“Mak, nak beli apa-apa lagi?” Puan Zainab memandang
anaknya itu. Wajah itu sudah kembali berseri-seri. Tidak pucat dan kusam
seperti dahulu lagi. Malah wajah itu makin kacak dari dahulu. Mungkin kerana
sinar limpahan kasih daripada Ilahi.
‘Syukur
pada Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik untuk anakku..’
“Mak nak
pergi gerai hujung sana... Kamu pergilah masuk dalam kereta dulu.” Hati tuanya
bimbang jika anaknya itu akan sesak nafas apabila berada di pasar yang penuh
sesak ini. Nazreen hanya mengangukkan kepalanya mendengar arahan emaknya itu.
Sebenarnya
Puan Zainab masih risau dengan tahap kesihatan Nazreen walaupun telah
diyakinkan beberapa kali oleh pihak doktor. ‘Susah kalau dapat mak yang
bercita-cita nak jadi doktor nih... Dia layan anak yang sakit macam layan
pesakit.’
Hampir
dua bulan duduk terperuk di rumah. Jika keluar pun, hanya sekadar ke hospital.
Tak berpeluang langsung untuk mencuci mata melihat dunia luar. Baru kini dia
memperoleh kesempatan. Itu pun setelah dipaksa beberapa kali. Jika tidak,
emaknya itu tetap dengan pendirian tuanya.
Kakinya
diangkat perlahan. Namun entah kenapa, dadanya tiba-tiba terasa ngilu. Rasa
yang dia tidak pernah rasa. Memang doktor ada memberitahu yang adakalanya hati
barunya ini akan memberi tindak balas yang agak negatif. Sakit dada itu biasa.
Nazreen
berhenti seketika sambil mula memegang dadanya. Ngilu! Itulah kesimpulan yang
dapat dia katakan. Dalam pada masa yang sama, hatinya bagai berdegup
kencang. Kenapa ya? Adakah ini tanda
yang hatinya ini tidak sesuai dengan dirinya? Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa
tidak dua bulan yang lepas!
Hatinya
terasa tidak keruan. Dia mula memandang sekeliling. Mencari bayang seseorang?
Bayang siapa, dia sendiri tidak mengetahuinya. Yang dia tahu, langkah kakinya
dibawa ke satu arah. Langkah yang didorong oleh rasa hati. Akhirnya, kakinya terhenti di satu destinasi
apabila matanya terpaut pada satu wajah. Wajah yang pernah muncul dalam
hidupnya.
‘Dia....’
Hati Nazreen makin terasa ngilu dan perit. Tangannya ditekap di atas dada.
‘Kenapa dengan aku ni?’
Faraneesha
melihat nota kecil yang dititipkan oleh ibunya pagi tadi. Ada tinggal beberapa
barang sahaja yang masih belum dibeli. Tangannya sudah lenguh memegang bakul.
Pasti senang jika adik-adiknya turut serta. Tapi sekarang musim perperiksaan.
Jadi semua adik-adiknya sibuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
“Bang,
ayam seekor... Potong terus ya..” Arah Faraneesha kepada taukey ayam itu.
“Siap!” Abang ayam itu sudah tersengih-sengih.
Seperti biasa
lelaki yang digelar abang ayam itu ramah menyapanya. Dia sudah kenal benar
dengan lelaki itu. Ialah, setiap hari minggu, pasti dia akan menjengahkan diri
ke pasar ini. Tapi inilah kali pertama dia keseorangan. Biasanya ditemani oleh
Farafeesa, Puan Azah atau adik-adiknya yang lain. Namun kali ini, semua orang
sibuk. Jadi terpaksalah dia membeli sendirian.
Tapi sebenarnya di pasar inilah dia banyak menghabiskan
masa bersama Luqman! Bercinta di pasar... lebih banyak kenangan yang boleh
dipintal.
Nazreen
memandang gadis itu tanpa kelip! Terpaku melihat senyuman itu. Masih seperti
dahulu. Senyumannya masih tidak pernah berubah! Nazreen jadi pelik sendiri.
Kenapa dia boleh berfikir sebegini rupa?
