Coklat adalah sangat manis jika dinikmati secara
perlahan-lahan seperti cinta yang dianugerahkan oleh Allah supaya kita dapat
menikmati kemanisannya dan menghargai pasangan kita dengan setulus hati.
Tetapi cinta juga akan mejadi tawar apabila hati sudah
berpaling dari setia pada yang satu. Seperti hilangnya kemanisan coklat akibat dikunyah dengan gigi sehingga
hilang kelazatannya.
Mulut suzie berhenti menguyah
coklat Cadbury kesukaannya. Hatinya tiba-tiba dilanda
kerisauan yang tidak diundang. ‘Adakah kasih dan cinta Nazmi padanya akan
beralih arah.’ Hatinya bermonolog sendirian. Sungguh, dia tidak sanggup
membayangkannya apatah lagi untuk menghadapinya.
“Hah!!!” Jerkah satu suara yang sangat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan kekasih
hati pengarang jantungnya. Suzie menghadiahkan satu jelingan tajam. Bengang
kerana diterjah secara tiba-tiba dan malu menghinggap diri kerana ditangkap
sedang berangan.
“Suka buat orang terkejut.” Ujar Suzie berpura-pura
marah. Nazmi terkekeh ketawa
melihat rajuk buah hatinya.
“Tulah, berangan sampai tak
ingat dunia.” Perli Nazmi latas mengambil tempat di sebelah Suzie.
“Siapa yang berangan?” Soal Suzie pura-pura tak tahu.
Dengan selamba dia menyambung kunyahan yang tergendala. ‘Macam manalah aku
boleh tak perasan yang mamat ni dah datang. Eee, malu jew kalau dia tahu yang aku tengah
ingatkan dia.’
“Tu hah, mak cik yang jual air
tu yang tengah berangan. Tengah ingatkan laki dia kowt.” Selamba sahaja Nazmi
membuat kesimpulan. Mukanya memang tangkap serius.
‘Aku masih tak sure sama ada
mamat ni betul-betul tengah serius atau tengah berlakon. Nampaknya, aku perlu
lebih peka dalam menilik wajahnya.’ Guman hati kecilnya.
“Dah puas dah tengok aku.
Asal, hari ni aku nampak lebih hensem ke?” Merah muka Suzie menahan rasa malu.
Mahu sahaja dia hilang secara tiba-tiba. ‘Macam manalah aku boleh leka sangat
tadi. Syok sangat tengok buah hati. Hehehe..’
“Alah, bukan luak pun.”
Balasnya tidak mahu kalah. Dia melarikan pandangan matanya dari memandang ke
arah Nazmi.
“Zie, kau nampak lebih manis
bila malu-malu macam ni.” Usik Nazmi lagi. Dia tidak suka kenakan buah hatinya
namun dengan cara beginilah mereka dapat bermanja. Tak kanlah nak serius dua
puluh empat jam.
“Kau ni suka kenakan aku kan.”
Bentak Suzie. Namun suaranya masih kedengaran manja di pendengaran Nazmi.
“Mana ada. Aku tak suka
kenakan kau sebab…” Kata-katanya terhenti. Dia mahu
melihat respon daripada Suzie.
“Sebab apa?” Cepat-cepat Suzie bertanya. Matanya tidak
lepas dari memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu.
“Sebab aku suka dan sayang
pada kau. Sebab yang simple dan relevan.” Jawapan yang
keluar dari mulut Nazmi membuatkan muka Suzie merona kemerahan. Hubungan mereka
sudah hampir menjangkau dua tahun, namun malunya masih menebal bila Nazmi
mengucapkan kata cinta.
“Kenapa kau senyap? Kau tak suka aku cakap macam tu? Kalau kau tak suka, aku janji tak buat
lagi.” Ujar Nazmi. Walaupun hubungan mereka adalah pasangan kekasih, mereka
tetap memilih untuk membahasakan diri ‘aku’ ‘kau’ sahaja. Rasa lebih selesa dan
lebih dekat antara satu sama lain.
“Ada aku cakap yang aku tak
suka?” Soal Suzie kembali. Dia tidak mahu jika Nazmi tersalah faham dengan
sikapnya. ‘Siapa yang tidak suka mendengar kata-kata manis dari buah hati
sendiri. Kalau boleh, nak dengar selalu tau. Tak payah cakap benda lain pun tak
pe. Hehehe Tapi nak buat macam mana, tahap malu aku ni tinggi sangatlah. Kau
pun kenalah faham. Aku tak ada pengalaman bab-bab cintan ni. Bukan macam kau.’
Bisik hati kecilnya.
“So, kau sukalah ni.” Sengaja
Nazmi ingin mengusir malu yang bertapak dalam diri Suzie.
“Suka sangat.” Jawab Suzie
sambil meleretkan nada suaranya. Ala-ala manja gitu. Nazmi tersenyum mesra. Dia
tahu Suzie tidak pernah bercinta sepertinya yang merupakan kaki perempuan. Dia
berasa sangat bersyukur mengenali perempuan bernama Suzielawati ini. Gadis
pertama yang dapat membuka mata hatinya tentang cinta.
“Hmm,
dah tahap kritikal penyakit kau ni. Tapi jangan risau, aku ada ubatnya.” Kali
ini Nazmi mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal.
“Ubat apa?” Tanya Suzie terpinga-pinga.
Tidak dapat menangkap kata-kata Nazmi.
“Kita
kahwin.” Senang sahaja lagaknya menutur kata. Tetapi hanya Allah yang tahu
beban debaran yang ditanggung. Sungguh, memang dulu dia mempunyai ramai teman
wanita. Namun tidak pernah sekalipun dia berniat untuk melamar secara serius.
Tercengang
Suzie mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Nazmi. Sunggguh dia terkejut
bercampur teruja. Yang pasti, dadanya kuat menahan getar.
“Kau tengah melamar aku ke?”
Nada suaranya sengaja dikawal. Dia takut kalau-kalau Nazmi hanya berniat untuk
mengusiknya.
“Kau ingat aku main-main ke?”
Soalan Suzie dibalas dengan soalan juga. Dia tahu, mesti Suzie fikir yang dia
sedang memainkannya.
“Kau ni tak romantik langsung.
Orang melamar biasanya ada cander light dinner, ada
muzik yang sentimental dan yang paling penting ada cincin. Macam tu barulah tanda sedang melamar.” Suzie
tergelak kecil. Sengaja dia ingin menguji Nazmi. Dia tidak kisah pun jika tidak
ada semua tu kerana yang penting ialah keikhlasan.
“Sayang, semua tu cara
lelaki yang playboy je. Kenapa,
kau tak percaya ke yang aku memang tengah melamar kau?” Soalan Nazmi hanya
dibalas dengan anggukkan dari Suzie.
Tiba-tiba
Nazmi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak baldu berwarna
merah. Dia menghulurkan kotak itu kepada Suzie. Suzie menyambutnya dengan
tangan yang mengeletar.
