Friday, 27 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [42]


         Sudah sebulan pemergian Luqman, terasa baru semalam lelaki itu menemani hari-harinya. Terasa masih basah kerinduan ini. Tidak akan pernah kering dimamah waktu. Peritnya percintaan ini? Sungguh, tidak pernah dia menyangka yang  kisah kasih mereka ini akan berakhir sebegini rupa.
            Jujur dia akui yang perasaanya langsung tidak kuat! Dia hanya berpura-pura tabah dan sabar di hadapan ahli keluarganya. Namun hakikatnya setiap waktu dia menangis ketika ingatan bersama dengan Luqman mengarit perasaan.
            Kadang-kadang Faraneesha sendiri terlupa yang Luqman sudah tiada. Ada satu waktu, dia mengambil telefon untuk menenelefon Luqman. Sudah menjadi tabiat sebelum tidur untuk mengucapkan selamat malam pada Luqman.
            Bila panggilan bersambut, suara Hanis yang menyapa mula mengingatkan dia tentang pemergian Luqman. Nombor Luqman memang sengaja dibiarkan aktif. Bimbang jika ada kenalan Luqman yang masih belum mengetahui pemergiannya.
            “Kenapa telefon kak?” Soal Hanis di hujung talian.
            “Saja.. Anis dengan Umi sihat kan?” Sedaya upaya dicuba untuk mencari helah. Bimbang jika Hanis dapat mengesan kerinduan yang sarat terkandung di lubuk hati.
            “Sihat je kak... Anis pun harap akak sihat.. Walaupun akak mungkin tak akan jadi ahli keluarga kami, tapi Anis harap akak tak lupakan Anis dengan Umi..” Pinta Hanis sungguh-sungguh. Suaranya sudah mula kedengaran sebak.
            “Anis... walaupun akak tak sempat kahwin dengan abang, tapi Anis dan Umi akak dah anggap seperti ahli keluarga akak sendiri! Anis jangan sedih-sedih tau.” Dia cuba memujuk Hanis yang sedang menangis sedangkan dia juga turut cuba memujuk hati miliknya sendiri.
            “Akak telefon abang sebab akak rindukan abang kan?” Faraneesha hanya senyap. Tidak mampu untuk menjawab apa-apa.
            “Anis pun rindukan abang... Rindu sangat-sangat....”
Faraneesha sedar yang Hanis terlalu rapat dengan arwah Luqman. Segala benda pun dia berkongsi dengan abangnya itu. Pasti Hanis terasa kehilangannya. Keperitan yang Hanis rasakan, pastilah lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan dirinya.
            Apalah yang ada pada kasih seorang kekasih jika hendak dibandingkan dengan hubungan kekeluargaan yang sudah terikat kemas sejak azali lagi. Akhirnya malam itu dia memberikan semangat buat Hanis walaupun dia tahu yang semangatnya tidaklah sekuat mana.
            “Mungkin akak tak mampu nak gantikan tempat abang yang pasti tiada galang gantinya... Tapi akak nak Anis tahu satu perkara... Kalau Anis perlukan apa-apa, akak ada di untuk bantu Anis.. Jangan segan-segan tau! Akak sayang Anis dan Umi.. kasih sayang ni tak akan ada penghujungnya..”
            Itulah tekadnya. Itulah harapannya. Moga kasih yang terjalin tidak akan pudar dimamah rasa. Tidak akan hilang ditelan zaman. Hanya Allah yang mampu memisahkan ikatan yang terjalin ini.
            Kerana itu dia cuba menyibukkan diri dengan kerja. Namun banyak manalah sangat kerjanya. Habis-habis, pukul lima semua kerja pun sudah pun diselesaikan. Tanpa sedar, dia mula mengeluh kecil.
            “Apa yang dikeluhkan tu?” Tanya Farafeesa yang baru masuk ke dalam perut kereta. Hilang lamunannya tika bersama dengan Hanis. Pantang ada masa, pasti akan menewarang jauh. Terlupa yang dia sendang menunggu Farafeesa yang baru keluar dari pejabat. Mujur sahaja petang ini jalan tidak berapa sesak. Jika tidak, pasti menyesakkan kepala otakknya!
            “Tak ada apa..” Faraneesha meneruskan pemanduan. Akhirnya, pasangan kembar itu hilang tanpa kata. Sesekali terdengar batuk Farafeesa yanga agak kuat itu. Memeriahkan suasana sepi milik meraka.
