Apabila Faraneesha pulang dari pasar, dia melihat Puan
Azah sedikit kebengangan di ruang dapur. Siapa pula yang mencari pasal dengan
ibunya pada hari cuti ini? Aduh... Seorang yang cari pasal, semua pun ikut
turut terkena tempiasnya.
“Kenapa
ibu macam tak ada mood je Feesa?” Bila ibu marah-marah, pastilah dia akan mencari
kelibat Farafeesa. Pasti adiknya itu tahu tentang punca-puncanya. Entah-entah
kerana bertikam lidah dengan gadis itu.
Kadang-kadang
geram juga dengan perangai Farafeesa. Sudah tahu ibu mudah marah dengannya,
janganlah sering dihidupkan api kemarahan itu. Jika Puan Azah sedang membahang
mengamuk, air yang sebanyak lautan pun tidak akan mampu untuk membasuh amarah
ibunya. Punyalah dasyat!
“Entahlah...
dah jadi habit kalau tengok muka aku ni, terus rasa nak mengamuk gamaknya.”
Gurauan Farafeesa itu sedikit pun tidak disambut oleh kembarnya.
“Tak
kelakarlah!”
“Aku pun
rasa macam tu!” Tangan Farafeesa bermain di hujung dagu. Belagak tenang
sedangkan hatinya bergolak menahan rasa. Orang selalu cakap, rumahku Syurgaku.
Tapi bagi Farafeesa, rumahku menyesakkanku!
Faraneesha tepuk dahi. Entah bagaimanalah kepala otak
Farafeesa ini berfungsi. Dia sendiri tidak tahu. Dia ingat lagi bagaimana adik
kembarnya itu beria-ria memujuk ketika dia mengamuk kerana Farafeesa sengaja
ingin menjodohkan dirinya dengan Ezrakil.
“Aku minta maaf sangat-sangat.. aku janji aku tak buat
dah!” Tangan kanannya ditegakkan sebaris dengan bahu. Konon sebagai tanda
berjanji untuk tidak mengulangi kesalahannya.
“Maaf kau ditolak!” Masa seperti inilah dia hendak
mengenakan Farafeesa kembali. Idea jahat dah datang menjengak akal fikiran.
“Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau maafkan aku!”
Apabila melihat senyuman di tubir wajah Faraneesha, Farafeesa mula rasa tidak
sedap hati. Seperti sudah dapat mengagak kata-kata yang bakal Faraneesha
tuturkan.
“Betul ni?”
“Betul... apa saja....”
“Bayar kereta aku untuk dua bulan!” Ambik kau! Farafeesa
membuntangkan matanya manakala Faraneesha tersengih-sengih. ‘Wahai adikku,
terimalah hukuman ini seadanya.... sebagaimana kau buat idea gila yang tak
wajar itu!’
“Hah? Tamaknya..” Faraneesha kalau buat permintaan, tak
pernah sikit-sikit. Semuanya mencekik! Ini dah bukan tahap mencekik darah, ini
sudah tahap menghisap darah! Puntianak jadian gamaknya.
“Weh, kau ingat senang ke nak berlakon malam tu! Dah lah
kau nak kenakan aku dengan Ezrakil. Kalau kau nak aku maafkan kau, kau kena
bayar duit kereta aku selama dua bulan!” Digaru kepala otaknya. Bagaimana
hendak banyak menyimpan jika begini rupa.
“Alah.. berlakon malam tu kantoi jugak kan!” Pangkah
Farafeesa. Kakaknya itu mula membulatkan mata. Tangannya dicekakkan ke
pinggang. ‘Kata sanggup lakukan apa sahaja.’ Dia tidak akan meminta jika dia
tahu yang Farafeesa tidak mampu. Masalahnya Farafeesa itu sudah terlebih mampu.
Entah perangai kedekut dari manalah dia cekup ini!
“Yalah-yalah... aku bayar...” Susah jika hendak berurusan
dengan Faraneesha ini. Kerana, balik-balik dia juga yang rugi. Farafeesa mula
mencongak duit di dalam akaun banknya. Tak ada masalah pun jika hendak
membayar. Cuma dia perlu mengurangkan sedikit duit penyimpanan untuk dua bulan
ini.
Tangannya hinggap di kepala yang terasa berdenyut-denyut.
Lantas dia mula membaringkan badan. Sungguh rasa tidak larat. Lenguh-lenguh
badan terasa di mana-mana.