“Untuk aku?” Soalan yang
sangat bodoh untuk ditanya. Namun lidahnya seakan-akan kelu untuk menuturkan
kata. Matanya tidak lepas dari memandang sebentuk cincin yang berada di dalam
gengamannya.
“Kalau kau sudi.” Jawab Nazmi
mesra. Matanya tidak lepas dari memandang seraut wajah milik Suzie. Wajah
itulah yang sering membuatkan tidurnya terganggu. Dan kerana Suzie jugalah dia
dapat merasai nikmat cinta yang dulu hanya merupakan satu mimpi.
Suzie
menghulurkan kotak cincin itu kepada Nazmi. Dia tahu, perlakuannya akan
mengundang salah faham Nazmi. Dia menghadiahkan senyuman manis. Ternyata, Nazmi
terkejut melihat dia memulangkan semula cincin yang diberi.
“Kau tak sudi untuk jadi
isteri aku?” Cincin yang dihulur sengaja dibiar tidak bersambut. Dia tidak
sangka bahawa Suzie membuat keputusan untuk menolaknya. Sungguh, situasi begini
tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Ada aku cakap macam tu?” Sengaja dia ingin bermain tarik tali. Tangannya sudah lenguh
menghulurkan cincin yang masih belum disambut oleh Nazmi.
“Tolonglah jangan jawab soalan aku dengan soalan.” Tutur
kata Nazmi sudah tidak setenang tadi. Nadanya sedikit keras. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah Suzie. Hatinya
terkilan. Rupa-rupanya selama ini dia sekadar bertepuk sebelah tangan.
“Tolong ambil dulu cincin ni
dan aku akan jawab semua soalan kau.” Ujar Suzie sambil cuba menyembunyikan
senyuman. ‘Cuak jugak kau yerk.’ Desis hati kecilnya. Lambat-lambat Nazmi menyambut
kotak baldu berwarna merah itu.
“Kau bagilah cincin tu pada
mak kau.” Tutur Suzie sambil memandang sekilas ke arah Nazmi. Hatinya berdebar
untuk menyambung kata.
“Kenapa pulak aku nak bagi
cincin ni pada mama, aku bukan nak kahwin dengan mama tapi aku nak kahwin
dengan kau.” Entah mengapa tetapi dia betul-betul kecewa dengan tindak balas
Suzie. Baru tadi rasanya dia menganyam impian indah bersulamkan cintanya pada
Suzie. Namun impian itu terhenti dengan reaksi negatif dari Suzie.
Kata-kata yang terbit dari
Nazmi itu meletuskan tawa dari mulut Suzie. ‘Gelojoh jugak mamat ni. Selalunya
control macho je tapi bila tiba bab ni gelabah jugak kau yerk.’
“Zie, janganlah main-main. Aku
serius ni.” Dalam hatinya dia berharap yang Suzie sengaja memainkannya. Itu
adalah lebih baik dari terus terluka ditolak oleh orang yang amat dicintainya.
“Kau dah salah faham
sebenarnya. Aku tak pakai cincin tu sebab aku nak suruh kau bagi pada mak kau. Supaya mak kau dapat bagi cincin tu pada mak aku.” Ujar Suzie malu-malu sambil melarikan
pandangan ke arah lain.
Nazmi tercengang mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut buah hatinya. ‘Ya Allah, kenapalah aku fikir
yang bukan-bukan tadi. Buat malu je. Kalau tahu dek orang ni, sepuluh tahun
akan datang pun orang masih akan gelakkan aku.’
“Nakal yerk.” Suzie menyambut
kata-kata yang keluar dari mulut Nazmi dengan tersenyum senang. Dalam hati, dia
mengucapkan syukur di atas rahmat Allah ini.
“Tunggu apa lagi, jomlah kita
jumpa mama.” Nazmi sudah mula berdiri. Pandangan matanya dihalakan ke arah
Suzie yang nyata terkejut dengan reaksinya yang membuat keputusan secara
tiba-tiba.
“Tak kan sekarang?” Soalnya
sambil turut berdiri. Walaupun dia sudah biasa berjumpa dengan mama Nazmi namun
dia masih menyimpan rasa segan apatah lagi mama Nazmi hanya mengetahui bahawa
mereka sedang berkawan dan bukannya berkasih.
“Habis tu nak tunggu tahun
depan. Abang dah tak tahan ni.” Usik Nazmi sambil tergelak besar apabila
melihat air muka Suzie yang merona kemerahan.
“Eee, tak senonoh betullah.
Kalau pergi sekarang pun, bukannya boleh kahwin terus.” Balas Suzie
berpura-pura marah.
“Kalau nak kahwin terus kena
pergi pejabat kadilah. Hmm, bagus jugak cadangan tu kan.” Nazmi hanya mampu
menjerit apabila tangan Suzie mencubit lengannya.
“Itulah ubatnya untuk orang
yang gatal.” Marah Suzie sambil bercekak pinggang. Merah mukanya menahan malu.
Hatinya bertambah sakit apabila melihat Nazmi yang mengekek ketawa.
“Ish, garang betullah bakal
isteri abang ni. Ini yang membuatkan abang makin sayang
dan tak ta…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, cubitan Suzie sudah merayap
di sekitar badannya. ‘Aduh, bisanya macam ketam.’ Ngomel hatinya.
“Nak cakap lagi?” Tangan Suzie berhenti mencubit apabila mendengar suara Nazmi yang mengaduh
kesakitan.
“Lepas kahwin nanti abang tahu
lah macam mana nak buat kalau sayang cubit-cubit abang lagi..” Bagai mahu
tersembul mata Suzie mendengar ayat yang keluar dari mulut Nazmi.
“Okay, okay… aku surrender.”
Nazmi mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda beralah. ‘Hah, tahu takut.’ Suzie
tersenyum dalam hati.
“Kau betul-betul nak buat
tentang apa yang cakap tadi?” Soal Suzie kebimbangan. Takut juga kalau Nazmi
betul-betul mahu membawa dia berjumpa dengan mak cik.
“Maksud kau rancangan yang
bawa jumpa mama or tentang lepas kita kahwin kalau kau cubit aku lagi tu?” Soal
Nazmi masih ingin terus menyakat. Suzie menarik muka masam. Namun, hanya tuhan
yang tahu betapa bahagianya dia saat ini.
“Janganlah buat muka macam tu.
Karang aku tarik balik lamaran aku tadi. Hehehe..” Suzie mengigit bibir sambil
menahan rasa.
“Biar aku balik dulu bincang
dengan mama. Nanti baru kita tetapkan masa yang sesuai. Boleh kan sayang?” Ujar
Nazmi sambil memohon persetujuan dari Suzie.
Suzie hanya membalas dengan
anggukkan. Tidak berniat pula untuk membantah. Dia
berdoa dalam hati agar Allah permudahkan jalan bahagianya bersama seorang
lelaki yang bernama Nazmi.
***
Sudah seminggu dia
terputus hubungan dengan Nazmi. Telefon tidak berjawab, mesej tidak dibalas. Apabila dia menelefon pejabat Nazmi,
setiausahanya mengatakan yang Nazmi outstation. Masakan Nazmi Outstation tanpa
memberitahunya terlebih dahulu.
