Thursday 5 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [35]


           Ezrakil terus keluar dari dewan besar tika dia menyedari kehilangan Farafeesa di tempatnya. Bila ditanya kepada Atiq, hanya gelengan sebagai jawapan. ‘Kenapalah minah ni susah sangat nak duduk diam?’

            Ezrakil hilang dalam keriuhan dewan. Dia keluar dari dewan untuk menjejaki kelibat Farafeesa. Nampak sahaja kelibat Farafeesa, terus Ezrakil menjerit. Tidak peduli dengan orang yang lalu lalang di sekitar hotel.
“Feesa.... tunggu...!!” Jeritan Ezrakil mematikan langkah panjang milik Farafeesa. ‘Tak kan lah semua ni memang betul-betul terjadi kot? Kenapa semua ni boleh berlaku? Kenapalah aku selalu terjebak dengan mamat sengal ni?’ Farafeesa sedikit pun tidak mengendahkan jeritan milik Ezrakil itu, dia tetap terus berlari walaupun tersangatlah susah.
‘Bodoh punya dress, tolonglah aku sikit!!!’ Mulalah nak emosi bagai.
Apabila melihat Farafeesa membuka langkah, dia terus berlari. Senang sahaja untuk lelaki yang memakai seluar sepertinya. Lainlah seperti Farafeesa yang berdress labuh dan memakai kasut tinggi itu.
“Kan saya suruh awak tunggu...” Direntap lengan milik Farafeesa hinggakan gadis itu tertarik ke belakang dan melanggar dada milik Ezrakil. Sekali pandang, memang kelihatan seperti sedang berpeluk.
Farafeesa terkejut dan Ezrakil terpana!
“Sakitlah!” Tengking Farafeesa. Disentap tangannya yang berada dalam gengaman Ezrakil itu. Suka-suka hati memegang lengannya. Walaupun berlapik, itu bukan satu syarat yang mereka dibenarkan untuk bersentuhan.
‘Tak belajar agama agaknya lelaki ni?’
Memang dia tidak suka perangai mengarah yang selalu Ezrakil gunakan. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang suka bertindak sesuka hati. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang adakalanya tidak hormatkan pendiriannya itu. Pokok pangkalnya, dia tidak suka dengan Ezrakil!
“Susah sangat ke nak tunggu?” Suara Ezrakil keras. Marah sudah pasti. Bagaimana dia boleh terjatuh hati pada seorang gadis yang terlalu degil seperti gadis ini? Peritnya hanya Allah yang tahu.. Ngilu seperti dicengkam sembilu!
“Salah ke kalau saya nak balik?” Balas Farafeesa kasar. Jangan harap dia akan berlembut dengan Ezrakil. Makin Ezrakil berkasar, makin dia akan melawan. ‘Kalau dunia ni nak terbalik sekalipun, lantaklah... yang penting aku tak akan beralah dengan lelaki sepertinya.’
“Memanglah tak salah.. Tapi tak boleh ke kalau awak patuh dengan arahan saya tadi... kan saya suruh tunggu...” Marah Ezrakil lagi.
“Ini bukan office hour yang membuatkan seorang pekerja perlu mendengar arahan dari bosnya... Suka hati sayalah kalau saya nak balik ke nak apa ke...” Tegas Farafeesa berani.
“Okay...okay.. saya cuma nak cakap sesuatu dengan awak Feesa...” Suara Ezrakil sudah mula lembut. Mula beralah dengan wanita kesayanganya ini. Dia siap buat gaya suruh Farafeesa menahan sabar.
“Saya nak balik... saya tak mahu dengar apa-apa..” Farafeesa mula melangkah pergi namun sekali lagi dihalang oleh Ezrakil. ‘Drama apa pulak yang dia nak buat ni? Kang kalau orang dalam dewan keluar, mulalah kalut semacam...’
“Tolonglah kali ini awak beralah sekejap... Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap ni.” Suara Ezrakil itu sedikit merayu. Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Baru nak umumkan perasaannya dihadapan seluruh tetamu di dalam dewan. Alih-alih, terpaksa buat sketsa tak bertauliah di sini.
‘Feesa, kenapa awak suka buat saya kelam kabut?’
“Okay.. apa dia yang bos nak cakap sangat tu?” Gesa Farafeesa cepat-cepat. Berlama-lama dengan Ezrakil hanya akan mampu membuatkan kepalanya sesak sahaja! Ezrakil mula menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan.
