“Kau ingat kau siapa Feesa? Kau nak kau ambik! Kalau
tak nak, kau pas dekat orang lain! Kau ingat kau Tuhan ke?”
Berdesing
telinga Farafeesa menyambut amarah daripada kembarnya itu.
Faraneesha
menghempaskan beg tangannya ke atas katil. Marahnya makin menjadi-jadi apabila
melihat Farafeesa enak bermain kejar-kejar dengan Iman. Tadi bukan main sakit
lagi! Memang adiknya itu sengaja!
Sengaja
membolak-balikkan perasaannya! Apa dia ingat perasaan ini umpama apam balik
gamaknya!
“Aku
bukan nak ambik kuasa Allah tapi aku nak gerakkan hati kau untuk memandang
lelaki lain. Aku tak nak kau kosongkan hati kau tuh.” Pujuk Farafeesa
takut-takut. Kakaknya itu jarang marah-marah. Tapi kalau sekali dah marah, semua
pun kecut perut.
Tapi
sekarang, bukan takat kecut perut dah nih... Entah-entah perut pun boleh hilang
bila disepak oleh Faraneesha nanti. Serius mengerunkan.
“Kalau
kau sendiri tak mampu nak gerakkan hati kau untuk sukakan Ezrakil, jangan kau
berani nak gerakkan hati orang lain! Kalau kau sendiri tak pernah kenal erti
cinta, kau pun jangan gatal-gatal nak ajar orang bercinta!”
Terus
Faraneesha menyembamkan muka ke bawah bantal. Sungguh dia tidak sangka adiknya
ada motif sendiri untuk mendekatkan dirinya kepada Ezrakil. Memang dia sangat
akui yang Ezrakil tidak kurang di mana-mana, tapi yang kurangnya ialah, lelaki
itu bukan menyintai dirinya. Lelaki itu menyintai Farafeesa! Lagipun, dia tidak
mampu untuk menerima Ezrakil.
Sekarang,
dia juga yang kebuntuan untuk memikirkan cara untuk memujuk kakaknya. Tak ada
masalah, bina masalah! Bina dengan penuh keyakinan pula tu! Sekarang mulalah
mengelupur mencari jalan penyelesaian.
Atiq
hanya mengelengkan kepada mendengar cerita Farafeesa. ‘Kenapalah member aku ni
bengap sangat! Banyak sangat fius kepala otak tercabut agaknya..’
“Apa
aku nak buat sekarang Atiq?” Duduk tidak kena, berdiri tidak selesa. Berlari
pun tak bagi apa-apa effect. Hmm, mungkin duduk tertongeng baru kena kot...
Kena gelak bolehlah.. Hati ini lagi naya! Berdentum hebat seperti guruh yang
menyambar!
“Kenapa
kau tak bincang hal seserius ni dengan aku dulu? Tulah, suka buat tindakan
sorang-sorang. Tapi yang tanggung kena sama-sama!” Bebel Atiq. Melampiaskan
kemarahan hatinya.
Kepalanya
pun ikut turut menjadi mangsa. Sudah penat mengaru tapi idea tak muncul-muncul
juga. Itu baru tang Faraneesha, belum lagi tang Ezrakil!
“Aku
takut kau marah...” Farafeesa buat muka simpati.
“Habis
tu sekarang, kau ingat aku tak marah?” Aduh, kalau Farafeesa ada penyakit SLE,
dia pula boleh diserang kanser! Kanser kepala serabut!
“Kalau
kau marah sekarang pun, aku tak takut sangat... aku lagi takut kalau dua orang
manusia ni marah.” Sebuah keluhan dilepaskan. Namun beban yang tergalas masih
belum hilang kuantitinya.
“Itulah
Feesa.. soal hati ni bukan boleh main pas-pas... Kau ingat hati dia orang ni
bola ke? Kau tak nak, kau sepak macam tu jeh... Perasaan dia orang, kau tak
fikir pulak?”
