Wednesday 1 February 2012

AKULAH DRIVER SEUMUR HIDUPMU [INTRO]


Kesinambungan Dialah Driver Yang Tercipta Untukku.... 
  
     Arian tersenyum melihat Dayani dan Zikri yang sedang bermain di taman itu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas segala perhatian dan kasih sayang yang telah Allah semaikan dalam hatinya untuk turut menyayangi anak-anak tiri Dayana.
            “Tengok anak orang je tak guna jugak Rian.” Selamba sahaja Dayana memperli sepupunya merangkap sahabatnya yang sudah dianggap sebagai abangnya itu.
            “Yalah, nak tengok anak tekak tak nampak. Sebab tu aku tengok anak orang.” Arian cuba buat lawak tak lakunya kepada Dayana.
            “Main-main eh. Orang tengah serius ni.” Geram sungguh dia dengan Arian. Jika bercakap soal hati ini, tak pernah ambik serius.
            Dia bukannya apa, dia jatuh kasihan melihat Arian masih sendiri sehingga sekarang. Sedangkan dia pula sudah ketemu kebahagiaannya sendiri. Kalau boleh, dia mahu Arian berkongsi rasa bahagiannya pula. Ini tidak, asyik dia sahaja yang bercerita itu ini sedangkan Arian lebih banyak mendengar.
            “Kalau aku dah tengok jodoh aku Aya, mesti aku boleh jawab setiap persoalan kau tu. Tapi masalahnya aku tak boleh tengok. Jadi aku tak ada jawapannya.”
            Entah untuk yang keberapa kali, Dayana mengeluh lagi. Entah apalah caranya lagi untuk membuka mata dan hati Arian untuk berkahwin. Namun balik-balik, hanya jalan buntu yang ditemui.
            “Aya, kalau kau banyak fikir sangat, nanti kau cepat tua tau.” Usik Arian. Dia tahu Dayana kerisauan. Namun adakalannya kerisauan wanita itu tidak bertempat langsung.
            “Sampai bilalah kau nak membujang Rian. Umur kau tu bukannya makin muda. Uban pun dah tumbuh dah.” Diselitkan gurauan dalam bicarannya. Sengaja mahu mengenakan Arian.
“Susah Aya. Perempuan sekarang hanya pandang harta je. So, macam manalah aku aku nak pilih kalau semuanya materialistik.” Rungut Arian.
            Kata-kata Arian itu memang banyak benarnya. Memang Arian banyak berdampingan dengan wanita. Namun kebanyakan wanita hanya mendambakan harta dan pangkat yang disandangnya. Bukan kerana dirinya sendiri.
            “Itu sebab kau berdampingan dengan perempuan yang dah kenal dengan kau. Cuba kalau perempuan cari seorang perempuan dan kau tackle dia. Kau menyamarlah yang kau ni orang susah. Hah, amacam? Ada geliga tak otak aku ni?”
            “Geliga tengkorak kau, bila rahsia ni pecah je, mesti perempuan tu tinggalkan aku. Lepas tu aku pun merana lagi.” Bidas Arian sambil tergelak-gelak.
            “Wah, kau pernah merana ke? Tak pernah nampak pun.” Dia tahu Arian maksudkan dirinya. Tapi sengaja dia buat tak tahu. Usik mengusik seperti ini sudah lali diantara dia dan Arian.
            “Mana nak nampak. Kau asyik nampak Mikhail je.”
            Dayana hanya tergelak. Sedikit pun tidak mengambil hati dengan kata-kata Arian. Dia kenal Arian bukan sehari dua. Kata-kata Arian itu umpama dilalukan pada angin sahaja.
            “Nak buat macam mana. Rezeki dapat suami hensem.” Gelak lagi. Sesungguhnya keceriaan itu adalah rahsia kejelitaan untuk awek muda tau.
            “Amboi, syok betul dia gelak eh? Tak macam mak orang langsung.” Dayana sendiri tidak sedar sejak bila suaminya itu sampai. Dengan senyuman yang masih menghiasi wajahnya, Dayana menghulurkan salam.
            “Entah. Bilalah kau ni nak berubah Aya.” Giliran Arian pula yang mengelengkan kepala. Konon-konon seperti tidak berpuas hati dengan kelakuan Dayana.