“Saya cintakan awak Feesa... dan saya mahu menghabiskan baki kehidupan saya bersama dengan awak seorang je...” Masa seakan-akan terhenti tika Ezrakil melafaskan rasa hatinya. Mereka saling bertatapan. Mencari kasih disebalik redup mata yang memandang. Menerokai erti sebuah cinta yang terlangkau jauh dari gapaian mereka.
Tutur kata Ezrakil tersusun sahaja. Kelihatannya, dia sudah menggunakan seluruh kudratnya untuk meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa.
Terpana Farafeesa dibuatnya. Akhirnya, apa yang paling dia takut nak dengar, terjadi juga. ‘Ya Allah, sungguh betul-betul rasa macam nak pengsan!’ Dia mula melepaskan keluhan. Berat! Kes ini jadi makin rumit!
“Tapi saya tak cintakan Encik Ezrakil....” Luah Farafeesa terus. Dia tidak mahu terus menyimpulkan rasa hati yang sudah sedia tersimpul. Hubungan ini memang tidak akan pernah menjadi. Lagipula, Ezrakil tak pernah mengetahui akan penyakit yang dihidapinya ini.
“Awak tak perlu jawab sekarang Feesa... awak boleh ambil masa lama mana pun.. Saya akan tunggu..” Pintas Ezrakil cepat-cepat. Dia tahu Farafeesa membuat keputusan dalam keadaan terkejut. Dia mahu Farafeesa berfikir semasak-masaknya dahulu. Tak perlu bagi jawapan sedrastik ini.
“Nope... kalau sejuta kali bos tanya pun.. jawapannya tetap sama. Saya tak ada apa-apa perasaan pada bos.. saya tak sukakan bos pun... saya tak akan buang masa dengan memikirkan sesuatu yang saya dah tahu jawapannya. Maafkan saya bos... Saya tak boleh terima bos untuk jadi lebih dari yang sepatutnya.”
Kali ini giliran Ezrakil pula yang melopong.
“Sebab tu saya suruh awak fikir... jangan keraskan hati awak untuk terima saya...” Entah macam mana, Ezrakil pula boleh naik berang. Terasa sangat bengang kerana ditolak mentah-mentah oleh Farafeesa.
‘Dalam banyak-banyak perempuan di muka bumi Allah ni, kenapa hati aku boleh terpaut pada dirinya? Perempuan ni memang spesis yang terlalu sukar untuk dimengerti.’
“Bos kata saya ni keras hati? Siapa suruh bos jatuh cinta pada perempuan yang keras hati macam saya! Pergilah cari perempuan yang lembut hati... Yang boleh cair dengan kata-kata bos tuh!” Balas Farafeesa geram.
‘Ezrakil kalau bercakap, memang tak pernah berfikir... Macam ni dia nak suruh aku fikir untuk terima dia.. Boleh jalanlah dengan cinta dia ni... jual selonggok seringgit pun aku tak akan beli!’
“Kalau betul saya nak orang lain, saya dah pilih orang lain... Tapi masalahnya kepala saya hanya fikirkan awak je.. Hati saya ni hanya ada nama awak je Feesa... Bukan perempuan lain.” Luah Ezrakil tanpa malu-malu. Alang kepalang dah tahu, baik diluahkan segala yang tersimpan. Biar Farafeesa tahu akan hakikat hatinya. Tapi sungguh terlalu sukar hendak berjiwang dengan perempuan yang tidak punya perasaan seperti Farafeesa.
“Habis tu, bos fikir hati bos je? Hati dan perasaan saya macam mana pulak?” Pangkah Farafeesa berani. Mereka saling berbalas pandang. Menguraikan kekusutan yang melanda jiwa. Mula ingin menyimpulkan kasih yang tidak tahu dimana letak duduknya.
“Ngeeee..... Susahlah cakap dengan awak ni Feesa!” Dikuakkan rambutnya beberapa kali. Geram dengan sikap Farafeesa yang kuat menjawab itu. Macam mana hendak membuatkan gadis ini mengerti akan segala perasaannya kini. Farafeesa ini tak romantik langsung.. Tidakkah hatinya terusik sedikit pun?
“Habis tu, tak payah cakap apa-apa... Sebab setiap kata-kata bos tu hanya akan menyakitkan hati saya je!” Ah sudah, peningnya dah datang dah... Sakit hatinya dengan Ezrakil terasa lebih tidak tertanggung berbanding dengan penyakit yang dihidapinya.
“Awak kira hati awak je sakit, hati saya yang awk sakitkan, awak tak fikir pulak?” Berkerut dahi Farafeesa menyambut kata-kata Ezrakil itu.
