Thursday 2 February 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [44]


                “Kau ingat kau siapa Feesa? Kau nak kau ambik! Kalau tak nak, kau pas dekat orang lain! Kau ingat kau Tuhan ke?”
            Berdesing telinga Farafeesa menyambut amarah daripada kembarnya itu.
            Faraneesha menghempaskan beg tangannya ke atas katil. Marahnya makin menjadi-jadi apabila melihat Farafeesa enak bermain kejar-kejar dengan Iman. Tadi bukan main sakit lagi! Memang adiknya itu sengaja!
            Sengaja membolak-balikkan perasaannya! Apa dia ingat perasaan ini umpama apam balik gamaknya!
            “Aku bukan nak ambik kuasa Allah tapi aku nak gerakkan hati kau untuk memandang lelaki lain. Aku tak nak kau kosongkan hati kau tuh.” Pujuk Farafeesa takut-takut. Kakaknya itu jarang marah-marah. Tapi kalau sekali dah marah, semua pun kecut perut.
            Tapi sekarang, bukan takat kecut perut dah nih... Entah-entah perut pun boleh hilang bila disepak oleh Faraneesha nanti. Serius mengerunkan.
            “Kalau kau sendiri tak mampu nak gerakkan hati kau untuk sukakan Ezrakil, jangan kau berani nak gerakkan hati orang lain! Kalau kau sendiri tak pernah kenal erti cinta, kau pun jangan gatal-gatal nak ajar orang bercinta!”
            Terus Faraneesha menyembamkan muka ke bawah bantal. Sungguh dia tidak sangka adiknya ada motif sendiri untuk mendekatkan dirinya kepada Ezrakil. Memang dia sangat akui yang Ezrakil tidak kurang di mana-mana, tapi yang kurangnya ialah, lelaki itu bukan menyintai dirinya. Lelaki itu menyintai Farafeesa! Lagipun, dia tidak mampu untuk menerima Ezrakil.
            Sekarang, dia juga yang kebuntuan untuk memikirkan cara untuk memujuk kakaknya. Tak ada masalah, bina masalah! Bina dengan penuh keyakinan pula tu! Sekarang mulalah mengelupur mencari jalan penyelesaian.
            Atiq hanya mengelengkan kepada mendengar cerita Farafeesa. ‘Kenapalah member aku ni bengap sangat! Banyak sangat fius kepala otak tercabut agaknya..’
            “Apa aku nak buat sekarang Atiq?” Duduk tidak kena, berdiri tidak selesa. Berlari pun tak bagi apa-apa effect. Hmm, mungkin duduk tertongeng baru kena kot... Kena gelak bolehlah.. Hati ini lagi naya! Berdentum hebat seperti guruh yang menyambar!
            “Kenapa kau tak bincang hal seserius ni dengan aku dulu? Tulah, suka buat tindakan sorang-sorang. Tapi yang tanggung kena sama-sama!” Bebel Atiq. Melampiaskan kemarahan hatinya.
            Kepalanya pun ikut turut menjadi mangsa. Sudah penat mengaru tapi idea tak muncul-muncul juga. Itu baru tang Faraneesha, belum lagi tang Ezrakil!
            “Aku takut kau marah...” Farafeesa buat muka simpati.
            “Habis tu sekarang, kau ingat aku tak marah?” Aduh, kalau Farafeesa ada penyakit SLE, dia pula boleh diserang kanser! Kanser kepala serabut!
            “Kalau kau marah sekarang pun, aku tak takut sangat... aku lagi takut kalau dua orang manusia ni marah.” Sebuah keluhan dilepaskan. Namun beban yang tergalas masih belum hilang kuantitinya.
            “Itulah Feesa.. soal hati ni bukan boleh main pas-pas... Kau ingat hati dia orang ni bola ke? Kau tak nak, kau sepak macam tu jeh... Perasaan dia orang, kau tak fikir pulak?”
            Farafeesa hanya menayangkan gigi apabila mendengar bebelan Atiq. Dia sedar yang dia salah. Tapi terasa kelakar pula mendengar bebelan temannya itu. Atiq kalau nak bagi perumpamaan, mesti nak bagi contoh bola jugak! Kuat betul penangan bola dalam hidupnya. Lepas ni, pasti cita-cita anaknya itu hendak menjadi pemain bola sepak. Kalau lelaki bolehlah, tapi kalau perempuan macam mana?
