya perasaan apabila dipermainkan.
            Berhentilah fikir yang bukan-bukan. Sebab saya tak nak kalau keraguan yang berlebihan itu akan mendatangkan kesan yang buruk dalam hubungan kita. Saya sayangkan hubungan kita dan saya sayangkan awak Ezza.”
            Terkaku Ezza mendengar luahan hati Edy. Matanya berlabuh pada sepasang mata yang redup milik Edy. Kebisingan shooping complex itu tidak merosakkan dunia ciptaan mereka. Seolah-olah hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.
            Kalau tidak memikirkan tentang dosa dan pahala. Mahu sahaja dipeluk Edy saat ini. Namun kewarasan akal fikiran masih ada dalam benaknya. Budaya ketimuran masih lagi diwarisi dari nenek moyangnya.
            “Edy, terima kasih sebab sayang pada saya. Saya harap awak dapat terima baik buruk diri saya sebagaimana saya terima diri awak.” Ezza masih belum mampu lagi mengucapkan kata keramat itu. Perasaan malunya masih menebal. Dan dia amat mengharapkan pengertian Edy dikala ini.
            Mereka meneruskan agenda yang seterusnya. Walaupun hampir seharian menghabiskan masa dengan Edy namun debaran di hatinya masih belum surut. Rasa gementarnya membuatkan dia berasa gemuruh.
            Kesimpulanya, first datenya tidak berjalan dengan lancar disebabkan rasa gementar yang tidak henti-henti berkunjung. Ketika makan, dia hampir-hampir tertumpahkan air minumannya. Ketika menonton wayang, pop corn yang dimakannya terpelanting akibat terkejut dengan bisikan Edy yang tiba-tiba menyapa.
            Dan ketika hendak pulang, entah macam mana tangan Edy boleh terkepit pada pintu kereta yang ditutupnya. Perasaan gubranya membuatkan datingnya menjadi huru-hara sahaja. Kasihan dia pada Edy. Mujurlah lelaki itu tidak marah. Cuma sekadar minta dicium di tangan yang terkepit agar kesakitanya hilang.
            Menyedari kesalahannya, dia turutkan jua kemahuan Edy. Bimbang pula jika Edy terasa hati dengannya. Namun sempat mengingatkan agar Edy tidak menceritakan hal tersebut kepada teman-temannya. Nanti tak cukup tanah pula dia hendak lari. Dan seperti biasa, Edy hanya ketawa.

***
            Usai habis kelas petang itu, Ezza dan teman-temannya mengambil keputusan untuk lepak-lepak di perpustakaan. Itu lebih baik dari lepak-lepak di atas katil sambil buat taik mata.
            Tidak tahulah sama ada ianya satu suratan atau kebetulan yang menemukan mereka dengan Suria and the geng. Senyuman sinis tidak lekang dari bibir mereka. Awal-awal lagi Ezza sudah membawa semua bukunya masuk ke dalam Library. Kebiasaannya, dia hanya membawa buku yang perlu sahaja. Selebihnya, ditinggalkan di rak yang disediakan.
            “Eee, menyampah betul aku tengok muka Suria tu. Aku rasa lebih baik aku mengadap sampah. Sekurang-kurangnya, tak adalah sakit sangat hati aku ni.” Omel Aminah tidak berpuas hati.
             “Tak payahlah tengok. Tengok muka aku ni hah.” Usul Ezza sambil tergelak kecil.
            “Aku tahu, mesti dia ada apa-apa planning ni. Kalau tak, tak kan lah dia menjejakkan kaki kat library ni.” Ezza dan Syafanah saling berpandangan.
            “Entahlah Min. Malas nak fikir. Kalau fikir jugak, boleh bengkak kepala otak aku ni.” Rungut Ezza sambil meneruskan kerja-kerja assigmentnya. Tidak menghiraukan kata-kata Aminah yang sedikit sebanyak ada benarnya.
            Dalam diam, dia mohon kekuatan untuk berhadapan dengan apa-apa ujian yang mendatang selepas ini. Dia akui, dia hanyalah hamba yang lemah tanpa bantuan daripadaNYA.
Namun dia turut mengingatkan dirinya yang Suria juga hanya manusia biasa yang sering terlepas melakukan kesalahan. Dia pasti, walau sebenci manapun Suria padanya, tidaklah sampai Suria merancang untuk membunuhnya kerana dia kenal persis orang macam Suria.
Suria hanyalah seorang gadis yang ketandusan kasih sayang. Dia membesar di rumah anak yatim. Dan kerana berkawan dengan orang yang salah, Suria telah terjebak dalam kancah kemaksiatan yang membuatkan dia tidak dapat berpatah lagi.
Usai siap menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh, mereka mengambil keputusan untuk melepak di warung pula untuk mengisi keperluan perut yang sudah bergendang-gendang.