            “Dah tahu batuk, makanlah ubat batuk.” Tegur Faraneesha sedikit.
            “Dah makan dah...” Bukan sekadar ubat batuk, segala macam jenis ubat pun sudah ditelannya. Adakalanya sudah terlalu muak! Namun dia tidak berani untuk mengingkari arahan daripada Doktor Hidayah.
 Farafeesa memejamkan matanya. Menghilangkan rasa pening yang bermaharajalela di ruangan kepala. Sungguh, sejak akhir-akhir ini, badannya sudah tidak daya menanggung beban kesakitan. Makan ubat pun tetap tak jadi apa-apa!
            Farafeesa dan Faraneesha sama-sama terdiam. Meraka berada tidak jauh antara satu sama lain. Tapi hakikatnya mereka terlontar jauh dalam angan-angan sendiri. Faraneesha mengharapkan kasih yang hilang bertandang kembali manakala Farafeesa pula sedaya upaya menepis kasih yang sudah mula berada di depan mata.
            Lamunan Faraneesha terhenti apabila mendengar batuk Farafeesa yang terlalu kuat itu. Dia perasan yang sejak akhir-akhir ini, Farafeesa memang sering nampak pucat dan sering demam-demam.
            “Balik rumah nanti, makan ubat!” Dia ambil berat akan perihal adiknya itu. Tahu benar yang Farafeesa terlalu culas untuk makan ubat.
            Farafeesa hanya mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya ada perkara lain yang menganggu fikirannya. Sejak peristiwa di dalam pejabat Ezrakil, lelaki itu hanya bercakap dengan dirinya tentang hal kerja sahaja. Itu pun tidak memandang wajahnya. Adakalanya, Ezrakil hanya menitipkan pesan terhadap Atiq sahaja! Sungguh, hatinya tersentuh dengan layanan Ezrakil.
            ‘Kecewa sangatkah lelaki itu denganku?’
            “Feesa, bukan ke ini yang kau nak sangat? Kalau kau rasa sedih, bos lagi sedih sebab dia melakukan sesuatu diluar kemahuan dia!” Atiq terlalu mengerti yang Farafeesa melakukan semua ini untuk tidak menyeksa Ezrakil di kemudian hari.
            Namun sekarang, dua-dua pun terseksa. Apa yang akan berlaku nanti, serah sahaja kepada Yang Maha Esa. Apa yang perlu Farafeesa lakukan sekarang ialah menerima Ezrakil. Benarkanlah diri itu untuk berbahagia sebelum janji Allah itu tiba.
            “Kau tahu kan aku pun terpaksa lakukan semua ni!” Balas Farafeesa lemah. Sungguh, dia tidak mampu untuk mempertahankan rasa ini. Lama-lama, cinta ini mampu untuk membinasakan dirinya sendiri.
            Atiq mengeluh di dalam hati. Dia sedar, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dia mula merapat ke arah meja Farafeesa. Susah hendak menukar pendirian Farafeesa ini. Tekadnya lain macam.. aishh..
            “Feesa.... kau tak rasa ke apa yang kau buat ni salah? Kalau pun kau sakit, kau pun berhak untuk bahagia...” Pujuk Atiq lagi. Sejak dia tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh Farafeesa, dia akan cuba memujuk untuk Farafeesa menerima Ezrakil. Sungguh, dia teramat kasihan melihat Farafeesa menderita sendirian.
            “Aku tak mahu melihat penderitaan dia nanti Tiq... Kalau seribu kali kau tanya pun, jawapannya tetap sama. Tak akan ada sebarang perubahan Tiq!”
            Tegas nada suaranya. Ingin memahamkan Atiq yang cinta ini bukan sahaja ketika mengejar kebahagian tapi akan ada derita yang bertandang tika kasih ini diambil semula oleh Yang Maha Kuasa.
            “Kau ni degil lah Feesa....” Luah Atiq geram. Susah nak faham orang yang tetap pendirian ni!
            “Aku berdegil bila perlu je Tiq....” Farafeesa terbatuk sedikit. Dadanya terasa sesak! Perit menangung sakit di dada. Atiq terus menghulurkan air. Tidak berlengah lagi dari terus membiarkan Farafeesa menangung beban kesakitan sendirian. Bila sakit Farafeesa menyerang, sungguh hatinya perit melihatnya.