            “Amboi, dua lawan satu mana aci.” Bentak Dayana tidak berpuas hati. Sejak dia kembali berbaik dengan Mikhail, hubungan diantara dua orang lelaki itu sudah kembali erat. Malah lebih erat berbanding dahulu. Inilah hikmah yang disembunyikan oleh Allah. Jangan pernah berfikir yang derita itu akan bertandang selamanya, pasti akan ada cahaya kebahagiaan satu hari nanti.
            “Aya ajaklah Yani geng dengan Aya.” Usul Mikhail sambil mula mendapatkan tempat di sisi isterinya itu.
Kalau dulu, pasti dia akan cemburu gila bila Dayana bersama-sama dengan Arian. Kerana dia sentiasa merasakan Arian melebihi dia dalam apa jua perkara sekalipun. Namun kini, mereka sudah menjadi sahabat baik. Malah ada sesetengah rahsia hanya diketahui olehnya tanpa pengetahuan Dayana.
            “Yani tu tak payahlah. Nanti dia sibuk nak jadi geng dengan Rian.” Rungut Dayana lagi.
            “Buruk weh muka kau bila kau merajuk.” Sejurus itu, Arian hanya tergelak sakan. Walaupun sudah menjadi ibu pun, perangainya masih tidak pernah berubah. Dayana dayana.
            “Malaslah layan korang. Baik pergi main dengan budak-budak ni.” Sejurus kemudian, terus Dayana bangun dari duduknya dan berlari ke arah Dayani dan Zikri.
            “Tak pernah berubah jugak perangai dia.” Tergeleng-geleng kepalanya dengan perangai Dayana itu. Gadis yang dulu pernah mendapat tempat dihatinya.
            “Aku bersyukur yang dia tak berubah. Kalau dia berubah, mesti dia tak akan terima aku lagi.” Ujar Mikhail perlahan. Terhenti kunyahan Arian yang baru menjengah ke dalam mulut.
            “Kisah lama tak perlulah diulang semula.” Segulung senyuman dihulurkan buat sahabatnya itu. Usahlah terlalu dikenangkan masa silam itu. Lagi pula, dia sudah nampak sinar kebahagiaan dalam pandangan mata Dayana.
            “Aku tanya sikit boleh?” Agak teragak-agak Mikhail untuk melahirkan pertanyaan. Namun segenap hatinya terlalu ingin mengetahui jawapannya.
            “Kau ingat aku kaunter pertanyaan ke hah? Hahaha, tanya jelah. Tak kena bayar    pun.” Sempat lagi dia bergurau.
            “Kau masih sayangkan Aya?” Arian tersenyum mewah. Sudah menjangkakan hala tuju soalan Mikhail.
            “Maaf kalau aku cakap yang kasih sayang aku tak pernah luput untuk dia.” Seketika, hanya kebisuan yang menemani.
            “Tapi kau jangan salah faham. Aku sayang dia tak lebih dari seorang sahabat. Tak lebih dari seorang sepupu dan tak lebih dari seorang abang untuk adiknya. Dan aku tahu, walaupun kau akan lukakan dia satu hari nanti pun, dia tak akan boleh terima aku sebagai suami. Dan aku pun tak boleh nak terima orang yang aku pasti, aku tak boleh bahagiakan dia sebagaimana yang kau mampu buat Khail.”
            Mendalam maksud kata-katanya itu. Dan dia memang betul-betul memaknakan setiap tutur katanya. Dia sudah sangat pasti yang jodoh dia bukan bersama dengan Dayana.
            “Kau pun jangan salah faham jugak. Aku bukan sangsi atau berfikiran yang bukan-bukan. Aku cuma sekadar bertanya.” Jelas Mikhail. Dia tidak mahu lagi berlaku salah faham diantara mereka. Cukup-cukuplah yang lepas-lepas.
            “Kau pun, sudah-sudahlah membujangnya. Cari seseorang yang boleh jaga makan minum kau.”  Usik Mikhail. Baginya, orang sekacak dan sebaik Arian perlu teman yang akan menjadi pendorong semangatnya. Moga lebih bersemangat untuk meneruskan hari esok.