“Hoi, Ezza. Sombong yerk sekarang?” Baru sahaja dia ingin bangun namun disergah satu suara.
“Mana ada sombong. Aku macam biasa je.” Aminah dan Syafanah tersenyum-senyum mendengar jawapan Ezza. Mereka mahu melihat sejauh mana kemampuan Ezza dikala ini.
“Yalah, siapalah aku ni kan nak dibandingkan dengan presiden MPP tu kan. Patutlah kau tak pandang aku. Rupa-rupanya…” Ayatnya sengaja digantungkan. Khairul tersenyum sinis.
“Rupa-rupanya apa?” Giginya dikatup menahan rasa marah yang mula menular. Namun bukan sikapnya menghambur orang sesuka hati. Dia sentiasa dikenali dengan sifat sabar yang tinggi. Dan dia tidak mahu jika Khairul dilihat sebagai salah seorang yang mampu menggocak kesabarannya.
“Patutlah tak pandang aku.” Ungkit Khairul lagi. Memang patut dia mengungkit, sudah beberapa kali lamarannya ditolak. Tahu-tahu, Ezza sudah menjadi milik Edy walaupun bukan sepenuhnya.
“Sekarang aku tak pandang kau ke?” Soal Ezza sambil mengigit bibir menahan geram kerana dituduh yang bukan-bukan.
“Memanglah kau pandang aku tapi bukan macam yang kau pandang pada Edy.” Penjelasan Khairul seperti menjerut lehernya.
“Kau rasa, aku pandang Edy sebab apa?” Tanya Ezza. Mukanya serius. Namun, comelnya tetap ada.
“Sebab apa yang dia ada.” Rasa terbakar sungguh hatinya dikala ini. Ingin sahaja dikerat lidah Khairul yang tidak bertulang itu.
“Aku pandang Edy bukan sebab pangkat presiden yang ada pada dia. Aku pandang Edy bukan sebab kereta yang dia pakai. Aku pandang Edy bukan kerana baju atau apa-apa yang ada pada dia. Aku pandang dia sebab diri dia. Sebab tatatertib yang dia miliki. Sebab keikhlasan dia. Dan yang lebih penting, aku pandang dia sebab mata aku memang nak pandang dia dan bukan orang lain.” Nadanya kedengaran tegas namun masih lagi berlembut.
Baginya, berdepan dengan orang seperti Khairul ini tidak boleh mengunakan emosi semata-mata. Ia memerlukan kawalan akal yang mesti selaras dengan naluri hati. Kalau bercakap mengunakan emosi, kawalan diri akan hilang bila emosi terganggu. Dan perkara itulah yang paling dielak oleh Ezza.
“Cakap je lah kau pandang dia sebab rupa paras dia kan? Ezza, apa kurangnya aku. Apa, tak cukup hensem ke aku ni?” Sudah. Dialog drama mana pulak yang dicedok oleh Khairul ni. Aminah dan Syafanah hampir menghamburkan gelak. Tapi masih mampu dikawal.
“Siapa kita untuk menilai kekurangan diri orang lain sedangkan kekurangan diri sendiri pun masih belum ditampal. Aku tak pandang pada kelebihan Rul. Tapi memandang pada keikhlasan walaupun keikhlasan itu adalah rahsia ALLAH. Tapi sedikit sebanyak, kita boleh merasainya.” Dia sudahpun mengangkat punggung. Tanda untuk beredar.
Aminah dan Syafanah turut bangun setelah dari tadi menyaksikan drama sebabak tanpa pengarah itu.
“Susah-susah sangat kan, apa kata kalau kau ambik cermin dan tatap muka kau lama-lama. Hah, masa tu kau pandanglah muka kau tu puas-puas. Check kalau-kalau ada yang kurang. Tapi hati-hati sikit, sebab aku takut pecah pulak cermin tu nanti. Lagilah malang kalau terkena dekat muka kau yang hensem tu. Susah pulak kau nak cari awek nanti kan?” Celupar sungguh mulut Aminah menututkan kata.
Sememangnya dari tadi dia geram dengan Khairul yang berlagak hensem tu. Kalau ikutkan hatinya, sedari tadi dia sudah menyampuk. Namun dikenangkan isyarat yang diberi oleh Syafanah tadi, didiamkan jugak mulutnya.
“Celaka kau Min. Patutlah sampai sekarang tak ada orang nak kat kau.” Ujar Khairul sambil tersenyum mengejek.
Kata-kata Khairul benar-benar menaikan darah Aminah.
“Memang kau tak reti nak tengok cermin kan? Sebelum mengata aku cerminlah diri kau tu dulu. Sekurang-kurangnya, aku tak terhegeh-hegeh dekat orang yang tak sudi.” Merah muka Khairul mendengar kata-kata Aminah.