Farafeesa
hanya menayangkan gigi apabila mendengar bebelan Atiq. Dia sedar yang dia
salah. Tapi terasa kelakar pula mendengar bebelan temannya itu. Atiq kalau nak
bagi perumpamaan, mesti nak bagi contoh bola jugak! Kuat betul penangan bola
dalam hidupnya. Lepas ni, pasti cita-cita anaknya itu hendak menjadi pemain
bola sepak. Kalau lelaki bolehlah, tapi kalau perempuan macam mana?
“Feesa,
masuk bilik saya sekarang!” Tanpa memandang, Ezrakil memberi arahan tika dia
berjalan dihadapan meja Farafeesa.
Farafeesa
dan Atiq saling berpandangan!
Farafeesa
tepuk dahi manakala Atiq kecur air liur.
‘Aduh!!!
Tak cukup-cukup orang kat rumah nak mengamuk, orang kat pejabat pun nak
mengamuk jugak ke?’ Muka Ezrakil tersangatlah serius. Sungguh.. Rasa hendak
bertukar menjadi halimunan sahaja. Biar hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa
pun!
“Aku
doakan kau selamat!” Sempat pulak mak buyung ni buat lawak. Aishh..
“Amin...”
Untuk mengurangkan gundah, disambut juga lawak Atiq itu. Farafeesa berselawat
beberapa kali. Moga-moga tak ada puting beliung yang melanda.
“Macam
mana dengan meeting dengan Syarikat Megah Jaya Holdings esok? Ada apa-apa
perubahan ke?” Farafeesa lega mendengar soalan bosnya itu. Bimbang juga
kalau-kalau dibambu oleh Ezrakil pula.
“Buat
masa ni, stay in progress bos.”
“Syarikat
apa yang nak tukar nama hari tu?” Mulut Ezrakil mengeluarkan pertanyaan tapi
matanya asyik memandang skrin komputer. Hakikatnya dia rindu untuk memandang
Farafeesa. Tetapi biarlah dipendamkan sahaja rindu itu. Jika diluahkan pun,
bukannya rindu itu akan bersambut!
“Syarikat
Gemilang Tyre.. dia nak tukar nama kepada Auto Tyre Services...” Terang
Farafeesa lagi. Walaupun dia tahu yang Ezrakil hanya bersikap tenang-tenang
sahaja namun hatinya tetap gundah. Bimbang juga kalau tiba-tiba Ezrakil
membangkitkan isu ini!
“Jadi
ada apa-apa masalah ke?”
“Pihak
SSM dah luluskan nama baru tu cuma kita belum terima apa-apa bayaran daripada
syarikat Gemilang Tyre.” Farafeesa berdoa dalam hati agar Ezrakil boleh
menyuruhnya keluar dari bilik ini. Sukar sungguh untuk bernafas! Ialah, orang buat
salah memang macam tu kan..
“Okay..
Apa-apa hal, awak update pada saya!” Masih setia memandang skrin di komputer.
Sedangkan bukanlah sibuk sangat pun. Entah, dia kecil hati dengan Farafeesa.
Kalau pun tidak mahu datang, tidak perlulah membuat sketsa lakonan tak
bertauliah. Boleh pula suruh Faraneesha berlakon sebagai Farafeesa! Memang
lakonan tak jadi.
Apabila
Farafeesa berpaling, namanya diseru oleh Ezrakil. Farafeesa mengigit bibir.
Hatinya berdebar-debar. Lambat-lambat dia berpaling.
“Ada
apa bos?” Hatinya sungguh bergoncang hebat!
“Kalau
awak tak nak pergi... awak tak perlu hantar Neesha untuk ganti awak! Awak
berhak untuk menolak cinta saya, tapi awak.... tak berhak untuk memperlekehkan
cinta saya. Kasih saya tak semudah itu untuk beralih arah walaupun muka kalian
seiras!”
Kata-kata
Ezrakil bagaikan halilintar yang membelah-belah badannya. Membuatkan jasadnya
terperlanting di sana sini!