            “Feesa, masuk bilik saya sekarang!” Tanpa memandang, Ezrakil memberi arahan tika dia berjalan dihadapan meja Farafeesa.
            Farafeesa dan Atiq saling berpandangan!
            Farafeesa tepuk dahi manakala Atiq kecur air liur.
            ‘Aduh!!! Tak cukup-cukup orang kat rumah nak mengamuk, orang kat pejabat pun nak mengamuk jugak ke?’ Muka Ezrakil tersangatlah serius. Sungguh.. Rasa hendak bertukar menjadi halimunan sahaja. Biar hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun!
            “Aku doakan kau selamat!” Sempat pulak mak buyung ni buat lawak. Aishh..
            “Amin...” Untuk mengurangkan gundah, disambut juga lawak Atiq itu. Farafeesa berselawat beberapa kali. Moga-moga tak ada puting beliung yang melanda.
            “Macam mana dengan meeting dengan Syarikat Megah Jaya Holdings esok? Ada apa-apa perubahan ke?” Farafeesa lega mendengar soalan bosnya itu. Bimbang juga kalau-kalau dibambu oleh Ezrakil pula.
            “Buat masa ni, stay in progress bos.”
            “Syarikat apa yang nak tukar nama hari tu?” Mulut Ezrakil mengeluarkan pertanyaan tapi matanya asyik memandang skrin komputer. Hakikatnya dia rindu untuk memandang Farafeesa. Tetapi biarlah dipendamkan sahaja rindu itu. Jika diluahkan pun, bukannya rindu itu akan bersambut!
            “Syarikat Gemilang Tyre.. dia nak tukar nama kepada Auto Tyre Services...” Terang Farafeesa lagi. Walaupun dia tahu yang Ezrakil hanya bersikap tenang-tenang sahaja namun hatinya tetap gundah. Bimbang juga kalau tiba-tiba Ezrakil membangkitkan isu ini!
            “Jadi ada apa-apa masalah ke?”
            “Pihak SSM dah luluskan nama baru tu cuma kita belum terima apa-apa bayaran daripada syarikat Gemilang Tyre.” Farafeesa berdoa dalam hati agar Ezrakil boleh menyuruhnya keluar dari bilik ini. Sukar sungguh untuk bernafas! Ialah, orang buat salah memang macam tu kan..
            “Okay.. Apa-apa hal, awak update pada saya!” Masih setia memandang skrin di komputer. Sedangkan bukanlah sibuk sangat pun. Entah, dia kecil hati dengan Farafeesa. Kalau pun tidak mahu datang, tidak perlulah membuat sketsa lakonan tak bertauliah. Boleh pula suruh Faraneesha berlakon sebagai Farafeesa! Memang lakonan tak jadi.
            Apabila Farafeesa berpaling, namanya diseru oleh Ezrakil. Farafeesa mengigit bibir. Hatinya berdebar-debar. Lambat-lambat dia berpaling.
            “Ada apa bos?” Hatinya sungguh bergoncang hebat!
            “Kalau awak tak nak pergi... awak tak perlu hantar Neesha untuk ganti awak! Awak berhak untuk menolak cinta saya, tapi awak.... tak berhak untuk memperlekehkan cinta saya. Kasih saya tak semudah itu untuk beralih arah walaupun muka kalian seiras!”
            Kata-kata Ezrakil bagaikan halilintar yang membelah-belah badannya. Membuatkan jasadnya terperlanting di sana sini!
            “Saya tak bermaksud macam tu pun bos....” Memang Ezrakil tidak memarahinya seperti mana Faraneesha mengamuk, tapi dia tetap tidak senang duduk. Kenapa susah sangat untuk memahamkan dua orang yang dia sayangi ini.
            “Kenapa? Awak berharap yang saya boleh pulihkan semangat kakak awak? Boleh ganti kasih arwah yang pergi? Macam tu?” Ezrakil sudah bangun dari duduknya. Kakinya diarah ke arah bidai yang menghiasi di tingkap biliknya. Matanya melihat permandangan bandar dari tingkat sepuluh ini. Namun jiwanya langsung tidak menghayati pemandangan indah itu. Kerana ada satu lagi pemandangan yang lebih indah di biliknya ini.