Aminah tersenyum menang. Baru puas hatinya mengenakan lelaki yang berlagak hebat itu. Dia berjalan ke arah teman-temannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Orang tengah susah hati, kau boleh senyum-senyum pulak.” Teguran Syafanah itu tidak dapat ditangkap oleh Aminah.
“Susah hati sebab apa? Kalau sebab si Khairul tu, kau jangan risau. Aku dah basuh dah dia tadi. Lepas ni kalau dia berani lagi, memang nak kena tempah kuburlah gamaknya.” Seloroh Aminah sambil tergelak besar. Namun tidak mendapat respon dari teman-temannya.
“Bukan sebab si Khairul tu. Tapi sebab ni.” Terang Syafanah sambil memegang sandal Ezza yang telah digunting.
“Ya ALLAH, kenapa boleh jadi macam ni?” Soal Aminah terkejut. Dia memandang ke arah Ezza yang berwajah sugul.
“Tak payahlah kau tanya sebab kau sendiri boleh agak jawapannya kan. Hei, geram betul aku.” Buat pertama kalinya Syafanah kelihatan marah dengan perbuatan yang dilakukan tidak lain tidak bukan si pendengki utama dunia iaitu Suria.
“Kali ni kau tak boleh diamkan diri Ezza. Lepas ni entah apa lagi benda yang dia boleh buat kat kau.” Kata-kata Aminah itu memang ada benarnya. Namun Ezza masih ragu-ragu.
“Kau nak aku mengadu dekat sape? Mengadu sebab ada seorang gadis yang dengki dekat aku sebab aku couple dengan Edy. Macam tu?” Soalannya tidak mendapat jawapan dari Aminah.
“Sekurang-kurangnya kau boleh beritahu Edy.” Cadang Syafanah pula.
“No. Aku tak akan sesekali beritahu pada dia.” Terkejut Aminah dan Syafanah yang mendengar suara Ezza yang tiba-tiba meninggi.
“Maksud aku, dia tak perlu tahu. Sebab dia tak suka perempuan yang menyusahkan.” Suaranya sudah kembali seperti biasa. Menyedari akan kekhilafan meninggikan suaranya sebentar tadi.
“Memang wajarlah dia susah sebab kau. Kau kan Girlfriend dia.” Mungkin Ezza tidak faham dengan maksud sebenar menyusahkan.
“Tapi aku tak ada hak untuk menyusahkan dia. Hanya sekadar gelaran teman wanita, ia tak membawa apa-apa erti pun.” Ezza menegakkan dirinya. Aminah memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa pening. Syafanah pula mengeluh berat.
Tidak pasal-pasal mereka bertegang urat di hadapan pintu masuk library. Ini semua berpunca daripada Suria yang mengunting sandal milik Ezza. Disebabkan peraturan telah menetapkan bahawa setiap pelajar perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke library, Suria telah mengambil kesempatan untuk mengenakan Ezza.
Tidak habis-habis lagi sifat dengki Suria pada Ezza. Salahkah jika Edy memilih Ezza dan bukan Suria. Memang susah apabila berhadapan dengan orang yang tidak reti bahasa ni.
“Kita beritahu je pada Edy. Sekurang-kurangnya dia tahu. Bukan nak suruh dia buat apa-apa pun. Aku tak rasa benda ni menyusahkan dia.” Lembut sahaja nada suara Syafanah memujuk.
“Tapi aku tetap tak nak. Aku harap korang hormat keputusan aku.” Ezza memohon pengertian.
“Yalah, tak payah beritahu. Tutup cerita. Sekarang, kita kena fikirkan cara macam mana kau nak balik ke hostel. Tak kan nak jalan kaki ayam je?” Sebenarnya, dia ada ageda yang tersendiri. Tidak perlulah Ezza tahu. Yang penting, masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah.
“Nampaknya macam tulah. Aku tak nampak cara lain dah.” Jawab Ezza dalam keluhan.
“Tak apa. Biar kita orang join kau sekali yerk.” Usul Aminah sambil menjingjing kasutnya.
“Aku pun samalah. Dah lama tak tolong bersihkan lantai.” Terburai ketawa mereka bertiga. Ezza memanjatkan kesyukuran dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa berada di saat senang dan susah.
“Tapi kalau orang tanya, kita nak jawab apa?” Soal Ezza sambil memandang ke arah Aminah. Dia tahu, Aminah pasti ada jawapannya.
“Kalau dia orang tanya, kita ajaklah dia orang sekali.” Sekali lagi ketawa mereka bergabung. Mereka tidak sedar akan kehadiran Suria yang memandang aksi mereka dari jauh. Dia tidak sangaka bahawa mereka masih lagi boleh bergelak ketawa walaupun sudah mendapat bencana.
Dari dulu dia cuba menaikkan api kemarahan Ezza namun kesabaran gadis itu seakan-akan mengunung. Kadang-kadang dia rasa bangga dengan gadis itu. Namun cepat-cepat sifat dengkinya menular dan melunturkan rasa banggannya pada Ezza. Dia perlu merancang dengan lebih teliti lagi selepas ini.