            “Setakat nak jaga makan minum tu, baiklah aku cari orang gaji.” Tergelak besar kedua-duanya. Dayana yang memandang dari kejauhan tersenyum di dalam hati. Dua orang lelaki kesayangannya sudah menjadi rakan karib. Tidak ada lagi hal yang bakal mengusarkannya lagi.
            “Alah, aku kan tunggu Dayani membesar. Nanti aku pinanglah dia. Hahaha.”
            “Suka hati kau je eh. Aku tak akan setuju. Lagipun Yani tak mahu nyer orang tua macam kau ni.” Bidas Mikhail balik.
            “Yani, yani nak tak kahwin dengan uncle?” Terus Arian bertanya sambil memeluk anak gadis Mikhail itu tika Dayani berlari untuk menghilangkan kehausan.
            “Nak. Uncle baik, hensem, banyak duit.” Tergelak semua yang mendengar jawapan Dayani itu. Terus Arian menghadiahkan sebuah ciuman di pipi gadis yang banyak mulut itu.
            Dayana dan Mikhail saling perpandangan.Apa yang mereka mampu lakukan ialah tersenyum dan mendoakan kebahagiaan Arian. Kesabaran Arian untuk menempuh hari esok akan dibayar oleh Allah satu hari nanti.
***
            Ariana berlari keanakan bila mendapati yang dirinya sudah kelewatan. Hendak buat macam mana, meeting habis lambat. Mujurlah Arian bukan lelaki yang kuat membebel.
            “Hei, bertahun dah abang tunggu tau.” Perli Arian sambil memulakan pemanduan. Sedangkan Ariana hanya mampu tersengih-sengih.
            “Salah bos lah sebab dia tu tak habis-habis lagi nak berborak. Padahal meeting dah habis lama dah.” Kini giliran Ariana pula yang merungut.
            “Tulah, kalau kerja dengan abang kan senang.” Ariana buat muka tak ada perasaaan. Dia bukannya ingin menolak permintaan abangnya itu, namun dia tidak berapa suka bekerja bersama ahli keluarga. Bimbang nanti perkara yang tidak memuaskan hatinya di pejabat akan dibawa ke rumah.
            “Alah, kalau abang jadi bos Riana, lagilah susah. Abang kan cerewet.” Dia ketawa sedikit. Sekadar ingin mengenakan abangnya itu.
            “Eh, pandai-pandai je. Apa bukti yang menunjukkan abang ni cerewet?” Hah, cepat tunjukkan bukti Ariana!
            “Kalau abang ni tak cerewet, mesti dah lama abang kahwin dengan pilihan mak kan...” Arian dah agak dah. Mesti topik kahwin juga yang menjadi pilihan adiknya itu. Apalah yang hendak dibimbangkan. Dia baru mencecah umur 28 tahun. Bukannya tua sangat.
            “Cerewet bab kahwin, tak semestinya sama dengan cerewet jadi bos.” Balas Arian tidak mahu kalah.
            “Alah, sama je. Bukan ke karekter kita yang sedia ada ke yang membawa kita menjadi seorang pemimpin. Kalau abang cerewet nak cari pasangan, dalam semua perkara pun, abang mesti dalam kategori orang yang cerewet.”
            Arian mengaru-garukan kepalannya yang tiba-tiba terasa gatal. Susah juga hendak berbahas dengan orang yang banyak cakap ni. Adoyai.
            “Eh, bang! Riana nak singgah kat butik kejap. Nak ambik baju yang Riana tempah bulan lepas.” Tergeleng-geleng kepala Arian dibuatnya. Apalah nasib dapat adik macam Ariana ni?
            “Jangan lama sangat.” Awal-awal lagi sudah diberikan peringatan buat adiknya itu. Ariana tu bukan boleh kira sangat. Nak ambil baju kang macamlah nak buat sepasang baju lamanya.
            “Yes bos!”
            Perlahan-lahan Ariana membuka pintu butik itu. Terjengul wajah seorang gadis yang mungkin berusia awal dua puluhan.
            “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Ramah bicaranya. Kalau macam ni, boleh tempah lagi baju kat sini.
            “Saya nak ambil baju yang saya tempah minggu lepas.”