“Lapan
belas ringgit... Sebab baju kita matching hari ni, abang bagi diskaun dua
ringgit. Jadi bayar enam belas ringgti jelah..” Faraneesha tergelak sedikit.
Sudah terbiasa dengan lawak abang ayam itu. Setiap kali datang, pasti akan beri
diskaun! Lama-lama, boleh lingkup abang ayam ini.
“Ingatkan
nak belanja tadi...” Faraneesha sedang berkira-kira hendak mengeluarkan duit
daripada beg duitnya. Namun satu suara mematikan perbuatannya.
“Saya
belanja...” Tidak pasti kenapa dia ingin melakukan. Tapi dia teringin hendak
melakukannya. Faraneesha mengangkat wajah. Memandang satu wajah yang pernah dia
lihat satu ketika dahulu.
Perbuatan
lelaki itu mengingatkan dirinya dengan Luqman!
Entah kenapa ingatannya tergarit pada peristiwa
pertemuannya dengan Luqman yang kedua. Di pasar inilah Luqman mengacau dan
membeli jiwanya. Membasuh amarahnya dan merantai hati ini dari terus memandang
wajah lain.
“Amboi.. dah banyak sangat ke duit tu sampai nak belanja
orang!” Sinis Faraneesha menyindir.
“Setakat nak belanja sayur ni, tak luak lagi duit
hantaran yang nak bagi kat awak tu.” Faraneesha menjeling tajam. Tapi tipu jika
dia kata yang hatinya tidak terusik dengan kata-kata Luqman itu. Lelaki ini
memang pandai mencuri perhatiannya.
“Bila masa saya mintak duit hantaran?” Konon-konon macam
sedang marah tapi tetap melayan juga. Luqman tersenyum sambil mengambil segala
macam jenis beg plastik yang berada di dalam gengaman Faraneesha.
“Eh... awak buat
apa ni? Saya boleh bawak sendirilah!” Faraneesha tidak suka apabila dimanjakan
oleh lelaki. Lagipun, barang-barang yang dibelinya tadi, bukannya berat sangat
pun. Tak akan patahnya tulang empat keratnya ini mengangkat barang-barang itu.
“Awak kena jaga tangan awak tu... Tangan tu nanti ialah
tangan yang saya nak sarungkan cincin nanti....Tangan yang nak dodoikan saya
waktu tidur... Tangan yang akan memasak untuk saya...” Belum sempat habis lagi
ayat Luqman, Faraneesha sudah menyampuk.
“Karang dengan tangan-tangan ni hinggap kat muka awak !
Kalau tak cukup tangan, kaki pun saya boleh bagi...” Kesabarannya mula menipis
tika melayan karenah Luqman. Mengada-ngada betul! Tapi paling menyakitkan hati
ialah, lelaki itu boleh gelak lagi.
Sungguh ketawa itu menyakitkan hatinya tetapi
menyenangkan jiwanya. Hmm, macam mana tu?
“Kalau awak tampar saya sekarang, awak dah batalkan air
sembahyang saya.. Jadi awak kena kahwin dengan saya tau! Awak kena
bertanggungjawab tau!” Faraneesha menepuk dahi. Ada pulak macam tu.
“Apa yang awak merepek ni?” Aduh... Belum pernah lagi dia
jumpa lelaki yang sawan pagi-pagi ni. Ini sawan ke meroyan ni?
“Mana ada saya merepek... Daripada duk merepek, baiklah
pi makan kerepek. Kenyang jugak perut ni.” Faraneesha sudah mula mendengus!
Tidak suka dengan sikap penyibuk Luqman. ‘Mentang-mentang dia anak kawan abah,
jadi dia fikir dia boleh usik aku sesuka hati?’ Matanya menilau mencari kelibat
Farafeesa. Manalah adiknya ini menghilang!
“Asal senyap je?” Tanya Luqman sambil tersengih-sengih.
“Malas nak layan!”
“Bagus...” Faraneesha menoleh ke arah lelaki itu. Pelik
dengan pujian mengejut itu.
“Kenapa bagus?”