***
Ezza terasa perutnya seakan-akan memulas sahaja. Mungkin kerana tidak menjamah apa-apa seharian. Seleranya seakan mati. Entahlah, dia sendiri tidak pasti puncanya. Pokoknya, dia ingin segera ke tandas.
Tapi entah mengapa, tiba-tiba tangannya direntap dan badannya terdorong ke dinding. Kepalanya hampir-hampir terhantuk ke dinding. Ketika itu, munculah tiga orang gadis yang sangat Ezza kenali.
Kalau iya pun hendak mencari gaduh, bukan ini masanya. Dia benar-benar ingin ke tandas. Kedatangan mereka yang tidak dialu-alukan ini memang tidak kena pada masanya.
“Korang nak apa dengan aku?” Disoal juga walaupun mukanya berkerut menahan rasa.
“Aku nak Edy. Aku nak kau tinggalkan dia.” Lantang sahaja suara Suria. Rakan-rakannya seperti ayam belatuk sahaja kerana sedari tadi hanya mengangguk.
“Kalau kau nak sangat kat dia, ambiklah. Tapi itu pun kalau dia nak kat kaulah.” Sindir Ezza. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bermulut jahat sedikit. Khas untuk Suria and the geng.
“Kurang ajar betul kau ni kan.” Sampuk teman Suria.
“Oh ya ke? Tak tahulah pulak aku. Lepas ni, aku kena belajar betul-betulah. Tak adalah orang cakap aku kurang ajar lagi.” Jawab Ezza berani.
“Oh, dah pandai menjawab dah sekarang yerk.” Perli Suria. Hatinya menjadi sakit mendengar kata-kata Ezza.
“Kalau orang tanya, aku jawablah. Nanti orang cakap aku pekak pulak.” Tambahnya lagi. Dia tahu, kata-katanya akan mengundang bala. Namun dia sudah tidak hirau akan semua itu.
“Kau memang dah lain. Dah tak macam dulu.” Itu Suria sangat pasti. Ezza yang dikenali dulu tidak akan memjawab seperti ini. Dia betul-betul sudah berubah.
“Aku memang dah berubah. Namun Alhamdulilah, perubahan aku bukan ke arah keburukan. Dan aku doakan yang kau pun akan berubah.” Doa Ezza ikhlas. Dia tidak pernah mengharapkan yang buruk-buruk tentang Suria. Dia tahu, Suria tidaklah sejahat mana.
“Hei, pergi matilah kau dengan doa kau tu.” Tengking Suria. Api kemarahannya sudah meruap-ruap. Nafasnya tercungap-cungap akibat menyimpan rasa marah.
“Aku bersyukur sangat kalau aku mati dalam berdoa. Sudahlah, aku nak cepat ni. Boleh tak korang ketepi sikit.” Ezza sudah tidak tahan lagi. bila-bila masa sahaja bom akan meletup. Dia cuba menepis bahu teman-teman untuk berlalu pergi.
“Hei, aku belum habis cakap lagi dengan kau.” Marah Suria sambil menghalang Ezza dari terus pergi.
“Tapi aku dah tak boleh bercakap dah.” Jawab Ezza sambil menekan-nekan perutnya yang memulas.
“Ni apa kena pulak ni? Tak payahlah kau nak mintak simpati dengan aku.” Tutur Suria dengan penuh bangga.
Ezzah sudah tidak dapat bertahan lagi. Maka dilepaskan rasa yang sedaya upaya disimpan. Lega sungguh rasannya.
“Wei, sape kentut ni? Busuk gila.” Ujar salah seorang teman Suria sambil mengepit hidungnya. Ezza tergelak besar melihat aksi mereka. Tidaklah busuk mana pun.
Sekonyong-konyong Ezza berlari menuju ke tandas. Bukan niatnya untuk melepaskan kentut, tapi dia betul-betul tidak tahan.
Apabila Ezza keluar dari tandas. Kelibat mereka sudah tidak ada. Mungkin fobia agaknya. Sangkaannya meleset, dari cermin tandas, dia dapat melihat kelibat Suria berada di belakangnya. Lantas dia berpaling.
“Tak habis-habis lagi ke?” Keluh Ezza kepenatan. Dia penat melayan karenah Suria yang kebudak-budakkan.
“Selagi kau tak putus dengan Edy, selagi itu masalah ini belum habis.” Ujar Suria. Kali ini, dia kelihatan berlainan sedikit. Mungkin kerana ketiadaan teman-temannya.
“Aku tahu, kau sebenarnya bukan nak sangat dekat Edy tu kan. Yang kau nak sangat ialah melihat aku derita kan? Sampai sekarang aku tak faham kenapa kau nak bermusuh dengan aku. Boleh kau beritahu aku sebabnya Suria?” Pohon Ezza beria. Dia benar-benar ingin tahu.