Walau bukan digalas oleh dirinya, tapi dia ikut turut merasa tempiasnya. Kerana dia terlalu menyayangi Farafeesa! Air matanya ikut turut bergenang. Sedih melihat keadaan Farafaeesa. Mukanya pucat! Seri langsung hilang entah kemana.
Farafeesa menyambut huluran air itu. Dia meneguk perlahan. Tapi melihat wajah Atiq yang serius itu, dia jadi sedih sendiri. “Atiq, aku batuk jelah.. Bukan nak mati pun..” Sengaja Farafeesa mengusik.
 Atiq sekarang pantang melihat dia batuk atau pening kepala. Pasti ibu mengandung itu akan jadi susah hati. Farafeesa mula berasa serba salah kerana membocorkan rahsia ini. Sepatutnya Atiq tidak perlu tahu tentang hakikat ini. Biarlah dia menanggungnya sendirian. Farafeesa bimbang jika emosi Atiq akan mempengaruhi kandungannya.
“Main-mainlah kau nih!” Atiq menampar kasar bahu Farafeesa. Hatinya bertambah sakit apabila menangkap tawa milik Farafeesa. ‘Hidup tak pernah serius!’
“Kau tu yang serius memanjang.. Jangan sedih-sedih sangat Atiq.. Nanti anak angkat aku pun ikut turut jadi penyedih. Mulalah cengeng bagai! Masa tu, kau jangan suruh aku bertanggungjawablah....”
“Memang kau patut bertanggungjawab pun...” Bidas Atiq tidak mahu kalah. Jarinya menyapu air mata yang menyapa di birai mata.
“Eh, bukan aku yang buatkan kau mengandung! Kenapa aku pulak yang kena bertanggungjawab?” Usik Farafeesa lagi. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Menghargai detik-detik keemasan yang bukan tiada lagi untuk hari esok. Siapa tahu perjalanan hidup ini terhenti sampai dimana?
“Aku bukan cakap pasal hal tu... Suami aku ada untuk tanggung hal tu dan kau... tak payah nak gatal-gatal menjawab!” Ada sahaja idea nakal Farafeesa untuk berbalah dengannya nanti. Sebab itu dia sound awal-awal!
‘Ya Allah, izinkan sahabatku ini terus bernafas di muka bumi ini. Kerana dia seorang sahabat yang terbaik bagiku.. Panjangkanlah usianya... Titipkanlah kebahagian kepadanya... Satukanlah hatinya dengan hati Ezrakil.. Kuatkanlah jodoh meraka..’
Dipaut bahu Farafeesa. Bibirnya menghulurkan senyum. Dalam diam, dia sebenarnya cuba menitipkan kekuatan buat Farafeesa walau dia tahu yang Farafeesa sedia kuat untuk mengharungi semua cubaan. Dia ingin Farafeesa tahu yang dirinya ada disetiap lelah tika sahabatnya itu sukar untuk bernafas. Walaupun dia tidak mampu untuk mengubah apa-apa tapi dia berjanji untuk menemani Farafeesa.
“Ni apasal nak bermanja dengan aku sangat ni? Tak cukup kasih sayang lagi ke?” Atiq mendengus! Malas hendak melayan Farafeesa lagi.
‘Orang sibuk duk layan perasaan, dia tetap kekal tanpa perasaan! Apa punya manusialah!’ Aish...
“Feesa, Atiq....” Panggilan suara itu mematikan perbualan mereka. Mereka jadi malu sendiri apabila Ezrakil melihat mereka berdua duduk di satu kerusi. Cepat-cepat Atiq bangun sambil tersengih-sengih.
“Ada apa bos?” Tanya Atiq ramah. Nak harap pada Farafeesa, memang tak berbunyilah!
“Kalau tak kerana awak tengah mengandung, mesti saya fikir yang korang berdua ni lesbian.” Usk Ezrakil sambil mengerling sedikit ke arah Farafeesa.
Ezrakil bergurau kerana dia ingin terus berlama-lama di situ. Memang sejak akhir-akhir ini dia mula menjauhkan sedikit hubungan mereka berdua. Cuba merenggangkan rasa yang dia miliki walaupun hakikatnya, yang terlebih terluka ialah dirinya sendiri.
Kenapa bila dia cuba menjauh, perasaan itu makin mendekati! Mampir sendiri tanpa dipinta. Jika perasaan ini ada stereng, pasti Ezrakil akan cuba mengawalnya sebaik mungkin. Tapi perasaan ini melayang di awangan! Bukan berada di dalam kawalannya. Makin dikejar, makin dia lelah sendiri dimamah derita.