            Indah untuk dilihat tetapi sakit untuk dimiliki!
            “Itu ke maksud awak Feesa?” Tanya Ezrakil sekali lagi. Kali ini dia berpaling mengadap Farafeesa. Jelas kelihatan wajah itu terkulat sendiri mencari jawapan. Entahlah, makin lama, dia makin tidak mengenali gadis ini?
Kenapa kisah ini makin menjadi bersimpul-simpul? Makin ingin dihuraikan, makin banyak halangannya!
            Farafeesa tidak berani mengulas apa-apa. Bimbang kata-katanya nanti bakal mengeruhkan keadaan yang tidak pernah jernih ini. Bibirnya diketap. Sudah bertekad tidak mahu menjawab. Tapi bimbang jika mulutnya terbuka dengan sendirinya. Ialah, dia kan pantang kalau orang tanya, terus nak menjawab. Orang tak tanya pun, tetap nak menghulurkan jawapan. Jawapan yang bakal menimbulkan persoalan. Aishh..
            “Feesa...” Suara Ezrakil halus menampar gegendang telinga. Sungguh, panggilan itu terlalu manja di pendengaran Farafeesa!
            ‘Aduh, susah bila hati dah jadi macam layang-layang nih! Tak duduk diam langsung! Terbuai-buai diterbangkan rasa kasih. Kasih yang tak berkesampaian...’ Sedihnya rasa.
            Ezrakil mula merapat ke arah Farafeesa. Dia berdiri tidak jauh dari gadis itu. Farafeesa hanya menunduk ke bawah. Mungkin gadis itu juga mula rasa serba salah. Mula menyedari yang tindakannya itu tidak kena dengan tempat!
            “Feesa.... saya tak mungkin dapat gantikan arwah! Mungkin saya tak kenal dengan arwah dengan baik, tapi tempat lelaki seperti itu payah untuk diganti Feesa... Lagipun kehilangan arwah memerlukan masa untuk menyembuhkan luka hati Neesha. Saya bukan orang yang layak untuk menyembuhkannya. Saya bukan lelaki yang ditakdirkan Allah untuk memimpin Faraneesha. Kita tak berhak nak jodohkan dia dengan siapa-siapa pun! Biar dia jumpa pengubat lukanya sendiri!”
            Lembut sahaja pertuturan Ezrakil ini. Sebenarnya Farafeesa lebih senang jika mendengar Ezrakil memarahinya daripada menuturkan kata-kata lembut seperti ini. Kerana hatinya jadi mudah tersentuh dan terusik. Jadi lebih sensitif dari kebiasaannya.
Ezrakil sudah termasuk dalam kategori kelemahannya! Apa sahaja yang melibatkan Ezrakil, hatinya bagai ditimpa dengan batu bata. Sendinya bagai tercabut dengan sendirinya. Begitulah penangan cinta Ezrakil dalam diri Farafeesa.
            Entahlah, sejak dia mengetahui rahsia hatinya sendiri, dia makin jadi lebih penyedih. Malas lansung tidak boleh memandang Ezrakil terus-terusan. Memandang lelaki itu hanya akan membuatkan dirinya lebih kecewa. Apa yang dia mampu lakukan ialah mengelakkan diri daripada Ezrakil. Tapi jauh manalah dia dapat lari kerana langkah kaki mereka sentiasa dilalukan ke tempat yang sama.
            “Saya minta maaf bos...” Ucap Farafeesa perlahan. Farafeesa sudah bertekad, dia tidak akan cuba untuk menjadi match maker lagi. Semua ini mampu menjadi pengajaran buat dirinya nanti. Siapa pun jodoh kakaknya dan juga Ezrakil, dia akan mendoakan selagi dia mampu. Mendoakan kebahagian keduanya.
            “Awak tak salah apa-apa Feesa...Mungkin keadaan membuatkan awak tersepit... Yalah, awak kesiankan kakak awak.. dalam pada masa yang sama, awak kesiankan saya kan... Yalah, mungkin wajar untuk satukan dua orang yang terluka ni kan...”