“Ialah... Awak kenalah simpan tenaga.. Petang karang kan
awak nak kena layan tetamu.” Luqman tersengih-sengih apabila melihat gadis itu
mula mengerutkan dahi.
“Mana awak tahu yang petang ni ada orang nak datang rumah
saya?” Luqman ketawa. Seronok sangat melihat muka terkebil-kebil Faraneesha
itu.
“Ialah... mestilah rumah awak ada tetamu kan.. Kalau tak,
mestilah awak tak ke pasar kan?” Oh.. Rupa-rupanya Luqman membuat kesimpulan
dari situ. Spesis manusia macam ni memang susah! Susah kerana dia orang suka
berfikir sendiri tanpa bertanya. Biarlah, Faraneesha sendiri malas hendak
melayan.
Sepatah Faraneesha bercakap, makin banyak ayat Luqman
yang keluah untuk mematah-matahkan hujahnya.
“Awak tahu siapa yang nak datang?” Tanya Luqman lagi.
Terhenti tindakan Faraneesha yang sedang memilih buah tembikai untuk dijadikan
pemanis mulut. Aduh, macam-macam karenah! Macam membawa anak kecil pula. Kalau
Luqman ini anak kecil, sudah lama disumbat mulut lelaki itu dengan puting. Biar
berhenti dari bertanya yang bukan-bukan. Tapi masalahnya, Luqman bukanlah
budak-budak. Dah boleh jadi bapak budak dah pun... Aishh..
“Entah..” Faraneesha angkat bahu. Malas hendak berfikir.
Pelik sungguh dengan Luqman ini. ‘Aku tak sibuk pun, dia pulak yang menyibukkan
diri! Ini mesti kes kecik-kecik dulu nak jadi wartawan tapi bila besar jadi
wartawan tak bertauliah saja.’
“Orang tu datang nak masuk meminang awak..!!” Luqman
sudah tersengih-sengih.
“Hah!” Tanpa sedar, lontaran suaranya lebih kuat daripada
biasa. Faraneesha mula segan sendiri apabila menjadi tatapan beberapa mata yang
memandang. Tangannya menutup mulut. Terkejut tahap gaban.
“Mana awak tahu?”
“Sebab sayalah orang yang masuk meminang tu!” Selamba
sahaja dia menuturkan kata sedangkan Faraneesha sudah terasa seperti hendak
pengsan sahaja. Entah dari langit manalah lelaki ini muncul? Muncul-muncul
sahaja, sudah mengerakkan jiwa yang sudah lama terkaku sendiri tanpa teman.
“Awak okay?” Pelik melihat gadis itu yang bagaikan tidak
berdiri di atas bumi. Fikiran gadis itu nyata melayang-layang.
Faraneesha sedikit tersentak mendengar teguran dari
lelaki itu. Hilang terus lamunan panjangnya tadi.
Faraneesha berpaling. Mencari ruang untuk dia kembali
bernafas setelah tengelam di dalam lautan kenangan yang tak sudah-sudah. Pasar
ini walaupun busuk, walaupun penuh dengan hiruk piruk orang ramai, namun tempat
ini banyak melahirkan kenangannya ketika bersama dengan Luqman.
Setiap minggu, pasti lelaki itu tidak lokek dari
menemaninya ke pasar. Daripada malas hendak ke pasar, dia sudah menjadi
terlebih rajin. Jika dahulu perlu dipaksa-paksa, tapi jika ada Luqman, dia
sendiri yang menawarkan diri untuk ke pasar. Ibu jadi pelik, abah jadi
keanehan. Tapi cinta memungkinkan segalanya.
Dari pasar inilah dia kenal dengan perwatakan Luqman.
Walaupun Luqman itu lelaki, tapi dia bukan otak kosong dalam bab memasak.
Adakalanya, Faraneesha juga ikut turut tertewas dengan kepakaran memasak
Luqman.
“Saya betul-betul ikhlas nak belanja ni...” Sekali lagi
Nazreen mematikan lamunan Faraneesha.
“Terima kasih.. Buat susah-susah je.” Entah kenapa, dia
tidak terasa seperti hendak marah seperti mana dia marah pada Luqman dahulu.
Dia tidak mahu melayan lelaki ini seperti mana dia pernah marah pada Luqman.