“Ish... ada pulak cakap macam tu.” Atiq perasan yang Ezrakil asyik mengerling ke arah Farafeesa. Mungkin melampiaskan rasa rindu yang tidak pernah terhenti itu. Kasihan.. masing-masing sayang dan cinta tapi keadaan tak mengizinkan semua itu berlaku.
“Oh.. saya nak cakap yang rumah saya buat kenduri kesyukuran malam ni... saya nak jemput korang berdua datang.. Ajak suami awak sekali Atiq... dan Feesa....” Ezrakil berjeda sedikit. Mula mencari wajah Farafeesa.
“Datanglah.... ajak Neesha sekali...” Walaupun Farafeesa memandangnya tidak sampai lima saat tapi dia lega kerana dapat melampiaskan rindu di hati.
“Saya tak janji...” Ayat Farafeesa mematikan senyuman milik Ezrakil.
‘Kalau ya pun saya tak pernah mendapat tempat di hati awak, awak tak perlu menolak saya sebegini rupa...’ Kecewa tak usah cakaplah. Tapi dia tidak berhak untuk memprotes.
            Dalam diam, Atiq menyalahkan Farafeesa kerana menguris perasaan Ezrakil. Pasti Ezrakil terlalu berharap untuk Farafeesa hadir.
            “Tak apa... saya tak paksa.. Saya jemput semua staff. Tak ada yang terkecuali.” Ezrakil terus mengatur gerak keluar dari pejabat. Hatinya sakit mengenangkan layanan Farafeesa terhadap dirinya. Tidak bolehkah mereka menjadi sahabat baik? Kenapa susah sangat untuk Farafeesa menerima dirinya walaupun hanya sebagai seorang sahabat?
            Atiq mula memandang ke arah Farafeesa. Cakap banyak-banyak nanti pun akan memenatkan dirinya sendiri. Farafeesa kekal dengan sikap tak berperasaan itu!
            “Kot ya pun tak mahu pergi, cakap jelah insyaAllah... dia ajak kau pergi kenduri kesyukuran je pun.. Bukan ajak kau buat kenduri kahwin!” Aduh! Sakit kepala bila mengenangkan kisah tragis mereka berdua ini. Anak dalam kandungannya pun pasti diserang migrain!
            “Atiq... nak berhadapan dengan dia waktu pejabat pun aku tak mampu. Ini kan pula di luar waktu pejabat. Aku tak boleh tengok dia Tiq.. Aku jadi sedih... Kau faham tak perasaan aku... kau faham tak bila sesuatu tu ada dekat dengan kau tapi kau tak boleh sentuh benda tu langsung sedangkan benda tu sebenarnya milik kau.”
            Atiq mula menghampiri dan mengusap lembut bahu Farafeesa. Susah betul bila tersepit dengan keadaan ini.           
            “Hoi, dah sampai mana dah?” Jerkah Faraneesha sengaja. Dari tadi dia membebel-bebel tapi rupa-rupanya Farafeesa langsung tidak mendengar omelannya. ‘Buat habis tenaga je bercakap dengan Feesa ni! Boleh pulak dia berangan sampai ke planet pluto!’
            Farafeesa melepaskan keluhan. Tersentak dia dibuatnya.
            “Terkejut aku! Kalau ada penyakit jantung, kau boleh terus bawa aku ke kubur tahu!” Faraneesha gelak panjang. Itulah, siapa suruh banyak sangat berangan. Berangan nak jadi cinderella ke? Cinderela tak siap bolehlah....hehehe..
            “Sebab aku tahu kau tak ada penyakit jantunglah aku buat... Kalau tak, aku pun takut kalau kau mati lepas tu kau jadi hantu untuk kacau aku pulak.” Ada-ada sahaja balasan daripada Faraneesha.
            “Kalau aku mati, mesti kau berharap untuk aku jadi hantu... boleh jumpa kau kan..” Kata-kata Farafeesa itu tidak mendapat sebarang respon dari Faraneesha. Dia tiba-tiba diserang kebisuan.
            “Feesa.... memang kadang-kadang aku berharap yang Luqman bertukar jadi hantu... Sekurang-kurangnya aku boleh jumpa dengan dia.” Menyebut sahaja nama Luqman, mata Faraneesha sudah mula berair. Mudah benar emosi menghentak rasa.
            Farafeesa mula mengigit bibir. Menyesal kerana berbicara yang tidak-tidak hingga membuatkan kotak ingatan Faraneesha terfikirkan arwah Luqman. Lelaki sebaik Luqman, pastilah sukar untuk ditepis bayangannya.