            “Oh, kejap eh. Maya, Cik ni datang nak ambil baju tempahan.” Ujar gadis itu kepada sahabatnya.
            “Datang nak ambil baju ya... Ada resit tak?” Terus Ariana menghulurkan resit yang sedari tadi berada di gengamannya. Matanya ralit memandang gadis yang kecik molek itu. Wajahnya bagai tidak asing dalam kotak memorinya.
            “Ini baju Cik. Cik boleh buat pembayaran di kaunter depan ya.” Ariana masih lagi tidak berkelip memandang. Tiba-tiba, mulutnya seakan-akan ringan sahaja menghulurkan pertanyaan.
            “Awak ni dulu student Uitm kan...” Ya, dia benar-benar pasti yang dia kenal gadis yang bekerja di butik ini.
            “Aah... tapi saya tak habis belajar pun. Sorrylah, awak kenal saya ke?” Tanya Maya teragak-agak.
            “Kita pernah sekelas waktu kelas management dulu kan. Mungkin awak dah tak ingat kot.” Maya cuba memerah kembali kepala otaknya. Namun yang dia pasti, dia sudah pun membuang segala kenangan yang tercipta sewaktu dia keluar dari Uitm dulu.
            “Sorylah.. Saya memang cepat hilang ingatan sikit..” Ariana hanya tergelak kecil. Dia tahu kisah yang menghimpit gadis itu. Dia tahu perkara apa yang membuatkan Maya berhenti belajar satu ketika dahulu.
            “Dah lama dah kerja kat sini?” Sekadar berbasa basi. Hmm, gadis ini masih cantik seperti dahulu. Sudah berpunya ke belum agaknya?
            “Lama jugak. Dah dua tahun dah. Hmm, baru pertama kali hantar baju ke?” Giliran Maya pula yang melontarkan pertanyaan.
            “Aah. Ada kawan rekomenkan butik ni. Jadi, kaulah yang jahit baju kat sini eh?” Rasanya, penggunaan ayat ‘aku’ ‘kau’ itu lebih kelihatan mesra dari pengunaan ayat ‘saya’ ‘awak’.
            “Aah. Mungkin waktu kau hantar dulu aku cuti kot. Harap kau sukalah air tangan aku yang tak seberapa ni.”
            “Eh, aku kena pergi dulu ni. Kang bising pulak cik abang aku tu.” Setelah bersalaman dan membuat pembayaran, Ariana keluar dari butik dan terus mendapatkan abangnya.
            “Hei, dah berbulu dah abang tunggu kau tau.” Mujurlah dia seorang yang jenis bersabar. Kalau tidak, sudah lama ditinggalkan adiknya yang kaki shopping itu.
            “Alah, sorylah bang. Tadi kebetulan jumpa member lama.” Ariana menghadiahkan senyuman sumbang bin sumbing.
            “Kesian dia tau.” Pancing Ariana lagi. Tidak mahu jika mood Arian bertukar rentak.
            “Kenapa dengan dia?” Masih fokus memandu.
            “Dia berhenti belajar dulu. Padahal waktu tu dah sem empatlah kalau tak silap.” Ariana cuba menjejaki kenangan yang sudah mula kabur dari kepala otaknya.
            “Kenapa dia berhenti?”
            “Masalah keluarga.” Tidak semua orang mengetahui kisah yang terjadi disebaliknya. Dia tahu perkara ini pun dari mulut kawan baik Maya sendiri.
            “Kenapalah nak campur adukkan masalah keluarga dengan pelajaran. Belajar jelah.” Komen Arian. Tiba-tiba dia berasa tidak berpuas hati.
            “Abang tak faham. Kalau tak silaplah, dia berhenti belajar sebab ayah dia meninggal. Lepas tu kakak sulung dia pulak buat hal. So dia ambik keputusan untuk berhenti.”
            “Alah, semua tu atas kehendak diri sendiri jugak. Belajar kan dapat duit pinjaman.” Protes Arian lagi. Terlebih tidak berpuas hati pulak.
            “Dia mungkin boleh guna duit pinjaman tu. Habis tu, mak dia macam mana? Adik-adik dia macam mana pulak? Tak kanlah nak pentingkan diri sendiri.” Keras nada suaranya. Tidak menyokong kenyataan abangnya sebentar tadi.