“Saya
tak bermaksud macam tu pun bos....” Memang Ezrakil tidak memarahinya seperti
mana Faraneesha mengamuk, tapi dia tetap tidak senang duduk. Kenapa susah
sangat untuk memahamkan dua orang yang dia sayangi ini.
“Kenapa?
Awak berharap yang saya boleh pulihkan semangat kakak awak? Boleh ganti kasih
arwah yang pergi? Macam tu?” Ezrakil sudah bangun dari duduknya. Kakinya diarah
ke arah bidai yang menghiasi di tingkap biliknya. Matanya melihat permandangan
bandar dari tingkat sepuluh ini. Namun jiwanya langsung tidak menghayati
pemandangan indah itu. Kerana ada satu lagi pemandangan yang lebih indah di
biliknya ini.
Indah
untuk dilihat tetapi sakit untuk dimiliki!
“Itu
ke maksud awak Feesa?” Tanya Ezrakil sekali lagi. Kali ini dia berpaling
mengadap Farafeesa. Jelas kelihatan wajah itu terkulat sendiri mencari jawapan.
Entahlah, makin lama, dia makin tidak mengenali gadis ini?
Kenapa kisah ini makin menjadi
bersimpul-simpul? Makin ingin dihuraikan, makin banyak halangannya!
Farafeesa
tidak berani mengulas apa-apa. Bimbang kata-katanya nanti bakal mengeruhkan
keadaan yang tidak pernah jernih ini. Bibirnya diketap. Sudah bertekad tidak
mahu menjawab. Tapi bimbang jika mulutnya terbuka dengan sendirinya. Ialah, dia
kan pantang kalau orang tanya, terus nak menjawab. Orang tak tanya pun, tetap
nak menghulurkan jawapan. Jawapan yang bakal menimbulkan persoalan. Aishh..
“Feesa...”
Suara Ezrakil halus menampar gegendang telinga. Sungguh, panggilan itu terlalu
manja di pendengaran Farafeesa!
‘Aduh,
susah bila hati dah jadi macam layang-layang nih! Tak duduk diam langsung!
Terbuai-buai diterbangkan rasa kasih. Kasih yang tak berkesampaian...’ Sedihnya
rasa.
Ezrakil
mula merapat ke arah Farafeesa. Dia berdiri tidak jauh dari gadis itu.
Farafeesa hanya menunduk ke bawah. Mungkin gadis itu juga mula rasa serba
salah. Mula menyedari yang tindakannya itu tidak kena dengan tempat!
“Feesa....
saya tak mungkin dapat gantikan arwah! Mungkin saya tak kenal dengan arwah
dengan baik, tapi tempat lelaki seperti itu payah untuk diganti Feesa...
Lagipun kehilangan arwah memerlukan masa untuk menyembuhkan luka hati Neesha.
Saya bukan orang yang layak untuk menyembuhkannya. Saya bukan lelaki yang
ditakdirkan Allah untuk memimpin Faraneesha. Kita tak berhak nak jodohkan dia
dengan siapa-siapa pun! Biar dia jumpa pengubat lukanya sendiri!”
Lembut
sahaja pertuturan Ezrakil ini. Sebenarnya Farafeesa lebih senang jika mendengar
Ezrakil memarahinya daripada menuturkan kata-kata lembut seperti ini. Kerana
hatinya jadi mudah tersentuh dan terusik. Jadi lebih sensitif dari
kebiasaannya.
Ezrakil sudah termasuk dalam
kategori kelemahannya! Apa sahaja yang melibatkan Ezrakil, hatinya bagai
ditimpa dengan batu bata. Sendinya bagai tercabut dengan sendirinya. Begitulah
penangan cinta Ezrakil dalam diri Farafeesa.