            “Sepatutnya aku yang diambil menjadi anak angkat. Bukannya kau. Disebabkan kau, hidup aku merana. Disebabkan kau, aku hilang semua. Semuanya sebab kau.” Pekik Suria. Ezza pula terkesima. Dia tidak sangka itulah penyebabnya.
Memang dari dulu mereka saling mengenali antara satu sama lain. Lima tahun dahulu, mereka sama-sama berpayung di rumah anak yatim. Dan persahabatan mereka terputus apabila Ezzah terpilih untuk menjadi anak angkat hartawan ternama.
Namun pengambilannya menjadi anak angkat bukan dari kemahuannya. Itu semua kemahuan mama dan papa angkatnya. Kata mereka, mukanya persis anak kandungnya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Dan tidak pernah sekalipun dia berbangga dengan apa yang dia perolehi. Rasanya, hampir satu kampus tahu bahawa dia hanyalah anak angkat hartawan ternama. Edy sendirin tahu tentang hakikat itu.
“Apa salah aku. Bukan aku yang minta diambil anak angkat. Bukan aku…” Air matanya terburai setitik demi setitk. Sekarang, dia sudah punya jawapannya. Rupa-rupanya, inilah puncanya.
“Datuk kenal aku dulu. Tapi bila kau datang, semua jadi hancur. Semua harapan aku musnah. Dan aku akan pastikan yang hidup kau derita Ezza. Sebab penderitaan kaulah yang dapat membayar semuanya.” Ujar Suria penuh dendam sambil berlalu pergi.
Bahu Ezza terhenjut-henjut menahan tangis. Bibirnya mencebit akibat menangis. Tangannya sendiri seperti tidak  mampu menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
“Ezza, kenapa ni?” Soal Aminah. Pelik kerana melihat Ezza menangis teresak-esak. Menyedari kehadiran Aminah, dia pantas memeluk temannya. Dan bahu Aminah menjadi tempat untuk Ezza bersandar.
Aminah mengosok-gosok belakang temannya persis sedang memujuk. Cuba mengusir lara yang menghimpit temannya. Kalau dengan menangis mampu menghilangkan keperitan Ezza, dia sekali pun tidak akan melarang.
***
            Sedaya upaya Ezza cuba menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Kalau ikutkan hatinya, memang dia ingin menolak ajakan Edy untuk keluar makan bersama. Kerana dia benar-benar tidak berselera.
Namun apabila melihat muka Edy yang sedikit tegang, akhirnya dia bersetuju sahaja. Lagi pula, sering sangat dia menolak perlawaan Edy. Bimbang juga jika kerana terlampau menjaga hati orang lain hingga melukakan hati kekasihnya.
Ezzah masih lagi belum berputus asa. Dia tahu yang Edy tidak suka perempuan yang membazir. Apabila dia sudah tidak tahan, dia menolak nasi yang dimakan dengan air. Usai minum, dia kembali menyumbat nasi ke mulutnya.
Namun tiba-tiba sahaja Edy menarik pinggannya dan air minuman yang sedang dipegangnya. Ezza memandang dengan seribu persoalan.
“Janganlah paksa diri kalau tak mampu.” Ujar Edy. Tiada senyuman yang menghiasi wajahnya. Ezza hanya menunduk.
“Saya tak pernah suruh awak jadi seperti gadis idaman saya. Ciri-ciri itu hanya satu subjektif. Saya terima diri awak sebab diri awak. Bukan sebab ciri-ciri yang macam saya pernah bagi tahu dulu.” Teguran Edy itu tidaklah bernada marah namun Ezza terasa seperti ingin menangis sahaja.
“Sebenarnya saya sengaja uji awak. Ketiga-tiga sikap tu memang bertentangan dengan sikap awak kan. Awak tak pernah makan habis. Kadang-kadang awak tak boleh berdikari dalam membuat keputusan. Dan memang awak tak melayan lelaki tapi awak masih ada kawan lelaki. Tak bermakna awak tak perlu bercakap dengan dia orang hanya sebab awak couple dengan saya.
Bila saya beritahu tentang ciri-ciri gadis idaman saya, awak dah tak menjadi  diri awak dah. Awak cuba jadi macam gadis tu dan akibatnya, awak mendapat susah bila couple dengan saya. Saya nak awak tahu, saya tak pernah idamkan kesempurnaan dari awak Ezza. Cukuplah apa yang ada pada awak.” Sambung Edy lagi apabila melihat Ezza hanya mendiamkan diri. Air mata Ezza menitis jua namun cepat-cepat diseka.
“Saya tak tahu apa yang saya nak buat. Saya bingung. Saya cuba jadi seperti yang awak inginkan. Saya tak pernah lalui semua ni. Jadi saya kekok.” Luah Ezzah.