            “Kakak dia buat hal apa? Tak kan tak boleh sara mak dengan adik-adik dia?” Hanya sebuah keluhan yang kedengaran. Ariana menghadapkan pandangan ke luar.
            “Riana, abang tanya ni?” Tegur Arian. Entah hilang kemanalah dia mengelamun.
            “Kakak dia kahwin dengan orang kaya. Terus lupakan keluarga. Sebab nilah yang meragut nyawa bapak dia.” Terdiam Arian dibuatnya. Memang berat beban yang tergalas.
            “Sayang je belajar tak habis. Dahlah dia tu pandai tau. Tapi nak buat macam mana. Mungkin bukan rezeki dia kot. Sebab tu dia sekarang bekerja di butik tu. Jadi tukang jahit.” Terang Ariana tanpa dipinta.
            “Wah, kalau macam tu, bolehlah abang ngorat dia eh.” Sengaja Arian mengusik. Manakala Ariana hanya mencebik.
            “Confirm dia reject abang.” Terpinga-pinga Arian dibuatnya.
            “Asal pulak? Apa, tak cukup hensem ke abang ni?” Sejak adiknya itu bekerja di Kuala Lumpur, barulah hubungan mereka akrab. Jika tidak, masing-masing membawa haluan masing-masing.
            “Dia tak suka orang kaya. Dia benci gila.” Berkerut dahi Arian mendengarnya.
            “Eh, abang kaya ke? Baru abang tahu hari ni.” Terus Ariana mencubit abangnya itu. Tidak pernah serius.
            “Orang serius ni? Huh!” Marah Ariana.
            “Bukan semua orang kaya tu teruk dik oit. Ramai lagi oran kaya yang berhati mulia. Permikiran dia tu perlu diubah.” Kata-kata Arian itu memang banyak betulnya. Namun hati yang sudah dirasuki dendam tidak akan semudahnya dibasuh sebegitu sahaja. Kalau guna clorox sekalipun, belum pasti dapat membersihnya.
            “Betul ke abang nak ngorat dia?” Tiba-tiba Ariana merasakan yang idea gila Arian ini masuk dek akal jugak. ‘Mungkin abang dapat merubah perspektif Maya tentang orang kaya.’
            “Eh, tadi abang main-main jelah. Malulah nak ngorat-ngorat ni. Kalau dia ngorat abang nanti, boleh jugak abang pertimbangkan nanti.” Mati terus senyuman yang menghiasi wajah Ariana sebentar tadi.
            “Kalau macam tu, sampai tualah abang membujang.” Bengang betul kalau bercakap dengan Arian ni. Ada sahaja yang tidak kena di hatinya.
            Arian tersenyum sahaja. Senang dapat mengenakan adiknya itu. Namun ingatannya bagai tergarit pada gadis yang menjadi sebutan Ariana itu?
*** 
             Arian bergegas keluar dari office setelah mendapat panggilan telefon daripada Ariana yang mengadu keretanya rosak berhampiran dengan pejabatnya.
            “Macam mana boleh rosak ni?” Ariana hanya mendengus apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.
            “Tanyalah kereta ni sendiri?” Benggang sungguh agaknya.
            “Kalau kereta ni boleh bercakap, mesti dia cakap yang tuan dia ni banyak songeh sangat. Sebab tu dia meragam.” Sempat lagi Arian mengusik adiknya yang sudah menghalakan muncung sedepa itu.
            “Abang ni kan, sama je bengong macam kereta ni jugak.” Hah, tak pasal-pasal dia pun terkena tempias kemarahan adiknya itu. Ariana terus masuk ke dalam kereta. Sengaja membiarkan Arian kepanasan keseorangan.
            Tiba-tiba Ariana keluar dari kereta dengan muka yang masih mencuka. Entah berapa kali matanya melirik ke arah jam tangannya.
            “Bang, lambat lagi ke ni? Riana nak cepat ni.” Gesa Ariana. Dia ada meeting penting hari ni.