Telefon rumah juga tidak
diangkat. Ingin sekali dia menapakkan kaki di rumah mama Nazmi. Tapi dia
bimbang jika Puan Safiah memikirkan yang bukan-bukan. Dia sendiri masih belum
tahu sama ada Nazmi sudah memberitahu Puan Safiah tentang hubungan mereka atau
belum. Buntu kepala otaknya memikirkan tentang Nazmi. Sebelum ini, lelaki ini
tidak pernah berperangai sebegini.
Baru minggu lepas Nazmi
melamarnya. Adakah Nazmi tiba-tiba berubah fikiran dan mengambil keputusan
untuk memutuskan hubungan kami. Sedang asyik dia melayan perasaan, tiba-tiba
interkomnya berbunyi.
“Cik Suzie, ada seorang wanita
ingin berjumpa.” Lembut sahaja suara setiausahanya menampar gegendang telingannya.
Suzie memegang kepalanya. Dia tidak bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa di
waktu ini.
“Kan
saya dah cakap yang saya tak nak jumpa sesiapa hari ini.” Lesu sahaja suaranya.
Dia betul-betul rasa tidak bersemangat.
“Tapi,
Puan Safiah cakap dia perlu berjumpa dengan Cik Suzie kerana ada hal mustahak
yang perlu dibincangkan.” Hampir tersentap dia apabila mendengar nama mama
Nazmi.
“Suruh
dia masuk.” Arah Suzie. Tiba-tiba ada debaran yang
bertandang. Sekilas dia memandang ke arah cermin sambil membetulkan tudungnya.
‘Nak jumpa mak mertua, imej kenalah jaga babe.’ Ngomel hatinya
“Suzie apa khabar?” Itulah soalan pertama Puan Safiah
apabila dia melangkah ke dalam pejabat Suzie. “Baik mak cik.” Jawab Suzie ceria
sambil bersalaman dengan Puan Safiah. Mata Puan Safiah tidak berkelip memandang
Suzie.
Sejak pertama kali lagi, dia sudah
berkenan dengan Suzie. Akhlaknya seindah rupa yang dimiliki. Sangkanya, mereka
berdua hanya berkawan namun dia betul-betul terkejut apabila Nazmi menyatakan
hasratnya untuk mengahwini Suzie.
“Sebenarnya, mak cik datang ni ada hajat.
Maaflah sebab datang mengganggu.” Belum sempat lagi mereka duduk, Puan Safiah
sudah memulakan mukadimah.
“Menyusahkan
mak cik je. Lain kali, kalau ada apa-apa, mak cik boleh telefon je saya. Biar
saya datang ke rumah.” Tuturnya sambil tersenyum lembut. Namun, hatinya
tiba-tiba rasa berdebar. Melihat senyuman hambar milik Puan Safiah, dia dapat
agak ada sesuatu yang tidak kena.
“Suzie,
sudi tak kamu jadi menantu mak cik. Isteri kepada Naim.” Soalan Puan Safiah
bagai menyesak dada Suzie. Nasib baik dia sedang duduk, kalau tidak pasti dia
sudah terjelupuk di atas lantai.
“Apa yang mak cik cakap ni. Saya tak faham?” Ya.. Dia memang tidak
faham dengan situasi yang melanda dirinya sekarang. Kehilangan jejak Nazmi,
kedatangan Puan Safiah ke pejabatnya secara tiba-tiba dan tentang lamaran untuk
menjadi isteri Naim. Abang Nazmi sendiri.
“Naim sukakan
Suzie. Dah lama dia bagi tahu mak cik tentang perkara ni.” Ujar Puan Safiah.
Suzie terkedu. Dia betul-betul terkejut.
“Tapi, saya tak
sukakan Naim.” Jawabnya
spontan.
“Kamu
sukakan Nazmi?” Soal Puan Safiah secara tiba-tiba.
Nadanya sedikit keras. Tidak lagi selembut tadi.
“Nazmi tak beritahu
pada mak cik yang kami sudah merancang untuk berkahwin?” Soalan Puan safiah sengaja dibiar bergantung.
Sekarang, dia yang perlu mancari jawapan disetiap persoalan yang berada di
benaknya.
“Dia ada bagi tahu mak cik minggu lepas. Tapi mak cik tak setuju.”
Jawapan Puan Safiah seperti bisa yang menyengat hati.
“Tapi kenapa?” Soal
Suzie sedikit terkejut.
“Sebab dia tak layak untuk perempuan yang baik
seperti kamu. Orang yang layak bersama kamu ialah Naim.” Suzie terasa seperti
ingin pengsan mendengarnya.
“Orang yang mak cik
cakap tak layak tu ialah anak mak cik sendiri.” Suzie tidak faham. Otaknya
berpusing mencari jawapan.
“Dia bukan anak mak
cik. Dia adalah hasil kecurangan suami mak cik.”
“Apa maksud mak
cik?”
“Dia anak luar
nikah suami mak cik bersama perempuan lain. Demi maruah, kami merahsiakannya. Tak ada sesiapa
pun yang tahu menahu tentang hal ni. Malah, sampai sekarang Nazmi sendiri masih
belum tahu. Huh, dasar keturunan perampas. Dulu, ibunya yang rampas suami mak
cik, sekarang dia pulak yang nak rampas kamu dari Naim” Ujar Puan Safiah sambil
menahan marah.
“Mak cik, saya bersimpati dengan apa yang menimpa mak cik. Tapi
semua ni tak akan merubah rasa cinta saya pada dia.” Itulah kata hatinya.
Baginya, Nazmi sedikit pun tidak bersalah. Takdir yang menentukan semuanya.
Lagi pun tiada isu Nazmi merampasnya dari sesiapa.
“Mak cik tak
perlukan simpati kamu. Semua tu dah berlalu. Tapi mak cik perlukan simpati kamu
untuk Naim. Terimalah Naim dalam hidup kamu.” Pujuk Puan Safiah.
“Mak cik, cinta tak
memerlukan simpati. Sebab
rasa kasihan tu tidak dapat berubah menjadi kasih. Sejujurnya, saya tak boleh
terima Naim.”
“Rasa
cinta tu boleh timbul di kemudian hari. Tolonglah Zie, pertama kali mak cik
tengok Naim gembira. Mak cik tak mahu dia kecewa sebagaimana mak cik pernah
rasa dulu.” Bagai tersekat nafas Suzie apabila mendengar penerangan Puan Safiah
yang bersungguh-sungguh.
“Mak cik, saya tak
mampu nak sayang Naim. Sebab,
saya hanya sayang Nazmi sorang sahaja.” Dia tidak akan sesekali berpaling dari
setia pada Nazmi. Dia tidak peduli tentang asal usul Nazmi kerana yang penting
ialah masa depan.
Puan
Safiah bengang apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Suzie. “Suzie,
mak cik bagi kamu dua pilihan. Pertama, terima Naim dalam hidup kamu dan yang
kedua terima Nazmi tanpa restu mak cik beserta akibatnya.”