“Weh, tak kan nak tidur balik kot? Jom tolong aku kat
dapur dengan ibu!” Arah Faraneesha tegas.
“Aku pening sangat ni...”
“Haishh... bila duit berkurang, kepala terus pening ya?”
Sakat Faraneesha sambil tergelak-gelak. Sebenarnya dia tidak begitu berharap
untuk adiknya itu membayar ansuran bulanan kereta itu. Tapi jika Farafeesa
benar-benar hendak membayar, dia tak akan menghalang. Malah akan terus
menyokong jika adiknya hendak membayar terus kereta itu. Hehehe..
“Aku pening betul-betul nih...” Nada suaranya diteran
sedikit. Tanda dia serius.
“Sejak akhir-akhir ni kau selalu pening-pening? Aishh..
ada apa-apa ke ni?” Tangan Faraneesha singgah di perut milik adiknya. Terkejut
Farafeesa dibuatnya.
“Nauzubillah.... apa yang kau merepek ni?” Boleh pula
kakaknya itu berfikiran yang negatif tentang dirinya. Pegang tangan dengan
lelaki pun dia tidak pernah. Ini kan pula hendak bercengkerama di bawah lampu
minyak tanah! Heh, skrip Seniman Bujang Lapuk nih..
Faraneesha ketawa sedikit. “Gurau jeh lorh... Tapi kau
memang acap kali pening kepala?” Berubah sedikit air muka Farafeesa apabila
mendengar teguran dari kakaknya itu. Bimbang juga jika kakaknya itu berjaya
menembak soalan yang bukan-bukan sehingga akan membocorkan rahsia besarnya.
“Hmm,, mungkin aku ada migrain kot...” Moga-moga kakaknya
tidak berfikiran yang tidak-tidak. Penyakitnya ini tidak boleh diketahui oleh
kakaknya. Nanti kecoh! Satu lorong kelam kabut mendengar tangisan daripada
Naila Faraneesha ini.
Tangannya mula bermain-main di kepala. Memicit lembut
dahinya. Pandangan matanya juga memang agak berbalam-balam. Sedaya upaya dia
bertahan. Agar sakitnya tidak nampak keterlaluan di pandangan mata Faraneesha.
Akhirnya Faraneesha mengambil ruang sedikit di hujung
katil itu. Tanpa disuruh, Faraneesha sendiri mengurut lembut dahi dan kepala
milik Farafeesa. Urutan itu walaupun perlahan namun cukup menyenangkan diri
FaraNeeshah sendiri. Dia perasan yang Farafeeesa sejak akir-akhir ini kerap mengadu sakit
kepala. Malah dadanya sering dijengah demam panas. Bila diajak bertemu dengan
doktor, mulalah nak mengelat tak tetnuh arah!
“Hah, molek sangatlah tu... Orang duk sibuk memasak, kau
sibuk nak tidur!” Bebelan ibu dari luar bilik itu menyapa gegendang telinga
mereka berdua.
“Ish... aku pergi tolong ibu masak dululah.” Faraneesha
bangun dari katil. Farafeesa tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya
memejamkan matanya sahaja. Faraneesha sendiri tidak pasti sama ada Farafeesa
sudah tidur ataupun buat-buat tidur. Ialah, adiknya itu bab berlakon, memang ngetop!
Kalau jadi perlakon, comfirm boleh menang perlakon paling porpular!
“Feesa tak sihat... Dia pening kepala.” Terang
Faraneesha. Cuba untuk memperbetulkan tafsiran Puan Azah terhadap Farafeesa.
Adik kembarnya itu bukannya teruk sangat!
“Mana tak pening kalau dua puluh empat jam asyik nak
tidur sahaja!” Marah Puan Azah lagi. Entahlah... Apabila melibatkan Farafeesa,
hati tuanya jadi cepat panas. Pantang ada yang tersalah, pasti ada yang akan
terkena!
“Dahlah... Akak tolong ibu masak ya... Hari ni kita nak masak apa?” Faraneesha ingin
mengubah mood ibunya itu namun ternyata ibunya masih marah terhadap Farafeesa.
“Pergi sembelih Feesa tu! Kita buat gulai jeh...” Faraneesha tahu yang ibunya
serius tapi sengaja dia ketawa. Cuba memadamkan kemarahan ibunya.