            “Abang pun tak berapa nak pasti apa problem kereta ni. Jom abang hantar Riana dulu. Kereta ni abang panggil mekanik tolong check.” Tercengang Ariana mendengar penjelasan abangnya itu. ‘Kalau tak tahu, cakap jelah awal-awal. Ni sengaja nak control macho. Hampeh betul!’
            “Eee, cakap jelah awal-awal kalau tak tahu.” Gumam Ariana tidak berpuas hati.
            “Lah, abang ingat problem biasa je. Manalah abang tahu kalau kerosakan dalaman ni. Abang bukannya mekanik dik oit.” Balas Arian tidak mahu kalah. Namun tiba-tiba ada senyuman yang terlukis di wajah Ariana yang sedari tadi asyik moody je.
            “Apalah abang ni. Kereta Riana tak sembuh-sembuh jugak tapi baju abang tu dah mengalahkan mekanik kereta dah Riana tengok.” Perli Ariana sambil tergelak kecil.
            Barulah Arian perasan yang bajunya terpalit minyak hitam kereta Ariana. Dia ikut turut tersenyum. Sekurang-kurangnya dapat membuatkan adiknya itu tersenyum. Ariana ni ada mood yang tersendiri jugak. Salah cari pasal, tak pasal-pasal dia boleh mengamuk tau.
            “Nak hantar kat mana ni?” Tanya Arian sejurus mereka masuk ke dalam perut kereta.
            “Hantar kat Legend Hotel. Riana ada meeting dengan client.”
            “Balik nanti macam mana pulak. Nak suruh abang ambik ke?” Tanya Arian ambil tahu. Ariana satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jadi, dia perlulah bertanggungjawab dengan segala tindak tanduk adiknya itu memandangkan ibu bapanya tinggal di kampung.
            “Tak payahlah. Riana ambik teksi je. Tak pun suruh client tu tolong hantar.” Selamba sahaja bicaranya.
            “Okay, jaga diri tau.” Arian melahirkan peringatan tika pemanduannya sudah sampai di perkarangan Hotel.
            “Hahaha. Kelakar nasihat tu. Of course lah bang. Ini Arianalah” Apa yang mampu Arian lakukan ialah mengeleng. Mujurlah adiknya cuma seorang. Kalau sepuluh orang berkelakuan macam ni, hmm botaklah kepalanya nanti.
***
            Arian memberhentikan kereta di tepi jalan. Fikirnya, dia ingin membeli minuman untuk membasahkan tekak yang kehausan.
            Usai membayar, dia terkejut apabila sebuah kereta ingin melanggar seorang mak cik yang sedang melintas jalan. Dia yang terkaku tidak sempat melakukan apa-apa. Namun mujurlah seorang gadis terus menerpa mak cik tersebut dan mengheretnya ke tepi jalan.
            “Mak cik tak apa-apa?” Tanya Maya gusar. Matanya memerhati pada kereta BMW yang baru sahaja meloloskan diri.
            ‘Kurang ajar. Kau ingat, kau pakai kereta mahal, aku takut ke?’ Tanpa berfikir panjang, matanya meliar ke arah sekeliling. Mencari-cari sesuatu untuk dibaling ke arah kereta tersebut.
            “Eh, Cik nak buat apa tu?” Tegur Arian pelik apabila dia melihat gadis tersebut mengutip beberapa biji batu di tepi jalan.
            “Orang macam ni memang kena ajar sikit.” Sejurus kemudian, dia terus membaling batu-batu kecil itu ke arah kereta mewah tersebut. Dan balingannya tepat sekali kerana batu tersebut terkena cermin belakang kereta.
            ‘Mampus!’ Itulah perkataan yang ada di dalam kepala otak Arian sekarang apabila melihat kereta tersebut membuat pusingan u-turn dan berjalan ke arah tempat mereka.
            “What your problem? Kalau cermin kereta aku ni pecah, siapa nak ganti hah?” Jerkah lelaki tersebut. Maya tersenyum mengejek.
            “Habis tu, kalau nyawa mak cik ni melayang, kau boleh ganti ke hah?” Lawan Maya... Jangan biarkan lelaki tak guna macam dia ni hidup berleluasa di muka bumi ni!