“Apa akibatnya?” Soalnya
meminta kepastian
“Nazmi akan tahu
tentang asal usulnya dan dia tidak akan mewarisi satu sen pun.” Jawab Puan
Safiah lantas bangun meninggalkan Suzie yang nyata terkejut.
‘Ya Allah, apa yang harus aku buat ni? Adakah
cinta ini Allah tiupkan dalam bentuk ujian untuk menguji tahap keimananku agar
aku lebih dekat pada-NYA dan adakah sebenarnya cinta aku ini berada di dalam
reda Allah?’
***
Suzie tahu bahawa
rasa gelisah dan derita yang menghuni hatinya adalah rasa kasih dari Allah agar
dia lebih mengingati-NYA lebih dari segala sesuatu yang ada di dunia ini. Namun
sebelum dia menyerahkannya kepada Yang Maha Berkuasa, dia perlu berusaha
sehabis mungkin untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dirinya.
Sekarang dia sudah menjejakkan kaki di
syarikat tempat Nazmi bekerja. Dia perlu bersemuka dengan Nazmi untuk
mendapatkan kata putus mengenai hubungan mereka. Walau apa sekalipun keputusan
Nazmi, dia akan terima dengan hati yang ikhlas. Bukankah keikhlasan itu jalan
mendapatkan ketenangan hidup.
“Cik
Suzie, Encik Nazmi tak ada di pejabat.” Terang setiausahanya ketika Suzie ingin
membuka pintu bilik milik Nazmi. Kekerapannya datang ke pejabat Nazmi
membuatkan setiausaha Nazmi mengenalinya.
“Saya
cuma mahukan kata putus dari dia.” Ucap Suzie dengan nada yang tenang.
Sesungguhnya, dia telah siapkan diri dengan segala kemungkinan.
“Tapi,
er..” Kegagapan wanita itu telah memberikan jawapan pada Suzie. Kelihatan wanita itu mengelabah.
“Tak pe lah. Saya
tak nak susahkan awak. Tapi saya minta awak tolong sampaikan pesanan pada dia.
Cakap pada dia yang masalah tak akan lari walau selaju mana dia cuba lari dari
masalah.” Lirih sahaja suaranya.
Namun takdir menyebelahinya kali ini. Baru
sahaja dia ingin melangkah pergi namun tiba-tiba dia mendengar suara yang amat
dia kenali.
“Jue, awak tolong…” Mulutnya membeku saat pandangan matanya jatuh
pada seraut wajah yang amat dirindui. Seketika, mereka saling bertatapan.
“I need to talk
with you. Itu pun kalau kau
tak sibuk.” Berhati-hati dia menyusun ayat. Kalau boleh, dia mahu menyelesaikan
masalah ini dengan secepat yang mungkin.
“Kita cakap kat luar je.” Putus Nazmi. Dia
perasan bahawa ada banyak mata yang memandang ke arah mereka.
Suzie
mengekor Nazmi dari arah belakang. Tiada lagi, langkah mereka yang seiringan.
‘Ya Allah, walau apa pun takdir yang telah kau titipkan buatku, aku terima tapi
aku mohon agar Kau permudahkan semuanya.’ Itulah harapannya sekarang.
***
“Kenapa
kau jauhkan diri dari aku?” Suzie memulakan bicara apabila dia melihat tiada
tanda-tanda Nazmi ingin bersuara.
“Mesti
mama dah bagi tahu pada kau kan?” Jawab
Nazmi ringkas.
“Tolong
jangan jawab soalan aku dengan soalan.” Bidas Suzie sambil memulangkan paku
buah keras.
“Kenapa
pulak aku perlu bagi kau jawapan sedangkan kau dah ada semua jawapan pada semua
persoalan tu.” Tiada lagi suara usikkan. Tiada lagi nada yang mesra. Yang ada
hanyalah kedinginan.
“Kalau
aku ada jawapan tu, aku tak akan cari kau.” Suzie hanya memerhatikan Nazmi yang
melonggarkan sedikit tali lehernya yang kemas sebentar tadi.
“Kau
dah pun tahu yang ibu tak merestui hubungan kita. Jawapan apa lagi yang kau
cari.” Sesak sungguh dadanya melemparkan kata yang bukan datang dari hatinya.
“Jawapan
dari kau. Jawapan kau yang aku nak. Bukan jawapan orang lain.”
Kusut
betul kepalanya memikirkan tentang soalan Suzie. ‘Kalau kau minta jawapan aku,
mestilah aku memilih untuk bersama kau. Namun hakikatnya tidak semudah itu.
Asal usul aku kotor. Aku tak sanggup cemarkan keturunan kau yang suci itu.’
Sungguh, kebenaran itu memang
pahit. Berhari-hari dia cuba mencari kekuatan diri yang hampir hilang setelah
mengetahui bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah kotor. Dia
sendiri hampir tidak boleh menerima hakikat bahawa dia lahir hasil daripada hubungan
yang haram.
‘Macam
mana aku nak terang pada kau Zie. Aku takut untuk menghadapi penerimaan kau
nanti.’ Lagipula, kata-kata mamanya masih terngiang-ngiang di telinganya.
***
“Walaupun kamu bukan anak mama tapi mama tak
pernah benci kamu. Walaupun sebenarnya bila mama melihat kamu, ibaratnya mama
melihat bukti kecurangan suami mama sendiri. Tapi mama tetap memilih untuk
menjaga kamu setelah kematian ibu kamu. Mama memilih untuk merahsiakan semua
ini daripada pandangan umum agar mama dapat menjaga aib suami mama sendiri.
Mama
mengorbankan perasaan mama sendiri. Dan kalau kamu berniat untuk membalas jasa
mama, janganlah kahwin dengan Suzie kerana Naim telah lama menyintai Suzie.
Benarkanlah anak mama bahagia bersama wanita kesayangannya. Mama mohon Mie…”
tersentuh hatinya melihat air mata yang mengalir di pipi wanita yang amat dia
sanjungi.
“Mama,
kalau inilah caranya untuk membalas semua jasa-jasa mama, Mie sanggup korbankan
cinta Mie. Tapi Mie mohon pada mama untuk pergi dari sini. Halalkan semua makan
minum dan kasih sayang yang telah mama curahkan pada Mie. Mie tak akan lupa
sampai bila-bila.” Dengan langkah longlai dia keluar dari rumah yang banyak
memberikan kenangan padanya.
***
Itulah
janji-janjinya pada mama. Dan
dia tidak akan sesekali berpatah arah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Memohon
kepada Allah agar menitipkan sedikit kekuatan untuk menghadapi ujian-Nya ini.
“Zie,
kau tahu kan betapa pentingnya restu orang tua dalam sebuah perhubungan apatah
lagi sebuah perkahwinan. Dan kita juga pernah berjanji bahawa hubungan ini
tidak akan diteruskan jika tidak mendapat restu dari keluarga kita. Allah
menguji kita melalui setiap ungkapan yang pernah kita tuturkan. Inilah harga yang terpaksa kita bayar.”