“Kalau ibu sembelih dia, ibu tak dapat duit daripada dia
dah...” Faraneesha sedar yang adiknya itu selalu menitipkan sejumlah wang yang
agak besar untuk ibunya. Kalau diikutkan, gaji Farafeesa lebih besar berbanding
dengan gajinya. Apatah lagi adiknya itu tidak memakai kereta, lagilah mudah
untuk dia berbakti kepada keluarga. Walaupun adakalanya Farafeesa itu kedekut,
namun dia tidak pernah lokek membantu ibu dan abah. Tidak pernah merungut jika
dia terpaksa berbelanja lebih jika keadaan darurat bertandang.
“Sebab dia bagi duit banyaklah yang buat dia jadi naik tocang..
Dia ingat bila dah bagi ibu duit banyak-banyak, bolehlah dia anggap ibu ni
macam orang gaji!” Marah Puan Azah masih belum hilang rupa-rupanya. Faraneesha
menitipkan doa di dalam hati agar adiknya itu tidak mendengar kata-kata dari
ibunya itu. Ibu sedang marah, macam-macam benda pun boleh terkeluar dari mulut
itu.
“Ish... tak baik cakap macam tu bu...” Entah, serba salah
dibuatnya. Terlebih menyokoong Farafeesa nanti, ibu pula yang merajuk
dengannya. Dah tu macam mana? Penat betul duduk di tengah-tengah ini.
“Hah, belalah sangat adik kau tuh!” Puan Azah terus
berlalu ke dapur. Faraneesha angkat bahu. Malas hendak memanjangkan perbalahan
yang tidak pernah selesai ini. Entah bila kisah perbalahan ini bermula, yang
pasti tidak mudah untuk menyelesaikan simpulan kasih ini.
Akhirnya dia melangkah ke dapur. Menyediakan bahan
makanan untuk dimasak. Makin dilayan omelan ibu nanti, makin panjang pula
bebelannya. Makin panjang ceritanya dan makin ramai yang terluka.
Farafeesa
kembali merapatkan pintu bilik itu. Sebenarnya sengaja dia curi-curi dengar.
Sakit? Ya... perasaanya tidak terperi peritnya. Bagaimana ibu boleh berfikir
yang dia mengangap ibu sebagai orang gaji? Tidak pernah sesaat pun dia berfikir
sebegitu rupa. Tak pernah terlintas di fikirannya ingin berfikir begitu.
Selama
ini, dia mencari rezeki hanya semata-mata kerana ingin mengurangkan bebanan ibu
dan abah! Ingin membalas jasa mereka tika membesarkan dirinya itu. Dia sedar
yang terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa tika membesarkan
anak-anak.
‘Beri
lebih salah... tak beri pun salah..’ Tangannya ditekap ke kepala. Makin sakit
kepalanya. Tapi sakit di hati pun tak kurang hebatnya.
Dia
berjalan ke hujung katil. Kemudian dia menunduk sedikit. Mencari ubat yang
disorok di bawah katil ini. Diambil beberapa jenis ubat yang dinasihatkan oleh
Doktor Hidayah. Kemudian tangannya mencapai air mineral yang semangnya ada di
dalam beg tangannya. Perlahan-lahan ubat tersebut dimasukkan ke dalam mulut.
Dulu
memang dia culas untuk makan ubat! Banyak ubat yang diberikan hanya dibuang ke
dalam lubang jamban. Sehingga Doktor Hidayah dapat mengesannya.
“Awak
tak boleh macam ni Feesa! Awak nak tipu siapa sekarang? Tipu saya atau tipu
diri sendiri?” Suara Doktor Hidayah walau tidak menengking, tapi terasa
bahangnya. Farafeesa hanya menunduk.
“Macam
mana awak tahu yang saya tak makan ubat?” Hendak tahu juga sama ada Dr. Hidayah
memang tahu ataupun hanya tekaan semata-mata.
“Sebab
setiap ubat akan memberi kesan sampingan terhadap pesakit... Tapi keadaan awak
menunjukkan sebaliknya.. Feesa, awak tahu kan yang penyakit awak ni kena
bergantung pada ubat? Awak tak sayang diri sendiri ke? Awak tak sayang pada
duit yang awak belanjakan untuk membeli ubat ni?”
Farafeesa
hanya menikus. Senyap tanpa bicara apabila dimarahi oleh Dr Hidayah. Dr Hidayah
mengeluh sedikit. Dia sedar yang dia sedikit beremosi apabila berbicara dengan
Farafeesa. Dia bukan sengaja untuk memarahi sahabatnya itu. Dia marah kerana
dia terlalu prihatin berkenaan hal Farafeesa.