“Ezza, awak anggap saya ni apa pada awak?” Soal Edy. Dia tidak menghiraukan tangisan Ezza atau pandangan orang. Dia hanya mahukan jawapan.
“Kekasih.” Jawab Ezza takut-takut. Tidak pernah dia melihat Edy seserius ini.
“Ada hati awak mengaku saya ni kekasih awak. Kalau kekasih, mesti sayalah orang pertama yang awak akan beritahu bila Suria buli awak Ezza. Tapi awak tak buat macam tu kan. Awak buat saya rasa macam orang bodoh. Umpama saya ni tak pernah menghargai awak. Umpama saya ni tak ada makna di mata awak. Umpama saya ni seorang kekasih yang tak berguna.” Kini giliran Edy pula meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“Saya tak pernah anggap awak macam tu. Saya cuma tak mahu menyusahkan awak.” Jawab Ezza. Memang itulah kenyataannya.
“Itulah alasan awak. Macam mana awak tahu saya akan susah kalau awak tak pernah beritahu saya. Sakit rasanya bila kita terpaksa dengar penjelasan dari mulut orang lain Ezza. Sakit sangat…” Rintih Edy. Ezzah dihimpit serba salah yang tidak terhitung banyaknya.
“Saya minta maaf.” Rayu Ezza. Kalau dengan meminta maaf dia boleh menyelesaikan segalanya, dia sanggup.
“Dah habis makan kan. Kita balik.” Putus Edy. Tidak langsung memandang pada permohonan maaf Ezza. Ezza terluka dengan kelukaan yang dicipta sendiri.
  Dua malam dia berturut-turut menangis. Semalam disebabkan Suria. Hari ini disebabkan Edy. Ezza melepaskan tangisannya di bahu Syafanah. Tergagap-gagap dia menceritakan tentang kemarahan Edy padanya kepada teman-teman.
“Aku minta maaf Ezza. Aku tak tahu pulak yang Edy akan marah sampai kau menangis macam ni?” Menyesal pula kerana gatal-gatal menyibuk dalam kisah Ezza.
“Aku tak salahkan kau. Memang aku yang salah.” Dia sudah mengangkat muka. Mengesat sisa-sisa air mata yang tinggal.
“Apa yang aku perlu buat sekarang? Perlu ke aku bagi Edy pada Suria.” Keputusan tidak rasmi daripada Ezza itu memeranjatkan mereka berdua.
“Kau gila? Kau nak tengok dunia ni terbalik ke?” Hampir terbuntang matannya memandang Ezza.
“Habis tu, aku nak buat apa?” Dia betul-betul mengharapkan pertolongan dari teman-temannya.
“Pertahankan cinta kaulah.” Jawab Syafanah pasti.
“Habis tu Suria?” Soalnya tidak dapat berfikir.
“Ezza, kau ingat Edy nak ke dengan si Suria tu? Dan kau pasti yang Suria tu betul-betul nakkan si Edy. Kan kau jugak yang cakap, Suria lakukan semua ni sebab dendam kan? Dan kalau dia orang bersama, dia orang boleh bahagia ke?” Aminah sudah faham tentang punca berlakunya persengketaan ini. Ezza telah menceritakan semuanya kepada Aminah dan Syafanah semalam.
“Tapi Edy marahkan aku?” Sedih rasannya memikirkan tentang hal yang satu itu.
“Alah, jangan risau. Marah dia tu sekejap je. Dia nak ajar kau supaya menghargai diri dia pada masa akan datang.” Entah bila pula Syafanah sudah bertukar menjadi pakar cinta.
“Kau pasti?” Tanya Ezza sekali lagi.
“Seratus peratus.” Ujar Syafanah dengan penuh keyakinan.
“Aku tahu apa yang perlu aku buat sekarang.” Dia sudah memperoleh jawapannya.
“Bagus. Macam tulah kawan aku. Tapi apa yang kau nak buat?” Dalam mendorong dia bertanya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kau tengoklah esok.” Tidak sabar rasanya untuk menunggu hari esok. Dimana berakhirlah kisah derita yang hanya akan diwarnai dengan kenangan yang manis-manis sahaja.

***
              Ezza memandang ke arah dua orang manusia yang sangat dikenalinya. Pandangannya jatuh pada tangan Suria yang sedang memegang lengan sasa milik Edy. Hatinya sedikit panas. Namun bila memikirkan lakonan yang bakal berlangsung, dia tersenyum.
              Seperti yang dirancang, aminah memberikan surat layang kepada Suria dan Edy. Mereka tidak tahu bahawa pertemuan mereka adalah di bawah rancangan Ezza.
              “Ada apa kau nak jumpa aku?” Soal Edy bengis. Menyampah rasanya menatap wajah orang yang telah mebuatkan dia dan Ezza bergaduh.