Entahlah,
sejak dia mengetahui rahsia hatinya sendiri, dia makin jadi lebih penyedih. Malas
lansung tidak boleh memandang Ezrakil terus-terusan. Memandang lelaki itu hanya
akan membuatkan dirinya lebih kecewa. Apa yang dia mampu lakukan ialah
mengelakkan diri daripada Ezrakil. Tapi jauh manalah dia dapat lari kerana
langkah kaki mereka sentiasa dilalukan ke tempat yang sama.
“Saya
minta maaf bos...” Ucap Farafeesa perlahan. Farafeesa sudah bertekad, dia tidak
akan cuba untuk menjadi match maker lagi. Semua ini mampu menjadi pengajaran
buat dirinya nanti. Siapa pun jodoh kakaknya dan juga Ezrakil, dia akan
mendoakan selagi dia mampu. Mendoakan kebahagian keduanya.
“Awak
tak salah apa-apa Feesa...Mungkin keadaan membuatkan awak tersepit... Yalah,
awak kesiankan kakak awak.. dalam pada masa yang sama, awak kesiankan saya
kan... Yalah, mungkin wajar untuk satukan dua orang yang terluka ni kan...”
Farafeesa
tercengang, boleh pulak Ezrakil cakap macam tu! Kenapa lelaki ini bertukar
menjadi lebih memahami. Kenapa lelaki ini tak mendesak seperti dahulu? Kenapa
tak marah-marah macam dulu lagi?
Sekarang
baru Farafeesa sedar. Nak tanamkan rasa cinta pada orang yang dibenci itu tak
sesusah mana tapi hendak membenci orang yang disayangi itu yang paling sukar.
Penat sungguh berenang tanpa arah ini.
‘Masalah betullah dia ni, dia makin
buat aku sayang pada dia saje. Ke ini cara dia untuk tarik perhatian aku?’
Hatinya ini bergelombang sendiri dilambung ombak! Kalaulah hatinya boleh
diibarakan seperti sampan, pasti punah dilambung badai! Pecah hingga menjadi
kepingan kayu semula.
“Bos...
maaf kalu bos rasa yang saya macam pentingkan diri sendiri. Saya cuma nak
tengok Faraneesha bahagia. Saya tahu, dia akan bahagia dengan bos!” Mereka
sama-sama berpandangan. Menyelongkar sebuah rasa yang memang wujud di dalam
hati. Cuma tersorok dari gapaian tangan.
“Kenapa?
Awak rasa tak bahagia ke dengan saya Feesa?” Ezrakil sudah bertekad untuk tidak
terus memaksa Farafeesa tapi kata hatinya tak dapat ditahan. Dia terlalu
teringin mengetahui jawapannya. Kalau benar Farafeesa tahu yang dirinya boleh
membahagiakan saudara kembarnya sendiri, kenapa tidak gadis itu terima sahaja
dirinya? Kenapa perlu pas kepada orang lain? Tempat duduk cinta bukan seenaknya
boleh ditukar ganti!
Bibir
Farafeeesa terkunci rapat. Tidak mampu untuk mengolah jawapan hebat seperti
dahulu lagi. Bukankah sepatutnya cinta ini menyalurkan kekuatan? Tapi kenapa
terasa bebanan di bahu ini kian bertambah tika cinta Ezrakil mengalir deras di
taman hati?
“Atau...
awak tak terima saya sebab awak nak saya terima Neesha? Macam tu ke?” Duga
Ezrakil lagi. Entah kenapa, semenjak dua menjak ini, Farafeesa sudah tidak kuat
melawan seperti dulu-dulu sahaja. Sikap keras kepala gadis itu kian hilang.
Perkara apa sebenarnya yang menganggu gugat jiwa gadis kesayangannya itu?
“Bukan
macam tu.... saya pun tak reti nak terang macam mana dah.. Yang pasti, bos
dengan saya kena terima hakikat....”
Ezrakil
menanti penuh sabar manakala Farafeesa cuba mencuri oksigen untuk bernafas.
Disedut banyak-banyak. Biar nafasnya tidak lagi tersekat lagi. Sesak rasanya
bila terpaksa menangung rasa cinta yang mula menjalar di pelusuk hati.