“Buat
apa saya nak sayangkan diri sendiri kalau orang di sekeliling saya pun tak
pernah sayangkan saya!” Akhirnya, kata-kata keramat itu terpancul keluar dari
mulutnya. Dr Hidayah mengelengkan kepalanya. Tidak suka dengan gaya pemikiran
Farafeesa yang sedikit negatif. Makin pemikiran negatif bertandang, semangat
untuk terus melawan kesakitan akan semakin hilang!
“Awak
kena positif Feesa....” Belum pun sempat Dr Hidayah menghabiskan bicaranya,
Farafeesa sudah pun membalas kata.
“Ini
bukan berkenaan positif atau negatif Dayah, ini pasal diri saya yang sentiasa
menyusahkan orang di sekeliling saya! Saya rasa memang ini ketentuan yang Allah
berikan. Dia nak ambil nyawa saya cepat-cepat sebab dia tahu yang saya ni
banyak menyusahkan orang di sekeliling saya!
Ada ibu
pun, ibu bukannya kisah pasal saya! Ada kakak pula, banyak menyusahkan kakak!
Ada adik-adik, tapi tak mampu nak bantu apa-apa! Ada Ezrakil tapi saya lebih
banyak menyakitkan hati dia! Apa motif saya terus hidup kalau hidup hanya
menyusahkan orang Dayah! Apa motifnya?”
Pertama
kali Dr Hidayah melihat Farafeesa beremosi seperti ini. Dia hanya membiarkan
Farafeesa meluahkan segala yang terpendam. Mungkin Farafeesa mula rasa
tertekan! Farafeesa sering berfikir yang tiada sesiapa pun di dunia ini yang
sayangkan dirinya. Mungkin gadis itu telah lelah dimamah perasaan.
Dr Hidayah tahu yang gadis itu hanya mengharapkan sinar
kasih sayang dari ibunya sahaja. Bukan hendak meminta lebih-lebih pun. Bila dia
tidak dapat mencuri perhatian dan kasih sayang dari ibunya, dia terus merasa
yang dunia ini tidak lagi memerlukan kehadirannya!
Dr Hidayah berfikir lagi. Dia perlu lakukan sesuatu.
Sesuatu yang mampu membuka ruang pemikiran Farafeesa untuk kembali berfikir
secara positif. Jangan disempitkan akal itu, kerana bimbang ia akan makin
mengecil dan tersumbat dengan perkara yang tidak-tidak sahaja.
“Feesa... awak kena bersabar.. Ini ujian Allah!”
Memang ada ketikanya manusia itu akan tergelincir
seketika dari landasan. Itulah perlunya seorang sahabat. Sahabat yang terbaik
bukanlah bererti dia mampu menghilangkan segala keresahan sahabatnya! Tapi
sahabat yang terhebat ialah dia tidak menghilang di saat temannya memerlukan
dirinya. Itulah definasi persahabatan yang paling tepat!
“Memang saya boleh bersabar... Tapi saya bukannya malaikat
Dayah. Hati saya ni rapuh bila berulang kali dilambung badai!” Walaupun
Farafeesa kelihatan sangat tertekan, tapi yang Dr Hidayah kagum ialah, gadis
genit itu tidak menangis! Memang dia tidak meraung, tapi dia merungut.
Bila manusia itu mula merungut, bimbang dia hilang
kepercayaan pada ketentuan Ilahi. Sedangkan Allah sudah mempersiapkan
segalanya. Hanya menunggu masa dan waktu ketika itu muncul sahaja. Itu memang
janji Allah!
“Memang... memang awak bukan malaikat... Tapi awak kena
ingat Feesa, fungsi manusia dilahirkan di muka bumi ini ialah untuk menjadi
khalifah! Malaikat sendiri tidak boleh menjadi khalifah. Tetapi manusia boleh.
Dia boleh memberikan kebaikan kepada manusia yang lain! Kalau awak
mempersoalkan motif awak berada di dunia ini, maknanya awak tak menjalankan
tanggungjawab awak sebagai seorang khalifah di dunia pinjaman Allah ini. Jangan
berkira jika Allah menguji sebab dia tidak pernah berkira jika awak menghirup
oksigen ini. Kadang-kadang kita sendiri lupa pada diriNya tapi percayalah, Dia
tidak pernah melupakan kita Feesa... Malah perhatian Dia tidak pernah berkurang
untuk kita...”