‘Apa kena dengan mamat ni sebenarnya? Cakap berbelit? Dah kena sampuk dengan jembalang hotel ke?’
Farafeesa mula mengeluh sedikit. Melepaskan satu rasa untuk menghilangkan beban yang tiba-tiba menghempap diri. Berapa kali lagi dia perlu mengeluh?
“Bos, macam ni ke cara bos nak tunjukkan rasa sayang bos pada saya? Macam ni ke caranya bos nak cakap yang saya ni orang terpenting dalam hidup bos? Macam ni ke cara bos nak yakinkan saya yang bos betul-betul sayangkan saya? Kalau macam ni caranya, memang sia-sialah bos...  sebab hubungan ni memang tak ada penyudah yang bahagia.” Desakan demi desakan dari Ezrakil tidak akan merubah apa-apa.
Seorang keras kepala... seorang lagi keras hati.. Mana mungkin hubungan seperti ini akan menjadi. Sekali lagi mereka berpandangan. Kali ini giliran Ezrakil pula yang mengeluh. Cinta ini terlalu berat bebanannya.
“Habis tu awak nak bukti apa lagi.... sebab tak cium or tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.. Masa tu, bukan saja peluk cium, lebih dari tu pun saya boleh bagi...”
Habis sahaja ayat Ezrakil, terus Farafeesa pukul bahu Ezrakil yang sedang tersenyum-senyum itu menggunakan beg tangannya. Ini bukan tahap double meaning... tapi ini dah tahap triple meaning..
“Tak senonohlah bos nih?” Marah Farafeesa. Mukanya sudah merah menahan rasa. Boleh dia buat sketsa gurauan berkasih sayang.
“Saya tak maksudkan apa-apa pun... Awak tu yang fikir bukan-bukan.” Sekurang-kurangnya dia boleh melihat senyuman milik Farafeesa itu. Tak adalah kelat sahaja mukanya. Ezrakil diam sahaja. Sudah malas meneruskan kata. Kerana katanya pasti akan dipusing kembali oleh Farafeesa.
“Cinta tu tak semestinya dimaknakan dengan perlakuan romantik je bos... adakalanya, dengan cara bos memandang pun... orang yang bos sayang tu boleh rasa aura kasih sayang bos..” Aish... berfalsafah soal cinta pulak.
“Kenapa sebut orang yang bos sayang? Orang yang saya sayang tu ialah awak Feesa...” Farafeesa mula mengaru kepalanya yang berlapikkan selendang itu.
“Okay fine... sejujurnya, saya tak dapat rasa kasih sayang bos pada saya... Mungkin sebab bos sendiri tak pernah rasa ikhlas untuk menyanyangi saya...” Mujur sahaja ada idea mengejut datang mencerna di benaknya. Adalah juga modal untuk berbalas jawab dengan Ezrakil ini.
“Kalau awak tak sayang saya Feesa.. saya boleh terima. Tapi awak tak layak untuk mempersoalkan kasih sayang saya pada awak!” Errkk... Makin keruh pula jadinya bila Ezrakil tiba-tiba marah-marah.
“Tengok.. benda macam ni yang saya cakap tadi.. Bos tak boleh nak bersabar dengan karenah saya sebagai seorang pekerja.. Jadi bos rasa boleh bertahan ke untuk terima saya sebagai seorang isteri? Saya bukan persoalkan kasih sayang bos pada saya, tapi saya persoalkan kerelaan hati bos menerima keadaan diri saya yang sebenar.
Saya bukan spesis perempuan yang akan setuju dengan setiap perkara yang bos cakap atau suruh. Saya ni perempuan kuat membangkang! Saya cakap bila saya rasa tak puas hati.. Kadang-kadang saya tak pandai tak jaga hati bos... Bukan kadang-kadang rasanya tapi selalu... Yup.. saya selalu sakitkan hati bos dengan perangai keras kepala saya ni..
Jadi, baik bos fikir dalam-dalam.. Bos rasa perempuan yang keras hati macam saya ni mampu ke nak cairkan sifat keras kepala bos tuh?”
Akhirnya dia ambil pendekatan physiology untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang masa hadapan hubungan mereka yang tidak pernah menampakkan harapan ini. Kalau ada warna pun, bukan warna cinta.. tetapi warna kelabu! Kusam dan penuh dengan rasa bosan.
“Betul jugak kata awak tu... kalau awak keras hati, saya pulak keras kepala.. Kalau dapat anak, anak kita akan jadi kepala batu...” Farafeesa sudah tersenyum-senyum dalam hati tika menyambut kata-kata Ezrakil itu.