Menitis air mata
Suzie yang selama ini masih tersimpan kemas. Suara Nazmi yang tenang itu bagai
meragut semua kekuatan yang telah disimpan selama ini.
“Tapi boleh aku
tanya kenapa?” Sengaja soalan
itu ditujukan kepada Nazmi. Dia ingin tahu kalau-kalau Nazmi mengetahui tentang
niat Naim yang ingin memperisterikannya.
“Kerana
ada seseorang yang lebih berhak mencintai kau melebihi cinta aku pada kau.”
Jawab Nazmi tanpa sedikit pun memandang ke arah Suzie.
“Aku
boleh terima jika alasan kau melepaskan aku pergi kerana kasih yang tinggi
untuk seorang ibu. Tapi aku tak dapat terima kalau kau lepaskan aku kerana kau
tahu bahawa ada orang lain yang menyintai aku.” Suzie dapat mengagak bahawa
Nazmi tahu tentang perasaan Naim padanya.
“Mungkin
cinta Naim lebih baik untuk kau.” Terus terang dia melemparkan bicara.
“Rapuhnya
cinta kau. Kau langsung tak cuba untuk menegakkan cinta kita.” Tuduhan Suzie
itu seperti menggigit telingannya.
“Ya.
Memang cinta kita rapuh. Cinta aku pada kau serapuh cinta aku pada
wanita-wanita yang pernah aku kenal. Lagi pun, kau lupa ke yang aku dulu adalah
seorang playboy dan kau bukan cinta pertama aku” Pengakuan itu seperti menikam
dadanya sendiri. ‘Maafkan aku Zie.’
“Nazmi,
kalau kau rasa yang kata-kata kau tu akan membuatkan aku benci pada kau, kau
silap sebab kata-kata tu lebih akan menyakitkan
diri kau sendiri. Jangan kau ingat aku akan percaya pada lidah yang
tidak bertulang itu.
Aku terima kalau hubungan kita
berhenti sampai disini. Tapi aku nak kau tahu bahawa aku bangga menyintai
lelaki seperti kau. Dan aku pasti yang mama turut berbangga mempunyai anak
seperti kau. Terima kasih untuk segala kebahagiaan yang kau pernah hadiahkan
pada aku. Dan moga kau bahagia walau bukan aku yang bahagiakan kau.” Tuturnya
panjang lebar. Jarinya menyapu air mata yang jatuh di pipi.
“Suzie,
Naim pun tak ada kurangnya.” Hatinya perit
melepaskannya pergi namun dia tidak mempunyai pilihan.
“Mungkin. Tapi hati
aku dah tak ada ruang buat dia. Kalau aku tidak bersama dengan kau, tidak
bermakna aku akan pergi pada dia. Aku harap kau hormat keputusan aku.” Kali ini dia tidak menunggu lama. Terasa kakinya ringan untuk
melangkah pergi.
‘Mie,
aku pergi bukan kerana mengalah pada takdir tapi aku pergi untuk terus
melindungi maruah kau. Kerana aku tak sanggup untuk membiarkan kau tahu hakikat
yang sebenar. Walaupun kau kehilangan kekasih, sekurang-kurangnya, kau masih
mempunyai seorang mama. Kalau boleh, biarlah rahsia ini akan terus menjadi
rahsia antara aku dan mama kau.’
‘Zie,
cinta aku tak serapuh yang kau sangkakan. Tapi aku takut kalau-kalau darah
kotor yang mengalir dalam badan aku ni akan merosakkan hubungan cinta kita. Aku
tak nak kau memandang serong kepada ibu yang telah melahirkan aku. Dan walaupun
mama bukan ibu kandungku, aku akan cuba bahagiakan hatinya walaupun terpaksa
mengorbankan hatiku sendiri. Aku tahu kau kuat Zie. Dan aku juga tahu yang kau
akan bahagia walau tanpa aku..’
***
“Mama awak dah
menyampaikan hajat awak pada saya.” Ujar Suzie memulakan intro. Memang sengaja dia merancang untuk berjumpa
dengan Naim. Dia ingin menyelesaikan semua masalah sebelum dia pergi.
“Jadi
awak dah ada keputusannya?” Soal Naim. Suzie memandang sekilas ke arah Naim
yang berada di hadapannya. Tiada bezanya antara Naim dan Nazmi. Kedua-duanya
mempunyai rupa paras yang kacak dan budi bahasa yang santun. Namun hatinya sudah tidak ada ruang buat Naim.
“Maafkan saya. Saya
tak dapat menerima lamaran dari awak.” Itulah jawapannya. Dia sudah menimbang
baik-buruk keputusannya.
“Boleh saya tahu
kenapa? Awak dah ada orang lain?” Daripada soalan Naim itu, Suzie sudah dapat
mengagak bahawa mak cik tidak menceritakan kisah cintanya bersama Nazmi kepada
Naim. Mungkin dia takut kalau-kalau Naim akan kecewa.
“Awak tak perlulah
bertanya dan saya tak perlu berbohong.” Suzie tahu bahawa kata-katanya sedikit sebanyak mengelirukan Naim.
“Maksud
awak, kalau saya bertanya mungkin awak akan berbohong?” Soal Naim
“Mungkin.”
Ya. Segala kemungkinan itu mungkin akan berlaku.
“Sebab tu saya suka pada awak. Awak lain dari yang lain.” Naim
melahirkan rasa hati.
“Kalau awak jumpa
saya dulu, agaknya awak akan cintakan saya tak?” Soalan Naim membuatkan Suzie
tersenyum manis. Daripada kata-kata Suzie tadi, dia tahu bahawa hati gadis itu
sudah dimiliki.
“Perkataan kalau itu sendiri seperti ingin
menyalahkan takdir. Awak kena tahu sesuatu tentang cinta.
Ianya bukan hanya sekadar ungkapan I Love You. Ia tentang pengorbanan untuk
orang yang kita sayang. Menyintai tetapi bukan bererti memiliki. Membenarkan
dia bahagia walau tanpa kita di sisi.” Suzie bagaikan di awangan melayan rasa
hati.
“Adakah cinta awak
tak kesampaian Zie? Kalau ya, izinkanlah saya menghiasinya dengan cinta saya..”
Rayu Naim.
“Cinta saya tak ada
kaki untuk sampai ke mana-mana kerana ianya terletak kemas di hati. Sesuatu
yang dapat saya rasa walau tanpa dipegang. Sesuatu yang kita dapat rasa walau
kita tak dapat melihatnya. Terima kasih kerana menyintai diri saya namun
maafkan saya kerana saya terpaksa menolaknya.” Seraya Suzie bangun lantas meninggalkan Naim yang
sedang berfikir jauh. Naim tidak pula menunjukkan reaksi kecewa.
Sebenarnya,
dia masih ada satu soalan untuk Suzie. Dia ingin bertanya tentang keakraban
hubungan antaranya dan Nazmi. Masakan hubungan yang telah lama itu tidak
terselit rasa cinta.