            Farafeesa tercengang, boleh pulak Ezrakil cakap macam tu! Kenapa lelaki ini bertukar menjadi lebih memahami. Kenapa lelaki ini tak mendesak seperti dahulu? Kenapa tak marah-marah macam dulu lagi?
            Sekarang baru Farafeesa sedar. Nak tanamkan rasa cinta pada orang yang dibenci itu tak sesusah mana tapi hendak membenci orang yang disayangi itu yang paling sukar. Penat sungguh berenang tanpa arah ini.
‘Masalah betullah dia ni, dia makin buat aku sayang pada dia saje. Ke ini cara dia untuk tarik perhatian aku?’ Hatinya ini bergelombang sendiri dilambung ombak! Kalaulah hatinya boleh diibarakan seperti sampan, pasti punah dilambung badai! Pecah hingga menjadi kepingan kayu semula.
            “Bos... maaf kalu bos rasa yang saya macam pentingkan diri sendiri. Saya cuma nak tengok Faraneesha bahagia. Saya tahu, dia akan bahagia dengan bos!” Mereka sama-sama berpandangan. Menyelongkar sebuah rasa yang memang wujud di dalam hati. Cuma tersorok dari gapaian tangan.
            “Kenapa? Awak rasa tak bahagia ke dengan saya Feesa?” Ezrakil sudah bertekad untuk tidak terus memaksa Farafeesa tapi kata hatinya tak dapat ditahan. Dia terlalu teringin mengetahui jawapannya. Kalau benar Farafeesa tahu yang dirinya boleh membahagiakan saudara kembarnya sendiri, kenapa tidak gadis itu terima sahaja dirinya? Kenapa perlu pas kepada orang lain? Tempat duduk cinta bukan seenaknya boleh ditukar ganti!
            Bibir Farafeeesa terkunci rapat. Tidak mampu untuk mengolah jawapan hebat seperti dahulu lagi. Bukankah sepatutnya cinta ini menyalurkan kekuatan? Tapi kenapa terasa bebanan di bahu ini kian bertambah tika cinta Ezrakil mengalir deras di taman hati?
            “Atau... awak tak terima saya sebab awak nak saya terima Neesha? Macam tu ke?” Duga Ezrakil lagi. Entah kenapa, semenjak dua menjak ini, Farafeesa sudah tidak kuat melawan seperti dulu-dulu sahaja. Sikap keras kepala gadis itu kian hilang. Perkara apa sebenarnya yang menganggu gugat jiwa gadis kesayangannya itu?
            “Bukan macam tu.... saya pun tak reti nak terang macam mana dah.. Yang pasti, bos dengan saya kena terima hakikat....”
            Ezrakil menanti penuh sabar manakala Farafeesa cuba mencuri oksigen untuk bernafas. Disedut banyak-banyak. Biar nafasnya tidak lagi tersekat lagi. Sesak rasanya bila terpaksa menangung rasa cinta yang mula menjalar di pelusuk hati.
            “....yang kita tak mungkin bersama...” Terus dia melangkah keluar meninggalkan Ezrakil tercengang sendiri. Ezrakil menyapu mukanya. Tidak sedikit pun dia mampu untuk melarang Farafeesa dari terus pergi. Dihalakan pandangan ke arah luar tingkap. Tanpa disedari, matanya kabur menahan bebanan perasaan.
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
            Farafeesa berlari menuju ke bilik air. Mujur sahaja Atiq tidak berada di tempatnya. Jika tidak, pasti Atiq dapat mengesan kesedihannya. Disandarkan badan di belakang pintu bilik air. Tangannya ditekap ke dada. Rasa sakit ini seakan-akan makin bertambah!
            Air mata yang menitis, dibiarkan sahaja hadir tanpa disapa. Mungkin cinta ini milik mereka, tapi takdir tidak menyebelahi mereka. Sehebat mana pun cinta mereka, mereka tidak punya kudrat untuk melawan kehendak takdir.
Farafeesa pasrah! Ezrakil menyerah! Biar Yang Maha Kuasa sahaja menentukan untung nasib hidup mereka pada hari esok! Jika takdir hidup mereka kuat, cinta itu akan hadir sendiri dalam waktu yang manusia itu tidak menjangkakan.