            Arian tersenyum dalam hati. Mengagumi keberanian gadis yang nampak sahaja kecil, tapi kata-katanya pedas mengalahkan cili boh. Tapi, cili boh memang tak pedas pun kan...
            “Masalahnya sekarang, mak cik ni yang tak nampak kereta aku! Bukan salah aku.” Arian kembali fokus dengan pertengkaran dua orang manusia ini.
            “Bukan salah kau, kau cakap? Kau tu yang memandu macam orang mabuk lepas tu nak salahkan mak cik ni pulak. Dasar lelaki tak sedar diri.” Kali ini, kemarahannya sudah tiada tandingnya lagi. Memang dia bengang tahap gaban!
            “Eh, cakap jelah yang korang nak duit.. Tak payah nak buat drama macam ni. Dasar pengemis.” Dengan belagaknya, lelaki tersebut mengeluarkan beberapa not berwarna biru dan dibaling ke arah gadis tersebut. Sesungguhnya, anda memang sangat biadap wahai lelaki!
            Secepat kilat Maya mengutip duit yang bertebangan di sana-sini itu. Lelaki bongkak itu tersenyum mengejek. Mula beranggapan yang dia telah menang dalam pertarungan tanpa pengadil ini.
            “Ni duit kau eh... Sory, kami bukan pengemis!” Seraya itu, terus Maya mengoyakkan duit tersebut dan dibaling ke arah pemuda yang belagak sombong bin bagus itu.
            Jelas kelihatan lelaki tersebut megetap bibirnya. Mungkin gadis tersebut sudah melebihi batas kesabarannya. Ataupun dengan lebih jelas, gadis genit itu sudah mencabar kesabarannya. Lantas terus tangannya diangkat tinggi. Baginya, perempuan sebegini memang layak mendapat pelempangnya.
            “Bro, aku rasa memang kau yang bersalah dalam hal ini.” Halang Arian. Cukup-cukuplah drama tanpa pengarah ni.
            Maya tersenyum puas. Dalam hatinya kelegaan sedikit. Jika tanpa bantuan lelaki baik hati ini, mungkin dia sudah lumat dikerjakan oleh lelaki biadap ini.
            “Kau akan terima balasannya.” Ugut lelaki tersebut dan berlalu dengan kemarahan yang bukan sedikit.
            “Aku tak takut langsung. Kau dengan keturunan kau, memang aku benci sangat.” Arian dapat merasakan kebencian gadis genit itu. Auranya bagai menyerap ke dalam jiwanya.
            “Kau tunggu jelah.” Terus lelaki tersebut pergi meninggalkan yang lain-lain.
            “Kita kena bawak mak cik ni pergi klinik. Awak boleh ikut saya sekali?” Tanya Arian teragak-agak sedikit. Entah kenapa, dia terasa ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat. Keberanian gadis itu memang menawan kalbu.
            “Boleh je. Nak pergi naik apa?” Sekurang-kurangnya dia perlu membalas jasa lelaki itu yang membantunya tika tangan lelaki biadap itu hampir hinggap di pipinya.
            “Naik kereta saya.” Maya membantu Arian tika mengendong mak cik itu. Yang peliknya, mak cik itu sedikit pun tidak berkata apa-apa.
            “Kereta siapa ni?” Tanya Maya tidak berapa senang hati. Dia memang anti gila dengan spesis orang kaya ni.
            “Ni kereta bos. Saya driver je.” Tipu Arian. Mujurlah Maya mempercayainya apabila melihat kemejanya yang kotor terpalit minyak hitam kereta Myvi adiknya tadi.
            “Saya Arian, awak?” Arian memulakan perbualan tika mak cik tersebut sedang diperiksa oleh doktor.
            “Maya. Hmm, nama awak macam orang kaya.” Tergelak besar Arian mendengarnya. ‘Punyalah anti dengan orang kaya, sampaikan nama aku pun dia kata macam orang kaya. Dasyat punya manusialah.’ 
            “Mungkin sebab dulu mak saya nak saya jadi orang kaya kot.”
            “Buat apa jadi orang kaya. Orang kaya bukannya berguna sangat.” Sekilas, dia melemparkan pandangan pada gadis yang sedang duduk disebelahnya. Perilakunya macam seseorang. Tapi siapa eh?