Tapi
dia akan mencari jawapannya melalui mama. Mesti mama tahu apa yang dia tak
tahu. Lagi pun, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena sahaja bila dia
mendapat tahu bahawa Nazmi meninggalkan rumah secara tiba-tiba dengan
menggunakan alasan untuk menyambung pengajian dan pada masa yang sama
lamarannya ditolak oleh Suzie. Lagak mereka berdua ini seperti orang yang
sedang kecewa sahaja.
***
Puan Safiah tidak pernah melihat Naim
berperangai seperti ini. Inilah kali pertama dia melihat Naim mengamuk besar.
Kecil hatinya bila dia mendengar Naim menyalahkannya kerana tidak merestui
cinta Nazmi dan Suzie. Padahal dia melakukan semuanya demi Naim.
“Sampai
hati mama rahsiakan semua ni dari Im. Kenapa mama tak
beritahu yang Nazmi dan Suzie saling mencintai antara satu sama lain. Sampai
hati mama lukakan perasaan anak mama sendiri.” Bentak Naim. Kalaulah dia tidak
masuk ke bilik Nazmi dan melihat photo mereka berdua yang tertulis selamanya
cinta, sampai bila-bila pun dia tidak akan mengetahui tentang hal ini.
“Jadi, Mie pergi
dari rumah kita bukan sebab dia mahu sambung belajar tapi sebab dia tak sanggup
nak tengok cintanya jadi kakak iparnya. Im tak sangka mama sangggup buat semua
ni. Apa salah dia orang mama?” Rupa-rupanya inilah jawapan kepada semua
persoalan yang sering bermain di benaknya.
“Mama cuma nak satukan Im dan Suzie.”
Jawab Puan Safiah.
“Tapi
mama dah lukakan hati semua pihak.”Lirih sahaja nada suara Naim. Dia mengaku
yang dia jatuh cinta pandang pertama pada Suzie sejak Nazmi membawanya
bertandang ke rumah ketika hari raya yang lalu. Namun, cintanya yang bertepuk
sebelah tangan ini telah merosakkan sebuah ikatan cinta antara Suzie dan Nazmi.
“Maafkan
mama Im.” Sejak Nazmi pergi dari rumah ini, Puan Safiah sudah merasakan
kelainannya. Kehilangan seorang anak yang baik, yang selalu menemaninya berbual,
yang sering membantunya di dapur. Dia cuba menanamkan dendam pada Nazmi namun
sikap Nazmi sering melenturkan
segalanya.
Puan Safiah bukan tidak sayangkan Nazmi namun
rasa sayang yang sangat tebal buat Naim membuatkan dia tidak dapat berfikir
dengan baik. Dia tidak mahu Naim kecewa sepertinya tetapi secara tidak
langsung, dia sendiri yang mengecewakan Naim.
“Im
tahu mama buat semua ni sebab mama sayangkan Im. Walaupun Mie tu bukan anak
kandung mama, tapi Im tahu yang mama sayangkan dia. Mama bukan seorang yang
pandai berdendam sebab rasa kasih seorang ibu itu mengatasi segalanya. Kita
yang keruhkan keadaan, dan kita jugalah yang kena jernihkan.” Puan Safiah
mengangguk setuju dengan kata-kata Naim.
Namun
semuanya telah terlambat. Nazmi telah membawa diri bersama cinta yang tak
kesampaian manakala Suzie telah meletakkan jawatannya dan berpindah ke tempat
yang tiada siapa pun yang tahu. Rasa serba salah yang bermumkim dalam diri Puan
Safiah tidak dapat membayar harga cinta yang telah hilang. Biarlah takdir yang
menentukan segalanya.
***
Selepas 3 tahun……
Pertemuan
menghadiahkan kita kasih sayang. Namun takdir itu bukan milik kita. Bertemu
tidak jemu. Berpisah pasti akan mengundang gelisah. Kerana antara kita yang
terpisah,yang bercantum hanyalah kenangan.
Sesungguhnya,
kenangan itulah yang menjadi nadi untuknya hidup. Walaupun setelah berpisah,
dia tidak pernah merasa bahawa hidupnya sudah tidak bermakna walau tanpa
kekasih yang dicintai kerana rasa cinta itulah yang membuatkan hidupnya
bahagia.
Cinta kita bukan kerana paras rupa. Cinta kita bukan kerana kekayaan
yang dimiliki. Cinta kita bukan kerana lamanya masa dalam sebuah perhubungan.
Cinta kita tanpa suara. Cinta kita tanpa tatapan mesra kerana penghubung kita
hanyalah Allah. Melalui doa yang kita titipkan.
“Suzie.” Pangggilan
ibunya membuatkan lamunannya terhenti. Dia menghadiahkan senyuman manis buat ibunya.
“Termenung
lagi.” Tegur Puan Aminah.
“Tak
adalah. Cuma berfikir.” Jawab Suzie tenang. Sifat tenang ini dicuri dari Nazmi.
Mengenangkan Nazmi, hatinya tersenyum kecil. ‘Moga kau bahagia walau di mana
kau berada.’
“Zie
tengah fikir tentang pinangan Hajah Zaiton tu ke?” Soal
Puan Aminah meminta kepastian.
“Zie rasa Zie tak
payah fikir sebab ibu sendiri pun dah ada jawapannya kan. Jawapan Zie sama
macam yang dulu-dulu.” Dia tahu ibunya kecewa namun dia masih belum berupaya
untuk menerima.
“Sampai bila Zie nak menolak. Umur Zie tu
pun bukan makin muda.” Nasihat Puan Aminah.
“Bagi
Zie masa bu.” Dia masih perlukan masa untuk berfikir.
“Ibu
bukan tak nak bagi Zie masa tapi Zie dah bazirkan banyak masa. Sampai bila Zie
nak macam ni. Lukakan perasaan orang yang masuk meminang, lukakan hati ibu, dan
lukakan hati Zie sendiri.” Rungut Puan Aminah.
“Zie
minta maaf kalau Zie lukakan hati ibu. Tentang hati Zie, pandai-pandailah Zie
tanggung bu.” Hatinya merintih pedih. Dia sedih kerana terpaksa lukakan hati
ibunya kerana terlampau menurut kata hati. Namun, apalah dayanya.
“Sebelum
ibu menutup mata, ibu teringin nak tengok kamu berkahwin. Sekurang-kurangnya,
ibu tahu ada orang boleh jaga kamu.” Suzie tidak suka apabila ibunya
membicarakan tentang mati.
“Ibu,
Zie boleh jaga diri sendiri. Ibu jangan risau tentang Zie.” Tuturnya sambil
memeluk mesra ibunya. Dia mencium kedua belah pipi ibunya yang tercinta.
“Zie,
Allah pasti beri ganti pada sesuatu yang kita hilang. Dengan syarat jika kita
merelakan benda yang hilang itu pergi dari hidup kita. Macam mana Zie nak capai
barang baru kalu Zie masih lagi mengengam barang lama.” Menitis kedua air
matanya mendengar nasihat ibunya.
Walau
dewasa mana sekalipun seorang anak, mereka masih lagi memerlukan ibu bapa
sebagai pembimbing dalam membuat sesuatu keputusan. Puan Aminah tahu tentang
derita yang ditanggung oleh anaknya. Ketetapan ilahi telah ditentukan. Sebagai
hamba yang beriman, kita perlu reda.