            “Ish.... kau tak rasa ke nanti rupa Luqman akan jadi menakutkan? Eee... gerun...” Sakat Farafeesa sengaja. Tidak mahu terlalu serius ketika membincangkan topik ini. Bimbang nanti Faraneesha terbawa-bawa dek rasa emosi.
            “Ah, banyaklah kau punya menakutkan! Dia tetap wajah lelaki yang paling hensem bagi aku....”
            “Eh,, bukan tu jeh.....” Faraneesha berpaling sedikit pada Farafeesa. Menanti huluran kata yang tergantung.
            “Apa lagi?”
            “Hantu yang paling hensem sekali...” Lantas Farafeesa gelak besar. Faraneesha jadi bengang kerana dipermainkan oleh adiknya. Jenuh dia memberi perhatian, rupa-rupanya nak buat lawak bangla.
            “Kelakar gila... Terima kasih kerana buat lawak petang-petang ni!” Perli baik punya. Farafeesa masih tidak henti-henti ketawa.
            “Eh Neesha, aku nak minta tolong dengan kau ni!” Dia ada perancangan untuk FaraNeeshaha malam ini. Sudah terlalu lama Faraneesha terperap sendirian di rumah. Gadis itu perlu keluar dari rumah itu. Perlu keluar dari rasa sedih itu. Perlu lari dari kenangan bersama dengan Luqman. Dia ada agenda tersendiri untuk mengubat kesakitan yang kakaknya lalui.
            “Tolong apa? Tolong jadi driver kau lagi ke? Tulah, aku suruh beli kereta, kau tak mahu. Duit berkepuk-kepuk dalam bank tu bukannya boleh beranak!” Farafeesa terus buat muka bila mendengar bebelan kembarnya itu.
            ‘Bakat membebel ni mesti diwarisi oleh ibu! Adoyai... ada pewaris juga rupanya..’ Farafeesa tepuk dahi. Dia bukannya kedekut, dia suka menyimpan. Untuk simpanan akan datang juga. Untuk kepentingan adik-adiknya juga. Tapi malas nak kecoh-kecoh!
            “Bukanlah... Tolong teman aku pergi rumah Ezrakil malam ni. Dia ada buat kenduri kesyukuran...”
            “Hah, betullah kena jadi driver kan...”
            “Alah, aku boleh drive lah karang...”
            “Tak pun kena jadi mak guard kau nak berdating... Aish, berdebar pulak nak jumpa adik ipar kejap lagi!” Usik Faraneesha sambil tergelak-gelak. Seronok mengusik Farafeesa yang konon-konon pemalu itu. Kalau berbicara bab hati, sering nak melarikan diri.
            Hampeh...
            “Ini kenduri kesyukuran lah.. Tak ada maknanya nak berdating bagai.” Protes Farafeesa tidak puas hati.
            “Alah, mula-mula kesyukuran... Lepas tu kenduri kahwin pulak.”
            Farafeesa terfikir sendiri. ‘Banyaklah kau punya kenduri kahwin Neesha... Entah-entah kenduri tahlil kot...’ Susah jika hendak menghalang akal fikiran dari terus berfikir yang tidak-tidak.
            “Kenduri kesyukuran sebab apa?” Tanya Faraneesha tiba-tiba.
            “Entah..” Tadi tak terfikir pula hendak bertanya. Macam mana hendak terfikir jika berendam dengan perasaan sahaja. Entahlah, bila berhadapan dengan Ezrakil, pasti perasaannya jadi beku. Sakit kepala makin menjadi-jadi tapi percayalah, hatinya ini lagi sakit...
            “Manalah tahu kot-kot kenduri kesyukuran sebab kau terima cinta dia ke kan...” Tembak Faraneesha selamba. Farafeesa menjeling tajam. Memang ada yang nak kena tampar nih!
            “Aku lempang karang!” Marah Farafeesa olok-olok sahaja. Sengaja memeriahkan suasana. Kalaulah kakaknya tahu apa yang berada di akal fikirannya, pasti gadis itu mengamuk sakan. Dia sebenarnya sedang merancang strategi. Strategi untuk merapatkan hubungan Faraneesha dan Ezrakil!
            “Eh, simpan dulu lempang kau tuh. Kalau kau lempang sekarang, memang kita berdua selamat ke Syurgalah...” Entah kenapa, perjalanan yang pendek ini mereka isi dengan usik-mengusik. Mujur sahaja dia cekap mengawal kereta. Jika tidak, mahu terbabas kereta ini nanti,
            “... itu pun kalau masuk Syurga...” Sempat lagi Farafeesa menambah. Sekali lagi mereka ketawa sakan. Macam-macam hal!