            Akhirnya, mak cik itu keluar dari bilik pemeriksaan doktor. Doktor juga ikut turut keluar sekali.
            “Macam mana dengan mak cik ni doktor? Sebab dari tadi dia asyik senyap je.” Tanya Maya ambil berat.
            “Sebenarnya mak cik ni bisu. Hmm, hanya luka kecil sahaja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.” Melopong Maya dan Arian setelah mendengar penerangan doktor. ‘Bisu rupanya.’
            “Terima kasih doktor.” Ujar Arian seraya bersalam dengan tuan doktor.
            “Puan Habsah.” Panggil jururawat yang bertugas di kaunter pembayaran. Terus Maya bangun memandangkan dia tahu akan nama mak cik itu berdasarkan kad pengenalan yang diberi.
            “Berapa?” Tanya Maya.
            “Tiga puluh enam ringgit.” Maya membuka beg duitnya. Cukup-cukup untuk membayar bil rawatan mak cik Habsah. Namun apa yang hendak diberikan kepada ibunya nanti. ‘Ya Allah, bantulah hambamu yang kesempitan ini.’
            “Biar saya yang bayar.” Seakan-akan mengerti kedaifan gadis itu, Arian menghulurkan bantuan.
            “Eh, tak apalah. Saya boleh bayar.” Masih lagi berdegil sedangkan dia tahu yang lelaki ini hendak membantunya.
            “Kalau macam tu, apa kata kalau kita bayar separuh sorang.” Usul Arian. Dengan sedikit senyuman, akhirnya Maya bersetuju. Arian mula sudah dapat membaca kelakuan gadis ini. Bukan pujukan bertalu-talu  yang diperlukan, tetapi sedikit toleransi sudah dapat  melembutkan pemilik hati gadis ini.
            Usai menghantar mak cik bisu itu ke rumahnya melalui alamat kad pengenalannya, Arian menawarkan diri untuk menghantar Maya pula.
            “Eh, berhentikan saya kat tepi jalan ni je. Saya boleh balik sendiri.” Kalau boleh, dia tidak mahu Arian tahu tempat tinggalnya.
            “Tak apalah. Hari pun dah lewat petang. Biarlah saya hantar awak balik.” Kalau boleh, dia tidak mahu terputus hubungan dengan Maya. Entah kenapa, ada sesuatu yang membuatkan Maya begitu menarik di pandangannya.
            Akhirnya Maya beralah sahaja. Ditunjukkan hala tuju menuju ke rumahnya. Arian tersenyum kemenangan di dalam hati.
            “Terima kasih.” Ujar Maya lantas keluar dari perut kereta. Belum sempat Arian ingin meminta nombor telefon.
            ‘Tak apalah Rian, kau dah tahu rumah dia. Kalau tak jumpa dia, terus jelah terkam rumah dia. Hehehe.’Hah sudah, penyatkit gatal Arian dah mula dah... Relaks Arian.. Janganlah gelojoh sangat.
            Dulu dia akui, dia terlewat tika menyuarakan isi hatinya pada Dayana sehingga membuatkan wanita itu setia menunggu Mikhail. Namun kali ini, dia tidak akan terlewat lagi. Dia akan pikat Maya sehabis-habisnya. Itu tekadnya kini.  

P/S: jangan bengang-bengang.. saja nak buat promosi untuk cerpen nih.. insyaAllah akan diterbitkan bulan 4 nanti oleh KS... versi cerpen punya.. moga2 x ada aral yang melintang piukang kanglah!!! hehehehe.. kalau nak tahu kesudahannya,,, kena beli tau!!! 

4 comments:

  1. uwaaaaaaaaaaaa nk curang ngn khail la..nak arian..adeh..terjatuh tergolek dah neh..uwaaaa KS cepat la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sampai tergolek ke kak??
      arian ni hero kesayangan sy tau... hehe..

      Delete
  2. Best....nampaknye arian ketemu bahagia....cik writer jgn bg arian merana ye....Good job

    ReplyDelete
  3. yla..promote la dlu ye..bez pe cte neh..hehe..intresting..nk tau gk arian lh tackle ke x si maya 2..heehe

    ReplyDelete