“....yang
kita tak mungkin bersama...” Terus dia melangkah keluar meninggalkan Ezrakil
tercengang sendiri. Ezrakil menyapu mukanya. Tidak sedikit pun dia mampu untuk
melarang Farafeesa dari terus pergi. Dihalakan pandangan ke arah luar tingkap.
Tanpa disedari, matanya kabur menahan bebanan perasaan.
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Farafeesa berlari menuju ke bilik air. Mujur sahaja Atiq
tidak berada di tempatnya. Jika tidak, pasti Atiq dapat mengesan kesedihannya.
Disandarkan badan di belakang pintu bilik air. Tangannya ditekap ke dada. Rasa
sakit ini seakan-akan makin bertambah!
Air
mata yang menitis, dibiarkan sahaja hadir tanpa disapa. Mungkin cinta ini milik
mereka, tapi takdir tidak menyebelahi mereka. Sehebat mana pun cinta mereka,
mereka tidak punya kudrat untuk melawan kehendak takdir.
Farafeesa pasrah! Ezrakil menyerah!
Biar Yang Maha Kuasa sahaja menentukan untung nasib hidup mereka pada hari
esok! Jika takdir hidup mereka kuat, cinta itu akan hadir sendiri dalam waktu
yang manusia itu tidak menjangkakan.
alahai....awat la jd cmneh..huhuh..
ReplyDeletekenapa feesa..keras hatinya..kalau takdir dah menentukan yg feesa memang milik Ezrakil..terimalah mamat tu seadanya..
ReplyDeletealahai kenapa sedih sgt ni..smp bila nak sedih ni..ermmm
ReplyDeletehuhu...feesa trimala ezrakhil tu.kesian dia.
ReplyDeletealahai feesa.terima je lla ezrakil tu..
ReplyDeleteCinta yang telah pergi xkan sama dengan cinta yang baru datang. tapi bagi saya feesa harus hargai cinta yang ezrakil hulurkan. Kita xkan boleh berselindung selamanya jika kita pun dah jatuh hati kat dia...
ReplyDeletealoo .... sedihnye .. mood aku terus suram tetiba .. adeyh ..
ReplyDeletekita semua nak feesa bahagia.. tapi saya pasti feesa menolak sebab dia pun x mahu ezrakil menderita.. tapi kan, saya lebih rela feesa mati daripada neesa kahwin dengan ezrakil.. tak mahulah ganti tikar.. x mau.. x mau.. (maaf penulis.. teremo pula)
ReplyDeletehokaloh!sedeyh nye...huhu..akak writer tlg la...sedeyh la...klu feesa fkr jika die trime cinta ezrakil,nnty ezrakil akn terseksa sbb die akn terpkse tnggal kn ezrakil sorg2 tpi sebenarnye klu die tak trime ezrakil,lelaki tu jelas sekali akn lbh kecewa sbb dah la feesa x time cinta die,pstu die terpkse khilangan wanita yg die cintai dlm keadaan wanita itu sbnrnye turut mencintai die cme wanita itu x mahu die tahu mengenai sakit yg dialami...huhu,sedeyh sgt2...tlg la,biar sye yg continue novel akak nie...tlg la publish!!!!sye na smpn novel nie!!!-nisa azlan dk gmc-
ReplyDeletenisa azlan dak gmc na bertnye kpde akk writer...bile akk na upload bab baru nie???!!please..tlg la upload..sye dah nak kena balik asrama dah nie...ble sye na bce???huhu...2 la sye swoh publish novel nie kat kaki novel x na...kn sye da merane...huhu
ReplyDeletebest sangat baca novel ni . 800 lebih page dia baca dlm masa 2 hari je . rasa mcm nak tahu je cerita feesa tu sampai dia tua . haha . Ezza maysara , i hope akak dapat buat novel lagi yg boleh buat orang menangis teresak esak . hee . mohon dengan sangat :')
ReplyDelete