p/s: mampukah mereka terus membendung rasa???

11 comments:

  1. alahai....awat la jd cmneh..huhuh..

    ReplyDelete
  2. kenapa feesa..keras hatinya..kalau takdir dah menentukan yg feesa memang milik Ezrakil..terimalah mamat tu seadanya..

    ReplyDelete
  3. alahai kenapa sedih sgt ni..smp bila nak sedih ni..ermmm

    ReplyDelete
  4. huhu...feesa trimala ezrakhil tu.kesian dia.

    ReplyDelete
  5. alahai feesa.terima je lla ezrakil tu..

    ReplyDelete
  6. Cinta yang telah pergi xkan sama dengan cinta yang baru datang. tapi bagi saya feesa harus hargai cinta yang ezrakil hulurkan. Kita xkan boleh berselindung selamanya jika kita pun dah jatuh hati kat dia...

    ReplyDelete
  7. aloo .... sedihnye .. mood aku terus suram tetiba .. adeyh ..

    ReplyDelete
  8. kita semua nak feesa bahagia.. tapi saya pasti feesa menolak sebab dia pun x mahu ezrakil menderita.. tapi kan, saya lebih rela feesa mati daripada neesa kahwin dengan ezrakil.. tak mahulah ganti tikar.. x mau.. x mau.. (maaf penulis.. teremo pula)

    ReplyDelete
  9. hokaloh!sedeyh nye...huhu..akak writer tlg la...sedeyh la...klu feesa fkr jika die trime cinta ezrakil,nnty ezrakil akn terseksa sbb die akn terpkse tnggal kn ezrakil sorg2 tpi sebenarnye klu die tak trime ezrakil,lelaki tu jelas sekali akn lbh kecewa sbb dah la feesa x time cinta die,pstu die terpkse khilangan wanita yg die cintai dlm keadaan wanita itu sbnrnye turut mencintai die cme wanita itu x mahu die tahu mengenai sakit yg dialami...huhu,sedeyh sgt2...tlg la,biar sye yg continue novel akak nie...tlg la publish!!!!sye na smpn novel nie!!!-nisa azlan dk gmc-

    ReplyDelete
  10. nisa azlan dak gmc na bertnye kpde akk writer...bile akk na upload bab baru nie???!!please..tlg la upload..sye dah nak kena balik asrama dah nie...ble sye na bce???huhu...2 la sye swoh publish novel nie kat kaki novel x na...kn sye da merane...huhu

    ReplyDelete
  11. best sangat baca novel ni . 800 lebih page dia baca dlm masa 2 hari je . rasa mcm nak tahu je cerita feesa tu sampai dia tua . haha . Ezza maysara , i hope akak dapat buat novel lagi yg boleh buat orang menangis teresak esak . hee . mohon dengan sangat :')

    ReplyDelete