‘Yes, taktik macam dah nak menjadi.’
“Tapi saya tak peduli semua tu.. memang sekarang saya hanya cintakan awak Feesa... Satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni.. Hanya awak yang mampu buat hati saya bercakaran dengan fikiran saya.. Hanya awak yang mampu membuatkan jantung saya berdegup kencang.. Hanya awak yang mampu menemani langkah kaki saya yang bertaburan.. Hanya awak yang saya suka dan saya cinta... Hanya awak...”
Farafeesa mula menepuk dahinya. Lain yang dirancang, lain pulak yang menjadi. Apa nak jadi sebenarnya ni? Bertaburan bulu romanya mendengar ayat-ayat romantik Ezrakil ini. Terasa sejuk hingga ke tulang!
“Macam mana boleh jadi macam ni bos....??” Adoyai...
“Semua ni takdir Allah Feesa... Takdir yang awak dan saya tak boleh sangkal sedikit pun..  Saya tak boleh tarik apa yang Allah dah hadiahkan pada saya.. Tapi awak boleh terima rasa hati saya Feesa... Memang awak dan saya berada dalam keadaan yang berbeza tapi Allah mencampakkan kita ke dalam tempat yang sama...”
Jauh Farafeesa termenung mendengar kata-kata Ezrakil itu. Bukan itu yang menjadi persoalannya sekarang. Masalahnya ialah, dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan buat Ezrakil. Dia tidak mahu menjadikan hidup Ezrakil huru hara selepas pemergiannya nanti.
Kalau benar ada kasih yang bertaut, lama mana semua itu mampu bertahan? Walaupun dia memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap Ezrakil tapi itu tidak bermakna dia sanggup untuk mempertaruhkan hidup Ezrakil. Lelaki itu masih tergolong dalam lelaki yang baik hati. Dan hatinya belum cukup busuk lagi untuk membuatkan Ezrakil menderita di kemudian hari.
“Bos...” Baru hendak memulakan biacara, Ezrakil sudah mula mematahkan hujahnya.
“Feesa... Saya tahu saya ni banyak celanya... Banyak sikap buruk dari yang baik... Banyak menyakitkan hati awak dan kadang-kadang suka buli awak...”
“Bukan kadang-kadang tapi selalu...” Farafeesa memperbetulkan ayat Ezrakil. Pantang kalau Ezrakil tersalah cakap.
“Ya.. ya... Selalu buli awak.. Selalu buat awak marah.. Saya tahu awak terlalu baik untuk lelaki seperti saya ni. Saya tahu dan memang dapat agak yang saya tak pernah dapat tempat di hati awak Feesa... Tapi sekurang-kurangnya saya akan mencuba sedaya upaya... Untuk menanamkan rasa sayang antara kita.. Saya harap awak pun macam tu.. Beri saya peluang untuk tunjukkan dan buktikan rasa sayang saya pada awak... Saya  tak berjanji untuk menjadi seorang lelaki yang sempurna untuk awak, tapi cinta awak pada saya dapat menyempurnakan kisah kita Feesa.”
Entah kenapa, tubir mata Farafeesa panas disapa air mata yang mula bergenang di ruangan mata. Terharu! Ya... Teramat tersentuh dengan ayat-ayat Ezrakil itu. Tadi kelihatan lelaki ini begitu terdesak sekali. Mungkin terkejut dengan tindakan drastiknya yang meninggalkan dewan tanpa sempat dia meneruskan adengan yang dirancang.
Tapi sungguh, sekarang Ezrakil kelihatan lebih ikhlas dalam menyuarakan rasa hatinya.
“Saya tak perlukan kata putus awak untuk terima saya... saya cuma perlukan ruang dan peluang untuk semaikan cinta saya pada awak..” Pujuk Ezrakil penuh lembut. Dia perasaan yang perasaan Farafeesa sedikit tersentuh dengan kata-katanya tadi. Tapi sungguh, dia ikhlas menuturkannya. Bukan dari paksaan sesiapa pun.
“Bos....” Farafeesa kelu seribu bahasa.
“Feesa... saya memang sunguh-sungguh sayangkan awak...” Dari berbalah bagai, boleh pulak ada adengan romantik sebegini. Tragis sungguh kisah cinta ini. Betul kata orang, cinta memang perlu dimaknakan melalui kata-kata. Kerana hati yang kering mudah terusik dengan kata yang mendamaikan hati.