Farafeesa tercengang sedikit. Rasa kesal mula terbit dan
menjalar di sekitar lubuk hati. Badannya disandarkan ke kerusi. Dia mula
beristigfar di dalam hati. Mengambil kata-kata nasihat daripada Dr Hidayah.
“Maaf sebab saya agak keterlaluan....” Kerana ujian ini,
dia mengeluh. Sedangkan Allah ingin mengirimkan dia pahala. Ganjaran di atas
segala kesabarannya menampung segala ujian dan rintangan daripadaNya. Tapi
hatinya mengeluh hingga mempersoalkan takdir Allah.
‘Ya Allah... Ampunkan dosaku... Aku lalai dalam melayan
karenah hati. Aku terikut pada nafsu yang sering kali mendambakan kebahagian.
Sedangkan dapat menghirup oksigen daripadaMu ini pun adalah satu anugerah yang
tidak berbelah bagi kepada setiap umat manusia. Aku terlupa untuk bersyukur..
Aku terlupa bahawa terlalu banyak limpah dan kurnia yang telah kau kirimkan
kepadaku. Hina sungguh aku di pandangan mataMu...’
Dr Hidayah meletakkan tangannya di bahu milik Farafeesa.
Apa yang dilalui oleh Farafeesa telah dilalui oleh semua pesakit. Rasa tewas
dengan kebahagian dunia. Rasa lelah dihimpit perasaan. Semua ini adalah perkara
biasa. Namun dia tidak mahu Farafeesa membiasakan dirinya dengan mengeluh. Banyak
lagi perkara yang boleh dilakukan selain daripada mengeluh.
Hidup ini memang memenatkan. Namun demikianlah hidup ini
diciptakan!
“Feesa...
Setiap yang berlaku, pasti akan ada hikmahnya. Walau secebis zarah pun perkara
yang berlaku di dunia ini, pasti akan ada kebaikannya yang tidak dapat dilihat
dek mata kasar. Sebagai contoh, kalau Allah tak mengirimkan penyakit pada
manusia, tak akan terciptalah kerjaya sebagai seorang doktor. Ialah, bukan ke
doktor ini diciptakan untuk merawat pesakit. Tapi dia hanya merawat, yang
menyembuhkan segala penyakit ialah Allah. Lagipun, sakit ni kan penyembuh dosa.
Dimana jika awak bersabar dengan segala ujian ini, awak akan memperoleh pahala
dengan mudah sahaja. Malah akan dipadamkan dosa-dosa kecil awak.
Cuba
fikir lagi, kalau awak tak ada penyakit ni, mesti sekarang kita tak mengenal
antara satu sama lain. Mungkin kita tak akan jadi serapat ini! Ini hikmah yang
kita nampak, yang kita tak nampak pun ada lagi. Cuba masih dalam simpanan
Allah.”
Dr
Hidayah memujuk seperti memujuk anak kecil. Nada suaranya penuh nada sabar
membuatkan Farafeesa mula berfikir dan membenarkan kata-kata Dr Hidayah yang
seratus peratus terkandung kebenaran.
“Dayah...
maaf ya... entahlah.. saya....” Dr Hidayah hanya tersenyum-senyum menyambut suara
Farafeesa yang agak tergagap itu.
“Biasalah
orang buat silap Feesa... Tak akan ada orang yang terkecuali.. Cuma jangan
membiasakan diri. Saya akan ada dibelakang awak.. untuk terus sokong dan rawat
awak Feesa.. Tapi semua ini tak akan menjadi kalau tuan punya badan sendiri tak
mahu berfikiran positif. Kita kenalah berusaha kemudian kena bertawakal dan
mengakhiri dengan rasa redha. Setiap perjalanan yang diatur itu adalah yang
terbaik buat kita.”
“Dayah,
awak sepatutnya jadi kauselor tau!” Mereka ketawa bersama.
“Saya
hanya jadi kauselor untuk awak sorang je Feesa... Tengok, beruntung betul awak
ni!” Dicubit sedikit pipi Farafeesa hingga membuatkan gadis itu menjerit kecil.
“Dah
boleh jadi rentung pun ada...” Tambah Farafeesa lagi kemudian mereka ketawa
bersama. Hidup ini terlalu singkat untuk dilewatkan dengan kesedihan.
“Angah!
Angah buat apa tu?” Sergahan daripada Iman itu membuatkan Farafeesa cepat-cepat
meletakkan kembali ubat di tempat asalnya.
“Angah
cuci habuk kat bawah lantai ni...” Adiknya mengecilkan sedikit matanya. Mungkin
dapat mengesan yang dirinyas sedang berbohong.