              “Bukan Edy ke yang nak jumpa Ria?” Soal Suria kehairanan. Nampaknya ada orang yang ingin mengenakan mereka berdua. Ah, apa dia peduli. Yang penting dia dapat berjumpa dengan Edy.
              “Aku ada banyak benda lagi yang boleh aku buat selain daripada jumpa dengan kau.” Bebel Edy marah. Lagi menaikan darahnya bila tangan Suria menjalar disekitar lengannya. Sudah puas ditepis, namun dasar gadis gedik. Sudah ditolak pun masih mencari.
              Mata Ezza sudah tidak tahan lagi. Dia melepaskan pandangan ke arah sahabat-sahabatnya. Aminah menganguk-ngangguk kepalanya beberapa kali. Lantas, dia melangkah menuju ke arah Edy dan Suria.
              Mata Edy seakan mengecil melihat ke arah Ezza yang menuju ke arah mereka berdua. Dia menjatuhkan pandangan mata ke arah Suria yang tersenyum mengejek. Tidak langsung beriak bersalah. Adakah pertemuan ini memang sengaja dirancang oleh Suria. Supaya Ezza cemburu dan meminta putus darinya? Ah, dia tidak dapat membayangkannya.
              Makin dekat jarak Ezza, makin kuat pautan tangannya pada Edy. Edy cuba untuk menarik namun dia masih lagi terkejut dengan kedatangan Ezza.
              “Lepaskan tangan Edy.” Keras sahaja nadanya. Dia tidak mempedulikan pandangan mata Edy. Dia hanya memandang terus ke arah Suria.
              “Kenapa pulak aku kena ikut cakap kau?” Angkuh sungguh nada suarannya. Edy hanya mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja.
              “Sebab ni.” Ujar Ezza sambil melemparkan beberapa keping gambar ke muka Suria. Suria yang terkejut melepaskan pautan tangan Edy. Dia mengutip gambar yang dibaling oleh Ezza tadi. Nyata, Suria terkejut bangat.
              “Mana kau dapat semua ni?” Soal Suria terketar. Dia mamandang gambar-gambarnya bersama dengan sugar dadynya. Memang selama ini, dia ditanggung oleh sugar dady. Manalah dia mampu untuk menyara kehidupan di kampus dengan bantuan biasiswa semata-mata.
              Disebabkan itulah, dia mencari alternatif lain. Sebagai balasannya, dia terpaksa mengadai maruahnya. Semua orang menyangka dia anak orang berada. Tapi hakikatnya hanya dia sahaja yang tahu.Rahsia ini sentiasa kemas tersimpan. Tapi sungguh dia tidak menyangka yang Ezza tahu tentang hal ini.
              “Tak perlulah kau tahu, sebab aku pun tak berniat pun nak beritahu kau.” Jawab Ezza sambil mengerling sekilas ke arah Edy yang tidak berganjak dari memandangnya.
              “Apa yang kau nak sebenarnya.” Soalan Suria itu membuat Ezza tersenyum.
              “Aku nak kau jangan ganggu hidup aku. Jangan kacau kawan-kawan aku. Dan jangan kau berniat secuit pun untuk memiliki Edy sebab selagi aku hidup, aku tak akan benarkan ianya berlaku.”  Memang seharusnya Edy berbangga mempunyai kekasih seperti Ezza. Tidak disangka bahawa Ezza begitu berani sekali. Sangkanya, Ezza datang untuk memarahinya kerana berjumpa dengan Suria.
              “Kalau aku tak ikut cakap kau?” Ezza memang menantikan soalan ini dari Suria.
              “Rahsia yang kau simpan selama ini akan terbongkar. Aku akan sebarkan gambar itu ke seluruh kampus. Dan tidak akan ada seorang pun yang akan tertinggal untuk melihatnya.  Dan kesannya, kau akan dibuang kolej. Dan masa tu, kau dah tak ada apa-apa untuk dibanggakan lagi.” Kali ini, dia perlu memainkan watak jahat.
              Terkedu Suria mendengarnya. Nampaknya Ezza telah merancang dengan sebaik mungkin. Hancur berkecai segala impiannya. Sekonyong-koyong, dia meninggalkan pasangan kekasih itu dengan hati yang remuk.
              Edy masih tidak lepas dari memandang wajah Ezza. Bangga sungguh dia dengan Ezza. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
              “Nak pergi mana ni?” Soal Edy. Menghalang Ezza dari pergi.
              “Kenapa awak nak tahu. Awak kan sibuk layan si Suria tu.” Perli Ezza. Pura-pura marah.
              “Sayang marah?” Duga Edy.
              “Memang saya marah. Awak jumpa dia tanpa beritahu saya. Siap main pegang-pegang lagi. Itu namanya curang.” Suaranya sedikit pun tidak ditinggikan. Cuma kedengaran tegas.
               “Saya tak curang sayang. Saya jumpa dia sebab nak marah dia tau.” Jelas Edy bersungguh-sungguh. Ezza cuba menyembunyikan senyumannya.