***
‘Kerana
terlukanya hatiku yang satu ini telah membawa kelukakan di hati ibu. Aku selalu
ingin menjadi kekasih yang baik sehingga aku terlupa untuk menjadi anak yang
baik. ‘Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku yang telah
memeliharaku sejak kecil.’
Dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan urusan perkahwinannya
kepada Puan Aminah. Mungkin sudah tiba masanya dia berlajar untuk mencintai
lelaki lain. Dia reda walau siapa pun jodohnya nanti.
Suzie menebarkan pandangan matanya di sekitar taman.
Melihat kanak-kanak yang bermain dengan riang tanpa perlu memikirkan sebarang
masalah. Bibirnya menguntum senyuman manis.
Matanya tertumpu
pada seorang budak perempuan dalam lingkungan 2 tahun yang terjatuh.
Cepat-cepat dia melangkah menghampiri kanak-kanak perempuan yang sangat comel
itu. Suzie membantu membuangkan pasir yang terlekat di baju budak itu.
“Siannya dia
jatuh.” Ujar Suzie dalam nada pelat yang sengaja dibuat-buat. Mata kanak-kanak
itu terpacak pada gula-gulanya yang terjatuh tadi. Kelihatannya budak perempuan
itu ingin mengambil semula gula-gulanya yang sudah jatuh.
“Ish, jangan ambil.
Dah kotor.” Larang Suzie sambil mengeluarkan Coklat Cadbury dari tas tangannya
lantas diberikan kepada kanak-kanak perempuan itu.
“Time kacih.” Ujar
budak perempuan itu dengan nada pelat. “Nama ape?” Tanya suzie sambil tangannya
ligat membukakan coklat untuk budak perempuan itu.
“Cuzi.” Jawab budak
perempuan yang comel itu.
“Eee, nama kita
samalah.” Ujar Suzie riang. Asyik benar dia menatap wajah budak perempuan yang
comel itu.
“Kat sini rupanya kamu. Maaflah kalau Suzie
kecik ni menyusahkan cik.” Ujar
satu suara dari arah belakang.
“Tak
apa. Perkara kecil je.” Tutur Suzie sambil berpaling. Bagai tersentap
jantungnya. Setelah tiga tahun berlalu. Kenapa tiba-tiba dia perlu berjumpa
dengan lelaki ini. Nyata, bukan dia sahaja yang terkejut. Bahkan, lelaki itu
turut memandangnya bagai hendak terkeluar biji mata. Seketika, kami saling
bertatapan melempiaskan rindu yang mengamit.
“Papa..”
Panggilan dari Suzie kecik mematikan lamunan Suzie. Bermakna, budak perempuan
ini anak Nazmi.
“Kau
apa khabar?” Soal Nazmi. Tiba-tiba lidahnya jadi kelu untuk memulakan bicara.
Sungguh, dia terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga ini. Setelah sekian
lama, mereka bertemu semula di taman yang menjadi saksi ketika dia melamar
Suzie.
“Baik.
Kau?” Jawabnya agak gugup. Hanya tuhan yang tahu debaran hatinya.
Belum
sempat Nazmi menjawab, dia terpaksa mengejar anaknya yang tiba-tiba berlari
pergi. Suzie tidak menunggu lama untuk melangkah pergi. Dia takut untuk
bertembung mata dengan isteri Nazmi.
Airmatanya mencurah membasahi pipi. Dia sudah tidak peduli tentang
pandangan orang. Selama ini, hanya dia sahaja yang masih membajai cinta mereka.
Hanya dia yang masih setia mengharungi cinta mereka. Sedangkan Nazmi dengan
teganya meletakkan namanya pada anak perempuannya yang dipanggil suzie kecik.
“Suzie tunggu.” Sedikit pun Suzie tidak
berpaling pada si pemanggil.
“Suzie
besar, tunggu aku.” Laung Nazmi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Namun Suzie
tetap tidak menghiraukannya. Nazmi berlari dengan lebih laju lantas menarik
pergelangan lengan Suzie sehingga badannya terdorong ingin memeluk Nazmi. Hampir-hampir
sahaja mereka terpeluk antara satu sama lain.
“Kenapa
kau menangis?” Soal Nazmi apabila melihat sisa airmata yang masih ada di tubir
mata Suzie.
“Suka
hati akulah.” Jawab Suzie agak kasar. Dalam hatinya memarahi Nazmi kerana
bertanyakan soalan bodoh. Lantas dia berpaling untuk melangkah pergi.
“Jangan
lari lagi Zie. Aku dah tak larat nak kejar.” Ujar Nazmi. Nafasnya sedikit tidak
teratur. Tadi dia mengejar Suzie kecik, selepas tu dia kena kerja Suzie besar
pulak. Agaknya orang yang nama Suzie ni memang suka berlari gamaknya.
“Aku
tak suruh pun kau kejar.” Perli Suzie.
“Maksud
aku, bukan berlari tapi jangan lari dari pandangan mata aku lagi Zie. Aku tak
nak kau hilang lagi.” Pengakuan dari Nazmi menyesakkan penafasan Suzie.
“Apa
yang kau mengarut ni?” Sungguh, dia tidak faham dengan apa yang telah
dituturkan oleh Nazmi.
“Puas
aku cari kau. Aku pergi office kau, dia orang cakap kau dah berhenti. Aku pergi
rumah kau, tapi kau dah pindah. Sampai macam tu sekali kau nak lari dari aku
Zie.” Terang Nazmi.
“Buat
apa kau cari aku lagi. Aku dah lama terima hakikat bahawa hubungan kita dah
berakhir.” Rintih Suzie pilu.
“Siapa
kata ia dah berakhir. Hubungan kita tak pernah berakhir dan hanya akan berakhir
dengan kematian sahaja.” Jelas Nazmi bersungguh-sungguh.
“Habis
tu, kau sanggup putuskan hubungan kau dengan isteri kau. Sejak bila kau berubah
menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab.” Pintas Suzie. Dia tak akan
sesekali melukakan perasaan kaum sejenisnya.
“Bila
pulak aku ada isteri?” Soal Nazmi terpinga-pinga.
“Bukan
Suzie kecik tu anak kau?”
“A’ah.
Tapi bukan anak kandung tapi anak saudara.” Nazmi masih setia menjawab soalan
Suzie.
“Anak
saudara. Maksud kau anak Naim.” Fikirannya masih lagi terbatas. Setahunya,
Nazmi tidak mempunyai adik beradik yang lain.
“Yalah,
anak siapa lagi.” Namun jawapan Nazmi masih lagi belum mengundang rasa puas
hati Suzie. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu tentang Suzie kecik.
“Kau
tipu aku kan. Kalau Suzie kecik tu anak
saudara kau, kenapa dia panggil kau papa tadi.” Soalannya membuatkan Nazmi tergelak
besar.