p/s: berjayakah Farafeesa mengatur strategi???

11 comments:

  1. tak nak!!! saya harap plan feesa tu x berjaya..
    x mahulah neesha dengan ezrakil..
    tolonglah writer..

    ReplyDelete
  2. haish ... haish .. aku redha je la apa jadi lepas ni .. uhuk .

    ReplyDelete
  3. neesha dgn org lain larh...
    ezrakil feesa punya....

    ReplyDelete
  4. confirm fail la strategi fessha tu..
    ezrakil tetap dgn feesha gak..

    ReplyDelete
  5. huss.. dasyatnya strategi feesa ni..
    cpt smbung writer.. x sabar nie..

    ReplyDelete
  6. 'Sentap' ak tiap kali bce nvl nie......
    Nk feesa gan ezrakil......
    Please.......kasi peluang kt diorg.....

    ReplyDelete
  7. sye ikt sje ap yg di sediakan.... sye sokong apa kak sara bt... cite kli ni sdih la. best.. nnt update lagi.... x sabar nk taw strategi farafeesa brjaya ke x??

    ReplyDelete
  8. xpuas pl baca en3 kali ni..rasa mcm sikit pl..
    tlngla x nak ezrakhil dgn neesa.nak feesa ngan ezrakhil.plz..plz...plz...

    ReplyDelete
  9. haaaa... feesa jgn buat keje giler.... neesa cari org len....heheheh

    ReplyDelete
  10. huhuhu...janganlah buat yg bukan2 feesa ooiii...
    x pasal2 hati awak pulak yg merana...

    ReplyDelete