“Adik
nampak angah makan sesuatu...” Farafeesa menepuk dahi! Apa pula jawapan yang
harus diberikan kepada adiknya yang banyak mulut ini. Silap hari bulan, tak
pasal-pasal kantoi dengan ahli keluarga yang lain.
“Mana
ada....”
“Tipu...
adik nampak...” Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
Tangannya
diseluk ke dalam beg tangannya. Moga-moga gula-gula yang dibeli hari itu masih
ada di dalam simpanan. Fuh, nasib baik ada!
“Nah...
ambik gula-gula ni... Pergi main jauh-jauh...” Diberi gula-gula itu kepada
adiknya. Pantang jika melihat orang makan. Pasti hendak juga!
“Angah
tak sorok apa-apa bawah katil kan?” Duga Iman sambil tersengih-sengih. Sesungguhnya
Iman ini tersangatlah bijak berkata-kata. Mampu untuk menakutkan Farafeesa
sendiri.
“Tak
ada....” Berharap benar yang Iman akan cepat-cepat keluar dari bilik
peraduannya ini. Rasanya tadi, sudah dikunci pintu bilik ini. Bagaimana adiknya
itu boleh masuk? Aduh, susah kalau dapat adik yang aktif ini.
Apabila
adiknya itu keluar sahaja dari bilik, terus Farafeesa menguncikan pintu. Lantas
dia mendapatkan kotak yang berisi ubat-ubatan miliknya. Mula melebarkan
pandangan ke sekitar bilik. Mencari sasaran yang paling sesuai untuk menyimpan
segala jenis ubatan ini. Tersalah simpan, boleh mengundang beribu ancaman!
Farafeesa
mula berfikir. Menganalisa setiap tempat yang mudah dibolosi oleh ahli
keluarganya. Adoyai,, nak simpan dekat mana ubat ni?
p/s: mampukah Farafeesa terus menerus merahsiakan penyakitnya???
mampu la kot klo kna gaya..n klo lh sorokkan ubat yg dia mkn tuh tnpa pngtahuan org len..tp hrp la sgt feesa kantoi ngn ezrakil..hehe..bru da thrill ckit...hekhek
ReplyDeletechenta kat atas tu x bleh blah .. hahaha~ aku tengah sedih baca n kutuk-2 apela funguks nak smbunyikan pnyakit sndiri *act kalau aku sakit sikit pun dah heboh kt mak, apalagi skit berat .... aish.* ,smpatlak chenta jwb pertanyaan p.s sara ~ hahahaha. terus sengih..
ReplyDeletesemua manusia ada pilihan sendiri . aku faham kalau feesa smbunyikan pnyakit sbb kwn aku sorg ada yg cam gitu ..
setuju ngan chenta..harap2 kantoi dgn ezrakhil.haha..br pdan muka feesa.
ReplyDeletesy pn hope kantoi dgn Ezrakil... :)
ReplyDeletesupaya masih ada sinar bahagia untuk feesa... uhuk3... sedey...
setuju gak ngan chenta...biar ezrakil tau..
ReplyDeletetak mau dia rahsiakan..stop it feesha..dah smpai masa merasa bahagia pulak..jangan seksa diri n jangan seksa hati pembaca..haishh..hangen tol..meh sini ezrakil tu kalo tak mo..
ReplyDeleteyes.. sokong.. biar terkantoi...
ReplyDeletesalam SSG..
ReplyDeletehmmmm.... apasal la feesa ny nk rahsia...rahsia lak....nape la nk tanggung sendiri share la...biar x terbeban...haishhh....susah tul ckp yg org keras pala ny nk ikut dye jew yg btul....rahsia..rahsia ny kalao bocor lagi org marah apa lagi pasal yg feesa tanggung...sekarang kalo la ezrakail tahu habisss taufan melanda...haaa masa tue jawab sendiri feesa....ter..emo lak...haishh (penulis ny suka erkk dera kak fika)...haha nk.nk lagi....
Demi orang yang kita sayang, kita sanggup menipu untuk melihat dia sentiasa bahagia... walaupun sakit untuk terus menipu, pasti rahsia yang disimpan itu akan terlerai jua...
ReplyDeleteBiar kantoi dengan maknye... Suka sangat marah2... Haiya... Sangat pilih kasih lorhh
ReplyDeletesedih sgt2 baca bab ni...sampai menitis air mata..
ReplyDelete