“Suzie
tu, dengan semua orang lelaki dia nak panggil papa.” Jelas
Nazmi tersenyum ceria sambil melabuhkan pandangan matanya ke arah gadis yang
amat dicintainya. Suzie jadi
malu sendiri setelah mendengar penjelasan Nazmi.
“Jadi
sebab tu kau menangis yerk. Kau ingat yang kau dah kehilangan aku.” Serkap
Nazmi apabila dia melihat Suzie yang hanya mendiamkan diri.
“Mana ada. Mata aku masuk pasir lah.” Bohong Suzie tidak mahu mengaku.
“Zie,
Im dah terangkan semuanya pada aku yang kau dah tahu tentang asal usul aku.”
Kali ini, Nazmi seolah-olah kelihatan tidak bersemangat seperti tadi namun
Suzie pula kelihatan terkejut.
“Kau
dah tahu?” Soal Suzie momohon kepastian.
“Dah
lama aku tahu tentang asal usul aku yang kotor. Sebab
tu aku tak mampu nak lawan cakap mama. Aku masih ingat jasa dia membesarkan aku.
Jadi sebagai seorang anak yang dipungut, inilah satu-satunya cara untuk
membalas jasa mama aku.
Lagipun, aku tak
nak darah kotor aku ni merosakkan cinta suci kita. Sebab itu aku berniat untuk
merahsiakannya. Tapi rupa-rupanya kau pun dah tahu dan memilih untuk memelihara
maruah aku. Aku bangga sangat dengan kau Zie.” Luahan hati Nazmi itu sudah
tidak mampu untuk menampung air mata Suzie. Lantas, dia membenarkan ia jatuh.
“Zie, sudi tak kau
jadi ibu kepada anak-anak aku?” Bisik Nazmi romantik.
“Kau
tengah melamar aku ke?” Sempat lagi dia bertanya soalah
bodoh. Tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi.
“Kalau kau sudi.”
Ujar Nazmi sambil mengeluarkan cincin dari poket seluarnya. Cincin itu sengaja
dibawa kemana-mana sahaja. Kerana bila dia berjumpa atau terserempak dengan
Suzie, dia akan terus melamar gadis itu. Dan hari ini, doanya dimakbulkan
Alllah.
“Tapi kali ni, aku
nak kau pakai terus cincin ni. Tak payah nak bagi kat mama.” Arah Nazmi apabila
dia melihat Suzie masih belum menyarungkan cincin yang diberinya.
“Mama kau macam mana?” Persoalan itulah
yang sedang melanda fikirannya. Dia tidak akan sesekali berkahwin tanpa restu
dari Puan Safiah.
“Mama
dah tak sabar nak tunggu kau jadi menantu dia. Mama tak bagi kita kahwin dulu
sebab mama nak satukan kau dengan Naim. Tapi sekarang, Naim pun dah kahwin.
Nama Suzie kecik tu pun mama yang letak. Mama cakap biar Suzie kecik jadi
perempuan yang baik macam nama pemilik asalnya.” Pujian Nazmi membuatkan muka
Suzie merona kemerahan.
“Kau
tak kisah kan tentang asal usul aku yang kotor?” Suzie terkejut mendengar
soalan yang keluar dari mulut Nazmi.
“Siapa
aku untuk mempertikaikan takdir yang telah berlaku dan aku harap kau tak akan
sebut lagi tentang perkara ni.” Jawapan yang keluar dari mulut Suzie itu amat
melegakan Nazmi.
“Jadi,
kau sudi untuk menjadi ibu kepada anak-anak aku?” Soal
Nazmi sekali lagi meminta kepastian.
“Jadi ibu pada anak-anak kau jew. Isteri
tak payah ke? Kalau macam tu, baik kau cari pengasuh.” Bentak Suzie tidak
berpuas hati.
“Mestilah
kena jadi isteri dulu baru jadi ibu. Kalau tak, mana datangnya anak tu sayang
hoi.”Jawab Nazmi seiring dengan ketawa besar. Suzie menjeling tajam. ‘Tak
senonoh.’
“Kenapa
tak pakai lagi cincin tu?” Soal Nazmi kehairanan.
“Lah, kena pakai ke?” Soal Suzie pura-pura tak tahu.
“Kalau kau tak nak pakai sendiri, biar aku
yang pakaikan.” Nazmi sudah berura-ura mahu memegang tangan Suzie namun sempat
dielak oleh Suzie.
“Okey,
okey. Aku pakai sekarang.” Cepat-cepat dia menyarungkan cincin di jari manis
miliknya. Tidak rela menghalalkan apa yang sememangnya haram.
“Jom.”
Arah Nazmi.
“Pergi
mana?” Soal Suzie kebingungngan.
“Kahwinlah. Kita dah bazirkan banyak masa
tau. Kenapa, ada sebarang bantahan?” Soal Nazmi sambil mengerling ke arah
Suzie. Suzie hanya menjawab dengan gelengan seiring dengan senyuman yang tidak
lekang dari bibir.
“Bagus. Sebab kalau ada pun,
bantahan akan ditolak.” Ujarnya dengan nada manja. ‘Ya Allah, terima kasih di
atas nikmat cinta yang tidak ternilai ini. Akan ku bajai cintaku ini
berlandaskan cintaku padaMu Ya Allah. Moga kebahagiaanku ini di bawah redaMU.’
Cinta itu adalah tentang masa.
Yang menjanjikan seseorang itu setia. Kerana setialah yang mencipta
kebahagiaan. Ia mempesonakan tetapi adakalanya mengalpakan. Memang cinta itu
tentang menunggu, tetapi semua penungguan itu ada tarikh tamat. Cinta juga
tentang harapan, tetapi setiap harapan mempunyai tarikh luput.
Kisah cinta adalah tentang dua
hati, dua hajat dan satu masa depan bersama. Ia mestilah seiringan, bukan
dengan mengekor sahaja. Berkongsi cerita bukan dengan berahsia. Dan nikmati
keindahannya dengan penuh makna..
Kau sambutlah rinduku ini,
jangan lepas lagi. Ku pasti setia seteguh kasihmu...
p/s:: cerpen ni cerpen kedua yang saya tulis..... ai tulis masa umur 18.. hehe.. baru nak post... sorry kalu ayat tunggang langgang.. saje nak post sebab tengok blog sunyi sepi... hehee.. enjoy reading.. jadi untuk semua yang baru belajar menulis,,, cerpen saya dulu2 pun,, bukannya bagus sangat.. hehe.. kita pun bermula dengan kritikan dan jadikan kritikan sebagai semangat untuk beri y lebih baik.. =)
best.. suka bca.. akhirnya nazmi dgn suzie jgk.. hehe... suka3.. =)
ReplyDeletecomel aje cerita sara dulu2 yer...
ReplyDeletebest !
ReplyDeletecomel je gaya ppenulisan cter ni..
ReplyDeletexpe, belaja dr pengalaman, beru ada kematangan..
cter ni mengajar erti hidup utk terima seadanya..
jgn sesekali menyesali takdir kan?
sbb stiap yg berlaku tu ada rahsia yg xdpat kita rungkai semuanya.