Kerana terikat dengan kemarahan, dia menjalinkan hubungan dengan Luqman.
Arrgghhh... kenapa terlalu banyak Luqman dalam
ingatannya?
“Awak okay?”
“Saya okay...” Nazreen pelik sendiri. Kenapa matanya tidak
lepas dari ingin memandang wajah gadis itu. Bagai seperti ingin melepaskan
rindu.
‘Rindu? Kenapa perlu rasa rindu? Aku dengan gadis ini
bukan pernah bertemu mesra pun!’
“Kita pernah jumpa kan?” Berkerut dahi Faraneesha untuk
mengingati peristiwa itu. Namun tidak susah mana. Masa dia lupa pada lelaki
yang menjadi mangsa simbahan adiknya itu. Boleh pulak Farafeesa menyangka yang
lelaki di hadapannya ini ialah seorang pencabul.
“Awaklah pencabul tu kan...” Cepat-cepat Nazreen
meletakkan jari terlunjuk di bibirnya. Melarang dari Faraneesha bertutur dengan
nada suara yang kuat.
“Kalau orang lain dengar, dia orang boleh buat tafsiran
sendiri tau!” Faraneesha tergelak. Sebenarnya dia gelak untuk mengaburi rasa
sedihnya. Payah jika hendak berdrama di dalam pasar besar ini.
“Awak ni kembar yang baik ke atau yang tak berapa nak
baik tu?” Nazreen memohon kepastian. Dia pasti yang dia tidak tersalah orang,
namun dia tetap ingin bertanya kepada tuan punya badan sendiri.
“Orang yang awak kutuk tu ialah adik saya ya..” Akhirnya
mereka sama-sama ketawa. Mengingati peristiwa yang pernah terjadi satu ketika
dahulu. Macam manalah Farafeesa boleh tersangka yang Nazreen ialah pencabul.
Habis basah kusup Nazreen disimbah minuman. Kadang-kadang, sifat berani
Farafeesa yang berlebihan itu meman sukar untuk diagak.
Kerana asyik ketawa, Nazreen tersedak sedikit. Ini semua
membuatkan dadanya perit dan terasa ngilu. Malah lebih ngilu daripada tadi.
Nazreen menunduk sedikit. Tangannya mendarat di dada!
Kaget Faraneesha melihatnya.
“Eh, kenapa ni?” Risau Faraneesha dibuatnya. Pertemuan
pertama mereka juga diiringi oleh insiden tak diduga. Pertemuan kali kedua pun
ditemani dengan insiden tak boleh diterima dek kepala otak. Adakah ada insiden
lagi?
“Awak tunggu kejap.. Saya pergi beli air...”
“Kenapa ni?” Tanya pak cik penjual ikan yang kebetulan
berada berdekatan dengan mereka.
“Pak cik, tolong tengokkan dia sekejap! Saya nak pergi
beli air.” Ujar Faraneesha cepat-cepat. Pak cik itu hanya menganggukkan
kepalanya. Patuh dengan arahan daripada Faraneesha.
Kelam kabut dia dibuatnya apabila melihat lelaki itu
terbatuk sambil tangannya memegang dada. Dia baru teringat yang jururawat di
hospital itu pernah memberitahu yang lelaki itu menghidap penyakit Hepatisisi
C. Masih belum sembuhkah?
Cepat-cepat dia berlari ke arah kedai yang berdekatan.
Hampir-hampir sahaja bertembung dengan orang yang lalu lalang.
Usai membeli, cepat sahaja dia mendapatkan Nazreen
kembali. Namun apabila sampai ke tempat yang sepatutnya, Nazreen sudah tidak
ada di situ. Kemana pula dia pergi?
“Er... anak ni yang tadi kan?” Tegur Pak cik penjual ikan
tadi.
“Aah.. mana lelaki tadi?” Pelik pula rasanya. Kenapa
tiba-tiba menghilang?
“Oh.. mak dia dah bawa dia balik dah..”
“Oh...”