“Tapi saya...” Kenapa boleh tersekat ni? Kenapa susah sangat nak menolak. ‘Tak kanlah aku pun suka kat Ezrakil kot? Mustahil... Aku sentiasa letakkan Ezrakil sebagai lelaki pilihan terakhir yang aku akan pilih dulu.. Tapi lepas aku tahu yang aku sakit, aku dah tak berniat untuk berkahwin lagi. Tapi kenapa aku rasa berat hati nak tolak Ezrakil?’
Kebisuan mereka dimatikan dengan deringan telefon bimbit milik Farafeesa. Tanpa sedar, kedua-duanya melahirkan keluhan perlahan.
‘Kenapalah telefon Feesa ni suka sangat berbunyi tak kena masa?’ Keluh Ezrakil dalam hati.
“Helo...” Jawab Farafeesa. Matanya menjeling sedikit ke arah Ezrakil.
“Feesa.....” Suara Faraneesha lemah di corong telefon.
“Kenapa kak?” Saspen sungguh mendengar suara Faraneesha yang bersulamkan tangis itu.
“Luqman....”
“Kenapa dengan Luqman?” Berdegup kencang hati Farafeesa menanti jawapan daripada kembarnya itu.
“Dia kritikal....”
“Hah!!!” Jerit Farafeesa spontan. Kuat pulak tu. Ezrakil ikut turut memandangnya penuh khusyuk. Riak Wajah Farafeesa serius berubah seratus peratus.
“Ya..ya... aku datang sekarang.” Tegas Farafeesa lagi. Tidak mahu melanjutkan perbualan. Makin banyak Faraneesha memberi penerangan, makin panjang tangisan milik kakaknya itu nanti.
“Kenapa?” Itulah soalan pertama tika Farafeesa menamatkan panggilan telefon. Dia ikut turut berdebar-debar. Mungkin kerana melihat Farafeesa yang agak mengelabah itu.
“Luqman kritikal...” Dijawab juga soalan Ezrakil itu walaupun dia sudah mula kusut untuk pergi ke hospital dalam pakaian zombi ini ataupun pulang ke rumah terus. Tapi persoalannya, dia ingin pulang dengan siapa?
‘Tak kan lah nak guna mamat ni pulak... dah lah baru tolak lamaran dia?’ Farafeesa mula keliru sendiri.
“Jom saya hantarkan awak ke hospital.” Dia tahu apa yang berada di fikiran gadis itu. Mudah sebenarnya ingin memahami lenggok bahasa badan wanita yang dia sayang itu. Cuma rasa hati Farafeesa sahaja yang sukar untuk ditebak.
“Tapi saya nak balik rumah dulu... Tak kan nak pakai baju macam ni ke hospital kot.” Farafeesa meluahkan rasa hatinya.
“Kalau macam tu kita balik rumah dulu then saya hantar awak ke hospital pulak..” Ezrakil sudah mula berjalan menghampiri kereta yang berada tidak jauh dari mereka.
“Tunggu apa lagi Feesa?” Ezrakil berpaling dan melontarkan soalan apabila dia sedar yang Farafeesa tidak mengikuti jejak langkahnya. Apa lagilah yang menganggu pemikiran gadis ini?
“Errr.... tak menyusahkan bos ke?”
Sudahlah baru menolak lamaran dari lelaki itu, tapi sekarang terpaksa pulak memohon pertolongan daripada Ezrakil. Dia memang tidak suka dimanjakan oleh sesiapa pun. Apatah lagi Ezrakil. Inilah yang susah bila tak ada kereta! Tapi memang dia sudah putuskan untuk tidak membeli kereta. Duit simpanannya hanya untuk adik-adiknya di kemudian hari nanti.
“Tak ada apa yang susah bila dia melibatkan orang yang kita sayang Feesa...” Tulus sahaja pertuturannya hingga membuatkan Farafeesa terhenyak dengan perasaan milik sendiri.
Perlahan-lahan Ezrakil menapak semula menghampiri Farafeesa. Senyuman paling manis dia hadiahkan kepada Farafeesa. Mungkin benar kata Farafeesa tadi, dia perlu belajar menerima keadaan tercela Farafeesa.
Dan sekarang, dia bertekad untuk beralah apa sahaja untuk gadis ini. Ini sebagai langkah pertama dalam hubungan mereka yang belum tentu jadi atau tidak ini. Sekurang-kurangnya dia lega kerana telah berjaya meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa. Berjaya melepaskan rasa sesak di dada. Biarpun Farafeesa menolak mentah-mentah, itu lebih baik daripada dia simpan perasaan ini sepanjang hidupnya. Buat naya hati sendiri je...
“Feesa... hal kita awak kena tolak ke tepi.. Neesha sedang perlukan awak sekarang. Jom...” Lega sedikit Farafeesa mendengarnya. Dia turut membalas senyuman milik Ezrakil. ‘Lelaki ini, tidaklah teruk sangat...’