              “Kenapa pulak awak nak marah dia?” Soalnya pura-pura tidak tahu.
              “Sebab dia berani buli awak.”
              “Siapa yang kena buli?” Soalan berbalas soalan.
              “Saya bangga betul dengan awak tadi.” Puji Edy ikhlas.
              “Kalau saya tak buat macam tadi, mesti awak tak bangga dengan saya kan?”
              “Taklah. Kalau awak tak buat macam tu, saya tetap bangga dengan awak. Bangga sebab awak sanggup mengubah diri awak yang sebenar demi saya. Cuma saya tak suka kalau ada perkara yang membuat awak tak gembira. Sebab tu saya marah. Macam saya ni boyfriend yang tak berguna je.” Ezza tersenyum.
              “Tapi sekarang awak dah tak marahkan saya kan?” Tanya Ezza meminta kepastian.
              “Marah saya sekejap je. Kalau awak pujuk saya semalam, mesti ok terus. Tapi yalah, orang tu tak pujuk pun.” Rungut Edy sambil disambut oleh gelak ketawa Ezza.
              “Saya pun tengah pujuk hati saya sendiri.” Jawab Ezza. Masih belum berhenti ketawa.
              “Ezza, janji dengan saya yang awak tak kan rahsiakan apa-apa dari saya.” Tuntut Edy. Wajahnya bertukar serius.
              “Kalau tak nak?” Saje Ezza mahu bermain tarik tali.
              “Saya tak nak lepaskan tangan awak.” Jawab Edy selamba sambil memegang tangan Ezza dengan kemas. Terkejut Ezza dengan kelakuan selamba badak Edy. Tidakkah dia sedar bahawa mereka sedang berada di kawasan kampus.
              “Hei, lepaslah. Awak nak mampus ke kalau orang lain nampak.” Teguran Ezza tidak diendahkan Edy.
              “Janji dulu.” Pinta Edy. Ezza ketawa sendiri melihat aksi Edy yang agak  kebudak-budakkan sedikit.
              “Yalah,yalah. Lepaslah.” Janjinya sambil menarik tangannya.
              Akhirnya dia temui juga cintanya. Walaupun dirinya banyak kekurangan namun itu tidak bermakna bahawa diri kita tidak layak untuk menyintai atau dicintai. Cinta itu akan tetap ada selagi kita menghargainya.
              Kadangkala ada sepi yang berkunjung, namun ia tetap ada penghujungnya. Kadangkala rindu bertamu, namun tidaklah ku tahu akan dirimu. Kadangkala cinta mendatang, namun adakah ianya akan setia mendatang tanpa pergi. Kadangkala ada kasih yang bertaut, namun adakah ianya tautan kasih yang utuh. Dan yang dicari hanyalah CINTA…….

 p/s: cerpen ni ditulis pada tahun 2008... ini antara cerpen sy yang terawal... x pnh dipost ke mana-mana pun... jadi memang banyak kelemahan yang tidak terhitung.. hehe.. saya tak bercadang nak edit apa2 pun sebab saya nak kekalkan cerita ni sebegini rupa... terimalah hasil tak sempurna ketika sy berumur 18 tahun..hehe.. =)

11 comments:

  1. best la..sapa kata xbest..panjang gitu...

    ReplyDelete
  2. amboi.. umo 18tahun dah pandai yer cintun2

    ReplyDelete
  3. 1st cerpen sara dah memang panjang dan complete dari kisah perkenalan sehingga ke happy ending nya.. pasal tu semua cerpen sara yang cerpan tu orang cakap panjang pasal dari awal ini memang gaya garapan sara sendiri.. tahniah.. umur 18 tahun tapi matang dalam menyusun cerita

    ReplyDelete
  4. i like..thumb up..hehehe

    ReplyDelete
  5. rafika dewi jahrul7 February 2012 at 18:24

    salam SSG...
    wowww...terbaik dari ladang...
    kak ngah suka..suka... thumb up plus2....
    walau cerpen yg pertama semasa umur 18thn...sangat sempurna....mcm da lama jadi penulis dari lenggok cite dye..hehe kak ngah suka semua karya SSG....
    TERUS BERKARYA ...kak ngah akn sentiasa menyokong SSG dlm senyap....huhu

    ReplyDelete
  6. kau tau cerpen aku 18 tahun cam hape ? nak baca pun x selera . aku sndiripun rasa 'euwww' bila baca . 'Aku tak percaya cinta' tu la yg 18 taun . buat ayat pun x semengah . 'aku suke gilerr...' <---skang nih loya nak baca penambahan huruf~ rrr

    kau kira okay la kecik-2 dah buat mcm ni .. aritu aku x dpt komen sbb line aku lmbat .. hihihi

    ReplyDelete
  7. bosan lah..tak berapa nak best.

    ReplyDelete