Matanya terpandangkan botol minuman yang berada di
tangannya! ‘Kenapa aku beli air?’ Dia mula terfikir-fikir sendiri. Sebab tadi
dia perasan yang Nazreen sedang tersedak. Dulu, kalau Luqman tersedak, dia
hendak minum air mineral.
Tapi apa kena mengena Nazreen dengan Luqman? Kenapa dia
perlu melayan Nazreen seperti dia melayan Luqman? Ah.. Kusut kepalanya ini.
Satu keluhan terbit dari mulutnya. Dia sudah penat
mengajar hati dan akal fikirannya dari terus tidak memikirkan tentang Luqman.
Tapi kenapa jejaka tadi senang sangat mengingatkan dirinya tentang Luqman?
Kalau asyik sebegini rupa, bila masa dia dapat melarikan diri dari bayangan
Luqman?
Apabila terpandangkan lelaki itu, ingatannya terus
tergarit pada sebaris nama itu. Kenapa ya? Kerana wajah mereka bukan seiras.
Malah langsung tidak sama. Apa yang sama ya? Faraneesha menoleh kembali ke
belakang. Mengharapkan pandangan yang memang tidak ada. Kakinya mula melangkah
ke kereta. Terfikir-fikir dan tertanya-tanya sendiri!
P/S: apakah yang mengikat Faraneesha dan Nazreen??
apa ek ? aish ... kau salu buat teka-teki last cerita.. hahaha!
ReplyDeleteaku mengharapkan kebijaksanaan pembaca.. hahah..
Deletemsti pasl organ yg luqman drmakan tu kot.. ngehehe..
ReplyDeletehahah... saya dah tau... betulkan tekaan saya dahulu. all the best sara
ReplyDeletehahahha...sya taw sbb apa..
ReplyDeletehehehe...
best..xsbr mk tggu n3 seterusnya..
sy pun tau sebab ape.. ~~ Hatimu..~~ Hati dia~~ hehehe..
ReplyDeletehati mu hati nya jua... heheheh... jelmaan lukman da kembali... so ezrakil n feesa.. cam ner...
ReplyDeletenisa azlan dak gmc nk bgi tahu nie yg die rse die tawu knape hati nazren berdegup n tercari-cari neesha.n nisa juge rse die tahu knape neesha asek tingatkan luqman bile nampak nazreen...kak sarea sye da habis cuti.esk kne blk skola dah.cpt2 update ye.nnty cuti sye bce...<3
ReplyDeletehikhik...memng xsbr nk tau agy..tlg la cpt smbung...asenye sume yg bce tau knp an???hehehe
ReplyDeleteyg mngikat dorg 2...cm lrik lgu kisah ati 2...~Hatiku..Hatimu kini menjadi satu~hahaha...tol cik sayang???hikhik
ReplyDeleteFINALY PEGANTI LUQMAN DAH MUNCUL..
ReplyDeleteYEAHH... COMPEM EZRAKIL DENGAN FEESA KAN???
Ada satu perasaan halus dalam hati neesha buat Nazreen....tapi perasaan yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata2....hahaha
ReplyDeleteSebab hati baru Nazreen milik Lukman... Kan? :)
ReplyDeletedok agak dh msti hati arwah luqman d drmakn kat nazreen..hatimu hatinya..milikmu milikku jua....erm tk sbrnya nk tau apa akn jd bla neesha tau hati luqman ada d dlm dri nazreen...apakan nnt neesha trima nazreen d sbbkn hati nazreen milik luqman????hahaha...terlebih sudah....excited nie...hope ezrakil cpt dpt tau ttg pnyakit feesha n dpt yakinkan feesha ttg cintanya yg mndlm kt feesha....atiq knpa ko tk nk jd kepochi...p la crta kt ezrakil ttg pnyakit feesha tu....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteorgan donation. Hati Lokman ada pada Nazreen...huhuhu
ReplyDeletenazreen ngan lukman kembar x seiras...haha :)
ReplyDeletefrom>yaya
firstly sebab hati tu , secondly sebab perangai nazreen hampir sama dgan lukman .....
ReplyDeleteMasih boleh langgan lagi kha novel ini???
ReplyDeleteMasih boleh langgan lagi kha novel ini???
ReplyDelete