P/S: agak-agaknya, apalah yang jadi lepas nih!!! aishhhh


7 comments:

  1. tudiaa...luahan perasaan... :)
    xle nk predict pa nk jd pas nie...

    ReplyDelete
  2. wah lps jgak beban ezrakil mluahkan prasaan...... wah lps ni curahan air mata lak ya kak sara eh... sediakan tisu....... hehe..
    best kak sara..... apa2 pon sye folow....

    ReplyDelete
  3. bkn main pnjang lebar yerk ezrakil 2 mluahkan...cam de skrip g2...t'ssun je ayat2 dia 2...cian plak kat feesa 2...d luah mati mak d telan mati bapak..bleh kew sama2 kpala batu nk b'sa2 yerk...x kwen lagi dh balah bagai..dah kahwin...haish...nk pk pown pyh ey...pape pown nk tnggu smbungan novel nie jerk...;))....-wan ridaini-

    ReplyDelete
  4. uarhhh...nape feesha?..why u didnt say yes..just one word..yes..aduhai..lepas ni mesti tolak gak ni..bahagia derita bukan awk tentukan feecha..semua milik Tuhan..just say yes..huhu..

    ReplyDelete
  5. napa feesa xtrus trang kat ezrakhil yg dia ada pyakit?

    ReplyDelete
  6. rafika dewi jahrul7 January 2012 at 19:26

    salam SSG....
    haishhh nape feesa x terus jew terima...
    setiap insan berhak mencari n merasa bahagia sebelum ajal menjemput kita.....kesian kat ezrakhil harap2 dye dpt tawan hati feesa yg keras tue...chaiyokk ezrakhil...(hehe)
    SSG cpt2 la n3 bab yg seterus nyerr x sabar nk baca ny..apa yg berlaku..... bessttt....

    ReplyDelete
  7. terima kasih untuk semua pembaca yang meninggalkan komen.. hehe.. hmm,, kenapa ya feesa tak terus terang???? hehe... biarlah episod2 akan datang yang menjawab persoalan nih... hope sabar menanti ya...

    ReplyDelete